Presentation CTU 2012

2,045 views

Published on

The best presentation that I had done with members & almost got full marks..!! =)
X sia-sia tidur pukul 4 pagi semata-mata nak siapkan...alhamdulillah, berbaloi sgt2.!

Published in: Business
0 Comments
3 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
2,045
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
3
Actions
Shares
0
Downloads
0
Comments
0
Likes
3
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Presentation CTU 2012

  1. 1. UiTM KAMPUS SAMARAHAN ISLAM DAN PENGURUSAN (CTU263)YAYASAN DAKWAH ISLAMIAH MALAYSIA ~YADIM~ Disediakan Untuk : Ustaz Dr. Abdul Razak b. Abdul Kadir Disediakan Oleh : Ummiza Zainorziah Bt. Zaini (2011............) Musfirah Bt. Arbi (2011.............)
  2. 2. PENGENALAN YADIM• Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) ditubuhkan pada 1974 untuk menyelaras dan menyatukan badan-badan dakwah dan membantu badan- badan ini supaya berperanan secara membina untuk pembangunan umat dan meningkatkan kefahaman Islam supaya masyarakat Islam memainkan peranan aktif dalam proses kemajuan.• Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) ialah sebuah badan dakwah yang didaftarkan di bawah Malaysian Trust Incorporation Ordinance (Act) 1952 bagi menyeleraskan aktiviti-aktiviti dakwah, meningkatkan kefahaman terhadap agama Islam serta menggalakkan silaturrahim diantara umat sejagat.• Datuk Aziz Jamaluddin merupakan Yang DiPertua YADIM yang terkini dan beliau telah dilantik pada 1hb April, 2010.
  3. 3. Sejak ditubuhkan YADIM mengalami perubahan danperkembangan dasar serta pendekatan, sesuai dengan peredaranmasa. Bagaimanapun tujuan dan matlamat YADIM terpelihara.YADIM terus melibatkan diri dalam kegiatan dakwah mengikutkeupayaannya. Dengan dunia melangkah ke abad ke-21 ini, YADIMyakin akan mencapai segala bentuk wawasan baru yang sesuaidengan tuntutan zaman dan cabran-cabaran masakini, terutamanya cabaran daripada ledakan maklumat dan prosesglobalisasi.
  4. 4. PENCAPAIAN YADIM• YADIM telah mencapai pensijilan ISO 9001:2008 pada 8 Jan 2009 dan ini kerana komitemen dan profesionalisme yang ditunjukkan oleh tenaga kerja YADIM daripada semua peringkat dan semua jabatan.• Menganjurkan aktiviti-aktiviti bertaraf Antrabangsa seperti Multaqa Ulama Sedunia (2003), Alumni Al-Azhar (2003) dan Seminar Ahli Sunnah Waljamaah (2005).• YADIM telah berjaya mengusahakan program-program dakwah dan kemasyarakatan seperti Program Ibu Mithali dan Bulan Dakwah.• Telah berjaya menjalankan Konvoi Jelajah Kebangsaan 2010/ Jelajah Kembara YADIM 1Malaysia yang mernagkumi Malaysia, Indonesia, Myanmar, India, Pakistan dan Jordan.• YADIM juga telah terlibat dalam Malaysian International Halal Seminar & Exhibition (MIHAS) (2003).
  5. 5. TAHTIT (PERANCANGAN)• Dari pandangan barat, Newman mentakrifkan merancang sebagai "membuat keputusan terlebih dahulu apa yang perlu dilakukan" (1951, ms. 15)• Untuk organisasi Yadim secara keseluruhan di pihak zon Sarawak, hanya berkaitan dengan peringkat perancangan di zon Sarawak sahaja. Yadim di zon sarawak ada 3 unit iaitu Unit pengislaman, Unit Operasi dan Unit Pentadbiran & Kewangan.
