SlideShare a Scribd company logo
1 of 42
Download to read offline
1
PUASA
RAMADHAN
PERBINCANGAN TENTANG QADHA, FIDYAH DAN KAFFARAH
NOR ARYADA BINTI MAHMAD
ENGKU RAZINAWATY BINTI ENGKU CHIK
Politeknik Kota Bharu
2
PUASA RAMADHAN :
PERBINCANGAN TENTANG QADHA, FIDYAH
DAN KAFFARAH
NOR ARYADA BINTI MAHMAD
ENGKU RAZINAWATY BINTI ENGKU CHIK
POLITEKNIK KOTA BHARU
3
DITERBITKAN DAN DIEDARKAN OLEH :
Jabatan Pengajian Am
Ppoliteknik Kota Bharu
KM 24, Kok Lanas,
16450 Ketereh,
Kelantan.
Puasa Ramadhan : Perbincangan Tentang Qadha, Fidyah dan Kaffarah
Cetakan Pertama 2023
© 2023 Nor Aryada Mahmad & Engku Razinawaty Engku Chik
Hak cipta terpelihara.
Tidak ada bahagian dalam penerbitan ini yang dapat diterbitkan
semula, disimpan dalam bentuk apa pun atau dengan cara apa pun,
elektronik, fotokopi, rakaman atau sebaliknya tanpa izin bertulis
terlebih dahulu dari pemegang hak cipta.
Puasa Ramadhan : Perbincangan Tentang Qadha, Fidyah dan Kaffarah
/ Nor Aryada Mahmad & Engku Razinawaty Engku Chik.
4
BIODATA PENULIS
NOR ARYADA BINTI MAHMAD memulakan
perkhidmatan sebagai guru Pendidikan Islam di Sekolah
Menengah Kebangsaan Petaling, Selangor pada tahun 1999
sebelum meneruskan perkhidmatan sebagai Pensyarah di Unit
Pendidikan Islam danMoral di Politeknik Kota Bharu pada 1 Jun
2000. Bertugas sebagai pensyarah bermula pada tahun 2000
hingga sekarang. Lulusan Ijazah Sarjana Muda (dengan Kepujian) pengkhususan
dalam bidang Ilmu Wahyu dan Warisan Islam. Manakala subjek Sejarah sebagai
minor di Universiti Islam Antarabangsa, Malaysia pada tahun 1996 sebelum
menyambung pendidikan professional (Diploma Pendidikan) juga di universiti yang
sama.
ENGKU RAZINAWATY BINTI ENGKU CHIK, lulusan
Sarjana Muda Usuluddin Dengan Kepujian, Universiti Malaya
pada tahun 1996 sebelum melanjutkan pengajian di peringkat
Diploma Pendidikan juga di Universiti Malaya. Telah
memulakan perkhidmatan di Sekolah Menengah Sultan Abdul
Halim, Jitra, Kedah pada 1997sebelum berpindahkePoliteknik
Kota Bharu pada tahun 2003 sehingga kini.
5
SENARAI KANDUNGAN
ABSTRAK - 6
PENDAHULUAN - 7
1 PUASA RAMADHAN - 12
1.1 Kaedah Menentukan Permulaan Phase - 12
1.2 Perkiraan Puasa Ramadhan - 13
1.3 Niat Berpuasa Ramadhan - 15
2 QADHA PUASA RAMADHAN - 17
2.1 Tempoh Qadha - 17
2.2 Sebab Qadha - 18
2.3 Niat Qadha - 24
3 FIDYAH PUASA RAMADHAN - 26
3.1 Sukatan - 26
3.2 Siapakah Pembayar dan Penerima - 29
4 KAFFARAH PUASA RAMADHAN - 33
4.1 Bentuk Kaffarah - 35
5 QADHA DAN FIDYAH - 38
KESIMPULAN - 39
BIBLIOGRAFI - 40
6
ABSTRAK
Umum sedia maklum tentang kefardhuan puasa ke atas orang Islam yang
cukup syaratwajib sementelahan iamerupakan salah satu rukun Islam. Bahkan ramai
yang tidak cukup syarat turut melakukan ibadat berkenaan secara sukarela apabila
sampai masanya iaitu bulan Ramadhan. Rata-rata ibadat ini menjadi bualan ramai
kerana di penghujung bulan Ramadhan ada satu perayaan yang ditunggu-tunggu oleh
ramai pihak bagi menyambut kemenangan orang-orang Islam menewaskan nafsu
sepanjang bulan tersebut. Namun kefahaman tentang proses penggantian puasa
yang disebabkan pelbagai halangan yang diharuskan oleh syarak agak kurang
diselami dengan sebenar-benarnya sehingga wujud kesilapan ketika proses
penggantian sama ada dengan qadha, fidyah atau kedua-duanya dan kaffarah.
Penulisan ini memfokuskan penjelasan lanjut berkenaan qadha, fidyah,
kaffarah dengan cara yang paling mudah difahami agar dapat dipraktis dengan
sempurna menurut syarak. Hanya pemahaman yang betul mampu untuk
menghindarkan kesilapan dalam proses penggantian puasa yang telah ditinggalkan
dalam bulan Ramadhan.
Kata Kunci : puasa, qadha, fidyah, kaffarah
7
PENDAHULUAN
Puasa secara bahasanya boleh diertikan sebagai "menahan diri". Dari segi
istilah syarak, puasa bermaksud "menahan diri daripada makan, minum dan perkara-
perkara yang membatalkan puasa bermula dari terbit fajar sadik sehingga terbenam
matahari berserta niat".
Puasa Ramadhan ertinya menahan diri daripada makan dan minum serta
segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar sehinggalah
terbenam matahari dalam bulan Ramadhan. Selain itu, umat Islam juga dikehendaki
menahan diri daripada menipu, mengeluarkan kata-kata buruk atau sia-sia, serta
bertengkar atau bergaduh. Hal ini kerana puasa merupakan medan latihan memupuk
kesabaran, kejujuran serta bertolak ansur dalam diri. Secara tidak langsung amalan
puasa akan menyuburkan sikap murni dalam diri pelakunya.
Puasa mengajar kita supaya bertaqwa. Menurut Saidina Ali RA, taqwa ialah
takut kepada Allah, melakukan ibadah, percaya pada al-Quran, bersyukur dengan apa
yang diberikanNYA serta menyiapkan diri untuk hari penghakiman Allah kelak.
Orang bertaqwa ialahyangmelakukan amarmakrufdannahi munkar,danpada
masa yang sama mendekatkan diri kepada Allah SWT. Manakala orang yang beriman
dan beramal soleh adalah sebaik-baik makhluk (al-Bayyinah 98 :7 ).
Dari aspek niat, tidak wajib dan tidak juga sunat berniat dalam bahasa Arab,
memadai dalam apa-apa bahasa yang difahami. Begitupun, lebih baik dan berpahala
jika diamalkan dalam bahasa Arab dengan niat cinta kepada bahasa Arab sebagai
bahasa Nabi Muhammad SAW dan bahasa Al-Quran.
Sebenarnya bangun untuk bersahur itu sudah dikira berniat untuk berpuasa,
malah ada niat atau cita-cita dalam hati untuk bangun sahur itu juga dikira sudah
berniat untuk berpuasa kerana seseorang itu tidak bangun sahur atau bercita-cita
bangun sahur melainkan bertujuan untuk berpuasa esok harinya, melainkan jika dia
memang berniat tidak mahu berpuasa jika tidak terjaga semasa waktu sahur
Waktu berniat bermula dari terbenam matahari, iaitu masuk
waktu sembahyang fardu Maghrib hinggalah sebelum terbit fajar sadik
(waktu Subuh). Oleh itu, bolehlah dilakukan niat puasa pada mana-mana bahagian
daripada waktu tersebut, walaupun semasa berbuka.
Betapa ruginya orang yang meninggalkan puasa kerana pahalanya amat besar.
Orang yang meninggalkan puasa dengan sengaja bukan sahaja telah melakukan satu
8
dosa besar, bahkan dia mengalami satu kerugian yang amat besar, satu hari puasa
yang ditinggalkan tersebut tidak boleh ditebus dengan apa jua cara, tidak boleh
ditukar ganti, sekalipun orang yang meninggalkannya berpuasa seumur hidupnya. Hal
ini jelas sebagaimana sabda Nabi Muhammad SAW bermaksud :
“Sesiapa berbuka satu hari pada bulan Ramadan tanpa ada rukhsah (uzur
syarak) dan tidak juga kerana sakit, dia tidak akan dapat menggantikan
puasa yang ditinggalkannya itu, sekalipun dia berpuasa seumur hidup.”
(Riwayat Tirmidzi, Abu Daud, Nasa’i, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah)
Abu Umamah ra berkata; "Aku bertanya kepada Rasulullah SAW : "Ya
Rasulullah, tunjukkan daku suatu amalan yang membolehkan daku
memasuki syurga dengan cara itu. Lalu Rasulullah SAW bersabda: "
Hendaklah kamu berpuasa kerana sesungguhnya tiada satu cara pun yang
mampu menandinginya." (Riwayatkan Ibn Hibban)
Seterusnya mari kita membuat sedikit ulangkaji mengenai puasa secara
ringkas supaya ibadat yang kita lakukan diterima oleh Allah SWT.
Jenis puasa pada asasnya terbahagi kepada tiga :
• Puasa bulan Ramadhan
• Puasa kifarah
• Puasa qadha
• Puasa nazar
Wajib
9
•Puasa enam hari dalam bulan Syawal
•Puasa pada hari Arafah (9 Zulhijah)
•Puasa pada hari tasu'a (9 Muharram)
dan hari Asyura' (10 Muharram)
•Puasa pada hari Isnin dan Khamis
•Puasa pada hari putih (13, 14, 15 hari
bulan pada setiap bulan Islam Hijrah)
Sunat
•Puasa pada hari Syak (30 Syaaban)
•Puasa pada hari Raya Aidilfitri (1 Syawal)
•Puasa pada hari Raya Aidiladha (10 Zulhijjah)
•Puasa pada hari Tashriq (11, 12, 13 Zulhijjah)
•Puasa perempuan haid dan nifas
•Puasa pada hari Arafah (9 Zulhijjah) - khusus untuk
yang menunaikan haji pada tahun itu sahaja
•Puasa sunat seorang perempuan tanpa izin suaminya
sedangkan suaminya berada di rumah
•Puasa bagi orang yang bimbang berlakunya mudarat
ke atas dirinya kerana berpuasa
Haram
10
Berikut pula adalah syarat wajib dan syarat sah puasa.
11
Selanjutnya pula adalah hal-hal berhubung dengan perkara rukun, perkara
sunat dan perkara yang membatalkan puasa.
Terdapatgolongantertentuyangdiharuskanberbukapuasatetapiperluqadha,
fidyah, kaffarah atau qadha dan fidyah. Setiap satunya akan dijelaskan secara lebih
lanjut dalam huraian selepas ini.
Perkara-perkara berkaitan puasa di atas telah dipelajari, diamalkan dalam
kehidupan sebahagian besar masyarakat Islam. Justeru diharapkan sedikit ulangkaji
ini mampu membolehkan kita menyemak semula status ibadat puasa yang telah
dibuat sebelum ini.
Rukun
Sunat
Batal
•Niat
•Menahan diri dari perkara-perkarayang
membatalkanpuasa mulai terbit fajar hingga
terbenam matahari
•Makan sahur serta melambatkannya
•Segera berbuka dan sunat berbuka dengan
buah kurma atau benda-benda yang manis atau air
•Menjamu orang-orang berbuka puasa
•Solat Tarawih pada malam harinya
•Memperbanyak ibadah dan berbuat kebaikan
•Berungguh-sungguhdan tekun berjaga malam pada 10
malam terakhir Ramadan untuk mendapatkan malam al-
Qadar atau Lailatulqadar
• Makan dan minum dengan sengaja walaupun pada nilaian dan kadaran yang
sedikitMakan dan minum dengan sengaja walaupun pada nilaian dan kadaran
yang sedikit
•Muntah dengan sengaja
•Bersetubuh di siang hari
•Mengeluarkan air mani dengan sengaja
•Keluar darah haid atau nifas
•Hilang akal (seperti gila)
•Pitam(termasuk pengsan) atau mabuk sepanjang hari.
•Merokok di siang hari (termasuk menghisap ganja atau dadah)
•Murtad (keluar dari Islam)
• Memasukkan sesuatu ke dalam rongga terbuka seperti menyembur pewangi atau
penyegar mulut dan sebagainya.
12
1 PUASA RAMADHAN
Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa
sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelummu agar kamu bertakwa.
(183) (iaitu) dalam beberapa hari yang tertentu. Maka jika di antara kamu ada
yang sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya
berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada bari-hari yang lain. Dan
wajib bagi orang-orang yang berat menjalankannya (jika mereka tidak
berpuasa) membayar fidyah, (iaitu) memberi makan seorang miskin.
Barangsiapa yang dengan kerelaan hati mengerjakan kebajikan, maka itulah
yang lebih baik baginya. Dan berpuasa lebih baik bagimu jika kamu
mengetahui.” (Al-Baqarah : 183-184)
Puasa Ramadhan merupakan rukun Islam yang ketiga selepas mengucap dua
kalimah syahadah dan solat fardu lima waktu. Puasa bulan Ramadan telah
difardhukan pada bulan Sya’ban tahun kedua Hijriah. Berdasarkan asbab nuzul
riwayat al-Hakim, Muaz ibn Jabal RA menjelaskan bahawa apabila Rasulullah SAW
tiba di Madinah, baginda SAW berpuasa selama 3 hari pada setiap bulan dan baginda
SAW juga berpuasa Asyura' (10 Muharam). Maka Allah SWT menurunkan ayat 183 ini
untuk mewajibkan puasa Ramadan selama sebulan.
1.1 Kaedah Menentukan Permulaan Puasa
Puasa Ramadhan ditentukan tarikhnya oleh beberapa petanda :
13
1.2 Perkiraan Puasa Ramadhan
Para muslim akan mula berpuasa selama sebulan sepanjang Ramadhan.
Sebagai contohnya (dihuraikan dalam media Berita Utusan) pada tahun 2022,
Penyimpan Mohor Besar Raja-raja mengisytiharkan tarikh permulaan puasa bagi
negeri-negeri di Malaysia adalah pada Ahad (3 April 2022) bagi tahun
1443H/2022M.
Manakala 1 Syawal telah disambut pada hari Isnin 2 Mei 2022 apabila
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja mengumumkan "Bagi menyempurnakan titah
perintah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan
Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka adalah
dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh hari raya puasa bagi negeri-negeri
seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Isnin, 2 Mei 2022.”
Perihal tersebut telah digambarkan sebagaimana rajah di bawah.
1
Bulan Sya’ban telah
cukup 30 hari
2
Anak bulan Ramadhan
telah kelihatan
3
Dimaklumkan oleh
pemerintah melalui
petanda yang
disepakati, contohnya
bunyi dentuman meriam
atau lampu terpasang di
menara. Kita di Malaysia
akan dimaklumkan
melalui siaran rasmi
televisyen oleh
Penyimpan Mohor Besar
Raja-Raja.
14
Kedudukan anak bulan Syawal tahun 2022
https://www.utusan.com.my/berita/2022/04/ramadan-di-malaysia-dijangka-
genap-30-hari/
Padatarikhcerapan,hilal Syawaldijangkamengalamial-ijtimaataulahirpukul
4.31 pagi dengan diambil kiraan di lokasi Pulau Perak, Kedah iaitu titik paling barat
di Malaysia. Matahari pula akan terbenam pada pukul 7.31 malam manakala bulan
muncul pukul 7.58 malam, sekali gus bulan muncul di ufuk iaitu kaki langit sebelah
barat selama tempoh 27 minit. Anak bulan bakal berada di atas ufuk dengan hitungan
ketinggian lima darjah 19 minit, sementara kiraan jarak sudut lengkung dari pusat
bulan ke matahari pula ialah lima darjah 25 minit.
Cerapan anak bulan dikendalikan oleh Jawatankuasa Melihat Anak
Bulan/Rukyah Negeri yang dipengerusikan mufti negeri dan ahlinya, merangkumi
