SlideShare a Scribd company logo
1 of 24
LAPORAN PENGHAYATAN
PEMBANGUNAN PENDIDIKAN
MALAYSIA
OLEH PEMBANTU PENGURUSAN MURID CIK JOYCE ROBERT GRED
N 19
JOYCE ROBERT | LAPORAN PENGHAYATAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN
MALAYSIA | TAHUN 2018
LAPORAN PENGHAYATAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA
JOYCE ROBERT 1
DASAR PENDIDIKANKEBANGSAANMALAYSIA
Latarbelakang
Dalam tahun-tahun menuju kemerdekaan, telah timbul kesedaran di
kalangan pemimpin dan rakyat Malaysia tentang betapa mustahaknya
diadakan satu sistem pendidikan kebangsaan untuk mengganti sistem
pendidikan penjajah bagi memenuhi kehendak Negara. Atas kesedaran
inilah lahir satu dasar Pendidikan (Pelajaran) Kebangsaan melalui Penyata
Razak 1956 dan dimaktubkan dalam Ordinan Pelajaran, 1957. Dasar
pendidikan ini telah disemak semula dalam tahun 1960 yang menghasilkan
Laporan Rahman Talib. Laporan Rahman Talib ini kemudian dimaktubkan
dalam Akta Pelajaran, 1961.
Kemudian, sebuah Jawatankuasa Kabinet telah ditubuhkan dalam tahun
1974 untuk mengkaji semula Dasar Pendidikan dengan tujuan untuk
memperbaiki pelaksanaannya supaya matlamat untuk melahirkan satu
masyarakat yang bersatupadu dan berdisiplin serta memenuhi keperluan
tenaga rakyat yang terlatih bagi pembangunan Negara dapat dicapai.
Laporan Jawatankuasa ini telah diterbitkan dalam tahun 1979.
Rasional
Sistem pendidikan di zaman penjajahan telah berkembang tanpa
mengambilkira kepada keperluan pembangunan, pembentukan identity
kebangsaan dan perpaduan negara. Sistem pendidikan berkenaan
mengekalkan tumpuan taat setia rakyat pendatang dan keturunan mereka
LAPORAN PENGHAYATAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA
JOYCE ROBERT 2
kepada negara asal mereka dan menekan (suppress) semangat
pembangunan rakyat tempatan. Sistem ini mungkin secocok dengan Tanah
Melayu yang terjajah tetapi apabila Tanah Melayu sudah merdeka, ia
didapati tidak lagi sesuai. Oleh itu, langkah-langkah diambil bagi menggubal
satu sistem pendidikan kebangsaan yang sesuai untuk Negara yang
merdeka dan mempunyai matlamat-matlamat sendiri.
Objektif
Objektif dasar ini dinyatakan dalam pendahuluan kepada Akta Pelajaran,
1961, iaitu:
“BAHAWASANYA dasar pelajaran seperti yang diistiharkan dalam Ordinan
Pelajaran, 1957 ialah untuk menubuhkan satu sistem pendidikan yang akan dapat
memenuhi keperluan Negara dan menggalakkan perkembangan kebudayaan,
social. Ekonomi, dan politiknya…”
Objektif ini dinyatakan secara am tetapi dalam melaksanakannya,
Kementerian Pendidikan dengan berpandukan kepada Penyata Razak 1956
dan Laporan Rahman Talib 1960, telah mentafsirkannya sebagai
menyatupadukan kanak-kanak sekolah berbilang kaum dan menyediakan
tenaga kerja (“tenaga rakyat,” istilah yang digunakan oleh Laporan
Jawatankuasa Kabinet) bagi keperluan ekonomi.
Seterusnya, objektif-objektif ini diperkhususkan lagi apabila Jawatankuasa
Kabinet ditubuhkan dan bidang tugasnya ditetapkan. Ini mencerminkan
hasrat bahawa Dasar Pendidikan diharapkan dapat memenuhi keperluan
tenaga rakyat Negara ini dalam jangka panjang dan pendek dan melahirkan
masyarakat yang bersatupadu, berdisiplin dan terlatih.
Falsafah Pendidikan Negara yang diasaskan kepada hasrat serta aspirasi
Negara dan dinyatakan secara bertulis baru-baru ini memberi penekanan
kepada usaha melahirkan insan yang berilmu dan berakhlak, seimbang dan
harmonis, yang boleh mencapai kesejahteraan diri dan memberi sumbangan
kepada keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara. Ini menjadi
satu matlamat penting system pendidikan kebangsaan.
LAPORAN PENGHAYATAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA
JOYCE ROBERT 3
Strategi Pelaksanaan
Beberapa strategi telah digubal untuk mencapai matlamat Dasar Pendidikan
yang telah ditetapkan seperti berikut:
I. Menjadikan Bahasa Kebangsaan sebagai Bahasa pengantar yang
utama;
II. Mengadakan kurikulum yang sama dan berorientasikan Malaysia bagi
semua jenis sekolah;
III. Mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi semua;
IV. Melicinkan tatacara pengurusan pendidikan;
V. Meningkatkan mutu pendidikan keseluruhannya dengan
menyediakan pendidikan yang menyeluruh, seimbang dan bersepadu;
VI. Mengadakan peluang pendidikan asas selama sembilan tahun;
VII. Mendemokrasikan pendidikan dari segi peluang mutu dengan
mengagihkan peruntukan secara adil dan memberi perhatian khas
kepada kumpulan yang kurang bernasib baik dan kawasan luar
bandar atau pendalaman;
VIII. Menyediakan pendidikan rendah mengikut Kurikulum Baru Sekolah
Rendah (KBSR) yang berasaskan 3M iaitu membaca, menulis dan
mengira pada tahun 1983 yang sejurus kepada kurikulum bersepadu
Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 1989. Matlamat utama
kurikulum baru ini adalah untuk melahirkan individu yang seimbang
dari segi ilmu pengetahuan dan kemahiran yang sesuai dan
mempunyai moral serta nilai etika yang kukuh;
IX. Memperluaskan pendidikan Vokasional dan Teknik melalui
penyusunan semula kurikulum sekolah vokasional pada tahun 1978;
X. Mempelbagai dan memperbanyakkan kemudahan pendidikan di
peringkat university terutama dalam bidang sastera gunaan dan sains
gunaan;
XI. Mempertingkatkan pendidikan kerohanian, moral dan disiplin;
XII. Menjadikan Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Inggeris sebagai mata
pelajaran yang wajib diajar di sekolah-sekolah dan memberi peluang
yang sempurna bagi pembelajaran Bahasa-bahasa lain seperti Bahasa
cina dan Bahasa Tamil; dan
XIII. Menggalakkan aktiviti ko-kurikulum yang memupuk disiplin, seperti
pasukan-pasukan kadet tentera, kadet polis, pengakap, puteri Islam
dan lain-lain.
LAPORAN PENGHAYATAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA
JOYCE ROBERT 4
Di samping strategi ini, dasar Pendidikan Kebangsaan juda dilaksanakan
dengan mengada dan memperkembangkan tenaga pengajar yang terlatih
dan juga mendirikan sekolah-sekolah selaras dengan pertambahan kanak-
kanak. Di kementerian/ Jabatan Pendidikan pula, beberapa bahagian dan
jawatankuasa yang meliputi perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Dasar
Pendidikan ini. Diantaranya termasuklah Penubuhan Bahagian
Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Bahagian Pelajar Teknik dan
Vokasional, Jawatankuasa Pusat Kurikulum, Biro Buku Teks, Majlis Sukan
Sekolah-sekolah Malaysia, Jawatankuasa Perancangan Pendidikan,
Bahagian Perkhidmatan, Sebaran Pendidikan dan Pusat Perkembangan
Kurikulum.
Dasar Pendidikan Kebangsaan sememangnya dapat menampung keperluan-
keperluan Negara buat masa ini dan masa depan. Selaras dengan hasrat
Negara untuk mencapai tahap Negara perindustrian adalah penting
rakyatnya diberi pendidikan secucuk dengan keperluan-keperluan swasta
bagi bidang-bidang tertentu seperti pengeluaran, pelancongan,
perkhidmatan dan sebagainya. Oleh itu dasar ini bukan sahaja dapat
memenuhi keperluan tenaga manusia dari segi jumlah tetapi juga dari segi
kualiti. Dasar ini seharusnya dapat menggalakkan lebih ramai rakyat yang
terlibat secara aktif dalam bidang keusahawan dan tidak bergantung
semata-mata kepada kerajaan untuk mencari kerja. Ini adalah selaras
dengan dasar kerajaan semasa yang menekankan pernyertaan swasta secara
aktif.
Dengan pengaktifan Dasar Pendidikan Kebangsaan dapat mempercepatkan
ekonomi Negara secara berkesan. Pelbagai perangkaian pendasaran sistem
pendidikan di Negara kita telah memberi peransangan dan penelitian
daripada pihak Kementerian Pendidikan Negara bagi mempraktikan sistem
pemantapan pendidikan yang sekian lama diperlancarkan. Semaian
pengetahuan adalah tanggungjawab bersama-sama rakyat dan taktik-taktik
semaian pengetahuan yang baru harus ditanam di dalam pendirian individu
tersendiri. Kelebihan dan keberhasilan pendasaran sistem pendidikan
Negara adalah sangat maktub dan mantap diperkembangkan sekian bagi
memenuhi keperluan pengetahuan rakyat dalam segala kerjaya di masa
hadapan. Daripada kerjasama tersebut, sistem ini dapat mencapai
kemaktuban pendasaran sistem pendidikan yang telah dihuraikan, direka
semata-mata serta diperangkaikan oleh Kementerian Pendidikan Negara.
LAPORAN PENGHAYATAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA
JOYCE ROBERT 5
Ringkasan Laporan
Pada Oktober 2011, Kementerian Pelajaran telah melaksanakan kajian
semula sistem pendidikan Negara Malaysia secara menyeluruh dalam usaha
membangunkan Pelan Pembangunan Pendidikan yang baharu. Kerajaan
telah mengambil keputusan melaksanakan kajian semula sistem pendidikan
berdasarkan standard pendidikan antarabangsa yang kian meningkat,
peningkatan aspirasi Negara, dan harapan ibu bapa serta masyarakat
terhadap dasar pendidikan Negara dalam mempersiapkan generasi muda
untuk menghadapi keperluan abad ke-21. Dalam tempoh 11 bulan
pelaksanaan kajian, Kementerian telah memperoleh input daripada pelbagai
sumber seperti laporan penyelidikan yang dijalankan oleh pakar pendidikan
dari UNESCO, Bank Dunia, OECD, dan enam institusi Pengajian Tinggi
Awam. Kajian ini juga melibatkan penyertaan pemimpin sekolah, guru, ibu
bapa, orang ramai dan murid di seluruh Negara. Dokumen awal Pelan
Pembangunan Pendidikan telah dibangunkan bagi menilai prestasi semasa
sistem pendidikan Malaysia dengan mengambil kira secara objektif
pencapaian lampau dan membandingkannya dengan tanda aras
antarabangsa. Pelan ini juga mencadangkan 11 anjakan strategic dan
operasi yang perlu dilaksanakan oleh Kementerian bagi mencapai visi yang
dihasratkan. Usaha yang dirangka dan akan dilaksanakan untuk
mentransformasi sistem pendidikan Negara diharap dapat difahami dengan
jelas oleh masyarakat keseluruhannya. Kementerian akan mendapatkan
maklum balas tentang laporan pelan ini daripada seluruh komuniti sebelum
laporan akhir pelan ini dihasilkan pada Disember 2012.
LAPORAN PENGHAYATAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA
JOYCE ROBERT 6
Pendidikan memainkan peranan utama bagi perkembangan ekonomi dan
pembangunan sesebuah Negara. Proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku
di dalam bilik darjah merupakan petunjuk utama yang dapat mengukur dengan
tepat kemajuan masa depan sesebuah Negara. Dalam menghadapi persaingan
ekonomi global pada masa ini, kejayaan sesebuah Negara amat bergantung pada
ilmu pengetahuan, kemahiran dan kompetensi yang dimiliki oleh rakyat. Oleh itu,
Negara yang mempunyai rakyat berpendidikan tinggi akan menikmati kemajuan
ekonomi yang lebih tinggi. Selain itu, pendidikan juga menjadi asas pembinaan
Negara bangsa dan pengukuhan perpaduan. Melalui pendidikan, individu dapat
meningkatkan taraf hidup, menjadi ahli masyarakat yang berjaya dan
menyumbang aktif kepada pembangunan Negara. Menerusi interaksi, individu
daripada pelbagai latar belakang sosioekonomi, agama dan kaum dapat belajar
untuk memahami, menerima dan menghargai perbezaan, seterusnya membina
perkongsian pengalaman dan aspirasi untuk masa depan Malaysia. Melalui
perkongsian pengalaman inilah identiti nasional dan perpaduan Negara dapat
dipupuk.
Sejak kebelakangan ini, sistem pendidikan Negara telah menjadi perhatian dan
