SlideShare a Scribd company logo
1 of 11
Download to read offline
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015)
735
SETAKAT MANA DIMENSI CSR DAN KONSTRUK INSTRINSIK
PENGGUNA MUSLIM MEMPENGARUHI PEMILIHAN PERBANKAN
ISLAM DI MALAYSIA1
Zakaria Bahari2
Email : bzak@usm.my
Email : bzak09@gmail.com
Abstrak
Setiap institusi korporat mempunyai tanggungjawab sosial yang terjelma dalam
sumbangan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR). Begitu juga Institusi Perbankan
Islam yang bertaraf korporat. Ada pandangan mengaitkan CSR institusi perbankan
Islam antaranya akan menarik pengguna untuk memilihnya selain daripada faktor
intrinksi dan juga ekstrinsik. Persoalannya, apakah benar dimensi CSR perbankan
Islam dapat mempengaruh pengguna Muslim untuk memilih Institusi Perbankan
Islam (IPI)? Atau ada faktor lain seperti faktor instrinsik dan ekstrinsik yang
mempengaruhi pengguna Muslim memilih untuk IPI. Kertas kerja ini mempunyai
dua objektif. Pertama, mengenal pasti sama ada pengaruh CSR IPI mempunyai
pengaruh terhadap IPI. Kedua, menganalisis faktor yang lebih dominan
mempengaruhi pemilihan pengguna Muslim terhadap IPI. Metodologi yang
diaplikasikan ialah dengan menggunakan data kuantitatif melalui instrumen soal
selidik yang diedarkan di seluruh Semenanjung Malaysia kepada pengguna Muslim.
Analisis regresi berganda menjadi alat analisis. Dapatan kajian menunjukkan dimensi
kefahaman CSR IPI signifikan dalam mempengaruhi pengguna Muslim memilih IPI
dan konstruk instrinsik tidak signifikan dalam mempengaruhi pengguna Muslim
memilih IPI.
1
Kertas kerja ini dibentangkan The 9th ISDEV International Islamic Development Management
Conference (IDMAC2015) anjuran Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV),
Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang.
2
Pensyarah di Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV), Universiti Sains Malaysia
(USM), Pulau Pinang.
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015)
736
PENGENALAN
Setiap institusi korporat mempunyai tanggungjawab sosialnya tersendiri dalam usaha
memberi sumbangan sosial kepada orang yang berkepentingan dalam perjalanan
operasinya setiap hari yang dipanggil Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR). Begitu
juga Institusi Perbankan Islam yang bertaraf korporat. Institusi-institusi ini
mempunyai sebahagian daripada keuntungannya untuk diberikan kepada orang yang
berkepentingan seperti pengguna (pelanggan), pelabur, pekerja, pengurusan, pemilik
saham dan sebagainya (Muhammad Yasir Yusuf, 2012). Pemberian dalam bentuk
sumbangan, penganjuran program sosial, pekerjaan amal, memberi latihan pekerja
dan kemudahan pendidikan dan kesihatan. Malah menjadi satu usaha institusi
perbankan Islam untuk mendapatkan kesetiaan pengguna dan pelanggan terhadap
produk dan perkhidmatan yang diberi dan menjadi ikon kenapa pengguna
menggunakannya.
Hujah ini telah diberikan oleh Steiner dan John (1994), kenapa CSR perlu dilakukan
oleh korporat perniagaan. Mereka mengemukakan 3 sebab. Pertama, korporat ialah
makhluk masyarakat dan kerana itu mesti memberi tindak balas atas permintaan
masyarakat. Kedua, kepentingan perniagaan dalam jangka panjang dipengaruhi
semangat tanggungjawab sosial sendiri; dan ketiga, CSR merupakan satu cara untuk
mengurangi dan menghindari kritikan masyarakat, boleh jadi akan sampai pada
upaya sebagai akta dalam melaksanakan korporat, seperti mana undang-undang
pensyarikat korporat di Indonesia (Muhammad Yasir Yusuf, 2012).
Namun apabila dikaitkan CSR dengan pemilihan pengguna Muslim memilih
perbankan Islam, CSR mungkin menjadi antara faktor yang memberi peluang kepada
pengguna Muslim mengambilnya untuk membuat keputusan dalam memilih
perbankan Islam kerana tanggungjawab sosial. Faktor lain seperti ekstrinsik yang
terdiri daripada perkara seperti perkhidmatan, ciri-ciri produk, reputasi dan
pengesyoran dan promosi boleh membawa kepada pemilihan perbankan Islam. Di
samping itu faktor kepatuhan beragama juga mempengaruhi pengguna Muslim dalam
memilih perbankan Islam (Dalfiza Mohd. Yusof, 2012; & Ahmad Azrin Adnan,
2010).
Dapat dirumuskan perkara di atas yang mengaitkan CSR institusi perbankan Islam
antaranya akan menarik pengguna untuk memilihnya selain daripada faktor intrinksi
dan juga ekstrinsik. Persoalannya, apakah benar dimensi CSR perbankan Islam dapat
mempengaruh pengguna Muslim untuk memilih Institusi Perbankan Islam (IPI)?
Atau ada faktor lain seperti faktor instrinsik dan ekstrinsik yang mempengaruhi
pengguna Muslim memilih untuk IPI. Kertas kerja ini mempunyai dua objektif.
Pertama, mengenal pasti sama ada pengaruh CSR IPI mempunyai pengaruh terhadap
IPI. Kedua, menganalisis faktor yang lebih dominan mempengaruhi pemilihan
pengguna Muslim terhadap IPI.
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015)
737
Oleh itu perbincangan kertas kerja dibahagian kepada lima bahagian iaitu; 1)
pengenalan; 2) perbincangan sorotan karya; 3) metodologi yang digunakan dalam
mengukur pengaruh konstruk bebas; 4) perbincangan tentang output hasil analisis;
dan 5) penutup.
SOROTAN KARYA
Kajian tentang faktor-faktor yang mempengaruh pengguna memilih perbankan Islam
telah banyak dilakukan oleh pengkajian sebelum ini. Antara lain oleh Ahmad Azrin
Adnan (2010) mengkajian faktor-faktor pemilihan perbankan Islam oleh pengguna
Muslim di Terengganu. Dalfiza Mohd Yusof (2013) melakukan kajian faktor-faktor
yang mempengaruhi pengguna Islam di Terengganu memilih pembiayaan
Musyarakah Mutanaqisah. Inke Kesumawati Adnan (2010) menyelidiki faktor-faktor
yang mempengaruh pengguna Muslim memilih penggunaan kad kredit Islam
perbankan Syariah di Bandung di Indonesia. Manakala Erol, Kyanak & El-Bdour
(1994) melihat gelagat pemilihan pengguna terhadap sistem perbankan Islam dan
konvensional di Jordan. Selain kajian tentang faktor-faktor pengguna Muslim
terhadap perbankan Islam, terdapat kajian lain terhadap pemilihan pengguna Muslim
terhadap kewangan lain, misalnya takaful (Juniza Mohamad Jamari, 2012) &
Norafizah Makhtar, 2009) dan Dana Amanah (Mohd Adli Zahri, 2015).
Antara faktor yang sering digunakan menjadi konstruk yang mempengaruh
pemilihan perbankan adalah terdiri daripada konstruk intrinsik, ekstrinsik dan
kepatuhan beragama misalnya kajian Ahmad Azrin Adnan (2010), Dalfiza Mohd.
Yusof (2012), dan Mohd Adli Zahri (2015). Namun dimensi yang mewakili ketiga-
tiga konstruk ini pada umumnya adalah sama. Antara dimensi yang mengambarkan
konstruk intrinsik ialah kefahaman, kesedaran dan persepsi. Misalnya kajian tentang
kefahaman banyak dilakukan, antaranya ialah Nuradili Ridzwan dan Syahidwati
(2007) serta Suzaida Abu Bakar (2003). Bagi kajian tentang kesedaran pula telah
dilakukan oleh Fatimah dan Darna (2006) serta Adiwarman A Karim dan Adi
Zakaria Affif (2005). Kajian mengenai persepsi dilakukan oleh Mohammad
Zulfakhairi Mokhtar (2015), Mohd Adli Zahri (2015), Dalfiza Mohd. Yusof (2012)
dan Ahmad Azrin Adnan (2010).
Dari aspek konstruk ekstrinsik, kebanyakan kajian lepas menggunakan dimensi-
dimensi yang disediakan oleh pihak perbankan Islam kepada penggunanya.
Antaranya reputasi dan pengesyoran, ciri-ciri produk, perkhidmatan yang diberi dan
promosi. Reputasi dan pengesyoran telah digunakan oleh Ahmad Azrin Adnan
(2010). Namun dalam kajian beliau, reputasi telah digugurkan. Dimensi ciri-ciri
produk yang ditawarkan oleh perbankan Islam kepada pengguna banyak telah
digunakan, antaranya kajian yang dilakukan oleh Adli Zahri (2015), Dalfiza Mohd.
Yusof (2012), Ahmad Azrin Adnan (2010) dan Juniza Mohamad Jamari (2012).
Perkhidmatan yang baik oleh perbankan Islam dapat menarik pengguna Muslim
untuk memilihnya. Antara pengkaji yang menggunakan khidmat ini adalah
Mohammad Zulfakhairi Mokhtar (2015), Mohd Adli Zahri (2015), Dalfiza Mohd.
Yusof (2012) dan Ahmad Azrin Adnan (2010).
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015)
738
Begitu juga dimensi kepatuhan beragama yang merupakan perkara asas kepada
pengguna Muslim dalam memilih perbankan Islam, soal halal dan haram menjadi
peraju utama dalam membuat pilihan yang sepatut menjadikan pengguna Muslim
mengaplikasikannya. Konstruk sepatutnya memberikan bukti yang nyata kepada
kajian ini, antara kajian yang menggunakan dimensi ini dalam melihat faktor-faktor
yang mempenagaruhi pemilihan ialah Mohammad Zulfakhairi Mokhtar (2015),
Mohd Adli Zahri (2015), Dalfiza Mohd. Yusof (2012), Ahmad Azrin Adnan (2010)
dan Sonaryo (2012).
Namun kajian mengenai tanggungjawab sosial korporat(CSR) menjadi salah satu
dimensi dalam memilih perbankan Islam khusus amatlah jarang ditemui. Walau
bagaimanapun kajian yang berkaitan dengan CSR perbankan Islam pernah
dilakukan. Misalnya kajian menggenai CSR dari perspektif Islam oleh Asyraf Wajdi
Dusuki dan Humayon Darr (2005). Kajian bentuk falsafah Islam berhubungan
dengan prinsip CSR, kajian mengenai konsep CSR berteraskan Islam baik dari
tasawur, prinsip, kriteria dan persepsi pengguna Muslim terhadap CSR (Muhammad
Yasir Muhammad & Zakaria Bahari, 2011; Zakaria Bahari & Muhammad Yasir
Muhammad, 2014) dan terakhir oleh Zakaria Bahari (2015) yang melakukan kajian
mengenai kefahaman, kesedaran dan persepsi pengguna Muslim di Semenanjung
Malaysia. Oleh itu kajian ini bertujuan untuk melihat pengaruh CSR (kefahaman)
pengguna Muslim di Semenanjung Malaysia dalam memilih perbankan Islam.
Adakah dimensi yang lebih dominan dalam mempengaruh pengguna Muslim
melakukkan pemilihan perbankan Islam?
METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini mengaplikasi reka bentuk diskriptif yang mengggunakan analisis statistik
diskriptif dan inferens serta merupakan kajian empirikal. Pensampelan yang
digunakan merupakan persampelan bertujuan di tiga syarikat takaful terpilih, iaitu
Syarikat Takaful Malaysis Berhad, Syarikat Takaful Etiqa Berhad dan Syarikat
Takaful Ikhlas Berhad. Soal selidik telah diedarkan kepada 1,000 orang responden di
pejabat-pejabat utama di dua bandar utama di setiap negeri, namun data yang layak
diperoses hanya 985 sahaja. Pembahagian lokasi dilakukan mengikut 4 buah zon:
iaitu Zon Tengah terdiri daripada negeri Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan
Selangor; Zon Selatan terdiri daripada negeri Johor dan Melaka; Zon Pantai Timur
terdiri daripada negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang; dan Zon Utara terdiri
daripada negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak. Analisis ini dilakukan
dengan mengaplikasikan pakej Statistik Package for Social Sciences (SPSS) versi 20.
Sebelum dilakukan kajian lapangan sebenar, ujian rintis telah dilakukan berdasarkan
kepada 50 orang responden bagi tujuan mendapatkan kesahan dan kebolehpercayaan
penggunaan data. Bagi maksud melihat hubungan dan pengaruh setiap dimensi CSR
mempengaruhi pemilihan pengguna Muslim memilih perbankan Islam dan juga
konstruk manakah yang paling dominan pengguna Muslim membuat pilihan terhadap
perbankan Islam. Bagi maksud itu regresi pelbagai digunakan untuk dibuat analisis.
ANALISIS HASIL REGRESI PELBAGAI KONSTRUK BERWAKAF
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015)
739
Sebelum dilakukan regresi pelbagai, beberapa prasyarat ujian perlu dilakukan.
Antaranya ialah melibatkan saiz sampel yang memcukupi, tiada data terpencil, tidak
wujud masalah multikolinearan dan singulariti dan bertaburan normal. Korelasi yang
tinggi antara pemboleh ubah bebas akan menyebabkan masalah singulariti. Perkara
ini akan menyebabkan ketepatan menjelaskan hubungan antara pemboleh ubah bebas
dengan bersandar akan terjejas. Kajian ini dapat dikesan melalui ujian Varian
Inflation Factor dan nilai Tolerance. Nilai Varian Inflation Factor hendaklah berada
dalam lingkungan di antara 0.00 hingga 10.00 dan nilai Tolerance berada di antara
0.00 hingga 1.00 barulah dikatakan tidak wujudnya malasah multikolinearan.
Jadual 1: Keputusan Ujian Statistik Kolineartiti Konstruk Pemilihan
Perbankan Islam
Pembolehubah Peramal Statistik Kolineariti
Tolerance VIF
Intrinsik 0.526 1.901
Ekstrinsik 0.491 2.035
Kepatuhan Beragama 0.715 1.398
Sebelum perbincangan pengaruh konstruk dan dimensi pengguna Muslim di
