SlideShare a Scribd company logo
1 of 12
Download to read offline
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015)
1
KAJIAN PERBANDINGAN ANTARA MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI
(MAIN) DAN PENTADBIR PERSENDIRIAN DALAM PENGURUSAN
INSTITUSI WAKAF DI MALAYSIA
Hasyeilla Abd Mutalib1,
Rusnadewi Abdul Rashid2,
Rabitah Harun3,
Siti Fatimah
Sudin4
1&3
Pensyarah, Pensyarah Kanan,Fakulti Pengurusan Perniagaan, Universiti Teknologi
MARA Perlis.1
hasyeilla798@perlis.uitm.edu.my, 3
rabitah@perlis.uitm.edu.my
2
Pensyarah Kanan (PhD), Fakulti Undang-Undang, Universiti Teknologi MARA
Perlis.2
rusnadewi@perlis.uitm.edu.my
4
Pensyarah Kanan, Akademi Pengajian Islam Kontemparorari, Universiti Teknologi
MARA Perlis.4
sitifati@perlis.uitm.edu.my
Abstrak
Pengurusan yang efektif, cekap dan sistematik mampu memberi impak yang positif
kepada prestasi keseluruhan sesebuah institusi termasuk institusi wakaf. Di Malaysia,
Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) merupakan pemegang amanah tunggal bagi
pengurusan harta wakaf yang telah didaftarkan di peringkat kerajaan negeri. Selain itu,
terdapat juga institusi wakaf yang ditadbir secara persendirian. Kepelbagaian dalam
amalan pengurusan bagi setiap institusi memberi cabaran yang besar dalam
menguruskan harta wakaf tersebut agar terus kekal memberi manfaat kepada
masyarakat. Tujuan artikel ini ditulis adalah untuk membuat perbandingan kepelbagaian
amalan pengurusan wakaf oleh pentadbir-pentadbir tersebut serta kesannya terhadap
pembangunan institusi wakaf di negara ini. Rekabentuk kajian kualitatif digunakan
dengan menggunakan kajian kepustakaan. Dapatan kajian ini diharap dapat memberi
penjelasan tentang perbandingan amalan pengurusan bagi setiap pentadbir tersebut dari
aspek perolehan dana, keupayaan pengurusan, perundangan, pemasaran dan tahap
kepercayaan masyarakat. Hasil perbincangan kertas kerja ini diharap dapat memberi
pemahaman terhadap kepelbagaian amalan pengurusan institusi wakaf di negara ini serta
kesannya terhadap masyarakat.
Kata kunci: wakaf; pentadbir; MAIN; persendirian
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015)
2
PENDAHULUAN
Pengurusan wakaf yang telus dan teratur oleh mana-mana pemegang amanah dan
pentadbir sama ada Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) atau persendirian memainkan
peranan penting dalam memartabatkan institusi wakaf. MAIN boleh dikatakan sebagai
peneraju utama bagi pembangunan wakaf yang lebih luas seperti dalam sektor teknologi,
kesihatan (Mohamad Khairul Izwan Rifin et.al, 2014), pembinaan rumah penginapan,
pusat dialisis, hotel dan sebagainya. Bagi wakaf berbentuk institusi pendidikan yang
berteraskan keagamaan seperti maahad tahfiz dan sekolah agama pula, masyarakat
masih lagi terikat dengan tradisi untuk meletakkan kepercayaan yang tinggi kepada
pentadbir persendirian, terutama bagi masyarakat luar bandar. Namun kini, pelaksanaan
wakaf korporat yang bersifat kontemporari seperti wakaf tunai, wakaf sukuk, saham
wakaf dan sebagainya telah diperkenalkan oleh Johor Corporation Berhad (JCorp)
melalui anak syarikatnya iaitu Waqaf An-Nur Corporation Berhad (WANCorp) yang
merupakan pentadbir persendirian melalui entiti syarikat berhad dengan jaminan
(Borham, Abd. Shakor, 2011).
Perbandingan yang dibuat dalam kertas kerja ini bukan bertujuan untuk mencari
kelemahan mana-mana pihak dalam pengurusan wakaf di negara ini, tetapi hanya
sebagai satu usaha untuk memberi pendedahan terhadap senario pengurusan institusi
wakaf oleh pelbagai pihak. Ia diharap dapat membantu dalam meningkatkan kualiti
pengurusan dan pembangunan wakaf.
KAJIAN LITERATUR
Menurut kamus Munjid (1986), wakaf dari segi bahasa berasal daripada perkataan Arab
waqafa’ yang bermaksud tahan atau berhenti. Manakala dari segi istilah, ‘menahan
sesuatu benda atau harta yang suci dan halal bentuk zatnya supaya digunakan untuk
tujuan kebaikan dan mendapat manfaat darinya. Menurut Asmak (2009), wakaf
membawa maksud suatu bentuk penyerahan harta sama ada secara terang (sorih), atau
sindiran (kinayah), di mana harta berkenaan ditahan dan hanya manfaatnya sahaja yang
diaplikasikan untuk tujuan-tujuan kebajikan sama ada berbentuk umum ataupun khusus.
Pelaksanaan wakaf bermula pada zaman Rasulullulah SAW di mana baginda sendiri
telah mewakafkan masjid Quba’ semasa baginda berhijrah ke Madinah dan diikuti
dengan wakaf masjid Nabawi (Dr. Mohd Daud Bakar: 1999 di dalam Razali
Othman:2001). Manakala wakaf am yang pertama dilakukan adalah pemberian wakaf
sebanyak tujuh buah kebun atau taman oleh seorang sahabat berbangsa Yahudi bernama
Mukhayriq. Rasulullah S.A.W telah menerima wakaf ini dan menamakan Mukhayriq
sebagai sebaik-baik orang Yahudi. Namun begitu terdapat juga pendapat menyatakan
bahawa wakaf telah bermula apabila Saidina Umar RA memperolehi sebidang tanah di
Khaibar. Lalu mengadap baginda Nabi SAW untuk mengetahui apa yang perlu dibuat
dengan tanah tersebut. Baginda SAW menganjurkan agar Saidina Umar RA
menyedekahkan hasilnya tanpa perlu menjualnya, mewariskan atau memberikan tanah
tersebut kepada orang lain (Safiah et.al:2006 di dalam Rabitah, Norhidayah, & Zuraidah:
2010).
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015)
3
Dari sudut pelaksanaannya di Malaysia pula, wakaf dipercayai telah wujud lebih
daripada lapan ratus tahun yang lalu (Syed Othman, 1986) iaitu sejak zaman kedatangan
Islam di Tanah Melayu (Latiff Azha et.al, 2013). Menurut Razali Othman (2001),
pengurusan wakaf di Malaysia sebelum tahun 1950-an dipegang oleh pemegang amanah
yang dipercayai oleh pewakaf, khususnya individu dan ditadbir oleh cerdik pandai Islam
atau orang-orang yang dipercayai dalam masyarakat setempat seperti tok guru, tuan
imam, lebai, kiyai, ulamak dan ketua-ketua kampong. Pengurusan wakaf pada ketika itu
dikatakan tidak rumit kerana masyarakat akur tentang hukum hakam yang berkaitan
dengan wakaf (Maznah Zakaria et.al, 2015). Jarang sekali berlaku salah faham, pecah
amanah atau tuntutan kembali harta wakaf oleh waris walaupun amalan pengurusan pada
ketika itu hanya dilakukan secara lisan. Pemegang amanah yang dilantik dan ditugaskan
sebagai pengurus pula biasanya terdiri daripada mereka yang mempunyai sifat amanah,
disegani dan dihormati oleh masyarakat setempat. Kepercayaan yang tinggi
menyebabkan terdapat sesetengah daripada harta wakaf didaftarkan ke atas nama
pemegang amanah. Ada juga antara harta wakaf yang direkodkan oleh pemegang
amanah sebagai harta wakaf tetapi nama pewakaf masih tercatat pada surat hak milik
(Baharuddin, 1994).
Walau bagaimanapun, corak pentadbiran dan pengurusan wakaf yang lebih
bersistematik telah berubah selepas tahun 1950-an. Enakmen Pentadbiran Agama Islam
Negeri telah menubuhkan MAIN dan di bawah peruntukan enakmen tersebut, MAIN
dilantik sebagai pemegang amanah tunggal bagi semua jenis harta wakaf. MAIN telah
membentuk undang-undang yang perlu seperti kewajipan mendaftar harta wakaf, rekod
penggunaan harta wakaf, pemilikan harta wakaf, dan pemberitahuan melalui warta
kerajaan terhadap segala aktiviti serta aset harta wakaf di bawah kendaliannya. Pada
tahun 1952, Selangor merupakan negeri pertama membentuk undang-undang harta
wakaf, diikuti Terengganu pada 1955, Melaka pada 1959, Perak pada 1965, Kelantan
pada 1966 (pindaan 1994) dan Johor pada 1978. Tujuan pelantikan MAIN sebagai
pemegang amanah tunggal harta wakaf ini adalah untuk memastikan wakaf dapat diurus
tadbir dengan baik, efesien sehingga dapat menjana hasil yang lumayan. Ia selanjutnya
diharap dapat dimanfaatkan oleh masyarakat bagi tujuan-tujuan kebajikan, sama ada
yang telah ditentukan atau tidak ditentukan oleh pewakafnya. Pelantikan MAIN ini juga
adalah untuk mengelak daripada pelbagai masalah yang timbul melalui pelantikan
pemegang amanah persendirian yang dibuat oleh pewakaf sebelum ini. Sikap sebahagian
pemegang amanah persendirian yang tidak amanah serta masalah campur tangan ahli
waris telah menyebabkan kehilangan harta wakaf (Siti Mashitoh Mahamood
2006).Terdapat juga masalah waris pemegang amanah yang tidak mengisytiharkan harta
wakaf dan menggunakannya seperti harta milik mereka (Baharuddin, 1998).
Justeru itu, adalah jelas bahawa perkembangan peralihan institusi yang mentadbir wakaf
ini telah dibuat bertitik tolak daripada isu pengurusan harta wakaf. Walaupun undang-
undang telah menyatakan bahawa MAIN ialah pemegang amanah tunggal kepada
kesemua harta wakaf di Malaysia, namun sehingga kini masih kedapatan harta wakaf
yang diurus atau ditadbir oleh institusi lain selain daripada MAIN. Justeru itu, artikel ini
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015)
4
akan membincangkan kepelbagaian institusi yang menguruskan wakaf di Malaysia serta
kesannya terhadap masyarakat.
METODOLOGI
Kajian ini menggunakan method kajian kualitatif dengan berdasarkan kepada data
sekunder iaitu sumber daripada kajian kepustakaan iaitu kajian ilmiah terdahulu, kerjas
kerja, seminar dan koferensi, kajian kes dan sumber internet yang relevan. Kajian ini
juga merupakan kajian konseptual dimana ianya mengaplikasikan kaedah induktif dan
deduktif serta analisis literatur yang berkaitan untuk mendapatkan maklumat yang
berkaitan. Dapatan kajian ini diharap dapat memberi penjelasan tentang permasalahan
serta kekuatan amalan pengurusan wakaf bagi setiap institusi tersebut dari aspek
keupayaan pengurusan, tahap kepercayaan masyarakat terhadap institusi serta kejayaan
projek-projek pembangunan yang dijalankan. Sehubungan dengan itu, ianya mampu
memberi informasi dan maklumat yang penting kepada oranisasi untuk institusi-institusi
wakaf membuat penambahbaikan kepada amalan pengurusan setiap institusi wakaf
tersebut.
PERBINCANGAN
Pengurusan Institusi Wakaf Oleh MAIN
Sehingga kini pengurusan harta wakaf di Malaysia masih tidak seragam kerana setiap
negeri mempunyai cara serta keputusan tersendiri dalam mengendalikannya. Peranan ini
diletakkan di bawah kendalian MAIN yang mempunyai struktur pentadbiran yang
berbeza antara satu sama lain. Berikut merupakan perbandingan antara pengurusan
wakaf bagi beberapa buah negeri di Malaysia.
Jadual 1: perbandingan pengurusan wakaf mengikut negeri (maklumat diperolehi
daripada laman sesawang Majlis Agama Islam Negeri)
Negeri Peranan Utama Pembangunan projek
Kedah
(MAIK)
-1962
www.maik.gov.my
 Mengurus proses
permohonan wakaf
 Mengurus proses
permohonan tanah
kerajaan
 Mengurus proses
pengambilan tanah pada
peringkat majlis
