SlideShare a Scribd company logo
1 of 7
Download to read offline
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015)
693
AMALAN PENGILANGAN ISLAM (IMP) SEBAGAI PIAWAIAN UTAMA
DALAM PROSES PEMBUATAN PRODUK MAKANAN SUNNAH: SATU
TINJAUAN AWAL 1
Nur Farhanim Mustaffa2
Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV)
Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.
farhanim07@gmail.com
Abstrak
Kemunculan produk makanan yang berasaskan makanan sunnah terutamanya produk
makanan kesihatan yang menggabungkan makanan sunnah bersama bahan-bahan lain
termasuklah bahan pengawet kian meningkat di pasaran kini. Walaupun makanan
sunnah merupakan makanan yang sudah terjamin halal, pengguna masih mempersoalkan
cara pembuatan produk makanan sunnah kerana mengkhuatiri kehadiran produk yang
hanya menggunakan agama sebagai taktik pemasaran di samping isu-isu berkenaan
piawaian halal yang meragukan. Oleh itu, timbul persoalan adakah piawaian yang
digunakan dalam proses pembuatan produk makanan sunnah terutamanya menepati
syariat Islam? Berbanding piawaian-piawaian lain, IMP merupakan satu-satunya
piawaian pengilangan Islam yang mengambil kira konsep rohaniah Islam dalam proses
pembuatan sesuatu produk. Kertas kerja ini ditulis sebagai satu tinjauan awal bagi
melihat potensi IMP sebagai satu garis panduan utama dalam proses pembuatan produk
makanan berasaskan makanan sunnah. Kertas kerja ini menggunakan kaedah
kepustakaan dan dapatan dianalisis menggunakan kaedah analisis deskriptif.
Berdasarkan dapatan yang diperoleh, dapat disimpulkan bahawa IMP adalah selari
dengan syariat Islam dan didapati berpotensi untuk digunakan sebagai piawaian utama
dalam proses pembuatan produk makanan sunnah.
Kata kunci: Piawaian, Amalan Pengilangan Islam, IMP, Proses pembuatan, makanan
sunnah
1
Kertas kerja ini akan dibentangkan dalam International Islamic Development Management Conference
yang ke-9 (9th
IDMAC) pada 8-9 Disember 2015 di Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Berteraskan
Islam (ISDEV), Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, Malaysia.
2
Nur Farhanim Binti Mustaffa merupakan calon pelajar Ijazah Sarjana (Pengurusan Pembangunan Islam),
di Pusat Pengajian Pengurusan Pembangunan Berteraskan Islam, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015)
694
PENGENALAN
Kertas kerja ini ditulis bagi melihat potensi Amalan Pengilangan Islam (IMP)
berbanding piawaian-piawaian lain dalam proses pembuatan produk makanan
berasaskan makanan sunnah. Makanan sunnah bukan sahaja sekadar makanan yang
menjadi kegemaran Rasulullah SAW malah merangkumi amalan, adab serta cara
pemakanan Baginda SAW. Walau bagaimanapun, timbul persoalan adakah produk
makanan yang menggabungkan makanan sunnah dan bahan-bahan lain masih boleh
dikategorikan sebagai makanan Rasulullah SAW? Jika produk makanan ini
dikategorikan sebagai makanan sunnah, seharusnya adab pengambilan, pemilihan
bahan-bahan asas, proses pembuatan, pembungkusan, penyimpanan produk sehinggalah
ke cara pemakanan produk makanan ini haruslah menggunakan garis panduan proses
pembuatan yang juga turut berlandaskan Islam. Hal ini penting bagi mendapatkan
manfaat serta khasiat makanan sunnah secara keseluruhan dalam menghidupkan amalan
sunnah bukan sahaja dari segi jasmani malah rohani.
Produk makanan sunnah sebagai makanan kesihatan tambahan makin mendapat tempat
kerana menggunakan manfaat makanan kegemaran Rasulullah SAW sebagai satu
kelebihan dan nilai tambah berbanding produk makanan tambahan yang lain. Namun
begitu, Sumaiya Mohd Tarmizi, Ishak Sulaiman dan Halijah Ibrahim (2014) menyatakan
bahawa produk makanan sunnah kini mengandungi makanan sunnah yang bercampur
dengan bahan pengawet, bahan kimia, penambah perisa serta gula tambahan. Menurut
Hadith Rasulullah SAW dalam Sahih al-Bukhari, Rasulullah SAW melarang
percampuran kismis dan tamar dalam satu bahan minuman.
“Rasulullah SAW melarang percampuran kismis dan tamar terutamanya
dalam bentuk minuman”. (Riwayat Bukhari, No. Hadith : 5602)
Asas kepada larangan percampuran dua makanan sunnah tersebut dalam satu minuman
adalah berdasarkan dua faktor. Faktor pertama adalah kemungkinan wujud alkohol3
dalam minuman tersebut hasil tindak balas kimia daripada kismis dan tamar. Manakala
faktor kedua adalah kemungkinan Rasululullah melarang percampuran dua bahan
tersebut kerana wujud unsur pembaziran berikutan kandungan nutrisi dan zat tamar dan
kismis yang masing-masing sudah mempunyai kadar karbohidrat yang tinggi. (Sumaiya
Mohd Tarmizi, Ishak Sulaiman dan Halijah Ibrahim, 2014). Malah menurut Imam
Maliki4
juga, hukum bagi percampuran tamar dan kismis dalam satu minuman adalah
haram. Produk makanan sunnah kini bukan sahaja menggabungkan kebanyakan
makanan sunnah dalam satu produk, malah turut mengandungi bahan pengawet
makanan, penambah perisa, bahan penstabil makanan, pemekat serta pewarna.
3
Alkohol boleh mewujudkan unsur mabuk dalam minuman.
4
Imam Maliki atau Mālik ibn Anas bin Malik bin ‘Āmr al-Asbahi merupakan pakar ilmu fiqh dan Hadith
serta pengasas Mazhab Maliki. Beliau menyusun Kitab al-Muwatta’.
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015)
695
“Maka hendaklah manusia itu memperhatikan makanannya.” (al-‘Abasa,
80:24)
Sebagaimana firman Allah SWT dalam ayat al-‘Abasa, telah menjadi tanggungjawab
pengguna Islam dalam mengambil tahu terhadap perkembangan dan asal-usul makanan
sama ada sumber makanan tersebut diperoleh daripada tumbuhan, binatang yang halal
atau haram dimakan serta proses pembuatan sesuatu makanan. Terdapat pelbagai bentuk
garis panduan dan piawaian dalam menjaga produk makanan halal di Malaysia.
Walaubagaimanapun, menurut Mohd Ali Mohd Noor, Hairunnizam Wahid dan Haji
Abdul Razak Dan (t.t.), standard mutu sahaja tidak dapat menjanjikan barangan tersebut
boleh diguna atau dinikmati mengikut perspektif syariah. Keperluan satu garis panduan
yang benar-benar mengikut acuan Islam adalah sangat diperlukan dalam menghidupkan
roh Islam dalam pembuatan produk makanan sunnah.
Konsep Amalan Pengilangan Islam (IMP) telah diperkenalkan oleh Tuan Haji Ahmad
Tajuddin dengan tujuan menambahkan nilai roh Islam dalam proses pembuatan produk
terutamanya produk keluaran Islam. Berbeza dengan piawaian yang lain, IMP adalah
satu garis piawaian di mana proses pembuatannya hanya diasaskan dan dilakukan oleh
orang Islam sahaja. Idea utama disebalik IMP adalah untuk memberi garis panduan yang
betul di bawah sistem yang selari dengan pematuhan syariah bagi mengelakkan
kebimbangan para pengguna terutamanya dalam kalangan penduduk Islam dalam
mendapatkan produk dan barangan tanpa was-was.
Terdapat tiga perkara utama utama menjadi tunjang kepada IMP iaitu pengusaha,
pekerja dan kilang. Berbeza dengan piawaian yang lain, IMP memberi penekanan
terhadap nilai roh Islam dalam proses pengilangan secara menyeluruh merangkumi
semua aspek. Amalan-amalam yang diterapkan dalam IMP dilihat bukan sahaja mampu
membina pembangunan insan bagi pekerja kilang malah juga turut mampu membina
peribadi insan pengusaha yang cemerlang.
PIAWAIAN HALAL DI MALAYSIA
Di Malaysia, Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM)
merupakan badan yang telah dilantik oleh Jabatan Standard Malaysia (2009) sebagai
ejen yang membangunkan piawaian Malaysia. Antara piawaian yang digunakan adalah
Amalan Pengilangan Baik (GMP), Amalan Pengilangan Terbersih (GHP) dan Hazard
Analysis and Critical Control Point (HACCP). Piawaian halal merupakan satu alat yang
penting dalam meyakinkan pengguna Islam terutama di Malaysia mengenai kesucian
produk dan status halal produk yang dihasilkan (Shafiza Shaari, 2010).
Terdapat beberapa piawaian halal yang digunakan di Malaysia. Salah satu antaranya
adalah MS1500:2009 yang merupakan piawaian halal kepada produk makanan dan
minuman. Piawaian MS220:2008 pula piawaian halal yang berkaitan kosmetik dan
penjagaan diri. Kedua-dua piawaian ini dipantau secara berkala oleh JAKIM dalam
menyelia proses pembuatan dan status halal produk yang dikeluarkan.
Walaubagaimanapun, piawaian ini hanya mengambil kira aspek lahiriah sahaja iaitu
sumber makanan dan minumam sama ada halal atau haram bahan yang digunakan
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015)
696
(Ashikin Ismail, 2015) dan hanya terhad kepada kualiti produk atau perkhidmatan halal
yang dikeluarkan sahaja (Shafiza Shaari, 2010).
Selain piawaian halal, piawaian Pengilangan Baik (GMP), Amalan Pengilangan
Terbersih (GHP) dan Hazard Analysis and Critical Control Point (HACCP) turut
digunakan sebagai piawaian pengilangan yang digunakan di Malaysia.
Walaubagaimanapun piawaian-piawaian ini tidak menepati syariat Islam kerana
diasaskan berdasarkan paradigm Barat dan hanya melihat kepada aspek lahiriah semata-
mata (Norazilawati Md Dahlal, 2013 dan Ricca Rahman Nasaruddin, 2011).
Dalam industri halal, terdapat pelbagai piawaian telal diwujudkan. Namun piawaian ini
hanya memberi penekanan terhadap aspek piawaian produk dan pengurusan sahaja.
Menurut Ashikin Ismail (2015), IMP didapati menepati dengan syariat Islam berasaskan
keselarian tasawur dan epistemologi Islam yang digunakan iaitu berasaskan kepada al-
Quran, Hadith, Ijma’ dan Qiyas.
DAPATAN DAN PERBINCANGAN