Semenanjung Malaysia membuat pemilihan terhadap perbankan Islam, perlu
dijelaskan komponen-komponen yang membentuk konstruk tersebut. Konstruk
intrinsik yang terdiri daripada kefahaman, kesedaran dan persepsi pengguna Muslim.
Konstruk ekstrinsik terdiri daripada reputasi dan pengsyoran, ciri-ciri produk,
perkhidmatan produk dan promosi. Konstruk kepatuhan agama terdiri daripada
dimensi kepatuhan agama.
Hasil Ujian Statistik Kolinearan pada Jadual 1 menunjukkan bahawa tidak
berlakunya masalah multikolinearan dan singulariti dalam data ini. Bukti
menunjukkan Varian Inflation Factor adalah lebih daripada 0.00 dan kurang
daripada 10.00. Begitu juga dengan nilai Tolerance yang lebih daripada 0.00 dan
kurang daripada 1.00. Nilai Tolerance yang paling tinggi adalah konstruk kepatuhan
beragama iaitu 0.715, tetapi kecil daripada 1 dan nilai Varian Inflation Factor paling
tinggi adalah konstruk ekstrinsik sebesar 2.035, tetapi lebih kecil daripada 10. Ujian
seterusnya adalah dengan Graf Plot Normal Regresi.
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015)
740
Rajah 1: Graf Plot Normal Regresi Pemilihan Perbankan Islam
Untuk melihat normaliti, lineariti dan hemodekasiti dalam melakukan regresi
berganda, maka penelitian hendaklah dilakukan dengan penghasilan Graf Plot
Normal Regresi seperti dalam Rajah 1. Rajah ini menunjukkan sebahagian besar data
yang dikumpulkan daripada responden bertaburan di atas garisan lurus dari sebelah
bawah kiri ke bahagian atas di sebelah kanan. Ini membukti tidak ada lencongan
besar daripada normaliti (Coakes, 2005). Ini menunjukkan tidak ada masalah
multikolinearan dalam masalah regresi berganda, data bersifat normal, linear dan
mempunyai varian sama (homodekasiti).
Hasil regresi berganda seperti Jadual 2 menunjukkan bahawa konstruk instrinsik
yang terdiri daripada kefahaman Tanggungjawab Sosial Korporat, kesedaran dan
persepsi pengguna Muslim di Semenanjung Malaysia tidak signifikan. Ini bererti dari
segi analisis konstruk kefahaman, kesedaran dan persepsi pengguna Muslim terhadap
pemilihan perbankan Islam tidak berlaku. Konstruk ekstrinsik yang terdiri daripada
reputasi dan pengsyoran, ciri-ciri produk, perkhidmatan produk dan promosi produk
adalah signifikan pada aras keertian 5 peratus, manakala konstruk kepatuhan agama
pula signifikan pada aras keertian 1 peratusan. Ini bermakna kepatuhan beragama
merupakan konstruk yang dominan mempengaruh pengguna Muslim dalam
melakukan pemilihan perbankan Islam dengan nilai kekuatan pengaruhnya, iaitu
nilai betanya ialah 0.972. berbanding dengan konstruk ekstrinsik bernilai 0.024.
Peningkatan 1 peratus kepatuhan beragama kepada pengguna Muslim, pengguna
Muslim akan meningkatkan pemilihan perbankan Islam sebanyak 0.972 peratus.
Jadual 2: Keputusan Analisis Regresi Berganda Konstruk Terhadap Pemilihan
Perbankan Islam
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015)
741
Model R R2
ΔR2
F B Beta t Sig
1. Constant 0.961a
0.924 0.924 3975.358 -0.378 -8.001 0.000
2. Intrinsik 0.003 0.003 0.229 0.819
3. Ekstrinsik -0.024 -0.024 -1.943 0.052
4. Kepatuhan
Beragama
1.075 0.972 93.422 0.000
ANALISIS HASIL REGRESI PELBAGAI DIMENSI TERHADAP
PEMILIHAN PERBANKAN ISLAM
Jadual 3 menunjukkan bahawa tidak berlakunya masalah multikolinearan dan
singulariti dalam setiap dimensi.. Nilai Tolerance dimensi yang paling tinggi sebesar
0.686 adalah ciri-ciri produk dan niai Tolerance paling rendah sebesar 0.484
(dimensi kesedaran) yang lebih daripada 0.00 dan kurang daripada 1.00. Begitu juga
dengan nilai Varian Inflation Factor paling rendah ialah 1.457 (dimensi ciri-ciri
produk) dan dan nilai Varian Inflation Factor paling tinggi ialah dimensi kesedaran
(1.526). Bukti kedua-dua nilai ini menunjukkan nalai Varian Inflation Factor adalah
lebih daripada 0.00 dan kurang daripada 10.00.
Jadual 3: Keputusan Ujian Statistik Kolineartiti Setiap Dimensi
Pembolehubah Peramal Statistik Kolineariti
Tolerance VIF
1. Kefahaman 0.518 1.930
2. Kesedaran 0.484 2.068
3. Persepsi 0.588 1.700
4. Reputasi dan Pengesyoran 0.590 1.694
5.Ciri-ciri Produk 0.686 1.457
6. Perkhidmatan Produk 0.563 1.776
7. Promosi Produk 0.550 1.817
8. Kepatuhan Beragama 0.672 1.488
Untuk melihat normaliti, lineariti dan hemodekasiti dalam melakukan regresi
berganda, maka penelitian hendaklah dilakukan dengan penghasilan Graf Plot
Normal Regresi seperti dalam Rajah 2. Rajah ini menunjukkan sebahagian besar data
yang dikumpulkan daripada responden bertaburan di atas garisan lurus dari sebelah
bawah kiri ke bahagian atas di sebelah kanan. Ini menunjukkan tidak ada lencongan
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015)
742
besar daripada normaliti. Ini menunjukkan tidak ada masalah multikolinearan dalam
masalah regresi berganda, data bersifat normal, linear dan mempunyai varian sama
(homodekasiti).
Rajah 2: Graf Plot Normal Regresi Dimensi Pemilihan Terhadap Perbankan
Islam
Untuk melihat normaliti, lineariti dan hemodekasiti dalam melakukan regresi
berganda, maka penelitian hendaklah dilakukan dengan penghasilan Graf Plot
Normal Regresi seperti di Rajah 2. Rajah ini menunjukkan sebahagian besar data
yang dikumpulkan daripada responden bertaburan di atas garisan lurus dari sebelah
bawah kiri ke bahagian atas di sebelah kanan. Ini menunjukkan tidak ada lencongan
besar daripada normaliti. Ini menunjukkan tidak ada masalah multikolinearan dalam
masalah regresi berganda, data bersifat normal, linear dan mempunyai varian sama
(homodekasiti).
Jadual 4: Keputusan Ujian Statistik Kolineartiti Dimensi Terhadap Pemilihan
Perbankann
Model R R2
ΔR2
F B Beta t Sig
Constant 0.964a
0.929 0.928 1587.161 -0.323 -6.786 0.000
1. Kefahaman -0.024 -0.029 -2.475 0.013
2. Kesedaran 5.654E-005 0.000 0.005 0.996
3. Persepsi 0.012 0.14 1.264 0.207
4. Reputasi dan
Pengesyoran
0.026 0.040 3.582 0.000
5.Ciri-ciri
Produk
0.006 0.008 0.787 0.431
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015)
743
6. Perkhidmatan
Produk
-0.041 -0.048 -4.200 0.000
7. Promosi
Produk
-0.023 -0.033 -2.835 0.005
8. Kepatuhan
Beragama
1.089 0.985 94.417 0.000
Hasil regresi berganda seperti Jadual 4 menunjukkan bahawa dimensi kesedaran,
persepsi dan ciri-ciri produk tidak signifikan. Dua dimensi daripada konstruk
intrinsik (dimensi kesedaran dan persepsi) dan satu dimensi daripada konstruk
ekstrinksik iaitu dimensi ciri-ciri produk. Selain dimensi yang disebutkan tadi, adalah
signifikan, dimensi tersebut adalah kefahaman tanggungjawab sosial korporat
daripada konstruk intrinsik, sedangkan dimensi reputasi dan pengsyoran,
perkhidmatan produk dan promosi produk daripada dimensi ekstrinsik dan konstruk
kepatuhan beragama.
Namun demikian dimensi-dimensi yang signifikan hanya dimensi kefahaman CSR
sahaja yang signifikan kurang daripada aras keertian 5 peratus dan dimensi lain aras
keertian yang kurang daripada 1 peratus. Dimensi kepatuhan beragama merupakan
dimensi yang mempunyai kekuatan hubungan yang kuat dengan pemilihan
perbankan Islam oleh pengguna Muslim dengan nilai beta yang paling tinggi, iaitu
0.985. Keadaan ini dibuktikan dengan nilai beta konstruk kepatuhan beragama (nilai
betanya ialah 0.975). Ini bererti setelah lebih 30 tahun penubuhan bank Islam di
Malaysia telah dapat membuka peluang kepada pengguna Muslim yang
mengalamkan kehidupan secara Islam tetap akan memilih perbankan Islam kerana
patuh pada agama dan kurang dipengaruhi oleh faktor ekstrinsik, apa lagi pengaruh
CSR yang ditawarkan.
Walau bagaimanapun, dimensi perkhidmatan dan promosi yang signifikan
mempunyai hubungan yang berlawanan dan tidak mengikut ramalan. Hanya dimensi
reputasi dan pengesyoran menunjukkan arah hubungan yang positif. Yang membawa
maksud reputasi perbankan, baik daripada aspek pengurusan, keuntungan dan patuh
syariah dan pengesyoran daripada keluarga, teman dan iklan telah berjaya membawa
pengguna Muslim memilih perbankan Islam.
PENUTUP
Dapatan kajian menunjukkan bahawa kepatuhan beragama merupakan faktor yang
paling besar mempengaruhi masyarakat Islam di Semenanjung Malaysia untuk
membuat pilihan memilih perbankan Islam di Semenanjung Malaysia. Perkara ini
dapat dilihat dengan nilai beta yang paling tinggi, iaitu 0.985. Kemudian diikuti oleh
konstruk perkhidmatan yang signifikan pada aras keertian 5 peratus. Hanya konstruk
intrinsik yang tidak signifikan. Analisis dari aspek pengaruh dimensi pula, didapati
kepatuhan beragama merupakan dimensi yang utama mempengaruhi orang ramai
berwakaf, iaitu nilai beta 0.972 dan diikuti dengan dimensi reputasi dan pengesyoran
(0.040). Dimensi kefahaman CSR, perkhidmatan produk dan promosi signifikan
tetapi mempunyai arah yang negatif. Kesemua nilai beta ketiga-tiga dimensi ini
adalah kurang daripada nilai 0.05 yang mengambarkan pengaruh ketiga-tiga ini
amatlah kecil sekali, baik hubungannya negatif mahupun positif. Perkara ini berlaku
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015)
744
kerana faktor kepatuhan beragama adalah tinggi sekali, iaitu 0.972 mendekati satu
berbanding dimensi lainnya.
RUJUKAN
Adiwarman A. Karim & Adli Zakaria Affif. (2005). Islamic Bank Consumer
Behaviour in Indonesia: A Qualitatitive Approach. The 6th International
Conference on Islamic Economics and Finance
Coakes, S.J. (2005). SPSS Version 12.0 for Windows Analysis without Anguish.
Australia: National Library of Australia.
Dalfiza Mohd. Yusof. (2012). Faktor-faktor Penerimaan Pembiayaan Perumahan
Masyarakah Mutanaqisa dalam Kalangan Pengguna Muslim Terengganu
Selatan. Disertasi Sarjana (tidak diterbitkan) Pusat Kajian Pengurusan
Pembangunan, Universiti Sains Malaysia.
Erol, Kyanak & El-Bdour (1994). Attitude, Behavior and Patronage Factors of Bank
Customers towards Islamic Banks. International Journal of Bank Marketing,
7(6).
Inke Kesumawati Adnan (2010). Persepsi Masyarakat Muslim Bandung Terhadap
Pemilihan Kad Kredit Syariah. Disertasi Sarjana (tidak diterbitkan) Pusat
Kajian Pengurusan Pembangunan, Universiti Sains Malaysia.
Juniza Mohamad Jamari. (2012). Sambutan Pelajar Muslim Universiti Sains
Malaysia (USM) Terhadap Takaful Hayat. Disertasi Sarjana (tidak
diterbitkan) Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan, Universiti Sains
Malaysia.
Mohammad Zulfakhairi Mokhtar (2015). Konsep Niat Dalam Tingkah Laku
Berteraskan Islam dan Faktor-faktor Mempengaruhi Niat untuk Berwakaf
Tunai dalam Kalangan Staf Muslim Universiti Sains Malaysia (USM).
Disertasi Sarjana (tidak diterbitkan) Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan,
Universiti Sains Malaysia.
Mohd. Adli Zahri. (2015). Persepsi Pelajar Muslim Univerisiti Sultan Zainal Abidin
(UniSZA) Terhadap Faktor Pemilihan Pelaburan Dana Amanah Islam (DAI).
Disertasi Sarjana (tidak diterbitkan)), Pusat Kajian Pengurusan
Pembangunan, Universiti Sains Malaysia.
Muhammad Yasir Yusof. (2011). Tanggungjawab Sosial Korporat (Corporate Social
Responsibility) dalam Perspektif al-Quran. Jurnal Ilmiah Al-Mu’Mu’ashirah
Media Kajian Al-Quran dan Al-Hadiths Perspektif. Vol. 8. No. 2 Juli (hal
163-180).
Muhammad Yasir Yusof. (2012). Tanggungjawab Sosial Korporat Institusi
Perbankan Islam di Aceh: Analisis Kriteria dan Persepsi. Tesis Doktor
Falsafah (tidak dicetak) di Pusat Kajian Sains Kemasyarakatan.
Steiner, George A. & John. F. (1994). Business, Government, and Socity: A
Managerial Perspective. Text and Cases. Singapore. McGraw Publishing
Sdn. Bhd.
Suzaida Abu Bakar. (2003). Persepsi Masyarakat Akademik di Universiti Awam
Tempatan Terhadap Sistem Perbankan Islam. Tesis Sarjana (tidak
diterbitkan). Universiti Utara Malaysia.
Zakaria Bahari & Muhamad Yasir Yusof. (2014). Corporate Social Responsibility In
Islam Banking Institution in Aceh: Analysis of Criteria and Perception.
ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015]
9th ISDEV International Islamic Development Management Conference
(IDMAC2015)
745
Journal of Education and Social Research. MCSER Publishing. Rome Italy.
Vol. 4 No.2 (hal 390-480)
Zakaria Bahari. (2015). Faktor-faktor yang Mempengaruhi Tanggungjawab Sosial
Korporat Perbankan Islam di Malaysia. Prosiding Bengkel RUT, ISDEV.
Bilik Persidangan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains
Malaysia, 2-4 Mac.

