Sultan Muhammad al-Fatih dari Uthmaniyyah merupakan pemimpin hebat yang berjaya melalui strategi peperangan cemerlang. Kajian ini menganalisis strategi ketenteraan, ekonomi, dan politik yang digunakan oleh al-Fatih sebelum dan semasa peperangan untuk menakluk Constantinople. Pendekatan kualitatif berlandaskan kajian sejarah dan analisis kandungan digunakan untuk memahami kejayaan al-Fatih.