perbahasan. Ibu bapa meletakkan harapan tinggi dan majikan menyuarakan
kebimbangan terhadap keupayaan system pendidikan untuk menyediakan
generasi muda secukupnya bagi menghadapi cabaran abad ke-21. Berdasarkan
hakikat sesuatu sistem pendidikan yang kompleks dan rencam, setiap Negara
LAPORAN PENGHAYATAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA
JOYCE ROBERT 7
memerlukan tempoh yang panjang untuk melihat impak perubahan yang
dilaksanakan. Oleh itu, Kementerian perlu mengambil tindakan yang berani dan
pantas kerana perubahan yang dihasratkan adalah penting dan mesti dilaksanakan
dengan segera.
OBJEKTIF DAN PENDEKATAN KAJIAN SEMULA
Laporan Penghayatan Pembangunan Pendidikan Malaysia merupakan
hasil penyelidikan yang mendalam dan penglibatan meluas masyarakat
yang dijalankan oleh Kementerian. Penghayatan Pembangunan
Pendidikan dihayati dengan tiga objektif khusus iaitu:
1. Memahami prestasi dan cabaran semasa sistem pendidikan
Malaysia dengan memberi tumpuan terhadap akses kepada
pendidikan, meningkatkan standard (kualiti), merapatkan jurang
pencapaian (ekuiti), mengukuhkan perpaduan dalam kalangan
murid, serta mengoptimumkan kecekapan sistem;
2. Mewujudkan visi dan aspirasi yang jelas untuk sistem
pendidikan dan setiap murid bagi 8 tahun akan datang;
3. Menggariskan program transformasi sistem pendidikan, yang
merangkumi perubahan penting dalam Kementerian bagi
memenuhi permintaan baharu dan harapan masyarakat yang
meningkat, menyemarak serta menyokong keseluruhan
transformasi perkhidmatan awam.
LAPORAN PENGHAYATAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA
JOYCE ROBERT 8
PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Pendekatan yang digunakan dalam penyediaan Pelan Pembangunan
Pendidikan adalah berani dan ulung kali dilaksanakan. Perspektif
daripada pelbagai pakar dan agensi antarabangsa telah digarap untuk
menilai dan mentaksir prestasi sistem pendidikan Malaysia. Agensi yang
terlibat ialah Bank Dunia, United Nations Educational, Scientific and
Cultural Organisation (UNESCO), Organisation for Economic Co-
operation and Development (OECD), serta enam universiti tempatan.
Kementerian juga bekerjasama dengan agensi kerajaan yang lain untuk
memastikan jajaran dengan dasar awam yang lain berkaitan pendidikan.
Sebagai contoh, Kementerian bekerjasama dengan PEMANDU untuk
membangunkan inisiatif pendidikan menerusi Program Transformasi
Kerajaan (GTP)2.0 bagi mencerminkan pembaharuan utama yang
terkandung dalam pelan Pembangunan Pendidikan dalam tempoh 2018-
2025.
Tambahan lagi, buat pertama kalinya Kementerian telah melibatkan
penyertaan rakyat secara besar-besaran. Sepanjang tempoh setahun,
lebih 50,000 orang pegawai Kementerian, guru, pemimpin sekolah, ibu
bapa, murid dan orang awam di seluruh Negara telah dilibatkan melalui
temu bual, kumpulan focus, tinjauan, dewan terbuka Dialog Nasional
dan perbincangan meja bulat. Kementerian telah melantik panel pakar
yang terdiri daripada 12 ahli tempatan dan empat ahli antarabangsa
bagi menyediakan input bebas terhadap dapatan kajian semula sistem
pendidikan Negara.
PELABURAN YANG SIGNIFIKAN DAN MAPAN
DALAM PENDIDIKAN
Penyediaan sokongan dan sumber yang disediakan sesuatu sistem
kepada sekolah memberi kesan penting kepada preatasi sekolah. Hal ini
bertujuan membolehkan guru dan pengetua/ guru besar memberikan
tumpuan kepada tugas utama mereka dalam melaksanakan pengajaran
dan pembelajaran yang berkesan. Oleh itu pelaburan dalam sistem
pendidikan merupakan ukuran penting kepada kesungguhan dan
komitmen kerajaan terhadap pendidikan.
LAPORAN PENGHAYATAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA
JOYCE ROBERT 9
Kerajaan Malaysia telah mengekalkan tahap pelaburan yang tinggi
dalam pendidikan sejak Negara mencapai kemerdekaan lebih 55 tahun
yang lalu. Pada awal tahun 1980-an, perbelanjaan Persekutuan untuk
pendidikan rendah dan menengah sebagai peratus Keluaran Dalam
Negara Kasar (KDNK) adalah yang tertinggi di Asia Timur. Pada tahun
2011, jumlah perbelanjaan pendidikan sebanyak 3.8% daripada KDNK,
atau 16% daripada jumlah perbelanjaan Kerajaan bukan sahaja lebih
tinggi daripada purata OECD sebanyak 3.4% daripada KDNK dan 8.7%
daripada jumlah perbelanjaan awam, malah adalah setara atau lebih
tinggi daripada sistem berprestasi tinggi seperti Singapura, Korea
Selatan dan Jepun. Pada tahun 2012, daripada jumlah bajet pendidikan
sebanyak RM 37 bilion, Kerajaan terus menyediakan peruntukan yang
terbesar, iaitu 16% daripada jumlah bajet kepada Kementerian
Pelajaran. Peruntukan ini menunjukkan komitmen Kerajaan terhadap
pendidikan sebagai satu daripada keutamaan Negara.
LONJAKAN BESAR DALAM MENINGKATKAN AKSES
KEPADA PENDIDIKAN
Sistem pendidikan Negara menyaksikan lonjakan besar sejak tahun
1957. Ketika Negara mencapai kemerdekaan, lebih separuh daripada
populasi tidak menerima pendidikan formal, hanya 6% kanak-kanak
menerima pendidikan peringkat menengah, dan 1% sahaja mendapat
pendidikan lepas menengah. Namun, lima setengah dekad kemudian,
akses kepada pendidikan telah mengalami perubahan yang melangkaui
jangkaan.
Pada tahun 2011, enrolmen di peringkat pendidikan rendah telah
hampir sejagat, iaitu 94% dan peratusan murid yang tercicir daripada
pendidikan rendah telah menurun secara signifikan (daripada 3% pada
tahun 1989 kepada 0.2% pada tahun 2011). Kadar enrolmen di
peringkat menengah rendah (tingkatan 1 hingga 3) telah meningkat
kepada 87%. Peningkatan terbesar berlaku di peringkat menengah atas
(Tingkatan 4 hingga 5), dengan enrolmen meningkat hampir dua kali
ganda daripada 45% pada tahun 1980-an kepada 78% pada tahun 2011.
Kadar enrolmen ini adalah lebih tinggi sekiranya enrolmen di sekolah
swasta juga diambil kira, iaitu 96% peringkat rendah, 91% peringkat
menengah, dan 82% menengah atas. Kadar ini adalah yang lebih tinggi
LAPORAN PENGHAYATAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA
JOYCE ROBERT 10
berbanding dengan kebanyakan Negara membangun yang lain, namun
masih rendah berbanding sistem pendidikan berprestasi tinggi seperti
Singapura dan Korea Selatan. Pada masa yang sama, peluasan yang
cepat berlaku dalam pendidikan Prasekolah. Sekitar 77% murid telah
memasuki pendidikan prasekolah (sama ada kerajaan atau swasta), dan
sasaran Negara adalah untuk memperoleh penyertaan sejagat menerusi
Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), yang terkandung dalam
GTP.
Peningkatan yang signifikan dalam akses disusuli dengan peningkatan
dalam pencapaian murid. Kadar literasi remaja telah meningkat
daripada 88% pada tahun1990 kepada kadar hampir sejagat sebanyak
99% masa kini, manakala kadar literasi dewasa telah meningkat secara
mendadak, iaitu daripada kurang 70% kepada lebih 90% dalam jangka
masa yang sama. Seterusnya, kadar populasi dewasa (berusia 15+
tahun) yang tidak mengikuti persekolahan telah menurun, daripada 60%
pada tahun 1950 kepada kurang 10% pada tahun 2010. Manakala
kadar populasi (berusia 15+ tahun) yang menamatkan pendidikan
menengah telah meningkat daripada sekitar 7% pada tahun 1950
kepada hamper 75% dalam tempoh yang sama. Pencapaian ini adalah
sesuatu yang membanggakan Negara.
LAPORAN PENGHAYATAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA
JOYCE ROBERT 11
SISTEM PENDIDIKAN YANG KOMITED UNTUK
MEMBANGUNKAN MURID SECARA MENYELURUH
Kurikulum sekolah yang digubal merupakan satu usaha berterusan bagi
membangunkan anak-anak secara menyeluruh, merangkum pelbagai
dimensi, iaitu intelek, rohani, emosi, dan jasmani seperti yang
terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Program dan
inisiatif yang membangunkan komponen bukan akademik dilaksanakan
di dalam bilik darjah dan menerusi aktiviti kokurikulum. Sebagai
contoh, Pendidikan Moral dan Pendidikan Islam adalah wajib untuk
semua murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5. Kementerian juga
menetapkan setiap murid mengambil bahagian dalam sekurang-
kurangnya 1 sukan, 1 kelab dan 1 badan beruniform bagi membina
bakat dan memupuk minat, di samping membentuk kemahiran
kepimpinan. Data yang diperoleh menunjukkan kadar penyertaan dalam
aktiviti kokurikulum adalah tinggi.
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk Malaysia telah
digubal pada tahun 1988 dan disemak semula pada tahun
1996, termaktub dalam visi Kementerian dan Kerajaan yang
LAPORAN PENGHAYATAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA
JOYCE ROBERT 12
berhasrat melahirkan generasi holistik dari segi intelektual,
kerohanian, emosi dan jasmani.
“Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha
berterusan ke arah memperkembangkan
lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan
yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan
dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah
bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan Negara.”
LAPORAN PENGHAYATAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA
JOYCE ROBERT 13
PRESTASI AKADEMIK MURID BERBANDING
STANDARD ANTARABANGSA
Objektif asas dalam mana-mana sistem pendidikan adalah untuk
memastikan setiap murid dibekalkan dengan ilmu dan kemahiran untuk
berjaya dalam kehidupan. Sejarah sistem pendidikan Malaysia, seperti
Negara lain di dunia, memberi penekanan terhadap pembangunan
kandungan pengetahuan yang kukuh menerusi mata pelajaran Sains,
Matematik dan Bahasa. Walau bagaimanapun, dari segi pengiktirafan di
peringkat global, kemahiran murid adalah tidak mencukupi sekadar
menguasai 3M (membaca, menulis dan mengira) sahaja apabila mereka
meninggalkan persekolahan. Tumpuan bukan hanya kepada
LAPORAN PENGHAYATAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA
JOYCE ROBERT 14
kepentingan pemerolehan ilmu pengetahuan, tetapi juga pembangunan
kemahiran berfikir aras tinggi.
Prestasi murid Malaysia telah meningkat sejak beberapa dekad yang
lalu, namun pencapaian yang membanggakan itu menghendapi risiko,
dari segi relative dan mutlak. Hal ini disebabkan system pendidikan
Negara lain dapat meningkatkan prestasi murid dengan lebih cepat dan
mampu mengekalkan momentum tersebut secara berterusan. Jurang
pencapaian Antara sistem pendidikan Malaysia dan Negara lain semakin
melebar. Keduanya, pentaksiran antarabangsa menunjukkan prestasi
murid Malaysia semakin merosot dari segi mutlak.
Sepanjang dua dekad yang lalu, pentaksiran antarabangsa murid seperti
Programme for International Students Assessment (PISA) dan Trend in
International Mathematics and Science Study (TIMSS), telah muncul
sebagai kaedah perbandingan langsung tentang kualiti keberhasilan
pendidikan daripada pelbagai sistem pendidikan. Pentaksiran ini
mengambil kira pelbagai kemahiran kognitif seperti aplikasi dan
penaakulan.
Ketika Malaysia mengambil bahagian dalam TIMSS buat pertama
kalinya pada tahun 1999, skor purata murid mengatasi purata
antarabangsa dalam Matematik dan Sains. Penyertaan dalam pusingan
yang terkini pada tahun 2007 menunjukkan prestasi murid Malaysia
telah menurun bawah purata antarabangsa bagi mata pelajaran
Matematik dan Sains, disusuli penurunan dari segi kedudukan Negara.