More Related Content

Similar to CSR DAN PEMILIHAN PERBANKAN ISLAM

Mutiara Dwi Sari
Mutiara Dwi SariMutiara Dwi Sari
Mutiara Dwi Sariidmac2015
 
Nor Hatizal Amarul Shah
Nor Hatizal Amarul ShahNor Hatizal Amarul Shah
Nor Hatizal Amarul Shahidmac2015
 
PROPOSAL PENELITIAN EKONOMI MANAJEMEN PEMASARAN
PROPOSAL PENELITIAN EKONOMI MANAJEMEN PEMASARAN PROPOSAL PENELITIAN EKONOMI MANAJEMEN PEMASARAN
PROPOSAL PENELITIAN EKONOMI MANAJEMEN PEMASARAN SyaifLasvera Eroer
 
Faktor faktor yang mempengaruhi keinginan
Faktor faktor yang mempengaruhi keinginanFaktor faktor yang mempengaruhi keinginan
Faktor faktor yang mempengaruhi keinginanyogieardhensa
 
Pengaruh Servicescape terhadap Customer loyalty Wisata pantai melalui Satisfa...
Pengaruh Servicescape terhadap Customer loyalty Wisata pantai melalui Satisfa...Pengaruh Servicescape terhadap Customer loyalty Wisata pantai melalui Satisfa...
Pengaruh Servicescape terhadap Customer loyalty Wisata pantai melalui Satisfa...Syafrizal Helmi helmi
 
BE & GG, Melania Bastian, Prof. Dr. Ir. Hapzi Ali, MM, CMA, CSR, Universitas ...
BE & GG, Melania Bastian, Prof. Dr. Ir. Hapzi Ali, MM, CMA, CSR, Universitas ...BE & GG, Melania Bastian, Prof. Dr. Ir. Hapzi Ali, MM, CMA, CSR, Universitas ...
BE & GG, Melania Bastian, Prof. Dr. Ir. Hapzi Ali, MM, CMA, CSR, Universitas ...Melania Bastian
 
BE & GG, Rachmad Hidayat, Hapzi Ali, Ethics and Business - Corporate Social R...
BE & GG, Rachmad Hidayat, Hapzi Ali, Ethics and Business - Corporate Social R...BE & GG, Rachmad Hidayat, Hapzi Ali, Ethics and Business - Corporate Social R...
BE & GG, Rachmad Hidayat, Hapzi Ali, Ethics and Business - Corporate Social R...Rachmad Hidayat
 
Makalah strategi pemasaran gojek
Makalah strategi pemasaran gojekMakalah strategi pemasaran gojek
Makalah strategi pemasaran gojekSigit Santoso
 
Sm,winarsih,hapzi ali, scanning lingkungan,universitas mercu buana,2018,
Sm,winarsih,hapzi ali, scanning lingkungan,universitas mercu buana,2018,Sm,winarsih,hapzi ali, scanning lingkungan,universitas mercu buana,2018,
Sm,winarsih,hapzi ali, scanning lingkungan,universitas mercu buana,2018,Wina Winarsih
 
6. be gg. vidya anggraeni, hapzi ali, marketing ethics, universitas mercubuan...
6. be gg. vidya anggraeni, hapzi ali, marketing ethics, universitas mercubuan...6. be gg. vidya anggraeni, hapzi ali, marketing ethics, universitas mercubuan...
6. be gg. vidya anggraeni, hapzi ali, marketing ethics, universitas mercubuan...Vidya Anggraeni
 
Be & gg, fikri aulawi, 55117110125, prof. dr. ir. h. hapzi ali, pre msc, ...
Be & gg, fikri aulawi, 55117110125, prof. dr. ir. h. hapzi ali, pre msc, ...Be & gg, fikri aulawi, 55117110125, prof. dr. ir. h. hapzi ali, pre msc, ...
Be & gg, fikri aulawi, 55117110125, prof. dr. ir. h. hapzi ali, pre msc, ...FIkri Aulawi Rusmahafi
 
