SlideShare a Scribd company logo
1 of 15
S T A N D A R D G U R U M A L A Y S I A ( S G M )
Standard Guru Malaysia (SGM) menggariskan kompetensi profesional yang patut dicapai
oleh guru, dan keperluan yang patut disediakan oleh agensi dan institusi latihan perguruan
bagi membantu guru mencapai tahap kompetensi yang ditetapkan. Dokumen ini disediakan
sebagai panduan dan rujukan kepada guru, pendidik guru, agensi dan institusi latihan
perguruan dalam usaha untuk melahirkan dan melestarikan guru berkualiti. Dokumen ini
akan disemak semula secara berkala bagi tujuan penambahbaikan berterusan.
L A T A R B E L A K A N G
Malaysia memberi penekanan tinggi terhadap pembangunan modal insan kelas pertama di
mana bina upaya adalah pendekatan utama ke arah mencapai status negara maju pada
tahun 2020. Modal insan adalah harta yang boleh disuntik nilai tambahnya, diinjakkan nilai
inteleknya serta diperbanyakkan modal budayanya.
Pembangunan modal insan berkualiti bergantung kepada pendidikan berkualiti; yang dapat
menghasilkan individu yang mempunyai jati diri yang kukuh, berketerampilan,
berkeperibadian mulia, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi bagi mengisi keperluan
negara maju. Pendidikan juga perlu membentuk modal insan yang mampu berfikiran kritis
dan kreatif, berkemahiran menyelesaikan masalah, berkeupayaan mencipta peluang baru,
mempunyai daya tahan serta kebolehan untuk berhadapan dengan persekitaran global
yang sering berubah.
Dalam abad ke-21 ini, negara menghadapi cabaran baru kesan daripada globalisasi,
liberalisasi, pengantarabangsaan dan perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
(TMK). Sehubungan dengan itu Malaysia memerlukan modal insan yang juga celik TMK,
progresif dan mampu bersaing di pasaran kerja global.
Pembangunan sistem pendidikan bertaraf dunia mengikut acuan Malaysia adalah agenda
utama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
Justeru itu, guru perlu memahami, menunjukkan kesungguhan, dan mempunyai iltizam
yang tinggi dalam melaksanakan daya usaha dan pendekatan baru ke arah usaha untuk
meningkatkan kualiti pendidikan seperti petikan yang berikut:
”... as the most significant and costly resource in schools, teachers are central to school
improvement efforts. Improving the efficiency and equity of schooling depends, in large
measure, on ensuring that competent people want to work as teachers, that their teaching is
of high quality, and that all students have access to high quality teaching.”
(Organization for Economic Co-operation and Development; petikan daripada Pelan Induk
Pembangunan Pendidikan KPM 2007; hal. 106 )
Kementerian Pelajaran Malaysia telah melaksanakan pelbagai usaha untuk melahirkan guru
yang berkualiti dan memastikan mereka yang berkualiti kekal dalam sistem pendidikan
negara dan kekal berkualiti di sepanjang tempoh perkhidmatan. Antara langkah yang telah
diusahakan termasuklah memantapkan latihan perguruan, menambah baik sistem
pemilihan calon guru, melonjakkan kecemerlangan institusi latihan perguruan, dan
menambah baik laluan kerjaya serta kebajikan guru.
Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Kementerian Pelajaran Malaysia merupakan peneraju
utama latihan perguruan di Malaysia. BPG bersama-sama Institut Pendidikan Guru (IPG)
dan Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) bertanggungjawab merancang dan
melaksanakan latihan perguruan untuk memenuhi keperluan tenaga pengajar di institusi
pendidikan seluruh negara. Bagi menjamin guru yang dihasilkan berkualiti tinggi, tiga aspek
utama ditekankan iaitu amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan
kefahaman, serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran.
Bahagian Pendidian Guru telah mengambil langkah proaktif dalam membangunkan
standard guru sebagai panduan dan rujukan kepada guru, pendidik guru, agensi dan
institusi latihan perguruan di Malaysia.
R A S I O N A L
Standard Guru Malaysia ini digubal berdasarkan rasional yang berikut:
• Guru perlu mempunyai tahap amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan
dan kefahaman, serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran yang tinggi bagi
membolehkan mereka berfungsi sebagai guru profesional dengan berkesan,
• Agensi dan institusi latihan perguruan patut menyediakan keperluan yang jelas dan
lengkap seperti dasar, kurikulum, infrastruktur, tenaga pengajar, sumber pengajaran
dan pembelajaran, serta jaminan kualiti untuk membolehkan proses latihan
dijalankan dengan lancar, berkesan dan bermutu tinggi,
• KPM sedang berusaha untuk melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan guru
yang dapat dijadikan showcase. Justeru itu, adalah wajar standard bagi institusi
latihan perguruan diwujudkan, dan
• Standard Guru Malaysia menggariskan kriteria dan standard am guru selaras
dengan Malaysian Qualifications Framework (MQF) yang menggariskan kriteria dan
standard am pendidikan tinggi.
T U J U A N
Standard Guru Malaysia digubal bagi tujuan yang berikut:
• mengenal pasti tahap kompetensi profesional guru dalam aspek amalan nilai
profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman, serta kemahiran
pengajaran dan pembelajaran,
• mengenal pasti tahap penyediaan dan pelaksanaan keperluan latihan oleh agensi
dan institusi latihan perguruan bagi menjamin tahap kompetensi guru yang
ditetapkan tercapai.
Standard Guru Malaysia akan dapat mengenal pasti dasar dan strategi pembangunan
pendidikan guru yang patut ditambahbaik sejajar dengan perkembangan dan cabaran
semasa dunia pendidikan.
P E N G G U B A L A N
Penggubalan SGM adalah berasaskan kepada prinsip dan proses yang berikut:
• Pernyataan Standard dan Keperluan jelas, tepat, relevan, praktikal, adil, dan
realistik,
• Standard dan Keperluan yang dicadangkan adalah berasaskan kajian serta
penandaarasan, dan
• Proses penggubalan dilaksanakan secara kolaboratif, telus, terbuka dan persetujuan
bersama dengan pihak-pihak berkepentingan.
G L O S A R I
Berikut adalah penjelasan kepada istilah yang digunakan dalam dokumen Standard Guru
Malaysia, Panduan Standard Guru Malaysia dan Instrumen Standard Guru Malaysia.
• Guru
Tiga kategori guru yang dimaksudkan ialah guru terlatih yang sedang mengajar di sekolah,
guru terlatih yang sedang mengikuti kursus dalam perkhidmatan di institusi latihan
perguruan, dan guru pelatih yang sedang mengikuti kursus praperkhidmatan di institusi
latihan perguruan.
• Institusi Pendidikan
Sekolah atau mana-mana tempat lain, di mana dalam menjalankan kerja sesuatu organisasi
atau institusi, individu lazimnya diajar, sama ada di dalam satu kelas atau lebih.
• Standard
Pernyataan kompetensi profesional yang patut dicapai oleh guru.
• Keperluan
Pernyataan aspek latihan perguruan yang patut disediakan dan dilaksanakan oleh agensi
dan institusi latihan perguruan.
• Bilik Darjah
Lokasi dan ruang di mana sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan, termasuk bilik
kuliah, bengkel dan makmal.
• Kompetensi
Kemahiran profesional guru berdasarkan amalan nilai profesionalisme, pengetahuan dan
kefahaman, dan kemahiran pengajaran dan pembelajaran.
• Institusi Latihan Perguruan
Organisasi yang bertanggungjawab mereka bentuk dan melaksanakan latihan perguruan
termasuklah IPG dan fakulti pendidikan di Institusi Pengajian Tinggi (IPT).
• Agensi Latihan Perguruan
Organisasi yang menggubal dasar dan memantau pelaksanaan latihan perguruan seperti
Kementerian Pengajian Tinggi dan BPG
• Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM)
Institusi yang melaksanakan latihan perguruan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia.
• Sekolah
Institusi pendidikan ini merangkumi sekolah rendah dan menengah, sekolah teknik, sekolah
pendidikan khas, sekolah vokasional.
• Murid
Pelajar sekolah yang menerima pengajaran dan pembelajaran daripada guru.
• Program
Susunan kursus dan isi kandungan pembelajaran yang dirancang serta direka bentuk bagi
suatu tempoh tertentu untuk mencapai hasil pembelajaran seperti yang ditentukan dalam
matlamat dan objektifnya. Program yang dimaksudkan akan menjurus kepada
penganugerahan sesuatu kelayakan.
• Kursus
Unit asas pembelajaran yang membentuk sesuatu program, mempunyai hasil khusus,
kandungan dan kaedah pengajaran dan pembelajaran serta kaedah penilaian bagi
menyokong pencapaian hasil pembelajaran.
• Kurikulum
Skop dan isi kandungan sesuatu mata pelajaran di institusi latihan perguruan. Kurikulum
merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan, dan
kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang pelajar dengan sepenuhnya dari
segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai
moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.
• Aktiviti Kokurikulum
Aktiviti persatuan atau kelab, sukan dan olahraga, serta unit beruniform yang wajib diikuti
oleh semua guru pelatih yang mengikuti latihan perguruan.
• Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS)
Guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) ditempatkan di sekolah
selama satu minggu untuk memberi peluang kepada mereka memahami sekolah sebagai
sebuah institusi pendidikan dan peranan guru di dalam bilik darjah melalui pemerhatian,
penelitian dokumen, refleksi dan interaksi dengan guru dan komuniti sekolah.
• Minggu Orientasi Sekolah (MOS)
Guru pelatih Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI SR) Jawi, Quran,
bahasa Arab dan Fardu Ain (j-QAF) ditempatkan di sekolah selama satu minggu untuk
memberi peluang kepada mereka memahami sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan
dan peranan guru di dalam bilik darjah melalui pemerhatian, penelitian dokumen, refleksi
dan interaksi dengan guru dan komuniti sekolah.
• Praktikum
Semua guru pelatih yang mengikuti latihan perguruan di tempatkan di sekolah untuk
pengalaman praktik di dalam dan di luar bilik darjah. Praktikum menyediakan peluang
