Akronim merupakan singkatan yang terbentuk dari gabungan huruf awal atau suku kata beberapa perkataan yang boleh diucapkan sebagai satu perkataan. Terdapat beberapa jenis akronim seperti akronim yang terbentuk dari huruf awal, huruf dan suku kata, suku kata awal, serta bahagian awal dan lain. Akronim telah menjadi lazim digunakan dalam bahasa Melayu walaupun tidak digalakkan
1. AKRONIM
DIBENTANGKAN OLEH :
CIK MAISARAH BINTI MASTUR
PPISMP OPSYEN SEJARAH SEMESTER 2 / 2012
http://ppismpsejarahgstt.blogspot.com/
2. PENGENALAN
• Penggunannya telah meluas di dalam
bahasa melayu
• Kewujudannya memberi kemudahan dan
sesuai untuk diingat.
• Mempunyai maksud atau makna tersirat
yang menimbulkan minat.
3. DEFINISI
• Menurut Kamus DBP Edisi ke-4 : ‘kependekan yang
terbentuk dari gabungan huruf-huruf pertama atau suku
kata beberapa perkataan yang boleh diujarkan sebagai
satu perkataan’
• Menurut Zahariev (Indonesia) : ‘singkatan yang berupa
gabungan huruf @ suku kata @ bagian lain yang ditulis
dan dilafazkan sebagai kata yang wajar’
4. • Menurut Nik Safiah Karim dan Norliza Jamaluddin kata
singkatan yang terbentuk dengan menggabungkan
huruf awal suku kata atau gabungan huruf awal dan
suku kata daripada satu rangkaian dan ditulis serta
dilafazkan sebagai kata yang wajar.
• Akronim berasal daripada beberapa perkataan tetapi
telah menjadi satu kata yang utuh dan mantap yang
mempunyai makna serta dapat berdiri sendiri. Akronim
melibatkan percantuman bahagian-bahagian daripada
beberapa perkataan untuk membentuk satu perkataan
baru (Tatabahasa Dewan, 1993:52).
6. 4. Pemberian Nama Khusus: Surih pada asalnya
bermaksud ‘bekas atau nkesan yang dilalui oleh
sesuatu seperti jalan yang dilalui oleh siput di
atas daun pisang’.
5. Peminjaman Kata : element – elemen,
magistrate – majistret, diplomat – diplomat.
6. Penambahan :bu + kit – bukit, bu + lan –
bulan, bu + luh – buluh.
7. 7. Penciptaan : perkataan ‘kiwi’ merujuk kepada
nama sejenis burung di New Zealand.
8. Penggemblengan :: Kugiran - Kumpulan Gitar
Rancak, Bernama - Berita Nasional Malaysia.
9. Penyempitan Makna : Tuan Puteri, Tuan (surat-
menyurat).
10.Penyingkatan : tv – televisyen, Dr. – Doktor,
Prof. – Profesor
8. JENIS-JENIS AKRONIM
A. Kata akronim cantuman huruf awal. Contohnya :
KPM, BPR, BTP, RTM dll.
B. Kata akronim cantuman huruf dan suku kata perkataan
sesedap sebutan. Contohnya : Perhilitan,Proton,
Perwasih dll.
C. Kata nama akronim cantuman suku kata awal.
Contohnya : Tadika, Pawagam., Kugiran dll.
D. Kata nama akronim cantuman bahagian awal
perkataan pertama dengan bahagian lain. Contohnya :
Jentolak, Debunga, Halaju, Purata dll.
9. KONKLUSI
• Menurut Prof. Emeritus Dr. Abdullah Hassan
mengatakan bahawa akronim ini tidak digalakkan.
• Status akronim ini sudah lazim dn diterima pakai dalam
kamus.
• Banyakkan ilmu dengan membaca dalam mengenali
akronim ini.
10. SOALAN
1. Apakah yang kmu faham tentang AKRONIM??
2. Berikan conroh kata akronim cantuman huruf awal.
3. Berikan contoh kata akronim cantuman huruf dan suku
kata perkataan sesedap sebutan.
4. Berikan contoh kata nama akronim cantuman suku kata
awal.
5. Berikan contoh Kata nama akronim cantuman bahagian
awal perkataan pertama dengan bahagian lain.
http://ppismpsejarahgstt.blogspot.com/
11. RUJUKAN
1. Morfologi (siri pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Melayu) Abdullah Hassan.
2. Bahasa Melayu I Edisi 2, Siti Hajar Abdul Aziz.
3. Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, Nik Safiah Karim,
Farid M.On, Hasyim Hj. Musa dan Abdul Hamid
Mahmood.