Lebih kritikal lagi, 18% dan 20% murid Malaysia gagal mencapai tahap
kemahiran minimum dalam Matematik dan Sains pada tahun 2007,
iaitu peningkatan dua hingga empat kali ganda daripada 7% dan 5%
masing-masing pada tahun 2003.
Keputusan PISA 2009+ (penyertaan kali pertama Malaysia) juga tidak
memberangsangkan kerana kedudukan Malaysia terletak dalam
kelompok sepertiga terbawah dalam kalangan 74 negara peserta.
Pencapaian ini juga meletakkan Malaysia bawah pencapaian purata
antarabangsa dan OECD. Hampir 60% murid berumur 15 tahun yang
menyertai PISA gagal mencapai tahap kemahiran minimum dalam
Matematik, manakala 44% dalam bacaan dan 43% dalam Sains tidak
mencapai tahap kemahiran minimum. Perbezaan skor sebanyak 38
mata dalam PISA adalah beesamaan dengan satu tahun persekolahan.
LAPORAN PENGHAYATAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA
JOYCE ROBERT 15
Secara perbandingan, pencapaian murid berumur 15 tahun di
Singapura, di Korea Selatan, di Hong Kong dan di Shanghai seolah-olah
mempunyai tiga atau lebih tahun persekolahan berbanding dengan
murid berumur 15 tahun di Malaysia.
CONTOH KECEMERLANGAN WUJUD DALAM
SISTEM PENDIDIKAN NEGARA
Walaupun keputusan terkini TIMSS dan PISA telah mencetus
kebimbangan, namun terdapat banyak bukti kecemerlangan murid dan
sekolah di seluruh Negara yang telah mencapai standard kebangsaan
berdasarkan ukuran dalam bidang akademik dan bukan akademik. Di
samping itu, Kementerian telah mengiktiraf 66 sekolah di bawah
program Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT). Sekolah berkenaan
merupakan yang terbaik kerana memiliki ciri-ciri yang unik,
meghasilkan kecemerlangan akademik dan bukan akademik murid
secara tekal, dan berkeupayaan bersaing di peringkat antarabangsa.
Sistem pendidikan Negara juga berjaya mewujudkan sekolah, daerah
dan negeri yang mewujudkan peningkatan di luar jangkaan yang
membanggakan, misalnya sejak lima tahun yang lalu, Johor merupakan
salah sebuah negeri yang berada pada lima terbawah berdasarkan
prestasi murid dalam UPSR. Johor telah melaksanakan program
peningkatan kemajuan sekolah yang menyeluruh dan berjaya
meningkatkan pencapaiannya hanya dalam tempoh lima tahun. Johor,
kini, berada dalam kelompok tiga teratas (diukur berdasarkan
pencapaian murid). Begitu juga, terdapat sekolah di kawasan pedalaman
seperti SK Ulu Lubai dan SK Bakalalan, di Sarawak, kedua-dua sekolah
ini berada dalam komuniti yang berpendapatan rendah, namun berjaya
merangkul anugerah amalan terbaik peringkat komanwel pada tahun
2009 kerana Berjaya melaksanakan perubahan yang mengagumkan.
Kejayaan ini menunjukkan wujudnya peluang yang boleh dipelajari dan
meningkatkan lagi amalan terbaik untuk diamalkan dalam sistem
pendidikan secara keseluruhan.
LAPORAN PENGHAYATAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA
JOYCE ROBERT 16
CABARAN KEKAL WUJUD DALAM MENCAPAI
KEBERHASILAN MURID SECARA SAKSAMA
Objektif yang sama penting dalam sistem pendidikan adalah
memastikan kesaksamaan dalam keberhasilan murid. Malangnya,
sehingga kini keberhasilan murid masih tidak saksama. Negeri yang
mempunyai populasi sekolah luar bandar yang banyak, seperti Sabah
dan Sarawak, secara purata, menunjukkan prestasi yang rendah
berbanding negeri yang mempunyai bilangan sekolah luar bandar yang
sedikit. Dalam UPSR, peratus jurang pencapaian antara sekolah bandar
dan luar Bandar adalah 4% mata dan bagi Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM), jurang pencapaian meningkat kepada 8% mata. Walau
bagaimanapun, kedua-dua jurang pencapaian ini telah menurun,
masing-masing sebanyak 5% mata dan 2% mata sejak enam tahun
kebelakangan ini.
Jurang pencapaian antara Sekolah Kebangsaan dan sekolah jenis
kebangsaan juga semakin mengecil. Tidak wujud perbezaan yang ketara
Antara sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan Cina dari segi
pencapaian dalam UPSR. Sejak lima tahun yang lalu, jurang pencapaian
dalam kalangan sekolah jenis kebangsaan Tamil telah berjaya
dikurangkan sebanyak 50% dan jurang pencapaian antara sekolah jenis
kebangsaan Tamil dengan sekolah kebangsaan dan sekolah jenis
kebangsaan Cina telah kurang kepada 4% mata.
Sebaliknya, jurang pencapaian antara jantina adalah signifikan dan
terus meningkat, malah semakin melebar dalam tempoh lima tahun
kebelakangan ini. Murid perempuan sentiasa mengatasi pencapaian
murid lelaki pada semua peringkat. Jurang pencapaian Antara gender
mula kelihatan di peringkat UPSR dan berterusan sehingga ke peringkat
Universiti, iaitu 70% daripada kohort peringkat universiti terdiri
daripada pelajar perempuan. Walaupun fenomena ini bukan unik bagi
Malaysia, namun ia memerlukan Negara tidak mempunyai kohot murid
lelaki ‘tercicir’, yang lebih awal meninggalkan sistem persekolahan atau
merupakan kumpulan berpencapaian rendah.
LAPORAN PENGHAYATAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA
JOYCE ROBERT 17
Akhirnya, jurang ekuiti yang paling besar disebabkan oleh latar
belakang sosioekonomi murid. Jurang ini dilihat berdasarkan tiga aspek:
pencapaian pendidikan ibu bapa, purata pendapatan isi rumah bagi
negeri, dan peratus murid menerimaa bantuan asas kewangan bawah
Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM). Ketiga-tiga aspek ini
merupakan bukti yang tekal bahawa murid daripada keluarga miskin
adalah kurang cemerlang berbanding murid daripada keluarga
berpendapatan sederhana dan tinggi.
KEPELBAGAIAN PILIHAN PERSEKOLAHAN
MEWUJUDKAN PERSEKITARAN ETNIK YANG
HOMOGEN
Kewujudan pelbagai jenis sekolah kebangsaan dan swasta di peringkat
rendah dan peringkat menengah dalam sistem pendidikan menyediakan
peluang kepada ibu bapa untuk memilih jenis sekolah bagi anak-anak
mereka. Walau bagaimanapun, kewujudan persekitaran etnik yang
LAPORAN PENGHAYATAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA
JOYCE ROBERT 18
homogen di sekolah menimbulkan kebimbangan tentang kurangnya
peluang untuk berinteraksi dalam kalangan murid. Demi pengukuhan
identiti dan perpaduan nasional, interaksi dalam kalangan murid perlu
dipertingkatkan bagi membolehkan mereka berkongsi pengalaman dan
aspirasi masa depan Malaysia. Situasi kepelbagaian jenis sekolah yang
wujud dalam sistem pendidikan pada masa ini tidak menyumbang
kepada interaksi yang dihasratkan.
Data yang diperoleh menunjukkan bahawa lebih banyak murid Cina dan
India berdaftar di SJK pada tahun 2011, berbanding 10 tahun yang lalu.
Bilangan murid Cina yang berdaftar di SJKC telah meningkat daripada
92% pada tahun 2000 kepada 96% pada tahun 2011. Peningkatan bagi
murid India yang berada di SJKT adalah lebih ketara, iaitu daripada
47% kepada 56%. Keadaan yang sama wujud di SK kerana 90%
enrolmen murid adalah bumiputera. Di peringkat menengah pula,
walaupun laluan persekolahan adalah satu sahaja, iaitu Sekolah
Menengah Kebangsaan (SMK), namun keadaan terpisah dan homogen
masih wujud. Hal ini berasaskan pemerhatian bahawa terdapat murid
yang masih terbatas untuk terdedah kepada kepelbagaian, misalnya
murid SJKC cenderung untuk ke Sekolah Menengah Persendirian Cina
(SMPC), sementara itu terdapat murid SK menyambung pelajaran di
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA).
Dalam usaha mencapai perpaduan, penting bagi setiap murid
berinteraksi dan belajar bersama-sama rakan sebaya dan guru daripada
pelbagai etnik, agama, budaya dan latar belakang sosioekonomi.
Kementerian telah menyediakan Program Rancangan Integrasi Murid
untuk Perpaduan (RIMUP) menerusi aktiviti kokurikulum bagi
mengukuhkan interaksi dalam kalangan murid di pelbagai jenis sekolah.
Kajian semula yang dijalankan oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti
(JNJK) mendapati program RIMUP berjaya mewujudkan pergaulan
Antara etnik di dalam dan di luar bilik darjah. Oleh sebab kekurangan
peruntukan, telah berlaku penurunan yang ketara dari sudut pengisian
dan bilangan aktiviti untuk program RIMUP.
LAPORAN PENGHAYATAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA
JOYCE ROBERT 19
PULANGAN ATAS PELABURAN TIDAK MEMENUHI
HASRAT
Malaysia terus memperuntukkan bajet yang tinggi untuk pendidikan.
Usaha ini telah meningkatkan akses yang hampir sejagat di peringkat
pendidikan rendah. Pada masa yang sama, akses di peringkat menengah
telah meningkat dengan ketara. Walau bagaimanapun, masih terdapat
ruang untuk menambah baik dari segi aspek kualiti, ekuiti dan
perpaduan.
Melalui perbandingan perbezaan prestasi pelbagai Negara yang
menyertai pentaksiran antarabangsa berdasarkan perbelanjaan
pendidikan per murid, perbezaan setiap band prestasi (Lemah,
Sederhana, Baik, Sangat Baik, Cemerlang) adalah bersamaan dengan
satu tahun persekolahan adalah sangat penting. Data yang diperoleh
pada tahun 2010 menunjukkan prestasi Malaysia berada pada
kedudukan di belakang Negara-negara yang menyediakan jumlah
peruntukkan yang hampir sama atau lebih rendah seperti Thailand,
Chile, dan Armenia. Keadaan ini mungkin disebabkan peruntukkan
untuk pendidikan di Malaysia tidak disalurkan kepada faktor yang
memberi impak tinggi terhadap keberhasilan murid, seperti latihan
untuk meningkatkan kemahiran guru secara berterusan. Sistem
pendidikan berprestasi tinggi seperti di Singapura, di Korea Selatan, dan
di Shanghai sememangnya memperuntukkan jumlah bajet yang lebih
tinggi berbanding Malaysia. Sistem pendidikan Negara juga mampu
melonjak dengan adanya usaha transformasi yang utama seperti ini.
Oleh itu, tahap perbelanjaan untuk pendidikan di Malaysia perlu
dikekalkan, namun kecekapan dan keberkesanan dalam pengagihan
dan perbelanjaan bajet perlu dikaji semula.
ASPIRASI TERHADAP SISTEM PENDIDIKAN DAN
MURID DI MALAYSIA
Bagi memenuhi keperluan semua rakyat Malaysia dan menyediakan
Negara untuk bersaing di peringkat antarabangsa adalah penting untuk
LAPORAN PENGHAYATAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA
JOYCE ROBERT 2
0
Negara melakarkan wawasan kejayaan sistem pendidikan yang ingin
dibangunkan, khusus berdasarkan konteks Malaysia. Kumpulan murid
terbaik yang bagaimanakah ingin dihasilkan untuk berdepan dengan
cabaran ekonomi abad ke-21? Jenis pendidikan yang bagaimanakah
perlu disediakan untuk mereka hadapi globalisasi yang pantas berubah?
Kedua-dua aspirasi ini merangkumi dua aspek: pertama, sistem
pendidikan secara keseluruhan, dan kedua, murid secara individu. Visi
dan aspirasi ini akan menjadi landasan transfomasi sistem pendidikan
Malaysia.
Aspirasi sistem
Pelan pembangunan pendidikan ini berhasrat untuk mencapai lima
keberhasilan teras pendidikan bagi menentukan kejayaan sistem
pendidikan Malaysia secara keseluruhan, iaitu akses, ekuiti, perpaduan
dan kecekapan. Keberhasilan yang ditetapkan ini adalah selari dengan
aspirasi yang disuarakan oleh peserta Dialog Nasional Pendidikan
Kebangsaan. sistem pendidikan berprestasi juga menetapkan teras yang
sama yang perlu dicapai. Tindakan bagi merealisasikan lima teras
berkenaan adalah penting, dan tidak ada inisiatif dalam teras berkenaan
yang boleh dilaksanakan secara berasingan, malah perlu disepadukan
dan digerakkan secara bersama.

