Teori pembelajaran sosial Bandura menyatakan bahwa individu belajar melalui pengamatan dan peniruan tingkah laku orang lain. Ia terdiri dari empat tahap proses pembelajaran: perhatian, penyimpanan ingatan, reproduksi, dan motivasi. Teori ini menekankan peranan keluarga dan masyarakat dalam memastikan anak-anak hanya meniru tingkah laku yang positif.
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docx
artikel 3
1. Artikel 1
Berdasarkan artikel 1, saya dapat merumuskan bahawa pemikiran moral yang dikemukakan
oleh Albert Bandura adalah berdasarkan teori pembelajaran sosial-kognitif. Hal ini kerana
Bandura berpendapat bahawa individu akan mempelajari sesuatu dengan melihat dan
seterusnya meniru perbuatan masyarakat di sekelilingnya. Hal ini dinyatakan dalam teori
Bandura yang berasaskan tiga ciri-ciri dimana individu akan meniru tingkah laku individu di
sekelilingnya yang dipanggil tingkah laku model. Peniruan tersebut akan menjadi kebiasaannya
apabila terdapat pengukuhan melalui perbuatan yang ditiru. Ciri-ciri seterusnya adalah individu
akan meniru perbuatan seseorang itu apabila terdapat hubungan yang erat dan mesra antara
individu dan modelnya. Seterusnya, hasil pembelajaran adalah berupa kode perilaku visual dan
verbal yang diwujudkan dalam tingkah laku seharian. Selain itu, Bandura juga ada menyatakan
bahawa terdapat tiga unsur penting bagi memastikan tingkah laku yang ditiru itu dapat
dikukuhkan dalam diri individu yang berkaitan. Antaranya adalah tingkah laku model yang ingin
ditiru, pengaruh tingkah laku model dan proses internal individu itu sendiri. Maksudnya adalah
individu itu akan melalui pembelajaran dengan proses mengenal tingkah laku model dan
kemudiannya mempertimbangkan untuk meniru tingkah laku itu jika bersesuaian dengan situasi
dirinya sehingga menjadi tingkah laku hariannya. Yang pastinya, setiap proses pembelajaran
dalam meniru tingkah laku modelnya, pelajar itu contohnya akan melalui beberapa tahap urutan
peristiwa. Tahap ini kebiasaannya akan dimulakan dengan tindak balas dari pelajar dan
kemudiannya berakhir dengan perubahan terhadap tingkah laku yang ditiru. Antara tahap yang
ditekankan oleh Bandura dalam teorinya adalah :
1. Tahap perhatian dimana pelajar khususnya akan memusatkan pemerhatian mereka
kepada model mereka ataupun tingkah laku yang diingini dimana tingkah laku tersebut
menarik dan unik berbanding model-model yang lain.
2. Tahap penyimpanan dalam ingatan dimana sebarang maklumat berbentuk material
ataupun contoh tingkah laku model itu akan ditangkap , diproses dan seterusnya
disimpan dalam ingatan mereka.
3. Tahap reproduksi pula adalah tahap di mana segala imaginasi dan bayangan yang
mempunyai maklumat berkaitan tingkah laku yang terdapat dalam ingatan pelajar akan
dikeluarkan semula.
4. Tahap motivasi pula adalah tahap yang sangat penting di mana dengan adanya
dorongan dan sokongan dari orang sekelilingnya untuk meneruskan tingkah laku itu
akan dapat membantu pelajar mengukuhkan lagi perbuatan hariannya itu.
2. Kesimpulannya, teori pembelajaran sosial ini menekankan kepada proses dimana keluarga dan
juga masyarakat sekeliling memainkan peranan yang sangat penting bagi memastikan kanak-
kanak hanya meniru tingkah laku yang baik dan berfaedah sahaja bagi menjamin kesejahteraan
dan masa depan mereka yang cerah.