Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.
1
PENGHARGAAN
Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah dan kurniaNya dapat saya
menamatkan latihan industri d...
2
1.0 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Latihan industri adalah salah satu komponen untuk keperluan bergraduat di Kolej Universit...
3
1.3 Objektif Laporan Latihan Industri
Setelah tamat menjalani latihan industri selama tiga bulan di Jabatan Hal Ehwal Ag...
4
BAB 2
PENGENALAN ORGANISASI
2.1 JAHEAIK
2.1.1 Profil Organisasi
NAMA ORGANISASI : Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan...
5
2.1.2 Penubuhan
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) ditubuhkan secara rasmi pada 1 Januari
1980 dengan tuju...
6
Bagi negeri-negeri yang tidak beraja, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa
Yang DiPertuan Agung adalah Ketua A...
7
2.1.3 Peranan Jabatan
1. Melaksanakan dasar yang berkaitan dengan Hal Ehwal Agama Islam serta peraturan
yang terkandung ...
8
2.1.4 Carta Organisasi JAHEAIK
9
2.2 Bahagian Penyelidikan
2.2.1 Pengenalan
Bahagian Penyelidikan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam dahulunya merupakan satu ...
10
4. Melahirkan masyarakat islam yang mempunyai ketahanan yang kuat untuk
menghadapi cabaran-cabaran semasa dan tidak mud...
11
4. Kerjasama dengan pihak berkuasa tempatan dalam memperketatkan syarat
perlesenan perniagaan barang-barang yang boleh ...
12
2.2.5 Carta Organisasi Bahagian Penyelidikan
13
BAB 3
RINGKASAN AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI
3.1 PENGENALAN
Ringkasan aktiviti latihan industri ini merupakan salah satu i...
14
MINGGU 4
(10.07.16-14.07.16)
 Cari keratan akhbar berkaitan isu semasa (militan IS / Dr. Zakir
Naik)
 Mencari makluma...
15
MINGGU 11
(28.08.16-01.09.16)
 Melakukan kerja-kerja pejabat
 Mencari maklumat berkaitan haiwan jalalah & konsep hala...
16
3.3 HASIL LATIHAN PRAKTIKAL
1. Menyemak ramuan halal dalam sistem MYeHalal
Setiap premis makanan yang memohon sijil hal...
17
2. Photostat / binding direktori pensijilan halal
3. Seminar permohonan pensijilan halal
Negeri Kelantan telah menggala...
18
4. Ekspo tani (bahagian halal)
Bagi menggalakkan rakyat Kelantan menceburkan diri dalam bidang pertanian, Menteri Besar...
19
5. Audit kilang / premis makanan
Setiap minggu, auditor daripada bahagian Pengurusan Halal akan memantau kilang dan
pre...
20
a) MIM Trading Sdn Bhd
Semua ramuan digaul dan dimasak pada suhu
80◦C
Bahan yang telah dimasak akan dialirkan melalui
p...
21
b) Trans Arwana Sdn Bhd
Pemilik Trans Arwana ingin memohon sijil halal bagi dapur hotel ini. Secara keseluruhannya,
tid...
22
Setelah mengaudit D Klasik Kubang Kerian, kami menuju ke tempat pemprosesan kopi yang menjadi
menu di D Klasik ini. Pro...
23
d) Imtiaz Academy Industries Sdn Bhd
Imtiaz Academy telah memohon pensijilan halal bagi produk yang dikeluarkan iaitu m...
24
e) Nando’s Chickenland
Nando’s Chickenland di Aeon Mall KB telah menghantar permohonan pensijilan halal kali pertama.
O...
25
f) Sabit Banani Industries Sdn Bhd
Syarikat Sabit Banani telah beroperasi sejak tahun 2014 di Padang Tembak, Pengkalan ...
26
g) Intan Biotech Industries Sdn Bhd
Intan Biotech Industries telah memohon pensijilan halal yang baru untuk beberapa pr...
27
BAB 4 KOMEN & CADANGAN
Sepanjang tempoh latihan industri di bahagian Penyelidikan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam
Kelanta...
28
Saya juga berharap agar pihak pengurusan kolej boleh memberi borang yang lebih lengkap
dan terperinci untuk dinilai ole...
29
BAB 5 KESIMPULAN
Sepanjang tempoh latihan industri di bahagian Penyelidkan JAHEAIK, saya mendapati latihan
industri ini...
Upcoming SlideShare
Loading in …5
×

Laporan Praktikal JAHEAIK

10,684 views

Published on

  • If you’re looking for a great essay service then you should check out ⇒ www.HelpWriting.net ⇐. A friend of mine asked them to write a whole dissertation for him and he said it turned out great! Afterwards I also ordered an essay from them and I was very happy with the work I got too.