kepada guru pelatih mempraktikkan teori dalam amalan pengajaran dan pembelajaran serta
menghasilkan teori pengajaran dan pembelajaran yang tersendiri.
• Penilaian
Pengukuran berterusan yang dijalankan sepanjang tempoh kursus pengajian atau program
latihan dan termasuklah apa-apa peperiksaan bertulis yang membawa markah atau gred
bagi sesuatu kursus atau program latihan atau sebahagian daripadanya.
• Pembangunan Profesionalisme Berterusan
Program latihan secara sistematik yang menjurus ke arah peningkatan profesionalisme dan
pembangunan kerjaya serta kecemerlangan perkhidmatan.
• Hasil Pembelajaran
Penguasaan guru dalam amalan nilai profesionalisme keguruan, ilmu pengetahuan dan
kefahaman serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran.
• Pihak Berkepentingan
Pihak yang mempunyai kepentingan bersama secara langsung dalam konteks
perkhidmatan pendidikan. Contohnya sekolah, ibu bapa, penaja, ketua perkhidmatan.
• Budaya IPG
Amalan kerja warga IPG bertujuan mewujudkan identiti institusi unggul yang melahirkan
guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung
aspirasi negara, serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan
individu, dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan
berdisiplin.
• Infrastruktur
Kemudahan fizikal di institusi latihan perguruan bagi menyokong penterjemahan dan
pelaksanaan kurikulum serta kokurikulum yang berkesan, bermakna dan menyeronokkan.
• Infostruktur
Pemilihan dan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) secara berkesan,
jaringan dalaman dan luaran serta perkhidmatan pusat sumber.
• Pengurusan Kualiti
Mekanisme dan kerangka kualiti semua proses aktiviti organisasi bagi menjamin kualiti
produk dan perkhidmatan yang ditawarkan.
• Pendidik Guru
Merupakan individu yang bertauliah yang melatih guru di institusi latihan perguruan.
K E R A N G K A S G M
Pengertian Standard Guru Malaysia
Standard Guru Malaysia ialah pernyataan kompetensi profesional yang patut dicapai oleh
guru (Standard) dan pernyataan aspek yang patut disediakan serta dilaksanakan oleh
agensi dan institusi latihan perguruan (Keperluan).
• Asas Penentuan Standard Dan Keperluan
Perincian Standard dan Keperluan adalah berasaskan kepada aspek yang berikut:
• Misi Nasional
Bagi mencapai prestasi yang tinggi dan impak maksimum daripada pembangunan nasional,
Misi Nasional telah menggariskan lima teras utama seperti yang berikut:
• meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai lebih tinggi,
• meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk
minda kelas pertama,
• menangani masalah ketidakseimbangan sosio-ekonomi yang berterusan
secara membina dan produktif,
• meningkatkan tahap dan kemampuan kualiti hidup, dan
• mengukuhkan keupayaan institusi dan pelaksanaan.
• Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)
"Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang
dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab
dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."
• Falsafah Pendidikan Guru (FPG)
"Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung
aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin pembangunan
individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan
berdisiplin."
• Tatasusila Profesion Keguruan
Bagi menjaga nama baik profesion keguruan serta meningkatkan lagi mutu profesion,
semua guru di Malaysia tertakluk kepada Tatasusila Profesion Keguruan yang disediakan
dalam bentuk ikrar seperti berikut:
"Kami, guru Malaysia, yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah berusaha menuju ke
arah pembentukan warganegara yang berilmu, yang taat setia, yang bertanggungjawab dan
berkebolehan, yang menyedari betapa pentingnya usaha kami ke arah kebenaran dan ke
arah pencapaian hasrat yang gemilang, dan yang percaya akan demokrasi, kebebasan
perseorangan dan prinsip-prinsip Rukunegara.
Melalui pendidikan, masyarakat dapat membantu anak mudanya memahami kebudayaan
mereka, memperoleh pengetahuan yang terkumpul sejak zaman berzaman dan
menyediakan mereka untuk menghadapi cabaran masa hadapan.
Dengan menyedari betapa besarnya tanggungjawab membimbing anak muda untuk
mencapai kemajuan sepenuhnya maka dengan ini kami menerima tatasusila berikut
sebagai panduan untuk membolehkan kami menyempurnakan profesion kami ke taraf
kesusilaan yang setinggi-tingginya"; (i) tanggungjawab terhadap pelajar, (ii) tanggungjawab
terhadap ibu bapa (iii) tanggungjawab terhadap negara dan (iv) tanggungjawab terhadap
rakan sejawat dan profesion keguruan.
• Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia
Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia perlu dilaksanakan dan dihayati berdasarkan
enam prinsip iaitu niat yang betul, perlakuan yang baik, penggerak ke arah kebaikan,
memperkotakan apa yang dikatakan, berdisiplin dan beradab serta menghargai dan
bertanggungjawab terhadap hasil usaha organisasi.
Standard Guru Malaysia juga digubal berdasarkan rujukan dan penandaarasan standard
pendidikan di Malaysia dan standard pendidikan guru di beberapa negara maju.
Standard Guru Malaysia mempunyai dua komponen utama yang saling berkait iaitu
Standard (S) dan Keperluan (K). Sila rujuk Rajah 1.
Komponen SGM
Rajah 1
Standard merangkumi tiga aspek berikut:
Standard 1: Amalan Nilai Profesionalisme Keguruan
Standard ini memperincikan kompetensi amalan nilai profesionalisme keguruan
berdasarkan domain diri, profesion dan sosial, yang patut ada pada seseorang guru.
Standard 2: Pengetahuan dan Kefahaman
Standard ini memperincikan kompetensi ilmu pengetahuan dan kefahaman tentang subjek
pengkhususan, ilmu pendidikan, kurikulum dan kokurikulum yang patut ada pada seseorang
guru.
Standard 3: Kemahiran Pembelajaran dan Pembelajaran
Standard ini memperincikan kompetensi kemahiran pengajaran dan pembelajaran yang
patut dikuasai oleh seseorang guru.
KEPERLUAN
Bagi menyokong dan membantu guru mencapai tahap kompetensi amalan nilai
profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman, serta kemahiran pengajaran dan
pembelajaran yang diharapkan, agensi dan institusi latihan perguruan patut menyediakan
dan melaksanakan keperluan yang berikut:
Keperluan 1: Kelayakan dan Prosedur Pengambilan Calon Program Latihan
Perguruan
Keperluan ini memperincikan syarat dan kriteria serta prosedur pengambilan calon program
latihan perguruan.
Keperluan 2: Latihan, Pentaksiran dan Penilaian
Keperluan ini memperincikan program latihan, sistem pemantauan, dan pentaksiran dan
penilaian.
Keperluan 3: Kolaborasi
Keperluan ini memperincikan permuafakatan antara agensi dan institusi latihan perguruan
dengan pihak sekolah, institusi pendidikan tinggi tempatan dan luar negara, badan bukan
kerajaan serta lain-lain institusi yang boleh memantapkan lagi latihan perguruan.
Keperluan 4: Infrastruktur dan Infostruktur
Keperluan ini memperincikan prasarana pengajaran dan pembelajaran, informasi dan
komunikasi bagi mengoptimum kecekapan dan keberkesanan program latihan.
Keperluan 5: Jaminan Kualiti
Keperluan ini memperincikan semua aspek perancangan dan pelaksanaan dasar, strategi,
prosedur serta aktiviti bagi mewujudkan keyakinan bahawa kualiti latihan sentiasa
terpelihara dan ditingkatkan secara berterusan.
Perincian standard dan keperluan yang digariskan amat penting bagi menjamin program
latihan yang dilaksanakan akan menghasilkan guru yang kompeten, kreatif, inovatif, dan
berketerampilan.
MODEL STANDARD GURU MALAYSIA
Model SGM
Guru (digambarkan oleh huruf G) yang dihasratkan oleh Malaysia mempunyai kompetensi
yang tinggi dalam aspek amalan nilai profesionalisme keguruan (Standard 1), pengetahuan
dan kefahaman (Standard 2) serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran (Standard 3).
Ketiga-tiga standard tersebut digambarkan oleh tiga lingkaran kecil yang bertindan;
membawa maksud ketiga-tiga aspek kompetensi yang dikuasai oleh guru adalah saling
berkait dan bersepadu.
Lingkaran besar putih yang melingkari Standard menggambarkan Keperluan utama yang
patut disediakan oleh agensi dan institusi latihan perguruan bagi menyokong dan membantu
guru mencapai Standard. Keperluan yang dimaksudkan ialah kelayakan masuk dan
prosedur pengambilan calon program latihan perguruan (Keperluan 1), latihan, pentaksiran
dan penilaian program perguruan (Keperluan 2), kolaborasi (Keperluan 3), infrastruktur dan
infostruktur (Keperluan 4), dan jaminan kualiti (Keperluan 5).
Lingkaran besar yang memagari Keperluan menggambarkan asas penentuan Standard dan
Keperluan iaitu Misi Nasional, Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Falsafah Pendidikan Guru,
Tatasusila Profesion Keguruan, dan Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia,
Glob di tengah-tengah lingkaran Standard merujuk kepada kualiti guru bertaraf dunia yang
dipertanggungjawab membangunkan modal insan berminda kelas pertama, iaitu menguasai
ilmu dan kemahiran tinggi, menjunjung nilai budaya bangsa, memiliki semangat patriotisme
yang utuh, mempunyai daya saing yang tinggi dan berwibawa.
P E R I N C I A N S T A N D A R D
Standard 1: Amalan Nilai Profesionalisme Keguruan
Amalan Nilai Profesionalisme Keguruan digubal berlandaskan budaya Institut Pendidikan
Guru (IPG), Tatasusila Profesion Keguruan, nilai murni dalam kurikulum sekolah, nilai utama
dalam Perkhidmatan Awam, prinsip utama Etika Kerja KPM, dan Tonggak Dua Belas.
Standard ini mempunyai tiga domain utama iaitu:
S1.1 Domain Diri
Domain ini merujuk kepada pegangan nilai diri guru yang sedia ada dan patut dikembangkan
supaya guru boleh memberi sumbangan yang lebih berkesan kepada profesion keguruan
bagi mencapai matlamat sistem pendidikan negara.
Nilai-nilai yang difokuskan dalam domain ini ialah kepercayaan kepada Tuhan, amanah,
ikhlas, berilmu, kasih sayang, sabar, budi bahasa, adil, bertimbang rasa, daya tahan, daya
saing dan, tahan lasak, cergas, aktif dan sihat, kemahiran interpersonal dan intrapersonal,