Dalam IMP, proses pengilangan merangkumi tiga bahagian iaitu pengusaha, situasi
kilang dan bahan mentah serta pekerja. Bagi pengusaha yang ingin melibatkan diri
dalam pembuatan produk berasaskan ‘Halalan Toyyiba’ mestilah mengetahui persoalan
hukum pembuatan produk serta mempunyai ilmu-ilmu berhubung dengan persoalan
keagamaan. Pengusaha haruslah menggunakan sumber kewangan yang tidak
bersumberkan riba agar dapat membekalkan produk makanan sunnah yang halal.
Pengusaha seharusnya menyedari bahawa penghasilan produk makanan sunnah tersebut
akan menjadi darah daging pengguna dan pastinya akan dituntut di akhirat kelak. Oleh
itu, pengusaha haruslah mempunyai niat untuk menyediakan produk yang halal lagi baik
kepada pengguna Muslim dalam mencari keredhaan Allah SWT.
Keadaan kilang dan bahan mentah pula haruslah mematuhi kriteria-kriteria seperti
mempunyai bacaan al-Qur’an, keadaan kilang dalam susunan mengikut syariat dan tiada
muzik yang dimainkan. Bahan mentah yang digunakan hendaklah dijamin halal dan
mendapat pengesahan daripada pihak berkuasa. Manakala peralatan kilang pula mestilah
dalam keadaan bersih serta dibersihkan mengikuat piawaian syariah seperti hendaklah
dibersihkan menggunakan air mutlak.
Amalan yang diamalkan pekerja syarikat proses pembuatan makanan sunnah ini dapat
dibahagikan kepada tiga bahagian. Bahagian pertama adalah sebelum kerja-kerja proses
pembuatan dijalankan, bahagia kedua pula adalah ketika proses pembuatan sedang
dijalankan dan bahagian yang ketiga merupakan amalan di luar proses pembuatan
makanan sunnah. Antara amalan yang diamalkan oleh pekerja pemprosesan makanan
sunnah dalam bahagian pertama adalah dengan mengadakan perhimpunan pada awal
pagi yang dimulakan dengan bacaan doa, bacaan Asma’ al-Husna, bacaan ayat-ayat Al-
Syifa’ dan tazkirah. Selain itu, pekerja operator kilang diwajibkan dalam keadaan
berwuduk sebelum memulakan proses pembuatan makanan sunnah. Bahagian kedua
pula, pekerja operator diwajibkan untuk menutup aurat dan berkopiah serta
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015)
697
diperdengarkan alunan zikir sepanjang proses pembuatan makanan sunnah berlangsung.
Manakala dalam bahagian ketiga iaitu di luar proses pembuatan, syarikat makanan
sunnah mewajibkan pekerjanya menunaikan solat berjemaah, menghadiri kelas bacaan
al-Qur’an serta diwajibkan mengamalkan solat sunat Dhuha setiap hari. Malah pekerja
juga mempunyai kuliah kefahaman agama setiap tiga kali seminggu. Selain itu, kilang
juga haruslah sentiasa dijaga dalam keadaan bersih.
Menurut Rahimi Hassan (2012), makanan bukan sahaja perlu suci dari sudut fizikal
sahaja malah juga seharusnya suci daripada sudut rohaniah kerana 50% pembentukan
akhlak terutamanya kanak-kanak adalah daripada makanan yang diambil. Perkara ini
disokong oleh Ahmad Tajuddin Arshad (2009) yang menyatakan bahawa makanan yang
diperlukan oleh tubuh badan manusia perlu dipastikan kesucian fizikal dan rohani kerana
akan menjadi darah daging serta mempengaruhi akhlak serta tingkah laku manusia.
Keistimewaan IMP yang menekankan nilai roh Islam dalam amalan pengilangan dilihat
amat bersesuaian dengan proses pembuatan makanan berasaskan makanan sunnah. Ini
kerana, demi memelihara roh Islam seperti mana yang telah disunnah oleh Rasulullah
SAW seperti adab pemakanan, amalan bacaan Basmallah sebelum makan, amalan
berselawat ke atas Nabi, berzikir dan sebagainya dilihat amat bersesuaian dengan
amalan yang diamalkan oleh IMP berbanding piawaian-piawaian lain.
KESIMPULAN
Teras kepada pembentukan piawaian IMP adalah berdasarkan ayat al-Qur’an ‘Halalan
Toyyiba’ yang bukan sahaja merujuk kepada status halal sesuatu bahan makanan sahaja,
malah turut menitik beratkan unsur ‘lagi baik’ iaitu meliputi sumber wang yang halal
dan jauh daripada perkara riba. Amalan dan piawaian yang telah ditetapkan IMP
sangatlah bertepatan dengan kehendak syariat Islam yang bukan sahaja melihat
kebersihan dan halal sesuatu produk makanan semata-mata, malah turut menitik
beratkan unsur keberkatan dalam produk makanan tersebut. Oleh yang demikian,
melihat kepada faktor asas al-Qur’an dan Hadith, konsep ‘Halalan Toyyiba’ dan
kepentingan roh Islam yang ditekankan dalam pembuatan produk, piawaian IMP
didapati berpotensi diguna pakai sebagai garis panduan utama dalam proses pembuatan
produk berasaskan makanan sunnah berbanding piawaian halal yang lain di Malaysia
BIBLIOGRAFI
Abdul Basith Muhammad as-Sayyid. (2006). “Pola Makan Rasulullah; Makanan Sehat
Berkualitas Menurut al-Qur’an dan as-Sunnah”, Terjemahan M. Abdul Ghaffar
(Jakarta: Alfa, 2006), 55-56.
‘Abdul ‘Aziz Fathi as-Sayyid. (2007). Ensiklopedi Adab Islam Menurut al-Qur’an dan
As-Sunnah, Terj. Abu Ihsan al-Atsari (Pustaka Imam Asy-Syafi’i, 2007), hlm.
117
Aemy Liza Minhat dan Arieff Salleh Rosman (t.t). Makanan dan Kesan Pemakanan
menurut Perpektif Islam, Universiti Teknologi Malaysia
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015)
698
Ahmad Tajuddin Arshad (2009). Buku Panduan IMP. Pulau Pinang: Sekretariat Falsafah
& Sains Islam, Universiti Sains Malaysia.
Ashikin Ismail (2015). Analisis Epistemologi dan Tasawur Piawaian Amalan
Pengilangan Islam (IMP). Universiti Sains Malaysia. Tesis Master Sains
Kemasyarakatan Pengurusan Pembangunan Islam:Tidak diterbitkan.
Fauzi Deraman, Ishak Suliaman & Faisal Ahmad Syah (2011). Sunnah Nabi ;Realiti dan
Cabaran Semasa, Kuala Lumpur: Jabatan al-Qur'an dan al-Hadith Universiti
Malaya.
Hadi Hashman (2012). Rahasia Kesehatan Rasulullah: Meneladani Gaya Hidup Sehat
Nabi Muhammad Saw. (Jakarta: Noura Books, 2012), 72
Harmen Shah & Faridah Yusof (2014). Gelatin as an Ingredient in Food and
Pharmaceutical Products: An Islamic Perspective, Advances in Environmental
Biology, 8(3), 774-780.
Islamic Manufacturing Process (IMP) (2015). Dipetik daripada Institusi Kemahiran
Islam Malaysia: www.ikim.gov.my pada 25 Mei 2015.
Mohd Anuar Ramli & Mohammad Aizat Jamaludin (2012). Sumbangan Syeikh
Muhammad Arshad b. Abdullah Al- Banjari Dalam Fiqh Al- At’imah di dalam
kitab Sabil Al-Muhtadi , Jurnal Al- Tamaddun, Bil. (7), 61-76.
Mohd Ali Mohd Noor, Hairunnizam Wahid & Haji Abdul Razak Dan (t.t.), Strategi Ke
Arah Peningkatan Daya Saing Produk Makanan Halal Di Malaysia, Fakulti
Ekonomi, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Mohammad Aizat Jamaludin, Mahmood Zuhdi Hj Ab. Majid, Mohd Anuar Ramli, Nor
Nadiha Mohd Zaki, Suhaimi Ab. Rahman & Dzulkifly Mat Hashim (2011),
Realisasi
Pandangan Fuqaha Tentang Makanan Berasaskan Nilai Saintifik Semasa, Kertas Kerja
ini dibentangkan di Seminar Hukum Islam Semasa VII , 14-15 Disember 2011,
Jabatan Fiqh & Usul, APIUM
Mohammad Aizat Jamaludin, Mohd Anuar Ramli & Suhaimi Ab. Rahman, Panduan
Makanan Halal Haram Menurut Perspektif Al-Quran: Analisis Terhadap Isu-Isu
Makanan Semasa.
Mohd Dasuqkhi Mohd Sirajuddin, Mohamamd Azannee Saad, Mardhiyyah Sahri, Mohd
Ashrof Zaki Yaakub & Mohammad Mahyuddin Khalid (2014), Benchmarking
Tayyib as the Best Practice for Halal Logistic Management: The Qur`anic
Perspective, Kertas Kerja ini dibentangkan di International Conference (ICIT)
pada 21-23 April 2014 di UITM, Sarawak.
Nursabrina Munawar & Hajah Makiah Tussaripah bt Hj Jamil (2012). The Islamic
Perspective Approach On Plant Pigments As Natural Food Colourants, Kertas
Kerja ini dibentangkan di International Halal Conference, Putra World Trade
Centre Kuala Lumpur, Malaysia, 4-5 September 2012
Razalee Sedek, P. B. Koon & Mohd Ismail Noor (2013). Pengetahuan Pemakanan dan
Pengambilan Suplemen dalam Kalangan Anggota Tentera Laut Diraja Malaysia,
Sains Malaysiana, 42(8), 1181–1190.
Ricca Rahman Nasaruddin, Maizirwan Mel, Faizah Fuad, Irwandi Jaswir & Hamodon
Abd Hamid ( 2011). The Importance of a Standardized Islamic Manufacturing
(IMP) for Food and Pharmaceutical Productions, Kertas Kerja ini dibentangkan
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015)
699
di 2nd International Conference on Professional Ethics and Education in
Engineering 2011 ( ICEPEE’11).
Shafiza Shaari (2010). Standard Pensijilan Halal Malaysia MS1900:2005: Analisis Dari
Perspektif Prinsip Pembangunan Berteraskan Islam. Universiti Sains Malaysia.
Tesis Master Sains Kemasyarakatan Pengurusan Pembangunan Islam: Tidak
diterbitkan.
Siti Zulaekah & Yuli Kusumawati (2005).Halal dan Haram Makanan Dalam
Islam.SUHUF, Vol. 17, 25-35. Universitas Muhammadiyah Surakarta
Sumaiyah Mohd Tarmizi, Ishak Suliaman & Halijah Ibrahim (2014). The Prophetic
Tradition and Nutrition: Issues of Mixing Raisins and Dates, Jurnal RIS, Vol. 1,
No. 2, 77-88.
Sarfaraz Khan Marwat, Mohyuddin Hashimi, Khalid Usman Khan, Muhammad Aslam
Khan, Muhammad Shoaib & Fazal-ur-Rehman (2012). Barley (Hordeum vulgare
L.) A
Prophetic Food Mentioned in AHadith and its Ethnobotanical Importance, American-
Eurasian Journal Agriculture & Environmental Science, Vol. 12, Iss. 7, 835-841.
Siti Norlina Muhamad (2005). Kecenderungan Ibu bapa Muslim Terhadap Pemakanan
Halal: Kajian di Skudai, Johor Bahru, Johor, UTM.
Zunirah Talib, Suhaiza Zailani & Yusserie Zainuddin (2010), Conceptualizations on the
Dimensions for Halal Orientation for Food Manufacturers: A Study in the
Context of Malaysia. Pakistan Journal of Social Sciences, Vol. 7, Iss.2, 56-61.

