Jenis-Jenis Ayat

66,919 views

Published on

Published in: Education
106 Comments
170 Likes
Statistics
Notes
No Downloads
Views
Total views
66,919
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
12,957
Actions
Shares
0
Downloads
0
Comments
106
Likes
170
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Jenis-Jenis Ayat

  1. 1. Dalam bahasa Melayu terdapat empat jenis ayat, iaitu ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah dan ayat seruan.
  2. 2. Ayat penyata mempunyai tujuan untuk menyatakan atau memberi keterangan tentang sesuatu hal.
  3. 3. Contoh Ayat Penyata:
  4. 4. DEFINISI AYAT SERUAN Ayat seruan ialah ayat yang diucapkan dengan nada atau intonasi seru untuk tujuan melahirkan suatu keadaan perasaan, seperti takut, marah, takjub, geram, sakit, dan sebagainya.
  5. 5. Dalam tulisan, intonasi seru digambarkan dengan tanda seru (!) yang diletakkan di akhir ayat, sama ada ayat itu didahului oleh kata seru atau tidak. Kata-kata seru yang biasa digunakan antaranya, ialah oh, amboi, wah, cis,eh, aduh, syabas, dan sebagainya.
  6. 6. CONTOH AYAT: 1) Amboi, garangnya kakak kamu itu! 2) Wah, besarnya rumah kamu! 3) Syabas, kamu berjaya menewaskan saingan kamu itu! 4) Cis, tak kusangka kau musuh dalam selimut!
  7. 7. Ayat Tanya ialah ayat yang digunakan untuk tujuan menanyakan sesuatu hal. Ayat Tanya Ayat Tanya Tanpa Kata Tanya Ayat Tanya Dengan Kata Tanya
  8. 8. Ayat Tanya Tanpa Kata Tanya Ialah ayat yang lazimnya diucapkan dengan nada suara meninggi sebelum kesenyapan pada akhir ayat. Contoh : Dia tersenyum? Adik masih menangis?
  9. 9. (2) • Ayat tanya dengan kata tanya ERTI • Ialah ayat tanya yang menggunakan kata tanya. CONTOH • Apa, Siapa, Berapa, Mengapa, Bagaimana
  10. 10. Ayat Tanya Dengan Kata Tanya Ayat tanya dengan kata ganti nama tanya Ayat tanya dengan frasa sendi nama tanya Ayat atanya dengan kata ganti nama tanya Apa Siapa mana Benda itu apa? Gurunya siapa? Adik awak mana?
  11. 11. Ayat tanya dengan frasa sendi nama tanya Ayat-ayat jenis ini terdiri daripada ayat- ayat yang didahului oleh frasa sendi nama tanya Di mana Dari mana Sejak bila Bagaimana Dengan siapa Tuan tinggal di mana? Mereka datang dari mana? Penyakit ini merebak sejak bila?
  12. 12. Ayat ini diujarkan bertujuan untuk menimbulkan satu tindakan dan ditujukan kepada orang kedua seperti kamu, awak dan engkau yang biasanya digugurkan.
  13. 13. “Duduklah di tempat masing-masing”
  14. 14. Ayat Suruhan “Tutup pintu itu.”
  15. 15. “Awak tutup pintu itu.” “Tutuplah pintu itu.”
  16. 16. Apa dia ayat permintaan? Ayat permintaan ialah yang menggunakan kata permintaan seperti minta dan tolong dengan tujuan memohon permintaan dan pertolongan.
  17. 17. Bentuk-bentuk ayat silaan dan permintaan biasanya tidak membawa pengertian yang negatif sebagaimana yang terdapat dalam jenis ayat larangan. Oleh sebab itu, contoh-contoh ayat berikut tidak dianggap betul. *Sila jangan merokok. *Tolong jangan bising. *Minta jangan berludah. Tanda (*) bermaksud ayat yang tidak betul dalam bahasa Melayu.
  18. 18. Ayat larangan ertinya ayat yang menggunakan kata larangan .
  19. 19. Contoh kata larangan :- Jangan Usah
  20. 20. Contoh ayat larangan :- Jangan duduk di sini Janganlah menangis Usah kau pedulikan dia. Usahlah dikenangkan lagi perkara itu.
  21. 21. Contoh ayat larangan yang tidak menggunakan kata larangan :- Dilarang merokok Ditegah membuang sampah di kawasan ini.
  22. 22. Ayat yang diucapkan untuk menjemput atau mempersilakan seseorang. Lazimnya digunakan pada permulaan ayat.
  23. 23. RUJUKAN: 1. Azizah Saliman. (2005). Smart PMR: Bahasa Melayu. Selangor Darul Ehsan: Preston Corporation Sdn Bhd. 2. Asamah Hj Omar. (1991). Kemahiran Berbahasa. Kuala Lumpur: Penerbitan Pustaka Antara. 3. Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj Musa & Abdul Hamid Mahmood. (2006). Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Selangor Darul Ehsan: Dawama Sdn Bhd. 4. Abdullah Hassan. (2008). Tatabahasa Pedagogi untuk Sekolah Menengah. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn Bhd. 5. M. Jasni Majed & Sharifah Abd. Rahman. (2010). Fokus @ SPM Bahasa Malaysia (Kertas 2) Selangor Darul Ehsan: Marshall cavendish (Malaysia) Sdn Bhd.
  24. 24. Disediakan Oleh: Siti Anisah Bte Moksin (07B0201) Noor Syuhaidah Bte Awg Suhaimi (07B0206) Suziana Bte Selamat (07B0210) Siti Izyan Bte Hj Amron (07B0215) Siti Sara Bte Draman (07B0220) Salmah Bte Hj Julaihi (07B0262) Hjh Norzainah Bte Hj Yusof (07B0263)

×