SlideShare a Scribd company logo
1 of 4
Puisi Tradisional
                                         (Syair Siti Sianah)

Maksud

Rangkap 1

Segelintir wanita berlebih-lebihan ketika berdandan seperti mencukur bulu roma di muka dan
membentuk kening. Mereka juga berhias dan memakai pakaian yang selengkapnya.

Rangkap 2

Terdapat segelintir wanita yang ketawa mengilai-ngilai. Malahan, di hadapan lelaki dia akan
menunjuk-nunjukkan mukanya supaya lelaki tersebut terpikat akan kecantikannya.

Rangkap 3

Ada sesetengah wanita yang suka bersolek dan berhias. Mereka juga sanggup membuang
masa di hadapan cermin bagi melihat wajah mereka.

Rangkap 4

Terdapat segelintir wanita yang tidak begitu cantik dan jelita. Malahan, hidungnya kembang dan
tidak mancung seperti besar mulut buaya. Namun, mereka tetap berhias.

Rangkap 5

Ada sesetengah wanita yang berperangai buruk. Mereka membuat sanggul siput untuk
menutup kekurangan rambut, malahan ada yang sanggup memakai rambut palsu.

Rangkap 6

Ada juga yang melumuri bedak di kaki, tangan, lengan dan jari sehinnga putih semata-mata
untuk mengaburi mata orang yang melihatnya akan kekurangan diri mereka.

Rangkap 7

Terdapat segelintir wanita yang suka dipuji. Mereka memakai gelang sehingga ke pangkal
lengan dengan tujuan untuk menarik perhatian. Mereka juga suka berpeleseran dengan lelaki.
Rangkap 8

Ada juga wanita yang mendedahkan kaki dan tangan dengan alasan untuk berubat.
Sebenarnya, niat   mereka untuk membuatkan     lelaki terpikat kepadanya. Namun, tindakan
mereka diketahui Allah.

Rangkap 9

Kita hendaklah memohon perlindungan daripada Allah agar kita akan terselamat daripada
segala kemungkaran, malahan dijauhi daripada berperangai seperti perempuan yang tidak
berakhlak.

Rangkap 10

Sesetengah wanita suka berjudi sehingga tergadai barang kemas akibat perangai buruknya
selama ini.

Rangkap 11

Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan akan mengakibatkan berlakunya perlakuan yang
tidak senonoh. Mereka juga mengabaikan solat kerana hasutan syaitan.




Tema

Nasihat kepada golongan wanita bagi memelihara maruah diri.




Persoalan

   1. Persoalan sikap wanita yang suka berhias hingga melanggar hukum syarak.
   2. Persoalan ketaaatan kepada Allah.
   3. Persoalan kesan buruk perjudian.
   4. Persoalan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan.
Bentuk

   1. Terdiri daripada sebelas rangkap.
   2. Setiap rangkap terdiri daripada empat baris.
   3. Jumlah perkataan dalam setiap baris antara 2 hingga 6 patah kata.
            mudah-mudahan dilepaskanlah (2 perkataan)
            kaki dan tangan lengan dan jari (6 perkataan)
   4. Terdiri daripada 9 hingga 14 suku kata.
            Ianya elok tiada tandingnya (9 suku kata)
            Sesetengah perempuan terlalu janggalnya (11 suku kata)
   5. Rima akhir syair ini ialah aaaa
   6. Syair ini adalah puisi terikat.



Gaya Bahasa

   1. Asonansi - Pengulangan huruf vokal - Sesetengah perempuan perangainya cela
        pengulangan vokal e
   2. Aliterasi - Melihat laki-laki ditampakkan muka pengulangan konsonan ki
   3. Kata ganda - dibelek-belek, berjela-jela
   4. Simile - Seperti taji berandam di keningnya ,
                 Seperti buaya besar mulutnya
   5. Bahasa klasik - molek, cemara, intan serudi dan sempolah
   6. Peribahasa - makan angkat



Nilai

   1. Nilai kesopanan
        Seseorang wanita yang berada di khalayak ramai perlu bersopan santun seperti jangan
        ketawa mengilai-ngilai.


   2. Nilai kesederhanaan
        Seseorang wanita perlu bersederhana dalam penampilan diri.
3. Nilai ketaatan kepada agama.
      Setiap tindakan yang ingin dilakukan oleh seseorang harus berlandaskan agama.


   4. Nilai kesyukuran.
      Bersyukurlah dengan kurniaan Tuhan dan menerima kekurangan diri.



Pengajaran

   1. Seseorang wanita haruslah menjaga adab dan perilaku agar dihormati oleh orang lain..
   2. Seseorang wanita perlu bersederhana dalam penampilan diri, namun tidaklah secara
      berlebih-lebihan agar tidak menimbulkan fitnah.
   3. Kita tidak harus terlibat dengan sebarang aktiviti perjudian agar tidak berlakunya
      pembaziran.
   4. Seseorang wanita haruslah menjaga batas pergaulan dengan golongan lelaki agar
      terpelihara daripada maksiat.

Latihan

   1. Nyatakan sifat-sifat negatif wanita berdasarkan Syair Siti Sianah
   2. Berikan dua persoalan yang terdapat dalam Syair Siti Sianah.

Jawapan

   1. Antara sifat negatif wanita berdasarkan Syair Siti Sianah ialah mencukur bulu roma di
      muka dan kening. Selain itu, terdapat juga wanita yang ketawa mengilai-ngilai dan
      berhias dengan tujuan memikat lelaki.


   2. Persoalan yang terdapat dalam Syair Siti Sianah ialah persoala sikap wanita yang suka
      berhias hingga melanggar hukum syarak dan persoalan ketaaatan kepada Allah.

More Related Content

Viewers also liked

(120804) #fitalk field device
(120804) #fitalk   field device(120804) #fitalk   field device
(120804) #fitalk field deviceINSIGHT FORENSIC
 
Making Threat Intelligence Actionable Final
Making Threat Intelligence Actionable FinalMaking Threat Intelligence Actionable Final
Making Threat Intelligence Actionable FinalPriyanka Aash
 
North Atlantic fucoids in the light of global warming
North Atlantic fucoids in the light of global warmingNorth Atlantic fucoids in the light of global warming
North Atlantic fucoids in the light of global warmingAlexander Jueterbock
 
Pit fall in typhoid fever 2016
Pit fall in typhoid fever 2016Pit fall in typhoid fever 2016
Pit fall in typhoid fever 2016Walaa Manaa
 
Ιστορία Δ΄ 3. Κλασικά χρόνια 2. Ο χρυσός αιώνας 22. ΄΄ Η καθημερινή ζωή και η...
Ιστορία Δ΄ 3. Κλασικά χρόνια 2. Ο χρυσός αιώνας 22. ΄΄ Η καθημερινή ζωή και η...Ιστορία Δ΄ 3. Κλασικά χρόνια 2. Ο χρυσός αιώνας 22. ΄΄ Η καθημερινή ζωή και η...
Ιστορία Δ΄ 3. Κλασικά χρόνια 2. Ο χρυσός αιώνας 22. ΄΄ Η καθημερινή ζωή και η...Χρήστος Χαρμπής
 
Gliding Contest Scoring: current and proposal 8.1.4 for the 2016 IGC plenary
Gliding Contest Scoring: current and proposal 8.1.4 for the 2016 IGC plenaryGliding Contest Scoring: current and proposal 8.1.4 for the 2016 IGC plenary
Gliding Contest Scoring: current and proposal 8.1.4 for the 2016 IGC plenaryReno Filla
 

Viewers also liked (11)

2017001
20170012017001
2017001
 
BIM
BIMBIM
BIM
 
(120804) #fitalk field device
(120804) #fitalk   field device(120804) #fitalk   field device
(120804) #fitalk field device
 
DB Spr 2015
DB Spr 2015DB Spr 2015
DB Spr 2015
 
Making Threat Intelligence Actionable Final
Making Threat Intelligence Actionable FinalMaking Threat Intelligence Actionable Final
Making Threat Intelligence Actionable Final
 
North Atlantic fucoids in the light of global warming
North Atlantic fucoids in the light of global warmingNorth Atlantic fucoids in the light of global warming
North Atlantic fucoids in the light of global warming
 
Pit fall in typhoid fever 2016
Pit fall in typhoid fever 2016Pit fall in typhoid fever 2016
Pit fall in typhoid fever 2016
 
Rpt t1
Rpt t1Rpt t1
Rpt t1
 
Janeiro 2017
Janeiro 2017Janeiro 2017
Janeiro 2017
 
Ιστορία Δ΄ 3. Κλασικά χρόνια 2. Ο χρυσός αιώνας 22. ΄΄ Η καθημερινή ζωή και η...
Ιστορία Δ΄ 3. Κλασικά χρόνια 2. Ο χρυσός αιώνας 22. ΄΄ Η καθημερινή ζωή και η...Ιστορία Δ΄ 3. Κλασικά χρόνια 2. Ο χρυσός αιώνας 22. ΄΄ Η καθημερινή ζωή και η...
Ιστορία Δ΄ 3. Κλασικά χρόνια 2. Ο χρυσός αιώνας 22. ΄΄ Η καθημερινή ζωή και η...
 
Gliding Contest Scoring: current and proposal 8.1.4 for the 2016 IGC plenary
Gliding Contest Scoring: current and proposal 8.1.4 for the 2016 IGC plenaryGliding Contest Scoring: current and proposal 8.1.4 for the 2016 IGC plenary
Gliding Contest Scoring: current and proposal 8.1.4 for the 2016 IGC plenary
 

More from Azwira Ariwana

More from Azwira Ariwana (20)

Koswer sejarah tingkatan 1
Koswer sejarah tingkatan 1Koswer sejarah tingkatan 1
Koswer sejarah tingkatan 1
 
Sajak Kecek
Sajak KecekSajak Kecek
Sajak Kecek
 
Sajak Dirgahayu Bahasaku
Sajak Dirgahayu BahasakuSajak Dirgahayu Bahasaku
Sajak Dirgahayu Bahasaku
 
Sajak di Bawah Langit yang Sama
Sajak di Bawah Langit yang SamaSajak di Bawah Langit yang Sama
Sajak di Bawah Langit yang Sama
 
Sajak Bangkitlah
Sajak BangkitlahSajak Bangkitlah
Sajak Bangkitlah
 
Sajak Arkitek Kota
Sajak Arkitek KotaSajak Arkitek Kota
Sajak Arkitek Kota
 
Sajak Pasar Perasaan
Sajak Pasar PerasaanSajak Pasar Perasaan
Sajak Pasar Perasaan
 
Hikayat Siak
Hikayat SiakHikayat Siak
Hikayat Siak
 
Hikayat Langlang Buana
Hikayat Langlang BuanaHikayat Langlang Buana
Hikayat Langlang Buana
 
Hikayat Inderaputera
Hikayat InderaputeraHikayat Inderaputera
Hikayat Inderaputera
 
Hikayat Daeng Upu Menambun
Hikayat Daeng Upu MenambunHikayat Daeng Upu Menambun
Hikayat Daeng Upu Menambun
 
Pantun Lapan Kerat
Pantun Lapan KeratPantun Lapan Kerat
Pantun Lapan Kerat
 
Syair Pemberontakan Patani
Syair Pemberontakan PataniSyair Pemberontakan Patani
Syair Pemberontakan Patani
 
Seloka Si Luncai
Seloka Si LuncaiSeloka Si Luncai
Seloka Si Luncai
 
Syair Makna Riak
Syair Makna RiakSyair Makna Riak
Syair Makna Riak
 
Pantun Enam Kerat
Pantun Enam KeratPantun Enam Kerat
Pantun Enam Kerat
 
Gurindam Tonggak 12
Gurindam Tonggak 12Gurindam Tonggak 12
Gurindam Tonggak 12
 
Drama Tiang Cengal Dinding Sayang
Drama Tiang Cengal Dinding SayangDrama Tiang Cengal Dinding Sayang
Drama Tiang Cengal Dinding Sayang
 
Drama Dato Onn
Drama Dato OnnDrama Dato Onn
Drama Dato Onn
 
Drama 1400
Drama 1400Drama 1400
Drama 1400
 

TRADPUISI

  • 1. Puisi Tradisional (Syair Siti Sianah) Maksud Rangkap 1 Segelintir wanita berlebih-lebihan ketika berdandan seperti mencukur bulu roma di muka dan membentuk kening. Mereka juga berhias dan memakai pakaian yang selengkapnya. Rangkap 2 Terdapat segelintir wanita yang ketawa mengilai-ngilai. Malahan, di hadapan lelaki dia akan menunjuk-nunjukkan mukanya supaya lelaki tersebut terpikat akan kecantikannya. Rangkap 3 Ada sesetengah wanita yang suka bersolek dan berhias. Mereka juga sanggup membuang masa di hadapan cermin bagi melihat wajah mereka. Rangkap 4 Terdapat segelintir wanita yang tidak begitu cantik dan jelita. Malahan, hidungnya kembang dan tidak mancung seperti besar mulut buaya. Namun, mereka tetap berhias. Rangkap 5 Ada sesetengah wanita yang berperangai buruk. Mereka membuat sanggul siput untuk menutup kekurangan rambut, malahan ada yang sanggup memakai rambut palsu. Rangkap 6 Ada juga yang melumuri bedak di kaki, tangan, lengan dan jari sehinnga putih semata-mata untuk mengaburi mata orang yang melihatnya akan kekurangan diri mereka. Rangkap 7 Terdapat segelintir wanita yang suka dipuji. Mereka memakai gelang sehingga ke pangkal lengan dengan tujuan untuk menarik perhatian. Mereka juga suka berpeleseran dengan lelaki.
  • 2. Rangkap 8 Ada juga wanita yang mendedahkan kaki dan tangan dengan alasan untuk berubat. Sebenarnya, niat mereka untuk membuatkan lelaki terpikat kepadanya. Namun, tindakan mereka diketahui Allah. Rangkap 9 Kita hendaklah memohon perlindungan daripada Allah agar kita akan terselamat daripada segala kemungkaran, malahan dijauhi daripada berperangai seperti perempuan yang tidak berakhlak. Rangkap 10 Sesetengah wanita suka berjudi sehingga tergadai barang kemas akibat perangai buruknya selama ini. Rangkap 11 Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan akan mengakibatkan berlakunya perlakuan yang tidak senonoh. Mereka juga mengabaikan solat kerana hasutan syaitan. Tema Nasihat kepada golongan wanita bagi memelihara maruah diri. Persoalan 1. Persoalan sikap wanita yang suka berhias hingga melanggar hukum syarak. 2. Persoalan ketaaatan kepada Allah. 3. Persoalan kesan buruk perjudian. 4. Persoalan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan.
  • 3. Bentuk 1. Terdiri daripada sebelas rangkap. 2. Setiap rangkap terdiri daripada empat baris. 3. Jumlah perkataan dalam setiap baris antara 2 hingga 6 patah kata.  mudah-mudahan dilepaskanlah (2 perkataan)  kaki dan tangan lengan dan jari (6 perkataan) 4. Terdiri daripada 9 hingga 14 suku kata.  Ianya elok tiada tandingnya (9 suku kata)  Sesetengah perempuan terlalu janggalnya (11 suku kata) 5. Rima akhir syair ini ialah aaaa 6. Syair ini adalah puisi terikat. Gaya Bahasa 1. Asonansi - Pengulangan huruf vokal - Sesetengah perempuan perangainya cela pengulangan vokal e 2. Aliterasi - Melihat laki-laki ditampakkan muka pengulangan konsonan ki 3. Kata ganda - dibelek-belek, berjela-jela 4. Simile - Seperti taji berandam di keningnya , Seperti buaya besar mulutnya 5. Bahasa klasik - molek, cemara, intan serudi dan sempolah 6. Peribahasa - makan angkat Nilai 1. Nilai kesopanan Seseorang wanita yang berada di khalayak ramai perlu bersopan santun seperti jangan ketawa mengilai-ngilai. 2. Nilai kesederhanaan Seseorang wanita perlu bersederhana dalam penampilan diri.
  • 4. 3. Nilai ketaatan kepada agama. Setiap tindakan yang ingin dilakukan oleh seseorang harus berlandaskan agama. 4. Nilai kesyukuran. Bersyukurlah dengan kurniaan Tuhan dan menerima kekurangan diri. Pengajaran 1. Seseorang wanita haruslah menjaga adab dan perilaku agar dihormati oleh orang lain.. 2. Seseorang wanita perlu bersederhana dalam penampilan diri, namun tidaklah secara berlebih-lebihan agar tidak menimbulkan fitnah. 3. Kita tidak harus terlibat dengan sebarang aktiviti perjudian agar tidak berlakunya pembaziran. 4. Seseorang wanita haruslah menjaga batas pergaulan dengan golongan lelaki agar terpelihara daripada maksiat. Latihan 1. Nyatakan sifat-sifat negatif wanita berdasarkan Syair Siti Sianah 2. Berikan dua persoalan yang terdapat dalam Syair Siti Sianah. Jawapan 1. Antara sifat negatif wanita berdasarkan Syair Siti Sianah ialah mencukur bulu roma di muka dan kening. Selain itu, terdapat juga wanita yang ketawa mengilai-ngilai dan berhias dengan tujuan memikat lelaki. 2. Persoalan yang terdapat dalam Syair Siti Sianah ialah persoala sikap wanita yang suka berhias hingga melanggar hukum syarak dan persoalan ketaaatan kepada Allah.