SlideShare a Scribd company logo
1 of 16
1
1.0 PENGENALAN
Dengan lafaz bismillah kami membuka bicara. Segala puji-pujian bagi Allah s.w.t.
Selawat serta salam kepada junjungan besar Nabi Muhamad s.a.w, ahli keluarga dan para sahabat
baginda. Alhamdulillah, kerana dengan izinNya dapatlah kita mengkaji serba sedikit tentang
pahlawan islam yang unggul yang telah membuka Kota Konstantinopel dan sekaligus
merealisasikan hadis Nabi s.a.w.
Sabda Nabi s.a.w.
‫ك‬ ‫ذل‬ ‫يش‬ ‫ج‬ ‫ال‬ ‫عم‬‫ن‬ ‫ل‬ ‫و‬ ‫ا‬‫ه‬‫ير‬ ‫أم‬ ‫ير‬ ‫األم‬ ‫عم‬‫ن‬ ‫ل‬ ‫ف‬ ‫ية‬ ‫ن‬ ‫ي‬ ‫نط‬ ‫سط‬ ‫ق‬ ‫ال‬ ‫تحن‬ ‫ف‬ ‫ت‬ ‫ل‬
‫يش‬ ‫ج‬ ‫ال‬
Maksudnya: “..Konstantinopel (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah
sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……” (Hadis riwayat Imam Ahmad)
Setelah lebih 800 tahun hadis itu diucapkan oleh Rasulullah s.a.w. barulah menjadi
kenyataan(Abdul Latip Talib 2008 : 11). Umat Islam berlumba-lumba membebaskan
Konstantinopel untuk mendapatkan penghormatan yang dijanjikan oleh Allah s.w.t. dalam hadis
tersebut. Walau bagaimanapun, kesemua kempen yang dilancarkan menemui kegagalan. Di
antaranya, lima kempen di zaman Kerajaan Umaiyyah, satu kempen di zaman Kerajaan
Abbasiyyah dan dua kempen di zaman Kerajaan Uthmaniyyah.
Justeru itu, kertas kerja ini akan mengupas kajian tentang strategi Sultan Muhammad Al-
Fateh dalam penaklukannya terhadap Kota Kostantinopel. Kita sedia maklum bahawa ramai
pejuang-pejuang islam yang telah berusaha untuk membuka Kostantinopel tapi tidak berjaya.
Oleh itu, kami akan membincangkan lebih lanjut mengenai strategi Sultan Muhammad Al-Fateh
dalam kertas kerja ini. Dan kami berharap kajian ini akan member manfaat kepada yang
membaca, menyemak sekaligus kepada yang menulisnya. Kami juga berharap segala kekurangan
dalam kertas kerja ini dimaafkan sebagai makhluk yang tidak lepas daripada kesalahan dan
kelalaian.
2
2.0 BIOGRAFI SULTAN MUHAMMAD AL FATEH
Nama baginda ialah Muhammad bin Murad. Baginda dilahirkan pada 26 Rejab 835
Hijriah (29 Mac 1432 ) di Adrianapolis (sempadan Turki dan Bulgaria). Walau bagaimanapun,
sejarah hidup Baginda sebenarnya telah bermula hampir 800 tahun sebelum kelahirannya kerana
telah disebut sebagai “sebaik-baik raja” di dalam Hadis tadi. Baginda juga dikenali dengan
gelaran Muhammad Al Fatih kerana kejayaannya membebaskan Constantinople. Baginda
menaiki takhta ketika berusia 19 tahun dan memerintah selama 30 tahun (855 – 886H / 451 –
1481M). Baginda merupakan seorang negarawan ulung dan panglima tentera agung yang
memimpin sendiri 25 kempen peperangan. Baginda mangkat pada hari Khamis, 4 Rabiul Awal
886 bersamaan dengan 3 Mei 1481 kerana sakit gout. Ada ahli sejarah berpendapat Baginda
diracun.
Baginda menerima pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu. Dalam bidang
keagamaan, gurunya adalah Syeikh Shamsuddin Al-Wali dikatakan daripada keturunan Saidina
Abu Bakar As-Siddiq r.a. Dalam ilmu peperangan pula, baginda diajar tentang taktik
peperangan, memanah dan menunggang kuda oleh panglima-panglima tentera. Dalam bidang
akademik pula, baginda adalah seorang cendekiawan ulung di zamannya yang fasih bertutur
dalam tujuh bahasa iaitu Bahasa Arab, Latin, Greek, Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew. Dalam
bidang ilmu pemerintahan pula, ayahandanya Sultan Murad II, dengan tujuan mendidik, semasa
pergi bersuluk ke Pulau Magnesia, telah melantik baginda yang baru berusia 12 tahun memangku
jawatan Khalifah. Dalam usia semuda ini baginda telah matang menangani tipu helah musuh.
Baginda sentiasa bersifat tawaduk. Semasa membina Benteng Rumeli Hissari, baginda
membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga ulama-ulama dan menteri-
menteri terpaksa ikut sama bekerja. Baginda seorang yang sentiasa tenang, pendiam, berani,
sabar, tegas dan kuat menyimpan rahsia pemerintahan. Baginda sangat cintakan ulamadan selalu
berbincang dengan mereka mengenai permasalahan negara. Muhammad al-Fatih merupakan
seorang sultan yang mementingkan kekuatan dalaman dan luaran para tenteranya. Baginda
seorang pemimpin yang hebat, warak dan tawaduk selepas Sultan Salahuddin Al-Ayubbi
3
(pahlawan Islam dalam Perang Salib) dan Sultan Saifuddin Muzaffar Al-Qutuz (pahlawan Islam
dalam peperangan di Ain Jalut menentang tentera Mongol). Malah sifat-sifat baginda dan
tenteranya telah diisyaratkan oleh Rasulullah s.a.w dalam hadis. Baginda seorang yang sentiasa
tenang, pendiam, berani, sabar, tegas dan kuat menyimpan rahsia pemerintahan. Baginda sangat
cintakan ulamak dan selalu berbincang dengan mereka tentang permasalahan negara.
3.0 LATAR BELAKANG KOTA KOSTANTINOPEL DAULAH UTHMANIYAH
Sejarah Konstantinopel bermula apabila Maharaja Constantine memindahkan ibu kotanya
dari Rom ke Konstantinopel pada tahun 330 Masihi. Ekoran dari itu pada tahun 1054 kerajaan
Rom berpecah dua, satu di Rom yang dikenali bermazhab Kristian Roman Katolik dan satu lagi
di Konstantinopel bermazhab Ortodoks(Abdul Latip Talib 2008 : 3).
Kota Kostantinopel yang menyimpan banyak sejarah. Kerajaan Rom Timur meliputi
Negara Eropah, Asia Kecil, Syria, Palestin, Mesir, pulau-pulau di Mediterranean dan pulau-pulau
di Corsica dan Sicily. Sejak dikuasai oleh Rom Bandar ini dinamakan Kostantinopel. Kota in
terletak diantara laut Marmara dan selat Bosporus(laut hitam). Ketika itu Konstantinopel menjadi
tumpuan pedagang dari seluruh pelusuk dunia. Mereka juga membina Gereja Aya Sophia satu
bentuk bangunan yang paling luar biasa cantiknya kerana belum pernah dilihat oleh manusia.
Bumbungnya seperti tergantung. Bangunan itu dihiasai dengan batu-batu berwarna, emas, perak
dan permata. Lukisan pada dinding dan syilingnya begitu indah sekali.
Kota ini juga dijadikan ibukota Byzantin suatu masa dahulu. Kerajan Islam yang datang
dari parsi dan negeri-negeri arab mengenali Kostantinopel sebagai sebuah pusat keagamaan,
pemerintahan, perdagangan, dan kebudayaan. Sebagai sebuah kota yang memiliki potensi yang
tinggi dan kedudukan yang strategik dan tidak hairanlah kota ini menjadi sasaran penaklukan
oleh negeri-negeri di sekelilingnya termasuklah Turki Uthmaniah. Kerajaan Turki Uthmaniyah
merupakan kerajaan baru yang memiliki kekutan dan pengaruh yang besar pada abad
pertengahan dan bercita-cita untuk menguasai Kostantinopel. Sebelum itu, kerajaan Turki
Uthmaniyah telah berjaya menguasai negeri sekelilingnya. Keadan geografi Kota Kostantinopel
yang dikelilingi bukit-bukit dan bentang pertahanan yang sangat kukuh.
4
Selain itu, Kostantinopel penuh dengan simbol-simbol keagamaan didalamnya seperti
gereja Hagia Sophia, St. Theodore Tyro dan St. Mary Panachrantos. Kekuatan simbol
keagamaan dalam kota Kostantinopel memberikan gambaran bahawa pengaruh agama Kristian
sangat besar. Bagi kerajaan Turki Uthmaniyah penaklukan Kostantinopel merupakan jalan
terbaik untuk menyebarkan agama Islam di Eropah. Penaklukan ini juga membuka jalan bagi
umat islam untuk masuk ke benua Eropah dengan kekuatan yang baru. Agama dijadikan dasar
untuk melakukan suatu tindakan kewajipan unutk berdakwah, berjihad di jalan Allah s.w.t dan
merupakan penggerak bagi Turki Uthmaniyah menyebarkan agama Allah.
Selain itu juga, ramai pejuang islam yang gugur dalam mencapai hasrst untuk membuka
Kostantinopel. Antaranya ialah seorang sahabat Rasulullah s.a.w bernama Abu Ayyub Al-
Anshari r.a gugur syahid lalu dikebumikan di sisi benteng Konstantinopel. Namun usaha itu
tidak berakhir disitu sahaja. Penaklukan Konstantinopel telah dimulakan oleh Saidina Ali pada
tahun 34 Hijrah. Muawiyah bin Abu Sufian pada tahun 84 hijrah. Sultan Sulaiman pada tahun 91
hijrah, Khalifah Harun al Rasyid pada tahun 165 hijrah. Sultan Beyazid pada tahun 1391, 1397
dan 1400 tetapi semuanya menemui kegagalan.
3.1 Daulah Uthmaniyah
Pada akhir pemerintahan kerajaan Abbasiyah, pemerintahan khalifah telah menjadi lemah
dan kemudiannya membawa kepada kemunculan kerajaan-kerajaan kecil di kawasan Parsi dan
Turki. Pemerintahan kerajaan abbasiyah berakhir pada tahun 1258 masihi apabila Baghdad
diserang oleh orang Mongol. Antara kerajaan kecil di Turki yang pernting termasuklah kerajaan
Saljuk. Kerajaan Uthmaniyah bermula sebagai salah sebuah kerajaan kecil yang terletak di
sebelah barat Anatolia (Turki kini). Walaupun di bawah pengaruh Saljuk, pemerintah Anatolia
bebas daripada pengaruh Saljuk dalam urusan pentadbiran dan pemerintahan. Selain itu juga,
walaupun kawasan barat Anatolia merupakan sebuah kerajaan kecil, namun kerajaan ini Berjaya
menguasai kerajaan lain dan akhirnya membentuk kerajaan Uthmaniyah.
Perkataan Uthmaniyah berasal daripada nama pengasas kerajaan ini iaitu Uthman Bin
Ertughrul bin Sulaiman Shah yang berasal dari suku Qayi. Pada peringkat awal, Uthman ialah
5
Amir atau gabenor Saljuk bagi kawasan sebelah barat Anatolia. Kawasan ini bersempatan
dengan kawasan empayar Byzantine atau dikenali dengan nama Rom Timur. Oleh itu, kawasan
pentadbiran Uthman ini menghadapi ancaman yang lebih tinggi berbanding dengan wilayah yang
lain. Pada tahun 1301 masihi, Uthman berjaya menumpaskan tentera Byzantine. Kemenangan ini
menyebabkan ramai pahlawan tentera serta pemimpin masyarakat bersatu di bawah Uthman
dalam memperluaskan kawasan penaklukannya.
Turki Uthmaniah merupakan sebuah kerajaan yang berlandaskan agama Islam memiliki
cirri-ciri khas, nilai-nilai agama dan penghormatan yang tinggi. Peranan seorang ulama atau
Sheikh sangat besar terhadap kerajaan ini. Ulama adalah penasihat sultan yang memiliki
pengaruh besar terhadap tindakan yang akan dilakukan oleh sultan. Dalam hal ini, jawatan ulama
dalam kerajaan Turki Uthmaniah di pegang oleh Syeikh Ak Semsettin atau nama sebenarnya
Sheikh Syamsuddin Al-Wali yang memainkan peranan penting dalam kejayaan Sultan
Muhammad Al-Fatih menakluki Kostantinopel. Nilai-nilai keagamaan seperti meningkatkan
gerakan jihad dan penyampaian janji-janji telah menguatkan lagi semanngat umat islam untuk
menakluki kota Kostantinopel.
3.2 Sheikh Syamsuddin Al-Wali (Syeikh Ak Semsettin)
Sheikh Syamsuddin Al-wali atau lebih dikenali dengan nama Syeikh Ak Semsettin
merupakan murabbi Sultan Muhammad Al-Fatih. Namanya yang sebenar ialah Muhammad bin
Hamzah Ad-Dimasyqi Ar-Rumi yang mana nasabnya sampai kepada Saidina Abu Bakar As-
Siddiq r.a. Beliau mengajar ilmu-ilmu asas kepada Muhammad. Antara yang di ajarkan ialah al-
Quran, Hadith, Linguistik(bahasa arab, bahasa parsi, dan bahasa turki) dan juga ilmu kemahiran
yang lain iaitu ilmu hisab, ilmu falak, sejarah dan ilmu peperangan.
Selain itu, Sheikh Syamsuddin juga berjaya meyakinkan Sultan Muhammad Al-Fatih sejak
