SlideShare a Scribd company logo
1 of 7
MZU3117 MUZIK MALAYSIA
TAJUK 2 Muzik Bentuk Seni Lakon – Mak Yong
Sinopsis
Dalam tajuk ini anda akan mempelajari tentang Muzik Mak Yong.
Hasil Pembelajaran
1. Menghuraikan ciri-ciri muzik yang diperdengarkan dari segi melodi, harmoni,
irama, tekstur, bentuk, dinamik dan warna ton. (1.2)
2. Menganalisis repertoire muzik dari segi sejarah dan asal-usul. (1.6)
3. Mengenal pasti, mengklasifikasi dan membanding beza alat muzik yang
digunakan dari segi fungsi dan jenis. (1.5)
4. Menghayati pelbagai jenis muzik tradisi tempatan. (3.2)
KERANGKA TAJUK-TAJUK
1
Mak Yong
Mak Yong
Melodi dan
Bentuk
Melodi dan
Bentuk
Repertoir Muzik
Repertoir Muzik
Alat-alat Muzik
Alat-alat Muzik
MZU3117 MUZIK MALAYSIA
2.1 Pengenalan
Persembahan Mak Yong secara keseluruhannya merupakan sebuah seni
lakon yang dimainkan oleh pelakon manusia dan bukan patung. Ia menggunakan
dialog, tarian serta muzik vokal dan instrumental untuk mengisahkan ceritanya.
Mak Yong telah ditentukan sebagai bentuk seni lakon yang sangat kuno,
berunsur lagenda, mitos dan mempunyai perhubungan yang erat dengan
upacara perubatan tradisional main puteri. Sumber-sumber bertulis telah
membuktikan adanya perkembangan Mak Yong di perkampungan Patani dan
Kelantan dari abad ke-19 hingga ke abad ke-20 ini. Pada awal abad ke-20, teater
Mak Yong juga tersebar luas di Semenanjung Malaysia, Medan dan di kepulauan
Riau-Lingga di Indonesia.
Pada awal ke-20, bentuk seni lakon ini berada di bawah naungan raja
Kelantan yang telah mendirikan kawasan teater dikenali sebagai ’Kampung
Temenggung’ di Kota Bharu. Muzik ini juga diberi sokongan dan naungan oleh
Tengku Temenggung Ghaffar dari istana Kelantan pada masa itu. Tetapi
naungan itu tidak berkekalan dalam waktu yang panjang. Selepas tahun 1920an,
naungan dan sokongan ini dihentikan. Walaupun teater Mak Yong berasal dari
kawasan desa sebagai tradisi teater rakyat (folk theatre), tetapi pada zaman
naungan itu muzik, tarian, pakaian dan aspek-aspek lain diperhalusi lagi kerana
latihan dan persembahan diadakan secara berturutan dan tersusun.
Kini Mak Yong wujud sebagai teater rakyat yang dipersembahkan untuk
hiburan orang ramai. Kadang-kala persembahan Mak Yong juga diadakan dalam
konteks ritual sebagai sembah guru. Mak Yong juga dipersembahkan bersama
dengan main puteri bertujuan untuk mengubati pesakit. Di kampung-kampung,
persembahan Mak Yong untuk tujuan ritual diadakan dalam panggung yang
searas dengan tanah. Tetapi untuk tujuan hiburan, khususnya di kawasan
bandar, lantai panggung Mak Yong didirikan beberapa kaki dari tanah. Lantai
pentas itu beratap dan ruang berlakon (gelanggang) ditempatkan di bahagian
2
MZU3117 MUZIK MALAYSIA
tengah panggung itu. Para pemuzik serta pelakon yang mengambil peranan
sebagai korus duduk di tepi lantai. Kumpulan korus ini dikenali sebagai ’jong
dondang’ dalam rombongan Mak Yong. Oleh sebab panggung Mak Yong tidak
berdinding, maka penonton boleh menyaksikan persembahan dari semua arah
(sebagai theatre-in-the round).
2.2 Alat-alat Muzik
Muzik Mak Yong dipersembahkan oleh orkestra yang terdiri daripada
sepasang gendang, sepasang tetawak dan sebuah rebab tiga tali. Selain itu,
terdapat juga alat-alat yang dipinjam daripada orkestra wayang kulit Kelantan
dan menora seperti serunai, geduk dan canang. Alat-alat pinjaman ini digunakan
untuk menghasilkan muzik instrumental bagi tujuan khas seperti lagu Tari
Ragam dan sebagainya.
Tetawak dan gendang. Tetawak merupakan sepasang gong berbusut dari
keluarga idiofon yang digantung pada rak kayu dan dipalu dengan pemukul kayu
yang berbalut dengan kain pada hujungnya. Gendang ibu dan anak pula adalah
sepasang gendang berbentuk tong panjang (baluh - diperbuat daripada kayu)
dengan dua muka kulit yang ditegangkan dengan kuat.
Rebab. Alat tiga tali yang memainkan melodi instrumental dalam muzik
Mak Yong. Ia tergolong dalam keluarga kordofon dalam kelas kecil ’lut yang
3
Sepasang Tetawak Gendang Ibu dan Anak
MZU3117 MUZIK MALAYSIA
digesek’. Rebab mempunyai badan kayu berbentuk segitiga dengan penjuru
bulat. Bahagian mukanya ditutup dengan kulit perut lembu yang telah diproses
dan dikeringkan. Satu bonggol kecil yang diperbuat daripada lilin lebah yang
dinamakan susu dipasangkan di sebelah kiri pusat badannya. Bonggol ini
berfungsi sebagai bahan untuk meredamkan bunyi. Bahagian belakang badan
rebab diliputi dengan kain dan benang-benang yang berwarna-warni. Bahagian
leher alat ini diperbuat daripada kayu tebal tanpa fret. Sepasang pancang tebal
dipasang pada bahagian bawah badan rebab yang berfungsi sebagai kakinya. Di
bahagian hujung leher rebab dipasangkan ’kecopong’ yang diukir bentuk pucuk
rebung dan dicatkan. Kecopong dilengkapi dengan ’finial’ iaitu satu bahagian
