SlideShare a Scribd company logo
1 of 8
Download to read offline
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015)
685
PERANAN ZAKAT DALAM MENGATASI ISU DAN MASALAH DALAM
KALANGAN MUALLAF DI MALAYSIA1
Nur Fara Hana Abdullah2
Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV)
Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan
Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang
Emel: fara_hana05@yahoo.com.my
Abstrak
Golongan muallaf merupakan asnaf yang layak menerima zakat sebagaimana yang
disebut dalam al-Quran. Bilangan muallaf di Malaysia semakin bertambah dan
menjadikan peranan serta tanggungjawab institusi zakat semakin besar dan penting.
Terdapat keperluan untuk menjamin muallaf supaya tidak terjebak kepada gejala
murtad yang menjadi ancaman utama kepada mereka. Murtad merupakan salah satu
daripada kesalahan hudud yang boleh membawa kepada ancaman besar kepada
akidah umat Islam. Selain itu, terdapat juga pelbagai isu dan masalah yang
melibatkan golongan muallaf seperti tidak mendapat bantuan zakat, kurang
kefahaman terhadap ajaran Islam dan sebagainya. Justeru, kertas kerja ini juga akan
melihat peranan zakat dalam membantu muallaf di Malaysia. Kedua, kertas kerja ini
juga akan melihat peranan zakat dalam mengatasi masalah dan isu dalam kalangan
muallaf. Kaedah penjelasan dilakukan dengan menggunakan sumber data
kepustakaan dan penganalisisan analisis kandungan. Kajian ini dapat memberi
gambaran yang jelas kepada masyarakat tentang peranan zakat oleh institusi zakat
dalam menyelesaikan isu serta masalah yang berkaitan muallaf di Malaysia.
1
Kertas kerja ini dibentangkan The 9th ISDEV International Islamic Development Management
Conference (IDMAC2015) anjuran Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV),
Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang.
2
Nur Fara Hana Binti Abdullah ialah Pelajar Ijazah Sarjana Pengurusan Pembangunan Islam di Pusat
Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (isdev), Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang.
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015)
686
PENDAHULUAN
Allah SWT telah meletakkan kedudukan asnaf muallaf dalam al-quran (Surah al-
Taubah: 60) sebagai penerima zakat pada posisi keempat dimulai asnaf fakir, miskin,
amil dan muallaf yang disebut sebagai “muallafah qulubuhum”. Matlamat utama
pengagihan zakat kepada asnaf muallaf adalah untuk mendekatkan lagi hati mereka
yang telah dijinakkan kepada Islam. Pemberian zakat diharapkan dapat menjaga
kebajikan para muallaf sekaligus dapat menjadi instrumen dakwah yang berkesan.
Isu murtad dalam kalangan muallaf sering berlaku. Sebahagian besar permohonan
yang diterima untuk keluar Islam terdiri daripada golongan saudara baru.3
Antara
faktor berlakunya gejala murtad ialah masalah kemiskinan, kesempitan hidup dan
juga kurang ilmu mengenai Islam. Selain daripada lemah pegangan agama serta jahil
mengenai hukum hakam dan akidah, faktor kegagalan perkahwinan juga boleh
mendorong seseorang muallaf itu menjadi murtad.
Selain itu, antara isu yang melibatkan muallaf ialah berkaitan dengan isu muallaf
tidak mendapat bantuan setelah memeluk Islam, kurangnya pengetahuan muallaf
terhadap skim-skim bantuan yang disediakan,4
kurang kafahaman terhadap ajaran
Islam dan sebagainya.
Pengagihan zakat secara sistematik telah terbukti mampu untuk membebaskan umat
Islam daripada kepompong kemiskinan. Secara umumnya, golongan muallaf
termasuk dalam salah satu daripada asnaf yang layak menerima zakat sepertimana
yang dinyatakan di dalam al-Quran. Pengagihan zakat kepada golongan muallaf
walaupun bukan dalam jumlah yang besar tetapi mampu untuk membantu mereka
daripada sudut kewangan.
Bagi menjawab persoalan mengenai fungsi zakat dalam membendung masalah
murtad dan isu serta masalah yang dihadapi muallaf, maka kertas kerja ini akan
meneliti secara lebih mendalam tentang peranan zakat dalam pengagihan bantuan
kepada muallaf di Malaysia serta hubungkaitnya dalam mengatasi masalah dan isu
yang berlaku dalam kalangan muallaf.
DEFINISI MUALLAF
Perkataan muallaf secara literalnya berasal daripada perkataan Arab yang
bermaksud, orang yang dijinakkan’, sementara dalam konteks yang lebih spesifik, ia
merujuk kepada mereka yang dijinakkan hatinya dengan Islam atau mula berjinak-
jinak dan mengenali Islam atau di peringkat awal memeluk Islam.
3
Norain Saleh (2011), Mufti: Ramai mualaf yang pohon murtad. Malaysiakini.com. diakses pada 13
November 2015 dari http://www.malaysiakini.com/news/167179.
4
Azman Ab Rahman, Ummu Salamah Ahmad & Tengku Mansur (2014), Skim bantuan zakat kepada
muallaf oleh institusi zakat di Malaysia: satu tindakan awal, Seminar Antarabangsa Masjid Zakat &
Waqaf 2014 (I-MAF), 1-2 Disember 2014, Kuala Lumpur.
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015)
687
Mazhab Shafie mendefinisikan muallaf sebagai orang yang dijinakkan atau
dilembutkan hatinya yang telah memeluk Islam. Ini menunjukkan definisi muallaf
bagi mazhab Shafie terbatas kepada muslim sahaja.
Pandangan al-Qaradawi pula menyatakan bahawa muallaf ialah orang yang
dilembutkan hatinya dengan harapan mereka akan condong kepada Islam atau
menguatkan imannya atau menghentikan kejahatan mereka terhadap orang Islam
atau diharapkan dapat mengambil manfaat mereka semasa mempertahankan diri
daripada mereka atau menolong mereka semasa menentang musuh mereka dan
sebagainya (al-Qardawi, 2000 : 594).
Lembaga Zakat Selangor mendefinisikan muallaf sebagai seseorang yang baru
memeluk Islam atau seseorang yang dijinakkan hatinya dalam kalangan mereka yang
belum memeluk agama Islam atau yang perlu ditarik simpatinya kepada Islam atau
diharap dapat membela orang Islam atau yang perlu diamankan kejahatannya
terhadap orang Islam.5
SKIM BANTUAN ZAKAT KEPADA MUALLAF DI MALAYSIA
Zakat diagihkan kepada muallaf melalui skim-skim bantuan yang disediakan oleh
Majlis Agama Islam dan Pusat Zakat Negeri . Skim-skim bantuan tersebut adalah
seperti berikut:
Jadual 1: Jenis-Jenis Skim Agihan Atau Bantuan Di Malaysia
MALAYSIA Jenis dan Skim Agihan/Bantuan
1) Pulau Pinang
2) Selangor
3) Kedah
4) Terangganu
5) Johor
6) Negeri Sembilan
7) Pahang
8) Melaka
9) Sabah
10) Perlis
11) Perak
12) Kelantan
13) Sarawak
14) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
15) JAWHAR
1) Bantuan Pendidikan
2) Bantuan Perkahwinan
3) Bantuan Kewangan Bulanan
4) Bantuan Modal Perniagaan
5) Bantuan Rawatan/Perubatan
6) Bantuan Pengurusan Jenazah
7) Bantuan Rumah
-sewa rumah
-membaik pulih rumah
-membina rumah
8) Bantuan Berkhatan
9) Saguhati Memeluk Agama Islam
10) Saguhati Hari Raya
11) Program Kelas Bimbingan Saudara
Baru
12) Program Kursus dan Latihan
13) Kursus Dakwah dan Kepimpinan
14) Elaun Kelas Agama
15) Elaun Guru Kelas Agama
5
Penerima Agihan Zakat. Diakses pada 13 November 2015 dari
http://www.zakatselangor.com.my/info-agihan/info-agihan-2/.
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015)
688
Jadual 1 menunjukkan jenis dan skim bantuan agihan zakat kepada muallaf di
Malaysia. Semua skim bantuan ini mempunyai perbezaan yang ketara di setiap
negeri. Terdapat Majlis Agama Islam Negeri yang menyenaraikan skim bantuan
zakat kepada muallaf secara terperinci dan sebahagiannya hanya menyenaraikan
skim bantuan ini secara umum. Contoh yang sangat jelas ialah Tabung Baitulmal
Sarawak dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan yang menyenaraikan secara
umum skim-skim mengikut bentuk bantuan seperti bantuan sosial, pendidikan,
ekonomi dan kebajikan yang melibatkan ke semua asnaf yang lain.
Skim-skim bantuan yang disediakan kepada muallaf adalah bertujuan untuk
meningkatkan tahap kefahaman mereka tentang Islam. Perkara yang amat penting
yang harus ditekankan adalah tentang penyampaian maklumat terhadap bantuan-
bantuan yang telah disediakan kepada muallaf.
Kewujudan skim-skim bantuan kepada muallaf ini dilihat sebagai satu usaha yang
baik dari pihak-pihak yang terlibat sekaligus membuktikan keprihatinan mereka
dalam memelihara kepentingan dan hak-hak muallaf sebagai salah satu asnaf yang
layak menerima zakat. Melihat kepada skim-skim yang disediakan, pengagihan zakat
kepada muallaf ini tertumpu kepada memenuhi keperluan asas yang amat diperlukan
seperti bantuan tempat tinggal dan bantuan sara hidup. Aspek permantapan akidah
dan kefahaman agama memainkan peranan yang amat penting bagi memastikan para
muallaf mendapat bimbingan yang sempurna dan tidak mudah untuk kembali kepada
agama asal mereka. Fokus yang utama harus diberikan kepada pembinaan akidah
muallaf lebih daripada bantuan-bantuan yang bersifat material.
Setiap negeri di Malaysia meletakkan tempoh had panggilan muallaf melalui
keputusan Jawatankuasa Fatwa negeri masing-masing. Negeri Selangor telah
menetapkan tempoh muallaf selama 5 tahun manakala Pahang dan Terengganu
selama 7 tahun. Selain itu, negeri Sabah memutuskan bahawa had tempoh 5 tahun
hingga 7 tahun untuk panggilan muallaf. Negeri-negeri lain tidak menetapkan
tempoh panggilan muallaf yang membolehkan asnaf muallaf untuk terus menerima
zakat sehingga diputuskan oleh pihak zakat selama mana mereka dapat menerima
bantuan. Setiap negeri berhak dalam menentukan keputusan dalam penentuan
tempoh penyelarasan tempoh panggilan muallaf dan mempunyai alasan tersendiri
dalam keputusan masing-masing.
PERANAN ZAKAT DALAM MENGATASI ISU DAN MASALAH DALAM
KALANGAN MUALLAF
Zakat merupakan rukun Islam ketiga yang wajib ditunaikan oleh setiap individu
Muslim di seluruh dunia. Kutipan hasil zakat yang telah ditunaikan ini akan
dikumpul oleh pihak yang berkuasa dan akan diagihkan kepada beberapa asnaf yang
berhak menerima zakat. Pentadbiran zakat terbahagi kepada dua tugasan utama iaitu
kutipan dan pengagihan zakat. Jika dilihat kutipan zakat pada tahun-tahun
kebelakangan ini didapati hasil kutipan tersebut amat memberangsangkan dan
mendapat sambutan yang luas dari masyarakat dan organisasi-organisasi swasta.
Manakala dari sudut agihan pula, hasil kutipan zakat ini diagihakan kepada lapan
asnaf berdasarkan firman Allah SWT dalam al-Qur’an bemaksud:
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015)
689
“Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk
orang-orang fakir dan orang miskin, dan amil-amil yang
mengurusnya dan orang-orang muallaf yang dijinakkan hatinya
dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekan dirinya dan
orang-orang yang berhutang dan untuk (dibelanjakan pada)
jalan Allah dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam
perjalanan. (Ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai
satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah dan (ingatlah)
Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.”(al-Taubah,
9:60)
Berdasarkan kepada maklumat yang diperolehi, terdapat sebahagian golongan
muallaf yang mendapat bantuan dari baitulmal atau pusat zakat dan sebahagian
daripada mereka tidak mendapat bantuan zakat dari institusi tersebut. Isu sama ada
zakat mampu mengatasi permasalahan murtad perlu dilihat secara menyeluruh. Ini
kerana, bukan zakat semata-mata memainkan peranan dalam memberi bantuan
peruntukan kepada muallaf tetapi semua pihak yang terlibat juga bekerjasama dalam
mengatasi isu murtad di Malaysia.
Pendidikan merupakan satu proses yang penting dalam memberikan kefahaman yang
jelas kepada saudara baru mengenai hukum hakam dalam Islam. Sebagai contoh,
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah mewujudkan lebih banyak kelas fardhu
ain di seluruh Selangor. Terdapat banyak kelas fardhu ain dan agama telah
disediakan untuk kemudahan golongan muallaf dalam usaha untuk memberi
kefahaman terhadap Islam secara lebih jelas dan dapat menghindar masalah murtad
akibat kurangnya kefahaman terhadap Islam. Selain kelas fardhu ain dan agama,
beberapa kursus intensif juga dijalankan oleh organisasi-organisasi dakwah. Mohd
Farhan Tee (2014), menyatakan bahawa kursus intensif diadakan oleh Pertubuhan
Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) kepada saudara baru yang baru memeluk
agama Islam untuk memberi penedahan tentang asas-asas Islam dan sebagai motivasi
bagi menghadiri kelas-kelas yang disediakan.
Selain itu, bagi aduan golongan muallaf yang tidak menerima bantuan zakat selepas
memeluk agama Islam dan sebagainya, hanya dengan mendaftar dengan institusi
agama peringkat negeri atau beberapa saluran berwibawa lain sahaja akan
melayakkan seseorang mendapat bantuan yang ditawarkan. Mereka juga akan
diberikan kad mualaf. Di Malaysia, banyak pihak boleh mengislamkan seseorang
tetapi tidak ramai yang mampu melaksanakan tugas menyalurkan maklumat
berkaitan pendaftaran dan bantuan selepas proses itu. Menurut Razaleigh Muhamat,
walaupun majlis agama Islam negeri boleh mengislamkan seseorang dan
mewujudkan bantuan khas untuk mualaf, kebanyakan mereka yang ingin memeluk
Islam di negara ini lebih memilih pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau masjid
untuk melafaz dua kalimah syahadah. Tidak menjadi kesalahan memilih NGO
sebagai tempat untuk memeluk agama Islam tetapi ia wajar disusuli dengan
pendaftaran di pejabat agama daerah atau negeri sebagai tanda merasmikan
pengislaman muallaf.
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015)
690
Bagi menangani isu murtad dalam kalangan muallaf, proses pengislaman perlu
diperketatkan dengan cara yang betul. Sebagai contoh, faktor utama yang mendorong
muallaf untuk memeluk Islam ialah kerana faktor perkahwinan. Pihak majlis agama
Islam negeri berhak untuk memperketatkan proses pengislaman saudara baru bagi
mendidik muallaf supaya memeluk Islam dengan ikhlas dan ingin mendalami Islam
dan bukan sahaja faktor perkahwinan serta untuk mendapatkan bantuan semata-mata.
Penerapan ilmu agama yang mantap dapat menghindarkan golongn ini daripada isu
murtad (Che Mohd Noor Lee, 2014).
PUNCA UTAMA YANG MENYUMBANG KEPADA ISU DAN MASALAH
DALAM KALANGAN MUALLAF
Masalah utama yang menjadi ancaman kepada muallaf ialah murtad. Secara
umumnya, terdapat banyak punca yang boleh mendorong berlakunya gejala murtad.
Antara puncanya ialah kurang pengetahuan tentang agama Islam. Kebanyakan
muallaf yang baru memeluk Islam akan diberikan kursus oleh pihak Majlis Agama
Islam dan pihak-pihak tertentu. Namun, terdapat sebahagian daripada mereka yang
tidak hadir dalam kursus yang disediakan. Selain itu, punca lain yang mendorong
berlakunya murtad dalam kalangan muallaf ialah disebabkan oleh orang Islam
sendiri yang telah berkahwin dengan saudara baru tetapi tidak membimbing
pasangan mereka mengenai Islam. Kebanyakan kes muallaf yang murtad selepas
bercerai dengan pasangannya yang beragama Islam. Peranan suami atau isteri yang
berkahwin dengan saudara baru perlu ditekankan agar mereka sentiasa mendidik dan
membimbing saudara baru dalam mengenali Islam dengan lebih mendalam. Namun,
masih terdapat dalam kalangan orang Islam itu sendiri yang lalai dalam melakukan
perintah dan larangan Allah SWT.
Selain itu, salah faham tentang agama Islam, kemiskinan serta membesar dalam
keluarga bukan Islam dan desakan hutang yang menghimpit menjadi punca kepada
murtadnya para muallaf. Sebagai contoh, bebanan hutang yang menghimpit telah
menyukarkan mereka untuk meneruskan hidup dan sebagai alternatif, mereka
meminta bantuan dari pihak gereja yang memberi bantuan kepada orang Islam yang
lemah pegangan iman dan akidahnya dari segi keperluan hidup. Hal ini berlaku
kerana, terdapat muallaf yang tidak menerima bantuan setelah memeluk agama
Islam.
Menurut Aidit Ghazali dan Zulkifli Abd Majid (2013), pengetahuan muallaf terhadap
bantuan-bantuan yang disediakan oleh pusat zakat Selangor ialah pada tahap yang
kurang memuaskan kecuali pada program-program yang wajib diikuti oleh mereka.
Hal ini berlaku kerana kurangnya hebahan terhadap skim-skim bantuan zakat oleh
institusi zakat. Di Selangor, isu ini tidak akan timbul jika seseorang yang memeluk
Islam itu mengikuti kursus asas muallaf yang diwajibkan oleh MAIS secara
konsisten (Siti Hamisah Manan, 2015). Dengan menghadiri kursus itu, mereka secara
tidak langsung akan mendapat maklumat dan penerangan khas tentang bantuan yang
boleh dipohon, selain dapat mendalami ilmu agama.
Terdapat muallaf yang membuat aduan tidak menerima bantuan zakat walaupun
sudah lama memeluk agama Islam. Walaupun majlis agama Islam negeri boleh
mengislamkan seseorang dan mewujudkan bantuan khas untuk mualaf, kebanyakan
mereka yang ingin memeluk Islam di negara ini lebih suka memilih pertubuhan
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015)
691
bukan kerajaan (NGO) atau masjid untuk melafaz dua kalimah syahadah dan butiran
diri mereka tiada dalam rekod pihak berkuasa, tiada dalam statistik dan seterusnya
terlepas peluang menerima zakat asnaf mualaf yang diperuntukkan untuk mereka
(Razaleigh Muhamat, 2015). Tidak salah untuk memilih NGO bagi memeluk Islam
tetapi ia wajar disusuli dengan pendaftaran di pejabat agama daerah atau negeri
sebagai tanda 'merasmikan' pengislaman mereka. Hanya dengan mendaftar dengan
institusi agama peringkat negeri atau beberapa saluran berwibawa lain sahaja akan
melayakkan seseorang mendapat bantuan yang ditawarkan. Mereka juga akan
diberikan kad mualaf.
KESIMPULAN DAN CADANGAN
Kesimpulannya, zakat merupakan salah satu dana yang boleh membantu muallaf
dalam memulakan hidup baru mereka sebagai umat Islam. Zakat juga berperanan
mengurangkan beban saudara baru sekiranya mereka menghadapi masalah dalam
kehidupan baru. Tidak dapat dinafikan bahawa institusi zakat telah memainkan
peranan dalam mengagihkan zakat kepada semual asnaf termasuk juga muallaf.
Dalam aspek pengurusan, pengurusan saudara baru merupakan satu perkara yang
sangat penting bagi memastikan kedua-dua pihak iaitu pengurus zakat dan muallaf
mengetahui tugas-tugas dan hak mereka. Orang awam juga perlu didedahkan dengan
pengurusan saudara baru yang betul agar mereka tidak terus menuduh institusi zakat
tidak melaksanakan tugas dengan baik. Memperkemas dan menambahbaik sistem
pemantauan (follow up) bagi muallaf yang pernah menerima zakat perlu dilakukan
agar selari dengan perkembangan teknologi terkini.
Segala urusan yang berkaitan dengan pemberian bantuan zakat kepada muallaf perlu
diuruskan dengan sistematik dan teratur. Pihak institusi zakat dan majlis agama Islam
negeri perlu memastikan kakitangan yang bertugas adalah mencukupi dan mahir
untuk memastikan proses pengagihan zakat kepada muallaf yang telah diatur berjalan
dengan lancar. Setiap aduan yang diterima daripada saudara baru mengenai masalah
mereka selepas memeluk Islam perlu disiasat oleh institusi zakat dan
penambahbaikan perlu dilakukan bagi memastikan kebajikan muallaf terjaga.
Sistem pengajian muallaf yang sistematik dan komprehensif perlu disusun atur.
Pengajian mengikut tahap kefahaman muallaf secara teratur akan dapat memastikan
muallaf mendapat input yang bersesuaian dengan tahap kefahaman mereka. Mereka
yang memeluk Islam terdiri daripada pelbagai tahap pendidikan, justeru tenaga
pengajar yang dilantik oleh MAIS juga perlu setaraf dengan tahap pendidikan
muallaf, ini perlu bagi memastikan muallaf yang berpendidikan tinggi menerima
input yang sesuai dengan tahap pemikiran mereka.
Perkara yang perlu ditekankan di sini adalah semua pihak di setiap lapisan
masyarakat mempunyai tanggungjawab dalam membantu muallaf. Kepentingan dan
tanggungjawab memelihara akidah umat Islam adalah menjadi pokok utama bagi
agama Islam. Oleh itu, umat Islam hendaklah mempunyai akidah yang mantap dan
syariat serta akhlak yang jelas berpaksikan al-Quran dan as-Sunnah agar dapat
menjadi individu muslim yang terbaik dan mendapat keberkatan daripada Allah
SWT.
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015)
692
RUJUKAN
Al-Zuhailiy, Wahbah. (1991). Al-Tafsir al-Munir fi al-‘Aqidah wa al-Syari’ah wa al-
Manhaj, Jld. 10. Beirut: Daral-Fikr al-Mu’asir.
Asnaf Zakat. Lembaga Zakat Selangor. Diakses pada 13 November 2015 dari
http://www.zakatselangor.com.my/info-agihan/info-agihan-2/.
Che Mohd Lee (2014), Isu murtad saudara baru : faktor dan langkah Majlis Agama
Islam Selangor (MAIS) menangani isu murtad saudara baru, Klang,
Selangor.
Ghazali, Aizat,Abd Hamid, Zulkifli (2013), Kajian berkaitan kepuasan responen
terhadap program bantuan kepada muallaf Selangor. Persidangan
Antarabangsa Pembangunan Muallaf 2013, Kolej Universiti Islam
Antarabangsa Selangor.
Izra Abd Rahman & Sofea Susan (2015), Maklumat lengkap mudahkan proses
bantuan mualaf-NGO. Diakses pada 14 November 2015 dari
http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2015/11/05/ngo-mualaf-
perlu-inisiatif/.
Izra Abd Rahman & Sofea Susan (2015), Tiada syarat khas pengislaman punca
bantuan mualaf tercicir - ahli akademik, Diakses pada 14 November 2015
dari http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2015/11/05/ngo-
mualaf-perlu-inisiatif/.
Mohd Mahyeddin M.Salleh, Nisar M.Ahmad, Azman Ab.Rahman (2013), Peranan
zakat dalam mengatasi masalah murtad di kalangan muallaf di Malaysia :
satu tinjauan awal. Jurnal Pengurusan JAWHAR, 1(2).
Nurul Afifah Musameh & Siti Aisyah Hadi (2014), Isu murtad dalam kalangan
saudara baru : satu kajian di negeri Selangor, UKM.

