Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.
KPR 3012 SEMINAR REFLEKSI                      KAJIAN TINDAKANKeberkesanan Penggunaan Perisian Geometer’s Sketchpad di dal...
ISI KANDUNGAN1.0 Tajuk Kajian2.0 Nama dan Ahli Jawatankuasa3.0 Latar Belakang Kajian4.0 Penyataan Masalah5.0 Objektif Kaji...
1.0   Tajuk kajianKeberkesanan Penggunaan Perisian Geometer’s Skecthpad di dalam tajuk Bulatan II2.0   Nama dan Ahli Jawat...
Antara tujuan guru menggunakan komputer seperti pengajaran dan pembelajaran dapatdilaksanakan dengan labih berkesan dengan...
Kajian yang dilakukan ini adalah untuk melihat        keberkesanan elemen multimediaterhadap pembelajaran matematik. Kajia...
baik sebelum kajian dijalankan. Malahan pelajar tidak menunjukkan sikap yakin diriapabila saya meminta mereka menjawab soa...
lain kaedah penyelidikan. Kajian eksperimental melibatkan suasana yang dirancang dan       dikendalikan oleh penyelidik un...
Mengawal disini bermaksud mengatur situasi agar dapat dibuat perbandingan yang memberikesan ke atas kumpulan eksperimen. D...
6.1.4 Pemerhatian dan menganalisis data.   Kajian tindakan ini telah di laksanakan dalam tempoh 2 minggu da di luar waktu ...
bermaksud penyelidik dengan sengaja memilih sampel untuk memenuhi kehendak penyelidikdan untuk tujuan memudahkan penyelidi...
memperolehi maklumat yang banyak dengan perbelanjaan yang sedikit. Di samping itu,    ia merupakan kaedah soal selidik yan...
Kedua-dua ujian pra dan pos dibina oleh penyelidik sendiri. Soalan ujian telah       dibina oleh penyelidik berpandukan bu...
sewaktu pengajaran dan pembelajaran tersebut. Penggunaan komputer serta perisian yangbersesuaian dikatakan dapat membantu ...
Pelajar pula dapat melihat dengan jelas terutamanya dalam memgenal sifat, hokum, pengukurandan sebagainya. Sebagai contohn...
5.         Melaksanakan Ujian Pra ke atas pelajar tingkatan 4 ST2.6.         Penggunakan perisisan GSP di dalam kelas.7.  ...
13. Dg.Nor Shazalienawati A. Rosdi        67   10014. Effa Nazihah Abd Kasim                32   8915. Amirul Faiz Nordin ...
Prestasi pelajar yang sangat ketara dalam Ujian Pra dan Ujian Pos 1 menunjukkan keberkesananaktiviti secara individu , ber...
kaedah terbaik bagi membantu memaksimakan konsentrasi pelajar semasa di dalam kelas (WanAzah, et.al 2003).                ...
Upcoming SlideShare
Loading in …5
×

Keberkesanan penggunaan perisian geometer’s skecthpad di dalam tajuk circle ii.

3,865 views

Published on

  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

Keberkesanan penggunaan perisian geometer’s skecthpad di dalam tajuk circle ii.