yang tajam dan boleh dilucutkan dari kecopong.
Tiga utas tali logam dipasangkan di bahagian bawah badan rebab dan
ditarik ke atas kekuda yang dinamakan ’pacat’. Pacat terletak di bahagian atas
muka badan alat ini. Dari kekuda, tali-tali ini dipasangkan pada tiga pemulas di
hujung leher dan ditiunkan. Tali logam pada alat rebab digesek dengan
menggunakan penggesek yang diperbuat daripada kayu dan tali-tali nylon (atau
tali yang diperbuat daripada tali sabut kelapa) yang agak kendur. Pemain rebab
akan memegang penggesek sambil meregangkan tali-tali nylon itu. Pemain akan
duduk bersila manakala alat rebab ini dipegang secara berdiri dengan bahagian
badannya di bawah.
4
Rebab CanangSerunai Geduk
MZU3117 MUZIK MALAYSIA
2.3 Repertoir Muzik
Pembukaan persembahan Mak Yong dimulakan dengan upacara Buka
Panggung yang tertentu. Dari segi seni muzik, bahagian pembukaan yang
penting terdiri daripada beberapa buah lagu yang dimainkan sebelum cerita
utama dimulakan. Lagu-lagu itu mempunyai fungsi tertentu seperti untuk tujuan
memperkenalkan watak-watak atau pun untuk tujuan khas yang lain. Misalnya,
para pelakon naik ke pentas dengan iringan orkestra mak yong yang memainkan
lagu Pak Yong Turun (lagu instrumental). Ia diikuti oleh lagu dan tarian yang
bertajuk Menghadap Rebab yang bertujuan memberi penghormatan kepada alat
muzik rebab. Persembahan pembukaan ini diteruskan dengan lagu Sedayung
Mak Yong dan Sedayung Pak Yong. Kedua-dua ini lagu dipersembahkan
sebagai lagu pendahuluan untuk memperkenalkan watak-watak tersebut.
Sebuah lagu lagi yang bertajuk Ela dimainkan oleh watak Pak Yong untuk
memperkenalkan diri sebelum cerita utama dimulakan. Semua lagu ini juga
melibatkan tarian tertentu yang ditarikan oleh watak-watak yang berkenaan serta
kumpulan korus ’jong dondang’. Kumpulan lagu tersebut merupakan pembukaan
yang tetap dan tertentu yang dimainkan dalam setiap persembahan Mak Yong.
Sesebuah cerita tertentu dikisahkan selama beberapa malam hingga selesai.
Sebelum cerita itu disambung kembali pada setiap malam, pembukaan muzik
dan tarian yang tertentu dimainkan. Daripada repertoi yang berjumlah kira-kira
30 buah lagu, pelakon menggunakan lagu-lagu tertentu (serta tarian) yang
sesuai dengan jalan cerita.
2.4 Melodi dan Bentuk
Melodi dalam lagu-lagu Mak Yong dipersembahkan oleh seorang
penyanyi atau pemain rebab. Penyanyi solo dan pemain rebab yang biasanya
mengiringi penyanyi itu mempersembahkan melodi-melodi yang kompleks dan
berhiasan dalam semua lagu nyanyian. Kedua-dua bahagian vokal dan rebab
5
MZU3117 MUZIK MALAYSIA
dimainkan serentak dan menghasilkan tekstur heterofoni. Dalam lagu-lagu
nyanyian, kedua-dua pemain itu memainkan melodi yang sama, pada waktu
yang sama dengan variasi tersendiri. Variasi yang dinyanyi atau dimainkan
dalam melodi itu bergantung kepada kepandaian dan kebijaksanaan penyanyi
dan pemain rebab.
Persembahan melodi yang dinyanyikan dengan diiringi alat lut (atau alat
muzik solo lain) dalam gaya heterofoni terdapat di dalam pelbagai jenis muzik di
seluruh dunia Islam dari benua Afrika Utara ke Timur Tengah. Cara permainan
ini juga terdapat di dalam muzik Mak Yong. Tekstur dan gaya heterofoni ini juga
terdapat dalam muzik jong dondang atau korus Mak Yong apabila beberapa
penyanyi dalam korus menyanyikan melodi yang sama sambil menonjolkan
variasi tersendiri pada waktu yang sama. Kedua-dua keadaan tekstur heterofoni
ini, a) di antara alat muzik solo dan penyanyi, dan juga b) di antara beberapa
penyanyi dalam korus, terdapat dalam persembahan Mak Yong.
Ciri-ciri lain dalam melodi Mak Yong yang melibatkan pic dan skel, jarak
dan kontur melodi, dan bunga atau perhiasan. Pada umumnya kontur-kontur
melodi ditandakan dengan baris melodi yang menurun sahaja atau yang menaik
dan menurun secara berturut-turut. Dalam kedua-dua jenis kontur ini, ’turun’ dan
’naik-turun’, jarak melodi biasanya agak sempit samada melodi dimainkan oleh
pemain rebab ataupun melodi yang dinyanyikan oleh penyanyi.
Bentuk – dalam sistem muzik Mak Yong alat tetawak mengeluarkan
lapisan bunyi yang asas, dinamakan sebagai gongan yang menyerupai konsep
gongan dalam muzik wayang kulit. Gongan ialah jangka masa tertentu yang
ditandakan dengan pic-pic gong tertentu dalam orkestra Mak Yong. Jangka
masa tertentu ini dan strukturnya ditandakan dengan sekurang-kurangnya dua
pic gong yang menentukan bentuk (form) dalam muzik.
6
MZU3117 MUZIK MALAYSIA
Bincangkan dalam kumpulan secara OLL
Simpankan hasil perbincangan dalam folio anda.
RUJUKAN
Matusky, Patricia dan Tan Sooi Beng (1997). Muzik Malaysia: Tradisi Klasik,
Rakyat dan Sinkretik. Pulau Pinang: The Asian Centre.
Matusky, Patricia dan Tan Sooi Beng (1997). Pengantar Muzik Malaysia, Buku 1,
Pulau Pinang: The Asian Centre.
7

