Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Tasawuf perbandingan (al sitr dan al-tajalli)
1. IUE 4163 TASAWUF PERBANDINGAN
“Al-Sitr wa al-Tajalli”
WAN MUHAMMAD BAIHAQI BIN
WAN HAMAT (034998)
ISM Usuluddin dengan Kaunseling
(Semester 7A)
Disediakan untuk :
PROF. MADYA DR. SYED
HADZRULLATHFI BIN SYED OMAR
2. Definisi
• Al-Sitr : Terhijab, tertutup.
• Tertutup hijab dengan maksud sifat kehambaan itu menutup
pandangan hamba untuk melihat yang ghaib. Hal ini berlaku kepada
mata bashor ataupun mata hati (bashirah).
• Al-Tajalli : Tersingkap, terbuka.
• Terbuka hijab pada mata hati seseorang. Seeseorang lenyap dalam
wilayah kekuasaan Allah S.W.T. Ia fana’ bersamaNya dalam
kenikmatan, kebahagiaan dan keredhaanNya. Pada tahap ini, para
sufi menyebutnya sebagai makrifah.
3. Pembahagian al-Tajalli
• Sayyid Abdul Karim Quthbuddin bin Ibrahim al-Jili (1424M) dalam kitabnya “ Al Insanul
Kamil” mengatakan ada empat tingkatan al-Tajalli :
- Tajalli Af’al : Lenyapnya af’al seorang hamba dan yang ada
hanya af’al Allah S.W.T. Af’al yang hakiki adalah
Af’al Allah S.W.T.
- Tajalli Asma’ : Fana’nya seseorang hamba pada waktu ibadat
atau munajat kepada salah satu atau beberpa
dari asma Allah S.W.T.
- Tajalli Sifat : Seseorang fana’ dengan sifat-sifat Allah yang maha
sempurna.
- Tajalli Zat : Fana’nya seseorang hamba ke dalam zat yang wajibul
wujud, sehingga terpancarlah Nur bahawa hanya
Allah S.W.T sajalah yang merupakan wujud yang
mutlak.
4. Al-Takhalli dan al-Tahalli
• Takhalli ertinya Mengosongkan.
• Setiap yang ingin sampai pada keredhaan Allah itu pertamanya yang
perlu dilakukan adalah mengosongkan hatinya dari akhlak-akhlak
yang tercela.
• Tahalli ertinya Menghiasi.
• Sesiapa sahaja yang ingin sampai pada keredhaan Allah, setelah
hatinya dikosongkan dari akhlak-akhlak buruk, maka hatinya harus
dihiasi dengan akhlak yang baik dan terpuji.
6. • Golongan awam (kebanyakan) berada dalam keadaan al-Sitr dan
golongan al-Khawwash (para Solihin, awliya’ dan anbiya’) berada
dalam keadaan al-Tajalli.
• Golongan al-Sitr bersifat dengan Syuhud dan golongan al-Tajalli
berada dalam keadaan Khusyuk.
• Al-Sitr bagi orang awam adalah seksaan dan al-Sitr bagi golongan al-
Khawwash adalah rahmat.
8. Antara kisah gologan al-Tajalli
• Kisah Nabi Ibrahim A.S.
• Kisah Nabi Musa A.S di Gunung Thur Sina.
• Kisah Nabi Muhammad S.A.W dalam peristiwa Isra’ dalam Mikraj.