baginda kecil lagi bahawa beliau adalah orang yang dimaksudkan oleh Rasulullah s.a.w. dalam
hadith pembukaan kota Kostantinople. Apabila Sultan Muhammad Al-Fatih menaiki takhta,
beliau segera mempersiapkan tentera-tenteranya untuk persediaan penawanan Kostantinopel dan
demi untuk merealisasikan hadith Rasulullag s.a.w. Sultan Muhammad Al-Fatih sangat
6
menyayangi Syeikh Ak Semsettin dan mempunyai kedudukan yang istemewa dalam diri Sultan
Muhammad Al-Fatih.
4.0 STRATEGI PEPERANGAN SULTAN MUHAMMAD AL FATEH
4.1 Membuka Kota Kostantinopel
Sultan Muhammad Al-Fatih telah membuat persediaan yang besar untuk mencapai
matlamatnya menawan Costantinople. Beliau telah menyediakan mujahid seramai kira-kira
250,000 dan ini merupakan angka yang begitu besar jika dibandingkan dengan tentera negara
lain di zaman itu. Para mujahid berkenaan diberikan latihan intensif dan sentiasa diperingatkan
dengan pujian Rasulullah s.a.w kepada tentera yang akan menawan Costantinople itu nanti.
Sultan Muhammad Al-Fatih telah membina Kota Rumeli (Rumeli Hisari) di tebing
Eropah Selat Bosphorus iaitu di bahagian tersempit antara tebing Asia dan Eropah. Kota yang
berhadapan dengan kota binaan Sultan Beyazid di sebelah tebing Asia ini, mempunyai peranan
yang besar dalam usaha mengawal lalu lintas di selat tersebut. Maharaja Byzantine telah
berusaha gigih untuk menghalang Sultan Muhammad Al-Fatih daripada membina kota
berkenaan tetapi gagal menghalangnya(Abdul Latip Talip 2008 : 132)
Sultan Muhammad Al-Fatih juga berusaha untuk mempertingkatkan kelengkapan
senjatanya. Beliau telah mendapatkan khidmat pakar membina meriam bernama Orban.
Beberapa meriam telah dibina termasuk Meriam Diraja yang masyhur. Catatan menceritakan
betapa meriam ini adalah yang terbesar di zaman berkenaan. Beratnya beratus tan dan
memerlukan beratus tenaga tentera untuk mengangkutnya. Beliau juga menyediakan kira-kira
400 buah kapal laut untuk tujuan yang sama.
Sebelum serangan dibuat, Sultan Muhammad Al-Fatih telah mengadakan perjanjian
dengan musuh-musuh yang lain. Ini merupakan strategi yang penting supaya seluruh tenaga
dapat ditumpukan kepada musuh yang satu tanpa ada sebarang ancaman yang berada di luar
jangkaan. Antaranya ialah perjanjian yang dibuat dengan kerajaan Galata yang berjiran dengan
7
Byzantine. Perkembangan ini sangat membimbangkan Maharaja Byzantine lantas pelbagai
cubaan dibuat untuk menawan hati Sultan Muhammad Al-Fateh supaya membatalkan hasratnya.
Hadiah dan rasuh cuba dibuat untuk tujuan berkenaan. Akan tetapi semuanya menemui
kegagalan.
Keazaman yang begitu kuat pada diri Sultan Muhammad Al-Fateh telah mendorong
Maharaja Byzantine berusaha mendapatkan pertolongan daripada negara-negara Eropah. Tanpa
segan silu, beliau memohon pertolongan dari kepimpinan gereja Katholik, sedangkan ketika itu
semua gereja di Costantinople bermazhab Orthodoks. Atas dasar bermuka-muka demi
mengekalkan kuasanya, Maharaja Byzantine telah mengaku bersetuju untuk menukar mazhab di
Costantinople demi menyatukan kedua-dua aliran yang saling bermusuh itu. Wakil telah dihantar
dari Eropah ke Costantinople untuk tujuan berkenaan. Beliau telah berkhutbah di Gereja Aya
Sofya menyatakan ketundukan Byzantine kepada Katholik. Akan tetapi hal ini telah
menimbulkan kemarahan penduduk Costantinople yang bermazhab Orthodoks. Sehinggakan ada
di antara pemimpin Orthodoks berkata, sesungguhnya aku lebih rela melihat di bumi Byzantine
ini serban para orang Turki (muslim) daripada aku melihat topi Latin! situasi ini telah
mencetuskan pemberotakan rakyat terhadap keputusan maharaja yang dianggap khianat.
Keesokan harinya, Sultan Muhammad Al-Fateh telah menyusun dan membahagikan
tenteranya kepada tiga kumpulan. Pertamanya adalah kumpulan utama yang bertugas mengawal
kota yang mengelilingi Costantinople. Di belakang kumpulan utama itu adalah tentera simpanan
yang bertugas menyokong tentera utama di hadapan. Meriam Diraja telah dihalakan ke pintu
Topkapi. Pasukan pengawal juga diletakkan di beberapa kawasan strategik seperti kawasan-
kawasan bukit di sekitar Kota Byzantine itu. Kapal-kapal laut Uthmaniyyah juga diletakkan di
sekitar perairan yang mengelilingi Costantinople. Akan tetapi kapal-kapal berkenaan tidak
berjaya memasuki perairan Tanjung Emas disebabkan oleh kehadiran rantai raksasa yang
mengawal pintu masuk.
Semenjak hari pertama serangan, tentera Byzantine telah berusaha keras menghalang
tentera Uthmaniyah daripada merapati pintu-pintu masuk kota mereka. Tetapi serangan strategik
tentera Islam telah berjaya mematahkan halangan itu, ditambah pula dengan serangan meriam
8
dari pelbagai sudut. Bunyi meriam itu telah menimbulkan rasa takut yang amat sangat kepada
penduduk Costantinople sehingga menjejaskan semangat mereka untuk bertahan.
Tentera Laut Uthmaniyyah telah mencuba beberapa kali untuk melepasi rantai besi di
pintu masuk Tanjung Emas. Dalam masa yang sama, panahan diarahkan kepada kapal-kapal
Byzantine danEropah yang tiba untuk membantu. Walau bagaimana pun usaha ini tidak berjaya,
dan ini memberikan semacam semangat di awalnya kepada penduduk Costantinople. Para paderi
berjalan di lorong-lorong kota, mengingatkan penduduk supaya membanyakkan sabar serta terus
berdoa kepada Jesus dan Maryam supaya menyelamatkan Costantinople. Maharaja Byzantine
juga berulang-alik ke Gereja Aya Sofya untuk tujuan yang sama.
4.2 Perjanjian Al-Fatih Dengan Maharaja Costantine
Kepungan tentera Sultan Muhammad Al-Fateh masih belum sempurna disebabkan oleh
rantai besi yang melindungi pintu masuk Tanjung Emas itu. Dalam pada itu, para mujahid tetap
terus melancarkan serangan demi serangan dan pada 18 April 1453M, pasukan penyerang
Uthmaniyah telah berjaya memecah tembok Byzantine di Lembah Lycos yang terletak di sebelah
barat kota. Tentera Byzantine telah berusaha sedaya upayanya untuk mempertahankan kota dari
serangan itu. Pertempuran sengit berlaku bersama iringan hujan anak panah yang amat dahsyat.
Pada hari yang sama, beberapa buah kapal laut Uthmaniyah telah cuba merempuh rantai besi di
Tanjung Emas. Akan tetapi, gabungan tentera laut Byzantine dan Eropah telah berjaya
menangkis serangan itu bahkan beberapa buah kapal laut Uthmaniyah telah musnah
menyebabkan yang lain terpaksa pulang ke kawasan masing-masing untuk mengelakkan
kemusnahan yang berterusan.
Dua hari selepas serangan itu, berlaku sekali lagi serangan laut antara kedua belah pihak.
Sultan Muhammad Al-Fateh sendiri mengawasi misi berkenaan dari pantai. Beliau telah
menghantar utusan kepada tentera laut yang sedang berperang. Katanya ”sama ada kamu tawan
kapal-kapal itu atau pun kamu tenggelamkan sahaja kesemuanya. Sekiranya kamu gagal, maka
jangan pulang kepada kami sedangkan kamu semua hidup”.
9
Ketika itu juga, Sultan Muhammad Al-Fateh menunggang kudanya sehingga ke gigi laut
sambil menjerit dengan sekuat hati nama ketua misi berkenaan, Palta Oglu, untuk memberikan
semangat. Kesungguhan Muhammad Al-Fateh itu menaikkan semangat tenteranya. Namun,
tentera kristian berjaya juga mematahkan serangan mujahidin walaupun mereka bersungguh-
sungguh melancarkan serangan demi serangan. Kegagalan tersebut menyebabkan Sultan
Muhammad Al-Fatih menjadi begitu marah lalu memecat Palta Oglu dan digantikan dengan
Hamzah Pasha.
Kegagalan serangan tersebut telah memberikan kesan yang besar kepada tentera
Uthmaniyyah. Khalil Pasha yang merupakan wazir ketika itu cuba untuk memujuk Sultan
Muhammad Al-Fateh supaya membatalkan serangan serta menerima sahaja perjanjian penduduk
Costantinople untuk tunduk kepada Daulah Uthmaniyyah tanpa menakluknya. Cadangan itu
ditolak mentah-mentah oleh Al-Fateh. Kini tiba masanya beliau berfikir tentang helah untuk
tentera laut Uthmaniyah melepasi Tanjung Emas.
4.3 Meriam Urban (The Great Bombard)
Penciptaan Meriam Urban bermula pada Pemerintahan Sultan Muhamad. Meriam
tersebut dicipta oleh seorang lelaki yang bernama Urban. Beliau telah ditangkap oleh Pemerintah
Kota Konstantinopel, kerana Baginda mendapat tahu bahawa Urban pandai membuat sejata.
Tetapi Urban tidak bersetuju untuk menolong Pemerintah Kota Konstantinopel yang zalim itu,
dan telah dihukum penjara sehinggalah Sultan Muhamad Al-Fateh menyelamatkan Urban.
Setelah berjumpa dengan Sultan Muhamad, Urban bersedia untuk membantu Baginda dan
berjanji untuk membuat meriam. Meriam raksasa ini menggunakan ubat bedil seberat 1,600
kilogram sebagai pelurunya. Peluru The Great Bombard seberat 300 hingga 1,600 kilogram.
Meriam Urban telah ditempatkan bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing
sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim dahulu. Benteng ini mengawal rapi
kapal-kapal yang melintasi Selat Bosphorus. Perjanjian damai dibuat dengan pihak Wallachia,
Serbia dan Hungary untuk memencilkan Constantinople apabila diserang nanti. Baginda
membawa bersama para ulama dan pakar motivasi ke medan perang bagi membakar semangat
10
jihad tenteranya. Sebaik sahaja menghampiri dinding kubu Kota Constantinople, Baginda
mengarahkan dilaungkan Azan dan solat berjemaah. Tentera Byzantine gentar melihat 150,000
tentera Islam bersolat di belakang pemimpin mereka dengan laungan suara takbir memecah
kesunyian alam.
4.4 Keajaiban Tentera Uthmaniyah
Beliau telah memanggil tenteranya dan menyarankan kepada mereka supaya membawa
kapal-kapal itu masuk ke perairan Tanjung Emas melalui jalan darat! Malam itu juga, tentera
Othmaniyyah dengan semangat dan kekuatan luar biasa telah berjaya menarik 70 kapal dari
pantai Besiktas ke Galata melalui bukit yang begitu tinggi dengan jarak melebihi 3 batu!
Sesungguhnya kejadian ini sangat luar biasa dan di luar bayangan manusia hingga ke hari
ini(Abdul Latip Talib 2008 : 229)
Pagi 22 April itu, penduduk Costantinople dikejutkan dengan laungan takbir dan nasyid
para mujahidin di Tanjung Emas. Tiada siapa yang dapat membayangkan bagaimana semua itu
boleh berlaku hanya pada satu malam. Bahkan ada yang menyangka bahawa tentera Al-Fatih
mendapat bantuan jin dan syaitan! Yilmaz Oztuna di dalam bukunya Osmanli Tarihi
menceritakan bagaimana seorang ahli sejarah Byzantine berkata, tidaklah kami pernah melihat
atau mendengar hal ajaib seperti ini. Muhammad Al-Fateh telah menukar darat menjadi lautan,
melayarkan kapalnya di puncak gunung dan bukannya di ombak lautan. Sesungguhnya
Muhammad Al-Fatih dengan usahanya ini telah mengatasi Alexander The Great.
Costantine telah bermesyuarat dengan para pemimpin kerajaan Byzantine tentang strategi
seterusnya, tetapi mereka gagal mencapai kata sepakat. Costantine menolak cadangan supaya
beliau sendiri pergi mendapatkan pertolongan daripada umat kristian di Eropah bahkan tetap