More Related Content

What's hot

Perkembangan Bisnis Syariah ke Depan dan Prospek wisata Syariah
Perkembangan Bisnis Syariah ke Depan dan Prospek wisata SyariahPerkembangan Bisnis Syariah ke Depan dan Prospek wisata Syariah
Perkembangan Bisnis Syariah ke Depan dan Prospek wisata Syariahmenanti_senja
 
Bab 5: ASAS FALSAFAH PENGURUSAN
Bab 5: ASAS FALSAFAH PENGURUSANBab 5: ASAS FALSAFAH PENGURUSAN
Bab 5: ASAS FALSAFAH PENGURUSANSiti Azzyati
 
Rusnadewi Abdul Rashid, Rohayati Hussin & Noor Inayah Yaakub
Rusnadewi Abdul Rashid, Rohayati Hussin & Noor Inayah YaakubRusnadewi Abdul Rashid, Rohayati Hussin & Noor Inayah Yaakub
Rusnadewi Abdul Rashid, Rohayati Hussin & Noor Inayah Yaakubidmac2015
 
Firmansyah Aditama & Irham Zaki
Firmansyah Aditama & Irham ZakiFirmansyah Aditama & Irham Zaki
Firmansyah Aditama & Irham Zakiidmac2015
 
Hayati Saleh
Hayati SalehHayati Saleh
Hayati Salehidmac2015
 
Zakaria Bahari
Zakaria Bahari Zakaria Bahari
Zakaria Bahari idmac2015
 
Tugas mahmud my prof. hapzi.uin sts jmb
Tugas mahmud my  prof. hapzi.uin sts jmbTugas mahmud my  prof. hapzi.uin sts jmb
Tugas mahmud my prof. hapzi.uin sts jmbMahmud MY MY
 
Akad Bisnis Syariah di JBN Hall 1 okt 2015 oleh KH Sidiq al Jawi
Akad Bisnis Syariah di JBN Hall 1 okt 2015 oleh KH Sidiq al JawiAkad Bisnis Syariah di JBN Hall 1 okt 2015 oleh KH Sidiq al Jawi
Akad Bisnis Syariah di JBN Hall 1 okt 2015 oleh KH Sidiq al JawiSuryono .
 
Bab 1 Falsafah Perniagaan Islam
Bab 1   Falsafah Perniagaan IslamBab 1   Falsafah Perniagaan Islam
Bab 1 Falsafah Perniagaan IslamWanBK Leo
 
buku Ekonomi islam
buku Ekonomi islambuku Ekonomi islam
buku Ekonomi islamMas Mito
 
Bab 8,9,10 Buku Ekonomi Islam
Bab 8,9,10 Buku Ekonomi IslamBab 8,9,10 Buku Ekonomi Islam
Bab 8,9,10 Buku Ekonomi IslamDiah Ayu Ningsih
 
pengurusan & keusahawanan islam
pengurusan & keusahawanan islampengurusan & keusahawanan islam
pengurusan & keusahawanan islamAnas Masud
 
Bab 2,3,4 Buku Ekonomi Islam
Bab 2,3,4 Buku Ekonomi IslamBab 2,3,4 Buku Ekonomi Islam
Bab 2,3,4 Buku Ekonomi IslamDiah Ayu Ningsih
 
Nu dan gerakan transnasional
Nu dan gerakan transnasionalNu dan gerakan transnasional
Nu dan gerakan transnasionalyuandakusuma
 

What's hot (19)

Perkembangan Bisnis Syariah ke Depan dan Prospek wisata Syariah
Perkembangan Bisnis Syariah ke Depan dan Prospek wisata SyariahPerkembangan Bisnis Syariah ke Depan dan Prospek wisata Syariah
Perkembangan Bisnis Syariah ke Depan dan Prospek wisata Syariah
 
Bab 5: ASAS FALSAFAH PENGURUSAN
Bab 5: ASAS FALSAFAH PENGURUSANBab 5: ASAS FALSAFAH PENGURUSAN
Bab 5: ASAS FALSAFAH PENGURUSAN
 
Bisnis islami
Bisnis islamiBisnis islami
Bisnis islami
 
Rusnadewi Abdul Rashid, Rohayati Hussin & Noor Inayah Yaakub
Rusnadewi Abdul Rashid, Rohayati Hussin & Noor Inayah YaakubRusnadewi Abdul Rashid, Rohayati Hussin & Noor Inayah Yaakub
Rusnadewi Abdul Rashid, Rohayati Hussin & Noor Inayah Yaakub
 
Pengurusan islam 1
Pengurusan islam 1Pengurusan islam 1
Pengurusan islam 1
 
Firmansyah Aditama & Irham Zaki
Firmansyah Aditama & Irham ZakiFirmansyah Aditama & Irham Zaki
Firmansyah Aditama & Irham Zaki
 
Hayati Saleh
Hayati SalehHayati Saleh
Hayati Saleh
 
Zakaria Bahari
Zakaria Bahari Zakaria Bahari
Zakaria Bahari
 
Tugas mahmud my prof. hapzi.uin sts jmb
Tugas mahmud my  prof. hapzi.uin sts jmbTugas mahmud my  prof. hapzi.uin sts jmb
Tugas mahmud my prof. hapzi.uin sts jmb
 
Pengurusan islam 2
Pengurusan islam 2Pengurusan islam 2
Pengurusan islam 2
 
Akad Bisnis Syariah di JBN Hall 1 okt 2015 oleh KH Sidiq al Jawi
Akad Bisnis Syariah di JBN Hall 1 okt 2015 oleh KH Sidiq al JawiAkad Bisnis Syariah di JBN Hall 1 okt 2015 oleh KH Sidiq al Jawi
Akad Bisnis Syariah di JBN Hall 1 okt 2015 oleh KH Sidiq al Jawi
 
Keushawann islam
Keushawann islamKeushawann islam
Keushawann islam
 
Bab 1 Falsafah Perniagaan Islam
Bab 1   Falsafah Perniagaan IslamBab 1   Falsafah Perniagaan Islam
Bab 1 Falsafah Perniagaan Islam
 
buku Ekonomi islam
buku Ekonomi islambuku Ekonomi islam
buku Ekonomi islam
 
Bab 8,9,10 Buku Ekonomi Islam
Bab 8,9,10 Buku Ekonomi IslamBab 8,9,10 Buku Ekonomi Islam
Bab 8,9,10 Buku Ekonomi Islam
 
pengurusan & keusahawanan islam
pengurusan & keusahawanan islampengurusan & keusahawanan islam
pengurusan & keusahawanan islam
 
Bab 2,3,4 Buku Ekonomi Islam
Bab 2,3,4 Buku Ekonomi IslamBab 2,3,4 Buku Ekonomi Islam
Bab 2,3,4 Buku Ekonomi Islam
 
Nu dan gerakan transnasional
Nu dan gerakan transnasionalNu dan gerakan transnasional
Nu dan gerakan transnasional
 
Nu vs hti
Nu vs htiNu vs hti
Nu vs hti
 

Similar to IMP SEBAGAI PIAWAIAN UTAMA

Etika Bisnis Islam Dalam Praktik
Etika Bisnis Islam Dalam PraktikEtika Bisnis Islam Dalam Praktik
Etika Bisnis Islam Dalam PraktikNana Tauran Sidik
 
Panduan umum sistem jaminan halal lppom mui
Panduan umum  sistem jaminan halal lppom muiPanduan umum  sistem jaminan halal lppom mui
Panduan umum sistem jaminan halal lppom muiGuide_Consulting
 