More Related Content

What's hot

Muhammad Fathullah al Haq; Satu Sorotan Awal
Muhammad Fathullah al Haq; Satu Sorotan AwalMuhammad Fathullah al Haq; Satu Sorotan Awal
Muhammad Fathullah al Haq; Satu Sorotan Awalidmac2015
 
Mohd Faiz Mohamed Yusof, Nurhanani Romli & Joni Tamkin Borhan
Mohd Faiz Mohamed Yusof, Nurhanani Romli & Joni Tamkin BorhanMohd Faiz Mohamed Yusof, Nurhanani Romli & Joni Tamkin Borhan
Mohd Faiz Mohamed Yusof, Nurhanani Romli & Joni Tamkin Borhanidmac2015
 
Presentation economy islam
Presentation economy islamPresentation economy islam
Presentation economy islamUNISZA
 
MPU Report - Islam Hadhari dan Satu Malaysia
MPU Report - Islam Hadhari dan Satu MalaysiaMPU Report - Islam Hadhari dan Satu Malaysia
MPU Report - Islam Hadhari dan Satu MalaysiaJoe Onn Lim
 
Tajuk umum tugasan k3 sej bab 4
Tajuk umum tugasan k3 sej bab 4Tajuk umum tugasan k3 sej bab 4
Tajuk umum tugasan k3 sej bab 4khaty1506
 
CTU 551: Pengaruh Islam Dalam Bidang Sosio - Budaya Masyarakat Melayu Di Mala...
CTU 551: Pengaruh Islam Dalam Bidang Sosio - Budaya Masyarakat Melayu Di Mala...CTU 551: Pengaruh Islam Dalam Bidang Sosio - Budaya Masyarakat Melayu Di Mala...
CTU 551: Pengaruh Islam Dalam Bidang Sosio - Budaya Masyarakat Melayu Di Mala...MOHD ZAHID ABDUL TALIB
 
Bab 3A Politik Zaman Rasulullah SAW
Bab 3A  Politik Zaman Rasulullah SAWBab 3A  Politik Zaman Rasulullah SAW
Bab 3A Politik Zaman Rasulullah SAWEzad Azraai Jamsari
 
Pngurusan islam
Pngurusan islamPngurusan islam
Pngurusan islamNur Fahana
 
Sejarah Soalan & Skema Jawapan Kertas 3 (Tingkatan 4)
Sejarah Soalan & Skema Jawapan Kertas 3 (Tingkatan 4)Sejarah Soalan & Skema Jawapan Kertas 3 (Tingkatan 4)
Sejarah Soalan & Skema Jawapan Kertas 3 (Tingkatan 4)LittleBieb12
 

What's hot (10)

Muhammad Fathullah al Haq; Satu Sorotan Awal
Muhammad Fathullah al Haq; Satu Sorotan AwalMuhammad Fathullah al Haq; Satu Sorotan Awal
Muhammad Fathullah al Haq; Satu Sorotan Awal
 
