SlideShare a Scribd company logo
1 of 50
Download to read offline
JABATAN PERUMAHAN NEGARA
KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN
ARAS 6, BLOK F (UTARA),
PUSAT BANDAR DAMANSARA
50782 KUALA LUMPUR
TEL: 603-2087 4500/4700
FAKS: 603-2093 6982
Jabatan Perumahan Negara
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia
2
Dasar Perumahan Negara
National Housing Policy
3
Selaras dengan Gagasan “1Malaysia: Rakyat Didahulukan,
Pencapaian Diutamakan”, adalah menjadi harapan Kerajaan
membantu golongan yang kurang bernasib baik dan kurang
mampu untuk memiliki tempat tinggal yang selesa.
Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) telah menetapkan
bahawa pembangunan perumahan akan terus diberi penekanan
untuk menyediakan perumahan yang mencukupi dengan
persekitaran yang selamat, sihat dan sejahtera di samping
kemudahan awam yang lengkap dan kemudahan taman rekreasi
yang bermutu.
Justeru itu, sektor swasta diberi kepercayaan untuk memacu
industri perumahan negara. Sektor awam pula akan memberi
kerjasama sebagai pemudahcara yang berkesan untuk
meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan berkaitan
dengan sektor perumahan. Sektor awam juga akan memberi
penekanan terhadap penyediaan perumahan mampu milik untuk
golongan yang berpendapatan rendah.
Pelancaran Dasar Perumahan Negara (DRN) adalah amat
sesuai dan bertepatan dengan cabaran semasa yang dihadapi
oleh industri perumahan. Adalah menjadi harapan Kerajaan
untuk menjadikan DRN sebagai alat berkesan bagi memastikan
keteguhan industri perumahan.
DRN juga akan memberi perhatian terhadap pembangunan yang
seimbang dengan penggunaan konsep pemajuan dan pembinaan
perumahan yang mesra alam serta penggunaan teknologi dan
inovasi baru dalam sektor perumahan.
Dengan pelaksanaan DRN ini, saya percaya, sektor perumahan
akan dapat menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara
secara langsung dan merealisasikan hasrat menjadikan Malaysia
sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun
2020.
Perutusan
Timbalan Perdana Menteri Malaysia
Tan Sri Dato’ Hj. Muhyiddin bin Hj. Mohd. Yassin
Timbalan Perdana Menteri Malaysia
Jabatan Perumahan Negara
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia
4
Perutusan
Menteri Perumahan Dan
Kerajaan Tempatan
Kerajaan komited ke arah memastikan penyediaan rumah
kediaman yang mencukupi, berkualiti dan mampu
dimiliki bagi memenuhi keperluan penduduk yang semakin
bertambah. Komitmen ini dapat dicapai melalui strategi yang
memberi keseimbangan kepada permintaan dan penawaran,
memperkenalkan industri perumahan yang cekap dan mampan
serta menyediakan kemudahan awam dan persekitaran yang
bersih.
Dalam hubungan ini, adalah mustahak bagi Kerajaan dan sektor
swasta bekerjasama untuk mewujudkan industri perumahan
yang berdaya saing dan mampan. Kerjasama ini akan memberi
manfaat kepada pemilik rumah dan juga pemaju perumahan.
Dalam hal ini, pembentukan Dasar Perumahan Negara
(DRN) adalah tepat pada masanya untuk membantu sektor
swasta menyahut seruan Kerajaan bagi mencapai matlamat
menyediakan perumahan yang mencukupi dan mampu dimiliki
bagi kumpulan yang memerlukan.
Untuk memastikan sektor perumahan mencapai kemajuan
yang diharapkan dan menyumbang secara positif kepada
pertumbuhan ekonomi negara secara berterusan, DRN
dijangkakan mampu menyelesaikan masalah dan cabaran yang
berkaitan dengan kualiti pembinaan, isu projek perumahan
terbengkalai, dan keupayaan memiliki atau menyewa rumah
melalui sistem pengagihan yang efektif dalam Program
Perumahan Rakyat (PPR).
Oleh hal yang demikian, adalah diharapkan DRN, dengan­­­­­
enam (6) teras strategik dan dua puluh (20) pernyataan dasar
dapat menyediakan hala tuju yang jelas kepada agensi Kerajaan
di peringkat persekutuan dan negeri dalam perancangan dan
pembangunan sektor perumahan yang maju dan berdaya
saing.
Dato’ Wira Chor Chee Heung
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Dasar Perumahan Negara
National Housing Policy
5
Prakata
Ketua Setiausaha Kementerian
Perumahan Dan Kerajaan Tempatan
Dato’ Ahmad bin Haji Kabit
Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan
Dasar Perumahan Negara (DRN) diwujudkan untuk
menggariskan halatuju serta dijadikan asas dalam
perancangan dan pembangunan sektor perumahan di peringkat
persekutuan, negeri dan tempatan. Matlamat DRN adalah
untuk menyediakan rumah yang mencukupi, selesa, berkualiti,
dan mampu dimiliki bagi meningkatkan kesejahteraan hidup
rakyat.
DRN juga diperkenalkan untuk menangani isu dan cabaran
yang dihadapi oleh industri perumahan pada masa kini. Isu-
isu yang kompleks dan mencabar serta cabaran memerlukan
penyelesaian yang cekap bagi menjamin pertumbuhan industri
yang sihat dan mampan.
Untuk merealisasikan matlamat dan objektif DRN, satu pelan
tindakan akan dibentuk untuk menggariskan langkah-langkah
strategik yang selaras dengan matlamat dan teras DRN.
Kejayaan dalam melaksanakan DRN ini juga memerlukan
kerjasama dan komitmen daripada pelbagai pihak dalam
industri perumahan di negara ini. Sehubungan itu, kerjasama
yang erat di antara sektor awam dan sektor swasta amatlah
penting dalam menangani pelbagai isu dan cabaran yang
dihadapi oleh industri perumahan.
Saya yakin kejayaan pelaksanaan DRN akan dapat
menyumbang sebanyak mungkin kepada pertumbuhan
ekonomi negara walaupun ianya masih dibelenggu dengan
kemungkinan yang tidak pasti pada masa hadapan.
Jabatan Perumahan Negara
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia
6
3	 PERUTUSAN							
	 Timbalan Perdana Menteri Malaysia				
	 Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan	
5	 PRAKATA	
	 Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan 		
	 dan Kerajaan Tempatan					
	
9	 PENGENALAN							
14	 KEPERLUAN DASAR PERUMAHAN NEGARA (DRN)			
16	 ISU-ISU DAN CABARAN DASAR PERUMAHAN
	 NEGARA (DRN)							
24 	 MATLAMAT DASAR PERUMAHAN NEGARA (DRN)		
26 	 OBJEKTIF DASAR PERUMAHAN NEGARA (DRN)			
29 	 TERAS DAN PERNYATAAN DASAR PERUMAHAN
	 NEGARA (DRN)	 						
	 Teras 1						 32
	 Teras 2						 34
	 Teras 3						 36
	 Teras 4						 38	
	 Teras 5						 40
	 Teras 6						 42
46 	 SINGKATAN							
50 	 PENGHARGAAN						
ISI KANDUNGAN
Dasar Perumahan Negara
National Housing Policy
7
Jabatan Perumahan Negara
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia
8
Dasar Perumahan Negara
National Housing Policy
9
Perumahan merupakan salah satu keperluan asas
untuk memastikan kesejahteraan hidup rakyat sentiasa
terpelihara. Sektor pembinaan juga menyumbang kepada
pertumbuhan ekonomi negara yang mempunyai kaitan
secara langsung dengan sektor-sektor lain, termasuk sektor
perkhidmatan dan sektor pembuatan bahan-bahan binaan.
Berdasarkan Laporan Ekonomi Kementerian Kewangan
2010/2011, sektor pembinaan dijangka menyumbang
sebanyak 4.9% daripada jumlah Keluaran Dalam Negeri Kasar
(KDNK) pada tahun 2010.
Oleh itu, Kerajaan perlu terus memberi penekanan terhadap
keperluan penyediaan perumahan yang mencukupi, berkualiti
dan mampu dibeli atau disewa terutamanya bagi memenuhi
keperluan golongan yang disasarkan. Penekanan akan diberi
kepada kesesuaian lokasi serta persekitaran tempat tinggal
yang kondusif selaras dengan Strategi Keempat, Rancangan
Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) bagi memastikan akses
kepada perumahan berkualiti dan mampu milik. Dalam
RMKe-10, Kerajaan telah mensasarkan pembinaan sebanyak
78,000 unit rumah mampu milik bagi memenuhi keperluan
golongan berpendapatan rendah dan untuk penempatan
semula setinggan. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 38,950
unit di bawah Program Perumahan Rakyat (PPR) dan 39,050
unit di bawah program yang berkaitan dengan Kementerian
Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.
Selain daripada itu, sebuah dana berjumlah RM500 juta akan
diperuntukkandibawahRMKe-10bagitujuanmembiayaikerja-
kerja baik pulih dan penyenggaraan rumah mampu milik awam
dan swasta. Dana ini akan diagihkan melalui kaedah geran
sepadan, di mana separuh daripada kos akan disumbangkan
oleh Kerajaan, manakala separuh lagi oleh pihak pengurusan
atau persatuan penduduk rumah berkenaan.
PENGENALAN
Jabatan Perumahan Negara
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia
10
Di bawah Program Transformasi Kerajaan (GTP), Bidang Keberhasilan Utama Negara
(NKRA) iaitu “Mempertingkatkan Taraf Kehidupan Isi Rumah Berpendapatan Rendah” dan
“Mempertingkatkan Infrastruktur Asas Luar Bandar”, Kerajaan telah memutuskan beberapa
langkah drastik diambil untuk mengatasi masalah perumahan, khususnya bagi golongan
miskin dan miskin tegar. Antara langkah-langkah tersebut adalah seperti berikut:
(i)	 Memberikan bantuan untuk meningkatkan hak milik rumah dengan
menawarkan 44,000 unit rumah kos rendah untuk dijual dan disewa melalui
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Perumahan Negara
(JPN);
(ii)	 Menyediakan 50,000 unit rumah baru dan dibaik pulih untuk penduduk miskin
dan miskin tegar luar bandar menjelang 2012, dua pertiga daripadanya di
Sabah dan Sarawak;
(iii)	 Memastikan penerima bantuan yang berkelayakan sahaja menerima bantuan
perumahan. Bakal penerima bagi program perumahan ini dikenalpasti oleh
agensi-agensi peringkat daerah dan negeri serta menerusi portal e-Kasih,
pangkalan data nasional mengenai isi rumah berpendapatan rendah; dan
(iv)	 Menawarkan bantuan kewangan bagi bayaran muka, yuran guaman dan
pinjaman dengan kadar faedah yang rendah untuk isi rumah berpendapatan
rendah yang bukan penerima atau pembeli rumah kos rendah yang
disediakan oleh Kerajaan.
Dasar Perumahan Negara
National Housing Policy
11
Jabatan Perumahan Negara
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia
12
Dasar Perumahan Negara
National Housing Policy
13
Dalam memenuhi keperluan ini, faktor-faktor seperti
kemampuan pembeli, kos pembangunan dan harga jualan
sentiasa mempengaruhi permintaan dan penawaran sektor
perumahan. Berasaskan kepada kedudukan semasa,
pembangunan perumahan banyak tertumpu di kawasan
bandar dan pinggir bandar yang padat dengan penduduk
di mana keupayaan pembeli adalah lebih tinggi dan pasaran
perumahan adalah lebih meluas. Namun, bagi memenuhi
keperluan perumahan masa kini, terutamanya bagi golongan
berpendapatan rendah dan sederhana, Kerajaan dan pihak
swasta haruslah memainkan peranan masing-masing untuk
memenuhi tanggungjawab sosial kepada rakyat.
Bagi pelaksanaan pemajuan perumahan oleh pihak swasta,
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT)
sentiasa mengambil tindakan pemantauan dan penguatkuasaan
di bawah Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan)
1966 [Akta 118] untuk memastikan projek-projek berjalan
lancar dan disiapkan mengikut tempoh yang ditetapkan.
Jabatan Perumahan Negara
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia
14
KEPERLUAN
Dasar Perumahan Negara
Dasar Perumahan Negara
National Housing Policy
15
Dasar Perumahan Negara (DRN) dijadikan
hala tuju dan asas dalam perancangan
dan pembangunan sektor perumahan oleh
semua kementerian, jabatan dan agensi
yang berkaitan di peringkat persekutuan,
negeri dan tempatan serta pihak swasta.
Jabatan Perumahan Negara
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia
16
Bagi memastikan sektor perumahan dalam negara mencapai
pembangunan yang sihat dan terus meyumbang secara
positif kepada pertumbuhan ekonomi negara, pelbagai isu
dan cabaran berkaitan perumahan perlu ditangani dengan
berkesan. Antara isu-isu utama yang dikenalpasti ialah:
(i)	 Kualiti rumah yang dibina;
(ii)	 Projek perumahan terbengkalai;
(iii)	 Kemampuan serta aksesibiliti rakyat 		
	 untuk membeli atau menyewa rumah 		
	 yang disediakan;
(iv)	 Permintaan yang melebihi penawaran
bagi rumah kos rendah dan kos
sederhana;
(v)	 Pembangunan PRMM di lokasi yang
tidak strategik; dan
(vi)	 Isu pengagihan PRMM.
ISU-ISU DAN CABARAN
Dasar Perumahan Negara
Jabatan Perumahan Negara
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia
18
Bagi menangani isu-isu perumahan ini secara menyeluruh, DRN dapat dijadikan
sebagai asas bagi memandu, mengurus dan menyelaras perancangan dan
pembangunan sektor perumahan agar lebih efisien dan sistematik. DRN digubal
dengan tujuan untuk memastikan sektor perumahan dapat mengatasi cabaran-
cabaran yang sedang dan akan dihadapi, serta terus menyumbang kepada
pertumbuhan ekonomi negara pada masa akan datang. Cabaran-cabaran tersebut
antaranya adalah seperti berikut :
(i)	 Penyediaan PRMM masih tidak mencukupi
Pada umumnya, penyediaan rumah oleh sektor swasta telah
dapat memenuhi keperluan golongan berpendapatan tinggi.
Walau bagaimanapun, keperluan perumahan untuk golongan
berpendapatan rendah dan sederhana termasuk orang kelainan
upaya (OKU), warga emas, ibu tunggal dan golongan setinggan
masih belum mencukupi.
Berasaskan permohonan melalui Sistem Pendaftaran Terbuka
(SPT) Berkomputer yang dikendalikan oleh KPKT bagi tempoh
1 Januari 2009 sehingga 31 Ogos 2010, seramai 20,426
orang telah mendaftar untuk memiliki rumah kos rendah di
seluruh negara. Di samping itu, bancian oleh Kerajaan-kerajaan
Negeri sehingga 30 Jun 2010 pula menunjukkan seramai
90,282 keluarga setinggan yang masih belum dipindahkan dan
ditempatkan semula.
(ii)	 Kualiti pembinaan yang rendah
Walaupun pada umumnya kebanyakan rumah yang
didirikan telah mencapai tahap kualiti minimum
yang ditetapkan, masih terdapat pemajuan yang
kurang berkualiti. Penggunaan bahan binaan yang
tidak berkualiti dan kekurangan tenaga mahir dalam
bidang pembinaan merupakan antara faktor utama
yang menyebabkan rumah-rumah yang didirikan
kurang berkualiti serta tidak mengikut piawaian.
Penggunaan teknologi pembinaan terkini yang
masih rendah dan kebergantungan kepada tenaga
kerja asing yang kurang mahir dan murah turut
menjejaskan kualiti pembinaan rumah.
Jabatan Perumahan Negara
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia
20
(iii)	 Kelemahan dalam memastikan pelaksanaan
dan pematuhan sistem penyampaian
perkhidmatan berkaitan perumahan
Sebelum sesuatu projek perumahan
dimulakan, ianya perlu melalui proses
permohonan dan kelulusan di peringkat
pejabat tanah dan PBT. KPKT berperanan
untuk mengeluarkan lesen pemajuan
perumahan serta permit iklan dan jualan
selepas kelulusan kebenaran merancang
dan kelulusan pelan bangunan diperolehi
daripada PBT. Jika berlaku kelemahan dalam
mana-mana peringkat kelulusan, seluruh
proses pemajuan akan lewat dilaksanakan.
Dasar Perumahan Negara
National Housing Policy
21
(iv)	 Kelemahan kawalan, pemantauan dan penguatkuasaan
Terdapat beberapa undang-undang yang terpakai dalam cadangan
pemajuan untuk melaksanakan projek perumahan. Ini termasuklah
Kanun Tanah Negara 1965 (KTN), Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan
dan Pelesenan) 1966 [Akta 118], Akta Kerajaan Tempatan 1976 [Akta
171], Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172], Akta Jalan,
Parit dan Bangunan 1974 [Akta 133] dan peraturan-peraturan tanah di
negeri-negeri. Keperluan pematuhan kepada semua aspek perundangan
dan peraturan ini amat penting untuk difahami dan diikuti bagi
memastikan pelaksanaan projek perumahan dibuat mengikut kelulusan
yang diberikan. Walau bagaimanapun, masih terdapat kekurangan dan
kelemahan pelaksanaan, pemantauan dan penguatkuasaan.
Dari segi pembinaan PRMM, terdapat pelbagai agensi dan badan-badan
tertentu yang terlibat termasuklah Syarikat Perumahan Negara Berhad
(SPNB), badan-badan berkanun, Perbadanan Pembangunan Ekonomi
Negeri (SEDC) dan agensi lain yang berkaitan. Penyelarasan di kalangan
agensi-agensi ini adalah perlu supaya pembinaan dan pengagihan unit-
unit rumah mengikut negeri dapat dilaksanakan dengan lebih terancang,
sistematik dan seimbang. Dalam hubungan ini, DRN mencadangkan
supaya peranan dan kerjasama kesemua agensi dan badan-badan yang
terlibat dipertingkatkan.
Jabatan Perumahan Negara
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia
22
(v)	 Masalah pelaksanaan kuota PRMM
Parapemajuperumahanterikatkepadasyarat-syaratmenyediakanPRMMmengikut
kuota yang ditetapkan oleh Kerajaan-kerajaan Negeri. Walau bagaimanapun, dari
segi pelaksanaan, penetapan kuota didapati tidak seragam dan tidak konsisten
antara negeri-negeri. Para pemaju perumahan pula lebih berminat sekiranya
mereka tidak menanggung bebanan membina PRMM kerana kos pembinaannya
perlu disubsidi daripada penjualan rumah harga sederhana dan tinggi. Di samping
itu, disebabkan siling jualan bagi PRMM telah ditetapkan, penjualan unit-unit PRMM
ini tidak memberi pulangan yang memuaskan.
(vi)	 Peningkatan tahap kemampanan sektor perumahan
Pada masa sekarang, walaupun terdapat usaha yang dilakukan untuk
mempertingkatkan tahap kemampanan sektor perumahan, namun keperluan
untuk memperkemaskannya perlu diteruskan dalam konsep pembangunan yang
seimbang. Dari aspek penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk memantapkan
kualiti dan standard pembinaan perumahan, DRN memberikan penekanan
terhadap penggunaan teknologi dan peralatan terkini seperti penggunaan kaedah
Sistem Pembinaan Berindustri (IBS) serta menggalakkan perkongsian teknologi
dan kepakaran dari luar negara.
Dasar Perumahan Negara
National Housing Policy
23
(vii)	 Persekitaran dan kemudahan sosial
yang kurang kondusif
Sebilangan kawasan perumahan
didapati tidak mempunyai kemudahan
sosial dan perkhidmatan asas
yang lengkap seperti kemudahan
pengangkutan, keselamatan dan
penyenggaraan. DRN mencadangkan
supaya pemajuan perumahan turut
memberi penekanan terhadap
peningkatan tahap kemudahan sosial,
perkhidmatan asas dan persekitaran
yang kondusif. DRN juga menyarankan
supaya program-program kejiranan bagi
menangani isu-isu sosial, keselamatan
awam dan pemuliharaan alam sekitar
juga dipertingkatkan.
Jabatan Perumahan Negara
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia
24
MATLAMAT
Dasar Perumahan Negara
Dasar Perumahan Negara
National Housing Policy
25
Menyediakan perumahan yang
mencukupi, selesa, berkualiti dan
mampu dimiliki bagi meningkatkan
kemapanan hidup rakyat.
Jabatan Perumahan Negara
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia
26
Objektif 1
Objektif 2
Objektif 3
Menyediakan Perumahan yang
Mencukupi dan Berkualiti dengan
Kemudahan yang Lengkap dan
Persekitaran yang Kondusif;
Meningkatkan Keupayaan dan
Aksesibiliti Rakyat bagi Memiliki
atau Menyewa Rumah; dan
Menetapkan Hala Tuju
Kemampanan Sektor Perumahan.
OBJEKTIF
Dasar Perumahan Negara
Dasar Perumahan Negara
National Housing Policy
27
Jabatan Perumahan Negara
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia
28
Dasar Perumahan Negara
National Housing Policy
29
Bagi mencapai objektif-objektif yang ditetapkan, DRN digubal
berasaskan kepada enam (6) teras dan dua puluh (20) pernyataan
dasar.
Teras 1:
Penyediaan Perumahan yang Mencukupi Mengikut
Keperluan Khusus Golongan yang Memerlukannya
Teras 2:
Peningkatan Kualiti dan Produktiviti Pembinaan
Perumahan
Teras 3:
Peningkatan Keberkesanan Pelaksanaan dan
Memastikan Pematuhan Kepada Sistem
Penyampaian Perkhidmatan Berkaitan Perumahan
Teras 4:
Peningkatan Keupayaan Rakyat Bagi Memiliki Rumah
Serta Memperbaiki Akses Kepada Penyewaan Rumah
Teras 5:
Pemampanan Sektor Perumahan
Teras 6:
Peningkatan Tahap Kemudahan Sosial, Perkhidmatan
Asas dan Persekitaran yang Berdaya Huni (Liveable)
TERAS DAN PERNYATAAN
Dasar Perumahan Negara
Jabatan Perumahan Negara
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia
30
Dasar Perumahan Negara
National Housing Policy
31
Jabatan Perumahan Negara
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia
32
TERAS 1:
Penyediaan Perumahan yang Mencukupi Mengikut
Keperluan Khusus Golongan yang Memerlukannya
Rumah merupakan keperluan asas dan selaras dengan “shelter for all”, Kerajaan
komited dalam memastikan bahawa semua rakyat mampu memiliki atau
menyewa rumah. Walau bagaimanapun, keperluan perumahan untuk golongan
yang berpendapatan rendah, iaitu golongan yang mempunyai pendapatan isi
rumah kurang daripada RM2,500 sebulan masih belum mencukupi.
Oleh itu, Kerajaan dan pihak swasta perlu meneruskan usaha penyediaan
Perumahan Rakyat Mampu Milik (PRMM) untuk disewa atau dibeli oleh semua
golongan rakyat, termasuk orang kelainan upaya (OKU), warga emas serta ibu
tunggal. Pelaksanaan rumah-rumah kos sederhana oleh pihak swasta juga
digalakkan bagi memenuhi keperluan golongan berpendapatan sederhana,
iaitu golongan yang mempunyai pendapatan isi rumah antara RM2,500 hingga
RM3,999 sebulan.
Dasar Perumahan Negara
National Housing Policy
33
Tiga pernyataan dasar adalah seperti berikut:
DRN 1.1:	 Peningkatan peranan agensi-agensi Kerajaan di peringkat
negeri selain daripada Kerajaan Persekutuan dan pihak
swasta dalam meneruskan usaha penyediaan PRMM
untuk disewa atau dimiliki;
DRN 1.2:	 Penyediaan perumahan untuk semua golongan
rakyat terutamanya rumah kos rendah bagi golongan
berpendapatan rendah dan menggalakkan penyediaan
rumah kos sederhana untuk golongan berpendapatan
sederhana; dan
DRN 1.3:	 Kerajaan Negeri diberi fleksibiliti dalam penentuan kuota
Rumah Kos Rendah (RKR) yang perlu dibina dalam projek
pemajuan bercampur mengikut kesesuaian lokasi dan
permintaan.
Jabatan Perumahan Negara
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia
34
TERAS 2:
Peningkatan Kualiti dan Produktiviti Pembinaan Perumahan
Walaupun pada umumnya kebanyakan rumah yang didirikan
telah mencapai tahap kualiti minimum yang ditetapkan, masih
terdapat pemajuan yang tidak mematuhi piawaian yang
ditetapkan dan menyebabkan kualiti pembinaan rumah adalah
rendah. Penggunaan bahan binaan yang tidak berkualiti dan
kekurangan tenaga mahir dalam bidang pembinaan serta
kebergantungan kepada tenaga kerja asing yang tidak terlatih
juga merupakan antara faktor utama yang menyebabkan rumah
yang didirikan kurang berkualiti serta tidak mengikut piawaian.
DRN menggariskan usaha-usaha untuk meningkatkan kualiti
dan produktiviti pembinaan perumahan dengan menggalakkan
penggunaan tenaga kerja mahir dan terlatih yang bertauliah,
penggunaan piawaian kualiti minimum pembinaan dan
penggunaan bahan-bahan binaan tempatan yang berkualiti.
Dasar Perumahan Negara
National Housing Policy
35
Tiga pernyataan dasar adalah seperti berikut:
DRN 2.1:	 Penggunaan tenaga kerja mahir dan terlatih yang bertauliah
bagi kerja-kerja pembinaan bangunan bagi meningkatkan
kualiti rumah melalui sistem akreditasi yang telah diiktiraf;
DRN 2.2:	 Penetapan standard kualiti dan spesifikasi minimum
perumahan; dan
DRN 2.3:	 Peningkatan penggunaan bahan-bahan binaan tempatan.
Jabatan Perumahan Negara
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia
36
TERAS 3:
Peningkatan Keberkesanan Pelaksanaan dan Memastikan
Pematuhan Kepada Sistem Penyampaian Perkhidmatan Berkaitan
Perumahan
Pematuhan kepada semua aspek perundangan dan
peraturan yang berkaitan dengan pemajuan perumahan
adalah amat penting bagi memastikan projek perumahan
dilaksanakan secara teratur, mengikut jadual pelaksanaan
dan spesifikasi yang ditetapkan. Sekiranya undang-
undang, dasar dan peraturan tidak dilaksanakan dengan
berkesan, ianya akan menjejaskan sistem penyampaian
sektor perumahan.
Melalui DRN, penyelarasan dan pelaksanaan dasar
yang melibatkan pelbagai agensi akan dipertingkatkan.
Sementara itu, keupayaan dan kecekapan sistem
penyampaian perumahan juga akan dipertingkatkan
melalui pemantauan, penguatkuasaan undang-undang
yang berkesan dan pelaksanaan kaedah-kaedah baru
yang telah diperkenalkan seperti pelaksanaan Pusat
Sehenti (OSC), Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC)
dan konsep Bina Kemudian Jual (BKJ). Di samping itu,
untuk mengatasi masalah yang dihadapi dalam sektor
perumahan mengenai pembinaan, penjualan dan
penyenggaraan RKR awam, hanya satu agensi Kerajaan
Persekutuan akan dipertanggungjawabkan.
Dasar Perumahan Negara
National Housing Policy
37
Lima pernyataan dasar adalah seperti berikut :
DRN 3.1:	 Penyediaan, pengemaskinian dan
penguatkuasaan perundangan, peraturan-
peraturan dan garis panduan yang berkaitan
dengan sektor perumahan;
DRN 3.2:	 Peningkatan sistem penyampaian
perkhidmatan Kerajaan berkaitan dengan
perumahan melalui penyelarasan dasar dan
pelaksanaan yang melibatkan pelbagai agensi;
DRN 3.3:	 Penggalakan kaedah BKJ dalam sistem
penyediaan perumahan;
DRN 3.4:	 Peningkatan hubungan dan kerjasama di
kalangan pihak Kerajaan, swasta dan badan-
badan profesional dalam sektor perumahan;
dan
DRN 3.5:	 Program-program perumahan awam di
peringkat persekutuan dipertanggungjawab-
	 kan kepada hanya satu agensi persekutuan
yang akan merancang, melaksana, menjual/
menyewa dan menyenggara perumahan
awam. Di peringkat negeri pula, ianya akan
terus dipertanggungjawabkan melalui agensi-
agensi di bawahnya.
Jabatan Perumahan Negara
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia
38
TERAS 4:
Peningkatan Keupayaan Rakyat bagi Memiliki Rumah serta
Memperbaiki Akses Kepada Penyewaan Rumah
Dalam memenuhi keperluan perumahan bagi golongan
berpendapatan rendah dan sederhana, faktor-faktor seperti
kemampuan pembeli, kos pembangunan dan harga jualan
sentiasa mempengaruhi kedudukan permintaan dan penawaran
sektor perumahan. Berasaskan kepada kedudukan semasa,
pembangunan perumahan banyak tertumpu di kawasan bandar
dan pinggir bandar yang padat dengan penduduk di mana
keupayaan pembeli adalah lebih tinggi dan pasaran perumahan
adalah lebih meluas. Bagi mengimbangi keperluan perumahan
masa kini, terutamanya bagi golongan berpendapatan rendah
dan sederhana, pihak Kerajaan dan swasta perlu memainkan
peranan masing-masing untuk memenuhi tanggungjawab
sosial kepada rakyat. Melalui DRN, pendekatan komprehensif
dan menyeluruh diperkenalkan untuk meningkatkan aksesibiliti
rakyat bagi memiliki atau menyewa rumah yang disediakan.
Dasar Perumahan Negara
National Housing Policy
39
Tiga pernyataan dasar adalah seperti berikut:
DRN 4.1:	 Penentuan paras harga rumah serta
pengawalan terhadap pemilikan dan
penjualan Rumah Kos Rendah (RKR) bagi
tujuan mengelakkan spekulasi;
DRN 4.2:	 Penentuan kadar sewa RKR awam yang
realistik; dan
DRN 4.3:	 Menyedia dan mempertingkatkan
kemudahan pembiayaan untuk membeli
rumah bagi golongan berpendapatan
rendah.
Jabatan Perumahan Negara
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia
40
TERAS 5:
Pemampanan Sektor Perumahan
Melalui DRN, usaha untuk meningkatkan kemampanan sektor
perumahan dilaksanakan melalui pelbagai usaha oleh pihak Kerajaan
dan pihak swasta. Antara perkara yang diberi penekanan ialah
pelaksanaan pembangunan yang seimbang dan penggunaan
konsep pemajuan dan pembinaan rumah yang mesra alam dengan
penggunaan teknologi dan inovasi baru. Penekanan diberikan
terhadap pelaksanaan konsep teknologi hijau (green technology) yang
dapat membantu memelihara alam sekitar dalam konteks kecekapan
penggunaan tenaga dan sumber, khususnya dalam reka bentuk
bangunan, penggunaan bahan-bahan kitar semula dan pembangunan
bangunan pintar (smart building). Secara tidak langsung, ini akan
meningkatkan lagi kualiti kehidupan di samping memelihara alam
sekitar.
Tiga pernyataan dasar adalah seperti berikut:
DRN 5.1:	 Peningkatan penggunaan teknologi
baru, inovasi dan penyediaan
perumahan yang mesra alam;
DRN 5.2:	 Peningkatan usaha penyelidikan dan
pembangunan (R&D) dalam sektor
perumahan; dan
DRN 5.3:	 Penggalakan pembaharuan bandar
(urban renewal) dan pembangunan
semula bangunan lama selaras
dengan matlamat Kerajaan
bagi tujuan pemuliharaan dan
pemeliharaan.
Dasar Perumahan Negara
National Housing Policy
41
Jabatan Perumahan Negara
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia
42
TERAS 6:
Peningkatan Tahap Kemudahan Sosial, Perkhidmatan Asas
dan Persekitaran Yang Berdaya Huni (Liveable)
Sebilangan kawasan perumahan didapati masih belum dilengkapi
dengan kemudahan sosial dan perkhidmatan asas yang
sempurna seperti kemudahan pengangkutan, keselamatan dan
penyenggaraan. Memandangkan perumahan adalah aspek yang
penting bagi membentuk kesejahteraan rakyat dan masyarakat
bersepadu, DRN mencadangkan supaya selain menyediakan
perkhidmatan asas, pendekatan perancangan pembangunan yang
seimbang hendaklah diamalkan dengan memasukkan elemen
kemudahan sosial, pembentukan persekitaran yang kondusif serta
berdaya huni (liveable) termasuk pelaksanaan konsep Bandar
Selamat dan pembangunan komuniti (community building).
Dasar Perumahan Negara
National Housing Policy
43
Tiga pernyataan dasar adalah seperti berikut :
DRN 6.1:	 Penyediaan perumahan yang lengkap dan
pembangunan yang mampan dengan kemudahan
dan perkhidmatan asas mengikut piawaian dan
keperluan semasa serta keperluan-keperluan sosial
bagi mewujudkan persekitaran yang kondusif;
DRN 6.2:	 Pemantapan mekanisme pengurusan dan
penyenggaraan bangunan berstrata dan harta
bersama yang efisien; dan
DRN 6.3:	 Pelaksanaan konsep Bandar Selamat yang berkaitan
dengan kawasan perumahan.
Jabatan Perumahan Negara
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia
44
Dasar Perumahan Negara
National Housing Policy
45
Jabatan Perumahan Negara
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia
46
Akta 118	 :	 Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan 		
			 Pelesenan)1966
Akta 133	 :	 Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974
Akta 171	 :	 Akta Kerajaan Tempatan 1976			
	
Akta 172	 :	 Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976	
				
BKJ		 :	 Bina Kemudian Jual	
CCC		 :	 Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan		
DBKL		 :	 Dewan Bandaraya Kuala Lumpur		
DRN		 :	 Dasar Perumahan Negara		
					
GTP		 :	 Program Transformasi Kerajaan		
IBS		 :	 Sistem Pembinaan Berindustri			
		
IPT		 :	 Institusi Pengajian Tinggi				
		
JPN		 :	 Jabatan Perumahan Negara			
			
KDNK		 :	 Keluaran Dalam Negeri Kasar	
KPKT		 :	 Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
KTN		 :	 Kanun Tanah Negara 1965			
		
NGO		 :	 Badan-Badan Bukan Kerajaan			
		
NKRA		 :	 Bidang Keberhasilan Utama Negara		
		
OKU		 :	 Orang kelainan upaya				
		
OSC		 :	 Pusat Sehenti (One Stop Center)	
PBT		 :	 Pihak Berkuasa Tempatan	
PRMM		 :	 Perumahan Rakyat Mampu Milik	
R&D		 :	 Penyelidikan dan pembangunan			
	
RKR		 :	 Rumah Kos Rendah	
					
RMK-10		 :	 Rancangan Malaysia Kesepuluh			
		
SEDC		 :	 Perbadanan Pembangunan Ekonomi Negeri	
	
SPNB		 :	 Syarikat Perumahan Negara Berhad
				
SPT		 :	 Sistem Pendaftaran Terbuka
SINGKATAN
Dasar Perumahan Negara
National Housing Policy
47
Jabatan Perumahan Negara
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia
48
Dasar Perumahan Negara
National Housing Policy
49
Jabatan Perumahan Negara
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia
50
Jabatan Perumahan Negara (JPN), Kementerian Perumahan
dan Kerajaan Tempatan (KPKT) merakamkan setinggi-
tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak
yang terlibat sama ada di peringkat persekutuan, negeri dan
tempatan dalam memberikan kerjasama dan sumbangan bagi
menjayakan penyediaan Dasar Perumahan Negara (DRN).
Penghargaan juga ditujukan khas buat wakil-wakil daripada
Badan-Badan Profesional, Institusi Pengajian Tinggi, Badan-
Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan individu yang terlibat secara
langsung atau tidak langsung dalam penyediaan DRN ini.
PENGHARGAAN

More Related Content

Viewers also liked

Pemantauan tingkah laku golongan profesional
Pemantauan tingkah laku golongan profesionalPemantauan tingkah laku golongan profesional
Pemantauan tingkah laku golongan profesionalNizam Zan
 
pihak yang terlibat dalam projek pembinaan
pihak yang terlibat dalam projek pembinaanpihak yang terlibat dalam projek pembinaan
pihak yang terlibat dalam projek pembinaanFiQahh AmiNn
 
Bab 2-Fungsi Pengurusan
Bab 2-Fungsi PengurusanBab 2-Fungsi Pengurusan
Bab 2-Fungsi PengurusanCkg Nizam
 
Langkah langkah
Langkah langkahLangkah langkah
Langkah langkahjayadarshu
 

Viewers also liked (6)

Pemantauan tingkah laku golongan profesional
Pemantauan tingkah laku golongan profesionalPemantauan tingkah laku golongan profesional
Pemantauan tingkah laku golongan profesional
 
pihak yang terlibat dalam projek pembinaan
pihak yang terlibat dalam projek pembinaanpihak yang terlibat dalam projek pembinaan
pihak yang terlibat dalam projek pembinaan
 
Etika profesional
Etika profesionalEtika profesional
Etika profesional
 
OSHA
OSHAOSHA
OSHA
 
Bab 2-Fungsi Pengurusan
Bab 2-Fungsi PengurusanBab 2-Fungsi Pengurusan
Bab 2-Fungsi Pengurusan
 
Langkah langkah
Langkah langkahLangkah langkah
Langkah langkah
 

Similar to Drn bm

BUKU_Dasar_Perumahan_Mampu_Milik_Negara_11052019.pdf
BUKU_Dasar_Perumahan_Mampu_Milik_Negara_11052019.pdfBUKU_Dasar_Perumahan_Mampu_Milik_Negara_11052019.pdf
BUKU_Dasar_Perumahan_Mampu_Milik_Negara_11052019.pdfSyafiqZakaria5
 
Refleksi Akhir Tahun Kementerian Perumahan Rakyat Tahun 2011
Refleksi Akhir Tahun Kementerian Perumahan Rakyat Tahun 2011Refleksi Akhir Tahun Kementerian Perumahan Rakyat Tahun 2011
Refleksi Akhir Tahun Kementerian Perumahan Rakyat Tahun 2011Oswar Mungkasa
 
Dasar ekonomi dr mahathir
Dasar ekonomi dr mahathirDasar ekonomi dr mahathir
Dasar ekonomi dr mahathirSuhailah Fauzi
 
RMK-10
RMK-10RMK-10
RMK-10admin
 
01. Kebijakan dan Strategi Penyelenggaraan Perumahan 2020-2024 (Roem Indranin...
01. Kebijakan dan Strategi Penyelenggaraan Perumahan 2020-2024 (Roem Indranin...01. Kebijakan dan Strategi Penyelenggaraan Perumahan 2020-2024 (Roem Indranin...
01. Kebijakan dan Strategi Penyelenggaraan Perumahan 2020-2024 (Roem Indranin...arif129194
 
Refleksi Akhir Tahun Kementerian Perumahan Rakyat Tahun 2010
Refleksi Akhir Tahun Kementerian Perumahan Rakyat Tahun 2010Refleksi Akhir Tahun Kementerian Perumahan Rakyat Tahun 2010
Refleksi Akhir Tahun Kementerian Perumahan Rakyat Tahun 2010Oswar Mungkasa
 
JUKNIS BSPS 2021.pdf
JUKNIS BSPS 2021.pdfJUKNIS BSPS 2021.pdf
JUKNIS BSPS 2021.pdfGolum4
 
Dasar pembangunan nasional
Dasar pembangunan nasionalDasar pembangunan nasional
Dasar pembangunan nasionalmunnianwar
 
Renstra ditjen penyediaan perumahan 2015 2019
Renstra ditjen penyediaan perumahan 2015 2019Renstra ditjen penyediaan perumahan 2015 2019
Renstra ditjen penyediaan perumahan 2015 2019nugroho30
 
Belajar dari Singapore's Provident Fund. Sebuah Upaya Merancang Tabungan Peru...
Belajar dari Singapore's Provident Fund. Sebuah Upaya Merancang Tabungan Peru...Belajar dari Singapore's Provident Fund. Sebuah Upaya Merancang Tabungan Peru...
Belajar dari Singapore's Provident Fund. Sebuah Upaya Merancang Tabungan Peru...Oswar Mungkasa
 
Perpaduan negara akan terus menjadi matlamat terakhir dpn kerana masyarakat y...
Perpaduan negara akan terus menjadi matlamat terakhir dpn kerana masyarakat y...Perpaduan negara akan terus menjadi matlamat terakhir dpn kerana masyarakat y...
Perpaduan negara akan terus menjadi matlamat terakhir dpn kerana masyarakat y...Vijaiyan Cool
 
Falsafah pendidikan kebangsaan
Falsafah pendidikan kebangsaanFalsafah pendidikan kebangsaan
Falsafah pendidikan kebangsaansuhaidisidek
 
Pengaruh dari Keberlanjutan Program Satu Juta Rumah
Pengaruh dari Keberlanjutan Program Satu Juta RumahPengaruh dari Keberlanjutan Program Satu Juta Rumah
Pengaruh dari Keberlanjutan Program Satu Juta RumahFajar Rian Wulandari
 
Paparan Kemendes, 7 Desember 2021, Afif.pptx
Paparan Kemendes, 7 Desember 2021, Afif.pptxPaparan Kemendes, 7 Desember 2021, Afif.pptx
Paparan Kemendes, 7 Desember 2021, Afif.pptxaparaturpemdes
 
Pengajian AM STPM
Pengajian AM STPMPengajian AM STPM
Pengajian AM STPMBao Ren
 
Pr1 ma m
Pr1 ma mPr1 ma m
Pr1 ma maebh75
 
Bahan Pembukaan Sosialisasi Teknis Peminatan DAK Integrasi - Direktur Perumah...
Bahan Pembukaan Sosialisasi Teknis Peminatan DAK Integrasi - Direktur Perumah...Bahan Pembukaan Sosialisasi Teknis Peminatan DAK Integrasi - Direktur Perumah...
Bahan Pembukaan Sosialisasi Teknis Peminatan DAK Integrasi - Direktur Perumah...Gugum Gumilar
 
Ringkasan eksekutif RMK12
Ringkasan eksekutif RMK12Ringkasan eksekutif RMK12
Ringkasan eksekutif RMK12HjMie1
 

Similar to Drn bm (20)

BUKU_Dasar_Perumahan_Mampu_Milik_Negara_11052019.pdf
BUKU_Dasar_Perumahan_Mampu_Milik_Negara_11052019.pdfBUKU_Dasar_Perumahan_Mampu_Milik_Negara_11052019.pdf
BUKU_Dasar_Perumahan_Mampu_Milik_Negara_11052019.pdf
 
Refleksi Akhir Tahun Kementerian Perumahan Rakyat Tahun 2011
Refleksi Akhir Tahun Kementerian Perumahan Rakyat Tahun 2011Refleksi Akhir Tahun Kementerian Perumahan Rakyat Tahun 2011
Refleksi Akhir Tahun Kementerian Perumahan Rakyat Tahun 2011
 
Dasar ekonomi dr mahathir
Dasar ekonomi dr mahathirDasar ekonomi dr mahathir
Dasar ekonomi dr mahathir
 
RMK-10
RMK-10RMK-10
RMK-10
 
01. Kebijakan dan Strategi Penyelenggaraan Perumahan 2020-2024 (Roem Indranin...
01. Kebijakan dan Strategi Penyelenggaraan Perumahan 2020-2024 (Roem Indranin...01. Kebijakan dan Strategi Penyelenggaraan Perumahan 2020-2024 (Roem Indranin...
01. Kebijakan dan Strategi Penyelenggaraan Perumahan 2020-2024 (Roem Indranin...
 
Refleksi Akhir Tahun Kementerian Perumahan Rakyat Tahun 2010
Refleksi Akhir Tahun Kementerian Perumahan Rakyat Tahun 2010Refleksi Akhir Tahun Kementerian Perumahan Rakyat Tahun 2010
Refleksi Akhir Tahun Kementerian Perumahan Rakyat Tahun 2010
 
JUKNIS BSPS 2021.pdf
JUKNIS BSPS 2021.pdfJUKNIS BSPS 2021.pdf
JUKNIS BSPS 2021.pdf
 
Dasar pembangunan nasional
Dasar pembangunan nasionalDasar pembangunan nasional
Dasar pembangunan nasional
 
Renstra ditjen penyediaan perumahan 2015 2019
Renstra ditjen penyediaan perumahan 2015 2019Renstra ditjen penyediaan perumahan 2015 2019
Renstra ditjen penyediaan perumahan 2015 2019
 
Belajar dari Singapore's Provident Fund. Sebuah Upaya Merancang Tabungan Peru...
Belajar dari Singapore's Provident Fund. Sebuah Upaya Merancang Tabungan Peru...Belajar dari Singapore's Provident Fund. Sebuah Upaya Merancang Tabungan Peru...
Belajar dari Singapore's Provident Fund. Sebuah Upaya Merancang Tabungan Peru...
 
Perpaduan negara akan terus menjadi matlamat terakhir dpn kerana masyarakat y...
Perpaduan negara akan terus menjadi matlamat terakhir dpn kerana masyarakat y...Perpaduan negara akan terus menjadi matlamat terakhir dpn kerana masyarakat y...
Perpaduan negara akan terus menjadi matlamat terakhir dpn kerana masyarakat y...
 
Falsafah pendidikan kebangsaan
Falsafah pendidikan kebangsaanFalsafah pendidikan kebangsaan
Falsafah pendidikan kebangsaan
 
Pengaruh dari Keberlanjutan Program Satu Juta Rumah
Pengaruh dari Keberlanjutan Program Satu Juta RumahPengaruh dari Keberlanjutan Program Satu Juta Rumah
Pengaruh dari Keberlanjutan Program Satu Juta Rumah
 
Paparan Kemendes, 7 Desember 2021, Afif.pptx
Paparan Kemendes, 7 Desember 2021, Afif.pptxPaparan Kemendes, 7 Desember 2021, Afif.pptx
Paparan Kemendes, 7 Desember 2021, Afif.pptx
 
Pengajian AM STPM
Pengajian AM STPMPengajian AM STPM
Pengajian AM STPM
 
Pr1 ma m
Pr1 ma mPr1 ma m
Pr1 ma m
 
Bahan Pembukaan Sosialisasi Teknis Peminatan DAK Integrasi - Direktur Perumah...
Bahan Pembukaan Sosialisasi Teknis Peminatan DAK Integrasi - Direktur Perumah...Bahan Pembukaan Sosialisasi Teknis Peminatan DAK Integrasi - Direktur Perumah...
Bahan Pembukaan Sosialisasi Teknis Peminatan DAK Integrasi - Direktur Perumah...
 
19 lagi projek di bawah etp
19 lagi projek di bawah etp19 lagi projek di bawah etp
19 lagi projek di bawah etp
 
Ringkasan eksekutif RMK12
Ringkasan eksekutif RMK12Ringkasan eksekutif RMK12
Ringkasan eksekutif RMK12
 
Profil & program detiknas broadband
Profil & program detiknas broadbandProfil & program detiknas broadband
Profil & program detiknas broadband
 

More from UTHM

2014 sistem pengangkutan_dalam_bangunan
2014 sistem pengangkutan_dalam_bangunan2014 sistem pengangkutan_dalam_bangunan
2014 sistem pengangkutan_dalam_bangunanUTHM
 
Ukur aras-levelling
Ukur aras-levellingUkur aras-levelling
Ukur aras-levellingUTHM
 
Sistem pencegah kebakaran
Sistem pencegah kebakaranSistem pencegah kebakaran
Sistem pencegah kebakaranUTHM
 
Bab 11 (b) meminimakan sampah
Bab 11 (b)   meminimakan sampahBab 11 (b)   meminimakan sampah
Bab 11 (b) meminimakan sampahUTHM
 
K4 banjir
K4 banjirK4 banjir
K4 banjirUTHM
 
The strategy formulation_framework_10
The strategy formulation_framework_10The strategy formulation_framework_10
The strategy formulation_framework_10UTHM
 
Sistem bekalan air
Sistem bekalan air Sistem bekalan air
Sistem bekalan air UTHM
 
Teknologi alam sekitar
Teknologi alam sekitar Teknologi alam sekitar
Teknologi alam sekitar UTHM
 
Meminimumkan sisa bahan
Meminimumkan sisa bahanMeminimumkan sisa bahan
Meminimumkan sisa bahanUTHM
 
Kod Etika Kontraktor
Kod Etika Kontraktor Kod Etika Kontraktor
Kod Etika Kontraktor UTHM
 
Brochure BIM
Brochure BIM Brochure BIM
Brochure BIM UTHM
 
Planning standard
Planning standardPlanning standard
Planning standardUTHM
 
Construction materialsconcrete
Construction materialsconcreteConstruction materialsconcrete
Construction materialsconcreteUTHM
 
Project delay and_cost_overrun-libre
Project delay and_cost_overrun-libreProject delay and_cost_overrun-libre
Project delay and_cost_overrun-libreUTHM
 
Applications of high performance lightweight concrete in a floating barge gate
Applications of high performance lightweight concrete in a floating barge gateApplications of high performance lightweight concrete in a floating barge gate
Applications of high performance lightweight concrete in a floating barge gateUTHM
 
Pembinaanjalan w12
Pembinaanjalan w12Pembinaanjalan w12
Pembinaanjalan w12UTHM
 
Lesson 1-Learning Mandarin Class
Lesson 1-Learning Mandarin ClassLesson 1-Learning Mandarin Class
Lesson 1-Learning Mandarin ClassUTHM
 
Topik 7 kaedah penilaian projek
Topik 7      kaedah penilaian projekTopik 7      kaedah penilaian projek
Topik 7 kaedah penilaian projekUTHM
 
Presentation ibs
Presentation ibsPresentation ibs
Presentation ibsUTHM
 
Tembok penahan
Tembok penahanTembok penahan
Tembok penahanUTHM
 

More from UTHM (20)

2014 sistem pengangkutan_dalam_bangunan
2014 sistem pengangkutan_dalam_bangunan2014 sistem pengangkutan_dalam_bangunan
2014 sistem pengangkutan_dalam_bangunan
 
Ukur aras-levelling
Ukur aras-levellingUkur aras-levelling
Ukur aras-levelling
 
Sistem pencegah kebakaran
Sistem pencegah kebakaranSistem pencegah kebakaran
Sistem pencegah kebakaran
 
Bab 11 (b) meminimakan sampah
Bab 11 (b)   meminimakan sampahBab 11 (b)   meminimakan sampah
Bab 11 (b) meminimakan sampah
 
K4 banjir
K4 banjirK4 banjir
K4 banjir
 
The strategy formulation_framework_10
The strategy formulation_framework_10The strategy formulation_framework_10
The strategy formulation_framework_10
 
Sistem bekalan air
Sistem bekalan air Sistem bekalan air
Sistem bekalan air
 
Teknologi alam sekitar
Teknologi alam sekitar Teknologi alam sekitar
Teknologi alam sekitar
 
Meminimumkan sisa bahan
Meminimumkan sisa bahanMeminimumkan sisa bahan
Meminimumkan sisa bahan
 
Kod Etika Kontraktor
Kod Etika Kontraktor Kod Etika Kontraktor
Kod Etika Kontraktor
 
Brochure BIM
Brochure BIM Brochure BIM
Brochure BIM
 
Planning standard
Planning standardPlanning standard
Planning standard
 
Construction materialsconcrete
Construction materialsconcreteConstruction materialsconcrete
Construction materialsconcrete
 
Project delay and_cost_overrun-libre
Project delay and_cost_overrun-libreProject delay and_cost_overrun-libre
Project delay and_cost_overrun-libre
 
Applications of high performance lightweight concrete in a floating barge gate
Applications of high performance lightweight concrete in a floating barge gateApplications of high performance lightweight concrete in a floating barge gate
Applications of high performance lightweight concrete in a floating barge gate
 
Pembinaanjalan w12
Pembinaanjalan w12Pembinaanjalan w12
Pembinaanjalan w12
 
Lesson 1-Learning Mandarin Class
Lesson 1-Learning Mandarin ClassLesson 1-Learning Mandarin Class
Lesson 1-Learning Mandarin Class
 
Topik 7 kaedah penilaian projek
Topik 7      kaedah penilaian projekTopik 7      kaedah penilaian projek
Topik 7 kaedah penilaian projek
 
Presentation ibs
Presentation ibsPresentation ibs
Presentation ibs
 
Tembok penahan
Tembok penahanTembok penahan
Tembok penahan
 

Recently uploaded

Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptxPanduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptxsudianaade137
 
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxadap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxmtsmampunbarub4
 
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfModul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfSitiJulaeha820399
 
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxRezaWahyuni6
 
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Abdiera
 
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptxJurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptxBambang440423
 
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptxKesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptxDwiYuniarti14
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKirwan461475
 
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfKelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfCloverash1
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxRezaWahyuni6
 
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau tripletMelianaJayasaputra
 
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docxLembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docxbkandrisaputra
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...Kanaidi ken
 
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxtugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxmawan5982
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASKurniawan Dirham
 
demontrasi kontekstual modul 1.2.a. 6.pdf
demontrasi kontekstual modul 1.2.a. 6.pdfdemontrasi kontekstual modul 1.2.a. 6.pdf
demontrasi kontekstual modul 1.2.a. 6.pdfIndri117648
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docxModul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docxherisriwahyuni
 
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASaku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASreskosatrio1
 
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdfLAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdfChrodtianTian
 
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxBAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxJamhuriIshak
 

Recently uploaded (20)

Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptxPanduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
 
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxadap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
 
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfModul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
 
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
 
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
 
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptxJurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
 
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptxKesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
 
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfKelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
 
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
 
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docxLembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
 
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxtugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
 
demontrasi kontekstual modul 1.2.a. 6.pdf
demontrasi kontekstual modul 1.2.a. 6.pdfdemontrasi kontekstual modul 1.2.a. 6.pdf
demontrasi kontekstual modul 1.2.a. 6.pdf
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docxModul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
 
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASaku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
 
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdfLAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
 
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxBAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
 

Drn bm

  • 1. JABATAN PERUMAHAN NEGARA KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN ARAS 6, BLOK F (UTARA), PUSAT BANDAR DAMANSARA 50782 KUALA LUMPUR TEL: 603-2087 4500/4700 FAKS: 603-2093 6982
  • 2. Jabatan Perumahan Negara Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia 2
  • 3. Dasar Perumahan Negara National Housing Policy 3 Selaras dengan Gagasan “1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”, adalah menjadi harapan Kerajaan membantu golongan yang kurang bernasib baik dan kurang mampu untuk memiliki tempat tinggal yang selesa. Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) telah menetapkan bahawa pembangunan perumahan akan terus diberi penekanan untuk menyediakan perumahan yang mencukupi dengan persekitaran yang selamat, sihat dan sejahtera di samping kemudahan awam yang lengkap dan kemudahan taman rekreasi yang bermutu. Justeru itu, sektor swasta diberi kepercayaan untuk memacu industri perumahan negara. Sektor awam pula akan memberi kerjasama sebagai pemudahcara yang berkesan untuk meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan berkaitan dengan sektor perumahan. Sektor awam juga akan memberi penekanan terhadap penyediaan perumahan mampu milik untuk golongan yang berpendapatan rendah. Pelancaran Dasar Perumahan Negara (DRN) adalah amat sesuai dan bertepatan dengan cabaran semasa yang dihadapi oleh industri perumahan. Adalah menjadi harapan Kerajaan untuk menjadikan DRN sebagai alat berkesan bagi memastikan keteguhan industri perumahan. DRN juga akan memberi perhatian terhadap pembangunan yang seimbang dengan penggunaan konsep pemajuan dan pembinaan perumahan yang mesra alam serta penggunaan teknologi dan inovasi baru dalam sektor perumahan. Dengan pelaksanaan DRN ini, saya percaya, sektor perumahan akan dapat menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara secara langsung dan merealisasikan hasrat menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Perutusan Timbalan Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Dato’ Hj. Muhyiddin bin Hj. Mohd. Yassin Timbalan Perdana Menteri Malaysia
  • 4. Jabatan Perumahan Negara Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia 4 Perutusan Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Kerajaan komited ke arah memastikan penyediaan rumah kediaman yang mencukupi, berkualiti dan mampu dimiliki bagi memenuhi keperluan penduduk yang semakin bertambah. Komitmen ini dapat dicapai melalui strategi yang memberi keseimbangan kepada permintaan dan penawaran, memperkenalkan industri perumahan yang cekap dan mampan serta menyediakan kemudahan awam dan persekitaran yang bersih. Dalam hubungan ini, adalah mustahak bagi Kerajaan dan sektor swasta bekerjasama untuk mewujudkan industri perumahan yang berdaya saing dan mampan. Kerjasama ini akan memberi manfaat kepada pemilik rumah dan juga pemaju perumahan. Dalam hal ini, pembentukan Dasar Perumahan Negara (DRN) adalah tepat pada masanya untuk membantu sektor swasta menyahut seruan Kerajaan bagi mencapai matlamat menyediakan perumahan yang mencukupi dan mampu dimiliki bagi kumpulan yang memerlukan. Untuk memastikan sektor perumahan mencapai kemajuan yang diharapkan dan menyumbang secara positif kepada pertumbuhan ekonomi negara secara berterusan, DRN dijangkakan mampu menyelesaikan masalah dan cabaran yang berkaitan dengan kualiti pembinaan, isu projek perumahan terbengkalai, dan keupayaan memiliki atau menyewa rumah melalui sistem pengagihan yang efektif dalam Program Perumahan Rakyat (PPR). Oleh hal yang demikian, adalah diharapkan DRN, dengan­­­­­ enam (6) teras strategik dan dua puluh (20) pernyataan dasar dapat menyediakan hala tuju yang jelas kepada agensi Kerajaan di peringkat persekutuan dan negeri dalam perancangan dan pembangunan sektor perumahan yang maju dan berdaya saing. Dato’ Wira Chor Chee Heung Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan
  • 5. Dasar Perumahan Negara National Housing Policy 5 Prakata Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Dato’ Ahmad bin Haji Kabit Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Dasar Perumahan Negara (DRN) diwujudkan untuk menggariskan halatuju serta dijadikan asas dalam perancangan dan pembangunan sektor perumahan di peringkat persekutuan, negeri dan tempatan. Matlamat DRN adalah untuk menyediakan rumah yang mencukupi, selesa, berkualiti, dan mampu dimiliki bagi meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat. DRN juga diperkenalkan untuk menangani isu dan cabaran yang dihadapi oleh industri perumahan pada masa kini. Isu- isu yang kompleks dan mencabar serta cabaran memerlukan penyelesaian yang cekap bagi menjamin pertumbuhan industri yang sihat dan mampan. Untuk merealisasikan matlamat dan objektif DRN, satu pelan tindakan akan dibentuk untuk menggariskan langkah-langkah strategik yang selaras dengan matlamat dan teras DRN. Kejayaan dalam melaksanakan DRN ini juga memerlukan kerjasama dan komitmen daripada pelbagai pihak dalam industri perumahan di negara ini. Sehubungan itu, kerjasama yang erat di antara sektor awam dan sektor swasta amatlah penting dalam menangani pelbagai isu dan cabaran yang dihadapi oleh industri perumahan. Saya yakin kejayaan pelaksanaan DRN akan dapat menyumbang sebanyak mungkin kepada pertumbuhan ekonomi negara walaupun ianya masih dibelenggu dengan kemungkinan yang tidak pasti pada masa hadapan.
  • 6. Jabatan Perumahan Negara Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia 6 3 PERUTUSAN Timbalan Perdana Menteri Malaysia Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan 5 PRAKATA Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan 9 PENGENALAN 14 KEPERLUAN DASAR PERUMAHAN NEGARA (DRN) 16 ISU-ISU DAN CABARAN DASAR PERUMAHAN NEGARA (DRN) 24 MATLAMAT DASAR PERUMAHAN NEGARA (DRN) 26 OBJEKTIF DASAR PERUMAHAN NEGARA (DRN) 29 TERAS DAN PERNYATAAN DASAR PERUMAHAN NEGARA (DRN) Teras 1 32 Teras 2 34 Teras 3 36 Teras 4 38 Teras 5 40 Teras 6 42 46 SINGKATAN 50 PENGHARGAAN ISI KANDUNGAN
  • 8. Jabatan Perumahan Negara Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia 8
  • 9. Dasar Perumahan Negara National Housing Policy 9 Perumahan merupakan salah satu keperluan asas untuk memastikan kesejahteraan hidup rakyat sentiasa terpelihara. Sektor pembinaan juga menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara yang mempunyai kaitan secara langsung dengan sektor-sektor lain, termasuk sektor perkhidmatan dan sektor pembuatan bahan-bahan binaan. Berdasarkan Laporan Ekonomi Kementerian Kewangan 2010/2011, sektor pembinaan dijangka menyumbang sebanyak 4.9% daripada jumlah Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) pada tahun 2010. Oleh itu, Kerajaan perlu terus memberi penekanan terhadap keperluan penyediaan perumahan yang mencukupi, berkualiti dan mampu dibeli atau disewa terutamanya bagi memenuhi keperluan golongan yang disasarkan. Penekanan akan diberi kepada kesesuaian lokasi serta persekitaran tempat tinggal yang kondusif selaras dengan Strategi Keempat, Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) bagi memastikan akses kepada perumahan berkualiti dan mampu milik. Dalam RMKe-10, Kerajaan telah mensasarkan pembinaan sebanyak 78,000 unit rumah mampu milik bagi memenuhi keperluan golongan berpendapatan rendah dan untuk penempatan semula setinggan. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 38,950 unit di bawah Program Perumahan Rakyat (PPR) dan 39,050 unit di bawah program yang berkaitan dengan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Selain daripada itu, sebuah dana berjumlah RM500 juta akan diperuntukkandibawahRMKe-10bagitujuanmembiayaikerja- kerja baik pulih dan penyenggaraan rumah mampu milik awam dan swasta. Dana ini akan diagihkan melalui kaedah geran sepadan, di mana separuh daripada kos akan disumbangkan oleh Kerajaan, manakala separuh lagi oleh pihak pengurusan atau persatuan penduduk rumah berkenaan. PENGENALAN
  • 10. Jabatan Perumahan Negara Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia 10 Di bawah Program Transformasi Kerajaan (GTP), Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) iaitu “Mempertingkatkan Taraf Kehidupan Isi Rumah Berpendapatan Rendah” dan “Mempertingkatkan Infrastruktur Asas Luar Bandar”, Kerajaan telah memutuskan beberapa langkah drastik diambil untuk mengatasi masalah perumahan, khususnya bagi golongan miskin dan miskin tegar. Antara langkah-langkah tersebut adalah seperti berikut: (i) Memberikan bantuan untuk meningkatkan hak milik rumah dengan menawarkan 44,000 unit rumah kos rendah untuk dijual dan disewa melalui Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Perumahan Negara (JPN); (ii) Menyediakan 50,000 unit rumah baru dan dibaik pulih untuk penduduk miskin dan miskin tegar luar bandar menjelang 2012, dua pertiga daripadanya di Sabah dan Sarawak; (iii) Memastikan penerima bantuan yang berkelayakan sahaja menerima bantuan perumahan. Bakal penerima bagi program perumahan ini dikenalpasti oleh agensi-agensi peringkat daerah dan negeri serta menerusi portal e-Kasih, pangkalan data nasional mengenai isi rumah berpendapatan rendah; dan (iv) Menawarkan bantuan kewangan bagi bayaran muka, yuran guaman dan pinjaman dengan kadar faedah yang rendah untuk isi rumah berpendapatan rendah yang bukan penerima atau pembeli rumah kos rendah yang disediakan oleh Kerajaan.
  • 11. Dasar Perumahan Negara National Housing Policy 11
  • 12. Jabatan Perumahan Negara Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia 12
  • 13. Dasar Perumahan Negara National Housing Policy 13 Dalam memenuhi keperluan ini, faktor-faktor seperti kemampuan pembeli, kos pembangunan dan harga jualan sentiasa mempengaruhi permintaan dan penawaran sektor perumahan. Berasaskan kepada kedudukan semasa, pembangunan perumahan banyak tertumpu di kawasan bandar dan pinggir bandar yang padat dengan penduduk di mana keupayaan pembeli adalah lebih tinggi dan pasaran perumahan adalah lebih meluas. Namun, bagi memenuhi keperluan perumahan masa kini, terutamanya bagi golongan berpendapatan rendah dan sederhana, Kerajaan dan pihak swasta haruslah memainkan peranan masing-masing untuk memenuhi tanggungjawab sosial kepada rakyat. Bagi pelaksanaan pemajuan perumahan oleh pihak swasta, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sentiasa mengambil tindakan pemantauan dan penguatkuasaan di bawah Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 [Akta 118] untuk memastikan projek-projek berjalan lancar dan disiapkan mengikut tempoh yang ditetapkan.
  • 14. Jabatan Perumahan Negara Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia 14 KEPERLUAN Dasar Perumahan Negara
  • 15. Dasar Perumahan Negara National Housing Policy 15 Dasar Perumahan Negara (DRN) dijadikan hala tuju dan asas dalam perancangan dan pembangunan sektor perumahan oleh semua kementerian, jabatan dan agensi yang berkaitan di peringkat persekutuan, negeri dan tempatan serta pihak swasta.
  • 16. Jabatan Perumahan Negara Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia 16 Bagi memastikan sektor perumahan dalam negara mencapai pembangunan yang sihat dan terus meyumbang secara positif kepada pertumbuhan ekonomi negara, pelbagai isu dan cabaran berkaitan perumahan perlu ditangani dengan berkesan. Antara isu-isu utama yang dikenalpasti ialah: (i) Kualiti rumah yang dibina; (ii) Projek perumahan terbengkalai; (iii) Kemampuan serta aksesibiliti rakyat untuk membeli atau menyewa rumah yang disediakan; (iv) Permintaan yang melebihi penawaran bagi rumah kos rendah dan kos sederhana; (v) Pembangunan PRMM di lokasi yang tidak strategik; dan (vi) Isu pengagihan PRMM. ISU-ISU DAN CABARAN Dasar Perumahan Negara
  • 17.
  • 18. Jabatan Perumahan Negara Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia 18 Bagi menangani isu-isu perumahan ini secara menyeluruh, DRN dapat dijadikan sebagai asas bagi memandu, mengurus dan menyelaras perancangan dan pembangunan sektor perumahan agar lebih efisien dan sistematik. DRN digubal dengan tujuan untuk memastikan sektor perumahan dapat mengatasi cabaran- cabaran yang sedang dan akan dihadapi, serta terus menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara pada masa akan datang. Cabaran-cabaran tersebut antaranya adalah seperti berikut : (i) Penyediaan PRMM masih tidak mencukupi Pada umumnya, penyediaan rumah oleh sektor swasta telah dapat memenuhi keperluan golongan berpendapatan tinggi. Walau bagaimanapun, keperluan perumahan untuk golongan berpendapatan rendah dan sederhana termasuk orang kelainan upaya (OKU), warga emas, ibu tunggal dan golongan setinggan masih belum mencukupi. Berasaskan permohonan melalui Sistem Pendaftaran Terbuka (SPT) Berkomputer yang dikendalikan oleh KPKT bagi tempoh 1 Januari 2009 sehingga 31 Ogos 2010, seramai 20,426 orang telah mendaftar untuk memiliki rumah kos rendah di seluruh negara. Di samping itu, bancian oleh Kerajaan-kerajaan Negeri sehingga 30 Jun 2010 pula menunjukkan seramai 90,282 keluarga setinggan yang masih belum dipindahkan dan ditempatkan semula.
  • 19. (ii) Kualiti pembinaan yang rendah Walaupun pada umumnya kebanyakan rumah yang didirikan telah mencapai tahap kualiti minimum yang ditetapkan, masih terdapat pemajuan yang kurang berkualiti. Penggunaan bahan binaan yang tidak berkualiti dan kekurangan tenaga mahir dalam bidang pembinaan merupakan antara faktor utama yang menyebabkan rumah-rumah yang didirikan kurang berkualiti serta tidak mengikut piawaian. Penggunaan teknologi pembinaan terkini yang masih rendah dan kebergantungan kepada tenaga kerja asing yang kurang mahir dan murah turut menjejaskan kualiti pembinaan rumah.
  • 20. Jabatan Perumahan Negara Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia 20 (iii) Kelemahan dalam memastikan pelaksanaan dan pematuhan sistem penyampaian perkhidmatan berkaitan perumahan Sebelum sesuatu projek perumahan dimulakan, ianya perlu melalui proses permohonan dan kelulusan di peringkat pejabat tanah dan PBT. KPKT berperanan untuk mengeluarkan lesen pemajuan perumahan serta permit iklan dan jualan selepas kelulusan kebenaran merancang dan kelulusan pelan bangunan diperolehi daripada PBT. Jika berlaku kelemahan dalam mana-mana peringkat kelulusan, seluruh proses pemajuan akan lewat dilaksanakan.
  • 21. Dasar Perumahan Negara National Housing Policy 21 (iv) Kelemahan kawalan, pemantauan dan penguatkuasaan Terdapat beberapa undang-undang yang terpakai dalam cadangan pemajuan untuk melaksanakan projek perumahan. Ini termasuklah Kanun Tanah Negara 1965 (KTN), Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 [Akta 118], Akta Kerajaan Tempatan 1976 [Akta 171], Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172], Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 [Akta 133] dan peraturan-peraturan tanah di negeri-negeri. Keperluan pematuhan kepada semua aspek perundangan dan peraturan ini amat penting untuk difahami dan diikuti bagi memastikan pelaksanaan projek perumahan dibuat mengikut kelulusan yang diberikan. Walau bagaimanapun, masih terdapat kekurangan dan kelemahan pelaksanaan, pemantauan dan penguatkuasaan. Dari segi pembinaan PRMM, terdapat pelbagai agensi dan badan-badan tertentu yang terlibat termasuklah Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), badan-badan berkanun, Perbadanan Pembangunan Ekonomi Negeri (SEDC) dan agensi lain yang berkaitan. Penyelarasan di kalangan agensi-agensi ini adalah perlu supaya pembinaan dan pengagihan unit- unit rumah mengikut negeri dapat dilaksanakan dengan lebih terancang, sistematik dan seimbang. Dalam hubungan ini, DRN mencadangkan supaya peranan dan kerjasama kesemua agensi dan badan-badan yang terlibat dipertingkatkan.
  • 22. Jabatan Perumahan Negara Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia 22 (v) Masalah pelaksanaan kuota PRMM Parapemajuperumahanterikatkepadasyarat-syaratmenyediakanPRMMmengikut kuota yang ditetapkan oleh Kerajaan-kerajaan Negeri. Walau bagaimanapun, dari segi pelaksanaan, penetapan kuota didapati tidak seragam dan tidak konsisten antara negeri-negeri. Para pemaju perumahan pula lebih berminat sekiranya mereka tidak menanggung bebanan membina PRMM kerana kos pembinaannya perlu disubsidi daripada penjualan rumah harga sederhana dan tinggi. Di samping itu, disebabkan siling jualan bagi PRMM telah ditetapkan, penjualan unit-unit PRMM ini tidak memberi pulangan yang memuaskan. (vi) Peningkatan tahap kemampanan sektor perumahan Pada masa sekarang, walaupun terdapat usaha yang dilakukan untuk mempertingkatkan tahap kemampanan sektor perumahan, namun keperluan untuk memperkemaskannya perlu diteruskan dalam konsep pembangunan yang seimbang. Dari aspek penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk memantapkan kualiti dan standard pembinaan perumahan, DRN memberikan penekanan terhadap penggunaan teknologi dan peralatan terkini seperti penggunaan kaedah Sistem Pembinaan Berindustri (IBS) serta menggalakkan perkongsian teknologi dan kepakaran dari luar negara.
  • 23. Dasar Perumahan Negara National Housing Policy 23 (vii) Persekitaran dan kemudahan sosial yang kurang kondusif Sebilangan kawasan perumahan didapati tidak mempunyai kemudahan sosial dan perkhidmatan asas yang lengkap seperti kemudahan pengangkutan, keselamatan dan penyenggaraan. DRN mencadangkan supaya pemajuan perumahan turut memberi penekanan terhadap peningkatan tahap kemudahan sosial, perkhidmatan asas dan persekitaran yang kondusif. DRN juga menyarankan supaya program-program kejiranan bagi menangani isu-isu sosial, keselamatan awam dan pemuliharaan alam sekitar juga dipertingkatkan.
  • 24. Jabatan Perumahan Negara Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia 24 MATLAMAT Dasar Perumahan Negara
  • 25. Dasar Perumahan Negara National Housing Policy 25 Menyediakan perumahan yang mencukupi, selesa, berkualiti dan mampu dimiliki bagi meningkatkan kemapanan hidup rakyat.
  • 26. Jabatan Perumahan Negara Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia 26 Objektif 1 Objektif 2 Objektif 3 Menyediakan Perumahan yang Mencukupi dan Berkualiti dengan Kemudahan yang Lengkap dan Persekitaran yang Kondusif; Meningkatkan Keupayaan dan Aksesibiliti Rakyat bagi Memiliki atau Menyewa Rumah; dan Menetapkan Hala Tuju Kemampanan Sektor Perumahan. OBJEKTIF Dasar Perumahan Negara
  • 27. Dasar Perumahan Negara National Housing Policy 27
  • 28. Jabatan Perumahan Negara Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia 28
  • 29. Dasar Perumahan Negara National Housing Policy 29 Bagi mencapai objektif-objektif yang ditetapkan, DRN digubal berasaskan kepada enam (6) teras dan dua puluh (20) pernyataan dasar. Teras 1: Penyediaan Perumahan yang Mencukupi Mengikut Keperluan Khusus Golongan yang Memerlukannya Teras 2: Peningkatan Kualiti dan Produktiviti Pembinaan Perumahan Teras 3: Peningkatan Keberkesanan Pelaksanaan dan Memastikan Pematuhan Kepada Sistem Penyampaian Perkhidmatan Berkaitan Perumahan Teras 4: Peningkatan Keupayaan Rakyat Bagi Memiliki Rumah Serta Memperbaiki Akses Kepada Penyewaan Rumah Teras 5: Pemampanan Sektor Perumahan Teras 6: Peningkatan Tahap Kemudahan Sosial, Perkhidmatan Asas dan Persekitaran yang Berdaya Huni (Liveable) TERAS DAN PERNYATAAN Dasar Perumahan Negara
  • 30. Jabatan Perumahan Negara Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia 30
  • 31. Dasar Perumahan Negara National Housing Policy 31
  • 32. Jabatan Perumahan Negara Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia 32 TERAS 1: Penyediaan Perumahan yang Mencukupi Mengikut Keperluan Khusus Golongan yang Memerlukannya Rumah merupakan keperluan asas dan selaras dengan “shelter for all”, Kerajaan komited dalam memastikan bahawa semua rakyat mampu memiliki atau menyewa rumah. Walau bagaimanapun, keperluan perumahan untuk golongan yang berpendapatan rendah, iaitu golongan yang mempunyai pendapatan isi rumah kurang daripada RM2,500 sebulan masih belum mencukupi. Oleh itu, Kerajaan dan pihak swasta perlu meneruskan usaha penyediaan Perumahan Rakyat Mampu Milik (PRMM) untuk disewa atau dibeli oleh semua golongan rakyat, termasuk orang kelainan upaya (OKU), warga emas serta ibu tunggal. Pelaksanaan rumah-rumah kos sederhana oleh pihak swasta juga digalakkan bagi memenuhi keperluan golongan berpendapatan sederhana, iaitu golongan yang mempunyai pendapatan isi rumah antara RM2,500 hingga RM3,999 sebulan.
  • 33. Dasar Perumahan Negara National Housing Policy 33 Tiga pernyataan dasar adalah seperti berikut: DRN 1.1: Peningkatan peranan agensi-agensi Kerajaan di peringkat negeri selain daripada Kerajaan Persekutuan dan pihak swasta dalam meneruskan usaha penyediaan PRMM untuk disewa atau dimiliki; DRN 1.2: Penyediaan perumahan untuk semua golongan rakyat terutamanya rumah kos rendah bagi golongan berpendapatan rendah dan menggalakkan penyediaan rumah kos sederhana untuk golongan berpendapatan sederhana; dan DRN 1.3: Kerajaan Negeri diberi fleksibiliti dalam penentuan kuota Rumah Kos Rendah (RKR) yang perlu dibina dalam projek pemajuan bercampur mengikut kesesuaian lokasi dan permintaan.
  • 34. Jabatan Perumahan Negara Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia 34 TERAS 2: Peningkatan Kualiti dan Produktiviti Pembinaan Perumahan Walaupun pada umumnya kebanyakan rumah yang didirikan telah mencapai tahap kualiti minimum yang ditetapkan, masih terdapat pemajuan yang tidak mematuhi piawaian yang ditetapkan dan menyebabkan kualiti pembinaan rumah adalah rendah. Penggunaan bahan binaan yang tidak berkualiti dan kekurangan tenaga mahir dalam bidang pembinaan serta kebergantungan kepada tenaga kerja asing yang tidak terlatih juga merupakan antara faktor utama yang menyebabkan rumah yang didirikan kurang berkualiti serta tidak mengikut piawaian. DRN menggariskan usaha-usaha untuk meningkatkan kualiti dan produktiviti pembinaan perumahan dengan menggalakkan penggunaan tenaga kerja mahir dan terlatih yang bertauliah, penggunaan piawaian kualiti minimum pembinaan dan penggunaan bahan-bahan binaan tempatan yang berkualiti.
  • 35. Dasar Perumahan Negara National Housing Policy 35 Tiga pernyataan dasar adalah seperti berikut: DRN 2.1: Penggunaan tenaga kerja mahir dan terlatih yang bertauliah bagi kerja-kerja pembinaan bangunan bagi meningkatkan kualiti rumah melalui sistem akreditasi yang telah diiktiraf; DRN 2.2: Penetapan standard kualiti dan spesifikasi minimum perumahan; dan DRN 2.3: Peningkatan penggunaan bahan-bahan binaan tempatan.
  • 36. Jabatan Perumahan Negara Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia 36 TERAS 3: Peningkatan Keberkesanan Pelaksanaan dan Memastikan Pematuhan Kepada Sistem Penyampaian Perkhidmatan Berkaitan Perumahan Pematuhan kepada semua aspek perundangan dan peraturan yang berkaitan dengan pemajuan perumahan adalah amat penting bagi memastikan projek perumahan dilaksanakan secara teratur, mengikut jadual pelaksanaan dan spesifikasi yang ditetapkan. Sekiranya undang- undang, dasar dan peraturan tidak dilaksanakan dengan berkesan, ianya akan menjejaskan sistem penyampaian sektor perumahan. Melalui DRN, penyelarasan dan pelaksanaan dasar yang melibatkan pelbagai agensi akan dipertingkatkan. Sementara itu, keupayaan dan kecekapan sistem penyampaian perumahan juga akan dipertingkatkan melalui pemantauan, penguatkuasaan undang-undang yang berkesan dan pelaksanaan kaedah-kaedah baru yang telah diperkenalkan seperti pelaksanaan Pusat Sehenti (OSC), Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) dan konsep Bina Kemudian Jual (BKJ). Di samping itu, untuk mengatasi masalah yang dihadapi dalam sektor perumahan mengenai pembinaan, penjualan dan penyenggaraan RKR awam, hanya satu agensi Kerajaan Persekutuan akan dipertanggungjawabkan.
  • 37. Dasar Perumahan Negara National Housing Policy 37 Lima pernyataan dasar adalah seperti berikut : DRN 3.1: Penyediaan, pengemaskinian dan penguatkuasaan perundangan, peraturan- peraturan dan garis panduan yang berkaitan dengan sektor perumahan; DRN 3.2: Peningkatan sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan berkaitan dengan perumahan melalui penyelarasan dasar dan pelaksanaan yang melibatkan pelbagai agensi; DRN 3.3: Penggalakan kaedah BKJ dalam sistem penyediaan perumahan; DRN 3.4: Peningkatan hubungan dan kerjasama di kalangan pihak Kerajaan, swasta dan badan- badan profesional dalam sektor perumahan; dan DRN 3.5: Program-program perumahan awam di peringkat persekutuan dipertanggungjawab- kan kepada hanya satu agensi persekutuan yang akan merancang, melaksana, menjual/ menyewa dan menyenggara perumahan awam. Di peringkat negeri pula, ianya akan terus dipertanggungjawabkan melalui agensi- agensi di bawahnya.
  • 38. Jabatan Perumahan Negara Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia 38 TERAS 4: Peningkatan Keupayaan Rakyat bagi Memiliki Rumah serta Memperbaiki Akses Kepada Penyewaan Rumah Dalam memenuhi keperluan perumahan bagi golongan berpendapatan rendah dan sederhana, faktor-faktor seperti kemampuan pembeli, kos pembangunan dan harga jualan sentiasa mempengaruhi kedudukan permintaan dan penawaran sektor perumahan. Berasaskan kepada kedudukan semasa, pembangunan perumahan banyak tertumpu di kawasan bandar dan pinggir bandar yang padat dengan penduduk di mana keupayaan pembeli adalah lebih tinggi dan pasaran perumahan adalah lebih meluas. Bagi mengimbangi keperluan perumahan masa kini, terutamanya bagi golongan berpendapatan rendah dan sederhana, pihak Kerajaan dan swasta perlu memainkan peranan masing-masing untuk memenuhi tanggungjawab sosial kepada rakyat. Melalui DRN, pendekatan komprehensif dan menyeluruh diperkenalkan untuk meningkatkan aksesibiliti rakyat bagi memiliki atau menyewa rumah yang disediakan.
  • 39. Dasar Perumahan Negara National Housing Policy 39 Tiga pernyataan dasar adalah seperti berikut: DRN 4.1: Penentuan paras harga rumah serta pengawalan terhadap pemilikan dan penjualan Rumah Kos Rendah (RKR) bagi tujuan mengelakkan spekulasi; DRN 4.2: Penentuan kadar sewa RKR awam yang realistik; dan DRN 4.3: Menyedia dan mempertingkatkan kemudahan pembiayaan untuk membeli rumah bagi golongan berpendapatan rendah.
  • 40. Jabatan Perumahan Negara Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia 40 TERAS 5: Pemampanan Sektor Perumahan Melalui DRN, usaha untuk meningkatkan kemampanan sektor perumahan dilaksanakan melalui pelbagai usaha oleh pihak Kerajaan dan pihak swasta. Antara perkara yang diberi penekanan ialah pelaksanaan pembangunan yang seimbang dan penggunaan konsep pemajuan dan pembinaan rumah yang mesra alam dengan penggunaan teknologi dan inovasi baru. Penekanan diberikan terhadap pelaksanaan konsep teknologi hijau (green technology) yang dapat membantu memelihara alam sekitar dalam konteks kecekapan penggunaan tenaga dan sumber, khususnya dalam reka bentuk bangunan, penggunaan bahan-bahan kitar semula dan pembangunan bangunan pintar (smart building). Secara tidak langsung, ini akan meningkatkan lagi kualiti kehidupan di samping memelihara alam sekitar. Tiga pernyataan dasar adalah seperti berikut: DRN 5.1: Peningkatan penggunaan teknologi baru, inovasi dan penyediaan perumahan yang mesra alam; DRN 5.2: Peningkatan usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam sektor perumahan; dan DRN 5.3: Penggalakan pembaharuan bandar (urban renewal) dan pembangunan semula bangunan lama selaras dengan matlamat Kerajaan bagi tujuan pemuliharaan dan pemeliharaan.
  • 41. Dasar Perumahan Negara National Housing Policy 41
  • 42. Jabatan Perumahan Negara Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia 42 TERAS 6: Peningkatan Tahap Kemudahan Sosial, Perkhidmatan Asas dan Persekitaran Yang Berdaya Huni (Liveable) Sebilangan kawasan perumahan didapati masih belum dilengkapi dengan kemudahan sosial dan perkhidmatan asas yang sempurna seperti kemudahan pengangkutan, keselamatan dan penyenggaraan. Memandangkan perumahan adalah aspek yang penting bagi membentuk kesejahteraan rakyat dan masyarakat bersepadu, DRN mencadangkan supaya selain menyediakan perkhidmatan asas, pendekatan perancangan pembangunan yang seimbang hendaklah diamalkan dengan memasukkan elemen kemudahan sosial, pembentukan persekitaran yang kondusif serta berdaya huni (liveable) termasuk pelaksanaan konsep Bandar Selamat dan pembangunan komuniti (community building).
  • 43. Dasar Perumahan Negara National Housing Policy 43 Tiga pernyataan dasar adalah seperti berikut : DRN 6.1: Penyediaan perumahan yang lengkap dan pembangunan yang mampan dengan kemudahan dan perkhidmatan asas mengikut piawaian dan keperluan semasa serta keperluan-keperluan sosial bagi mewujudkan persekitaran yang kondusif; DRN 6.2: Pemantapan mekanisme pengurusan dan penyenggaraan bangunan berstrata dan harta bersama yang efisien; dan DRN 6.3: Pelaksanaan konsep Bandar Selamat yang berkaitan dengan kawasan perumahan.
  • 44. Jabatan Perumahan Negara Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia 44
  • 45. Dasar Perumahan Negara National Housing Policy 45
  • 46. Jabatan Perumahan Negara Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia 46 Akta 118 : Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan)1966 Akta 133 : Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 Akta 171 : Akta Kerajaan Tempatan 1976 Akta 172 : Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 BKJ : Bina Kemudian Jual CCC : Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan DBKL : Dewan Bandaraya Kuala Lumpur DRN : Dasar Perumahan Negara GTP : Program Transformasi Kerajaan IBS : Sistem Pembinaan Berindustri IPT : Institusi Pengajian Tinggi JPN : Jabatan Perumahan Negara KDNK : Keluaran Dalam Negeri Kasar KPKT : Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan KTN : Kanun Tanah Negara 1965 NGO : Badan-Badan Bukan Kerajaan NKRA : Bidang Keberhasilan Utama Negara OKU : Orang kelainan upaya OSC : Pusat Sehenti (One Stop Center) PBT : Pihak Berkuasa Tempatan PRMM : Perumahan Rakyat Mampu Milik R&D : Penyelidikan dan pembangunan RKR : Rumah Kos Rendah RMK-10 : Rancangan Malaysia Kesepuluh SEDC : Perbadanan Pembangunan Ekonomi Negeri SPNB : Syarikat Perumahan Negara Berhad SPT : Sistem Pendaftaran Terbuka SINGKATAN
  • 47. Dasar Perumahan Negara National Housing Policy 47
  • 48. Jabatan Perumahan Negara Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia 48
  • 49. Dasar Perumahan Negara National Housing Policy 49
  • 50. Jabatan Perumahan Negara Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia 50 Jabatan Perumahan Negara (JPN), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) merakamkan setinggi- tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sama ada di peringkat persekutuan, negeri dan tempatan dalam memberikan kerjasama dan sumbangan bagi menjayakan penyediaan Dasar Perumahan Negara (DRN). Penghargaan juga ditujukan khas buat wakil-wakil daripada Badan-Badan Profesional, Institusi Pengajian Tinggi, Badan- Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan individu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam penyediaan DRN ini. PENGHARGAAN