SlideShare a Scribd company logo
1 of 17
Download to read offline
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015)
423
PERSEPSI PELAJAR MUSLIM UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN
(UniSZA) TERHADAP FAKTOR PEMILIHAN PELABURAN DANA
AMANAH ISLAM (DAI)1
Mohd ‘Adli Zahri2
Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV)
Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia
11800 Minden, Pulau Pinang
E-mel : adlizahri89@gmail.com
Abstrak
Pelaburan Dana Amanah Islam (DAI) di Malaysia semakin meningkat dari masa ke
masa. Hal ini dibuktikan daripada sumber Bank Negara yang mengatakan nilai aset
bersih DAI meningkat daripada RM 35 bilion pada tahun 2012 kepada RM 45 bilion
pada tahun 2014 (Jun). Namun demikian, realiti yang berlaku ialah penembusan
pelaburan DAI dalam kalangan masyarakat Muslim masih lagi rendah. Sedangkan
60 peratus penduduk Malaysia terdiri daripada penduduk Muslim. Persoalannya,
adakah penghayatan agama masih lagi rendah? Atau pemilihan DAI disebabkan
faktor intrinsik (kefahaman terhadap pelaburan DAI dan pulangan maslahat)? Atau
pemilihan DAI disebabkan faktor ekstrinsik (pemasaran, ciri-ciri produk dan
perkhidmatan)? Namun begitu, kajian ini hanya melihat kepada persepsi pelajar
Muslim UniSZA. Oleh itu, objektif pertama ialah mengenal pasti faktor pemilihan
terhadap pemilihan pelaburan DAI. Manakala, objektif kedua pula menganalisis
persepsi pelajar Muslim UniSZA terhadap faktor pemilihan pelaburan DAI. Data
diperoleh daripada 300 orang responden kemudian telah dianalisis menggunakan
statistik deskriptif dan inferens. Dua penemuan utama kajian ini ialah pertama,
persepsi positif terhadap semua dimensi, yang mana dimensi tertinggi ialah
keyakinan dan ibadat, manakala dimensi yang terendah ialah kefahaman terhadap
pelaburan DAI. Kedua ialah faktor ekstrinsik lebih dominan dan signifikan dalam
pemilihan pelaburan DAI berbanding faktor kepatuhan beragama dan intrinsik. Ini
menunjukkan bahawa pelajar lebih cenderung kepada perkara-perkara ekstrinsik
berbanding faktor dalaman diri dan boleh diteladani. Kesimpulannya, pihak
pengendali DAI perlu memberi perhatian pada ciri-ciri produk dan perkhidmatan
untuk menarik minat masyarakat menyertai pelaburan DAI.
1
Kertas yang dibentangkan di The 9th ISDEV International Islamic Development Management
Conference (IDMAC2015), anjuran Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV) Pusat
Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM) di Universiti Sains Malaysia (USM),
Pulau Pinang, pada 8 hingga 9 Disember 2015.
2
Mohd Ádli Zahri ialah calon Doktor Falsafah Pembangunan Islam di Pusat Kajian Pengurusan
Pembangunan Islam (ISDEV), Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM).
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015)
424
PENDAHULUAN
Di Malaysia, pelaburan Dana Amanah Islam (DAI) merupakan satu sistem tabungan
yang semakin mendapat tempat dalam kalangan pelabur. Ini dibuktikan dengan
bilangan dana bertambah di Malaysia dari tahun 2006 hingga 2014 seperti di Jadual
1.1. Bermulanya pada tahun 2006, jumlah dana yang diluluskan hanya sebanyak 97
dana. Dana ini meningkat kepada 190 dana pada tahun 2014. Peratusan peningkatan
sebanyak 95.88 peratus iaitu sebanyak 93 dana.
Begitu juga dengan jumlah unit (bilion) yang diluluskan sebanyak 92 unit (bilion)
pada tahun 2006. Peningkatan sebanyak 96 unit (bilion) iaitu sebanyak 104.35
peratus pada tahun 2014. Pertambahan dalam jumlah akaun juga menunjukkan
perkembangan yang baik dalam pelaburan DAI. Pada tahun 2006, jumlah akaun
(juta) yang dicatatkan hanyalah sebanyak 0.77 juta. Pertambahan jumlah akaun
sebanyak 1.62 juta iaitu sebanyak 210.39 peratus menjadikan jumlah akaun
sebanyak 2.39 juta pada tahun 2014. Bagi nilai aset bersih pula, peningkatan dari
tahun 2006 iaitu sebanyak 9.10 (RM bilion) kepada 46.66 (RM bilion) pada tahun
2014. Ini bermakna peningkatan peratusan sebanyak 412.75 peratus iaitu sebanyak
37.56 (RM bilion).
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 425
Jadual 1: Jumlah Unit Amanah Yang Diluluskan Di Malaysia
Sektor Jumlah Dana Yang
Diluluskan
Jumlah diluluskan
(Unit billion)
Unit Dalam Peredaran
(Unit billion)
Jumlah Akaun (Juta) Nilai Aset Bersih
(RM billion)
Islam Keseluruha
n Sektor
Islam Keseluruhan
Sektor
Islam Keseluruhan
Sektor
Islam Keseluruhan
Sektor
Islam Keseluruh
an Sektor
2006 97
(16.87)
411
(20.88)
92
(82.18)
387
(44.76)
18.47
(-0.81)
153.72
(10.28)
0.77
(20.31)
11.16
(2.76)
9.10
(7.18)
121.41
(23.27)
2007 128
(31.96)
506
(23.11)
124
(34.78)
484
(25.06)
36.27
(96.37)
206.84
(34.56)
1.25
(62.34)
12.27
(9.95)
16.79
(84.51)
168.03
(38.40)
2008 141
(10.16)
550
(8.70)
140
(12.90)
532
(9.92)
48.86
(34.71)
236.39
(14.29)
1.64
(31.2)
13.05
(6.36)
16.12
(-3.99)
130.44
(-22.37)
2009 150
(6.38)
565
(2.73)
144
(2.86)
541
(1.69)
56.85
(16.36)
237.88
(0.63)
1.78
(8.54)
14.10
(8.05)
22.08
(36.97)
191.71
(46.97)
2010 155
(3.33)
584
(3.36)
152
(5.56)
564
(4.25)
56.21
(-1.13)
289.37
(21.65)
1.80
(1.12)
14.63
(3.76)
24.04
(8.88)
226.81
(18.31)
2011 167
(7.74)
604
(3.42)
164
(7.89)
587
(4.08)
61.21
(8.90)
316.41
(9.34)
1.98
(10.0)
15.43
(5.47)
27.86
(15.89)
249.46
(9.99)
2012 173
(3.60)
607
(0.50)
169
(3.05)
589
(0.34)
69.87
(14.15)
351.58
(11.12)
2.11
(6.57)
16.11
(4.41)
35.36
(26.92)
294.46
(18.20)
2013 184
(6.36)
607
(0.00)
178
(5.33)
595
(1.02)
80.31
(14.94)
388.52
(10.51)
2.25
(6.64)
16.78
(4.16)
42.82
(21.10)
335.51
(13.79)
2014
(Oktober)
190
(3.26)
626
(3.13)
188
(5.62)
612
(2.86)
94.64
(17.84)
425.43
(9.50)
2.39
(6.22)
17.41
(3.75)
46.66
(8.97)
343.02
(2.24)
Sumber: Diubahsuai daripada Dana Unit Amanah di Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015)
426
Peningkatan ini menunjukkan persepsi yang perkembangan terhadap pelaburan DAI
dalam kalangan pelabur Muslim. Namun begitu, penembusan pasaran DAI dalam
kalangan masyarakat negara ini masih di tahap yang amat rendah apatah lagi dalam
kalangan pelabur Muslim walaupun lebih 60 peratus penduduk Malaysia terdiri
daripada masyarakat Muslim.
Fenomena ini paling tidak menimbulkan tiga persoalan. Pertama, adakah
penghayatan agama dalam masyarakat Islam masih lagi rendah? Kedua, apakah
pemilihan DAI disebabkan faktor intrinsik (kefahaman terhadap pelaburan DAI dan
pulangan maslahat)? Atau disebabkan faktor ekstrinsik (pemasaran, ciri-ciri produk
dan perkhidmatan)?
Kertas ini bertujuan pertama mengenal pasti persepsi pelajar Muslim dari Universiti
Sultan Zainal Abidin (UniSZA) terhadap faktor pemilihan pelaburan DAI. Kedua,
menganalisis persepsi pelajar Muslim dari Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
terhadap faktor pemilihan pelaburan DAI. Pelajar UniSZA dipilih disebabkan
mereka mengambil kursus tentang pelaburan Islam di UniSZA.
Perbahasan kertas ini terbahagi kepada tiga bahagian. Pertama menyorot tulisan-
tulisan terdahulu tentang faktor pemilihan produk kewangan Islam sebagai latar
belakang. Kedua menjelaskan metodologi yang dipakai dalam membuat analisis
data. Ketiga membincangkan dapatan kajian khususnya tentang persepsi pelajar
Muslim UniSZA terhadap faktor pemilihan pelaburan DAI.
SOROTAN KARYA
Kajian terdahulu mempamerkan pemilihan produk perbankan Islam dipengaruhi oleh
empat faktor utama: Pertama ialah faktor kepatuhan beragama yang mempunyai dua
dimensi iaitu pertimbangan halal, haram, dan syubhat serta keyakinan ibadat. Kedua
ialah faktor intrinsik yang mempunyai dua dimensi iaitu kefahaman terhadap
pelaburan DAI dan pulangan maslahat (kebaikan). Ketiga ialah faktor ekstrinsik
yang mempunyai tiga dimensi, iaitu pemasaran, ciri-ciri dana dan perkhidmatan.
Keempat ialah faktor demografi yang mempunyai tiga dimensi iaitu jantina, tahun
pengajian dan pendidikan formal (Ahmad Azrin Adnan, 2010).
Faktor kepatuhan beragama adalah faktor yang mendorong seseorang dalam memilih
produk perbankan Islam (Metawa & Almossawi, 1998). Justeru semakin tinggi
tahap kepatuhan beragama, maka semakin tinggi kemahuan mereka memilih produk
perbankan Islam tersebut (Nor Aini et al, 2006). Malah dalam urusan muamalat
pertimbangan untuk mendapatkan keselamatan di dunia dan di akhirat turut
diutamakan (Zaharuddin Abd Rahman, 2009).
Faktor intrinsik dan faktor ekstrinsik dapat mempengaruhi persepsi seseorang
(Ahmad Shukri Mohd Nain, 2002). Menurut Ahmad Azrin Adnan (2010)
menyatakan antara faktor intrinsik dan ekstrinsik dalam pemilihan produk Islam iaitu
kefahaman terhadap produk Islam, mengetahui pulangan maslahat (kebaikan),
pemasaran, ciri-ciri produk dan perkhidmatan.
Faktor kefahaman amat penting kerana membincangkan prinsip-prinsip syariah
dalam pelaburan di pasaran modal Islam seterusnya membentuk kefahaman umat
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015)
427
Islam terhadap sistem pelaburan dana amanah Islam (Wan Daud Bakar, 2002).
Faktor pulangan maslahat yang dinyatakan oleh Ahmad Azrin Adnan (2010) lebih
kepada tujuan penggunaan dengan matlamat Syarak iaitu penggunaan produk yang
bertepatan dengan prinsip syariah, natijah yang diperoleh di sebalik penggunaan
produk tersebut hendaklah mendatangkan manfaat kepada pengguna dan keluarga
serta kebaikan umum. Oleh itu, faktor kefahaman dan pulangan maslahat merupakan
faktor intrinsik dalam pemilihan pelaburan dana amanah Islam.
Selain itu, Norafizah Mohd Makhtar (2009) mengatakan bahawa ciri-ciri produk,
pengesyoran, reputasi dan pasaran (pengiklanan) merupakan antara faktor yang
mempengaruhi pemilihan pelajar Universiti Sains Malaysia terhadap insurans dan
takaful. Oleh itu, faktor pemasaran penting dalam pemilihan produk Islam kerana
kekurangan promosi menyebabkan jumlah penggunaan produk Islam masih rendah
(Hussin et al, 2010). Ciri-ciri dana yang bersifat kepelbagaian, kemampuan,
pengurusan yang profesional, kecairan, fleksibiliti dan pemantauan prestasi
mempengaruhi dalam pemilihan pelaburan dana amanah Islam (Rajwanti Sharma,
2013). Begitu juga dengan kajian Asyraf Wajdi Dusuki dan Nurdianwati Irwani
Abdullah (2007) menunjukkan kualiti perkhidmatan, kemesraan petugas bank Islam
dan kakitangan bank yang cekap serta berpengetahuan menarik perhatian pengguna
dalam menggunakan produk Islam. Faktor ini selari dengan kajian Fathiah Fathil
(2008) yang mengatakan faktor utama dalam penerimaan masyarakat bukan Islam
terhadap produk perbankan Islam ialah layanan dan perkhidmatan yang memuaskan.
Faktor demografi juga penting sebagai pemboleh ubah dalam kajian di samping
menampilkan gelagat pengguna yang berbeza-beza mengikut latar sosial, budaya,
personaliti dan psikologi individu. Kotler, 1994:87). Dalam kajian Ahmad Nordin
(2000), Siti Raihan Sabrey (2007), dan Noor Hashim (2009) juga mengatakan faktor
pendidikan merupakan faktor penting dalam menentukan pemilihan terhadap produk
berasaskan Islam. Semakin tinggi tahap pendidikan seseorang maka kefahaman
terhadap DAI adalah lebih tinggi. Ini menunjukkan bahawa faktor pendidikan
merupakan asas penting dalam pemilihan DAI. Kertas ini melihat persepsi pelajar
Muslim UniSZA terhadap faktor pemilihan pelaburan DAI mengikut tahap
pendidikan dan tahun pengajian.
Keempat-empat faktor tersebut inilah digunakan dalam mengenal pasti dan
menganalisis persepsi pelajar Muslim Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
terhadap faktor pemilihan pelaburan Dana Amanah Islam (DAI).
METODOLOGI
Kajian ini turut menggabungkan kajian lapangan dan kajian perpustakaan bagi
menilai persepsi pelajar Muslim UniSZA terhadap faktor pemilihan pelaburan DAI.
Data primer diperoleh dalam bentuk soal selidik bagi menganalisis persepsi pelajar
Muslim UniSZA terhadap faktor pemilihan pelaburan DAI. Bentuk data yang
digunakan ialah data keratan rentas (cross sectional) yang bentuk skala Likert
bertujuan untuk mencapai kedua-dua objektif kajian.
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015)
428
Persampelan dan pengukuran
Sebanyak tiga ratus (300) set soal selidik telah disediakan dan diedarkan kepada
responden dalam kalangan pelajar Muslim, yang semuanya adalah pelajar dari
Universiti Sutan Zainal Abidin (UniSZA). Soal selidik adalah juga diedarkan kepada
Fakulti Pengurusan Perniagaan dan Perakaunan (FPPP)3
.
Sebahagian besar instrumen pengutipan data dalam kajian ini menggunakan soal
selidik jenis tertutup. Soalan tertutup ialah soalan jenis berstruktur yang mempunyai
pilihan yang tetap atau pilihan alternatifnya sudah disediakan oleh penyelidik
(Sabitha Marican, 2006). Kajian ini mengandungi satu set soalan dengan tiga (3)
bahagian. Pembentukan set soal selidik ini diubahsuai daripada set soal Zakaria
Bahari (2009) dan Ahmad Azrin Adnan (2010) sebagai panduan. Apabila selesai
soal selidik ini, pra-ujian telah dijalankan ke atas sekumpulan bakal responden
seperti yang disyorkan oleh Dillman (1978). Objektif pra-ujian adalah untuk menilai
kesahan kandungan dan kebolehpercayaan pembolehubah pengukuran, dan juga
untuk membetulkan apa-apa kekurangan, dalam masa, sebelum kajian berskala
penuh.
Tiga ratus (300) soal selidik telah diedarkan kepada responden yang terdiri daripada
pelajar Muslim daripada Fakulti Pengurusan Perniagaan dan Perakaunan (FPPP)
serta Fakulti Kontemporari Islam, UniSZA kampus Gong Badak, Terengganu. Tiga
ratus (300) soal selidik daripada responden telah kembali. Hasil ujian pra