       Reply 
    Are you sure you want to  Yes  No
    Your message goes here
  • ...My Scandalous Secret to Crushing The Odds So Effortlessly...  http://t.cn/A6hPRSfx
       Reply 
    Are you sure you want to  Yes  No
    Your message goes here
  • Dating for everyone is here: ❤❤❤ http://bit.ly/2F4cEJi ❤❤❤
       Reply 
    Are you sure you want to  Yes  No
    Your message goes here
  • Dating direct: ❤❤❤ http://bit.ly/2F4cEJi ❤❤❤
       Reply 
    Are you sure you want to  Yes  No
    Your message goes here
  • Multiple Time Lotto Winner Shocks The System�Reveals All! ●●● http://t.cn/Airfq84N
       Reply 
    Are you sure you want to  Yes  No
    Your message goes here

Laporan Praktikal JAHEAIK

  1. 1. 1 PENGHARGAAN Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah dan kurniaNya dapat saya menamatkan latihan industri di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) serta dapat menyiapkan laporan latihan industri ini. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua kakitangan dan staff di bahagian Penyelidikan JAHEAIK yang diterajui oleh Ustaz Anuar al- Sadat bin Mohd Noor, selaku Ketua Penolong Pengarah (Penyelidikan) di atas jasa mereka menerima kehadiran saya di JAHEAIK ini. Setinggi-tinggi penghargaan yang tidak terhingga dari saya buat Penolong Pengarah (Pengurusan Halal) merangkap Penyelia Latihan Industri saya iaitu Ustaz Nik Mohamad Zawawi bin Ibrahim yang telah banyak membantu menyelesaikan masalah, menyumbang idea dan pendapat, memberi tunjuk ajar serta kesabaran beliau membimbing saya sepanjang menjalani latihan industri di JAHEAIK. Tidak lupa juga kepada semua kakitangan lain yang turut sama membantu serta menyumbang idea berguna kepada saya sepanjang tempoh saya berada di sini. Buat rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama membantu semasa latihan industri, ribuan terima kasih saya ucapkan. Banyak pengalaman yang saya perolehi daripada rakan- rakan yang turut menjalani latihan industri di bahagian Penyelidikan ini. Saling bertukar- tukar ilmu, berkongsi apa yang telah dipelajari di tempat belajar masing-masing untuk diaplikasikan sepanjang tempoh latihan industri ini. Jasa kalian amat saya hargai. Akhir kata, saya memohon ampun dan maaf jika ada kesilapan serta kelemahan sepanjang saya menjalankan latihan industri ini. Sesungguhnya hanya Allah yang mampu membalas segala budi dan jasa baik yang diberikan oleh kalian. Sekian terima kasih.
  2. 2. 2 1.0 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Latihan industri adalah salah satu komponen untuk keperluan bergraduat di Kolej Universiti Islam Sains & Teknologi (KUIST) mengikut gred yang akan diperolehi oleh pelajar. Laporan industri ini meringkaskan dan meliputi semua maklumat terperinci mengenai aktiviti-aktiviti, tugas-tugas yang telah dilakukan semasa latihan industri dan perkhidmatan yang dilakukan oleh JaHEAIK sepanjang saya berada di bawah bahagian Penyelidikan (Pengurusan Halal) di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan selama 12 minggu. Sebagai pelajar latihan industri, saya telah diminta untuk melibatkan dan mengikuti aktiviti yang dilakukan oleh bahagian Pengurusan Halal sekali gus dapat menimba ilmu. Saya juga terlibat dalam memantau premis makanan yang telah memohon sijil halal bagi memastikan pematuhan halal yang berterusan. Selama tempoh latihan industri juga, saya telah diberi tugas oleh penyelia latihan industri untuk menyiapkan satu artikel berkaitan proses istihalah. 1.2 Objektif Antara objektif latihan praktikal adalah: 1. Untuk memberi peluang kepada para pelajar membiasakan diri dengan operasi, pentadbiran dan pembentukan operasi sesuatu organisasi 2. Untuk memberi peluang kepada para pelajar meneliti dan mengaplikasi amalan yang sebenar dalam pekerjaan 3. Untuk mendedahkan pelajar kepada keadaan kerja yang sebenar dan masalah- masalah yang biasa dialami oleh organisasi 4. Untuk memberi peluang kepada organisasi yang menempatkan para pelajar KUIST untuk mengenalpasti pelajar yang berkelayakan untuk diberikan pekerjaan selepas bergraduasi 5. Meluaskan pergaulan dengan kumpulan masyarakat dan menghasilkan tenaga pekerja yang beretika dan mempunyai nilai diri
  3. 3. 3 1.3 Objektif Laporan Latihan Industri Setelah tamat menjalani latihan industri selama tiga bulan di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JaHEAIK), pelbagai aktiviti dan tugas yang telah dilakukan dan memerlukan satu laporan khas untuk dibuat penilaian. Setiap laporan mestilah berpandukan kepada piawaian yang telah ditetapkan dan disiapkan dengan lengkap. Antara objektif laporan latihan industri ialah: 1. Mendokumentasikan segala aktiviti dan tugas yang telah dilakukan sepanjang tempoh latihan industri. 2. Menjadi bahan bukti secara bertulis kepada latihan yang diikuti. 3. Laporan yang baik dapat membantu dalam temuduga kerjaya selepas tamat pengajian kelak. 4. Dapat melatih pelajar agar mampu memenuhi kehendak sesebuah institusi apabila bekerja kelak. 5. Melatih pelajar agar berupaya mengikuti segala arahan yang telah ditetapkan ke atas format laporan. 1.4 Kepentingan Latihan Industri Kepada Pelajar 1. Menjadikan pelajar lebih efektif dan produktif di mana pelajar dapat mengaplikasikan semula teori-teori yang telah dipelajari semasa di universiti dengan lebih meluas dan berkesan. 2. Pelajar dapat menambahkan ilmu pengetahuan tentang cara pengendalian mesin dan peralatan yang digunakan dalam sesuatu industri. 3. Dapat melahirkan seseorang individu yang berdisiplin tinggi, bertanggungjawab, berketerampilan, serta menanamkan sifat amanah dalam melakukan sesuatu perkara.