More Related Content

What's hot

Topik 5 pengetahuan asas dalam muzik
Topik 5 pengetahuan asas dalam muzikTopik 5 pengetahuan asas dalam muzik
Topik 5 pengetahuan asas dalam muzikWany Hardy
 
Wayang Kulit Kelantan dan Mak Yong (Muzik Tradisional Malaysia)
Wayang Kulit Kelantan dan Mak Yong (Muzik Tradisional Malaysia)Wayang Kulit Kelantan dan Mak Yong (Muzik Tradisional Malaysia)
Wayang Kulit Kelantan dan Mak Yong (Muzik Tradisional Malaysia)Atifah Ruzana Abd Wahab
 
Kuliah Minggu 2 Gamelan
Kuliah Minggu 2 GamelanKuliah Minggu 2 Gamelan
Kuliah Minggu 2 GamelanAmran Aris
 
Caklempong power point
Caklempong power pointCaklempong power point
Caklempong power pointGladysWN
 
Seni Muzik & Nyanyian Melayu
Seni Muzik & Nyanyian MelayuSeni Muzik & Nyanyian Melayu
Seni Muzik & Nyanyian Melayunorazee
 
Gamelan MUZK3253 Apresiasi Muzik
Gamelan MUZK3253 Apresiasi MuzikGamelan MUZK3253 Apresiasi Muzik
Gamelan MUZK3253 Apresiasi MuzikAmran Aris
 
Nyanyian dan suara dalam nyanyian
Nyanyian dan suara dalam nyanyianNyanyian dan suara dalam nyanyian
Nyanyian dan suara dalam nyanyianhaziqkamu
 
DONDANG SAYANG
DONDANG SAYANGDONDANG SAYANG
DONDANG SAYANGAmran Aris
 
Pembentangan MUZK3193 Gamelan Melayu
Pembentangan MUZK3193 Gamelan MelayuPembentangan MUZK3193 Gamelan Melayu
Pembentangan MUZK3193 Gamelan Melayufarahaziran
 
Orkestra Klasik India
Orkestra Klasik IndiaOrkestra Klasik India
Orkestra Klasik IndiaAmran Aris
 

What's hot (20)

Topik 5 pengetahuan asas dalam muzik
Topik 5 pengetahuan asas dalam muzikTopik 5 pengetahuan asas dalam muzik
Topik 5 pengetahuan asas dalam muzik
 
Ppt mak yong
Ppt mak yongPpt mak yong
Ppt mak yong
 
Tekstur & orkestra
Tekstur & orkestraTekstur & orkestra
Tekstur & orkestra
 
Wayang Kulit Kelantan dan Mak Yong (Muzik Tradisional Malaysia)
Wayang Kulit Kelantan dan Mak Yong (Muzik Tradisional Malaysia)Wayang Kulit Kelantan dan Mak Yong (Muzik Tradisional Malaysia)
Wayang Kulit Kelantan dan Mak Yong (Muzik Tradisional Malaysia)
 
Muzik KBSM_Tekstur
Muzik KBSM_TeksturMuzik KBSM_Tekstur
Muzik KBSM_Tekstur
 
Kuliah Minggu 2 Gamelan
Kuliah Minggu 2 GamelanKuliah Minggu 2 Gamelan
Kuliah Minggu 2 Gamelan
 
Caklempong power point
Caklempong power pointCaklempong power point
Caklempong power point
 
Dikir Barat
Dikir BaratDikir Barat
Dikir Barat
 
Seni Muzik & Nyanyian Melayu
Seni Muzik & Nyanyian MelayuSeni Muzik & Nyanyian Melayu
Seni Muzik & Nyanyian Melayu
 
Gamelan MUZK3253 Apresiasi Muzik
Gamelan MUZK3253 Apresiasi MuzikGamelan MUZK3253 Apresiasi Muzik
Gamelan MUZK3253 Apresiasi Muzik
 
Muzik & Orkestra Klasik India
Muzik & Orkestra Klasik IndiaMuzik & Orkestra Klasik India
Muzik & Orkestra Klasik India
 
Kaedah kodaly
Kaedah kodalyKaedah kodaly
Kaedah kodaly
 
Dalcroze
DalcrozeDalcroze
Dalcroze
 
Nyanyian dan suara dalam nyanyian
Nyanyian dan suara dalam nyanyianNyanyian dan suara dalam nyanyian
Nyanyian dan suara dalam nyanyian
 
DONDANG SAYANG
DONDANG SAYANGDONDANG SAYANG
DONDANG SAYANG
 
Pembentangan MUZK3193 Gamelan Melayu
Pembentangan MUZK3193 Gamelan MelayuPembentangan MUZK3193 Gamelan Melayu
Pembentangan MUZK3193 Gamelan Melayu
 
BANGSAWAN
BANGSAWANBANGSAWAN
BANGSAWAN
 
Elemen muzik
Elemen muzikElemen muzik
Elemen muzik
 
Orkestra Klasik India
Orkestra Klasik IndiaOrkestra Klasik India
Orkestra Klasik India
 