menunjukkan responden memahami soalan dengan baik tetapi salah satu daripada
responden telah memberikan komen tentang manfaat dari peningkatan kepada soal
selidik.
DAPATAN DAN PERBINCANGAN
Analisis dilakukan menggunakan Statitical Package for Social Science (SPSS).
Analisis yang dilakukan iaitu analisis deskriptif dan kuantitatif. Analisis deskriptif
terdiri daripada frekuensi, min, sisihan piawai dan peratusan untuk mengetahui tahap
persepsi pelajar Muslim UniSZA. Analisis Regresi berganda dijalankan dalam
analisis kuantitatif untuk menjawab objektif kedua.
Maklumat Asas Responden
Analisis demografi dijalankan ke atas 300 orang responden yang terdiri daripada
pelajar sarjana muda Muslim di UniSZA. Profil responden dibahagikan mengikut
jantina, umur, status perkahwinan, tahap pendidikan, fakulti, tahun pengajian,
sumber pendidikan agama formal dan tidak formal. Jadual 4.1 menunjukkan profil
demografi responden.
3
Fakulti Pengurusan Perniagaan dan Perakaunan (FPPP) telah dinamakan semula kepada Fakulti
Ekonomi dan Sains Pengurusan
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015)
429
Jadual 2: Profil Demografi Responden (n=300)
Profil Responden Bilangan Peratusan (%)
Jantina:
Lelaki
Perempuan
Jumlah
Umur:
18-24 tahun
25-29 tahun
Jumlah
Status perkahwinan:
Bujang
Berkahwin
Jumlah
Tahap pendidikan:
Ijazah sarjana muda
Jumlah
Fakulti:
Pengurusan Perniagaan dan
Perakaunan
Kontemporari Islam
Jumlah
Tahun pengajian:
Pertama
Kedua
Ketiga
Keempat
Jumlah
Pendidikan agama formal
Ada
Jumlah
Pendidikan agama tidak
formal
Ada
Jumlah
95
105
300
228
12
300
289
11
300
300
300
227
73
300
74
100
63
63
300
300
300
300
300
31.7
68.3
100
96.0
4.0
100
96.3
3.7
100
100
100
75.7
24.3
100
24.7
33.3
21.0
21.0
100
100
100
100
100
Jadual 2 menunjukkan bilangan responden lelaki sebanyak 95 (31.7%) orang dan
perempuan 105 (68.3%) orang yang diperoleh dari Fakulti Pengurusan Perniagaan
dan Perakaunan (FPPP) serta Fakulti Kontemporari Islam (FKI) di UniSZA.
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015)
430
Kepelbagaian peringkat umur juga dapat dilihat iaitu daripada pelajar dalam
linkungan umur 18-24 tahun (n=228; 96.0%) dan 25-29 tahun (n=12; 4.0%). Pelajar
yang berumur 18-24 tahun (n=228; 96.0%) adalah pelajar paling ramai terlibat dalam
kajian lapangan ini kerana kelompok umur ini merupakan peringkat umur pelajar
yang paling banyak menuntut di UniSZA. Bagi status perkahwinan pula, didapati
kebanyakan pelajar masih belum berkahwin (n=289; 96.3%) lebih ramai berbanding
pelajar yang sudah berkahwin (n=11; 3.7%). Begitu juga dengan tahap pendidikan
responden dan fakulti, didapati kebanyakan pelajar ijazah sarjana muda (n=30;
100%) dan fakulti (n=30; 100%). Kebanyakan responden daripada pelajar tahun
kedua (n=100; 33.3%) berbanding pelajar tahun pertama (n=74; 24.7%), tahun
ketiga dan tahun keempat masing-masing (n=63; 21.0%).
Persepsi Pelajar Muslim Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) Terhadap
Pelaburan Dana Amanah Islam (Dai) Mengikut Dimensi Kepatuhan Beragama,
Intrinsik Dan Ekstrinsik
Pola pemilihan mengikut dimensi dilakukan bagi melihat secara lebih terperinci
tentang persepsi pelajar Muslim UniSZA terhadap pelaburan DAI. Dapatan ini
sekaligus menjawab objektif pertama. Dimensi ini disusun mengikut faktor
kepatuhan beragama, faktor intrinsik dan faktor ekstrinsik. Skor min diukur
mengikut penilaian Oxford (1990) iaitu skor min 3.5 hingga 5.0 adalah tinggi, skor
min 2.5 hingga 3.49 adalah sederhana dan skor min 1.0 hingga 2.49 adalah rendah.
Jadual 3: Min responden daripada Faktor Kepatuhan Beragama Dimensi
Pertimbangan Halal, Haram dan Syubhat dan Keyakinan dan Ibadat
No. Item Min SP
Pertimbangan halal, haram dan syubhat
1 Saya didorong oleh aqidah saya untuk menyertai
pelaburan Dana Amanah Islam.
4.53 .923
2 Sebagai seorang Muslim, saya wajib memilih
pelaburan Dana Amanah Islam berbanding
pelaburan unit amanah konvensional.
4.56 .907
3 Saya tidak akan menggunakan pelaburan Dana
Amanah Islam yang diragui kehalalannya.
4.65 .995
4 Saya mengutamakan pelaburan Dana Amanah
Islam yang bebas daripada sebarang kontroversi.
4.53 .962
Keyakinan dan Ibadat
5 Saya mendirikan solat fardu lima kali sehari. 5.31 .811
6 Saya berpuasa di bulan Ramadan. 5.39 .813
7 Saya membaca al-Quran setiap hari. 4.83 .937
8 Saya mendirikan solat sunat setiap hari seperti
solat Dhuha.
4.40 .968
9 Islam membantu saya ke arah kehidupan yang
lebih baik.
5.38 .897
Jadual 3 menunjukkan responden setuju dengan semua item di bawah pertimbangan
halal, haram dan syubhat. Majoriti responden bersetuju bahawa dorongan akidah
(M=4.53, SP=0.923), kewajipan (M=4.56, SP=0.907), menolak dari menggunakan
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015)
431
pelaburan yang diragui kehalalannya (M=4.65, SP=0.995) dan mengutamakan
pelaburan DAI yang bebas daripada sebarang kontroversi (M=4.53, SP=0.962)
adalah pendorong responden memilih pelaburan DAI. Hal demikian menunjukkan
bahawa responden memiliki persepsi yang positif terhadap pertimbangan halal,
haram dan syubhat. Perkara ini penting kerana sebagai Muslim adalah wajib untuk
memilih pelaburan yang halal dan bebas dari unsur haram dan syubhat.
Jadual 3 juga menunjukkan majoriti responden bersetuju bahawa kepatuhan
beragama turut berperanan dalam pemilihan pelaburan DAI. Responden bersetuju
mendirikan solat fardhu lima kali sehari (M=5.31, 0.811), berpuasa dibulan
Ramadan (M=5.39, SP=0.813), membaca al-Quran setiap hari (M=4.83, SP=0.937),
mendirikan solat sunat setiap hari (M=4.40, SP=0.968) dan Islam membantu ke arah
kehidupan yang lebih baik (M=5.38, SP=0.897). Ini menunjukkan kebanyakan
pelajar melakukan ibadah wajib dalam kehidupan dan begitu menitikberatkan ibadah
sunat.
Jadual 4: Min responden daripada Faktor Intrinsik Dimensi Kefahaman
Terhadap DAI dan Pulangan Maslahat (kebaikan)
No. Item Min SP
Kefahaman terhadap pelaburan Dana
Amanah Islam (DAI)
1 Saya tahu adanya pelaburan Dana Amanah
Islam.
4.15 1.193
2 Saya tahu pelaburan Dana Amanah Islam
dibolehkan dalam Islam.
4.32 1.030
3 Saya tahu bagaimana cara membuat pelaburan
Dana Amanah Islam.
3.73 1.222
4 Saya tahu bentuk-bentuk (skim) pelaburan
Dana Amanah Islam.
3.79 1.287
5 Saya tahu pihak manakah yang
bertanggungjawab menguruskan pelaburan
Dana Amanah Islam.
3.71 1.148
6 Saya mendapat maklumat yang mencukupi
berkaitan pelaburan Dana Amanah Islam.
3.59 1.183
7 Saya benar-benar memahami konsep dan
perlaksanaan pelaburan Dana Amanah Islam.
3.62 1.149
Pulangan maslahat (kebaikan)
8 Penyertaan dalam pelaburan Dana Amanah
Islam memberikan kebaikan kepada dunia dan
akhirat.
4.51 .941
9 Urusan pelaburan Dana Amanah Islam dipilih
kerana ia bebas daripada unsur riba, gharar dan
maysir.
4.49 .973
10 Saya menyertai pelaburan Dana Amanah Islam
kerana terdapat unsur berkat dalam kehidupan.
4.25 1.127
11 Pemilihan pelaburan Dana Amanah Islam
menyumbang pembangunan ekonomi umat
4.44 .995
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015)
432
Islam dan mengembangkan industri pelaburan
Dana Amanah Islam.
Jadual 4 menunjukkan min responden daripada dimensi kefahaman terhadap
pelaburan DAI yang terdiri daripada tujuh item soalan. Secara keseluruhannya,
persepsi pelajar tidak mempunyai kefahaman terhadap pelaburan DAI. Item no. 3
(M=3.73, SP=1.222), no. 4 (M=3.79, SP=1.287), no. 5 (M=3.71, SP=1.148), no. 6
(M=3.59, SP=1.183) dan no. 7 (M=3.62, SP=1.149) menunjukkan majoriti persepsi
pelajar tidak setuju bahawa mereka mempunyai kefahaman yang baik terhadap
pelaburan DAI. Pelajar juga menunjukkan bahawa pemilihan terhadap pelaburan
DAI ini didorong oleh pengetahuan kewujudan pelaburan DAI (M=4.15, SP=1.193)
dan pelaburan DAI dibolehkan dalam Islam (M=4.32, SP= 1.030).
Jadual 4 juga menunjukkan responden setuju dengan semua item di bawah
pertimbangan pulangan maslahat. Majoriti responden bersetuju bahawa penyertaan
dalam pelaburan DAI memberi kebaikan kepada dunia dan akhirat (M=4.51,
SP=0.941), bebas daripada unsur riba, gharar dan maysir (M=4.49, SP=0.973),
terdapat unsur berkat dalam kehidupan (M=4.25, SP=1.127) dan menyumbang
pembangunan ekonomi umat Islam seterusnya mengembangkan industri pelaburan
DAI (M=4.44, SP=0.995) adalah pendorong persepsi responden memilih pelaburan
DAI. Hal demikian menunjukkan bahawa responden memiliki persepsi yang positif
terhadap pulangan maslahat. Perkara ini menunjukkan responden tidak hanya
mengharapkan produk yang memberi kebaikan di dunia tetapi turut juga
menitiberatkan faedah sampingan lain di akhirat dan mengembangkan ekonomi umat
Islam.
Jadual 5 menunjukkan min responden daripada faktor ekstrinsik dimensi pemasaran,
ciri-ciri produk dan perkhidmatan. Di bawah pemasaran, majoriti responden setuju
bahawa setuju bahawa risalah (M=4.03, SP= 1.024), iklan di laman sesawang
(M=4.21, SP=0.989), menyakini pelaburan DAI mampu memenuhi keperluan
daripada gambaran mengenainya (M=4.25, SP=0.936) dan prestasi pulangan (return)
yang memuaskan (M=4.29, SP= 1.053) adalah pendorong persepsi responden dalam
pemilihan pelaburan DAI.
Jadual 5: Min responden daripada Faktor Ekstrinsik Dimensi Pemasaran, Ciri-
Ciri Produk dan Perkhidmatan
No. Item Min SP
Pemasaran
1 Publisiti meluas di media massa tentang pelaburan
Dana Amanah Islam mendorong saya untuk
menyertai.
3.94 1.120
2 Risalah daripada pihak institusi pelaburan Dana
Amanah Islam mendorong saya untuk
menggunakan kemudahan mereka.
4.03 1.024
3 Saya mengetahui maklumat mengenai pelaburan
Dana Amanah Islam melalui media cetak.
3.98 1.083
4 Laman sesawang (website) memudahkan saya
mengetahui lebih lanjut mengenai pelaburan Dana
4.21 .989
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015)
433
Amanah Islam.
5 Gambaran mengenai pelaburan Dana Amanah
Islam membuat saya semakin yakin pelaburan
Dana Amanah Islam mampu memenuhi keperluan
saya.
4.25 .936
6 Prestasi pulangan (Return) Dana Amanah Islam
yang memuaskan membuat saya memilih
pelaburan ini.
4.29 1.053
Ciri-ciri produk
7 Perkhidmatan pelaburan Dana Amanah Islam
yang sesuai penting untuk saya.
4.38 .900
8 Sistem yang sederhana dan mudah pada pelaburan
Dana Amanah Islam penting kepada saya.
4.37 .772
9 Ciri-ciri pelaburan sesuatu produk Dana Amanah
Islam penting kepada saya.
4.41 .851
10 Jaminan kerahsiaan maklumat peserta Dana
Amanah Islam penting bagi saya.
4.48 .909
11 Jenis pelaburan Dana Amanah Islam yang
berisiko rendah membuat saya memilih pelaburan
ini.
4.36 .935
Perkhidmatan
12 Kemudahan di premis agensi penting kepada saya
(contoh: tempat letak kereta).
4.40 1.305
13 Lokasi institusi Dana Amanah Islam penting
kepada saya.
4.41 1.251
14 Perkhidmatan institusi Dana Amanah Islam yang
cekap penting kepada saya.
4.53 .923
15 Layanan kakitangan institusi Dana Amanah Islam
yang mesra pelanggan penting bagi saya.
4.61 .847
16 Prosedur Dana Amanah Islam yang mudah untuk
sebarang tebus balik (redeem) penting bagi saya.
4.52 .986
Walau bagaimanapun, terdapat responden yang tidak bersetuju mengetahui
maklumat mengenai pelaburan DAI melalui media massa (M=3.94, SP=1.120) dan
media cetak (M=3.98, SP=1.083). Ini menunjukkan bahawa pemasaran melalui
media massa dan media cetak masih belum cukup berkesan kepada persepsi
responden. Namun begitu, pemasaran turut memainkan peranan penting dalam
menyampaikan maklumat berkenaan pelaburan DAI kepada persepsi responden.
Di bawah ciri-ciri produk pula, majoriti responden setuju bahawa kesesuaian
perkhidmatan pelaburan (M=4.38, SP=0.900), sistem yang sederhana dan mudah
(M=4.37, SP=0.772), ciri-ciri pelaburan (M=4.41, SP=0.851), jaminan kerahsian
maklumat peserta (M=4.48, SP=0.909) dan jenis pelaburan yang berisiko rendah
(M=4.36, SP=0.935) merupakan pendorong bagi pemilihan pelaburan DAI dalam
kalangan responden. Ciri-ciri tersebut bagi menarik minat masyarakat untuk
menyertai pelaburan DAI. Responden paling bersetuju bahawa jaminan kerahsiaan
maklumat merupakan elemen penting dalam pemilihan pelaburan DAI.
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015)
434
Begitu juga dengan di bawah perkhidmatan, majoriti responden bersetuju bahawa
kemudahan di premis agensi (M=4.40, SP=1.001), lokasi (M=4.41, SP=0.972),
kecekapan perkhidmatan (M=4.53, SP=0.948), layanan kakitangan yang mesra
(M=4.61, SP=1.004) dan prosedur tuntutan yang mudah (M=4.52, SP=0.986).
Layanan kakitangan yang mesra merupakan elemen yang paling dipersetujui oleh
responden dan paling penting dalam dimensi ini.
Secara umumnya, ketujuh-tujuh dimensi ini dianggap positif oleh pelajar Muslim
UniSZA. Dimensi-dimensi sama ada bercirikan agama secara langsung atau tidak
langsung menunjukkan kedominannya. Hal demikian bermaksud sebahagian pelajar
mempunyai tanggapan yang baik terhadap dimensi-dimensi pemilihan pelaburan
DAI.
Tahap Persepsi Pelajar Muslim Unisza Terhadap Faktor Pemilihan Pelaburan
Dana Amanah Islam (Dai)
Jadual 6: Tahap Persepsi Pelajar Muslim UniSZA Terhadap Faktor Pemilihan
Pelaburan DAI
Pemboleh
ubah
Dimensi Min
(Total)
Interpretasi
Kepatuhan
Beragama
1. Pertimbangan halal, haram dan
syubhat
2. Keyakinan dan Ibadat
4.57
5.06
Tinggi
Tinggi
Intrinsik 1. Kefahaman terhadap pelaburan DAI
2. Pulangan maslahat (kebaikan)
3.85
4.42
Tinggi
Tinggi
Ekstrinsik 1. Pemasaran
2. Ciri-ciri produk
3. Perkhidmatan
4.12
4.40