Menjamin industri halal melalui UU JPH
Menjamin industri halal melalui UU JPHMenjamin industri halal melalui UU JPH
Menjamin industri halal melalui UU JPHBimo Prasetio
 
Pertemuan 4-Etika Produksi dan Pemasaran.pptx
Pertemuan 4-Etika Produksi dan Pemasaran.pptxPertemuan 4-Etika Produksi dan Pemasaran.pptx
Pertemuan 4-Etika Produksi dan Pemasaran.pptxnairaazkia89
 
Pengenalan Sertifikat Halal MUI dan Sistem Jaminan Halal
Pengenalan Sertifikat Halal MUI dan Sistem Jaminan HalalPengenalan Sertifikat Halal MUI dan Sistem Jaminan Halal
Pengenalan Sertifikat Halal MUI dan Sistem Jaminan HalalJarwadi MJ
 
eBook Panduan Asas Halal C.pdf
eBook Panduan Asas Halal C.pdfeBook Panduan Asas Halal C.pdf
eBook Panduan Asas Halal C.pdfNagariaInfo
 
BE & GG, Bonita, Hapzi Ali, Tugas 2. Etika Bisnis PT.INDOFOOD (tugas sebelum ...
BE & GG, Bonita, Hapzi Ali, Tugas 2. Etika Bisnis PT.INDOFOOD (tugas sebelum ...BE & GG, Bonita, Hapzi Ali, Tugas 2. Etika Bisnis PT.INDOFOOD (tugas sebelum ...
BE & GG, Bonita, Hapzi Ali, Tugas 2. Etika Bisnis PT.INDOFOOD (tugas sebelum ...Bonita Admaja
 
Notes frozen desserts item_KSKV 2018
Notes frozen desserts item_KSKV 2018Notes frozen desserts item_KSKV 2018
Notes frozen desserts item_KSKV 2018Marzyah Omar
 
SKKNI 2022-021.pdf.pdf
SKKNI 2022-021.pdf.pdfSKKNI 2022-021.pdf.pdf
SKKNI 2022-021.pdf.pdfundpmalang
 
BE & GG Tugas UTS, Tubagus Angga Dheviests, Hapzi Ali, EtIka Bisnins di PT In...
BE & GG Tugas UTS, Tubagus Angga Dheviests, Hapzi Ali, EtIka Bisnins di PT In...BE & GG Tugas UTS, Tubagus Angga Dheviests, Hapzi Ali, EtIka Bisnins di PT In...
BE & GG Tugas UTS, Tubagus Angga Dheviests, Hapzi Ali, EtIka Bisnins di PT In...Tubagus Angga Dheviests
 
Paper etika ekonomi dalam syariah EKONOMI DALAM ISLAM
Paper etika ekonomi dalam syariah EKONOMI DALAM ISLAM Paper etika ekonomi dalam syariah EKONOMI DALAM ISLAM
Paper etika ekonomi dalam syariah EKONOMI DALAM ISLAM Ruyung Movia
 
Training SJH (11 kriteria Halal).pptx
Training SJH (11 kriteria Halal).pptxTraining SJH (11 kriteria Halal).pptx
Training SJH (11 kriteria Halal).pptxanasjakaranatama
 
SISTEM JAMINAN HALAL
SISTEM JAMINAN HALALSISTEM JAMINAN HALAL
SISTEM JAMINAN HALALMrAsh8
 
Etika islam dalam pengeluaran
Etika islam dalam pengeluaranEtika islam dalam pengeluaran
Etika islam dalam pengeluaranNor Syazwani
 
Analisis penerapan etika bisnis pada pt. industri jamu dan farmasi sido muncu...
Analisis penerapan etika bisnis pada pt. industri jamu dan farmasi sido muncu...Analisis penerapan etika bisnis pada pt. industri jamu dan farmasi sido muncu...
Analisis penerapan etika bisnis pada pt. industri jamu dan farmasi sido muncu...Yudi Nugroho
 
Panduan sukses hpai
Panduan sukses hpai Panduan sukses hpai
Panduan sukses hpai radhiani
 
Prosedur dan isu halal 2011 a
Prosedur dan isu halal 2011 aProsedur dan isu halal 2011 a
Prosedur dan isu halal 2011 aRidzaludin
 
Paper manajemen strategi
Paper manajemen strategiPaper manajemen strategi
Paper manajemen strategibisow enow
 

Similar to IMP SEBAGAI PIAWAIAN UTAMA (20)

Etika Bisnis Islam Dalam Praktik
Etika Bisnis Islam Dalam PraktikEtika Bisnis Islam Dalam Praktik
Etika Bisnis Islam Dalam Praktik
 
Panduan umum sistem jaminan halal lppom mui
Panduan umum  sistem jaminan halal lppom muiPanduan umum  sistem jaminan halal lppom mui
Panduan umum sistem jaminan halal lppom mui
 
Menjamin industri halal melalui UU JPH
Menjamin industri halal melalui UU JPHMenjamin industri halal melalui UU JPH
Menjamin industri halal melalui UU JPH
 
Pertemuan 4-Etika Produksi dan Pemasaran.pptx
Pertemuan 4-Etika Produksi dan Pemasaran.pptxPertemuan 4-Etika Produksi dan Pemasaran.pptx
Pertemuan 4-Etika Produksi dan Pemasaran.pptx
 
Pengenalan Sertifikat Halal MUI dan Sistem Jaminan Halal
Pengenalan Sertifikat Halal MUI dan Sistem Jaminan HalalPengenalan Sertifikat Halal MUI dan Sistem Jaminan Halal
Pengenalan Sertifikat Halal MUI dan Sistem Jaminan Halal
 
eBook Panduan Asas Halal C.pdf
eBook Panduan Asas Halal C.pdfeBook Panduan Asas Halal C.pdf
eBook Panduan Asas Halal C.pdf
 
BE & GG, Bonita, Hapzi Ali, Tugas 2. Etika Bisnis PT.INDOFOOD (tugas sebelum ...
BE & GG, Bonita, Hapzi Ali, Tugas 2. Etika Bisnis PT.INDOFOOD (tugas sebelum ...BE & GG, Bonita, Hapzi Ali, Tugas 2. Etika Bisnis PT.INDOFOOD (tugas sebelum ...
BE & GG, Bonita, Hapzi Ali, Tugas 2. Etika Bisnis PT.INDOFOOD (tugas sebelum ...
 
Notes frozen desserts item_KSKV 2018
Notes frozen desserts item_KSKV 2018Notes frozen desserts item_KSKV 2018
Notes frozen desserts item_KSKV 2018
 
SKKNI 2022-021.pdf.pdf
SKKNI 2022-021.pdf.pdfSKKNI 2022-021.pdf.pdf
SKKNI 2022-021.pdf.pdf
 
BE & GG Tugas UTS, Tubagus Angga Dheviests, Hapzi Ali, EtIka Bisnins di PT In...
BE & GG Tugas UTS, Tubagus Angga Dheviests, Hapzi Ali, EtIka Bisnins di PT In...BE & GG Tugas UTS, Tubagus Angga Dheviests, Hapzi Ali, EtIka Bisnins di PT In...
BE & GG Tugas UTS, Tubagus Angga Dheviests, Hapzi Ali, EtIka Bisnins di PT In...
 
Paper etika ekonomi dalam syariah EKONOMI DALAM ISLAM
Paper etika ekonomi dalam syariah EKONOMI DALAM ISLAM Paper etika ekonomi dalam syariah EKONOMI DALAM ISLAM
Paper etika ekonomi dalam syariah EKONOMI DALAM ISLAM
 
Training SJH (11 kriteria Halal).pptx
Training SJH (11 kriteria Halal).pptxTraining SJH (11 kriteria Halal).pptx
Training SJH (11 kriteria Halal).pptx
 
SISTEM JAMINAN HALAL
SISTEM JAMINAN HALALSISTEM JAMINAN HALAL
SISTEM JAMINAN HALAL
 
Etika islam dalam pengeluaran
Etika islam dalam pengeluaranEtika islam dalam pengeluaran
Etika islam dalam pengeluaran
 
sURAT Halal
sURAT HalalsURAT Halal
sURAT Halal
 
Analisis penerapan etika bisnis pada pt. industri jamu dan farmasi sido muncu...
Analisis penerapan etika bisnis pada pt. industri jamu dan farmasi sido muncu...Analisis penerapan etika bisnis pada pt. industri jamu dan farmasi sido muncu...
Analisis penerapan etika bisnis pada pt. industri jamu dan farmasi sido muncu...
 