Caklempong
CaklempongCaklempong
Caklempong
 

Viewers also liked

Tarian Mak Yong
Tarian Mak YongTarian Mak Yong
Tarian Mak Yongnurirza
 
Introduction of Mak Yong
Introduction of Mak YongIntroduction of Mak Yong
Introduction of Mak YongNor Mohammed
 
UNSUR - UNSUR TEATER
UNSUR - UNSUR TEATERUNSUR - UNSUR TEATER
UNSUR - UNSUR TEATERIsmail Noh
 
PERSEMBAHAN SENI 2 STPM 2013 BATU PAHAT
PERSEMBAHAN SENI 2 STPM 2013 BATU PAHATPERSEMBAHAN SENI 2 STPM 2013 BATU PAHAT
PERSEMBAHAN SENI 2 STPM 2013 BATU PAHATfazrul
 
MAK YONG MUZK3193
MAK YONG MUZK3193MAK YONG MUZK3193
MAK YONG MUZK3193farahaziran
 
Busana tradisional melayu
Busana tradisional melayuBusana tradisional melayu
Busana tradisional melayu@f!Q@H @F!N@
 
Brochure kokurikulum SMKJK 2013
Brochure kokurikulum SMKJK 2013Brochure kokurikulum SMKJK 2013
Brochure kokurikulum SMKJK 2013Cikgu Syahidon
 
Seni tarian di tanah melayu
Seni tarian di tanah melayuSeni tarian di tanah melayu
Seni tarian di tanah melayu@f!Q@H @F!N@
 
Wayang Kulit the Shadow Plays of Bali and Java (version 2.1)
Wayang Kulit the Shadow Plays of Bali and Java (version 2.1)Wayang Kulit the Shadow Plays of Bali and Java (version 2.1)
Wayang Kulit the Shadow Plays of Bali and Java (version 2.1)grantthomasonline
 
Wayang kulit [recovered] (2)
Wayang kulit [recovered] (2)Wayang kulit [recovered] (2)
Wayang kulit [recovered] (2)Nadia Azmi
 
Kto12 4th arts nang shadow puppets of thailand
Kto12 4th arts nang shadow puppets of thailandKto12 4th arts nang shadow puppets of thailand
Kto12 4th arts nang shadow puppets of thailandMagie Mendoza
 

Viewers also liked (20)

Tarian Mak Yong
Tarian Mak YongTarian Mak Yong
Tarian Mak Yong
 
MENORA
MENORAMENORA
MENORA
 
Introduction of Mak Yong
Introduction of Mak YongIntroduction of Mak Yong
Introduction of Mak Yong
 
MAKYONG
MAKYONGMAKYONG
MAKYONG
 
Wayang kulit
Wayang kulitWayang kulit
Wayang kulit
 
Mak yong riau
Mak yong riauMak yong riau
Mak yong riau
 
UNSUR - UNSUR TEATER
UNSUR - UNSUR TEATERUNSUR - UNSUR TEATER
UNSUR - UNSUR TEATER
 
PERSEMBAHAN SENI 2 STPM 2013 BATU PAHAT
PERSEMBAHAN SENI 2 STPM 2013 BATU PAHATPERSEMBAHAN SENI 2 STPM 2013 BATU PAHAT
PERSEMBAHAN SENI 2 STPM 2013 BATU PAHAT
 
MAK YONG MUZK3193
MAK YONG MUZK3193MAK YONG MUZK3193
MAK YONG MUZK3193
 
MUZK3193: Tarian sumazau
MUZK3193: Tarian sumazau MUZK3193: Tarian sumazau
MUZK3193: Tarian sumazau
 
Genre drama
Genre dramaGenre drama
Genre drama
 
Busana tradisional melayu
Busana tradisional melayuBusana tradisional melayu
Busana tradisional melayu
 
KELANTAN!!!
KELANTAN!!!KELANTAN!!!
KELANTAN!!!
 
jenis-jenis drama
jenis-jenis dramajenis-jenis drama
jenis-jenis drama
 
Brochure kokurikulum SMKJK 2013
Brochure kokurikulum SMKJK 2013Brochure kokurikulum SMKJK 2013
Brochure kokurikulum SMKJK 2013
 
Seni tarian di tanah melayu
Seni tarian di tanah melayuSeni tarian di tanah melayu
Seni tarian di tanah melayu
 
Wayang Kulit the Shadow Plays of Bali and Java (version 2.1)
Wayang Kulit the Shadow Plays of Bali and Java (version 2.1)Wayang Kulit the Shadow Plays of Bali and Java (version 2.1)
Wayang Kulit the Shadow Plays of Bali and Java (version 2.1)
 
Pengurusan Pentas
Pengurusan  PentasPengurusan  Pentas
Pengurusan Pentas
 
Wayang kulit [recovered] (2)
Wayang kulit [recovered] (2)Wayang kulit [recovered] (2)
Wayang kulit [recovered] (2)
 
Kto12 4th arts nang shadow puppets of thailand
Kto12 4th arts nang shadow puppets of thailandKto12 4th arts nang shadow puppets of thailand
Kto12 4th arts nang shadow puppets of thailand
 

Similar to MAK YONG

BERmusik alat musik yang bisa di pelajari
BERmusik alat musik yang bisa di pelajariBERmusik alat musik yang bisa di pelajari
BERmusik alat musik yang bisa di pelajariyohanesfa
 
Bab 12 memainkan alat musik campuran
Bab 12 memainkan alat musik campuranBab 12 memainkan alat musik campuran
Bab 12 memainkan alat musik campuranSMPK Stella Maris
 
Seni tari mancanegara
Seni tari mancanegaraSeni tari mancanegara
Seni tari mancanegaraAngel II
 
Alat muzik tradisional
Alat muzik tradisionalAlat muzik tradisional
Alat muzik tradisionalwati_harun5856
 
PENGETAHUAN ASAS PENDIDIKAN MUZIK_PENDIDIKAN KHAS
PENGETAHUAN ASAS PENDIDIKAN MUZIK_PENDIDIKAN KHASPENGETAHUAN ASAS PENDIDIKAN MUZIK_PENDIDIKAN KHAS
PENGETAHUAN ASAS PENDIDIKAN MUZIK_PENDIDIKAN KHASAmran Aris
 
Bab 4 memainkan alat musik sederhana
Bab 4 memainkan alat musik sederhanaBab 4 memainkan alat musik sederhana
Bab 4 memainkan alat musik sederhanaSMPK Stella Maris
 
Alat2 muzik
Alat2 muzikAlat2 muzik
Alat2 muzikOol Ong
 
TUGAS WIDYA RAMADHANTY MEMPAWAH HILIR (MUSIK). PPT
TUGAS WIDYA RAMADHANTY MEMPAWAH HILIR (MUSIK). PPTTUGAS WIDYA RAMADHANTY MEMPAWAH HILIR (MUSIK). PPT
TUGAS WIDYA RAMADHANTY MEMPAWAH HILIR (MUSIK). PPTwidyrmdhnty
 
Jenis Musik Tradisional.docx
Jenis Musik Tradisional.docxJenis Musik Tradisional.docx
Jenis Musik Tradisional.docxmadinsafataslim
 

Similar to MAK YONG (20)

C i l o k a k
C i l o k a kC i l o k a k
C i l o k a k
 
DIKIR BARAT
DIKIR BARATDIKIR BARAT
DIKIR BARAT
 
BERmusik alat musik yang bisa di pelajari
BERmusik alat musik yang bisa di pelajariBERmusik alat musik yang bisa di pelajari
BERmusik alat musik yang bisa di pelajari
 
Kelompok 5 kordofon dipetik & elektrofon
Kelompok 5 kordofon dipetik & elektrofonKelompok 5 kordofon dipetik & elektrofon
Kelompok 5 kordofon dipetik & elektrofon
 
Musik tradisonal
Musik tradisonalMusik tradisonal
Musik tradisonal
 
Bab 12 memainkan alat musik campuran
Bab 12 memainkan alat musik campuranBab 12 memainkan alat musik campuran
Bab 12 memainkan alat musik campuran
 
Seni tari mancanegara
Seni tari mancanegaraSeni tari mancanegara
Seni tari mancanegara
 
Alat muzik tradisional
Alat muzik tradisionalAlat muzik tradisional
Alat muzik tradisional
 
Xi bab 4 semester 2
Xi bab 4 semester 2Xi bab 4 semester 2
Xi bab 4 semester 2
 
Xi bab 4 semester 2
Xi bab 4 semester 2Xi bab 4 semester 2
Xi bab 4 semester 2
 
PENGETAHUAN ASAS PENDIDIKAN MUZIK_PENDIDIKAN KHAS
PENGETAHUAN ASAS PENDIDIKAN MUZIK_PENDIDIKAN KHASPENGETAHUAN ASAS PENDIDIKAN MUZIK_PENDIDIKAN KHAS
PENGETAHUAN ASAS PENDIDIKAN MUZIK_PENDIDIKAN KHAS
 
Bab 4 memainkan alat musik sederhana
Bab 4 memainkan alat musik sederhanaBab 4 memainkan alat musik sederhana
Bab 4 memainkan alat musik sederhana
 
gamelan.ppt
gamelan.pptgamelan.ppt
gamelan.ppt
 
Asas pengetahuan muzik
Asas pengetahuan muzikAsas pengetahuan muzik
Asas pengetahuan muzik
 
Alat2 muzik
Alat2 muzikAlat2 muzik
Alat2 muzik
 
Pp plh 9p
Pp plh 9pPp plh 9p
Pp plh 9p
 
Musik asia
Musik asia Musik asia
Musik asia
 
Seni budaya
Seni budayaSeni budaya
Seni budaya
 
TUGAS WIDYA RAMADHANTY MEMPAWAH HILIR (MUSIK). PPT
TUGAS WIDYA RAMADHANTY MEMPAWAH HILIR (MUSIK). PPTTUGAS WIDYA RAMADHANTY MEMPAWAH HILIR (MUSIK). PPT
TUGAS WIDYA RAMADHANTY MEMPAWAH HILIR (MUSIK). PPT
 
Jenis Musik Tradisional.docx
Jenis Musik Tradisional.docxJenis Musik Tradisional.docx
Jenis Musik Tradisional.docx
 

More from Amran Aris

Modul keyboard kuim
Modul keyboard kuim Modul keyboard kuim
Modul keyboard kuim Amran Aris
 
MODUL DIDIK HIBUR
MODUL DIDIK HIBURMODUL DIDIK HIBUR
MODUL DIDIK HIBURAmran Aris
 
Hbms 4103 topik 1
Hbms 4103 topik 1Hbms 4103 topik 1
Hbms 4103 topik 1Amran Aris
 
Hbms 4103 topik 1
Hbms 4103 topik 1Hbms 4103 topik 1
Hbms 4103 topik 1Amran Aris
 
Kemahiran Asas kibod
Kemahiran Asas kibodKemahiran Asas kibod
Kemahiran Asas kibodAmran Aris
 
Kemahiran kibod
Kemahiran kibodKemahiran kibod
Kemahiran kibodAmran Aris
 
KULIAH 2, PRM3043
KULIAH 2, PRM3043KULIAH 2, PRM3043
KULIAH 2, PRM3043Amran Aris
 
KULIAH 1, PRM3043
KULIAH 1, PRM3043KULIAH 1, PRM3043
KULIAH 1, PRM3043Amran Aris
 
Dondang sayang
Dondang sayangDondang sayang
Dondang sayangAmran Aris
 
Cara mendaftar aplikasi schoology
Cara mendaftar aplikasi schoologyCara mendaftar aplikasi schoology
Cara mendaftar aplikasi schoologyAmran Aris
 
Orkestra Cina Moden
Orkestra Cina ModenOrkestra Cina Moden
Orkestra Cina ModenAmran Aris
 
TARIAN SUMAZAU
TARIAN SUMAZAUTARIAN SUMAZAU
TARIAN SUMAZAUAmran Aris
 
MODUL SENI DALAM PENDIDIKAN
MODUL SENI DALAM PENDIDIKANMODUL SENI DALAM PENDIDIKAN
MODUL SENI DALAM PENDIDIKANAmran Aris
 

More from Amran Aris (17)

Modul keyboard kuim
Modul keyboard kuim Modul keyboard kuim
Modul keyboard kuim
 
MODUL DIDIK HIBUR
MODUL DIDIK HIBURMODUL DIDIK HIBUR
MODUL DIDIK HIBUR
 
Hbms 4103 topik 1
Hbms 4103 topik 1Hbms 4103 topik 1
Hbms 4103 topik 1
 
Hbms 4103 topik 1
Hbms 4103 topik 1Hbms 4103 topik 1
Hbms 4103 topik 1
 
Kemahiran Asas kibod
Kemahiran Asas kibodKemahiran Asas kibod
Kemahiran Asas kibod
 
Kemahiran kibod
Kemahiran kibodKemahiran kibod
Kemahiran kibod
 
KULIAH 2, PRM3043
KULIAH 2, PRM3043KULIAH 2, PRM3043
KULIAH 2, PRM3043
 
KULIAH 1, PRM3043
KULIAH 1, PRM3043KULIAH 1, PRM3043
KULIAH 1, PRM3043
 
Dondang sayang
Dondang sayangDondang sayang
Dondang sayang
 
Tarian Ngajat
Tarian NgajatTarian Ngajat
Tarian Ngajat
 
WAYANG KULIT
WAYANG KULITWAYANG KULIT
WAYANG KULIT
 
Cara mendaftar aplikasi schoology
Cara mendaftar aplikasi schoologyCara mendaftar aplikasi schoology
Cara mendaftar aplikasi schoology
 
Orkestra Cina Moden
Orkestra Cina ModenOrkestra Cina Moden
Orkestra Cina Moden
 
TARIAN NGAJAT
TARIAN NGAJATTARIAN NGAJAT
TARIAN NGAJAT
 
GAMELAN
GAMELANGAMELAN
GAMELAN
 
TARIAN SUMAZAU
TARIAN SUMAZAUTARIAN SUMAZAU
TARIAN SUMAZAU
 
MODUL SENI DALAM PENDIDIKAN
MODUL SENI DALAM PENDIDIKANMODUL SENI DALAM PENDIDIKAN
MODUL SENI DALAM PENDIDIKAN
 

Recently uploaded

04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau tripletMelianaJayasaputra
 
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfKelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfCloverash1
 
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdfHARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdfkustiyantidew94
 
Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024
Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024
Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024budimoko2
 
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxDESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxFuzaAnggriana
 
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxRezaWahyuni6
 
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdfKelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdftsaniasalftn18
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxRezaWahyuni6
 
Model Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public RelationsModel Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public RelationsAdePutraTunggali
 
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...MarwanAnugrah
 
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdfShintaNovianti1
 
Modul 9 Penjas kelompok 7 (evaluasi pembelajaran penjas).ppt
Modul 9 Penjas kelompok 7 (evaluasi pembelajaran penjas).pptModul 9 Penjas kelompok 7 (evaluasi pembelajaran penjas).ppt
Modul 9 Penjas kelompok 7 (evaluasi pembelajaran penjas).pptYanseBetnaArte
 
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxPPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxnerow98
 
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdf
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdfKelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdf
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdfmaulanayazid
 
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxadap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxmtsmampunbarub4
 
Ppt tentang perkembangan Moral Pada Anak
Ppt tentang perkembangan Moral Pada AnakPpt tentang perkembangan Moral Pada Anak
Ppt tentang perkembangan Moral Pada Anakbekamalayniasinta
 
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques Rousseau.pdf
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques  Rousseau.pdfPEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques  Rousseau.pdf
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques Rousseau.pdfMMeizaFachri
 
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptxPanduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptxsudianaade137
 
implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023DodiSetiawan46
 
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptxMateri Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptxc9fhbm7gzj
 

Recently uploaded (20)

04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
 
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfKelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
 
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdfHARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
 
Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024
Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024
Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024
 
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxDESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
 
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
 
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdfKelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
 
Model Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public RelationsModel Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public Relations
 
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
 
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
 
Modul 9 Penjas kelompok 7 (evaluasi pembelajaran penjas).ppt
Modul 9 Penjas kelompok 7 (evaluasi pembelajaran penjas).pptModul 9 Penjas kelompok 7 (evaluasi pembelajaran penjas).ppt
Modul 9 Penjas kelompok 7 (evaluasi pembelajaran penjas).ppt
 
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxPPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
 
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdf
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdfKelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdf
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdf
 
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxadap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
 
Ppt tentang perkembangan Moral Pada Anak
Ppt tentang perkembangan Moral Pada AnakPpt tentang perkembangan Moral Pada Anak
Ppt tentang perkembangan Moral Pada Anak
 
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques Rousseau.pdf
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques  Rousseau.pdfPEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques  Rousseau.pdf
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques Rousseau.pdf
 
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptxPanduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
 
implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023
 
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptxMateri Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
 

MAK YONG

  • 1. MZU3117 MUZIK MALAYSIA TAJUK 2 Muzik Bentuk Seni Lakon – Mak Yong Sinopsis Dalam tajuk ini anda akan mempelajari tentang Muzik Mak Yong. Hasil Pembelajaran 1. Menghuraikan ciri-ciri muzik yang diperdengarkan dari segi melodi, harmoni, irama, tekstur, bentuk, dinamik dan warna ton. (1.2) 2. Menganalisis repertoire muzik dari segi sejarah dan asal-usul. (1.6) 3. Mengenal pasti, mengklasifikasi dan membanding beza alat muzik yang digunakan dari segi fungsi dan jenis. (1.5) 4. Menghayati pelbagai jenis muzik tradisi tempatan. (3.2) KERANGKA TAJUK-TAJUK 1 Mak Yong Mak Yong Melodi dan Bentuk Melodi dan Bentuk Repertoir Muzik Repertoir Muzik Alat-alat Muzik Alat-alat Muzik
  • 2. MZU3117 MUZIK MALAYSIA 2.1 Pengenalan Persembahan Mak Yong secara keseluruhannya merupakan sebuah seni lakon yang dimainkan oleh pelakon manusia dan bukan patung. Ia menggunakan dialog, tarian serta muzik vokal dan instrumental untuk mengisahkan ceritanya. Mak Yong telah ditentukan sebagai bentuk seni lakon yang sangat kuno, berunsur lagenda, mitos dan mempunyai perhubungan yang erat dengan upacara perubatan tradisional main puteri. Sumber-sumber bertulis telah membuktikan adanya perkembangan Mak Yong di perkampungan Patani dan Kelantan dari abad ke-19 hingga ke abad ke-20 ini. Pada awal abad ke-20, teater Mak Yong juga tersebar luas di Semenanjung Malaysia, Medan dan di kepulauan Riau-Lingga di Indonesia. Pada awal ke-20, bentuk seni lakon ini berada di bawah naungan raja Kelantan yang telah mendirikan kawasan teater dikenali sebagai ’Kampung Temenggung’ di Kota Bharu. Muzik ini juga diberi sokongan dan naungan oleh Tengku Temenggung Ghaffar dari istana Kelantan pada masa itu. Tetapi naungan itu tidak berkekalan dalam waktu yang panjang. Selepas tahun 1920an, naungan dan sokongan ini dihentikan. Walaupun teater Mak Yong berasal dari kawasan desa sebagai tradisi teater rakyat (folk theatre), tetapi pada zaman naungan itu muzik, tarian, pakaian dan aspek-aspek lain diperhalusi lagi kerana latihan dan persembahan diadakan secara berturutan dan tersusun. Kini Mak Yong wujud sebagai teater rakyat yang dipersembahkan untuk hiburan orang ramai. Kadang-kala persembahan Mak Yong juga diadakan dalam konteks ritual sebagai sembah guru. Mak Yong juga dipersembahkan bersama dengan main puteri bertujuan untuk mengubati pesakit. Di kampung-kampung, persembahan Mak Yong untuk tujuan ritual diadakan dalam panggung yang searas dengan tanah. Tetapi untuk tujuan hiburan, khususnya di kawasan bandar, lantai panggung Mak Yong didirikan beberapa kaki dari tanah. Lantai pentas itu beratap dan ruang berlakon (gelanggang) ditempatkan di bahagian 2
  • 3. MZU3117 MUZIK MALAYSIA tengah panggung itu. Para pemuzik serta pelakon yang mengambil peranan sebagai korus duduk di tepi lantai. Kumpulan korus ini dikenali sebagai ’jong dondang’ dalam rombongan Mak Yong. Oleh sebab panggung Mak Yong tidak berdinding, maka penonton boleh menyaksikan persembahan dari semua arah (sebagai theatre-in-the round). 2.2 Alat-alat Muzik Muzik Mak Yong dipersembahkan oleh orkestra yang terdiri daripada sepasang gendang, sepasang tetawak dan sebuah rebab tiga tali. Selain itu, terdapat juga alat-alat yang dipinjam daripada orkestra wayang kulit Kelantan dan menora seperti serunai, geduk dan canang. Alat-alat pinjaman ini digunakan untuk menghasilkan muzik instrumental bagi tujuan khas seperti lagu Tari Ragam dan sebagainya. Tetawak dan gendang. Tetawak merupakan sepasang gong berbusut dari keluarga idiofon yang digantung pada rak kayu dan dipalu dengan pemukul kayu yang berbalut dengan kain pada hujungnya. Gendang ibu dan anak pula adalah sepasang gendang berbentuk tong panjang (baluh - diperbuat daripada kayu) dengan dua muka kulit yang ditegangkan dengan kuat. Rebab. Alat tiga tali yang memainkan melodi instrumental dalam muzik Mak Yong. Ia tergolong dalam keluarga kordofon dalam kelas kecil ’lut yang 3 Sepasang Tetawak Gendang Ibu dan Anak
  • 4. MZU3117 MUZIK MALAYSIA digesek’. Rebab mempunyai badan kayu berbentuk segitiga dengan penjuru bulat. Bahagian mukanya ditutup dengan kulit perut lembu yang telah diproses dan dikeringkan. Satu bonggol kecil yang diperbuat daripada lilin lebah yang dinamakan susu dipasangkan di sebelah kiri pusat badannya. Bonggol ini berfungsi sebagai bahan untuk meredamkan bunyi. Bahagian belakang badan rebab diliputi dengan kain dan benang-benang yang berwarna-warni. Bahagian leher alat ini diperbuat daripada kayu tebal tanpa fret. Sepasang pancang tebal dipasang pada bahagian bawah badan rebab yang berfungsi sebagai kakinya. Di bahagian hujung leher rebab dipasangkan ’kecopong’ yang diukir bentuk pucuk rebung dan dicatkan. Kecopong dilengkapi dengan ’finial’ iaitu satu bahagian yang tajam dan boleh dilucutkan dari kecopong. Tiga utas tali logam dipasangkan di bahagian bawah badan rebab dan ditarik ke atas kekuda yang dinamakan ’pacat’. Pacat terletak di bahagian atas muka badan alat ini. Dari kekuda, tali-tali ini dipasangkan pada tiga pemulas di hujung leher dan ditiunkan. Tali logam pada alat rebab digesek dengan menggunakan penggesek yang diperbuat daripada kayu dan tali-tali nylon (atau tali yang diperbuat daripada tali sabut kelapa) yang agak kendur. Pemain rebab akan memegang penggesek sambil meregangkan tali-tali nylon itu. Pemain akan duduk bersila manakala alat rebab ini dipegang secara berdiri dengan bahagian badannya di bawah. 4 Rebab CanangSerunai Geduk