  1. 1. KPR 3012 SEMINAR REFLEKSI KAJIAN TINDAKANKeberkesanan Penggunaan Perisian Geometer’s Sketchpad di dalam tajuk Bulatan II NUR ASHIKIN BINTI ISMAHUN D20081032212 AT 14 PENDIDIKAN MATEMATIK Tarikh Hantar: 1 November 2011 Nama Pensyarah: Dr. Nik Azmah Bt Nik Yusof 1
  2. 2. ISI KANDUNGAN1.0 Tajuk Kajian2.0 Nama dan Ahli Jawatankuasa3.0 Latar Belakang Kajian4.0 Penyataan Masalah5.0 Objektif Kajian6.0 Metadologi Kajian 6.1 Langkah-langkah Perancangan kajian Pelaksanaan kajian Pemerhatian dan menganalis data Refleksi dan penilaian 6.2 Sasaran Kajian 6.3 Instrumen Kajian 6.4 Metadologi Analisis7.0 Kesignifikasi Kajian8.0 Anggaran Perbelanjaaan9.0 Jadual Kerja10.0 Dapatan Kajian11.0 Perbincangang dan Kesimpulan 2
  3. 3. 1.0 Tajuk kajianKeberkesanan Penggunaan Perisian Geometer’s Skecthpad di dalam tajuk Bulatan II2.0 Nama dan Ahli Jawatankuasa PengkajiNama Pengkaji : Nur Ashikin Binti IsmahunGuru Pembimbing : Puan Mariyah Binti ShafieePenolong Kanan Akademik : Puan Latifah Binti Omar3.0 Latar Belakang KajianMultimedia dalam pendidikan merujuk kepada penggunaan konsep dalam sistem pendidikanterutama dalam pengajaran dan pembelajaran seperti dalam subjek matematik. Komputer adalahsatu satu medium yang terdapat dalam multimedia. Komputer mula digunakan dalam pendidikandi Malaysia sejak 1960 an lagi. Penggunaan komputer dalam bilik darjah sebagai alat pengajarandan pembelajaran adalah dijangkakan akan menjadi suatu perkara yang biasa sebagaimanamedia-media lain seperti projector slaid, televisyen, filem dan lain-lain lagi. Perkembangan dalam bidang sains dan teknologi telah menyebabkan peningkatan dalamkerjaya industri komputer. Teknologi komputer telah terbukti sebagai mesin elektronik yangberkeupayaan tinggi dan sangat berkesan terutamanya dalam melakukan tugas-tugas sepertimengawal pengeluaran. Ahli teknologi memperkatakan bahawa dalam bidang pendidikan,komputer lebih sesuai digunakan sebagai alat bantu mengajar semasa proses pengajaran danpembelajaran (Norhashim et. Al. 1996). Keberkesanan pembelajaran sangat sukar untuk dinilaiwalaupun dengan teknik penilaian yang digunakan pada zaman sekarang. Antara penilaian dibuatadalah berdasarkan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah dan Sijil Pelajaran Malaysia. 3
  4. 4. Antara tujuan guru menggunakan komputer seperti pengajaran dan pembelajaran dapatdilaksanakan dengan labih berkesan dengan member tumpuan yang lebih kepada pelajar secaraperseorangan (Norhashim et. Al. 1996).4.0 Penyataan MasalahKoridor Raya Multimedia adalah inisiatif negara dalam menuju ke arah pendahulu era maklumatdan digital. Hal ini membolehkan Malaysia menuju ke era kegemilangan di dalam bidangteknologi dan maklumat. Norhashim et. Al. (1996) dalam bukunya Pengajaran Berbantukan Komputermengatakan kali pertama Kementerian Pendidikan cuba memperinitiskan projek literasikomputer ialah pada April 1986. Kita sebenarnya masih di peringkat perintis lagi denganprogram dalam pendidikan yang dilancarkan di 60 buah sekolah pada tahun 1992. Namunmenteri Pendidikan telah pun mengumumkan rancangan kementerian untuk memasukkankomputer ke setiap buah sekolah dan telah pun meminta peruntukan untuk tujuan ini. Dengan adanya perkembangan ini, pembangunan pakej dalam bidang pendidikan telahmula diberi perhatian. Walau bagaimanapun Malaysia masih kekurangan perisian kursus yangbenar-benar inovatif dan kreatif. Hal ini mungkin disebabkan kurangnya minat dalam menciptaperisian kursus. Tambahan pula ia merupakan suatu dimensi baru dalam era pendidikankhususnya. Negara barat kebiasaannya sudah lama dalam menghasilkan pengajaran danpembelajaran berbantukan komputer. Perisian-perisian ini telah membawa banyak perubahankepada pelajar yang meggunakannya, terutama dari segi pemahaman (Norhashim et. al. 1996). 4