  6. 6. Unit Pengislaman - merupakan unit teras Yadim Zon Sarawak yang memberi fokus kepada penganjuran program pembangunan saudara kita dan pengislaman. Antara modul program yang dianjurkan ialah: Jelajah Dakwah, Safari Ramadhan, Dialog Antara Agama dan Bengkel Latihan Daie.• Unit Operasi - memberi fokus kepada penganjuran program pembangunan belia, masyarakat dan badan islam bukan kerajaan. Ianya lebih banyak fokus ke arah melahirkan belia-belia sukarelawan untuk direkrut dibawah Sukarelawan al-Falah Sarawak. Antara modul program yang dianjurkan ialah Tautan Kasih Sukarelawan Al-Falah Sarawak, Perkampungan Duta Belia Islam, Manisnya Kurma Ini, Kuliah Motivasi Islami, Bicara Belia Di Radio Sarawak,1 Malaysia 1 Ummah dan YBM-Sambutan Hari-Hari Kebesaran Islam. Unit Pentadbiran & Kewangan - memberi fokus kepada urus tadbir Yadim Zon Sarawak.
  7. 7. Kritik konstruktif dan alternatif penambahbaikan Sewaktu agihan bubur lambuk didapati sebahagian daripada peserta yang menyertai tidak menutup aurat serta memakai pakaian yang tidak bersesuaian untuk program tersebut. Sewaktu salah satu program sukarelawan al-Falah sebahagian daripada pemakaian para peserta dan tenaga pengajar tidak memenuhi spesifikasi menutup aurat yang betul seperti wanita yang tidak menutup sebahagian tangannya yang terdedah. Melalui temubual yang telah dijalankan, pihak YADIM telah menyatakan bahawa pihak mereka tidak menggunakan sebarang paksaan bagi menutup aurat namun, menarik perhatian dengan memberikan nasihat berkenaan pemakaian yang sesuai. Oleh itu, para belia akan berfikir dengan lebih rasional dan akan berubah sedikit demi sedikit secara berperingkat-peringkat supaya mereka akan berasa dihargai kerana perubahan yang dilakukan adalah bukan secara paksaan malah dari dalam diri mereka sendiri. Walaupun mengambil masa yang lama, namun ianya mendatangkan kesan yang positif terhadap para belia, keluarga dan masyarakat.
  8. 8. Sukarelwan Al-Falah Sarawak
  9. 9. Safari Ramadhan
  10. 10. TANZIM (Pengorganisasian)• Organisasi adalah unit sosial yang diselaraskan dengan sempadan yang boleh dikenal pasti untuk mencapai matlamat. Dengan adanya organisasi, syarikat akan berupaya membentuk struktur, memformalkan organisasi, memusatkan kerja, mengadakan pembahagian buruh, mengetahui jangkauan kawalan, memecahkan bahagian kepada jabatan atau unit yang berfungsi dan memastikan kesepaduan arahan terjadi.
  11. 11. Visi, Misi dan Objektif Visi - Visi YADIM adalah untuk menjadi pemangkin utama dan sebuah agensi yang paling mantap berhubung kait dengan aktiviti-aktiviti dakwah di dalam negara. Mewujudkan dan menyeleraskan program- program dakwah sementara mengambil tempat utama dalam mengimplementasikan polisi-polisi kerajaan dalam propaganda Islam di dalam dan diluar negara. Misi - Misi YADIM adalah untuk menjana kefahaman yang lebih mendalam tentang Islam dan mempromosikan silaturrahim sesama ummah dan juga masyarakat yang bukan Islam. Dengan menggunakan pendekatan yang lebih efektif dalam pelbagai program yang dianjurkan dan juga menolong memberikan sokongan kepada intutusi-intutusi dan badan-badan dakwah yang lain. Objektif - Matlamat YADIM adalah seperti berikut :• Menginstitusikan dan mempromosikan cara kehidupan dalam Islam berasaskan pengajaran dari Al-Quran dan Hadis.• Menyebarkan amanat silaturrahim dengan meningkatkan kefahaman umum dalam pengajaran Islam dan juga konsep wassatiyyah.• Terokai kelebihan dan kekuatan umat Islam dan menggunakan potensi ini sebaik yang mungkin dalam menyumbang ke arah pembangunan negara dan ummah secara progresif.