 Menyusun perancangan
pembangunan hartanah
wakaf
 Menyelaras dan mengurus
sewa hartanah wakaf
 Mengawal aktiviti
 Pembinaan Pusat
Perniagaan (Plaza Putra
Sentosa)
 Projek perumahan oleh
Sykt. Brillion Contour Sdn.
Bhd
 Bangunan kedai & pejabat.
 Perumahan Taman PKB.
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015)
5
pencerobohan keatas
hartanah wakaf
Perak
(MAIPk)
23 Okt 1949
www.maiamp.gov.
my
 Mentadbir dan
membangun dengan
berkesan segala urusan
hartanah dan sumber am
di negeri perak darul
ridzuan.
 Enakmen Pentadbiran
Agama Islam 1992
seksyen 74.
 Pemegang amanah tunggal
bagi semua wakaf am,
wakaf khas, dan semua
nazar am.
 Rumah Kedai (1,2,& 4
tingkat).
 Pusat Pengajian & Ibadat
 (Sekolah agama, surau,
masjid)
Pulau Pinang
(MAINPP)
15 April 1959
www.mainpp.gov.
my
 Menyelenggara dan
mentadbir harta wakaf
dengan baik selaras
dengan fungsi majlis
agama islam sebagai
pemegang amanah semua
wakaf
 Mengumpul maklumat
dan data-data berkenaan
harta-harta wakaf dan
sumber am.
 Mengenalpasti tanah-tanah
wakaf yang belum
didaftarkan.
 Pembangunan menara
UMNO setinggi 21 tingkat.
 Pembangunan premis-
premis komersial.
 Pembangunan rumah
pangsa dan teres 2 tingkat
kos sederhana.
Selangor
(MAIS)
1952
www.mais.gov.my
 Pemegang amanah tunggal
harta umat Islam di Negeri
Selangor.
 Mengurus, menyelenggara
dan membangunankan
harta-harta untuk memberi
manfaat.
 Memastikan
penyelenggaraan hartanah
MAIS secara terancang,
sistematik dan selamat.
 Memastikan pengurusan
penyewaan hartanah pada
tahap yang maksima.
 Pembelian lot kedai
 Pembinaan masjid
 Sekolah rendah agama
 Pembinaan perpustakaan
wakaf di wisma MAIS
seksyen 3, Shah Alam.
Wilayah
Pesekutuan
 Pemegang amanah tunggal
bagi semua wakaf am atau
 Skim saham wakaf
 Pusat dialysis
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015)
6
(MAIWP)
1 Feb 1974
www.maiwp.gov.m
y
wakaf tunggal di wilayah
Pesekutuan
 Berperanan memikul
tanggung jawab untuk
memajukan tanah-tanah
wakaf bagi manfaat umat
islam
 Pembinaan pusat
pendidikan dan ibadah
 Rumah anak yatim dan
wargamas.
 Pusat perlindungan.
 Bangunan pejabat kelas A
setinggi 34 tingkat.
Johor
(MAIJ)
1925
www.maij.gov.my
 Mengurus dan mentadbir
kumpulan wang wakaf
sebagai pemegang amanah
wakaf.
 Mendaftar, mentadbir,
mengurus harta-harta
wakaf mengikut tujuan
yang telah ditentukan oleh
pewakaf.
 Pembinaan rumah anak-
anak yatim JB
 Sewaan tanah wakaf
kepada syarikat dan
individu.
 Premis-premis kediaman
dan rumah kedai.
Melalui perbandingan di atas, dapat dilihat bahawa setiap MAIN sebagai pentadbir
wakaf negeri berperanan penting dalam memastikan harta wakaf diurus tadbir dengan
sebaiknya bagi mendapat manfaat yang optimum. Secara umumnya, harta wakaf yang
diterima digunakan mengikut tujuan (niat) pewakaf seperti tapak perkuburan, pembinaan
masjid, surau dan pusat pendidikan. Kebijaksanaan pengurusan harta-harta wakaf ini
membuahkan pelbagai projek yang mampu memberi manfaat dan pulangan yang tinggi
seperti projek pembinaan bangunan komersial, lot pejabat dan perumahan kos
sederhana. Selain itu, terdapat juga projek yang mampu memberi jaminan sosial seperti
pembinaan pusat perlindungan serta pusat dialisis yang telah banyak memberikan
manfaat untuk kemaslahatan ummah.
Pengurusan Institusi Wakaf Oleh Pentadbir Persendirian
Peranan MAIN sebagai pemegang amanah tunggal dalam mentadbir harta wakaf
pentadbir memang wajar walaupun ada mazhab yang tidak menyetujuinya kerana
menurut pendapat tersebut mahkamah sebenarnya yang berhak mentadbirkan harta
wakaf tersebut. Walau bagaimanapun untuk menggalakkan lagi orang ramai
melaksanakan amal jariah melalui wakaf adalah disarankan agar dibenarkan kewujudan
badan-badan atau yayasan bukan kerajaan bagi dilantik oleh pewakaf sebagai pentadbir
kepada wakaf mereka, dan tidak hanya diberikan hak kepada Majlis atau jabatan agama
sahaja, lebih-lebih lagi jika inilah yang dimahukan oleh pewakaf (Zainal Azam, 2013).
Ahmad Zaki et.al (2009), menjelaskan bahawa terdapat pemegang-pemegang hartanah
wakaf yang ditadbir oleh pemegang amanah masing-masing (wakaf persendirian) dan
bukannya ditadbir oleh MAIN. Contohnya, SMU (A) Sullamiah, Bunut Payong,
Kelantan. Pewakaf dalam kes ini tidak menukar pemegang amanah ke atas nama MAIN
disebabkan bimbang sekiranya Kerajaan Negeri mengubah status wakaf pendidikan
kepada status wakaf yang lain kerana kawasan sekolah tersebut adalah kawasan bandar
dan strategik. Oleh disebabkan itu, pihak MAIN enggan membina bangunan sekolah
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015)
7
kerana mengikut Seskyen 5 KanunTanah Negara 1965 (KTN), apa sahaja benda di atas
tanah seperti bangunan, pokok-pokok adalah termasuk sebagai hakmilik pemilik tanah
yang berdaftar. Sekiranya pihak Majlis Agama Islam Kelantan membina bangunan
sekolah di atas tanah tersebut, maka bangunan tersebut adalah menjadi hakmilik waris
pewakaf. Sekiranya tuntutan berlaku dan tuntutan tersebut berjaya, maka pihak Majlis
terpaksa menanggung kerugian kerana tuntutan tersebut mungkin lebih berupa
kepentingan peribadi bukan untuk ummah keseluruhannya. Oleh itu, Majlis tidak boleh
membantu dari segi membina bangunan untuk sekolah ini kerana dikhuatiri pewaris
harta wakaf akan mengambil alih bangunan tersebut.
Kebaikan Dan Keburukan Pengurusan Wakaf Oleh MAIN Dan Institusi Lain
Pengurusan merupakan nadi utama bagi pergerakkan setiap institusi wakaf. Ia mampu
memberi impak yang positif dan implikasi yang baik sekiranya amalan pengurusan yang
berkesan dapat dipraktikkan. Tambahan pula, jika ia ditadbir dan dibangunkan secara
holistik dan bijaksana, maka implikasinya tidak hanya tertumpu kepada ruang lingkup
dalaman malahan juga mencakupi aspek luaran institusi wakaf tersebut (Wan Ariffin,
Mohd Syahiran, dan Hasan, 2008). Lantaran itu, setiap institusi wakaf yang ditadbir oleh
MAIN atau pentadbir lain mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri dalam
sistem pengurusan masing-masing. Malahan, sebahagian besar kelebihan dan
kekurangan tersebut tidak boleh dinyatakan dengan nilai angka, tetapi dapat dilihat dari
aspek kesannya kepada masyarakat. Bagi tujuan itu, artikel ini akan melihat beberapa
skop sebagai perbandingan iaitu dari sudut perolehan dana wakaf, pengurusan dan tadbir
urus, perundangan, pemasaran dan keyakinan masyarakat.
4.4.1 Perolehan dana wakaf
Setiap pentadbir wakaf mempunyai sistem pengurusan dana wakaf yang berbeza-beza
mengikut jenis pentadbir tersebut, namun ia masih mengikut aliran sistem kewangan
yang sama. Sistem pengumpulan dana wakaf yang mampan mampu memberi kelebihan
kepada pentadbir wakaf tersebut. Contohnya, bagi institusi wakaf di bawah pengurusan
MAIN, pengumpulan dana wakaf adalah sistematik, secara menyeluruh dan dari
pelbagai sumber. Antaranya dana wakaf tidak hanya diperolehi daripada kerajaan negeri,
malahan juga dari kerajaan pusat. Pengumpulan dana wakaf telah dipelbagaikan dengan
pelbagai kaedah antaranya melalui wakaf tunai (Sanep dan Nur Diyana, 2011), saham
wakaf (Abdul Karim dan Shamsiah, 2010; Magda Ismail, 2013) dan beberapa kaedah
lain. Malahan hasil sumber dana wakaf yang mencukupi boleh menjana keuntungan
jangka panjang dan dapat dipulangkan kepada masyarakat melalui kemudahan
infrastuktur yang berkesan. Situasi ini mengukuhkan lagi MAIN bagi membuat
pembangunan lanjut terhadap harta wakaf sedia ada agar ia digunakan sepenuhnya tanpa
berlakunya pembaziran sumber.
Sebaliknya bagi institusi wakaf oleh pentadbir persendirian pula, situasi ini adalah sukar
memandangkan pengurusan dana wakaf adalah hanya tertumpu kepada individu atau
sesebuah badan atau yayasan tersebut sahaja tanpa bantuan daripada pihak kerajaan. Ini
memerlukan kebijaksanaan pihak pengurusan untuk mendapatkan sumber yang
maksimum agar mencukupi untuk menampung keperluan harian serta membuat
pembangunan sekiranya mempunyai lebihan dana wakaf tersebut. Dana pada
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015)
8
kebiasaanya diperolehi daripada orang ramai melalui amalan sedekah, wakaf, derma
serta usaha-usaha lain yang dilakukan seperti pertanian, perladangan, perniagaan dan
sebagainya. Sekiranya pengumpulan dana wakaf tidak mencukupi, maka terdapat
halangan dan kekangan dalam membangunkan wakaf sedia ada. Kesannya, terdapat
masalah pembangunan yang tidak dapat dijalankan, harta wakaf tidak digunapakai
secara menyeluruh, pembangunan ekonomi setempat tidak berkembang, dan akhirnya
akan berlakunya pembaziran sumber wakaf tersebut. Sungguhpun demikian, terdapat
pentadbir persendirian yang dapat meneruskan kesinambungan pengurusan wakaf dalam
masa yang lama terutama dalam bidang pendidikan seperti yang dapat dilihat daripada
pondok-pondok, sekolah agama dan maahad tahfiz terutamanya di negeri-negi utara dan
timur Semenanjung Malaysia. Walaupun dana yang diperolehi tidaklah menjadikan
mereka mewah, namun ia sudah cukup untuk tujuan kelangsungan institusi wakaf yang
dibangunkan.
Pengurusan Dan Tadbir Urus
Pengurusan adalah nadi pengerak sesebuah organisasi. Pengurusan yang sistematik
mampu memberi aliran urus tadbir yang berkesan. Adalah jelas, setiap MAIN
mempunyai sistem pengurusan dan urus tadbir yang tersendiri dalam urusan harta-harta
wakaf (Hasan Hafizi dan Mohamad Idris, 2010). Tambahan pula, setiap MAIN boleh
mencorakkan sendiri mengikut acuan dan gaya pengurusan negeri masing-masing.
Akibat daripada ketidakseragaman pengurusan dan tadbir urus, maka perlbagai masalah
timbul (Abdul Ghafar dan Noraziah, 2009). Bagi institusi wakaf yang ditadbir sendiri
pula, gaya pengurusan dan tadbir urus adalah berbeza dari gaya pengurusan MAIN.
Maka, penyelarasan pengurusan dan tadbir urus perlu dijalankan agar lebih seragam dan
memudahkan keputusan dibuat (Abdullaah dan Muhamad, 2008). Ia adalah bagi
mengelakkan penindihan peranan yang mungkin boleh menimbulkan salah faham dan
kerugian sumber ekonomi.
Namun begitu, situasi ini berbeza di kalangan institusi wakaf swasta atau persendirian
yang ditadbir secara korporat. Contohnya Waqaf An-Nur Corporation Berhad
(WANCorp) merupakan institusi wakaf korporat yang menjalankan gaya pengurusan
dan tadbir urus yang mengikut kaedah korporat (Abd Shakor, 2011). Ciri utama wakaf
korporat ini adalah terletak pada kaedah pengurusan harta iaitu saham-saham syarikat
JCorp yang diwakafkan akan didaftarkan sebagai wakaf dengan MAIJ di atas nama
WANCorp. Dengan gaya pengurusan dan tadbir urus begini, maka harta-harta wakaf
dapat diselia dengan baik dan berkesan. Justeru, pelaksanaan wakaf korporat ini telah