dengan keputusannya untuk mempertahankan Costantinople hingga ke titisan darah yang
terakhir.
11
4.5 Serangan Terakhir Mujahidin
Dengan kedudukan tentera Uthmaniyah yang sudah semakin mantap, Sultan Muhammad
Al-Fatih telah melancarkan serangan besar-besaran ke benteng terakhir Byzantine. Tembakan
meriam yang telah memusnahkan sebuah kapal dagang di Tanjung Emas, menyebabkan tentera
Eropah yang lain lari ketakutan. Mereka telah meninggalkan pertempuran melalui kota Galata.
Semenjak kejayaan kapal mujahiden memasuki perairan Tanjung Emas, serangan dilancarkan
siang dan malam tanpa henti.
Laungan takbir Allahu Akbar, Allahu Akbar yang mengisi ruang angkasa Costantinople
telah memberikan semacam serangan psikologi kepada penduduk kota berkenaan. Seakan
mendengar panahan petir, semangat mereka terus luntur dengan ancaman demi ancaman kalimah
tauhid tentera Al-Fatih itu. Dalam masa yang sama, Al-Fatih dan tenteranya sentiasa
mengejutkan mereka dengan seni perang yang baru sehingga mengkucar-kacirkan pertahanan
tentera salib itu. Ketika ribut yang ada belum reda, penduduk Costantinople menyedari bahawa
tentera Islam telah mengorek terowong untuk masuk ke pusat kota. Ketakutan melanda
penduduk sehingga mereka curiga dengan bunyi tapak kaki sendiri. Merasakan yang bila-bila
masa sahaja tentera Turki akan keluar dari perut bumi berikutan dengan pembinaan terowong
itu(Muhammad Syaari Abdul Rahman 2010 : 152).
4.6 Usaha Damai Terakhir
Sultan Muhammad Al-Fatih yakin bahawa kemenangan semakin hampir. Kecintaannya
kepada Costantinople yang dijanjikan oleh Rasulullah s.a.w. mendorong beliau untuk terus
berusaha agar Costantine menyerah kalah tanpa terus membiarkan kota itu musnah. Sekali lagi
beliau menghantar utusan meminta Costantine supaya menyerahkan Costantinople secara aman.
Apabila utusan berkenaan sampai kepadanya, Costantine telah berbincang dengan para
menterinya. Ada yang mencadangkan supaya mereka menyerah kalah dan ada pula yang
mahukan pertahanan diteruskan hingga ke penamat. Costantine akhirnya bersetuju dengan
pandangan kedua lantas menghantar maklum balas dengan mengatakan syukur kepada Tuhan
kerana Sultan mahukan keamanan dan bersedia menerima pembayaran jizyah. Akan tetapi
12
Costantine bersumpah untuk terus bertahan hingga ke akhir hayatnya demi takhta atau mati
sahaja dan dikuburkan di kota ini. Apabila jawapan Costantine ini diterima, Sultan Muhammad
Al-Fateh mengatakan baiklah dan tidak lama lagi akan terhasil bagiku di Costantinople itu sama
ada takhta atau keranda(Abdul Latip Talib 2008 : 245).
Perbincangan dilakukan oleh Sultan Muhammad Al-Fateh tentang strategi seterusnya. Pelbagai
kemungkinan dipertimbangkan dan akhirnya keputusan dibuat untuk meneruskan rancangan
menawan Costantinople sebagaimana yang telah disusun.
4.7 Hari Kemenangan
Pada 27 Mei 1453, Sultan Muhammad Al-Fatih bersama tenteranya telah berusaha keras
membersihkan diri di hadapan Allah s.w.t. Mereka membanyakkan solat, doa dan zikir dengan
harapan Allah s.w.t akan memudahkan kemenangan. Para ulamak pula memeriksa barisan
tentera sambil memberi semangat kepada para mujahidin. Mereka diperingatkan tentang
kelebihan jihad dan syahid serta kemuliaan para syuhada terdahulu khususnya Abu Ayyub Al-
Ansari r.a. sesungguhnya apabila Rasulullah s.a.w tiba di Madinah ketika kemenangan hijrah,
baginda s.a.w. telah pergi ke rumah Abu Ayyub Al-Ansari. Sesungguhnya Abu Ayyub telah pun
datang (ke Costantinople) dan berada di sini! Kata-kata ini telah membakar semangat tentera
Sultan Muhammad Al-Fateh hingga ke kemuncaknya.
Dalam masa yang sama, penduduk Costantine melakukan upacara peribadatan secara
bersungguh-sungguh dengan harapan Tuhan akan membantu mereka. Tepat jam 1 pagi hari
Selasa 20 Jamadil Awal 857H / 29 Mei 1453M, serangan utama dilancarkan. Para mujahidin
diperintahkan supaya meninggikan suara takbir kalimah tauhid sambil menyerang kota.
Penduduk Costantinople telah berada di kemuncak ketakutan mereka pagi itu. Mujahidin yang
sememangnya menginginkan syahid, begitu berani menyerbu tentera salib di kota itu.
Tentera Uthmaniyah akhirnya berjaya menembusi kota Costantinople melalui Pintu
Edirne dan mereka telah mengibarkan bendera Daulah Uthmaniyah di puncak kota. Costantine
yang melihat kejadian itu berasa putus asa untuk bertahan lantas menanggalkan pakaian
13
maharajanya supaya tidak dikenali musuh. Akhirnya beliau menemui ajal dalam keadaan yang
amat mengaibkan.
Berita kematian Costantine telah menaikkan lagi semangat tentera Islam untuk
menyerang. Begitu juga sebaliknya, bagaikan pokok tercabut akar, tentera salib menjadi kucar
kacir apabila berita kematian maharajanya tersebar. Kesungguhan dan semangat juang yang
tinggi di kalangan tentera Al-Fatih, akhirnya berjaya sampai ke cita-cita mereka. Kejayaan
menguasai Costantinople telah disambut dengan penuh rasa syukur oleh Al-Fatih serta seisi
langit dan bumi. Beliau bertitah, ”Alhamdulillah, semoga Allah merahmati para syuhada,
memberikan kemuliaan kepada mujahidin, serta kebanggaan dan syukur buat rakyatku sebaik-
baik Ketua Dan Tentera.
Pada hari itu, majoriti penduduk Costantinople bersembunyi di gereja-gereja sekitar kota.
Sultan Muhammad Al-Fatih berpesan kepada tenteranya supaya bermuamalah dengan baik
kepada penduduk Costantinople sambil mengucapkan tahniah kepada tenteranya yang berjaya
merealisasikan sabda Rasulullah s.a.w:
‫ا‬‫ه‬‫ير‬ ‫أم‬ ‫ير‬ ‫األم‬ ‫عم‬‫ن‬ ‫ل‬ ‫ف‬ ‫ية‬ ‫ن‬ ‫ي‬ ‫نط‬ ‫سط‬ ‫ق‬ ‫ال‬ ‫تحن‬ ‫ف‬ ‫ت‬ ‫ل‬ ‫يش‬ ‫ج‬ ‫ال‬ ‫ك‬ ‫ذل‬ ‫يش‬ ‫ج‬ ‫ال‬ ‫عم‬‫ن‬ ‫ل‬ ‫و‬
Maksudnya: sesungguhnya Costantinople itu pasti akan dibuka. Sebaik-baik ketua adalah
ketuanya, dan sebaik-baik tentera adalah tenteranya.
Dengan penuh rasa syukur dan tawadhu’, Sultan Muhammad Al-Fateh telah sujud ke
bumi mengucapkan sebesar-besar syukur ke hadrat Allah atas kemenangan bersejarah itu. Beliau
kemudiannya menuju ke Gereja Aya Sofiya yang ketika itu menjadi tempat perlindungan
sejumlah besar penduduk kota berkenaan. Ketakutan jelas terbayang di wajah masing-masing
apabila beliau menghampiri pintu. Salah seorang paderi telah membuka pintu gereja, dan Al-
Fateh meminta beliau supaya menenangkan sekalian mereka yang ada. Dengan toleransi Al-
Fateh, ramai yang keluar dari tempat persembunyian masing-masing bahkan ada dalam kalangan
paderi yang terus menyatakan keislaman mereka(Abdul Latip Talip 2008 : 233)
Selepas itu, Sultan Muhammad Al-Fateh telah mengarahkan supaya gereja berkenaan
ditukar menjadi masjid supaya Jumaat pertama nanti akan dikerjakan solat di masjid ini. Para
14
pekerja bertugas bertungkus lumus menanggalkan salib, patung dan gambar-gambar untuk tujuan
berkenaan. Pada hari Jumaat itu, Sultan Muhammad Al-Fateh bersama para muslimin telah
mendirikan solat Jumaat di Masjid Aya SofiyaKhutbah yang pertama di Aya Sofya itu telah
disampaikan oleh Syeikh Ak Semsettin(Sheikh Shamsuddin Al-Wali). Pada hari itu juga Sultan
Muhammad Al-Fatih telah bersumpah bahawa barangsiapa yang menukar Masjid Aya Sofiya
kembali kepada gereja, maka akan berolehlah kutukan dan laknat darinya dan Tuhan Masjid Aya
Sofya itu yakni Allah s.w.t(Abdul Latip Talib 2008 : 252).
Nama Costantinople kemudiannya ditukar kepada Islambul, yang bermaksud bandar
Islam dan kemudiannya dijadikan sebagai ibu negara ketiga Khilafah Uthmaniyah selepas Bursa
dan Edirne. Kekallah bumi yang mulia itu sebagai pusat pemerintahan, ketamadunan, keilmuan
dan keagungan Islam berkurun lamanya.. sehinggalah Khilafah Uthmaniyah ditamatkan
sejarahnya oleh Mustafa Kemal Ataturk secara rasminya pada tahun 1924M.
Aya Sofiya kembali dikristiankan oleh Ataturk atas nama muzium. Gambar- gambar
syirik kembali bergantungan di kubah masjid yang berdukacita itu. Manifesto Parti Refah pada
pilihanraya yang lalu untuk mengembalikan Masjid Aya Sofiya kepada kegemilangan
sejarahnya, berkubur buat sementara dengan pengharaman parti itu beberapa tahun yang lalu.
Sesungguhnya seluruh umat Islam merindukan suara azan membesarkan Allah kembali
berkumandang di menara Aya Sofiya. Semoga Istanbul kembali ke pangkuan Islam dan
muslimin.
15
5.0 KESIMPULAN
Sultan Muhammad Al-Fateh merupakan seorang pemerintah yang baik dan taat kepada perintah
Allah s.a.w. Bukan itu sahaja, rakyat pada masa pemerintahannya juga turut baik sehinggakan
amal ibadat yang sunat pun dikerjakan. Inilah yang dikatakan sebaik-baik pemerintah.
Selain itu juga, Sultan Muhammad Al-Fatih telah merealisasikan hadith Nabi s.a.w yang telah
baginda lafazkan pada 800 tahun dahulu. Maksud hadith tersebut ialah:
“Konstantinopel akan jatuh di tangan seorang pemimpin yang sebaik-baik pemimpin, tentaranya
sebaik-baik tentara, dan rakyatnya sebaik-baik rakyat.”
Berkat dan tunjuk ajar seorang ulama yang selalu menasihati dalam pemerintahan Sultan
Muhammad Al-Fatih akhirnya baginda telah berjaya membuka kota Kostantinopel dalam masa
54 hari setelah membuat persediaan yang begitu rapi dalam peperangan tersebut.
Tambahan lagi, strategi peperangan yang Sultan Muhammad Al-Fatih juga merupakan strategi
yang sangat unik. Contohnya kapal yang merentasi bukit, penciptaan meriam gergasi dan
sebagainya. Sultan Muhammad Al-Fatih juga sering mengingatkan kepada tentera tentang
semangat jihad yang tinggi dan perjuangan menegakkan agama Allah s.w.t. yakni Islam.
Oleh itu, sebagai generasi yang mendatang sama ada akan memegang tampuk pemerintahan
negara ataupun tidak kita hendaklah mengambil iktibar dan mengamalkan sikap yang
ditunjukkan oleh pemerintah seperti Sultan Muhammad Al-fatih agar negara dan hidup kita
diberkati oleh Allah.s.w.t.
16
6.0 RUJUKAN
Dr Eaman Mohammad Abbas. 2007. Sultan Abd al Hamid II dan Kejatuhan Khilafah Islamiah.
Pustaka Salam Kuala Lumpur.
Profesor Dr. Mohd Redzuan Othman. 1997. The Conquest of Constantinople 1453 - The Visions
and Strategies of Sultan Mehmed II. Jurnal Jabatan Sejarah Universiti Malaya.
Muhammad Syaari Abdul Rahman. 2010. Kuasa Kepemimpinan Al-Fateh. PTS Millennia Sdn
Bhd.
Abdul Latip bin Talib. 2008. Sultan Muhammad al-Fateh - Penakluk Konstantinopel. PTS
Millennia Sdn Bhd.
Dr. Ali Muhammad As-Shalabi. 2004. Bangkit dan Runtuhnya Khilafah Uthmaniah. Pustaka Al-
Kauthar.
Steven Runcimen. 1990. The Fall of Constantinople 1453. Cambridge University Press.
Syafiq A. Mughni. 1996. Sejarah Kebudayaan Islam di Kawasan Turki. Surabaya Fakulti Arab
Ain Sunan Ampel.
Muhd. Jamil Mukmin. 1992. Sejarah Perkembangan Islam. Nurin Enterprise.
Felix Y. Siauw. 2011. Muhammad Al-Fatih 1453. Khilafah Press.
Abdel Aziz M. El-Shennawy. 1984. Al-Daulah al-Uthmâniyyah: Daulah Islamiyyah Muftara
A’laiha. Cairo University Press.

More Related Content

What's hot

Tokoh –tokoh tamadun islam dan sumbangannya
Tokoh –tokoh tamadun islam dan sumbangannyaTokoh –tokoh tamadun islam dan sumbangannya
Tokoh –tokoh tamadun islam dan sumbangannyaIzzat Najmi
 
Kemunculan tamadun islam zaman Rasulullah.
Kemunculan tamadun islam zaman Rasulullah.Kemunculan tamadun islam zaman Rasulullah.
Kemunculan tamadun islam zaman Rasulullah.Nor Fadzilah Md Ehwan
 
Era Khilafah Umawiyyah di al-Andalus (912-1031M)
Era Khilafah Umawiyyah di al-Andalus (912-1031M)Era Khilafah Umawiyyah di al-Andalus (912-1031M)
Era Khilafah Umawiyyah di al-Andalus (912-1031M)Ezad Azraai Jamsari
 
SEJARAH ISLAM : Salahudin ayyubi
SEJARAH ISLAM : Salahudin ayyubiSEJARAH ISLAM : Salahudin ayyubi
SEJARAH ISLAM : Salahudin ayyubiAsmidahIsdal
 
Kerajaan al-Muwahhidun di al-Maghrib dan al-Andalus
Kerajaan al-Muwahhidun di al-Maghrib dan al-AndalusKerajaan al-Muwahhidun di al-Maghrib dan al-Andalus
Kerajaan al-Muwahhidun di al-Maghrib dan al-AndalusEzad Azraai Jamsari
 
Sumbangan kerajaan uthmaniyah
Sumbangan kerajaan uthmaniyahSumbangan kerajaan uthmaniyah
Sumbangan kerajaan uthmaniyahImtiyazZahra
 
Leadership of sultan muhammad al fatih
Leadership of sultan muhammad al  fatihLeadership of sultan muhammad al  fatih
Leadership of sultan muhammad al fatihSyafiqah Muhyeddin
 
Pencerakinan Reflektif Kerajaan-kerajaan Kecil Islam Sepanyol (al-Andalus)
Pencerakinan Reflektif Kerajaan-kerajaan Kecil Islam Sepanyol (al-Andalus)Pencerakinan Reflektif Kerajaan-kerajaan Kecil Islam Sepanyol (al-Andalus)
Pencerakinan Reflektif Kerajaan-kerajaan Kecil Islam Sepanyol (al-Andalus)Ezad Azraai Jamsari
 
Sejarah Pemikiran Politik Uthmaniyyah Era Selim III
Sejarah Pemikiran Politik Uthmaniyyah Era Selim IIISejarah Pemikiran Politik Uthmaniyyah Era Selim III
Sejarah Pemikiran Politik Uthmaniyyah Era Selim IIIEzad Azraai Jamsari
 
Penaklukan constantinople (TITAS UKM)
Penaklukan constantinople (TITAS UKM)Penaklukan constantinople (TITAS UKM)
Penaklukan constantinople (TITAS UKM)Wan Norshafika
 
Kedatangan Islam di Tanah Melayu
Kedatangan Islam di Tanah MelayuKedatangan Islam di Tanah Melayu
Kedatangan Islam di Tanah MelayuNormurni Mohamad
 
Sejarah Awal Islam di Afrika Uutara
Sejarah Awal Islam di Afrika UutaraSejarah Awal Islam di Afrika Uutara
Sejarah Awal Islam di Afrika UutaraEzad Azraai Jamsari
 
Pembentukan negara turki seljuk report
Pembentukan negara turki seljuk report Pembentukan negara turki seljuk report
Pembentukan negara turki seljuk report Shadina Shah
 
Kerajaan Uthmaniyah
Kerajaan Uthmaniyah Kerajaan Uthmaniyah
Kerajaan Uthmaniyah cairel zikry
 
Al ghazali
Al  ghazaliAl  ghazali
Al ghazalinurAkhma
 
Sumbangan tamadun islam dalam ilmu perubatan
Sumbangan tamadun islam dalam ilmu perubatanSumbangan tamadun islam dalam ilmu perubatan
Sumbangan tamadun islam dalam ilmu perubatanروقيه عثمان
 
Pensejarahan Malaysia Bab 6
Pensejarahan Malaysia Bab 6Pensejarahan Malaysia Bab 6
Pensejarahan Malaysia Bab 6Alif Akram
 

What's hot (20)

Tokoh –tokoh tamadun islam dan sumbangannya
Tokoh –tokoh tamadun islam dan sumbangannyaTokoh –tokoh tamadun islam dan sumbangannya
Tokoh –tokoh tamadun islam dan sumbangannya
 
Kemunculan tamadun islam zaman Rasulullah.
Kemunculan tamadun islam zaman Rasulullah.Kemunculan tamadun islam zaman Rasulullah.
Kemunculan tamadun islam zaman Rasulullah.
 
Era Khilafah Umawiyyah di al-Andalus (912-1031M)
Era Khilafah Umawiyyah di al-Andalus (912-1031M)Era Khilafah Umawiyyah di al-Andalus (912-1031M)
Era Khilafah Umawiyyah di al-Andalus (912-1031M)
 
SEJARAH ISLAM : Salahudin ayyubi
SEJARAH ISLAM : Salahudin ayyubiSEJARAH ISLAM : Salahudin ayyubi
SEJARAH ISLAM : Salahudin ayyubi
 
Kerajaan al-Muwahhidun di al-Maghrib dan al-Andalus
Kerajaan al-Muwahhidun di al-Maghrib dan al-AndalusKerajaan al-Muwahhidun di al-Maghrib dan al-Andalus
Kerajaan al-Muwahhidun di al-Maghrib dan al-Andalus
 
Sumbangan kerajaan uthmaniyah
Sumbangan kerajaan uthmaniyahSumbangan kerajaan uthmaniyah
Sumbangan kerajaan uthmaniyah
 
Leadership of sultan muhammad al fatih
Leadership of sultan muhammad al  fatihLeadership of sultan muhammad al  fatih
Leadership of sultan muhammad al fatih
 
Pencerakinan Reflektif Kerajaan-kerajaan Kecil Islam Sepanyol (al-Andalus)
Pencerakinan Reflektif Kerajaan-kerajaan Kecil Islam Sepanyol (al-Andalus)Pencerakinan Reflektif Kerajaan-kerajaan Kecil Islam Sepanyol (al-Andalus)
Pencerakinan Reflektif Kerajaan-kerajaan Kecil Islam Sepanyol (al-Andalus)
 
Kerajaan bani umaiyah
Kerajaan bani umaiyahKerajaan bani umaiyah
Kerajaan bani umaiyah
 
Salehuddin al ayubi
Salehuddin al ayubiSalehuddin al ayubi
Salehuddin al ayubi
 
Sejarah Pemikiran Politik Uthmaniyyah Era Selim III
Sejarah Pemikiran Politik Uthmaniyyah Era Selim IIISejarah Pemikiran Politik Uthmaniyyah Era Selim III
Sejarah Pemikiran Politik Uthmaniyyah Era Selim III
 
Teori kedatangan Islam ke Tanah Melayu
Teori kedatangan Islam ke Tanah MelayuTeori kedatangan Islam ke Tanah Melayu
Teori kedatangan Islam ke Tanah Melayu
 
Penaklukan constantinople (TITAS UKM)
Penaklukan constantinople (TITAS UKM)Penaklukan constantinople (TITAS UKM)
Penaklukan constantinople (TITAS UKM)
 
Kedatangan Islam di Tanah Melayu
Kedatangan Islam di Tanah MelayuKedatangan Islam di Tanah Melayu
Kedatangan Islam di Tanah Melayu
 
Sejarah Awal Islam di Afrika Uutara
Sejarah Awal Islam di Afrika UutaraSejarah Awal Islam di Afrika Uutara
Sejarah Awal Islam di Afrika Uutara
 
Pembentukan negara turki seljuk report
Pembentukan negara turki seljuk report Pembentukan negara turki seljuk report
Pembentukan negara turki seljuk report
 
Kerajaan Uthmaniyah
Kerajaan Uthmaniyah Kerajaan Uthmaniyah
Kerajaan Uthmaniyah
 
Al ghazali
Al  ghazaliAl  ghazali
Al ghazali
 
Sumbangan tamadun islam dalam ilmu perubatan
Sumbangan tamadun islam dalam ilmu perubatanSumbangan tamadun islam dalam ilmu perubatan
Sumbangan tamadun islam dalam ilmu perubatan
 
Pensejarahan Malaysia Bab 6
Pensejarahan Malaysia Bab 6Pensejarahan Malaysia Bab 6
Pensejarahan Malaysia Bab 6
 

Similar to Sultan muhammad al fateh

Makalah SPI ( Rajaa & Febri ).docx
Makalah SPI ( Rajaa & Febri ).docxMakalah SPI ( Rajaa & Febri ).docx
Makalah SPI ( Rajaa & Febri ).docxAchmadFatomy
 
Turki usmani
Turki usmaniTurki usmani
Turki usmaniriyoollll
 
Mengenal Peradaban Islam di Turki; Turki Usmani; Melalui Pendekatan Historis
Mengenal Peradaban Islam di Turki; Turki Usmani; Melalui Pendekatan HistorisMengenal Peradaban Islam di Turki; Turki Usmani; Melalui Pendekatan Historis
Mengenal Peradaban Islam di Turki; Turki Usmani; Melalui Pendekatan HistorisMahenahen
 
Tamadun islamkerajaanuthamaniyah
Tamadun islamkerajaanuthamaniyahTamadun islamkerajaanuthamaniyah
Tamadun islamkerajaanuthamaniyahShafy Fify
 
sodapdf-converted (2).pptx
sodapdf-converted (2).pptxsodapdf-converted (2).pptx
sodapdf-converted (2).pptxrikson4
 
SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 (Bab 1.7.3 Kepemimpinan)
SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 (Bab 1.7.3 Kepemimpinan)SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 (Bab 1.7.3 Kepemimpinan)
SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 (Bab 1.7.3 Kepemimpinan)Ain Salim
 
5 kelahirandankemerosotantamadunislam-111012120321-phpapp01
5 kelahirandankemerosotantamadunislam-111012120321-phpapp015 kelahirandankemerosotantamadunislam-111012120321-phpapp01
5 kelahirandankemerosotantamadunislam-111012120321-phpapp01Ahmad Fadhil Ramza
 
Naratif Hubungan Kerajaan Uthmaniyyah dan Masyarakat Melayu
Naratif Hubungan Kerajaan Uthmaniyyah dan Masyarakat MelayuNaratif Hubungan Kerajaan Uthmaniyyah dan Masyarakat Melayu
Naratif Hubungan Kerajaan Uthmaniyyah dan Masyarakat MelayuKOSPATI UKM
 
Islam Di Negara Turki
Islam  Di  Negara  TurkiIslam  Di  Negara  Turki
Islam Di Negara Turkiadeps
 
khilafah utsmaniyah.pptx
khilafah utsmaniyah.pptxkhilafah utsmaniyah.pptx
khilafah utsmaniyah.pptxHajarAswad25
 
Islam Turki
Islam TurkiIslam Turki
Islam Turkiadeps
 
Team 2 Mip ,
Team 2 Mip ,Team 2 Mip ,
Team 2 Mip ,adeps
 
Samsul-Farid (SEJARAH PERADABAN ISLAM).docx
Samsul-Farid (SEJARAH PERADABAN ISLAM).docxSamsul-Farid (SEJARAH PERADABAN ISLAM).docx
Samsul-Farid (SEJARAH PERADABAN ISLAM).docxIisistiqomah32
 
Perkembangan islam abad pertengahan
Perkembangan islam abad pertengahanPerkembangan islam abad pertengahan
Perkembangan islam abad pertengahanCatur Saputro
 

Similar to Sultan muhammad al fateh (20)

turki-usmani-ski.pptx
turki-usmani-ski.pptxturki-usmani-ski.pptx
turki-usmani-ski.pptx
 
Makalah SPI .docx
Makalah SPI .docxMakalah SPI .docx
Makalah SPI .docx
 
Makalah SPI ( Rajaa & Febri ).docx
Makalah SPI ( Rajaa & Febri ).docxMakalah SPI ( Rajaa & Febri ).docx
Makalah SPI ( Rajaa & Febri ).docx
 
Turki usmani
Turki usmaniTurki usmani
Turki usmani
 
Mengenal Peradaban Islam di Turki; Turki Usmani; Melalui Pendekatan Historis
Mengenal Peradaban Islam di Turki; Turki Usmani; Melalui Pendekatan HistorisMengenal Peradaban Islam di Turki; Turki Usmani; Melalui Pendekatan Historis
Mengenal Peradaban Islam di Turki; Turki Usmani; Melalui Pendekatan Historis
 
Turki utsmani
Turki utsmaniTurki utsmani
Turki utsmani
 
Tamadun islamkerajaanuthamaniyah
Tamadun islamkerajaanuthamaniyahTamadun islamkerajaanuthamaniyah
Tamadun islamkerajaanuthamaniyah
 
sodapdf-converted (2).pptx
sodapdf-converted (2).pptxsodapdf-converted (2).pptx
sodapdf-converted (2).pptx
 
SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 (Bab 1.7.3 Kepemimpinan)
SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 (Bab 1.7.3 Kepemimpinan)SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 (Bab 1.7.3 Kepemimpinan)
SEJARAH ISLAM STPM PENGGAL 2 (Bab 1.7.3 Kepemimpinan)
 
Sejarah
SejarahSejarah
Sejarah
 
5 kelahirandankemerosotantamadunislam-111012120321-phpapp01
5 kelahirandankemerosotantamadunislam-111012120321-phpapp015 kelahirandankemerosotantamadunislam-111012120321-phpapp01
5 kelahirandankemerosotantamadunislam-111012120321-phpapp01
 
Naratif Hubungan Kerajaan Uthmaniyyah dan Masyarakat Melayu
Naratif Hubungan Kerajaan Uthmaniyyah dan Masyarakat MelayuNaratif Hubungan Kerajaan Uthmaniyyah dan Masyarakat Melayu
Naratif Hubungan Kerajaan Uthmaniyyah dan Masyarakat Melayu
 
Bab2
Bab2Bab2
Bab2
 
Islam Di Negara Turki
Islam  Di  Negara  TurkiIslam  Di  Negara  Turki
Islam Di Negara Turki
 
khilafah utsmaniyah.pptx
khilafah utsmaniyah.pptxkhilafah utsmaniyah.pptx
khilafah utsmaniyah.pptx
 
Team 2 Mip ,
Team 2 Mip ,Team 2 Mip ,
Team 2 Mip ,
 
Islam Turki
Islam TurkiIslam Turki
Islam Turki
 
Team 2 Mip ,
Team 2 Mip ,Team 2 Mip ,
Team 2 Mip ,
 
Samsul-Farid (SEJARAH PERADABAN ISLAM).docx
Samsul-Farid (SEJARAH PERADABAN ISLAM).docxSamsul-Farid (SEJARAH PERADABAN ISLAM).docx
Samsul-Farid (SEJARAH PERADABAN ISLAM).docx
 
Perkembangan islam abad pertengahan
Perkembangan islam abad pertengahanPerkembangan islam abad pertengahan
Perkembangan islam abad pertengahan
 

Recently uploaded

MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITAS
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITASMATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITAS
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITASbilqisizzati
 
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdfKanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdfAkhyar33
 
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...pipinafindraputri1
 
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxRefleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxIrfanAudah1
 
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptxMODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptxSlasiWidasmara1
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptxDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptxwawan479953
 
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptxPPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptxdpp11tya
 
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptxMateri Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptxSaujiOji
 
mengapa penguatan transisi PAUD SD penting.pdf
mengapa penguatan transisi PAUD SD penting.pdfmengapa penguatan transisi PAUD SD penting.pdf
mengapa penguatan transisi PAUD SD penting.pdfsaptari3
 
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxvIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxsyahrulutama16
 
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptxBab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptxrizalhabib4
 
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptxPPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptxDEAAYUANGGREANI
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...Kanaidi ken
 
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptxKontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptxssuser50800a
 
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.pptLATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.pptPpsSambirejo
 
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdfSalinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdfWidyastutyCoyy
 
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKAKELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKAppgauliananda03
 
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdfAksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdfEniNuraeni29
 

Recently uploaded (20)

MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITAS
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITASMATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITAS
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITAS
 
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdfKanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
 
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
 
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxRefleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
 
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptxMODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptxDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
 
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptxPPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
 
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptxMateri Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
 
mengapa penguatan transisi PAUD SD penting.pdf
mengapa penguatan transisi PAUD SD penting.pdfmengapa penguatan transisi PAUD SD penting.pdf
mengapa penguatan transisi PAUD SD penting.pdf
 
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxvIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
 
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptxBab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
Bab 4 Persatuan dan Kesatuan di Lingkup Wilayah Kabupaten dan Kota.pptx
 
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
 
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptxPPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
 
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptxKontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
 
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.pptLATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
 
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdfSalinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
 
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKAKELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
 
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdfAksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
 

Sultan muhammad al fateh

  • 1. 1 1.0 PENGENALAN Dengan lafaz bismillah kami membuka bicara. Segala puji-pujian bagi Allah s.w.t. Selawat serta salam kepada junjungan besar Nabi Muhamad s.a.w, ahli keluarga dan para sahabat baginda. Alhamdulillah, kerana dengan izinNya dapatlah kita mengkaji serba sedikit tentang pahlawan islam yang unggul yang telah membuka Kota Konstantinopel dan sekaligus merealisasikan hadis Nabi s.a.w. Sabda Nabi s.a.w. ‫ك‬ ‫ذل‬ ‫يش‬ ‫ج‬ ‫ال‬ ‫عم‬‫ن‬ ‫ل‬ ‫و‬ ‫ا‬‫ه‬‫ير‬ ‫أم‬ ‫ير‬ ‫األم‬ ‫عم‬‫ن‬ ‫ل‬ ‫ف‬ ‫ية‬ ‫ن‬ ‫ي‬ ‫نط‬ ‫سط‬ ‫ق‬ ‫ال‬ ‫تحن‬ ‫ف‬ ‫ت‬ ‫ل‬ ‫يش‬ ‫ج‬ ‫ال‬ Maksudnya: “..Konstantinopel (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……” (Hadis riwayat Imam Ahmad) Setelah lebih 800 tahun hadis itu diucapkan oleh Rasulullah s.a.w. barulah menjadi kenyataan(Abdul Latip Talib 2008 : 11). Umat Islam berlumba-lumba membebaskan Konstantinopel untuk mendapatkan penghormatan yang dijanjikan oleh Allah s.w.t. dalam hadis tersebut. Walau bagaimanapun, kesemua kempen yang dilancarkan menemui kegagalan. Di antaranya, lima kempen di zaman Kerajaan Umaiyyah, satu kempen di zaman Kerajaan Abbasiyyah dan dua kempen di zaman Kerajaan Uthmaniyyah. Justeru itu, kertas kerja ini akan mengupas kajian tentang strategi Sultan Muhammad Al- Fateh dalam penaklukannya terhadap Kota Kostantinopel. Kita sedia maklum bahawa ramai pejuang-pejuang islam yang telah berusaha untuk membuka Kostantinopel tapi tidak berjaya. Oleh itu, kami akan membincangkan lebih lanjut mengenai strategi Sultan Muhammad Al-Fateh dalam kertas kerja ini. Dan kami berharap kajian ini akan member manfaat kepada yang membaca, menyemak sekaligus kepada yang menulisnya. Kami juga berharap segala kekurangan dalam kertas kerja ini dimaafkan sebagai makhluk yang tidak lepas daripada kesalahan dan kelalaian.
  • 2. 2 2.0 BIOGRAFI SULTAN MUHAMMAD AL FATEH Nama baginda ialah Muhammad bin Murad. Baginda dilahirkan pada 26 Rejab 835 Hijriah (29 Mac 1432 ) di Adrianapolis (sempadan Turki dan Bulgaria). Walau bagaimanapun, sejarah hidup Baginda sebenarnya telah bermula hampir 800 tahun sebelum kelahirannya kerana telah disebut sebagai “sebaik-baik raja” di dalam Hadis tadi. Baginda juga dikenali dengan gelaran Muhammad Al Fatih kerana kejayaannya membebaskan Constantinople. Baginda menaiki takhta ketika berusia 19 tahun dan memerintah selama 30 tahun (855 – 886H / 451 – 1481M). Baginda merupakan seorang negarawan ulung dan panglima tentera agung yang memimpin sendiri 25 kempen peperangan. Baginda mangkat pada hari Khamis, 4 Rabiul Awal 886 bersamaan dengan 3 Mei 1481 kerana sakit gout. Ada ahli sejarah berpendapat Baginda diracun. Baginda menerima pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu. Dalam bidang keagamaan, gurunya adalah Syeikh Shamsuddin Al-Wali dikatakan daripada keturunan Saidina Abu Bakar As-Siddiq r.a. Dalam ilmu peperangan pula, baginda diajar tentang taktik peperangan, memanah dan menunggang kuda oleh panglima-panglima tentera. Dalam bidang akademik pula, baginda adalah seorang cendekiawan ulung di zamannya yang fasih bertutur dalam tujuh bahasa iaitu Bahasa Arab, Latin, Greek, Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew. Dalam bidang ilmu pemerintahan pula, ayahandanya Sultan Murad II, dengan tujuan mendidik, semasa pergi bersuluk ke Pulau Magnesia, telah melantik baginda yang baru berusia 12 tahun memangku jawatan Khalifah. Dalam usia semuda ini baginda telah matang menangani tipu helah musuh. Baginda sentiasa bersifat tawaduk. Semasa membina Benteng Rumeli Hissari, baginda membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga ulama-ulama dan menteri- menteri terpaksa ikut sama bekerja. Baginda seorang yang sentiasa tenang, pendiam, berani, sabar, tegas dan kuat menyimpan rahsia pemerintahan. Baginda sangat cintakan ulamadan selalu berbincang dengan mereka mengenai permasalahan negara. Muhammad al-Fatih merupakan seorang sultan yang mementingkan kekuatan dalaman dan luaran para tenteranya. Baginda seorang pemimpin yang hebat, warak dan tawaduk selepas Sultan Salahuddin Al-Ayubbi
  • 3. 3 (pahlawan Islam dalam Perang Salib) dan Sultan Saifuddin Muzaffar Al-Qutuz (pahlawan Islam dalam peperangan di Ain Jalut menentang tentera Mongol). Malah sifat-sifat baginda dan tenteranya telah diisyaratkan oleh Rasulullah s.a.w dalam hadis. Baginda seorang yang sentiasa tenang, pendiam, berani, sabar, tegas dan kuat menyimpan rahsia pemerintahan. Baginda sangat cintakan ulamak dan selalu berbincang dengan mereka tentang permasalahan negara. 3.0 LATAR BELAKANG KOTA KOSTANTINOPEL DAULAH UTHMANIYAH Sejarah Konstantinopel bermula apabila Maharaja Constantine memindahkan ibu kotanya dari Rom ke Konstantinopel pada tahun 330 Masihi. Ekoran dari itu pada tahun 1054 kerajaan Rom berpecah dua, satu di Rom yang dikenali bermazhab Kristian Roman Katolik dan satu lagi di Konstantinopel bermazhab Ortodoks(Abdul Latip Talib 2008 : 3). Kota Kostantinopel yang menyimpan banyak sejarah. Kerajaan Rom Timur meliputi Negara Eropah, Asia Kecil, Syria, Palestin, Mesir, pulau-pulau di Mediterranean dan pulau-pulau di Corsica dan Sicily. Sejak dikuasai oleh Rom Bandar ini dinamakan Kostantinopel. Kota in terletak diantara laut Marmara dan selat Bosporus(laut hitam). Ketika itu Konstantinopel menjadi tumpuan pedagang dari seluruh pelusuk dunia. Mereka juga membina Gereja Aya Sophia satu bentuk bangunan yang paling luar biasa cantiknya kerana belum pernah dilihat oleh manusia. Bumbungnya seperti tergantung. Bangunan itu dihiasai dengan batu-batu berwarna, emas, perak dan permata. Lukisan pada dinding dan syilingnya begitu indah sekali. Kota ini juga dijadikan ibukota Byzantin suatu masa dahulu. Kerajan Islam yang datang dari parsi dan negeri-negeri arab mengenali Kostantinopel sebagai sebuah pusat keagamaan, pemerintahan, perdagangan, dan kebudayaan. Sebagai sebuah kota yang memiliki potensi yang tinggi dan kedudukan yang strategik dan tidak hairanlah kota ini menjadi sasaran penaklukan oleh negeri-negeri di sekelilingnya termasuklah Turki Uthmaniah. Kerajaan Turki Uthmaniyah merupakan kerajaan baru yang memiliki kekutan dan pengaruh yang besar pada abad pertengahan dan bercita-cita untuk menguasai Kostantinopel. Sebelum itu, kerajaan Turki Uthmaniyah telah berjaya menguasai negeri sekelilingnya. Keadan geografi Kota Kostantinopel yang dikelilingi bukit-bukit dan bentang pertahanan yang sangat kukuh.
  • 4. 4 Selain itu, Kostantinopel penuh dengan simbol-simbol keagamaan didalamnya seperti gereja Hagia Sophia, St. Theodore Tyro dan St. Mary Panachrantos. Kekuatan simbol keagamaan dalam kota Kostantinopel memberikan gambaran bahawa pengaruh agama Kristian sangat besar. Bagi kerajaan Turki Uthmaniyah penaklukan Kostantinopel merupakan jalan terbaik untuk menyebarkan agama Islam di Eropah. Penaklukan ini juga membuka jalan bagi umat islam untuk masuk ke benua Eropah dengan kekuatan yang baru. Agama dijadikan dasar untuk melakukan suatu tindakan kewajipan unutk berdakwah, berjihad di jalan Allah s.w.t dan merupakan penggerak bagi Turki Uthmaniyah menyebarkan agama Allah. Selain itu juga, ramai pejuang islam yang gugur dalam mencapai hasrst untuk membuka Kostantinopel. Antaranya ialah seorang sahabat Rasulullah s.a.w bernama Abu Ayyub Al- Anshari r.a gugur syahid lalu dikebumikan di sisi benteng Konstantinopel. Namun usaha itu tidak berakhir disitu sahaja. Penaklukan Konstantinopel telah dimulakan oleh Saidina Ali pada tahun 34 Hijrah. Muawiyah bin Abu Sufian pada tahun 84 hijrah. Sultan Sulaiman pada tahun 91 hijrah, Khalifah Harun al Rasyid pada tahun 165 hijrah. Sultan Beyazid pada tahun 1391, 1397 dan 1400 tetapi semuanya menemui kegagalan. 3.1 Daulah Uthmaniyah Pada akhir pemerintahan kerajaan Abbasiyah, pemerintahan khalifah telah menjadi lemah dan kemudiannya membawa kepada kemunculan kerajaan-kerajaan kecil di kawasan Parsi dan Turki. Pemerintahan kerajaan abbasiyah berakhir pada tahun 1258 masihi apabila Baghdad diserang oleh orang Mongol. Antara kerajaan kecil di Turki yang pernting termasuklah kerajaan Saljuk. Kerajaan Uthmaniyah bermula sebagai salah sebuah kerajaan kecil yang terletak di sebelah barat Anatolia (Turki kini). Walaupun di bawah pengaruh Saljuk, pemerintah Anatolia bebas daripada pengaruh Saljuk dalam urusan pentadbiran dan pemerintahan. Selain itu juga, walaupun kawasan barat Anatolia merupakan sebuah kerajaan kecil, namun kerajaan ini Berjaya menguasai kerajaan lain dan akhirnya membentuk kerajaan Uthmaniyah. Perkataan Uthmaniyah berasal daripada nama pengasas kerajaan ini iaitu Uthman Bin Ertughrul bin Sulaiman Shah yang berasal dari suku Qayi. Pada peringkat awal, Uthman ialah
  • 5. 5 Amir atau gabenor Saljuk bagi kawasan sebelah barat Anatolia. Kawasan ini bersempatan dengan kawasan empayar Byzantine atau dikenali dengan nama Rom Timur. Oleh itu, kawasan pentadbiran Uthman ini menghadapi ancaman yang lebih tinggi berbanding dengan wilayah yang lain. Pada tahun 1301 masihi, Uthman berjaya menumpaskan tentera Byzantine. Kemenangan ini menyebabkan ramai pahlawan tentera serta pemimpin masyarakat bersatu di bawah Uthman dalam memperluaskan kawasan penaklukannya. Turki Uthmaniah merupakan sebuah kerajaan yang berlandaskan agama Islam memiliki cirri-ciri khas, nilai-nilai agama dan penghormatan yang tinggi. Peranan seorang ulama atau Sheikh sangat besar terhadap kerajaan ini. Ulama adalah penasihat sultan yang memiliki pengaruh besar terhadap tindakan yang akan dilakukan oleh sultan. Dalam hal ini, jawatan ulama dalam kerajaan Turki Uthmaniah di pegang oleh Syeikh Ak Semsettin atau nama sebenarnya Sheikh Syamsuddin Al-Wali yang memainkan peranan penting dalam kejayaan Sultan Muhammad Al-Fatih menakluki Kostantinopel. Nilai-nilai keagamaan seperti meningkatkan gerakan jihad dan penyampaian janji-janji telah menguatkan lagi semanngat umat islam untuk menakluki kota Kostantinopel. 3.2 Sheikh Syamsuddin Al-Wali (Syeikh Ak Semsettin) Sheikh Syamsuddin Al-wali atau lebih dikenali dengan nama Syeikh Ak Semsettin merupakan murabbi Sultan Muhammad Al-Fatih. Namanya yang sebenar ialah Muhammad bin Hamzah Ad-Dimasyqi Ar-Rumi yang mana nasabnya sampai kepada Saidina Abu Bakar As- Siddiq r.a. Beliau mengajar ilmu-ilmu asas kepada Muhammad. Antara yang di ajarkan ialah al- Quran, Hadith, Linguistik(bahasa arab, bahasa parsi, dan bahasa turki) dan juga ilmu kemahiran yang lain iaitu ilmu hisab, ilmu falak, sejarah dan ilmu peperangan. Selain itu, Sheikh Syamsuddin juga berjaya meyakinkan Sultan Muhammad Al-Fatih sejak baginda kecil lagi bahawa beliau adalah orang yang dimaksudkan oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadith pembukaan kota Kostantinople. Apabila Sultan Muhammad Al-Fatih menaiki takhta, beliau segera mempersiapkan tentera-tenteranya untuk persediaan penawanan Kostantinopel dan demi untuk merealisasikan hadith Rasulullag s.a.w. Sultan Muhammad Al-Fatih sangat
  • 6. 6 menyayangi Syeikh Ak Semsettin dan mempunyai kedudukan yang istemewa dalam diri Sultan Muhammad Al-Fatih. 4.0 STRATEGI PEPERANGAN SULTAN MUHAMMAD AL FATEH 4.1 Membuka Kota Kostantinopel Sultan Muhammad Al-Fatih telah membuat persediaan yang besar untuk mencapai matlamatnya menawan Costantinople. Beliau telah menyediakan mujahid seramai kira-kira 250,000 dan ini merupakan angka yang begitu besar jika dibandingkan dengan tentera negara lain di zaman itu. Para mujahid berkenaan diberikan latihan intensif dan sentiasa diperingatkan dengan pujian Rasulullah s.a.w kepada tentera yang akan menawan Costantinople itu nanti. Sultan Muhammad Al-Fatih telah membina Kota Rumeli (Rumeli Hisari) di tebing Eropah Selat Bosphorus iaitu di bahagian tersempit antara tebing Asia dan Eropah. Kota yang berhadapan dengan kota binaan Sultan Beyazid di sebelah tebing Asia ini, mempunyai peranan yang besar dalam usaha mengawal lalu lintas di selat tersebut. Maharaja Byzantine telah berusaha gigih untuk menghalang Sultan Muhammad Al-Fatih daripada membina kota berkenaan tetapi gagal menghalangnya(Abdul Latip Talip 2008 : 132) Sultan Muhammad Al-Fatih juga berusaha untuk mempertingkatkan kelengkapan senjatanya. Beliau telah mendapatkan khidmat pakar membina meriam bernama Orban. Beberapa meriam telah dibina termasuk Meriam Diraja yang masyhur. Catatan menceritakan betapa meriam ini adalah yang terbesar di zaman berkenaan. Beratnya beratus tan dan memerlukan beratus tenaga tentera untuk mengangkutnya. Beliau juga menyediakan kira-kira 400 buah kapal laut untuk tujuan yang sama. Sebelum serangan dibuat, Sultan Muhammad Al-Fatih telah mengadakan perjanjian dengan musuh-musuh yang lain. Ini merupakan strategi yang penting supaya seluruh tenaga dapat ditumpukan kepada musuh yang satu tanpa ada sebarang ancaman yang berada di luar jangkaan. Antaranya ialah perjanjian yang dibuat dengan kerajaan Galata yang berjiran dengan
  • 7. 7 Byzantine. Perkembangan ini sangat membimbangkan Maharaja Byzantine lantas pelbagai cubaan dibuat untuk menawan hati Sultan Muhammad Al-Fateh supaya membatalkan hasratnya. Hadiah dan rasuh cuba dibuat untuk tujuan berkenaan. Akan tetapi semuanya menemui kegagalan. Keazaman yang begitu kuat pada diri Sultan Muhammad Al-Fateh telah mendorong Maharaja Byzantine berusaha mendapatkan pertolongan daripada negara-negara Eropah. Tanpa segan silu, beliau memohon pertolongan dari kepimpinan gereja Katholik, sedangkan ketika itu semua gereja di Costantinople bermazhab Orthodoks. Atas dasar bermuka-muka demi mengekalkan kuasanya, Maharaja Byzantine telah mengaku bersetuju untuk menukar mazhab di Costantinople demi menyatukan kedua-dua aliran yang saling bermusuh itu. Wakil telah dihantar dari Eropah ke Costantinople untuk tujuan berkenaan. Beliau telah berkhutbah di Gereja Aya Sofya menyatakan ketundukan Byzantine kepada Katholik. Akan tetapi hal ini telah menimbulkan kemarahan penduduk Costantinople yang bermazhab Orthodoks. Sehinggakan ada di antara pemimpin Orthodoks berkata, sesungguhnya aku lebih rela melihat di bumi Byzantine ini serban para orang Turki (muslim) daripada aku melihat topi Latin! situasi ini telah mencetuskan pemberotakan rakyat terhadap keputusan maharaja yang dianggap khianat. Keesokan harinya, Sultan Muhammad Al-Fateh telah menyusun dan membahagikan tenteranya kepada tiga kumpulan. Pertamanya adalah kumpulan utama yang bertugas mengawal kota yang mengelilingi Costantinople. Di belakang kumpulan utama itu adalah tentera simpanan yang bertugas menyokong tentera utama di hadapan. Meriam Diraja telah dihalakan ke pintu Topkapi. Pasukan pengawal juga diletakkan di beberapa kawasan strategik seperti kawasan- kawasan bukit di sekitar Kota Byzantine itu. Kapal-kapal laut Uthmaniyyah juga diletakkan di sekitar perairan yang mengelilingi Costantinople. Akan tetapi kapal-kapal berkenaan tidak berjaya memasuki perairan Tanjung Emas disebabkan oleh kehadiran rantai raksasa yang mengawal pintu masuk. Semenjak hari pertama serangan, tentera Byzantine telah berusaha keras menghalang tentera Uthmaniyah daripada merapati pintu-pintu masuk kota mereka. Tetapi serangan strategik tentera Islam telah berjaya mematahkan halangan itu, ditambah pula dengan serangan meriam
  • 8. 8 dari pelbagai sudut. Bunyi meriam itu telah menimbulkan rasa takut yang amat sangat kepada penduduk Costantinople sehingga menjejaskan semangat mereka untuk bertahan. Tentera Laut Uthmaniyyah telah mencuba beberapa kali untuk melepasi rantai besi di pintu masuk Tanjung Emas. Dalam masa yang sama, panahan diarahkan kepada kapal-kapal Byzantine danEropah yang tiba untuk membantu. Walau bagaimana pun usaha ini tidak berjaya, dan ini memberikan semacam semangat di awalnya kepada penduduk Costantinople. Para paderi berjalan di lorong-lorong kota, mengingatkan penduduk supaya membanyakkan sabar serta terus berdoa kepada Jesus dan Maryam supaya menyelamatkan Costantinople. Maharaja Byzantine juga berulang-alik ke Gereja Aya Sofya untuk tujuan yang sama. 4.2 Perjanjian Al-Fatih Dengan Maharaja Costantine Kepungan tentera Sultan Muhammad Al-Fateh masih belum sempurna disebabkan oleh rantai besi yang melindungi pintu masuk Tanjung Emas itu. Dalam pada itu, para mujahid tetap terus melancarkan serangan demi serangan dan pada 18 April 1453M, pasukan penyerang Uthmaniyah telah berjaya memecah tembok Byzantine di Lembah Lycos yang terletak di sebelah barat kota. Tentera Byzantine telah berusaha sedaya upayanya untuk mempertahankan kota dari serangan itu. Pertempuran sengit berlaku bersama iringan hujan anak panah yang amat dahsyat. Pada hari yang sama, beberapa buah kapal laut Uthmaniyah telah cuba merempuh rantai besi di Tanjung Emas. Akan tetapi, gabungan tentera laut Byzantine dan Eropah telah berjaya menangkis serangan itu bahkan beberapa buah kapal laut Uthmaniyah telah musnah menyebabkan yang lain terpaksa pulang ke kawasan masing-masing untuk mengelakkan kemusnahan yang berterusan. Dua hari selepas serangan itu, berlaku sekali lagi serangan laut antara kedua belah pihak. Sultan Muhammad Al-Fateh sendiri mengawasi misi berkenaan dari pantai. Beliau telah menghantar utusan kepada tentera laut yang sedang berperang. Katanya ”sama ada kamu tawan kapal-kapal itu atau pun kamu tenggelamkan sahaja kesemuanya. Sekiranya kamu gagal, maka jangan pulang kepada kami sedangkan kamu semua hidup”.
  • 9. 9 Ketika itu juga, Sultan Muhammad Al-Fateh menunggang kudanya sehingga ke gigi laut sambil menjerit dengan sekuat hati nama ketua misi berkenaan, Palta Oglu, untuk memberikan semangat. Kesungguhan Muhammad Al-Fateh itu menaikkan semangat tenteranya. Namun, tentera kristian berjaya juga mematahkan serangan mujahidin walaupun mereka bersungguh- sungguh melancarkan serangan demi serangan. Kegagalan tersebut menyebabkan Sultan Muhammad Al-Fatih menjadi begitu marah lalu memecat Palta Oglu dan digantikan dengan Hamzah Pasha. Kegagalan serangan tersebut telah memberikan kesan yang besar kepada tentera Uthmaniyyah. Khalil Pasha yang merupakan wazir ketika itu cuba untuk memujuk Sultan Muhammad Al-Fateh supaya membatalkan serangan serta menerima sahaja perjanjian penduduk Costantinople untuk tunduk kepada Daulah Uthmaniyyah tanpa menakluknya. Cadangan itu ditolak mentah-mentah oleh Al-Fateh. Kini tiba masanya beliau berfikir tentang helah untuk tentera laut Uthmaniyah melepasi Tanjung Emas. 4.3 Meriam Urban (The Great Bombard) Penciptaan Meriam Urban bermula pada Pemerintahan Sultan Muhamad. Meriam tersebut dicipta oleh seorang lelaki yang bernama Urban. Beliau telah ditangkap oleh Pemerintah Kota Konstantinopel, kerana Baginda mendapat tahu bahawa Urban pandai membuat sejata. Tetapi Urban tidak bersetuju untuk menolong Pemerintah Kota Konstantinopel yang zalim itu, dan telah dihukum penjara sehinggalah Sultan Muhamad Al-Fateh menyelamatkan Urban. Setelah berjumpa dengan Sultan Muhamad, Urban bersedia untuk membantu Baginda dan berjanji untuk membuat meriam. Meriam raksasa ini menggunakan ubat bedil seberat 1,600 kilogram sebagai pelurunya. Peluru The Great Bombard seberat 300 hingga 1,600 kilogram. Meriam Urban telah ditempatkan bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim dahulu. Benteng ini mengawal rapi kapal-kapal yang melintasi Selat Bosphorus. Perjanjian damai dibuat dengan pihak Wallachia, Serbia dan Hungary untuk memencilkan Constantinople apabila diserang nanti. Baginda membawa bersama para ulama dan pakar motivasi ke medan perang bagi membakar semangat
  • 10. 10 jihad tenteranya. Sebaik sahaja menghampiri dinding kubu Kota Constantinople, Baginda mengarahkan dilaungkan Azan dan solat berjemaah. Tentera Byzantine gentar melihat 150,000 tentera Islam bersolat di belakang pemimpin mereka dengan laungan suara takbir memecah kesunyian alam. 4.4 Keajaiban Tentera Uthmaniyah Beliau telah memanggil tenteranya dan menyarankan kepada mereka supaya membawa kapal-kapal itu masuk ke perairan Tanjung Emas melalui jalan darat! Malam itu juga, tentera Othmaniyyah dengan semangat dan kekuatan luar biasa telah berjaya menarik 70 kapal dari pantai Besiktas ke Galata melalui bukit yang begitu tinggi dengan jarak melebihi 3 batu! Sesungguhnya kejadian ini sangat luar biasa dan di luar bayangan manusia hingga ke hari ini(Abdul Latip Talib 2008 : 229) Pagi 22 April itu, penduduk Costantinople dikejutkan dengan laungan takbir dan nasyid para mujahidin di Tanjung Emas. Tiada siapa yang dapat membayangkan bagaimana semua itu boleh berlaku hanya pada satu malam. Bahkan ada yang menyangka bahawa tentera Al-Fatih mendapat bantuan jin dan syaitan! Yilmaz Oztuna di dalam bukunya Osmanli Tarihi menceritakan bagaimana seorang ahli sejarah Byzantine berkata, tidaklah kami pernah melihat atau mendengar hal ajaib seperti ini. Muhammad Al-Fateh telah menukar darat menjadi lautan, melayarkan kapalnya di puncak gunung dan bukannya di ombak lautan. Sesungguhnya Muhammad Al-Fatih dengan usahanya ini telah mengatasi Alexander The Great. Costantine telah bermesyuarat dengan para pemimpin kerajaan Byzantine tentang strategi seterusnya, tetapi mereka gagal mencapai kata sepakat. Costantine menolak cadangan supaya beliau sendiri pergi mendapatkan pertolongan daripada umat kristian di Eropah bahkan tetap dengan keputusannya untuk mempertahankan Costantinople hingga ke titisan darah yang terakhir.
  • 11. 11 4.5 Serangan Terakhir Mujahidin Dengan kedudukan tentera Uthmaniyah yang sudah semakin mantap, Sultan Muhammad Al-Fatih telah melancarkan serangan besar-besaran ke benteng terakhir Byzantine. Tembakan meriam yang telah memusnahkan sebuah kapal dagang di Tanjung Emas, menyebabkan tentera Eropah yang lain lari ketakutan. Mereka telah meninggalkan pertempuran melalui kota Galata. Semenjak kejayaan kapal mujahiden memasuki perairan Tanjung Emas, serangan dilancarkan siang dan malam tanpa henti. Laungan takbir Allahu Akbar, Allahu Akbar yang mengisi ruang angkasa Costantinople telah memberikan semacam serangan psikologi kepada penduduk kota berkenaan. Seakan mendengar panahan petir, semangat mereka terus luntur dengan ancaman demi ancaman kalimah tauhid tentera Al-Fatih itu. Dalam masa yang sama, Al-Fatih dan tenteranya sentiasa mengejutkan mereka dengan seni perang yang baru sehingga mengkucar-kacirkan pertahanan tentera salib itu. Ketika ribut yang ada belum reda, penduduk Costantinople menyedari bahawa tentera Islam telah mengorek terowong untuk masuk ke pusat kota. Ketakutan melanda penduduk sehingga mereka curiga dengan bunyi tapak kaki sendiri. Merasakan yang bila-bila masa sahaja tentera Turki akan keluar dari perut bumi berikutan dengan pembinaan terowong itu(Muhammad Syaari Abdul Rahman 2010 : 152). 4.6 Usaha Damai Terakhir Sultan Muhammad Al-Fatih yakin bahawa kemenangan semakin hampir. Kecintaannya kepada Costantinople yang dijanjikan oleh Rasulullah s.a.w. mendorong beliau untuk terus berusaha agar Costantine menyerah kalah tanpa terus membiarkan kota itu musnah. Sekali lagi beliau menghantar utusan meminta Costantine supaya menyerahkan Costantinople secara aman. Apabila utusan berkenaan sampai kepadanya, Costantine telah berbincang dengan para menterinya. Ada yang mencadangkan supaya mereka menyerah kalah dan ada pula yang mahukan pertahanan diteruskan hingga ke penamat. Costantine akhirnya bersetuju dengan pandangan kedua lantas menghantar maklum balas dengan mengatakan syukur kepada Tuhan kerana Sultan mahukan keamanan dan bersedia menerima pembayaran jizyah. Akan tetapi
  • 12. 12 Costantine bersumpah untuk terus bertahan hingga ke akhir hayatnya demi takhta atau mati sahaja dan dikuburkan di kota ini. Apabila jawapan Costantine ini diterima, Sultan Muhammad Al-Fateh mengatakan baiklah dan tidak lama lagi akan terhasil bagiku di Costantinople itu sama ada takhta atau keranda(Abdul Latip Talib 2008 : 245). Perbincangan dilakukan oleh Sultan Muhammad Al-Fateh tentang strategi seterusnya. Pelbagai kemungkinan dipertimbangkan dan akhirnya keputusan dibuat untuk meneruskan rancangan menawan Costantinople sebagaimana yang telah disusun. 4.7 Hari Kemenangan Pada 27 Mei 1453, Sultan Muhammad Al-Fatih bersama tenteranya telah berusaha keras membersihkan diri di hadapan Allah s.w.t. Mereka membanyakkan solat, doa dan zikir dengan harapan Allah s.w.t akan memudahkan kemenangan. Para ulamak pula memeriksa barisan tentera sambil memberi semangat kepada para mujahidin. Mereka diperingatkan tentang kelebihan jihad dan syahid serta kemuliaan para syuhada terdahulu khususnya Abu Ayyub Al- Ansari r.a. sesungguhnya apabila Rasulullah s.a.w tiba di Madinah ketika kemenangan hijrah, baginda s.a.w. telah pergi ke rumah Abu Ayyub Al-Ansari. Sesungguhnya Abu Ayyub telah pun datang (ke Costantinople) dan berada di sini! Kata-kata ini telah membakar semangat tentera Sultan Muhammad Al-Fateh hingga ke kemuncaknya. Dalam masa yang sama, penduduk Costantine melakukan upacara peribadatan secara bersungguh-sungguh dengan harapan Tuhan akan membantu mereka. Tepat jam 1 pagi hari Selasa 20 Jamadil Awal 857H / 29 Mei 1453M, serangan utama dilancarkan. Para mujahidin diperintahkan supaya meninggikan suara takbir kalimah tauhid sambil menyerang kota. Penduduk Costantinople telah berada di kemuncak ketakutan mereka pagi itu. Mujahidin yang sememangnya menginginkan syahid, begitu berani menyerbu tentera salib di kota itu. Tentera Uthmaniyah akhirnya berjaya menembusi kota Costantinople melalui Pintu Edirne dan mereka telah mengibarkan bendera Daulah Uthmaniyah di puncak kota. Costantine yang melihat kejadian itu berasa putus asa untuk bertahan lantas menanggalkan pakaian
  • 13. 13 maharajanya supaya tidak dikenali musuh. Akhirnya beliau menemui ajal dalam keadaan yang amat mengaibkan. Berita kematian Costantine telah menaikkan lagi semangat tentera Islam untuk menyerang. Begitu juga sebaliknya, bagaikan pokok tercabut akar, tentera salib menjadi kucar kacir apabila berita kematian maharajanya tersebar. Kesungguhan dan semangat juang yang tinggi di kalangan tentera Al-Fatih, akhirnya berjaya sampai ke cita-cita mereka. Kejayaan menguasai Costantinople telah disambut dengan penuh rasa syukur oleh Al-Fatih serta seisi langit dan bumi. Beliau bertitah, ”Alhamdulillah, semoga Allah merahmati para syuhada, memberikan kemuliaan kepada mujahidin, serta kebanggaan dan syukur buat rakyatku sebaik- baik Ketua Dan Tentera. Pada hari itu, majoriti penduduk Costantinople bersembunyi di gereja-gereja sekitar kota. Sultan Muhammad Al-Fatih berpesan kepada tenteranya supaya bermuamalah dengan baik kepada penduduk Costantinople sambil mengucapkan tahniah kepada tenteranya yang berjaya merealisasikan sabda Rasulullah s.a.w: ‫ا‬‫ه‬‫ير‬ ‫أم‬ ‫ير‬ ‫األم‬ ‫عم‬‫ن‬ ‫ل‬ ‫ف‬ ‫ية‬ ‫ن‬ ‫ي‬ ‫نط‬ ‫سط‬ ‫ق‬ ‫ال‬ ‫تحن‬ ‫ف‬ ‫ت‬ ‫ل‬ ‫يش‬ ‫ج‬ ‫ال‬ ‫ك‬ ‫ذل‬ ‫يش‬ ‫ج‬ ‫ال‬ ‫عم‬‫ن‬ ‫ل‬ ‫و‬ Maksudnya: sesungguhnya Costantinople itu pasti akan dibuka. Sebaik-baik ketua adalah ketuanya, dan sebaik-baik tentera adalah tenteranya. Dengan penuh rasa syukur dan tawadhu’, Sultan Muhammad Al-Fateh telah sujud ke bumi mengucapkan sebesar-besar syukur ke hadrat Allah atas kemenangan bersejarah itu. Beliau kemudiannya menuju ke Gereja Aya Sofiya yang ketika itu menjadi tempat perlindungan sejumlah besar penduduk kota berkenaan. Ketakutan jelas terbayang di wajah masing-masing apabila beliau menghampiri pintu. Salah seorang paderi telah membuka pintu gereja, dan Al- Fateh meminta beliau supaya menenangkan sekalian mereka yang ada. Dengan toleransi Al- Fateh, ramai yang keluar dari tempat persembunyian masing-masing bahkan ada dalam kalangan paderi yang terus menyatakan keislaman mereka(Abdul Latip Talip 2008 : 233) Selepas itu, Sultan Muhammad Al-Fateh telah mengarahkan supaya gereja berkenaan ditukar menjadi masjid supaya Jumaat pertama nanti akan dikerjakan solat di masjid ini. Para
  • 14. 14 pekerja bertugas bertungkus lumus menanggalkan salib, patung dan gambar-gambar untuk tujuan berkenaan. Pada hari Jumaat itu, Sultan Muhammad Al-Fateh bersama para muslimin telah mendirikan solat Jumaat di Masjid Aya SofiyaKhutbah yang pertama di Aya Sofya itu telah disampaikan oleh Syeikh Ak Semsettin(Sheikh Shamsuddin Al-Wali). Pada hari itu juga Sultan Muhammad Al-Fatih telah bersumpah bahawa barangsiapa yang menukar Masjid Aya Sofiya kembali kepada gereja, maka akan berolehlah kutukan dan laknat darinya dan Tuhan Masjid Aya Sofya itu yakni Allah s.w.t(Abdul Latip Talib 2008 : 252). Nama Costantinople kemudiannya ditukar kepada Islambul, yang bermaksud bandar Islam dan kemudiannya dijadikan sebagai ibu negara ketiga Khilafah Uthmaniyah selepas Bursa dan Edirne. Kekallah bumi yang mulia itu sebagai pusat pemerintahan, ketamadunan, keilmuan dan keagungan Islam berkurun lamanya.. sehinggalah Khilafah Uthmaniyah ditamatkan sejarahnya oleh Mustafa Kemal Ataturk secara rasminya pada tahun 1924M. Aya Sofiya kembali dikristiankan oleh Ataturk atas nama muzium. Gambar- gambar syirik kembali bergantungan di kubah masjid yang berdukacita itu. Manifesto Parti Refah pada pilihanraya yang lalu untuk mengembalikan Masjid Aya Sofiya kepada kegemilangan sejarahnya, berkubur buat sementara dengan pengharaman parti itu beberapa tahun yang lalu. Sesungguhnya seluruh umat Islam merindukan suara azan membesarkan Allah kembali berkumandang di menara Aya Sofiya. Semoga Istanbul kembali ke pangkuan Islam dan muslimin.
  • 15. 15 5.0 KESIMPULAN Sultan Muhammad Al-Fateh merupakan seorang pemerintah yang baik dan taat kepada perintah Allah s.a.w. Bukan itu sahaja, rakyat pada masa pemerintahannya juga turut baik sehinggakan amal ibadat yang sunat pun dikerjakan. Inilah yang dikatakan sebaik-baik pemerintah. Selain itu juga, Sultan Muhammad Al-Fatih telah merealisasikan hadith Nabi s.a.w yang telah baginda lafazkan pada 800 tahun dahulu. Maksud hadith tersebut ialah: “Konstantinopel akan jatuh di tangan seorang pemimpin yang sebaik-baik pemimpin, tentaranya sebaik-baik tentara, dan rakyatnya sebaik-baik rakyat.” Berkat dan tunjuk ajar seorang ulama yang selalu menasihati dalam pemerintahan Sultan Muhammad Al-Fatih akhirnya baginda telah berjaya membuka kota Kostantinopel dalam masa 54 hari setelah membuat persediaan yang begitu rapi dalam peperangan tersebut. Tambahan lagi, strategi peperangan yang Sultan Muhammad Al-Fatih juga merupakan strategi yang sangat unik. Contohnya kapal yang merentasi bukit, penciptaan meriam gergasi dan sebagainya. Sultan Muhammad Al-Fatih juga sering mengingatkan kepada tentera tentang semangat jihad yang tinggi dan perjuangan menegakkan agama Allah s.w.t. yakni Islam. Oleh itu, sebagai generasi yang mendatang sama ada akan memegang tampuk pemerintahan negara ataupun tidak kita hendaklah mengambil iktibar dan mengamalkan sikap yang ditunjukkan oleh pemerintah seperti Sultan Muhammad Al-fatih agar negara dan hidup kita diberkati oleh Allah.s.w.t.
  • 16. 16 6.0 RUJUKAN Dr Eaman Mohammad Abbas. 2007. Sultan Abd al Hamid II dan Kejatuhan Khilafah Islamiah. Pustaka Salam Kuala Lumpur. Profesor Dr. Mohd Redzuan Othman. 1997. The Conquest of Constantinople 1453 - The Visions and Strategies of Sultan Mehmed II. Jurnal Jabatan Sejarah Universiti Malaya. Muhammad Syaari Abdul Rahman. 2010. Kuasa Kepemimpinan Al-Fateh. PTS Millennia Sdn Bhd. Abdul Latip bin Talib. 2008. Sultan Muhammad al-Fateh - Penakluk Konstantinopel. PTS Millennia Sdn Bhd. Dr. Ali Muhammad As-Shalabi. 2004. Bangkit dan Runtuhnya Khilafah Uthmaniah. Pustaka Al- Kauthar. Steven Runcimen. 1990. The Fall of Constantinople 1453. Cambridge University Press. Syafiq A. Mughni. 1996. Sejarah Kebudayaan Islam di Kawasan Turki. Surabaya Fakulti Arab Ain Sunan Ampel. Muhd. Jamil Mukmin. 1992. Sejarah Perkembangan Islam. Nurin Enterprise. Felix Y. Siauw. 2011. Muhammad Al-Fatih 1453. Khilafah Press. Abdel Aziz M. El-Shennawy. 1984. Al-Daulah al-Uthmâniyyah: Daulah Islamiyyah Muftara A’laiha. Cairo University Press.