semangat sukarela, dan efisien.
S1.2 Domain Profesion
Domain ini merujuk kepada pegangan nilai yang patut diamalkan secara telus oleh guru
dalam menjalankan tugasnya sebagai seorang guru yang profesional. Nilai-nilai yang
ditekankan dalam domain ini adalah kecintaan terhadap profesion, berketerampilan, integriti,
teladan, mengamalkan kerja sepasukan, proaktif, kreatif dan inovatif.
S1.3 Domain Sosial
Guru berperanan sebagai agen sosialisasi dan penjana modal insan dalam masyarakat.
Nilai-nilai utama yang patut diamalkan oleh guru adalah keharmonian, kemahiran sosial,
semangat bermasyarakat, patriotisme dan kecintaan terhadap alam sekitar.
Standard 2: Pengetahuan dan Kefahaman
Guru yang memiliki dan menguasai ilmu yang mantap dapat meningkatkan profesionalisme
keguruan, melaksanakan tugas dengan cekap dan berkesan serta menjadi lebih kreatif dan
inovatif.
Bidang pengetahuan yang patut dikuasai oleh guru adalah seperti yang berikut:
S2.1 Falsafah, matlamat, dan objektif pendidikan yang menjadi teras dalam pelaksanaan
pengajaran dan pembelajaran.
S2.2 Falsafah, matlamat, objektif kurikulum dan kokurikulum, hasil pembelajaran, dan
keperluan pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran yang diajarkan.
S2.3 Kandungan mata pelajaran yang diajarkan.
S2.4 Kandungan Ilmu Pendidikan
S2.5 Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK), media dan sumber pendidikan dalam
pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum.
S2.6 Strategi untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif.
S2.7 Kaedah pentaksiran dan penilaian, dan penyelidikan tindakan untuk menambahbaik
amalan pengajaran dan pembelajaran.
S2.8 Potensi murid dan cara mengembangkannya secara menyeluruh dan bersepadu.
Standard 3: Kemahiran Pengajaran dan Pembelajaran
Standard ini memfokuskan kebolehan guru untuk membuat perancangan, pelaksanaan dan
penilaian pengajaran dan pembelajaran akademik dan kokurikulum.
Kemahiran yang patut ada pada semua guru adalah seperti yang berikut:
S3.1 Kemahiran menyediakan perancangan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan
Sukatan Pelajaran dan takwim dengan mengambil kira perbezaan kebolehan, pengetahuan
sedia ada, serta jangkaan pencapaian murid.
S3.2 Kemahiran melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan
pelbagai pendekatan, kaedah dan teknik serta mengintegrasikan kemahiran berfikir,
kemahiran belajar, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran pemudah cara
dan kemahiran mentaksir dan menilai.
S3.3 Kemahiran memantau, mentaksir dan menilai keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran bertujuan memperbaik pengajaran guru dan meningkatkan pencapaian murid.
S3.4 Kemahiran mengurus bilik darjah; melibatkan pengurusan hubungan kemanusiaan,
masa, ruang, dan sumber untuk mencapai pembelajaran yang bermakna dan berkesan.
P E R I N C I A N K E P E R L U A N
Agensi dan institusi latihan perguruan patut menyediakan keperluan latihan dengan
mengambil kira dasar kerajaan, peruntukan kewangan, pekeliling am dan arahan
pentadbiran, tuntutan serta perkembangan semasa. Lima keperluan penting latihan
perguruan telah dikenalpasti bagi memastikan guru mencapai tahap kompetensi yang
diharapkan iaitu:
Keperluan 1: Kelayakan Masuk dan Prosedur Kemasukan Program Latihan Perguruan
Untuk memastikan permohonan yang layak sahaja ditawarkan mengikuti program latihan
perguruan, agensi dan institusi latihan perguruan patut mematuhi syarat dan prosedur
berikut:
K1.1 Mengiklankan permohonan
K1.2 Menapis semua permohonan dan memanggil calon yang layak untuk menduduki ujian
kelayakan
K1.3 Memanggil calon guru yang melepasi ujian kelayakan pada tahap yang ditetapkan
untuk menghadiri temu duga
K1.4 Melaksanakan sesi temu duga calon guru
K1.5 Membuat tawaran kepada calon guru yang berjaya
K1.6 Mendaftar calon guru berpandukan buku panduan pendaftaran
K1.7 Menandatangani perjanjian latihan perguruan
Keperluan 2: Latihan, Pentaksiran dan Penilaian
Bagi memenuhi keperluan latihan, pentaksiran dan penilaian latihan perguruan, agensi dan
institusi latihan perguruan patut menyediakan perkara berikut:
K2.1 Kurikulum latihan
K2.2 Sumber manusia yang berkelayakan, kompeten, dan mencukupi
K2.3 Program terancang bagi guru pelatih memperoleh pengetahuan dan pengalaman di
sekolah
K2.4 Sumber pengajaran dan pembelajaran
K2.5 Pentaksiran dan penilaian berdasarkan peraturan peperiksaan dan penilaian yang
sedang berkuatkuasa
Keperluan 3: Kolaborasi
Bagi meningkatkan lagi kualiti latihan perguruan, agensi dan institusi latihan perguruan patut
mewujudkan permuafakatan dengan pelbagai pihak seperti yang berikut:
K3.1 Sekolah
K3.2 Institusi pengajian tinggi tempatan dan luar negara
K3.3 Badan bukan kerajaan seperti persatuan, unit beruniform, serta sukan dan permainan
Keperluan 4: Infrastruktur dan Infostrktur
Bagi menyokong pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan, bermakna dan
menyeronokkan, agensi dan institusi latihan perguruan patut menyediakan prasarana dan
sumber yang lengkap dan terkini seperti yang berikut:
K4.1 Menyediakan kemudahan fizikal yang sesuai dan mencukupi bagi memenuhi keperluan
kurikulum dan kokurikulum, pengurusan dan pentadbiran, serta kebajikan pelajar dan staf
berdasarkan spesifikasi standard dan kos yang sedang berkuatkuasa.
K4.2 Menyediakan rangkaian infostruktur yang bersepadu untuk menyokong aktiviti
pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan dan pentadbiran.
Keperluan 5: Jaminan Kualiti
Mekanisme jaminan kualiti merupakan aspek penting bagi memastikan latihan perguruan
yang dilaksanakan kekal bermutu tinggi. Pemantauan, penilaian, dan pelaporan perlu dibuat
terhadap perkara-perkara berikut bagi menjamin kualiti latihan perguruan:
K5.1 Pemastian jaminan kualiti terhadap Standard
K5.2 Pemastian jaminan kualiti terhadap Keperluan
K5.3 Penandaarasan latihan perguruan
K5.4 Pemastian Kod Amalan Jaminan Kualiti Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)
I N S T R U M E N S G M
Instrumen SGM secara Online pada masa kini boleh dilaksanakan secara online menerusi
URL berikut:
http://www.didik.my/sgm
Semua guru telah didaftarkan dan menggunakan No KP sebagai ID utama dan perlu
memasukkan kata lalauan untuk akses ke instrumen Online.
Pengguna baru perlu mendaftarkan diri dan mengunakan No Kad pengenalan utama
sebagai id pengguna.
Instrumen SGM Ofline
Instrumen secara Ofline juga boleh dilaksanakan dengan menjawab soalan-soalan
menerusi sgm_ofline.xls. Fail tersebut boleh dimuat turun daripada portal ini dan
pindahkan ke komputer anda. Pengguna fail ini perlu buat sedikit konfigurasi pada aplikasi
excel sebelum menggunakan fail ini. Klik pada tab (Security Setting) untuk kaedah
konfigurasi
Instrumen ini dibangunkan bagi membolehkan semua Pengurusan Pendidikan Guru, Warga
Pendidik dan bakal guru menilai secara kendiri perkara-perkara yang berkaitan Standard
Guru Malaysia terhadap diri masing-masing. Pengguna perlu menjawab semua soalan yang
dikemukakan seikhlas mungkin bagi memberi penilaian yang tepat terhadap tahap standard
keguruan masing-masing.
Manual Instrumen
Instrumen SGM berskala Likert 4 mata yang diberi nilai
• 1 untuk sangat lemah,
• 2 untuk lemah,
• 3 untuk baik, dan
• 4 untuk cemerlang
1. Sangat lemah
• Pencapaian fungsi utama secara tekal tidak mencapai tahap standard dan sangat
memerlukan penambahbaikan untuk mencapai tahap lemah.
2. Lemah
• Pencapaian fungsi utama kadangkala tidak mencapai tahap standard dan memerlukan
penambahbaikan untuk mencapai tahap baik.
3. Baik
•Pencapaian fungsi utama secara tekal mencapai tahap standard yang dihasratkan dan
sedikit penambahbaikan dapat mencapai tahap cemerlang.
4. Cemerlang
•Pencapaian fungsi utama secara tekal menepati tahap standard yang dihasratkan.
Terdapat : 70 Soalan dalam Instrumen SGM secara Ofline.
Standard 1 -Amalan Nilai Profesional Keguruan - Terbahagi kepada 3 Domain iaitu :
(26 Soalan)
1. DOMAIN DIRI - 14 Soalan
2. DOMAIN PROFESIONAL - 7 Soalan
3. DOMAIN SOSIAL - 5 Soalan
Standard 2 -Pengetahuan dan Kefahaman - Terbahagi kepada 8 Domain iaitu : (20
Soalan)
1. Falsafah, matlamat, dan objektif pendidikan yang menjadi teras dalam pelaksanaan
pengajaran dan pembelajaran -2 Soalan
2. Falsafah, matlamat, objektif kurikulum dan kokurikulum, hasil pembelajaran, dan
keperluan pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran yang diajarkan - 3
Soalan
3. Kandungan mata pelajaran yang diajarkan - 1 Soalan
4. Kandungan Ilmu pendidikan - 7 soalan
5. Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK), media dan sumber pendidikan dalam
pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum - 1 soalan
6. Strategi untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif - 3 soalan
7. Kaedah pentaksiran dan penilaian, dan penyelidikan tindakan untuk menambahbaik
amalan pengajaran dan pembelajaran - 2 soalan
8. Potensi murid dan cara mengembangkannya secara menyeluruh dan bersepadu - 1
soalan
Standard 3 : Kemahiran - Soalan Standard Terbahagi kepada 4 Kemahiran iaitu . (24
Soalan)
1. Kemahiran Menyediakan Perancangan Pengajaran dan Pembelajaran - 11
Soalan
2. Kemahiran Melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran - 8 Soalan
3. Kemahiran Memantau, Mentafsir dan Menilai - 2 Soalan
4. Kemahiran Mengurus Bilik Darjah - 3 soalan
P E N U T U P
Standard Guru Malaysia menetapkan tahap pencapaian kompetensi profesional yang patut
dicapai oleh guru untuk menjamin dan mengekalkan pendidikan yang berkualiti kepada
warganegara Malaysia kini dan akan datang. Buku Standard Guru Malaysia, bersama-sama
dengan buku Panduan Standard Guru Malaysia dan Manual Instrumen Standard Guru
Malaysia akan dapat memastikan guru yang dihasilkan mempunyai kompetensi yang tinggi
dalam aspek amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman serta
kemahiran pengajaran dan pembelajaran.

