TUGASAN 3

18,419 views

Published on

3 Comments
5 Likes
Statistics
Notes
No Downloads
Views
Total views
18,419
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
3
Actions
Shares
0
Downloads
1,094
Comments
3
Likes
5
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

TUGASAN 3

  1. 1. UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRISPEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB (KPT 6044) KUMPULAN A TUGASAN 3: PELAKSANAAN PENTAKSIRA BERASASKAN SEKOLAH DI SEKOLAH MENENGAH DARI PERSPEKTIF GURU NAMA PENSYARAH: PROFESOR MADYA DR ABD LATIF HJ GAPOR NAMA PELAJAR:SHARIFAH MUNIRAH BT SAYED MOHAMED NOOR M20121000164
  2. 2. PERSEPSI GURU TERHADAP PELAKSANAAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH DI SEKOLAH MENENGAH BAB 1 PENDAHULUAN1.1 PengenalanPentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu dasar baru yang diperkenakan dalambidang pendidikan dimana komponen pentaksiran dikendalikan oleh pihak sekolah danpentaksirannya dilaksanakan oleh guru-guru matapelajaran secara berterusan dalam prosespengajaran dan pembelajaran. PBS dirancang, diskor dan dilaporkan secara terancangmengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM). Demimenjamin kualiti pelaksanaan PBS, mekanisme penyelarasan dan pemantauan dilaksanakanuntuk meningkatkan kebolehpercayaan dan kesahan skor pentaksiran tersebut.1.2 Latar BelakangPentaksiran Berasaskan Sekolah mula dilaksanakan mulai 1 Februari 2012 melaluiPekeliling Perlaksanaan dari Lembaga Peperiksaan No. Rujukan KP/LP/005/08/06/01/(27).
  3. 3. Pelaksanaan ini diyakini dapat melahirkan modal insan yang holistik serta seimbang dari segijasmani, emosi, rohani dan intelek seperti yang diaspirasikan dalam Falsafah PendidikanKebangsaan. Ketika ini sistem pendidikan yang berorientasikan peperiksaan dilihat lebihmengiktiraf pencapaian akademik menyebabkan penglibatan pelajar kurang dalam aspekkokurikulum.Kajian – kajian lepas telah banyak melaporkan tentang kepentingan pentaksiran sekolahdalam membantu proses pembelajaran (Rohaya:2009). Namun keberkesanannya bergantungkepada faktor seperti sikap, orientasi dan falsafah guru terhadap pelajar dan prosespengajaran-pembelajaran, serta latihan, pengetahuan dan kemahiran guru dalam bidangpentaksiran pendidikan. Beberapa pengkaji seperti Black dan William (1998) dalam laporanmereka mengesahkan bahawa pentaksiran guru merupakan kriteria penting ke arahmemperkaya pengalaman pembelajaran seterusnya mencapai pendidikan berkualiti.1.3 Pernyataan MasalahPeperiksaan merupakan kaedah utama yang digunakan untuk mengukur pencapaian pelajardalam sistem pendidikan di Malaysia untuk tempoh lebih daripada 50 tahun. Oleh itu,Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) telah mula diperkenalkan bagi menambaik sistempenilaian ke atas pelajar dengan menggunakan standard prestasi kerana sebelum ini penilaianterhadap pencapaian pelajar terlalu berorientasikan peperiksaan. Ia dibangunkan bertujuanuntuk menambahbaik Ujian Penacapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan memansuhkanPeperiksaan Menengah Rendah (PMR) menjalng 2014 (Berita Harian: 5 Nov 2012). PBSmerangkumi empat komponen iaitu pentaksiran pusat, pentaksiran sekolah, pentaksiranaktiviti jasmani, sukan dan kokurikulum serta pentaksiran psikometrik. Justeru, pelaksanaanpentaksiran berasaskan sekolah dilihat sebagai cabaran baru kepada para guru dalam aspek