  4. 4. 4 BAB 2 PENGENALAN ORGANISASI 2.1 JAHEAIK 2.1.1 Profil Organisasi NAMA ORGANISASI : Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan ALAMAT : Kompleks Darulnaim, 15200 Kota Bharu, Kelantan Darul Naim NO. TELEFON : 09-7446121 WEBSITE : www.jaheaik.gov.my STATUS ORGANISASI : Badan berkanun (kerajaan) PENGARAH : Dato’ Haji Che Mohd Rahim bin Haji Jusoh
  5. 5. 5 2.1.2 Penubuhan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) ditubuhkan secara rasmi pada 1 Januari 1980 dengan tujuan untuk membantu Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan dalam usaha mempergiatkan aktiviti-aktiviti dakwah dan pembangunan hal ehwal Islam di negeri Kelantan. Pada Awal penubuhannya iaitu pada 1/12/1950, bidang tugas JAHEAIK yang dikenali dengan nama Pejabat Penyelia Agama atau lebih mashyur dengan panggilan Pejabat Pencegah Maksiat lebih tertumpu kepada bidang pencegahan, penangkapan dan pendakwaan jenayah syariah semata-mata. Pejabat ini wujud di bawah Pejabat Mufti Kerajaan Kelantan. Sekitar bulan Mac 1978 kerajaan telah mewujudkan Bahagian Agama Islam di Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan yang dikendalikan seorang pegawai yang berjawatan "Penolong Setiausaha (Hal Ehwal Agama)" serta beberapa kakitangan perkeranian. Bermula pada bulan jun 1978, struktur pentadbirannya diperbesarkan dengan diberi taraf jabatan penuh iaitu diketuai oleh seorang pegawai berjawatan Pengarah, sementara Penolong Kanannya bergelar Setiausaha, tetapi masih di bawah sayap Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan. Hanya pada tahun 1980 barulah diwujud secara berasingan dari pejabat Setiausaha Kerajaan dengan peruntukan tahunan serta kuasa mengawal kewangan dan pentadbirannya sendiri. Pada tahun 60an dan seterusnya hingga kini, JAHEAIK telah mengalami perkembangan pesat dari segi bidang tugas serta struktur perjawatan dan pentadbirannya sesuai dengan tuntutan perubahan masa dan keadaan. Asas kepada bidang kuasa pembangunan Hal Ehwal Islam di Malaysia telah diletakkan secara jelas dalam sistem perundangan Negara. Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan Agama Islam adalah Agama bagi Persekutuan. Dalam pembahagian kuasa antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri, Pengurusan Agama Islam diletakkan di bawah kuasa Kerajaan Negeri di mana Raja-Raja Melayu adalah Ketua Agama Islam di negeri masing-masing.
  6. 6. 6 Bagi negeri-negeri yang tidak beraja, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Yang DiPertuan Agung adalah Ketua Agama Islam bagi negeri-negeri berkenaan. Bagi konteks Negeri Kelantan Pengurusan Agama Islam diletakkan di bawah kuasa KDYMM Al Sultan Kelantan sebagai ketua Agama Islam. Dalam melaksanakan pengurusan dan pentadbiran Hal Ehwal Islam. JAHEAIK menggunakan akta – akta seperti berikut : I. - Enakmen Tatacara Jenayah Syariah Negeri Kelantan No. 8/2002 II. - Enakmen Kanun Jenayah Syariah Negeri Kelantan No. 2/1985 III. - Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Kelantan No. 6/2002 IV. - Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Kelantan No. 6/2002 V. - Enakmen Pentadbiran Mahkamah Syariah Negeri Kelantan No. 3/1983 VI. - Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah Negeri Kelantan No. 9/2002 VII. - Enakmen Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan bil 4/1994 VISI Menerajui Pengurusan Hal Ehwal Islam yang Efisien Dalam Melahirkan Insan Yang Bertakwa Menjelang 1441 H MISI Melahirkan Ummah Yang Progresif Berteraskan Faqihan, Aminan, Rahiman, Ilman Dan Salaman Sejajar Dengan Dasar Membangun Bersama Islam Motto Ketakwaan Teras Kemuliaan
  7. 7. 7 2.1.3 Peranan Jabatan 1. Melaksanakan dasar yang berkaitan dengan Hal Ehwal Agama Islam serta peraturan yang terkandung dalam enakmen yang diputuskan oleh Kerajaan Negeri Kelantan dan Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK). 2. Merancang, menyelaras dan melaksanakan program pembangunan dakwah kepada seluruh masyarakat. 3. Merancang dan melaksanakan program pembangunan kerohanian dan jatidiri ummah. 4. Melaksanakan undang-undang Agama Islam di dalam konteks “Amar Makruf Nahi Mungkar”. 5. Melaksanakan program-program pembangunan institusi keluarga bahagia mengikut hukum syarak dan undang-undang Keluarga Islam. 6. Membuat kajian, penyelidikan dan penilaian terhadap isu-isu Hal Ehwal Islam yang merangkumi aspek-aspek Aqidah, kekeluargaan, moral, sosial, bahan-bahan terbitan, pemakanan “Halalan Toyyiba” dan lain-lain. 7. Mengurus hal ehwal pengurusan persijilan halal dari segi permohonan pemantauan dan penguatkuasaan.
  8. 8. 8 2.1.4 Carta Organisasi JAHEAIK
  9. 9. 9 2.2 Bahagian Penyelidikan 2.2.1 Pengenalan Bahagian Penyelidikan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam dahulunya merupakan satu unit di Bahagian Dakwah dan telah diasingkan menjadi satu bahagian pada tahun 1997. Bahagian ini memainkan peranan dalam menyelesaikan masalah yang berhubung kait dengan isu-isu akidah, syariah, ajaran sesat, pensijilan halal dan juga penapisan media. Bahagian ini diketuai oleh seorang Ketua Penolong Pengarah, seorang Penolong Pengarah Kanan, seorang Penolong Pengarah dan juga beberapa kakitangan sokongan. Bahagian ini terbahagi kepada 3 unit utama iaitu : i. Unit Akidah dan Syariah ii. Unit Pengurusan Halal iii. Unit Penapisan Media Visi Ke arah mewujudkan masyarakat yang mantap akidah dan menjaga kesucian agama serta faham konsep halal dan haram. Misi Menjadi sumber rujukan yang berwibawa di bidang akidah, syariah, dan pengurusan pensijilan halal. 2.2.2 Objektif 1. Mengatasi masalah yang timbul di kalangan masyarakat dan umat Islam sama ada dari segi aqidah atau syariah 2. Menyampaikan maklumat-maklumat yang betul dan tepat menurut ajaran islam kepada segenap lapisan masyarakat untuk dijadikan panduan dalam kehidupan mereka. 3. Melahirkan umat islam yang berpengetahuan tinggi dan peka dengan masalah- masalah semasa terutama yang berkait dengan hal-hal keagamaan.