  5. 5. Kajian yang dilakukan ini adalah untuk melihat keberkesanan elemen multimediaterhadap pembelajaran matematik. Kajian ini juga untuk mengukur tahap keberkesanan perisiantersebut terhadap pemahaman pelajar.5.0 Objektif KajianTujuan kajian ini adalah untuk menentukan tahap keberkesanan penggunaan perisian Geometer’sSkechpad (GSP) dalam pembelajaran matematik tingkatan tiga dalam tajuk Bulatan II.Secara amnya kajian ini adalah untuk: i. Menentukan keberkesanan penggunaan penggunaan perisian GSP ke atas pencapaian prestasi pelajar dalam mata pelajaran matematik tingkatan empat dalam tajuk Circle II. ii. Mengenalpasti kesan positif ke atas minat pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas yang menggunakan perisian GSP.6.1 Metadologi Kajian Bab ini akan menerangkan tentang kaedah perlaksanaan ujian bagi mengkaji Keberkesanan Penggunaan Geometer’s Skecthpad dalam Pengajaran dan Pembelajaran bagi Topik Bulatan II Terhadap Pelajar Tingkatan Empat iaitu rekabentuk kajian, sasaran kajian, instrumen kajian, metodologi analisis. 6.1.1 Pengenalpasti isu dan masalah Saya melihat tajuk kecil ini sebagai tajuk kajian oleh kerana saya melihat tajuk ini mudah dibandingkan dengan tajuk-tajuk yang lain tetapi menjadi masalah untuk pelajar saya menguasai konsep di dalam tajuk ini. Pelajar saya juga kurang memberi tumpuan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran, sebahagian pelaar kurang menunjukkan respon yang 5
  6. 6. baik sebelum kajian dijalankan. Malahan pelajar tidak menunjukkan sikap yakin diriapabila saya meminta mereka menjawab soalan di papan putih. Keputusan ujian ujianbulanan juga tidak memberangsangkan.6.1.2 Perancangan tindakanDalam kajian ini, penekanan aspek metadologi kajian dimana ianya merupakan kaedahyang perlu di ikut bagi memperoleh hasil kajian yang diharapkan. Kajian ini adalahbersifat eksperimental dan dijalankan di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Andalas,Klang yang mana 35 pelajar sampel aliran Sains bagi tingkatan empat dipilih mewakilipopulasi keseluruhan pelajar aliran Sains Tingkatan 4 di sekolah berkenaan. Kajianmelibatkan kumpulan eksperimen yang diajar secara konventional menggunakankomputer dan perisian GSP, kumpulan kawalan juga diajar secara konvensional dan jugapenilaian selepas pembelajaran dan pengajaran keatas kedua-dua sampel tersebut. Kajian yang dijalankan adalah berbentuk eksperimen. Kajian berbentukeksperimen dipilih kerana ianya dianggap sebagai kaedah yang paling tepat untukmenguji hipotesis. Menurut Campbell dan Stanley (1966), kajian eksperimentalmerupakah satu-satunya cara untuk memperkukuhkan tradisi kualitatif iaitu cara ataukaedah yang berkesan untuk menghasilkan pembelajaran yang diharapkan. Oleh itu,penambahbaikan pengetahuan dilakukan dengan teknik tertentu dari semasa ke semasaterumanya dalam mata pelajaran Matematik. Cook and Campbell (1979), menyatakanbahawa dalam kajian eksperimental, pemilihan subjek secara rawak ke dalam kumpulaneksperimen dan kumpulan kawalan jelas menunjukkan perbezaan kaedah eksperimentaldan kumpulan kawalan jelas menunjukkan perbezaan kaedah eksperimental dengan lain- 6