More Related Content

What's hot

Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
Kalai Shan
 
Bab1 pengenalan teknologi pendidikan
Bab1 pengenalan teknologi pendidikanBab1 pengenalan teknologi pendidikan
Bab1 pengenalan teknologi pendidikan
Siti Zulaikha
 
Bahan bantu mengajar
Bahan bantu mengajarBahan bantu mengajar
Bahan bantu mengajar
Hananie Halim
 
Guru dan cabaran semasa (guru dan perundangan) 11
Guru dan cabaran semasa (guru dan perundangan) 11Guru dan cabaran semasa (guru dan perundangan) 11
Guru dan cabaran semasa (guru dan perundangan) 11
farhani87
 
Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran
Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaranPendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran
Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran
BynaNie MaiRa
 
Ciri-ciri murid berkeperluan khas
Ciri-ciri murid berkeperluan khasCiri-ciri murid berkeperluan khas
Ciri-ciri murid berkeperluan khas
Wan Izimasha
 

What's hot (20)

Guru berjiwa pendidik
Guru berjiwa pendidikGuru berjiwa pendidik
Guru berjiwa pendidik
 
Edup3063 - Laporan pentaksiran ujian
Edup3063 -   Laporan pentaksiran ujianEdup3063 -   Laporan pentaksiran ujian
Edup3063 - Laporan pentaksiran ujian
 
Perbezaan individu
Perbezaan individuPerbezaan individu
Perbezaan individu
 
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
 
PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRI
PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRIPEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRI
PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRI
 
Bab1 pengenalan teknologi pendidikan
Bab1 pengenalan teknologi pendidikanBab1 pengenalan teknologi pendidikan
Bab1 pengenalan teknologi pendidikan
 
Bahan bantu mengajar
Bahan bantu mengajarBahan bantu mengajar
Bahan bantu mengajar
 
Kaedah main peranan
Kaedah main perananKaedah main peranan
Kaedah main peranan
 
Topik 3 visual untuk pengajaran dan pembelajaran
Topik 3 visual untuk pengajaran dan pembelajaranTopik 3 visual untuk pengajaran dan pembelajaran
Topik 3 visual untuk pengajaran dan pembelajaran
 
Guru dan cabaran semasa (guru dan perundangan) 11
Guru dan cabaran semasa (guru dan perundangan) 11Guru dan cabaran semasa (guru dan perundangan) 11
Guru dan cabaran semasa (guru dan perundangan) 11
 
Cara Untuk Meningkatkan Profesionalisme Guru.docx
Cara Untuk Meningkatkan Profesionalisme Guru.docxCara Untuk Meningkatkan Profesionalisme Guru.docx
Cara Untuk Meningkatkan Profesionalisme Guru.docx
 
Refleksi Pertengahan Praktikum- Aishah.pptx
Refleksi Pertengahan Praktikum- Aishah.pptxRefleksi Pertengahan Praktikum- Aishah.pptx
Refleksi Pertengahan Praktikum- Aishah.pptx
 
Ciri dan prinsip pentaksiran
Ciri dan prinsip pentaksiranCiri dan prinsip pentaksiran
Ciri dan prinsip pentaksiran
 
Perbezaan KLSR, KBSR & KSSR (Pendidikan Islam Sekolah Rendah)
Perbezaan KLSR, KBSR & KSSR (Pendidikan Islam Sekolah Rendah)Perbezaan KLSR, KBSR & KSSR (Pendidikan Islam Sekolah Rendah)
Perbezaan KLSR, KBSR & KSSR (Pendidikan Islam Sekolah Rendah)
 
Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran
Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaranPendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran
Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran
 
Ciri-ciri murid berkeperluan khas
Ciri-ciri murid berkeperluan khasCiri-ciri murid berkeperluan khas
Ciri-ciri murid berkeperluan khas
 
10. contoh rph -
10. contoh rph -10. contoh rph -
10. contoh rph -
 
Penjajaran Konstruktif
Penjajaran Konstruktif Penjajaran Konstruktif
Penjajaran Konstruktif
 
Ringkasan pppm 2013 2025
Ringkasan pppm 2013 2025Ringkasan pppm 2013 2025
Ringkasan pppm 2013 2025
 
Laluan kerjaya guru
Laluan kerjaya guruLaluan kerjaya guru
Laluan kerjaya guru
 

Similar to Standard guru malaysia

Standard guru malaysia pensijilan gu ru
Standard guru malaysia pensijilan gu ruStandard guru malaysia pensijilan gu ru
Standard guru malaysia pensijilan gu ru
huda hamdan
 
Standard+guru+malaysia%5 bsgm%5d
Standard+guru+malaysia%5 bsgm%5dStandard+guru+malaysia%5 bsgm%5d
Standard+guru+malaysia%5 bsgm%5d
Hishamuddin Jabar
 
