1. SMK SULTAN IBRAHIM , KULAI , JOHOR
PROGRAM ANAKKU SAYANG DAN BIMBINGAN
BERSAMA PELAJAR DAN GURU
HAL EHWAL MURID (DISIPLIN)
SESI PETANG
TARIKH
6 SEPTEMBER 2018 (KHAMIS)
TEMPAT
BENGKEL ENJIN, BLOK B
SMK SULTAN IBRAHIM, KULAIJAYA, JOHOR
ANJURAN
UNIT DISIPLIN SESI PETANG
SMK SULTAN IBRAHIM, KULAIJAYA, JOHOR
Disediakan oleh: Disemak oleh: Diluluskan oleh:
……………………… …………………… …………………..
(JIBASHNI A/P VILARAGAN)
PEN. SETIAUSAHA UNIT
DISIPLIN SMK SULTAN
IBRAHIM
2. 1.0 PENGENALAN
Kementerian Pelajaran Malaysia berusaha melahirkan rakyat Malaysia yang
berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab
dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri. Program Anakku Sayang
merupakan satu proses interaksi antara guru dan murid melibatkan tindakan
seperti membimbing, menyokong dan memberi nasihat. Ayah atau ibu angkat
bukan sahaja menitikberatkan individu (anak angkat) dan perhubungan
psikologianak angkatnya tetapi juga membimbing, memberi penghargaan,
kasih sayang dan mengasah kemahiran-kemahiran lain seperti membuat
keputusan, menghadapi masalah atau mengatasi tekanan dan berusaha
membimbing anak angkatnya menjadi individu yang berguna kepada
masyarakat dan negara.
2.0 KONSEP
Membangun Sahsiah dan Disiplin Diri Murid Melalui Budaya Amalan
Penyayang
3.0 RASIONAL
3.1 Setiap murid mempunyai kebolehan membangun potensi diri bagi
meningkatkan pencapaian sahsiah diri melalui bimbingan panduan
dari ayah atau ibu angkat.
3.2 Murid masa kini terdedah dengan pelbagai cabaran dalam memenuhi
tuntutan remaja yang sudah pasti amat memerlukan sokongan,
bimbingan, panduan dan perhatian bagi membolehkan mereka
menikmati kehidupan dengan lebih optimis dan menyeronokkan
4.0 OBJEKTIF
Melalui program ini, murid diharapkan dapat:
4.1 Menangani isu disiplin dan mewujudkan suasana yang tenang di
sekolah
4.2 Mengamalkan budaya penyayang dan saling menghargai satu sama
lain.
4.3 Membina keyakinan diri dalam menghadapi masalah, hasil dari
bimbingan dan sentuhan dari ayah atau ibu angkat yang sentiasa
mengambil berat (caring) terhadap kebajikan mereka.
3. 5.0 JAWATAN KUASA INDUK
Jawatankuasa Induk
Pengerusi :
Tn.Hj. Aminuddin Bin Mohd Sani
Pengetua
Timbalan Pengerusi :
En. Hamzah bin Abu Talib
Pen. Kanan Pentadbiran
Naib Pengerusi 1 :
En Abdul Malik bin Mohamad Salih
Pen. Kanan Kokurikulum
Naib Pengerusi 2 :
Pn. Yong Leou Ching
Pen. Kanan HEM
Naib Pengerusi 3 :
Pn. Zaiton Ma’don
Pen. Kanan Petang
Setiausaha
Program :
1. Pn Mariana ( Penolong Penyelia Petang )
2. En Masrie
3. Pn. Jibashni
4. Pn. Maizatul
5. Pn. Raziah
6. Pn. Lee Yen Lan
7. Pn. Wan Haslindatun
6.0 PELAKSANAAN
6.1 Cadangan masa ialah pada hari Ahad dan Rabu setiap minggu.
6.2 Perjumpaan diadakan sekurang – kurangnya dua kali seminggu dan
jangka masa perjumpaan adalah antara 30 hingga 40 minit.
7.0 PENUTUP PROGRAM
Diharap program yang dirancang ini dapat memberi manfaat kepada pelajar yang
mengikuti program ini supaya terus cemerlang dan mempunyai disiplin yang mantap.
Secara tidak langsung perkongsian ilmu ini dapat dimanfaatkan dalam kehidupan
seharian.