pakar falak, alim ulama, pegawai falak berkemahiran serta Jabatan Ukur dan
Pemetaan Malaysia (JUPEM).
Contohnya, cerapan anak bulan Syawal menggunakan alat 'Steadolite'
dilakukan bagi menentukan tarikh bagi Hari Raya Idulfitri sempena Majlis Cerapan
Rasmi Hilal Syawal 1443H di Menara Kuala Lumpur.
15
1.3 Niat Berpuasa Ramadhan
Niat mengerjakan kefarduan ini adalah rukun dalam menyempurnakan puasa
Ramadhan. Pernyataan yang minimum dalam niat ialah sekurang-kurangnya :
‫نويت‬
‫رمضان‬ ‫صوم‬
Maksudnya : Sahaja aku niat puasa Ramadhan
Ia diniatkan tanpa menyebutkan fardu, menurut pendapat yang muktamad
sebagaimana yang dijelaskan dalam Al-Majmu’ disahihkan oleh An-Nawawiy sebagai
mengikuti kebanyakan ulama kerana puasa Ramadhan orang baligh itu mesti fardu.
Ada dua pandangan mazhab yang sering diikuti oleh para muslim iaitu
pandangan imam Syafie dan Maliki.
Niat
Harian
Sebulan
16
Walaubagaimanapun, jumhur ulama bersepakat pada waktu berniat adalah
bermula pada waktu Maghrib sehingga masuk waktu Subuh.
•Wajib berniat puasa pada setiap malam Ramadhan kerana
ia adalah ibadah yang bersendiri yang tak terikat antara
satu sama lain.
Niat : ُ
‫ْت‬‫ي‬َ‫و‬َ‫ن‬
ُ
َ‫م‬ ْ‫و‬َ‫ص‬
ُ
‫د‬َ‫غ‬
ُْ‫ن‬َ‫أ‬
ُ
‫َاء‬‫د‬َ‫أ‬
ُ
‫ض‬ْ‫ر‬َ‫ف‬
َُ‫ان‬َ‫ض‬َ‫م‬َ‫ر‬
ُ
‫ذ‬َ‫ه‬
ُ
‫ه‬
ُ
‫ة‬َ‫ن‬َّ‫س‬‫ال‬
َُّ
‫لِل‬
‫ى‬َ‫ل‬‫ا‬َ‫ع‬َ‫ت‬
Maksudnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan
Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala
Mazhab Syafie
•Harus niat puasa sebulan pada malam Ramadhan yang
pertama dan tidak wajib niat setiap malam. Memadai
sekali niat di awal Ramadhan.
Niat : ُ
‫ْت‬‫ي‬َ‫و‬َ‫ن‬
ُ
َ‫م‬ ْ‫و‬َ‫ص‬
ُ
‫ْر‬‫ه‬َ‫ش‬
َُ‫ان‬َ‫ض‬َ‫م‬َ‫ر‬
ُ
‫ه‬ِّ‫ل‬‫ك‬
َُّ
‫لِل‬
ُ
َ‫ع‬َ‫ت‬
‫ى‬َ‫ل‬‫ا‬
Maksudnya: Sahaja aku berpuasa keseluruhan pada bulan
Ramadhan kerana Allah Ta’ala
Mazhab Maliki
•Niat puasa adalah setiap hari di waktu fajar dengan
alasan, niat sesuatu ibadah adalah seiring dengan
perlakuan ibadah tersebut. ( ‫بفعله‬ ‫مقترنا‬ ‫الشيء‬ ‫قصد‬ )
Mazhab Hanbali
•Tiada maklumat tentang hal ini.
Mazhab Hanafi
17
2 QADHA PUASA RAMADHAN
Qadha pada bahasa bererti membayar. Manakala pada istilah syarak, qadha
(dalam terma puasa) bermaksud mengerjakan semula atau menggantikan ibadat
puasa yang tidak sah, tertinggal, atau sengaja di tinggalkan pada hari yang lain.
2.1 Tempoh Qadha
Tempohnya adalah sepanjang tahun sepanjang hayat kita kecuali pada hari-
hari yang diharamkan puasa. Kita dikenakan qadha sahaja sebanyak hari yang
ditinggalkan sekiranya tidak melangkau ke Ramadhan tahun hadapan. Contohnya
tidak puasa selama 3 hari, maka wajib qadha selama 3 hari juga sebelum menjelang
Ramadan tahun hadapan.
Sekiranya tidak berkesempatan sehingga melepasi Ramadhan (iaitu puasa
Ramadhan seterusnya telah menjelang), maka wajib qadha beserta fidyah. Puasa
yang ditinggalkan masih bilangan yang sama walaupun sudah berlalu beberapa
Ramadhan. Sebaliknya fidyah akan bertambah secupak demi secupak berdasarkan
berapa kali Ramadhan telah dilepasi. Sukatan ini akan terhenti setelah qadha puasa
tersebut dilangsaikan.
Qadha puasa ini akan ditanggung oleh kita sehinggalah selesai
disempurnakannya. Sekiranya kita ragu-ragu berkaitan berapa bilangan hari yang
telah ditinggalkan, maka laksanakanlah qadha sebanyak yang diyakini. Perkiraannya
mengikut uruf kebiasaan uzurnya. Contohnya perempuan haid, kebiasaannya tujuh
hingga lapan hari. Gantilah sekadar kemampuan diri dan mohonlah keampunan dari
Allah. Allah maha pengampun lagi maha mengasihani hambaNya.
Firman Allah SWT :
18
2.2 Sebab Qadha
Rajah di bawah menjelaskan tentang golongan yang diwajibkan qadha puasa
setelah meninggalkannya dalam bulan Ramadhan selepas bulan tersebut tamat.
1. Sakit
Sakit ini merujuk kepada keuzuran seseorang yang menyebabkan dirinya lemah
untuk meneruskan puasa Ramadhan.Kadar sakit yang membolehkan berbuka
adalah sakit yang boleh memudaratkan dirinya atau yang melambatkan
penyembuhannya atau boleh menyebabkan sakit itu bertambah teruk.
MenurutSyeikhNawawi Bantandalamkitab NihayahZain, jikadiayakin berpuasa
hari itu akan membawa kemudharatan kepadanya atau akan menjadi penyebab
kepada kecacatan anggota badannya maka wajib dia berbuka dan haram
Sakit
(ada harapan sembuh)
Perempuan menyusu yang
khuatirkan dirinya
Bekerja berat
Gila/Pengsan
Musafir
Nifas
Haid
19
meneruskan puasa itu. Walau bagaimanapun jika penyakit itu dirasakan ringan
dan tidak memberi kesan buruk kepada dirinya, maka wajib dia meneruskan
puasa.
2. Perempuan menyusu yang khuatirkan dirinya
Penyusuan bayi mengikut syariat Islam diharuskan sehingga berumur 2 tahun
Qamariyyah.
Firman Allah Ta’ala berkaitan penyusuan bayi :
20
Keharusan berbuka bagi ibu ini adalah kerana ibu khuatir tentang kesihatan
dirinya, contohnya ibu berpenyakit kencing manis kronik atau darah tinggi yang
boleh memudaratnya. Ditambah dengan menyusu, kesannya ibu menjadi lemah
dan boleh menggugat kesihatannya. Tanda yang dapat dikesan pada ibu menyusu
yang lemah adalah air kencing yang pekat, pening dan sakit perut.
3. Bekerja berat
Kerja berat ataupun digelar juga buruh kasar adalah kerja yang dilakukan
menggunakan tangan dan memerlukan tenaga anggota yang banyak. Ia biasanya
pekerjaan yang dipelopori oleh pekerja bukanmahir. Mereka dipergunakan dalam
sektor pengeluaran barangan, pembinaan dan pertanian. Mereka boleh berbuka
sekiranya mereka terpaksa menyiapkan kerja itu pada hari tersebut. Bahkan
kalau mereka meneruskan puasa, ia akan memudaratkan mereka.
Pandangan Jumhur Ulama menetapkan mereka perlu bersahur dan berniat puasa,
kemudian di tengah-tengah pekerjaan mereka berlaku kelaparan dan keuzuran,
haruslah mereka berbuka dan diqadha pada hari yang lain.
Justeru, Syeikh Abd al-Rahman Ba’alawi menjelaskan tentang mereka yang
bekerjaberat sehinggatidak tertanggung diberikanrukhsah untukberbuka puasa
dengan beberapa syarat :
21
4. Musafir
Musafir adalah situasi di mana kita berpergian ke suatu tempat kerana sesuatu
hajat. Rukhsoh tidak berpuasa ini satu kelonggaran yang diberikan kerana
keadaan musafir yang susah dan berat memerlukan kemudahan. Ia disandarkan
2 marhalah
92 km
22
dengan nas yang sama dengan rukhsoh Jamak dan Qasar solat. Mengikut
penjelasan kitab Kifayah Al-Akhyar, musafir ini tidak bertujuan maksiat bahkan
dengan niat yang baik seumpama perjalanan untuk mengerjakan haji, membayar
hutang, hubungan silaturrahim, berniaga, riadah dan rekreasi. Manakala jarak
perjalanan adalah 16 farsah seperti mana dijelaskan oleh Syaikh Abu Syuja’.
Manakala jarak perkiraan yang mudah adalah sekitar 92 km atau 2 marhalah.
5. Nifas
Wanita bersalin bermaksud keluarnya bayi dari perut ibu. Ketika ini dikatakan
bersalin yang menyebabkan puasa terbatal dan wajib qada. Bersalin juga
dinamakandalambahasaArab sebagai wiladah. Ia jugamerangkumi bersalin bayi
mati, bersalin pembedahan atau keguguran.
Manakala nifas adalah darah yang keluar dari faraj wanita setelah keluarnya bayi
dari perut ibu, sejurus selepas rahim kosong. Ia terhasil disebabkan tercerai uri
dari dinding rahim selepas melahirkan anak. Istilah perubatan menamakannya
sebagai puerperium. Darah ini mengandungi sel-sel darah merah, tisu dinding
rahim yang terhakis, sel-sel epithelial dan juga kuman bakteria. Ia bermula
daripada tahap akhir ibu bersalin sehingga organ ibu kembali pulih ke keadaan
prakehamilan.
Biasanya darah ini berterusan sehingga 6 minggu iaitu 42 hari. Pendarahan
minimanya satu titis, kebiasaannya 40 hari manakala paling maksima 60 hari.
Semua yang diharamkan ke atas perempuan haid adalah sama haramnya ke atas
wanita nifas. Tempoh inilah ibu akan meninggalkan puasa dan wajib qadha
setelah darah nifas kering dan disudahi dengan mandi wajib.
23
6. Haid
Merupakan darah kotor yang keluar dari pangkal rahim yang sihat. Ini adalah
penandaan umur baligh dalam Islam. Semuda usia 9 tahun qamariyyah penuh.Ia
darah fitrah yang keluar bukan kerana kecederaan di rahim atau bersalin. Tempoh
paling minima sehari semalam, sementara kebiasaannya 7 hari dan paling
maksima adalah 15 hari, sebagaimana masa yang terpendek untuk suci antara
dua haid.
Mengikut buku Fikah Perubatan, darah haid mengandungi 40ml komposisi darah
dan 35ml cairan serous. Ia terdiri dari komponen darah daripada salur arteri, sel-
sel endometrium yang mati dan sel-sel leukosit (darah putih). Ditambah lagi
dengan penjelasan Imam As-Syafi’e, ciri-ciri warnanya adalah hitam, merah,
kuning, kuning kemerahan dan berakhir dengan kuning keputihan.
Perempuan yang tiba-tiba didatangi haid di siang Ramadhan, puasanya terbatal
dan wajib diqadha sebelum menjelang Ramadhan akan datang. Mereka
dibolehkan makan sepanjang tempoh haid tersebut. Walau bagaimanapun
mereka sunat berimsak untuk hari permulaan haid itu sahaja. Bahkan
diharamkan berimsak di hari seterusnya sehingga habis tempoh haidnya.
Minima
• 1 titis
Biasa
• 6 minggu @
42 hari
Maksima
• 60 hari
24
Imam Bukhari (227) dan Muslim (110) dalam kitab Ath Thaharah, mengulas
tentang wanita haid mendapati dirinya telah suci sebelum fajar namun ia belum
sempat mandi kecuali setelah terbit fajar apakah ia boleh berpuasa pada hari itu.
Al Hafidh ibnu Hajar menukilkan tentang sisi perbezaan antara puasa dan solat
bagi wanita haid. Ia berkata : “wanita haid seandainya dia suci sebelum fajar dan
dia berniat puasa maka sah puasanya tersebut menurut pendapat jumhur. Puasa
tersebuttidaktergantung padamandiberbezadengansolat(harusmanditerlebih
dahulu apabila seseorang ingin melaksanakan solat)”. Suami atau isteri yang
berjunub pada malam hari, sunat mandi menyucikan hadas besar sebelum fajar.
Ini bagi mengelak air memasuki rongga telinga dan dubur. Tetapi sekiranya mandi
junub selepas terbit fajar, puasanya tetap dikira sah.
Isteri Rasulullah iaitu Aisyah RA dan Ummu Salamah pernah menceritakan :
“Nabi SAW pernah bangun pagi dalam bulan Ramadhan dalam keadaan berjunub
kerana bersetubuh dengan isterinya. Baginda mandi dan kemudiannya berpuasa
tanpa mengqadhanya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Sementara orang yang terkena buasir, terkeluar darah dan terkeluar otot
lingkarnya, hal ini tidak membatalkan puasanya. Bahkan harus dia menggunakan
jari memasukkan semula otot lingkar itu. Ini kerana atas dasar keterpaksaan
kesihatannya. Ia tidak membatalkan puasa. Perkara ini disebut dalam kitab
Fathulmu’in.
2.3 Niat Qadha
Niat puasa qadha hendaklah ditukarkan lafaz ِ‫اء‬َ‫د‬َ‫أ‬ (tunai) dengan lafaz
ِ‫اء‬َ‫ض‬َ‫ق‬ (ganti). Oleh yang demikian, lafaz niat bagi puasa ganti ialah seperti
berikut :
ِ‫ْت‬‫ي‬ َ‫َو‬‫ن‬
َِ‫م‬ ْ‫و‬َ‫ص‬
ِ‫َد‬‫غ‬
ِْ‫ن‬َ‫ع‬
ِ‫اء‬َ‫ض‬َ‫ق‬
ِ‫ض‬ ْ‫ر‬َ‫ف‬
َِ‫ن‬‫ا‬َ‫ض‬َ‫م‬ َ‫ر‬
َِ‫لِل‬
ِ
‫ى‬َ‫ل‬‫ا‬َ‫ع‬َ‫ت‬
“Sahaja aku berpuasa esok hari bagi qadha (menggantikan) fardu
puasa bulan Ramadan kerana Allah SWT.”
Niat puasa qadha ini hendaklah diniatkan setiap malam hari qadhanya. Ia tidak
boleh diniatkan sekali untuk beberapa hari qadha sekalipun qadha itu berturut-turut
harinya.
25
NOTA :
1. Bagi kes individu yang meninggal dunia sebelum sempat qadha puasa, ada dua
keadaan :
2. Sekiranya ada pihak lain atau bukan waris si mati ingin mengqadhakan puasa bagi
pihak si mati, mereka perlu mendapatkan keizinan daripada waris si mati terlebih
dahulu KECUALI si mati telah berwasiat supaya individu tertentu dari kalangan bukan
waris yang melakukan qadha puasa bagi pihak dirinya.
26
3 FIDYAH PUASA RAMADHAN
Fidyah ialah denda ke atas seseorang Islam yang telah baligh kerana
melakukan sesuatu perkara yang melibatkan pelanggaran terhadap hukum puasa,
haji dan yang berkaitan. Jika ia melibatkan hukum mengenai ibadah puasa, fidyah
dikenakan kerana meninggalkan puasa wajib atas sebab-sebab tertentu atau pun
sengaja melewatkan puasa ganti (qadha) bulan Ramadhan dengan mengeluarkan
secupak makanan asasi sesebuah negara yang diberikan kepada fakir miskin bagi
setiap hari puasa yang ditinggalkan.
Hukum membayar fidyah adalah wajib dan menjadi hutang kepada Allah
sekiranya tidak dilangsaikan.
3.1 Sukatan
Fidyah dibayar kerana seseorang tidak dapat mengqadha puasanya setelah
menjangkau Ramadan yang baru atau muslim tersebut tidak sempat langsaikan
disebabkan kematian atau mereka tidak mampu laksanakan kerana faktor umur juga
disebabkan keuzuran yang berpanjangan. Wajib ke atas mereka atau wali
mengeluarkan fidyah sebanyak 1 mud (cupak) makanan asasi per hari yang
ditinggalkan puasa. Hal ini tetap difardukan sekalipun mereka orang kaya atau orang
miskin. Ini kerana syarat fidyah tidak menentukan pengeluar seorang yang kaya
sebagaimana zakat.
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah memperkenalkan pilihan bayaran
fidyah puasa Ramadan mengikut jenis gred beras yang dimakan pada tiga kadar yang
berlainan iaitu RM2, RM4 dan RM6 sehari. Ini mengikut keselesaan pemberi fidyah
danlebihbaikmengikutperkiraanhargaberasyangrutindimakannya.Iajugamerujuk