Standard guru
Standard guruStandard guru
Standard guru
Are Fade
 
DDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDD
DDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDD
DDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDD
ssuser60f944
 
264711697 kumpulan7-kualiti-guru
264711697 kumpulan7-kualiti-guru264711697 kumpulan7-kualiti-guru
264711697 kumpulan7-kualiti-guru
Nor Aminah
 
20120302140301 kpf 4013 kuliah 9
20120302140301 kpf 4013   kuliah 920120302140301 kpf 4013   kuliah 9
20120302140301 kpf 4013 kuliah 9
Norhidayah Othman
 
Mulyati ojl 1 (Diklat Cakep Bab 1)
Mulyati ojl 1 (Diklat Cakep Bab 1)Mulyati ojl 1 (Diklat Cakep Bab 1)
Mulyati ojl 1 (Diklat Cakep Bab 1)
Mulyati Rahman
 
Kursus orientasi dskp tahun 4 19082013 terkini
Kursus orientasi dskp tahun 4 19082013 terkiniKursus orientasi dskp tahun 4 19082013 terkini
Kursus orientasi dskp tahun 4 19082013 terkini
mohdnoor80
 
Tugasan 3083 noraini mat noor baiki
Tugasan 3083 noraini mat noor baikiTugasan 3083 noraini mat noor baiki
Tugasan 3083 noraini mat noor baiki
muhammad
 

Similar to Standard guru malaysia (20)

Standard guru malaysia pensijilan gu ru
Standard guru malaysia pensijilan gu ruStandard guru malaysia pensijilan gu ru
Standard guru malaysia pensijilan gu ru
 
Standard+guru+malaysia%5 bsgm%5d
Standard+guru+malaysia%5 bsgm%5dStandard+guru+malaysia%5 bsgm%5d
Standard+guru+malaysia%5 bsgm%5d
 
Standard guru
Standard guruStandard guru
Standard guru
 
Pensijilan guru
Pensijilan guruPensijilan guru
Pensijilan guru
 
Buku 3 final 2016
Buku 3 final 2016Buku 3 final 2016
Buku 3 final 2016
 
DDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDD
DDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDD
DDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDDD
 
3 permasalahan pm
3 permasalahan pm3 permasalahan pm
3 permasalahan pm
 
JURNAL TESIS.pdf
JURNAL TESIS.pdfJURNAL TESIS.pdf
JURNAL TESIS.pdf
 
264711697 kumpulan7-kualiti-guru
264711697 kumpulan7-kualiti-guru264711697 kumpulan7-kualiti-guru
264711697 kumpulan7-kualiti-guru
 
KUALITI GURU
KUALITI GURUKUALITI GURU
KUALITI GURU
 
20120302140301 kpf 4013 kuliah 9
20120302140301 kpf 4013   kuliah 920120302140301 kpf 4013   kuliah 9
20120302140301 kpf 4013 kuliah 9
 
13. Persediaan Sebagai Guru
13. Persediaan Sebagai Guru13. Persediaan Sebagai Guru
13. Persediaan Sebagai Guru
 
Kualiti guru
Kualiti guruKualiti guru
Kualiti guru
 
KUALITI GURU
KUALITI GURUKUALITI GURU
KUALITI GURU
 
K7 kualiti-guru-final
K7 kualiti-guru-finalK7 kualiti-guru-final
K7 kualiti-guru-final
 
Mulyati ojl 1 (Diklat Cakep Bab 1)
Mulyati ojl 1 (Diklat Cakep Bab 1)Mulyati ojl 1 (Diklat Cakep Bab 1)
Mulyati ojl 1 (Diklat Cakep Bab 1)
 
Kursus orientasi dskp tahun 4 19082013 terkini
Kursus orientasi dskp tahun 4 19082013 terkiniKursus orientasi dskp tahun 4 19082013 terkini
Kursus orientasi dskp tahun 4 19082013 terkini
 
Tugasan 3083 noraini mat noor baiki
Tugasan 3083 noraini mat noor baikiTugasan 3083 noraini mat noor baiki
Tugasan 3083 noraini mat noor baiki
 
Tesis caroline lorena_david
Tesis caroline  lorena_davidTesis caroline  lorena_david
Tesis caroline lorena_david
 
Profesi guru
Profesi guruProfesi guru
Profesi guru
 

More from Sivanitha Sivanantham (6)

Sjkt rpt tmk_tahun_5
Sjkt rpt tmk_tahun_5Sjkt rpt tmk_tahun_5
Sjkt rpt tmk_tahun_5
 
Rpt sn t3
Rpt sn t3Rpt sn t3
Rpt sn t3
 
Fun science titles
Fun science titlesFun science titles
Fun science titles
 
Ekonomi ppt pdf
Ekonomi ppt pdfEkonomi ppt pdf
Ekonomi ppt pdf
 
Analisis item soalan sains
Analisis item soalan sainsAnalisis item soalan sains
Analisis item soalan sains
 
Penataran sains upsr
Penataran sains upsrPenataran sains upsr
Penataran sains upsr
 

Recently uploaded

HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.pptHAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
nabilafarahdiba95
 
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptxContoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
IvvatulAini
 

Recently uploaded (20)

vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxvIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
 
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptxPPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
 
Konseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusia
Konseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusiaKonseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusia
Konseptual Model Keperawatan Jiwa pada manusia
 
Memperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptx
Memperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptxMemperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptx
Memperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptx
 
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.pptHAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
 
Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...
Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...
Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...
 
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptxContoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
 
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKAKELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
 
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
 
Penyuluhan DM Tipe II Kegiatan Prolanis.ppt
Penyuluhan DM Tipe II Kegiatan Prolanis.pptPenyuluhan DM Tipe II Kegiatan Prolanis.ppt
Penyuluhan DM Tipe II Kegiatan Prolanis.ppt
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
 
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
 
Program Kerja Public Relations - Perencanaan
Program Kerja Public Relations - PerencanaanProgram Kerja Public Relations - Perencanaan
Program Kerja Public Relations - Perencanaan
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdfProv.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
 