Panduan sukses hpai
Panduan sukses hpai Panduan sukses hpai
Panduan sukses hpai
 
Prosedur dan isu halal 2011 a
Prosedur dan isu halal 2011 aProsedur dan isu halal 2011 a
Prosedur dan isu halal 2011 a
 
Manajemen mutu presentasi
Manajemen mutu presentasiManajemen mutu presentasi
Manajemen mutu presentasi
 
Paper manajemen strategi
Paper manajemen strategiPaper manajemen strategi
Paper manajemen strategi
 

More from idmac2015

Mohd Shukri Hanapi & Zahri Hamat
Mohd Shukri Hanapi & Zahri HamatMohd Shukri Hanapi & Zahri Hamat
Mohd Shukri Hanapi & Zahri Hamatidmac2015
 
Nur Fara Hana Abdullah
Nur Fara Hana AbdullahNur Fara Hana Abdullah
Nur Fara Hana Abdullahidmac2015
 
Emy Kholifah
Emy KholifahEmy Kholifah
Emy Kholifahidmac2015
 
Malik Abdul Jabbar Zen, Ade Irma Diana & Khoirul Zadid Taqwa
Malik Abdul Jabbar Zen, Ade Irma Diana & Khoirul Zadid TaqwaMalik Abdul Jabbar Zen, Ade Irma Diana & Khoirul Zadid Taqwa
Malik Abdul Jabbar Zen, Ade Irma Diana & Khoirul Zadid Taqwaidmac2015
 
Raziah Md Tahir
Raziah Md TahirRaziah Md Tahir
Raziah Md Tahiridmac2015
 
Nurul Qomariah
Nurul QomariahNurul Qomariah
Nurul Qomariahidmac2015
 
Diana Dwi Astuti
Diana Dwi AstutiDiana Dwi Astuti
Diana Dwi Astutiidmac2015
 
Eka Yuniarti & Dina Fitrisia Septiarini
Eka Yuniarti & Dina Fitrisia Septiarini Eka Yuniarti & Dina Fitrisia Septiarini
Eka Yuniarti & Dina Fitrisia Septiarini idmac2015
 
Nurhanai Romli, Mohd Faiz Mohamed Yusof, Fahimah Mohd Razif & Ahmad Aznan Sul...
Nurhanai Romli, Mohd Faiz Mohamed Yusof, Fahimah Mohd Razif & Ahmad Aznan Sul...Nurhanai Romli, Mohd Faiz Mohamed Yusof, Fahimah Mohd Razif & Ahmad Aznan Sul...
Nurhanai Romli, Mohd Faiz Mohamed Yusof, Fahimah Mohd Razif & Ahmad Aznan Sul...idmac2015
 
Azhar Mohamad & Imtiaz Mohammad Sifat
Azhar Mohamad & Imtiaz Mohammad SifatAzhar Mohamad & Imtiaz Mohammad Sifat
Azhar Mohamad & Imtiaz Mohammad Sifatidmac2015
 
Aminullah Elhady
Aminullah ElhadyAminullah Elhady
Aminullah Elhadyidmac2015
 
Farahdina Fazial
Farahdina FazialFarahdina Fazial
Farahdina Fazialidmac2015
 
Mutiara Dwi Sari
Mutiara Dwi SariMutiara Dwi Sari
Mutiara Dwi Sariidmac2015
 
Murni Yusoff
Murni YusoffMurni Yusoff
Murni Yusoffidmac2015
 
Mohd Faiz Mohamed Yusof, Nurhanani Romli & Joni Tamkin Borhan
Mohd Faiz Mohamed Yusof, Nurhanani Romli & Joni Tamkin BorhanMohd Faiz Mohamed Yusof, Nurhanani Romli & Joni Tamkin Borhan
Mohd Faiz Mohamed Yusof, Nurhanani Romli & Joni Tamkin Borhanidmac2015
 
Shaik Abdullah Hassan Mydin
Shaik Abdullah Hassan Mydin Shaik Abdullah Hassan Mydin
Shaik Abdullah Hassan Mydin idmac2015
 
Che Khadijah Hamid
Che Khadijah HamidChe Khadijah Hamid
Che Khadijah Hamididmac2015
 
Yani Dahliani
Yani DahlianiYani Dahliani
Yani Dahlianiidmac2015
 
Mohd Adli Zahri
Mohd Adli ZahriMohd Adli Zahri
Mohd Adli Zahriidmac2015
 
Nor Hatizal Amarul Shah
Nor Hatizal Amarul ShahNor Hatizal Amarul Shah
Nor Hatizal Amarul Shahidmac2015
 

More from idmac2015 (20)

Mohd Shukri Hanapi & Zahri Hamat
Mohd Shukri Hanapi & Zahri HamatMohd Shukri Hanapi & Zahri Hamat
Mohd Shukri Hanapi & Zahri Hamat
 
Nur Fara Hana Abdullah
Nur Fara Hana AbdullahNur Fara Hana Abdullah
Nur Fara Hana Abdullah
 
Emy Kholifah
Emy KholifahEmy Kholifah
Emy Kholifah
 
Malik Abdul Jabbar Zen, Ade Irma Diana & Khoirul Zadid Taqwa
Malik Abdul Jabbar Zen, Ade Irma Diana & Khoirul Zadid TaqwaMalik Abdul Jabbar Zen, Ade Irma Diana & Khoirul Zadid Taqwa
Malik Abdul Jabbar Zen, Ade Irma Diana & Khoirul Zadid Taqwa
 
Raziah Md Tahir
Raziah Md TahirRaziah Md Tahir
Raziah Md Tahir
 
Nurul Qomariah
Nurul QomariahNurul Qomariah
Nurul Qomariah
 
Diana Dwi Astuti
Diana Dwi AstutiDiana Dwi Astuti
Diana Dwi Astuti
 
Eka Yuniarti & Dina Fitrisia Septiarini
Eka Yuniarti & Dina Fitrisia Septiarini Eka Yuniarti & Dina Fitrisia Septiarini
Eka Yuniarti & Dina Fitrisia Septiarini
 
Nurhanai Romli, Mohd Faiz Mohamed Yusof, Fahimah Mohd Razif & Ahmad Aznan Sul...
Nurhanai Romli, Mohd Faiz Mohamed Yusof, Fahimah Mohd Razif & Ahmad Aznan Sul...Nurhanai Romli, Mohd Faiz Mohamed Yusof, Fahimah Mohd Razif & Ahmad Aznan Sul...
Nurhanai Romli, Mohd Faiz Mohamed Yusof, Fahimah Mohd Razif & Ahmad Aznan Sul...
 
Azhar Mohamad & Imtiaz Mohammad Sifat
Azhar Mohamad & Imtiaz Mohammad SifatAzhar Mohamad & Imtiaz Mohammad Sifat
Azhar Mohamad & Imtiaz Mohammad Sifat
 
Aminullah Elhady
Aminullah ElhadyAminullah Elhady
Aminullah Elhady
 
Farahdina Fazial
Farahdina FazialFarahdina Fazial
Farahdina Fazial
 
Mutiara Dwi Sari
Mutiara Dwi SariMutiara Dwi Sari
Mutiara Dwi Sari
 
Murni Yusoff
Murni YusoffMurni Yusoff
Murni Yusoff
 
Mohd Faiz Mohamed Yusof, Nurhanani Romli & Joni Tamkin Borhan
Mohd Faiz Mohamed Yusof, Nurhanani Romli & Joni Tamkin BorhanMohd Faiz Mohamed Yusof, Nurhanani Romli & Joni Tamkin Borhan
Mohd Faiz Mohamed Yusof, Nurhanani Romli & Joni Tamkin Borhan
 
Shaik Abdullah Hassan Mydin
Shaik Abdullah Hassan Mydin Shaik Abdullah Hassan Mydin
Shaik Abdullah Hassan Mydin
 
Che Khadijah Hamid
Che Khadijah HamidChe Khadijah Hamid
Che Khadijah Hamid
 
Yani Dahliani
Yani DahlianiYani Dahliani
Yani Dahliani
 
Mohd Adli Zahri
Mohd Adli ZahriMohd Adli Zahri
Mohd Adli Zahri
 
Nor Hatizal Amarul Shah
Nor Hatizal Amarul ShahNor Hatizal Amarul Shah
Nor Hatizal Amarul Shah
 

Recently uploaded

11.-SUPERVISI-DALAM-MANAJEMEN-KEPERAWATAN.ppt
11.-SUPERVISI-DALAM-MANAJEMEN-KEPERAWATAN.ppt11.-SUPERVISI-DALAM-MANAJEMEN-KEPERAWATAN.ppt
11.-SUPERVISI-DALAM-MANAJEMEN-KEPERAWATAN.pptsantikalakita
 
V5_Petunjuk teknis Pengisian Usulan Alat Kesehatan melalui aplikasi.pptx
V5_Petunjuk teknis Pengisian Usulan Alat Kesehatan melalui aplikasi.pptxV5_Petunjuk teknis Pengisian Usulan Alat Kesehatan melalui aplikasi.pptx
V5_Petunjuk teknis Pengisian Usulan Alat Kesehatan melalui aplikasi.pptxBayuUtaminingtyas
 
KREDIT PERBANKAN JENIS DAN RUANG LINGKUPNYA
KREDIT PERBANKAN JENIS DAN RUANG LINGKUPNYAKREDIT PERBANKAN JENIS DAN RUANG LINGKUPNYA
KREDIT PERBANKAN JENIS DAN RUANG LINGKUPNYARirilMardiana
 
Ide dan Peluang dalam Kewirausahaan (dimas).pdf
Ide dan Peluang dalam Kewirausahaan (dimas).pdfIde dan Peluang dalam Kewirausahaan (dimas).pdf
Ide dan Peluang dalam Kewirausahaan (dimas).pdfPerkuliahanDaring
 
Pengantar Akuntansi dan Prinsip-prinsip Akuntansi.ppt
Pengantar Akuntansi dan Prinsip-prinsip Akuntansi.pptPengantar Akuntansi dan Prinsip-prinsip Akuntansi.ppt
Pengantar Akuntansi dan Prinsip-prinsip Akuntansi.pptAchmadHasanHafidzi
 
Keseimbangan perekonomian tigas termasuk peran pemerintah
Keseimbangan perekonomian tigas termasuk peran pemerintahKeseimbangan perekonomian tigas termasuk peran pemerintah
Keseimbangan perekonomian tigas termasuk peran pemerintahUNIVERSITAS MUHAMMADIYAH BERAU
 
BAB 4 C IPS KLS 9 TENTANG MASA DEMOKRASI TERPIMPIN.pptx
BAB 4 C IPS KLS 9 TENTANG MASA DEMOKRASI TERPIMPIN.pptxBAB 4 C IPS KLS 9 TENTANG MASA DEMOKRASI TERPIMPIN.pptx
BAB 4 C IPS KLS 9 TENTANG MASA DEMOKRASI TERPIMPIN.pptxTheresiaSimamora1
 
power point tentang koperasi simpan pinjam di indonesia
power point tentang koperasi simpan pinjam di indonesiapower point tentang koperasi simpan pinjam di indonesia
power point tentang koperasi simpan pinjam di indonesiaMukhamadMuslim
 
ANALISIS SENSITIVITAS SIMPLEKS BESERTA PERUBAHAN KONTRIBUSI.pptx
ANALISIS SENSITIVITAS SIMPLEKS BESERTA PERUBAHAN KONTRIBUSI.pptxANALISIS SENSITIVITAS SIMPLEKS BESERTA PERUBAHAN KONTRIBUSI.pptx
ANALISIS SENSITIVITAS SIMPLEKS BESERTA PERUBAHAN KONTRIBUSI.pptxUNIVERSITAS MUHAMMADIYAH BERAU
 
KONSEP & SISTEM PERBANKAN SYARIAH DI INDONESIA
KONSEP & SISTEM PERBANKAN SYARIAH DI INDONESIAKONSEP & SISTEM PERBANKAN SYARIAH DI INDONESIA
KONSEP & SISTEM PERBANKAN SYARIAH DI INDONESIAAchmadHasanHafidzi
 
Pengertian, Konsep dan Jenis Modal Kerja
Pengertian, Konsep dan Jenis Modal KerjaPengertian, Konsep dan Jenis Modal Kerja
Pengertian, Konsep dan Jenis Modal Kerjamonikabudiman19
 
5. WAKALH BUL UJRAH DAN KAFALAH BIL UJRAH.pptx
5. WAKALH BUL UJRAH DAN KAFALAH BIL UJRAH.pptx5. WAKALH BUL UJRAH DAN KAFALAH BIL UJRAH.pptx
5. WAKALH BUL UJRAH DAN KAFALAH BIL UJRAH.pptxfitriamutia
 
Konsep Dasar Bank dan Lembaga Keuangan Lainnya.ppt
Konsep Dasar Bank dan Lembaga Keuangan Lainnya.pptKonsep Dasar Bank dan Lembaga Keuangan Lainnya.ppt
Konsep Dasar Bank dan Lembaga Keuangan Lainnya.pptAchmadHasanHafidzi
 
konsep akuntansi biaya, perilaku biaya.ppt
konsep akuntansi biaya, perilaku biaya.pptkonsep akuntansi biaya, perilaku biaya.ppt
konsep akuntansi biaya, perilaku biaya.pptAchmadHasanHafidzi
 
PPT KEGIATAN MENGOLAKASIAN DANA SUKU BUNGA KLP 4.pptx
PPT KEGIATAN MENGOLAKASIAN DANA SUKU BUNGA KLP 4.pptxPPT KEGIATAN MENGOLAKASIAN DANA SUKU BUNGA KLP 4.pptx
PPT KEGIATAN MENGOLAKASIAN DANA SUKU BUNGA KLP 4.pptximamfadilah24062003
 

Recently uploaded (16)

11.-SUPERVISI-DALAM-MANAJEMEN-KEPERAWATAN.ppt
11.-SUPERVISI-DALAM-MANAJEMEN-KEPERAWATAN.ppt11.-SUPERVISI-DALAM-MANAJEMEN-KEPERAWATAN.ppt
11.-SUPERVISI-DALAM-MANAJEMEN-KEPERAWATAN.ppt
 
V5_Petunjuk teknis Pengisian Usulan Alat Kesehatan melalui aplikasi.pptx
V5_Petunjuk teknis Pengisian Usulan Alat Kesehatan melalui aplikasi.pptxV5_Petunjuk teknis Pengisian Usulan Alat Kesehatan melalui aplikasi.pptx
V5_Petunjuk teknis Pengisian Usulan Alat Kesehatan melalui aplikasi.pptx
 
KREDIT PERBANKAN JENIS DAN RUANG LINGKUPNYA
KREDIT PERBANKAN JENIS DAN RUANG LINGKUPNYAKREDIT PERBANKAN JENIS DAN RUANG LINGKUPNYA
KREDIT PERBANKAN JENIS DAN RUANG LINGKUPNYA
 
Ide dan Peluang dalam Kewirausahaan (dimas).pdf
Ide dan Peluang dalam Kewirausahaan (dimas).pdfIde dan Peluang dalam Kewirausahaan (dimas).pdf
Ide dan Peluang dalam Kewirausahaan (dimas).pdf
 
ANALISIS SENSITIVITAS METODE GRAFIK.pptx
ANALISIS SENSITIVITAS METODE GRAFIK.pptxANALISIS SENSITIVITAS METODE GRAFIK.pptx
ANALISIS SENSITIVITAS METODE GRAFIK.pptx
 
Pengantar Akuntansi dan Prinsip-prinsip Akuntansi.ppt
Pengantar Akuntansi dan Prinsip-prinsip Akuntansi.pptPengantar Akuntansi dan Prinsip-prinsip Akuntansi.ppt
Pengantar Akuntansi dan Prinsip-prinsip Akuntansi.ppt
 
Keseimbangan perekonomian tigas termasuk peran pemerintah
Keseimbangan perekonomian tigas termasuk peran pemerintahKeseimbangan perekonomian tigas termasuk peran pemerintah
Keseimbangan perekonomian tigas termasuk peran pemerintah
 
BAB 4 C IPS KLS 9 TENTANG MASA DEMOKRASI TERPIMPIN.pptx
BAB 4 C IPS KLS 9 TENTANG MASA DEMOKRASI TERPIMPIN.pptxBAB 4 C IPS KLS 9 TENTANG MASA DEMOKRASI TERPIMPIN.pptx
BAB 4 C IPS KLS 9 TENTANG MASA DEMOKRASI TERPIMPIN.pptx
 
power point tentang koperasi simpan pinjam di indonesia
power point tentang koperasi simpan pinjam di indonesiapower point tentang koperasi simpan pinjam di indonesia
power point tentang koperasi simpan pinjam di indonesia
 
ANALISIS SENSITIVITAS SIMPLEKS BESERTA PERUBAHAN KONTRIBUSI.pptx
ANALISIS SENSITIVITAS SIMPLEKS BESERTA PERUBAHAN KONTRIBUSI.pptxANALISIS SENSITIVITAS SIMPLEKS BESERTA PERUBAHAN KONTRIBUSI.pptx
ANALISIS SENSITIVITAS SIMPLEKS BESERTA PERUBAHAN KONTRIBUSI.pptx
 
KONSEP & SISTEM PERBANKAN SYARIAH DI INDONESIA
KONSEP & SISTEM PERBANKAN SYARIAH DI INDONESIAKONSEP & SISTEM PERBANKAN SYARIAH DI INDONESIA
KONSEP & SISTEM PERBANKAN SYARIAH DI INDONESIA
 
Pengertian, Konsep dan Jenis Modal Kerja
Pengertian, Konsep dan Jenis Modal KerjaPengertian, Konsep dan Jenis Modal Kerja
Pengertian, Konsep dan Jenis Modal Kerja
 
5. WAKALH BUL UJRAH DAN KAFALAH BIL UJRAH.pptx
5. WAKALH BUL UJRAH DAN KAFALAH BIL UJRAH.pptx5. WAKALH BUL UJRAH DAN KAFALAH BIL UJRAH.pptx
5. WAKALH BUL UJRAH DAN KAFALAH BIL UJRAH.pptx
 
Konsep Dasar Bank dan Lembaga Keuangan Lainnya.ppt
Konsep Dasar Bank dan Lembaga Keuangan Lainnya.pptKonsep Dasar Bank dan Lembaga Keuangan Lainnya.ppt
Konsep Dasar Bank dan Lembaga Keuangan Lainnya.ppt
 
konsep akuntansi biaya, perilaku biaya.ppt
konsep akuntansi biaya, perilaku biaya.pptkonsep akuntansi biaya, perilaku biaya.ppt
konsep akuntansi biaya, perilaku biaya.ppt
 
PPT KEGIATAN MENGOLAKASIAN DANA SUKU BUNGA KLP 4.pptx
PPT KEGIATAN MENGOLAKASIAN DANA SUKU BUNGA KLP 4.pptxPPT KEGIATAN MENGOLAKASIAN DANA SUKU BUNGA KLP 4.pptx
PPT KEGIATAN MENGOLAKASIAN DANA SUKU BUNGA KLP 4.pptx
 

IMP SEBAGAI PIAWAIAN UTAMA

  • 1. ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 693 AMALAN PENGILANGAN ISLAM (IMP) SEBAGAI PIAWAIAN UTAMA DALAM PROSES PEMBUATAN PRODUK MAKANAN SUNNAH: SATU TINJAUAN AWAL 1 Nur Farhanim Mustaffa2 Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV) Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. farhanim07@gmail.com Abstrak Kemunculan produk makanan yang berasaskan makanan sunnah terutamanya produk makanan kesihatan yang menggabungkan makanan sunnah bersama bahan-bahan lain termasuklah bahan pengawet kian meningkat di pasaran kini. Walaupun makanan sunnah merupakan makanan yang sudah terjamin halal, pengguna masih mempersoalkan cara pembuatan produk makanan sunnah kerana mengkhuatiri kehadiran produk yang hanya menggunakan agama sebagai taktik pemasaran di samping isu-isu berkenaan piawaian halal yang meragukan. Oleh itu, timbul persoalan adakah piawaian yang digunakan dalam proses pembuatan produk makanan sunnah terutamanya menepati syariat Islam? Berbanding piawaian-piawaian lain, IMP merupakan satu-satunya piawaian pengilangan Islam yang mengambil kira konsep rohaniah Islam dalam proses pembuatan sesuatu produk. Kertas kerja ini ditulis sebagai satu tinjauan awal bagi melihat potensi IMP sebagai satu garis panduan utama dalam proses pembuatan produk makanan berasaskan makanan sunnah. Kertas kerja ini menggunakan kaedah kepustakaan dan dapatan dianalisis menggunakan kaedah analisis deskriptif. Berdasarkan dapatan yang diperoleh, dapat disimpulkan bahawa IMP adalah selari dengan syariat Islam dan didapati berpotensi untuk digunakan sebagai piawaian utama dalam proses pembuatan produk makanan sunnah. Kata kunci: Piawaian, Amalan Pengilangan Islam, IMP, Proses pembuatan, makanan sunnah 1 Kertas kerja ini akan dibentangkan dalam International Islamic Development Management Conference yang ke-9 (9th IDMAC) pada 8-9 Disember 2015 di Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Berteraskan Islam (ISDEV), Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, Malaysia. 2 Nur Farhanim Binti Mustaffa merupakan calon pelajar Ijazah Sarjana (Pengurusan Pembangunan Islam), di Pusat Pengajian Pengurusan Pembangunan Berteraskan Islam, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.
  • 2. ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 694 PENGENALAN Kertas kerja ini ditulis bagi melihat potensi Amalan Pengilangan Islam (IMP) berbanding piawaian-piawaian lain dalam proses pembuatan produk makanan berasaskan makanan sunnah. Makanan sunnah bukan sahaja sekadar makanan yang menjadi kegemaran Rasulullah SAW malah merangkumi amalan, adab serta cara pemakanan Baginda SAW. Walau bagaimanapun, timbul persoalan adakah produk makanan yang menggabungkan makanan sunnah dan bahan-bahan lain masih boleh dikategorikan sebagai makanan Rasulullah SAW? Jika produk makanan ini dikategorikan sebagai makanan sunnah, seharusnya adab pengambilan, pemilihan bahan-bahan asas, proses pembuatan, pembungkusan, penyimpanan produk sehinggalah ke cara pemakanan produk makanan ini haruslah menggunakan garis panduan proses pembuatan yang juga turut berlandaskan Islam. Hal ini penting bagi mendapatkan manfaat serta khasiat makanan sunnah secara keseluruhan dalam menghidupkan amalan sunnah bukan sahaja dari segi jasmani malah rohani. Produk makanan sunnah sebagai makanan kesihatan tambahan makin mendapat tempat kerana menggunakan manfaat makanan kegemaran Rasulullah SAW sebagai satu kelebihan dan nilai tambah berbanding produk makanan tambahan yang lain. Namun begitu, Sumaiya Mohd Tarmizi, Ishak Sulaiman dan Halijah Ibrahim (2014) menyatakan bahawa produk makanan sunnah kini mengandungi makanan sunnah yang bercampur dengan bahan pengawet, bahan kimia, penambah perisa serta gula tambahan. Menurut Hadith Rasulullah SAW dalam Sahih al-Bukhari, Rasulullah SAW melarang percampuran kismis dan tamar dalam satu bahan minuman. “Rasulullah SAW melarang percampuran kismis dan tamar terutamanya dalam bentuk minuman”. (Riwayat Bukhari, No. Hadith : 5602) Asas kepada larangan percampuran dua makanan sunnah tersebut dalam satu minuman adalah berdasarkan dua faktor. Faktor pertama adalah kemungkinan wujud alkohol3 dalam minuman tersebut hasil tindak balas kimia daripada kismis dan tamar. Manakala faktor kedua adalah kemungkinan Rasululullah melarang percampuran dua bahan tersebut kerana wujud unsur pembaziran berikutan kandungan nutrisi dan zat tamar dan kismis yang masing-masing sudah mempunyai kadar karbohidrat yang tinggi. (Sumaiya Mohd Tarmizi, Ishak Sulaiman dan Halijah Ibrahim, 2014). Malah menurut Imam Maliki4 juga, hukum bagi percampuran tamar dan kismis dalam satu minuman adalah haram. Produk makanan sunnah kini bukan sahaja menggabungkan kebanyakan makanan sunnah dalam satu produk, malah turut mengandungi bahan pengawet makanan, penambah perisa, bahan penstabil makanan, pemekat serta pewarna. 3 Alkohol boleh mewujudkan unsur mabuk dalam minuman. 4 Imam Maliki atau Mālik ibn Anas bin Malik bin ‘Āmr al-Asbahi merupakan pakar ilmu fiqh dan Hadith serta pengasas Mazhab Maliki. Beliau menyusun Kitab al-Muwatta’.
  • 3. ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 695 “Maka hendaklah manusia itu memperhatikan makanannya.” (al-‘Abasa, 80:24) Sebagaimana firman Allah SWT dalam ayat al-‘Abasa, telah menjadi tanggungjawab pengguna Islam dalam mengambil tahu terhadap perkembangan dan asal-usul makanan sama ada sumber makanan tersebut diperoleh daripada tumbuhan, binatang yang halal atau haram dimakan serta proses pembuatan sesuatu makanan. Terdapat pelbagai bentuk garis panduan dan piawaian dalam menjaga produk makanan halal di Malaysia. Walaubagaimanapun, menurut Mohd Ali Mohd Noor, Hairunnizam Wahid dan Haji Abdul Razak Dan (t.t.), standard mutu sahaja tidak dapat menjanjikan barangan tersebut boleh diguna atau dinikmati mengikut perspektif syariah. Keperluan satu garis panduan yang benar-benar mengikut acuan Islam adalah sangat diperlukan dalam menghidupkan roh Islam dalam pembuatan produk makanan sunnah. Konsep Amalan Pengilangan Islam (IMP) telah diperkenalkan oleh Tuan Haji Ahmad Tajuddin dengan tujuan menambahkan nilai roh Islam dalam proses pembuatan produk terutamanya produk keluaran Islam. Berbeza dengan piawaian yang lain, IMP adalah satu garis piawaian di mana proses pembuatannya hanya diasaskan dan dilakukan oleh orang Islam sahaja. Idea utama disebalik IMP adalah untuk memberi garis panduan yang betul di bawah sistem yang selari dengan pematuhan syariah bagi mengelakkan kebimbangan para pengguna terutamanya dalam kalangan penduduk Islam dalam mendapatkan produk dan barangan tanpa was-was. Terdapat tiga perkara utama utama menjadi tunjang kepada IMP iaitu pengusaha, pekerja dan kilang. Berbeza dengan piawaian yang lain, IMP memberi penekanan terhadap nilai roh Islam dalam proses pengilangan secara menyeluruh merangkumi semua aspek. Amalan-amalam yang diterapkan dalam IMP dilihat bukan sahaja mampu membina pembangunan insan bagi pekerja kilang malah juga turut mampu membina peribadi insan pengusaha yang cemerlang. PIAWAIAN HALAL DI MALAYSIA Di Malaysia, Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM) merupakan badan yang telah dilantik oleh Jabatan Standard Malaysia (2009) sebagai ejen yang membangunkan piawaian Malaysia. Antara piawaian yang digunakan adalah Amalan Pengilangan Baik (GMP), Amalan Pengilangan Terbersih (GHP) dan Hazard Analysis and Critical Control Point (HACCP). Piawaian halal merupakan satu alat yang penting dalam meyakinkan pengguna Islam terutama di Malaysia mengenai kesucian produk dan status halal produk yang dihasilkan (Shafiza Shaari, 2010). Terdapat beberapa piawaian halal yang digunakan di Malaysia. Salah satu antaranya adalah MS1500:2009 yang merupakan piawaian halal kepada produk makanan dan minuman. Piawaian MS220:2008 pula piawaian halal yang berkaitan kosmetik dan penjagaan diri. Kedua-dua piawaian ini dipantau secara berkala oleh JAKIM dalam menyelia proses pembuatan dan status halal produk yang dikeluarkan. Walaubagaimanapun, piawaian ini hanya mengambil kira aspek lahiriah sahaja iaitu sumber makanan dan minumam sama ada halal atau haram bahan yang digunakan
  • 4. ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 696 (Ashikin Ismail, 2015) dan hanya terhad kepada kualiti produk atau perkhidmatan halal yang dikeluarkan sahaja (Shafiza Shaari, 2010). Selain piawaian halal, piawaian Pengilangan Baik (GMP), Amalan Pengilangan Terbersih (GHP) dan Hazard Analysis and Critical Control Point (HACCP) turut digunakan sebagai piawaian pengilangan yang digunakan di Malaysia. Walaubagaimanapun piawaian-piawaian ini tidak menepati syariat Islam kerana diasaskan berdasarkan paradigm Barat dan hanya melihat kepada aspek lahiriah semata- mata (Norazilawati Md Dahlal, 2013 dan Ricca Rahman Nasaruddin, 2011). Dalam industri halal, terdapat pelbagai piawaian telal diwujudkan. Namun piawaian ini hanya memberi penekanan terhadap aspek piawaian produk dan pengurusan sahaja. Menurut Ashikin Ismail (2015), IMP didapati menepati dengan syariat Islam berasaskan keselarian tasawur dan epistemologi Islam yang digunakan iaitu berasaskan kepada al- Quran, Hadith, Ijma’ dan Qiyas. DAPATAN DAN PERBINCANGAN Dalam IMP, proses pengilangan merangkumi tiga bahagian iaitu pengusaha, situasi kilang dan bahan mentah serta pekerja. Bagi pengusaha yang ingin melibatkan diri dalam pembuatan produk berasaskan ‘Halalan Toyyiba’ mestilah mengetahui persoalan hukum pembuatan produk serta mempunyai ilmu-ilmu berhubung dengan persoalan keagamaan. Pengusaha haruslah menggunakan sumber kewangan yang tidak bersumberkan riba agar dapat membekalkan produk makanan sunnah yang halal. Pengusaha seharusnya menyedari bahawa penghasilan produk makanan sunnah tersebut akan menjadi darah daging pengguna dan pastinya akan dituntut di akhirat kelak. Oleh itu, pengusaha haruslah mempunyai niat untuk menyediakan produk yang halal lagi baik kepada pengguna Muslim dalam mencari keredhaan Allah SWT. Keadaan kilang dan bahan mentah pula haruslah mematuhi kriteria-kriteria seperti mempunyai bacaan al-Qur’an, keadaan kilang dalam susunan mengikut syariat dan tiada muzik yang dimainkan. Bahan mentah yang digunakan hendaklah dijamin halal dan mendapat pengesahan daripada pihak berkuasa. Manakala peralatan kilang pula mestilah dalam keadaan bersih serta dibersihkan mengikuat piawaian syariah seperti hendaklah dibersihkan menggunakan air mutlak. Amalan yang diamalkan pekerja syarikat proses pembuatan makanan sunnah ini dapat dibahagikan kepada tiga bahagian. Bahagian pertama adalah sebelum kerja-kerja proses pembuatan dijalankan, bahagia kedua pula adalah ketika proses pembuatan sedang dijalankan dan bahagian yang ketiga merupakan amalan di luar proses pembuatan makanan sunnah. Antara amalan yang diamalkan oleh pekerja pemprosesan makanan sunnah dalam bahagian pertama adalah dengan mengadakan perhimpunan pada awal pagi yang dimulakan dengan bacaan doa, bacaan Asma’ al-Husna, bacaan ayat-ayat Al- Syifa’ dan tazkirah. Selain itu, pekerja operator kilang diwajibkan dalam keadaan berwuduk sebelum memulakan proses pembuatan makanan sunnah. Bahagian kedua pula, pekerja operator diwajibkan untuk menutup aurat dan berkopiah serta
  • 5. ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 697 diperdengarkan alunan zikir sepanjang proses pembuatan makanan sunnah berlangsung. Manakala dalam bahagian ketiga iaitu di luar proses pembuatan, syarikat makanan sunnah mewajibkan pekerjanya menunaikan solat berjemaah, menghadiri kelas bacaan al-Qur’an serta diwajibkan mengamalkan solat sunat Dhuha setiap hari. Malah pekerja juga mempunyai kuliah kefahaman agama setiap tiga kali seminggu. Selain itu, kilang juga haruslah sentiasa dijaga dalam keadaan bersih. Menurut Rahimi Hassan (2012), makanan bukan sahaja perlu suci dari sudut fizikal sahaja malah juga seharusnya suci daripada sudut rohaniah kerana 50% pembentukan akhlak terutamanya kanak-kanak adalah daripada makanan yang diambil. Perkara ini disokong oleh Ahmad Tajuddin Arshad (2009) yang menyatakan bahawa makanan yang diperlukan oleh tubuh badan manusia perlu dipastikan kesucian fizikal dan rohani kerana akan menjadi darah daging serta mempengaruhi akhlak serta tingkah laku manusia. Keistimewaan IMP yang menekankan nilai roh Islam dalam amalan pengilangan dilihat amat bersesuaian dengan proses pembuatan makanan berasaskan makanan sunnah. Ini kerana, demi memelihara roh Islam seperti mana yang telah disunnah oleh Rasulullah SAW seperti adab pemakanan, amalan bacaan Basmallah sebelum makan, amalan berselawat ke atas Nabi, berzikir dan sebagainya dilihat amat bersesuaian dengan amalan yang diamalkan oleh IMP berbanding piawaian-piawaian lain. KESIMPULAN Teras kepada pembentukan piawaian IMP adalah berdasarkan ayat al-Qur’an ‘Halalan Toyyiba’ yang bukan sahaja merujuk kepada status halal sesuatu bahan makanan sahaja, malah turut menitik beratkan unsur ‘lagi baik’ iaitu meliputi sumber wang yang halal dan jauh daripada perkara riba. Amalan dan piawaian yang telah ditetapkan IMP sangatlah bertepatan dengan kehendak syariat Islam yang bukan sahaja melihat kebersihan dan halal sesuatu produk makanan semata-mata, malah turut menitik beratkan unsur keberkatan dalam produk makanan tersebut. Oleh yang demikian, melihat kepada faktor asas al-Qur’an dan Hadith, konsep ‘Halalan Toyyiba’ dan kepentingan roh Islam yang ditekankan dalam pembuatan produk, piawaian IMP didapati berpotensi diguna pakai sebagai garis panduan utama dalam proses pembuatan produk berasaskan makanan sunnah berbanding piawaian halal yang lain di Malaysia BIBLIOGRAFI Abdul Basith Muhammad as-Sayyid. (2006). “Pola Makan Rasulullah; Makanan Sehat Berkualitas Menurut al-Qur’an dan as-Sunnah”, Terjemahan M. Abdul Ghaffar (Jakarta: Alfa, 2006), 55-56. ‘Abdul ‘Aziz Fathi as-Sayyid. (2007). Ensiklopedi Adab Islam Menurut al-Qur’an dan As-Sunnah, Terj. Abu Ihsan al-Atsari (Pustaka Imam Asy-Syafi’i, 2007), hlm. 117 Aemy Liza Minhat dan Arieff Salleh Rosman (t.t). Makanan dan Kesan Pemakanan menurut Perpektif Islam, Universiti Teknologi Malaysia
  • 6. ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 698 Ahmad Tajuddin Arshad (2009). Buku Panduan IMP. Pulau Pinang: Sekretariat Falsafah & Sains Islam, Universiti Sains Malaysia. Ashikin Ismail (2015). Analisis Epistemologi dan Tasawur Piawaian Amalan Pengilangan Islam (IMP). Universiti Sains Malaysia. Tesis Master Sains Kemasyarakatan Pengurusan Pembangunan Islam:Tidak diterbitkan. Fauzi Deraman, Ishak Suliaman & Faisal Ahmad Syah (2011). Sunnah Nabi ;Realiti dan Cabaran Semasa, Kuala Lumpur: Jabatan al-Qur'an dan al-Hadith Universiti Malaya. Hadi Hashman (2012). Rahasia Kesehatan Rasulullah: Meneladani Gaya Hidup Sehat Nabi Muhammad Saw. (Jakarta: Noura Books, 2012), 72 Harmen Shah & Faridah Yusof (2014). Gelatin as an Ingredient in Food and Pharmaceutical Products: An Islamic Perspective, Advances in Environmental Biology, 8(3), 774-780. Islamic Manufacturing Process (IMP) (2015). Dipetik daripada Institusi Kemahiran Islam Malaysia: www.ikim.gov.my pada 25 Mei 2015. Mohd Anuar Ramli & Mohammad Aizat Jamaludin (2012). Sumbangan Syeikh Muhammad Arshad b. Abdullah Al- Banjari Dalam Fiqh Al- At’imah di dalam kitab Sabil Al-Muhtadi , Jurnal Al- Tamaddun, Bil. (7), 61-76. Mohd Ali Mohd Noor, Hairunnizam Wahid & Haji Abdul Razak Dan (t.t.), Strategi Ke Arah Peningkatan Daya Saing Produk Makanan Halal Di Malaysia, Fakulti Ekonomi, Universiti Kebangsaan Malaysia. Mohammad Aizat Jamaludin, Mahmood Zuhdi Hj Ab. Majid, Mohd Anuar Ramli, Nor Nadiha Mohd Zaki, Suhaimi Ab. Rahman & Dzulkifly Mat Hashim (2011), Realisasi Pandangan Fuqaha Tentang Makanan Berasaskan Nilai Saintifik Semasa, Kertas Kerja ini dibentangkan di Seminar Hukum Islam Semasa VII , 14-15 Disember 2011, Jabatan Fiqh & Usul, APIUM Mohammad Aizat Jamaludin, Mohd Anuar Ramli & Suhaimi Ab. Rahman, Panduan Makanan Halal Haram Menurut Perspektif Al-Quran: Analisis Terhadap Isu-Isu Makanan Semasa. Mohd Dasuqkhi Mohd Sirajuddin, Mohamamd Azannee Saad, Mardhiyyah Sahri, Mohd Ashrof Zaki Yaakub & Mohammad Mahyuddin Khalid (2014), Benchmarking Tayyib as the Best Practice for Halal Logistic Management: The Qur`anic Perspective, Kertas Kerja ini dibentangkan di International Conference (ICIT) pada 21-23 April 2014 di UITM, Sarawak. Nursabrina Munawar & Hajah Makiah Tussaripah bt Hj Jamil (2012). The Islamic Perspective Approach On Plant Pigments As Natural Food Colourants, Kertas Kerja ini dibentangkan di International Halal Conference, Putra World Trade Centre Kuala Lumpur, Malaysia, 4-5 September 2012 Razalee Sedek, P. B. Koon & Mohd Ismail Noor (2013). Pengetahuan Pemakanan dan Pengambilan Suplemen dalam Kalangan Anggota Tentera Laut Diraja Malaysia, Sains Malaysiana, 42(8), 1181–1190. Ricca Rahman Nasaruddin, Maizirwan Mel, Faizah Fuad, Irwandi Jaswir & Hamodon Abd Hamid ( 2011). The Importance of a Standardized Islamic Manufacturing (IMP) for Food and Pharmaceutical Productions, Kertas Kerja ini dibentangkan
  • 7. ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 699 di 2nd International Conference on Professional Ethics and Education in Engineering 2011 ( ICEPEE’11). Shafiza Shaari (2010). Standard Pensijilan Halal Malaysia MS1900:2005: Analisis Dari Perspektif Prinsip Pembangunan Berteraskan Islam. Universiti Sains Malaysia. Tesis Master Sains Kemasyarakatan Pengurusan Pembangunan Islam: Tidak diterbitkan. Siti Zulaekah & Yuli Kusumawati (2005).Halal dan Haram Makanan Dalam Islam.SUHUF, Vol. 17, 25-35. Universitas Muhammadiyah Surakarta Sumaiyah Mohd Tarmizi, Ishak Suliaman & Halijah Ibrahim (2014). The Prophetic Tradition and Nutrition: Issues of Mixing Raisins and Dates, Jurnal RIS, Vol. 1, No. 2, 77-88. Sarfaraz Khan Marwat, Mohyuddin Hashimi, Khalid Usman Khan, Muhammad Aslam Khan, Muhammad Shoaib & Fazal-ur-Rehman (2012). Barley (Hordeum vulgare L.) A Prophetic Food Mentioned in AHadith and its Ethnobotanical Importance, American- Eurasian Journal Agriculture & Environmental Science, Vol. 12, Iss. 7, 835-841. Siti Norlina Muhamad (2005). Kecenderungan Ibu bapa Muslim Terhadap Pemakanan Halal: Kajian di Skudai, Johor Bahru, Johor, UTM. Zunirah Talib, Suhaiza Zailani & Yusserie Zainuddin (2010), Conceptualizations on the Dimensions for Halal Orientation for Food Manufacturers: A Study in the Context of Malaysia. Pakistan Journal of Social Sciences, Vol. 7, Iss.2, 56-61.