  4. 4. ketersediaan golongan ini sebagai pelaksana. Maka kajian ini dilakukan untuk melihatprubahan ini dari aspek guru yang mana implimetasi ini akan melibatkan pementoran,pemantauan, pengesanan dan penyelarasan oleh Kementerian Pelajaran dan PejabatPendidikan Daerah. Rasionalnya disini guru dilihat terbeban dengan tugas-tugas sepertimembina instrument (soalan) PBS, meriso, menanda, menyemak dan seterusnya ‘key in’hasil pentaksiran tersebut sepanjang tahun tempoh persekolahan.1.4 Objektif KajianKajian ini adalah bertujuan untuk melihat pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah(PBS) dari apsek guru yang merupakan golongan pelaksana sistem. Justeru, fokus kajianadalah untuk melihat adakah PBS menambah beban tugas guru dan juga kesediaan gurudalam menghadapi transformasi pendidikan ini.1.5 Soalan KajianKajian ini diharap dapat menyelesaikan persoalan-persoalan berikut:a). Adakah pelaksanaan PBS menambah beban guru?b). Adakah guru bersedia untuk menerima perubahan dalam pendidikan ini?1.6 Kepentingan KajianKajian ini dijalankan dengan merangkumi dua aspek iaitu model Pentaksiran BerasaskanSekolah (PBS) yang telah digariskan oleh Kementerian Pelajaran dan aspek guru yang akan
  5. 5. mengimplimentasikan sistem ini. Oleh itu ia dilihat dapat memberi kejelasan mengenaiperincian sistem tersebut disamping meneliti sejauhmana bebanan kerja yang akanditanggung oleh guru. Namun begitu, kajian ini turut mempunyai kepentingan terhadapKementerian Pelajaran Malaysia, pihak sekolah, guru-guru serta para pelajar.Menerusi kajian ini, maklumat yang diperolehi dapat membantu pihak Kementerian PelajaranMalaysia mengetahui sejauh mana persepsi guru dalam pelaksaaan PBS di sekolahmenengah. Tambahan pula, kajian ini boleh menjadi satu panduan kepada pihak kementeriansekiranya ingin dalam merangka perubahan yang dapat mengimbangi beban tugas guru danpengukuran kecemerlangan pelajar yang lebih holistik dalam sistem pendidikan akan datang.Kajian ini penting dalam melahirkan guru yang lebih profesional seterusnya generasi pelajaryang berfikiran kritikal dan berkualiti serta dapat memberi sumbangan kepada pembangunannegara kelak.Kajian yang dijalankan ini amat memberi faedah kepada pihak sekolah bagi menilai sendiriperspektif guru terhadap sistem ini, samada guru semakin terbeban dan sekiranya masalahtersebut berlaku apakah penyelesaian yang konstruktif yang dapat dilakukan dalam mengatasimasalah tersebut. Hal ini perlu dipandang serius guru adalah pemacu yang amat penting bagipencapaian pelajar. Para pelajar merupakan golongan utama yang menerima kesan daripadaperlaksanaan kaedah PBS ini. 1.7 Batasan KajianKajian yang dijalankan adalah dengan berfokuskan pandangan guru terhadap PBS.Bagaimanapun, terdapat limitasi kajian dimana setiap sekolah senarionya adalah berbeza dariaspek pentadbiran dan pengurusan PBS. Skop kajian ini dilihat secara umum berdasarkan
  6. 6. laporan semasa di media cetak mahupun elektronik. Kajian rintis belum dijalankan secaraterperinci mengenai kesan pelaksanaan PBS disebabkan ia masih baru diimplimentasikaniaitu pada tahun 2012 bagi sekolah menengah. Maka kajian ini lebih melihat kepada responguru di peringkat awal dan tidak melibatkan persampelan secara besar-besaran.1.8 Definisi Operasi1.8.1 PersepsiMenurut Atkinson dan Hilgard (1983) mendefinisikan persepsi sebagai proses menyusun danmentafsir pola-pola rangsangan melalui organ penerimaan dan kemudian menghasilkan danmembentuk imej mengenai persekitaran.Lavesque (1992) telah mendefinisikan persepsi sebagai satu proses bagaimana manusiamemproses dan mengendalikan berbagai-bagai maklumat yang didapati daripadapersekitarannya dengan menggunakan pancainderanya.Dalam kajian ini persepsi ialah pengalaman, pandangan dan pendapat guru terhadappenggunaan pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah di sekolah menengah.1.8.2 Pelaksanaan“Perlaksanaan” dalam kamus Dewan (1994), bermaksud hasil daripada melaksanakan,mengerjakan atau menyelesaikan sesuatu rancangan atau tugas. Istilah perlaksanaan adalahberbeza dengan pelaksanaan. Pelaksanaan membawa maksud perbuatan atau halmelaksanakan (mengusahakan, menjalankan) sesuatu, menjalankan atau menyelesaikansesuatu rancangan, sedangkan “perlaksanaan” pula lebih kepada hasil daripada melaksanakansesuatu program.