memberi sumbangan dan manfaat yang besar terutama dari aspek pembangunan
sosioekonomi dan sosial masyarakat Islam di negara ini.
Perundangan
Di Malaysia, MAIN merupakan pemegang amanah tunggal bagi harta-harta baitulmal
termasuklah harta-harta wakaf yang telah didaftarkan di peringkat negeri. Ia ditubuhkan
oleh kerajaan negeri khas untuk memudahkan pengurusan harta-harta wakaf. Penubuhan
MAIN berdasarkan kepada enakmen pentadbiran agama Islam negeri masing-masing.
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015)
9
Ini jelas menunjukkan bahawa setiap MAIN tertakluk kepada undang-undang yang
khusus bagi pengurusan wakaf.
Bagi pentadbir persendirian pula, ia tidak tertakluk kepada satu undang-undang yang
khusus. Pada kebiasannya, pentadbir harta wakaf persendirian ditubuhkan di bawah
Akta Syarikat 1965 melalui syarikat berhad menurut jaminan (company limited by
guarantee) serta di bawah Akta Pertubuhan 1966. Badan-badan yang mentadbir wakaf
ini boleh seterusnya memohon untuk diperbadankan di bawah Akta Pemegang Amanah
(Pemerbadanan) 1952 menjadikan mereka sebagai lembaga amanah atau yayasan. Oleh
kerana akta yang menubuhkan pentadbir ini adalah bukan khusus untuk wakaf, maka
terdapat kekaburan dan batasan dari beberapa aspek pengurusan, kapasiti dan
tanggungan.
Pemasaran
Kejayaan dan keberkesanan sesebuah institusi banyak dipengaruhi oleh tindakan
pemasaran dan promosi yang dijalankan. Semakin baik kaedah pemasaran, maka
institusi tersebut mampu untuk lebih ke hadapan dan berdaya saing. Namun situasi ini
berbeza di kalangan MAIN di negara ini yang masih mempunyai sistem pemasaran yang
agak lemah (Abdullaah dan Muhamad, 2008). Sistem pemasaran ini perlu bagi
mewujudkan kesedaran masyarakat tempatan dan antarabangsa tentang kewujudan
harta-harta wakaf ini di setiap MAIN. Kaedah promosi yang tepat mampu
membangunkan lagi harta wakaf sedia ada agar pembangunan yang lebih giat boleh
dijalankan. Permasalah ini berkait rapat dengan kekurangan ilmu berkaitan dengan
pemasaran (Tahir, 2009). Ini mungkin disebabkan kebanyakan kakitangan MAIN
mempunyai latar-belakang pengajian agama, maka konsep pemasaran agak asing bagi
mereka. Sebaliknya jika kursus dan latihan berpanjangan diberikan, maka ianya mampu
membuat pemasaran dengan lebih cekap dan efektif.
Bagi institusi wakaf yang ditadbir secara persendirian pula, ia bergantung sama ada ia
adalah jenis korporat atau badan bukan korporat. Bagi sektor berasaskan korporat,
kebiasaanya promosi sangat giat dijalankan bagi tujuan membangunkan instutusi wakaf
tersebut (Abu Bakar, 2007). Sebaliknya, bagi pentadbir yang bukan korporat, skop
pemasaran agak sempit dan mungkin hanya merangkumi golongan-golongan tertentu
dan masyarakat yang terhad.
Kepercayaan Masyarakat
Tidak dapat dinafikan bahawa peranan dan sikap pemegang amanah dan pentadbir yang
menguruskan wakaf menjadi faktor besar bagi kepercayaan dan kejayaan institusi wakaf.
Tidak kira sama ada wakaf tersebut diuruskan oleh pihak mana, beberapa kriteria
penting perlu wujud dalam pentadbir atau sesebuah badan pemegang amanah. Antara
kriteria penting ialah, pengurusan harta wakaf perlu dibuat oleh orang yang mempunyai
sifat amanah yang tinggi. Maka tidak hairanlah pada zaman dahulu, masyarakat sanggup
mewakafkan harta mereka kepada para alim ulama dalam bidang agama untuk
menguruskan wakaf tersebut kerana diyakini mereka adalah orang yang amanah.
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015)
10
Jika dahulu stigma masyarakat meletakkan kepercayaan kepada orang yang tinggi
agama dan berpengaruh dalam masyarakat sebagai pemegang amanah, namun kini, bukti
bahawa seseorang itu bersifat amanah bukan mudah untuk dipamerkan. Justeru itu, salah
satu mekanisme lain yang boleh membantu dalam membuktikan kriteria amanah untuk
mempertingkatkan keyakinan orang ramai terhadap institusi wakaf di Malaysia ialah
dengan mempunyai sistem perakaunan dan pelaporan yang baik (Maznah Zakaria et al,
2014). Namun begitu, sehingga kini tidak ada pendedahan yang sepatutnya bagi aset dan
liabiliti, pendapatan dan perbelanjaan wakaf yang dibuat oleh pentadbir yang
menguruskan wakaf di Malaysia termasuk MAIN (Dalila et al., 2011). Dalam aspek ini,
Alina (2011) telah mencadangkan agar satu kerangka pengurusan wakaf yang tersusun
perlu diperkenalkan. Kerangka ini perlu diintegrasikan bersama undang-undang amanah,
undang-undang fiduciari dan kod pengurusan wakaf. Kahf (1998)juga bersetuju bahawa
kerangka undang-undang tentang fungsi dan objektif institusi wakaf yang menyediakan
peruntukan berkenaan peranan, tugas dan tanggungjawab pemegang amanah yang
menguruskan wakaf perlu dibuat.
KESIMPULAN DAN CADANGAN
Malaysia, tidak seperti kebanyakan negara yang lain telah meletakkan pengurusan harta
wakaf di bawah institusi kerajaan negeri iaitu MAIN. Di negara-negara selain Malaysia,
pemegang amanah bagi wakaf adalah bebas daripada kerajaan dan akan diperiksa oleh
badan khas yang dipanggil ‘regulator’. Alina (2011) telah membincangkan isu ini dan
menyatakan bahawa struktur pengurusan wakaf Malaysia menghadapi isu ejensi yang
serius. Ini adalah kerana menurut beliau, MAIN bukan sahaja mengurus malah dalam
masa yang sama mengawal selia wakaf. Penulis ini berpendapat bahawa untuk
menjadikan pengurusan lebih efektif, perlu kepada pemisahan tugas antara mengurus
(manage) dan mengawal selia (regulate). Dengan kata yang lain, pengurusan harta
wakaf perlu diserahkan kepada pengurus yang professional dan bukannya diserahkan
kepada MAIN. Menurut Puad, Rafdi et al. (2014) dalam kajian di Majlis Agama Islam
Selangor mendapati bahawa masih terdapat kakitangan yang kurang professional dan
kukurangan latihan. Ini adalah kerana tahap pengetahuan yang luas, kemahiran yang
tinggi serta etika professional membantu dalam kejayaan pengurusan wakaf.
Sehubungan itu, Alina (2011) mencadangkan agar MAIN perlu ditransformasikan untuk
menjadi badan pemantau untuk wakaf yang tidak diperbadankan di samping pewakaf
diberi kuasa untuk memilih pemegang amanah sendiri. Ini adalah kerana pentadbir
persendirian juga dilihat mampu membangunkan institusi wakaf, setidak-tidaknya dalam
beberapa aspek yang kecil seperti pendidikan agama. Apa yang penting ialah, usaha
membangunkan harta wakaf dengan lebih efektif dan produktif. Perkara ini memerlukan
fokus kepada mengubah cara pengurusan dan kewujudan satu badan yang dapat
mengawal selia. Transformasi ini akan memberikan kesan yang positif kepada MAIN
(Ismail Omar, 2015) dan juga pentadbir persendirian, walaupun bagi pentadbir
persendirian yang bersifat korporat perkara ini mungkin sudah diamalkan.
RUJUKAN
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015)
11
Ahmad Muhammad Abd Gaffar. (2005). Pengurusan Harta Pusaka, Wasiat, Hibah,
Wakaf. bKuala Lumpur:Pustaka Syuhada.
Ahmad Zaki Hj. Abd Latiff, Norzaidi Mohd Daud & Che Zuina Ismail. (2009).
Pengurusan Harta Wakaf Dan Potensinya Ke Arah Kemajuan Pendidikan
Umat Islam Di Malaysia. Jurnal Pengurusan JAWHAR. ISSN 1985-2010, Vol. 2,
No. 2.
Asmak A. R. (2009). Peranan Wakaf Dalam Pembangunan Ekonomi Umat Islam dan
Aplikasinya di Malaysia. Jurnal Syariah 17(1): 113-152.
Baharuddin Sayin. (1998). Pentadbiran dan Pengurusan Harta Wakaf di Semenanjung
Malaysia. Jurnal Fikrah, jld. 1, Januari 1998, Pusat Pendidikan Persediaan,
Institut Teknologi MARA, h. 94 – 98.
Borham, Abd Shakor. (2011). Pelaksanaan pembangunan wakaf korporat Johor
Corporation Berhad (JCorp): satu tinjauan. In: International Conference on the
Roles of the Humanities and Social Sciences in Engineering 2010, 12-14
November 2010, Universiti Malaysia Perlis, Perlis.
Dalila Daud, Rashidah Abdul Rahman & Zaluddin Sulaiman.(2011). Waqf Repoting To
Fulfill Stakeholder Attribution in Waqf Islamic Councils. Business Management
Quarterly Review (BMQR), 2, 38–53.
Ismail Omar. (2015). Professionalizing Human Capital For Waqf Administration In
Malaysia, ProsidingMuktamar Waqf Iqlimi II 2015, 145-151, USIM, Pusat
Pembangunan Pembiayaan Wakaf (PPPW) USIM dan Majlis Agama Islam
Negeri Sembilan, 26-27 Ogos 2015.
Kahf, M. (1998). Financing the Development of Awqaf Property. The American Journal
of Islamic Social Sciences. Vol.16:4.
Kamus al Munjid fi Al-Lughah wa Al-A’lam. (1986). Beirut: Dar al-Mashruq.
Latiff Azha, Sayin Baharuddin, Sayurno, S.S Salahuddin, M.Rani Afandi dan Hamid
Afifah H. (2013). The Practice and Management of Waqf Education in Malaysia.
Procedia-Social and Bahavioral Sciences.Volume 90, 10 October 2013, Pages
22–30.
Maznah Zakaria, Mohamat sabri Hassan & Radziah Abdul Latiff. (2014). Pelaporan
Wakaf di Malaysia: Mengenalpasti Keperluan Maklumat Pemegang
Kepentingan. PROSIDING PERKEM ke-9 (2014) 226 - 233 ISSN: 2231-962X
Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke-9 (PERKEM ke-9) Kuala
Terengganu,Terengganu, 17 – 19 Oktober 2014.
Mohamad Khairul Izwan Rifin, Wan Kamal Mujani & Izziah Suryani Mat
Resad@Arshad. Pembangunan Wakaf Dalam Sektor Keagamaan, Teknologi Dan
Kesihatan Di Negeri Sembilan. Proceeding of the International Conference on
Masjid, Zakat and Waqf (IMAF 2014) (e-ISBN 978-967-13087-1-4).1-2
December 2014, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Pp: 41-49.
Puad, N. A. M., et al. (2014). Issues and challenges of Waqf instrument: A case study in
MAIS. Conference of Management and Muamalah(CoMM 2014) Synergyzing
Knowledge On Management And Muamalah.
Rabitah Harun, Norhidayah Ali & Zuraidah Md. Isa. (2010). Kajian Perbandingan
Keberkesanan Pembangunan Hartanah Wakaf. Thesis Kajian. November 2010.
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015)
12
Razali Othman, Shaikh Md. Noor Alam. (2010). Wakaf: Endowment dari perspektif Al-
Quran. Seminar Kebangsaan Pengajian Ilmu Al-Quran, 1-2 September 2001,
Dewan Persidangan IDEAL, UPM.
Siti Mashitoh Mahamood. (2006). Perundangan Wakaf Dan Isu-Isu Berbangkit.
(Konvensyen Wakaf Kebangsaan 2006, 12-14 September 2006, Hotel Legend
Kuala Lumpur, Jabatan Wakaf Zakat dan Haji, Jabatan Perdana Menteri), h. 5.
Tunku Alina Bte Raja Muhd. (2011). Unleashing the Potential of the Waqf as an
Economic Institution in Malaysia,(Kuala Lumpur: INCEIF University Ph. D
Thesis, 2011).
Zainal Azam B. Abd. Rahman. (2013). Pihak yang layak mengurus wakaf. Utusan
Malaysia. 18 March 2013, http://www.ikim.gov.my
Laman Sesawang (Web)
www.maik.gov.my
www.maiamp.gov.my
www.mainpp.gov.my
www.mais.gov.my
www.maiwp.gov.my
www.maij.gov.my
www.ywm.gov.my