  10. 10. 10 4. Melahirkan masyarakat islam yang mempunyai ketahanan yang kuat untuk menghadapi cabaran-cabaran semasa dan tidak mudah terpesong akidahnya. 5. Mengurus permohonan, pensijilan halal, pemantauan dan penguatkuasaan pensijilan halal dengan cekap dan berkesan. 2.2.3 Piagam Pelanggan 1. Menyediakan hasil penyelidikan dalam tempoh (6) bulan selepas arahan diterima. 2. Menyediakan hasil penapisan dan penyemakan bahan media bercetak berunsurkan Islam dalam tempoh tiga (3) bulan selepas diterima. 3. Menyediakan hasil penapisan dan penyemakan bahan media elektronik berunsurkan Islam dalam tempoh satu (1) bulan selepas diterima. 4. Membuat pemeriksaan pensijilan halal dalam tempoh satu bulan setelah permohonan lengkap diterima. 5. Mengeluarkan sijil halal bagi pemohon pensijilan halal dalam tempoh dua (2) minggu selepas mendapat kelulusan Jawatankuasa Pengesahan Sijil Halal. 6. Membuat pemeriksaan pemantauan penyalahgunaan sijil dan logo halal dalam masa dua (2) minggu selepas aduan diterima. 2.2.4 Perkhidmatan Yang Ditawarkan Oleh Bahagian Penyelidikan 1. Membuat kaji selidik mengenai hal-hal yang berhubung dengan aqidah, syariat Islam dan membuat rumusan dari hasil penyelidikan dan cadangan balas untuk pihak berkuasa. 2. Membuat kajian mengenai pengeluaran makanan dan minuman atau sebarang jenis perdagangan yang menimbulkan keraguan masyarakat tentang halal dan haram 3. Mengeluarkan sijil pengesahan halal dan logo halal serta membuat pemantauan dan penguatkuasaan terhadap pensijilan halal.
  11. 11. 11 4. Kerjasama dengan pihak berkuasa tempatan dalam memperketatkan syarat perlesenan perniagaan barang-barang yang boleh memesongkan aqidah Islam atau berlawanan dengan tatacara Islam. 5. Membuat operasi bersama dengan Kementerian Keselamatan Dalam Negeri dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna mengenai penyalahgunaan ayat-ayat Al-Quran. 6. Berkerjasama dengan Pejabat Mufti dan Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan dalam membuat kaji selidik tentang pengajaran atau majlis amal yang menyentuh kesucian aqidah dan syariat Islam. 7. Menyediakan perkhidmatan penterjemahan kepada tulisan Jawi
  12. 12. 12 2.2.5 Carta Organisasi Bahagian Penyelidikan
  13. 13. 13 BAB 3 RINGKASAN AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI 3.1 PENGENALAN Ringkasan aktiviti latihan industri ini merupakan salah satu isi-isi penting dalam laporan pelajar sepanjang latihan industri. Ia diringkaskan dalam bentuk aktiviti mingguan bermula dari tarikh melapor diri latihan industri iaitu 19 Jun 2016 sehingga 8 September 2016. 3.2 AKTIVITI MINGGUAN LATIHAN INDUSTRI MINGGU RINGKASAN AKTIVITI MINGGU 1 (19.06.16 – 23.06.16)  Sesi taaruf bersama staf bahagian Penyelidikan  Kemaskini folio keratan akhbar  Belajar perkara asas berkaitan aktiviti pejabat seperti fotostat, binding, faks & kemaskini fail MINGGU 2 (26.06.16-30.06.16)  Menyenaraikan badan / pertubuhan yang terlibat dengan sumbangan wakaf al quran  Semak ramuan halal Nando’s Chickenland  Cari keratan akhbar berkaitan isu semasa (vaksin / tabarruk) MINGGU 3 (03.07.16-07.07.16)  Melakukan kerja-kerja pejabat  Cuti Raya Aidilfitri
  14. 14. 14 MINGGU 4 (10.07.16-14.07.16)  Cari keratan akhbar berkaitan isu semasa (militan IS / Dr. Zakir Naik)  Mencari maklumat berkaitan militan Daish untuk dibentangkan  Persiapan untuk kelas Sijil Pengajian Perawatan Islam MINGGU 5 (17.07.16-21.07.16)  Melakukan kerja-kerja pejabat  Majlis Mesra Aidilfitri bersama MB Kelantan, YB Ahmad bin Yaacob  Mengemaskini fail keratan akhbar berkaitan isu semasa MINGGU 6 (24.07.16-28.07.16)  Fotostat & binding dokumen direktori pensijilan halal  Perjumpaan bersama Timbalan Pengarah Pengurusan  Mencari maklumat berkaitan permainan Pokemon Go MINGGU 7 (31.07.16-04.08.16)  Mencari maklumat berkaitan proses istihalah  Audit kilang makanan di MIM Industries & Kopitiam Trans Arwana  Urusetia Pameran Halal JaHEAIK di Ekspo Tani  Kemaskini fail keratan akhbar MINGGU 8 (07.08.16-11.08.16)  Melakukan kerja-kerja pejabat  Audit kilang makanan di D Klasik (Kubang Kerian & Cherang)  Siapkan slideshow Lawatan Ilmiah ke Thailand MINGGU 9 (14.08.16-18.08.16)  Melakukan kerja-kerja pejabat  Taklimat permohonan pensijilan halal  Seminar perawatan Islam MINGGU 10 (21.08.16-25.08.16)  Melakukan kerja-kerja pejabat  Siapkan laporan praktikal  Semak ramuan halal Koperasi
  15. 15. 15 MINGGU 11 (28.08.16-01.09.16)  Melakukan kerja-kerja pejabat  Mencari maklumat berkaitan haiwan jalalah & konsep halalan toyyiban  Menyiapkan buku laporan ringkas pemeriksaan pengesahan sijil halal MINGGU 12 (04.09.16-08.09.16)  Audit kilang / premis makanan - Imtiaz Academy - Nando’s Chickenland - Sabit Banani Industries Sdn Bhd - Intan Biotech Sdn Bhd
  16. 16. 16 3.3 HASIL LATIHAN PRAKTIKAL 1. Menyemak ramuan halal dalam sistem MYeHalal Setiap premis makanan yang memohon sijil halal akan direkodkan segala ramuan dan bahan yang digunakan dalam satu sistem yang dikenali sebagai sistem MYeHalal. Hal ini bertujuan memudahkan para auditor untuk memantau premis berkenaan setelah memperolehi pensijilan halal daripada JAKIM. Semua bahan mentah akan disemak status sijil halal sama ada telah tamat tempoh atau belum. Sekiranya telah tamat, para auditor perlu memaklumkan kepada pemilik premis semasa pemantauan dilakukan atau melalui emel. Pensijilan halal untuk setiap premis hanya sah untuk tempoh selama 2 tahun dan perlu diperbaharui dari masa ke semasa. Untuk ramuan daripada Malaysia, ianya tidak begitu rumit untuk disemak status halalnya. Sekiranya tidak dilampirkan dalam fail premis semasa permohonan pensijilan halal dibuat, ia boleh disemak melalui Direktori Halal JAKIM. Berlainan dengan ramuan dari luar negara, ianya agak merumitkan kerana auditor perlu menyemak sijil halal dari luar negara yang kadang kala tidak dilampirkan sekali semasa permohonan pensijilan halal dilakukan.
  17. 17. 17 2. Photostat / binding direktori pensijilan halal 3. Seminar permohonan pensijilan halal Negeri Kelantan telah menggalakkan semua sekolah berasrama di negeri ini untuk memohon pensijilan halal bagi kantin sekolah masing-masing. Oleh itu, satu seminar permohonan pensijilan halal telah dilakukan yang berlangsung pada hari Selasa,16 Ogos 2016 melibatkan wakil guru dari semua sekolah menengah di negeri Kelantan. Sebanyak 30 wakil guru terlibat dalam seminar ini yang berlangsung di Bilik Gerakan, Tingkat 3 JAHEAIK. Para hadirin dibekalkan goodies bag yang mengandungi buku dan artikel berkaitan makanan halal sebagai rujukan. Mereka turut diberi penerangan tentang siapa yang layak memohon sijil halal, cara memohonnya serta salah laku yang boleh menyebabkan pensijilan halal ditarik balik.
  18. 18. 18 4. Ekspo tani (bahagian halal) Bagi menggalakkan rakyat Kelantan menceburkan diri dalam bidang pertanian, Menteri Besar Kelantan, YB Ahmad bin Yakob telah mencari inisiatif dengan menganjurkan Ekspo Tani yang diadakan di Kompleks Padang Perdana Kota Bharu selama 5 hari. Ekspo ini disertai oleh pelbagai lapisan masyarakat dari seluruh negeri di Malaysia. Pelbagai jabatan dan agensi kerajaan yang mengambil bahagian dalam mempamerkan perkhidmatan dan produk di booth masing-masing. Beberapa orang staf dan pelajar praktikal di bahagian Penyelidikan telah diberi jadual untuk bertugas menjaga booth secara bergilir-gilir sepanjang pameran ini berlangsung. Di booth JAHEAIK, bahagian Penyelidikan yang merangkumi unit Pengurusan Halal, Akidah & Syariah serta Penapisan Media telah mempamerkan produk masing-masing. Bagi unit Akidah & Syariah, pengunjung diberi pendedahan tentang aktiviti perbomohan dan perbuatan syirik di Malaysia. Bagi Penapisan Media, beberapa buku yang dirampas Kementerian Dalam Negeri (KDN) dipamerkan. Antara faktor dirampas adalah kerana bertentangan dengan ajaran Islam. Frame yang ditulis ayat Quran tetapi tidak dinyatakan surah dan ayat turut dirampas KDN dan dipamerkan di booth. Bagi unit Pengurusan Halal, pengunjung didedahkan dengan 3 kategori barangan dan produk makanan iaitu yang mempunyai logo halal, tidak mempunyai logo halal dan yang mempunyai logo halal tetapi tidak diiktiraf (logo halal swasta). Selain itu, contoh produk daripada kulit dan bulu khinzir turut dipamerkan. Pengunjung turut diberi pamplet dan brochure berkaitan produk halal, logo halal yang diiktiraf dari luar negara serta berkaitan gelatin. Bagi menarik perhatian pengunjung ekspo Tani ke booth JAHEAIK, beberapa soalan kuiz telah diajukan dan pemenang akan diberi hadiah dan sedikit cenderamata.
  19. 19. 19 5. Audit kilang / premis makanan Setiap minggu, auditor daripada bahagian Pengurusan Halal akan memantau kilang dan premis makanan yang ingin memohon pensijilan halal atau yang telah mendapat sijil halal sekitar Kelantan untuk melakukan pemantauan. Bagi permohonan pensijilan halal yang baru, auditor akan memantau kebersihan premis terutamanya bahagian pemprosesan makanan dan menyemak bahan ramuan yang digunakan sama ada halal atau tidak. Sijil halal bagi bahan yang digunakan akan disemak sama ada telah tamat tempoh atau tidak. Semasa pemantauan, auditor juga akan menyemak samaada bahan yang digunakan semasa pemprosesan sama dengan yang dimasukkan dalam data semasa permohonan pensijilan halal. Sekiranya tidak sama, kehalalan bahan baru itu harus dipastikan dan pengusaha perlu merekod semula data bahan dalam MyeHalal. Kesalahan-kesalahan yang dilakukan di premis makanan akan dicatat dalam satu borang khas untuk diambil tindakan oleh pemilik premis. Antara kesalahan yang biasa dilakukan adalah penyelenggaraan di bahagian pemprosesan makanan kurang memuaskan contohnya lampu di siling tidak berpenutup, tong sampah yang digunakan tidak berpenutup, papan pemotong yang sudah lama tidak ditukar, para pekerja tidak berpakaian sepatutnya seperti tidak memakai apron dan penutup mulut serta stor bahan mentah dicampur dengan bahan lain seperti bahan untuk pembersihan. Hal ini secara tidak langsung akan membuka jalan untuk berlakunya pencemaran silang. Setiap hujung bulan, satu meeting akan dijalankan yang melibatkan auditor halal JaHEAIK, Dato’ Pengarah JaHEAIK serta beberapa orang pegawai bahagian halal dari JAKIM. Auditor halal akan membentangkan hasil pemantauan premis makanan pada bulan itu untuk menetapkan sama ada premis itu layak atau tidak untuk mendapat pensijilan halal. Sekiranya layak, sijil halal akan dikeluarkan dan diberikan kepada premis makanan tersebut. Sepanjang tiga bulan menjalani latihan praktikal di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan, sebanyak tujuh buah kilang / premis makanan telah saya pantau bersama auditor halal JaHEAIK iaitu MIM Trading, Trans Arwana, D Klasik, Imtiaz Academy,Nando’s Chickenland, Sabit Banani Sdn Bhd dan Intan Biotech Industries Sdn Bhd.
  20. 20. 20 a) MIM Trading Sdn Bhd Semua ramuan digaul dan dimasak pada suhu 80◦C Bahan yang telah dimasak akan dialirkan melalui paip khas ke satu balang besar Kicap akan dimasukkan ke dalam botol dan disukat suhunya Botol kicap direndam dan dibersihkan bahagian luarnya Proses melekatkan label pada botol kicap secara manual Bagi botol kaca, botol akan dilalukan atas api agar penutup botol dibalut kemas Kicap yang siap dibungkus akan disimpan dalam satu bilik khas
  21. 21. 21 b) Trans Arwana Sdn Bhd Pemilik Trans Arwana ingin memohon sijil halal bagi dapur hotel ini. Secara keseluruhannya, tidak begitu banyak kesalahan yang dilakukan oleh pengusahanya cuma perlu dititikberatkan bahagian dapur. Lampu di siling tidak berpenutup, tong sampah terlalu dekat dengan dapur memasak serta kipas pengudaraan tidak berfungsi. Bahan mentah yang digunakan pula ada yang berlainan daripada yang direkodkan dalam data MyEhalal. Oleh itu, auditor halal telah mencatat kesalahan yang dilakukan untuk dibaikpulih oleh pemilik. Setelah memantau dapur Trans Arwana ini, kami pergi ke dua buah kilang di sekitar Pasir Puteh iaitu Keropok Sira tetapi pemiliknya tiada di kilang dan Blue Hill Oil Industries tetapi kilang ini tidak beroperasi pada hari tersebut. Oleh itu, pemantauan tidak dapat dijalankan. c) D Klasik Cafe D klasik mempunyai empat cawangan di sekitar Kelantan iaitu di Kubang Kerian, Cherang, Wakaf Che Yeh dan Bandar Kota Bharu. Saya hanya berkesempatan untuk mengikut auditor halal memantau D Klasik cawangan Kubang Kerian dan Cherang. Banyak pembaikan perlu dilakukan di D Klasik cawangan Kubang Kerian terutamanya di bahagian dapur. Tong sampah yang tidak berpenutup diletakkan terlalu dekat dengan dapur masakan, lantai yang kotor dan sawang tidak dibersihkan di dinding dapur. Kebanyakan pekerja pula tidak mematuhi etika pemakaian yang betul seperti tidak memakai apron dan penutup mulut. Ada juga pekerja yang memakai jam tangan dan barangan kemas semasa melakukan kerja pemprosesan makanan.
  22. 22. 22 Setelah mengaudit D Klasik Kubang Kerian, kami menuju ke tempat pemprosesan kopi yang menjadi menu di D Klasik ini. Proses membuat kopi ini dilakukan sendiri oleh pemilik D Klasik di sebuah bangunan kecil di sebelah rumahnya. Pelbagai jenis perisa kopi dibuat sendiri dengan tenaga kerja hanya tiga orang antaranya perisa cappucino, milk tea, lemon tea, habbatus sauda dan white coffee. Kami diberikan peluang melihat proses pembuatan kopi di sini. Sebelum masuk, beberapa pakaian khas diberikan seperti apron, penutup kepala, penutup mulut serta kasut yang sesuai untuk dipakai dalam tempat pemprosesan. Kami meneruskan perjalanan kami ke D Klasik Cherang. Tidak banyak penambaikan perlu dilakukan di sini memandangkan kebersihan dan pengurusan di sini lebih teratur berbanding di Kubang Kerian.
  23. 23. 23 d) Imtiaz Academy Industries Sdn Bhd Imtiaz Academy telah memohon pensijilan halal bagi produk yang dikeluarkan iaitu madu. Madu ini diambil dari selatan Mesir, Syria dan dibungkus semula di Malaysia. Untuk membolehkan produk ini dipasarkan di negara luar, logo dan sijil halal diperlukan untuk mengukuhkan lagi kepercayaan pengguna terhadap madu ini. Mengikut pemilik premis, madu diambil dari selatan Mesir dan Syria yang dipastikan keasliannya, tanpa dicampur apa-apa bahan lain seperti air atau gula. Banyak penambahbaikan perlu dilakukan oleh premis ini memandangkan tempat pemprosesannya hanyalah bilik biasa. Antaranya adalah tempat pemprosesan haruslah bertutup, perlu diletakkan kipas pengudaraan, sinki dan alatan yang berkaitan dengannya seperti sabun, tuala kecil, tong sampah. Meja perlu ditukar dan sebolehnya menggunakan stainless steel. Pekerja juga seharusnya mengambil kursus Pengendalian Makanan di bawah kelolaan Kementerian Kesihatan Malaysia sebelum melakukan pemprosesan serta mengambil suntikan typhoid. Pemilik juga dikehendaki melampirkan cara pengambilan madu di ladang Mesir & Syria sebagai bukti keasliannya dan tiada pencemaran silang dengan bahan tidak halal semasa proses pengambilan madu itu. Pemilik premis diberi tempoh dua minggu untuk melakukan penambahbaikan sebelum diaudit semula untuk kali kedua. Sekiranya memenuhi syarat dan piawaian pensijilan halal serta dipersetujui ketika meeting bulanan, sijil halal akan diberikan kepada premis tersebut. Atas : bekas madu asal daripada negara Mesir & Syria Bawah : bekas untuk mengisi madu ke dalam botol Proses memasukkan madu ke dalam botol Kotak yang menyimpan botol kaca untuk diisi madu Madu yang telah siap diisi dalam botol Tempat pemprosesan yang terlalu terbuka
  24. 24. 24 e) Nando’s Chickenland Nando’s Chickenland di Aeon Mall KB telah menghantar permohonan pensijilan halal kali pertama. Oleh itu, saya bersama auditor halal JaHEAIK memantau keadaan premis mereka sama ada layak atau tidak mendapat sijil halal. Secara keseluruhannya, kami berpuas hati dengan semua aspek meliputi kebersihan, pengurusan dan kakitangannya. Bekalan bahan mentah yang digunakan kebanyakannya daripada luar negara seperti Singapura, Italy, Australia dan New Zealand dan kesemuannya telah mendapat pengiktirafan halal dari negara masing-masing. Semua sijil halal bagi ramuan yang digunakan telah dilampirkan dengan lengkap. Hal ini memudahkan auditor halal untuk menyemak kehalalannya. Selain itu, kebersihan premis berada di tahap sangat memuaskan bermula dari bahagian dapur sehinggalah tempat makan. Semua bahan mentah yang dibeli disimpan sesuai dengan suhu yang sepatutnya. Selain itu, sistem First In First Out (FIFO) telah digunakan bagi mengelakkan kerosakan bahan mentah berlaku. Bagi kerja pembersihan pula, satu jadual khas melibatkan semua pekerja harus membersihkan tempat pemprosesan dan tempat makan sebelum dan selepas waktu bekerja.
  25. 25. 25 f) Sabit Banani Industries Sdn Bhd Syarikat Sabit Banani telah beroperasi sejak tahun 2014 di Padang Tembak, Pengkalan Chepa. Syarikat ini telah mendapat sijil halal untuk kesemua 14 produk yang dikilangkan di sini tetapi pemilik syarikat baru mengemukakan permohonan halal untuk premis ini. Walaupun belum mendapat pengiktirafan halal untuk premis, pemilik telah menggunakan logo halal pada bungkusan produk yang dikilangkan di sini. Hal ini adalah bertentangan dengan syarat pensijilan halal kerana menggunakan logo halal tanpa izin. Semasa pemantauan dilakukan, auditor mendapati bahawa bungkusan produk telah diletakkan logo halal, berlainan dengan bungkusan yang dilampirkan dalam rekod yang dihantar semasa permohonan pensijilan halal untuk premis dibuat. Oleh itu, auditor bertindak dengan menarik kesemua sijil halal bagi produk yang dikilangkan di sini kerana mereka dikira telah melakukan kesalahan yang tergolong dalam kategori kesalahan besar iaitu menggunakan logo halal tanpa izin. Secara keseluruhannya, semua produk yang dikilangkan di sini adalah memenuhi piawaian halal dan telah mendapat sijil halal. Tetapi disebabkan mereka telah menggunakan logo halal pada bungkusan produk sedangkan permohonan baru sahaja dilakukan, kesemua sijil halal telah ditarik semula. Pemilik premis dan eksekutif halal telah diberi tempoh dua minggu untuk melakukan penambahbaikan iaitu menutup semua logo halal pada bungkusan produk yang dikilangkan di sini sebelum audit kali kedua dilakukan sekali lagi.
  26. 26. 26 g) Intan Biotech Industries Sdn Bhd Intan Biotech Industries telah memohon pensijilan halal yang baru untuk beberapa produk yang baru ditambah. Kesemua produk yang dikilangkan di sini sebelum ini telah mendapat sijil halal. Secara keseluruhannya, semua aktiviti pemprosesan dan keadaan premis bertepatan dengan piawaian halal yang ditetapkan. Semua bahan mentah dan ramuan yang digunakan adalah halal cuma ada beberapa ramuan yang tidak dilampirkan sijil halal semasa permohonan dilakukan. Auditor meminta pemilik premis melampirkan sijil halal tersebut semasa pemantauan dilakukan. Mesin untuk menggaul semua ramuan dalam kopi Ramuan untuk pembuatan kopi Kopi yang telah digaul sebati Serbuk kopi dimasukkan dalam paket kecil Paket kecil kopi dilekatkan pada papan bungkusan Paket kecil dimasukkan dalam bungkusan kedua
  27. 27. 27 BAB 4 KOMEN & CADANGAN Sepanjang tempoh latihan industri di bahagian Penyelidikan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan ini, banyak perkara dan ilmu yang telah saya perolehi. Hasil daripada pemerhatian sepanjang menjalani latihan industri di sini, terdapat kelebihan dan kelemahan sama ada yang zahir ataupun tersembunyi. Di sini, saya kemukakan beberapa komen dan cadangan kepada bahagian Penyelidikan JAHEAIK dan pihak KUIST sendiri. Diharapkan komen dan cadangan ini boleh diterima baik oleh kedua belah pihak untuk kebaikan semua. Bahagian Penyelidikan JAHEAIK Secara umumnya, tiada kelemahan yang begitu berat untuk diperbaiki di sini. Cuma saya berharap agar tempat yang lebih selesa disediakan untuk pelajar praktikal kerana penerimaan pelajar praktikal di bahagian ini sahaja kadang mencecah sehingga 10 orang dalam satu masa. Disebabkan tidak cukup kerusi dan keadaan yang agak sesak di dalam pejabat, ada segelintir pelajar yang perlu duduk di bawah tangga di luar pejabat. Walaupun disediakan kerusi dan meja di sana namun agak kurang selesa bagi kami kerana agak terasing daripada staff dan menyukarkan kami menghulurkan bantuan sekiranya ada kerja yang perlu dilakukan. Bahagian pengurusan JAHEAIK perlu menapis pelajar yang memohon untuk menjalani latihan praktikal di sini agar tidak terlalu ramai dalam satu-satu masa sehingga menyebabkan ketidakselesaan serta kekurangan kerja yang perlu dilakukan. Kolej Universiti Islam Sains Teknologi Pertama sekali, saya amat berharap agar pihak pengurusan boleh menyediakan buku laporan yang lebih formal kepada para pelajar praktikal. Walaupun kekurangan bajet, sekurangnya biarlah ia kelihatan seperti buku, bukannya kertas semata-mata. Isi kandungannya pula diharapkan agar lebih formal bukannya diari semata-mata. Contohnya, perlulah ada ruangan untuk pelajar menulis laporan harian, masalah yang dihadapi serta apa cadangan atau penambahbaikan yang dilakukan untuk mengatasi masalah. Ini akan menggalakkan pelajar untuk berfikir dengan lebih kreatif dan mencari inisiatif untuk menyelesaikan masalah.
  28. 28. 28 Saya juga berharap agar pihak pengurusan kolej boleh memberi borang yang lebih lengkap dan terperinci untuk dinilai oleh penyelia latihan industri. Borang atau dokumen tersebut juga perlulah diperiksa dan diperhatikan butirannya agar tidak berlaku salah ejaan atau terlalu jelas copy paste dari borang lama sehingga saya sendiri yang perlu mengedit dan membuat muka depan baru atas permintaan penyelia latihan industri. Secara tidak langsung, ini akan memberi imej yang agak buruk di mata mereka terhadap kolej kita ini. Seterusnya, saya juga berharap agar pihak kolej boleh menyediakan kemudahan pengangkutan bagi kami ke tempat praktikal (sekitar Kelantan). Sekiranya bayaran perlu dikenakan, biarlah ia berbaloi. Akan tetapi, pada pendapat saya, tidak perlulah dikenakan bayaran kepada pelajar praktikal KUIST, cukuplah diambil dari bayaran yang dinyatakan dalam yuran pengajian supaya kami membayar kemudahan perpusatakaan, makmal komputer dan sebagainya yang ada sesetengahnya langsung tidak pernah kami gunakan sepanjang pengajian di kolej ini. Sekiranya kami tidak dapat menikmati kemudahan makmal komputer dan lain-lain yang termaktub dalam yuran pengajian, biarlah ia ditampung dan diganti dengan kemudahan pengangkutan ke tempat praktikal.
  29. 29. 29 BAB 5 KESIMPULAN Sepanjang tempoh latihan industri di bahagian Penyelidkan JAHEAIK, saya mendapati latihan industri ini memberi peluang yang baik kepada pelajar-pelajar dalam mempraktikkan segala ilmu pengetahuan daripada teori-teori yang dipelajari di universiti. Bagi saya program ini amat berkesan dan berguna kerana ia bukan hanya mendedahkan saya kepada persekitaran dunia pekerjaan sebenar, tetapi juga memberikan saya peluang untuk memperbaiki diri saya menjadi lebih berkeyakinan, berdedikasi, dan mempunyai insiatif diri. Selain itu, saya juga telah mempelajari cara mengendalikan kerja-kerja pejabat seperti fotostat, print, faks, binding, pendokumentasian dan sebagainya. Saya juga telah belajar cara berhadapan dan mengendalikan pelanggan atau pengunjung yang bertanyakan soalan dan maklumat berkaitan bidang halal dengan baik dan tepat. Sepanjang berada di sini, saya telah berjaya mendalami ilmu berkaitan halal dengan lebih mendalam dan boleh menerangkan kepada orang sekeliling. Sekiranya diberi pilihan untuk memanjangkan lagi tempoh latihan praktikal di sini, saya semestinya tidak akan menolak. Banyak ilmu dan pengalaman yang telah saya kutip sepanjang berada di sini namun masih belum cukup dan masih banyak lagi yang perlu dipelajari. Pengalaman memantau premis makanan yang memohon sijil halal paling tidak dapat saya lupakan. Melihat kerenah pengusaha premis yang berusaha memujuk auditor halal JAHEAIK kerana sijil halal ditarik telah menimbulkan semangat yang lagi berkobar- kobar dalam diri ini untuk memperkasa dan mengukuhkan lagi industri halal di Malaysia ini.

×