LAPORAN PENGHAYATAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA
JOYCE ROBERT 21
LAPORAN PENGHAYATAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA
JOYCE ROBERT 22
LAPORAN PENGHAYATAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA
JOYCE ROBERT 23

More Related Content

What's hot

nota SPP Bab 3
nota SPP Bab 3nota SPP Bab 3
nota SPP Bab 3Rainne Lee
 
L01 dasar pendidikan dan akta pendidikan
L01 dasar pendidikan dan akta pendidikanL01 dasar pendidikan dan akta pendidikan
L01 dasar pendidikan dan akta pendidikanhidayahperlis
 
Bab 2 Dasar dan Hala Tuju Pendidikan Negara
Bab 2 Dasar dan Hala Tuju Pendidikan NegaraBab 2 Dasar dan Hala Tuju Pendidikan Negara
Bab 2 Dasar dan Hala Tuju Pendidikan NegaraJessika Denis
 
Akta pendidikan
Akta pendidikanAkta pendidikan
Akta pendidikanKok En
 
Dasar Pelaksanaan Rimup 2008
Dasar Pelaksanaan Rimup 2008Dasar Pelaksanaan Rimup 2008
Dasar Pelaksanaan Rimup 2008PAKLONG CIKGU
 
nota SPP Bab 4
nota SPP Bab 4nota SPP Bab 4
nota SPP Bab 4Rainne Lee
 
Nota enam teras strategik pipp melangkah ke hadapan
Nota enam teras strategik pipp melangkah ke hadapanNota enam teras strategik pipp melangkah ke hadapan
Nota enam teras strategik pipp melangkah ke hadapanNorkaspawati Kassim
 
GPP1063: Integrasi Nasional dalam Pendidikan
GPP1063: Integrasi Nasional dalam PendidikanGPP1063: Integrasi Nasional dalam Pendidikan
GPP1063: Integrasi Nasional dalam PendidikanAhmad Fahmi
 
Persamaan Dan Perbezaan Akta Pelajaran 1961 Dengan Akta Pendidikan 1996
Persamaan Dan  Perbezaan  Akta  Pelajaran 1961  Dengan  Akta  Pendidikan 1996Persamaan Dan  Perbezaan  Akta  Pelajaran 1961  Dengan  Akta  Pendidikan 1996
Persamaan Dan Perbezaan Akta Pelajaran 1961 Dengan Akta Pendidikan 1996Tan C.EAN
 
Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp)
Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp) Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp)
Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp) Nirwanah Snd
 
bab 3 -Perkembangan pendidikan
bab 3 -Perkembangan pendidikanbab 3 -Perkembangan pendidikan
bab 3 -Perkembangan pendidikanVince Here
 
Usaha usaha kementerian pendidikan malaysia dalam memantapkan perpaduan dan i...
Usaha usaha kementerian pendidikan malaysia dalam memantapkan perpaduan dan i...Usaha usaha kementerian pendidikan malaysia dalam memantapkan perpaduan dan i...
Usaha usaha kementerian pendidikan malaysia dalam memantapkan perpaduan dan i...Sherly Jewinly
 
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025(Ringkasan)
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025(Ringkasan)Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025(Ringkasan)
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025(Ringkasan)Chon Seong Hoo
 

What's hot (18)

nota SPP Bab 3
nota SPP Bab 3nota SPP Bab 3
nota SPP Bab 3
 
L01 dasar pendidikan dan akta pendidikan
L01 dasar pendidikan dan akta pendidikanL01 dasar pendidikan dan akta pendidikan
L01 dasar pendidikan dan akta pendidikan
 
Bab 2 Dasar dan Hala Tuju Pendidikan Negara
Bab 2 Dasar dan Hala Tuju Pendidikan NegaraBab 2 Dasar dan Hala Tuju Pendidikan Negara
Bab 2 Dasar dan Hala Tuju Pendidikan Negara
 
Dasar dasar dan hala tuju pendidikan malaysia
Dasar dasar dan hala tuju pendidikan malaysiaDasar dasar dan hala tuju pendidikan malaysia
Dasar dasar dan hala tuju pendidikan malaysia
 
Akta pendidikan
Akta pendidikanAkta pendidikan
Akta pendidikan
 
Dasar Pelaksanaan Rimup 2008
Dasar Pelaksanaan Rimup 2008Dasar Pelaksanaan Rimup 2008
Dasar Pelaksanaan Rimup 2008
 
nota SPP Bab 4
nota SPP Bab 4nota SPP Bab 4
nota SPP Bab 4
 
Rimup power point
Rimup power pointRimup power point
Rimup power point
 
Nota enam teras strategik pipp melangkah ke hadapan
Nota enam teras strategik pipp melangkah ke hadapanNota enam teras strategik pipp melangkah ke hadapan
Nota enam teras strategik pipp melangkah ke hadapan
 
GPP1063: Integrasi Nasional dalam Pendidikan
GPP1063: Integrasi Nasional dalam PendidikanGPP1063: Integrasi Nasional dalam Pendidikan
GPP1063: Integrasi Nasional dalam Pendidikan
 
Pipp
PippPipp
Pipp
 
Unit 2
Unit 2Unit 2
Unit 2
 
Persamaan Dan Perbezaan Akta Pelajaran 1961 Dengan Akta Pendidikan 1996
Persamaan Dan  Perbezaan  Akta  Pelajaran 1961  Dengan  Akta  Pendidikan 1996Persamaan Dan  Perbezaan  Akta  Pelajaran 1961  Dengan  Akta  Pendidikan 1996
Persamaan Dan Perbezaan Akta Pelajaran 1961 Dengan Akta Pendidikan 1996
 
Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp)
Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp) Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp)
Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp)
 
bab 3 -Perkembangan pendidikan
bab 3 -Perkembangan pendidikanbab 3 -Perkembangan pendidikan
bab 3 -Perkembangan pendidikan
 
Usaha usaha kementerian pendidikan malaysia dalam memantapkan perpaduan dan i...
Usaha usaha kementerian pendidikan malaysia dalam memantapkan perpaduan dan i...Usaha usaha kementerian pendidikan malaysia dalam memantapkan perpaduan dan i...
Usaha usaha kementerian pendidikan malaysia dalam memantapkan perpaduan dan i...
 
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025(Ringkasan)
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025(Ringkasan)Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025(Ringkasan)
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025(Ringkasan)
 
Soalan 3
Soalan 3Soalan 3
Soalan 3
 

Similar to Laporan Penghayatan Pembangunan Pendidikan Malaysia OLEH PPM JOYCE ROBERT

2882268 dasar-pendidikan-di-malaysia
2882268 dasar-pendidikan-di-malaysia2882268 dasar-pendidikan-di-malaysia
2882268 dasar-pendidikan-di-malaysianoeja99
 
Buku dasar pendidikan kebangsaan
Buku dasar pendidikan kebangsaanBuku dasar pendidikan kebangsaan
Buku dasar pendidikan kebangsaanAng Xiao Yean
 
Dasar Pendidikan Kebangsaan
Dasar Pendidikan KebangsaanDasar Pendidikan Kebangsaan
Dasar Pendidikan KebangsaanUder Ahmad
 
Dasar_Pendidikan_Kebangsaan.pdf
Dasar_Pendidikan_Kebangsaan.pdfDasar_Pendidikan_Kebangsaan.pdf
Dasar_Pendidikan_Kebangsaan.pdfHemarani Munisamy
 
Tutorial 3.3
Tutorial 3.3Tutorial 3.3
Tutorial 3.3firo HAR
 
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnik
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnikTragedi 13 mei 1969 hubungan etnik
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnikHadif Syahmi
 
55409333 topik-2-pengenalan-kepada-kbsr-dan-kssr-2-
55409333 topik-2-pengenalan-kepada-kbsr-dan-kssr-2-55409333 topik-2-pengenalan-kepada-kbsr-dan-kssr-2-
55409333 topik-2-pengenalan-kepada-kbsr-dan-kssr-2-osman1972
 
009 buku penerangan kssm
009 buku penerangan kssm009 buku penerangan kssm
009 buku penerangan kssmgirlfrida
 
009 buku penerangan kssm (1)
009 buku penerangan kssm (1)009 buku penerangan kssm (1)
009 buku penerangan kssm (1)Temeji Sabu
 
DASAR PEMBANGUNAN NEGARA MALAYSIA
DASAR PEMBANGUNAN NEGARA MALAYSIADASAR PEMBANGUNAN NEGARA MALAYSIA
DASAR PEMBANGUNAN NEGARA MALAYSIA5006
 
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIASEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIANurul Hidayu Abd Halim
 
Falsafah pendidikan kebangsaan
Falsafah pendidikan kebangsaanFalsafah pendidikan kebangsaan
Falsafah pendidikan kebangsaanHayatuNMustapHa
 
Falsafah asgmen
Falsafah asgmenFalsafah asgmen
Falsafah asgmenmohdpeja
 

Similar to Laporan Penghayatan Pembangunan Pendidikan Malaysia OLEH PPM JOYCE ROBERT (20)

2882268 dasar-pendidikan-di-malaysia
2882268 dasar-pendidikan-di-malaysia2882268 dasar-pendidikan-di-malaysia
2882268 dasar-pendidikan-di-malaysia
 
Dasar dasar dan hala tuju pendidikan malaysia
Dasar dasar dan hala tuju pendidikan malaysiaDasar dasar dan hala tuju pendidikan malaysia
Dasar dasar dan hala tuju pendidikan malaysia
 
Dasar dasar dan hala tuju pendidikan malaysia
Dasar dasar dan hala tuju pendidikan malaysiaDasar dasar dan hala tuju pendidikan malaysia
Dasar dasar dan hala tuju pendidikan malaysia
 
Buku dasar pendidikan kebangsaan
Buku dasar pendidikan kebangsaanBuku dasar pendidikan kebangsaan
Buku dasar pendidikan kebangsaan
 
Dasar Pendidikan Kebangsaan
Dasar Pendidikan KebangsaanDasar Pendidikan Kebangsaan
Dasar Pendidikan Kebangsaan
 
Dasar_Pendidikan_Kebangsaan.pdf
Dasar_Pendidikan_Kebangsaan.pdfDasar_Pendidikan_Kebangsaan.pdf
Dasar_Pendidikan_Kebangsaan.pdf
 
Tutorial 3.3
Tutorial 3.3Tutorial 3.3
Tutorial 3.3
 
Penghargaa1
Penghargaa1Penghargaa1
Penghargaa1
 
Buku dasar
Buku dasarBuku dasar
Buku dasar
 
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnik
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnikTragedi 13 mei 1969 hubungan etnik
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnik
 
55409333 topik-2-pengenalan-kepada-kbsr-dan-kssr-2-
55409333 topik-2-pengenalan-kepada-kbsr-dan-kssr-2-55409333 topik-2-pengenalan-kepada-kbsr-dan-kssr-2-
55409333 topik-2-pengenalan-kepada-kbsr-dan-kssr-2-
 
009 buku penerangan kssm
009 buku penerangan kssm009 buku penerangan kssm
009 buku penerangan kssm
 
009 buku penerangan kssm (1)
009 buku penerangan kssm (1)009 buku penerangan kssm (1)
009 buku penerangan kssm (1)
 
DASAR PEMBANGUNAN NEGARA MALAYSIA
DASAR PEMBANGUNAN NEGARA MALAYSIADASAR PEMBANGUNAN NEGARA MALAYSIA
DASAR PEMBANGUNAN NEGARA MALAYSIA
 
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIASEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
 
PIPP
PIPPPIPP
PIPP
 
Falsafah pendidikan kebangsaan
Falsafah pendidikan kebangsaanFalsafah pendidikan kebangsaan
Falsafah pendidikan kebangsaan
 
Falsafah asgmen
Falsafah asgmenFalsafah asgmen
Falsafah asgmen
 
Analisis fpk
Analisis fpkAnalisis fpk
Analisis fpk
 
Jurang pendidikan 2
Jurang pendidikan 2Jurang pendidikan 2
Jurang pendidikan 2
 

More from Joyce Robert

Laporan pelaksanaan program aktiviti pemakanan pra (JUN 2019)
Laporan pelaksanaan program aktiviti pemakanan pra (JUN 2019)Laporan pelaksanaan program aktiviti pemakanan pra (JUN 2019)
Laporan pelaksanaan program aktiviti pemakanan pra (JUN 2019)Joyce Robert
 
aduan kerosakan peralatan di Prasekolah
aduan kerosakan peralatan di Prasekolahaduan kerosakan peralatan di Prasekolah
aduan kerosakan peralatan di PrasekolahJoyce Robert
 