More Related Content

What's hot

Nur Farhanim Mustaffa
Nur Farhanim MustaffaNur Farhanim Mustaffa
Nur Farhanim Mustaffaidmac2015
 
Peranan masjid al azhar dalam pembangunan modal insan dalam kalangan mahasisw...
Peranan masjid al azhar dalam pembangunan modal insan dalam kalangan mahasisw...Peranan masjid al azhar dalam pembangunan modal insan dalam kalangan mahasisw...
Peranan masjid al azhar dalam pembangunan modal insan dalam kalangan mahasisw...Are Matt
 
Pembangunan modal insan..
Pembangunan modal insan..Pembangunan modal insan..
Pembangunan modal insan..asyikin hashim
 
Khairul Bariyah Othman
Khairul Bariyah OthmanKhairul Bariyah Othman
Khairul Bariyah Othmanidmac2015
 
Pembangunan insan
Pembangunan insanPembangunan insan
Pembangunan insanabidin1961
 
Pembangunan modal insan
Pembangunan modal insanPembangunan modal insan
Pembangunan modal insanSeredup Maya
 
PEMBANGUNAN MODAL INSAN DALAM MELAHIRKAN MAHASISWA “MINDA KELAS PERTAMA” KEAR...
PEMBANGUNAN MODAL INSAN DALAM MELAHIRKAN MAHASISWA “MINDA KELAS PERTAMA” KEAR...PEMBANGUNAN MODAL INSAN DALAM MELAHIRKAN MAHASISWA “MINDA KELAS PERTAMA” KEAR...
PEMBANGUNAN MODAL INSAN DALAM MELAHIRKAN MAHASISWA “MINDA KELAS PERTAMA” KEAR...FazHani Faz
 
Modul lengkap titas ppg ambilan jun 2011 edit
Modul lengkap titas ppg ambilan jun 2011 editModul lengkap titas ppg ambilan jun 2011 edit
Modul lengkap titas ppg ambilan jun 2011 editSK Batu Sembilan
 
Pembangunan modal insan
Pembangunan modal insanPembangunan modal insan
Pembangunan modal insanNorFatin Amira
 
New microsoft office power point presentation
New microsoft office power point presentationNew microsoft office power point presentation
New microsoft office power point presentationCarmen2911
 

What's hot (10)

Nur Farhanim Mustaffa
Nur Farhanim MustaffaNur Farhanim Mustaffa
Nur Farhanim Mustaffa
 
Peranan masjid al azhar dalam pembangunan modal insan dalam kalangan mahasisw...
Peranan masjid al azhar dalam pembangunan modal insan dalam kalangan mahasisw...Peranan masjid al azhar dalam pembangunan modal insan dalam kalangan mahasisw...
Peranan masjid al azhar dalam pembangunan modal insan dalam kalangan mahasisw...
 
Pembangunan modal insan..
Pembangunan modal insan..Pembangunan modal insan..
Pembangunan modal insan..
 
Khairul Bariyah Othman
Khairul Bariyah OthmanKhairul Bariyah Othman
Khairul Bariyah Othman
 
Pembangunan insan
Pembangunan insanPembangunan insan
Pembangunan insan
 
Pembangunan modal insan
Pembangunan modal insanPembangunan modal insan
Pembangunan modal insan
 
PEMBANGUNAN MODAL INSAN DALAM MELAHIRKAN MAHASISWA “MINDA KELAS PERTAMA” KEAR...
PEMBANGUNAN MODAL INSAN DALAM MELAHIRKAN MAHASISWA “MINDA KELAS PERTAMA” KEAR...PEMBANGUNAN MODAL INSAN DALAM MELAHIRKAN MAHASISWA “MINDA KELAS PERTAMA” KEAR...
PEMBANGUNAN MODAL INSAN DALAM MELAHIRKAN MAHASISWA “MINDA KELAS PERTAMA” KEAR...
 
Modul lengkap titas ppg ambilan jun 2011 edit
Modul lengkap titas ppg ambilan jun 2011 editModul lengkap titas ppg ambilan jun 2011 edit
Modul lengkap titas ppg ambilan jun 2011 edit
 
Pembangunan modal insan
Pembangunan modal insanPembangunan modal insan
Pembangunan modal insan
 
New microsoft office power point presentation
New microsoft office power point presentationNew microsoft office power point presentation
New microsoft office power point presentation
 

Similar to WAKAF

Presentation CTU 2012
Presentation CTU 2012Presentation CTU 2012
Presentation CTU 2012Ummie Zaa
 
Che Khadijah Hamid
Che Khadijah HamidChe Khadijah Hamid
Che Khadijah Hamididmac2015
 
KONTRAK SOSIAL: WAKAF, ZAKAT, INFAQ DAN SHADAQOH
KONTRAK  SOSIAL:  WAKAF, ZAKAT, INFAQ DAN SHADAQOHKONTRAK  SOSIAL:  WAKAF, ZAKAT, INFAQ DAN SHADAQOH
KONTRAK SOSIAL: WAKAF, ZAKAT, INFAQ DAN SHADAQOHsalman munthe
 
akuntabilitas Wakaf Badan Wakaf Indonesia
akuntabilitas Wakaf Badan Wakaf Indonesiaakuntabilitas Wakaf Badan Wakaf Indonesia
akuntabilitas Wakaf Badan Wakaf Indonesiareidjen raden
 
Profil koperasi pondok pesantren daarut tauhiid
Profil koperasi pondok pesantren daarut tauhiidProfil koperasi pondok pesantren daarut tauhiid
Profil koperasi pondok pesantren daarut tauhiidtasakam
 
UTILISASI KONSEP ANGKAT BLOE DALAM WAKAF PRODUKTIF SEBAGAI SOLUSI PEMBANGUNAN...
UTILISASI KONSEP ANGKAT BLOE DALAM WAKAF PRODUKTIF SEBAGAI SOLUSI PEMBANGUNAN...UTILISASI KONSEP ANGKAT BLOE DALAM WAKAF PRODUKTIF SEBAGAI SOLUSI PEMBANGUNAN...
UTILISASI KONSEP ANGKAT BLOE DALAM WAKAF PRODUKTIF SEBAGAI SOLUSI PEMBANGUNAN...Azharsyah Ibrahim
 
Mendidik generasi berakhlak_mulia_fokus_peranan_gu
Mendidik generasi berakhlak_mulia_fokus_peranan_guMendidik generasi berakhlak_mulia_fokus_peranan_gu
Mendidik generasi berakhlak_mulia_fokus_peranan_guWan Azmanan Wan Yusoff
 
Wakaf dan Pemberdayaan Ekonomi Umat
Wakaf dan Pemberdayaan Ekonomi UmatWakaf dan Pemberdayaan Ekonomi Umat
Wakaf dan Pemberdayaan Ekonomi UmatFebrie Dwi Cahya
 
Laporan Praktikal JAHEAIK
Laporan Praktikal JAHEAIKLaporan Praktikal JAHEAIK
Laporan Praktikal JAHEAIKNur_Khalilah
 
1 program kerja yayasan ics
1 program kerja yayasan ics1 program kerja yayasan ics
1 program kerja yayasan icskudome
 
lppm_uin_pesantrean_mea.ppt
lppm_uin_pesantrean_mea.pptlppm_uin_pesantrean_mea.ppt
lppm_uin_pesantrean_mea.pptAkunJimail
 
MODUL_MANAJEMEN_MASJID_docx.docx
MODUL_MANAJEMEN_MASJID_docx.docxMODUL_MANAJEMEN_MASJID_docx.docx
MODUL_MANAJEMEN_MASJID_docx.docxDMI
 
Presentasi Munaqosah_Pengelolaan Wakaf Produktif di Yayasan Gondang Pekalongan
Presentasi Munaqosah_Pengelolaan Wakaf Produktif di Yayasan Gondang PekalonganPresentasi Munaqosah_Pengelolaan Wakaf Produktif di Yayasan Gondang Pekalongan
Presentasi Munaqosah_Pengelolaan Wakaf Produktif di Yayasan Gondang PekalonganVinaRochmah
 
Azizah Othman
Azizah OthmanAzizah Othman
Azizah Othmanidmac2015
 
Kepemimpinan Transformasional dalam dunia pesantren
Kepemimpinan Transformasional dalam dunia pesantrenKepemimpinan Transformasional dalam dunia pesantren
Kepemimpinan Transformasional dalam dunia pesantrenAgusArifandi1
 
Material Literasi Webinar ii Wakaf Sbg Investasi
Material Literasi Webinar ii Wakaf Sbg InvestasiMaterial Literasi Webinar ii Wakaf Sbg Investasi
Material Literasi Webinar ii Wakaf Sbg InvestasiSetiono Winardi
 
Prophetic dan Agile Leadership dalam Perspektif Good Governance di Era 4.0
Prophetic dan Agile Leadership dalam Perspektif Good Governance di Era 4.0Prophetic dan Agile Leadership dalam Perspektif Good Governance di Era 4.0
Prophetic dan Agile Leadership dalam Perspektif Good Governance di Era 4.0Dadang Solihin
 

Similar to WAKAF (20)

BOOK_REVIEW_docx.docx
BOOK_REVIEW_docx.docxBOOK_REVIEW_docx.docx
BOOK_REVIEW_docx.docx
 
Presentation CTU 2012
Presentation CTU 2012Presentation CTU 2012
Presentation CTU 2012
 
Che Khadijah Hamid
Che Khadijah HamidChe Khadijah Hamid
Che Khadijah Hamid
 
KONTRAK SOSIAL: WAKAF, ZAKAT, INFAQ DAN SHADAQOH
KONTRAK  SOSIAL:  WAKAF, ZAKAT, INFAQ DAN SHADAQOHKONTRAK  SOSIAL:  WAKAF, ZAKAT, INFAQ DAN SHADAQOH
KONTRAK SOSIAL: WAKAF, ZAKAT, INFAQ DAN SHADAQOH
 
akuntabilitas Wakaf Badan Wakaf Indonesia
akuntabilitas Wakaf Badan Wakaf Indonesiaakuntabilitas Wakaf Badan Wakaf Indonesia
akuntabilitas Wakaf Badan Wakaf Indonesia
 
Profil koperasi pondok pesantren daarut tauhiid
Profil koperasi pondok pesantren daarut tauhiidProfil koperasi pondok pesantren daarut tauhiid
Profil koperasi pondok pesantren daarut tauhiid
 
UTILISASI KONSEP ANGKAT BLOE DALAM WAKAF PRODUKTIF SEBAGAI SOLUSI PEMBANGUNAN...
UTILISASI KONSEP ANGKAT BLOE DALAM WAKAF PRODUKTIF SEBAGAI SOLUSI PEMBANGUNAN...UTILISASI KONSEP ANGKAT BLOE DALAM WAKAF PRODUKTIF SEBAGAI SOLUSI PEMBANGUNAN...
UTILISASI KONSEP ANGKAT BLOE DALAM WAKAF PRODUKTIF SEBAGAI SOLUSI PEMBANGUNAN...
 