Mohd Faiz Mohamed Yusof, Nurhanani Romli & Joni Tamkin Borhan
Mohd Faiz Mohamed Yusof, Nurhanani Romli & Joni Tamkin BorhanMohd Faiz Mohamed Yusof, Nurhanani Romli & Joni Tamkin Borhan
Mohd Faiz Mohamed Yusof, Nurhanani Romli & Joni Tamkin Borhan
 
Presentation economy islam
Presentation economy islamPresentation economy islam
Presentation economy islam
 
MPU Report - Islam Hadhari dan Satu Malaysia
MPU Report - Islam Hadhari dan Satu MalaysiaMPU Report - Islam Hadhari dan Satu Malaysia
MPU Report - Islam Hadhari dan Satu Malaysia
 
Kertas 3 sejarah ting.4
Kertas 3 sejarah ting.4Kertas 3 sejarah ting.4
Kertas 3 sejarah ting.4
 
Tajuk umum tugasan k3 sej bab 4
Tajuk umum tugasan k3 sej bab 4Tajuk umum tugasan k3 sej bab 4
Tajuk umum tugasan k3 sej bab 4
 
CTU 551: Pengaruh Islam Dalam Bidang Sosio - Budaya Masyarakat Melayu Di Mala...
CTU 551: Pengaruh Islam Dalam Bidang Sosio - Budaya Masyarakat Melayu Di Mala...CTU 551: Pengaruh Islam Dalam Bidang Sosio - Budaya Masyarakat Melayu Di Mala...
CTU 551: Pengaruh Islam Dalam Bidang Sosio - Budaya Masyarakat Melayu Di Mala...
 
Bab 3A Politik Zaman Rasulullah SAW
Bab 3A  Politik Zaman Rasulullah SAWBab 3A  Politik Zaman Rasulullah SAW
Bab 3A Politik Zaman Rasulullah SAW
 
Pngurusan islam
Pngurusan islamPngurusan islam
Pngurusan islam
 
Sejarah Soalan & Skema Jawapan Kertas 3 (Tingkatan 4)
Sejarah Soalan & Skema Jawapan Kertas 3 (Tingkatan 4)Sejarah Soalan & Skema Jawapan Kertas 3 (Tingkatan 4)
Sejarah Soalan & Skema Jawapan Kertas 3 (Tingkatan 4)
 

Viewers also liked

M. Khoirul Fahmi
M. Khoirul FahmiM. Khoirul Fahmi
M. Khoirul Fahmiidmac2015
 
Rhetorical appeals identification practice
Rhetorical appeals identification practiceRhetorical appeals identification practice
Rhetorical appeals identification practicebjohnston813
 
E. E. CUMMINGS
E. E. CUMMINGSE. E. CUMMINGS
E. E. CUMMINGSjed51459
 
The play within the play in Hamlet
The play within the play in HamletThe play within the play in Hamlet
The play within the play in HamletSuperb Shehneela Naz
 
DSD-INT 2015 - Water quality forecasting with FEWS - Lora Buckman, Deltares
DSD-INT 2015 - Water quality forecasting with FEWS - Lora Buckman, DeltaresDSD-INT 2015 - Water quality forecasting with FEWS - Lora Buckman, Deltares
DSD-INT 2015 - Water quality forecasting with FEWS - Lora Buckman, DeltaresDeltares
 
GPI 1083
GPI 1083GPI 1083
GPI 1083Inbmy
 
The play within_the_play__the_performance_of_meta_theatre_and_self_reflection...
The play within_the_play__the_performance_of_meta_theatre_and_self_reflection...The play within_the_play__the_performance_of_meta_theatre_and_self_reflection...
The play within_the_play__the_performance_of_meta_theatre_and_self_reflection...baitylos
 
Isu-Isu Perakaunan dan Ekonomi dalam Islam
Isu-Isu Perakaunan dan Ekonomi dalam IslamIsu-Isu Perakaunan dan Ekonomi dalam Islam
Isu-Isu Perakaunan dan Ekonomi dalam IslamMahyuddin Khalid
 
Bab 2 : Tamadun Islam
Bab 2 : Tamadun IslamBab 2 : Tamadun Islam
Bab 2 : Tamadun Islamwan arizwnb
 
Nota Pengajian Am Penggal 1
Nota Pengajian Am Penggal 1Nota Pengajian Am Penggal 1
Nota Pengajian Am Penggal 1Khai Khairy
 

Viewers also liked (15)

Hrk 221 pengurusan institusi keluarga 2
Hrk 221   pengurusan institusi keluarga 2Hrk 221   pengurusan institusi keluarga 2
Hrk 221 pengurusan institusi keluarga 2
 
07Resume(amit)
07Resume(amit)07Resume(amit)
07Resume(amit)
 
M. Khoirul Fahmi
M. Khoirul FahmiM. Khoirul Fahmi
M. Khoirul Fahmi
 
murknaz
murknazmurknaz
murknaz
 
Membuat blog
Membuat blogMembuat blog
Membuat blog
 
Rhetorical appeals identification practice
Rhetorical appeals identification practiceRhetorical appeals identification practice
Rhetorical appeals identification practice
 
E. E. CUMMINGS
E. E. CUMMINGSE. E. CUMMINGS
E. E. CUMMINGS
 
The play within the play in Hamlet
The play within the play in HamletThe play within the play in Hamlet
The play within the play in Hamlet
 
DSD-INT 2015 - Water quality forecasting with FEWS - Lora Buckman, Deltares
DSD-INT 2015 - Water quality forecasting with FEWS - Lora Buckman, DeltaresDSD-INT 2015 - Water quality forecasting with FEWS - Lora Buckman, Deltares
DSD-INT 2015 - Water quality forecasting with FEWS - Lora Buckman, Deltares
 
GPI 1083
GPI 1083GPI 1083
GPI 1083
 
Spe Bab6
Spe Bab6Spe Bab6
Spe Bab6
 
The play within_the_play__the_performance_of_meta_theatre_and_self_reflection...
The play within_the_play__the_performance_of_meta_theatre_and_self_reflection...The play within_the_play__the_performance_of_meta_theatre_and_self_reflection...
The play within_the_play__the_performance_of_meta_theatre_and_self_reflection...
 
Isu-Isu Perakaunan dan Ekonomi dalam Islam
Isu-Isu Perakaunan dan Ekonomi dalam IslamIsu-Isu Perakaunan dan Ekonomi dalam Islam
Isu-Isu Perakaunan dan Ekonomi dalam Islam
 
Bab 2 : Tamadun Islam
Bab 2 : Tamadun IslamBab 2 : Tamadun Islam
Bab 2 : Tamadun Islam
 
Nota Pengajian Am Penggal 1
Nota Pengajian Am Penggal 1Nota Pengajian Am Penggal 1
Nota Pengajian Am Penggal 1
 

Similar to Nur Fara Hana Abdullah

Mohd Shukri Hanapi & Zahri Hamat
Mohd Shukri Hanapi & Zahri HamatMohd Shukri Hanapi & Zahri Hamat
Mohd Shukri Hanapi & Zahri Hamatidmac2015
 
Perincian tentang tafsiran asnaf lapan dan kadar zakat yang ditetapkan kepada...
Perincian tentang tafsiran asnaf lapan dan kadar zakat yang ditetapkan kepada...Perincian tentang tafsiran asnaf lapan dan kadar zakat yang ditetapkan kepada...
Perincian tentang tafsiran asnaf lapan dan kadar zakat yang ditetapkan kepada...Umantiq Smakt
 
New Proceeding Abdul Halim
New Proceeding Abdul HalimNew Proceeding Abdul Halim
New Proceeding Abdul HalimABDUL HALIM
 
Khutbah Jumaat - Tersungkur di mahligai angan angan - 16 Jan 2015
Khutbah Jumaat - Tersungkur di mahligai angan angan - 16 Jan 2015Khutbah Jumaat - Tersungkur di mahligai angan angan - 16 Jan 2015
Khutbah Jumaat - Tersungkur di mahligai angan angan - 16 Jan 2015MOHD ARIFF AB RAZAK
 
Artikel Review : An integrated poverty alleviation model combining zakat, awq...
Artikel Review : An integrated poverty alleviation model combining zakat, awq...Artikel Review : An integrated poverty alleviation model combining zakat, awq...
Artikel Review : An integrated poverty alleviation model combining zakat, awq...Maq Shafie
 
Lmcp 1552 , tugasan 3 (noraini bt md husin , a170015)
Lmcp 1552 , tugasan 3 (noraini bt md husin , a170015)Lmcp 1552 , tugasan 3 (noraini bt md husin , a170015)
Lmcp 1552 , tugasan 3 (noraini bt md husin , a170015)NorainiHusin1
 
industry report
industry reportindustry report
industry reportana amnah
 
Syarifah Md Yusof
Syarifah Md YusofSyarifah Md Yusof
Syarifah Md Yusofidmac2015
 
Pelan Pembangunan Kajang-Bangi
Pelan Pembangunan Kajang-BangiPelan Pembangunan Kajang-Bangi
Pelan Pembangunan Kajang-Bangiwafiyah
 