Standard guru malaysia

  • 1. S T A N D A R D G U R U M A L A Y S I A ( S G M ) Standard Guru Malaysia (SGM) menggariskan kompetensi profesional yang patut dicapai oleh guru, dan keperluan yang patut disediakan oleh agensi dan institusi latihan perguruan bagi membantu guru mencapai tahap kompetensi yang ditetapkan. Dokumen ini disediakan sebagai panduan dan rujukan kepada guru, pendidik guru, agensi dan institusi latihan perguruan dalam usaha untuk melahirkan dan melestarikan guru berkualiti. Dokumen ini akan disemak semula secara berkala bagi tujuan penambahbaikan berterusan. L A T A R B E L A K A N G Malaysia memberi penekanan tinggi terhadap pembangunan modal insan kelas pertama di mana bina upaya adalah pendekatan utama ke arah mencapai status negara maju pada tahun 2020. Modal insan adalah harta yang boleh disuntik nilai tambahnya, diinjakkan nilai inteleknya serta diperbanyakkan modal budayanya. Pembangunan modal insan berkualiti bergantung kepada pendidikan berkualiti; yang dapat menghasilkan individu yang mempunyai jati diri yang kukuh, berketerampilan, berkeperibadian mulia, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi bagi mengisi keperluan negara maju. Pendidikan juga perlu membentuk modal insan yang mampu berfikiran kritis dan kreatif, berkemahiran menyelesaikan masalah, berkeupayaan mencipta peluang baru, mempunyai daya tahan serta kebolehan untuk berhadapan dengan persekitaran global yang sering berubah. Dalam abad ke-21 ini, negara menghadapi cabaran baru kesan daripada globalisasi, liberalisasi, pengantarabangsaan dan perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK). Sehubungan dengan itu Malaysia memerlukan modal insan yang juga celik TMK, progresif dan mampu bersaing di pasaran kerja global. Pembangunan sistem pendidikan bertaraf dunia mengikut acuan Malaysia adalah agenda utama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Justeru itu, guru perlu memahami, menunjukkan kesungguhan, dan mempunyai iltizam yang tinggi dalam melaksanakan daya usaha dan pendekatan baru ke arah usaha untuk meningkatkan kualiti pendidikan seperti petikan yang berikut: ”... as the most significant and costly resource in schools, teachers are central to school improvement efforts. Improving the efficiency and equity of schooling depends, in large measure, on ensuring that competent people want to work as teachers, that their teaching is of high quality, and that all students have access to high quality teaching.” (Organization for Economic Co-operation and Development; petikan daripada Pelan Induk Pembangunan Pendidikan KPM 2007; hal. 106 ) Kementerian Pelajaran Malaysia telah melaksanakan pelbagai usaha untuk melahirkan guru yang berkualiti dan memastikan mereka yang berkualiti kekal dalam sistem pendidikan negara dan kekal berkualiti di sepanjang tempoh perkhidmatan. Antara langkah yang telah diusahakan termasuklah memantapkan latihan perguruan, menambah baik sistem pemilihan calon guru, melonjakkan kecemerlangan institusi latihan perguruan, dan
  • 2. menambah baik laluan kerjaya serta kebajikan guru. Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Kementerian Pelajaran Malaysia merupakan peneraju utama latihan perguruan di Malaysia. BPG bersama-sama Institut Pendidikan Guru (IPG) dan Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) bertanggungjawab merancang dan melaksanakan latihan perguruan untuk memenuhi keperluan tenaga pengajar di institusi pendidikan seluruh negara. Bagi menjamin guru yang dihasilkan berkualiti tinggi, tiga aspek utama ditekankan iaitu amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman, serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran. Bahagian Pendidian Guru telah mengambil langkah proaktif dalam membangunkan standard guru sebagai panduan dan rujukan kepada guru, pendidik guru, agensi dan institusi latihan perguruan di Malaysia. R A S I O N A L Standard Guru Malaysia ini digubal berdasarkan rasional yang berikut: • Guru perlu mempunyai tahap amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman, serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran yang tinggi bagi membolehkan mereka berfungsi sebagai guru profesional dengan berkesan, • Agensi dan institusi latihan perguruan patut menyediakan keperluan yang jelas dan lengkap seperti dasar, kurikulum, infrastruktur, tenaga pengajar, sumber pengajaran dan pembelajaran, serta jaminan kualiti untuk membolehkan proses latihan dijalankan dengan lancar, berkesan dan bermutu tinggi, • KPM sedang berusaha untuk melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan guru yang dapat dijadikan showcase. Justeru itu, adalah wajar standard bagi institusi latihan perguruan diwujudkan, dan • Standard Guru Malaysia menggariskan kriteria dan standard am guru selaras dengan Malaysian Qualifications Framework (MQF) yang menggariskan kriteria dan standard am pendidikan tinggi. T U J U A N Standard Guru Malaysia digubal bagi tujuan yang berikut: • mengenal pasti tahap kompetensi profesional guru dalam aspek amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman, serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran, • mengenal pasti tahap penyediaan dan pelaksanaan keperluan latihan oleh agensi dan institusi latihan perguruan bagi menjamin tahap kompetensi guru yang ditetapkan tercapai. Standard Guru Malaysia akan dapat mengenal pasti dasar dan strategi pembangunan pendidikan guru yang patut ditambahbaik sejajar dengan perkembangan dan cabaran semasa dunia pendidikan. P E N G G U B A L A N Penggubalan SGM adalah berasaskan kepada prinsip dan proses yang berikut:
  • 3. • Pernyataan Standard dan Keperluan jelas, tepat, relevan, praktikal, adil, dan realistik, • Standard dan Keperluan yang dicadangkan adalah berasaskan kajian serta penandaarasan, dan • Proses penggubalan dilaksanakan secara kolaboratif, telus, terbuka dan persetujuan bersama dengan pihak-pihak berkepentingan. G L O S A R I Berikut adalah penjelasan kepada istilah yang digunakan dalam dokumen Standard Guru Malaysia, Panduan Standard Guru Malaysia dan Instrumen Standard Guru Malaysia. • Guru Tiga kategori guru yang dimaksudkan ialah guru terlatih yang sedang mengajar di sekolah, guru terlatih yang sedang mengikuti kursus dalam perkhidmatan di institusi latihan perguruan, dan guru pelatih yang sedang mengikuti kursus praperkhidmatan di institusi latihan perguruan. • Institusi Pendidikan Sekolah atau mana-mana tempat lain, di mana dalam menjalankan kerja sesuatu organisasi atau institusi, individu lazimnya diajar, sama ada di dalam satu kelas atau lebih. • Standard Pernyataan kompetensi profesional yang patut dicapai oleh guru. • Keperluan Pernyataan aspek latihan perguruan yang patut disediakan dan dilaksanakan oleh agensi dan institusi latihan perguruan. • Bilik Darjah Lokasi dan ruang di mana sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan, termasuk bilik kuliah, bengkel dan makmal. • Kompetensi Kemahiran profesional guru berdasarkan amalan nilai profesionalisme, pengetahuan dan kefahaman, dan kemahiran pengajaran dan pembelajaran. • Institusi Latihan Perguruan Organisasi yang bertanggungjawab mereka bentuk dan melaksanakan latihan perguruan termasuklah IPG dan fakulti pendidikan di Institusi Pengajian Tinggi (IPT). • Agensi Latihan Perguruan Organisasi yang menggubal dasar dan memantau pelaksanaan latihan perguruan seperti Kementerian Pengajian Tinggi dan BPG • Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Institusi yang melaksanakan latihan perguruan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia.
  • 4. • Sekolah Institusi pendidikan ini merangkumi sekolah rendah dan menengah, sekolah teknik, sekolah pendidikan khas, sekolah vokasional. • Murid Pelajar sekolah yang menerima pengajaran dan pembelajaran daripada guru. • Program Susunan kursus dan isi kandungan pembelajaran yang dirancang serta direka bentuk bagi suatu tempoh tertentu untuk mencapai hasil pembelajaran seperti yang ditentukan dalam matlamat dan objektifnya. Program yang dimaksudkan akan menjurus kepada penganugerahan sesuatu kelayakan. • Kursus Unit asas pembelajaran yang membentuk sesuatu program, mempunyai hasil khusus, kandungan dan kaedah pengajaran dan pembelajaran serta kaedah penilaian bagi menyokong pencapaian hasil pembelajaran. • Kurikulum Skop dan isi kandungan sesuatu mata pelajaran di institusi latihan perguruan. Kurikulum merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan, dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang pelajar dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan. • Aktiviti Kokurikulum Aktiviti persatuan atau kelab, sukan dan olahraga, serta unit beruniform yang wajib diikuti oleh semua guru pelatih yang mengikuti latihan perguruan. • Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) Guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) ditempatkan di sekolah selama satu minggu untuk memberi peluang kepada mereka memahami sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan dan peranan guru di dalam bilik darjah melalui pemerhatian, penelitian dokumen, refleksi dan interaksi dengan guru dan komuniti sekolah. • Minggu Orientasi Sekolah (MOS) Guru pelatih Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI SR) Jawi, Quran, bahasa Arab dan Fardu Ain (j-QAF) ditempatkan di sekolah selama satu minggu untuk memberi peluang kepada mereka memahami sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan dan peranan guru di dalam bilik darjah melalui pemerhatian, penelitian dokumen, refleksi dan interaksi dengan guru dan komuniti sekolah. • Praktikum Semua guru pelatih yang mengikuti latihan perguruan di tempatkan di sekolah untuk pengalaman praktik di dalam dan di luar bilik darjah. Praktikum menyediakan peluang kepada guru pelatih mempraktikkan teori dalam amalan pengajaran dan pembelajaran serta
