Sejajar dengan usaha UBK untuk memantapkan kecemerlangan pelajar, BACA akan melancarkan Seminar Psikologi Pelajar Cemerlang bermula bulan April 2015 dan boleh dikendalikan dalam medium pengantar Bahasa Malaysia, Inggeris atau Mandarin Program ini sesuai untuk pelajar dari semua tahap persekolahan dan bertujuan untuk menyuntik jiwa kecemerlangan akademik ke arah prestasi yang lebih unggul. Harap program ini dapat persetujuan dari pentadbir sekolah dan bersama kita menjayakannya demi kebaikan pelajar sekolah. Ada juga sekolah yang menganjurkan program ini dengan sokongan dari PIBG sekolah. Usaha UBK untuk menjayakan program ini sebagai suatu aktiviti sokongan sekolah amatlah dihargai. Salam hormat Hilter Yew Pakar Motivasi