  12. 12. Kritik konstruktif dan alternatif penambahbaikan Berdasarkan maklumat yang didapati secara online,Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom diminta memberi penjelasan berhubung dakwaan terhadap Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) yang lari daripada peranannya selepas adanya pelantikan Yang Dipertua (YDP) baru. Ketika berbahas dalam penggulungan bagi Jabatan Perdana Menteri, Ahli Parlimen Padang Terap, Nasir Zakaria berkata dalam tempoh dua tahun selepas perlantikan YDP baru didakwa telah melawat lebih 10 buah negara. Ekoran itu, bagi Nasir, tindakan orang penting Yadim itu dilihat sebagai satu pembaziran di mana berpuluh-puluh ribu dibelanjakan untuk mengadakan lawatan tersebut. Nasir juga membangkitkan dakwaan YDP Yadim, Datuk Aziz Jamaluddin Mohd Tahir telah melantik pengerusi Yadim di beberapa negeri seperti Perak, Kedah, Melaka, Pulau Pinang dengan memberikan elaun yang besar sedangkan setiap negeri sudah mempunyai Pengarah Yadim. Jelasnya, Yadim juga baru selesai melantik CEO baru yang diketahui umum tidak cekap, rendah integriti dan kurang dihormati oleh kakitangan sebelumnya, selepas pegawai tadbir diplomatik yang tidak disambung kontrak. "Pelantikan CEO baru Yadim kurang disenangi kakitangan dan pelantikan itu tidak diluluskan oleh Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Amanah Yadim yang diadakan di Surabaya," katanya.
  13. 13. QIYADAH (Kepimpinan) Pemimpin merupakan individu yang boleh memberi pengaruhkepada individu yang lain di dalam kumpulan. Hubungan seperti iniseestinya difamai iaitu adanya pemimpin pasti adanya pengikut.Kepimpinan pula berkait dengan cara seseorang pemimpin memberigaya kepimpinan kepada individu atau kumpulan.
  14. 14. YADIM mempunyai Ahli Lembaga Pemegang Amanah yang dianggotaidalam 14 kebawah anggota. Ahli lembaga ini membincangkan tentang dasar-dasar yang mungkin akan digubal. Ini kerana, sekiranya ada perubahan padadasar YADIM, dasar tersebut perlu dibawa kepad pihak Ahli Lembaga PemegangAmanah. Setelah itu, terdapat Yang Dipertua bagi YADIM dan diikuti dengantimbalan Yang Dipertua. Kemudian, terdapat ketua pengarah bagi jabatan-jabatan dan unit-unit yang lain. Di Dalam jabatan YADIM, pengarah atas mempraktikkan hubungan duahala dengan para pekerja. Hubungan dua hala yang dimaksudkan adalah pegawaiatasan memberikan arahan kepada pegawai bawahan.Walaubagaimanapun, pegawai bawahan tersebut boleh memberikan sebarangpandangan mahupun cadangan mengenai arahan atau perkara yag diberikan.Skop kepimpinan di YADIM terutamanya Zon Sarawak lebih kepada bentuksesebuah kekeluargaan atau sikap terbuka dan amat baik. Sebagai contoh, pegawai atasan memberi arahan kepada para pekerja.Setelah itu, para pekerja boleh memberikan pandangan mengenai arahan atautugasan yang diberikan bagi mendapat maklumbalas daripada para pekerja.Misalnya seorang pemandu YADIM bercadang untuk mendapatkan pencen danperihal tersebut akan dibawa kepada pengarah atas untuk dibincangkan padamesyuarat pegawai kanan. Apa yang dapat dilihat disini adalah sifat keterbukaanbagi menerima idea atau cadangan daripada pekerja bawahan walaupunserendah-rendah pegawai memberikan cadangan.