Belanjawan bantuan kk prasekolah 2018
Belanjawan bantuan kk prasekolah 2018Belanjawan bantuan kk prasekolah 2018
Belanjawan bantuan kk prasekolah 2018Joyce Robert
 
Belanjawan bantuan pcg prasekolah 2018
Belanjawan bantuan pcg prasekolah 2018 Belanjawan bantuan pcg prasekolah 2018
Belanjawan bantuan pcg prasekolah 2018 Joyce Robert
 
Belanjawan bantuan makanan bmp prasekolah 2018
Belanjawan bantuan makanan bmp prasekolah 2018Belanjawan bantuan makanan bmp prasekolah 2018
Belanjawan bantuan makanan bmp prasekolah 2018Joyce Robert
 
Senarai tugasan harian PPM gred N19
Senarai tugasan harian PPM gred N19Senarai tugasan harian PPM gred N19
Senarai tugasan harian PPM gred N19Joyce Robert
 
Senarai tugasan PPM masa cuti sekolah
Senarai tugasan PPM masa cuti sekolahSenarai tugasan PPM masa cuti sekolah
Senarai tugasan PPM masa cuti sekolahJoyce Robert
 
LAPORAN LAWATAN MUHIBAH JAPAN MALAYSIA ASSOCIATION (JMA) KE SK KRAIT SERIAN
LAPORAN LAWATAN MUHIBAH JAPAN MALAYSIA ASSOCIATION (JMA) KE SK KRAIT SERIANLAPORAN LAWATAN MUHIBAH JAPAN MALAYSIA ASSOCIATION (JMA) KE SK KRAIT SERIAN
LAPORAN LAWATAN MUHIBAH JAPAN MALAYSIA ASSOCIATION (JMA) KE SK KRAIT SERIANJoyce Robert
 
LAPORAN TUGASAN PPM SEMASA CUTI SEKOLAH
LAPORAN TUGASAN PPM SEMASA CUTI SEKOLAHLAPORAN TUGASAN PPM SEMASA CUTI SEKOLAH
LAPORAN TUGASAN PPM SEMASA CUTI SEKOLAHJoyce Robert
 
ANJAKAN DAN KEBERHASILAN PELANTAR VLE (VIRTUAL LEARNING ENVIRONMENT) SEKOLAH
ANJAKAN DAN KEBERHASILAN PELANTAR VLE (VIRTUAL LEARNING ENVIRONMENT) SEKOLAHANJAKAN DAN KEBERHASILAN PELANTAR VLE (VIRTUAL LEARNING ENVIRONMENT) SEKOLAH
ANJAKAN DAN KEBERHASILAN PELANTAR VLE (VIRTUAL LEARNING ENVIRONMENT) SEKOLAHJoyce Robert
 
KEPERLUAN AKTIVITI BERMAIN & KEPENTINGANNYA TERHADAP MOTIVASI KANAK-KANAK PRA...
KEPERLUAN AKTIVITI BERMAIN & KEPENTINGANNYA TERHADAP MOTIVASI KANAK-KANAK PRA...KEPERLUAN AKTIVITI BERMAIN & KEPENTINGANNYA TERHADAP MOTIVASI KANAK-KANAK PRA...
KEPERLUAN AKTIVITI BERMAIN & KEPENTINGANNYA TERHADAP MOTIVASI KANAK-KANAK PRA...Joyce Robert
 
FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA
FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARAFALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA
FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARAJoyce Robert
 
BANTUAN KOKURIKULUM PRASEKOLAH (BKKP)
BANTUAN KOKURIKULUM PRASEKOLAH (BKKP)BANTUAN KOKURIKULUM PRASEKOLAH (BKKP)
BANTUAN KOKURIKULUM PRASEKOLAH (BKKP)Joyce Robert
 
BANTUAN MAKANAN PRASEKOLAH (BMP)
BANTUAN MAKANAN PRASEKOLAH (BMP)BANTUAN MAKANAN PRASEKOLAH (BMP)
BANTUAN MAKANAN PRASEKOLAH (BMP)Joyce Robert
 
BANTUAN GERAN PER KAPITA PRASEKOLAH (PCG)
BANTUAN GERAN PER KAPITA PRASEKOLAH (PCG)BANTUAN GERAN PER KAPITA PRASEKOLAH (PCG)
BANTUAN GERAN PER KAPITA PRASEKOLAH (PCG)Joyce Robert
 
LAPORAN AKTIVITI JOM MEMBACA DI KELAS PRASEKOLAH
LAPORAN AKTIVITI JOM MEMBACA DI KELAS PRASEKOLAHLAPORAN AKTIVITI JOM MEMBACA DI KELAS PRASEKOLAH
LAPORAN AKTIVITI JOM MEMBACA DI KELAS PRASEKOLAHJoyce Robert
 
LAPORAN AKTIVITI MELIPAT ORIGAMI DI KELAS PRASEKOLAH
LAPORAN AKTIVITI MELIPAT ORIGAMI DI KELAS PRASEKOLAHLAPORAN AKTIVITI MELIPAT ORIGAMI DI KELAS PRASEKOLAH
LAPORAN AKTIVITI MELIPAT ORIGAMI DI KELAS PRASEKOLAHJoyce Robert
 
LAPORAN AKTIVITI PENANAMAN POKOK DITAJA OLEH JAPAN MALAYSIA ASSOCIATION
LAPORAN AKTIVITI PENANAMAN POKOK DITAJA OLEH JAPAN MALAYSIA ASSOCIATIONLAPORAN AKTIVITI PENANAMAN POKOK DITAJA OLEH JAPAN MALAYSIA ASSOCIATION
LAPORAN AKTIVITI PENANAMAN POKOK DITAJA OLEH JAPAN MALAYSIA ASSOCIATIONJoyce Robert
 
LAPORAN KARNIVAL KID'S ATHLETICS SK KRAIT 2018
LAPORAN KARNIVAL KID'S ATHLETICS SK KRAIT 2018LAPORAN KARNIVAL KID'S ATHLETICS SK KRAIT 2018
LAPORAN KARNIVAL KID'S ATHLETICS SK KRAIT 2018Joyce Robert
 
Minit mesyuarat jawatankuasa pemilihan murid prasekolah tahun 2018
Minit mesyuarat jawatankuasa pemilihan murid prasekolah tahun 2018Minit mesyuarat jawatankuasa pemilihan murid prasekolah tahun 2018
Minit mesyuarat jawatankuasa pemilihan murid prasekolah tahun 2018Joyce Robert
 

More from Joyce Robert (20)

Laporan pelaksanaan program aktiviti pemakanan pra (JUN 2019)
Laporan pelaksanaan program aktiviti pemakanan pra (JUN 2019)Laporan pelaksanaan program aktiviti pemakanan pra (JUN 2019)
Laporan pelaksanaan program aktiviti pemakanan pra (JUN 2019)
 
aduan kerosakan peralatan di Prasekolah
aduan kerosakan peralatan di Prasekolahaduan kerosakan peralatan di Prasekolah
aduan kerosakan peralatan di Prasekolah
 
Belanjawan bantuan kk prasekolah 2018
Belanjawan bantuan kk prasekolah 2018Belanjawan bantuan kk prasekolah 2018
Belanjawan bantuan kk prasekolah 2018
 
Belanjawan bantuan pcg prasekolah 2018
Belanjawan bantuan pcg prasekolah 2018 Belanjawan bantuan pcg prasekolah 2018
Belanjawan bantuan pcg prasekolah 2018
 
Belanjawan bantuan makanan bmp prasekolah 2018
Belanjawan bantuan makanan bmp prasekolah 2018Belanjawan bantuan makanan bmp prasekolah 2018
Belanjawan bantuan makanan bmp prasekolah 2018
 
Senarai tugasan harian PPM gred N19
Senarai tugasan harian PPM gred N19Senarai tugasan harian PPM gred N19
Senarai tugasan harian PPM gred N19
 
Senarai tugasan PPM masa cuti sekolah
Senarai tugasan PPM masa cuti sekolahSenarai tugasan PPM masa cuti sekolah
Senarai tugasan PPM masa cuti sekolah
 
LAPORAN LAWATAN MUHIBAH JAPAN MALAYSIA ASSOCIATION (JMA) KE SK KRAIT SERIAN
LAPORAN LAWATAN MUHIBAH JAPAN MALAYSIA ASSOCIATION (JMA) KE SK KRAIT SERIANLAPORAN LAWATAN MUHIBAH JAPAN MALAYSIA ASSOCIATION (JMA) KE SK KRAIT SERIAN
LAPORAN LAWATAN MUHIBAH JAPAN MALAYSIA ASSOCIATION (JMA) KE SK KRAIT SERIAN
 
LAPORAN TUGASAN PPM SEMASA CUTI SEKOLAH
LAPORAN TUGASAN PPM SEMASA CUTI SEKOLAHLAPORAN TUGASAN PPM SEMASA CUTI SEKOLAH
LAPORAN TUGASAN PPM SEMASA CUTI SEKOLAH
 
ANJAKAN DAN KEBERHASILAN PELANTAR VLE (VIRTUAL LEARNING ENVIRONMENT) SEKOLAH
ANJAKAN DAN KEBERHASILAN PELANTAR VLE (VIRTUAL LEARNING ENVIRONMENT) SEKOLAHANJAKAN DAN KEBERHASILAN PELANTAR VLE (VIRTUAL LEARNING ENVIRONMENT) SEKOLAH
ANJAKAN DAN KEBERHASILAN PELANTAR VLE (VIRTUAL LEARNING ENVIRONMENT) SEKOLAH
 
KEPERLUAN AKTIVITI BERMAIN & KEPENTINGANNYA TERHADAP MOTIVASI KANAK-KANAK PRA...
KEPERLUAN AKTIVITI BERMAIN & KEPENTINGANNYA TERHADAP MOTIVASI KANAK-KANAK PRA...KEPERLUAN AKTIVITI BERMAIN & KEPENTINGANNYA TERHADAP MOTIVASI KANAK-KANAK PRA...
KEPERLUAN AKTIVITI BERMAIN & KEPENTINGANNYA TERHADAP MOTIVASI KANAK-KANAK PRA...
 
FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA
FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARAFALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA
FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA
 
BANTUAN KOKURIKULUM PRASEKOLAH (BKKP)
BANTUAN KOKURIKULUM PRASEKOLAH (BKKP)BANTUAN KOKURIKULUM PRASEKOLAH (BKKP)
BANTUAN KOKURIKULUM PRASEKOLAH (BKKP)
 
BANTUAN MAKANAN PRASEKOLAH (BMP)
BANTUAN MAKANAN PRASEKOLAH (BMP)BANTUAN MAKANAN PRASEKOLAH (BMP)
BANTUAN MAKANAN PRASEKOLAH (BMP)
 
BANTUAN GERAN PER KAPITA PRASEKOLAH (PCG)
BANTUAN GERAN PER KAPITA PRASEKOLAH (PCG)BANTUAN GERAN PER KAPITA PRASEKOLAH (PCG)
BANTUAN GERAN PER KAPITA PRASEKOLAH (PCG)
 
LAPORAN AKTIVITI JOM MEMBACA DI KELAS PRASEKOLAH
LAPORAN AKTIVITI JOM MEMBACA DI KELAS PRASEKOLAHLAPORAN AKTIVITI JOM MEMBACA DI KELAS PRASEKOLAH
LAPORAN AKTIVITI JOM MEMBACA DI KELAS PRASEKOLAH
 
LAPORAN AKTIVITI MELIPAT ORIGAMI DI KELAS PRASEKOLAH
LAPORAN AKTIVITI MELIPAT ORIGAMI DI KELAS PRASEKOLAHLAPORAN AKTIVITI MELIPAT ORIGAMI DI KELAS PRASEKOLAH
LAPORAN AKTIVITI MELIPAT ORIGAMI DI KELAS PRASEKOLAH
 
LAPORAN AKTIVITI PENANAMAN POKOK DITAJA OLEH JAPAN MALAYSIA ASSOCIATION
LAPORAN AKTIVITI PENANAMAN POKOK DITAJA OLEH JAPAN MALAYSIA ASSOCIATIONLAPORAN AKTIVITI PENANAMAN POKOK DITAJA OLEH JAPAN MALAYSIA ASSOCIATION
LAPORAN AKTIVITI PENANAMAN POKOK DITAJA OLEH JAPAN MALAYSIA ASSOCIATION
 
