SlideShare a Scribd company logo
1 of 12
1
RIS
SEMESTER 1 SESI 2010/2011
KOD & NAMA KURSUS
KRL 3033
KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN SEKOLAH
RENDAH
TAJUK
DISEDIAKAN OLEH:
NAMA NO. MATRIK PROGRAM
HASLINA BINTI AHMAD D20102046009 AT34J
PENSYARAH/PENYELIA: PROF. MADYA DR. ANI BINTI HAJI OMAR
Tarikh : I MEI 2014
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBUAT ULASAN DALAM
BAHASA MELAYU PENULISAN BAHAGIAN C. TAHUN 4
MENGGUNAKAN MODEL A.S.S.O.A
(BAB 3 – METODOLOGI KAJIAN)
(bab
PEMARKAHAN
2
ISI KANDUNGAN
Perkara Muka Surat
Bab 3 : METODOLOGI PENYELIDIKAN
3.1 Pendahuluan 3
3.2 Rekabentuk Kajian 3 - 4
3.3 Persempalan Kajian 4
3.4 Instrumen Kajian 4 - 6
3.5 Prosedur Pengumpulan Data 6 - 9
3.6 Analisis Data(deskriptif) 9 -10
3.7 Rumusan 10
3.8 Rujukan 11 -12
3
BAB 3.0 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pendahuluan
Kajian ini adalah mengenai meningkatkan kemahiran membuat ulasan dalam Bahasa
Melayu penulisan bahagian C dalam kalangan murid tahun 4 menggunakan Model A.S.S.O.A
.Dalam bab ini, pengkaji menyatakan kaedah kajian yang akan digunakan dalam penyelidikan
yang akan dijalankan. Kaedah kajian yang akan digunakan dalam kajian ini pula akan
menerangkan reka bentuk kajian, populasi dan sampel, instrument kajian,analisis data dan
rumusan.
3.2 Rekabentuk Kajian
Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian tinjauan yang melibatkan kelas tahun
empat, iaitu kumpulan pelajar aras rendah dan kumpulan pelajar aras sederhana. Murid akan
diberi ujian pra sebelum kajian dijalankan, manakala ujian pasca pula akan diberikan diakhir
kajian dijalankan. Jangka masa kajian ini dicadangkan selama tiga minggu dan pengkaji akan
menjalankan pengajaran terhadap murid, agar dapat mengurangkan ralat dalam kajian ini.
Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan kuantitatif untuk mengumpul data-data
yang dikaji hasil daripada keputusan ujian pra dan ujian pasca yang akan dijalankan oleh
pengkaji.
Untuk menjalankan kajian tinjauan ini, pengkaji juga menggunakan kaedah
pemerhatian iaitu dengan memilih kelas yang telah sedia ada, di mana murid akan menerima
pembelajaran dengan menggunakan kaedah model A.S.S.O.A. Murid tersebut akan diberi
ujian pra sebelum kajian dijalankan dan ujian pasca selepas kajian dijalankan. Walaupun
pemilihan sampel tidak dilakukan secara rawak, pengkaji akan mengenalpasti bahawa sampel
bagi murid-murid tersebut mempunyai kebolehan pencapaian yang hampir sama .
Tujuan reka bentuk kajian tinjauan ini dipilih ialah untuk mengenalpasti
perbezaan tahap penguasaan ke atas pembinaan ulasan dalam sesuatu penulisan
bagi semua murid tahun 4. Di dalam kajian ini, terdapat satu pemboleh ubah yang
dikaji, iaitu pemboleh ubah bersandar Di dalam kajian ini pemboleh ubah bersandar
4
ialah tahap penguasaan ke atas penggunaan model A.S.S.O.A melalui ujian pra dan
ujian pasca,
3.3 Persempelan
Populasi dalam kajian ini ialah semua murid Tahun 4 di Sekolah Kebangsaan Sungai
Tiang Baroh. Semua murid telah mengikuti mata pelajaran Bahasa Melayu berdasarkan
Huraian Sukatan Pelajaran yang telah disediakan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum,
Kementerian Pelajaran Malaysia. Sebuah kelas telah dipilih yang muridnya berjumlah 18
orang. Mereka ini dikelompokkan kepada 6 orang murid elit,9 orang murid sederhana, dan 3
orang murid lemah. Dari segi jantina pula terdapat 7 orang murid lelaki dan 11 orang murid
perempuan.
3.4 Instrumen Kajian
Alat kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah dua set ujian pencapaian (ujian pra dan
ujian pasca). Ujian pencapaian ini terdiri daripada soalan penulisan bahagian C. Semua item
ujian pencapaian ini telah dibina sendiri oleh pengkaji berdasarkan Sukatan Pelajaran Bahasa
Melayu, Huraian Sukatan Bahasa Melayu Tahun 4 dan Buku Teks Bahasa Melayu, KBSR
Tahun 4. Bagi meningkatkan lagi kesahan kandungannya pengkaji juga telah merujuk kepada
beberapa orang guru yang berpengalaman dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran
Bahasa Melayu bagi mendapatkan pandangan dan komen mereka. Berdasarkan ulasan guru-
guru pakar tersebut pengkaji telah membaiki dan menggantikan beberapa item yang kurang
sesuai.
Ujian digunakan untuk mengukur kebolehan murid dalam menulis karangan ulasan
bahagian C.. Ujian menulis karangan ini dibina sendiri oleh pengkaji. Kedua-dua ujian ini
