Dokumen ini membahas konsep al-sitr dan al-tajalli dalam tasawuf. Al-sitr berarti tertutup atau terlindung, sedangkan al-tajalli berarti terbuka atau tersingkap. Bagi orang awam, al-sitr adalah hukuman tetapi bagi orang khusus al-sitr adalah rahmat karena melindungi pandangan batin mereka terhadap Allah. Al-tajalli terjadi ketika Allah menampakkan keagungan dan kecantikan-Nya kep
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
Al sitr wa al-tajalli
1. IUS 4163
TASAWUF PERBANDINGAN
~ AL-SITR WA AL-TAJALLI ~
DISEDIAKAN UNTUK:
PROF. MADYA. DR. SYED HADZRULLATFI BIN SYED OMAR
DISEDIAKAN OLEH:
NURUL AKMAR IZWANY BINTI ZULKIFLY
(035117)
ISM USULUDDIN DENGAN KAUNSELING
SEMESTER 7
2. DEFINISI AL-SITR DAN AL-TAJALLI
Al-sitr
Terhijab, tertutup
Ia bermaksud sifat kehambaan itu menutup pandangan hamba untuk
melihat yang ghaib. Iaitu mata hati (bashirah).
Al-tajalli
Tersingkap, terbuka.
Ianya ialah terbuka hijab pada mata hati seseorang. Seseorang lenyap
dalam wilayah kekuasaan Allah S.W.T. Ia fana’ bersamaNya dalam
kenikmatan, kebahagiaan dan keredhaanNya. Pada tahap ini, para sufi
menyebutnya sebagai makrifah.
4. له خشع لشئ تجلى إذا هللا إن
Maksudnya: sesungguhnya Allah apabila (Dia) telah Nampak kepada sesuatu,
tunduklah (sesuatu itu) kepada-Nya.
5. Abu Yahya Zakaria Anshari
Yang dimaksudkan dengan sitr apabila dihubungkan dengan
manusia ialah tertutup ma’rifah seseorang terhadap Tuhannya
kerana sifat-sifat kemanusiaan yang menandinginya, antara
hatinya dengan alam ghaib.
Tapi apabila kata sitru itu dihubungkan kepada Allah, maka
ertinya terlindung Allah dari musyahadah hati, manusia dan tajalli
ialah Allah telah menampakkan kebesaran, kesempurnaan dan
kecantikannya kepada hambaNya.
Dan apabila sifat-sifat kemanusiaan telah tersingkap dan hati
manusia bertambah bersih, maka nampaklah oleh hatinya sifat
kesempurnaan, keagungan dan kecantikan Allah.
Al-sitr
6. Tajalli pula ialah apabila Allah menampakkan kebesaranNya,
kesempurnaanNya dan kecantikanNya kepada hamba-
hambaNya.
Orang awam berada dalam ketertutupan sitru (tertutup) dan
orang yang khusus pula berada dalam keabadian tajalli
(tampak).
Pemilik sitr, iaitu golongan salik yang berada pada maqam sitru,
mereka sentiasa berada dengan sifat kesaksiannya terhadap
Allah dan pemilik tajalli pula selamanya berada dengan sifat
ketundukannya kepada Allah
Kehidupan orang awam berada dalam keadaan tajalli, dan
kesengsaraan mereka dalam keadaan sitru.
Manakala orang yang khusus pula berada di antara kehilangan
akal dan hidup kerana mereka menjadi ‘terpegun’ ketika Tuhan
bertajalli akan sifat kesaksian-Nya (sifat-sifat dan nama-nama-
Nya) dan pemilik tajalli selamanya berada dengan sifat
ketundukan kepada Allah.
Tajalli
7. AL-QUSYAIRI Sitru bagi orang awam adalah hukuman.
Bagi orang khawas adalah rahmat. Kerana kalaulah tidak terlindung Allah
dalam pandangan hati mereka, nescaya tidaklah tersingkap pandangan
batin mereka kepadaNya. Kerana itulah Rasulullah s.a.w selalu memohon
keampunan kepada Allah sebanyak 70 kali sehari semalam, yang ertinya
baginda memohon sitru dan dengan demikian sebagai langkah bagi
baginda untuk bertambah dekat diri kepada Allah.
Rasulullah s.a.w bersabda, “Hatiku begitu terliputi, kerana itulah aku
memohon ampun kepada Allah tujuh puluh kali dalam sehari.”
Mohon keampunan (istighfar) merupakan upaya untuk mendapatkan
hijab (al-sitr). Dan ampunan (maghfirah) dari Allah adalah al-sitr. Seakan-
akan ia mengabarkan bahawa ia inginkan hijab untuk hatinya ketika
didatangi oleh keperkasaan hakikat. Sebab bagi makhluk, tidak
sedikitpun ada keabadian disisi wujud al-Haq. Dalam hadis disebut kan,
“Apabila wajah-Nya disingkapkan, pastilah kesucian wajah-Nya (cahaya-
Nya) akan membakar apa pun yang dilihat oleh pandangannya.
8. Syeikh al-Buthi
“Telah sabit bahawa Allah SWT bersifat sittir, yakni: Maha Sangat Menutup. Dia
suka menutup dosa dan aib sesiapa yang dikehendaki-Nya.”
“Antara perkara yang disepakati oleh para ulama, telah pun sabit bahawa
apabila muslim terdedah kepada maksiat dan kakinya tergelincir lalu dia
melakukan maksiat, maka perkara yang dituntut pada syarak – jika Allah
menutup kesilapan tersebut.” “Justeru, janganlah dia menceritakan kepada
sesiapa pun tentang apa yang telah terjadi, sekalipun ia satu dosa besar yang
mewajibkan hudud.”