  7. 7. lain kaedah penyelidikan. Kajian eksperimental melibatkan suasana yang dirancang dan dikendalikan oleh penyelidik untuk mengumpulkan bukti-bukti yang sesuai kepada hipotesis. Penyelidik menjalankaan kajian dengan bertujuan dan secara sistematik dengan memperkenalkan perubahan kepada fenomena semulajadi. Setelah itu penyelidik membuat pemerhatian dan penilaian terhadap kesan dan akibat terhadap segala perubahan yang berlaku. Penyelidik memanipulasi dan mengawal pembolehubah-pembolehubah yang berlaku. Penyelidik memanipulasi dan mengawal pembolehubah-pemboleh ubah yang relevan, membuat pemerhatian dan melihat hasil yang diperolehi. Melalui kaedah eksperimen, penyelidik boleh mengumpul bukti yang meyakinkan terhadap kesan satu pemboleh ubah ke atas pembolehubah yang lain. Menurut Howe (2003), Campbell dan Stanley dalam seminal monograf 1963 berpendapat bahawa kajian eksperimental merupakan polisi yang berasaskan pembuktian dan memerlukan kesahan dalaman yang tinggi serta perhubungan bersebab. Tiga elemen dalam kajian eksperimental adalah: i. Pemboleh ubah tak bersandar iaitu rawatan terhadap kumpulan eksperimen.ii. Semua pembolehubah lain selain pembolehubah tak bersandar adalah tetap.iii. Pembolehubah manipulasi iaitu rawatan terhadap kumpulan eksperimen ke atas pembolehubah bersandar (ujian pra dan ujian pos) diukur. Ramuan bagi kajian bersifat eksperimental melibatkan kawalan, manipulasi dan perhatian. (control,manipulation dan observation). Menurut Cook dan Campbell (1979), kawalan melibatkan kumpulan yang tidak menerima rawatan atau mungkin juga kumpulan yang menerima rawatan standard. Tiada rawatan tidak semestinya bermaksud tiada kelas dijalankan tetapi kelas dijalankan seperti biasa (standard) dalam waktu persekolahan. Kawalan adalah perlu untuk menilai kesan kepada rawatan bagi kumpulan eksperimen. 7
  8. 8. Mengawal disini bermaksud mengatur situasi agar dapat dibuat perbandingan yang memberikesan ke atas kumpulan eksperimen. Dalam mengawal perbezaan antara sampel pelajar,pencapaian dalam Peperiksaan PMR bagi pelajar diambil kira iaitu mendapat A atau B dalammata pelajaran matematik dan mendapat skor 70% dan keatas dalam ujian pemilihan sampel.Elemen diatas dijadikan sebagai pemboleh ubah yang menyamaratakan sampel pelajar tadi.6.1.3 Pelaksanaan tindakanLangkah pertama yang saya ambil adalah memikirkan soalan yang paling efektif bagimenguji keberkesanan penggunaan perisisan GSP ini kepada pelajar. Tiada teknik khas yangsaya gunakan hanya pemantapan konkrit konsep melalui latihan berkala. Namun, soalan yangdi beri menguji tahap pemahaman pelajar setelah di dedahkan kepada perisian ini. Sebelum ujian ditadbir kepada sampel kajian iaitu pelajar tingkatan empat SekolahMenengah Kebangsaan Sri Andalas, Klang, penyelidik akan menerangkan sedikit arahanyang perlu di ikuti sepanjang ujian dijalankan dan tujuan ujian dijalankan. Respondendikehendaki duduk di tempat masing-masing dan mereka diberi masa selama empat puluhminit bagi tujuan menjawab. Responden perlu menjawab dengan lengkap berserta jalanpenyelesaian bagi setiap soalan di tempat kosong yang telah disediakan. Responden jugadinasihatkan supaya tidak meniru atau melanggar etika-etika akademik sepanjang ujian inidijalankan untuk menjaga ketekalan dan dapatan kajian yang boleh kami perolehi adalahbenar dan tidak diragui. 8
  9. 9. 6.1.4 Pemerhatian dan menganalisis data. Kajian tindakan ini telah di laksanakan dalam tempoh 2 minggu da di luar waktu pembelajaran. Saya memperuntukkan 5 waku seminggu untuk bertemu murid dan membimbing mereka memantapkan konsep mudah ini kepada murid secara peta minda. Disusul dengan beberapa latihan pengukuhan (ujian pra). Pada minggu ke dua adalah sesi aktiviti berkumpulan iaitu dengan menggunakan perisisan GSP (ujian pos). Berdasarkan pemerhatian saya, tajuk ini adalah mudah untuk dilaksanakan dengan menggunakan perisisan GSP. Pelajar sasaran saya juga dar Aliran Sains, namun terdapat sebahagian dari mereka yang mendapati konsep untuk tajuk ini sukar di fahami. Saya mendapat respon dari pelajar bahawa mereka suka untuk membua aktiviti seperti ini. Mereka lebih memaham kerana konsepnya dapat di lihat dengan lebih jelas lagi.6.2 Sasaran KajianNajib (1998), saiz sampel adalah sekurang-kurangnya 30.0% daripada keseluruhan populasi.Kajian ini bertujuan untuk Keberkesanan Penggunaan Perisian Geometer’s Skecthpad dalamPengajaran dan Pembelajaran bagi Topik Circle II Terhadap Pelajar Tingkatan Empat. Dalamkajian ini, populasi untuk mewakili kajian adalah pelajar-pelajar tingkatan empat SekolahMenengah Kebangsaan Sri Andalas yang mengambil mata pelajaran Matematik. Kaedah persampelan yang digunakan dalam kajian ini adalah kaedah sampel secararawak daripada sekolah yang dinyatakan diatas. Pemilihan sampel kecil ini dilakukan keranamasalah masa yang agak terhad untuk menanda kertas ujian di samping mengurangkantanggapan terhadap kajian (Abdul Hafidz, 2000). Pemilihan sampel secara rawak tidak bertujuan 9
  10. 10. bermaksud penyelidik dengan sengaja memilih sampel untuk memenuhi kehendak penyelidikdan untuk tujuan memudahkan penyelidik menjalankan kajian (Mohd Najib, 1998). Responden kajian terdiri daripada pelajar tingkatan empat Sekolah MenengahKebangsaan Sri Andalas, Klang. Sampel di pilih di kalangan populasi dengan menggunakankaedah persampelan rawak mudah. Sampel kajian terdiri daripada 34 orang pelajar kelas 4ST2yang terdiri daripada 17 pelaja lelaki dan 17 pelajar perempuan. Responden di ambil berdasarkankepada keupayaan akademik yang hampir sama, tanpa mengira jantina, kaun dan latarbelakangkeluarga.6.3 Instrumen KajianDalam kajian ini, data bagi menentukan perbezaan pencapaian dalam pengajaran danpembelajaran menggunakan perisian GSP ini diperolehi menerusi ujian yang dilaksanakansebelum (ujian pra) dan selepas eksperimen (ujian pos) dijalankan keatas kumpulan ujian.Analisis ke atas skor pencapaian antara kedua-dua kumpulan tersebut. Persepsi pelajar ditinjaumenerusi data yang diperolehi menenerusi borang soal selidik yang dikemukakan kepadamereka manakala komen terbuka diperolehi menerusi kertas yang diedarkan. 6.3.1 Soal Selidik Salah satu instumen yang digunakan dalam kajian ini adalah soalan soal selidik. Menurut Majid (2000), penggunaan boring soal selidik dapat meningkatkan ketepatan dan keberatan gerakbalas yang diberikan oleh responden kerana ia tidak dipengaruhi oleh geraklaku pengkaji. Menurutnya lagi, penggunaan soal selidik membolehkan penyelidik 10
  11. 11. memperolehi maklumat yang banyak dengan perbelanjaan yang sedikit. Di samping itu, ia merupakan kaedah soal selidik yang ringkas dan mudah ditadbir. Cadangan jawapan yang dikemukakan akan memudahkan responden menjawab soalan dengan cepat (Mohd Najib, 1999). Dalam kaedah soal selidik ini, guru yang mengajar matapelajaran matematik akan menilai dari sudut kerjasama pelajar dalam kumpulan dan kesesuian perisian multimedia yang digunakan. 6.3.2 Ujian Pra Di dalam ujian pra, soalan terdiri daripada 10 soalan subjektif. Soalan-soalan yang diuji adalah berdasarkan kepada dua subtopik dalam topik Bulatan II.. Soalan berbentuk subjektif dipilih kerana soalan jenis ini akan dapat memberi peluang kepada responden dalam menyumbangkan sebarang jawapan yang mereka fikirkan sesuai (Mohd Najib, 1999). Tempoh yang diperuntukkan untuk menjawab soalan bertulis adalah selama 45 minit. Ujian yang dilaksanakan adalah bagi memudahkan penyelidikan mengenalpasti tahap kefahaman pelajar dalam topik Bulatan II sebelum menggunakan perisian GSP. 6.2.3 Ujian Pos Ujian pos akan diberikan sebaik sahaja sesi pengajaran berlangsung samada pengajaran biasa atau pengajaran menggunakan perisisan GSP. Soalan yang diberikan adalah sama seperti yang diberikan dalam soalan pra yang lepas. Soalan yang diberikan bertujuan untuk menguji sejauhmana kefahaman pelajar dalam topik yang diajar semasa pengajaran dengan menggunakan perisian GSP. 11
  12. 12. Kedua-dua ujian pra dan pos dibina oleh penyelidik sendiri. Soalan ujian telah dibina oleh penyelidik berpandukan buku teks dan buku rujukan yang digunakan oleh pelajar. 6.2.4 Perisian Geometer’s Skecthpad Perisian GSP diperolehi dari internet yang di sebarkan secara meluas. Keperluan minima untuk menggunakan sistem ini adalah 64MB RAM Microsoft Windows 98. Selain itu projektor juga diperlukan bagi memaparkan isi kandungan kepada pelajar sewaktu pembelajaran.6.4 Metadologi AnalisisCara yang saya gunakan untuk menguji tahap kefahaman pelajar sebelum dan selepasmenggunakan perisian GSP adalah ujian bertulis yang mengandungi sepuluh soalan subjektifyang mengikut peringkat taksonomi Bloom. Namun, soalan ujian pos lebih menguji kepadakefahaman konsep yang telah di ajar dengan menggunakan perisisan GSP tersebut. Kedua-duaujian iaitu ujian pra dan ujian pos tersebut, saya membuat berbandingan beza markah bagimelihat tahap kefahaman pelajar setelah di implimentasikan perisian GSP di dalam tajuk ini.7.0 Kesignifikasi kajianDalam proses mengajaran dan pembelajaran didalam bilik darjah, secara konvensional ianyamelibatkan interaksi dua hala antara guru dan pelajar serta penggunaan alatan seperti pen danpapan tulis. Walau bagaimanapun, penggunaan komputer beserta perisisan matematik yangbersesuaian membolehkan interaksi berlaku di antara guru, pelajar dan juga komputer. Pelajarbukan sahaja mendapat maklumat daripada guru tetapi juga daripada perisisan yang digunakan 12
  13. 13. sewaktu pengajaran dan pembelajaran tersebut. Penggunaan komputer serta perisian yangbersesuaian dikatakan dapat membantu guru-guru dan pelajar dalam proses pembelajaran danpengajaran dengan lebih menarik dan interaktif. BaileydanChambers (1996), mendapatipenggunaan multimedia dalam pembelajaran dan pengajaran mengakibatkan pelajar lebihberminat untuk belajar, faham konsep, terlibat dalam pembelajaran aktif dan mampu menguasaibahan yang diajar. Beberapa kajian tentang penggunaan hamparan elektronik dalam pengajaran matematiktelah dijalankan. Hasil daripada kajian-kajian ini telah mencadangkan berbagai carapenggunaannya dalam pengajaran matematik. Wood, 1990, mendapati penggunaan hamparanelektronik digalakkan untuk memantapkan pengajaran dan pembelajaran matematik. Ini keranapenggunaan hamparan elektronik ini dikatakan dapat mengurangkan kesilapan konsep dalammatematik. Levin dan Abramovich, 1992 pula berpendapat, penggunaan hamparan elektronikmewujudkan satu pendekatan baru dalam pengajaran dan pembelajaran matematik. Menurutmereka lagi, pembelajaran dalam suasana baru seperti penggunaan komputer dan perisianmatematik disekolah telah membawa banyak perubahan kepada pelajar. Pelajar didapati lebihmahir membuat penerokaan dan lebih berfikiran secara kritikal. Penggunaan perisian dikatakan dapat membimbing pelajar secara berperingkat-peringkatmemandangkan pembinaannya oleh dilakukan mengikut aras kesukaran pelajar. Dengan cara ini,ia menggalakkan pelajar dan guru meneroka dan menyiasat perisian tersebut serta membuatandaian-andaian keatas kerja-kerja yang dihasilkan. Ini adalah proses membimbing pelajarmengikut tahap kebolehan masing-masing mengikut aras pembelajaran dan tentunya dapatmencerminkan secara tepat bagaimana konsep-konsep matematik terhasil. Misalnya dalamlukisan, gambarajah yang cukup besar dapat didemonstrasikan semua prinsip dengan jelas. 13
  14. 14. Pelajar pula dapat melihat dengan jelas terutamanya dalam memgenal sifat, hokum, pengukurandan sebagainya. Sebagai contohnya menerusi perisian GSP, tajuk yang berkaitan dengan sifatbersudut bulatan, sudut, lilitan bulatan, dan pembinaan geometri, menyebabkan pelajar dapatmemahami konsep-konsep tersebut dengan mudah. Pengiraan dan sebagaianya adalah lebihmudah, oleh kerana perisisan multimedia membolehkan pelajar nampak secara maujud danabstrak.8.0 Anggaran PerbelanjaanNo Item-iten Jumlah (RM)1 Kertas soalan ujian pra dan soalan ujian pos 21.002 Laporan kajian 6.003 Alat tulis dan dakwat marker 8.004 Cenderahati untuk pelajar dan guru pembimbing 20.005 JUMLAH 55.009.0 Jadual kerjaBil Aktiviti Tarikh Pelaksanaan1. Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data awal.2. Menggubal soalan ujian pra.3. Menggubal soalan ujian pos.4. Membincang dn menganalis masalah yang timbul dari tindakan 1. 14
  15. 15. 5. Melaksanakan Ujian Pra ke atas pelajar tingkatan 4 ST2.6. Penggunakan perisisan GSP di dalam kelas.7. Melaksanakan Ujian Pos ke atas pelajar tingkatan 4 ST2.8. Menganalisis dapatan kajian9 Menulis laporan kajian10 Pembentangan dapata kajian10.0 Dapatan KajianBil Nama Markah Markah Ujian Pra (%) Ujian Pos (%) 1. Adi Nur Hidayat Sahat 30 80 2. Hasan Abd Rahman 45 75 3. Haikal Harris Abdullah 59 70 4. Hafizi Amirullah b. Hamid 55 74 5. Mohamad Harris Harnain 54 60 6. Mohd Asis Ishak 43 65 7. Mohd Faizan Kassim 40 77 8. Mohd Hafiz Harun 41 62 9. Mohd Hafizz Jusri 42 77 10. Mohd Huzaimi Mustapin 54 71 11. Mohd Ihsan Ahmad 55 45 12. Anisah Mat Sidek 56 56 15
  16. 16. 13. Dg.Nor Shazalienawati A. Rosdi 67 10014. Effa Nazihah Abd Kasim 32 8915. Amirul Faiz Nordin 54 6916. Mohamad Ishak Isme 45 7817. Faruzyanah Taha 68 7318. Khairiah Shahzwana 55 8019. Kuzaimah Jandih 53 8120. Noorazuanna Sulaiman 45 9421. Norazuwa Zuyyin Mazlan 56 9022. Norillayan Rizal 40 8923. Nor Nabila Izzati Mat Jali 45 7824. Siti Aisah Abdul 55 7525. Siti Arnina Muhamad 46 7526. Siti Fauziah Adb. Aziz 66 7227. Sozillah Aris 33 7628. Nur Aini Hasyim 46 8029. Nurul Ain’ Tajuddin 41 8130. Nurul Atiqah Salim 40 8231. Nurul Amirrah Salim 42 8732. Nur Aimi Nadhirah Tajul Arus 30 8733. Nur Asyiqin Roslin 42 9034. Zulhairi Zulkefli 40 76 16
  17. 17. Prestasi pelajar yang sangat ketara dalam Ujian Pra dan Ujian Pos 1 menunjukkan keberkesananaktiviti secara individu , berkumpulan , latihan yang diberi disatukan di dalam topik kajiantindakan saya. Di samping menggalakkan murid membina sikap dan personaliti yang positifterutama dalam aktiviti berkumpulan yang dijalankan. Dapatan Ujian Pra dan Ujian Posmenunjukkan terdapat peningkatan dari segi pencapaian murid.11.0 Perbincangan dan KesimpulanSetelah analis data telah dilakukan terhadap ujian pra dan ujian pos bagi kumpulan kawalanmenunjukkan bahawa pengajaran biasa bagi tajuk Bulatan II kurang membantu dalampeningkatan pencapaian pelajar. Pengajaran secara tradisional yang dijalankan adalahberkemungkinan berpusatkan guru dan kurang melibatkan pelajar dalam aktiviti pembelajaran.Daya penarik, pengetahuan, daya inspirasi, jenaka, hubungan mesra dan pengalaman bukanmerupakan pengganti kepada pengajaran berterusan. Prestasi murid murid saya menunjukkan peningkatan yang baik dan mereka telahmemahami konsep bulatan dengan lebih baik lagi,. Hasil dari kajian tindakan yang dijalankan ,saya dapati terdapat perubahan yang positif dari segi amalan pengajaran guru dan pembelajaranmurid. Semoga hasil kajian saya ini dapat dimanfaatkan dan menjadikan proses pengajaran danpembelajaran lebih menarik, berkesan dan menyeronokkan. Di sini dilihat bahawa penggunaan multimedia semasa proses pengajaran danpembelajaran adalam membantu dalam meningkatkan lagi kualiti pembelajaran di kalanganpelajar. Dalam usaha meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran adalah diperlukanteknologi pengajaran bagi pihak guru dan teknologi pembelajaran bagi pihak pelajar. oleh itu,penggunaan perisian Geometer’s Skechpad sememangnya adalah idea yang baik dalam memberi 17
  18. 18. kaedah terbaik bagi membantu memaksimakan konsentrasi pelajar semasa di dalam kelas (WanAzah, et.al 2003). 18

×