Pemikiran mazhab dalam islam
Pemikiran mazhab dalam islamPemikiran mazhab dalam islam
Pemikiran mazhab dalam islammhd amin omar
 
Perkembangan pendidikan islam
Perkembangan pendidikan islamPerkembangan pendidikan islam
Perkembangan pendidikan islamJeinorvay Vit
 
Yusliamir Mohd Yusoff
Yusliamir Mohd YusoffYusliamir Mohd Yusoff
Yusliamir Mohd Yusoffidmac2015
 
Bab 5 pengaruh_mazhab_syafie_dalam_pengeluaran_fatwa_di_malaysia
Bab 5 pengaruh_mazhab_syafie_dalam_pengeluaran_fatwa_di_malaysiaBab 5 pengaruh_mazhab_syafie_dalam_pengeluaran_fatwa_di_malaysia
Bab 5 pengaruh_mazhab_syafie_dalam_pengeluaran_fatwa_di_malaysiawmkfirdaus
 
Khutbah Jumaat - Sejahterakan Selangor Dengan Dakwah - 23 Jan 2015
Khutbah Jumaat - Sejahterakan Selangor Dengan Dakwah - 23 Jan 2015Khutbah Jumaat - Sejahterakan Selangor Dengan Dakwah - 23 Jan 2015
Khutbah Jumaat - Sejahterakan Selangor Dengan Dakwah - 23 Jan 2015MOHD ARIFF AB RAZAK
 

Similar to Nur Fara Hana Abdullah (20)

Mohd Shukri Hanapi & Zahri Hamat
Mohd Shukri Hanapi & Zahri HamatMohd Shukri Hanapi & Zahri Hamat
Mohd Shukri Hanapi & Zahri Hamat
 
Perincian tentang tafsiran asnaf lapan dan kadar zakat yang ditetapkan kepada...
Perincian tentang tafsiran asnaf lapan dan kadar zakat yang ditetapkan kepada...Perincian tentang tafsiran asnaf lapan dan kadar zakat yang ditetapkan kepada...
Perincian tentang tafsiran asnaf lapan dan kadar zakat yang ditetapkan kepada...
 
New Proceeding Abdul Halim
New Proceeding Abdul HalimNew Proceeding Abdul Halim
New Proceeding Abdul Halim
 
Khutbah Jumaat - Tersungkur di mahligai angan angan - 16 Jan 2015
Khutbah Jumaat - Tersungkur di mahligai angan angan - 16 Jan 2015Khutbah Jumaat - Tersungkur di mahligai angan angan - 16 Jan 2015
Khutbah Jumaat - Tersungkur di mahligai angan angan - 16 Jan 2015
 
Artikel Review : An integrated poverty alleviation model combining zakat, awq...
Artikel Review : An integrated poverty alleviation model combining zakat, awq...Artikel Review : An integrated poverty alleviation model combining zakat, awq...
Artikel Review : An integrated poverty alleviation model combining zakat, awq...
 
Syuhanna(psm viva)
Syuhanna(psm viva)Syuhanna(psm viva)
Syuhanna(psm viva)
 
Lmcp 1552 , tugasan 3 (noraini bt md husin , a170015)
Lmcp 1552 , tugasan 3 (noraini bt md husin , a170015)Lmcp 1552 , tugasan 3 (noraini bt md husin , a170015)
Lmcp 1552 , tugasan 3 (noraini bt md husin , a170015)
 
Mapan dalam islam
Mapan dalam islamMapan dalam islam
Mapan dalam islam
 
industry report
industry reportindustry report
industry report
 
tokoh Ekonomi islam
tokoh Ekonomi islamtokoh Ekonomi islam
tokoh Ekonomi islam
 
Sistem muamalah islam
Sistem muamalah islamSistem muamalah islam
Sistem muamalah islam
 
Syarifah Md Yusof
Syarifah Md YusofSyarifah Md Yusof
Syarifah Md Yusof
 
Pelan Pembangunan Kajang-Bangi
Pelan Pembangunan Kajang-BangiPelan Pembangunan Kajang-Bangi
Pelan Pembangunan Kajang-Bangi
 
Pemikiran mazhab dalam islam
Pemikiran mazhab dalam islamPemikiran mazhab dalam islam
Pemikiran mazhab dalam islam
 
Perkembangan pendidikan islam
Perkembangan pendidikan islamPerkembangan pendidikan islam
Perkembangan pendidikan islam
 
Surat tajaan jm
Surat tajaan jmSurat tajaan jm
Surat tajaan jm
 
Yusliamir Mohd Yusoff
Yusliamir Mohd YusoffYusliamir Mohd Yusoff
Yusliamir Mohd Yusoff
 
Bab 5 pengaruh_mazhab_syafie_dalam_pengeluaran_fatwa_di_malaysia
Bab 5 pengaruh_mazhab_syafie_dalam_pengeluaran_fatwa_di_malaysiaBab 5 pengaruh_mazhab_syafie_dalam_pengeluaran_fatwa_di_malaysia
Bab 5 pengaruh_mazhab_syafie_dalam_pengeluaran_fatwa_di_malaysia
 
Khutbah Jumaat - Sejahterakan Selangor Dengan Dakwah - 23 Jan 2015
Khutbah Jumaat - Sejahterakan Selangor Dengan Dakwah - 23 Jan 2015Khutbah Jumaat - Sejahterakan Selangor Dengan Dakwah - 23 Jan 2015
Khutbah Jumaat - Sejahterakan Selangor Dengan Dakwah - 23 Jan 2015
 
Penghargaa1
Penghargaa1Penghargaa1
Penghargaa1
 

More from idmac2015

Zakaria Bahari
Zakaria Bahari Zakaria Bahari
Zakaria Bahari idmac2015
 
Moh. Qudsi Fauzy & Lusiana Ulfa Hardinawati
Moh. Qudsi Fauzy & Lusiana Ulfa HardinawatiMoh. Qudsi Fauzy & Lusiana Ulfa Hardinawati
Moh. Qudsi Fauzy & Lusiana Ulfa Hardinawatiidmac2015
 
Firmansyah Aditama & Irham Zaki
Firmansyah Aditama & Irham ZakiFirmansyah Aditama & Irham Zaki
Firmansyah Aditama & Irham Zakiidmac2015
 
Nur Farhanim Mustaffa
Nur Farhanim MustaffaNur Farhanim Mustaffa
Nur Farhanim Mustaffaidmac2015
 
Emy Kholifah
Emy KholifahEmy Kholifah
Emy Kholifahidmac2015
 
Malik Abdul Jabbar Zen, Ade Irma Diana & Khoirul Zadid Taqwa
Malik Abdul Jabbar Zen, Ade Irma Diana & Khoirul Zadid TaqwaMalik Abdul Jabbar Zen, Ade Irma Diana & Khoirul Zadid Taqwa
Malik Abdul Jabbar Zen, Ade Irma Diana & Khoirul Zadid Taqwaidmac2015
 
Raziah Md Tahir
Raziah Md TahirRaziah Md Tahir
Raziah Md Tahiridmac2015
 
Nurul Qomariah
Nurul QomariahNurul Qomariah
Nurul Qomariahidmac2015
 
Diana Dwi Astuti
Diana Dwi AstutiDiana Dwi Astuti
Diana Dwi Astutiidmac2015
 
Eka Yuniarti & Dina Fitrisia Septiarini
Eka Yuniarti & Dina Fitrisia Septiarini Eka Yuniarti & Dina Fitrisia Septiarini
Eka Yuniarti & Dina Fitrisia Septiarini idmac2015
 
Nurhanai Romli, Mohd Faiz Mohamed Yusof, Fahimah Mohd Razif & Ahmad Aznan Sul...
Nurhanai Romli, Mohd Faiz Mohamed Yusof, Fahimah Mohd Razif & Ahmad Aznan Sul...Nurhanai Romli, Mohd Faiz Mohamed Yusof, Fahimah Mohd Razif & Ahmad Aznan Sul...
Nurhanai Romli, Mohd Faiz Mohamed Yusof, Fahimah Mohd Razif & Ahmad Aznan Sul...idmac2015
 
Azhar Mohamad & Imtiaz Mohammad Sifat
Azhar Mohamad & Imtiaz Mohammad SifatAzhar Mohamad & Imtiaz Mohammad Sifat
Azhar Mohamad & Imtiaz Mohammad Sifatidmac2015
 
Aminullah Elhady
Aminullah ElhadyAminullah Elhady
Aminullah Elhadyidmac2015
 
Surita Hartini Mat Hassan
Surita Hartini Mat HassanSurita Hartini Mat Hassan
Surita Hartini Mat Hassanidmac2015
 
Hayati Saleh
Hayati SalehHayati Saleh
Hayati Salehidmac2015
 
Mutiara Dwi Sari
Mutiara Dwi SariMutiara Dwi Sari
Mutiara Dwi Sariidmac2015
 
Murni Yusoff
Murni YusoffMurni Yusoff
Murni Yusoffidmac2015
 
Shaik Abdullah Hassan Mydin
Shaik Abdullah Hassan Mydin Shaik Abdullah Hassan Mydin
Shaik Abdullah Hassan Mydin idmac2015
 