PPT Tugas Review BAB I - BAB VI MSDM Stratejik Lidia Anggraini.ppt
PPT Tugas Review BAB I - BAB VI MSDM Stratejik Lidia Anggraini.pptPPT Tugas Review BAB I - BAB VI MSDM Stratejik Lidia Anggraini.ppt
PPT Tugas Review BAB I - BAB VI MSDM Stratejik Lidia Anggraini.pptRidhoKurniawan65
 
Presentation manajemen pemasaran 2
Presentation manajemen pemasaran 2Presentation manajemen pemasaran 2
Presentation manajemen pemasaran 2Rahmatia Azzindani
 
Kelompok 8. pengambilan keputusan uas
Kelompok 8. pengambilan keputusan uasKelompok 8. pengambilan keputusan uas
Kelompok 8. pengambilan keputusan uasMFikriHaikal1
 
Program CSR : Areas, Skills and Principles of Sustainable Community Developme...
Program CSR : Areas, Skills and Principles of Sustainable Community Developme...Program CSR : Areas, Skills and Principles of Sustainable Community Developme...
Program CSR : Areas, Skills and Principles of Sustainable Community Developme...Kanaidi ken
 
Similar to CSR DAN PEMILIHAN PERBANKAN ISLAM (20)

Mutiara Dwi Sari
Mutiara Dwi SariMutiara Dwi Sari
Mutiara Dwi Sari
 
Nor Hatizal Amarul Shah
Nor Hatizal Amarul ShahNor Hatizal Amarul Shah
Nor Hatizal Amarul Shah
 
PROPOSAL PENELITIAN EKONOMI MANAJEMEN PEMASARAN
PROPOSAL PENELITIAN EKONOMI MANAJEMEN PEMASARAN PROPOSAL PENELITIAN EKONOMI MANAJEMEN PEMASARAN
PROPOSAL PENELITIAN EKONOMI MANAJEMEN PEMASARAN
 
Nasabahbanksyariah
NasabahbanksyariahNasabahbanksyariah
Nasabahbanksyariah
 
Faktor faktor yang mempengaruhi keinginan
Faktor faktor yang mempengaruhi keinginanFaktor faktor yang mempengaruhi keinginan
Faktor faktor yang mempengaruhi keinginan
 
Bab i non ref
Bab i non refBab i non ref
Bab i non ref
 
Pengaruh Servicescape terhadap Customer loyalty Wisata pantai melalui Satisfa...
Pengaruh Servicescape terhadap Customer loyalty Wisata pantai melalui Satisfa...Pengaruh Servicescape terhadap Customer loyalty Wisata pantai melalui Satisfa...
Pengaruh Servicescape terhadap Customer loyalty Wisata pantai melalui Satisfa...
 
BE & GG, Melania Bastian, Prof. Dr. Ir. Hapzi Ali, MM, CMA, CSR, Universitas ...
BE & GG, Melania Bastian, Prof. Dr. Ir. Hapzi Ali, MM, CMA, CSR, Universitas ...BE & GG, Melania Bastian, Prof. Dr. Ir. Hapzi Ali, MM, CMA, CSR, Universitas ...
BE & GG, Melania Bastian, Prof. Dr. Ir. Hapzi Ali, MM, CMA, CSR, Universitas ...
 
6 1-34-1-10-20170809
6 1-34-1-10-201708096 1-34-1-10-20170809
6 1-34-1-10-20170809
 
BE & GG, Rachmad Hidayat, Hapzi Ali, Ethics and Business - Corporate Social R...
BE & GG, Rachmad Hidayat, Hapzi Ali, Ethics and Business - Corporate Social R...BE & GG, Rachmad Hidayat, Hapzi Ali, Ethics and Business - Corporate Social R...
BE & GG, Rachmad Hidayat, Hapzi Ali, Ethics and Business - Corporate Social R...
 
Makalah strategi pemasaran gojek
Makalah strategi pemasaran gojekMakalah strategi pemasaran gojek
Makalah strategi pemasaran gojek
 
Sm,winarsih,hapzi ali, scanning lingkungan,universitas mercu buana,2018,
Sm,winarsih,hapzi ali, scanning lingkungan,universitas mercu buana,2018,Sm,winarsih,hapzi ali, scanning lingkungan,universitas mercu buana,2018,
Sm,winarsih,hapzi ali, scanning lingkungan,universitas mercu buana,2018,
 
6. be gg. vidya anggraeni, hapzi ali, marketing ethics, universitas mercubuan...
6. be gg. vidya anggraeni, hapzi ali, marketing ethics, universitas mercubuan...6. be gg. vidya anggraeni, hapzi ali, marketing ethics, universitas mercubuan...
6. be gg. vidya anggraeni, hapzi ali, marketing ethics, universitas mercubuan...
 
Be & gg, fikri aulawi, 55117110125, prof. dr. ir. h. hapzi ali, pre msc, ...
Be & gg, fikri aulawi, 55117110125, prof. dr. ir. h. hapzi ali, pre msc, ...Be & gg, fikri aulawi, 55117110125, prof. dr. ir. h. hapzi ali, pre msc, ...
Be & gg, fikri aulawi, 55117110125, prof. dr. ir. h. hapzi ali, pre msc, ...
 
Be & gg, fikri aulawi, 55117110125, prof. dr. ir. h. hapzi ali, pre msc, ...
Be & gg, fikri aulawi, 55117110125, prof. dr. ir. h. hapzi ali, pre msc, ...Be & gg, fikri aulawi, 55117110125, prof. dr. ir. h. hapzi ali, pre msc, ...
Be & gg, fikri aulawi, 55117110125, prof. dr. ir. h. hapzi ali, pre msc, ...
 
PPT Tugas Review BAB I - BAB VI MSDM Stratejik Lidia Anggraini.ppt
PPT Tugas Review BAB I - BAB VI MSDM Stratejik Lidia Anggraini.pptPPT Tugas Review BAB I - BAB VI MSDM Stratejik Lidia Anggraini.ppt
PPT Tugas Review BAB I - BAB VI MSDM Stratejik Lidia Anggraini.ppt
 
Presentation manajemen pemasaran 2
Presentation manajemen pemasaran 2Presentation manajemen pemasaran 2
Presentation manajemen pemasaran 2
 
Kelompok 8. pengambilan keputusan uas
Kelompok 8. pengambilan keputusan uasKelompok 8. pengambilan keputusan uas
Kelompok 8. pengambilan keputusan uas
 
Program CSR : Areas, Skills and Principles of Sustainable Community Developme...
Program CSR : Areas, Skills and Principles of Sustainable Community Developme...Program CSR : Areas, Skills and Principles of Sustainable Community Developme...
Program CSR : Areas, Skills and Principles of Sustainable Community Developme...
 
19155 23099-1-sm
19155 23099-1-sm19155 23099-1-sm
19155 23099-1-sm
 
More from idmac2015

Mohd Shukri Hanapi & Zahri Hamat
Mohd Shukri Hanapi & Zahri HamatMohd Shukri Hanapi & Zahri Hamat
Mohd Shukri Hanapi & Zahri Hamatidmac2015
 
Nur Fara Hana Abdullah
Nur Fara Hana AbdullahNur Fara Hana Abdullah
Nur Fara Hana Abdullahidmac2015
 
Emy Kholifah
Emy KholifahEmy Kholifah
Emy Kholifahidmac2015
 
Malik Abdul Jabbar Zen, Ade Irma Diana & Khoirul Zadid Taqwa
Malik Abdul Jabbar Zen, Ade Irma Diana & Khoirul Zadid TaqwaMalik Abdul Jabbar Zen, Ade Irma Diana & Khoirul Zadid Taqwa
Malik Abdul Jabbar Zen, Ade Irma Diana & Khoirul Zadid Taqwaidmac2015
 
Raziah Md Tahir
Raziah Md TahirRaziah Md Tahir
Raziah Md Tahiridmac2015
 
Nurul Qomariah
Nurul QomariahNurul Qomariah
Nurul Qomariahidmac2015
 
Diana Dwi Astuti
Diana Dwi AstutiDiana Dwi Astuti
Diana Dwi Astutiidmac2015
 
Eka Yuniarti & Dina Fitrisia Septiarini
Eka Yuniarti & Dina Fitrisia Septiarini Eka Yuniarti & Dina Fitrisia Septiarini
Eka Yuniarti & Dina Fitrisia Septiarini idmac2015
 
Nurhanai Romli, Mohd Faiz Mohamed Yusof, Fahimah Mohd Razif & Ahmad Aznan Sul...
Nurhanai Romli, Mohd Faiz Mohamed Yusof, Fahimah Mohd Razif & Ahmad Aznan Sul...Nurhanai Romli, Mohd Faiz Mohamed Yusof, Fahimah Mohd Razif & Ahmad Aznan Sul...
Nurhanai Romli, Mohd Faiz Mohamed Yusof, Fahimah Mohd Razif & Ahmad Aznan Sul...idmac2015
 
Azhar Mohamad & Imtiaz Mohammad Sifat
Azhar Mohamad & Imtiaz Mohammad SifatAzhar Mohamad & Imtiaz Mohammad Sifat
Azhar Mohamad & Imtiaz Mohammad Sifatidmac2015
 
Aminullah Elhady
Aminullah ElhadyAminullah Elhady
Aminullah Elhadyidmac2015
 
Surita Hartini Mat Hassan
Surita Hartini Mat HassanSurita Hartini Mat Hassan
Surita Hartini Mat Hassanidmac2015
 
Farahdina Fazial
Farahdina FazialFarahdina Fazial
Farahdina Fazialidmac2015
 
Hayati Saleh
Hayati SalehHayati Saleh
Hayati Salehidmac2015
 
Murni Yusoff
Murni YusoffMurni Yusoff
Murni Yusoffidmac2015
 
Mohd Faiz Mohamed Yusof, Nurhanani Romli & Joni Tamkin Borhan
Mohd Faiz Mohamed Yusof, Nurhanani Romli & Joni Tamkin BorhanMohd Faiz Mohamed Yusof, Nurhanani Romli & Joni Tamkin Borhan
Mohd Faiz Mohamed Yusof, Nurhanani Romli & Joni Tamkin Borhanidmac2015
 
Shaik Abdullah Hassan Mydin
Shaik Abdullah Hassan Mydin Shaik Abdullah Hassan Mydin
Shaik Abdullah Hassan Mydin idmac2015
 
Che Khadijah Hamid
Che Khadijah HamidChe Khadijah Hamid
Che Khadijah Hamididmac2015
 
Yani Dahliani
Yani DahlianiYani Dahliani
Yani Dahlianiidmac2015
 
Mohd Adli Zahri
Mohd Adli ZahriMohd Adli Zahri
Mohd Adli Zahriidmac2015
 
More from idmac2015 (20)

Mohd Shukri Hanapi & Zahri Hamat
Mohd Shukri Hanapi & Zahri HamatMohd Shukri Hanapi & Zahri Hamat
Mohd Shukri Hanapi & Zahri Hamat
 
Nur Fara Hana Abdullah
Nur Fara Hana AbdullahNur Fara Hana Abdullah
Nur Fara Hana Abdullah
 
Emy Kholifah
Emy KholifahEmy Kholifah
Emy Kholifah
 
Malik Abdul Jabbar Zen, Ade Irma Diana & Khoirul Zadid Taqwa
Malik Abdul Jabbar Zen, Ade Irma Diana & Khoirul Zadid TaqwaMalik Abdul Jabbar Zen, Ade Irma Diana & Khoirul Zadid Taqwa
Malik Abdul Jabbar Zen, Ade Irma Diana & Khoirul Zadid Taqwa
 
Raziah Md Tahir
Raziah Md TahirRaziah Md Tahir
Raziah Md Tahir
 
Nurul Qomariah
Nurul QomariahNurul Qomariah
Nurul Qomariah
 
Diana Dwi Astuti
Diana Dwi AstutiDiana Dwi Astuti
Diana Dwi Astuti
 
Eka Yuniarti & Dina Fitrisia Septiarini
Eka Yuniarti & Dina Fitrisia Septiarini Eka Yuniarti & Dina Fitrisia Septiarini
Eka Yuniarti & Dina Fitrisia Septiarini
 
Nurhanai Romli, Mohd Faiz Mohamed Yusof, Fahimah Mohd Razif & Ahmad Aznan Sul...
Nurhanai Romli, Mohd Faiz Mohamed Yusof, Fahimah Mohd Razif & Ahmad Aznan Sul...Nurhanai Romli, Mohd Faiz Mohamed Yusof, Fahimah Mohd Razif & Ahmad Aznan Sul...
Nurhanai Romli, Mohd Faiz Mohamed Yusof, Fahimah Mohd Razif & Ahmad Aznan Sul...
 