Wakaf di zaman turki
Wakaf di zaman turkiWakaf di zaman turki
Wakaf di zaman turki
 
Mendidik generasi berakhlak_mulia_fokus_peranan_gu
Mendidik generasi berakhlak_mulia_fokus_peranan_guMendidik generasi berakhlak_mulia_fokus_peranan_gu
Mendidik generasi berakhlak_mulia_fokus_peranan_gu
 
Wakaf dan Pemberdayaan Ekonomi Umat
Wakaf dan Pemberdayaan Ekonomi UmatWakaf dan Pemberdayaan Ekonomi Umat
Wakaf dan Pemberdayaan Ekonomi Umat
 
Laporan Praktikal JAHEAIK
Laporan Praktikal JAHEAIKLaporan Praktikal JAHEAIK
Laporan Praktikal JAHEAIK
 
1 program kerja yayasan ics
1 program kerja yayasan ics1 program kerja yayasan ics
1 program kerja yayasan ics
 
lppm_uin_pesantrean_mea.ppt
lppm_uin_pesantrean_mea.pptlppm_uin_pesantrean_mea.ppt
lppm_uin_pesantrean_mea.ppt
 
MODUL_MANAJEMEN_MASJID_docx.docx
MODUL_MANAJEMEN_MASJID_docx.docxMODUL_MANAJEMEN_MASJID_docx.docx
MODUL_MANAJEMEN_MASJID_docx.docx
 
Presentasi Munaqosah_Pengelolaan Wakaf Produktif di Yayasan Gondang Pekalongan
Presentasi Munaqosah_Pengelolaan Wakaf Produktif di Yayasan Gondang PekalonganPresentasi Munaqosah_Pengelolaan Wakaf Produktif di Yayasan Gondang Pekalongan
Presentasi Munaqosah_Pengelolaan Wakaf Produktif di Yayasan Gondang Pekalongan
 
Azizah Othman
Azizah OthmanAzizah Othman
Azizah Othman
 
Kepemimpinan Transformasional dalam dunia pesantren
Kepemimpinan Transformasional dalam dunia pesantrenKepemimpinan Transformasional dalam dunia pesantren
Kepemimpinan Transformasional dalam dunia pesantren
 
Lembaga Keuangan Syariah
Lembaga Keuangan SyariahLembaga Keuangan Syariah
Lembaga Keuangan Syariah
 
Material Literasi Webinar ii Wakaf Sbg Investasi
Material Literasi Webinar ii Wakaf Sbg InvestasiMaterial Literasi Webinar ii Wakaf Sbg Investasi
Material Literasi Webinar ii Wakaf Sbg Investasi
 
Prophetic dan Agile Leadership dalam Perspektif Good Governance di Era 4.0
Prophetic dan Agile Leadership dalam Perspektif Good Governance di Era 4.0Prophetic dan Agile Leadership dalam Perspektif Good Governance di Era 4.0
Prophetic dan Agile Leadership dalam Perspektif Good Governance di Era 4.0
 

More from idmac2015

Mohd Shukri Hanapi & Zahri Hamat
Mohd Shukri Hanapi & Zahri HamatMohd Shukri Hanapi & Zahri Hamat
Mohd Shukri Hanapi & Zahri Hamatidmac2015
 
Zakaria Bahari
Zakaria Bahari Zakaria Bahari
Zakaria Bahari idmac2015
 
Firmansyah Aditama & Irham Zaki
Firmansyah Aditama & Irham ZakiFirmansyah Aditama & Irham Zaki
Firmansyah Aditama & Irham Zakiidmac2015
 
Nur Fara Hana Abdullah
Nur Fara Hana AbdullahNur Fara Hana Abdullah
Nur Fara Hana Abdullahidmac2015
 
Emy Kholifah
Emy KholifahEmy Kholifah
Emy Kholifahidmac2015
 
Malik Abdul Jabbar Zen, Ade Irma Diana & Khoirul Zadid Taqwa
Malik Abdul Jabbar Zen, Ade Irma Diana & Khoirul Zadid TaqwaMalik Abdul Jabbar Zen, Ade Irma Diana & Khoirul Zadid Taqwa
Malik Abdul Jabbar Zen, Ade Irma Diana & Khoirul Zadid Taqwaidmac2015
 
Raziah Md Tahir
Raziah Md TahirRaziah Md Tahir
Raziah Md Tahiridmac2015
 
Nurul Qomariah
Nurul QomariahNurul Qomariah
Nurul Qomariahidmac2015
 
Diana Dwi Astuti
Diana Dwi AstutiDiana Dwi Astuti
Diana Dwi Astutiidmac2015
 
Eka Yuniarti & Dina Fitrisia Septiarini
Eka Yuniarti & Dina Fitrisia Septiarini Eka Yuniarti & Dina Fitrisia Septiarini
Eka Yuniarti & Dina Fitrisia Septiarini idmac2015
 
Nurhanai Romli, Mohd Faiz Mohamed Yusof, Fahimah Mohd Razif & Ahmad Aznan Sul...
Nurhanai Romli, Mohd Faiz Mohamed Yusof, Fahimah Mohd Razif & Ahmad Aznan Sul...Nurhanai Romli, Mohd Faiz Mohamed Yusof, Fahimah Mohd Razif & Ahmad Aznan Sul...
Nurhanai Romli, Mohd Faiz Mohamed Yusof, Fahimah Mohd Razif & Ahmad Aznan Sul...idmac2015
 
Azhar Mohamad & Imtiaz Mohammad Sifat
Azhar Mohamad & Imtiaz Mohammad SifatAzhar Mohamad & Imtiaz Mohammad Sifat
Azhar Mohamad & Imtiaz Mohammad Sifatidmac2015
 
Aminullah Elhady
Aminullah ElhadyAminullah Elhady
Aminullah Elhadyidmac2015
 
Farahdina Fazial
Farahdina FazialFarahdina Fazial
Farahdina Fazialidmac2015
 
Mutiara Dwi Sari
Mutiara Dwi SariMutiara Dwi Sari
Mutiara Dwi Sariidmac2015
 
Murni Yusoff
Murni YusoffMurni Yusoff
Murni Yusoffidmac2015
 
Mohd Faiz Mohamed Yusof, Nurhanani Romli & Joni Tamkin Borhan
Mohd Faiz Mohamed Yusof, Nurhanani Romli & Joni Tamkin BorhanMohd Faiz Mohamed Yusof, Nurhanani Romli & Joni Tamkin Borhan
Mohd Faiz Mohamed Yusof, Nurhanani Romli & Joni Tamkin Borhanidmac2015
 
Shaik Abdullah Hassan Mydin
Shaik Abdullah Hassan Mydin Shaik Abdullah Hassan Mydin
Shaik Abdullah Hassan Mydin idmac2015
 
Yani Dahliani
Yani DahlianiYani Dahliani
Yani Dahlianiidmac2015
 
Mohd Adli Zahri
Mohd Adli ZahriMohd Adli Zahri
Mohd Adli Zahriidmac2015
 

More from idmac2015 (20)

Mohd Shukri Hanapi & Zahri Hamat
Mohd Shukri Hanapi & Zahri HamatMohd Shukri Hanapi & Zahri Hamat
Mohd Shukri Hanapi & Zahri Hamat
 
Zakaria Bahari
Zakaria Bahari Zakaria Bahari
Zakaria Bahari
 
Firmansyah Aditama & Irham Zaki
Firmansyah Aditama & Irham ZakiFirmansyah Aditama & Irham Zaki
Firmansyah Aditama & Irham Zaki
 
Nur Fara Hana Abdullah
Nur Fara Hana AbdullahNur Fara Hana Abdullah
Nur Fara Hana Abdullah
 
Emy Kholifah
Emy KholifahEmy Kholifah
Emy Kholifah
 
Malik Abdul Jabbar Zen, Ade Irma Diana & Khoirul Zadid Taqwa
Malik Abdul Jabbar Zen, Ade Irma Diana & Khoirul Zadid TaqwaMalik Abdul Jabbar Zen, Ade Irma Diana & Khoirul Zadid Taqwa
Malik Abdul Jabbar Zen, Ade Irma Diana & Khoirul Zadid Taqwa
 
Raziah Md Tahir
Raziah Md TahirRaziah Md Tahir
Raziah Md Tahir
 
Nurul Qomariah
Nurul QomariahNurul Qomariah
Nurul Qomariah
 
Diana Dwi Astuti
Diana Dwi AstutiDiana Dwi Astuti
Diana Dwi Astuti
 
Eka Yuniarti & Dina Fitrisia Septiarini
Eka Yuniarti & Dina Fitrisia Septiarini Eka Yuniarti & Dina Fitrisia Septiarini
Eka Yuniarti & Dina Fitrisia Septiarini
 
Nurhanai Romli, Mohd Faiz Mohamed Yusof, Fahimah Mohd Razif & Ahmad Aznan Sul...
Nurhanai Romli, Mohd Faiz Mohamed Yusof, Fahimah Mohd Razif & Ahmad Aznan Sul...Nurhanai Romli, Mohd Faiz Mohamed Yusof, Fahimah Mohd Razif & Ahmad Aznan Sul...
Nurhanai Romli, Mohd Faiz Mohamed Yusof, Fahimah Mohd Razif & Ahmad Aznan Sul...
 
Azhar Mohamad & Imtiaz Mohammad Sifat
Azhar Mohamad & Imtiaz Mohammad SifatAzhar Mohamad & Imtiaz Mohammad Sifat
Azhar Mohamad & Imtiaz Mohammad Sifat
 
Aminullah Elhady
Aminullah ElhadyAminullah Elhady
Aminullah Elhady
 
Farahdina Fazial
Farahdina FazialFarahdina Fazial
Farahdina Fazial
 
Mutiara Dwi Sari
Mutiara Dwi SariMutiara Dwi Sari
Mutiara Dwi Sari
 
Murni Yusoff
Murni YusoffMurni Yusoff
Murni Yusoff
 
Mohd Faiz Mohamed Yusof, Nurhanani Romli & Joni Tamkin Borhan
Mohd Faiz Mohamed Yusof, Nurhanani Romli & Joni Tamkin BorhanMohd Faiz Mohamed Yusof, Nurhanani Romli & Joni Tamkin Borhan
Mohd Faiz Mohamed Yusof, Nurhanani Romli & Joni Tamkin Borhan
 
Shaik Abdullah Hassan Mydin
Shaik Abdullah Hassan Mydin Shaik Abdullah Hassan Mydin
Shaik Abdullah Hassan Mydin
 
Yani Dahliani
Yani DahlianiYani Dahliani
Yani Dahliani
 
Mohd Adli Zahri
Mohd Adli ZahriMohd Adli Zahri
Mohd Adli Zahri
 

Recently uploaded

TPPK_panduan pembentukan tim TPPK di satuan pendidikan
TPPK_panduan pembentukan tim TPPK di satuan pendidikanTPPK_panduan pembentukan tim TPPK di satuan pendidikan
TPPK_panduan pembentukan tim TPPK di satuan pendidikanNiKomangRaiVerawati
 
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptx
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptxalat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptx
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptxRioNahak1
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASKurniawan Dirham
 
Model Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public RelationsModel Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public RelationsAdePutraTunggali
 
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
Demonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdfDemonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdf
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdfvebronialite32
 
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdfShintaNovianti1
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...Kanaidi ken
 
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxPrakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxSyaimarChandra1
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...Kanaidi ken
 
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptxMODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptxarnisariningsih98
 
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxadap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxmtsmampunbarub4
 
Pembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnas
Pembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnasPembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnas
Pembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnasAZakariaAmien1
 
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptxTopik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptxsyafnasir
 
implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023DodiSetiawan46
 
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdfAKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdfTaqdirAlfiandi1
 
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdfKelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdftsaniasalftn18
 
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptxJurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptxBambang440423
 
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxPPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxHeruFebrianto3
 
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfKelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfCloverash1
 
Kisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPS
Kisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPSKisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPS
Kisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPSyudi_alfian
 

Recently uploaded (20)

TPPK_panduan pembentukan tim TPPK di satuan pendidikan
TPPK_panduan pembentukan tim TPPK di satuan pendidikanTPPK_panduan pembentukan tim TPPK di satuan pendidikan
TPPK_panduan pembentukan tim TPPK di satuan pendidikan
 
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptx
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptxalat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptx
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptx
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
 
Model Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public RelationsModel Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public Relations
 
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
Demonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdfDemonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdf
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
 
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
 
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxPrakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
 
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptxMODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
 
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxadap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
 
Pembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnas
Pembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnasPembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnas
Pembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnas
 
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptxTopik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
 
implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023
 
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdfAKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
 
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdfKelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
 
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptxJurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
 
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxPPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
 
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfKelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
 
Kisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPS
Kisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPSKisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPS
Kisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPS
 

WAKAF

  • 1. ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 1 KAJIAN PERBANDINGAN ANTARA MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI (MAIN) DAN PENTADBIR PERSENDIRIAN DALAM PENGURUSAN INSTITUSI WAKAF DI MALAYSIA Hasyeilla Abd Mutalib1, Rusnadewi Abdul Rashid2, Rabitah Harun3, Siti Fatimah Sudin4 1&3 Pensyarah, Pensyarah Kanan,Fakulti Pengurusan Perniagaan, Universiti Teknologi MARA Perlis.1 hasyeilla798@perlis.uitm.edu.my, 3 rabitah@perlis.uitm.edu.my 2 Pensyarah Kanan (PhD), Fakulti Undang-Undang, Universiti Teknologi MARA Perlis.2 rusnadewi@perlis.uitm.edu.my 4 Pensyarah Kanan, Akademi Pengajian Islam Kontemparorari, Universiti Teknologi MARA Perlis.4 sitifati@perlis.uitm.edu.my Abstrak Pengurusan yang efektif, cekap dan sistematik mampu memberi impak yang positif kepada prestasi keseluruhan sesebuah institusi termasuk institusi wakaf. Di Malaysia, Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) merupakan pemegang amanah tunggal bagi pengurusan harta wakaf yang telah didaftarkan di peringkat kerajaan negeri. Selain itu, terdapat juga institusi wakaf yang ditadbir secara persendirian. Kepelbagaian dalam amalan pengurusan bagi setiap institusi memberi cabaran yang besar dalam menguruskan harta wakaf tersebut agar terus kekal memberi manfaat kepada masyarakat. Tujuan artikel ini ditulis adalah untuk membuat perbandingan kepelbagaian amalan pengurusan wakaf oleh pentadbir-pentadbir tersebut serta kesannya terhadap pembangunan institusi wakaf di negara ini. Rekabentuk kajian kualitatif digunakan dengan menggunakan kajian kepustakaan. Dapatan kajian ini diharap dapat memberi penjelasan tentang perbandingan amalan pengurusan bagi setiap pentadbir tersebut dari aspek perolehan dana, keupayaan pengurusan, perundangan, pemasaran dan tahap kepercayaan masyarakat. Hasil perbincangan kertas kerja ini diharap dapat memberi pemahaman terhadap kepelbagaian amalan pengurusan institusi wakaf di negara ini serta kesannya terhadap masyarakat. Kata kunci: wakaf; pentadbir; MAIN; persendirian
  • 2. ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 2 PENDAHULUAN Pengurusan wakaf yang telus dan teratur oleh mana-mana pemegang amanah dan pentadbir sama ada Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) atau persendirian memainkan peranan penting dalam memartabatkan institusi wakaf. MAIN boleh dikatakan sebagai peneraju utama bagi pembangunan wakaf yang lebih luas seperti dalam sektor teknologi, kesihatan (Mohamad Khairul Izwan Rifin et.al, 2014), pembinaan rumah penginapan, pusat dialisis, hotel dan sebagainya. Bagi wakaf berbentuk institusi pendidikan yang berteraskan keagamaan seperti maahad tahfiz dan sekolah agama pula, masyarakat masih lagi terikat dengan tradisi untuk meletakkan kepercayaan yang tinggi kepada pentadbir persendirian, terutama bagi masyarakat luar bandar. Namun kini, pelaksanaan wakaf korporat yang bersifat kontemporari seperti wakaf tunai, wakaf sukuk, saham wakaf dan sebagainya telah diperkenalkan oleh Johor Corporation Berhad (JCorp) melalui anak syarikatnya iaitu Waqaf An-Nur Corporation Berhad (WANCorp) yang merupakan pentadbir persendirian melalui entiti syarikat berhad dengan jaminan (Borham, Abd. Shakor, 2011). Perbandingan yang dibuat dalam kertas kerja ini bukan bertujuan untuk mencari kelemahan mana-mana pihak dalam pengurusan wakaf di negara ini, tetapi hanya sebagai satu usaha untuk memberi pendedahan terhadap senario pengurusan institusi wakaf oleh pelbagai pihak. Ia diharap dapat membantu dalam meningkatkan kualiti pengurusan dan pembangunan wakaf. KAJIAN LITERATUR Menurut kamus Munjid (1986), wakaf dari segi bahasa berasal daripada perkataan Arab waqafa’ yang bermaksud tahan atau berhenti. Manakala dari segi istilah, ‘menahan sesuatu benda atau harta yang suci dan halal bentuk zatnya supaya digunakan untuk tujuan kebaikan dan mendapat manfaat darinya. Menurut Asmak (2009), wakaf membawa maksud suatu bentuk penyerahan harta sama ada secara terang (sorih), atau sindiran (kinayah), di mana harta berkenaan ditahan dan hanya manfaatnya sahaja yang diaplikasikan untuk tujuan-tujuan kebajikan sama ada berbentuk umum ataupun khusus. Pelaksanaan wakaf bermula pada zaman Rasulullulah SAW di mana baginda sendiri telah mewakafkan masjid Quba’ semasa baginda berhijrah ke Madinah dan diikuti dengan wakaf masjid Nabawi (Dr. Mohd Daud Bakar: 1999 di dalam Razali Othman:2001). Manakala wakaf am yang pertama dilakukan adalah pemberian wakaf sebanyak tujuh buah kebun atau taman oleh seorang sahabat berbangsa Yahudi bernama Mukhayriq. Rasulullah S.A.W telah menerima wakaf ini dan menamakan Mukhayriq sebagai sebaik-baik orang Yahudi. Namun begitu terdapat juga pendapat menyatakan bahawa wakaf telah bermula apabila Saidina Umar RA memperolehi sebidang tanah di Khaibar. Lalu mengadap baginda Nabi SAW untuk mengetahui apa yang perlu dibuat dengan tanah tersebut. Baginda SAW menganjurkan agar Saidina Umar RA menyedekahkan hasilnya tanpa perlu menjualnya, mewariskan atau memberikan tanah tersebut kepada orang lain (Safiah et.al:2006 di dalam Rabitah, Norhidayah, & Zuraidah: 2010).
  • 3. ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 3 Dari sudut pelaksanaannya di Malaysia pula, wakaf dipercayai telah wujud lebih daripada lapan ratus tahun yang lalu (Syed Othman, 1986) iaitu sejak zaman kedatangan Islam di Tanah Melayu (Latiff Azha et.al, 2013). Menurut Razali Othman (2001), pengurusan wakaf di Malaysia sebelum tahun 1950-an dipegang oleh pemegang amanah yang dipercayai oleh pewakaf, khususnya individu dan ditadbir oleh cerdik pandai Islam atau orang-orang yang dipercayai dalam masyarakat setempat seperti tok guru, tuan imam, lebai, kiyai, ulamak dan ketua-ketua kampong. Pengurusan wakaf pada ketika itu dikatakan tidak rumit kerana masyarakat akur tentang hukum hakam yang berkaitan dengan wakaf (Maznah Zakaria et.al, 2015). Jarang sekali berlaku salah faham, pecah amanah atau tuntutan kembali harta wakaf oleh waris walaupun amalan pengurusan pada ketika itu hanya dilakukan secara lisan. Pemegang amanah yang dilantik dan ditugaskan sebagai pengurus pula biasanya terdiri daripada mereka yang mempunyai sifat amanah, disegani dan dihormati oleh masyarakat setempat. Kepercayaan yang tinggi menyebabkan terdapat sesetengah daripada harta wakaf didaftarkan ke atas nama pemegang amanah. Ada juga antara harta wakaf yang direkodkan oleh pemegang amanah sebagai harta wakaf tetapi nama pewakaf masih tercatat pada surat hak milik (Baharuddin, 1994). Walau bagaimanapun, corak pentadbiran dan pengurusan wakaf yang lebih bersistematik telah berubah selepas tahun 1950-an. Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri telah menubuhkan MAIN dan di bawah peruntukan enakmen tersebut, MAIN dilantik sebagai pemegang amanah tunggal bagi semua jenis harta wakaf. MAIN telah membentuk undang-undang yang perlu seperti kewajipan mendaftar harta wakaf, rekod penggunaan harta wakaf, pemilikan harta wakaf, dan pemberitahuan melalui warta kerajaan terhadap segala aktiviti serta aset harta wakaf di bawah kendaliannya. Pada tahun 1952, Selangor merupakan negeri pertama membentuk undang-undang harta wakaf, diikuti Terengganu pada 1955, Melaka pada 1959, Perak pada 1965, Kelantan pada 1966 (pindaan 1994) dan Johor pada 1978. Tujuan pelantikan MAIN sebagai pemegang amanah tunggal harta wakaf ini adalah untuk memastikan wakaf dapat diurus tadbir dengan baik, efesien sehingga dapat menjana hasil yang lumayan. Ia selanjutnya diharap dapat dimanfaatkan oleh masyarakat bagi tujuan-tujuan kebajikan, sama ada yang telah ditentukan atau tidak ditentukan oleh pewakafnya. Pelantikan MAIN ini juga adalah untuk mengelak daripada pelbagai masalah yang timbul melalui pelantikan pemegang amanah persendirian yang dibuat oleh pewakaf sebelum ini. Sikap sebahagian pemegang amanah persendirian yang tidak amanah serta masalah campur tangan ahli waris telah menyebabkan kehilangan harta wakaf (Siti Mashitoh Mahamood 2006).Terdapat juga masalah waris pemegang amanah yang tidak mengisytiharkan harta wakaf dan menggunakannya seperti harta milik mereka (Baharuddin, 1998). Justeru itu, adalah jelas bahawa perkembangan peralihan institusi yang mentadbir wakaf ini telah dibuat bertitik tolak daripada isu pengurusan harta wakaf. Walaupun undang- undang telah menyatakan bahawa MAIN ialah pemegang amanah tunggal kepada kesemua harta wakaf di Malaysia, namun sehingga kini masih kedapatan harta wakaf yang diurus atau ditadbir oleh institusi lain selain daripada MAIN. Justeru itu, artikel ini
  • 4. ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 4 akan membincangkan kepelbagaian institusi yang menguruskan wakaf di Malaysia serta kesannya terhadap masyarakat. METODOLOGI Kajian ini menggunakan method kajian kualitatif dengan berdasarkan kepada data sekunder iaitu sumber daripada kajian kepustakaan iaitu kajian ilmiah terdahulu, kerjas kerja, seminar dan koferensi, kajian kes dan sumber internet yang relevan. Kajian ini juga merupakan kajian konseptual dimana ianya mengaplikasikan kaedah induktif dan deduktif serta analisis literatur yang berkaitan untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan. Dapatan kajian ini diharap dapat memberi penjelasan tentang permasalahan serta kekuatan amalan pengurusan wakaf bagi setiap institusi tersebut dari aspek keupayaan pengurusan, tahap kepercayaan masyarakat terhadap institusi serta kejayaan projek-projek pembangunan yang dijalankan. Sehubungan dengan itu, ianya mampu memberi informasi dan maklumat yang penting kepada oranisasi untuk institusi-institusi wakaf membuat penambahbaikan kepada amalan pengurusan setiap institusi wakaf tersebut. PERBINCANGAN Pengurusan Institusi Wakaf Oleh MAIN Sehingga kini pengurusan harta wakaf di Malaysia masih tidak seragam kerana setiap negeri mempunyai cara serta keputusan tersendiri dalam mengendalikannya. Peranan ini diletakkan di bawah kendalian MAIN yang mempunyai struktur pentadbiran yang berbeza antara satu sama lain. Berikut merupakan perbandingan antara pengurusan wakaf bagi beberapa buah negeri di Malaysia. Jadual 1: perbandingan pengurusan wakaf mengikut negeri (maklumat diperolehi daripada laman sesawang Majlis Agama Islam Negeri) Negeri Peranan Utama Pembangunan projek Kedah (MAIK) -1962 www.maik.gov.my  Mengurus proses permohonan wakaf  Mengurus proses permohonan tanah kerajaan  Mengurus proses pengambilan tanah pada peringkat majlis  Menyusun perancangan pembangunan hartanah wakaf  Menyelaras dan mengurus sewa hartanah wakaf  Mengawal aktiviti  Pembinaan Pusat Perniagaan (Plaza Putra Sentosa)  Projek perumahan oleh Sykt. Brillion Contour Sdn. Bhd  Bangunan kedai & pejabat.  Perumahan Taman PKB.
  • 5. ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 5 pencerobohan keatas hartanah wakaf Perak (MAIPk) 23 Okt 1949 www.maiamp.gov. my  Mentadbir dan membangun dengan berkesan segala urusan hartanah dan sumber am di negeri perak darul ridzuan.  Enakmen Pentadbiran Agama Islam 1992 seksyen 74.  Pemegang amanah tunggal bagi semua wakaf am, wakaf khas, dan semua nazar am.  Rumah Kedai (1,2,& 4 tingkat).  Pusat Pengajian & Ibadat  (Sekolah agama, surau, masjid) Pulau Pinang (MAINPP) 15 April 1959 www.mainpp.gov. my  Menyelenggara dan mentadbir harta wakaf dengan baik selaras dengan fungsi majlis agama islam sebagai pemegang amanah semua wakaf  Mengumpul maklumat dan data-data berkenaan harta-harta wakaf dan sumber am.  Mengenalpasti tanah-tanah wakaf yang belum didaftarkan.  Pembangunan menara UMNO setinggi 21 tingkat.  Pembangunan premis- premis komersial.  Pembangunan rumah pangsa dan teres 2 tingkat kos sederhana. Selangor (MAIS) 1952 www.mais.gov.my  Pemegang amanah tunggal harta umat Islam di Negeri Selangor.  Mengurus, menyelenggara dan membangunankan harta-harta untuk memberi manfaat.  Memastikan penyelenggaraan hartanah MAIS secara terancang, sistematik dan selamat.  Memastikan pengurusan penyewaan hartanah pada tahap yang maksima.  Pembelian lot kedai  Pembinaan masjid  Sekolah rendah agama  Pembinaan perpustakaan wakaf di wisma MAIS seksyen 3, Shah Alam. Wilayah Pesekutuan  Pemegang amanah tunggal bagi semua wakaf am atau  Skim saham wakaf  Pusat dialysis
  • 6. ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 6 (MAIWP) 1 Feb 1974 www.maiwp.gov.m y wakaf tunggal di wilayah Pesekutuan  Berperanan memikul tanggung jawab untuk memajukan tanah-tanah wakaf bagi manfaat umat islam  Pembinaan pusat pendidikan dan ibadah  Rumah anak yatim dan wargamas.  Pusat perlindungan.  Bangunan pejabat kelas A setinggi 34 tingkat. Johor (MAIJ) 1925 www.maij.gov.my  Mengurus dan mentadbir kumpulan wang wakaf sebagai pemegang amanah wakaf.  Mendaftar, mentadbir, mengurus harta-harta wakaf mengikut tujuan yang telah ditentukan oleh pewakaf.  Pembinaan rumah anak- anak yatim JB  Sewaan tanah wakaf kepada syarikat dan individu.  Premis-premis kediaman dan rumah kedai. Melalui perbandingan di atas, dapat dilihat bahawa setiap MAIN sebagai pentadbir wakaf negeri berperanan penting dalam memastikan harta wakaf diurus tadbir dengan sebaiknya bagi mendapat manfaat yang optimum. Secara umumnya, harta wakaf yang diterima digunakan mengikut tujuan (niat) pewakaf seperti tapak perkuburan, pembinaan masjid, surau dan pusat pendidikan. Kebijaksanaan pengurusan harta-harta wakaf ini membuahkan pelbagai projek yang mampu memberi manfaat dan pulangan yang tinggi seperti projek pembinaan bangunan komersial, lot pejabat dan perumahan kos sederhana. Selain itu, terdapat juga projek yang mampu memberi jaminan sosial seperti pembinaan pusat perlindungan serta pusat dialisis yang telah banyak memberikan manfaat untuk kemaslahatan ummah. Pengurusan Institusi Wakaf Oleh Pentadbir Persendirian Peranan MAIN sebagai pemegang amanah tunggal dalam mentadbir harta wakaf pentadbir memang wajar walaupun ada mazhab yang tidak menyetujuinya kerana menurut pendapat tersebut mahkamah sebenarnya yang berhak mentadbirkan harta wakaf tersebut. Walau bagaimanapun untuk menggalakkan lagi orang ramai melaksanakan amal jariah melalui wakaf adalah disarankan agar dibenarkan kewujudan badan-badan atau yayasan bukan kerajaan bagi dilantik oleh pewakaf sebagai pentadbir kepada wakaf mereka, dan tidak hanya diberikan hak kepada Majlis atau jabatan agama sahaja, lebih-lebih lagi jika inilah yang dimahukan oleh pewakaf (Zainal Azam, 2013). Ahmad Zaki et.al (2009), menjelaskan bahawa terdapat pemegang-pemegang hartanah wakaf yang ditadbir oleh pemegang amanah masing-masing (wakaf persendirian) dan bukannya ditadbir oleh MAIN. Contohnya, SMU (A) Sullamiah, Bunut Payong, Kelantan. Pewakaf dalam kes ini tidak menukar pemegang amanah ke atas nama MAIN disebabkan bimbang sekiranya Kerajaan Negeri mengubah status wakaf pendidikan kepada status wakaf yang lain kerana kawasan sekolah tersebut adalah kawasan bandar dan strategik. Oleh disebabkan itu, pihak MAIN enggan membina bangunan sekolah
  • 7. ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 7 kerana mengikut Seskyen 5 KanunTanah Negara 1965 (KTN), apa sahaja benda di atas tanah seperti bangunan, pokok-pokok adalah termasuk sebagai hakmilik pemilik tanah yang berdaftar. Sekiranya pihak Majlis Agama Islam Kelantan membina bangunan sekolah di atas tanah tersebut, maka bangunan tersebut adalah menjadi hakmilik waris pewakaf. Sekiranya tuntutan berlaku dan tuntutan tersebut berjaya, maka pihak Majlis terpaksa menanggung kerugian kerana tuntutan tersebut mungkin lebih berupa kepentingan peribadi bukan untuk ummah keseluruhannya. Oleh itu, Majlis tidak boleh membantu dari segi membina bangunan untuk sekolah ini kerana dikhuatiri pewaris harta wakaf akan mengambil alih bangunan tersebut. Kebaikan Dan Keburukan Pengurusan Wakaf Oleh MAIN Dan Institusi Lain Pengurusan merupakan nadi utama bagi pergerakkan setiap institusi wakaf. Ia mampu memberi impak yang positif dan implikasi yang baik sekiranya amalan pengurusan yang berkesan dapat dipraktikkan. Tambahan pula, jika ia ditadbir dan dibangunkan secara holistik dan bijaksana, maka implikasinya tidak hanya tertumpu kepada ruang lingkup dalaman malahan juga mencakupi aspek luaran institusi wakaf tersebut (Wan Ariffin, Mohd Syahiran, dan Hasan, 2008). Lantaran itu, setiap institusi wakaf yang ditadbir oleh MAIN atau pentadbir lain mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri dalam sistem pengurusan masing-masing. Malahan, sebahagian besar kelebihan dan kekurangan tersebut tidak boleh dinyatakan dengan nilai angka, tetapi dapat dilihat dari aspek kesannya kepada masyarakat. Bagi tujuan itu, artikel ini akan melihat beberapa skop sebagai perbandingan iaitu dari sudut perolehan dana wakaf, pengurusan dan tadbir urus, perundangan, pemasaran dan keyakinan masyarakat. 4.4.1 Perolehan dana wakaf Setiap pentadbir wakaf mempunyai sistem pengurusan dana wakaf yang berbeza-beza mengikut jenis pentadbir tersebut, namun ia masih mengikut aliran sistem kewangan yang sama. Sistem pengumpulan dana wakaf yang mampan mampu memberi kelebihan kepada pentadbir wakaf tersebut. Contohnya, bagi institusi wakaf di bawah pengurusan MAIN, pengumpulan dana wakaf adalah sistematik, secara menyeluruh dan dari pelbagai sumber. Antaranya dana wakaf tidak hanya diperolehi daripada kerajaan negeri, malahan juga dari kerajaan pusat. Pengumpulan dana wakaf telah dipelbagaikan dengan pelbagai kaedah antaranya melalui wakaf tunai (Sanep dan Nur Diyana, 2011), saham wakaf (Abdul Karim dan Shamsiah, 2010; Magda Ismail, 2013) dan beberapa kaedah lain. Malahan hasil sumber dana wakaf yang mencukupi boleh menjana keuntungan jangka panjang dan dapat dipulangkan kepada masyarakat melalui kemudahan infrastuktur yang berkesan. Situasi ini mengukuhkan lagi MAIN bagi membuat pembangunan lanjut terhadap harta wakaf sedia ada agar ia digunakan sepenuhnya tanpa berlakunya pembaziran sumber. Sebaliknya bagi institusi wakaf oleh pentadbir persendirian pula, situasi ini adalah sukar memandangkan pengurusan dana wakaf adalah hanya tertumpu kepada individu atau sesebuah badan atau yayasan tersebut sahaja tanpa bantuan daripada pihak kerajaan. Ini memerlukan kebijaksanaan pihak pengurusan untuk mendapatkan sumber yang maksimum agar mencukupi untuk menampung keperluan harian serta membuat pembangunan sekiranya mempunyai lebihan dana wakaf tersebut. Dana pada
  • 8. ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 8 kebiasaanya diperolehi daripada orang ramai melalui amalan sedekah, wakaf, derma serta usaha-usaha lain yang dilakukan seperti pertanian, perladangan, perniagaan dan sebagainya. Sekiranya pengumpulan dana wakaf tidak mencukupi, maka terdapat halangan dan kekangan dalam membangunkan wakaf sedia ada. Kesannya, terdapat masalah pembangunan yang tidak dapat dijalankan, harta wakaf tidak digunapakai secara menyeluruh, pembangunan ekonomi setempat tidak berkembang, dan akhirnya akan berlakunya pembaziran sumber wakaf tersebut. Sungguhpun demikian, terdapat pentadbir persendirian yang dapat meneruskan kesinambungan pengurusan wakaf dalam masa yang lama terutama dalam bidang pendidikan seperti yang dapat dilihat daripada pondok-pondok, sekolah agama dan maahad tahfiz terutamanya di negeri-negi utara dan timur Semenanjung Malaysia. Walaupun dana yang diperolehi tidaklah menjadikan mereka mewah, namun ia sudah cukup untuk tujuan kelangsungan institusi wakaf yang dibangunkan. Pengurusan Dan Tadbir Urus Pengurusan adalah nadi pengerak sesebuah organisasi. Pengurusan yang sistematik mampu memberi aliran urus tadbir yang berkesan. Adalah jelas, setiap MAIN mempunyai sistem pengurusan dan urus tadbir yang tersendiri dalam urusan harta-harta wakaf (Hasan Hafizi dan Mohamad Idris, 2010). Tambahan pula, setiap MAIN boleh mencorakkan sendiri mengikut acuan dan gaya pengurusan negeri masing-masing. Akibat daripada ketidakseragaman pengurusan dan tadbir urus, maka perlbagai masalah timbul (Abdul Ghafar dan Noraziah, 2009). Bagi institusi wakaf yang ditadbir sendiri pula, gaya pengurusan dan tadbir urus adalah berbeza dari gaya pengurusan MAIN. Maka, penyelarasan pengurusan dan tadbir urus perlu dijalankan agar lebih seragam dan memudahkan keputusan dibuat (Abdullaah dan Muhamad, 2008). Ia adalah bagi mengelakkan penindihan peranan yang mungkin boleh menimbulkan salah faham dan kerugian sumber ekonomi. Namun begitu, situasi ini berbeza di kalangan institusi wakaf swasta atau persendirian yang ditadbir secara korporat. Contohnya Waqaf An-Nur Corporation Berhad (WANCorp) merupakan institusi wakaf korporat yang menjalankan gaya pengurusan dan tadbir urus yang mengikut kaedah korporat (Abd Shakor, 2011). Ciri utama wakaf korporat ini adalah terletak pada kaedah pengurusan harta iaitu saham-saham syarikat JCorp yang diwakafkan akan didaftarkan sebagai wakaf dengan MAIJ di atas nama WANCorp. Dengan gaya pengurusan dan tadbir urus begini, maka harta-harta wakaf dapat diselia dengan baik dan berkesan. Justeru, pelaksanaan wakaf korporat ini telah memberi sumbangan dan manfaat yang besar terutama dari aspek pembangunan sosioekonomi dan sosial masyarakat Islam di negara ini. Perundangan Di Malaysia, MAIN merupakan pemegang amanah tunggal bagi harta-harta baitulmal termasuklah harta-harta wakaf yang telah didaftarkan di peringkat negeri. Ia ditubuhkan oleh kerajaan negeri khas untuk memudahkan pengurusan harta-harta wakaf. Penubuhan MAIN berdasarkan kepada enakmen pentadbiran agama Islam negeri masing-masing.