kepada harga beras Malaysia (BERNAS). Mazhab Maliki, Syafie dan Hambali hanya
mengharuskan fidyah atas beras atau makanan asasi tempat tersebut.
‫مد‬
‫صا‬
27
Harga beras mengikut Majlis Agama Islam Selangor
Nilai Beras Jenis Beras Yang Dimakan
RM 2 beras Super Special Tempatan lima peratus
RM 4
beras putih import/beras perang/beras
pulut/herba ponni atau beras wangi
RM 6 beras basmathi/beras Jepun atau beras merah.
28
Umat Islam yang ingin membuat bayaran fidyah boleh melayari
http://www.mais.gov.my atau bayaran boleh dibuat terus menerusi
http://fpx.mais.gov.my/epay/fidyah.php. Ini kerana ada pandangan yang
membolehkan kita memberi wang tunai iaitu menurut pendapat mazhab Hanafi.
Alasannya adalah atas dasar mungkin orang miskin itu lebih memerlukan wang tunai
untuk keperluan lain berbanding beras seperti keperluan membeli pakaian atau lauk
pauk.. Keterangan ini diterima pakai oleh Jawatankuasa Fatwa Malaysia.
• Siti meninggalkan puasa sebanyak
sembilan hari pada 2022 (belum
melangkau tahun) dan memakan
Beras Super Special Tempatan lima
peratus.
• Maka kadar fidyahnya adalah RM18
(9 hari x 1 tahun x RM2 = RM18)
Contoh
1
•Fatimah belum menggantikan puasa sehingga
memasuki beberapa Ramadan tahun-tahun
berikutnya. Beliau tidak berpuasa pada
Ramadan 1438H (2017) dan puasa ini masih
belum berganti sehingga 1441H (2020). Fatimah
berkemampuan untuk menggandakan bayaran
fidyah beliau.
•Maka kadar fidyahnya adalah RM42 (7 hari x 3
tahun x RM2 = RM42)
•NOTA :
•Kiraan akan bermula dari tahun 1439H hingga
1441H = 3 tahun. Tahun pertama yang bermula
dari 1438H hingga 1439H tidak termasuk dalam
kiraan fidyah kerana masih dalam tempoh puasa
boleh digantikan dan belum memasuki Ramadan
yang berikutnya.
Contoh
2
29
3.2 Siapakah Pembayar dan Penerima
Dalam surat al-Baqarah ayat 184, tertulis syarat orang yang boleh membayar
fidyah, sekaligus siapa orang yang berhak menerima fidyah.
“…. Dan wajib bagi orang-orang yang berat menjalankannya (jika mereka
tidak berpuasa) membayar fidyah, (iaitu) : memberi makan seorang miskin.
Barangsiapa yang dengan kerelaan hati mengerjakan kebajikan, maka itulah
yang lebih baik baginya. Dan berpuasa lebih baik bagimu jika kamu
mengetahui.”
‫ا‬ً‫ن‬‫مسكي‬ ‫يوم‬ ‫كل‬ ‫مكان‬ ‫عنه‬ ‫طعم‬ُ‫فلي‬ ‫شهر‬ ُ‫صيام‬ ‫وعليه‬ ‫مات‬ ‫من‬
“Sesiapa yang mati sedangkan dia masih mempunyai puasa Ramadan, hendaklah
diberi makan seorang miskin bagi setiap hari yang ditinggalkannya.”
(Riwayat al-Tirmizi)
30
Pembayar
• Sakit yang tiada harapan
sembuh
• Orang tua yang sudah tidak
mampu
• Perempuan mengandung
yang khuatir mudarat pada
kandungannya
• Perempuan menyusu yang
khuatir mudarat pada bayinya
• Orang yang sengaja
melewatkan qadha puasa
sehingga melangkaui
Ramadhan berikutnya
• Bekerja berat sepanjang
tahun
• Mati sebelum sempat qadha
puasa
Penerima
• Fakir
• Miskin
• Amil
• Muallaf
• Hamba yang ingin merdeka
• Orang yang berhutang
• Fi sabilillah
•Haji Karim pengidap Diabetes
yang menjalani dialisis
sepanjang Ramadan tidak
mampu menunaikan puasa.
•Bilangan Hari Tidak Berpuasa X
Kadar Fidyah
•30 hari x RM4.00 = RM120.00
Contoh
1
31
•Sepanjang kehamilannya, Puan Rina tidak
mampu berpuasa di bulan Ramadan pada
tahun itu selama 7 hari kerana
bimbangkan keadaan bayi yang
dikandungnya.
•Bilangan hari tidak berpuasa X Kadar
fidyah
•7 hari X RM4.00 = RM28.00
•NOTA :
•Puan Rina wajib qadha puasa DAN bayar
fidyah.
•Qadha kerana tidak puasa
•Bayar fidyah kerana bimbangkan
kandungannnya.
•Jika sekiranya Puan Rina GAGAL
menggantikan puasanya sehingga tiba
Ramadan berikutnya maka beliau akan
dikenakan fidyah kerana lewat
menggantikan puasa.
Contoh
2
•En Jamal telah tidak berpuasa
selama 3 hari di dalam bulan
Ramadan kerana panas. Beliau
hanya menggantikan puasanya
selepas 10 tahun.
•Bilangan hari tidak berpuasa X
Bilangan tahun tertangguh X Kadar
fidyah
•3 hari X 9 X RM4.00 = RM108
•NOTA :
•Tahun pertama tidak termasuk dalam
kiraan fidyah kerana masih dalam
tempoh puasa boleh digantikan dan
belum memasuki Ramadan yang
berikutnya.
Contoh
3
32
Seseorang boleh memberikan keseluruhan fidyahnya hanya kepada seorang
sahaja.Sekiranya jumlah tersebut amat banyak, maka wajarlah dibahagikan kepada
beberapa orang penerima. Ini kerana dapat memberi manfaat kepada golongan yang
susah kehidupannya. Ketika menghulurkan fidyah itu memadai dengan niat tanpa
menyebut kepada mereka. Tetapi adalah lebih baik jelaskan sekiranya diserahkan
kepada ahli jawatankuasa masjid atau majlis agama negeri.
33
4 KAFFARAH PUASA RAMADHAN
Kaffarah puasa ialah denda yang dikenakan kepada lelaki yang melakukan
jimak dengan perempuan pada siang hari dengan sengaja pada bulan Ramadhan
dalam keadaan berpuasa.
Diwajibkan kaffarah ke atas lelaki dewasa yang sengaja membatalkan puasa
Ramadan dengan melakukan persetubuhan yang diharamkan kerana berpuasa.
Persetubuhan ini mungkin dilakukan sama ada dengan ikatan perkahwinan yang sah
(jimak) atau tidak sah (zina).
Termasuk dalam hukum ini ialah golongan yang bersetubuh dengan lelaki
(gay), perempuan, binatang, mayat ataupun secara liwat, sekalipun tidak keluar air
mani.
Lelaki tersebut akan dikenakan empat hukuman, iaitu :
1
• Batal puasanya
2
• Berdosa
3
• Wajib qadha puasa
4
• Wajib kaffarah
34
Manakala golongan berikut tidak diwajibkan kaffarah :
NOTA :
1. Tidak dikenakan kaffarah bagi orang yang musafir atau sakit jika berlaku jimak
dalam keadaan tersebut.
2. Tetapi jika melakukan jimak dahulu, kemudian baru bermusafir atau datang sakit,
maka tidak gugur kaffarah.
1. Wanita yang dijimak termasuk diliwat.
2. Orang yang lupa, jahil dan orang yang dipaksa.
3. Orang yang menyangka jimaknya berlaku pada
waktu malam kemudian ternyata sebaliknya.
4. Orang yang berpuasa nazar, kaffarah dan qada.
5. Orang yang berpuasa dengan berijtihad dan tidak
dapat dipastikan kesahihan ijtihadnya.
6. Orang yang syak pada puasanya seperti hari yang
ke-30 Syaaban.
7. Orang yang menyangka terbenam matahari
kemudian ternyata sebaliknya.
8. Orang yang membatalkan puasa dengan selain
jimak.
9. Kanak-kanak yang belum baligh.
10. Orang yang diharuskan berbuka puasa seperti
bermusafir atau sakit.
35
4.1 Bentuk Kaffarah
Bentuk kaffarah ialah memerdekakan seseorang hamba. Jika tidak mampu,
hendaklah berpuasa dua bulan berturut-turut. Jika tidak mampu juga, wajib memberi
60 cupakmakanan asasi kepada60 orang miskin tetapiadamajlis agama negeri yang
membuat kiraan mengikut kadar zakat fitrah.
Contohnya, kadar makanan seorang dikira dengan secupak beras iaitu
bersamaan 675 gram atau 1/4 daripada kadar zakat fitrah yang dibayar. Kadar zakat
fitrah di negeri Selangor bagi tahun 2021 adalah RM 7.00. Maka kadar 1/4 zakat
fitrah adalah RM 1.75.
60 x RM1.75 = RM105
Kaffarah ini bukan satu pilihan tetapi WAJIB mengikut turutan. Jika tidak
mampu melaksanakan yang pertama barulah dibolehkan untuk berpindah kepada
turutan seterusnya.
Pertama : Merdekakan Hamba
Seorang hamba yang hendak dibebaskan itu mesti memenuhi empat syarat :
Islam
Tidak cacat (yang mengganggu
kemampuan untuk bekerja)
Tertentu
(niat kaffarah jimak sahaja)
Hamba yang layak untuk
dimerdekakan
Syarat
36
Kedua : Berpuasa Dua Bulan Berturut-Turut
Dua bulan yang dimaksudkan ialah bulan hijrah, walaupun hanya 29 hari dan
hanya dikenakan kepada pihak LELAKI sahaja.
Luput perbuatan berturut-turut jika meninggalkan puasa walaupun sehari
sekalipun ia hari yang terakhir. Ini bermakna jika dia meninggalkan puasa walaupun
sehari, seluruh puasa kaffarahnya batal dan harus dimulakan semula.
Ketiga : Memberi Makan 60 Orang Miskin
Maksudnya ialah memberi pemilikan satu mud (cupak) daripada makanan
jenis bijian (makanan ruji) kepada 60 orang miskin atau fakir yang layak menerima
zakat dengan kadar satu cupak bagi setiap orang.
Sukatan satu cupak adalah bersamaan lebih kurang 700 gram.
NOTA :
1. Berbilang kaffarah dengan berbilangnya hari yang dibatalkan puasa dengan jimak.
2. Jika seseorang itu tidak mampu melaksanakan kesemuanya, maka kaffarah itu
menjadi tanggungannya sehingga dia mampu melaksanakan salah satu daripada
kaffarah tersebut berdasarkan turutan yang telah disebutkan.
3. Lafaz niat puasa kaffarah :
Sahaja aku puasa kaffarah esok hari kerana Allah Taala
4. Oleh kerana puasa kaffarah termasuk dalam puasa yang wajib, maka niatnya
hendaklah dilakukan pada waktu malam sebelum itu.
5. Jikadiamelakukanduakalipersetubuhanselamaduahari,diaakandikenakandua
kali kaffarah. Jika dia melakukan tiga kali persetubuhan pada siang hari Ramadan,
dia dikenakan tiga kali kaffarah. Begitulah seterusnya.
37
6. Tetapi jika dia melakukan beberapa kali persetubuhan dalam sehari, kaffarahnya
hanya sekali sahaja. Yang dikira ialah bilangan hari, bukan kekerapan
melakukannya dalam sehari.
7. Kaffarahkeranabersetubuhpada siangRamadhanhanya diwajibkanke atas suami
sebagaimana pendapat dalam mazhab Syafi‘i. Justeru, bagi isteri yang berjimak,
hanya diwajibkan untuk qadha’ (menggantikan puasa) dan tidak dikenakan
kaffarah.
38
5 QADHA DAN FIDYAH
Kewajipan untuk qadha dan membayar fidyah sekaligus ini dikenakan ke atas
mereka yang tidak sempat menyempurnakan qada puasa Ramadhan yang telah
melangkau ke Ramadhan yang baru. Begitu juga ibu hamil yang khuatir akan
keselamatan bayi yang dikandungnya setelah mendapat nasihat daripada doktor.
Manakala ibu menyusu yang yakin puasanya boleh memudaratkan bayinya juga
termasuk dalam golongan ini.
NOTA :
Perempuan hamil @ menyusu :
• Qadha sahaja
Diri sendiri
• Qadha & Fidyah
Diri sendiri +
Anak
• Qadha & Fidyah
Anak
39
KESIMPULAN
Puasa menduduki tempat ke tiga selepas syahadah dan solat dalam penyucian
jiwa membenteng ujian maksiat. Puasa merupakan pembiasan kesabaran, kerana
Rasulullah SAW mendidik orang muslim agar menyatakan mereka puasa apabila
disakiti oleh musuh. Ini bermakna besarnya impak puasa dalam mendamaikan jiwa
dan mengharmonikan hubungan manusia bahkan dengan Allah SWT.
Umat Islam hanya difardukan puasa wajib dalam bulan Ramadhan sahaja.
Walaupun begitu Allah SWT masih membuka ruang dan rukhsoh untuk berbuka
sekiranya mengalami beberapa keuzuran syari’e. Tanda syukur kepada keringanan
ini, wajarlah kita menggunakan dengan penuh ikhlas dan berlapang dada dalam
mengqadha puasa tersebut.
Fahamilah bahawa hutang perlu dibayar sesama manusia, inikan pula hutang
terhadap Allah SWT. Kita perlu sedar bukanlah Allah mendambakan fidyah beras kita,
bukan juga mendambakan denda kafarah hambaNya, tetapi ini hanyalah sekadar
bukti ketaatan hamba terhadap Allah, tanda bersyukur kepada Pencipta sekalian
alam.
Sesungguhnya Allah SWT Maha Rahim Maha Razzak. Allahussomad yakni Allah
tempat pergantungan manusia. Bukan Allah yang bergantung kepada manusia. Allah
SWT tidak memerlukan sesiapa pun untuk mentadbir alam semester ini. Bahkan kita
hambaNya yang lemah sentiasa berdoa untuk mendapat pertolongan dan rahmatNya.
Kita tidak mampu berdikari tanpa pimpinan Allah SWT.
40
BIBLIOGRAFI
Dr. Harmy Mohd Yusoff (2013). Fikah Perubatan. PTS Millennia Sdn.Bhd. Malaysia.
Imam Taqiyuddin Abu Bakar Bin Muhammad Al-Husaini (2014). Kitab Kifayah Al-
Akhyar Fiqh Al-Imam Al-Syafi’e. Perniagaan Jahabersa, Malaysia.
Syeikh Muhammad Bin Ismail Daud Al-Fatani (1993). Matla’ Al-Badrain. Jabatan
Agama Islam Wilayah Persekutuan. Malaysia
Syaikh Zainuddin Bin Abdul Aziz Al-Malbariy (2009). Kitab Fathul Mu’in. Perniagaan
Jahabersa, Malaysia.
Sarip bin Abdul (2015). Panduan Amalan Di Bulan Ramadhan. Jakim, Malaysi.
https://www.hmetro.com.my/authors/dr-mohd-hasrul-bin-shuhari
https://www.utusan.com.my/berita/2022/04/ramadan-di-malaysia-dijangka-
genap-30-hari/
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/05/951437/aidilfitri-
disambut-esok
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/04/698237/kadar-fidyah-di-
selangor-ikut-jenis-beras-dimakan
https://maktabahalbakri.com/926-berbuka-puasa-kerana-kerja-berat/
https://maktabahalbakri.com/913-kaffarah-jimak-suami-sahaja-atau-kedua-
duanya-sekali/
https://www.darulnuman.com/index.php?option=com_content&view=article&id=8
4&Itemid=146
https://www.zakat.com.my/info-zakat/fidyah/
https://akumuslim.asia/puasa-ramadhan-pengenalan-panduan-lengkap/
https://akuislam.com/fekah/kaffarah-puasa-ramadan/
https://ecentral.my/cara-bayar-fidyah/
https://www.maiwp.gov.my/i/index.php/en/2015-11-20-07-49-26/kaffarah
https://www.maiwp.gov.my/i/index.php/en/kira-fidyah
41
https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/edisi-ramadhan/3447-irsyad-al-
fatwa-khas-ramadhan-siri-ke-145-adakah-dikenakan-kaffarah-berjimak-selepas-
sengaja-membatalkan-puasa-dengan-makan
http://e-smaf.islam.gov.my/e-smaf/index.php/main/mainv1/fatwa/pr/12576
https://www.muis.gov.sg/officeofthemufti/Fatwa/Fidyah-dan-Kaffarah-Dengan-
Nilai-Wang
42
POLITEKNIK KOTA BHARU
KM 24, KOK LANAS
16450 KETEREH
KELANTAN

