SlideShare a Scribd company logo
1 of 8
Perpaduan negara akan terus menjadi matlamat terakhir DPN kerana masyarakat yang
bersatupadu adalah penting untuk memperkukuhkan lagi kestabilan sosial dan politik dan
mengekalkan pembangunan ekonomi yang berterusan. DPN menetapkan satu langkah ke
arah membolehkan Malaysia mencapai taraf sebuah negara yang maju dalam semua segi
iaitu dari segi keadilan sosial, nilai, etika dan moral, kestabilan politik, kualiti hidup,
kecekapan pentadbiran kerajaan, dan kecemerlangan ekonomi.
Strategi pelaksanaan
DPN akan terus mengekalkan strategi asas DEB iaitu pembasmian kemiskinan dan
penyusunan semula masyarakat untuk memperbaiki ketidakseimbangan sosial dan ekonomi
antara kaum dan dengan ini akan menyumbangkan ke arah mengukuhkan perpaduan
negara. DPN adalah bertujuan untuk mewujudkan satu corak pembangunan yang lebih
seimbang yang merangkumi aspek - aspek kritikal seperti berikut:
Mewujudkan keseimbangan yang optimum di antara matlamat pertumbuhan ekonomi
dengan pengagihan yang saksama;
Memastikan pembangunan yang seimbang bagi sektor-sektor utama ekonomi untuk
meningkatkan daya saling melengkapi antara sektor bagi mengoptimumkan
pertumbuhan;
Mengurang dan akhirnya menghapuskan ketidaksamaan sosial dan ekonomi negara
untuk menggalakkan perkongsian secara lebih adil dan saksama faedah yang
diperolehi dari pertumbuhan secara lebih adil dan saksama untuk semua rakyat
Malaysia;
Menggalak dan memperkukuhkan integrasi nasional dengan mengurangkan jurang
ketidakseimbangan yang luas dalam pembangunan ekonomi antara negeri dan
antara kawasan bandar dan luar bandar;
Membangunkan sebuah masyarakat yang progresif di mana semua rakyat menikmati
kesejahteraan hidup yang tinggi di samping mempunyai nilai-nilai sosial dan
kerohanian yang positif serta menghayati perasaan bangga dan cintakan negara;
Memajukan sumber manusia dan termasuk mewujudkan tenaga kerja yang
berdisplin dan produktif serta meningkatkan kemahiran yang perlu bagi menghadapi
cabaran pembangunan industri melalui satu budaya kecemerlangan tanpa
menjejaskan matlamat penyusunan semula masyarakat;
Menjadikan sains dan teknologi sebagai satu teras penting dalam perancangan dan
pembangunan sosio-ekonomi yang memerlukan usaha membangunkan keupayaan
dan kebolehan dalam teknologi strategik dan berasaskan ilmu serta memajukan
budaya sains dan teknologi dalam proses membangunkan satu ekonomi
perindustrian yang moden; dan
Memastikan bahawa dalam usaha mencapai pembangunan ekonomi perhatian yang
sewajarnya diberikan kepada perlindungan alam sekitar dan ekologi supaya dalam
jangka panjang bagi memastikan pembangunan negara dapat dikekalkan secara
berterusan.
DPN telah mengambil kira kemajuan yang telah dicapai setakat ini di bawah DEB serta
kekuatan dan kelemahan yang wujud semasa pelaksanaannya. Ia mengandungi beberapa
peralihan pendekatan dengan tujuan mengadakan satu dimensi baru dalam usaha
pembangunan, terutamanya dalam membasmi kemiskinan dan menyusun semula
masyarakat. Dimensi-dimensi baru DPN adalah seperti berikut:
Memberi penekanan yang lebih kepada strategi pembasmian kemiskinan untuk
tujuan menghapuskan kemiskinan di kalangan golongan termiskin hardcore poor di
samping mengurangkan kemiskinan relatif. (Golongan yang termiskin adalah
keluarga berpendapatan 50% atau kurang daripada Pendapatan Garis Kemiskinan.
Bagi tahun 1990, Pendapatan Garis Kemiskinan adalah sebanyak $370 sebulan bagi
saiz isi rumah 5.1 di Semenanjung Malaysia, $544 bagi saiz isi rumah 5.4 di Sabah
dan $452 bagi saiz isi rumah 5.2 di Sarawak. Kira-kira 143,000 isi rumah atau 4%
daripada jumlah isi rumah adalah tergolong sebagai keluarga termiskin);
Menumpukan perhatian kepada pembangunan sebuah masyarakat Perdagangan
dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) sebagai satu strategi penting kearah
meningkat kan dan seterusnya mengekalkan penyertaan Bumiputera dalam kegiatan
ekonomi;
Meningkatkan penekanan kepada sektor swasta untuk melibatkan diri dalam proses
penyusunan semula masyarakat; dan
Memberi lebih tumpuan kepada pembangunan sumber manusia termasuk sistem
nilai dan etika bagi mencapai matlamat pertumbuhan ekonomi dan pengagihan yang
saksama.
Program Pelaksanaan
Beberapa pendekatan baru yang diambil dalam usaha melaksanakan DPN adalah seperti
berikut:
Hasil pencapaian yang berkualiti dan berkekalan Pendekatan yang lebih terpilih akan
dibuat dengan mengambik kira keperluan untuk mencapai hasil yang berkualiti dan
berkekalan. Dalam proses menghapuskan kemiskinan di kalangan golongan
termiskin dan juga mengurangkan ketidakseimbangan, penekanan akan diberikan
kepada aspek-aspek pendidikan dan latihan sebelum bantuan diberikan;
Persaingan Dalam Pasaran Antarabangsa DPN telah mengambilkira kemampuan
negara untuk bersaing dengan lebih terdaya dalam pasaran antarabangsa di
samping menghadapi cabaran baru. Di dalam menghadapi persaingan
antarabangsa, Malaysia perlu meningkatkan daya tarikan kepada pelabur dan
pengusaha supaya dapat memperluaskan urusan mereka di negara ini. Dalam
bidang eksport pula, halangan- halangan (perlindungan) perdagangan antarabangsa
akan meningkat. Untuk mengatasi masalah ini, Malaysia akan terus mengamalkan
dasar liberal yang boleh menggalakkan sektor swasta lebih bersedia menghadapi
risiko berkaitan. Para pengeksport negara juga perlu mengurangkan pergantungan
mereka kepada Sistem Keutamaan Am (GSP) dan menjadi pengeksport yang
mempunyai daya saingan yang tinggi;
Wawasan 2020
Penyertaan semua kaum di negara ini adalah sangat penting untuk
memajukan Malaysia ke taraf negara yang maju menjelang tahun 2020. Oleh
yang demikian pelaksanaan strategi serampang dua mata DPN akan terus
menggalakkan penggemblengan sumber-sumber negara dan menggunakan
potensi kecerdasan masyarakat berbilang kaum untuk membina ekonomi
yang teguh serta meningkatkan ketahanan negara bagi mengatasi
ketidakstabilan dan ketidaktentuan ekonomi dunia. Oleh kerana setiap kaum
mempunyai sifat dan kekuatannya sendiri maka adalah penting untuk semua
kaum di negara ini saling melengkapi dan bantu membantu antara satu sama
lain untuk kesejahteraan rakyat dan pembangunan negara; dan
Pembasmian Kemiskinan
Kadar kemiskinan negara dijangka akan dapat dikurangkan ke paras 7.2%
dalam tahun 2000 berbanding dengan 19.1% dalam tahun 1990. Kadar
pengangguran pula dijangka berkurangan ke tahap 4% dalam tahun 2000.
Dalam melaksanakan strategi pembasmian kemiskinan,DPN akan mengambil
kira beberapa perubahan dibuat terhadap peranan sektor awam. Oleh kerana
kadar kemiskinan yang terlalu tinggi di kawasan luar Bandar pada akhir tahun
1960-an, pelaksanaan DEB (1971 - 90) telah memperlihatkan penglibatan
terus perkhidmatan awam melalui pembukaan tanah-tanah dan pemberian
subsidi besar-besaran kepada petani-petani kecil untuk mewujudkan
pekerjaan dan membantu meningkatkan pendapatan mereka. Pengalaman
telah menunjukkan bahawa kos penyelenggaraan skim pembangunan tanah
seperti yang diuruskan oleh FELDA adalah lebih tinggi daripada kos
pengendalian estet yang serupa oleh sector swasta. Tambahan pula anak-
anak peneroka dan petani yang berpendidikan lebih tinggi kurang berminat
untuk bekerja di luar bandar. Ramai di antara mereka telah berhijrah untuk
bekerja di bandar- bandar. Dengan itu pembukaan tanah baru oleh agensi
kerajaan untuk mengatasi masalah pengangguran tidaklah ekonomikal lagi.
Peranan ini lebih sesuai untuk dikendalikan oleh estet-estet komersial.
Latihan yang diberikan kepada belia-belia di luar Bandar akan membolehkan
mereka mendapatkan kerja-kerja yang berkemahiran dan berpendapatan
lebih tinggi. Aspek latihan ini akan dipertingkatkan untuk menggantikan
pemberian subsidi yang dilaksanakan sehingga ini. Pemberian subsidi dan
sokongan akan diteruskan untuk golongan penanam padi dan nelayan tetapi
ianya akan ditumpukan ke arah mempertingkatkan produktiviti pengeluaran
mereka.
Peranan sektor awam dalam pembasmian kemiskinan akan ditumpukan pada
program-program berikut:
pendidikan dan
latihan
kesihatan
jalan-jalan luar bandar
pengangkutan
perumahan
bekalan air dan elektrik
Usaha-usaha yang lebih gigih akan dilaksanakan untuk mengurangkan
ketidakseimbangan pembangunan di antara wilayah-wilayah, khususnya di
antara negeri Sabah dan Sarawak dengan negeri-negeri lain.
Program pelaksanaan untuk mengatasi kemiskinan di Bandar - bandar juga
akan dipertingkatkan. Di kawasan bandar, kemiskinan relatif akan
dikurangkan menerusi penyediaan peluang yang lebih baik untuk
meningkatkan pendapatan dan kemudahan asas seperti perumahan,
pengangkutan dan kemudahan awam. Langkah-langkah juga akan diambil
oleh Kerajaan melalui perancangan dan penetapan zon pembangunan
Bandar yang sesuai dalam usaha membangunkan bandar-bandar secara
teratur. Ini bukan sahaja akan dapat mengawal pertumbuhan kawasan-
kawasan setinggan tetapi juga menyediakan peluang - peluang kepada
golongan yang terlibat dalam perniagaan dan industri kecil.
Penyusunan Semula Masyarakat
Penghapusan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi dan
penyusunan semula hakmilik akan terus menjadi program penting di bawah
strategi ini. Berhubung dengan ini, matlamat DPN adalah untuk meningkatkan
taraf sosial dan ekonomi masyarakat Bumiputera ke tahap yang lebih
berdaya maju dan teguh. Kedudukan ini boleh dicapai dengan pelaksanaan
strategi meningkatkan gunatenaga dan penyertaan Bumiputera dalam
pengurusan sektor-sektor moden dan membentuk Masyarakat Perdagangan
dan Perindustrian Bumiputera. Walaupun dasar dan program Kerajaan akan
terus menyediakan sokongan kepada usahawan Bumiputera, tetapi adalah
menjadi harapan kerajaan usahawan Bumiputera akan memajukan
perniagaan berasaskan daya usaha sendiri dan kurang bergantung kepada
bantuan dan subsidi kerajaan. Sehubungan dengan ini latihan dalam bidang
pengurusan harta dan etika perniagaan akan diutamakan. Sebagai langkah
jangka panjang, program untuk memupuk usahawan muda juga akan diberi
tumpuan. DPN akan menggalakkan penyertaan Bumiputera secara meluas
dalam sektor-sektor moden seperti pembuatan dan perkhidmatan. Perhatian
khusus diberi kepada penyertaan Bumiputera di dalam industri kecil dan
sederhana menerusi program sub-kontrak dan franchise. Usahasama secara
aktif di antara Bumiputera dan bukan Bumiputera akan digalakkan untuk
membolehkan syarikat Bumiputera meningkatkan prospek perniagaan. Bagi
membolehkan Bumiputera bersaing dalam perniagaan moden, mereka akan
didedahkan kepada teknologi terbaru di samping kemudahan-kemudahan
modal, maklumat pasaran dan hubungan perniagaan dengan pasaran
antarabangsa. Matlamat penyusunan semula gunatenaga akan memastikan
corak gunatenaga di pelbagai sektor dan pekerjaan dalam ekonomi
mencerminkan komposisi pelbagai kumpulan etnik dalam negara. Dalam
tempoh 10 tahun yang akan datang, dasar ini akan memastikan bahawa
Bumiputera mendapat bahagian yang saksama daripada pekerjaan baru
yang diwujudkan, khususnya dalam kategori profesional, pengurusan dan
teknikal. Daripada 2.4 juta pekerjaan baru yang dijangka akan dapat
diwujudkan dari tahun 1991 - 2000, kira-kira 55.8% akan diambil oleh
Bumiputera (706,700 dalam sektor perkhidmatan dan 534,000 dalam sektor
pembuatan.) Di sektor luar bandar, untuk meningkatkan mobiliti tenaga kerja,
langkah-langkah akan diambil untuk memperbaiki tahap pendidikan dan
kemahiran. Berhubung dengan strategi penyusunan semula hak milik dan
pengawalan dalam sektor swasta, sasaran secara kuantitatif yang khusus
tidak ditetapkan dalam DPN. Langkah-langkah akan diambil untuk
melengkapkan Bumiputera dengan kemahiran - kemahiran yang sesuai
bukan sahaja bagi mengurus dan menjalankan pemiagaan dengan berkesan
tetapi juga bagi mengekalkan kekayaan mereka. Agensi-agensi amanah dan
perbadanan awam perlu merancang dan menyelaras tindakan masing-
masing dengan lebih berkesan dalam mewujudkan harta - harta baru dan
membeli kepentingan tertentu bagi pihak Bumiputera. Peranan Permodalan
Nasional Berhad (PNB) akan diperkukuhkan dalam menggembleng tabungan
Bumiputera dan pembangunan keusahawanan. Amanah Saham Bumiputera
(ASB) dan Amanah Saham Nasional (ASN) merupakan sebahagian daripada
strategi keseluruhan PNB untuk meneruskan usaha menggembleng tabungan
Bumiputera sepanjang tempoh DPN. Penswastaan akan digunakan sebagai
suatu cara untuk mempercepatkan dan memperluaskan penyertaan
Bumiputera dalam sektor swasta serta mencapai hasrat penyusunan semula
modal saham. Jawatankuasa Pelaburan Asing akan meneruskan
pengawasan proses penyusunan semula modal saham dengan
menggalakkan lagi syarikat-syarikat mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
Penutup
Seperti DEB, DPN akan meneruskan usaha-usaha mengurangkan ketidakseimbangan
ekonomi bukan sahaja di kalangan kaum etnik tetapi juga di antara golongan kaya dan
miskin dan antara wilayah. Ketidakseimbangan ekonomi ini akan dapat dikurangkan
berasaskan prinsip pembangunan seimbang dan pengagihan yang saksama untuk
mencapai keadilan sosial dan memperkukuhkan perpaduan negara

More Related Content

What's hot

3000 Dasar Awam 2005
3000 Dasar Awam 20053000 Dasar Awam 2005
3000 Dasar Awam 2005aimm reka
 
Dasar ekonomi baru
Dasar ekonomi baruDasar ekonomi baru
Dasar ekonomi barumeameao
 
Model ekonomi baru
Model ekonomi baruModel ekonomi baru
Model ekonomi barumond niel
 
Dasar negara bab 12,13,14
Dasar negara bab 12,13,14Dasar negara bab 12,13,14
Dasar negara bab 12,13,14azah narowi
 
Ekonomi berasaskan pengetahuan
Ekonomi berasaskan pengetahuanEkonomi berasaskan pengetahuan
Ekonomi berasaskan pengetahuanPa3STPM
 
11 dasar dasar-kerajaan_malaysia
11 dasar dasar-kerajaan_malaysia11 dasar dasar-kerajaan_malaysia
11 dasar dasar-kerajaan_malaysiaBoss Shan
 
CTU555 Sejarah Malaysia - Pembangunan Ekonomi dalam Konteks Hubungan Etnik
CTU555 Sejarah Malaysia - Pembangunan Ekonomi dalam Konteks Hubungan EtnikCTU555 Sejarah Malaysia - Pembangunan Ekonomi dalam Konteks Hubungan Etnik
CTU555 Sejarah Malaysia - Pembangunan Ekonomi dalam Konteks Hubungan EtnikMahyuddin Khalid
 
Pengajian am penggal 2
Pengajian am penggal 2Pengajian am penggal 2
Pengajian am penggal 2fazrul
 
Dasar Pembangunan Negara
Dasar Pembangunan NegaraDasar Pembangunan Negara
Dasar Pembangunan NegaraAmra Nusroh
 
Ringkasan eksekutif RMK12
Ringkasan eksekutif RMK12Ringkasan eksekutif RMK12
Ringkasan eksekutif RMK12HjMie1
 
CTU555 : SEJARAH MALAYSIA
CTU555 : SEJARAH MALAYSIACTU555 : SEJARAH MALAYSIA
CTU555 : SEJARAH MALAYSIAAZIZAHAFIQAH
 
Pembangunan Dan Pemantapan Sosio Ekonomi Malaysia
Pembangunan Dan Pemantapan Sosio Ekonomi MalaysiaPembangunan Dan Pemantapan Sosio Ekonomi Malaysia
Pembangunan Dan Pemantapan Sosio Ekonomi Malaysiauchuanakwatan
 
Dasar Pembangunan Nasional
Dasar Pembangunan NasionalDasar Pembangunan Nasional
Dasar Pembangunan NasionalMis Sem
 
9. dasar dasar kerajaan
9. dasar dasar kerajaan9. dasar dasar kerajaan
9. dasar dasar kerajaanwk_aiman
 

What's hot (20)

3000 Dasar Awam 2005
3000 Dasar Awam 20053000 Dasar Awam 2005
3000 Dasar Awam 2005
 
Dasar ekonomi baru
Dasar ekonomi baruDasar ekonomi baru
Dasar ekonomi baru
 
Rancangan malaysia
Rancangan malaysiaRancangan malaysia
Rancangan malaysia
 
Dasar pembangunan nasional [1991 2000]
Dasar pembangunan nasional [1991 2000]Dasar pembangunan nasional [1991 2000]
Dasar pembangunan nasional [1991 2000]
 
Model ekonomi baru
Model ekonomi baruModel ekonomi baru
Model ekonomi baru
 
Dasar negara bab 12,13,14
Dasar negara bab 12,13,14Dasar negara bab 12,13,14
Dasar negara bab 12,13,14
 
pengajian am
pengajian ampengajian am
pengajian am
 
Ekonomi berasaskan pengetahuan
Ekonomi berasaskan pengetahuanEkonomi berasaskan pengetahuan
Ekonomi berasaskan pengetahuan
 
11 dasar dasar-kerajaan_malaysia
11 dasar dasar-kerajaan_malaysia11 dasar dasar-kerajaan_malaysia
11 dasar dasar-kerajaan_malaysia
 
CTU555 Sejarah Malaysia - Pembangunan Ekonomi dalam Konteks Hubungan Etnik
CTU555 Sejarah Malaysia - Pembangunan Ekonomi dalam Konteks Hubungan EtnikCTU555 Sejarah Malaysia - Pembangunan Ekonomi dalam Konteks Hubungan Etnik
CTU555 Sejarah Malaysia - Pembangunan Ekonomi dalam Konteks Hubungan Etnik
 
Dasar pandang ke timur
Dasar pandang ke timurDasar pandang ke timur
Dasar pandang ke timur
 
Pengajian am penggal 2
Pengajian am penggal 2Pengajian am penggal 2
Pengajian am penggal 2
 
Dasar Pembangunan Negara
Dasar Pembangunan NegaraDasar Pembangunan Negara
Dasar Pembangunan Negara
 
Bab 4 a
Bab 4 aBab 4 a
Bab 4 a
 
Ringkasan eksekutif RMK12
Ringkasan eksekutif RMK12Ringkasan eksekutif RMK12
Ringkasan eksekutif RMK12
 
CTU555 : SEJARAH MALAYSIA
CTU555 : SEJARAH MALAYSIACTU555 : SEJARAH MALAYSIA
CTU555 : SEJARAH MALAYSIA
 
Dasar dasar awam di malaysia
Dasar dasar awam di malaysiaDasar dasar awam di malaysia
Dasar dasar awam di malaysia
 
Pembangunan Dan Pemantapan Sosio Ekonomi Malaysia
Pembangunan Dan Pemantapan Sosio Ekonomi MalaysiaPembangunan Dan Pemantapan Sosio Ekonomi Malaysia
Pembangunan Dan Pemantapan Sosio Ekonomi Malaysia
 
Dasar Pembangunan Nasional
Dasar Pembangunan NasionalDasar Pembangunan Nasional
Dasar Pembangunan Nasional
 
9. dasar dasar kerajaan
9. dasar dasar kerajaan9. dasar dasar kerajaan
9. dasar dasar kerajaan
 

Similar to DPN2020

Dasar ekonomi dr mahathir
Dasar ekonomi dr mahathirDasar ekonomi dr mahathir
Dasar ekonomi dr mahathirSuhailah Fauzi
 
Pembangunan untuk mensejahterakan seluruh rakyat
Pembangunan untuk mensejahterakan seluruh rakyatPembangunan untuk mensejahterakan seluruh rakyat
Pembangunan untuk mensejahterakan seluruh rakyatQiu El Fahmi
 
M7. pembangunan ekonomi daerah
M7. pembangunan ekonomi daerahM7. pembangunan ekonomi daerah
M7. pembangunan ekonomi daeraherlina na
 
Amalan Terbaik Kesejahteraan Sosial
Amalan Terbaik Kesejahteraan SosialAmalan Terbaik Kesejahteraan Sosial
Amalan Terbaik Kesejahteraan SosialSITINURDIANAMOHDSAHA
 
7 pembangunan ekonomi daerah adhi nugraha_5_x
7 pembangunan ekonomi daerah adhi nugraha_5_x7 pembangunan ekonomi daerah adhi nugraha_5_x
7 pembangunan ekonomi daerah adhi nugraha_5_xadhi nugraha
 
(7)pembangunan ekonomi daerah
(7)pembangunan ekonomi daerah(7)pembangunan ekonomi daerah
(7)pembangunan ekonomi daerahElisabeth Marina
 
Laporan pelaksanaan penganggulangan kemiskinan daerah 2016
Laporan pelaksanaan penganggulangan kemiskinan daerah 2016Laporan pelaksanaan penganggulangan kemiskinan daerah 2016
Laporan pelaksanaan penganggulangan kemiskinan daerah 2016pandirambo900
 
Rostiawati 11140756 (5 v ma) materi 9
Rostiawati 11140756 (5 v ma) materi 9Rostiawati 11140756 (5 v ma) materi 9
Rostiawati 11140756 (5 v ma) materi 9Rostiawati Hasan
 
Amalan Terbaik dalam Pembangunan Sosial
Amalan Terbaik dalam Pembangunan SosialAmalan Terbaik dalam Pembangunan Sosial
Amalan Terbaik dalam Pembangunan SosialKymah Najwa
 
ILMU NEGARA - Dasar dasar negara
ILMU NEGARA - Dasar dasar negaraILMU NEGARA - Dasar dasar negara
ILMU NEGARA - Dasar dasar negaraManunggal Amethyst
 
LKS Tentang Masalah Ekonomi
LKS Tentang Masalah EkonomiLKS Tentang Masalah Ekonomi
LKS Tentang Masalah Ekonomielzavebrian
 
LKS Tentang Masalah Ekonomi
LKS Tentang Masalah EkonomiLKS Tentang Masalah Ekonomi
LKS Tentang Masalah Ekonomielzavebrian
 
Spm pmr esei contoh karangan negara maju
Spm pmr esei contoh karangan negara majuSpm pmr esei contoh karangan negara maju
Spm pmr esei contoh karangan negara majuディー アン
 
Tugas 7 pembangunan ekonomi daerah
Tugas 7 pembangunan ekonomi daerahTugas 7 pembangunan ekonomi daerah
Tugas 7 pembangunan ekonomi daerahsiti aisah
 
Pembangunan ekonomi daerah
Pembangunan ekonomi daerahPembangunan ekonomi daerah
Pembangunan ekonomi daerahInas Intishar
 
Dasar Awam 2
Dasar Awam 2Dasar Awam 2
Dasar Awam 2aimm reka
 
Pertemuan ke 12 - Pak Kartika
Pertemuan ke 12 - Pak KartikaPertemuan ke 12 - Pak Kartika
Pertemuan ke 12 - Pak Kartikanindyapurnamasari
 

Similar to DPN2020 (20)

Dasar ekonomi dr mahathir
Dasar ekonomi dr mahathirDasar ekonomi dr mahathir
Dasar ekonomi dr mahathir
 
Pembangunan untuk mensejahterakan seluruh rakyat
Pembangunan untuk mensejahterakan seluruh rakyatPembangunan untuk mensejahterakan seluruh rakyat
Pembangunan untuk mensejahterakan seluruh rakyat
 
M7. pembangunan ekonomi daerah
M7. pembangunan ekonomi daerahM7. pembangunan ekonomi daerah
M7. pembangunan ekonomi daerah
 
Amalan Terbaik Kesejahteraan Sosial
Amalan Terbaik Kesejahteraan SosialAmalan Terbaik Kesejahteraan Sosial
Amalan Terbaik Kesejahteraan Sosial
 
7 pembangunan ekonomi daerah adhi nugraha_5_x
7 pembangunan ekonomi daerah adhi nugraha_5_x7 pembangunan ekonomi daerah adhi nugraha_5_x
7 pembangunan ekonomi daerah adhi nugraha_5_x
 
(7)pembangunan ekonomi daerah
(7)pembangunan ekonomi daerah(7)pembangunan ekonomi daerah
(7)pembangunan ekonomi daerah
 
Laporan pelaksanaan penganggulangan kemiskinan daerah 2016
Laporan pelaksanaan penganggulangan kemiskinan daerah 2016Laporan pelaksanaan penganggulangan kemiskinan daerah 2016
Laporan pelaksanaan penganggulangan kemiskinan daerah 2016
 
Rostiawati 11140756 (5 v ma) materi 9
Rostiawati 11140756 (5 v ma) materi 9Rostiawati 11140756 (5 v ma) materi 9
Rostiawati 11140756 (5 v ma) materi 9
 
Amalan Terbaik dalam Pembangunan Sosial
Amalan Terbaik dalam Pembangunan SosialAmalan Terbaik dalam Pembangunan Sosial
Amalan Terbaik dalam Pembangunan Sosial
 
POKOK POKOK SUBSTANSI RKP 2019 DAN KONSEP RKP 2020
POKOK POKOK SUBSTANSI RKP 2019 DAN KONSEP RKP 2020POKOK POKOK SUBSTANSI RKP 2019 DAN KONSEP RKP 2020
POKOK POKOK SUBSTANSI RKP 2019 DAN KONSEP RKP 2020
 
ILMU NEGARA - Dasar dasar negara
ILMU NEGARA - Dasar dasar negaraILMU NEGARA - Dasar dasar negara
ILMU NEGARA - Dasar dasar negara
 
LKS Tentang Masalah Ekonomi
LKS Tentang Masalah EkonomiLKS Tentang Masalah Ekonomi
LKS Tentang Masalah Ekonomi
 
LKS Tentang Masalah Ekonomi
LKS Tentang Masalah EkonomiLKS Tentang Masalah Ekonomi
LKS Tentang Masalah Ekonomi
 
Makalahnya santi, jangan di hapus
Makalahnya santi, jangan di hapusMakalahnya santi, jangan di hapus
Makalahnya santi, jangan di hapus
 
Makalahnya santi, jangan di hapus
Makalahnya santi, jangan di hapusMakalahnya santi, jangan di hapus
Makalahnya santi, jangan di hapus
 
Spm pmr esei contoh karangan negara maju
Spm pmr esei contoh karangan negara majuSpm pmr esei contoh karangan negara maju
Spm pmr esei contoh karangan negara maju
 
Tugas 7 pembangunan ekonomi daerah
Tugas 7 pembangunan ekonomi daerahTugas 7 pembangunan ekonomi daerah
Tugas 7 pembangunan ekonomi daerah
 
Pembangunan ekonomi daerah
Pembangunan ekonomi daerahPembangunan ekonomi daerah
Pembangunan ekonomi daerah
 
Dasar Awam 2
Dasar Awam 2Dasar Awam 2
Dasar Awam 2
 
Pertemuan ke 12 - Pak Kartika
Pertemuan ke 12 - Pak KartikaPertemuan ke 12 - Pak Kartika
Pertemuan ke 12 - Pak Kartika
 

DPN2020

  • 1. Perpaduan negara akan terus menjadi matlamat terakhir DPN kerana masyarakat yang bersatupadu adalah penting untuk memperkukuhkan lagi kestabilan sosial dan politik dan mengekalkan pembangunan ekonomi yang berterusan. DPN menetapkan satu langkah ke arah membolehkan Malaysia mencapai taraf sebuah negara yang maju dalam semua segi iaitu dari segi keadilan sosial, nilai, etika dan moral, kestabilan politik, kualiti hidup, kecekapan pentadbiran kerajaan, dan kecemerlangan ekonomi. Strategi pelaksanaan DPN akan terus mengekalkan strategi asas DEB iaitu pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat untuk memperbaiki ketidakseimbangan sosial dan ekonomi antara kaum dan dengan ini akan menyumbangkan ke arah mengukuhkan perpaduan negara. DPN adalah bertujuan untuk mewujudkan satu corak pembangunan yang lebih seimbang yang merangkumi aspek - aspek kritikal seperti berikut: Mewujudkan keseimbangan yang optimum di antara matlamat pertumbuhan ekonomi dengan pengagihan yang saksama; Memastikan pembangunan yang seimbang bagi sektor-sektor utama ekonomi untuk meningkatkan daya saling melengkapi antara sektor bagi mengoptimumkan pertumbuhan; Mengurang dan akhirnya menghapuskan ketidaksamaan sosial dan ekonomi negara untuk menggalakkan perkongsian secara lebih adil dan saksama faedah yang diperolehi dari pertumbuhan secara lebih adil dan saksama untuk semua rakyat Malaysia; Menggalak dan memperkukuhkan integrasi nasional dengan mengurangkan jurang
  • 2. ketidakseimbangan yang luas dalam pembangunan ekonomi antara negeri dan antara kawasan bandar dan luar bandar; Membangunkan sebuah masyarakat yang progresif di mana semua rakyat menikmati kesejahteraan hidup yang tinggi di samping mempunyai nilai-nilai sosial dan kerohanian yang positif serta menghayati perasaan bangga dan cintakan negara; Memajukan sumber manusia dan termasuk mewujudkan tenaga kerja yang berdisplin dan produktif serta meningkatkan kemahiran yang perlu bagi menghadapi cabaran pembangunan industri melalui satu budaya kecemerlangan tanpa menjejaskan matlamat penyusunan semula masyarakat; Menjadikan sains dan teknologi sebagai satu teras penting dalam perancangan dan pembangunan sosio-ekonomi yang memerlukan usaha membangunkan keupayaan dan kebolehan dalam teknologi strategik dan berasaskan ilmu serta memajukan budaya sains dan teknologi dalam proses membangunkan satu ekonomi perindustrian yang moden; dan Memastikan bahawa dalam usaha mencapai pembangunan ekonomi perhatian yang sewajarnya diberikan kepada perlindungan alam sekitar dan ekologi supaya dalam jangka panjang bagi memastikan pembangunan negara dapat dikekalkan secara berterusan. DPN telah mengambil kira kemajuan yang telah dicapai setakat ini di bawah DEB serta kekuatan dan kelemahan yang wujud semasa pelaksanaannya. Ia mengandungi beberapa peralihan pendekatan dengan tujuan mengadakan satu dimensi baru dalam usaha pembangunan, terutamanya dalam membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat. Dimensi-dimensi baru DPN adalah seperti berikut: Memberi penekanan yang lebih kepada strategi pembasmian kemiskinan untuk tujuan menghapuskan kemiskinan di kalangan golongan termiskin hardcore poor di
  • 3. samping mengurangkan kemiskinan relatif. (Golongan yang termiskin adalah keluarga berpendapatan 50% atau kurang daripada Pendapatan Garis Kemiskinan. Bagi tahun 1990, Pendapatan Garis Kemiskinan adalah sebanyak $370 sebulan bagi saiz isi rumah 5.1 di Semenanjung Malaysia, $544 bagi saiz isi rumah 5.4 di Sabah dan $452 bagi saiz isi rumah 5.2 di Sarawak. Kira-kira 143,000 isi rumah atau 4% daripada jumlah isi rumah adalah tergolong sebagai keluarga termiskin); Menumpukan perhatian kepada pembangunan sebuah masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) sebagai satu strategi penting kearah meningkat kan dan seterusnya mengekalkan penyertaan Bumiputera dalam kegiatan ekonomi; Meningkatkan penekanan kepada sektor swasta untuk melibatkan diri dalam proses penyusunan semula masyarakat; dan Memberi lebih tumpuan kepada pembangunan sumber manusia termasuk sistem nilai dan etika bagi mencapai matlamat pertumbuhan ekonomi dan pengagihan yang saksama. Program Pelaksanaan Beberapa pendekatan baru yang diambil dalam usaha melaksanakan DPN adalah seperti berikut: Hasil pencapaian yang berkualiti dan berkekalan Pendekatan yang lebih terpilih akan dibuat dengan mengambik kira keperluan untuk mencapai hasil yang berkualiti dan berkekalan. Dalam proses menghapuskan kemiskinan di kalangan golongan termiskin dan juga mengurangkan ketidakseimbangan, penekanan akan diberikan kepada aspek-aspek pendidikan dan latihan sebelum bantuan diberikan;
  • 4. Persaingan Dalam Pasaran Antarabangsa DPN telah mengambilkira kemampuan negara untuk bersaing dengan lebih terdaya dalam pasaran antarabangsa di samping menghadapi cabaran baru. Di dalam menghadapi persaingan antarabangsa, Malaysia perlu meningkatkan daya tarikan kepada pelabur dan pengusaha supaya dapat memperluaskan urusan mereka di negara ini. Dalam bidang eksport pula, halangan- halangan (perlindungan) perdagangan antarabangsa akan meningkat. Untuk mengatasi masalah ini, Malaysia akan terus mengamalkan dasar liberal yang boleh menggalakkan sektor swasta lebih bersedia menghadapi risiko berkaitan. Para pengeksport negara juga perlu mengurangkan pergantungan mereka kepada Sistem Keutamaan Am (GSP) dan menjadi pengeksport yang mempunyai daya saingan yang tinggi; Wawasan 2020 Penyertaan semua kaum di negara ini adalah sangat penting untuk memajukan Malaysia ke taraf negara yang maju menjelang tahun 2020. Oleh yang demikian pelaksanaan strategi serampang dua mata DPN akan terus menggalakkan penggemblengan sumber-sumber negara dan menggunakan potensi kecerdasan masyarakat berbilang kaum untuk membina ekonomi yang teguh serta meningkatkan ketahanan negara bagi mengatasi ketidakstabilan dan ketidaktentuan ekonomi dunia. Oleh kerana setiap kaum mempunyai sifat dan kekuatannya sendiri maka adalah penting untuk semua kaum di negara ini saling melengkapi dan bantu membantu antara satu sama lain untuk kesejahteraan rakyat dan pembangunan negara; dan Pembasmian Kemiskinan Kadar kemiskinan negara dijangka akan dapat dikurangkan ke paras 7.2% dalam tahun 2000 berbanding dengan 19.1% dalam tahun 1990. Kadar pengangguran pula dijangka berkurangan ke tahap 4% dalam tahun 2000. Dalam melaksanakan strategi pembasmian kemiskinan,DPN akan mengambil kira beberapa perubahan dibuat terhadap peranan sektor awam. Oleh kerana kadar kemiskinan yang terlalu tinggi di kawasan luar Bandar pada akhir tahun 1960-an, pelaksanaan DEB (1971 - 90) telah memperlihatkan penglibatan terus perkhidmatan awam melalui pembukaan tanah-tanah dan pemberian
  • 5. subsidi besar-besaran kepada petani-petani kecil untuk mewujudkan pekerjaan dan membantu meningkatkan pendapatan mereka. Pengalaman telah menunjukkan bahawa kos penyelenggaraan skim pembangunan tanah seperti yang diuruskan oleh FELDA adalah lebih tinggi daripada kos pengendalian estet yang serupa oleh sector swasta. Tambahan pula anak- anak peneroka dan petani yang berpendidikan lebih tinggi kurang berminat untuk bekerja di luar bandar. Ramai di antara mereka telah berhijrah untuk bekerja di bandar- bandar. Dengan itu pembukaan tanah baru oleh agensi kerajaan untuk mengatasi masalah pengangguran tidaklah ekonomikal lagi. Peranan ini lebih sesuai untuk dikendalikan oleh estet-estet komersial. Latihan yang diberikan kepada belia-belia di luar Bandar akan membolehkan mereka mendapatkan kerja-kerja yang berkemahiran dan berpendapatan lebih tinggi. Aspek latihan ini akan dipertingkatkan untuk menggantikan pemberian subsidi yang dilaksanakan sehingga ini. Pemberian subsidi dan sokongan akan diteruskan untuk golongan penanam padi dan nelayan tetapi ianya akan ditumpukan ke arah mempertingkatkan produktiviti pengeluaran mereka. Peranan sektor awam dalam pembasmian kemiskinan akan ditumpukan pada program-program berikut: pendidikan dan latihan kesihatan jalan-jalan luar bandar pengangkutan perumahan bekalan air dan elektrik Usaha-usaha yang lebih gigih akan dilaksanakan untuk mengurangkan
  • 6. ketidakseimbangan pembangunan di antara wilayah-wilayah, khususnya di antara negeri Sabah dan Sarawak dengan negeri-negeri lain. Program pelaksanaan untuk mengatasi kemiskinan di Bandar - bandar juga akan dipertingkatkan. Di kawasan bandar, kemiskinan relatif akan dikurangkan menerusi penyediaan peluang yang lebih baik untuk meningkatkan pendapatan dan kemudahan asas seperti perumahan, pengangkutan dan kemudahan awam. Langkah-langkah juga akan diambil oleh Kerajaan melalui perancangan dan penetapan zon pembangunan Bandar yang sesuai dalam usaha membangunkan bandar-bandar secara teratur. Ini bukan sahaja akan dapat mengawal pertumbuhan kawasan- kawasan setinggan tetapi juga menyediakan peluang - peluang kepada golongan yang terlibat dalam perniagaan dan industri kecil. Penyusunan Semula Masyarakat Penghapusan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi dan penyusunan semula hakmilik akan terus menjadi program penting di bawah strategi ini. Berhubung dengan ini, matlamat DPN adalah untuk meningkatkan taraf sosial dan ekonomi masyarakat Bumiputera ke tahap yang lebih berdaya maju dan teguh. Kedudukan ini boleh dicapai dengan pelaksanaan strategi meningkatkan gunatenaga dan penyertaan Bumiputera dalam pengurusan sektor-sektor moden dan membentuk Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera. Walaupun dasar dan program Kerajaan akan terus menyediakan sokongan kepada usahawan Bumiputera, tetapi adalah menjadi harapan kerajaan usahawan Bumiputera akan memajukan perniagaan berasaskan daya usaha sendiri dan kurang bergantung kepada bantuan dan subsidi kerajaan. Sehubungan dengan ini latihan dalam bidang pengurusan harta dan etika perniagaan akan diutamakan. Sebagai langkah jangka panjang, program untuk memupuk usahawan muda juga akan diberi tumpuan. DPN akan menggalakkan penyertaan Bumiputera secara meluas dalam sektor-sektor moden seperti pembuatan dan perkhidmatan. Perhatian khusus diberi kepada penyertaan Bumiputera di dalam industri kecil dan sederhana menerusi program sub-kontrak dan franchise. Usahasama secara aktif di antara Bumiputera dan bukan Bumiputera akan digalakkan untuk membolehkan syarikat Bumiputera meningkatkan prospek perniagaan. Bagi
  • 7. membolehkan Bumiputera bersaing dalam perniagaan moden, mereka akan didedahkan kepada teknologi terbaru di samping kemudahan-kemudahan modal, maklumat pasaran dan hubungan perniagaan dengan pasaran antarabangsa. Matlamat penyusunan semula gunatenaga akan memastikan corak gunatenaga di pelbagai sektor dan pekerjaan dalam ekonomi mencerminkan komposisi pelbagai kumpulan etnik dalam negara. Dalam tempoh 10 tahun yang akan datang, dasar ini akan memastikan bahawa Bumiputera mendapat bahagian yang saksama daripada pekerjaan baru yang diwujudkan, khususnya dalam kategori profesional, pengurusan dan teknikal. Daripada 2.4 juta pekerjaan baru yang dijangka akan dapat diwujudkan dari tahun 1991 - 2000, kira-kira 55.8% akan diambil oleh Bumiputera (706,700 dalam sektor perkhidmatan dan 534,000 dalam sektor pembuatan.) Di sektor luar bandar, untuk meningkatkan mobiliti tenaga kerja, langkah-langkah akan diambil untuk memperbaiki tahap pendidikan dan kemahiran. Berhubung dengan strategi penyusunan semula hak milik dan pengawalan dalam sektor swasta, sasaran secara kuantitatif yang khusus tidak ditetapkan dalam DPN. Langkah-langkah akan diambil untuk melengkapkan Bumiputera dengan kemahiran - kemahiran yang sesuai bukan sahaja bagi mengurus dan menjalankan pemiagaan dengan berkesan tetapi juga bagi mengekalkan kekayaan mereka. Agensi-agensi amanah dan perbadanan awam perlu merancang dan menyelaras tindakan masing- masing dengan lebih berkesan dalam mewujudkan harta - harta baru dan membeli kepentingan tertentu bagi pihak Bumiputera. Peranan Permodalan Nasional Berhad (PNB) akan diperkukuhkan dalam menggembleng tabungan Bumiputera dan pembangunan keusahawanan. Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Amanah Saham Nasional (ASN) merupakan sebahagian daripada strategi keseluruhan PNB untuk meneruskan usaha menggembleng tabungan Bumiputera sepanjang tempoh DPN. Penswastaan akan digunakan sebagai suatu cara untuk mempercepatkan dan memperluaskan penyertaan Bumiputera dalam sektor swasta serta mencapai hasrat penyusunan semula modal saham. Jawatankuasa Pelaburan Asing akan meneruskan pengawasan proses penyusunan semula modal saham dengan menggalakkan lagi syarikat-syarikat mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Penutup
  • 8. Seperti DEB, DPN akan meneruskan usaha-usaha mengurangkan ketidakseimbangan ekonomi bukan sahaja di kalangan kaum etnik tetapi juga di antara golongan kaya dan miskin dan antara wilayah. Ketidakseimbangan ekonomi ini akan dapat dikurangkan berasaskan prinsip pembangunan seimbang dan pengagihan yang saksama untuk mencapai keadilan sosial dan memperkukuhkan perpaduan negara