  • 5. menghasilkan teori pengajaran dan pembelajaran yang tersendiri. • Penilaian Pengukuran berterusan yang dijalankan sepanjang tempoh kursus pengajian atau program latihan dan termasuklah apa-apa peperiksaan bertulis yang membawa markah atau gred bagi sesuatu kursus atau program latihan atau sebahagian daripadanya. • Pembangunan Profesionalisme Berterusan Program latihan secara sistematik yang menjurus ke arah peningkatan profesionalisme dan pembangunan kerjaya serta kecemerlangan perkhidmatan. • Hasil Pembelajaran Penguasaan guru dalam amalan nilai profesionalisme keguruan, ilmu pengetahuan dan kefahaman serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran. • Pihak Berkepentingan Pihak yang mempunyai kepentingan bersama secara langsung dalam konteks perkhidmatan pendidikan. Contohnya sekolah, ibu bapa, penaja, ketua perkhidmatan. • Budaya IPG Amalan kerja warga IPG bertujuan mewujudkan identiti institusi unggul yang melahirkan guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara, serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin. • Infrastruktur Kemudahan fizikal di institusi latihan perguruan bagi menyokong penterjemahan dan pelaksanaan kurikulum serta kokurikulum yang berkesan, bermakna dan menyeronokkan. • Infostruktur Pemilihan dan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) secara berkesan, jaringan dalaman dan luaran serta perkhidmatan pusat sumber. • Pengurusan Kualiti Mekanisme dan kerangka kualiti semua proses aktiviti organisasi bagi menjamin kualiti produk dan perkhidmatan yang ditawarkan. • Pendidik Guru Merupakan individu yang bertauliah yang melatih guru di institusi latihan perguruan. K E R A N G K A S G M Pengertian Standard Guru Malaysia Standard Guru Malaysia ialah pernyataan kompetensi profesional yang patut dicapai oleh guru (Standard) dan pernyataan aspek yang patut disediakan serta dilaksanakan oleh agensi dan institusi latihan perguruan (Keperluan).
  • 6. • Asas Penentuan Standard Dan Keperluan Perincian Standard dan Keperluan adalah berasaskan kepada aspek yang berikut: • Misi Nasional Bagi mencapai prestasi yang tinggi dan impak maksimum daripada pembangunan nasional, Misi Nasional telah menggariskan lima teras utama seperti yang berikut: • meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai lebih tinggi, • meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk minda kelas pertama, • menangani masalah ketidakseimbangan sosio-ekonomi yang berterusan secara membina dan produktif, • meningkatkan tahap dan kemampuan kualiti hidup, dan • mengukuhkan keupayaan institusi dan pelaksanaan. • Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) "Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara." • Falsafah Pendidikan Guru (FPG) "Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin pembangunan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin." • Tatasusila Profesion Keguruan Bagi menjaga nama baik profesion keguruan serta meningkatkan lagi mutu profesion, semua guru di Malaysia tertakluk kepada Tatasusila Profesion Keguruan yang disediakan dalam bentuk ikrar seperti berikut: "Kami, guru Malaysia, yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah berusaha menuju ke arah pembentukan warganegara yang berilmu, yang taat setia, yang bertanggungjawab dan berkebolehan, yang menyedari betapa pentingnya usaha kami ke arah kebenaran dan ke arah pencapaian hasrat yang gemilang, dan yang percaya akan demokrasi, kebebasan perseorangan dan prinsip-prinsip Rukunegara. Melalui pendidikan, masyarakat dapat membantu anak mudanya memahami kebudayaan mereka, memperoleh pengetahuan yang terkumpul sejak zaman berzaman dan menyediakan mereka untuk menghadapi cabaran masa hadapan.
  • 7. Dengan menyedari betapa besarnya tanggungjawab membimbing anak muda untuk mencapai kemajuan sepenuhnya maka dengan ini kami menerima tatasusila berikut sebagai panduan untuk membolehkan kami menyempurnakan profesion kami ke taraf kesusilaan yang setinggi-tingginya"; (i) tanggungjawab terhadap pelajar, (ii) tanggungjawab terhadap ibu bapa (iii) tanggungjawab terhadap negara dan (iv) tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion keguruan. • Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia perlu dilaksanakan dan dihayati berdasarkan enam prinsip iaitu niat yang betul, perlakuan yang baik, penggerak ke arah kebaikan, memperkotakan apa yang dikatakan, berdisiplin dan beradab serta menghargai dan bertanggungjawab terhadap hasil usaha organisasi. Standard Guru Malaysia juga digubal berdasarkan rujukan dan penandaarasan standard pendidikan di Malaysia dan standard pendidikan guru di beberapa negara maju. Standard Guru Malaysia mempunyai dua komponen utama yang saling berkait iaitu Standard (S) dan Keperluan (K). Sila rujuk Rajah 1. Komponen SGM Rajah 1 Standard merangkumi tiga aspek berikut: Standard 1: Amalan Nilai Profesionalisme Keguruan Standard ini memperincikan kompetensi amalan nilai profesionalisme keguruan berdasarkan domain diri, profesion dan sosial, yang patut ada pada seseorang guru. Standard 2: Pengetahuan dan Kefahaman Standard ini memperincikan kompetensi ilmu pengetahuan dan kefahaman tentang subjek pengkhususan, ilmu pendidikan, kurikulum dan kokurikulum yang patut ada pada seseorang guru.
  • 8. Standard 3: Kemahiran Pembelajaran dan Pembelajaran Standard ini memperincikan kompetensi kemahiran pengajaran dan pembelajaran yang patut dikuasai oleh seseorang guru. KEPERLUAN Bagi menyokong dan membantu guru mencapai tahap kompetensi amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman, serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran yang diharapkan, agensi dan institusi latihan perguruan patut menyediakan dan melaksanakan keperluan yang berikut: Keperluan 1: Kelayakan dan Prosedur Pengambilan Calon Program Latihan Perguruan Keperluan ini memperincikan syarat dan kriteria serta prosedur pengambilan calon program latihan perguruan. Keperluan 2: Latihan, Pentaksiran dan Penilaian Keperluan ini memperincikan program latihan, sistem pemantauan, dan pentaksiran dan penilaian. Keperluan 3: Kolaborasi Keperluan ini memperincikan permuafakatan antara agensi dan institusi latihan perguruan dengan pihak sekolah, institusi pendidikan tinggi tempatan dan luar negara, badan bukan kerajaan serta lain-lain institusi yang boleh memantapkan lagi latihan perguruan. Keperluan 4: Infrastruktur dan Infostruktur Keperluan ini memperincikan prasarana pengajaran dan pembelajaran, informasi dan komunikasi bagi mengoptimum kecekapan dan keberkesanan program latihan. Keperluan 5: Jaminan Kualiti Keperluan ini memperincikan semua aspek perancangan dan pelaksanaan dasar, strategi, prosedur serta aktiviti bagi mewujudkan keyakinan bahawa kualiti latihan sentiasa terpelihara dan ditingkatkan secara berterusan. Perincian standard dan keperluan yang digariskan amat penting bagi menjamin program latihan yang dilaksanakan akan menghasilkan guru yang kompeten, kreatif, inovatif, dan berketerampilan.
  • 9. MODEL STANDARD GURU MALAYSIA Model SGM Guru (digambarkan oleh huruf G) yang dihasratkan oleh Malaysia mempunyai kompetensi yang tinggi dalam aspek amalan nilai profesionalisme keguruan (Standard 1), pengetahuan dan kefahaman (Standard 2) serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran (Standard 3). Ketiga-tiga standard tersebut digambarkan oleh tiga lingkaran kecil yang bertindan; membawa maksud ketiga-tiga aspek kompetensi yang dikuasai oleh guru adalah saling berkait dan bersepadu. Lingkaran besar putih yang melingkari Standard menggambarkan Keperluan utama yang patut disediakan oleh agensi dan institusi latihan perguruan bagi menyokong dan membantu guru mencapai Standard. Keperluan yang dimaksudkan ialah kelayakan masuk dan prosedur pengambilan calon program latihan perguruan (Keperluan 1), latihan, pentaksiran dan penilaian program perguruan (Keperluan 2), kolaborasi (Keperluan 3), infrastruktur dan infostruktur (Keperluan 4), dan jaminan kualiti (Keperluan 5). Lingkaran besar yang memagari Keperluan menggambarkan asas penentuan Standard dan Keperluan iaitu Misi Nasional, Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Falsafah Pendidikan Guru, Tatasusila Profesion Keguruan, dan Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia, Glob di tengah-tengah lingkaran Standard merujuk kepada kualiti guru bertaraf dunia yang dipertanggungjawab membangunkan modal insan berminda kelas pertama, iaitu menguasai ilmu dan kemahiran tinggi, menjunjung nilai budaya bangsa, memiliki semangat patriotisme yang utuh, mempunyai daya saing yang tinggi dan berwibawa. P E R I N C I A N S T A N D A R D Standard 1: Amalan Nilai Profesionalisme Keguruan Amalan Nilai Profesionalisme Keguruan digubal berlandaskan budaya Institut Pendidikan Guru (IPG), Tatasusila Profesion Keguruan, nilai murni dalam kurikulum sekolah, nilai utama dalam Perkhidmatan Awam, prinsip utama Etika Kerja KPM, dan Tonggak Dua Belas. Standard ini mempunyai tiga domain utama iaitu: S1.1 Domain Diri