LAPORAN KARNIVAL KID'S ATHLETICS SK KRAIT 2018
LAPORAN KARNIVAL KID'S ATHLETICS SK KRAIT 2018LAPORAN KARNIVAL KID'S ATHLETICS SK KRAIT 2018
LAPORAN KARNIVAL KID'S ATHLETICS SK KRAIT 2018
 
Minit mesyuarat jawatankuasa pemilihan murid prasekolah tahun 2018
Minit mesyuarat jawatankuasa pemilihan murid prasekolah tahun 2018Minit mesyuarat jawatankuasa pemilihan murid prasekolah tahun 2018
Minit mesyuarat jawatankuasa pemilihan murid prasekolah tahun 2018
 

Recently uploaded

Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptArieAdie
 
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxSEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxMUHAMMADHAZIQBINHAMD1
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxRyno Hardie
 
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfA190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfa190303
 
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahBUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahzatonain1
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxTaniaNaggelas2
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.AfifahSalim2
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxNORADILAHBINTIMOHAMA
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfcrvwr4zf9r
 
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)salmnor
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 

Recently uploaded (11)

Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
 
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxSEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
 
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfA190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
 
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahBUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
 
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
 

Laporan Penghayatan Pembangunan Pendidikan Malaysia OLEH PPM JOYCE ROBERT

  • 1. LAPORAN PENGHAYATAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA OLEH PEMBANTU PENGURUSAN MURID CIK JOYCE ROBERT GRED N 19 JOYCE ROBERT | LAPORAN PENGHAYATAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA | TAHUN 2018
  • 2. LAPORAN PENGHAYATAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA JOYCE ROBERT 1 DASAR PENDIDIKANKEBANGSAANMALAYSIA Latarbelakang Dalam tahun-tahun menuju kemerdekaan, telah timbul kesedaran di kalangan pemimpin dan rakyat Malaysia tentang betapa mustahaknya diadakan satu sistem pendidikan kebangsaan untuk mengganti sistem pendidikan penjajah bagi memenuhi kehendak Negara. Atas kesedaran inilah lahir satu dasar Pendidikan (Pelajaran) Kebangsaan melalui Penyata Razak 1956 dan dimaktubkan dalam Ordinan Pelajaran, 1957. Dasar pendidikan ini telah disemak semula dalam tahun 1960 yang menghasilkan Laporan Rahman Talib. Laporan Rahman Talib ini kemudian dimaktubkan dalam Akta Pelajaran, 1961. Kemudian, sebuah Jawatankuasa Kabinet telah ditubuhkan dalam tahun 1974 untuk mengkaji semula Dasar Pendidikan dengan tujuan untuk memperbaiki pelaksanaannya supaya matlamat untuk melahirkan satu masyarakat yang bersatupadu dan berdisiplin serta memenuhi keperluan tenaga rakyat yang terlatih bagi pembangunan Negara dapat dicapai. Laporan Jawatankuasa ini telah diterbitkan dalam tahun 1979. Rasional Sistem pendidikan di zaman penjajahan telah berkembang tanpa mengambilkira kepada keperluan pembangunan, pembentukan identity kebangsaan dan perpaduan negara. Sistem pendidikan berkenaan mengekalkan tumpuan taat setia rakyat pendatang dan keturunan mereka
  • 3. LAPORAN PENGHAYATAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA JOYCE ROBERT 2 kepada negara asal mereka dan menekan (suppress) semangat pembangunan rakyat tempatan. Sistem ini mungkin secocok dengan Tanah Melayu yang terjajah tetapi apabila Tanah Melayu sudah merdeka, ia didapati tidak lagi sesuai. Oleh itu, langkah-langkah diambil bagi menggubal satu sistem pendidikan kebangsaan yang sesuai untuk Negara yang merdeka dan mempunyai matlamat-matlamat sendiri. Objektif Objektif dasar ini dinyatakan dalam pendahuluan kepada Akta Pelajaran, 1961, iaitu: “BAHAWASANYA dasar pelajaran seperti yang diistiharkan dalam Ordinan Pelajaran, 1957 ialah untuk menubuhkan satu sistem pendidikan yang akan dapat memenuhi keperluan Negara dan menggalakkan perkembangan kebudayaan, social. Ekonomi, dan politiknya…” Objektif ini dinyatakan secara am tetapi dalam melaksanakannya, Kementerian Pendidikan dengan berpandukan kepada Penyata Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960, telah mentafsirkannya sebagai menyatupadukan kanak-kanak sekolah berbilang kaum dan menyediakan tenaga kerja (“tenaga rakyat,” istilah yang digunakan oleh Laporan Jawatankuasa Kabinet) bagi keperluan ekonomi. Seterusnya, objektif-objektif ini diperkhususkan lagi apabila Jawatankuasa Kabinet ditubuhkan dan bidang tugasnya ditetapkan. Ini mencerminkan hasrat bahawa Dasar Pendidikan diharapkan dapat memenuhi keperluan tenaga rakyat Negara ini dalam jangka panjang dan pendek dan melahirkan masyarakat yang bersatupadu, berdisiplin dan terlatih. Falsafah Pendidikan Negara yang diasaskan kepada hasrat serta aspirasi Negara dan dinyatakan secara bertulis baru-baru ini memberi penekanan kepada usaha melahirkan insan yang berilmu dan berakhlak, seimbang dan harmonis, yang boleh mencapai kesejahteraan diri dan memberi sumbangan kepada keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara. Ini menjadi satu matlamat penting system pendidikan kebangsaan.
  • 4. LAPORAN PENGHAYATAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA JOYCE ROBERT 3 Strategi Pelaksanaan Beberapa strategi telah digubal untuk mencapai matlamat Dasar Pendidikan yang telah ditetapkan seperti berikut: I. Menjadikan Bahasa Kebangsaan sebagai Bahasa pengantar yang utama; II. Mengadakan kurikulum yang sama dan berorientasikan Malaysia bagi semua jenis sekolah; III. Mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi semua; IV. Melicinkan tatacara pengurusan pendidikan; V. Meningkatkan mutu pendidikan keseluruhannya dengan menyediakan pendidikan yang menyeluruh, seimbang dan bersepadu; VI. Mengadakan peluang pendidikan asas selama sembilan tahun; VII. Mendemokrasikan pendidikan dari segi peluang mutu dengan mengagihkan peruntukan secara adil dan memberi perhatian khas kepada kumpulan yang kurang bernasib baik dan kawasan luar bandar atau pendalaman; VIII. Menyediakan pendidikan rendah mengikut Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) yang berasaskan 3M iaitu membaca, menulis dan mengira pada tahun 1983 yang sejurus kepada kurikulum bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 1989. Matlamat utama kurikulum baru ini adalah untuk melahirkan individu yang seimbang dari segi ilmu pengetahuan dan kemahiran yang sesuai dan mempunyai moral serta nilai etika yang kukuh; IX. Memperluaskan pendidikan Vokasional dan Teknik melalui penyusunan semula kurikulum sekolah vokasional pada tahun 1978; X. Mempelbagai dan memperbanyakkan kemudahan pendidikan di peringkat university terutama dalam bidang sastera gunaan dan sains gunaan; XI. Mempertingkatkan pendidikan kerohanian, moral dan disiplin; XII. Menjadikan Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran yang wajib diajar di sekolah-sekolah dan memberi peluang yang sempurna bagi pembelajaran Bahasa-bahasa lain seperti Bahasa cina dan Bahasa Tamil; dan XIII. Menggalakkan aktiviti ko-kurikulum yang memupuk disiplin, seperti pasukan-pasukan kadet tentera, kadet polis, pengakap, puteri Islam dan lain-lain.
  • 5. LAPORAN PENGHAYATAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA JOYCE ROBERT 4 Di samping strategi ini, dasar Pendidikan Kebangsaan juda dilaksanakan dengan mengada dan memperkembangkan tenaga pengajar yang terlatih dan juga mendirikan sekolah-sekolah selaras dengan pertambahan kanak- kanak. Di kementerian/ Jabatan Pendidikan pula, beberapa bahagian dan jawatankuasa yang meliputi perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Dasar Pendidikan ini. Diantaranya termasuklah Penubuhan Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Bahagian Pelajar Teknik dan Vokasional, Jawatankuasa Pusat Kurikulum, Biro Buku Teks, Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia, Jawatankuasa Perancangan Pendidikan, Bahagian Perkhidmatan, Sebaran Pendidikan dan Pusat Perkembangan Kurikulum. Dasar Pendidikan Kebangsaan sememangnya dapat menampung keperluan- keperluan Negara buat masa ini dan masa depan. Selaras dengan hasrat Negara untuk mencapai tahap Negara perindustrian adalah penting rakyatnya diberi pendidikan secucuk dengan keperluan-keperluan swasta bagi bidang-bidang tertentu seperti pengeluaran, pelancongan, perkhidmatan dan sebagainya. Oleh itu dasar ini bukan sahaja dapat memenuhi keperluan tenaga manusia dari segi jumlah tetapi juga dari segi kualiti. Dasar ini seharusnya dapat menggalakkan lebih ramai rakyat yang terlibat secara aktif dalam bidang keusahawan dan tidak bergantung semata-mata kepada kerajaan untuk mencari kerja. Ini adalah selaras dengan dasar kerajaan semasa yang menekankan pernyertaan swasta secara aktif. Dengan pengaktifan Dasar Pendidikan Kebangsaan dapat mempercepatkan ekonomi Negara secara berkesan. Pelbagai perangkaian pendasaran sistem pendidikan di Negara kita telah memberi peransangan dan penelitian daripada pihak Kementerian Pendidikan Negara bagi mempraktikan sistem pemantapan pendidikan yang sekian lama diperlancarkan. Semaian pengetahuan adalah tanggungjawab bersama-sama rakyat dan taktik-taktik semaian pengetahuan yang baru harus ditanam di dalam pendirian individu tersendiri. Kelebihan dan keberhasilan pendasaran sistem pendidikan Negara adalah sangat maktub dan mantap diperkembangkan sekian bagi memenuhi keperluan pengetahuan rakyat dalam segala kerjaya di masa hadapan. Daripada kerjasama tersebut, sistem ini dapat mencapai kemaktuban pendasaran sistem pendidikan yang telah dihuraikan, direka semata-mata serta diperangkaikan oleh Kementerian Pendidikan Negara.
  • 6. LAPORAN PENGHAYATAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA JOYCE ROBERT 5 Ringkasan Laporan Pada Oktober 2011, Kementerian Pelajaran telah melaksanakan kajian semula sistem pendidikan Negara Malaysia secara menyeluruh dalam usaha membangunkan Pelan Pembangunan Pendidikan yang baharu. Kerajaan telah mengambil keputusan melaksanakan kajian semula sistem pendidikan berdasarkan standard pendidikan antarabangsa yang kian meningkat, peningkatan aspirasi Negara, dan harapan ibu bapa serta masyarakat terhadap dasar pendidikan Negara dalam mempersiapkan generasi muda untuk menghadapi keperluan abad ke-21. Dalam tempoh 11 bulan pelaksanaan kajian, Kementerian telah memperoleh input daripada pelbagai sumber seperti laporan penyelidikan yang dijalankan oleh pakar pendidikan dari UNESCO, Bank Dunia, OECD, dan enam institusi Pengajian Tinggi Awam. Kajian ini juga melibatkan penyertaan pemimpin sekolah, guru, ibu bapa, orang ramai dan murid di seluruh Negara. Dokumen awal Pelan Pembangunan Pendidikan telah dibangunkan bagi menilai prestasi semasa sistem pendidikan Malaysia dengan mengambil kira secara objektif pencapaian lampau dan membandingkannya dengan tanda aras antarabangsa. Pelan ini juga mencadangkan 11 anjakan strategic dan operasi yang perlu dilaksanakan oleh Kementerian bagi mencapai visi yang dihasratkan. Usaha yang dirangka dan akan dilaksanakan untuk mentransformasi sistem pendidikan Negara diharap dapat difahami dengan jelas oleh masyarakat keseluruhannya. Kementerian akan mendapatkan maklum balas tentang laporan pelan ini daripada seluruh komuniti sebelum laporan akhir pelan ini dihasilkan pada Disember 2012.