ditadbir dengan soalan ujian yang sama.. Tujuan pra ujian diadakan adalah untuk menilai
kebolehan mengarang murid sebelum rawatan dijalankan.
Borang soal selidek telah diberikan kepada murid untuk mendapatkan maklum balas
berkenaan modul yang saya laksanakan.Mereka telah memberi respon positif.Berikut adalah
analisis soal selidik yang telah dijawab oleh murid:
5
Skala Likert: 1.sangat tidak setuju
2.tidak setuju
3.kurang setuju
4,setuju
5,sangat setuju
Bil SKALA 1 2 3 4 5
Item (Bilangan Murid)
1. Kemahiran membuat ulasan dalam Penulisan Bahagian
C merupakan pelajaran yang mudah
7 5 5 1 0
2. Penulisan Bahagian C mudah dijawab tanpa teknik dari
Modul A.S.S.O.A
9 7 2 0 0
3. Saya berasa lebih mudah menjawab Penulisan Bahagian
C selepas guru melaksanakan Modul A.S.S.O.A
0 0 0 6 12
4. Saya berasa amat seronok menjawab set-set latihan
dalam Modul A.S.S.O.A
0 0 1 10 7
5. Setelah menjalani set-set latihan dalam modul
A.S.S.O.A saya mempunyai lebih keyakinan untuk
membuat ulasan pada Bahagian C.
0 0 0 6 12
6. Modul A.S.S.O .A benar-benar membantu saya. 0 0 0 5 13
Beberapa orang guru yang turut mencuba modul ini juga turut memberi komen.Antara
komen tersebut adalah seperti berikut:
….Walaupun saya dapat menggunakan 3 set latihan dalam modul ini,saya dapat
melihat pencapaian yang baik dalam latihan bahagian C yang diberi
6
….Sesuatu yang menarik untuk dijadikan inovasi kerana murid-murid saya lebih mudah
menentukan nilai sejak mereka membuat latihan-latihan dalam Modul A.S.S.O.A ini.
….Kaedah ini elok jika dibukukan dan dijadikan modul Panitia BM di sekolah kita serta
digunapakai oleh semua murid tahap 2 di sekolah ini.
3.5 Prosuder Pengumpulan Data
Jadual 1: Kaedah Mengutip Data TINJAUAN AWAL
TARIKH Minggu Aktiviti Catatan
08 - 11 Mac
2014
1
Refleksi isu / masalah keperihatinan
12 – 14 Mac
2014
2
Tinjauan Awal:
i. Mereka bentuk soalan untuk ujian pra
dan ujian pos bagi mengenal pasti
kemahiran murid
ii. Mereka bentuk soal selidik (10 soalan)
i. Item ujian
ii. Item Soal
Selidik
iii.Perkara-perkara
di perhatikan
16 Mac
2014
3
i. Menjalankan ujian pra (30 minit)
ii. Mengedarkan soal selidik kepada
murid dan mengumpul semula
selepas 30 minit
iii. Membuat perhatian terhadap sikap
murid sebelum aktiviti intervensi
i. Soalan ujian
seperti di
Lampiran A
ii. Soal Selidik
seperti di Lampiran
B
iii. Perkara-perkara
di perhatikan
seperti di lampiran
C
7
10 - 12 April
2014
4 Analisis Data Tinjauan awal:
14 – 16 April
2014
1
i. Menganalisis, merekod dan melapor
markah ujian pra - bilangan dan peratus
yang lulus/yg dapat membina ulasan
dengan baik.
ii. Menganalisis data soal selidik -
menentukan nilai min bagi mengukur
minat/persepsi murid pada kemahiran
membina ulasan dan bilangan serta
peratus bagi setiap kategori skala
iii. Melaporkan dapatan analisis data soal
selidik dalam Jadual
iv. Melaporkan dapatan pemerhatian
8
18 – 20 April
2014
3 & 4
Merancang dan menyusun aktiviti
intervensi:
i. Aktiviti I: Mereka bentuk Model
A.S.S.O.A dan memperkenalkan jadual
tersebut kepada murid-murid.
Murid akan diperkenalkan terlebih
dahulu dengan Model A.S.S.O.A
Aktiviti II: Memberi soalan latih tubi
untuk mengenal pasti kemahiran murid
menterjemahkan maklumat dalam
perkataan menggunakan Model
A.S.S.O.A
ii. Aktiviti IV: Memperkenalkan Model
A.S.S.O.A bagi memperluas dan
memudahkan pembinaan ayat.
iii. Aktiviti V: Memberi latih tubi - murid
perlu menulis ayat lengkap penanda
wacana,nilai ,dan kata bantu..
21 - 23April
2014
1-3
Melaksanakan aktiviti intervensi
sebagaimana yang dirancang secara satu
persatu
Melakukan pemerhatian dan membuat
perekodan terhadap perubahan sikap dan
tingkah laku murid
Nota: semua
aktiviti akan
direkodkan
9
24 – 26 April
2014
4
Menjalankan ujian pos untuk menilai tahap
perubahan tingkah laku terhadap teknik
yang diperkenalkan.
Mengedar soal selidik untuk dijawab oleh
murid
27 – 30 April
2014
1
Menganalisis data ujian pos
Menganalisis data soal selidik
Menyediakan jadual dan pelaporan hasil
analisis data
3.6 Analisis Data(deskriptif)
Ujian Pra dan Ujian Pos yang dijalankan memberi hasil seperti berikut :
Jadual 3.6 : Perbezaan Pencapaian Ujian Pra dan Pos
Bil Nama Ujian Pra
(20 markah)
Ujian Post
(20markah)
1 Muhamad Nizamuddin 14 19
2 Nik Nur Natasya 15 18
3 Nur Saliha 15 18
4 Nur hidayah 10 16
5 Muhammad Adam Haris 15 18
6 Muhammad Fakhrul Azim 15 18