Che Khadijah Hamid
Che Khadijah HamidChe Khadijah Hamid
Che Khadijah Hamididmac2015
 
Yani Dahliani
Yani DahlianiYani Dahliani
Yani Dahlianiidmac2015
 

More from idmac2015 (20)

Zakaria Bahari
Zakaria Bahari Zakaria Bahari
Zakaria Bahari
 
Moh. Qudsi Fauzy & Lusiana Ulfa Hardinawati
Moh. Qudsi Fauzy & Lusiana Ulfa HardinawatiMoh. Qudsi Fauzy & Lusiana Ulfa Hardinawati
Moh. Qudsi Fauzy & Lusiana Ulfa Hardinawati
 
Firmansyah Aditama & Irham Zaki
Firmansyah Aditama & Irham ZakiFirmansyah Aditama & Irham Zaki
Firmansyah Aditama & Irham Zaki
 
Nur Farhanim Mustaffa
Nur Farhanim MustaffaNur Farhanim Mustaffa
Nur Farhanim Mustaffa
 
Emy Kholifah
Emy KholifahEmy Kholifah
Emy Kholifah
 
Malik Abdul Jabbar Zen, Ade Irma Diana & Khoirul Zadid Taqwa
Malik Abdul Jabbar Zen, Ade Irma Diana & Khoirul Zadid TaqwaMalik Abdul Jabbar Zen, Ade Irma Diana & Khoirul Zadid Taqwa
Malik Abdul Jabbar Zen, Ade Irma Diana & Khoirul Zadid Taqwa
 
Raziah Md Tahir
Raziah Md TahirRaziah Md Tahir
Raziah Md Tahir
 
Nurul Qomariah
Nurul QomariahNurul Qomariah
Nurul Qomariah
 
Diana Dwi Astuti
Diana Dwi AstutiDiana Dwi Astuti
Diana Dwi Astuti
 
Eka Yuniarti & Dina Fitrisia Septiarini
Eka Yuniarti & Dina Fitrisia Septiarini Eka Yuniarti & Dina Fitrisia Septiarini
Eka Yuniarti & Dina Fitrisia Septiarini
 
Nurhanai Romli, Mohd Faiz Mohamed Yusof, Fahimah Mohd Razif & Ahmad Aznan Sul...
Nurhanai Romli, Mohd Faiz Mohamed Yusof, Fahimah Mohd Razif & Ahmad Aznan Sul...Nurhanai Romli, Mohd Faiz Mohamed Yusof, Fahimah Mohd Razif & Ahmad Aznan Sul...
Nurhanai Romli, Mohd Faiz Mohamed Yusof, Fahimah Mohd Razif & Ahmad Aznan Sul...
 
Azhar Mohamad & Imtiaz Mohammad Sifat
Azhar Mohamad & Imtiaz Mohammad SifatAzhar Mohamad & Imtiaz Mohammad Sifat
Azhar Mohamad & Imtiaz Mohammad Sifat
 
Aminullah Elhady
Aminullah ElhadyAminullah Elhady
Aminullah Elhady
 
Surita Hartini Mat Hassan
Surita Hartini Mat HassanSurita Hartini Mat Hassan
Surita Hartini Mat Hassan
 
Hayati Saleh
Hayati SalehHayati Saleh
Hayati Saleh
 
Mutiara Dwi Sari
Mutiara Dwi SariMutiara Dwi Sari
Mutiara Dwi Sari
 
Murni Yusoff
Murni YusoffMurni Yusoff
Murni Yusoff
 
Shaik Abdullah Hassan Mydin
Shaik Abdullah Hassan Mydin Shaik Abdullah Hassan Mydin
Shaik Abdullah Hassan Mydin
 