  • 7. LAPORAN PENGHAYATAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA JOYCE ROBERT 6 Pendidikan memainkan peranan utama bagi perkembangan ekonomi dan pembangunan sesebuah Negara. Proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku di dalam bilik darjah merupakan petunjuk utama yang dapat mengukur dengan tepat kemajuan masa depan sesebuah Negara. Dalam menghadapi persaingan ekonomi global pada masa ini, kejayaan sesebuah Negara amat bergantung pada ilmu pengetahuan, kemahiran dan kompetensi yang dimiliki oleh rakyat. Oleh itu, Negara yang mempunyai rakyat berpendidikan tinggi akan menikmati kemajuan ekonomi yang lebih tinggi. Selain itu, pendidikan juga menjadi asas pembinaan Negara bangsa dan pengukuhan perpaduan. Melalui pendidikan, individu dapat meningkatkan taraf hidup, menjadi ahli masyarakat yang berjaya dan menyumbang aktif kepada pembangunan Negara. Menerusi interaksi, individu daripada pelbagai latar belakang sosioekonomi, agama dan kaum dapat belajar untuk memahami, menerima dan menghargai perbezaan, seterusnya membina perkongsian pengalaman dan aspirasi untuk masa depan Malaysia. Melalui perkongsian pengalaman inilah identiti nasional dan perpaduan Negara dapat dipupuk. Sejak kebelakangan ini, sistem pendidikan Negara telah menjadi perhatian dan perbahasan. Ibu bapa meletakkan harapan tinggi dan majikan menyuarakan kebimbangan terhadap keupayaan system pendidikan untuk menyediakan generasi muda secukupnya bagi menghadapi cabaran abad ke-21. Berdasarkan hakikat sesuatu sistem pendidikan yang kompleks dan rencam, setiap Negara
  • 8. LAPORAN PENGHAYATAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA JOYCE ROBERT 7 memerlukan tempoh yang panjang untuk melihat impak perubahan yang dilaksanakan. Oleh itu, Kementerian perlu mengambil tindakan yang berani dan pantas kerana perubahan yang dihasratkan adalah penting dan mesti dilaksanakan dengan segera. OBJEKTIF DAN PENDEKATAN KAJIAN SEMULA Laporan Penghayatan Pembangunan Pendidikan Malaysia merupakan hasil penyelidikan yang mendalam dan penglibatan meluas masyarakat yang dijalankan oleh Kementerian. Penghayatan Pembangunan Pendidikan dihayati dengan tiga objektif khusus iaitu: 1. Memahami prestasi dan cabaran semasa sistem pendidikan Malaysia dengan memberi tumpuan terhadap akses kepada pendidikan, meningkatkan standard (kualiti), merapatkan jurang pencapaian (ekuiti), mengukuhkan perpaduan dalam kalangan murid, serta mengoptimumkan kecekapan sistem; 2. Mewujudkan visi dan aspirasi yang jelas untuk sistem pendidikan dan setiap murid bagi 8 tahun akan datang; 3. Menggariskan program transformasi sistem pendidikan, yang merangkumi perubahan penting dalam Kementerian bagi memenuhi permintaan baharu dan harapan masyarakat yang meningkat, menyemarak serta menyokong keseluruhan transformasi perkhidmatan awam.
  • 9. LAPORAN PENGHAYATAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA JOYCE ROBERT 8 PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA Pendekatan yang digunakan dalam penyediaan Pelan Pembangunan Pendidikan adalah berani dan ulung kali dilaksanakan. Perspektif daripada pelbagai pakar dan agensi antarabangsa telah digarap untuk menilai dan mentaksir prestasi sistem pendidikan Malaysia. Agensi yang terlibat ialah Bank Dunia, United Nations Educational, Scientific and Cultural Organisation (UNESCO), Organisation for Economic Co- operation and Development (OECD), serta enam universiti tempatan. Kementerian juga bekerjasama dengan agensi kerajaan yang lain untuk memastikan jajaran dengan dasar awam yang lain berkaitan pendidikan. Sebagai contoh, Kementerian bekerjasama dengan PEMANDU untuk membangunkan inisiatif pendidikan menerusi Program Transformasi Kerajaan (GTP)2.0 bagi mencerminkan pembaharuan utama yang terkandung dalam pelan Pembangunan Pendidikan dalam tempoh 2018- 2025. Tambahan lagi, buat pertama kalinya Kementerian telah melibatkan penyertaan rakyat secara besar-besaran. Sepanjang tempoh setahun, lebih 50,000 orang pegawai Kementerian, guru, pemimpin sekolah, ibu bapa, murid dan orang awam di seluruh Negara telah dilibatkan melalui temu bual, kumpulan focus, tinjauan, dewan terbuka Dialog Nasional dan perbincangan meja bulat. Kementerian telah melantik panel pakar yang terdiri daripada 12 ahli tempatan dan empat ahli antarabangsa bagi menyediakan input bebas terhadap dapatan kajian semula sistem pendidikan Negara. PELABURAN YANG SIGNIFIKAN DAN MAPAN DALAM PENDIDIKAN Penyediaan sokongan dan sumber yang disediakan sesuatu sistem kepada sekolah memberi kesan penting kepada preatasi sekolah. Hal ini bertujuan membolehkan guru dan pengetua/ guru besar memberikan tumpuan kepada tugas utama mereka dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Oleh itu pelaburan dalam sistem pendidikan merupakan ukuran penting kepada kesungguhan dan komitmen kerajaan terhadap pendidikan.
  • 10. LAPORAN PENGHAYATAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA JOYCE ROBERT 9 Kerajaan Malaysia telah mengekalkan tahap pelaburan yang tinggi dalam pendidikan sejak Negara mencapai kemerdekaan lebih 55 tahun yang lalu. Pada awal tahun 1980-an, perbelanjaan Persekutuan untuk pendidikan rendah dan menengah sebagai peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) adalah yang tertinggi di Asia Timur. Pada tahun 2011, jumlah perbelanjaan pendidikan sebanyak 3.8% daripada KDNK, atau 16% daripada jumlah perbelanjaan Kerajaan bukan sahaja lebih tinggi daripada purata OECD sebanyak 3.4% daripada KDNK dan 8.7% daripada jumlah perbelanjaan awam, malah adalah setara atau lebih tinggi daripada sistem berprestasi tinggi seperti Singapura, Korea Selatan dan Jepun. Pada tahun 2012, daripada jumlah bajet pendidikan sebanyak RM 37 bilion, Kerajaan terus menyediakan peruntukan yang terbesar, iaitu 16% daripada jumlah bajet kepada Kementerian Pelajaran. Peruntukan ini menunjukkan komitmen Kerajaan terhadap pendidikan sebagai satu daripada keutamaan Negara. LONJAKAN BESAR DALAM MENINGKATKAN AKSES KEPADA PENDIDIKAN Sistem pendidikan Negara menyaksikan lonjakan besar sejak tahun 1957. Ketika Negara mencapai kemerdekaan, lebih separuh daripada populasi tidak menerima pendidikan formal, hanya 6% kanak-kanak menerima pendidikan peringkat menengah, dan 1% sahaja mendapat pendidikan lepas menengah. Namun, lima setengah dekad kemudian, akses kepada pendidikan telah mengalami perubahan yang melangkaui jangkaan. Pada tahun 2011, enrolmen di peringkat pendidikan rendah telah hampir sejagat, iaitu 94% dan peratusan murid yang tercicir daripada pendidikan rendah telah menurun secara signifikan (daripada 3% pada tahun 1989 kepada 0.2% pada tahun 2011). Kadar enrolmen di peringkat menengah rendah (tingkatan 1 hingga 3) telah meningkat kepada 87%. Peningkatan terbesar berlaku di peringkat menengah atas (Tingkatan 4 hingga 5), dengan enrolmen meningkat hampir dua kali ganda daripada 45% pada tahun 1980-an kepada 78% pada tahun 2011. Kadar enrolmen ini adalah lebih tinggi sekiranya enrolmen di sekolah swasta juga diambil kira, iaitu 96% peringkat rendah, 91% peringkat menengah, dan 82% menengah atas. Kadar ini adalah yang lebih tinggi
  • 11. LAPORAN PENGHAYATAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA JOYCE ROBERT 10 berbanding dengan kebanyakan Negara membangun yang lain, namun masih rendah berbanding sistem pendidikan berprestasi tinggi seperti Singapura dan Korea Selatan. Pada masa yang sama, peluasan yang cepat berlaku dalam pendidikan Prasekolah. Sekitar 77% murid telah memasuki pendidikan prasekolah (sama ada kerajaan atau swasta), dan sasaran Negara adalah untuk memperoleh penyertaan sejagat menerusi Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), yang terkandung dalam GTP. Peningkatan yang signifikan dalam akses disusuli dengan peningkatan dalam pencapaian murid. Kadar literasi remaja telah meningkat daripada 88% pada tahun1990 kepada kadar hampir sejagat sebanyak 99% masa kini, manakala kadar literasi dewasa telah meningkat secara mendadak, iaitu daripada kurang 70% kepada lebih 90% dalam jangka masa yang sama. Seterusnya, kadar populasi dewasa (berusia 15+ tahun) yang tidak mengikuti persekolahan telah menurun, daripada 60% pada tahun 1950 kepada kurang 10% pada tahun 2010. Manakala kadar populasi (berusia 15+ tahun) yang menamatkan pendidikan menengah telah meningkat daripada sekitar 7% pada tahun 1950 kepada hamper 75% dalam tempoh yang sama. Pencapaian ini adalah sesuatu yang membanggakan Negara.
  • 12. LAPORAN PENGHAYATAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA JOYCE ROBERT 11 SISTEM PENDIDIKAN YANG KOMITED UNTUK MEMBANGUNKAN MURID SECARA MENYELURUH Kurikulum sekolah yang digubal merupakan satu usaha berterusan bagi membangunkan anak-anak secara menyeluruh, merangkum pelbagai dimensi, iaitu intelek, rohani, emosi, dan jasmani seperti yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Program dan inisiatif yang membangunkan komponen bukan akademik dilaksanakan di dalam bilik darjah dan menerusi aktiviti kokurikulum. Sebagai contoh, Pendidikan Moral dan Pendidikan Islam adalah wajib untuk semua murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5. Kementerian juga menetapkan setiap murid mengambil bahagian dalam sekurang- kurangnya 1 sukan, 1 kelab dan 1 badan beruniform bagi membina bakat dan memupuk minat, di samping membentuk kemahiran kepimpinan. Data yang diperoleh menunjukkan kadar penyertaan dalam aktiviti kokurikulum adalah tinggi. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk Malaysia telah digubal pada tahun 1988 dan disemak semula pada tahun 1996, termaktub dalam visi Kementerian dan Kerajaan yang
  • 13. LAPORAN PENGHAYATAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA JOYCE ROBERT 12 berhasrat melahirkan generasi holistik dari segi intelektual, kerohanian, emosi dan jasmani. “Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan Negara.”
  • 14. LAPORAN PENGHAYATAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA JOYCE ROBERT 13 PRESTASI AKADEMIK MURID BERBANDING STANDARD ANTARABANGSA Objektif asas dalam mana-mana sistem pendidikan adalah untuk memastikan setiap murid dibekalkan dengan ilmu dan kemahiran untuk berjaya dalam kehidupan. Sejarah sistem pendidikan Malaysia, seperti Negara lain di dunia, memberi penekanan terhadap pembangunan kandungan pengetahuan yang kukuh menerusi mata pelajaran Sains, Matematik dan Bahasa. Walau bagaimanapun, dari segi pengiktirafan di peringkat global, kemahiran murid adalah tidak mencukupi sekadar menguasai 3M (membaca, menulis dan mengira) sahaja apabila mereka meninggalkan persekolahan. Tumpuan bukan hanya kepada
  • 15. LAPORAN PENGHAYATAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA JOYCE ROBERT 14 kepentingan pemerolehan ilmu pengetahuan, tetapi juga pembangunan kemahiran berfikir aras tinggi. Prestasi murid Malaysia telah meningkat sejak beberapa dekad yang lalu, namun pencapaian yang membanggakan itu menghendapi risiko, dari segi relative dan mutlak. Hal ini disebabkan system pendidikan Negara lain dapat meningkatkan prestasi murid dengan lebih cepat dan mampu mengekalkan momentum tersebut secara berterusan. Jurang pencapaian Antara sistem pendidikan Malaysia dan Negara lain semakin melebar. Keduanya, pentaksiran antarabangsa menunjukkan prestasi murid Malaysia semakin merosot dari segi mutlak. Sepanjang dua dekad yang lalu, pentaksiran antarabangsa murid seperti Programme for International Students Assessment (PISA) dan Trend in International Mathematics and Science Study (TIMSS), telah muncul sebagai kaedah perbandingan langsung tentang kualiti keberhasilan pendidikan daripada pelbagai sistem pendidikan. Pentaksiran ini mengambil kira pelbagai kemahiran kognitif seperti aplikasi dan penaakulan. Ketika Malaysia mengambil bahagian dalam TIMSS buat pertama kalinya pada tahun 1999, skor purata murid mengatasi purata antarabangsa dalam Matematik dan Sains. Penyertaan dalam pusingan yang terkini pada tahun 2007 menunjukkan prestasi murid Malaysia telah menurun bawah purata antarabangsa bagi mata pelajaran Matematik dan Sains, disusuli penurunan dari segi kedudukan Negara. Lebih kritikal lagi, 18% dan 20% murid Malaysia gagal mencapai tahap kemahiran minimum dalam Matematik dan Sains pada tahun 2007, iaitu peningkatan dua hingga empat kali ganda daripada 7% dan 5% masing-masing pada tahun 2003. Keputusan PISA 2009+ (penyertaan kali pertama Malaysia) juga tidak memberangsangkan kerana kedudukan Malaysia terletak dalam kelompok sepertiga terbawah dalam kalangan 74 negara peserta. Pencapaian ini juga meletakkan Malaysia bawah pencapaian purata antarabangsa dan OECD. Hampir 60% murid berumur 15 tahun yang menyertai PISA gagal mencapai tahap kemahiran minimum dalam Matematik, manakala 44% dalam bacaan dan 43% dalam Sains tidak mencapai tahap kemahiran minimum. Perbezaan skor sebanyak 38 mata dalam PISA adalah beesamaan dengan satu tahun persekolahan.