7 Muhammad Isyraf Fahmi 12 18
8 Siti Nurwadina 13 18
9 Nur Ain Shuhada 14 16
10 Muhammad Zakwan 15 17
10
11
12
13
14
15
16
17
18
Nurul Farhana
Hikmah
Nuraini
Natasya
Nurul Farhana Aleya
Nur Jannah
Mashitah
Haris Hakimi
18 19
15 18
12 16
14 18
16 19
16 19
16 18
Berdasarkan Jadual 3.6 di atas, terdapat perbezaan dalam markah pencapaian pelajar
yang telah menjalani proses tindakan yang dilaksanakan oleh saya. Jadual tersebut
menunjukkan perbezaan yang berlaku antara pencapaian ujian pra dan ujian pos. Min purata
bagi ujian pra ialah sebanyak 13.6%, manakala min bagi ujian pos pula ialah sebanyak
16.8%. Beza min antara kedua-dua ujian tersebut ialah sebanyak 3.2%. Oleh yang demikian,
secara keseluruhannya min purata pencapaian pelajar yang menjalani tindakan tersebut telah
melonjak dari 6.8% kepada 84.%.Dapatan peningkatan min purata dalam ujian pos telah
membuktikan bahawa terdapat perubahan pencapaian setiap murid dalam penguasaan
kemahiran membina ulasan.
3.7 Rumusan
Kajian ini diharapkan dapat memberikan kepekaan dan rangsangan kepada pihak sekolah
dan guru-guru Bahasa Melayu di sekolah saya khasnya serta daerah saya amnya.Hasil kajian
ini terdapat perubahan yang positif dari segi amalan pengajaran guru dan pembelajaran
murid.Semoga kajian ini akan dapat dimanfaatkan dan menjadikan proses p&p saya lebih
menarik,berkesan dan menyeronokkan.Sebagai guru kita seharusnya peka dengan masalah
dan keperluan murid dan bertanggungjawab menyelesaikan kemelut yang mereka hadapi.Kita
juga haruslah mempunyai ilmu pendidikan yang kreatif dan inovatif bagi menjayakan hasrat
dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK).
11
RUJUKAN
Rujukan Buku
1- Habsah bt Nan (2006). Teknik Four Wifes One Husband : Membina Ayat Penyata
Berdasarkan Gambar Tunggal atau Bersiri. Jurnal Kajian Tindakan Guru IP Perlis :
Jilid (1) / 2006‚ 35-56.
2- Hazina Zakariah (1989). Analisis Kesilapan Dalam Membuat Ayat di Kalangan
Murid-Murid. Jurnal Pendidikan MP Seri Kota. Kuala Lumpur : Bil (2) / Oktober
1989‚ 3-19.
3- Iskandar Muda (2005). Penggunaan Latih Tubi Berdasarkan Gambar Bagi
Meningkatkan Pencapaian Dan Kebolehan Murid Tahun 5 Membina Ayat Bahasa
Inggeris. Prosiding Seminar Penyelidikan Pendidikan IPBA 2005. 26-35
4- Nor Idayu (2005). Meningkatkan Kemahiran Membina Ayat Bahasa Inggeris Melalui
Latih Tubi Menggunakan Tafsiran Gambar Dan Kata Kunci Bagi Murid Tahun
2. Prosiding Seminar Penyelidikan Pendidikan IPBA 2005. 73-84
5- Raminah Hj Sabran (1987). Penilaian Pencapaian Murid-Murid Tahun 4 KBSR
(Percubaan) dalam Penguasaan Bahasa Malaysia (Pembinaan
Ayat). Jurnal Pendidikan Guru BPG‚ KPM : Bil (3)/ Julai 1987‚ 1- 24.
6- Rosmawati bt Sakdon (2003). Penggunaan 12 Langkah Strategik untuk
Meningkatk Pengetahuan dan Kemahiran Murid Menulis Ayat “Simple Present
Tense”. Prosiding Seminar Penyelidikan Pendidikan Kebangsaan. Jilid (1) / 187-195.
7- Hazina Zakariah (1989). Analisis Kesilapan Dalam Membuat Ayat di Kalangan
Murid-Murid. Jurnal Pendidikan MP Seri Kota. Kuala Lumpur : Bil (2) / Oktober
1989‚ 3-19.
Rujukan Internet
1- Azizah Othman dan Samidon Abdullah ( 2006 ). Meningkatkan kemahiran pelajar
membina ayat mudah dengan struktur yang betul dalam bahasa Inggeris dengan
menggunakan formula
2- P/NVPA/PO/S2CD/OP3/AF2. Diperoleh pada 28 Febuari 2010
daripadahttp://www.arjpnj.com/ktindak/files/binaayat.pdf.
12
3- Harris Fadzilah Kassim ( 2002 ).Masalah menulis karangan di kalangan pelajar-
pelajar tingkatan empat. Kertas Projek yang dikemukakan kepada Universiti Malaya
sebagai memenuhi sebahagian daripada keperluan Ij azah Sarjana Pendidikan.
Diperoleh pada 3 Mac 2010 dan dipetik daripada
jurnal http://apps.emoe.gov.my/ipba/ResearchPaper/IPBAProsiding2005.pdf
4- Hartini Binti Hussin ( 2005 ). Meningkatkan kemahiran merumus karangan bahasa
Melayu dalam kalangan murid tahun enam melalui permainan padanan kad. Prosiding
Seminar PenyelidikanPendidikan IPBA 2005. Diperoleh pada13 Febuari 2010 dan
dipetikdaripadahttp://www.arjpnj.com/ktindak/index.php?option=com_content&view
=article&id=55:meningkatkan-kemahiran-membina-ayat-mudah,pdf
5- Zalinawati Othman ( 2006 ). Meningkatkan kemahiran membina ayat mudah dalam
penulisan bahasa Inggeris menggunakan Little Book. Jurnal Kajian Tindakan Negeri
Johor 2006 Sekolah Rendah.Diperoleh pada 3 Febuari 2010
daripada http://www.arjpnj.com/ktindak/files/littlebook.pdf