More Related Content

What's hot

Manifestasi Akal Budi Dalam Puisi Tradisional
Manifestasi Akal Budi Dalam Puisi TradisionalManifestasi Akal Budi Dalam Puisi Tradisional
Manifestasi Akal Budi Dalam Puisi TradisionalBM2062204RohaiyuBint
 
Perkembangan bahasa melayu moden
Perkembangan bahasa melayu modenPerkembangan bahasa melayu moden
Perkembangan bahasa melayu modenHafizzudin Zainudin
 
Tugasan bmm 3112 perkembangan bahasa melayu
Tugasan bmm 3112 perkembangan bahasa melayuTugasan bmm 3112 perkembangan bahasa melayu
Tugasan bmm 3112 perkembangan bahasa melayuAhmad NazRi
 
MAD LAZIM HARFI MUKHOFFAF & MUTSAQQAL
MAD LAZIM HARFI MUKHOFFAF & MUTSAQQALMAD LAZIM HARFI MUKHOFFAF & MUTSAQQAL
MAD LAZIM HARFI MUKHOFFAF & MUTSAQQALDany Dw
 
Topik 1 Peranan Al-Quran & As-sunnah (bidang politik)
Topik 1 Peranan Al-Quran & As-sunnah (bidang politik) Topik 1 Peranan Al-Quran & As-sunnah (bidang politik)
Topik 1 Peranan Al-Quran & As-sunnah (bidang politik) NabihahNazri
 
Pantun teka teki
Pantun teka tekiPantun teka teki
Pantun teka tekizaidati
 
ASPEK KESANTUNAN BAHASA BERDASARKAN PANDANGAN TOKOH DENGAN MENGAITKAN KONSEP ...
ASPEK KESANTUNAN BAHASA BERDASARKAN PANDANGAN TOKOH DENGAN MENGAITKAN KONSEP ...ASPEK KESANTUNAN BAHASA BERDASARKAN PANDANGAN TOKOH DENGAN MENGAITKAN KONSEP ...
ASPEK KESANTUNAN BAHASA BERDASARKAN PANDANGAN TOKOH DENGAN MENGAITKAN KONSEP ...Rasit Masrii
 
Asal usul-bahasa-melayu
Asal usul-bahasa-melayuAsal usul-bahasa-melayu
Asal usul-bahasa-melayuHam Dan
 
Penulisan huruf
Penulisan huruf Penulisan huruf
Penulisan huruf firo HAR
 
M6 bengkel aktiviti penulisan mekanis
M6 bengkel aktiviti penulisan mekanisM6 bengkel aktiviti penulisan mekanis
M6 bengkel aktiviti penulisan mekanisIvana Lok
 
KULIAH 2 KEUTUHAN WACANA.pptx
KULIAH 2 KEUTUHAN WACANA.pptxKULIAH 2 KEUTUHAN WACANA.pptx
KULIAH 2 KEUTUHAN WACANA.pptxzuhairiraffien
 
Kesantunan berbahasa (3)
Kesantunan berbahasa (3)Kesantunan berbahasa (3)
Kesantunan berbahasa (3)Ranjene Ramaya
 
BMMB1114 : ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA)
BMMB1114 : ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA)BMMB1114 : ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA)
BMMB1114 : ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA)PISMPBM20622AinNajwa
 
Aktiviti penulisan mentalis
Aktiviti penulisan mentalisAktiviti penulisan mentalis
Aktiviti penulisan mentalisAvhieyna Andhrew
 
SUMBANGAN ZA’BA KEPADA BAHASA MELAYU
SUMBANGAN ZA’BA KEPADA BAHASA MELAYUSUMBANGAN ZA’BA KEPADA BAHASA MELAYU
SUMBANGAN ZA’BA KEPADA BAHASA MELAYUnur fara
 

What's hot (20)

Manifestasi Akal Budi Dalam Puisi Tradisional
Manifestasi Akal Budi Dalam Puisi TradisionalManifestasi Akal Budi Dalam Puisi Tradisional
Manifestasi Akal Budi Dalam Puisi Tradisional
 
Perkembangan bahasa melayu moden
Perkembangan bahasa melayu modenPerkembangan bahasa melayu moden
Perkembangan bahasa melayu moden
 
Sejarah
SejarahSejarah
Sejarah
 
Tugasan bmm 3112 perkembangan bahasa melayu
Tugasan bmm 3112 perkembangan bahasa melayuTugasan bmm 3112 perkembangan bahasa melayu
Tugasan bmm 3112 perkembangan bahasa melayu
 
MAD LAZIM HARFI MUKHOFFAF & MUTSAQQAL
MAD LAZIM HARFI MUKHOFFAF & MUTSAQQALMAD LAZIM HARFI MUKHOFFAF & MUTSAQQAL
MAD LAZIM HARFI MUKHOFFAF & MUTSAQQAL
 
Topik 1 Peranan Al-Quran & As-sunnah (bidang politik)
Topik 1 Peranan Al-Quran & As-sunnah (bidang politik) Topik 1 Peranan Al-Quran & As-sunnah (bidang politik)
Topik 1 Peranan Al-Quran & As-sunnah (bidang politik)
 
Pantun teka teki
Pantun teka tekiPantun teka teki
Pantun teka teki
 
Penjagaan air muka
Penjagaan air mukaPenjagaan air muka
Penjagaan air muka
 
ASPEK KESANTUNAN BAHASA BERDASARKAN PANDANGAN TOKOH DENGAN MENGAITKAN KONSEP ...
ASPEK KESANTUNAN BAHASA BERDASARKAN PANDANGAN TOKOH DENGAN MENGAITKAN KONSEP ...ASPEK KESANTUNAN BAHASA BERDASARKAN PANDANGAN TOKOH DENGAN MENGAITKAN KONSEP ...
ASPEK KESANTUNAN BAHASA BERDASARKAN PANDANGAN TOKOH DENGAN MENGAITKAN KONSEP ...
 
fonetik fonologi
fonetik fonologifonetik fonologi
fonetik fonologi
 
Komunikasi bertulis
Komunikasi bertulisKomunikasi bertulis
Komunikasi bertulis
 
Asal usul-bahasa-melayu
Asal usul-bahasa-melayuAsal usul-bahasa-melayu
Asal usul-bahasa-melayu
 
Penulisan huruf
Penulisan huruf Penulisan huruf
Penulisan huruf
 
Pengelompokkan bahasa austronesia
Pengelompokkan bahasa austronesiaPengelompokkan bahasa austronesia
Pengelompokkan bahasa austronesia
 
M6 bengkel aktiviti penulisan mekanis
M6 bengkel aktiviti penulisan mekanisM6 bengkel aktiviti penulisan mekanis
M6 bengkel aktiviti penulisan mekanis
 
KULIAH 2 KEUTUHAN WACANA.pptx
KULIAH 2 KEUTUHAN WACANA.pptxKULIAH 2 KEUTUHAN WACANA.pptx
KULIAH 2 KEUTUHAN WACANA.pptx
 
Kesantunan berbahasa (3)
Kesantunan berbahasa (3)Kesantunan berbahasa (3)
Kesantunan berbahasa (3)
 
BMMB1114 : ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA)
BMMB1114 : ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA)BMMB1114 : ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA)
BMMB1114 : ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA)
 
Aktiviti penulisan mentalis
Aktiviti penulisan mentalisAktiviti penulisan mentalis
Aktiviti penulisan mentalis
 
SUMBANGAN ZA’BA KEPADA BAHASA MELAYU
SUMBANGAN ZA’BA KEPADA BAHASA MELAYUSUMBANGAN ZA’BA KEPADA BAHASA MELAYU
SUMBANGAN ZA’BA KEPADA BAHASA MELAYU
 

Similar to eBookpuasa-edited (eISBN).pdf

e-Book Marhaban Ya Ramadhan Bahasa Malaysia
e-Book Marhaban Ya Ramadhan Bahasa Malaysiae-Book Marhaban Ya Ramadhan Bahasa Malaysia
e-Book Marhaban Ya Ramadhan Bahasa MalaysiaArillAHassan
 
buku-kegiatan-ramadhan-SMKPH 2023.doc
buku-kegiatan-ramadhan-SMKPH 2023.docbuku-kegiatan-ramadhan-SMKPH 2023.doc
buku-kegiatan-ramadhan-SMKPH 2023.docnurulpratiwi61
 