  7. 7. 1.8.3 Pentaksiran Berasaskan SekolahPentaksiran sekolah merupakan pentaksiran yang dirancang, dibina, ditadbir dan diperiksadan dilaporkan oleh guru di sekolah yang melibatkan murid, ibu bapa dan organisasi luar(Syed Ismail&Ahmad Subki,2010)1.8.4 GuruMenurut Amir Hassan Dawi (2006), guru ialah:a) Guru adalah mereka yang mempunyai kelayakan perguruan sama ada dalam bentuk sijil, diploma ataupun ijazah.b) Guru mempunyai autoriti untuk menentukan sebahagian daripada markah pepepriksaan.c) Guru merupakan golongan yang berada di barisan hadapan dalam mentransmisikan ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai kepada generasi baru.1.9 RumusanSebagai kesimpulannya, Pelaksanaan dasar baru ini merupakan satu cabaran bagi BahagianPendidikan Guru Kementerian Pelajaran yang berdepan tugas berat bagi melengkapkankemahiran kira-kira 420,000 guru sekolah rendah dan menengah di seluruh negaramenghadapi perlaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Program latihan yangsesuai dan mencukupi bagi meningkatkan pemahaman di kalangan guru terhadapperlaksanaan PBS sekali gus menepati hasrat kerajaan melahirkan pelajar yang lebihberkualiti. Sistem PBS adalah salah satu usaha kerajaan melalui Kementerian Pelajaranmembangunkan modal insan secara holistik dengan menekankan penguasaan ilmupengetahuan, modal intelektual, pembudayaan sikap progresif dan pengamalan nilai, etikadan moral yang tinggi.
  8. 8. BAB 2 KAJIAN LITERATUR2.1 PengenalanBab ini mengandungi petikan buku, jurnal dan hasil dapatan kajian daripada pengkaji-pengkaji lepas berkaitan dengan tajuk kajian.2.2 Kajian Pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) di sekolah rendahTahun 2011 mencatatkan perubahan kepada sistem pendidikan di Malaysia apabilaPentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) diperkenalkan kepada murid Tahun 1 sekolah rendah.Perubahan yang dimaksudkan di sini ialah perbezaan antara keadaan semasa dengansebelumnya (Amir Hassan dawi, 2006) iaitu penilaian terhadap pelajar telah ditukarkankepada Pentaksiran Berasaskan Sekolah bagi menggantikan penilaian yang berorientasikanpeperiksaan. Pelaksanaan pelbagai perubahan dalam sistem pendidikan sudah pastimenjadikan peranan dan tanggungjawab guru-guru semakin mencabar (Amir Hassan Dawi,2006).Sanitah dan Norsiwati (2012) dalam kajiannya untuk mengenalpasti apakah tahap kesediaanguru daripada aspek minat, sikap dan penguasaan pengetahuan dan kemahiran dalammelaksanakan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah menggunakan soal selidiksebagai instrument kajian. Sampel kajian terdiri daripada 50 orang guru Matematik Tahun
  9. 9. Satu di Daerah Kluang. Dapatan kajian mendapati semakin lama seseorang guru mengajartahun satu maka akan menimbulkan minat yang mendalam untuk menyampaikan ilmu. Inijelas menunjukkan bahawa kesediaan minat dan sikap yang positif guru – guru yangmengajar Matematik Tahun Satu akan memberikan impak yang berkesan dalam pelaksanaanKSSR. Guru-guru ini mudah memahami kehendak sukatan pelajaran dan dapatmenyampaikan ilmu kepada murid-murid dengan lebih efektif. Guru- guru yangberpengalaman mengajar Tahun Satu lebih mendekati murid dan memahami kehendak muridyang baru mengenali alam persekolahan.Tonggak kepimpinan Guru besar atau Pengetua mempengaruhi kejayaan sekolah dalambidang akademik dan juga kokurikulum (Syed Ismail & Ahmad Subki,2010). Oleh yangdemikian kepemimpinan guru besar dalam pelaksanaan PBS di peringkat sekolah amatdiperlukan supaya