B) laporan kajian tindakan

14,895 views

Published on

0 Comments
10 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
14,895
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
78
Actions
Shares
0
Downloads
819
Comments
0
Likes
10
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

B) laporan kajian tindakan

  1. 1. Kajian Tindakan Dalam Pendidikan KPR 4063 KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN LAPORAN KAJIAN TINDAKAN: PENGGUNAAN AKRONIM UNTUK MENINGKATKAN PENGINGATAN FAKTA SEJARAH BAGI PELAJAR TINGKATAN DUA NAMA AHLI: MUSLIZAIRA MUSTAPHA L20111006506 ZUZAN MICHAEL JAPANG L20111006574 RUZAINI SHAMSUDIN L20111006493 NURRULAISYAH BAHAROM L20111006551 KUMPULAN: B NAMA PENSYARAH: PROF MADYA DR ABD LATIF BIN HJ GAPOR TARIKH: 26 September 2011 1
  2. 2. Kajian Tindakan Dalam Pendidikan TAJUK KAJIAN: PENGGUNAAN AKRONIM UNTUK MENINGKATKAN PENGINGATAN FAKTA SEJARAH BAGI PELAJAR TINGKATAN DUANama dan Ahli Jawatankuasa PengkajiKertas kerja ini dikemukan oleh para pelajar Diploma Pendidikan Universiti Sultan Idrisuntuk Kursus Kajian Tindakan dalam Pendidikan.Nama-nama jawatankuasa adalah: 1. MUSLIZAIRA MUSTAPHA L20111006506 2. ZUZAN MICHAEL JAPANG L20111006574 3. RUZAINI SHAMSUDIN L20111006493 4. NURRULAISYAH BAHAROM L20111006551 2
  3. 3. Kajian Tindakan Dalam Pendidikan PENGHARGAANKami ingin mengucapkan syukur kepada Tuhan kerana dengan izin-Nya, kajian tentangMeningkatkan Penguasaan Fakta bagi Matapelajaran Sejarah dikalangan PelajarTingkatan 2 dengan Menggunakan Kaedah Akronim dapat disiapkan tepat pada masanya.Dalam menyiapkan laporan kajian ini kami telah mendapat sokongan dan bantuandaripada pelbagai pihak.Pertama sekali, kami ingin menyampaikan penghargaan yang setinggi-tingginya kepadaProfesor Madya Abdul Latif bin Haji Gapor, pensyarah dan juga penyelia bagi kursusKPR 4063 Kajian Tindakan dalam Pendidikan, Universiti Pendidikan Sultan Idris keranamemberi bimbingan dan tunjuk ajar yang sangat berharga semasa membuat kajian ini.Kami juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi dan terima kasih kepada EncikShamsudin bin Abdul Rahman selaku pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Tapu,Terengganu kerana telah memberi kami kerjasama dan informasi sepanjang kajian inidilakukan.Tidak lupa juga untuk mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua pelajarTingkatan 2 TASS dan guru-guru yang terlibat di SMK Tabu, Terengganu keranamemberi sepenuh kerjasama dan komitmed sepanjang kajian ini dijalankan.Tidak ketinggalan juga penghargaan untuk rakan-rakan di Kumpulan B DiplomaAmbilan Julai 2011 yang turut sama membantu dari segi memberi tunjuk ajar dan ideadalam usaha untuk kami.Sekian, terima kasih. 3
  4. 4. Kajian Tindakan Dalam Pendidikan ABSTRAKKajian ini dijalankan untuk meningkatkan penguasaan fakta bagi matapelajaran Sejarahdalam kalangan pelajar Tingkatan 2 Sekolah Menengah Kebangsaan Tapu, Terengganu.Kaedah yang digunakan ialah teknik akronim. Seramai 30 orang pelajar Tingkatan 2TASS 1 telah dipilih sebagai responden kajian ini. Tinjauan awal telah dilakukan melaluisoalan soalselidik dan juga ujian pra. Hasil kajian menunjukkan pelajar-pelajar kurangmengingati fakta dalam matapelajaran Sejarah. Kesukaran mengingat fakta menyebabkanpelajar tidak dapat menjawab ujian dengan baik. Oleh itu, suatu perancangan tindakantelah dilakukan bagi meningkatkan kemahiran mengingati fakta sejarah denganmemperkenalkan teknik akronim. Kajian ini dijalankan semasa waktu pengajaran danpembelajaran sejarah. Maklumat yang diperoleh menunjukkan peningkatan daripada segiminat, sikap dan pencapaian murid dalam menjawab soalan sejarah dengan menggunakankaedah ini. Setelah kajian tindakan dilakukan, keputusan ujian pos menunjukkanpeningkatan prestasi kesemua pelajar sasaran kajian. Secara keseluruhan, teknik akronimmemberi sumbangan dalam meningkatkan pencapaian pelajar dalam mata pelajaransejarah 4
  5. 5. Kajian Tindakan Dalam Pendidikan1.0 LATAR BELAKANG KAJIANMatapelajaran Sejarah merupakan mata pelajaran yang paling penting dan jugamatapelajaran wajib lulus.Matapelajaran Sejarah juga dapat menerapkan nilai-nilaipatriotisme dalam kalangan pelajar. Pembelajaran Sejarah juga dapat meningkatkanpengetahuan pelajar mengenai asal-usul Malaysia dan dapat memberi iktibar daripadaperistiwa-peristiwa lampau. Lantaran itu, matapelajaran Sejarah dianggap sebagai wadahuntuk menyuntik semangat kebangsaan dalam diri pelajar.Secara rasionalnya kajian ini dijalankan adalah kerana pelajar sukar untuk mengingatifakta-fakta dalam matapelajaran Sejarah sekaligus memberi kesan kepada keputusanujian atau peperiksaan mereka. Ini akan memberi impak yang negatif terhadap pelajardan sekolah itu sendiri. Apabila kajian ini dibuat secara rasionalnya dapat membantupihak sekolah dalam membendung masalah ini agar semua pihak terlibat agar sedarbetapa pentingnya peningkatan pencapaian matapelajaran Sejarah.2.0 PERNYATAAN MASALAHMatapelajaran Sejarah Tingkatan Dua merupakan kesinambungan daripada matapelajaranSejarah Tingkatan Satu yang banyak berhubungkait tentang negara kita iaitu Malaysia.Matapelajaran sejarah sendiri mempunyai banyak fakta seperti tarikh-tarikh penting dantokoh-tokoh yang terlibat dan ini memerlukan pelajar untuk mengingati fakta-faktatersebut.Masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar ialah kesukaran mengingati fakta sejarah.Mereka tidak dapat menyatakan serta menghuraikan fakta sejarah yang dikehendaki olehsesuatu soalan. Hal ini demikian kerana mereka tidak dapat mengingati dan menguasaifakta sejarah dengan baik. Disebabkan masalah ini, teknik akronim telah diperkenalkankepada pelajar-pelajar untuk mengingati dan menguasai fakta sejarah sesuatu topik.Sekiranya kajian ini berjaya, maka guru-guru akan menggunakan kaedah ini untukmengajar pelajar-pelajar mengingati dan menguasai fakta sejarah dengan mudah. 5
  6. 6. Kajian Tindakan Dalam Pendidikan3.0 OBJEKTIF KAJIAN (Am dan Khusus)Kajian ini diharapkan akan dapat mencapai objektif di bawah:3.1 Objektif AmMenimbulkan minat pelajar-pelajar terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran sejarah3.2 Objektif Khusus1. Meningkatkan daya ingatan pelajar dalam mengingati fakta-fakta Sejarah2. Membantu pelajar menguasai teknik kemahiran belajar.3. Menarik minat pelajar terhadap mata pelajaran sejarah4. Meningkatkan peratus pelajar mendapat markah yang baik dalam subjek Sejarah4.0 KUMPULAN SASARANKajian ini melibatkan 30 orang pelajar ( responden ) yang telah dipilih di kalanganpelajar Tingkatan 2 TASS 1. Mereka terdiri daripada 13 orang responden lelaki dan 17orang responden perempuan.5.0 PERLAKSANAAN KAJIANPada 18 Ogos 2011 kami telah menjalankan kaji selidik dengan menggunakan borangsoal selidik untuk mendapatkan sedikit maklumat ( lihat lampiran ). Jawapan yang kamimahukan daripada pelajar ialah pilihan jawapan objektif iaitu pelajar cuma perlumenjawab sama ada soalan 1 dan soalan 2. Soalan yang diberikan dalam kaji selidiktersebut bertumpu kepada tiga bahagian:a. Genderb. Kenapa pelajar mampu mengingati fakta dalam matapelajaran Sejarah?c. Kenapa pelajar tidak mampu mengingati fakta dalam matapelajaran Sejarah?Kami juga mengadakan Ujian Pra dimana pelajar diminta untuk menjawab 10 soalandaripada Bab 4 Sejarah Tingkatan 2. Keesokkan harinya pula kami mengadakan UjianPos. 6
  7. 7. Kajian Tindakan Dalam PendidikanDibawah adalah jadual pelaksanaan kajian dan kos kajian sepanjang kajian ini dilakukan:Jadual Perlaksanaan Kajian Aktiviti Tarikh PelaksanaanMesyuarat Jawatankuasa 27 Julai 2011Penulisan Kertas Cadangan 3 Ogos 2011Mesyuarat Perancangan 8 Ogos 2011Mesyuarat Pembinaan Soal Selidik, Ujian Pos, Ujian Pra, 12 Ogos 2011PemerhatianPelaksanaan Soal Selidik 18 Ogos 2011Pelaksanaan Data Ujian Pra 18 Ogos 2011Analisis Data dari Soal Selidik 19 Ogos 2011Analisis Data dari Ujian Pra dan Pemerhatian 19 Ogos 2011Pelaksaan Data Ujian Pos 20 Ogos 2011Refleksi dan Penilaian 24 Ogos 2011Penulisan Laporan Kajian 1 September 2011Pemurnian Laporan Kajian 16 September 2011 Jadual 1: Jadual Perlaksanaan KajianKos Kajian Bil Jenis Bahan Kuantiti x harga seunit Jumlah kos 1. Kertas A4 1 x RM7.00 RM 7.00 2. Print RM0.10 x Set RM 7.50 3. Fotokopi bahan RM 5.00 JUMLAH RM 19.50 Jadual 2: Kos Kajian6.0 TINJAUAN MASALAHSebelum meneruskan langkah-langkah dalam menjalankan kajian, tinjauan masalahyangdikenalpasti akan dijalankan bagi tujuan untuk memahami dengan lebih mendalammasalah tersebut. Tinjauan dilakukan dengan mengutip data seperti yang berikut: 7
  8. 8. Kajian Tindakan Dalam Pendidikan6.1 Soal selidikBorang soal selidik disediakan dan diedarkan kepada pelajar-pelajar untuk mengetahuimaklumat yang berkaitan dengan mata pelajaran sejarah. Borang ini diisi oleh pelajar-pelajar secara jujur dan tertutup bagi mendapatkan maklumat yang sebenar.6.2 Rekod markah ujian bulananPenyelidik telah mendapatkan rekod markah ujian bulanan yang lepas bagi subjekSejarah daripada guru pendidikan Bahasa Inggeris. Tujuan rekod markah ujian ini adalahuntuk melihat pencapaian pelajar sebelum ini, dan bagi mengesahkan kebanyakkanpelajar tidak mendapat markah tinggi pada ujian Sejarah pada ujian bulanan danpeperiksaan pertengahan tahun.6.3 Soalan-soalan UjianDaya ingatan responden diuji melalui ujian pra dan ujian pos.Sebanyak 5 soalan dari Bab 4 Kekayaan Ekonomi Sarawak Mendorong PenjajahanKeluarga Brooke akan diuji ke atas responden. Soalan ini akan digunakan sebagai ujianpra dan ujian pos. Tempoh masa yang digunakan untuk menguji ujian pra tersebut ialahselepas selesai proses pengajaran Bab 4 dijalankan. Ujian pra akan diberikan kepadaresponden terlebih dahulu bagi mengetahui tahap ingatan mereka terhadap isi pelajaranyang baru disampaikan. Setelah itu pelajar-pelajar akan diterangkan cara membuatkaedah Akronim. Sehari selepas responden didedahkan dengan teknik akronim ini,pelajar-pelajar akan diuji kembali dengan ujian pos iaitu soalan yang sama digunakanpada ujian pra sebelumnya. Hasil dapatan itu membolehkan kami menilai sejauh manakeberkesanan system pembelajaran menggunakan kaedah Akronim ke atas pelajartersebut.6.4 PemerhatianPemerhatian akan dilakuakan ke atas tingkah laku murid semasa proses pengajaran danpembelajaran (P&P) berlangsung sebelum dan selepas kajian. 8
  9. 9. Kajian Tindakan Dalam Pendidikan7.0 ANALISIS TINJAUAN MASALAH7.1 Soal SelidikBerikut adalah dapatan soal selidik yang telah dijalankan.NO PERKARA BILANGAN PELAJAR (ORANG)1 Jantina Lelaki : 13 orang Perempuan : 17 orang Jadual 3: Soal Selidik Tentang Maklumat Peribadi PelajarUntuk soal selidik seterusnya, pelajar-pelajar hanya diminta untuk memilih danmenjawab salah satu soalan sama ada Soalan 1 atau Soalan 2 Soalan 1 (Bilangan Pelajar Kumpulan Sasaran/orang)Jawapan Kenapa anda mampu mengingati fakta dalam subjek Sejarah Perempuan Lelakia) kerana subjek Sejarah adalah subjek 1 4wajib lulusb) kerana minat dengan subjek Sejarah 0 1c) personaliti dan cara penyampaianguru yang mengajar menarik dan 1 0mudah difahamid) ingin menambah ilmu pengetahuan 4 2e) lain-lain 0 0 Jadual 4: Soal Selidik Tentang Kemampuan Pelajar Mengingati Fakta Sejarah Soalan 2 (Bilangan Pelajar Kumpulan Sasaran/orang)Jawapan Kenapa anda tidak mampu mengingati fakta dalam subjek Sejarah Perempuan Lelakia) kerana subjek Sejarah tidak menarik 4 1b) guru tidak pandai mengajar 0 0c) subjek Sejarah membosankan 2 3d) tidak minat subjek Sejarah 9 3e) lain-lain 1 0 9
  10. 10. Kajian Tindakan Dalam Pendidikan Jadual 5: Soal Selidik Tentang Ketidakmampuan Pelajar Mengingati Fakta SejarahBerdasarkan maklumat yang diperoleh daripada soal selidik, didapati keputusan ujianbulanan kumpulan sasaran adalah kurang memuaskan iaitu 17 orang pelajar mendapatmarkah antara 0% hingga 39% pada bulan April manakala 11 orang mendapat markahantara 0% hingga 39% pada bulan Jun. (Jadual 1)Selain itu, seramai 12 orang pelajar mengatakan tidak meminati subjek sejarah.(Jadual 3)Di samping itu, terdapat 6 orang pelajar mengatakan mereka mampu mengingati faktaSejarah kerana ingin menambahkan ilmu pengetahuan. (Jadual 2)7.2 Rekod markah ujian bulananNO PERKARA BILANGAN PELAJAR (ORANG)1 Keputusan Ujian Bulanan 0%-39% : 10 0%-39% : 7 Matapelajaran Sejarah : April 40%-59% : 1 40%-59% : 9 60%-79% : 0 60%-79% : 1 80%-100% : 2 80%-100% : 02 Keputusan Ujian Bulanan 0%-39% : 4 0%-39% : 7 Matapelajaran Sejarah : 40%-59% : 7 40%-59% : 6 Pertengahan Tahun 60%-79% : 1 60%-79% : 4 80%-100% : 1 80%-100% : 0 Jadual 6: Keputusan Ujian bagi Matapelajaran Sejarah7.3 Ujian PraHasil dapatan daripada ujian pra dapat dikelaskan seperti jadual di bawah. Markah (%) Bilangan Pelajar (orang) 0% - 39% 13 40% - 59% 10 60% - 79% 5 80% - 100% 2 Jumlah 30 Jadual 7: Pencapaian Pelajar Dalam Ujian Pra 10
  11. 11. Kajian Tindakan Dalam PendidikanBerdasarkan keputusan ujian pra, didapati seramai 2 orang pelajar mendapat markahantara 80% hingga 100%. Pelajar ini didapati meminati topik yang dikemukakan dantopik ini mudah diingati. Melalui ujian ini juga didapati responden tidak dapatmengingati sepenuhnya fakta walaupun bab tersebut baru sahaja dipelajari. Sebanyak 10soalan yang diberikan, responden hanya mampu mengingati separuh sahaja.7.4 PemerhatianBerdasarkan pemerhatian yang dibuat sepanjang proses pengajaran dan pembelajaranyang lalu, kami dapati pelajar-pelajar Tingkatan 2 Tass sukar untuk mengingati tajuk danhuraian yang diajar serta mempunyai masalah dalam mengingati fakta.8.0 TINDAKAN YANG DIJALANKANSebanyak tiga strategi yang telah dirancang dalam kajian ini untuk membantu pelajarmengingati fakta-fakta sejarah dalam Bab 4 itu. Antara aktiviti-aktivitnya ialah:Aktiviti 1: Mengimbas masalah pelajar Aktiviti ini dijalankan oleh kami bersama-sama guru Sejarah itu sendiri pada waktu pengajaran dan pembelajaran. Semua pelajar akan memulakan sesi dengan soal selidik. Pemerhatian juga dilakukan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran ini. Ujian pra sebanyak 5 soalan mengenai tajuk yang akan diajar diadakan selepas proses pengajaran dan pembelajaran sebenar untuk mengetahui tahap dan masalah pelajar selama 15minit.Aktiviti 2: Kaedah akronim Dalam aktiviti ini, kami menerangkan kepada pelajar pelajar tentang kaedah akronim. Akronim ialah sesuatu teknik yang dapat membantu pelajar mengingat fakta sejarah yang sukar.Akronim ialah teknik yang terbaru bagi membantu pelajar menghafal fakta sejarah dengan senang, mudah dan lebih lama. Sebagai contoh: 11
  12. 12. Kajian Tindakan Dalam Pendidikan Sejarah Tingkatan Tiga Bab 1 - Pendudukan Jepun di negara kita Akronim cara kemaraan Jepun:- Tok- Kapal terbang Kadi- Kereta kebal Bagi- Bot Basikal- Basikal Pelajar hanya perlu membuat akronim mengikut kreativiti mereka dan menghafal akronim yang disediakan. Kajian telah menunjukkan bahawa teknik ini dapat pelajar menghafal isi penting untuk tempoh yang lebih lama, mudah dan cepat.Aktiviti 3: Ujian pengesahan pengingatan fakta Setelah pelajar selesai menghafal fakta menggunakan kaedah akronim, ujian pos dijalankan untuk menguji tahap daya ingatan pelajar. Set soalan yang sama seperti ujian pra diedarkan kepada pelajar. Pelajar hanya diminta menjawab soalan selama 15 minit. Kemudian kami menyemak jawapan bersama pelajar.Berdasarkan pemerhatian yang dibuat pelajar-pelajar dalam kumpulan sasaran ini dapatmenjawab dan mengingati fakta menggunkan kaedah akronim dalam masa yangditetapkan. Mereka juga bersemangat semasa menjawab soalan pos kerana mereka sudahboleh mengingati fakta-fakta dalam bab tersebut.Instrumen yang digunakan dalam penghasilan dapatan kajian ini ialah soalan ujian pradan pos dan borang soal selidik dan rekod ujian bulanan pelajar.9.0 PERLAKSANAAN TINDAKAN DAN PEMERHATIANKaedah Akronim diperkenalkan kepada responden setelah mereka menajalani ujian pra.Penerangan mengenai kaedah Akronim dalam mengingati fakta Sejarah diberikan kepadapelajar-pelajar dengan jelas. Pelajar-pelajar dikehendaki mengingati fakta Sejarah dalam 12
  13. 13. Kajian Tindakan Dalam PendidikanBab 4 dengan menggunakan kaedah akronim. Pemantauan dilakukan sepanjang prosesmengingati fakta sejarah dengan menggunakan kaedah Akronim tersebut dilaksanakan.Tempoh yang diberikan kepada pelajar-pelajar untuk mengingati fakta Sejarah dalam Bab4 dengan menggunakan kaedah Akronim adalah selama satu hari sehaja. Dalam tempohtersebut pelajar-pelajar dikehendaki menggunapakai kaedah Akronim untukmengulangkaji Bab 4. Setelah itu pelajar-pelajar akan diuji dengan ujian pos iaitu soalanyang sama yang telah digunakan dalam ujian pra. Hasil daripada ujian ini akanmenerangkan sejauhmana keberkesanan kaedah Akronim dalam mengingati faktaSejarah.Sepanjang pelaksanaan sistem ini didapati pelajar menggunakan kreativiti mereka dalammengingati fakta Sejarah dengan menggunakan kaedah Akronim. Namun ada sebahagianpelajar yang mengingati fakta Sejarah dengan menggunakan kaedah Akronim secara alakadar sahaja.10.0 PENILAIAN DAN REFLEKSI KAJIANKeberkesanan sistem pembelajaran menggunakan kaedah Akronim ini dapat dilihatdaripada dapatan ujian pos yang telah dijalankan. Jika dibuat perbandingan antara ujianpra dan ujian pos, didapati bahawa telah berlaku peningkatan dari segi markah pararesponden.Untuk markah antara 80% hingga 100% telah mengalami peningkatansebanyak dua pelajar. Untuk markah 0% hingga 39% telah mengalami penurunansebanyak tujuh orang. Markah (%) UJIAN PRA UJIAN POS (bilangan pelajar) (bilangan pelajar) 0% - 39% 13 6 40% - 59% 10 8 60% - 79% 5 12 80% - 100% 2 4 Jumlah 30 30 Jadual 8: Perbandingan Antara Ujian Pra dan Ujian Pos 13
  14. 14. Kajian Tindakan Dalam Pendidikan11.0 KESIMPULANSecara keseluruhan sistem pembelajaran menggunakan Kaedah Akronim berjayamemberikan pelajar-pelajar cara terbaru untuk mereka meningkatkan daya ingatanmereka terhadap fakta-fakta dalam subjek Sejarah. Walaupun tidak semua pelajar dapatmencapai tahap yang baik namun sekurang-kurangnya sistem ini memberi mereka ruangdan peluang untuk menghilangkan penyakit ‘lupa’ mereka dan dapat meningkatkanprestasi mereka dalam subjek Sejarah mahupun subjek-subjek lain juga.Oleh itu, kaedah ini perlu diperkenalkan untuk semua topik dalam sukatan pelajaranSejarah. Sekiranya kaedah ini diaplikasikan, pelajar akan lebih berminat mempelajarimata pelajaran Sejarah seterusnya kualiti jawapan yang diberi oleh pelajar semasamenjawab ujian Sejarah akan meningkat. LAMPIRAN 14
  15. 15. Kajian Tindakan Dalam Pendidikan 15
  16. 16. Kajian Tindakan Dalam PendidikanBIBLIOGRAFIAbdul Rahim Abd. Rashid. 2000. Model dan pendekatan pengajaran sejarah KBSM. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Amir Hasan Dawi. 2009. Sekolah dan Masyarakat. Quantum Books.Kementerian Pendidikan Malaysia. 2002. Huraian sukatan pelajaran pelajaran sejarah Tingkatan Dua. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.Othman Lebar. 2011. KajianTindakan dalam Pendidikan: Teori dan Amalan. Penerbitan Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjong Malim.Taman Timbang, Zamri Mohamod dan Afendi Hamat. 2011. Faktor dan Kesan Masalah Membaca dalam Kalangan Murid Sekolah Rendah Kerajaan di Brunei Darssalam. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, Vol. 1, Bil. 1, 89-107. 16
  17. 17. Kajian Tindakan Dalam PendidikanTan Geok Ling. 2005. Meningkatkan Keupayaan Pelajar Mengingat Fakta Sejarah dengan Menggunakan Kaedah Mneumonik. Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan, 97-107.Zahara Aziz dan Nurliah Jair. 2009. Penggunaan Peta Konsep untuk Meningkatkan Pencapaian Matapelajaran Sejarah Pelajar Tingkatan Dua. Jurnal Pendidikan Malaysia.34(1): 3-15.Zamri Mohamod dan Mohamed Amin Embi. 2005. Strategi Pembelajaran Bahasa Melayu Mengikut Jantina di Luar Kelas. Jurnal Pendidikan, 30, 51-73.Zamri Mohamod dan Nor Razah Lim. 2011. Kepelbagaian Kaedah Penyolan Lisan dalam Pengajaran Guru Bahasa Melayu: Kaedah Pemerhatian. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu. Vol.1, Bil. 1, pg. 51-65. 17

×