Azhar Mohamad & Imtiaz Mohammad Sifat
Azhar Mohamad & Imtiaz Mohammad SifatAzhar Mohamad & Imtiaz Mohammad Sifat
Azhar Mohamad & Imtiaz Mohammad Sifat
 
Aminullah Elhady
Aminullah ElhadyAminullah Elhady
Aminullah Elhady
 
Surita Hartini Mat Hassan
Surita Hartini Mat HassanSurita Hartini Mat Hassan
Surita Hartini Mat Hassan
 
Farahdina Fazial
Farahdina FazialFarahdina Fazial
Farahdina Fazial
 
Hayati Saleh
Hayati SalehHayati Saleh
Hayati Saleh
 
Murni Yusoff
Murni YusoffMurni Yusoff
Murni Yusoff
 
Mohd Faiz Mohamed Yusof, Nurhanani Romli & Joni Tamkin Borhan
Mohd Faiz Mohamed Yusof, Nurhanani Romli & Joni Tamkin BorhanMohd Faiz Mohamed Yusof, Nurhanani Romli & Joni Tamkin Borhan
Mohd Faiz Mohamed Yusof, Nurhanani Romli & Joni Tamkin Borhan
 
Shaik Abdullah Hassan Mydin
Shaik Abdullah Hassan Mydin Shaik Abdullah Hassan Mydin
Shaik Abdullah Hassan Mydin
 
Che Khadijah Hamid
Che Khadijah HamidChe Khadijah Hamid
Che Khadijah Hamid
 
Yani Dahliani
Yani DahlianiYani Dahliani
Yani Dahliani
 
Mohd Adli Zahri
Mohd Adli ZahriMohd Adli Zahri
Mohd Adli Zahri
 
Recently uploaded

Presentasi Leasing Pada Lembaga Keuangan Non Bank
Presentasi Leasing Pada Lembaga Keuangan Non BankPresentasi Leasing Pada Lembaga Keuangan Non Bank
Presentasi Leasing Pada Lembaga Keuangan Non Bankzulfikar425966
 
WAWASAN NUSANTARA SEBAGAI GEOPOLITIK INDONESIA.pptx
WAWASAN NUSANTARA SEBAGAI GEOPOLITIK INDONESIA.pptxWAWASAN NUSANTARA SEBAGAI GEOPOLITIK INDONESIA.pptx
WAWASAN NUSANTARA SEBAGAI GEOPOLITIK INDONESIA.pptxMunawwarahDjalil
 
Presentasi Tentang Asuransi Pada Lembaga Keuangan
Presentasi Tentang Asuransi Pada Lembaga KeuanganPresentasi Tentang Asuransi Pada Lembaga Keuangan
Presentasi Tentang Asuransi Pada Lembaga Keuanganzulfikar425966
 
7 Indikator Analisis Teknikal Saham Yang Paling Populer.pptx
7 Indikator Analisis Teknikal Saham Yang Paling Populer.pptx7 Indikator Analisis Teknikal Saham Yang Paling Populer.pptx
7 Indikator Analisis Teknikal Saham Yang Paling Populer.pptxObyMoris1
 
PPT KELOMPOK 4 ORGANISASI DARI KOPERASI.pptx
PPT KELOMPOK 4 ORGANISASI DARI KOPERASI.pptxPPT KELOMPOK 4 ORGANISASI DARI KOPERASI.pptx
PPT KELOMPOK 4 ORGANISASI DARI KOPERASI.pptxZefanya9
 
PERAN KARYAWAN DALAM PENGEMBANGAN KARIR.pptx
PERAN KARYAWAN DALAM PENGEMBANGAN KARIR.pptxPERAN KARYAWAN DALAM PENGEMBANGAN KARIR.pptx
PERAN KARYAWAN DALAM PENGEMBANGAN KARIR.pptxHakamNiazi
 
Ekonomi Makro Pertemuan 4 - Tingkat pengangguran: Jumlah orang yang menganggu...
Ekonomi Makro Pertemuan 4 - Tingkat pengangguran: Jumlah orang yang menganggu...Ekonomi Makro Pertemuan 4 - Tingkat pengangguran: Jumlah orang yang menganggu...
Ekonomi Makro Pertemuan 4 - Tingkat pengangguran: Jumlah orang yang menganggu...ChairaniManasye1
 
Cryptocurrency dalam Perspektif Ekonomi Syariah.pptx
Cryptocurrency dalam Perspektif Ekonomi Syariah.pptxCryptocurrency dalam Perspektif Ekonomi Syariah.pptx
Cryptocurrency dalam Perspektif Ekonomi Syariah.pptxumusilmi2019
 
KEPEMIMPINAN DALAM MENJALANKAN USAHA/BISNIS
KEPEMIMPINAN DALAM MENJALANKAN USAHA/BISNISKEPEMIMPINAN DALAM MENJALANKAN USAHA/BISNIS
KEPEMIMPINAN DALAM MENJALANKAN USAHA/BISNISHakamNiazi
 
Ekonomi Teknik dan perencanaan kegiatan usaha
Ekonomi Teknik dan perencanaan kegiatan usahaEkonomi Teknik dan perencanaan kegiatan usaha
Ekonomi Teknik dan perencanaan kegiatan usahaWahyuKamilatulFauzia
 
DAMPAK MASIF KORUPSI yang kian merajalela
DAMPAK MASIF KORUPSI yang kian merajalelaDAMPAK MASIF KORUPSI yang kian merajalela
DAMPAK MASIF KORUPSI yang kian merajalelaarmanamo012
 
PSAK-10-Pengaruh-Perubahan-Valuta-Asing-IAS-21-23032015.pptx
PSAK-10-Pengaruh-Perubahan-Valuta-Asing-IAS-21-23032015.pptxPSAK-10-Pengaruh-Perubahan-Valuta-Asing-IAS-21-23032015.pptx
PSAK-10-Pengaruh-Perubahan-Valuta-Asing-IAS-21-23032015.pptxRito Doank
 
BAB 18_PENDAPATAN57569-7854545gj-65.pptx
BAB 18_PENDAPATAN57569-7854545gj-65.pptxBAB 18_PENDAPATAN57569-7854545gj-65.pptx
BAB 18_PENDAPATAN57569-7854545gj-65.pptxFrida Adnantara
 
Perhitungan Bunga dan Nilai Uang (mankeu).ppt
Perhitungan Bunga dan Nilai Uang (mankeu).pptPerhitungan Bunga dan Nilai Uang (mankeu).ppt
Perhitungan Bunga dan Nilai Uang (mankeu).pptSalsabillaPutriAyu
 
Materi Mata Kuliah Pengantar Ekonomi Makro I
Materi Mata Kuliah Pengantar Ekonomi Makro IMateri Mata Kuliah Pengantar Ekonomi Makro I
Materi Mata Kuliah Pengantar Ekonomi Makro IIkaAliciaSasanti
 
Ukuran Letak Data kuartil dan beberapa pembagian lainnya
Ukuran Letak Data  kuartil  dan  beberapa pembagian  lainnyaUkuran Letak Data  kuartil  dan  beberapa pembagian  lainnya
Ukuran Letak Data kuartil dan beberapa pembagian lainnyaIndhasari3
 
Introduction fixed asset (Aset Tetap).ppt
Introduction fixed asset (Aset Tetap).pptIntroduction fixed asset (Aset Tetap).ppt
Introduction fixed asset (Aset Tetap).ppttami83
 
MOTIVASI MINAT, BAKAT & POTENSI DIRI.pptx
MOTIVASI MINAT, BAKAT & POTENSI DIRI.pptxMOTIVASI MINAT, BAKAT & POTENSI DIRI.pptx
MOTIVASI MINAT, BAKAT & POTENSI DIRI.pptxHakamNiazi
 
Modal Kerja manajemen keuangan modal kerja.ppt
Modal Kerja manajemen keuangan modal kerja.pptModal Kerja manajemen keuangan modal kerja.ppt
Modal Kerja manajemen keuangan modal kerja.pptFrida Adnantara
 
Dasar Dasar Perpajakan dalam mata kuliah pajak.pptx
Dasar Dasar Perpajakan dalam mata kuliah pajak.pptxDasar Dasar Perpajakan dalam mata kuliah pajak.pptx
Dasar Dasar Perpajakan dalam mata kuliah pajak.pptxadel876203
 
Recently uploaded (20)

Presentasi Leasing Pada Lembaga Keuangan Non Bank
Presentasi Leasing Pada Lembaga Keuangan Non BankPresentasi Leasing Pada Lembaga Keuangan Non Bank
Presentasi Leasing Pada Lembaga Keuangan Non Bank
 
WAWASAN NUSANTARA SEBAGAI GEOPOLITIK INDONESIA.pptx
WAWASAN NUSANTARA SEBAGAI GEOPOLITIK INDONESIA.pptxWAWASAN NUSANTARA SEBAGAI GEOPOLITIK INDONESIA.pptx
WAWASAN NUSANTARA SEBAGAI GEOPOLITIK INDONESIA.pptx
 
Presentasi Tentang Asuransi Pada Lembaga Keuangan
Presentasi Tentang Asuransi Pada Lembaga KeuanganPresentasi Tentang Asuransi Pada Lembaga Keuangan
Presentasi Tentang Asuransi Pada Lembaga Keuangan
 
7 Indikator Analisis Teknikal Saham Yang Paling Populer.pptx
7 Indikator Analisis Teknikal Saham Yang Paling Populer.pptx7 Indikator Analisis Teknikal Saham Yang Paling Populer.pptx
7 Indikator Analisis Teknikal Saham Yang Paling Populer.pptx
 
PPT KELOMPOK 4 ORGANISASI DARI KOPERASI.pptx
PPT KELOMPOK 4 ORGANISASI DARI KOPERASI.pptxPPT KELOMPOK 4 ORGANISASI DARI KOPERASI.pptx
PPT KELOMPOK 4 ORGANISASI DARI KOPERASI.pptx
 
PERAN KARYAWAN DALAM PENGEMBANGAN KARIR.pptx
PERAN KARYAWAN DALAM PENGEMBANGAN KARIR.pptxPERAN KARYAWAN DALAM PENGEMBANGAN KARIR.pptx
PERAN KARYAWAN DALAM PENGEMBANGAN KARIR.pptx
 
Ekonomi Makro Pertemuan 4 - Tingkat pengangguran: Jumlah orang yang menganggu...
Ekonomi Makro Pertemuan 4 - Tingkat pengangguran: Jumlah orang yang menganggu...Ekonomi Makro Pertemuan 4 - Tingkat pengangguran: Jumlah orang yang menganggu...
Ekonomi Makro Pertemuan 4 - Tingkat pengangguran: Jumlah orang yang menganggu...
 