matlamat dan hala tuju Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan tidakmenyimpang dari tujuan asalnya. Kajian Yusof dan Mohd Musa (2010) terhadap 57 orangGuru Besar sekolah aliran kebangsaan di Daerah Kota Tinggi menunjukkan Guru Besarmemahami maklumat berkaitan dengan pelaksanaan PBS dan berkeupayaan menjadipeneraju utama membawa misi dan visi serta mampu merealisasikan Dasar PentaksiranNegara. Sokongan padu guru besar dalam mengetuai pelaksanaan PBS menjadikan PBSsebagai satu sistem yang amat releven untuk dilaksanakan dan selaras dengan SistemPentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK) yang akan menggantikan sistem peperiksaanyang lama. Faktor jantina dan lokasi sekolah sama ada bandar atau luar Bandar bukan faktorpenentu dan penghalang dalam menjayakan misi dan visi pelaksanaan PBS. Instrumen yangdigunakan dalam kajian ini adalah soal selidik.
  10. 10. Kajian yang dijalankan oleh Zurida dan Nooraida (n.d) adalah untuk mengenalpastipermasalahan yang timbul sepanjang pelaksanaan KSSR pada tahun 2011 dalam aspekpenaakulan. Data dikumpul melalui temubual berstruktur. Sampel kajian terdiri daripada 8orang guru daripada 4 buah sekolah yang mengajar mata pelajaran Sains Tahun Satu. Berikutadalah hasil dapatan kajian:i) Kesemua guru yang ditemu bual masih kurang jelas tentang konsep menaakul kerana mereka tidak dapat memberi definisi dan maksud menaakul dengan betul.ii) Kesemua guru tidak pasti apakah kaedah dan pendekatan yang perlu digunakan oleh mereka semasa proses pengajaran dan pembelajaran dalam usaha untuk menerapkan dan meningkatkan kemahiran menaakul kepada murid-murid.iii) Kebanyakan guru menyatakan KSSR ini baik namun begitu penerangan yang lebih jelas dan terperinci perlu diberikan kepada semua guru apa yang sepatutnya dilaksanakan dari segi strategi pengajaran dan pentaksiran dalam usaha mencapai kemahiran 4M, iaitu menulis, membaca, mengira dan menaakul. Bagi kemahiran 3M, iaitu membaca, menulis dan mengira tiada masalah yang timbul tapi bagi kemahiran menaakul, didapati guru-guru tidak pasti cara untuk menerap dan menentukan sejauh mana murid-murid telah menguasai kemahiran tersebut.iv) Kebanyakan guru mengharapkan pendedahan dan kursus yang memfokuskan kemahiran menaakul diberi kepada guru-guru.v) Hampir separuh guru menyatakan masa yang diperuntukkan untuk mengajar mata pelajaran Sains tidak mencukupi memandangkan waktu Sains telah dipendekkan dari 3 waktu kepada 2 waktu seminggu kerana dalam subjek Dunia Sains dan Teknologi masa perlu diperuntukkan untuk mengajar penggunaan komputer kepada murid- murid
  11. 11. 2.3 Kajian Pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) di sekolah menengahNorani dan Saifulazri (2010) telah menjalankan kajian diskriptif bertujuan mengenalpastipersediaan guru, pengurusan masa guru, pengurusan alatan dan bahan-bahan serta beberapamasalah lain yang dihadapi oleh guru dalam melaksanakan pentaksiran kerja kursusberasaskan sekolah bagi matapelajaran Kemahiran Hidup. Hasil kajian ini menunjukkanbahawa peratusan guru-guru yang bersetuju dengan persediaan mereka dalam melaksanakanPBS ini amat tinggi. Pengurusan masa juga amat penting bagi guru-guru Kemahiran Hidupini dengan jumlah peratusan yang bersetuju amat tinggi. Bagi urusan kelengkapan peralatanserta bahan-bahan, guru-guru serta pihak pengurusan mengambil berat mengenainya. Hanyajadual waktu guru-guru Kemahiran Hidup yang agak padat menyukarkan merekamelaksanakan PBS. Secara keseluruhannya, guru-guru