  • 5. MZU3117 MUZIK MALAYSIA 2.3 Repertoir Muzik Pembukaan persembahan Mak Yong dimulakan dengan upacara Buka Panggung yang tertentu. Dari segi seni muzik, bahagian pembukaan yang penting terdiri daripada beberapa buah lagu yang dimainkan sebelum cerita utama dimulakan. Lagu-lagu itu mempunyai fungsi tertentu seperti untuk tujuan memperkenalkan watak-watak atau pun untuk tujuan khas yang lain. Misalnya, para pelakon naik ke pentas dengan iringan orkestra mak yong yang memainkan lagu Pak Yong Turun (lagu instrumental). Ia diikuti oleh lagu dan tarian yang bertajuk Menghadap Rebab yang bertujuan memberi penghormatan kepada alat muzik rebab. Persembahan pembukaan ini diteruskan dengan lagu Sedayung Mak Yong dan Sedayung Pak Yong. Kedua-dua ini lagu dipersembahkan sebagai lagu pendahuluan untuk memperkenalkan watak-watak tersebut. Sebuah lagu lagi yang bertajuk Ela dimainkan oleh watak Pak Yong untuk memperkenalkan diri sebelum cerita utama dimulakan. Semua lagu ini juga melibatkan tarian tertentu yang ditarikan oleh watak-watak yang berkenaan serta kumpulan korus ’jong dondang’. Kumpulan lagu tersebut merupakan pembukaan yang tetap dan tertentu yang dimainkan dalam setiap persembahan Mak Yong. Sesebuah cerita tertentu dikisahkan selama beberapa malam hingga selesai. Sebelum cerita itu disambung kembali pada setiap malam, pembukaan muzik dan tarian yang tertentu dimainkan. Daripada repertoi yang berjumlah kira-kira 30 buah lagu, pelakon menggunakan lagu-lagu tertentu (serta tarian) yang sesuai dengan jalan cerita. 2.4 Melodi dan Bentuk Melodi dalam lagu-lagu Mak Yong dipersembahkan oleh seorang penyanyi atau pemain rebab. Penyanyi solo dan pemain rebab yang biasanya mengiringi penyanyi itu mempersembahkan melodi-melodi yang kompleks dan berhiasan dalam semua lagu nyanyian. Kedua-dua bahagian vokal dan rebab 5
  • 6. MZU3117 MUZIK MALAYSIA dimainkan serentak dan menghasilkan tekstur heterofoni. Dalam lagu-lagu nyanyian, kedua-dua pemain itu memainkan melodi yang sama, pada waktu yang sama dengan variasi tersendiri. Variasi yang dinyanyi atau dimainkan dalam melodi itu bergantung kepada kepandaian dan kebijaksanaan penyanyi dan pemain rebab. Persembahan melodi yang dinyanyikan dengan diiringi alat lut (atau alat muzik solo lain) dalam gaya heterofoni terdapat di dalam pelbagai jenis muzik di seluruh dunia Islam dari benua Afrika Utara ke Timur Tengah. Cara permainan ini juga terdapat di dalam muzik Mak Yong. Tekstur dan gaya heterofoni ini juga terdapat dalam muzik jong dondang atau korus Mak Yong apabila beberapa penyanyi dalam korus menyanyikan melodi yang sama sambil menonjolkan variasi tersendiri pada waktu yang sama. Kedua-dua keadaan tekstur heterofoni ini, a) di antara alat muzik solo dan penyanyi, dan juga b) di antara beberapa penyanyi dalam korus, terdapat dalam persembahan Mak Yong. Ciri-ciri lain dalam melodi Mak Yong yang melibatkan pic dan skel, jarak dan kontur melodi, dan bunga atau perhiasan. Pada umumnya kontur-kontur melodi ditandakan dengan baris melodi yang menurun sahaja atau yang menaik dan menurun secara berturut-turut. Dalam kedua-dua jenis kontur ini, ’turun’ dan ’naik-turun’, jarak melodi biasanya agak sempit samada melodi dimainkan oleh pemain rebab ataupun melodi yang dinyanyikan oleh penyanyi. Bentuk – dalam sistem muzik Mak Yong alat tetawak mengeluarkan lapisan bunyi yang asas, dinamakan sebagai gongan yang menyerupai konsep gongan dalam muzik wayang kulit. Gongan ialah jangka masa tertentu yang ditandakan dengan pic-pic gong tertentu dalam orkestra Mak Yong. Jangka masa tertentu ini dan strukturnya ditandakan dengan sekurang-kurangnya dua pic gong yang menentukan bentuk (form) dalam muzik. 6
  • 7. MZU3117 MUZIK MALAYSIA Bincangkan dalam kumpulan secara OLL Simpankan hasil perbincangan dalam folio anda. RUJUKAN Matusky, Patricia dan Tan Sooi Beng (1997). Muzik Malaysia: Tradisi Klasik, Rakyat dan Sinkretik. Pulau Pinang: The Asian Centre. Matusky, Patricia dan Tan Sooi Beng (1997). Pengantar Muzik Malaysia, Buku 1, Pulau Pinang: The Asian Centre. 7