Cryptocurrency dalam Perspektif Ekonomi Syariah.pptx
Cryptocurrency dalam Perspektif Ekonomi Syariah.pptxCryptocurrency dalam Perspektif Ekonomi Syariah.pptx
Cryptocurrency dalam Perspektif Ekonomi Syariah.pptx
 
KEPEMIMPINAN DALAM MENJALANKAN USAHA/BISNIS
KEPEMIMPINAN DALAM MENJALANKAN USAHA/BISNISKEPEMIMPINAN DALAM MENJALANKAN USAHA/BISNIS
KEPEMIMPINAN DALAM MENJALANKAN USAHA/BISNIS
 
Ekonomi Teknik dan perencanaan kegiatan usaha
Ekonomi Teknik dan perencanaan kegiatan usahaEkonomi Teknik dan perencanaan kegiatan usaha
Ekonomi Teknik dan perencanaan kegiatan usaha
 
DAMPAK MASIF KORUPSI yang kian merajalela
DAMPAK MASIF KORUPSI yang kian merajalelaDAMPAK MASIF KORUPSI yang kian merajalela
DAMPAK MASIF KORUPSI yang kian merajalela
 
PSAK-10-Pengaruh-Perubahan-Valuta-Asing-IAS-21-23032015.pptx
PSAK-10-Pengaruh-Perubahan-Valuta-Asing-IAS-21-23032015.pptxPSAK-10-Pengaruh-Perubahan-Valuta-Asing-IAS-21-23032015.pptx
PSAK-10-Pengaruh-Perubahan-Valuta-Asing-IAS-21-23032015.pptx
 
BAB 18_PENDAPATAN57569-7854545gj-65.pptx
BAB 18_PENDAPATAN57569-7854545gj-65.pptxBAB 18_PENDAPATAN57569-7854545gj-65.pptx
BAB 18_PENDAPATAN57569-7854545gj-65.pptx
 
Perhitungan Bunga dan Nilai Uang (mankeu).ppt
Perhitungan Bunga dan Nilai Uang (mankeu).pptPerhitungan Bunga dan Nilai Uang (mankeu).ppt
Perhitungan Bunga dan Nilai Uang (mankeu).ppt
 
Materi Mata Kuliah Pengantar Ekonomi Makro I
Materi Mata Kuliah Pengantar Ekonomi Makro IMateri Mata Kuliah Pengantar Ekonomi Makro I
Materi Mata Kuliah Pengantar Ekonomi Makro I
 
Ukuran Letak Data kuartil dan beberapa pembagian lainnya
Ukuran Letak Data  kuartil  dan  beberapa pembagian  lainnyaUkuran Letak Data  kuartil  dan  beberapa pembagian  lainnya
Ukuran Letak Data kuartil dan beberapa pembagian lainnya
 
Introduction fixed asset (Aset Tetap).ppt
Introduction fixed asset (Aset Tetap).pptIntroduction fixed asset (Aset Tetap).ppt
Introduction fixed asset (Aset Tetap).ppt
 
MOTIVASI MINAT, BAKAT & POTENSI DIRI.pptx
MOTIVASI MINAT, BAKAT & POTENSI DIRI.pptxMOTIVASI MINAT, BAKAT & POTENSI DIRI.pptx
MOTIVASI MINAT, BAKAT & POTENSI DIRI.pptx
 
Modal Kerja manajemen keuangan modal kerja.ppt
Modal Kerja manajemen keuangan modal kerja.pptModal Kerja manajemen keuangan modal kerja.ppt
Modal Kerja manajemen keuangan modal kerja.ppt
 
Dasar Dasar Perpajakan dalam mata kuliah pajak.pptx
Dasar Dasar Perpajakan dalam mata kuliah pajak.pptxDasar Dasar Perpajakan dalam mata kuliah pajak.pptx
Dasar Dasar Perpajakan dalam mata kuliah pajak.pptx
 