Kemahiran Hidup ini dapatmemahami dan melaksanakan Pentaksiran Kerja Kursus Berasaskan Sekolah bagimatapelajaran Kemahiran Hidup ini dengan baik.2.4 Profession perguruanGuru merupakan golongan yang berada di barisan hadapan dalam mentrasmisikan ilmupengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai kepada generasi baru. (Amir Hassan Dawi, 2006).Hasil kajian Abdul Rahim, Ahmad Johari, Jamaluddin & Rosliza (2006) terhadap persepsiguru terhadap profesion perguruan masa kini mendapati:a) Guru menganggap bahawa kerjaya mereka sebagai guru adalah satu kerjaya yang mulia.b) Para guru yang terlibat dalam profesion perguruan ini menganggap bahawa ilmu
  12. 12. pengetahuan itu adalah penting dan mereka akan cuba mendapatkan ilmu setinggi yang boleh mengikut kemampuan mereka sendiri.c) Guru juga menganggap bahawa pekerjaan sebagai guru adalah satu tugas yang mencabar.d) Guru menganggap sumbangan yang telah mereka berikan kepada masyarakat dan negara adalah besar dan tinggi nilainya.e) Guru menganggap bahawa sumbangan yang mereka berikan pada masa sekarang tidaklah dihargai oleh masyarakat berbanding dengan masyarakat dahulu yang begitu menghargai jasa seorang guru.f) Hasil daripada kajian menjelaskan bahawa para guru mempunyai komitmen yang tinggi terhadap tugas mereka sebagai pendidik.g) Para guru sanggup menghadiri kursus dalam perkhidmatan dengan tujuan untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran dalam dunia pengajaran.h) Tahap kesanggupan guru yang telah berkeluarga untuk berpindah atau mengajar di kawasan pedalaman adalah kurang atau pada tahap yang sederhana.i) Hasil daripada kajian menjelaskan bahawa beban tugas guru pada masa sekarang makin bertambah.j) Nisbah bilangan guru dengan pelajar yang tinggi menyukarkan pelaksanaan pengajaran guru dengan berkesan.2.5 KesimpulanPelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah di sekolah menengah pada tahun 2012memberikan pengalaman kepada guru-guru untuk beradaptasi dan memahami inovasipendidikan ini. Justeru, guru-guru dapat mengenalpasti persediaan yang perlu dilakukanuntuk menerima perubahan dalam bidang pendidikan, kelebihan dan kelemahan pentaksiranyang boleh dimurnikan lagi pada tahun-tahun berikutnya. Oleh itu, pengkaji mengambil
  13. 13. kesempatan ini untuk mengetahui persepsi guru tentang persediaan dan bebanan tugas gurusepanjang pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah. BAB 3 METODOLOGI3.1 PengenalanBab ini membincangkan tentang kaedah atau prinsip yang digunakan ketika menjalankankajian. Kajian yang dijalankan oleh penyelidik adalah mengenai persepsi guru terhadappelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah di sekolah menengah. Aspek-aspek reka bentukkajian, partisipan kajian, instrumen kajian dan prosedur kajian adalah amat penting untukproses penyelidikan. Reka bentuk penyelidikan ialah perancangan yang menentukan carapenyelidikan dijalankan untuk menemukan jawapan kepada permasalahan penyelidikan yangditetapkan (Sulaiman Masri, 2003, m.s.25). Bab ini membincangkan aspek-aspek reka bentukkajian, partisipan kajian, instrumen kajian dan prosedur kajian.3.2 Reka Bentuk KajianReka bentuk penyelidikan bertujuan untuk menjawab soalan-soalan tertentu yangditimbulkan oleh permasalahan penyelidikan yang dikenal pasti. Oleh itu, reka bentuk kajianperlu sesuai dengan permasalahan supaya penjelasan yang diberi dalam penyelesaian tersebutdapat meyakinkan pembaca tanpa mendatangkan kekeliruan (Sulaiman Masri, 2003, m.s.25).