  15. 15. Kritik konstruktif dan alternatif penambahbaikan YADIM Zon Sarawak mempunyai pegawai yang memegang dua jawatan atas kekosongan bagi salah satu jawatan tersebut. Jawatan tersebut adalah Pegawai Keislaman dan Pemangku Pengarah YADIM Zon Sarawak. Sebarang percanggahan dan halangan akan berlaku disebabkan jawatan yang disandang melebihi daripada dua dan mengakibatkan ketidakpuasan hati sesetengah pihak. Melalui temubual yang diadakan, Pemangku Pengarah YADIM Zon Sarawak memegang dua jawatan. Iaitu saudara Awang Dulhadi Awang Mat sebagai Pemangku Pengarah dan Pegawai keislaman. Ini disebabkan kekurangan tenaga dan sumber manusia bagi jawatan tersebut. Namun pada masa yang sama, pihak YADIM masih dalam usaha untuk mencari kesesuaian pegawai bagi menjawat salah satu jawatan tersebut bagi mengelakkan sebarang percanggahan mahupun halangan dalam mengurus organisasi ini. Oleh itu, YADIM juga menggunakan dan mengambil inisiatif dari CPG iaitu mengambil pekerja yang baru dari lepasan-lepasan universiti bagi bekerja di bawah organisasi ini.
  16. 16. WIQAYAH (kawalan) Kawalan merupakan proses mengawal perjalanan aktiviti syarikatserta meletakkannya balik ke landasan yang betul apabilapenyimpangan berlaku. Kawalan membantu pengurus membuatsemakan ke atas pencapaian syarikat untuk mengetahui jaya ataugagalnya sesuatu rancangan berbanding dengan perlaksanaan sebenar.Selain itu, usaha mengawal ini juga dapat mengesan pencapaian yangingin dikawal dari segi penggunaan masa bekerja, mutu yang telahdihasilkan dan bilangan yang dapat dikeluarkan.
  17. 17. YADIM mengamalkan kandungan ISO dokumen dan mempunyailimit ISO serta memantau supaya dokumen tersebut sentiasaberkembang dari semasa ke semasa. Bagi Kawalan Kualiti 5S padaperingkat zon tetap ada namun masih belum spesifik ataupun secaraserius. Oleh itu, Kawalan Kualiti 5S tersebut akan sentiasa dipantau bagiperkembangan semasa. Dari segi Kualiti Audit Kewangan biasanya melalui pusat iaitu dariatasan. Walaubagaimanapun Kualiti Dokumen mempunyai kertasmakluman. Biasanya kertas makluman ianya akan menentukanpergerakkan borang perkembangan. Sebagai contoh, borang LPO yangdihantar pada peringkat zon yang telah selesai akan dihantar ke unitregistri. Selepas unit tersebut mengesahkan, borang tersebut akandihantar kepada unit kewangan dan mendapat kelulusan daripada unitkewangan barulah aktiviti di dalam borang tersebut boleh diadakan.
  18. 18. 5.4 Kritik konstruktif dan alternatif penambahbaikan YADIM pernah mengalami masalah masa penghantaran borang ke unit kewangan. Unit kewangan mengambil tempoh yang lama bagi memberi maklum balas. Ini menyebabkan aktiviti atau program yang hendak dijalankan akan terjejas terutamanya program tersebut melibatkan penglibatan masyarakat. Namun, bagi pihak atasan kesannya tidak begitu ketara kerana program yang sering dijalankan adalah melalui peringkat zon. Masalah kekurangan tenaga sumber pekerja juga berlaku dan menjejaskan sedikit program mahupun aktiviti yang hendak dijalankan. Oleh itu, pihak YADIM sentiasa memantau dan mendapat maklum balas dengan cepat bagi mengelakan sebarang kesulitan yang akan berlaku supaya perkara ini tidak perlu dibawa dan dibincang pada mesyuarat pegawai kanan. Kekurangan bajet pernah berlaku dan pihak YADIM telah mengambil inisiatif bagi membolehkan sesebuah program tersebut bersesuaian dengan bajet yang diberikan dengan mengadakan dalam tempoh yang pendek. Bagi kekurangan pekerja, YADIM juga jabatan tersebut pernah mengalami masalah dari segi kewangan ketika mengadakan sesebuah program namun masalah tersebut telah di selesaikan dengan menyelaras kawalan kewangan dengan efektif. Kekangan yang beraku daripada kekurangan pekerja dapat diambil melalui inisiatif dari CPG iaitu mengambil pekerja yang baru dari lepasan-lepasan universiti bagi bekerja di bawah organisasi ini
  19. 19. Sekian,Terima Kasih…Sesi soal & jawab…

×