More Related Content

What's hot

Reka Bentuk & Teknologi : Bab 2 pengurusan projek
Reka Bentuk & Teknologi : Bab 2 pengurusan projekReka Bentuk & Teknologi : Bab 2 pengurusan projek
Reka Bentuk & Teknologi : Bab 2 pengurusan projekMaz Ina
 
Contoh kajian tindakan sains
Contoh kajian tindakan  sains Contoh kajian tindakan  sains
Contoh kajian tindakan sains Siva Sundrarajoo
 
Pemeriksaan holistik
Pemeriksaan holistikPemeriksaan holistik
Pemeriksaan holistikTan Kiew
 
Isu-isu Berkaitan Penyediaan Rancangan Penyelidikan Dan Etika Penyelidikan
Isu-isu Berkaitan Penyediaan Rancangan Penyelidikan Dan Etika Penyelidikan Isu-isu Berkaitan Penyediaan Rancangan Penyelidikan Dan Etika Penyelidikan
Isu-isu Berkaitan Penyediaan Rancangan Penyelidikan Dan Etika Penyelidikan Ita Kamis
 
Panduan penulisan rph
Panduan penulisan rphPanduan penulisan rph
Panduan penulisan rphtamya65
 
Ciri dan prinsip pentaksiran
Ciri dan prinsip pentaksiranCiri dan prinsip pentaksiran
Ciri dan prinsip pentaksirannurul syifaa'
 
Penerapan nilai murni dalam pengajaran dan pembelajaran
Penerapan nilai murni dalam pengajaran dan pembelajaranPenerapan nilai murni dalam pengajaran dan pembelajaran
Penerapan nilai murni dalam pengajaran dan pembelajaranBen Devon
 
5.4 pengurusan dan pentadbiran sekolah
5.4 pengurusan dan pentadbiran sekolah5.4 pengurusan dan pentadbiran sekolah
5.4 pengurusan dan pentadbiran sekolahali ahmad
 
Contoh kata tugas Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
Contoh kata tugas Kemahiran Berfikir Aras TinggiContoh kata tugas Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
Contoh kata tugas Kemahiran Berfikir Aras TinggiMokhzani Fadir
 
Kajian tindakan dan kajian kes
Kajian tindakan dan kajian kesKajian tindakan dan kajian kes
Kajian tindakan dan kajian kesasiahjupry
 
Kaedah penyelidikan-etnografi
Kaedah penyelidikan-etnografiKaedah penyelidikan-etnografi
Kaedah penyelidikan-etnografiwmkfirdaus
 
Kata tugas berdasarkan taksonomi bloom
Kata tugas berdasarkan taksonomi bloomKata tugas berdasarkan taksonomi bloom
Kata tugas berdasarkan taksonomi bloomMokhzani Fadir
 
Kajian kes -_andrew_huang_
Kajian kes -_andrew_huang_Kajian kes -_andrew_huang_
Kajian kes -_andrew_huang_Dina Amira
 
PERBEZAAN PENCAPAIAN MATEMATIK SK & SJKC
PERBEZAAN PENCAPAIAN MATEMATIK SK & SJKCPERBEZAAN PENCAPAIAN MATEMATIK SK & SJKC
PERBEZAAN PENCAPAIAN MATEMATIK SK & SJKCIzzati Hamid
 
Pembelajaran kooperatif
Pembelajaran kooperatifPembelajaran kooperatif
Pembelajaran kooperatifMokhzani Fadir
 

What's hot (20)

Borang soal selidik
Borang soal selidikBorang soal selidik
Borang soal selidik
 
Reka Bentuk & Teknologi : Bab 2 pengurusan projek
Reka Bentuk & Teknologi : Bab 2 pengurusan projekReka Bentuk & Teknologi : Bab 2 pengurusan projek
Reka Bentuk & Teknologi : Bab 2 pengurusan projek
 
Contoh kajian tindakan sains
Contoh kajian tindakan  sains Contoh kajian tindakan  sains
Contoh kajian tindakan sains
 
Pemeriksaan holistik
Pemeriksaan holistikPemeriksaan holistik
Pemeriksaan holistik
 
Ulasan jurnal
Ulasan jurnalUlasan jurnal
Ulasan jurnal
 
Isu-isu Berkaitan Penyediaan Rancangan Penyelidikan Dan Etika Penyelidikan
Isu-isu Berkaitan Penyediaan Rancangan Penyelidikan Dan Etika Penyelidikan Isu-isu Berkaitan Penyediaan Rancangan Penyelidikan Dan Etika Penyelidikan
Isu-isu Berkaitan Penyediaan Rancangan Penyelidikan Dan Etika Penyelidikan
 
Panduan penulisan rph
Panduan penulisan rphPanduan penulisan rph
Panduan penulisan rph
 
Ciri dan prinsip pentaksiran
Ciri dan prinsip pentaksiranCiri dan prinsip pentaksiran
Ciri dan prinsip pentaksiran
 
Penerapan nilai murni dalam pengajaran dan pembelajaran
Penerapan nilai murni dalam pengajaran dan pembelajaranPenerapan nilai murni dalam pengajaran dan pembelajaran
Penerapan nilai murni dalam pengajaran dan pembelajaran
 
5.4 pengurusan dan pentadbiran sekolah
5.4 pengurusan dan pentadbiran sekolah5.4 pengurusan dan pentadbiran sekolah
5.4 pengurusan dan pentadbiran sekolah
 
Kertas kerja untuk projek
Kertas kerja untuk projekKertas kerja untuk projek
Kertas kerja untuk projek
 
Contoh kata tugas Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
Contoh kata tugas Kemahiran Berfikir Aras TinggiContoh kata tugas Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
Contoh kata tugas Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
 