CSR DAN PEMILIHAN PERBANKAN ISLAM

  • 1. ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 735 SETAKAT MANA DIMENSI CSR DAN KONSTRUK INSTRINSIK PENGGUNA MUSLIM MEMPENGARUHI PEMILIHAN PERBANKAN ISLAM DI MALAYSIA1 Zakaria Bahari2 Email : bzak@usm.my Email : bzak09@gmail.com Abstrak Setiap institusi korporat mempunyai tanggungjawab sosial yang terjelma dalam sumbangan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR). Begitu juga Institusi Perbankan Islam yang bertaraf korporat. Ada pandangan mengaitkan CSR institusi perbankan Islam antaranya akan menarik pengguna untuk memilihnya selain daripada faktor intrinksi dan juga ekstrinsik. Persoalannya, apakah benar dimensi CSR perbankan Islam dapat mempengaruh pengguna Muslim untuk memilih Institusi Perbankan Islam (IPI)? Atau ada faktor lain seperti faktor instrinsik dan ekstrinsik yang mempengaruhi pengguna Muslim memilih untuk IPI. Kertas kerja ini mempunyai dua objektif. Pertama, mengenal pasti sama ada pengaruh CSR IPI mempunyai pengaruh terhadap IPI. Kedua, menganalisis faktor yang lebih dominan mempengaruhi pemilihan pengguna Muslim terhadap IPI. Metodologi yang diaplikasikan ialah dengan menggunakan data kuantitatif melalui instrumen soal selidik yang diedarkan di seluruh Semenanjung Malaysia kepada pengguna Muslim. Analisis regresi berganda menjadi alat analisis. Dapatan kajian menunjukkan dimensi kefahaman CSR IPI signifikan dalam mempengaruhi pengguna Muslim memilih IPI dan konstruk instrinsik tidak signifikan dalam mempengaruhi pengguna Muslim memilih IPI. 1 Kertas kerja ini dibentangkan The 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) anjuran Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV), Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang. 2 Pensyarah di Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV), Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang.
  • 2. ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 736 PENGENALAN Setiap institusi korporat mempunyai tanggungjawab sosialnya tersendiri dalam usaha memberi sumbangan sosial kepada orang yang berkepentingan dalam perjalanan operasinya setiap hari yang dipanggil Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR). Begitu juga Institusi Perbankan Islam yang bertaraf korporat. Institusi-institusi ini mempunyai sebahagian daripada keuntungannya untuk diberikan kepada orang yang berkepentingan seperti pengguna (pelanggan), pelabur, pekerja, pengurusan, pemilik saham dan sebagainya (Muhammad Yasir Yusuf, 2012). Pemberian dalam bentuk sumbangan, penganjuran program sosial, pekerjaan amal, memberi latihan pekerja dan kemudahan pendidikan dan kesihatan. Malah menjadi satu usaha institusi perbankan Islam untuk mendapatkan kesetiaan pengguna dan pelanggan terhadap produk dan perkhidmatan yang diberi dan menjadi ikon kenapa pengguna menggunakannya. Hujah ini telah diberikan oleh Steiner dan John (1994), kenapa CSR perlu dilakukan oleh korporat perniagaan. Mereka mengemukakan 3 sebab. Pertama, korporat ialah makhluk masyarakat dan kerana itu mesti memberi tindak balas atas permintaan masyarakat. Kedua, kepentingan perniagaan dalam jangka panjang dipengaruhi semangat tanggungjawab sosial sendiri; dan ketiga, CSR merupakan satu cara untuk mengurangi dan menghindari kritikan masyarakat, boleh jadi akan sampai pada upaya sebagai akta dalam melaksanakan korporat, seperti mana undang-undang pensyarikat korporat di Indonesia (Muhammad Yasir Yusuf, 2012). Namun apabila dikaitkan CSR dengan pemilihan pengguna Muslim memilih perbankan Islam, CSR mungkin menjadi antara faktor yang memberi peluang kepada pengguna Muslim mengambilnya untuk membuat keputusan dalam memilih perbankan Islam kerana tanggungjawab sosial. Faktor lain seperti ekstrinsik yang terdiri daripada perkara seperti perkhidmatan, ciri-ciri produk, reputasi dan pengesyoran dan promosi boleh membawa kepada pemilihan perbankan Islam. Di samping itu faktor kepatuhan beragama juga mempengaruhi pengguna Muslim dalam memilih perbankan Islam (Dalfiza Mohd. Yusof, 2012; & Ahmad Azrin Adnan, 2010). Dapat dirumuskan perkara di atas yang mengaitkan CSR institusi perbankan Islam antaranya akan menarik pengguna untuk memilihnya selain daripada faktor intrinksi dan juga ekstrinsik. Persoalannya, apakah benar dimensi CSR perbankan Islam dapat mempengaruh pengguna Muslim untuk memilih Institusi Perbankan Islam (IPI)? Atau ada faktor lain seperti faktor instrinsik dan ekstrinsik yang mempengaruhi pengguna Muslim memilih untuk IPI. Kertas kerja ini mempunyai dua objektif. Pertama, mengenal pasti sama ada pengaruh CSR IPI mempunyai pengaruh terhadap IPI. Kedua, menganalisis faktor yang lebih dominan mempengaruhi pemilihan pengguna Muslim terhadap IPI.
  • 3. ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 737 Oleh itu perbincangan kertas kerja dibahagian kepada lima bahagian iaitu; 1) pengenalan; 2) perbincangan sorotan karya; 3) metodologi yang digunakan dalam mengukur pengaruh konstruk bebas; 4) perbincangan tentang output hasil analisis; dan 5) penutup. SOROTAN KARYA Kajian tentang faktor-faktor yang mempengaruh pengguna memilih perbankan Islam telah banyak dilakukan oleh pengkajian sebelum ini. Antara lain oleh Ahmad Azrin Adnan (2010) mengkajian faktor-faktor pemilihan perbankan Islam oleh pengguna Muslim di Terengganu. Dalfiza Mohd Yusof (2013) melakukan kajian faktor-faktor yang mempengaruhi pengguna Islam di Terengganu memilih pembiayaan Musyarakah Mutanaqisah. Inke Kesumawati Adnan (2010) menyelidiki faktor-faktor yang mempengaruh pengguna Muslim memilih penggunaan kad kredit Islam perbankan Syariah di Bandung di Indonesia. Manakala Erol, Kyanak & El-Bdour (1994) melihat gelagat pemilihan pengguna terhadap sistem perbankan Islam dan konvensional di Jordan. Selain kajian tentang faktor-faktor pengguna Muslim terhadap perbankan Islam, terdapat kajian lain terhadap pemilihan pengguna Muslim terhadap kewangan lain, misalnya takaful (Juniza Mohamad Jamari, 2012) & Norafizah Makhtar, 2009) dan Dana Amanah (Mohd Adli Zahri, 2015). Antara faktor yang sering digunakan menjadi konstruk yang mempengaruh pemilihan perbankan adalah terdiri daripada konstruk intrinsik, ekstrinsik dan kepatuhan beragama misalnya kajian Ahmad Azrin Adnan (2010), Dalfiza Mohd. Yusof (2012), dan Mohd Adli Zahri (2015). Namun dimensi yang mewakili ketiga- tiga konstruk ini pada umumnya adalah sama. Antara dimensi yang mengambarkan konstruk intrinsik ialah kefahaman, kesedaran dan persepsi. Misalnya kajian tentang kefahaman banyak dilakukan, antaranya ialah Nuradili Ridzwan dan Syahidwati (2007) serta Suzaida Abu Bakar (2003). Bagi kajian tentang kesedaran pula telah dilakukan oleh Fatimah dan Darna (2006) serta Adiwarman A Karim dan Adi Zakaria Affif (2005). Kajian mengenai persepsi dilakukan oleh Mohammad Zulfakhairi Mokhtar (2015), Mohd Adli Zahri (2015), Dalfiza Mohd. Yusof (2012) dan Ahmad Azrin Adnan (2010). Dari aspek konstruk ekstrinsik, kebanyakan kajian lepas menggunakan dimensi- dimensi yang disediakan oleh pihak perbankan Islam kepada penggunanya. Antaranya reputasi dan pengesyoran, ciri-ciri produk, perkhidmatan yang diberi dan promosi. Reputasi dan pengesyoran telah digunakan oleh Ahmad Azrin Adnan (2010). Namun dalam kajian beliau, reputasi telah digugurkan. Dimensi ciri-ciri produk yang ditawarkan oleh perbankan Islam kepada pengguna banyak telah digunakan, antaranya kajian yang dilakukan oleh Adli Zahri (2015), Dalfiza Mohd. Yusof (2012), Ahmad Azrin Adnan (2010) dan Juniza Mohamad Jamari (2012). Perkhidmatan yang baik oleh perbankan Islam dapat menarik pengguna Muslim untuk memilihnya. Antara pengkaji yang menggunakan khidmat ini adalah Mohammad Zulfakhairi Mokhtar (2015), Mohd Adli Zahri (2015), Dalfiza Mohd. Yusof (2012) dan Ahmad Azrin Adnan (2010).
  • 4. ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 738 Begitu juga dimensi kepatuhan beragama yang merupakan perkara asas kepada pengguna Muslim dalam memilih perbankan Islam, soal halal dan haram menjadi peraju utama dalam membuat pilihan yang sepatut menjadikan pengguna Muslim mengaplikasikannya. Konstruk sepatutnya memberikan bukti yang nyata kepada kajian ini, antara kajian yang menggunakan dimensi ini dalam melihat faktor-faktor yang mempenagaruhi pemilihan ialah Mohammad Zulfakhairi Mokhtar (2015), Mohd Adli Zahri (2015), Dalfiza Mohd. Yusof (2012), Ahmad Azrin Adnan (2010) dan Sonaryo (2012). Namun kajian mengenai tanggungjawab sosial korporat(CSR) menjadi salah satu dimensi dalam memilih perbankan Islam khusus amatlah jarang ditemui. Walau bagaimanapun kajian yang berkaitan dengan CSR perbankan Islam pernah dilakukan. Misalnya kajian menggenai CSR dari perspektif Islam oleh Asyraf Wajdi Dusuki dan Humayon Darr (2005). Kajian bentuk falsafah Islam berhubungan dengan prinsip CSR, kajian mengenai konsep CSR berteraskan Islam baik dari tasawur, prinsip, kriteria dan persepsi pengguna Muslim terhadap CSR (Muhammad Yasir Muhammad & Zakaria Bahari, 2011; Zakaria Bahari & Muhammad Yasir Muhammad, 2014) dan terakhir oleh Zakaria Bahari (2015) yang melakukan kajian mengenai kefahaman, kesedaran dan persepsi pengguna Muslim di Semenanjung Malaysia. Oleh itu kajian ini bertujuan untuk melihat pengaruh CSR (kefahaman) pengguna Muslim di Semenanjung Malaysia dalam memilih perbankan Islam. Adakah dimensi yang lebih dominan dalam mempengaruh pengguna Muslim melakukkan pemilihan perbankan Islam? METODOLOGI KAJIAN Kajian ini mengaplikasi reka bentuk diskriptif yang mengggunakan analisis statistik diskriptif dan inferens serta merupakan kajian empirikal. Pensampelan yang digunakan merupakan persampelan bertujuan di tiga syarikat takaful terpilih, iaitu Syarikat Takaful Malaysis Berhad, Syarikat Takaful Etiqa Berhad dan Syarikat Takaful Ikhlas Berhad. Soal selidik telah diedarkan kepada 1,000 orang responden di pejabat-pejabat utama di dua bandar utama di setiap negeri, namun data yang layak diperoses hanya 985 sahaja. Pembahagian lokasi dilakukan mengikut 4 buah zon: iaitu Zon Tengah terdiri daripada negeri Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Selangor; Zon Selatan terdiri daripada negeri Johor dan Melaka; Zon Pantai Timur terdiri daripada negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang; dan Zon Utara terdiri daripada negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak. Analisis ini dilakukan dengan mengaplikasikan pakej Statistik Package for Social Sciences (SPSS) versi 20. Sebelum dilakukan kajian lapangan sebenar, ujian rintis telah dilakukan berdasarkan kepada 50 orang responden bagi tujuan mendapatkan kesahan dan kebolehpercayaan penggunaan data. Bagi maksud melihat hubungan dan pengaruh setiap dimensi CSR mempengaruhi pemilihan pengguna Muslim memilih perbankan Islam dan juga konstruk manakah yang paling dominan pengguna Muslim membuat pilihan terhadap perbankan Islam. Bagi maksud itu regresi pelbagai digunakan untuk dibuat analisis. ANALISIS HASIL REGRESI PELBAGAI KONSTRUK BERWAKAF
  • 5. ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 739 Sebelum dilakukan regresi pelbagai, beberapa prasyarat ujian perlu dilakukan. Antaranya ialah melibatkan saiz sampel yang memcukupi, tiada data terpencil, tidak wujud masalah multikolinearan dan singulariti dan bertaburan normal. Korelasi yang tinggi antara pemboleh ubah bebas akan menyebabkan masalah singulariti. Perkara ini akan menyebabkan ketepatan menjelaskan hubungan antara pemboleh ubah bebas dengan bersandar akan terjejas. Kajian ini dapat dikesan melalui ujian Varian Inflation Factor dan nilai Tolerance. Nilai Varian Inflation Factor hendaklah berada dalam lingkungan di antara 0.00 hingga 10.00 dan nilai Tolerance berada di antara 0.00 hingga 1.00 barulah dikatakan tidak wujudnya malasah multikolinearan. Jadual 1: Keputusan Ujian Statistik Kolineartiti Konstruk Pemilihan Perbankan Islam Pembolehubah Peramal Statistik Kolineariti Tolerance VIF Intrinsik 0.526 1.901 Ekstrinsik 0.491 2.035 Kepatuhan Beragama 0.715 1.398 Sebelum perbincangan pengaruh konstruk dan dimensi pengguna Muslim di Semenanjung Malaysia membuat pemilihan terhadap perbankan Islam, perlu dijelaskan komponen-komponen yang membentuk konstruk tersebut. Konstruk intrinsik yang terdiri daripada kefahaman, kesedaran dan persepsi pengguna Muslim. Konstruk ekstrinsik terdiri daripada reputasi dan pengsyoran, ciri-ciri produk, perkhidmatan produk dan promosi. Konstruk kepatuhan agama terdiri daripada dimensi kepatuhan agama. Hasil Ujian Statistik Kolinearan pada Jadual 1 menunjukkan bahawa tidak berlakunya masalah multikolinearan dan singulariti dalam data ini. Bukti menunjukkan Varian Inflation Factor adalah lebih daripada 0.00 dan kurang daripada 10.00. Begitu juga dengan nilai Tolerance yang lebih daripada 0.00 dan kurang daripada 1.00. Nilai Tolerance yang paling tinggi adalah konstruk kepatuhan beragama iaitu 0.715, tetapi kecil daripada 1 dan nilai Varian Inflation Factor paling tinggi adalah konstruk ekstrinsik sebesar 2.035, tetapi lebih kecil daripada 10. Ujian seterusnya adalah dengan Graf Plot Normal Regresi.
  • 6. ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 740 Rajah 1: Graf Plot Normal Regresi Pemilihan Perbankan Islam Untuk melihat normaliti, lineariti dan hemodekasiti dalam melakukan regresi berganda, maka penelitian hendaklah dilakukan dengan penghasilan Graf Plot Normal Regresi seperti dalam Rajah 1. Rajah ini menunjukkan sebahagian besar data yang dikumpulkan daripada responden bertaburan di atas garisan lurus dari sebelah bawah kiri ke bahagian atas di sebelah kanan. Ini membukti tidak ada lencongan besar daripada normaliti (Coakes, 2005). Ini menunjukkan tidak ada masalah multikolinearan dalam masalah regresi berganda, data bersifat normal, linear dan mempunyai varian sama (homodekasiti). Hasil regresi berganda seperti Jadual 2 menunjukkan bahawa konstruk instrinsik yang terdiri daripada kefahaman Tanggungjawab Sosial Korporat, kesedaran dan persepsi pengguna Muslim di Semenanjung Malaysia tidak signifikan. Ini bererti dari segi analisis konstruk kefahaman, kesedaran dan persepsi pengguna Muslim terhadap pemilihan perbankan Islam tidak berlaku. Konstruk ekstrinsik yang terdiri daripada reputasi dan pengsyoran, ciri-ciri produk, perkhidmatan produk dan promosi produk adalah signifikan pada aras keertian 5 peratus, manakala konstruk kepatuhan agama pula signifikan pada aras keertian 1 peratusan. Ini bermakna kepatuhan beragama merupakan konstruk yang dominan mempengaruh pengguna Muslim dalam melakukan pemilihan perbankan Islam dengan nilai kekuatan pengaruhnya, iaitu nilai betanya ialah 0.972. berbanding dengan konstruk ekstrinsik bernilai 0.024. Peningkatan 1 peratus kepatuhan beragama kepada pengguna Muslim, pengguna Muslim akan meningkatkan pemilihan perbankan Islam sebanyak 0.972 peratus. Jadual 2: Keputusan Analisis Regresi Berganda Konstruk Terhadap Pemilihan Perbankan Islam
  • 7. ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 741 Model R R2 ΔR2 F B Beta t Sig 1. Constant 0.961a 0.924 0.924 3975.358 -0.378 -8.001 0.000 2. Intrinsik 0.003 0.003 0.229 0.819 3. Ekstrinsik -0.024 -0.024 -1.943 0.052 4. Kepatuhan Beragama 1.075 0.972 93.422 0.000 ANALISIS HASIL REGRESI PELBAGAI DIMENSI TERHADAP PEMILIHAN PERBANKAN ISLAM Jadual 3 menunjukkan bahawa tidak berlakunya masalah multikolinearan dan singulariti dalam setiap dimensi.. Nilai Tolerance dimensi yang paling tinggi sebesar 0.686 adalah ciri-ciri produk dan niai Tolerance paling rendah sebesar 0.484 (dimensi kesedaran) yang lebih daripada 0.00 dan kurang daripada 1.00. Begitu juga dengan nilai Varian Inflation Factor paling rendah ialah 1.457 (dimensi ciri-ciri produk) dan dan nilai Varian Inflation Factor paling tinggi ialah dimensi kesedaran (1.526). Bukti kedua-dua nilai ini menunjukkan nalai Varian Inflation Factor adalah lebih daripada 0.00 dan kurang daripada 10.00. Jadual 3: Keputusan Ujian Statistik Kolineartiti Setiap Dimensi Pembolehubah Peramal Statistik Kolineariti Tolerance VIF 1. Kefahaman 0.518 1.930 2. Kesedaran 0.484 2.068 3. Persepsi 0.588 1.700 4. Reputasi dan Pengesyoran 0.590 1.694 5.Ciri-ciri Produk 0.686 1.457 6. Perkhidmatan Produk 0.563 1.776 7. Promosi Produk 0.550 1.817 8. Kepatuhan Beragama 0.672 1.488 Untuk melihat normaliti, lineariti dan hemodekasiti dalam melakukan regresi berganda, maka penelitian hendaklah dilakukan dengan penghasilan Graf Plot Normal Regresi seperti dalam Rajah 2. Rajah ini menunjukkan sebahagian besar data yang dikumpulkan daripada responden bertaburan di atas garisan lurus dari sebelah bawah kiri ke bahagian atas di sebelah kanan. Ini menunjukkan tidak ada lencongan
  • 8. ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 742 besar daripada normaliti. Ini menunjukkan tidak ada masalah multikolinearan dalam masalah regresi berganda, data bersifat normal, linear dan mempunyai varian sama (homodekasiti). Rajah 2: Graf Plot Normal Regresi Dimensi Pemilihan Terhadap Perbankan Islam Untuk melihat normaliti, lineariti dan hemodekasiti dalam melakukan regresi berganda, maka penelitian hendaklah dilakukan dengan penghasilan Graf Plot Normal Regresi seperti di Rajah 2. Rajah ini menunjukkan sebahagian besar data yang dikumpulkan daripada responden bertaburan di atas garisan lurus dari sebelah bawah kiri ke bahagian atas di sebelah kanan. Ini menunjukkan tidak ada lencongan besar daripada normaliti. Ini menunjukkan tidak ada masalah multikolinearan dalam masalah regresi berganda, data bersifat normal, linear dan mempunyai varian sama (homodekasiti). Jadual 4: Keputusan Ujian Statistik Kolineartiti Dimensi Terhadap Pemilihan Perbankann Model R R2 ΔR2 F B Beta t Sig Constant 0.964a 0.929 0.928 1587.161 -0.323 -6.786 0.000 1. Kefahaman -0.024 -0.029 -2.475 0.013 2. Kesedaran 5.654E-005 0.000 0.005 0.996 3. Persepsi 0.012 0.14 1.264 0.207 4. Reputasi dan Pengesyoran 0.026 0.040 3.582 0.000 5.Ciri-ciri Produk 0.006 0.008 0.787 0.431
  • 9. ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 743 6. Perkhidmatan Produk -0.041 -0.048 -4.200 0.000 7. Promosi Produk -0.023 -0.033 -2.835 0.005 8. Kepatuhan Beragama 1.089 0.985 94.417 0.000 Hasil regresi berganda seperti Jadual 4 menunjukkan bahawa dimensi kesedaran, persepsi dan ciri-ciri produk tidak signifikan. Dua dimensi daripada konstruk intrinsik (dimensi kesedaran dan persepsi) dan satu dimensi daripada konstruk ekstrinksik iaitu dimensi ciri-ciri produk. Selain dimensi yang disebutkan tadi, adalah signifikan, dimensi tersebut adalah kefahaman tanggungjawab sosial korporat daripada konstruk intrinsik, sedangkan dimensi reputasi dan pengsyoran, perkhidmatan produk dan promosi produk daripada dimensi ekstrinsik dan konstruk kepatuhan beragama. Namun demikian dimensi-dimensi yang signifikan hanya dimensi kefahaman CSR sahaja yang signifikan kurang daripada aras keertian 5 peratus dan dimensi lain aras keertian yang kurang daripada 1 peratus. Dimensi kepatuhan beragama merupakan dimensi yang mempunyai kekuatan hubungan yang kuat dengan pemilihan perbankan Islam oleh pengguna Muslim dengan nilai beta yang paling tinggi, iaitu 0.985. Keadaan ini dibuktikan dengan nilai beta konstruk kepatuhan beragama (nilai betanya ialah 0.975). Ini bererti setelah lebih 30 tahun penubuhan bank Islam di Malaysia telah dapat membuka peluang kepada pengguna Muslim yang mengalamkan kehidupan secara Islam tetap akan memilih perbankan Islam kerana patuh pada agama dan kurang dipengaruhi oleh faktor ekstrinsik, apa lagi pengaruh CSR yang ditawarkan. Walau bagaimanapun, dimensi perkhidmatan dan promosi yang signifikan mempunyai hubungan yang berlawanan dan tidak mengikut ramalan. Hanya dimensi reputasi dan pengesyoran menunjukkan arah hubungan yang positif. Yang membawa maksud reputasi perbankan, baik daripada aspek pengurusan, keuntungan dan patuh syariah dan pengesyoran daripada keluarga, teman dan iklan telah berjaya membawa pengguna Muslim memilih perbankan Islam. PENUTUP Dapatan kajian menunjukkan bahawa kepatuhan beragama merupakan faktor yang paling besar mempengaruhi masyarakat Islam di Semenanjung Malaysia untuk membuat pilihan memilih perbankan Islam di Semenanjung Malaysia. Perkara ini dapat dilihat dengan nilai beta yang paling tinggi, iaitu 0.985. Kemudian diikuti oleh konstruk perkhidmatan yang signifikan pada aras keertian 5 peratus. Hanya konstruk intrinsik yang tidak signifikan. Analisis dari aspek pengaruh dimensi pula, didapati kepatuhan beragama merupakan dimensi yang utama mempengaruhi orang ramai berwakaf, iaitu nilai beta 0.972 dan diikuti dengan dimensi reputasi dan pengesyoran (0.040). Dimensi kefahaman CSR, perkhidmatan produk dan promosi signifikan tetapi mempunyai arah yang negatif. Kesemua nilai beta ketiga-tiga dimensi ini adalah kurang daripada nilai 0.05 yang mengambarkan pengaruh ketiga-tiga ini amatlah kecil sekali, baik hubungannya negatif mahupun positif. Perkara ini berlaku
  • 10. ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 744 kerana faktor kepatuhan beragama adalah tinggi sekali, iaitu 0.972 mendekati satu berbanding dimensi lainnya. RUJUKAN Adiwarman A. Karim & Adli Zakaria Affif. (2005). Islamic Bank Consumer Behaviour in Indonesia: A Qualitatitive Approach. The 6th International Conference on Islamic Economics and Finance Coakes, S.J. (2005). SPSS Version 12.0 for Windows Analysis without Anguish. Australia: National Library of Australia. Dalfiza Mohd. Yusof. (2012). Faktor-faktor Penerimaan Pembiayaan Perumahan Masyarakah Mutanaqisa dalam Kalangan Pengguna Muslim Terengganu Selatan. Disertasi Sarjana (tidak diterbitkan) Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan, Universiti Sains Malaysia. Erol, Kyanak & El-Bdour (1994). Attitude, Behavior and Patronage Factors of Bank Customers towards Islamic Banks. International Journal of Bank Marketing, 7(6). Inke Kesumawati Adnan (2010). Persepsi Masyarakat Muslim Bandung Terhadap Pemilihan Kad Kredit Syariah. Disertasi Sarjana (tidak diterbitkan) Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan, Universiti Sains Malaysia. Juniza Mohamad Jamari. (2012). Sambutan Pelajar Muslim Universiti Sains Malaysia (USM) Terhadap Takaful Hayat. Disertasi Sarjana (tidak diterbitkan) Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan, Universiti Sains Malaysia. Mohammad Zulfakhairi Mokhtar (2015). Konsep Niat Dalam Tingkah Laku Berteraskan Islam dan Faktor-faktor Mempengaruhi Niat untuk Berwakaf Tunai dalam Kalangan Staf Muslim Universiti Sains Malaysia (USM). Disertasi Sarjana (tidak diterbitkan) Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan, Universiti Sains Malaysia. Mohd. Adli Zahri. (2015). Persepsi Pelajar Muslim Univerisiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Terhadap Faktor Pemilihan Pelaburan Dana Amanah Islam (DAI). Disertasi Sarjana (tidak diterbitkan)), Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan, Universiti Sains Malaysia. Muhammad Yasir Yusof. (2011). Tanggungjawab Sosial Korporat (Corporate Social Responsibility) dalam Perspektif al-Quran. Jurnal Ilmiah Al-Mu’Mu’ashirah Media Kajian Al-Quran dan Al-Hadiths Perspektif. Vol. 8. No. 2 Juli (hal 163-180). Muhammad Yasir Yusof. (2012). Tanggungjawab Sosial Korporat Institusi Perbankan Islam di Aceh: Analisis Kriteria dan Persepsi. Tesis Doktor Falsafah (tidak dicetak) di Pusat Kajian Sains Kemasyarakatan. Steiner, George A. & John. F. (1994). Business, Government, and Socity: A Managerial Perspective. Text and Cases. Singapore. McGraw Publishing Sdn. Bhd. Suzaida Abu Bakar. (2003). Persepsi Masyarakat Akademik di Universiti Awam Tempatan Terhadap Sistem Perbankan Islam. Tesis Sarjana (tidak diterbitkan). Universiti Utara Malaysia. Zakaria Bahari & Muhamad Yasir Yusof. (2014). Corporate Social Responsibility In Islam Banking Institution in Aceh: Analysis of Criteria and Perception.
  • 11. ISBN 978-967-394-230-5 [PROCEEDINGS OF IDMAC2015] 9th ISDEV International Islamic Development Management Conference (IDMAC2015) 745 Journal of Education and Social Research. MCSER Publishing. Rome Italy. Vol. 4 No.2 (hal 390-480) Zakaria Bahari. (2015). Faktor-faktor yang Mempengaruhi Tanggungjawab Sosial Korporat Perbankan Islam di Malaysia. Prosiding Bengkel RUT, ISDEV. Bilik Persidangan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia, 2-4 Mac.