  • 16. LAPORAN PENGHAYATAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA JOYCE ROBERT 15 Secara perbandingan, pencapaian murid berumur 15 tahun di Singapura, di Korea Selatan, di Hong Kong dan di Shanghai seolah-olah mempunyai tiga atau lebih tahun persekolahan berbanding dengan murid berumur 15 tahun di Malaysia. CONTOH KECEMERLANGAN WUJUD DALAM SISTEM PENDIDIKAN NEGARA Walaupun keputusan terkini TIMSS dan PISA telah mencetus kebimbangan, namun terdapat banyak bukti kecemerlangan murid dan sekolah di seluruh Negara yang telah mencapai standard kebangsaan berdasarkan ukuran dalam bidang akademik dan bukan akademik. Di samping itu, Kementerian telah mengiktiraf 66 sekolah di bawah program Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT). Sekolah berkenaan merupakan yang terbaik kerana memiliki ciri-ciri yang unik, meghasilkan kecemerlangan akademik dan bukan akademik murid secara tekal, dan berkeupayaan bersaing di peringkat antarabangsa. Sistem pendidikan Negara juga berjaya mewujudkan sekolah, daerah dan negeri yang mewujudkan peningkatan di luar jangkaan yang membanggakan, misalnya sejak lima tahun yang lalu, Johor merupakan salah sebuah negeri yang berada pada lima terbawah berdasarkan prestasi murid dalam UPSR. Johor telah melaksanakan program peningkatan kemajuan sekolah yang menyeluruh dan berjaya meningkatkan pencapaiannya hanya dalam tempoh lima tahun. Johor, kini, berada dalam kelompok tiga teratas (diukur berdasarkan pencapaian murid). Begitu juga, terdapat sekolah di kawasan pedalaman seperti SK Ulu Lubai dan SK Bakalalan, di Sarawak, kedua-dua sekolah ini berada dalam komuniti yang berpendapatan rendah, namun berjaya merangkul anugerah amalan terbaik peringkat komanwel pada tahun 2009 kerana Berjaya melaksanakan perubahan yang mengagumkan. Kejayaan ini menunjukkan wujudnya peluang yang boleh dipelajari dan meningkatkan lagi amalan terbaik untuk diamalkan dalam sistem pendidikan secara keseluruhan.
  • 17. LAPORAN PENGHAYATAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA JOYCE ROBERT 16 CABARAN KEKAL WUJUD DALAM MENCAPAI KEBERHASILAN MURID SECARA SAKSAMA Objektif yang sama penting dalam sistem pendidikan adalah memastikan kesaksamaan dalam keberhasilan murid. Malangnya, sehingga kini keberhasilan murid masih tidak saksama. Negeri yang mempunyai populasi sekolah luar bandar yang banyak, seperti Sabah dan Sarawak, secara purata, menunjukkan prestasi yang rendah berbanding negeri yang mempunyai bilangan sekolah luar bandar yang sedikit. Dalam UPSR, peratus jurang pencapaian antara sekolah bandar dan luar Bandar adalah 4% mata dan bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), jurang pencapaian meningkat kepada 8% mata. Walau bagaimanapun, kedua-dua jurang pencapaian ini telah menurun, masing-masing sebanyak 5% mata dan 2% mata sejak enam tahun kebelakangan ini. Jurang pencapaian antara Sekolah Kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan juga semakin mengecil. Tidak wujud perbezaan yang ketara Antara sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan Cina dari segi pencapaian dalam UPSR. Sejak lima tahun yang lalu, jurang pencapaian dalam kalangan sekolah jenis kebangsaan Tamil telah berjaya dikurangkan sebanyak 50% dan jurang pencapaian antara sekolah jenis kebangsaan Tamil dengan sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan Cina telah kurang kepada 4% mata. Sebaliknya, jurang pencapaian antara jantina adalah signifikan dan terus meningkat, malah semakin melebar dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini. Murid perempuan sentiasa mengatasi pencapaian murid lelaki pada semua peringkat. Jurang pencapaian Antara gender mula kelihatan di peringkat UPSR dan berterusan sehingga ke peringkat Universiti, iaitu 70% daripada kohort peringkat universiti terdiri daripada pelajar perempuan. Walaupun fenomena ini bukan unik bagi Malaysia, namun ia memerlukan Negara tidak mempunyai kohot murid lelaki ‘tercicir’, yang lebih awal meninggalkan sistem persekolahan atau merupakan kumpulan berpencapaian rendah.
  • 18. LAPORAN PENGHAYATAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA JOYCE ROBERT 17 Akhirnya, jurang ekuiti yang paling besar disebabkan oleh latar belakang sosioekonomi murid. Jurang ini dilihat berdasarkan tiga aspek: pencapaian pendidikan ibu bapa, purata pendapatan isi rumah bagi negeri, dan peratus murid menerimaa bantuan asas kewangan bawah Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM). Ketiga-tiga aspek ini merupakan bukti yang tekal bahawa murid daripada keluarga miskin adalah kurang cemerlang berbanding murid daripada keluarga berpendapatan sederhana dan tinggi. KEPELBAGAIAN PILIHAN PERSEKOLAHAN MEWUJUDKAN PERSEKITARAN ETNIK YANG HOMOGEN Kewujudan pelbagai jenis sekolah kebangsaan dan swasta di peringkat rendah dan peringkat menengah dalam sistem pendidikan menyediakan peluang kepada ibu bapa untuk memilih jenis sekolah bagi anak-anak mereka. Walau bagaimanapun, kewujudan persekitaran etnik yang
  • 19. LAPORAN PENGHAYATAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA JOYCE ROBERT 18 homogen di sekolah menimbulkan kebimbangan tentang kurangnya peluang untuk berinteraksi dalam kalangan murid. Demi pengukuhan identiti dan perpaduan nasional, interaksi dalam kalangan murid perlu dipertingkatkan bagi membolehkan mereka berkongsi pengalaman dan aspirasi masa depan Malaysia. Situasi kepelbagaian jenis sekolah yang wujud dalam sistem pendidikan pada masa ini tidak menyumbang kepada interaksi yang dihasratkan. Data yang diperoleh menunjukkan bahawa lebih banyak murid Cina dan India berdaftar di SJK pada tahun 2011, berbanding 10 tahun yang lalu. Bilangan murid Cina yang berdaftar di SJKC telah meningkat daripada 92% pada tahun 2000 kepada 96% pada tahun 2011. Peningkatan bagi murid India yang berada di SJKT adalah lebih ketara, iaitu daripada 47% kepada 56%. Keadaan yang sama wujud di SK kerana 90% enrolmen murid adalah bumiputera. Di peringkat menengah pula, walaupun laluan persekolahan adalah satu sahaja, iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK), namun keadaan terpisah dan homogen masih wujud. Hal ini berasaskan pemerhatian bahawa terdapat murid yang masih terbatas untuk terdedah kepada kepelbagaian, misalnya murid SJKC cenderung untuk ke Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC), sementara itu terdapat murid SK menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA). Dalam usaha mencapai perpaduan, penting bagi setiap murid berinteraksi dan belajar bersama-sama rakan sebaya dan guru daripada pelbagai etnik, agama, budaya dan latar belakang sosioekonomi. Kementerian telah menyediakan Program Rancangan Integrasi Murid untuk Perpaduan (RIMUP) menerusi aktiviti kokurikulum bagi mengukuhkan interaksi dalam kalangan murid di pelbagai jenis sekolah. Kajian semula yang dijalankan oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) mendapati program RIMUP berjaya mewujudkan pergaulan Antara etnik di dalam dan di luar bilik darjah. Oleh sebab kekurangan peruntukan, telah berlaku penurunan yang ketara dari sudut pengisian dan bilangan aktiviti untuk program RIMUP.
  • 20. LAPORAN PENGHAYATAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA JOYCE ROBERT 19 PULANGAN ATAS PELABURAN TIDAK MEMENUHI HASRAT Malaysia terus memperuntukkan bajet yang tinggi untuk pendidikan. Usaha ini telah meningkatkan akses yang hampir sejagat di peringkat pendidikan rendah. Pada masa yang sama, akses di peringkat menengah telah meningkat dengan ketara. Walau bagaimanapun, masih terdapat ruang untuk menambah baik dari segi aspek kualiti, ekuiti dan perpaduan. Melalui perbandingan perbezaan prestasi pelbagai Negara yang menyertai pentaksiran antarabangsa berdasarkan perbelanjaan pendidikan per murid, perbezaan setiap band prestasi (Lemah, Sederhana, Baik, Sangat Baik, Cemerlang) adalah bersamaan dengan satu tahun persekolahan adalah sangat penting. Data yang diperoleh pada tahun 2010 menunjukkan prestasi Malaysia berada pada kedudukan di belakang Negara-negara yang menyediakan jumlah peruntukkan yang hampir sama atau lebih rendah seperti Thailand, Chile, dan Armenia. Keadaan ini mungkin disebabkan peruntukkan untuk pendidikan di Malaysia tidak disalurkan kepada faktor yang memberi impak tinggi terhadap keberhasilan murid, seperti latihan untuk meningkatkan kemahiran guru secara berterusan. Sistem pendidikan berprestasi tinggi seperti di Singapura, di Korea Selatan, dan di Shanghai sememangnya memperuntukkan jumlah bajet yang lebih tinggi berbanding Malaysia. Sistem pendidikan Negara juga mampu melonjak dengan adanya usaha transformasi yang utama seperti ini. Oleh itu, tahap perbelanjaan untuk pendidikan di Malaysia perlu dikekalkan, namun kecekapan dan keberkesanan dalam pengagihan dan perbelanjaan bajet perlu dikaji semula. ASPIRASI TERHADAP SISTEM PENDIDIKAN DAN MURID DI MALAYSIA Bagi memenuhi keperluan semua rakyat Malaysia dan menyediakan Negara untuk bersaing di peringkat antarabangsa adalah penting untuk
  • 21. LAPORAN PENGHAYATAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA JOYCE ROBERT 2 0 Negara melakarkan wawasan kejayaan sistem pendidikan yang ingin dibangunkan, khusus berdasarkan konteks Malaysia. Kumpulan murid terbaik yang bagaimanakah ingin dihasilkan untuk berdepan dengan cabaran ekonomi abad ke-21? Jenis pendidikan yang bagaimanakah perlu disediakan untuk mereka hadapi globalisasi yang pantas berubah? Kedua-dua aspirasi ini merangkumi dua aspek: pertama, sistem pendidikan secara keseluruhan, dan kedua, murid secara individu. Visi dan aspirasi ini akan menjadi landasan transfomasi sistem pendidikan Malaysia. Aspirasi sistem Pelan pembangunan pendidikan ini berhasrat untuk mencapai lima keberhasilan teras pendidikan bagi menentukan kejayaan sistem pendidikan Malaysia secara keseluruhan, iaitu akses, ekuiti, perpaduan dan kecekapan. Keberhasilan yang ditetapkan ini adalah selari dengan aspirasi yang disuarakan oleh peserta Dialog Nasional Pendidikan Kebangsaan. sistem pendidikan berprestasi juga menetapkan teras yang sama yang perlu dicapai. Tindakan bagi merealisasikan lima teras berkenaan adalah penting, dan tidak ada inisiatif dalam teras berkenaan yang boleh dilaksanakan secara berasingan, malah perlu disepadukan dan digerakkan secara bersama. 
  • 22. LAPORAN PENGHAYATAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA JOYCE ROBERT 21
  • 23. LAPORAN PENGHAYATAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA JOYCE ROBERT 22
  • 24. LAPORAN PENGHAYATAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA JOYCE ROBERT 23