  14. 14. Kajian yang dijalankan adalah berbentuk kuantitatif. Menurut John (2008), kajian kuantitatifadalah jenis penyelidikan pendidikan yang mana pengkaji memutuskan apa yang hendakdikaji, bertanya soalan yang khusus, mengecilkan skop soalan, mengumpul data yang bolehdikuantitatifkan daripada peserta, menganalisis nombor-nombor tersebut menggunakanstatistik dan menjalankan inkuiri dalam bentuk yang objektif dan tidak bias. Reka bentuk kajian yang digunakan ialah soal selidik. Soal selidik adalah sesuai bagibilangan respondan yang ramai. Pengkaji dapat melihat dengan mudah perkaitan-perkaitanyang ingin dikaji. Penggunaan borang soal selidik ini dipilih kerana mudah untuk mengumpulmaklumat, tidak memerlukan kos yang besar dan menjimatkan masa. Kebiasaannya, borangsoal selidik digunakan untuk mengumpul maklumat daripada jumlah responden yang banyakdalam satu atau beberapa lokasi. Borang soal selidik ini berfokuskan kepada persepsi guru (sebagai respondan)terhadap kesediaan guru dalam melaksanakan pentaksiran berasaskan sekolah dan bebanankerja guru yang dihadapi berdasarkan pengalaman mereka di sekolah. Berikut adalahkerangka teori kajian yang akan dilaksanakan. Penggunaan Teknologi dalam Penggunaan Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajara Pengajaran dan Pembelajara Matematik Matematik Persepsi terhadap kesediaan Persepsi terhadap kesediaan Persepsi terhadap bebanan tugas Persepsi terhadap bebanan tugas transformasi pentaksiran transformasi pentaksiran pelaksanaan PBS pelaksanaan PBS Rajah 3.1 Kerangka teori kajian
  15. 15. Arahan dan soalan soal selidik adalah piawai dan serupa kepada semua sampel yanghendak dikaji. Soal selidik juga dapat meningkatkan ketepatan dan kebenaran gerak balassampel terhadap rangsangan soalan yang diberi.3.3 Populasi dan PersampelanPopulasi merupakan perkara yang penting kerana ia menentukan bidang masalah yang perludikaji serta sebanyak mana data dan maklumat yang perlu dikumpul. Menurut Majid Konting(2000), populasi mestilah ditentukan dan dikaji dengan teliti agar keputusan kajian yangdipilih berkesan. Ia juga akan menentukan masa, tenaga dan perbelanjaan yang akandigunakan untuk melaksanakan penyelidikan. Populasi kajian ini terdiri daripada guru-guru Tingkatan 1 di Negeri Perak yangmempunyai pengalaman melaksanakan pentaksiran berasaskan sekolah pada tahun 2012.Kaedah persampelan yang digunakan adalah persampelan rawak mudah. Ia merupakan teknikpersampelan yang asas. Melalui cara persampelan ini, setiap individu mempunyaikebarangkalian yang sama untuk di pilih sebagai responden. Seramai 50 orang guru sekolahmenengah di Negeri Perak dipilih sebagai sampel.3.4 Instrumen KajianSoal SelidikSoal selidik yang digunakan dalam kajian ini terdiri daripada dua bahagian, iaitu 1. Bahagian A Bahagian ini terdiri daripada item-item yang berkaitan latar belakang demografi guru pelatih seperti program, jantina, keputusan dalam latihan mengajar dan kawasan latihan
  16. 16. mengajar. Soalan yang telah dibina terdiri daripada soalan yang memerlukan jawapantertutup. Responden hanya diminta untuk memilih jawapan yang telah diberikan danmenandakan pilihan mereka di ruang yang telah disediakan.2. Bahagian BBahagian ini pula terdiri daripada item-item yang berfokus kepada bidang kajian.Bahagian ini telah dipecahkan kepada 2 bahagian yang difokuskan dalam kajian iaitu: i. Persepsi guru terhadap kesediaan untuk melaksanakan pentaksiran berasaskan sekolah ii. Persepsi guru terhadap bebabanan tugas di sekolah dalam melaksanalan PBS.Soal selidik yang dibina menggunakan format skala Likert 5 Mata bagi melihat darjahpersetujuan responden terhadap item yang dikemukakan. Guru hanya memilih satujawapan sahaja dengan membulatkan satu daripada nilai pemeringkatan tersebut yangtelah diinterpretasikan seperti dalam jadual 3.1 di bawah: iii. Skala Nilai Singkatan 5 Sangat setuju SS 4 Setuju S 3 Kurang setuju KS 2 Tidak setuju TS iv. 1 Sangat tidak setuju STS Jadual 3.1 Interpretasi nilai Skala Likert 5 Mata
  17. 17. Di peruntukan masa selama 20 minit untuk menjawab soal selidik ini. Penyelidik akan mengedarkan dan mengumpulkan soal selidik berkenaan. Penyelidik juga akan memberikan taklimat kepada responden sebelum mereka memilih jawapan. Sebelum mengedarkan borang soal selidik kepada sampel sebenar, kajian rintis akan dilaksanakan terlebih dahulu terhadap borang soal selidik tersebut.3.5 Kajian RintisKajian rintis merupakan kajian yang dijalankan sebelum borang soal selidik digunakan dalamkajian sebenar. Kajian rintis dijalankan untuk mengukur kebolehpercayaan item soalan.Kebolehpercayaan membawa maksud sejauh manakah sesuatu instrumen itu dapatmemberikan maklumat yang konsisten. Menurut Majid Konting (2000), kebolehpercayaanakan memberi darjah ketekalan dan ketepatan instrumen pengukuran. Instrumen yangmempunyai kebolehpercayaan yang tinggi akan memberi keputusan yang sama setiap kali iadigunakan di dalam situasi setara. Pendapat ini disokong oleh Yap et al. (1989) yangmenyatakan kebolehpercayaan mementingkan ketekalan, ketepatan atau kejituan ukuran yangdibuat.Menurut Najib Ghafar (1999), saiz sampel rintis tidak perlu besar tetapi memadai untukmemenuhi tujuan perbincangan awal yang berkesan tentang ujian (6-9 orang). Oleh itu,seramai 10 responden telah dipilih oleh penyelidik untuk menjalankan kajian rintis. Kajianrintis ini dijalankan ke atas guru-guru Tingkatan 1 . Penyelidik menggunakan ujiankepercayaan (pekali Alpha Cronbach) dalam perisian SPSS (Statistic Package For SocialScience) untuk mengukur kebolehpercayaan instrumen kajian tersebut. Satu ujian yang amattinggi kebolehpercayaannya akan mempunyai beberapa ciri seperti stabiliti, konsistensi,
  18. 18. keramalan dan ketepatan (Kerlinger, 1973). Ujian kebolehpercayaan atau realiability analysisdijalankan bagi kesemua item soalan. Pengujian menggunakan nilai Alpha Cronbach, α untukmendapat ketepatan kebolehpercayaan. Berdasarkan skala kebolehpercayaan, nilai 0.8merupakan yang terbaik. Berikut merupakan jadual skala kebolehpercayaan : Pekali kebolehpercayaan Tahap Kebolehpercayaan 0.90 atau lebih Amat Baik 0.80-0.89 Baik 0.60-0.79 Sederhana 0.40-0.59 Diragui 0.00-0.39 Ditolak Jadual 3.2 Skala Kebolehpercayaan3.6 Analisis DataData yang dipungut melalui borang soal selidik akan dianalisis dengan menggunakan perisianSPSS version 17.0. Proses menganalisis melibatkan analisis deskriptif yang digunakan untukmenghuraikan persepsi guru terhadap pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah di sekolahmenengah.3.7 KesimpulanBab ini secara keseluruhannya membincangkan kaedah dan prosedur yang akan digunapakaidalam kajian ini. Hasil dapatan yang dikehendaki ialah maklumat tentang persepsi guru
  19. 19. terhadap pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah di sekolah menengah. Hasil kajianakan dianalisis menggunakan perisian SPSS.BIBLIOGRAFIAzleena, M. (2007). The implementation of school-based oral English assessment. : a case study. Unpublished Masters dissertation. UiTM, Shah Alam.Fazliza Che Mat et al. (n.d). Pelaksanaan Sains Kssr Tahun Satu: Satu Tinjauan Awal.Hamzah, M.O. and Sinnasamy, P. (2009). Between the ideal and reality: teachers‟ perception of the implementation of school-based oral English assessment. In The English Teacher, Vol 38, pp. 13 – 29.Jonassen, D.H. (1999). Designing constructivist learning environments. In C. M.Reigeluth (ed). Instructional-Design theories and models: A new paradigm of instructional theory. 2:215-239. Mahwah, NJ: LEA Publishers.Kerajaan Sedia Menambahbailk Sistem PBS; Rungutan Guru Dikaji. Berita Harian. 5 Novermber 2012 ms3.Meor Ibrahim, Siti Nadya (2008). Persepsi Pelajar Tahun Akhir Aliran Sains Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia Terhadap Pendekatan Pembelajaran Secara Problem-Based Learning (PBL). Universiti Teknologi Malaysia.Mohd Anuar Abdul Rahman dan Khamsawati Jaafar. (2010). Pelaksanaan Pentaksiran Kerja Kursus Kemahiran Hidup Bersepadu Sekolah Menengah Dalam Bandar Di Daerah
  20. 20. Kuantan, Pahang.UTM.Skudai.Mok Soon Sang (2010). Penyelidikan Dalam Pendidikan, Perancangan dan Pelaksanaan Penyelidikan Tindakan. Ipoh: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.Rohaya Talib (2009). Kajian Pembinaan dan Pegesahan Instrumen bagi Mengukur Tahap Literasi Pentaksiran Guru Sekolah Menengah di Malaysia. Dalam http://eprints.utm.my/13641/7/RohayaTalibPFP2009CHAP1.pdf. Diambil pada 15 November 2012.Sanitah Mohd Yusof dan Norsiwati Ibrahim.(2012). Kesediaan Guru Matematik Tahun Satu Dalam Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (Kssr) Di Daerah Kluang. Journal of Science and Mathematics Education, 6, 26-38.Shanusi, (2007). An Investigation of Teachers Readiness towards School Based Assessment Scheme in Selected Malaysian Teacher Training Institutes. (Online). Retrieved 21 March, 2009, from http://iaea2007.tqdk.gov.az/cp.htmlSyed Ismail&Ahmad subki.(2010).Guru dan cabaran semasa.Selangor. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.Syed Ismail dan Ahmad subki.(2010).Asas Kepeimpinan & Perkembangan Professional.Selangor. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.Yusof Boon dan Mohd Musa Shaharuddin (2011). Kepemimpinan Guru Besar Dalam Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Kebangsaan Daerah Kota Tinggi, Johor.UTM, skudaiZurainu Mat Jasin (2012). Keberkesanan Model Konstruktivisme Lima Fasa Needham dalam Pengajaran Komsas Bahasa Melayu: Universiti Utara Malaysia

×