Kelas 08 SMP Pendidikan Agama Islam dan Budi Pekerti Bab 4
Kelas 08 SMP Pendidikan Agama Islam dan Budi Pekerti Bab 4Kelas 08 SMP Pendidikan Agama Islam dan Budi Pekerti Bab 4
Kelas 08 SMP Pendidikan Agama Islam dan Budi Pekerti Bab 4sitisarahrahmania
 
Ppt puasa
Ppt puasaPpt puasa
Ppt puasaM Yusuf
 
Ppt puasa
Ppt puasaPpt puasa
Ppt puasaM Yusuf
 
Buku Kegiatan Ramadhan - Versi 2.docx
Buku Kegiatan Ramadhan - Versi 2.docxBuku Kegiatan Ramadhan - Versi 2.docx
Buku Kegiatan Ramadhan - Versi 2.docxmohfarkun
 
7 keistimewaan di bulan suci ramadhan
7 keistimewaan di bulan suci ramadhan7 keistimewaan di bulan suci ramadhan
7 keistimewaan di bulan suci ramadhanMarbotMesjid
 
Buku Kegiatan Ramadhan - SD.docx
Buku Kegiatan Ramadhan - SD.docxBuku Kegiatan Ramadhan - SD.docx
Buku Kegiatan Ramadhan - SD.docxssuserb565d4
 
BUKU KEGIATAN RAMADHAN OK BOLAK BALIK CETAK.docx
BUKU KEGIATAN RAMADHAN OK BOLAK BALIK CETAK.docxBUKU KEGIATAN RAMADHAN OK BOLAK BALIK CETAK.docx
BUKU KEGIATAN RAMADHAN OK BOLAK BALIK CETAK.docxSuarniSuarni5
 
Meraih Kesempurnaan Ibadah Puasa.pptx
Meraih Kesempurnaan Ibadah Puasa.pptxMeraih Kesempurnaan Ibadah Puasa.pptx
Meraih Kesempurnaan Ibadah Puasa.pptxdini201550
 
BUKU KEGIATAN BULAN RAMADHAN untuk sekolah 2.docx
BUKU KEGIATAN BULAN RAMADHAN untuk sekolah 2.docxBUKU KEGIATAN BULAN RAMADHAN untuk sekolah 2.docx
BUKU KEGIATAN BULAN RAMADHAN untuk sekolah 2.docxBarikGhofur
 
Meraih surga ramadhan syaikh al utsaimin
Meraih surga ramadhan   syaikh al utsaiminMeraih surga ramadhan   syaikh al utsaimin
Meraih surga ramadhan syaikh al utsaiminilmu ilmu
 
Impak Puasa Terhadap Muslim
Impak Puasa Terhadap MuslimImpak Puasa Terhadap Muslim
Impak Puasa Terhadap MuslimAnis Nabilah
 

Similar to eBookpuasa-edited (eISBN).pdf (20)

materi puasa.pdf
materi puasa.pdfmateri puasa.pdf
materi puasa.pdf
 
Rin
RinRin
Rin
 
e-Book Marhaban Ya Ramadhan Bahasa Malaysia
e-Book Marhaban Ya Ramadhan Bahasa Malaysiae-Book Marhaban Ya Ramadhan Bahasa Malaysia
e-Book Marhaban Ya Ramadhan Bahasa Malaysia
 
buku-kegiatan-ramadhan-SMKPH 2023.doc
buku-kegiatan-ramadhan-SMKPH 2023.docbuku-kegiatan-ramadhan-SMKPH 2023.doc
buku-kegiatan-ramadhan-SMKPH 2023.doc
 
Kelas 08 SMP Pendidikan Agama Islam dan Budi Pekerti Bab 4
Kelas 08 SMP Pendidikan Agama Islam dan Budi Pekerti Bab 4Kelas 08 SMP Pendidikan Agama Islam dan Budi Pekerti Bab 4
Kelas 08 SMP Pendidikan Agama Islam dan Budi Pekerti Bab 4
 
Bp ramadhan
Bp ramadhanBp ramadhan
Bp ramadhan
 
Pelajaran 4.pptx
Pelajaran 4.pptxPelajaran 4.pptx
Pelajaran 4.pptx
 
Ppt puasa
Ppt puasaPpt puasa
Ppt puasa
 
Ppt puasa
Ppt puasaPpt puasa
Ppt puasa
 
Buku Kegiatan Ramadhan - Versi 2.docx
Buku Kegiatan Ramadhan - Versi 2.docxBuku Kegiatan Ramadhan - Versi 2.docx
Buku Kegiatan Ramadhan - Versi 2.docx
 
7 keistimewaan di bulan suci ramadhan
7 keistimewaan di bulan suci ramadhan7 keistimewaan di bulan suci ramadhan
7 keistimewaan di bulan suci ramadhan
 
Buku Kegiatan Ramadhan - SD.docx
Buku Kegiatan Ramadhan - SD.docxBuku Kegiatan Ramadhan - SD.docx
Buku Kegiatan Ramadhan - SD.docx
 
BUKU KEGIATAN RAMADHAN OK BOLAK BALIK CETAK.docx
BUKU KEGIATAN RAMADHAN OK BOLAK BALIK CETAK.docxBUKU KEGIATAN RAMADHAN OK BOLAK BALIK CETAK.docx
BUKU KEGIATAN RAMADHAN OK BOLAK BALIK CETAK.docx
 
Buku Kegiatan Ramadhan
Buku Kegiatan Ramadhan Buku Kegiatan Ramadhan
Buku Kegiatan Ramadhan
 
Meraih Kesempurnaan Ibadah Puasa.pptx
Meraih Kesempurnaan Ibadah Puasa.pptxMeraih Kesempurnaan Ibadah Puasa.pptx
Meraih Kesempurnaan Ibadah Puasa.pptx
 
BUKU KEGIATAN BULAN RAMADHAN untuk sekolah 2.docx
BUKU KEGIATAN BULAN RAMADHAN untuk sekolah 2.docxBUKU KEGIATAN BULAN RAMADHAN untuk sekolah 2.docx
BUKU KEGIATAN BULAN RAMADHAN untuk sekolah 2.docx
 
Puasa
PuasaPuasa
Puasa
 
Makalah puasa 2
Makalah puasa 2Makalah puasa 2
Makalah puasa 2
 
Meraih surga ramadhan syaikh al utsaimin
Meraih surga ramadhan   syaikh al utsaiminMeraih surga ramadhan   syaikh al utsaimin
Meraih surga ramadhan syaikh al utsaimin
 
Impak Puasa Terhadap Muslim
Impak Puasa Terhadap MuslimImpak Puasa Terhadap Muslim
Impak Puasa Terhadap Muslim
 

Recently uploaded

Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdfSalinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdfWidyastutyCoyy
 
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdfsdn3jatiblora
 
presentasi lembaga negara yang ada di indonesia
presentasi lembaga negara yang ada di indonesiapresentasi lembaga negara yang ada di indonesia
presentasi lembaga negara yang ada di indonesiaNILAMSARI269850
 
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7IwanSumantri7
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfCandraMegawati
 
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptxPendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptxdeskaputriani1
 
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxPEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxsukmakarim1998
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptArkhaRega1
 
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi SelatanSosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatanssuser963292
 
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxRefleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxIrfanAudah1
 
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMMAKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMMIGustiBagusGending
 
ppt-akhlak-tercela-foya-foya-riya-sumah-takabur-hasad asli.ppt
ppt-akhlak-tercela-foya-foya-riya-sumah-takabur-hasad asli.pptppt-akhlak-tercela-foya-foya-riya-sumah-takabur-hasad asli.ppt
ppt-akhlak-tercela-foya-foya-riya-sumah-takabur-hasad asli.pptAgusRahmat39
 
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptxMODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptxSlasiWidasmara1
 
Hiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
HiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaHiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Hiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaafarmasipejatentimur
 
PPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptx
PPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptxPPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptx
PPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptxssuser8905b3
 
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNSLatsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNSdheaprs
 
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptxSesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptxSovyOktavianti
 
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING...
PELAKSANAAN  + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY &  WAREHOUSING...PELAKSANAAN  + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY &  WAREHOUSING...
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING...Kanaidi ken
 
aksi nyata sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
aksi nyata sosialisasi  Profil Pelajar Pancasila.pdfaksi nyata sosialisasi  Profil Pelajar Pancasila.pdf
aksi nyata sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdfsdn3jatiblora
 
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CModul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CAbdiera
 

Recently uploaded (20)

Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdfSalinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
 
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
 
presentasi lembaga negara yang ada di indonesia
presentasi lembaga negara yang ada di indonesiapresentasi lembaga negara yang ada di indonesia
presentasi lembaga negara yang ada di indonesia
 
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
 
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptxPendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
 
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxPEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
 
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi SelatanSosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
 
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxRefleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
 
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMMAKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
 
ppt-akhlak-tercela-foya-foya-riya-sumah-takabur-hasad asli.ppt
ppt-akhlak-tercela-foya-foya-riya-sumah-takabur-hasad asli.pptppt-akhlak-tercela-foya-foya-riya-sumah-takabur-hasad asli.ppt
ppt-akhlak-tercela-foya-foya-riya-sumah-takabur-hasad asli.ppt
 
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptxMODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
 
Hiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
HiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaHiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Hiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
 
PPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptx
PPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptxPPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptx
PPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptx
 
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNSLatsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
 
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptxSesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
 
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING...
PELAKSANAAN  + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY &  WAREHOUSING...PELAKSANAAN  + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY &  WAREHOUSING...
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING...
 
aksi nyata sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
aksi nyata sosialisasi  Profil Pelajar Pancasila.pdfaksi nyata sosialisasi  Profil Pelajar Pancasila.pdf
aksi nyata sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
 
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CModul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
 

eBookpuasa-edited (eISBN).pdf

  • 1. 1 PUASA RAMADHAN PERBINCANGAN TENTANG QADHA, FIDYAH DAN KAFFARAH NOR ARYADA BINTI MAHMAD ENGKU RAZINAWATY BINTI ENGKU CHIK Politeknik Kota Bharu
  • 2. 2 PUASA RAMADHAN : PERBINCANGAN TENTANG QADHA, FIDYAH DAN KAFFARAH NOR ARYADA BINTI MAHMAD ENGKU RAZINAWATY BINTI ENGKU CHIK POLITEKNIK KOTA BHARU
  • 3. 3 DITERBITKAN DAN DIEDARKAN OLEH : Jabatan Pengajian Am Ppoliteknik Kota Bharu KM 24, Kok Lanas, 16450 Ketereh, Kelantan. Puasa Ramadhan : Perbincangan Tentang Qadha, Fidyah dan Kaffarah Cetakan Pertama 2023 © 2023 Nor Aryada Mahmad & Engku Razinawaty Engku Chik Hak cipta terpelihara. Tidak ada bahagian dalam penerbitan ini yang dapat diterbitkan semula, disimpan dalam bentuk apa pun atau dengan cara apa pun, elektronik, fotokopi, rakaman atau sebaliknya tanpa izin bertulis terlebih dahulu dari pemegang hak cipta. Puasa Ramadhan : Perbincangan Tentang Qadha, Fidyah dan Kaffarah / Nor Aryada Mahmad & Engku Razinawaty Engku Chik.
  • 4. 4 BIODATA PENULIS NOR ARYADA BINTI MAHMAD memulakan perkhidmatan sebagai guru Pendidikan Islam di Sekolah Menengah Kebangsaan Petaling, Selangor pada tahun 1999 sebelum meneruskan perkhidmatan sebagai Pensyarah di Unit Pendidikan Islam danMoral di Politeknik Kota Bharu pada 1 Jun 2000. Bertugas sebagai pensyarah bermula pada tahun 2000 hingga sekarang. Lulusan Ijazah Sarjana Muda (dengan Kepujian) pengkhususan dalam bidang Ilmu Wahyu dan Warisan Islam. Manakala subjek Sejarah sebagai minor di Universiti Islam Antarabangsa, Malaysia pada tahun 1996 sebelum menyambung pendidikan professional (Diploma Pendidikan) juga di universiti yang sama. ENGKU RAZINAWATY BINTI ENGKU CHIK, lulusan Sarjana Muda Usuluddin Dengan Kepujian, Universiti Malaya pada tahun 1996 sebelum melanjutkan pengajian di peringkat Diploma Pendidikan juga di Universiti Malaya. Telah memulakan perkhidmatan di Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim, Jitra, Kedah pada 1997sebelum berpindahkePoliteknik Kota Bharu pada tahun 2003 sehingga kini.
  • 5. 5 SENARAI KANDUNGAN ABSTRAK - 6 PENDAHULUAN - 7 1 PUASA RAMADHAN - 12 1.1 Kaedah Menentukan Permulaan Phase - 12 1.2 Perkiraan Puasa Ramadhan - 13 1.3 Niat Berpuasa Ramadhan - 15 2 QADHA PUASA RAMADHAN - 17 2.1 Tempoh Qadha - 17 2.2 Sebab Qadha - 18 2.3 Niat Qadha - 24 3 FIDYAH PUASA RAMADHAN - 26 3.1 Sukatan - 26 3.2 Siapakah Pembayar dan Penerima - 29 4 KAFFARAH PUASA RAMADHAN - 33 4.1 Bentuk Kaffarah - 35 5 QADHA DAN FIDYAH - 38 KESIMPULAN - 39 BIBLIOGRAFI - 40
  • 6. 6 ABSTRAK Umum sedia maklum tentang kefardhuan puasa ke atas orang Islam yang cukup syaratwajib sementelahan iamerupakan salah satu rukun Islam. Bahkan ramai yang tidak cukup syarat turut melakukan ibadat berkenaan secara sukarela apabila sampai masanya iaitu bulan Ramadhan. Rata-rata ibadat ini menjadi bualan ramai kerana di penghujung bulan Ramadhan ada satu perayaan yang ditunggu-tunggu oleh ramai pihak bagi menyambut kemenangan orang-orang Islam menewaskan nafsu sepanjang bulan tersebut. Namun kefahaman tentang proses penggantian puasa yang disebabkan pelbagai halangan yang diharuskan oleh syarak agak kurang diselami dengan sebenar-benarnya sehingga wujud kesilapan ketika proses penggantian sama ada dengan qadha, fidyah atau kedua-duanya dan kaffarah. Penulisan ini memfokuskan penjelasan lanjut berkenaan qadha, fidyah, kaffarah dengan cara yang paling mudah difahami agar dapat dipraktis dengan sempurna menurut syarak. Hanya pemahaman yang betul mampu untuk menghindarkan kesilapan dalam proses penggantian puasa yang telah ditinggalkan dalam bulan Ramadhan. Kata Kunci : puasa, qadha, fidyah, kaffarah
  • 7. 7 PENDAHULUAN Puasa secara bahasanya boleh diertikan sebagai "menahan diri". Dari segi istilah syarak, puasa bermaksud "menahan diri daripada makan, minum dan perkara- perkara yang membatalkan puasa bermula dari terbit fajar sadik sehingga terbenam matahari berserta niat". Puasa Ramadhan ertinya menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari dalam bulan Ramadhan. Selain itu, umat Islam juga dikehendaki menahan diri daripada menipu, mengeluarkan kata-kata buruk atau sia-sia, serta bertengkar atau bergaduh. Hal ini kerana puasa merupakan medan latihan memupuk kesabaran, kejujuran serta bertolak ansur dalam diri. Secara tidak langsung amalan puasa akan menyuburkan sikap murni dalam diri pelakunya. Puasa mengajar kita supaya bertaqwa. Menurut Saidina Ali RA, taqwa ialah takut kepada Allah, melakukan ibadah, percaya pada al-Quran, bersyukur dengan apa yang diberikanNYA serta menyiapkan diri untuk hari penghakiman Allah kelak. Orang bertaqwa ialahyangmelakukan amarmakrufdannahi munkar,danpada masa yang sama mendekatkan diri kepada Allah SWT. Manakala orang yang beriman dan beramal soleh adalah sebaik-baik makhluk (al-Bayyinah 98 :7 ). Dari aspek niat, tidak wajib dan tidak juga sunat berniat dalam bahasa Arab, memadai dalam apa-apa bahasa yang difahami. Begitupun, lebih baik dan berpahala jika diamalkan dalam bahasa Arab dengan niat cinta kepada bahasa Arab sebagai bahasa Nabi Muhammad SAW dan bahasa Al-Quran. Sebenarnya bangun untuk bersahur itu sudah dikira berniat untuk berpuasa, malah ada niat atau cita-cita dalam hati untuk bangun sahur itu juga dikira sudah berniat untuk berpuasa kerana seseorang itu tidak bangun sahur atau bercita-cita bangun sahur melainkan bertujuan untuk berpuasa esok harinya, melainkan jika dia memang berniat tidak mahu berpuasa jika tidak terjaga semasa waktu sahur Waktu berniat bermula dari terbenam matahari, iaitu masuk waktu sembahyang fardu Maghrib hinggalah sebelum terbit fajar sadik (waktu Subuh). Oleh itu, bolehlah dilakukan niat puasa pada mana-mana bahagian daripada waktu tersebut, walaupun semasa berbuka. Betapa ruginya orang yang meninggalkan puasa kerana pahalanya amat besar. Orang yang meninggalkan puasa dengan sengaja bukan sahaja telah melakukan satu
  • 8. 8 dosa besar, bahkan dia mengalami satu kerugian yang amat besar, satu hari puasa yang ditinggalkan tersebut tidak boleh ditebus dengan apa jua cara, tidak boleh ditukar ganti, sekalipun orang yang meninggalkannya berpuasa seumur hidupnya. Hal ini jelas sebagaimana sabda Nabi Muhammad SAW bermaksud : “Sesiapa berbuka satu hari pada bulan Ramadan tanpa ada rukhsah (uzur syarak) dan tidak juga kerana sakit, dia tidak akan dapat menggantikan puasa yang ditinggalkannya itu, sekalipun dia berpuasa seumur hidup.” (Riwayat Tirmidzi, Abu Daud, Nasa’i, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah) Abu Umamah ra berkata; "Aku bertanya kepada Rasulullah SAW : "Ya Rasulullah, tunjukkan daku suatu amalan yang membolehkan daku memasuki syurga dengan cara itu. Lalu Rasulullah SAW bersabda: " Hendaklah kamu berpuasa kerana sesungguhnya tiada satu cara pun yang mampu menandinginya." (Riwayatkan Ibn Hibban) Seterusnya mari kita membuat sedikit ulangkaji mengenai puasa secara ringkas supaya ibadat yang kita lakukan diterima oleh Allah SWT. Jenis puasa pada asasnya terbahagi kepada tiga : • Puasa bulan Ramadhan • Puasa kifarah • Puasa qadha • Puasa nazar Wajib
  • 9. 9 •Puasa enam hari dalam bulan Syawal •Puasa pada hari Arafah (9 Zulhijah) •Puasa pada hari tasu'a (9 Muharram) dan hari Asyura' (10 Muharram) •Puasa pada hari Isnin dan Khamis •Puasa pada hari putih (13, 14, 15 hari bulan pada setiap bulan Islam Hijrah) Sunat •Puasa pada hari Syak (30 Syaaban) •Puasa pada hari Raya Aidilfitri (1 Syawal) •Puasa pada hari Raya Aidiladha (10 Zulhijjah) •Puasa pada hari Tashriq (11, 12, 13 Zulhijjah) •Puasa perempuan haid dan nifas •Puasa pada hari Arafah (9 Zulhijjah) - khusus untuk yang menunaikan haji pada tahun itu sahaja •Puasa sunat seorang perempuan tanpa izin suaminya sedangkan suaminya berada di rumah •Puasa bagi orang yang bimbang berlakunya mudarat ke atas dirinya kerana berpuasa Haram
  • 10. 10 Berikut pula adalah syarat wajib dan syarat sah puasa.
  • 11. 11 Selanjutnya pula adalah hal-hal berhubung dengan perkara rukun, perkara sunat dan perkara yang membatalkan puasa. Terdapatgolongantertentuyangdiharuskanberbukapuasatetapiperluqadha, fidyah, kaffarah atau qadha dan fidyah. Setiap satunya akan dijelaskan secara lebih lanjut dalam huraian selepas ini. Perkara-perkara berkaitan puasa di atas telah dipelajari, diamalkan dalam kehidupan sebahagian besar masyarakat Islam. Justeru diharapkan sedikit ulangkaji ini mampu membolehkan kita menyemak semula status ibadat puasa yang telah dibuat sebelum ini. Rukun Sunat Batal •Niat •Menahan diri dari perkara-perkarayang membatalkanpuasa mulai terbit fajar hingga terbenam matahari •Makan sahur serta melambatkannya •Segera berbuka dan sunat berbuka dengan buah kurma atau benda-benda yang manis atau air •Menjamu orang-orang berbuka puasa •Solat Tarawih pada malam harinya •Memperbanyak ibadah dan berbuat kebaikan •Berungguh-sungguhdan tekun berjaga malam pada 10 malam terakhir Ramadan untuk mendapatkan malam al- Qadar atau Lailatulqadar • Makan dan minum dengan sengaja walaupun pada nilaian dan kadaran yang sedikitMakan dan minum dengan sengaja walaupun pada nilaian dan kadaran yang sedikit •Muntah dengan sengaja •Bersetubuh di siang hari •Mengeluarkan air mani dengan sengaja •Keluar darah haid atau nifas •Hilang akal (seperti gila) •Pitam(termasuk pengsan) atau mabuk sepanjang hari. •Merokok di siang hari (termasuk menghisap ganja atau dadah) •Murtad (keluar dari Islam) • Memasukkan sesuatu ke dalam rongga terbuka seperti menyembur pewangi atau penyegar mulut dan sebagainya.
  • 12. 12 1 PUASA RAMADHAN Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelummu agar kamu bertakwa. (183) (iaitu) dalam beberapa hari yang tertentu. Maka jika di antara kamu ada yang sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada bari-hari yang lain. Dan wajib bagi orang-orang yang berat menjalankannya (jika mereka tidak berpuasa) membayar fidyah, (iaitu) memberi makan seorang miskin. Barangsiapa yang dengan kerelaan hati mengerjakan kebajikan, maka itulah yang lebih baik baginya. Dan berpuasa lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.” (Al-Baqarah : 183-184) Puasa Ramadhan merupakan rukun Islam yang ketiga selepas mengucap dua kalimah syahadah dan solat fardu lima waktu. Puasa bulan Ramadan telah difardhukan pada bulan Sya’ban tahun kedua Hijriah. Berdasarkan asbab nuzul riwayat al-Hakim, Muaz ibn Jabal RA menjelaskan bahawa apabila Rasulullah SAW tiba di Madinah, baginda SAW berpuasa selama 3 hari pada setiap bulan dan baginda SAW juga berpuasa Asyura' (10 Muharam). Maka Allah SWT menurunkan ayat 183 ini untuk mewajibkan puasa Ramadan selama sebulan. 1.1 Kaedah Menentukan Permulaan Puasa Puasa Ramadhan ditentukan tarikhnya oleh beberapa petanda :
  • 13. 13 1.2 Perkiraan Puasa Ramadhan Para muslim akan mula berpuasa selama sebulan sepanjang Ramadhan. Sebagai contohnya (dihuraikan dalam media Berita Utusan) pada tahun 2022, Penyimpan Mohor Besar Raja-raja mengisytiharkan tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri di Malaysia adalah pada Ahad (3 April 2022) bagi tahun 1443H/2022M. Manakala 1 Syawal telah disambut pada hari Isnin 2 Mei 2022 apabila Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja mengumumkan "Bagi menyempurnakan titah perintah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka adalah dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh hari raya puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Isnin, 2 Mei 2022.” Perihal tersebut telah digambarkan sebagaimana rajah di bawah. 1 Bulan Sya’ban telah cukup 30 hari 2 Anak bulan Ramadhan telah kelihatan 3 Dimaklumkan oleh pemerintah melalui petanda yang disepakati, contohnya bunyi dentuman meriam atau lampu terpasang di menara. Kita di Malaysia akan dimaklumkan melalui siaran rasmi televisyen oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.
  • 14. 14 Kedudukan anak bulan Syawal tahun 2022 https://www.utusan.com.my/berita/2022/04/ramadan-di-malaysia-dijangka- genap-30-hari/ Padatarikhcerapan,hilal Syawaldijangkamengalamial-ijtimaataulahirpukul 4.31 pagi dengan diambil kiraan di lokasi Pulau Perak, Kedah iaitu titik paling barat di Malaysia. Matahari pula akan terbenam pada pukul 7.31 malam manakala bulan muncul pukul 7.58 malam, sekali gus bulan muncul di ufuk iaitu kaki langit sebelah barat selama tempoh 27 minit. Anak bulan bakal berada di atas ufuk dengan hitungan ketinggian lima darjah 19 minit, sementara kiraan jarak sudut lengkung dari pusat bulan ke matahari pula ialah lima darjah 25 minit. Cerapan anak bulan dikendalikan oleh Jawatankuasa Melihat Anak Bulan/Rukyah Negeri yang dipengerusikan mufti negeri dan ahlinya, merangkumi pakar falak, alim ulama, pegawai falak berkemahiran serta Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Contohnya, cerapan anak bulan Syawal menggunakan alat 'Steadolite' dilakukan bagi menentukan tarikh bagi Hari Raya Idulfitri sempena Majlis Cerapan Rasmi Hilal Syawal 1443H di Menara Kuala Lumpur.
