2. Setengah perempuan terlalu janggalnya,
Roma dimuka pula dicukurnya,
Seperti taji berandam dikeningnya,
Kemudian memakai dengan selengkapnya.
Maksud rangkap = sesetengah perempuan
berperangai janggal kerana mencukur bulu
roma dimuka dan kening sehingga
tajam.Selepas itu, dia berhias dengan lengkap.
3. Mengagak mengilai terlalu suka,
Melihatkan laki-laki ditampakkan muka,
Supaya laki-laki boleh menyangka,
Ianya elok tiada berhingga.
Maksud rangkap = terdapat perempuan yang
ketawa mengilai-ngilai.Apabila ada lelaki, ia
akan menunjuk nunjukkan mukanya supaya
lelaki tersebut terpikat oleh kecantikannya.
4. Setengah perempuan sangat pesolek,
Berhias,berdandan berpakai molek,
Didalam cermin muka ditelek,
Kanan dan kiri dibelek.
Maksud rangkap = sesetengah perempuan suka
bersolek dengan asyik berdandan dan berhias. Dia
juga asik membelek-belek dan dirinya dihadapan
cermin.
5. Meskipun tiada berapa eloknya,
Ada yang setengah kembang hidungnya,
Serta pula kepik batangnya,
Seperti buaya besar mulutnya.
Maksud rangkap = terdapat perempuan yang
tidaklah begitu cantik dan jelita. Ada
sesetengahnya, hidungnya kembang dan tidak
mancung seperti besar mulut buaya rupanya.
6. Setengah perempuan perangainya cela,
Habis dipenuhi rambut kepala,
Rambut yang sikit disiputnya pula,
Memakai ccemara berjela-jela.
Maksud rangkap = sesetengah perempuan
berperangai buruk. Dia membuat siput pada
rambut yang sedikit sambil memakai cemara yang
berjela-jela panjangnya.
7. Terkadang muka dibubuh pupuri,
Kaki dan tangan, lengan dan jari,
Jadilah rupanya putih berseri,
Pekerjaan tipu sangat digemari.
Maksud rangkap = terdapat perempuan yang
berlangir dengan menyapu bedak dikaki, tangan
, lengan, dan jari sehingga putih. Perbuatan itu
semata-mata untuk mengaburi mata orang
daripada melihat parut yang ada.
8. Setengah perempuan yang makan angkat,
Memakai gelang bertingkat-tingkat,
Memandang laki-laki matanya lekat,
Dengan jantan suka berdekat.
Maksud rangkap = sesetengah perempuan suka
dipuji. Dengan itu, dia memakai gelang sampai ke
pangkal lengan. Apabila ada lelaki, dia memandang
dan suka berpelesiran.
9. Kaki dan tangan dinaikkan pula,
Pura-pura dikatakan ubat segala,
Hakikatnya diketahui Allah Taala,
Supaya laki-laki berhati gila.
Maksud rangkap = ada perempuan yang suka
mendedahkan kaki dan tangan dengan alasan
untuk berubat. Niatnya itu Allah Taala yang
tahu, iaitu untuk membuatkan lelaki terpikat
kepadanya.
10. Berlindunglah kita kepada Allah,
Daripada perbuatan yang amat salah,
Mudah-mudahan dilepaskanlah,
Jangan menjadi betina sempolah.
Maksud rangkap = kita hendaklah berlindung
dengan Allah daripada segala perbuatan yang
salah. Mudah-mudahan kita akan diselamatkan
dan dijauhkan daripada berperangai seperti
perempuan yang tidak berakhlak.
11. Setengahnya suka bermain judi,
Inilah perangai banyak terjadi,
Habislah tergadai intan serudi,
Kerana perangai sudah membadi.
Maksud rangkap = ramai pula yang suka berjudi
sehingga tergadai baranga kemas kerana perangai
buruk tersebut sudah sebati dengan diri.
12. Laki-laki perempuan bertindih lutut,
Banyaklah kelakuan yang tidak patut,
Sembahyang ibadat sudahlah bantut,
Kerana syaitan duduk dibontot.
Maksud rangkap = pergaulan bebas antara laki
dengan perempuan akan banyak menyebabkan
perkara yang salah dilakukan. Mereka juga lalai
untuk menunaikan sembahyang. Semua itu kerana
syaitan sudah hampir dengan diri dan menghasut
mereka.
13. Syair Siti Sianah bertemakan nasihat.
Persoalannya ialah ;
a) Cara-cara golongan perempuan
mencantikkan rupa parasnya.
b) Pergaulan laki dan wanita yang melampaui
batas.
14. Kejujuran ; kejujuran perempuan adalah
penting dalam memperlihatkan kecantikan
diri.
Menjaga maruah diri ; perempuan mesti
menjaga batasan hubungan dengan lelaki
supaya maruah dan kehormatan diri
terpelihara.
15. Pergaulan bebas antara laki dan perempuan
hendaklah ditegah kerana pergaulan bebas
itu mengundang pelbagai kemungkaran.
Setiap perempuan mesti menjaga adab dan
akhlak yang sopan supaya tidak dieksploitasi
oleh laki yang tidak bertanggungjawab.
Setiap perempuan hendaklah menjaga
kecantikan diri tetapi janganlah pula
melampau-lampau sehingga menimbulkan
fitnah.