Che Khadijah Hamid
Che Khadijah HamidChe Khadijah Hamid
Che Khadijah Hamid
 
Yani Dahliani
Yani DahlianiYani Dahliani
Yani Dahliani
 

Nur Fara Hana Abdullah

  • 1. ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 685 PERANAN ZAKAT DALAM MENGATASI ISU DAN MASALAH DALAM KALANGAN MUALLAF DI MALAYSIA1 Nur Fara Hana Abdullah2 Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV) Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang Emel: fara_hana05@yahoo.com.my Abstrak Golongan muallaf merupakan asnaf yang layak menerima zakat sebagaimana yang disebut dalam al-Quran. Bilangan muallaf di Malaysia semakin bertambah dan menjadikan peranan serta tanggungjawab institusi zakat semakin besar dan penting. Terdapat keperluan untuk menjamin muallaf supaya tidak terjebak kepada gejala murtad yang menjadi ancaman utama kepada mereka. Murtad merupakan salah satu daripada kesalahan hudud yang boleh membawa kepada ancaman besar kepada akidah umat Islam. Selain itu, terdapat juga pelbagai isu dan masalah yang melibatkan golongan muallaf seperti tidak mendapat bantuan zakat, kurang kefahaman terhadap ajaran Islam dan sebagainya. Justeru, kertas kerja ini juga akan melihat peranan zakat dalam membantu muallaf di Malaysia. Kedua, kertas kerja ini juga akan melihat peranan zakat dalam mengatasi masalah dan isu dalam kalangan muallaf. Kaedah penjelasan dilakukan dengan menggunakan sumber data kepustakaan dan penganalisisan analisis kandungan. Kajian ini dapat memberi gambaran yang jelas kepada masyarakat tentang peranan zakat oleh institusi zakat dalam menyelesaikan isu serta masalah yang berkaitan muallaf di Malaysia. 1 Kertas kerja ini dibentangkan The 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) anjuran Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV), Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang. 2 Nur Fara Hana Binti Abdullah ialah Pelajar Ijazah Sarjana Pengurusan Pembangunan Islam di Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (isdev), Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang.
  • 2. ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 686 PENDAHULUAN Allah SWT telah meletakkan kedudukan asnaf muallaf dalam al-quran (Surah al- Taubah: 60) sebagai penerima zakat pada posisi keempat dimulai asnaf fakir, miskin, amil dan muallaf yang disebut sebagai “muallafah qulubuhum”. Matlamat utama pengagihan zakat kepada asnaf muallaf adalah untuk mendekatkan lagi hati mereka yang telah dijinakkan kepada Islam. Pemberian zakat diharapkan dapat menjaga kebajikan para muallaf sekaligus dapat menjadi instrumen dakwah yang berkesan. Isu murtad dalam kalangan muallaf sering berlaku. Sebahagian besar permohonan yang diterima untuk keluar Islam terdiri daripada golongan saudara baru.3 Antara faktor berlakunya gejala murtad ialah masalah kemiskinan, kesempitan hidup dan juga kurang ilmu mengenai Islam. Selain daripada lemah pegangan agama serta jahil mengenai hukum hakam dan akidah, faktor kegagalan perkahwinan juga boleh mendorong seseorang muallaf itu menjadi murtad. Selain itu, antara isu yang melibatkan muallaf ialah berkaitan dengan isu muallaf tidak mendapat bantuan setelah memeluk Islam, kurangnya pengetahuan muallaf terhadap skim-skim bantuan yang disediakan,4 kurang kafahaman terhadap ajaran Islam dan sebagainya. Pengagihan zakat secara sistematik telah terbukti mampu untuk membebaskan umat Islam daripada kepompong kemiskinan. Secara umumnya, golongan muallaf termasuk dalam salah satu daripada asnaf yang layak menerima zakat sepertimana yang dinyatakan di dalam al-Quran. Pengagihan zakat kepada golongan muallaf walaupun bukan dalam jumlah yang besar tetapi mampu untuk membantu mereka daripada sudut kewangan. Bagi menjawab persoalan mengenai fungsi zakat dalam membendung masalah murtad dan isu serta masalah yang dihadapi muallaf, maka kertas kerja ini akan meneliti secara lebih mendalam tentang peranan zakat dalam pengagihan bantuan kepada muallaf di Malaysia serta hubungkaitnya dalam mengatasi masalah dan isu yang berlaku dalam kalangan muallaf. DEFINISI MUALLAF Perkataan muallaf secara literalnya berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud, orang yang dijinakkan’, sementara dalam konteks yang lebih spesifik, ia merujuk kepada mereka yang dijinakkan hatinya dengan Islam atau mula berjinak- jinak dan mengenali Islam atau di peringkat awal memeluk Islam. 3 Norain Saleh (2011), Mufti: Ramai mualaf yang pohon murtad. Malaysiakini.com. diakses pada 13 November 2015 dari http://www.malaysiakini.com/news/167179. 4 Azman Ab Rahman, Ummu Salamah Ahmad & Tengku Mansur (2014), Skim bantuan zakat kepada muallaf oleh institusi zakat di Malaysia: satu tindakan awal, Seminar Antarabangsa Masjid Zakat & Waqaf 2014 (I-MAF), 1-2 Disember 2014, Kuala Lumpur.
  • 3. ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 687 Mazhab Shafie mendefinisikan muallaf sebagai orang yang dijinakkan atau dilembutkan hatinya yang telah memeluk Islam. Ini menunjukkan definisi muallaf bagi mazhab Shafie terbatas kepada muslim sahaja. Pandangan al-Qaradawi pula menyatakan bahawa muallaf ialah orang yang dilembutkan hatinya dengan harapan mereka akan condong kepada Islam atau menguatkan imannya atau menghentikan kejahatan mereka terhadap orang Islam atau diharapkan dapat mengambil manfaat mereka semasa mempertahankan diri daripada mereka atau menolong mereka semasa menentang musuh mereka dan sebagainya (al-Qardawi, 2000 : 594). Lembaga Zakat Selangor mendefinisikan muallaf sebagai seseorang yang baru memeluk Islam atau seseorang yang dijinakkan hatinya dalam kalangan mereka yang belum memeluk agama Islam atau yang perlu ditarik simpatinya kepada Islam atau diharap dapat membela orang Islam atau yang perlu diamankan kejahatannya terhadap orang Islam.5 SKIM BANTUAN ZAKAT KEPADA MUALLAF DI MALAYSIA Zakat diagihkan kepada muallaf melalui skim-skim bantuan yang disediakan oleh Majlis Agama Islam dan Pusat Zakat Negeri . Skim-skim bantuan tersebut adalah seperti berikut: Jadual 1: Jenis-Jenis Skim Agihan Atau Bantuan Di Malaysia MALAYSIA Jenis dan Skim Agihan/Bantuan 1) Pulau Pinang 2) Selangor 3) Kedah 4) Terangganu 5) Johor 6) Negeri Sembilan 7) Pahang 8) Melaka 9) Sabah 10) Perlis 11) Perak 12) Kelantan 13) Sarawak 14) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 15) JAWHAR 1) Bantuan Pendidikan 2) Bantuan Perkahwinan 3) Bantuan Kewangan Bulanan 4) Bantuan Modal Perniagaan 5) Bantuan Rawatan/Perubatan 6) Bantuan Pengurusan Jenazah 7) Bantuan Rumah -sewa rumah -membaik pulih rumah -membina rumah 8) Bantuan Berkhatan 9) Saguhati Memeluk Agama Islam 10) Saguhati Hari Raya 11) Program Kelas Bimbingan Saudara Baru 12) Program Kursus dan Latihan 13) Kursus Dakwah dan Kepimpinan 14) Elaun Kelas Agama 15) Elaun Guru Kelas Agama 5 Penerima Agihan Zakat. Diakses pada 13 November 2015 dari http://www.zakatselangor.com.my/info-agihan/info-agihan-2/.
  • 4. ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 688 Jadual 1 menunjukkan jenis dan skim bantuan agihan zakat kepada muallaf di Malaysia. Semua skim bantuan ini mempunyai perbezaan yang ketara di setiap negeri. Terdapat Majlis Agama Islam Negeri yang menyenaraikan skim bantuan zakat kepada muallaf secara terperinci dan sebahagiannya hanya menyenaraikan skim bantuan ini secara umum. Contoh yang sangat jelas ialah Tabung Baitulmal Sarawak dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan yang menyenaraikan secara umum skim-skim mengikut bentuk bantuan seperti bantuan sosial, pendidikan, ekonomi dan kebajikan yang melibatkan ke semua asnaf yang lain. Skim-skim bantuan yang disediakan kepada muallaf adalah bertujuan untuk meningkatkan tahap kefahaman mereka tentang Islam. Perkara yang amat penting yang harus ditekankan adalah tentang penyampaian maklumat terhadap bantuan- bantuan yang telah disediakan kepada muallaf. Kewujudan skim-skim bantuan kepada muallaf ini dilihat sebagai satu usaha yang baik dari pihak-pihak yang terlibat sekaligus membuktikan keprihatinan mereka dalam memelihara kepentingan dan hak-hak muallaf sebagai salah satu asnaf yang layak menerima zakat. Melihat kepada skim-skim yang disediakan, pengagihan zakat kepada muallaf ini tertumpu kepada memenuhi keperluan asas yang amat diperlukan seperti bantuan tempat tinggal dan bantuan sara hidup. Aspek permantapan akidah dan kefahaman agama memainkan peranan yang amat penting bagi memastikan para muallaf mendapat bimbingan yang sempurna dan tidak mudah untuk kembali kepada agama asal mereka. Fokus yang utama harus diberikan kepada pembinaan akidah muallaf lebih daripada bantuan-bantuan yang bersifat material. Setiap negeri di Malaysia meletakkan tempoh had panggilan muallaf melalui keputusan Jawatankuasa Fatwa negeri masing-masing. Negeri Selangor telah menetapkan tempoh muallaf selama 5 tahun manakala Pahang dan Terengganu selama 7 tahun. Selain itu, negeri Sabah memutuskan bahawa had tempoh 5 tahun hingga 7 tahun untuk panggilan muallaf. Negeri-negeri lain tidak menetapkan tempoh panggilan muallaf yang membolehkan asnaf muallaf untuk terus menerima zakat sehingga diputuskan oleh pihak zakat selama mana mereka dapat menerima bantuan. Setiap negeri berhak dalam menentukan keputusan dalam penentuan tempoh penyelarasan tempoh panggilan muallaf dan mempunyai alasan tersendiri dalam keputusan masing-masing. PERANAN ZAKAT DALAM MENGATASI ISU DAN MASALAH DALAM KALANGAN MUALLAF Zakat merupakan rukun Islam ketiga yang wajib ditunaikan oleh setiap individu Muslim di seluruh dunia. Kutipan hasil zakat yang telah ditunaikan ini akan dikumpul oleh pihak yang berkuasa dan akan diagihkan kepada beberapa asnaf yang berhak menerima zakat. Pentadbiran zakat terbahagi kepada dua tugasan utama iaitu kutipan dan pengagihan zakat. Jika dilihat kutipan zakat pada tahun-tahun kebelakangan ini didapati hasil kutipan tersebut amat memberangsangkan dan mendapat sambutan yang luas dari masyarakat dan organisasi-organisasi swasta. Manakala dari sudut agihan pula, hasil kutipan zakat ini diagihakan kepada lapan asnaf berdasarkan firman Allah SWT dalam al-Qur’an bemaksud:
  • 5. ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 689 “Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir dan orang miskin, dan amil-amil yang mengurusnya dan orang-orang muallaf yang dijinakkan hatinya dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekan dirinya dan orang-orang yang berhutang dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.”(al-Taubah, 9:60) Berdasarkan kepada maklumat yang diperolehi, terdapat sebahagian golongan muallaf yang mendapat bantuan dari baitulmal atau pusat zakat dan sebahagian daripada mereka tidak mendapat bantuan zakat dari institusi tersebut. Isu sama ada zakat mampu mengatasi permasalahan murtad perlu dilihat secara menyeluruh. Ini kerana, bukan zakat semata-mata memainkan peranan dalam memberi bantuan peruntukan kepada muallaf tetapi semua pihak yang terlibat juga bekerjasama dalam mengatasi isu murtad di Malaysia. Pendidikan merupakan satu proses yang penting dalam memberikan kefahaman yang jelas kepada saudara baru mengenai hukum hakam dalam Islam. Sebagai contoh, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah mewujudkan lebih banyak kelas fardhu ain di seluruh Selangor. Terdapat banyak kelas fardhu ain dan agama telah disediakan untuk kemudahan golongan muallaf dalam usaha untuk memberi kefahaman terhadap Islam secara lebih jelas dan dapat menghindar masalah murtad akibat kurangnya kefahaman terhadap Islam. Selain kelas fardhu ain dan agama, beberapa kursus intensif juga dijalankan oleh organisasi-organisasi dakwah. Mohd Farhan Tee (2014), menyatakan bahawa kursus intensif diadakan oleh Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) kepada saudara baru yang baru memeluk agama Islam untuk memberi penedahan tentang asas-asas Islam dan sebagai motivasi bagi menghadiri kelas-kelas yang disediakan. Selain itu, bagi aduan golongan muallaf yang tidak menerima bantuan zakat selepas memeluk agama Islam dan sebagainya, hanya dengan mendaftar dengan institusi agama peringkat negeri atau beberapa saluran berwibawa lain sahaja akan melayakkan seseorang mendapat bantuan yang ditawarkan. Mereka juga akan diberikan kad mualaf. Di Malaysia, banyak pihak boleh mengislamkan seseorang tetapi tidak ramai yang mampu melaksanakan tugas menyalurkan maklumat berkaitan pendaftaran dan bantuan selepas proses itu. Menurut Razaleigh Muhamat, walaupun majlis agama Islam negeri boleh mengislamkan seseorang dan mewujudkan bantuan khas untuk mualaf, kebanyakan mereka yang ingin memeluk Islam di negara ini lebih memilih pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau masjid untuk melafaz dua kalimah syahadah. Tidak menjadi kesalahan memilih NGO sebagai tempat untuk memeluk agama Islam tetapi ia wajar disusuli dengan pendaftaran di pejabat agama daerah atau negeri sebagai tanda merasmikan pengislaman muallaf.
  • 6. ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 690 Bagi menangani isu murtad dalam kalangan muallaf, proses pengislaman perlu diperketatkan dengan cara yang betul. Sebagai contoh, faktor utama yang mendorong muallaf untuk memeluk Islam ialah kerana faktor perkahwinan. Pihak majlis agama Islam negeri berhak untuk memperketatkan proses pengislaman saudara baru bagi mendidik muallaf supaya memeluk Islam dengan ikhlas dan ingin mendalami Islam dan bukan sahaja faktor perkahwinan serta untuk mendapatkan bantuan semata-mata. Penerapan ilmu agama yang mantap dapat menghindarkan golongn ini daripada isu murtad (Che Mohd Noor Lee, 2014). PUNCA UTAMA YANG MENYUMBANG KEPADA ISU DAN MASALAH DALAM KALANGAN MUALLAF Masalah utama yang menjadi ancaman kepada muallaf ialah murtad. Secara umumnya, terdapat banyak punca yang boleh mendorong berlakunya gejala murtad. Antara puncanya ialah kurang pengetahuan tentang agama Islam. Kebanyakan muallaf yang baru memeluk Islam akan diberikan kursus oleh pihak Majlis Agama Islam dan pihak-pihak tertentu. Namun, terdapat sebahagian daripada mereka yang tidak hadir dalam kursus yang disediakan. Selain itu, punca lain yang mendorong berlakunya murtad dalam kalangan muallaf ialah disebabkan oleh orang Islam sendiri yang telah berkahwin dengan saudara baru tetapi tidak membimbing pasangan mereka mengenai Islam. Kebanyakan kes muallaf yang murtad selepas bercerai dengan pasangannya yang beragama Islam. Peranan suami atau isteri yang berkahwin dengan saudara baru perlu ditekankan agar mereka sentiasa mendidik dan membimbing saudara baru dalam mengenali Islam dengan lebih mendalam. Namun, masih terdapat dalam kalangan orang Islam itu sendiri yang lalai dalam melakukan perintah dan larangan Allah SWT. Selain itu, salah faham tentang agama Islam, kemiskinan serta membesar dalam keluarga bukan Islam dan desakan hutang yang menghimpit menjadi punca kepada murtadnya para muallaf. Sebagai contoh, bebanan hutang yang menghimpit telah menyukarkan mereka untuk meneruskan hidup dan sebagai alternatif, mereka meminta bantuan dari pihak gereja yang memberi bantuan kepada orang Islam yang lemah pegangan iman dan akidahnya dari segi keperluan hidup. Hal ini berlaku kerana, terdapat muallaf yang tidak menerima bantuan setelah memeluk agama Islam. Menurut Aidit Ghazali dan Zulkifli Abd Majid (2013), pengetahuan muallaf terhadap bantuan-bantuan yang disediakan oleh pusat zakat Selangor ialah pada tahap yang kurang memuaskan kecuali pada program-program yang wajib diikuti oleh mereka. Hal ini berlaku kerana kurangnya hebahan terhadap skim-skim bantuan zakat oleh institusi zakat. Di Selangor, isu ini tidak akan timbul jika seseorang yang memeluk Islam itu mengikuti kursus asas muallaf yang diwajibkan oleh MAIS secara konsisten (Siti Hamisah Manan, 2015). Dengan menghadiri kursus itu, mereka secara tidak langsung akan mendapat maklumat dan penerangan khas tentang bantuan yang boleh dipohon, selain dapat mendalami ilmu agama. Terdapat muallaf yang membuat aduan tidak menerima bantuan zakat walaupun sudah lama memeluk agama Islam. Walaupun majlis agama Islam negeri boleh mengislamkan seseorang dan mewujudkan bantuan khas untuk mualaf, kebanyakan mereka yang ingin memeluk Islam di negara ini lebih suka memilih pertubuhan
  • 7. ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 691 bukan kerajaan (NGO) atau masjid untuk melafaz dua kalimah syahadah dan butiran diri mereka tiada dalam rekod pihak berkuasa, tiada dalam statistik dan seterusnya terlepas peluang menerima zakat asnaf mualaf yang diperuntukkan untuk mereka (Razaleigh Muhamat, 2015). Tidak salah untuk memilih NGO bagi memeluk Islam tetapi ia wajar disusuli dengan pendaftaran di pejabat agama daerah atau negeri sebagai tanda 'merasmikan' pengislaman mereka. Hanya dengan mendaftar dengan institusi agama peringkat negeri atau beberapa saluran berwibawa lain sahaja akan melayakkan seseorang mendapat bantuan yang ditawarkan. Mereka juga akan diberikan kad mualaf. KESIMPULAN DAN CADANGAN Kesimpulannya, zakat merupakan salah satu dana yang boleh membantu muallaf dalam memulakan hidup baru mereka sebagai umat Islam. Zakat juga berperanan mengurangkan beban saudara baru sekiranya mereka menghadapi masalah dalam kehidupan baru. Tidak dapat dinafikan bahawa institusi zakat telah memainkan peranan dalam mengagihkan zakat kepada semual asnaf termasuk juga muallaf. Dalam aspek pengurusan, pengurusan saudara baru merupakan satu perkara yang sangat penting bagi memastikan kedua-dua pihak iaitu pengurus zakat dan muallaf mengetahui tugas-tugas dan hak mereka. Orang awam juga perlu didedahkan dengan pengurusan saudara baru yang betul agar mereka tidak terus menuduh institusi zakat tidak melaksanakan tugas dengan baik. Memperkemas dan menambahbaik sistem pemantauan (follow up) bagi muallaf yang pernah menerima zakat perlu dilakukan agar selari dengan perkembangan teknologi terkini. Segala urusan yang berkaitan dengan pemberian bantuan zakat kepada muallaf perlu diuruskan dengan sistematik dan teratur. Pihak institusi zakat dan majlis agama Islam negeri perlu memastikan kakitangan yang bertugas adalah mencukupi dan mahir untuk memastikan proses pengagihan zakat kepada muallaf yang telah diatur berjalan dengan lancar. Setiap aduan yang diterima daripada saudara baru mengenai masalah mereka selepas memeluk Islam perlu disiasat oleh institusi zakat dan penambahbaikan perlu dilakukan bagi memastikan kebajikan muallaf terjaga. Sistem pengajian muallaf yang sistematik dan komprehensif perlu disusun atur. Pengajian mengikut tahap kefahaman muallaf secara teratur akan dapat memastikan muallaf mendapat input yang bersesuaian dengan tahap kefahaman mereka. Mereka yang memeluk Islam terdiri daripada pelbagai tahap pendidikan, justeru tenaga pengajar yang dilantik oleh MAIS juga perlu setaraf dengan tahap pendidikan muallaf, ini perlu bagi memastikan muallaf yang berpendidikan tinggi menerima input yang sesuai dengan tahap pemikiran mereka. Perkara yang perlu ditekankan di sini adalah semua pihak di setiap lapisan masyarakat mempunyai tanggungjawab dalam membantu muallaf. Kepentingan dan tanggungjawab memelihara akidah umat Islam adalah menjadi pokok utama bagi agama Islam. Oleh itu, umat Islam hendaklah mempunyai akidah yang mantap dan syariat serta akhlak yang jelas berpaksikan al-Quran dan as-Sunnah agar dapat menjadi individu muslim yang terbaik dan mendapat keberkatan daripada Allah SWT.
  • 8. ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 692 RUJUKAN Al-Zuhailiy, Wahbah. (1991). Al-Tafsir al-Munir fi al-‘Aqidah wa al-Syari’ah wa al- Manhaj, Jld. 10. Beirut: Daral-Fikr al-Mu’asir. Asnaf Zakat. Lembaga Zakat Selangor. Diakses pada 13 November 2015 dari http://www.zakatselangor.com.my/info-agihan/info-agihan-2/. Che Mohd Lee (2014), Isu murtad saudara baru : faktor dan langkah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menangani isu murtad saudara baru, Klang, Selangor. Ghazali, Aizat,Abd Hamid, Zulkifli (2013), Kajian berkaitan kepuasan responen terhadap program bantuan kepada muallaf Selangor. Persidangan Antarabangsa Pembangunan Muallaf 2013, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor. Izra Abd Rahman & Sofea Susan (2015), Maklumat lengkap mudahkan proses bantuan mualaf-NGO. Diakses pada 14 November 2015 dari http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2015/11/05/ngo-mualaf- perlu-inisiatif/. Izra Abd Rahman & Sofea Susan (2015), Tiada syarat khas pengislaman punca bantuan mualaf tercicir - ahli akademik, Diakses pada 14 November 2015 dari http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2015/11/05/ngo- mualaf-perlu-inisiatif/. Mohd Mahyeddin M.Salleh, Nisar M.Ahmad, Azman Ab.Rahman (2013), Peranan zakat dalam mengatasi masalah murtad di kalangan muallaf di Malaysia : satu tinjauan awal. Jurnal Pengurusan JAWHAR, 1(2). Nurul Afifah Musameh & Siti Aisyah Hadi (2014), Isu murtad dalam kalangan saudara baru : satu kajian di negeri Selangor, UKM.