4.53
Tinggi
Tinggi
Tinggi
Jadual 6 menunjukkan semua dimensi mencatatkan nilai min yang tinggi. Dimensi
keyakinan dan ibadat (M=5.06) dilihat sebagai dimensi yang paling menonjol
berbanding pertimbangan halal, haram dan syubhat (M=4.57), perkhidmatan
(M=4.53), pulangan maslahat (M=4.42), ciri-ciri produk (M=4.40), pemasaran
(M=4.12) dan kefahaman terhadap pelaburan DAI (M=3.85).
Tahap persepsi terhadap pelaburan DAI dalam kalangan pelajar Muslim diukur
melalui jumlah min yang diperoleh daripada tujuh dimensi yang terdiri daripada
faktor kepatuhan beragama, faktor intrinsik dan faktor ekstrinsik. Dimensi-dimensi
tersebut ialah faktor kepatuhan beragama merangkumi pertimbangan halal, haram
dan syubhat serta keyakinan dan ibadat. Faktor intrinsik merangkumi kefahaman
terhadap pelaburan DAI dan pulangan maslahat (kebaikan). Faktor ekstrinsik pula
terdiri daripada pemasaran, ciri-ciri produk dan perkhidmatan. Kesemua dimensi ini
berfungsi sebagai alat analisis bagi menilai kepatuhan syariah pelajar Muslim
UniSZA terhadap faktor pemilihan pelaburan DAI.
Jadual 6 menunjukkan bahawa keyakinan dan ibadat (M=5.06) merupakan faktor
yang paling dominan bagi persepsi pelajar terhadap pemilihan pelaburan DAI. Ini
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015)
435
memperlihatkan bahawa pelajar tidak menitikberatkan aspek keuntungan semata-
mata tetapi turut mempertimbangkan manfaat lain daripada penyertaan dalam
pelaburan DAI.
Dimensi kedua yang dominan adalah pertimbangan halal, haram dan syubhat. Pelajar
turut mementingkan dimensi ini dalam pemilihan pelaburan DAI. Ketiga ialah
dimensi perkhidmatan menjadi faktor pemilihan pelaburan DAI. Dimensi
perkhidmatan merangkumi kemudahan di premis agensi, lokasi, kecekapan
perkhidmatan, layanan kakitangan yang mesra dan prosedur tuntutan yang mudah.
Keempat, dimensi pulangan maslahat. Responden tertarik kepada pelaburan DAI
kerana pulangan maslahat yang diperoleh kesan daripada pemilihan pelaburan DAI
tersebut.
Kelima, dimensi ciri-ciri produk yang merangkumi kesesuaian perkhidmatan
pelaburan, sistem yang sederhana dan mudah serta jaminan kerahsian maklumat
peserta dan jenis pelaburan yang berisiko rendah.
Terdapat dua dimensi yang berada di tahap yang rendah iaitu kefahaman terhadap
pelaburan DAI dan pemasaran. Ini menunjukkan bahawa pelajar tidak mempunyai
kefahaman yang baik terhadap pelaburan DAI sekali gus tidak mempengaruhi
pemilihan pelajar terhadap pelaburan DAI. Justeru, pemasaran juga tidak
mempengaruhi persepsi pelajar Muslim UniSZA terhadap pelaburan DAI. Ini
bermaksud promosi yang diadakan masih belum berkesan terhadap pelajar.
Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pemilihan Pelaburan Dana Amanah Islam
(Dai)
Jadual 7 menerangkan pengaruh intrinsik dan ekstrinsik melalui analisis regresi
berganda terhadap tahap pemilihan. Dapatan menunjukkan bahawa secara serentak
intrinsik dan ekstrinsik memberikan sumbangan pengaruh hanya sebanyak 16.3%
(R² = 0.163) dan bakinya sebanyak 83.7% dipengaruhi oleh faktor lain misalnya
kepatuhan beragama. Sedangkan secara berasingan ekstrinsik memberikan
sumbangan pengaruh yang besar terhadap pemilihan pelaburan DAI iaitu sebanyak
30.8% manakala faktor intrinsik pula sebanyak 13.2%.
Jadual 7: Keputusan Regresi Berganda Antara Faktor Intrinsik dan Ekstrinsik
Terhadap Pemilihan Pelaburan DAI
Model Unstandardized
Coeffients
Standardized
Coefficients
T Sig. R² F Kolineariti
B Std.
Error
Beta Toleran VIF
(constant) 2.427 .245 9.888 .000 .163 28.887
Intrinsik .116 .060 .132 1.941 .053 .610 1.640
Ekstrinsik .314 .069 .308 4.525 .000 .610 1.640
Jadual 7 menerangkan pengaruh intrinsik dan ekstrinsik melalui analisis regresi
berganda terhadap tahap pemilihan. Dapatan menunjukkan bahawa secara serentak
intrinsik dan ekstrinsik memberikan sumbangan pengaruh hanya sebanyak 16.3%
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015)
436
(R² = 0.163) dan bakinya sebanyak 83.7% dipengaruhi oleh faktor lain misalnya
kepatuhan beragama. Sedangkan secara berasingan ekstrinsik memberikan
sumbangan pengaruh yang besar terhadap pemilihan pelaburan DAI iaitu sebanyak
30.8% manakala faktor intrinsik pula sebanyak 13.2%. Hal ini bererti bahawa
institusi DAI perlu lebih memberi perhatian terhadap faktor ekstrinsik bagi
meningkatkan pelaburan DAI di samping memberi penekanan terutamanya pada
item dimensi ciri-ciri produk dan perkhidmatan iaitu jaminan kerahsiaan maklumat
pelabur dan layanan kakitangan institusi DAI.
Jadual 8: Keputusan Regresi Berganda Faktor Kepatuhan Beragama Terhadap
Pemilihan Pelaburan DAI
Model Unstandardized
Coeffients
Standardized
Coefficients
T Sig. R² F
B Std.
Error
Beta
(constant) 2.731 .333 8.196 .000 0.038 21.699
Kepatuhan
Beragama
.320 0.069 0.261 4.658 .000
Jadual 8 memperlihatkan pengaruh faktor kepatuhan beragama terhadap pemilihan
pelaburan DAI. Dapatan menunjukkan bahawa faktor kepatuhan beragama
mempunyai pengaruh yang positif dan signifikan terhadap pemilihan pelaburan DAI.
Hal demikian kerana sumbangan kepatuhan beragama sebanyak 26.1%. Pernyataan
ini menunjukkan bahawa semakin tinggi tahap pemahaman pelajar terhadap agama
Islam mempengaruhi tahap pemilihan pelaburan DAI.
Untuk itu pihak institusi DAI perlu menggiatkan usaha dalam mengenalkan
pelaburan DAI dengan pendekatan ceramah agama dan mengadakan seminar tentang
pelaburan DAI terhadap pelajar.
Jadual 9: Analisis Regresi Berganda Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi
Pemilihan Pelaburan DAI
Model Unstandardize
d Coeffients
Standardize
d
Coefficients
T Sig. R² F Kolineariti
B Std.
Error
Beta Tolera
n
VIF
(constant) 2.045 .335 6.10
1
.00
0
.17
1
20.30
1
Kepatuha
n
beragama
.122 .073 .099 1.66
8
.09
6
.794 1.26
0
Intrinsik .109 .060 .124 1.82
7
.06
9
.607 1.64
2
Ekstrinsik .273 .073 .268 3.73
0
.00
0
.543 1.84
3
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015)
437
Jadual 9 menunjukkan bahawa faktor kepatuhan beragama, intrinsik dan ekstrinsik
secara serentak menyumbang sebanyak 17.1% (R² = 0.171), sedangkan sebanyak
82.9% dipengaruhi oleh faktor lain. Secara berasingan pula, kesemua faktor
mempunyai signifikan terhadap tahap pemilihan pelaburan DAI. Faktor ekstrinsik
memberi sumbangan yang paling tinggi sebanyak 26.8% berbanding faktor
kepatuhan beragama dan intrinsik masing-masing sebanyak 9.9% dan 12.4%. Hal
demikian bermakna pengaruh faktor ekstrinsik lebih dominan berbanding faktor
kepatuhan beragama dan intrinsik. Ini menunjukkan pelajar lebih menitikberatkan
pemasaran, ciri-ciri produk dan perkhidmatan.
Secara keseluruhannya, hasil analisis terhadap faktor pemilihan pelaburan DAI
pelajar Muslim UniSZA berada pada tahap tinggi. Dapatan kajian juga menunjukkan
bahawa kesemua faktor mempunyai pengaruh yang positif dan signifikan terhadap
pemilihan pelaburan DAI. Faktor ekstrinsik yang diutamakan oleh pelajar Muslim
UniSZA ialah ciri-ciri produk dan perkhidmatan menjadi pertimbangan dalam
pemilihan pelaburan DAI sekali gus menjadi hasil penemuan utama dalam kajian ini.
PENUTUP
Penemuan penting dalam kajian ini ialah ekstrinsik yang mempengaruhi pemilihan
pelaburan DAI. Pengendali DAI perlu memainkan peranan penting dengan
melancarkan dasar supaya penglibatan terhadap pelaburan DAI meningkat dengan
memberi perhatian kepada ciri-ciri produk dan mengikuti perkembangan semasa.
Oleh yang demikian, usaha memberi kefahaman dan promosi perlu dijalankan secara
berterusan agar masyarakat mendapat maklumat penting mengenai pelaburan DAI.
Begitu juga dengan pertimbangan halal, haram dan syubhat, pengendali perlu lebih
memberi penekanan tentang kepentingan elemen halal, haram dan syubhat.
Di samping itu, terdapat beberapa perkara berkenaan yang boleh dikaji pada masa
hadapan. Perkara tersebut merangkumi subjek kajian iaitu; Pertama, melihat kepada
persepsi pelajar bukan Islam. Kedua, teknik penyelidikan dengan menggunakan
teknik temubual secara mendalam. Ketiga, skop kajian yang menggunakan pelabur
sebenar sebagai responden.
BIBLIOGRAFI
Abdul Aziz Abdullah, Rokiah Sidek & Ahmad Azrin (2012). Perception of Non-
Muslims Customers towards Islamic Banks in Malaysia. International
Journal of Business and Social Science. Vol. 3 No. 11; June 2012.
Ahmad Azrin Adnan (2010). Penentu Pemilihan Institusi Perbankan Islam Dalam
Kalangan Muslim di Terengganu. Tesis Ph.D Universiti Sains Malaysia.
Ahmad Shukri Mohd Nain (2002). Tingkahlaku Organisasi: Pengenalan
Tingkahlaku Individu. Penerbitan Universiri Teknologi Malaysia.
Amalurramzan Ab Manan (2002). Penglibatan Pelabur Muslim dalam Amanah
Saham Islam: Kajian di ASM Mara Unit Trust Management Berhad. Latihan
Ilmiah tidak diterbitkan, Universiti Malaya, Jabatan Shariah dan Ekonomi.
Anderson, Andy B. Basilevsky, Alexander & Hum, Deraek P.J (1983).
Measurement: Theory and Technique dalam Rossi, Peter H. et al. eds.,
Hanbooks of Survey Research. California: Academic Press.
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015)
438
Fadillah Mansor & Ab. Mumin Ab. Ghani (t.t). SambutanMasyarakat Bukan Islam
Terhadap Produk Perbankan Islam di Bank Muamalat Malaysia Berhad.
Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
Fakhruddin Sulaiman & Fadillah Mansor (2009). Operasi Dana Saham Amanah
Secara Islam: Kajian Kes di Public Mutual BHD. Jurnal Syariah, (1), 17.
Fathiah Fathil (2008). Penerimaan Masyarakat Bukan Islam Terhadap Produk
Perbankan Islam di Bank Rakyat: Kajian ini di Pulau Pinang. Kuala
Lumpur: Universiti Malaya.
Federation of Investment Managers Malaysia (FIMM), (Edisi Kedua, 2005). Urus
Niaga Unit Amanah. Kuala Lumpur.
Hussain Salamon & Maisaroh Mat Saad (2010). Persepsi Ejen Takaful Terhadap
Penyertaan Masyarakat Melayu dalam Takaful Hayat. Johor: Universiti
Teknologi Malaysia.
Inke Kesumawati Adnan (2011). Persepsi Masyarakat Muslim Bandung Terhadap
Pemilihan Kad Kredit Syariah. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.
Juniza Mohamad Jamari (2012). Sambutan Pelajar Muslim Universiti Sains
Malaysia (USM) Terhadap Takaful Hayat. Pulau Pinang: Universiti Sains
Malaysia.
Kotler (1985). Manajemen Pemasaran (Terjemahan Gunawan Hatauruk). Jakarta:
Erlangga.
Mahani Mohamed (1999). Pelaburan: Peranannya Dalam Pertumbuhan Ekonomi
Negara. Latihan Ilmiah tidak diterbitkan, Universiti Malaya, Jabatan Shariah
dan Ekonomi.
Metawa, S. A & Almossawi, M. (1998). Banking Behaviour of Islamic Bank
Customers: Perspectives and Implications. International Journal of Bank
Marketing, 16(7), 299-313.
Mohd Azlan Yahya (2005). Kepentingan Nilai-Nilai Islam Syarikat Terhadap
Keputusan Pelaburan Oleh Amanah Saham Islam. (disertasi kedoktoran).
Mohd Salleh Abu et al. (2001). Analisis Data Berkomputer SPSS 10 for Windows.
Venton.
Mowen, J. C. (1998). Consumer Behaviour. New Jersey: Prentice Hall Inc.
Naser K., Jamal, A. & Al-Khatib, L. (1999). Islamic Banking: A Study of Customer
Statisfaction and Preference in Jordan. International Journal of Bank
Markerting, 17(3), 135-150.
Nor Aini Ali, Asmak Ab Rahman, Wan Marhaini & Azizi Che Seman (2004).
Persepsi Kriteria Pemilihan Mahasiswa Universiti Malaya Terhadap Polisi
Insurans/Takaful. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
Norafifah Ahmad & Sudin Haron (2001). Perceptions of Malaysian Corporate
Customers Towards Islamic Banking Products & Services. International
Journal of Islamic Financial Services. Vol. 3. Number 4.
Norafizah Mohd Makhtar (2009). Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Pemilihan
Insurans Kesihatan Pelajar Ijazah Tinggi: Perbandingan Antara Takful dan
Insurans Konvensional di Universiti Sains Malaysia. Pulau Pinang:
Universiti Sains Malaysia.
Rajwanti Sharma (2013). Investment Perception and Selection Behaviour Towards
Mutual Fund. International Journal of Techno-Management Research, Vol. 1
No. 2, September 2013.
Rosliza Mohamed Yusoff (2002). Amanah Saham Wanita: Kajian Dari Perspeptif
Pengurusan Dana. Latihan Ilmiah tidak diterbitkan, Universiti Malaya,
Jabatan Shariah dan Ekonomi.
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015)
439
Rozihanim Shekh Zain (2003). The Performance Of Malaysian Unit Trust:
Government Sponsored Funds Versus Private Funds (1993-2001). Tesis tidak
diterbitkan, Universiti Utara Malaysia, School Of Finance and Banking.
Sabitha Marican (2006). Kaedah Penyelidikan Sains Sosial. Selangor: Pearson
Malaysia Sdn. Bhd.
Sanjay Das (t.t). Small Investor’s Perceptions on Mutual Funds in Assam: An
Empirical Analysis. National Monthly Refereed Journal of Reasearch in
Commerce & Management. Vol. 1 No. 8.
Siti Hajar Salwa Ahmad Musadik (2011). Factors Influencing The Tendancy to
Subscribe with Takaful Among Martial Arts Practitioner. Kedah: Universiti
Utara Malaysia.
Siti Zaleha Ferozi Din (1995). Saham Amanah Ekuiti. Selangor: Unitra Research
Enterprise.
Zaharuddin Abd. Rahman (2008). Wang, Anda dan Islam: Halal, Haram Dalam
Kewangan Dan Perbankan. Kuala Lumpur: True Wealth Sdn. Bhd.
Zakaria Bahari (2009). Soal Selidik Responden Pengguna Muslim Takaful: “Gelagat
Kepenggunaan Perkhidmatan Kewangan Islam Di Malaysia: Satu Analisis
Psikografik”. Geran Penyelidikan Universiti Sains Malaysia. Pusat Kajian
Pembangunan Islam (ISDEV), Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan
Universiti Sains Malaysia.

More Related Content

Viewers also liked

Mohammad Zulfakhairi Mokhtar
Mohammad Zulfakhairi MokhtarMohammad Zulfakhairi Mokhtar
Mohammad Zulfakhairi Mokhtaridmac2015
 
Surita Hartini Mat Hassan
Surita Hartini Mat HassanSurita Hartini Mat Hassan
Surita Hartini Mat Hassanidmac2015
 
Mohd Shukri Hanapi & Zahri Hamat
Mohd Shukri Hanapi & Zahri HamatMohd Shukri Hanapi & Zahri Hamat
Mohd Shukri Hanapi & Zahri Hamatidmac2015
 
Zakaria Bahari
Zakaria Bahari Zakaria Bahari
Zakaria Bahari idmac2015
 
Ahmad Azrin Adnan, Ahmad Amirul Ihsan & Abdul Hakim Abdullah
Ahmad Azrin Adnan, Ahmad Amirul Ihsan & Abdul Hakim AbdullahAhmad Azrin Adnan, Ahmad Amirul Ihsan & Abdul Hakim Abdullah
Ahmad Azrin Adnan, Ahmad Amirul Ihsan & Abdul Hakim Abdullahidmac2015
 
8 strategi pemasaran
8 strategi pemasaran8 strategi pemasaran
8 strategi pemasaranImo Priyanto
 

Viewers also liked (8)

Mohammad Zulfakhairi Mokhtar
Mohammad Zulfakhairi MokhtarMohammad Zulfakhairi Mokhtar
Mohammad Zulfakhairi Mokhtar
 
Surita Hartini Mat Hassan
Surita Hartini Mat HassanSurita Hartini Mat Hassan
Surita Hartini Mat Hassan
 
Mohd Shukri Hanapi & Zahri Hamat
Mohd Shukri Hanapi & Zahri HamatMohd Shukri Hanapi & Zahri Hamat
Mohd Shukri Hanapi & Zahri Hamat
 
Zakaria Bahari
Zakaria Bahari Zakaria Bahari
Zakaria Bahari
 
Ahmad Azrin Adnan, Ahmad Amirul Ihsan & Abdul Hakim Abdullah
Ahmad Azrin Adnan, Ahmad Amirul Ihsan & Abdul Hakim AbdullahAhmad Azrin Adnan, Ahmad Amirul Ihsan & Abdul Hakim Abdullah
Ahmad Azrin Adnan, Ahmad Amirul Ihsan & Abdul Hakim Abdullah
 
8 strategi pemasaran
8 strategi pemasaran8 strategi pemasaran
8 strategi pemasaran
 
Bab 4 analisis data
Bab 4 analisis dataBab 4 analisis data
Bab 4 analisis data
 
Skrip contoh pbs syariah
Skrip contoh pbs syariahSkrip contoh pbs syariah
Skrip contoh pbs syariah
 

Similar to Mohd Adli Zahri

Similar to Mohd Adli Zahri (7)

Faktor Penentu Kejayaan Usahawan Orang Asli
Faktor Penentu Kejayaan Usahawan Orang AsliFaktor Penentu Kejayaan Usahawan Orang Asli
Faktor Penentu Kejayaan Usahawan Orang Asli
 
Yusliamir Mohd Yusoff
Yusliamir Mohd YusoffYusliamir Mohd Yusoff
Yusliamir Mohd Yusoff
 
Syarifah Md Yusof
Syarifah Md YusofSyarifah Md Yusof
Syarifah Md Yusof
 
Viva PhD Mohd Adib Abd Muin 2017- 28 mac 2017
Viva PhD Mohd Adib Abd Muin 2017- 28 mac 2017Viva PhD Mohd Adib Abd Muin 2017- 28 mac 2017
Viva PhD Mohd Adib Abd Muin 2017- 28 mac 2017
 
Pelancongan di Malaysia
Pelancongan di MalaysiaPelancongan di Malaysia
Pelancongan di Malaysia
 
Aplikasi al-Hisbah dalam Audit Syariah
Aplikasi al-Hisbah dalam Audit SyariahAplikasi al-Hisbah dalam Audit Syariah
Aplikasi al-Hisbah dalam Audit Syariah
 
Bab 10 Laporan ES.pdf
Bab 10 Laporan ES.pdfBab 10 Laporan ES.pdf
Bab 10 Laporan ES.pdf
 

More from idmac2015

Moh. Qudsi Fauzy & Lusiana Ulfa Hardinawati
Moh. Qudsi Fauzy & Lusiana Ulfa HardinawatiMoh. Qudsi Fauzy & Lusiana Ulfa Hardinawati
Moh. Qudsi Fauzy & Lusiana Ulfa Hardinawatiidmac2015
 
Firmansyah Aditama & Irham Zaki
Firmansyah Aditama & Irham ZakiFirmansyah Aditama & Irham Zaki
Firmansyah Aditama & Irham Zakiidmac2015
 
Nur Farhanim Mustaffa
Nur Farhanim MustaffaNur Farhanim Mustaffa
Nur Farhanim Mustaffaidmac2015
 
Emy Kholifah
Emy KholifahEmy Kholifah
Emy Kholifahidmac2015
 
Malik Abdul Jabbar Zen, Ade Irma Diana & Khoirul Zadid Taqwa
Malik Abdul Jabbar Zen, Ade Irma Diana & Khoirul Zadid TaqwaMalik Abdul Jabbar Zen, Ade Irma Diana & Khoirul Zadid Taqwa
Malik Abdul Jabbar Zen, Ade Irma Diana & Khoirul Zadid Taqwaidmac2015
 
Raziah Md Tahir
Raziah Md TahirRaziah Md Tahir
Raziah Md Tahiridmac2015
 
Nurul Qomariah
Nurul QomariahNurul Qomariah
Nurul Qomariahidmac2015
 
Diana Dwi Astuti
Diana Dwi AstutiDiana Dwi Astuti
Diana Dwi Astutiidmac2015
 
Eka Yuniarti & Dina Fitrisia Septiarini
Eka Yuniarti & Dina Fitrisia Septiarini Eka Yuniarti & Dina Fitrisia Septiarini
Eka Yuniarti & Dina Fitrisia Septiarini idmac2015
 
Nurhanai Romli, Mohd Faiz Mohamed Yusof, Fahimah Mohd Razif & Ahmad Aznan Sul...
Nurhanai Romli, Mohd Faiz Mohamed Yusof, Fahimah Mohd Razif & Ahmad Aznan Sul...Nurhanai Romli, Mohd Faiz Mohamed Yusof, Fahimah Mohd Razif & Ahmad Aznan Sul...
Nurhanai Romli, Mohd Faiz Mohamed Yusof, Fahimah Mohd Razif & Ahmad Aznan Sul...idmac2015
 
Azhar Mohamad & Imtiaz Mohammad Sifat
Azhar Mohamad & Imtiaz Mohammad SifatAzhar Mohamad & Imtiaz Mohammad Sifat
Azhar Mohamad & Imtiaz Mohammad Sifatidmac2015
 
Aminullah Elhady
Aminullah ElhadyAminullah Elhady
Aminullah Elhadyidmac2015
 
Farahdina Fazial
Farahdina FazialFarahdina Fazial
Farahdina Fazialidmac2015
 
Hayati Saleh
Hayati SalehHayati Saleh
Hayati Salehidmac2015
 
Mutiara Dwi Sari
Mutiara Dwi SariMutiara Dwi Sari
Mutiara Dwi Sariidmac2015
 
Murni Yusoff
Murni YusoffMurni Yusoff
Murni Yusoffidmac2015
 
Shaik Abdullah Hassan Mydin
Shaik Abdullah Hassan Mydin Shaik Abdullah Hassan Mydin
Shaik Abdullah Hassan Mydin idmac2015
 
Che Khadijah Hamid
Che Khadijah HamidChe Khadijah Hamid
Che Khadijah Hamididmac2015
 
Yani Dahliani
Yani DahlianiYani Dahliani
Yani Dahlianiidmac2015
 
Nor Hatizal Amarul Shah
Nor Hatizal Amarul ShahNor Hatizal Amarul Shah
Nor Hatizal Amarul Shahidmac2015
 

More from idmac2015 (20)

Moh. Qudsi Fauzy & Lusiana Ulfa Hardinawati
Moh. Qudsi Fauzy & Lusiana Ulfa HardinawatiMoh. Qudsi Fauzy & Lusiana Ulfa Hardinawati
Moh. Qudsi Fauzy & Lusiana Ulfa Hardinawati
 
Firmansyah Aditama & Irham Zaki
Firmansyah Aditama & Irham ZakiFirmansyah Aditama & Irham Zaki
Firmansyah Aditama & Irham Zaki
 
Nur Farhanim Mustaffa
Nur Farhanim MustaffaNur Farhanim Mustaffa
Nur Farhanim Mustaffa
 
Emy Kholifah
Emy KholifahEmy Kholifah
Emy Kholifah
 
Malik Abdul Jabbar Zen, Ade Irma Diana & Khoirul Zadid Taqwa
Malik Abdul Jabbar Zen, Ade Irma Diana & Khoirul Zadid TaqwaMalik Abdul Jabbar Zen, Ade Irma Diana & Khoirul Zadid Taqwa
Malik Abdul Jabbar Zen, Ade Irma Diana & Khoirul Zadid Taqwa
 
Raziah Md Tahir
Raziah Md TahirRaziah Md Tahir
Raziah Md Tahir
 
Nurul Qomariah
Nurul QomariahNurul Qomariah
Nurul Qomariah
 
Diana Dwi Astuti
Diana Dwi AstutiDiana Dwi Astuti
Diana Dwi Astuti
 
Eka Yuniarti & Dina Fitrisia Septiarini
Eka Yuniarti & Dina Fitrisia Septiarini Eka Yuniarti & Dina Fitrisia Septiarini
Eka Yuniarti & Dina Fitrisia Septiarini
 
Nurhanai Romli, Mohd Faiz Mohamed Yusof, Fahimah Mohd Razif & Ahmad Aznan Sul...
Nurhanai Romli, Mohd Faiz Mohamed Yusof, Fahimah Mohd Razif & Ahmad Aznan Sul...Nurhanai Romli, Mohd Faiz Mohamed Yusof, Fahimah Mohd Razif & Ahmad Aznan Sul...
Nurhanai Romli, Mohd Faiz Mohamed Yusof, Fahimah Mohd Razif & Ahmad Aznan Sul...
 
Azhar Mohamad & Imtiaz Mohammad Sifat
Azhar Mohamad & Imtiaz Mohammad SifatAzhar Mohamad & Imtiaz Mohammad Sifat
Azhar Mohamad & Imtiaz Mohammad Sifat
 
Aminullah Elhady
Aminullah ElhadyAminullah Elhady
Aminullah Elhady
 
Farahdina Fazial
Farahdina FazialFarahdina Fazial
Farahdina Fazial
 
Hayati Saleh
Hayati SalehHayati Saleh
Hayati Saleh
 
Mutiara Dwi Sari
Mutiara Dwi SariMutiara Dwi Sari
Mutiara Dwi Sari
 
Murni Yusoff
Murni YusoffMurni Yusoff
Murni Yusoff
 
Shaik Abdullah Hassan Mydin
Shaik Abdullah Hassan Mydin Shaik Abdullah Hassan Mydin
Shaik Abdullah Hassan Mydin
 
Che Khadijah Hamid
Che Khadijah HamidChe Khadijah Hamid
Che Khadijah Hamid
 
Yani Dahliani
Yani DahlianiYani Dahliani
Yani Dahliani
 
Nor Hatizal Amarul Shah
Nor Hatizal Amarul ShahNor Hatizal Amarul Shah
Nor Hatizal Amarul Shah
 