  • 15. 15 1.3 Niat Berpuasa Ramadhan Niat mengerjakan kefarduan ini adalah rukun dalam menyempurnakan puasa Ramadhan. Pernyataan yang minimum dalam niat ialah sekurang-kurangnya : ‫نويت‬ ‫رمضان‬ ‫صوم‬ Maksudnya : Sahaja aku niat puasa Ramadhan Ia diniatkan tanpa menyebutkan fardu, menurut pendapat yang muktamad sebagaimana yang dijelaskan dalam Al-Majmu’ disahihkan oleh An-Nawawiy sebagai mengikuti kebanyakan ulama kerana puasa Ramadhan orang baligh itu mesti fardu. Ada dua pandangan mazhab yang sering diikuti oleh para muslim iaitu pandangan imam Syafie dan Maliki. Niat Harian Sebulan
  • 16. 16 Walaubagaimanapun, jumhur ulama bersepakat pada waktu berniat adalah bermula pada waktu Maghrib sehingga masuk waktu Subuh. •Wajib berniat puasa pada setiap malam Ramadhan kerana ia adalah ibadah yang bersendiri yang tak terikat antara satu sama lain. Niat : ُ ‫ْت‬‫ي‬َ‫و‬َ‫ن‬ ُ َ‫م‬ ْ‫و‬َ‫ص‬ ُ ‫د‬َ‫غ‬ ُْ‫ن‬َ‫أ‬ ُ ‫َاء‬‫د‬َ‫أ‬ ُ ‫ض‬ْ‫ر‬َ‫ف‬ َُ‫ان‬َ‫ض‬َ‫م‬َ‫ر‬ ُ ‫ذ‬َ‫ه‬ ُ ‫ه‬ ُ ‫ة‬َ‫ن‬َّ‫س‬‫ال‬ َُّ ‫لِل‬ ‫ى‬َ‫ل‬‫ا‬َ‫ع‬َ‫ت‬ Maksudnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala Mazhab Syafie •Harus niat puasa sebulan pada malam Ramadhan yang pertama dan tidak wajib niat setiap malam. Memadai sekali niat di awal Ramadhan. Niat : ُ ‫ْت‬‫ي‬َ‫و‬َ‫ن‬ ُ َ‫م‬ ْ‫و‬َ‫ص‬ ُ ‫ْر‬‫ه‬َ‫ش‬ َُ‫ان‬َ‫ض‬َ‫م‬َ‫ر‬ ُ ‫ه‬ِّ‫ل‬‫ك‬ َُّ ‫لِل‬ ُ َ‫ع‬َ‫ت‬ ‫ى‬َ‫ل‬‫ا‬ Maksudnya: Sahaja aku berpuasa keseluruhan pada bulan Ramadhan kerana Allah Ta’ala Mazhab Maliki •Niat puasa adalah setiap hari di waktu fajar dengan alasan, niat sesuatu ibadah adalah seiring dengan perlakuan ibadah tersebut. ( ‫بفعله‬ ‫مقترنا‬ ‫الشيء‬ ‫قصد‬ ) Mazhab Hanbali •Tiada maklumat tentang hal ini. Mazhab Hanafi
  • 17. 17 2 QADHA PUASA RAMADHAN Qadha pada bahasa bererti membayar. Manakala pada istilah syarak, qadha (dalam terma puasa) bermaksud mengerjakan semula atau menggantikan ibadat puasa yang tidak sah, tertinggal, atau sengaja di tinggalkan pada hari yang lain. 2.1 Tempoh Qadha Tempohnya adalah sepanjang tahun sepanjang hayat kita kecuali pada hari- hari yang diharamkan puasa. Kita dikenakan qadha sahaja sebanyak hari yang ditinggalkan sekiranya tidak melangkau ke Ramadhan tahun hadapan. Contohnya tidak puasa selama 3 hari, maka wajib qadha selama 3 hari juga sebelum menjelang Ramadan tahun hadapan. Sekiranya tidak berkesempatan sehingga melepasi Ramadhan (iaitu puasa Ramadhan seterusnya telah menjelang), maka wajib qadha beserta fidyah. Puasa yang ditinggalkan masih bilangan yang sama walaupun sudah berlalu beberapa Ramadhan. Sebaliknya fidyah akan bertambah secupak demi secupak berdasarkan berapa kali Ramadhan telah dilepasi. Sukatan ini akan terhenti setelah qadha puasa tersebut dilangsaikan. Qadha puasa ini akan ditanggung oleh kita sehinggalah selesai disempurnakannya. Sekiranya kita ragu-ragu berkaitan berapa bilangan hari yang telah ditinggalkan, maka laksanakanlah qadha sebanyak yang diyakini. Perkiraannya mengikut uruf kebiasaan uzurnya. Contohnya perempuan haid, kebiasaannya tujuh hingga lapan hari. Gantilah sekadar kemampuan diri dan mohonlah keampunan dari Allah. Allah maha pengampun lagi maha mengasihani hambaNya. Firman Allah SWT :
  • 18. 18 2.2 Sebab Qadha Rajah di bawah menjelaskan tentang golongan yang diwajibkan qadha puasa setelah meninggalkannya dalam bulan Ramadhan selepas bulan tersebut tamat. 1. Sakit Sakit ini merujuk kepada keuzuran seseorang yang menyebabkan dirinya lemah untuk meneruskan puasa Ramadhan.Kadar sakit yang membolehkan berbuka adalah sakit yang boleh memudaratkan dirinya atau yang melambatkan penyembuhannya atau boleh menyebabkan sakit itu bertambah teruk. MenurutSyeikhNawawi Bantandalamkitab NihayahZain, jikadiayakin berpuasa hari itu akan membawa kemudharatan kepadanya atau akan menjadi penyebab kepada kecacatan anggota badannya maka wajib dia berbuka dan haram Sakit (ada harapan sembuh) Perempuan menyusu yang khuatirkan dirinya Bekerja berat Gila/Pengsan Musafir Nifas Haid
  • 19. 19 meneruskan puasa itu. Walau bagaimanapun jika penyakit itu dirasakan ringan dan tidak memberi kesan buruk kepada dirinya, maka wajib dia meneruskan puasa. 2. Perempuan menyusu yang khuatirkan dirinya Penyusuan bayi mengikut syariat Islam diharuskan sehingga berumur 2 tahun Qamariyyah. Firman Allah Ta’ala berkaitan penyusuan bayi :
  • 20. 20 Keharusan berbuka bagi ibu ini adalah kerana ibu khuatir tentang kesihatan dirinya, contohnya ibu berpenyakit kencing manis kronik atau darah tinggi yang boleh memudaratnya. Ditambah dengan menyusu, kesannya ibu menjadi lemah dan boleh menggugat kesihatannya. Tanda yang dapat dikesan pada ibu menyusu yang lemah adalah air kencing yang pekat, pening dan sakit perut. 3. Bekerja berat Kerja berat ataupun digelar juga buruh kasar adalah kerja yang dilakukan menggunakan tangan dan memerlukan tenaga anggota yang banyak. Ia biasanya pekerjaan yang dipelopori oleh pekerja bukanmahir. Mereka dipergunakan dalam sektor pengeluaran barangan, pembinaan dan pertanian. Mereka boleh berbuka sekiranya mereka terpaksa menyiapkan kerja itu pada hari tersebut. Bahkan kalau mereka meneruskan puasa, ia akan memudaratkan mereka. Pandangan Jumhur Ulama menetapkan mereka perlu bersahur dan berniat puasa, kemudian di tengah-tengah pekerjaan mereka berlaku kelaparan dan keuzuran, haruslah mereka berbuka dan diqadha pada hari yang lain. Justeru, Syeikh Abd al-Rahman Ba’alawi menjelaskan tentang mereka yang bekerjaberat sehinggatidak tertanggung diberikanrukhsah untukberbuka puasa dengan beberapa syarat :
  • 21. 21 4. Musafir Musafir adalah situasi di mana kita berpergian ke suatu tempat kerana sesuatu hajat. Rukhsoh tidak berpuasa ini satu kelonggaran yang diberikan kerana keadaan musafir yang susah dan berat memerlukan kemudahan. Ia disandarkan 2 marhalah 92 km
  • 22. 22 dengan nas yang sama dengan rukhsoh Jamak dan Qasar solat. Mengikut penjelasan kitab Kifayah Al-Akhyar, musafir ini tidak bertujuan maksiat bahkan dengan niat yang baik seumpama perjalanan untuk mengerjakan haji, membayar hutang, hubungan silaturrahim, berniaga, riadah dan rekreasi. Manakala jarak perjalanan adalah 16 farsah seperti mana dijelaskan oleh Syaikh Abu Syuja’. Manakala jarak perkiraan yang mudah adalah sekitar 92 km atau 2 marhalah. 5. Nifas Wanita bersalin bermaksud keluarnya bayi dari perut ibu. Ketika ini dikatakan bersalin yang menyebabkan puasa terbatal dan wajib qada. Bersalin juga dinamakandalambahasaArab sebagai wiladah. Ia jugamerangkumi bersalin bayi mati, bersalin pembedahan atau keguguran. Manakala nifas adalah darah yang keluar dari faraj wanita setelah keluarnya bayi dari perut ibu, sejurus selepas rahim kosong. Ia terhasil disebabkan tercerai uri dari dinding rahim selepas melahirkan anak. Istilah perubatan menamakannya sebagai puerperium. Darah ini mengandungi sel-sel darah merah, tisu dinding rahim yang terhakis, sel-sel epithelial dan juga kuman bakteria. Ia bermula daripada tahap akhir ibu bersalin sehingga organ ibu kembali pulih ke keadaan prakehamilan. Biasanya darah ini berterusan sehingga 6 minggu iaitu 42 hari. Pendarahan minimanya satu titis, kebiasaannya 40 hari manakala paling maksima 60 hari. Semua yang diharamkan ke atas perempuan haid adalah sama haramnya ke atas wanita nifas. Tempoh inilah ibu akan meninggalkan puasa dan wajib qadha setelah darah nifas kering dan disudahi dengan mandi wajib.
  • 23. 23 6. Haid Merupakan darah kotor yang keluar dari pangkal rahim yang sihat. Ini adalah penandaan umur baligh dalam Islam. Semuda usia 9 tahun qamariyyah penuh.Ia darah fitrah yang keluar bukan kerana kecederaan di rahim atau bersalin. Tempoh paling minima sehari semalam, sementara kebiasaannya 7 hari dan paling maksima adalah 15 hari, sebagaimana masa yang terpendek untuk suci antara dua haid. Mengikut buku Fikah Perubatan, darah haid mengandungi 40ml komposisi darah dan 35ml cairan serous. Ia terdiri dari komponen darah daripada salur arteri, sel- sel endometrium yang mati dan sel-sel leukosit (darah putih). Ditambah lagi dengan penjelasan Imam As-Syafi’e, ciri-ciri warnanya adalah hitam, merah, kuning, kuning kemerahan dan berakhir dengan kuning keputihan. Perempuan yang tiba-tiba didatangi haid di siang Ramadhan, puasanya terbatal dan wajib diqadha sebelum menjelang Ramadhan akan datang. Mereka dibolehkan makan sepanjang tempoh haid tersebut. Walau bagaimanapun mereka sunat berimsak untuk hari permulaan haid itu sahaja. Bahkan diharamkan berimsak di hari seterusnya sehingga habis tempoh haidnya. Minima • 1 titis Biasa • 6 minggu @ 42 hari Maksima • 60 hari
  • 24. 24 Imam Bukhari (227) dan Muslim (110) dalam kitab Ath Thaharah, mengulas tentang wanita haid mendapati dirinya telah suci sebelum fajar namun ia belum sempat mandi kecuali setelah terbit fajar apakah ia boleh berpuasa pada hari itu. Al Hafidh ibnu Hajar menukilkan tentang sisi perbezaan antara puasa dan solat bagi wanita haid. Ia berkata : “wanita haid seandainya dia suci sebelum fajar dan dia berniat puasa maka sah puasanya tersebut menurut pendapat jumhur. Puasa tersebuttidaktergantung padamandiberbezadengansolat(harusmanditerlebih dahulu apabila seseorang ingin melaksanakan solat)”. Suami atau isteri yang berjunub pada malam hari, sunat mandi menyucikan hadas besar sebelum fajar. Ini bagi mengelak air memasuki rongga telinga dan dubur. Tetapi sekiranya mandi junub selepas terbit fajar, puasanya tetap dikira sah. Isteri Rasulullah iaitu Aisyah RA dan Ummu Salamah pernah menceritakan : “Nabi SAW pernah bangun pagi dalam bulan Ramadhan dalam keadaan berjunub kerana bersetubuh dengan isterinya. Baginda mandi dan kemudiannya berpuasa tanpa mengqadhanya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim) Sementara orang yang terkena buasir, terkeluar darah dan terkeluar otot lingkarnya, hal ini tidak membatalkan puasanya. Bahkan harus dia menggunakan jari memasukkan semula otot lingkar itu. Ini kerana atas dasar keterpaksaan kesihatannya. Ia tidak membatalkan puasa. Perkara ini disebut dalam kitab Fathulmu’in. 2.3 Niat Qadha Niat puasa qadha hendaklah ditukarkan lafaz ِ‫اء‬َ‫د‬َ‫أ‬ (tunai) dengan lafaz ِ‫اء‬َ‫ض‬َ‫ق‬ (ganti). Oleh yang demikian, lafaz niat bagi puasa ganti ialah seperti berikut : ِ‫ْت‬‫ي‬ َ‫َو‬‫ن‬ َِ‫م‬ ْ‫و‬َ‫ص‬ ِ‫َد‬‫غ‬ ِْ‫ن‬َ‫ع‬ ِ‫اء‬َ‫ض‬َ‫ق‬ ِ‫ض‬ ْ‫ر‬َ‫ف‬ َِ‫ن‬‫ا‬َ‫ض‬َ‫م‬ َ‫ر‬ َِ‫لِل‬ ِ ‫ى‬َ‫ل‬‫ا‬َ‫ع‬َ‫ت‬ “Sahaja aku berpuasa esok hari bagi qadha (menggantikan) fardu puasa bulan Ramadan kerana Allah SWT.” Niat puasa qadha ini hendaklah diniatkan setiap malam hari qadhanya. Ia tidak boleh diniatkan sekali untuk beberapa hari qadha sekalipun qadha itu berturut-turut harinya.
  • 25. 25 NOTA : 1. Bagi kes individu yang meninggal dunia sebelum sempat qadha puasa, ada dua keadaan : 2. Sekiranya ada pihak lain atau bukan waris si mati ingin mengqadhakan puasa bagi pihak si mati, mereka perlu mendapatkan keizinan daripada waris si mati terlebih dahulu KECUALI si mati telah berwasiat supaya individu tertentu dari kalangan bukan waris yang melakukan qadha puasa bagi pihak dirinya.
  • 26. 26 3 FIDYAH PUASA RAMADHAN Fidyah ialah denda ke atas seseorang Islam yang telah baligh kerana melakukan sesuatu perkara yang melibatkan pelanggaran terhadap hukum puasa, haji dan yang berkaitan. Jika ia melibatkan hukum mengenai ibadah puasa, fidyah dikenakan kerana meninggalkan puasa wajib atas sebab-sebab tertentu atau pun sengaja melewatkan puasa ganti (qadha) bulan Ramadhan dengan mengeluarkan secupak makanan asasi sesebuah negara yang diberikan kepada fakir miskin bagi setiap hari puasa yang ditinggalkan. Hukum membayar fidyah adalah wajib dan menjadi hutang kepada Allah sekiranya tidak dilangsaikan. 3.1 Sukatan Fidyah dibayar kerana seseorang tidak dapat mengqadha puasanya setelah menjangkau Ramadan yang baru atau muslim tersebut tidak sempat langsaikan disebabkan kematian atau mereka tidak mampu laksanakan kerana faktor umur juga disebabkan keuzuran yang berpanjangan. Wajib ke atas mereka atau wali mengeluarkan fidyah sebanyak 1 mud (cupak) makanan asasi per hari yang ditinggalkan puasa. Hal ini tetap difardukan sekalipun mereka orang kaya atau orang miskin. Ini kerana syarat fidyah tidak menentukan pengeluar seorang yang kaya sebagaimana zakat. Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah memperkenalkan pilihan bayaran fidyah puasa Ramadan mengikut jenis gred beras yang dimakan pada tiga kadar yang berlainan iaitu RM2, RM4 dan RM6 sehari. Ini mengikut keselesaan pemberi fidyah danlebihbaikmengikutperkiraanhargaberasyangrutindimakannya.Iajugamerujuk kepada harga beras Malaysia (BERNAS). Mazhab Maliki, Syafie dan Hambali hanya mengharuskan fidyah atas beras atau makanan asasi tempat tersebut. ‫مد‬ ‫صا‬
  • 27. 27 Harga beras mengikut Majlis Agama Islam Selangor Nilai Beras Jenis Beras Yang Dimakan RM 2 beras Super Special Tempatan lima peratus RM 4 beras putih import/beras perang/beras pulut/herba ponni atau beras wangi RM 6 beras basmathi/beras Jepun atau beras merah.
  • 28. 28 Umat Islam yang ingin membuat bayaran fidyah boleh melayari http://www.mais.gov.my atau bayaran boleh dibuat terus menerusi http://fpx.mais.gov.my/epay/fidyah.php. Ini kerana ada pandangan yang membolehkan kita memberi wang tunai iaitu menurut pendapat mazhab Hanafi. Alasannya adalah atas dasar mungkin orang miskin itu lebih memerlukan wang tunai untuk keperluan lain berbanding beras seperti keperluan membeli pakaian atau lauk pauk.. Keterangan ini diterima pakai oleh Jawatankuasa Fatwa Malaysia. • Siti meninggalkan puasa sebanyak sembilan hari pada 2022 (belum melangkau tahun) dan memakan Beras Super Special Tempatan lima peratus. • Maka kadar fidyahnya adalah RM18 (9 hari x 1 tahun x RM2 = RM18) Contoh 1 •Fatimah belum menggantikan puasa sehingga memasuki beberapa Ramadan tahun-tahun berikutnya. Beliau tidak berpuasa pada Ramadan 1438H (2017) dan puasa ini masih belum berganti sehingga 1441H (2020). Fatimah berkemampuan untuk menggandakan bayaran fidyah beliau. •Maka kadar fidyahnya adalah RM42 (7 hari x 3 tahun x RM2 = RM42) •NOTA : •Kiraan akan bermula dari tahun 1439H hingga 1441H = 3 tahun. Tahun pertama yang bermula dari 1438H hingga 1439H tidak termasuk dalam kiraan fidyah kerana masih dalam tempoh puasa boleh digantikan dan belum memasuki Ramadan yang berikutnya. Contoh 2
  • 29. 29 3.2 Siapakah Pembayar dan Penerima Dalam surat al-Baqarah ayat 184, tertulis syarat orang yang boleh membayar fidyah, sekaligus siapa orang yang berhak menerima fidyah. “…. Dan wajib bagi orang-orang yang berat menjalankannya (jika mereka tidak berpuasa) membayar fidyah, (iaitu) : memberi makan seorang miskin. Barangsiapa yang dengan kerelaan hati mengerjakan kebajikan, maka itulah yang lebih baik baginya. Dan berpuasa lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.” ‫ا‬ً‫ن‬‫مسكي‬ ‫يوم‬ ‫كل‬ ‫مكان‬ ‫عنه‬ ‫طعم‬ُ‫فلي‬ ‫شهر‬ ُ‫صيام‬ ‫وعليه‬ ‫مات‬ ‫من‬ “Sesiapa yang mati sedangkan dia masih mempunyai puasa Ramadan, hendaklah diberi makan seorang miskin bagi setiap hari yang ditinggalkannya.” (Riwayat al-Tirmizi)
  • 30. 30 Pembayar • Sakit yang tiada harapan sembuh • Orang tua yang sudah tidak mampu • Perempuan mengandung yang khuatir mudarat pada kandungannya • Perempuan menyusu yang khuatir mudarat pada bayinya • Orang yang sengaja melewatkan qadha puasa sehingga melangkaui Ramadhan berikutnya • Bekerja berat sepanjang tahun • Mati sebelum sempat qadha puasa Penerima • Fakir • Miskin • Amil • Muallaf • Hamba yang ingin merdeka • Orang yang berhutang • Fi sabilillah •Haji Karim pengidap Diabetes yang menjalani dialisis sepanjang Ramadan tidak mampu menunaikan puasa. •Bilangan Hari Tidak Berpuasa X Kadar Fidyah •30 hari x RM4.00 = RM120.00 Contoh 1
  • 31. 31 •Sepanjang kehamilannya, Puan Rina tidak mampu berpuasa di bulan Ramadan pada tahun itu selama 7 hari kerana bimbangkan keadaan bayi yang dikandungnya. •Bilangan hari tidak berpuasa X Kadar fidyah •7 hari X RM4.00 = RM28.00 •NOTA : •Puan Rina wajib qadha puasa DAN bayar fidyah. •Qadha kerana tidak puasa •Bayar fidyah kerana bimbangkan kandungannnya. •Jika sekiranya Puan Rina GAGAL menggantikan puasanya sehingga tiba Ramadan berikutnya maka beliau akan dikenakan fidyah kerana lewat menggantikan puasa. Contoh 2 •En Jamal telah tidak berpuasa selama 3 hari di dalam bulan Ramadan kerana panas. Beliau hanya menggantikan puasanya selepas 10 tahun. •Bilangan hari tidak berpuasa X Bilangan tahun tertangguh X Kadar fidyah •3 hari X 9 X RM4.00 = RM108 •NOTA : •Tahun pertama tidak termasuk dalam kiraan fidyah kerana masih dalam tempoh puasa boleh digantikan dan belum memasuki Ramadan yang berikutnya. Contoh 3
  • 32. 32 Seseorang boleh memberikan keseluruhan fidyahnya hanya kepada seorang sahaja.Sekiranya jumlah tersebut amat banyak, maka wajarlah dibahagikan kepada beberapa orang penerima. Ini kerana dapat memberi manfaat kepada golongan yang susah kehidupannya. Ketika menghulurkan fidyah itu memadai dengan niat tanpa menyebut kepada mereka. Tetapi adalah lebih baik jelaskan sekiranya diserahkan kepada ahli jawatankuasa masjid atau majlis agama negeri.
  • 33. 33 4 KAFFARAH PUASA RAMADHAN Kaffarah puasa ialah denda yang dikenakan kepada lelaki yang melakukan jimak dengan perempuan pada siang hari dengan sengaja pada bulan Ramadhan dalam keadaan berpuasa. Diwajibkan kaffarah ke atas lelaki dewasa yang sengaja membatalkan puasa Ramadan dengan melakukan persetubuhan yang diharamkan kerana berpuasa. Persetubuhan ini mungkin dilakukan sama ada dengan ikatan perkahwinan yang sah (jimak) atau tidak sah (zina). Termasuk dalam hukum ini ialah golongan yang bersetubuh dengan lelaki (gay), perempuan, binatang, mayat ataupun secara liwat, sekalipun tidak keluar air mani. Lelaki tersebut akan dikenakan empat hukuman, iaitu : 1 • Batal puasanya 2 • Berdosa 3 • Wajib qadha puasa 4 • Wajib kaffarah
  • 34. 34 Manakala golongan berikut tidak diwajibkan kaffarah : NOTA : 1. Tidak dikenakan kaffarah bagi orang yang musafir atau sakit jika berlaku jimak dalam keadaan tersebut. 2. Tetapi jika melakukan jimak dahulu, kemudian baru bermusafir atau datang sakit, maka tidak gugur kaffarah. 1. Wanita yang dijimak termasuk diliwat. 2. Orang yang lupa, jahil dan orang yang dipaksa. 3. Orang yang menyangka jimaknya berlaku pada waktu malam kemudian ternyata sebaliknya. 4. Orang yang berpuasa nazar, kaffarah dan qada. 5. Orang yang berpuasa dengan berijtihad dan tidak dapat dipastikan kesahihan ijtihadnya. 6. Orang yang syak pada puasanya seperti hari yang ke-30 Syaaban. 7. Orang yang menyangka terbenam matahari kemudian ternyata sebaliknya. 8. Orang yang membatalkan puasa dengan selain jimak. 9. Kanak-kanak yang belum baligh. 10. Orang yang diharuskan berbuka puasa seperti bermusafir atau sakit.
  • 35. 35 4.1 Bentuk Kaffarah Bentuk kaffarah ialah memerdekakan seseorang hamba. Jika tidak mampu, hendaklah berpuasa dua bulan berturut-turut. Jika tidak mampu juga, wajib memberi 60 cupakmakanan asasi kepada60 orang miskin tetapiadamajlis agama negeri yang membuat kiraan mengikut kadar zakat fitrah. Contohnya, kadar makanan seorang dikira dengan secupak beras iaitu bersamaan 675 gram atau 1/4 daripada kadar zakat fitrah yang dibayar. Kadar zakat fitrah di negeri Selangor bagi tahun 2021 adalah RM 7.00. Maka kadar 1/4 zakat fitrah adalah RM 1.75. 60 x RM1.75 = RM105 Kaffarah ini bukan satu pilihan tetapi WAJIB mengikut turutan. Jika tidak mampu melaksanakan yang pertama barulah dibolehkan untuk berpindah kepada turutan seterusnya. Pertama : Merdekakan Hamba Seorang hamba yang hendak dibebaskan itu mesti memenuhi empat syarat : Islam Tidak cacat (yang mengganggu kemampuan untuk bekerja) Tertentu (niat kaffarah jimak sahaja) Hamba yang layak untuk dimerdekakan Syarat
  • 36. 36 Kedua : Berpuasa Dua Bulan Berturut-Turut Dua bulan yang dimaksudkan ialah bulan hijrah, walaupun hanya 29 hari dan hanya dikenakan kepada pihak LELAKI sahaja. Luput perbuatan berturut-turut jika meninggalkan puasa walaupun sehari sekalipun ia hari yang terakhir. Ini bermakna jika dia meninggalkan puasa walaupun sehari, seluruh puasa kaffarahnya batal dan harus dimulakan semula. Ketiga : Memberi Makan 60 Orang Miskin Maksudnya ialah memberi pemilikan satu mud (cupak) daripada makanan jenis bijian (makanan ruji) kepada 60 orang miskin atau fakir yang layak menerima zakat dengan kadar satu cupak bagi setiap orang. Sukatan satu cupak adalah bersamaan lebih kurang 700 gram. NOTA : 1. Berbilang kaffarah dengan berbilangnya hari yang dibatalkan puasa dengan jimak. 2. Jika seseorang itu tidak mampu melaksanakan kesemuanya, maka kaffarah itu menjadi tanggungannya sehingga dia mampu melaksanakan salah satu daripada kaffarah tersebut berdasarkan turutan yang telah disebutkan. 3. Lafaz niat puasa kaffarah : Sahaja aku puasa kaffarah esok hari kerana Allah Taala 4. Oleh kerana puasa kaffarah termasuk dalam puasa yang wajib, maka niatnya hendaklah dilakukan pada waktu malam sebelum itu. 5. Jikadiamelakukanduakalipersetubuhanselamaduahari,diaakandikenakandua kali kaffarah. Jika dia melakukan tiga kali persetubuhan pada siang hari Ramadan, dia dikenakan tiga kali kaffarah. Begitulah seterusnya.
  • 37. 37 6. Tetapi jika dia melakukan beberapa kali persetubuhan dalam sehari, kaffarahnya hanya sekali sahaja. Yang dikira ialah bilangan hari, bukan kekerapan melakukannya dalam sehari. 7. Kaffarahkeranabersetubuhpada siangRamadhanhanya diwajibkanke atas suami sebagaimana pendapat dalam mazhab Syafi‘i. Justeru, bagi isteri yang berjimak, hanya diwajibkan untuk qadha’ (menggantikan puasa) dan tidak dikenakan kaffarah.
  • 38. 38 5 QADHA DAN FIDYAH Kewajipan untuk qadha dan membayar fidyah sekaligus ini dikenakan ke atas mereka yang tidak sempat menyempurnakan qada puasa Ramadhan yang telah melangkau ke Ramadhan yang baru. Begitu juga ibu hamil yang khuatir akan keselamatan bayi yang dikandungnya setelah mendapat nasihat daripada doktor. Manakala ibu menyusu yang yakin puasanya boleh memudaratkan bayinya juga termasuk dalam golongan ini. NOTA : Perempuan hamil @ menyusu : • Qadha sahaja Diri sendiri • Qadha & Fidyah Diri sendiri + Anak • Qadha & Fidyah Anak
  • 39. 39 KESIMPULAN Puasa menduduki tempat ke tiga selepas syahadah dan solat dalam penyucian jiwa membenteng ujian maksiat. Puasa merupakan pembiasan kesabaran, kerana Rasulullah SAW mendidik orang muslim agar menyatakan mereka puasa apabila disakiti oleh musuh. Ini bermakna besarnya impak puasa dalam mendamaikan jiwa dan mengharmonikan hubungan manusia bahkan dengan Allah SWT. Umat Islam hanya difardukan puasa wajib dalam bulan Ramadhan sahaja. Walaupun begitu Allah SWT masih membuka ruang dan rukhsoh untuk berbuka sekiranya mengalami beberapa keuzuran syari’e. Tanda syukur kepada keringanan ini, wajarlah kita menggunakan dengan penuh ikhlas dan berlapang dada dalam mengqadha puasa tersebut. Fahamilah bahawa hutang perlu dibayar sesama manusia, inikan pula hutang terhadap Allah SWT. Kita perlu sedar bukanlah Allah mendambakan fidyah beras kita, bukan juga mendambakan denda kafarah hambaNya, tetapi ini hanyalah sekadar bukti ketaatan hamba terhadap Allah, tanda bersyukur kepada Pencipta sekalian alam. Sesungguhnya Allah SWT Maha Rahim Maha Razzak. Allahussomad yakni Allah tempat pergantungan manusia. Bukan Allah yang bergantung kepada manusia. Allah SWT tidak memerlukan sesiapa pun untuk mentadbir alam semester ini. Bahkan kita hambaNya yang lemah sentiasa berdoa untuk mendapat pertolongan dan rahmatNya. Kita tidak mampu berdikari tanpa pimpinan Allah SWT.
  • 40. 40 BIBLIOGRAFI Dr. Harmy Mohd Yusoff (2013). Fikah Perubatan. PTS Millennia Sdn.Bhd. Malaysia. Imam Taqiyuddin Abu Bakar Bin Muhammad Al-Husaini (2014). Kitab Kifayah Al- Akhyar Fiqh Al-Imam Al-Syafi’e. Perniagaan Jahabersa, Malaysia. Syeikh Muhammad Bin Ismail Daud Al-Fatani (1993). Matla’ Al-Badrain. Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. Malaysia Syaikh Zainuddin Bin Abdul Aziz Al-Malbariy (2009). Kitab Fathul Mu’in. Perniagaan Jahabersa, Malaysia. Sarip bin Abdul (2015). Panduan Amalan Di Bulan Ramadhan. Jakim, Malaysi. https://www.hmetro.com.my/authors/dr-mohd-hasrul-bin-shuhari https://www.utusan.com.my/berita/2022/04/ramadan-di-malaysia-dijangka- genap-30-hari/ https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/05/951437/aidilfitri- disambut-esok https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/04/698237/kadar-fidyah-di- selangor-ikut-jenis-beras-dimakan https://maktabahalbakri.com/926-berbuka-puasa-kerana-kerja-berat/ https://maktabahalbakri.com/913-kaffarah-jimak-suami-sahaja-atau-kedua- duanya-sekali/ https://www.darulnuman.com/index.php?option=com_content&view=article&id=8 4&Itemid=146 https://www.zakat.com.my/info-zakat/fidyah/ https://akumuslim.asia/puasa-ramadhan-pengenalan-panduan-lengkap/ https://akuislam.com/fekah/kaffarah-puasa-ramadan/ https://ecentral.my/cara-bayar-fidyah/ https://www.maiwp.gov.my/i/index.php/en/2015-11-20-07-49-26/kaffarah https://www.maiwp.gov.my/i/index.php/en/kira-fidyah
  • 42. 42 POLITEKNIK KOTA BHARU KM 24, KOK LANAS 16450 KETEREH KELANTAN