Kajian tindakan dan kajian kes
Kajian tindakan dan kajian kesKajian tindakan dan kajian kes
Kajian tindakan dan kajian kes
 
Kaedah penyelidikan-etnografi
Kaedah penyelidikan-etnografiKaedah penyelidikan-etnografi
Kaedah penyelidikan-etnografi
 
Kata tugas berdasarkan taksonomi bloom
Kata tugas berdasarkan taksonomi bloomKata tugas berdasarkan taksonomi bloom
Kata tugas berdasarkan taksonomi bloom
 
Kajian kes -_andrew_huang_
Kajian kes -_andrew_huang_Kajian kes -_andrew_huang_
Kajian kes -_andrew_huang_
 
PERBEZAAN PENCAPAIAN MATEMATIK SK & SJKC
PERBEZAAN PENCAPAIAN MATEMATIK SK & SJKCPERBEZAAN PENCAPAIAN MATEMATIK SK & SJKC
PERBEZAAN PENCAPAIAN MATEMATIK SK & SJKC
 
Pembelajaran kooperatif
Pembelajaran kooperatifPembelajaran kooperatif
Pembelajaran kooperatif
 
Rpi pendidikan khas
Rpi pendidikan khas   Rpi pendidikan khas
Rpi pendidikan khas
 
88 aktiviti pak21
88 aktiviti pak2188 aktiviti pak21
88 aktiviti pak21
 

Similar to D20102046009 (bab 3 metodologi)

05 laporan kajian penyelidikan tindakan
05 laporan kajian penyelidikan tindakan05 laporan kajian penyelidikan tindakan
05 laporan kajian penyelidikan tindakanshare with me
 
Jurnalrivew 120925082904-phpapp01
Jurnalrivew 120925082904-phpapp01Jurnalrivew 120925082904-phpapp01
Jurnalrivew 120925082904-phpapp01Suzana Che Harun
 
Kajian tindakan
Kajian tindakanKajian tindakan
Kajian tindakankpr4063
 
Kajian tindakan bm skj
Kajian tindakan bm skjKajian tindakan bm skj
Kajian tindakan bm skjAtok Shila
 
Kajian bahagi
Kajian bahagiKajian bahagi
Kajian bahagisobri4587
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfcrvwr4zf9r
 
Manual kajian tindakan kpm
Manual kajian tindakan kpmManual kajian tindakan kpm
Manual kajian tindakan kpmSitiHafidah1
 
kaedah penyelidikan dalam pendidikan
kaedah penyelidikan dalam pendidikan kaedah penyelidikan dalam pendidikan
kaedah penyelidikan dalam pendidikan Siti Nur Ain
 
Contoh perancangan strategik sekolah
Contoh perancangan strategik sekolahContoh perancangan strategik sekolah
Contoh perancangan strategik sekolahNadzari Baharom
 
Contohperancanganstrategiksekolah 140709000808-phpapp01
Contohperancanganstrategiksekolah 140709000808-phpapp01Contohperancanganstrategiksekolah 140709000808-phpapp01
Contohperancanganstrategiksekolah 140709000808-phpapp01Cikgu Niezam
 
Faktor faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar dalam kursus matematik k...
Faktor   faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar dalam kursus matematik k...Faktor   faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar dalam kursus matematik k...
Faktor faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar dalam kursus matematik k...combi07
 

Similar to D20102046009 (bab 3 metodologi) (20)

bab 3 (final)
bab 3 (final)bab 3 (final)
bab 3 (final)
 
691 1344-1-sm (2)
691 1344-1-sm (2)691 1344-1-sm (2)
691 1344-1-sm (2)
 
05 laporan kajian penyelidikan tindakan
05 laporan kajian penyelidikan tindakan05 laporan kajian penyelidikan tindakan
05 laporan kajian penyelidikan tindakan
 
Jurnalrivew 120925082904-phpapp01
Jurnalrivew 120925082904-phpapp01Jurnalrivew 120925082904-phpapp01
Jurnalrivew 120925082904-phpapp01
 
Kajian tindakan
Kajian tindakanKajian tindakan
Kajian tindakan
 
Bab 4 analisis data
Bab 4 analisis dataBab 4 analisis data
Bab 4 analisis data
 
Proposal bab 3
Proposal bab 3Proposal bab 3
Proposal bab 3
 
Kamala penilaian
Kamala penilaianKamala penilaian
Kamala penilaian
 
Kajian tindakan bm skj
Kajian tindakan bm skjKajian tindakan bm skj
Kajian tindakan bm skj
 
Kajian bahagi
Kajian bahagiKajian bahagi
Kajian bahagi
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
 
60386857 assiment-pengukuran
60386857 assiment-pengukuran60386857 assiment-pengukuran
60386857 assiment-pengukuran
 
Manual kajian tindakan kpm
Manual kajian tindakan kpmManual kajian tindakan kpm
Manual kajian tindakan kpm
 
Kpr4063
Kpr4063Kpr4063
Kpr4063
 
Kpr4063
Kpr4063Kpr4063
Kpr4063
 
kaedah penyelidikan dalam pendidikan
kaedah penyelidikan dalam pendidikan kaedah penyelidikan dalam pendidikan
kaedah penyelidikan dalam pendidikan
 
Kpd3026 tugasan 3 kajian tindakan
Kpd3026 tugasan 3 kajian tindakanKpd3026 tugasan 3 kajian tindakan
Kpd3026 tugasan 3 kajian tindakan
 
Contoh perancangan strategik sekolah
Contoh perancangan strategik sekolahContoh perancangan strategik sekolah
Contoh perancangan strategik sekolah
 
Contohperancanganstrategiksekolah 140709000808-phpapp01
Contohperancanganstrategiksekolah 140709000808-phpapp01Contohperancanganstrategiksekolah 140709000808-phpapp01
Contohperancanganstrategiksekolah 140709000808-phpapp01
 
Faktor faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar dalam kursus matematik k...
Faktor   faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar dalam kursus matematik k...Faktor   faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar dalam kursus matematik k...
Faktor faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar dalam kursus matematik k...
 

D20102046009 (bab 3 metodologi)

  • 1. 1 RIS SEMESTER 1 SESI 2010/2011 KOD & NAMA KURSUS KRL 3033 KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH TAJUK DISEDIAKAN OLEH: NAMA NO. MATRIK PROGRAM HASLINA BINTI AHMAD D20102046009 AT34J PENSYARAH/PENYELIA: PROF. MADYA DR. ANI BINTI HAJI OMAR Tarikh : I MEI 2014 MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBUAT ULASAN DALAM BAHASA MELAYU PENULISAN BAHAGIAN C. TAHUN 4 MENGGUNAKAN MODEL A.S.S.O.A (BAB 3 – METODOLOGI KAJIAN) (bab PEMARKAHAN
  • 2. 2 ISI KANDUNGAN Perkara Muka Surat Bab 3 : METODOLOGI PENYELIDIKAN 3.1 Pendahuluan 3 3.2 Rekabentuk Kajian 3 - 4 3.3 Persempalan Kajian 4 3.4 Instrumen Kajian 4 - 6 3.5 Prosedur Pengumpulan Data 6 - 9 3.6 Analisis Data(deskriptif) 9 -10 3.7 Rumusan 10 3.8 Rujukan 11 -12
  • 3. 3 BAB 3.0 METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pendahuluan Kajian ini adalah mengenai meningkatkan kemahiran membuat ulasan dalam Bahasa Melayu penulisan bahagian C dalam kalangan murid tahun 4 menggunakan Model A.S.S.O.A .Dalam bab ini, pengkaji menyatakan kaedah kajian yang akan digunakan dalam penyelidikan yang akan dijalankan. Kaedah kajian yang akan digunakan dalam kajian ini pula akan menerangkan reka bentuk kajian, populasi dan sampel, instrument kajian,analisis data dan rumusan. 3.2 Rekabentuk Kajian Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian tinjauan yang melibatkan kelas tahun empat, iaitu kumpulan pelajar aras rendah dan kumpulan pelajar aras sederhana. Murid akan diberi ujian pra sebelum kajian dijalankan, manakala ujian pasca pula akan diberikan diakhir kajian dijalankan. Jangka masa kajian ini dicadangkan selama tiga minggu dan pengkaji akan menjalankan pengajaran terhadap murid, agar dapat mengurangkan ralat dalam kajian ini. Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan kuantitatif untuk mengumpul data-data yang dikaji hasil daripada keputusan ujian pra dan ujian pasca yang akan dijalankan oleh pengkaji. Untuk menjalankan kajian tinjauan ini, pengkaji juga menggunakan kaedah pemerhatian iaitu dengan memilih kelas yang telah sedia ada, di mana murid akan menerima pembelajaran dengan menggunakan kaedah model A.S.S.O.A. Murid tersebut akan diberi ujian pra sebelum kajian dijalankan dan ujian pasca selepas kajian dijalankan. Walaupun pemilihan sampel tidak dilakukan secara rawak, pengkaji akan mengenalpasti bahawa sampel bagi murid-murid tersebut mempunyai kebolehan pencapaian yang hampir sama . Tujuan reka bentuk kajian tinjauan ini dipilih ialah untuk mengenalpasti perbezaan tahap penguasaan ke atas pembinaan ulasan dalam sesuatu penulisan bagi semua murid tahun 4. Di dalam kajian ini, terdapat satu pemboleh ubah yang dikaji, iaitu pemboleh ubah bersandar Di dalam kajian ini pemboleh ubah bersandar
  • 4. 4 ialah tahap penguasaan ke atas penggunaan model A.S.S.O.A melalui ujian pra dan ujian pasca, 3.3 Persempelan Populasi dalam kajian ini ialah semua murid Tahun 4 di Sekolah Kebangsaan Sungai Tiang Baroh. Semua murid telah mengikuti mata pelajaran Bahasa Melayu berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran yang telah disediakan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sebuah kelas telah dipilih yang muridnya berjumlah 18 orang. Mereka ini dikelompokkan kepada 6 orang murid elit,9 orang murid sederhana, dan 3 orang murid lemah. Dari segi jantina pula terdapat 7 orang murid lelaki dan 11 orang murid perempuan. 3.4 Instrumen Kajian Alat kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah dua set ujian pencapaian (ujian pra dan ujian pasca). Ujian pencapaian ini terdiri daripada soalan penulisan bahagian C. Semua item ujian pencapaian ini telah dibina sendiri oleh pengkaji berdasarkan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu, Huraian Sukatan Bahasa Melayu Tahun 4 dan Buku Teks Bahasa Melayu, KBSR Tahun 4. Bagi meningkatkan lagi kesahan kandungannya pengkaji juga telah merujuk kepada beberapa orang guru yang berpengalaman dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu bagi mendapatkan pandangan dan komen mereka. Berdasarkan ulasan guru- guru pakar tersebut pengkaji telah membaiki dan menggantikan beberapa item yang kurang sesuai. Ujian digunakan untuk mengukur kebolehan murid dalam menulis karangan ulasan bahagian C.. Ujian menulis karangan ini dibina sendiri oleh pengkaji. Kedua-dua ujian ini ditadbir dengan soalan ujian yang sama.. Tujuan pra ujian diadakan adalah untuk menilai kebolehan mengarang murid sebelum rawatan dijalankan. Borang soal selidek telah diberikan kepada murid untuk mendapatkan maklum balas berkenaan modul yang saya laksanakan.Mereka telah memberi respon positif.Berikut adalah analisis soal selidik yang telah dijawab oleh murid:
  • 5. 5 Skala Likert: 1.sangat tidak setuju 2.tidak setuju 3.kurang setuju 4,setuju 5,sangat setuju Bil SKALA 1 2 3 4 5 Item (Bilangan Murid) 1. Kemahiran membuat ulasan dalam Penulisan Bahagian C merupakan pelajaran yang mudah 7 5 5 1 0 2. Penulisan Bahagian C mudah dijawab tanpa teknik dari Modul A.S.S.O.A 9 7 2 0 0 3. Saya berasa lebih mudah menjawab Penulisan Bahagian C selepas guru melaksanakan Modul A.S.S.O.A 0 0 0 6 12 4. Saya berasa amat seronok menjawab set-set latihan dalam Modul A.S.S.O.A 0 0 1 10 7 5. Setelah menjalani set-set latihan dalam modul A.S.S.O.A saya mempunyai lebih keyakinan untuk membuat ulasan pada Bahagian C. 0 0 0 6 12 6. Modul A.S.S.O .A benar-benar membantu saya. 0 0 0 5 13 Beberapa orang guru yang turut mencuba modul ini juga turut memberi komen.Antara komen tersebut adalah seperti berikut: ….Walaupun saya dapat menggunakan 3 set latihan dalam modul ini,saya dapat melihat pencapaian yang baik dalam latihan bahagian C yang diberi
  • 6. 6 ….Sesuatu yang menarik untuk dijadikan inovasi kerana murid-murid saya lebih mudah menentukan nilai sejak mereka membuat latihan-latihan dalam Modul A.S.S.O.A ini. ….Kaedah ini elok jika dibukukan dan dijadikan modul Panitia BM di sekolah kita serta digunapakai oleh semua murid tahap 2 di sekolah ini. 3.5 Prosuder Pengumpulan Data Jadual 1: Kaedah Mengutip Data TINJAUAN AWAL TARIKH Minggu Aktiviti Catatan 08 - 11 Mac 2014 1 Refleksi isu / masalah keperihatinan 12 – 14 Mac 2014 2 Tinjauan Awal: i. Mereka bentuk soalan untuk ujian pra dan ujian pos bagi mengenal pasti kemahiran murid ii. Mereka bentuk soal selidik (10 soalan) i. Item ujian ii. Item Soal Selidik iii.Perkara-perkara di perhatikan 16 Mac 2014 3 i. Menjalankan ujian pra (30 minit) ii. Mengedarkan soal selidik kepada murid dan mengumpul semula selepas 30 minit iii. Membuat perhatian terhadap sikap murid sebelum aktiviti intervensi i. Soalan ujian seperti di Lampiran A ii. Soal Selidik seperti di Lampiran B iii. Perkara-perkara di perhatikan seperti di lampiran C
  • 7. 7 10 - 12 April 2014 4 Analisis Data Tinjauan awal: 14 – 16 April 2014 1 i. Menganalisis, merekod dan melapor markah ujian pra - bilangan dan peratus yang lulus/yg dapat membina ulasan dengan baik. ii. Menganalisis data soal selidik - menentukan nilai min bagi mengukur minat/persepsi murid pada kemahiran membina ulasan dan bilangan serta peratus bagi setiap kategori skala iii. Melaporkan dapatan analisis data soal selidik dalam Jadual iv. Melaporkan dapatan pemerhatian
  • 8. 8 18 – 20 April 2014 3 & 4 Merancang dan menyusun aktiviti intervensi: i. Aktiviti I: Mereka bentuk Model A.S.S.O.A dan memperkenalkan jadual tersebut kepada murid-murid. Murid akan diperkenalkan terlebih dahulu dengan Model A.S.S.O.A Aktiviti II: Memberi soalan latih tubi untuk mengenal pasti kemahiran murid menterjemahkan maklumat dalam perkataan menggunakan Model A.S.S.O.A ii. Aktiviti IV: Memperkenalkan Model A.S.S.O.A bagi memperluas dan memudahkan pembinaan ayat. iii. Aktiviti V: Memberi latih tubi - murid perlu menulis ayat lengkap penanda wacana,nilai ,dan kata bantu.. 21 - 23April 2014 1-3 Melaksanakan aktiviti intervensi sebagaimana yang dirancang secara satu persatu Melakukan pemerhatian dan membuat perekodan terhadap perubahan sikap dan tingkah laku murid Nota: semua aktiviti akan direkodkan
  • 9. 9 24 – 26 April 2014 4 Menjalankan ujian pos untuk menilai tahap perubahan tingkah laku terhadap teknik yang diperkenalkan. Mengedar soal selidik untuk dijawab oleh murid 27 – 30 April 2014 1 Menganalisis data ujian pos Menganalisis data soal selidik Menyediakan jadual dan pelaporan hasil analisis data 3.6 Analisis Data(deskriptif) Ujian Pra dan Ujian Pos yang dijalankan memberi hasil seperti berikut : Jadual 3.6 : Perbezaan Pencapaian Ujian Pra dan Pos Bil Nama Ujian Pra (20 markah) Ujian Post (20markah) 1 Muhamad Nizamuddin 14 19 2 Nik Nur Natasya 15 18 3 Nur Saliha 15 18 4 Nur hidayah 10 16 5 Muhammad Adam Haris 15 18 6 Muhammad Fakhrul Azim 15 18 7 Muhammad Isyraf Fahmi 12 18 8 Siti Nurwadina 13 18 9 Nur Ain Shuhada 14 16 10 Muhammad Zakwan 15 17
  • 10. 10 11 12 13 14 15 16 17 18 Nurul Farhana Hikmah Nuraini Natasya Nurul Farhana Aleya Nur Jannah Mashitah Haris Hakimi 18 19 15 18 12 16 14 18 16 19 16 19 16 18 Berdasarkan Jadual 3.6 di atas, terdapat perbezaan dalam markah pencapaian pelajar yang telah menjalani proses tindakan yang dilaksanakan oleh saya. Jadual tersebut menunjukkan perbezaan yang berlaku antara pencapaian ujian pra dan ujian pos. Min purata bagi ujian pra ialah sebanyak 13.6%, manakala min bagi ujian pos pula ialah sebanyak 16.8%. Beza min antara kedua-dua ujian tersebut ialah sebanyak 3.2%. Oleh yang demikian, secara keseluruhannya min purata pencapaian pelajar yang menjalani tindakan tersebut telah melonjak dari 6.8% kepada 84.%.Dapatan peningkatan min purata dalam ujian pos telah membuktikan bahawa terdapat perubahan pencapaian setiap murid dalam penguasaan kemahiran membina ulasan. 3.7 Rumusan Kajian ini diharapkan dapat memberikan kepekaan dan rangsangan kepada pihak sekolah dan guru-guru Bahasa Melayu di sekolah saya khasnya serta daerah saya amnya.Hasil kajian ini terdapat perubahan yang positif dari segi amalan pengajaran guru dan pembelajaran murid.Semoga kajian ini akan dapat dimanfaatkan dan menjadikan proses p&p saya lebih menarik,berkesan dan menyeronokkan.Sebagai guru kita seharusnya peka dengan masalah dan keperluan murid dan bertanggungjawab menyelesaikan kemelut yang mereka hadapi.Kita juga haruslah mempunyai ilmu pendidikan yang kreatif dan inovatif bagi menjayakan hasrat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK).
  • 11. 11 RUJUKAN Rujukan Buku 1- Habsah bt Nan (2006). Teknik Four Wifes One Husband : Membina Ayat Penyata Berdasarkan Gambar Tunggal atau Bersiri. Jurnal Kajian Tindakan Guru IP Perlis : Jilid (1) / 2006‚ 35-56. 2- Hazina Zakariah (1989). Analisis Kesilapan Dalam Membuat Ayat di Kalangan Murid-Murid. Jurnal Pendidikan MP Seri Kota. Kuala Lumpur : Bil (2) / Oktober 1989‚ 3-19. 3- Iskandar Muda (2005). Penggunaan Latih Tubi Berdasarkan Gambar Bagi Meningkatkan Pencapaian Dan Kebolehan Murid Tahun 5 Membina Ayat Bahasa Inggeris. Prosiding Seminar Penyelidikan Pendidikan IPBA 2005. 26-35 4- Nor Idayu (2005). Meningkatkan Kemahiran Membina Ayat Bahasa Inggeris Melalui Latih Tubi Menggunakan Tafsiran Gambar Dan Kata Kunci Bagi Murid Tahun 2. Prosiding Seminar Penyelidikan Pendidikan IPBA 2005. 73-84 5- Raminah Hj Sabran (1987). Penilaian Pencapaian Murid-Murid Tahun 4 KBSR (Percubaan) dalam Penguasaan Bahasa Malaysia (Pembinaan Ayat). Jurnal Pendidikan Guru BPG‚ KPM : Bil (3)/ Julai 1987‚ 1- 24. 6- Rosmawati bt Sakdon (2003). Penggunaan 12 Langkah Strategik untuk Meningkatk Pengetahuan dan Kemahiran Murid Menulis Ayat “Simple Present Tense”. Prosiding Seminar Penyelidikan Pendidikan Kebangsaan. Jilid (1) / 187-195. 7- Hazina Zakariah (1989). Analisis Kesilapan Dalam Membuat Ayat di Kalangan Murid-Murid. Jurnal Pendidikan MP Seri Kota. Kuala Lumpur : Bil (2) / Oktober 1989‚ 3-19. Rujukan Internet 1- Azizah Othman dan Samidon Abdullah ( 2006 ). Meningkatkan kemahiran pelajar membina ayat mudah dengan struktur yang betul dalam bahasa Inggeris dengan menggunakan formula 2- P/NVPA/PO/S2CD/OP3/AF2. Diperoleh pada 28 Febuari 2010 daripadahttp://www.arjpnj.com/ktindak/files/binaayat.pdf.
  • 12. 12 3- Harris Fadzilah Kassim ( 2002 ).Masalah menulis karangan di kalangan pelajar- pelajar tingkatan empat. Kertas Projek yang dikemukakan kepada Universiti Malaya sebagai memenuhi sebahagian daripada keperluan Ij azah Sarjana Pendidikan. Diperoleh pada 3 Mac 2010 dan dipetik daripada jurnal http://apps.emoe.gov.my/ipba/ResearchPaper/IPBAProsiding2005.pdf 4- Hartini Binti Hussin ( 2005 ). Meningkatkan kemahiran merumus karangan bahasa Melayu dalam kalangan murid tahun enam melalui permainan padanan kad. Prosiding Seminar PenyelidikanPendidikan IPBA 2005. Diperoleh pada13 Febuari 2010 dan dipetikdaripadahttp://www.arjpnj.com/ktindak/index.php?option=com_content&view =article&id=55:meningkatkan-kemahiran-membina-ayat-mudah,pdf 5- Zalinawati Othman ( 2006 ). Meningkatkan kemahiran membina ayat mudah dalam penulisan bahasa Inggeris menggunakan Little Book. Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor 2006 Sekolah Rendah.Diperoleh pada 3 Febuari 2010 daripada http://www.arjpnj.com/ktindak/files/littlebook.pdf