Mohd Adli Zahri

  • 1. ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 423 PERSEPSI PELAJAR MUSLIM UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN (UniSZA) TERHADAP FAKTOR PEMILIHAN PELABURAN DANA AMANAH ISLAM (DAI)1 Mohd ‘Adli Zahri2 Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV) Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia 11800 Minden, Pulau Pinang E-mel : adlizahri89@gmail.com Abstrak Pelaburan Dana Amanah Islam (DAI) di Malaysia semakin meningkat dari masa ke masa. Hal ini dibuktikan daripada sumber Bank Negara yang mengatakan nilai aset bersih DAI meningkat daripada RM 35 bilion pada tahun 2012 kepada RM 45 bilion pada tahun 2014 (Jun). Namun demikian, realiti yang berlaku ialah penembusan pelaburan DAI dalam kalangan masyarakat Muslim masih lagi rendah. Sedangkan 60 peratus penduduk Malaysia terdiri daripada penduduk Muslim. Persoalannya, adakah penghayatan agama masih lagi rendah? Atau pemilihan DAI disebabkan faktor intrinsik (kefahaman terhadap pelaburan DAI dan pulangan maslahat)? Atau pemilihan DAI disebabkan faktor ekstrinsik (pemasaran, ciri-ciri produk dan perkhidmatan)? Namun begitu, kajian ini hanya melihat kepada persepsi pelajar Muslim UniSZA. Oleh itu, objektif pertama ialah mengenal pasti faktor pemilihan terhadap pemilihan pelaburan DAI. Manakala, objektif kedua pula menganalisis persepsi pelajar Muslim UniSZA terhadap faktor pemilihan pelaburan DAI. Data diperoleh daripada 300 orang responden kemudian telah dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan inferens. Dua penemuan utama kajian ini ialah pertama, persepsi positif terhadap semua dimensi, yang mana dimensi tertinggi ialah keyakinan dan ibadat, manakala dimensi yang terendah ialah kefahaman terhadap pelaburan DAI. Kedua ialah faktor ekstrinsik lebih dominan dan signifikan dalam pemilihan pelaburan DAI berbanding faktor kepatuhan beragama dan intrinsik. Ini menunjukkan bahawa pelajar lebih cenderung kepada perkara-perkara ekstrinsik berbanding faktor dalaman diri dan boleh diteladani. Kesimpulannya, pihak pengendali DAI perlu memberi perhatian pada ciri-ciri produk dan perkhidmatan untuk menarik minat masyarakat menyertai pelaburan DAI. 1 Kertas yang dibentangkan di The 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015), anjuran Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV) Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM) di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang, pada 8 hingga 9 Disember 2015. 2 Mohd Ádli Zahri ialah calon Doktor Falsafah Pembangunan Islam di Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV), Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM).
  • 2. ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 424 PENDAHULUAN Di Malaysia, pelaburan Dana Amanah Islam (DAI) merupakan satu sistem tabungan yang semakin mendapat tempat dalam kalangan pelabur. Ini dibuktikan dengan bilangan dana bertambah di Malaysia dari tahun 2006 hingga 2014 seperti di Jadual 1.1. Bermulanya pada tahun 2006, jumlah dana yang diluluskan hanya sebanyak 97 dana. Dana ini meningkat kepada 190 dana pada tahun 2014. Peratusan peningkatan sebanyak 95.88 peratus iaitu sebanyak 93 dana. Begitu juga dengan jumlah unit (bilion) yang diluluskan sebanyak 92 unit (bilion) pada tahun 2006. Peningkatan sebanyak 96 unit (bilion) iaitu sebanyak 104.35 peratus pada tahun 2014. Pertambahan dalam jumlah akaun juga menunjukkan perkembangan yang baik dalam pelaburan DAI. Pada tahun 2006, jumlah akaun (juta) yang dicatatkan hanyalah sebanyak 0.77 juta. Pertambahan jumlah akaun sebanyak 1.62 juta iaitu sebanyak 210.39 peratus menjadikan jumlah akaun sebanyak 2.39 juta pada tahun 2014. Bagi nilai aset bersih pula, peningkatan dari tahun 2006 iaitu sebanyak 9.10 (RM bilion) kepada 46.66 (RM bilion) pada tahun 2014. Ini bermakna peningkatan peratusan sebanyak 412.75 peratus iaitu sebanyak 37.56 (RM bilion).
  • 3. ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 425 Jadual 1: Jumlah Unit Amanah Yang Diluluskan Di Malaysia Sektor Jumlah Dana Yang Diluluskan Jumlah diluluskan (Unit billion) Unit Dalam Peredaran (Unit billion) Jumlah Akaun (Juta) Nilai Aset Bersih (RM billion) Islam Keseluruha n Sektor Islam Keseluruhan Sektor Islam Keseluruhan Sektor Islam Keseluruhan Sektor Islam Keseluruh an Sektor 2006 97 (16.87) 411 (20.88) 92 (82.18) 387 (44.76) 18.47 (-0.81) 153.72 (10.28) 0.77 (20.31) 11.16 (2.76) 9.10 (7.18) 121.41 (23.27) 2007 128 (31.96) 506 (23.11) 124 (34.78) 484 (25.06) 36.27 (96.37) 206.84 (34.56) 1.25 (62.34) 12.27 (9.95) 16.79 (84.51) 168.03 (38.40) 2008 141 (10.16) 550 (8.70) 140 (12.90) 532 (9.92) 48.86 (34.71) 236.39 (14.29) 1.64 (31.2) 13.05 (6.36) 16.12 (-3.99) 130.44 (-22.37) 2009 150 (6.38) 565 (2.73) 144 (2.86) 541 (1.69) 56.85 (16.36) 237.88 (0.63) 1.78 (8.54) 14.10 (8.05) 22.08 (36.97) 191.71 (46.97) 2010 155 (3.33) 584 (3.36) 152 (5.56) 564 (4.25) 56.21 (-1.13) 289.37 (21.65) 1.80 (1.12) 14.63 (3.76) 24.04 (8.88) 226.81 (18.31) 2011 167 (7.74) 604 (3.42) 164 (7.89) 587 (4.08) 61.21 (8.90) 316.41 (9.34) 1.98 (10.0) 15.43 (5.47) 27.86 (15.89) 249.46 (9.99) 2012 173 (3.60) 607 (0.50) 169 (3.05) 589 (0.34) 69.87 (14.15) 351.58 (11.12) 2.11 (6.57) 16.11 (4.41) 35.36 (26.92) 294.46 (18.20) 2013 184 (6.36) 607 (0.00) 178 (5.33) 595 (1.02) 80.31 (14.94) 388.52 (10.51) 2.25 (6.64) 16.78 (4.16) 42.82 (21.10) 335.51 (13.79) 2014 (Oktober) 190 (3.26) 626 (3.13) 188 (5.62) 612 (2.86) 94.64 (17.84) 425.43 (9.50) 2.39 (6.22) 17.41 (3.75) 46.66 (8.97) 343.02 (2.24) Sumber: Diubahsuai daripada Dana Unit Amanah di Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti
  • 4. ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 426 Peningkatan ini menunjukkan persepsi yang perkembangan terhadap pelaburan DAI dalam kalangan pelabur Muslim. Namun begitu, penembusan pasaran DAI dalam kalangan masyarakat negara ini masih di tahap yang amat rendah apatah lagi dalam kalangan pelabur Muslim walaupun lebih 60 peratus penduduk Malaysia terdiri daripada masyarakat Muslim. Fenomena ini paling tidak menimbulkan tiga persoalan. Pertama, adakah penghayatan agama dalam masyarakat Islam masih lagi rendah? Kedua, apakah pemilihan DAI disebabkan faktor intrinsik (kefahaman terhadap pelaburan DAI dan pulangan maslahat)? Atau disebabkan faktor ekstrinsik (pemasaran, ciri-ciri produk dan perkhidmatan)? Kertas ini bertujuan pertama mengenal pasti persepsi pelajar Muslim dari Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) terhadap faktor pemilihan pelaburan DAI. Kedua, menganalisis persepsi pelajar Muslim dari Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) terhadap faktor pemilihan pelaburan DAI. Pelajar UniSZA dipilih disebabkan mereka mengambil kursus tentang pelaburan Islam di UniSZA. Perbahasan kertas ini terbahagi kepada tiga bahagian. Pertama menyorot tulisan- tulisan terdahulu tentang faktor pemilihan produk kewangan Islam sebagai latar belakang. Kedua menjelaskan metodologi yang dipakai dalam membuat analisis data. Ketiga membincangkan dapatan kajian khususnya tentang persepsi pelajar Muslim UniSZA terhadap faktor pemilihan pelaburan DAI. SOROTAN KARYA Kajian terdahulu mempamerkan pemilihan produk perbankan Islam dipengaruhi oleh empat faktor utama: Pertama ialah faktor kepatuhan beragama yang mempunyai dua dimensi iaitu pertimbangan halal, haram, dan syubhat serta keyakinan ibadat. Kedua ialah faktor intrinsik yang mempunyai dua dimensi iaitu kefahaman terhadap pelaburan DAI dan pulangan maslahat (kebaikan). Ketiga ialah faktor ekstrinsik yang mempunyai tiga dimensi, iaitu pemasaran, ciri-ciri dana dan perkhidmatan. Keempat ialah faktor demografi yang mempunyai tiga dimensi iaitu jantina, tahun pengajian dan pendidikan formal (Ahmad Azrin Adnan, 2010). Faktor kepatuhan beragama adalah faktor yang mendorong seseorang dalam memilih produk perbankan Islam (Metawa & Almossawi, 1998). Justeru semakin tinggi tahap kepatuhan beragama, maka semakin tinggi kemahuan mereka memilih produk perbankan Islam tersebut (Nor Aini et al, 2006). Malah dalam urusan muamalat pertimbangan untuk mendapatkan keselamatan di dunia dan di akhirat turut diutamakan (Zaharuddin Abd Rahman, 2009). Faktor intrinsik dan faktor ekstrinsik dapat mempengaruhi persepsi seseorang (Ahmad Shukri Mohd Nain, 2002). Menurut Ahmad Azrin Adnan (2010) menyatakan antara faktor intrinsik dan ekstrinsik dalam pemilihan produk Islam iaitu kefahaman terhadap produk Islam, mengetahui pulangan maslahat (kebaikan), pemasaran, ciri-ciri produk dan perkhidmatan. Faktor kefahaman amat penting kerana membincangkan prinsip-prinsip syariah dalam pelaburan di pasaran modal Islam seterusnya membentuk kefahaman umat
  • 5. ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 427 Islam terhadap sistem pelaburan dana amanah Islam (Wan Daud Bakar, 2002). Faktor pulangan maslahat yang dinyatakan oleh Ahmad Azrin Adnan (2010) lebih kepada tujuan penggunaan dengan matlamat Syarak iaitu penggunaan produk yang bertepatan dengan prinsip syariah, natijah yang diperoleh di sebalik penggunaan produk tersebut hendaklah mendatangkan manfaat kepada pengguna dan keluarga serta kebaikan umum. Oleh itu, faktor kefahaman dan pulangan maslahat merupakan faktor intrinsik dalam pemilihan pelaburan dana amanah Islam. Selain itu, Norafizah Mohd Makhtar (2009) mengatakan bahawa ciri-ciri produk, pengesyoran, reputasi dan pasaran (pengiklanan) merupakan antara faktor yang mempengaruhi pemilihan pelajar Universiti Sains Malaysia terhadap insurans dan takaful. Oleh itu, faktor pemasaran penting dalam pemilihan produk Islam kerana kekurangan promosi menyebabkan jumlah penggunaan produk Islam masih rendah (Hussin et al, 2010). Ciri-ciri dana yang bersifat kepelbagaian, kemampuan, pengurusan yang profesional, kecairan, fleksibiliti dan pemantauan prestasi mempengaruhi dalam pemilihan pelaburan dana amanah Islam (Rajwanti Sharma, 2013). Begitu juga dengan kajian Asyraf Wajdi Dusuki dan Nurdianwati Irwani Abdullah (2007) menunjukkan kualiti perkhidmatan, kemesraan petugas bank Islam dan kakitangan bank yang cekap serta berpengetahuan menarik perhatian pengguna dalam menggunakan produk Islam. Faktor ini selari dengan kajian Fathiah Fathil (2008) yang mengatakan faktor utama dalam penerimaan masyarakat bukan Islam terhadap produk perbankan Islam ialah layanan dan perkhidmatan yang memuaskan. Faktor demografi juga penting sebagai pemboleh ubah dalam kajian di samping menampilkan gelagat pengguna yang berbeza-beza mengikut latar sosial, budaya, personaliti dan psikologi individu. Kotler, 1994:87). Dalam kajian Ahmad Nordin (2000), Siti Raihan Sabrey (2007), dan Noor Hashim (2009) juga mengatakan faktor pendidikan merupakan faktor penting dalam menentukan pemilihan terhadap produk berasaskan Islam. Semakin tinggi tahap pendidikan seseorang maka kefahaman terhadap DAI adalah lebih tinggi. Ini menunjukkan bahawa faktor pendidikan merupakan asas penting dalam pemilihan DAI. Kertas ini melihat persepsi pelajar Muslim UniSZA terhadap faktor pemilihan pelaburan DAI mengikut tahap pendidikan dan tahun pengajian. Keempat-empat faktor tersebut inilah digunakan dalam mengenal pasti dan menganalisis persepsi pelajar Muslim Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) terhadap faktor pemilihan pelaburan Dana Amanah Islam (DAI). METODOLOGI Kajian ini turut menggabungkan kajian lapangan dan kajian perpustakaan bagi menilai persepsi pelajar Muslim UniSZA terhadap faktor pemilihan pelaburan DAI. Data primer diperoleh dalam bentuk soal selidik bagi menganalisis persepsi pelajar Muslim UniSZA terhadap faktor pemilihan pelaburan DAI. Bentuk data yang digunakan ialah data keratan rentas (cross sectional) yang bentuk skala Likert bertujuan untuk mencapai kedua-dua objektif kajian.
  • 6. ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 428 Persampelan dan pengukuran Sebanyak tiga ratus (300) set soal selidik telah disediakan dan diedarkan kepada responden dalam kalangan pelajar Muslim, yang semuanya adalah pelajar dari Universiti Sutan Zainal Abidin (UniSZA). Soal selidik adalah juga diedarkan kepada Fakulti Pengurusan Perniagaan dan Perakaunan (FPPP)3 . Sebahagian besar instrumen pengutipan data dalam kajian ini menggunakan soal selidik jenis tertutup. Soalan tertutup ialah soalan jenis berstruktur yang mempunyai pilihan yang tetap atau pilihan alternatifnya sudah disediakan oleh penyelidik (Sabitha Marican, 2006). Kajian ini mengandungi satu set soalan dengan tiga (3) bahagian. Pembentukan set soal selidik ini diubahsuai daripada set soal Zakaria Bahari (2009) dan Ahmad Azrin Adnan (2010) sebagai panduan. Apabila selesai soal selidik ini, pra-ujian telah dijalankan ke atas sekumpulan bakal responden seperti yang disyorkan oleh Dillman (1978). Objektif pra-ujian adalah untuk menilai kesahan kandungan dan kebolehpercayaan pembolehubah pengukuran, dan juga untuk membetulkan apa-apa kekurangan, dalam masa, sebelum kajian berskala penuh. Tiga ratus (300) soal selidik telah diedarkan kepada responden yang terdiri daripada pelajar Muslim daripada Fakulti Pengurusan Perniagaan dan Perakaunan (FPPP) serta Fakulti Kontemporari Islam, UniSZA kampus Gong Badak, Terengganu. Tiga ratus (300) soal selidik daripada responden telah kembali. Hasil ujian pra menunjukkan responden memahami soalan dengan baik tetapi salah satu daripada responden telah memberikan komen tentang manfaat dari peningkatan kepada soal selidik. DAPATAN DAN PERBINCANGAN Analisis dilakukan menggunakan Statitical Package for Social Science (SPSS). Analisis yang dilakukan iaitu analisis deskriptif dan kuantitatif. Analisis deskriptif terdiri daripada frekuensi, min, sisihan piawai dan peratusan untuk mengetahui tahap persepsi pelajar Muslim UniSZA. Analisis Regresi berganda dijalankan dalam analisis kuantitatif untuk menjawab objektif kedua. Maklumat Asas Responden Analisis demografi dijalankan ke atas 300 orang responden yang terdiri daripada pelajar sarjana muda Muslim di UniSZA. Profil responden dibahagikan mengikut jantina, umur, status perkahwinan, tahap pendidikan, fakulti, tahun pengajian, sumber pendidikan agama formal dan tidak formal. Jadual 4.1 menunjukkan profil demografi responden. 3 Fakulti Pengurusan Perniagaan dan Perakaunan (FPPP) telah dinamakan semula kepada Fakulti Ekonomi dan Sains Pengurusan
  • 7. ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 429 Jadual 2: Profil Demografi Responden (n=300) Profil Responden Bilangan Peratusan (%) Jantina: Lelaki Perempuan Jumlah Umur: 18-24 tahun 25-29 tahun Jumlah Status perkahwinan: Bujang Berkahwin Jumlah Tahap pendidikan: Ijazah sarjana muda Jumlah Fakulti: Pengurusan Perniagaan dan Perakaunan Kontemporari Islam Jumlah Tahun pengajian: Pertama Kedua Ketiga Keempat Jumlah Pendidikan agama formal Ada Jumlah Pendidikan agama tidak formal Ada Jumlah 95 105 300 228 12 300 289 11 300 300 300 227 73 300 74 100 63 63 300 300 300 300 300 31.7 68.3 100 96.0 4.0 100 96.3 3.7 100 100 100 75.7 24.3 100 24.7 33.3 21.0 21.0 100 100 100 100 100 Jadual 2 menunjukkan bilangan responden lelaki sebanyak 95 (31.7%) orang dan perempuan 105 (68.3%) orang yang diperoleh dari Fakulti Pengurusan Perniagaan dan Perakaunan (FPPP) serta Fakulti Kontemporari Islam (FKI) di UniSZA.
  • 8. ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 430 Kepelbagaian peringkat umur juga dapat dilihat iaitu daripada pelajar dalam linkungan umur 18-24 tahun (n=228; 96.0%) dan 25-29 tahun (n=12; 4.0%). Pelajar yang berumur 18-24 tahun (n=228; 96.0%) adalah pelajar paling ramai terlibat dalam kajian lapangan ini kerana kelompok umur ini merupakan peringkat umur pelajar yang paling banyak menuntut di UniSZA. Bagi status perkahwinan pula, didapati kebanyakan pelajar masih belum berkahwin (n=289; 96.3%) lebih ramai berbanding pelajar yang sudah berkahwin (n=11; 3.7%). Begitu juga dengan tahap pendidikan responden dan fakulti, didapati kebanyakan pelajar ijazah sarjana muda (n=30; 100%) dan fakulti (n=30; 100%). Kebanyakan responden daripada pelajar tahun kedua (n=100; 33.3%) berbanding pelajar tahun pertama (n=74; 24.7%), tahun ketiga dan tahun keempat masing-masing (n=63; 21.0%). Persepsi Pelajar Muslim Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) Terhadap Pelaburan Dana Amanah Islam (Dai) Mengikut Dimensi Kepatuhan Beragama, Intrinsik Dan Ekstrinsik Pola pemilihan mengikut dimensi dilakukan bagi melihat secara lebih terperinci tentang persepsi pelajar Muslim UniSZA terhadap pelaburan DAI. Dapatan ini sekaligus menjawab objektif pertama. Dimensi ini disusun mengikut faktor kepatuhan beragama, faktor intrinsik dan faktor ekstrinsik. Skor min diukur mengikut penilaian Oxford (1990) iaitu skor min 3.5 hingga 5.0 adalah tinggi, skor min 2.5 hingga 3.49 adalah sederhana dan skor min 1.0 hingga 2.49 adalah rendah. Jadual 3: Min responden daripada Faktor Kepatuhan Beragama Dimensi Pertimbangan Halal, Haram dan Syubhat dan Keyakinan dan Ibadat No. Item Min SP Pertimbangan halal, haram dan syubhat 1 Saya didorong oleh aqidah saya untuk menyertai pelaburan Dana Amanah Islam. 4.53 .923 2 Sebagai seorang Muslim, saya wajib memilih pelaburan Dana Amanah Islam berbanding pelaburan unit amanah konvensional. 4.56 .907 3 Saya tidak akan menggunakan pelaburan Dana Amanah Islam yang diragui kehalalannya. 4.65 .995 4 Saya mengutamakan pelaburan Dana Amanah Islam yang bebas daripada sebarang kontroversi. 4.53 .962 Keyakinan dan Ibadat 5 Saya mendirikan solat fardu lima kali sehari. 5.31 .811 6 Saya berpuasa di bulan Ramadan. 5.39 .813 7 Saya membaca al-Quran setiap hari. 4.83 .937 8 Saya mendirikan solat sunat setiap hari seperti solat Dhuha. 4.40 .968 9 Islam membantu saya ke arah kehidupan yang lebih baik. 5.38 .897 Jadual 3 menunjukkan responden setuju dengan semua item di bawah pertimbangan halal, haram dan syubhat. Majoriti responden bersetuju bahawa dorongan akidah (M=4.53, SP=0.923), kewajipan (M=4.56, SP=0.907), menolak dari menggunakan
  • 9. ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 431 pelaburan yang diragui kehalalannya (M=4.65, SP=0.995) dan mengutamakan pelaburan DAI yang bebas daripada sebarang kontroversi (M=4.53, SP=0.962) adalah pendorong responden memilih pelaburan DAI. Hal demikian menunjukkan bahawa responden memiliki persepsi yang positif terhadap pertimbangan halal, haram dan syubhat. Perkara ini penting kerana sebagai Muslim adalah wajib untuk memilih pelaburan yang halal dan bebas dari unsur haram dan syubhat. Jadual 3 juga menunjukkan majoriti responden bersetuju bahawa kepatuhan beragama turut berperanan dalam pemilihan pelaburan DAI. Responden bersetuju mendirikan solat fardhu lima kali sehari (M=5.31, 0.811), berpuasa dibulan Ramadan (M=5.39, SP=0.813), membaca al-Quran setiap hari (M=4.83, SP=0.937), mendirikan solat sunat setiap hari (M=4.40, SP=0.968) dan Islam membantu ke arah kehidupan yang lebih baik (M=5.38, SP=0.897). Ini menunjukkan kebanyakan pelajar melakukan ibadah wajib dalam kehidupan dan begitu menitikberatkan ibadah sunat. Jadual 4: Min responden daripada Faktor Intrinsik Dimensi Kefahaman Terhadap DAI dan Pulangan Maslahat (kebaikan) No. Item Min SP Kefahaman terhadap pelaburan Dana Amanah Islam (DAI) 1 Saya tahu adanya pelaburan Dana Amanah Islam. 4.15 1.193 2 Saya tahu pelaburan Dana Amanah Islam dibolehkan dalam Islam. 4.32 1.030 3 Saya tahu bagaimana cara membuat pelaburan Dana Amanah Islam. 3.73 1.222 4 Saya tahu bentuk-bentuk (skim) pelaburan Dana Amanah Islam. 3.79 1.287 5 Saya tahu pihak manakah yang bertanggungjawab menguruskan pelaburan Dana Amanah Islam. 3.71 1.148 6 Saya mendapat maklumat yang mencukupi berkaitan pelaburan Dana Amanah Islam. 3.59 1.183 7 Saya benar-benar memahami konsep dan perlaksanaan pelaburan Dana Amanah Islam. 3.62 1.149 Pulangan maslahat (kebaikan) 8 Penyertaan dalam pelaburan Dana Amanah Islam memberikan kebaikan kepada dunia dan akhirat. 4.51 .941 9 Urusan pelaburan Dana Amanah Islam dipilih kerana ia bebas daripada unsur riba, gharar dan maysir. 4.49 .973 10 Saya menyertai pelaburan Dana Amanah Islam kerana terdapat unsur berkat dalam kehidupan. 4.25 1.127 11 Pemilihan pelaburan Dana Amanah Islam menyumbang pembangunan ekonomi umat 4.44 .995
  • 10. ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 432 Islam dan mengembangkan industri pelaburan Dana Amanah Islam. Jadual 4 menunjukkan min responden daripada dimensi kefahaman terhadap pelaburan DAI yang terdiri daripada tujuh item soalan. Secara keseluruhannya, persepsi pelajar tidak mempunyai kefahaman terhadap pelaburan DAI. Item no. 3 (M=3.73, SP=1.222), no. 4 (M=3.79, SP=1.287), no. 5 (M=3.71, SP=1.148), no. 6 (M=3.59, SP=1.183) dan no. 7 (M=3.62, SP=1.149) menunjukkan majoriti persepsi pelajar tidak setuju bahawa mereka mempunyai kefahaman yang baik terhadap pelaburan DAI. Pelajar juga menunjukkan bahawa pemilihan terhadap pelaburan DAI ini didorong oleh pengetahuan kewujudan pelaburan DAI (M=4.15, SP=1.193) dan pelaburan DAI dibolehkan dalam Islam (M=4.32, SP= 1.030). Jadual 4 juga menunjukkan responden setuju dengan semua item di bawah pertimbangan pulangan maslahat. Majoriti responden bersetuju bahawa penyertaan dalam pelaburan DAI memberi kebaikan kepada dunia dan akhirat (M=4.51, SP=0.941), bebas daripada unsur riba, gharar dan maysir (M=4.49, SP=0.973), terdapat unsur berkat dalam kehidupan (M=4.25, SP=1.127) dan menyumbang pembangunan ekonomi umat Islam seterusnya mengembangkan industri pelaburan DAI (M=4.44, SP=0.995) adalah pendorong persepsi responden memilih pelaburan DAI. Hal demikian menunjukkan bahawa responden memiliki persepsi yang positif terhadap pulangan maslahat. Perkara ini menunjukkan responden tidak hanya mengharapkan produk yang memberi kebaikan di dunia tetapi turut juga menitiberatkan faedah sampingan lain di akhirat dan mengembangkan ekonomi umat Islam. Jadual 5 menunjukkan min responden daripada faktor ekstrinsik dimensi pemasaran, ciri-ciri produk dan perkhidmatan. Di bawah pemasaran, majoriti responden setuju bahawa setuju bahawa risalah (M=4.03, SP= 1.024), iklan di laman sesawang (M=4.21, SP=0.989), menyakini pelaburan DAI mampu memenuhi keperluan daripada gambaran mengenainya (M=4.25, SP=0.936) dan prestasi pulangan (return) yang memuaskan (M=4.29, SP= 1.053) adalah pendorong persepsi responden dalam pemilihan pelaburan DAI. Jadual 5: Min responden daripada Faktor Ekstrinsik Dimensi Pemasaran, Ciri- Ciri Produk dan Perkhidmatan No. Item Min SP Pemasaran 1 Publisiti meluas di media massa tentang pelaburan Dana Amanah Islam mendorong saya untuk menyertai. 3.94 1.120 2 Risalah daripada pihak institusi pelaburan Dana Amanah Islam mendorong saya untuk menggunakan kemudahan mereka. 4.03 1.024 3 Saya mengetahui maklumat mengenai pelaburan Dana Amanah Islam melalui media cetak. 3.98 1.083 4 Laman sesawang (website) memudahkan saya mengetahui lebih lanjut mengenai pelaburan Dana 4.21 .989
  • 11. ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 433 Amanah Islam. 5 Gambaran mengenai pelaburan Dana Amanah Islam membuat saya semakin yakin pelaburan Dana Amanah Islam mampu memenuhi keperluan saya. 4.25 .936 6 Prestasi pulangan (Return) Dana Amanah Islam yang memuaskan membuat saya memilih pelaburan ini. 4.29 1.053 Ciri-ciri produk 7 Perkhidmatan pelaburan Dana Amanah Islam yang sesuai penting untuk saya. 4.38 .900 8 Sistem yang sederhana dan mudah pada pelaburan Dana Amanah Islam penting kepada saya. 4.37 .772 9 Ciri-ciri pelaburan sesuatu produk Dana Amanah Islam penting kepada saya. 4.41 .851 10 Jaminan kerahsiaan maklumat peserta Dana Amanah Islam penting bagi saya. 4.48 .909 11 Jenis pelaburan Dana Amanah Islam yang berisiko rendah membuat saya memilih pelaburan ini. 4.36 .935 Perkhidmatan 12 Kemudahan di premis agensi penting kepada saya (contoh: tempat letak kereta). 4.40 1.305 13 Lokasi institusi Dana Amanah Islam penting kepada saya. 4.41 1.251 14 Perkhidmatan institusi Dana Amanah Islam yang cekap penting kepada saya. 4.53 .923 15 Layanan kakitangan institusi Dana Amanah Islam yang mesra pelanggan penting bagi saya. 4.61 .847 16 Prosedur Dana Amanah Islam yang mudah untuk sebarang tebus balik (redeem) penting bagi saya. 4.52 .986 Walau bagaimanapun, terdapat responden yang tidak bersetuju mengetahui maklumat mengenai pelaburan DAI melalui media massa (M=3.94, SP=1.120) dan media cetak (M=3.98, SP=1.083). Ini menunjukkan bahawa pemasaran melalui media massa dan media cetak masih belum cukup berkesan kepada persepsi responden. Namun begitu, pemasaran turut memainkan peranan penting dalam menyampaikan maklumat berkenaan pelaburan DAI kepada persepsi responden. Di bawah ciri-ciri produk pula, majoriti responden setuju bahawa kesesuaian perkhidmatan pelaburan (M=4.38, SP=0.900), sistem yang sederhana dan mudah (M=4.37, SP=0.772), ciri-ciri pelaburan (M=4.41, SP=0.851), jaminan kerahsian maklumat peserta (M=4.48, SP=0.909) dan jenis pelaburan yang berisiko rendah (M=4.36, SP=0.935) merupakan pendorong bagi pemilihan pelaburan DAI dalam kalangan responden. Ciri-ciri tersebut bagi menarik minat masyarakat untuk menyertai pelaburan DAI. Responden paling bersetuju bahawa jaminan kerahsiaan maklumat merupakan elemen penting dalam pemilihan pelaburan DAI.
  • 12. ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 434 Begitu juga dengan di bawah perkhidmatan, majoriti responden bersetuju bahawa kemudahan di premis agensi (M=4.40, SP=1.001), lokasi (M=4.41, SP=0.972), kecekapan perkhidmatan (M=4.53, SP=0.948), layanan kakitangan yang mesra (M=4.61, SP=1.004) dan prosedur tuntutan yang mudah (M=4.52, SP=0.986). Layanan kakitangan yang mesra merupakan elemen yang paling dipersetujui oleh responden dan paling penting dalam dimensi ini. Secara umumnya, ketujuh-tujuh dimensi ini dianggap positif oleh pelajar Muslim UniSZA. Dimensi-dimensi sama ada bercirikan agama secara langsung atau tidak langsung menunjukkan kedominannya. Hal demikian bermaksud sebahagian pelajar mempunyai tanggapan yang baik terhadap dimensi-dimensi pemilihan pelaburan DAI. Tahap Persepsi Pelajar Muslim Unisza Terhadap Faktor Pemilihan Pelaburan Dana Amanah Islam (Dai) Jadual 6: Tahap Persepsi Pelajar Muslim UniSZA Terhadap Faktor Pemilihan Pelaburan DAI Pemboleh ubah Dimensi Min (Total) Interpretasi Kepatuhan Beragama 1. Pertimbangan halal, haram dan syubhat 2. Keyakinan dan Ibadat 4.57 5.06 Tinggi Tinggi Intrinsik 1. Kefahaman terhadap pelaburan DAI 2. Pulangan maslahat (kebaikan) 3.85 4.42 Tinggi Tinggi Ekstrinsik 1. Pemasaran 2. Ciri-ciri produk 3. Perkhidmatan 4.12 4.40 4.53 Tinggi Tinggi Tinggi Jadual 6 menunjukkan semua dimensi mencatatkan nilai min yang tinggi. Dimensi keyakinan dan ibadat (M=5.06) dilihat sebagai dimensi yang paling menonjol berbanding pertimbangan halal, haram dan syubhat (M=4.57), perkhidmatan (M=4.53), pulangan maslahat (M=4.42), ciri-ciri produk (M=4.40), pemasaran (M=4.12) dan kefahaman terhadap pelaburan DAI (M=3.85). Tahap persepsi terhadap pelaburan DAI dalam kalangan pelajar Muslim diukur melalui jumlah min yang diperoleh daripada tujuh dimensi yang terdiri daripada faktor kepatuhan beragama, faktor intrinsik dan faktor ekstrinsik. Dimensi-dimensi tersebut ialah faktor kepatuhan beragama merangkumi pertimbangan halal, haram dan syubhat serta keyakinan dan ibadat. Faktor intrinsik merangkumi kefahaman terhadap pelaburan DAI dan pulangan maslahat (kebaikan). Faktor ekstrinsik pula terdiri daripada pemasaran, ciri-ciri produk dan perkhidmatan. Kesemua dimensi ini berfungsi sebagai alat analisis bagi menilai kepatuhan syariah pelajar Muslim UniSZA terhadap faktor pemilihan pelaburan DAI. Jadual 6 menunjukkan bahawa keyakinan dan ibadat (M=5.06) merupakan faktor yang paling dominan bagi persepsi pelajar terhadap pemilihan pelaburan DAI. Ini
  • 13. ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 435 memperlihatkan bahawa pelajar tidak menitikberatkan aspek keuntungan semata- mata tetapi turut mempertimbangkan manfaat lain daripada penyertaan dalam pelaburan DAI. Dimensi kedua yang dominan adalah pertimbangan halal, haram dan syubhat. Pelajar turut mementingkan dimensi ini dalam pemilihan pelaburan DAI. Ketiga ialah dimensi perkhidmatan menjadi faktor pemilihan pelaburan DAI. Dimensi perkhidmatan merangkumi kemudahan di premis agensi, lokasi, kecekapan perkhidmatan, layanan kakitangan yang mesra dan prosedur tuntutan yang mudah. Keempat, dimensi pulangan maslahat. Responden tertarik kepada pelaburan DAI kerana pulangan maslahat yang diperoleh kesan daripada pemilihan pelaburan DAI tersebut. Kelima, dimensi ciri-ciri produk yang merangkumi kesesuaian perkhidmatan pelaburan, sistem yang sederhana dan mudah serta jaminan kerahsian maklumat peserta dan jenis pelaburan yang berisiko rendah. Terdapat dua dimensi yang berada di tahap yang rendah iaitu kefahaman terhadap pelaburan DAI dan pemasaran. Ini menunjukkan bahawa pelajar tidak mempunyai kefahaman yang baik terhadap pelaburan DAI sekali gus tidak mempengaruhi pemilihan pelajar terhadap pelaburan DAI. Justeru, pemasaran juga tidak mempengaruhi persepsi pelajar Muslim UniSZA terhadap pelaburan DAI. Ini bermaksud promosi yang diadakan masih belum berkesan terhadap pelajar. Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pemilihan Pelaburan Dana Amanah Islam (Dai) Jadual 7 menerangkan pengaruh intrinsik dan ekstrinsik melalui analisis regresi berganda terhadap tahap pemilihan. Dapatan menunjukkan bahawa secara serentak intrinsik dan ekstrinsik memberikan sumbangan pengaruh hanya sebanyak 16.3% (R² = 0.163) dan bakinya sebanyak 83.7% dipengaruhi oleh faktor lain misalnya kepatuhan beragama. Sedangkan secara berasingan ekstrinsik memberikan sumbangan pengaruh yang besar terhadap pemilihan pelaburan DAI iaitu sebanyak 30.8% manakala faktor intrinsik pula sebanyak 13.2%. Jadual 7: Keputusan Regresi Berganda Antara Faktor Intrinsik dan Ekstrinsik Terhadap Pemilihan Pelaburan DAI Model Unstandardized Coeffients Standardized Coefficients T Sig. R² F Kolineariti B Std. Error Beta Toleran VIF (constant) 2.427 .245 9.888 .000 .163 28.887 Intrinsik .116 .060 .132 1.941 .053 .610 1.640 Ekstrinsik .314 .069 .308 4.525 .000 .610 1.640 Jadual 7 menerangkan pengaruh intrinsik dan ekstrinsik melalui analisis regresi berganda terhadap tahap pemilihan. Dapatan menunjukkan bahawa secara serentak intrinsik dan ekstrinsik memberikan sumbangan pengaruh hanya sebanyak 16.3%
  • 14. ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 436 (R² = 0.163) dan bakinya sebanyak 83.7% dipengaruhi oleh faktor lain misalnya kepatuhan beragama. Sedangkan secara berasingan ekstrinsik memberikan sumbangan pengaruh yang besar terhadap pemilihan pelaburan DAI iaitu sebanyak 30.8% manakala faktor intrinsik pula sebanyak 13.2%. Hal ini bererti bahawa institusi DAI perlu lebih memberi perhatian terhadap faktor ekstrinsik bagi meningkatkan pelaburan DAI di samping memberi penekanan terutamanya pada item dimensi ciri-ciri produk dan perkhidmatan iaitu jaminan kerahsiaan maklumat pelabur dan layanan kakitangan institusi DAI. Jadual 8: Keputusan Regresi Berganda Faktor Kepatuhan Beragama Terhadap Pemilihan Pelaburan DAI Model Unstandardized Coeffients Standardized Coefficients T Sig. R² F B Std. Error Beta (constant) 2.731 .333 8.196 .000 0.038 21.699 Kepatuhan Beragama .320 0.069 0.261 4.658 .000 Jadual 8 memperlihatkan pengaruh faktor kepatuhan beragama terhadap pemilihan pelaburan DAI. Dapatan menunjukkan bahawa faktor kepatuhan beragama mempunyai pengaruh yang positif dan signifikan terhadap pemilihan pelaburan DAI. Hal demikian kerana sumbangan kepatuhan beragama sebanyak 26.1%. Pernyataan ini menunjukkan bahawa semakin tinggi tahap pemahaman pelajar terhadap agama Islam mempengaruhi tahap pemilihan pelaburan DAI. Untuk itu pihak institusi DAI perlu menggiatkan usaha dalam mengenalkan pelaburan DAI dengan pendekatan ceramah agama dan mengadakan seminar tentang pelaburan DAI terhadap pelajar. Jadual 9: Analisis Regresi Berganda Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pemilihan Pelaburan DAI Model Unstandardize d Coeffients Standardize d Coefficients T Sig. R² F Kolineariti B Std. Error Beta Tolera n VIF (constant) 2.045 .335 6.10 1 .00 0 .17 1 20.30 1 Kepatuha n beragama .122 .073 .099 1.66 8 .09 6 .794 1.26 0 Intrinsik .109 .060 .124 1.82 7 .06 9 .607 1.64 2 Ekstrinsik .273 .073 .268 3.73 0 .00 0 .543 1.84 3
  • 15. ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 437 Jadual 9 menunjukkan bahawa faktor kepatuhan beragama, intrinsik dan ekstrinsik secara serentak menyumbang sebanyak 17.1% (R² = 0.171), sedangkan sebanyak 82.9% dipengaruhi oleh faktor lain. Secara berasingan pula, kesemua faktor mempunyai signifikan terhadap tahap pemilihan pelaburan DAI. Faktor ekstrinsik memberi sumbangan yang paling tinggi sebanyak 26.8% berbanding faktor kepatuhan beragama dan intrinsik masing-masing sebanyak 9.9% dan 12.4%. Hal demikian bermakna pengaruh faktor ekstrinsik lebih dominan berbanding faktor kepatuhan beragama dan intrinsik. Ini menunjukkan pelajar lebih menitikberatkan pemasaran, ciri-ciri produk dan perkhidmatan. Secara keseluruhannya, hasil analisis terhadap faktor pemilihan pelaburan DAI pelajar Muslim UniSZA berada pada tahap tinggi. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa kesemua faktor mempunyai pengaruh yang positif dan signifikan terhadap pemilihan pelaburan DAI. Faktor ekstrinsik yang diutamakan oleh pelajar Muslim UniSZA ialah ciri-ciri produk dan perkhidmatan menjadi pertimbangan dalam pemilihan pelaburan DAI sekali gus menjadi hasil penemuan utama dalam kajian ini. PENUTUP Penemuan penting dalam kajian ini ialah ekstrinsik yang mempengaruhi pemilihan pelaburan DAI. Pengendali DAI perlu memainkan peranan penting dengan melancarkan dasar supaya penglibatan terhadap pelaburan DAI meningkat dengan memberi perhatian kepada ciri-ciri produk dan mengikuti perkembangan semasa. Oleh yang demikian, usaha memberi kefahaman dan promosi perlu dijalankan secara berterusan agar masyarakat mendapat maklumat penting mengenai pelaburan DAI. Begitu juga dengan pertimbangan halal, haram dan syubhat, pengendali perlu lebih memberi penekanan tentang kepentingan elemen halal, haram dan syubhat. Di samping itu, terdapat beberapa perkara berkenaan yang boleh dikaji pada masa hadapan. Perkara tersebut merangkumi subjek kajian iaitu; Pertama, melihat kepada persepsi pelajar bukan Islam. Kedua, teknik penyelidikan dengan menggunakan teknik temubual secara mendalam. Ketiga, skop kajian yang menggunakan pelabur sebenar sebagai responden. BIBLIOGRAFI Abdul Aziz Abdullah, Rokiah Sidek & Ahmad Azrin (2012). Perception of Non- Muslims Customers towards Islamic Banks in Malaysia. International Journal of Business and Social Science. Vol. 3 No. 11; June 2012. Ahmad Azrin Adnan (2010). Penentu Pemilihan Institusi Perbankan Islam Dalam Kalangan Muslim di Terengganu. Tesis Ph.D Universiti Sains Malaysia. Ahmad Shukri Mohd Nain (2002). Tingkahlaku Organisasi: Pengenalan Tingkahlaku Individu. Penerbitan Universiri Teknologi Malaysia. Amalurramzan Ab Manan (2002). Penglibatan Pelabur Muslim dalam Amanah Saham Islam: Kajian di ASM Mara Unit Trust Management Berhad. Latihan Ilmiah tidak diterbitkan, Universiti Malaya, Jabatan Shariah dan Ekonomi. Anderson, Andy B. Basilevsky, Alexander & Hum, Deraek P.J (1983). Measurement: Theory and Technique dalam Rossi, Peter H. et al. eds., Hanbooks of Survey Research. California: Academic Press.
  • 16. ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 438 Fadillah Mansor & Ab. Mumin Ab. Ghani (t.t). SambutanMasyarakat Bukan Islam Terhadap Produk Perbankan Islam di Bank Muamalat Malaysia Berhad. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Fakhruddin Sulaiman & Fadillah Mansor (2009). Operasi Dana Saham Amanah Secara Islam: Kajian Kes di Public Mutual BHD. Jurnal Syariah, (1), 17. Fathiah Fathil (2008). Penerimaan Masyarakat Bukan Islam Terhadap Produk Perbankan Islam di Bank Rakyat: Kajian ini di Pulau Pinang. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Federation of Investment Managers Malaysia (FIMM), (Edisi Kedua, 2005). Urus Niaga Unit Amanah. Kuala Lumpur. Hussain Salamon & Maisaroh Mat Saad (2010). Persepsi Ejen Takaful Terhadap Penyertaan Masyarakat Melayu dalam Takaful Hayat. Johor: Universiti Teknologi Malaysia. Inke Kesumawati Adnan (2011). Persepsi Masyarakat Muslim Bandung Terhadap Pemilihan Kad Kredit Syariah. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia. Juniza Mohamad Jamari (2012). Sambutan Pelajar Muslim Universiti Sains Malaysia (USM) Terhadap Takaful Hayat. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia. Kotler (1985). Manajemen Pemasaran (Terjemahan Gunawan Hatauruk). Jakarta: Erlangga. Mahani Mohamed (1999). Pelaburan: Peranannya Dalam Pertumbuhan Ekonomi Negara. Latihan Ilmiah tidak diterbitkan, Universiti Malaya, Jabatan Shariah dan Ekonomi. Metawa, S. A & Almossawi, M. (1998). Banking Behaviour of Islamic Bank Customers: Perspectives and Implications. International Journal of Bank Marketing, 16(7), 299-313. Mohd Azlan Yahya (2005). Kepentingan Nilai-Nilai Islam Syarikat Terhadap Keputusan Pelaburan Oleh Amanah Saham Islam. (disertasi kedoktoran). Mohd Salleh Abu et al. (2001). Analisis Data Berkomputer SPSS 10 for Windows. Venton. Mowen, J. C. (1998). Consumer Behaviour. New Jersey: Prentice Hall Inc. Naser K., Jamal, A. & Al-Khatib, L. (1999). Islamic Banking: A Study of Customer Statisfaction and Preference in Jordan. International Journal of Bank Markerting, 17(3), 135-150. Nor Aini Ali, Asmak Ab Rahman, Wan Marhaini & Azizi Che Seman (2004). Persepsi Kriteria Pemilihan Mahasiswa Universiti Malaya Terhadap Polisi Insurans/Takaful. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Norafifah Ahmad & Sudin Haron (2001). Perceptions of Malaysian Corporate Customers Towards Islamic Banking Products & Services. International Journal of Islamic Financial Services. Vol. 3. Number 4. Norafizah Mohd Makhtar (2009). Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Pemilihan Insurans Kesihatan Pelajar Ijazah Tinggi: Perbandingan Antara Takful dan Insurans Konvensional di Universiti Sains Malaysia. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia. Rajwanti Sharma (2013). Investment Perception and Selection Behaviour Towards Mutual Fund. International Journal of Techno-Management Research, Vol. 1 No. 2, September 2013. Rosliza Mohamed Yusoff (2002). Amanah Saham Wanita: Kajian Dari Perspeptif Pengurusan Dana. Latihan Ilmiah tidak diterbitkan, Universiti Malaya, Jabatan Shariah dan Ekonomi.
  • 17. ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 439 Rozihanim Shekh Zain (2003). The Performance Of Malaysian Unit Trust: Government Sponsored Funds Versus Private Funds (1993-2001). Tesis tidak diterbitkan, Universiti Utara Malaysia, School Of Finance and Banking. Sabitha Marican (2006). Kaedah Penyelidikan Sains Sosial. Selangor: Pearson Malaysia Sdn. Bhd. Sanjay Das (t.t). Small Investor’s Perceptions on Mutual Funds in Assam: An Empirical Analysis. National Monthly Refereed Journal of Reasearch in Commerce & Management. Vol. 1 No. 8. Siti Hajar Salwa Ahmad Musadik (2011). Factors Influencing The Tendancy to Subscribe with Takaful Among Martial Arts Practitioner. Kedah: Universiti Utara Malaysia. Siti Zaleha Ferozi Din (1995). Saham Amanah Ekuiti. Selangor: Unitra Research Enterprise. Zaharuddin Abd. Rahman (2008). Wang, Anda dan Islam: Halal, Haram Dalam Kewangan Dan Perbankan. Kuala Lumpur: True Wealth Sdn. Bhd. Zakaria Bahari (2009). Soal Selidik Responden Pengguna Muslim Takaful: “Gelagat Kepenggunaan Perkhidmatan Kewangan Islam Di Malaysia: Satu Analisis Psikografik”. Geran Penyelidikan Universiti Sains Malaysia. Pusat Kajian Pembangunan Islam (ISDEV), Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia.