SlideShare a Scribd company logo
Bahasa Melayu SPM.
Karangan UMUM.
Remaja hari ini kurang berminat dalam bidang ilmu. Mereka menganggap
ilmu tidak penting dalam kehidupan mereka. Remaja hanya mengejar
wang ringgit yang cukup untuk kehidupan mereka sahaja.
Nyatakan Kepentingan Ilmu Dalam Kehidupan Remaja pada Hari Ini.
Isu : Ilmu
Fokus : Kepentingan Ilmu Dalam Kehidupan Remaja
Ilmu sangat berguna dalam kehidupan kita. Pepatah ada menyatakan
ilmu adalah jambatan hidup. Ini bermaksud, ilmu boleh membawa
kesenangan kepada kehidupan kita. Dalam era dunia tanpa sempadan hari
ini, orang yang berilmu akan terus maju kehadapan dan orang yang tidak
berilmu akan terus ketinggalan. Ilmu tidak datang menggolek, kita harus
mencedok, mengejar dan mencari ilmu tersebut di mana-mana jua. Walau
bagaimanapun untuk mendapat ilmu yang bermanfaat, kita harus berguru
supaya ilmu yang kita perolehi tidak tersasar dari landasan hingga
menyebabkan kita memperoleh ilmu yang salah dan tidak betul.
Kepentingan ilmu dalam kehidupan remaja akan saya huraikan dalam
fokus perbincangan seterusnya.
Menyelusuri wacana perbincangan utama saya dalam isu ini,
antara kepentingan ilmu dalam kehidupan remaja ialah dapat membalas
jasa ibu bapa yang telah membesarkan kita. Hal ini kerana, membalas
jasa ibu bapa selepas berjaya adalah tanggungjawab sebagai seorang
anak dan sikap ini sangat dituntut dalam Islam. Anak-anak yang berilmu
dapat membalas jasa ibu bapa dengan cara menjaga mereka ketika tua ,
memberikan keperluan asas seperti makanan, tempat tinggal dan pakaian.
Perkara ini sangat dipandang mulia oleh masyarakat ini kerana tidak ramai
anak zaman kini yang masihbersifat begitu selepas berjaya. Kesannya, ibu
bapa akan berasa bahagia dalam kehidupan mereka. Jelaslah , bahawa
kepentingan ilmu dalam kehidupan ialah dapat membalas jasa ibu bapa
yang telah membesarkan kita.
Beralih kepada fokus perbincangan saya yang kedua, kepentingan
ilmu dalam kehidupan remaja ialah kita akan disanjung tinggi oleh
masyarakat. Ini kerana, orang yang berilmu akan dihormati dan di pandang
tinggi oleh masyarakat. Masyarakat sangat menghargai orang yang berilmu
kerana mereka mampu menabur bakti dan berkhidmat untuk negara.
Contohnya, doktor mampu memberi rawatan kepada pesakit, pendakwah
mampu memberi kesedaran kepada masyarakat dan guru boleh
menyampaikan ilmu kepada para pelajar . Kesannya, kehidupan masyarakat
akan lebih bermakna kerana orang berilmu dapat memberikan perkhidmatan
yang diperlukan. Jelaslah, bahawa kepentingan orang berilmu dalam
kehidupan ialah mereka akan di sanjung tinggi oleh masyarakat.
Menurut perspektif saya seterusnya dalam fokus isu ini , kepentingan
ilmu dalam kehidupan remaja dan masyarakat ialah mudah memperoleh
pekerjaan yang menjadi idaman setiap manusia sama ada dalam sektor
kerajaan mahupun swasta. Dunia hari membuktikan bahawa orang yang
berilmu dapat memegang pelbagai jawatan dalam negara. Mereka bukan
sahaja bekerja di bawah bumbung malah dalam cuaca yang sejuk. Secara
tidak langsung orang yang berilmu juga dapat menguasai pelbagai bidang
pekerjaan seperti dalam bidang penerbangan, perkapalan, angkasa lepa,
industri minyak dan sebagainya. Implikasinya, kita mampu duduk sama rendah
dab berdiri sama tinggi denganpihak lain. Terbuktilah , kepentinganilmudalam
kehidupanialah memudahkan masayarakat memperoleh peluang kerja.
Tidak mudah tertipu dan tidak mudah diperdaya oleh golongan tertentu
juga merupakan kepentingan ilmu dalam kehidupan remaja masa kini. Dalam
era teknologi hari ini, pelbagai kaedah atau cara digunakan oleh pihak tidak
bertanggungjawab untuk mengaut keuntungan peribadi. Mereka yang berilmu
tidak mudah terpengaruh dengan golongan berniat jahat ini. Ini kerana, orang
yang berilmu mempunyai akal yang bijak dan mampu menilai sesuatu perkara
dengan matang dan rasional. Contoh penipuan yang selalu terjadi ialah dalam
bidang pelaburan, perniagaan, pengiklanan dan sebagainya. Pepatah Melayu
ada mengingatkan kita, ingat sebelum kena, jimat sebelum habis. Impaknya,
akan lahirlah masyarakat yang bijaksana dan panjang akal. Terbuktilah,
kepentingan ilmu dalam kehidupan ialah membolehkan kita tidak mudah
tertipu.
Menoktahkan diskusi ilmiah saya mengenai kepentingan ilmu dalam
kehidupan remaja ialah dapat membina kehidupan yang lebih selesa dalam
era dunia tanpa sempadan. Hal ini diperkukuhkan dengan bukti bahawa
orang yang berilmu akan memperoleh pekerjaan yang lebih baik dan gaji yang
lumayan. Secara tidak langsung, kehidupan mereka menjadi lebih baik dan
membahagiakan. Contoh pekerjaan yang baik untuk mereka yang berilmu
ialah dalam bidang pendidikan, perubatan, penerbangan dan sebagainya.
Natijahnya, kehidupan orang yang berilmu akan lebih terjamin dan mewah.
Konklusinya, kepentingan ilmu dalam kehidupan ialah dapat membina
kehidupan yang selesa pada masa akan datang.
Berdasarkan huraian yang telah saya paparkan dalam perbincangan isu
kepentingan ilmu dalam kehidupan remaja, ternyatalahilmusangat bermanfaat
dalam kehidupan manusia. Ilmu menjadi penyuluh kepada kehidupan kita.
Tanpa ilmupastinya ada cabaran danonar yang akan menghalang keselesaan
hidup kita. Sewajarnya remaja menyedari hakikat ini dan berusaha untuk terus
muhasabah diri bagi mencari ilmu yang bermanfaat. Gunakan masa yang
terluang dengan mengulang kaji pelajaran dan menelaah pelbagai buku
pelajaran. Para ilmuan ada menyatakan, untuk berjaya di dunia, hendaklah kita
berilmu, untuk berjaya di akhirat hendaklah kita berilmu dan untuk berjaya di
dunia dan akhirat, hendaklah kita berilmu. Semoga kita akan menjadi remaja
yang berguna untuk agama, bangsa dan negara.
Nukilan pena : saharuddin abdullah

More Related Content

What's hot

Kata adjektif
Kata adjektifKata adjektif
Kata adjektifrohani1964
 
Peribahasa penting SPM
Peribahasa penting SPMPeribahasa penting SPM
Peribahasa penting SPMM D
 
Teknik menjawab soalan sains
Teknik menjawab soalan sainsTeknik menjawab soalan sains
Teknik menjawab soalan sainssazaser
 
Susunan ayat biasa dan susunan ayat songsang
Susunan ayat biasa dan susunan ayat songsangSusunan ayat biasa dan susunan ayat songsang
Susunan ayat biasa dan susunan ayat songsangHT Hong
 
Bab9 Kesan Penerokaan Sumber Terhadap Alam Sekitar
Bab9 Kesan  Penerokaan Sumber Terhadap  Alam  SekitarBab9 Kesan  Penerokaan Sumber Terhadap  Alam  Sekitar
Bab9 Kesan Penerokaan Sumber Terhadap Alam SekitarCIKGUZARINAMN MN
 
Senarai peribahasa dalam buku teks tingkatan 4
Senarai peribahasa dalam buku teks tingkatan 4Senarai peribahasa dalam buku teks tingkatan 4

Keymah Colonial
 
15 kata majmuk yang telah mantap dan dieja rapat
15 kata majmuk yang telah mantap dan dieja rapat15 kata majmuk yang telah mantap dan dieja rapat

Salasiah Hassan Bahari
 
Bahasa istana
Bahasa istanaBahasa istana
Bahasa istana
Siti Aishah
 
Ujian Bertutur Bahasa Melayu
Ujian Bertutur  Bahasa MelayuUjian Bertutur  Bahasa Melayu
Ujian Bertutur Bahasa Melayu
Nur Syafika
 
Kata terbitan
Kata terbitanKata terbitan
Kata terbitan
Aidar-heedaryah hala
 
Bab 5 pek sejuk dan pek panas f3.pptx
Bab 5 pek sejuk dan pek panas f3.pptxBab 5 pek sejuk dan pek panas f3.pptx
Bab 5 pek sejuk dan pek panas f3.pptx
LEEKAIWEN3
 
Pendidikan moral-folio-2010-or-2011
Pendidikan moral-folio-2010-or-2011Pendidikan moral-folio-2010-or-2011
Pendidikan moral-folio-2010-or-2011
jabatan perpaduan
 
Amalan menabung
Amalan menabungAmalan menabung
Amalan menabung
wong jowo
 
Akronim
AkronimAkronim
Akronim
SYAFIQ ABDULLAH
 
PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN BAHASA MELAYU KERTAS 2 , TINGKATAN 4, SMK SULTAN ISMA...
PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN BAHASA MELAYU KERTAS 2 , TINGKATAN 4, SMK SULTAN ISMA...PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN BAHASA MELAYU KERTAS 2 , TINGKATAN 4, SMK SULTAN ISMA...
PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN BAHASA MELAYU KERTAS 2 , TINGKATAN 4, SMK SULTAN ISMA...Normarjana Ibrahim
 
Nombor proton, nombor nukleon & isotop
Nombor proton, nombor nukleon & isotopNombor proton, nombor nukleon & isotop
Nombor proton, nombor nukleon & isotopleucosolonia
 
Pelajaran 4 Larangan Rasuah
Pelajaran 4 Larangan RasuahPelajaran 4 Larangan Rasuah
Pelajaran 4 Larangan Rasuah
NUR
 
What's hot (20)

Kata adjektif
Kata adjektifKata adjektif
Kata adjektif
 
Peribahasa penting SPM
Peribahasa penting SPMPeribahasa penting SPM
Peribahasa penting SPM
 
Teknik menjawab soalan sains
Teknik menjawab soalan sainsTeknik menjawab soalan sains
Teknik menjawab soalan sains
 
Susunan ayat biasa dan susunan ayat songsang
Susunan ayat biasa dan susunan ayat songsangSusunan ayat biasa dan susunan ayat songsang
Susunan ayat biasa dan susunan ayat songsang
 
Bab9 Kesan Penerokaan Sumber Terhadap Alam Sekitar
Bab9 Kesan  Penerokaan Sumber Terhadap  Alam  SekitarBab9 Kesan  Penerokaan Sumber Terhadap  Alam  Sekitar
Bab9 Kesan Penerokaan Sumber Terhadap Alam Sekitar
 
Senarai peribahasa dalam buku teks tingkatan 4
Senarai peribahasa dalam buku teks tingkatan 4Senarai peribahasa dalam buku teks tingkatan 4
Senarai peribahasa dalam buku teks tingkatan 4
 
15 kata majmuk yang telah mantap dan dieja rapat
15 kata majmuk yang telah mantap dan dieja rapat15 kata majmuk yang telah mantap dan dieja rapat
15 kata majmuk yang telah mantap dan dieja rapat
 
Bahasa istana
Bahasa istanaBahasa istana
Bahasa istana
 
Ujian Bertutur Bahasa Melayu
Ujian Bertutur  Bahasa MelayuUjian Bertutur  Bahasa Melayu
Ujian Bertutur Bahasa Melayu
 
Kata terbitan
Kata terbitanKata terbitan
Kata terbitan
 
Kata tunggal
Kata tunggalKata tunggal
Kata tunggal
 
Bab 5 pek sejuk dan pek panas f3.pptx
Bab 5 pek sejuk dan pek panas f3.pptxBab 5 pek sejuk dan pek panas f3.pptx
Bab 5 pek sejuk dan pek panas f3.pptx
 
Pendidikan moral-folio-2010-or-2011
Pendidikan moral-folio-2010-or-2011Pendidikan moral-folio-2010-or-2011
Pendidikan moral-folio-2010-or-2011
 
Amalan menabung
Amalan menabungAmalan menabung
Amalan menabung
 
Akronim
AkronimAkronim
Akronim
 
Pola Ayat
Pola AyatPola Ayat
Pola Ayat
 
Akronim
AkronimAkronim
Akronim
 
PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN BAHASA MELAYU KERTAS 2 , TINGKATAN 4, SMK SULTAN ISMA...
PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN BAHASA MELAYU KERTAS 2 , TINGKATAN 4, SMK SULTAN ISMA...PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN BAHASA MELAYU KERTAS 2 , TINGKATAN 4, SMK SULTAN ISMA...
PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN BAHASA MELAYU KERTAS 2 , TINGKATAN 4, SMK SULTAN ISMA...
 
Nombor proton, nombor nukleon & isotop
Nombor proton, nombor nukleon & isotopNombor proton, nombor nukleon & isotop
Nombor proton, nombor nukleon & isotop
 
Pelajaran 4 Larangan Rasuah
Pelajaran 4 Larangan RasuahPelajaran 4 Larangan Rasuah
Pelajaran 4 Larangan Rasuah
 
Similar to Kepentingan ilmu dalam kehidupan remaja

Filosofi pendidikan
Filosofi pendidikanFilosofi pendidikan
Filosofi pendidikan
Mut Mu3tiah
 
Ciri remaja memilik jati diri yang kukuh
Ciri remaja memilik jati diri yang kukuhCiri remaja memilik jati diri yang kukuh

Kementerian Pelajaran Malaysia
 
142356049 peranan-generasi-muda-dalam-pembangunan-negara
142356049 peranan-generasi-muda-dalam-pembangunan-negara142356049 peranan-generasi-muda-dalam-pembangunan-negara

luna217907
 
Globalisasi dan Pergeseran Nilai Budaya Lokal.pptx
Globalisasi dan Pergeseran Nilai Budaya Lokal.pptxGlobalisasi dan Pergeseran Nilai Budaya Lokal.pptx

rizali18
 
Pentingnya pendidikan era globalisasi
Pentingnya pendidikan era globalisasiPentingnya pendidikan era globalisasi
Pentingnya pendidikan era globalisasi
Fega Net
 
LATIHTUBI BAHASA MELAYU KERTAS DUA RUMUSAN DAN PETIKAN UMUM (KOMPILASI ...
 LATIHTUBI BAHASA MELAYU  	KERTAS DUA  RUMUSAN DAN PETIKAN UMUM   (KOMPILASI ... LATIHTUBI BAHASA MELAYU  	KERTAS DUA  RUMUSAN DAN PETIKAN UMUM   (KOMPILASI ...

YouTuber,G-Vecom
 
Mahasiswa sukses mulia pengemban risalah ilahi
Mahasiswa sukses mulia pengemban risalah ilahiMahasiswa sukses mulia pengemban risalah ilahi

Mush'ab Abdurrahman
 
Makalah pendidikan di indonesia
Makalah pendidikan di  indonesiaMakalah pendidikan di  indonesia
Makalah pendidikan di indonesia
Septian Muna Barakati
 
Tinjauan Ekonomi terhadap Peran Pendidik
Tinjauan Ekonomi terhadap Peran PendidikTinjauan Ekonomi terhadap Peran Pendidik
Tinjauan Ekonomi terhadap Peran PendidikAndhinaFitrianitaPutri
 
E book antologi opini, puisi, dan cerpen mahasiswa penerima bidikmisi um tahu...
E book antologi opini, puisi, dan cerpen mahasiswa penerima bidikmisi um tahu...E book antologi opini, puisi, dan cerpen mahasiswa penerima bidikmisi um tahu...

anjarmath
 
Pemuda dan sosialisasi
Pemuda dan sosialisasiPemuda dan sosialisasi
Pemuda dan sosialisasi
priskyra
 
Konsep Pendidikan Holistik
Konsep Pendidikan HolistikKonsep Pendidikan Holistik
Konsep Pendidikan Holistik
LSP3I
 
tips for BM SPM 2012
tips for BM SPM 2012tips for BM SPM 2012
tips for BM SPM 2012
Henry Gan
 
Karya Tulis Ilmiah (Rahma Mahmudah)
Karya Tulis Ilmiah (Rahma Mahmudah)Karya Tulis Ilmiah (Rahma Mahmudah)
Karya Tulis Ilmiah (Rahma Mahmudah)
Rahma Mahmudah
 
Tugas ISD Pertemuan ke-4
Tugas ISD Pertemuan ke-4Tugas ISD Pertemuan ke-4
Tugas ISD Pertemuan ke-4
Arif Kadarmanto P
 
Tugas Ilmu Sosial Dasar 4
Tugas Ilmu Sosial Dasar 4Tugas Ilmu Sosial Dasar 4
Tugas Ilmu Sosial Dasar 4
sopiannudin
 
Pendidikan sebagai pemangkin pembangunan kecermelangan insan dan negara
Pendidikan sebagai pemangkin pembangunan kecermelangan insan dan negaraPendidikan sebagai pemangkin pembangunan kecermelangan insan dan negara
Pendidikan sebagai pemangkin pembangunan kecermelangan insan dan negaraLinda Zain
 
Pendidikan Instan : Telisik Sisi Lain Praktek Pendidikan Kekinian
Pendidikan Instan :  Telisik Sisi Lain Praktek Pendidikan KekinianPendidikan Instan :  Telisik Sisi Lain Praktek Pendidikan Kekinian

Similar to Kepentingan ilmu dalam kehidupan remaja (20)

Filosofi pendidikan
Filosofi pendidikanFilosofi pendidikan
Filosofi pendidikan
 
Ciri remaja memilik jati diri yang kukuh
Ciri remaja memilik jati diri yang kukuhCiri remaja memilik jati diri yang kukuh
Ciri remaja memilik jati diri yang kukuh
 
142356049 peranan-generasi-muda-dalam-pembangunan-negara
142356049 peranan-generasi-muda-dalam-pembangunan-negara142356049 peranan-generasi-muda-dalam-pembangunan-negara
142356049 peranan-generasi-muda-dalam-pembangunan-negara
 
Globalisasi dan Pergeseran Nilai Budaya Lokal.pptx
Globalisasi dan Pergeseran Nilai Budaya Lokal.pptxGlobalisasi dan Pergeseran Nilai Budaya Lokal.pptx
Globalisasi dan Pergeseran Nilai Budaya Lokal.pptx
 
Pentingnya pendidikan era globalisasi
Pentingnya pendidikan era globalisasiPentingnya pendidikan era globalisasi
Pentingnya pendidikan era globalisasi
 
LATIHTUBI BAHASA MELAYU KERTAS DUA RUMUSAN DAN PETIKAN UMUM (KOMPILASI ...
 LATIHTUBI BAHASA MELAYU  	KERTAS DUA  RUMUSAN DAN PETIKAN UMUM   (KOMPILASI ... LATIHTUBI BAHASA MELAYU  	KERTAS DUA  RUMUSAN DAN PETIKAN UMUM   (KOMPILASI ...
LATIHTUBI BAHASA MELAYU KERTAS DUA RUMUSAN DAN PETIKAN UMUM (KOMPILASI ...
 
Mahasiswa sukses mulia pengemban risalah ilahi
Mahasiswa sukses mulia pengemban risalah ilahiMahasiswa sukses mulia pengemban risalah ilahi
Mahasiswa sukses mulia pengemban risalah ilahi
 
Makalah pendidikan di indonesia
Makalah pendidikan di  indonesiaMakalah pendidikan di  indonesia
Makalah pendidikan di indonesia
 
Tinjauan Ekonomi terhadap Peran Pendidik
Tinjauan Ekonomi terhadap Peran PendidikTinjauan Ekonomi terhadap Peran Pendidik
Tinjauan Ekonomi terhadap Peran Pendidik
 
E book antologi opini, puisi, dan cerpen mahasiswa penerima bidikmisi um tahu...
E book antologi opini, puisi, dan cerpen mahasiswa penerima bidikmisi um tahu...E book antologi opini, puisi, dan cerpen mahasiswa penerima bidikmisi um tahu...
E book antologi opini, puisi, dan cerpen mahasiswa penerima bidikmisi um tahu...
 
Perspektif global
Perspektif  globalPerspektif  global
Perspektif global
 
Perspektif global
Perspektif  globalPerspektif  global
Perspektif global
 
Pemuda dan sosialisasi
Pemuda dan sosialisasiPemuda dan sosialisasi
Pemuda dan sosialisasi
 
Konsep Pendidikan Holistik
Konsep Pendidikan HolistikKonsep Pendidikan Holistik
Konsep Pendidikan Holistik
 
tips for BM SPM 2012
tips for BM SPM 2012tips for BM SPM 2012
tips for BM SPM 2012
 
Karya Tulis Ilmiah (Rahma Mahmudah)
Karya Tulis Ilmiah (Rahma Mahmudah)Karya Tulis Ilmiah (Rahma Mahmudah)
Karya Tulis Ilmiah (Rahma Mahmudah)
 
Tugas ISD Pertemuan ke-4
Tugas ISD Pertemuan ke-4Tugas ISD Pertemuan ke-4
Tugas ISD Pertemuan ke-4
 
Tugas Ilmu Sosial Dasar 4
Tugas Ilmu Sosial Dasar 4Tugas Ilmu Sosial Dasar 4
Tugas Ilmu Sosial Dasar 4
 
Pendidikan sebagai pemangkin pembangunan kecermelangan insan dan negara
Pendidikan sebagai pemangkin pembangunan kecermelangan insan dan negaraPendidikan sebagai pemangkin pembangunan kecermelangan insan dan negara
Pendidikan sebagai pemangkin pembangunan kecermelangan insan dan negara
 
Pendidikan Instan : Telisik Sisi Lain Praktek Pendidikan Kekinian
Pendidikan Instan :  Telisik Sisi Lain Praktek Pendidikan KekinianPendidikan Instan :  Telisik Sisi Lain Praktek Pendidikan Kekinian
Pendidikan Instan : Telisik Sisi Lain Praktek Pendidikan Kekinian
 
More from Kementerian Pelajaran Malaysia

Teknik Menukarkan Bahasa Melayu Standard.pdf
Teknik Menukarkan Bahasa Melayu Standard.pdfTeknik Menukarkan Bahasa Melayu Standard.pdf
Teknik Menukarkan Bahasa Melayu Standard.pdf
Kementerian Pelajaran Malaysia
 
TIPS Menjelang Peperiksaan.pptx
TIPS Menjelang Peperiksaan.pptxTIPS Menjelang Peperiksaan.pptx
TIPS Menjelang Peperiksaan.pptx
Kementerian Pelajaran Malaysia
 
Sinopsis leftenan adnan
Sinopsis leftenan adnanSinopsis leftenan adnan
Sinopsis leftenan adnan
Kementerian Pelajaran Malaysia
 
Sinopsis novel tirani
Sinopsis novel tiraniSinopsis novel tirani
Sinopsis novel tirani
Kementerian Pelajaran Malaysia
 
Rangka karangan spm 2021
Rangka karangan spm 2021Rangka karangan spm 2021
Rangka karangan spm 2021
Kementerian Pelajaran Malaysia
 
Karangan memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan
Karangan   memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaanKarangan   memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan

Rangka karangan cara mengatasi masalah remaja
Rangka karangan cara mengatasi masalah remajaRangka karangan cara mengatasi masalah remaja

Karangan permainan tradisional 2020
Karangan permainan tradisional 2020Karangan permainan tradisional 2020
Karangan permainan tradisional 2020
Kementerian Pelajaran Malaysia
 
Karangan peranan sekolah memupuk budaya penyayang
Karangan peranan sekolah memupuk budaya penyayangKarangan peranan sekolah memupuk budaya penyayang

Karangan peranan ibu bapa mengatasi masalah disiplin
Karangan peranan ibu bapa mengatasi masalah disiplinKarangan peranan ibu bapa mengatasi masalah disiplin

Karangan pengangkutan awam
Karangan pengangkutan awamKarangan pengangkutan awam
Karangan pengangkutan awam
Kementerian Pelajaran Malaysia
 
Karangan hikmah di sebalik covid
Karangan hikmah di sebalik covidKarangan hikmah di sebalik covid
Karangan hikmah di sebalik covid
Kementerian Pelajaran Malaysia
 
Gurindam 12 fasal ketiga
Gurindam 12 fasal ketigaGurindam 12 fasal ketiga
Gurindam 12 fasal ketiga
Kementerian Pelajaran Malaysia
 
Pengajaran rumusan (usaha usaha perpaduan)
Pengajaran rumusan (usaha usaha perpaduan)Pengajaran rumusan (usaha usaha perpaduan)

Teknik menjawab kertas 2
Teknik menjawab  kertas 2Teknik menjawab  kertas 2
Teknik menjawab kertas 2
Kementerian Pelajaran Malaysia
 
B7 novel
B7 novelB7 novel
B6 tatabahasa (peribahasa)
B6 tatabahasa (peribahasa)B6 tatabahasa (peribahasa)
B6 tatabahasa (peribahasa)
Kementerian Pelajaran Malaysia
 
B5 latihan kesalahan kata, istilah dan tatabahasa
B5 latihan kesalahan kata, istilah dan tatabahasaB5 latihan kesalahan kata, istilah dan tatabahasa

B4 kesalahan ejaan dan imbuhan
B4 kesalahan ejaan dan imbuhanB4 kesalahan ejaan dan imbuhan
B4 kesalahan ejaan dan imbuhan
Kementerian Pelajaran Malaysia
 
B3 sintaksis (menukarkan ayat)
B3 sintaksis (menukarkan ayat)B3 sintaksis (menukarkan ayat)
B3 sintaksis (menukarkan ayat)
Kementerian Pelajaran Malaysia
 
More from Kementerian Pelajaran Malaysia (20)

Teknik Menukarkan Bahasa Melayu Standard.pdf
Teknik Menukarkan Bahasa Melayu Standard.pdfTeknik Menukarkan Bahasa Melayu Standard.pdf
Teknik Menukarkan Bahasa Melayu Standard.pdf
 
TIPS Menjelang Peperiksaan.pptx
TIPS Menjelang Peperiksaan.pptxTIPS Menjelang Peperiksaan.pptx
TIPS Menjelang Peperiksaan.pptx
 
Sinopsis leftenan adnan
Sinopsis leftenan adnanSinopsis leftenan adnan
Sinopsis leftenan adnan
 
Sinopsis novel tirani
Sinopsis novel tiraniSinopsis novel tirani
Sinopsis novel tirani
 
Rangka karangan spm 2021
Rangka karangan spm 2021Rangka karangan spm 2021
Rangka karangan spm 2021
 
Karangan memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan
Karangan   memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaanKarangan   memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan
Karangan memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan
 
Rangka karangan cara mengatasi masalah remaja
Rangka karangan cara mengatasi masalah remajaRangka karangan cara mengatasi masalah remaja
Rangka karangan cara mengatasi masalah remaja
 
Karangan permainan tradisional 2020
Karangan permainan tradisional 2020Karangan permainan tradisional 2020
Karangan permainan tradisional 2020
 
Karangan peranan sekolah memupuk budaya penyayang
Karangan peranan sekolah memupuk budaya penyayangKarangan peranan sekolah memupuk budaya penyayang
Karangan peranan sekolah memupuk budaya penyayang
 
Karangan peranan ibu bapa mengatasi masalah disiplin
Karangan peranan ibu bapa mengatasi masalah disiplinKarangan peranan ibu bapa mengatasi masalah disiplin
Karangan peranan ibu bapa mengatasi masalah disiplin
 
Karangan pengangkutan awam
Karangan pengangkutan awamKarangan pengangkutan awam
Karangan pengangkutan awam
 
Karangan hikmah di sebalik covid
Karangan hikmah di sebalik covidKarangan hikmah di sebalik covid
Karangan hikmah di sebalik covid
 
Gurindam 12 fasal ketiga
Gurindam 12 fasal ketigaGurindam 12 fasal ketiga
Gurindam 12 fasal ketiga
 
Pengajaran rumusan (usaha usaha perpaduan)
Pengajaran rumusan (usaha usaha perpaduan)Pengajaran rumusan (usaha usaha perpaduan)
Pengajaran rumusan (usaha usaha perpaduan)
 
Teknik menjawab kertas 2
Teknik menjawab  kertas 2Teknik menjawab  kertas 2
Teknik menjawab kertas 2
 
B7 novel
B7 novelB7 novel
B7 novel
 
B6 tatabahasa (peribahasa)
B6 tatabahasa (peribahasa)B6 tatabahasa (peribahasa)
B6 tatabahasa (peribahasa)
 
B5 latihan kesalahan kata, istilah dan tatabahasa
B5 latihan kesalahan kata, istilah dan tatabahasaB5 latihan kesalahan kata, istilah dan tatabahasa
B5 latihan kesalahan kata, istilah dan tatabahasa
 
B4 kesalahan ejaan dan imbuhan
B4 kesalahan ejaan dan imbuhanB4 kesalahan ejaan dan imbuhan
B4 kesalahan ejaan dan imbuhan
 
B3 sintaksis (menukarkan ayat)
B3 sintaksis (menukarkan ayat)B3 sintaksis (menukarkan ayat)
B3 sintaksis (menukarkan ayat)
 
Recently uploaded

Permainan Wiwi Wowo aksi nyata berkebhinekaan
Permainan Wiwi Wowo aksi nyata berkebhinekaanPermainan Wiwi Wowo aksi nyata berkebhinekaan

DEVI390643
 
Pi-2 AGUS MULYADI. S.Pd (3).pptx visi giru penggerak dan prakrsa perubahan bagja
Pi-2 AGUS MULYADI. S.Pd (3).pptx visi giru penggerak dan prakrsa perubahan bagjaPi-2 AGUS MULYADI. S.Pd (3).pptx visi giru penggerak dan prakrsa perubahan bagja

agusmulyadi08
 
PPT Observasi Praktik Kinerja PMM SD pdf
PPT Observasi Praktik Kinerja PMM SD pdfPPT Observasi Praktik Kinerja PMM SD pdf

safitriana935
 
tugas modul 1.4 Koneksi Antar Materi (1).pptx
tugas  modul 1.4 Koneksi Antar Materi (1).pptxtugas  modul 1.4 Koneksi Antar Materi (1).pptx

d2spdpnd9185
 
INDIKATOR KINERJA DAN FOKUS PERILAKU KS.pdf
INDIKATOR KINERJA DAN FOKUS PERILAKU KS.pdfINDIKATOR KINERJA DAN FOKUS PERILAKU KS.pdf

NurSriWidyastuti1
 
Sebuah buku foto yang berjudul Lensa Kampung Ondel-Ondel
Sebuah buku foto yang berjudul Lensa Kampung Ondel-OndelSebuah buku foto yang berjudul Lensa Kampung Ondel-Ondel

ferrydmn1999
 
Form B1 Rubrik Observasi Presentasi Visi Misi -1.docx
Form B1 Rubrik Observasi Presentasi Visi Misi -1.docxForm B1 Rubrik Observasi Presentasi Visi Misi -1.docx

EkoPutuKromo
 
RANCANGAN TINDAKAN AKSI NYATA MODUL 1.4.pptx
RANCANGAN TINDAKAN AKSI NYATA MODUL 1.4.pptxRANCANGAN TINDAKAN AKSI NYATA MODUL 1.4.pptx

SurosoSuroso19
 
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 5 Fase C Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 5 Fase C Kurikulum MerdekaModul Ajar Bahasa Inggris Kelas 5 Fase C Kurikulum Merdeka

Fathan Emran
 
PENGUMUMAN PPDB SMPN 4 PONOROGO TAHUN 2024.pdf
PENGUMUMAN PPDB SMPN 4 PONOROGO TAHUN 2024.pdfPENGUMUMAN PPDB SMPN 4 PONOROGO TAHUN 2024.pdf

smp4prg
 
Koneksi Antar Materi modul 1.4 Budaya Positif
Koneksi Antar Materi modul 1.4 Budaya PositifKoneksi Antar Materi modul 1.4 Budaya Positif

Rima98947
 
VISI MISI KOMUNITAS BELAJAR SDN 93 KOTA JAMBI
VISI MISI KOMUNITAS BELAJAR SDN 93 KOTA JAMBIVISI MISI KOMUNITAS BELAJAR SDN 93 KOTA JAMBI

gloriosaesy
 
LAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERI
LAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERILAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERI

PURWANTOSDNWATES2
 
ppt landasan pendidikan pai 9 revisi.pdf
ppt landasan pendidikan pai 9 revisi.pdfppt landasan pendidikan pai 9 revisi.pdf

setiatinambunan
 
Paparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdf
Paparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdfPaparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdf

SEMUELSAMBOKARAENG
 
Bab 3 Sejarah Kerajaan Hindu-Buddha.pptx
Bab 3 Sejarah Kerajaan Hindu-Buddha.pptxBab 3 Sejarah Kerajaan Hindu-Buddha.pptx

nawasenamerta
 
RHK Jabatan Kep Sekolah dan Bukti Dukung.pdf
RHK Jabatan Kep Sekolah dan Bukti Dukung.pdfRHK Jabatan Kep Sekolah dan Bukti Dukung.pdf

asyi1
 
UNTUK DOSEN Materi Sosialisasi Pengelolaan Kinerja Akademik Dosen
UNTUK DOSEN Materi Sosialisasi Pengelolaan Kinerja Akademik DosenUNTUK DOSEN Materi Sosialisasi Pengelolaan Kinerja Akademik Dosen

AdrianAgoes9
 
SOSIALISASI PPDB TAHUN AJARAN 2024-2025.pptx
SOSIALISASI PPDB TAHUN AJARAN 2024-2025.pptxSOSIALISASI PPDB TAHUN AJARAN 2024-2025.pptx

astridamalia20
 
Laporan Kegiatan Pramuka Tugas Tambahan PMM.pdf
Laporan Kegiatan Pramuka Tugas Tambahan PMM.pdfLaporan Kegiatan Pramuka Tugas Tambahan PMM.pdf

UmyHasna1
 
Recently uploaded (20)

Kepentingan ilmu dalam kehidupan remaja

  • 1. Bahasa Melayu SPM. Karangan UMUM. Remaja hari ini kurang berminat dalam bidang ilmu. Mereka menganggap ilmu tidak penting dalam kehidupan mereka. Remaja hanya mengejar wang ringgit yang cukup untuk kehidupan mereka sahaja. Nyatakan Kepentingan Ilmu Dalam Kehidupan Remaja pada Hari Ini. Isu : Ilmu Fokus : Kepentingan Ilmu Dalam Kehidupan Remaja Ilmu sangat berguna dalam kehidupan kita. Pepatah ada menyatakan ilmu adalah jambatan hidup. Ini bermaksud, ilmu boleh membawa kesenangan kepada kehidupan kita. Dalam era dunia tanpa sempadan hari ini, orang yang berilmu akan terus maju kehadapan dan orang yang tidak berilmu akan terus ketinggalan. Ilmu tidak datang menggolek, kita harus mencedok, mengejar dan mencari ilmu tersebut di mana-mana jua. Walau bagaimanapun untuk mendapat ilmu yang bermanfaat, kita harus berguru supaya ilmu yang kita perolehi tidak tersasar dari landasan hingga menyebabkan kita memperoleh ilmu yang salah dan tidak betul. Kepentingan ilmu dalam kehidupan remaja akan saya huraikan dalam fokus perbincangan seterusnya. Menyelusuri wacana perbincangan utama saya dalam isu ini, antara kepentingan ilmu dalam kehidupan remaja ialah dapat membalas jasa ibu bapa yang telah membesarkan kita. Hal ini kerana, membalas jasa ibu bapa selepas berjaya adalah tanggungjawab sebagai seorang anak dan sikap ini sangat dituntut dalam Islam. Anak-anak yang berilmu dapat membalas jasa ibu bapa dengan cara menjaga mereka ketika tua , memberikan keperluan asas seperti makanan, tempat tinggal dan pakaian. Perkara ini sangat dipandang mulia oleh masyarakat ini kerana tidak ramai anak zaman kini yang masihbersifat begitu selepas berjaya. Kesannya, ibu bapa akan berasa bahagia dalam kehidupan mereka. Jelaslah , bahawa kepentingan ilmu dalam kehidupan ialah dapat membalas jasa ibu bapa yang telah membesarkan kita. Beralih kepada fokus perbincangan saya yang kedua, kepentingan ilmu dalam kehidupan remaja ialah kita akan disanjung tinggi oleh
  • 2. masyarakat. Ini kerana, orang yang berilmu akan dihormati dan di pandang tinggi oleh masyarakat. Masyarakat sangat menghargai orang yang berilmu kerana mereka mampu menabur bakti dan berkhidmat untuk negara. Contohnya, doktor mampu memberi rawatan kepada pesakit, pendakwah mampu memberi kesedaran kepada masyarakat dan guru boleh menyampaikan ilmu kepada para pelajar . Kesannya, kehidupan masyarakat akan lebih bermakna kerana orang berilmu dapat memberikan perkhidmatan yang diperlukan. Jelaslah, bahawa kepentingan orang berilmu dalam kehidupan ialah mereka akan di sanjung tinggi oleh masyarakat. Menurut perspektif saya seterusnya dalam fokus isu ini , kepentingan ilmu dalam kehidupan remaja dan masyarakat ialah mudah memperoleh pekerjaan yang menjadi idaman setiap manusia sama ada dalam sektor kerajaan mahupun swasta. Dunia hari membuktikan bahawa orang yang berilmu dapat memegang pelbagai jawatan dalam negara. Mereka bukan sahaja bekerja di bawah bumbung malah dalam cuaca yang sejuk. Secara tidak langsung orang yang berilmu juga dapat menguasai pelbagai bidang pekerjaan seperti dalam bidang penerbangan, perkapalan, angkasa lepa, industri minyak dan sebagainya. Implikasinya, kita mampu duduk sama rendah dab berdiri sama tinggi denganpihak lain. Terbuktilah , kepentinganilmudalam kehidupanialah memudahkan masayarakat memperoleh peluang kerja. Tidak mudah tertipu dan tidak mudah diperdaya oleh golongan tertentu juga merupakan kepentingan ilmu dalam kehidupan remaja masa kini. Dalam era teknologi hari ini, pelbagai kaedah atau cara digunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk mengaut keuntungan peribadi. Mereka yang berilmu tidak mudah terpengaruh dengan golongan berniat jahat ini. Ini kerana, orang yang berilmu mempunyai akal yang bijak dan mampu menilai sesuatu perkara dengan matang dan rasional. Contoh penipuan yang selalu terjadi ialah dalam bidang pelaburan, perniagaan, pengiklanan dan sebagainya. Pepatah Melayu ada mengingatkan kita, ingat sebelum kena, jimat sebelum habis. Impaknya, akan lahirlah masyarakat yang bijaksana dan panjang akal. Terbuktilah, kepentingan ilmu dalam kehidupan ialah membolehkan kita tidak mudah tertipu. Menoktahkan diskusi ilmiah saya mengenai kepentingan ilmu dalam kehidupan remaja ialah dapat membina kehidupan yang lebih selesa dalam era dunia tanpa sempadan. Hal ini diperkukuhkan dengan bukti bahawa orang yang berilmu akan memperoleh pekerjaan yang lebih baik dan gaji yang lumayan. Secara tidak langsung, kehidupan mereka menjadi lebih baik dan membahagiakan. Contoh pekerjaan yang baik untuk mereka yang berilmu ialah dalam bidang pendidikan, perubatan, penerbangan dan sebagainya. Natijahnya, kehidupan orang yang berilmu akan lebih terjamin dan mewah.
  • 3. Konklusinya, kepentingan ilmu dalam kehidupan ialah dapat membina kehidupan yang selesa pada masa akan datang. Berdasarkan huraian yang telah saya paparkan dalam perbincangan isu kepentingan ilmu dalam kehidupan remaja, ternyatalahilmusangat bermanfaat dalam kehidupan manusia. Ilmu menjadi penyuluh kepada kehidupan kita. Tanpa ilmupastinya ada cabaran danonar yang akan menghalang keselesaan hidup kita. Sewajarnya remaja menyedari hakikat ini dan berusaha untuk terus muhasabah diri bagi mencari ilmu yang bermanfaat. Gunakan masa yang terluang dengan mengulang kaji pelajaran dan menelaah pelbagai buku pelajaran. Para ilmuan ada menyatakan, untuk berjaya di dunia, hendaklah kita berilmu, untuk berjaya di akhirat hendaklah kita berilmu dan untuk berjaya di dunia dan akhirat, hendaklah kita berilmu. Semoga kita akan menjadi remaja yang berguna untuk agama, bangsa dan negara. Nukilan pena : saharuddin abdullah