  • 9. ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 9 Ini jelas menunjukkan bahawa setiap MAIN tertakluk kepada undang-undang yang khusus bagi pengurusan wakaf. Bagi pentadbir persendirian pula, ia tidak tertakluk kepada satu undang-undang yang khusus. Pada kebiasannya, pentadbir harta wakaf persendirian ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965 melalui syarikat berhad menurut jaminan (company limited by guarantee) serta di bawah Akta Pertubuhan 1966. Badan-badan yang mentadbir wakaf ini boleh seterusnya memohon untuk diperbadankan di bawah Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952 menjadikan mereka sebagai lembaga amanah atau yayasan. Oleh kerana akta yang menubuhkan pentadbir ini adalah bukan khusus untuk wakaf, maka terdapat kekaburan dan batasan dari beberapa aspek pengurusan, kapasiti dan tanggungan. Pemasaran Kejayaan dan keberkesanan sesebuah institusi banyak dipengaruhi oleh tindakan pemasaran dan promosi yang dijalankan. Semakin baik kaedah pemasaran, maka institusi tersebut mampu untuk lebih ke hadapan dan berdaya saing. Namun situasi ini berbeza di kalangan MAIN di negara ini yang masih mempunyai sistem pemasaran yang agak lemah (Abdullaah dan Muhamad, 2008). Sistem pemasaran ini perlu bagi mewujudkan kesedaran masyarakat tempatan dan antarabangsa tentang kewujudan harta-harta wakaf ini di setiap MAIN. Kaedah promosi yang tepat mampu membangunkan lagi harta wakaf sedia ada agar pembangunan yang lebih giat boleh dijalankan. Permasalah ini berkait rapat dengan kekurangan ilmu berkaitan dengan pemasaran (Tahir, 2009). Ini mungkin disebabkan kebanyakan kakitangan MAIN mempunyai latar-belakang pengajian agama, maka konsep pemasaran agak asing bagi mereka. Sebaliknya jika kursus dan latihan berpanjangan diberikan, maka ianya mampu membuat pemasaran dengan lebih cekap dan efektif. Bagi institusi wakaf yang ditadbir secara persendirian pula, ia bergantung sama ada ia adalah jenis korporat atau badan bukan korporat. Bagi sektor berasaskan korporat, kebiasaanya promosi sangat giat dijalankan bagi tujuan membangunkan instutusi wakaf tersebut (Abu Bakar, 2007). Sebaliknya, bagi pentadbir yang bukan korporat, skop pemasaran agak sempit dan mungkin hanya merangkumi golongan-golongan tertentu dan masyarakat yang terhad. Kepercayaan Masyarakat Tidak dapat dinafikan bahawa peranan dan sikap pemegang amanah dan pentadbir yang menguruskan wakaf menjadi faktor besar bagi kepercayaan dan kejayaan institusi wakaf. Tidak kira sama ada wakaf tersebut diuruskan oleh pihak mana, beberapa kriteria penting perlu wujud dalam pentadbir atau sesebuah badan pemegang amanah. Antara kriteria penting ialah, pengurusan harta wakaf perlu dibuat oleh orang yang mempunyai sifat amanah yang tinggi. Maka tidak hairanlah pada zaman dahulu, masyarakat sanggup mewakafkan harta mereka kepada para alim ulama dalam bidang agama untuk menguruskan wakaf tersebut kerana diyakini mereka adalah orang yang amanah.
  • 10. ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 10 Jika dahulu stigma masyarakat meletakkan kepercayaan kepada orang yang tinggi agama dan berpengaruh dalam masyarakat sebagai pemegang amanah, namun kini, bukti bahawa seseorang itu bersifat amanah bukan mudah untuk dipamerkan. Justeru itu, salah satu mekanisme lain yang boleh membantu dalam membuktikan kriteria amanah untuk mempertingkatkan keyakinan orang ramai terhadap institusi wakaf di Malaysia ialah dengan mempunyai sistem perakaunan dan pelaporan yang baik (Maznah Zakaria et al, 2014). Namun begitu, sehingga kini tidak ada pendedahan yang sepatutnya bagi aset dan liabiliti, pendapatan dan perbelanjaan wakaf yang dibuat oleh pentadbir yang menguruskan wakaf di Malaysia termasuk MAIN (Dalila et al., 2011). Dalam aspek ini, Alina (2011) telah mencadangkan agar satu kerangka pengurusan wakaf yang tersusun perlu diperkenalkan. Kerangka ini perlu diintegrasikan bersama undang-undang amanah, undang-undang fiduciari dan kod pengurusan wakaf. Kahf (1998)juga bersetuju bahawa kerangka undang-undang tentang fungsi dan objektif institusi wakaf yang menyediakan peruntukan berkenaan peranan, tugas dan tanggungjawab pemegang amanah yang menguruskan wakaf perlu dibuat. KESIMPULAN DAN CADANGAN Malaysia, tidak seperti kebanyakan negara yang lain telah meletakkan pengurusan harta wakaf di bawah institusi kerajaan negeri iaitu MAIN. Di negara-negara selain Malaysia, pemegang amanah bagi wakaf adalah bebas daripada kerajaan dan akan diperiksa oleh badan khas yang dipanggil ‘regulator’. Alina (2011) telah membincangkan isu ini dan menyatakan bahawa struktur pengurusan wakaf Malaysia menghadapi isu ejensi yang serius. Ini adalah kerana menurut beliau, MAIN bukan sahaja mengurus malah dalam masa yang sama mengawal selia wakaf. Penulis ini berpendapat bahawa untuk menjadikan pengurusan lebih efektif, perlu kepada pemisahan tugas antara mengurus (manage) dan mengawal selia (regulate). Dengan kata yang lain, pengurusan harta wakaf perlu diserahkan kepada pengurus yang professional dan bukannya diserahkan kepada MAIN. Menurut Puad, Rafdi et al. (2014) dalam kajian di Majlis Agama Islam Selangor mendapati bahawa masih terdapat kakitangan yang kurang professional dan kukurangan latihan. Ini adalah kerana tahap pengetahuan yang luas, kemahiran yang tinggi serta etika professional membantu dalam kejayaan pengurusan wakaf. Sehubungan itu, Alina (2011) mencadangkan agar MAIN perlu ditransformasikan untuk menjadi badan pemantau untuk wakaf yang tidak diperbadankan di samping pewakaf diberi kuasa untuk memilih pemegang amanah sendiri. Ini adalah kerana pentadbir persendirian juga dilihat mampu membangunkan institusi wakaf, setidak-tidaknya dalam beberapa aspek yang kecil seperti pendidikan agama. Apa yang penting ialah, usaha membangunkan harta wakaf dengan lebih efektif dan produktif. Perkara ini memerlukan fokus kepada mengubah cara pengurusan dan kewujudan satu badan yang dapat mengawal selia. Transformasi ini akan memberikan kesan yang positif kepada MAIN (Ismail Omar, 2015) dan juga pentadbir persendirian, walaupun bagi pentadbir persendirian yang bersifat korporat perkara ini mungkin sudah diamalkan. RUJUKAN
  • 11. ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 11 Ahmad Muhammad Abd Gaffar. (2005). Pengurusan Harta Pusaka, Wasiat, Hibah, Wakaf. bKuala Lumpur:Pustaka Syuhada. Ahmad Zaki Hj. Abd Latiff, Norzaidi Mohd Daud & Che Zuina Ismail. (2009). Pengurusan Harta Wakaf Dan Potensinya Ke Arah Kemajuan Pendidikan Umat Islam Di Malaysia. Jurnal Pengurusan JAWHAR. ISSN 1985-2010, Vol. 2, No. 2. Asmak A. R. (2009). Peranan Wakaf Dalam Pembangunan Ekonomi Umat Islam dan Aplikasinya di Malaysia. Jurnal Syariah 17(1): 113-152. Baharuddin Sayin. (1998). Pentadbiran dan Pengurusan Harta Wakaf di Semenanjung Malaysia. Jurnal Fikrah, jld. 1, Januari 1998, Pusat Pendidikan Persediaan, Institut Teknologi MARA, h. 94 – 98. Borham, Abd Shakor. (2011). Pelaksanaan pembangunan wakaf korporat Johor Corporation Berhad (JCorp): satu tinjauan. In: International Conference on the Roles of the Humanities and Social Sciences in Engineering 2010, 12-14 November 2010, Universiti Malaysia Perlis, Perlis. Dalila Daud, Rashidah Abdul Rahman & Zaluddin Sulaiman.(2011). Waqf Repoting To Fulfill Stakeholder Attribution in Waqf Islamic Councils. Business Management Quarterly Review (BMQR), 2, 38–53. Ismail Omar. (2015). Professionalizing Human Capital For Waqf Administration In Malaysia, ProsidingMuktamar Waqf Iqlimi II 2015, 145-151, USIM, Pusat Pembangunan Pembiayaan Wakaf (PPPW) USIM dan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan, 26-27 Ogos 2015. Kahf, M. (1998). Financing the Development of Awqaf Property. The American Journal of Islamic Social Sciences. Vol.16:4. Kamus al Munjid fi Al-Lughah wa Al-A’lam. (1986). Beirut: Dar al-Mashruq. Latiff Azha, Sayin Baharuddin, Sayurno, S.S Salahuddin, M.Rani Afandi dan Hamid Afifah H. (2013). The Practice and Management of Waqf Education in Malaysia. Procedia-Social and Bahavioral Sciences.Volume 90, 10 October 2013, Pages 22–30. Maznah Zakaria, Mohamat sabri Hassan & Radziah Abdul Latiff. (2014). Pelaporan Wakaf di Malaysia: Mengenalpasti Keperluan Maklumat Pemegang Kepentingan. PROSIDING PERKEM ke-9 (2014) 226 - 233 ISSN: 2231-962X Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke-9 (PERKEM ke-9) Kuala Terengganu,Terengganu, 17 – 19 Oktober 2014. Mohamad Khairul Izwan Rifin, Wan Kamal Mujani & Izziah Suryani Mat Resad@Arshad. Pembangunan Wakaf Dalam Sektor Keagamaan, Teknologi Dan Kesihatan Di Negeri Sembilan. Proceeding of the International Conference on Masjid, Zakat and Waqf (IMAF 2014) (e-ISBN 978-967-13087-1-4).1-2 December 2014, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Pp: 41-49. Puad, N. A. M., et al. (2014). Issues and challenges of Waqf instrument: A case study in MAIS. Conference of Management and Muamalah(CoMM 2014) Synergyzing Knowledge On Management And Muamalah. Rabitah Harun, Norhidayah Ali & Zuraidah Md. Isa. (2010). Kajian Perbandingan Keberkesanan Pembangunan Hartanah Wakaf. Thesis Kajian. November 2010.
  • 12. ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 12 Razali Othman, Shaikh Md. Noor Alam. (2010). Wakaf: Endowment dari perspektif Al- Quran. Seminar Kebangsaan Pengajian Ilmu Al-Quran, 1-2 September 2001, Dewan Persidangan IDEAL, UPM. Siti Mashitoh Mahamood. (2006). Perundangan Wakaf Dan Isu-Isu Berbangkit. (Konvensyen Wakaf Kebangsaan 2006, 12-14 September 2006, Hotel Legend Kuala Lumpur, Jabatan Wakaf Zakat dan Haji, Jabatan Perdana Menteri), h. 5. Tunku Alina Bte Raja Muhd. (2011). Unleashing the Potential of the Waqf as an Economic Institution in Malaysia,(Kuala Lumpur: INCEIF University Ph. D Thesis, 2011). Zainal Azam B. Abd. Rahman. (2013). Pihak yang layak mengurus wakaf. Utusan Malaysia. 18 March 2013, http://www.ikim.gov.my Laman Sesawang (Web) www.maik.gov.my www.maiamp.gov.my www.mainpp.gov.my www.mais.gov.my www.maiwp.gov.my www.maij.gov.my www.ywm.gov.my