  • 10. Domain ini merujuk kepada pegangan nilai diri guru yang sedia ada dan patut dikembangkan supaya guru boleh memberi sumbangan yang lebih berkesan kepada profesion keguruan bagi mencapai matlamat sistem pendidikan negara. Nilai-nilai yang difokuskan dalam domain ini ialah kepercayaan kepada Tuhan, amanah, ikhlas, berilmu, kasih sayang, sabar, budi bahasa, adil, bertimbang rasa, daya tahan, daya saing dan, tahan lasak, cergas, aktif dan sihat, kemahiran interpersonal dan intrapersonal, semangat sukarela, dan efisien. S1.2 Domain Profesion Domain ini merujuk kepada pegangan nilai yang patut diamalkan secara telus oleh guru dalam menjalankan tugasnya sebagai seorang guru yang profesional. Nilai-nilai yang ditekankan dalam domain ini adalah kecintaan terhadap profesion, berketerampilan, integriti, teladan, mengamalkan kerja sepasukan, proaktif, kreatif dan inovatif. S1.3 Domain Sosial Guru berperanan sebagai agen sosialisasi dan penjana modal insan dalam masyarakat. Nilai-nilai utama yang patut diamalkan oleh guru adalah keharmonian, kemahiran sosial, semangat bermasyarakat, patriotisme dan kecintaan terhadap alam sekitar. Standard 2: Pengetahuan dan Kefahaman Guru yang memiliki dan menguasai ilmu yang mantap dapat meningkatkan profesionalisme keguruan, melaksanakan tugas dengan cekap dan berkesan serta menjadi lebih kreatif dan inovatif. Bidang pengetahuan yang patut dikuasai oleh guru adalah seperti yang berikut: S2.1 Falsafah, matlamat, dan objektif pendidikan yang menjadi teras dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran. S2.2 Falsafah, matlamat, objektif kurikulum dan kokurikulum, hasil pembelajaran, dan keperluan pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran yang diajarkan. S2.3 Kandungan mata pelajaran yang diajarkan. S2.4 Kandungan Ilmu Pendidikan S2.5 Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK), media dan sumber pendidikan dalam pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum.
  • 11. S2.6 Strategi untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif. S2.7 Kaedah pentaksiran dan penilaian, dan penyelidikan tindakan untuk menambahbaik amalan pengajaran dan pembelajaran. S2.8 Potensi murid dan cara mengembangkannya secara menyeluruh dan bersepadu. Standard 3: Kemahiran Pengajaran dan Pembelajaran Standard ini memfokuskan kebolehan guru untuk membuat perancangan, pelaksanaan dan penilaian pengajaran dan pembelajaran akademik dan kokurikulum. Kemahiran yang patut ada pada semua guru adalah seperti yang berikut: S3.1 Kemahiran menyediakan perancangan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan Sukatan Pelajaran dan takwim dengan mengambil kira perbezaan kebolehan, pengetahuan sedia ada, serta jangkaan pencapaian murid. S3.2 Kemahiran melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan pelbagai pendekatan, kaedah dan teknik serta mengintegrasikan kemahiran berfikir, kemahiran belajar, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran pemudah cara dan kemahiran mentaksir dan menilai. S3.3 Kemahiran memantau, mentaksir dan menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran bertujuan memperbaik pengajaran guru dan meningkatkan pencapaian murid. S3.4 Kemahiran mengurus bilik darjah; melibatkan pengurusan hubungan kemanusiaan, masa, ruang, dan sumber untuk mencapai pembelajaran yang bermakna dan berkesan. P E R I N C I A N K E P E R L U A N Agensi dan institusi latihan perguruan patut menyediakan keperluan latihan dengan mengambil kira dasar kerajaan, peruntukan kewangan, pekeliling am dan arahan pentadbiran, tuntutan serta perkembangan semasa. Lima keperluan penting latihan perguruan telah dikenalpasti bagi memastikan guru mencapai tahap kompetensi yang diharapkan iaitu: Keperluan 1: Kelayakan Masuk dan Prosedur Kemasukan Program Latihan Perguruan Untuk memastikan permohonan yang layak sahaja ditawarkan mengikuti program latihan perguruan, agensi dan institusi latihan perguruan patut mematuhi syarat dan prosedur berikut: K1.1 Mengiklankan permohonan K1.2 Menapis semua permohonan dan memanggil calon yang layak untuk menduduki ujian
  • 12. kelayakan K1.3 Memanggil calon guru yang melepasi ujian kelayakan pada tahap yang ditetapkan untuk menghadiri temu duga K1.4 Melaksanakan sesi temu duga calon guru K1.5 Membuat tawaran kepada calon guru yang berjaya K1.6 Mendaftar calon guru berpandukan buku panduan pendaftaran K1.7 Menandatangani perjanjian latihan perguruan Keperluan 2: Latihan, Pentaksiran dan Penilaian Bagi memenuhi keperluan latihan, pentaksiran dan penilaian latihan perguruan, agensi dan institusi latihan perguruan patut menyediakan perkara berikut: K2.1 Kurikulum latihan K2.2 Sumber manusia yang berkelayakan, kompeten, dan mencukupi K2.3 Program terancang bagi guru pelatih memperoleh pengetahuan dan pengalaman di sekolah K2.4 Sumber pengajaran dan pembelajaran K2.5 Pentaksiran dan penilaian berdasarkan peraturan peperiksaan dan penilaian yang sedang berkuatkuasa Keperluan 3: Kolaborasi Bagi meningkatkan lagi kualiti latihan perguruan, agensi dan institusi latihan perguruan patut mewujudkan permuafakatan dengan pelbagai pihak seperti yang berikut: K3.1 Sekolah K3.2 Institusi pengajian tinggi tempatan dan luar negara K3.3 Badan bukan kerajaan seperti persatuan, unit beruniform, serta sukan dan permainan Keperluan 4: Infrastruktur dan Infostrktur Bagi menyokong pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan, bermakna dan menyeronokkan, agensi dan institusi latihan perguruan patut menyediakan prasarana dan sumber yang lengkap dan terkini seperti yang berikut: K4.1 Menyediakan kemudahan fizikal yang sesuai dan mencukupi bagi memenuhi keperluan kurikulum dan kokurikulum, pengurusan dan pentadbiran, serta kebajikan pelajar dan staf berdasarkan spesifikasi standard dan kos yang sedang berkuatkuasa. K4.2 Menyediakan rangkaian infostruktur yang bersepadu untuk menyokong aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan dan pentadbiran. Keperluan 5: Jaminan Kualiti
  • 13. Mekanisme jaminan kualiti merupakan aspek penting bagi memastikan latihan perguruan yang dilaksanakan kekal bermutu tinggi. Pemantauan, penilaian, dan pelaporan perlu dibuat terhadap perkara-perkara berikut bagi menjamin kualiti latihan perguruan: K5.1 Pemastian jaminan kualiti terhadap Standard K5.2 Pemastian jaminan kualiti terhadap Keperluan K5.3 Penandaarasan latihan perguruan K5.4 Pemastian Kod Amalan Jaminan Kualiti Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) I N S T R U M E N S G M Instrumen SGM secara Online pada masa kini boleh dilaksanakan secara online menerusi URL berikut: http://www.didik.my/sgm Semua guru telah didaftarkan dan menggunakan No KP sebagai ID utama dan perlu memasukkan kata lalauan untuk akses ke instrumen Online. Pengguna baru perlu mendaftarkan diri dan mengunakan No Kad pengenalan utama sebagai id pengguna. Instrumen SGM Ofline Instrumen secara Ofline juga boleh dilaksanakan dengan menjawab soalan-soalan menerusi sgm_ofline.xls. Fail tersebut boleh dimuat turun daripada portal ini dan pindahkan ke komputer anda. Pengguna fail ini perlu buat sedikit konfigurasi pada aplikasi excel sebelum menggunakan fail ini. Klik pada tab (Security Setting) untuk kaedah konfigurasi Instrumen ini dibangunkan bagi membolehkan semua Pengurusan Pendidikan Guru, Warga Pendidik dan bakal guru menilai secara kendiri perkara-perkara yang berkaitan Standard Guru Malaysia terhadap diri masing-masing. Pengguna perlu menjawab semua soalan yang dikemukakan seikhlas mungkin bagi memberi penilaian yang tepat terhadap tahap standard keguruan masing-masing. Manual Instrumen Instrumen SGM berskala Likert 4 mata yang diberi nilai • 1 untuk sangat lemah, • 2 untuk lemah, • 3 untuk baik, dan • 4 untuk cemerlang 1. Sangat lemah
  • 14. • Pencapaian fungsi utama secara tekal tidak mencapai tahap standard dan sangat memerlukan penambahbaikan untuk mencapai tahap lemah. 2. Lemah • Pencapaian fungsi utama kadangkala tidak mencapai tahap standard dan memerlukan penambahbaikan untuk mencapai tahap baik. 3. Baik •Pencapaian fungsi utama secara tekal mencapai tahap standard yang dihasratkan dan sedikit penambahbaikan dapat mencapai tahap cemerlang. 4. Cemerlang •Pencapaian fungsi utama secara tekal menepati tahap standard yang dihasratkan. Terdapat : 70 Soalan dalam Instrumen SGM secara Ofline. Standard 1 -Amalan Nilai Profesional Keguruan - Terbahagi kepada 3 Domain iaitu : (26 Soalan) 1. DOMAIN DIRI - 14 Soalan 2. DOMAIN PROFESIONAL - 7 Soalan 3. DOMAIN SOSIAL - 5 Soalan Standard 2 -Pengetahuan dan Kefahaman - Terbahagi kepada 8 Domain iaitu : (20 Soalan) 1. Falsafah, matlamat, dan objektif pendidikan yang menjadi teras dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran -2 Soalan 2. Falsafah, matlamat, objektif kurikulum dan kokurikulum, hasil pembelajaran, dan keperluan pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran yang diajarkan - 3 Soalan 3. Kandungan mata pelajaran yang diajarkan - 1 Soalan 4. Kandungan Ilmu pendidikan - 7 soalan 5. Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK), media dan sumber pendidikan dalam pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum - 1 soalan 6. Strategi untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif - 3 soalan 7. Kaedah pentaksiran dan penilaian, dan penyelidikan tindakan untuk menambahbaik amalan pengajaran dan pembelajaran - 2 soalan 8. Potensi murid dan cara mengembangkannya secara menyeluruh dan bersepadu - 1 soalan Standard 3 : Kemahiran - Soalan Standard Terbahagi kepada 4 Kemahiran iaitu . (24
  • 15. Soalan) 1. Kemahiran Menyediakan Perancangan Pengajaran dan Pembelajaran - 11 Soalan 2. Kemahiran Melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran - 8 Soalan 3. Kemahiran Memantau, Mentafsir dan Menilai - 2 Soalan 4. Kemahiran Mengurus Bilik Darjah - 3 soalan P E N U T U P Standard Guru Malaysia menetapkan tahap pencapaian kompetensi profesional yang patut dicapai oleh guru untuk menjamin dan mengekalkan pendidikan yang berkualiti kepada warganegara Malaysia kini dan akan datang. Buku Standard Guru Malaysia, bersama-sama dengan buku Panduan Standard Guru Malaysia dan Manual Instrumen Standard Guru Malaysia akan dapat memastikan guru yang dihasilkan mempunyai kompetensi yang tinggi dalam aspek amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran.