Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.

fonetik fonologi

4,516 views

Published on

Published in: Education

fonetik fonologi

  1. 1. FONETIK DAN FONOLOGI 1 1.0 PENDAHULUAN Di dalam tugasan BMM 3108 Fonetik dan Fonologi ini, setiap kumpulan PISMP Bahasa Melayu Semester 4 telah diarahkan untuk menyiapkan, mengklasifikasikan dan menghuraikan bagaimana cara penghasilan bunyi bahasa oleh organ-organ sebutan manusia. Tugasan ini dapat membantu para pelajar membanding beza setiap cara penghasilan bunyi bahasa yang dihasilkan oleh organ-organ sebutan manusia. Setiap cara penghasilan bunyi konsonan, bunyi vokal dan bunyi diftong berbeza. Lakaran gambar rajah dapat membantu untuk lebih memahami perbezaan tersebut. Tugasan ini mengandungi empat bunyi iaitu sebutan vokal, sebutan konsonan, dan sebutan diftong. Untuk lebih memahami mengenai isi tugasan tersebut setiap penjelasan huraian tersebut disertai dengan lakaran rajah dan jadual bagi setiap contoh perkataan.
  2. 2. FONETIK DAN FONOLOGI 2 2.0 BUNYI BAHASA Bunyi bahasa adalah gelombang bunyi yang terjadi pada arus udara yang bergerak. Udara yang bergerak keluar daripada paru-paru melalui tengkorak, kitar suara, rongga takak dan mulut atau hidung atau kedua-duanya. Udara yang keluar itu akan mengenai bahagian gegendang telinga dan akhirnya didengar sebagai bunyi. Bunyi bahasa ialah bunyi yang terdapat di dalam apa juga bahasa di seluruh dunia. Bunyi bahasa ialah bunyi yang berfungsi dalam pertuturan. Pertuturan di sini membawa maksud bahasa yang diungkapkan secara lisan. Pada hakikatnya, bahan yang terkandung dalam pertuturan ialah bunyi-bunyi. Kita sedia memaklumi bahawa pertuturan ialah bunyi-bunyi yang bermakna. Ini kerana apabila dua orang bertutur, mereka saling memahami perkara yang dituturkan. Oleh itu, bunyi bahasa itu ialah bunyi yang bermakna yang dihasilkan oleh alat artikulasi. Alat artikulasi adalah alat-alat atau organ-organ yang berfungsi dalam mengeluarkan bunyi-bunyi bahasa. 2.1 Alat-alat Pertuturan Bahasa Melayu mempunyai sistem bunyi yang tersendiri dan untuk menguasai kemahiran bertutur dalam bahasa Melayu dengan baik dan berkesan, seseorang pengguna bahasa perlulah mempunyai pengetahuan yang mendalam tentangnya. Kajian bunyi lazimnya terbahagi kepada dua bidang, iaitu fonetik dan fonologi. Fonetik mengkaji bunyi bahasa dari segi penyebutan dan pendengaran atau sifatnya. Fonologi pula mengkaji bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa. 1. Bibir atas 11. Tengah lidah 2. Bibir bawah 12. Belakang lidah 3. Gigi atas 13. Akar lidah 4. Gigi bawah 14. Epiglotis 5. Gusi 15. Pita suara 6. Lelangit keras 16. Rongga tekak 7. Lelangit lembut 17. Rongga Hidung 8. Anak tekak 18. Rongga mulut 9. Hujung lidah 19. Rahang 10. Hadapan lidah 20. Tenggorok Rajah 2.1: Alat-alat Pertuturan
  3. 3. FONETIK DAN FONOLOGI 3 2.2 Fungsi Alat Pertuturan Lidah Lidah ialah alat artikulasi yang terpenting dan paling aktif dalam pengeluaran bunyi bahasa. Lidah terbahagi kepada empat bahagian, iaitu hujung lidah, tengah lidah, hadapan lidah, dan belakang lidah. Pembahagian ini membolehkan lidah membuat deskripsi pelbagai jenis penghasilan bunyi. Bahagian hadapan lidah, tengah lidah dan belakang lidah penting dalam pengeluaran bunyi-bunyi vokal, iaitu bunyi vokal hadapan, tengah dan belakang. Hujung lidah merupakan bahagian paling aktif dan boleh digerakkan ke mana-mana bahagian mulut untuk membuat penyekatan. Gigi Gigi juga berperanan dalam penghasilan bunyi bahasa tetapi peranannya tidaklah aktif. Kedudukannya yang statik dan sentiasa digunakan sebagai penampan aliran udara dalam penghasilan bunyi. Penampan aliran udara inilah yang menghasilkan bunyi. Bibir Bibir adalah alat artikulasi yang terletak pada bahagian luar rongga mulut. Bibir terdiri daripada otot-otot kenyal yang boleh dihamparkan dan dibundarkan dan berperanan mengeluarkan bunyi yang berbagai-bagai. Bibir juga menjadi sempadan paling luar daripada rongga mulut. Bibir juga berfungsi membuat sekatan kepada udara yang keluar daripada rongga mulut. Gusi Gusi merupakan bahagian yang embung dan menurun dari gigi ke bahagian dalam rongga mulut. Organ ini digunakan sebagai daerah sebutan dengan bantuan hujung lidah yang berfungsi membuat penyekatan.
  4. 4. FONETIK DAN FONOLOGI 4 Lelangit Lelangit dapat dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu lelangit keras dan lelangit lembut. Lelangit lembut menganjur dari sempadan lelangit keras hingga ke akhir rongga mulut. Lelangit keras bermula dari sempadan gusi di bahagian hadapan atas rongga mulut dapat diturunnaikkan untuk menutup atau membuka saluran rongga tekak terus ke rongga hidung. Apabila dinaikkan, rongga mulut akan terbuka dan udara akan keluar melalui rongga mulut dan apabila diturunkkan, rongga mulut akan tertutup dan udara terpaksa keluar melalui rongga hidung. Rongga Hidung Terletak di atas rongga mulut yang dipisahkan oleh lelangit. Rongga hidung boleh dibuka atau ditutup, bergantung kepada keadaan sama ada anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan atau tidak. Pita Suara Pita suara terletak dalam ruang tenggorok (halkum) dan amat penting dalam penghasilan bunyi. Proses pengeluaran suara berlaku dengan cara memperluas dan mempersempit lubang yang terdapat di antara dua keeping selaput nipis berkenaan. Rajah 2.2: Pita Suara
  5. 5. FONETIK DAN FONOLOGI 5 Bunyi Bahasa 2.3 Penggolongan Bunyi Bahasa Umumnya, dalam bahasa Melayu, terdapat tiga golongan bunyi iaitu vokal, konsonan dan diftong. Kumpulan pertama ialah bunyi yang dihasilkan tanpa gangguan dalam rongga mulut. Udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dengan tidak tersekat atau terhimpit. Bunyi itu hanya dipengaruhi oleh keadaan lidah dan bentuk bibir. Kumpulan bunyi yang dihasilkan demikian dikenali sebagai vokal. Golongan kedua ialah bunyi yang dihasilkan dengan gangguan oleh alat-alat sebutan sehingga jalan aliran udara dari paru-paru terganggu, dengan cara disekat atau dihalang dan udara keluar melalui ronga mulut atau rongga hidung. Kumpulan bunyi yang terhasil dikenali sebagai konsonan. Selain dua golongan utama itu, terdapat pula bunyi geluncuran, iaitu bunyi yang bermula daripada satu vokal dan beralih kepada bunyi vokal yag lain. Geluncuran bunyi vokal ini dikenali sebagai diftong. Contohnya bunyi [ai] bermula daripada bunyi vokal depan luas [a] dan mluncur kepada bunyi vokal depan sempit [i]. Bunyi Bahasa Vokal KonsonanDiftong Rajah 2.3: Penggolongan Bunyi Bahasa
  6. 6. FONETIK DAN FONOLOGI 6 3.0 BUNYI BAHASA VOKAL Bunyi Vokal Bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh getaran pada pita suara akan mengalami perubahan bentuk lain di sepanjang aliran arus bunyi.Dalam sesuatu bahasa,setengah-setengah artikulasi terus menutup atau menyempitkan aliran udara,manakala yang lainnya melepaskan arus udara yang mengalir melalui rongga mulut dengan bebas.Bunyi-bunyi vokal terhasil dengan cara ini. 3.1 Definisi Vokal Vokal ialah bunyi-bunyi bersuara semasa menghasilkannya,udara dari paru- paru keluar melalui rongga tekak dan rongga mulut secara berterusan tanpa sebarang sekatan atau sempitan yang boleh menerbitkan bunyi-bunyi geseran.Bunyi vokal mempunyai ciri kelantangan dan kepanjangan bermaksud bunyi itu dapat didengar dengan jelas dan lebih panjang daripada bunyi-bunyi konsonan. Bunyi vokal ialah bunyi bahasa yag tidak mengalami sebarang gangguan pada arus udara.Oleh sebab bunyi vokal dihasilkan melalui penyuaraan,maka pita suara merupakan alat yang penting sekali dalam penghasilan bunyi vokal.Jika bibir dan lidah berada pada satu keadaan,rongga yang dilalui oleh udara yang bergetar akan menyebabkan munculnya kelantangan yang mencirikan sesuatu bunyi vokal dengan nada yang tertentu. 3.2 Alat Artikulasi Dalam Penghasilan Vokal Alat artikulasi yang terlibat secara lansung dalam penghasilan bunyi vokal ialah pita suara, lidah, bibir, dan lelangit lembut. 3.2.1 Lidah Lidah berperanan untuk menerbitkan kegiatan dan keadaan yang berbeza dan tugas ini penting dalam menentukan kualiti vokal.Kedudukan lidah boleh dihuraikan mengikut dua ukuran, iaitu tinggi rendah dan depan belakang.Lidah boleh diturunkan serendah-rendahnya atau dinaikkan sehingga mendekati lelangit keras dalam menghasilkan bunyi.Dengan ini,bunyi vokal yang terhasil boleh rendah dan boleh tinggi. Contohnya, vokal [ a ] dalam perkataan [kaya] ialah vokal
  7. 7. FONETIK DAN FONOLOGI 7 rendah.Sebaliknya, vokal [ i ] dan [ u ] dalam perkataan [kini] dan [buku] ialah vokal tinggi. 3.2.2 Pita Suara Pita suara terletak dalam ruang tenggorok (halkum) dan amat penting dalam penghasilan bunyi. Proses pengeluaran suara berlaku dengan cara memperluas dan mempersempit lubang yang terdapat di antara dua keping selapiut nipis berkenaan. RAJAH 3.2.2 (a) : Proses Pengeluaran Suara 3.2.3 Bibir Bibir mungkin dihamparkan atau dibundarkan menurut kadar yang sesuai bagi sesuatu vokal yang dihasilkan. Apabila bibir dihamparkan akan terhasillah bunyi vokal depan,manakala apabila bibir dibundarkan akan terhasillah bunyi vokal belakang.Pada masa yang sama, lelangit lembut pula mungkin dinaikkan bagi menghalang udara daripada mengalir masuk ke rongga nasal (hidung) dan dengan ini udara hanya dibenarkan masuk ke rongga mulut. Perbezaan bunyi antara satu vokal dengan vokal yang lain ditentukan oleh keadaan lidah iaitu tinggi,separuh tinggi,separuh rendah atau rendah.Diagram Vokal ini diperkenalkan oleh Daniel Jones (1965).Lihat diagram bagi menunjukkan gambar kedudukan lidah dan pembuka bibir dan rongga mulut.
  8. 8. FONETIK DAN FONOLOGI 8 RAJAH 3.2.3 (b) : Kedudukan Vokal Bahasa Melayu Rajah di atas merupakan sebagai keratin rentas lidah manusia. Bahagian sebelah kiri dinamakan bahagian hadapan lidah manakala bahagian di sebelah kanan dinamakan bahagian belakang lidah. Di tengah dinamakan bahagian tengah lidah. Garis-garis yang melintang pula ialah gambaran ketinggian lidah itu dinaikkan. Contohnya, bagi membunyikan vokal [ i ] dan [ u ],lidah dinaikkan dengan tinggi berbanding semasa penghasilan bunyi vokal [ a ], lidah diangkat sedikit sahaja.
  9. 9. FONETIK DAN FONOLOGI 9 3.3 Cara Membunyikan Vokal Peranan, keadaan dan kedudukan alat-alat artikulasi seperti bibir,lidah,anak tekak,lelangit lembut dan pita suara penting dalam membunyikan vokal-vokal bahasa Melayu. a) Vokal depan sempit [ i ] Rajah 3.3 (a) Cara membunyikan vokal depan sempit [ i ] Cara membunyikannya : Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal depan sempit [ i ] seperti pada perkataan berikut: Awal Tengah Akhir ikan [ikan] Bila [bila] Tali [tali] ibu [ibu] tiba [tiba] Padi [padi] 1. Keadaan bibir hampar. 2. Depan lidah dinaikkan setinggi mungkin kearah lelangit keras tetapi tidak sampai menyentuh lelangit keras. 3. Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung. 4. Udara dari paru-paru keluar ke rongga hidung. 5. Pita suara digetarkan.
  10. 10. FONETIK DAN FONOLOGI 10 b) Vokal depan separuh sempit [e] Rajah 3.3 (b) Cara membunyikan vokal depan separuh sempit [e] Cara membunyikannya: Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal depan separuh sempit [e] seperti pada perkataan yang berikut: Awal Tengah Akhir Enak [ena?] Teleng [teleŋ] Tauge [tauge] Elok [elo?] Leher [leher] Tempe [tempe] 1. Keadaan bibir hampar. 2. Depan lidah dinaikkan separuh tinggi kearah gigi gusi. 3. Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung. 4. Udara dari paru-paru keluar ke rongga hidung. 5. Pita suara digetarkan.
  11. 11. FONETIK DAN FONOLOGI 11 c) Vokal depan separuh luas/lapang [ ε ] Rajah 3.3 (c) Cara membunyikan vokal depan separuh luas/lapang [ε] Cara membunyikannya: Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal depan separuh luas/lapang [ ε ] seperti pada perkataan yang berikut: Awal Tengah Akhir Esa [εsa] Belek [bεlε?] Tauge [taugε] Enak [εna?] Belok [bεlo?] Tempe [tempε] 1. Keadaan bibir hampar. 2. Depan lidah dinaikkan separuh rendah kearah gusi 3. Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung. 4. Udara dari paru-paru keluar ke rongga hidung. 5. Pita suara digetarkan.
  12. 12. FONETIK DAN FONOLOGI 12 d) Vokal depan luas/lapang [ a ] Rajah 3.3 (d) Cara membunyikan vokal depan separuh luas/lapang [a] Cara membunyikannya: Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal depan luas/lapang [ a ] seperti pada perkataan berikut: Awal Tengah Akhir Awan [awan] Kadar [kadar] Siapa [siapa] Anak [ana?] Beras [bəras] Nama [nama] 1. Keadaan bibir hampar. 2. Depan lidah diturunkan serendah mungkin. 3. Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung. 4. Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut. 5. Pita suara digetarkan.
  13. 13. FONETIK DAN FONOLOGI 13 e) Vokal belakang sempit [ u ] Rajah 3.3 (e) Cara membunyikan vokal belakang sempit [u] Cara membunyikannya: Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal belakang sempit [ u ] seperti pada perkataan yang berikut: Awal Tengah Akhir Ubat [ubat] Bulat [bulat] Batu [batu] Ular [ular] Sudu [sudu] Palu [palu] 1. Keadaan bibir bundar. 2. Belakang lidah dinaikkan setinggi mungkin kearah lelangit lembut tetapi tidak sampai menyentuh lelangit lembut. 3. Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung. 4. Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut. 5. Pita suara digetarkan.
  14. 14. FONETIK DAN FONOLOGI 14 f) Vokal belakang separuh sempit [ o ] Rajah 3.3 (f) Cara membunyikan vokal belakang separuh sempit [o] Cara membunyikannya: g) h) i) j) k) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal belakang separuh sempit [ o ] seperti pada perkataan yang berikut: Awal Tengah Akhir Orang [oraŋ] Tolong [toloŋ] Pidato [pidato] Otak [ota?] Bohong [bohoŋ] Koko [koko] 1. Keadaan bibir bundar. 2. Belakang lidah dinaikkan separuh tinggi kearah lelangit lembut tetapi tidak sampai menyentuh lelangit lembut. 3. Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung. 4. Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut. 5. Pita suara digetarkan.
  15. 15. FONETIK DAN FONOLOGI 15 g) Vokal belakang separuh luas/lapang [ ɔ ] Rajah 3.3 (g) Cara membunyikan vokal belakang separuh luas/lapang [ɔ] Cara membunyikannya: l) m) n) o) p) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal belakang separuh luas/lapang [ ɔ ] seperti pada perkataan yang berikut: Awal Tengah Akhir Orang [ɔraŋ] Borong [bɔrɔŋ] Soto [sɔtɔ] Oleh [ɔleh] Bolot [bɔlɔt] Teko [tεkɔ] 1. Keadaan bibir bundar. 2. Belakang lidah dinaikkan separuh rendah. 3. Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung. 4. Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut. 5. Pita suara digetarkan.
  16. 16. FONETIK DAN FONOLOGI 16 h) Vokal tengah [ ə ] Cara membunyikannya: q) r) s) t) u) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal tengah [ ə ] seperti pada perkataan yang berikut: Awal Tengah Akhir Emak [əma?] Penat [pənat] [sosialismə] Empat [əmpat] Tenat [tənat] [behaviurismə] 1. Keadaan bibir antara hampar dengan bundar. 2. Tengah lidah dinaikkan kearah lelangit keras tetapi tidak sampai menyentuh lelangit keras. 3. Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung. 4. Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut. 5. Pita suara digetarkan.
  17. 17. FONETIK DAN FONOLOGI 17 4.0 HURUF KONSONAN Huruf kosonan turut dinamakan huruf mati mengikut bunyi tradisional. Bunyi kosonan terbahagi kepada dua, iaitu mungkin bersuara atau tidak bersuara.Bunyi konsonan juga turut mempengaruhi bunyi vokal dalam sebutan dan semasa menghasilkan bunyi kosonan ini, udara yang keluar dari paru-paru akan menerima sekatan, sempitan dan geseran, sama ada yang terdapat di bahagian rongga tekak, mulut atau hidung. Bunyi konsonan juga terbahagi kepada dua kategori, iaitu konsonan Melayu asli dan konsonan pinjaman . a. Bunyi konsonan Melayu Asli Terdapat 19 bunyi konsonan Melayu asli,iaitu: [p] Konsonan letupan dua bibir tidak bersuara. [b] Konsonan letupan dua bibir bersuara. [t] Konsonan letupan gusi tidak bersuara. [d] Konsonan letupan gusi bersuara. [k] Konsonan letupan lelangit lembut tidak bersuara. [g] Konsonan letupan lelangit lembut bersuara. [?] Hentian glotis. Konsonan letusan lelangit keras tidak bersuara. Konsonan letusan lelangit keras bersuara. [s] Konsonan geseran gusi tidak bersuara. [r] Konsonan getaran gusi bersuara. [h] Konsonan geseran glotis bersuara. [l] Konsonan sisian gusi bersuara. [m] Konsonan sengau dua bibir bersuara. [n] Konsonan sengau gusi bersuara. Konsonan sengau lelangit lembut bersuara. Konsonan sengau gusi – lelangit keras bersuara. [w] Separuh vokal dua bibir bersuara.
  18. 18. FONETIK DAN FONOLOGI 18 [j] Separuh vokal lelangit keras bersuara. b. Bunyi konsonan Melayu pinjaman. Terdapat lapan bunyi konsonan Melayu pinjaman. [f] Konsonan geseran bibir gigi tidak bersuara. [v] Konsonan geseran bibir gigi bersuara. Konsonan geseran gigi tidak bersuara. Konsonan geseran gigi bersuara. [z] Konsonan geseran gusi bersuara. Konsonan geseran gusi lelangit keras tidak bersuara. [x] Hentian geseran lelangit lembut tidak bersuara. Konsonan geseran lelangit lembut bersuara. Berikut adalah carta bunyi-bunyi konsonan Melayu asli. Cara Penghasilan Bibir Gusi Gusi Lelangit Keras Lelangit Keras Lelangit Lembut Pita Suara Letupan p b t d k g ? Letusan c j Geseran s h Getaran r Sisian l Sengauan m n Separuh Vokal w y
  19. 19. FONETIK DAN FONOLOGI 19 4.1Bunyi –bunyi konsonan Bunyi – bunyi konsonan ialah bunyi – bunyi selain bunyi vokal, sama ada bersuara atau tidak bersuara, yang ketika menghasilkannya udara dari paru – paru menerima sekatan atau geseran, yang berlaku dalam rongga mulut, rongga tekak atau rongga hidung. 1. Keadaan glotis semasa menghasilkan bunyi adalah seperti rajah di bawah: Keadaan lelangit lembut, yang boleh dinaikturunkan. Jika lelangit lembut dinaikkan, bunyi – bunyi konsonan yang dihasilkan bersifat bunyi –bunyi oral. Jika lelangit lembut diturunkan, udara dari paru – paru dapat keluar melalui rongga hidung, menghasilkan bunyi – bunyi sengau atau bunyi nasal. Cara arus udara keluar dari paru – paru, yang akan menghasilkan pelbagai kategori bunyi konsonan, iaitu konsonan letupan, konsonan letusan, konsonan geseran, konsonan sengau, konsonan sisian, konsonan getaran, dan separuh vokal. Sentuhan antara alat artikulasi dengan daerah artikulasi, yang akan menghasilkan pelbagai bunyi konsonan, antaranya konsonan dua bibir, konsonan bibir gigi, konsonan gigi, konsonan gelungan, konsonan gusi – lelangit keras, konsonan lelangit lembut, dan konsonan anak tekak. Rajah 1
  20. 20. FONETIK DAN FONOLOGI 20 4.2Cara menghasilkan bunyi – bunyi Konsonan Asli 4.2.1 Konsonan Letupan - Letupan Dua Bibir [ p ] dan [ b ] Cara menghasilkan konsonan letupan dua bibir adalah dengan merapatkan bibir bawah ke bibir atas dan menaikkan lelangit lembut rapat ke dinding belakang rongga tekak. Arus udara keluar dari paru – paru melalui rongga mulut dan tersekat di belakang pertemuan dua bibir. Kemudiannya, sekatan itu dilepaskan dengan serta - merta Jika semasa menghasilkan bunyi itu glotis direnggangkan, pita suara tidak bergetar, dan bunyi yang terhasil ialah konsonan letupan dua bibir tidak bersuara, iaitu [p] . Tetapi jika glotis dirapatkan dan pita suara bergetar, yang terhasil ialah konsonan letupan dua bibir bersuara [b]. Rajah 2 Rajah 3
  21. 21. FONETIK DAN FONOLOGI 21 - Letupan Gusi [ t ] dan [ d ] Cara menghasilkan konsonan letupan gusi adalah dengan merapatkan hujung lidah ke gusi dan menaikkan lelangit lembut rapat ke dinding belakang rongga tekak. Arus udara dari paru – paru melalui rongga mulut dan tersekat di belakang pertemuan di antara hujung lidah dengan gusi. Kemudian, sekatan itu dilepaskan dengan serta merta. Jika semasa penghasilan bunyi ini glotis direnggangkan, pita suara tidak bergetar, dan bunyi yang terhasil ialah konsonan letupan gusi tidak bersuara, iaitu [ t ]. Tetapi jika glotis dirapatkan dan pita suara bergetar, yang terhasil ialah letupan gusi bersuara [ d ]. - Letupan Lelangit Lembut [ k ] dan [ g ] Cara menghasilkan konsonan letupan lelangit lembut adalah dengan menemukan belakang lidah dengan lelangit lembut, sambil menaikkan lelangit lembut rapat ke dinding belakang rongga tekak. Jika semasa penghasilan bunyi itu glotis direnggangkan dan pita suara tidak bergetar, bunyi yang terhasil ialah letupan lelangit lembut tidak bersuara [ k ]. Tetapi jika glotis dirapatkan dan pita suara bergetar, bunyi yang terhasil ialah letupan lelangit lembut bersuara [ g ]. Rajah 4 Rajah 5
  22. 22. FONETIK DAN FONOLOGI 22 Hentian Glotis [ ? ] Konsonan hentian glotis dihasilkan dengan cara pita suara dirapatkan serapat – rapatnya dan lelangit lembut dinaikkan rapat ke dinding belakang rongga tekak. Arus udara keluar dari paru – paru dan tersekat di belakang rapatan pita suara. Rapatan itu kemudiannya dilepaskan serta – merta tanpa menggetarkan pita suara. Justeru, terhasillah bunyi hentian glotis. Hentian glotis hadir di akhir – akhir perkataan yang dieja dengan huruf k. Rajah 6
  23. 23. FONETIK DAN FONOLOGI 23 4.2.2 Konsonan Letusan Konsonan letusan (atau afrikat) dihasilkan dengan membuat sekatan antara alat artikulasi dengan daerah artikulasi. Pertemuan antara alat artikulasi dengan daerah artikulasi ini menyekat arus udara dari paru–paru. Kemudiannya, sekatan ini dilepaskan perlahan–lahan, menghasilkan bunyi letusan. Dalam bahasa melayu, terdapat hanya sepasang konsonan letusan, iaitu letusan lelangit keras tak bersuara [ c ] dan bersuara [ j ]. Berikut ialah cara menghasilkan konsonan – konsonan ini. Konsonan letusan lelangit keras dihasilkan dengan cara depan lidah ditemukan dengan daerah lelangit keras dan lelangit lembut dinaikkan rapat ke dinding belakang rongga tekak. Arus udara dari paru – paru keluar melalui rongga mulut dan tersekat di belakang pertemuan antara depan lidah dengan lelangit keras. Kemudiannya, sekatan itu dilepaskan perlahan – lahan. Jika sewaktu menghasilkan bunyi ini glotis direnggangkan dan pita suara tidak bergetar, maka terhasillah konsonan letusan lelangit keras tidak bersuara [ c ]. Tetapi jika glotis dirapatkan dan pita suara bergetar, maka terhasillah konsonan letusan lelangit keras bersuara [ j ] Letusan lelangit keras tidak bersuara letusan lelangit keras bersuara Rajah 7 Rajah 8
  24. 24. FONETIK DAN FONOLOGI 24 4.2.3 Konsonan Geseran - Konsonan Geseran Gusi Tidak Bersuara [ s ] Konsonan geseran gusi tidak bersuara dihasilkan dengan cara hujung lidah ditemukan dengan daerah gusi. Lelangit lembut dinaikkan rapat ke belakang dinding rongga tekak. Arus udara dari paru–paru keluar melalui rongga mulut dan dibiarkan bergeser dengan daerah pertemuan hujung lidah dengan gusi. Glotis direnggangkan dan pita suara tidak bergetar. Maka terhasilkan konsonan geseran gusi tak bersuar [s]. - Konsonan Geseran Glotis [ h ] Konsonan geseran glotis dihasilkan dengan cara glotis terbuka luas dan lelangit lembut dinaikkan rapat ke dinding belakang rongga tekak. Arus udara dari paru – paru keluar bergeser tanpa gangguan dan keadaan dalam rongga mulut seperti menghasilkan bunyi – bunyi vokal. Rajah 9 Rajah 1
  25. 25. FONETIK DAN FONOLOGI 25 4.2.4 Konsonan Getaran Konsonan getaran dihasilkan tanpa sebarang sekatan atau sentuhan antara alat artikulasi dengan daerah artikulasi dalam rongga mulut, tetapi dengan cara menggetarkan lidah. Dalam bahasa Melayu terdapat hanya satu konsonan getaran, iaitu konsonan getaran gusi [ r ]. Cara menghasilkan bunyi ini adalah dengan mengangkat hujung lidah ke arah gusi dan menggetarkan hujung lidah. Lelangit lembut dinaikkan rapat ke dinding belakang rongga tekak. Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar. 4.2.5 Konsonan Sisian Konsonan sisian dihasilkan dengan membuat sekatan antara alat artikulasi dengan daerah artikulasi di dalam rongga mulut, dan arus udara dari paru – paru keluar melalui sisi lidah. Dalam bahasa melayu terdapat hanya satu konsonan sisian, iaitu sisian gusi, [ l ] Konsonan sisian gusi dihasilkan dengan cara hujung lidah diangkat ke arah gusi atas dan lelangit lembut dinaikkan rapat ke dinding belakang rongga tekak. Arus udara dari paru – paru keluar melalui kiri dan kanan lidah (sisi lidah). Glotis dirapatkanndan pita suara bergetar. Rajah 11 Rajah 10
  26. 26. FONETIK DAN FONOLOGI 26 4.2.6 Konsonan Sengau - Konsonan Sengau Dua Bibir [ m ] Konsonan sengau dua bibir dihasilkan dengan bibir bawah dirapatkan ke bibir atas, lelangit lembut diturunkan dan arus udara dari paru – paru keluar melalui rongga hidung. Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar. - Konsonan Sengau Gusi [ n ] Konsonan sengau gusi dihasilkan dengan hujung lidah ditemukan dengan gusi. Lelangit lembut diturunkan dan arus udara dari paru – paru keluar melalui rongga hidung. Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar. Rajah 12 Rajah 13
  27. 27. FONETIK DAN FONOLOGI 27 - Konsonan Sengau Gusi - Lelangit Keras [ ‫ת‬ ] Konsonan sengau lelangit keras dihasilkan dengandepan lidah ditemukan ke lelangit keras. Lelangit lembut diturunkan dan arus udara dari paru – paru keluar melalui rongga hidung. Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar. Oleh sebab lambang [ ‫ת‬ ] tidak ada pada mesin taip, dalam sistem ejaan Rumi bahasa Melayu konsonan ini dilambangkan dengan dua huruf, iaitu ng. - Konsonan Sengau Lelangit Lembut [ ŋ ]. Konsonan sengau lelangit lembut dihasilkan dengan belakang lidah diangkat ke lelangit lembut. Lelangit lembut diturunkan dan arus udara dari paru – paru keluar melalui rongga hidung. Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar. Dalam system ejaan Rumi bahasa Melayu, konsonan ini juga dilambangkan dengan dua huruf, iaitu ng. Rajah 14 Rajah 15 Rajah 12
  28. 28. FONETIK DAN FONOLOGI 28 4.2.7 Separuh Vokal - Separuh Vokal Dua Bibir [ w ] Separuh vokal dua bibir dihasilkan dengan cara bibir dan belakang lidah mengambil kedudukan seperti menghasilkan vokal [ u ], iaitu bibir dibundarkan dan belakang lidah dinaikkan setinggi mungkin. Kemudian, berlaku geluncuran ke arah kedudukan vokal yang mengikutinya. Lelangit lembut dinaikkan untuk menutup rongga hidung dan pita suara bergetar. - Separuh Vokal Lelangit Keras [ j ] Separuh vokal lelangit keras dihasilkan dengan cara bibir dan lidah mengambil kedudukan seperti menghasilkan vokal [ i ], iaitu bibir dihamparkan dan hujung lidah dinaikkan setinggi mungkin. Kemudian, berlaku geluncuran ke arah kedudukan vokal yang mengikutinya. Lelangit lembut dinaikkan untuk menutup rongga hidung dan pita suara bergetar. Rajah 16 Rajah 17
  29. 29. FONETIK DAN FONOLOGI 29 4.3 Cara menghasilkan bunyi – bunyian Konsonan Pinjaman. - Konsonan Geseran Bibir – Gigi – [ f ] dan [ v ] Konsonan geseran bibir gigi dihasilkan dengancara bibir bawah dirapatkan ke gigi atas supaya menjadi sempitan. Lelangit lembut dinaikkan rapat ke dinding belakang rongga tekak. Arus udara dari paru – paru keluar melalui rongga mulut dan dibiarkan bergeser dengan sempitan bibir bawah dengan gigi atas. Jika semasa menghasilkan bunyi itu glotis direnggangkan, pita suara tidak bergetar. Maka bunyi yang terhasil ialah konsonan geseran bibir gigi tak bersuara, iaitu f. Tetapi jika glotis dirapatkan dan pita suara bergetar, maka bunyi yang terhasil ialah konsonan geseran bibir – gigi bersuara, v. Rajah 18 Rajah 19
  30. 30. FONETIK DAN FONOLOGI 30 - Konsonan Geseran Gigi - [ th ] dan [ dh ] Konsonan geseran gigi dihasilkan dengan cara hujung lidah berada di antara gigi atas dengan gigi bawah. Lelangit lembut dinaikkan rapat ke dinding belakang rongga tekak. Arus udara dari paru – paru keluar melalui rongga mulut dan dibiarkan di daerah gigi. Jika sewaktu menghasilkan bunyi ini glotis direnggangkan dan pita suara tidak bergetar, konsonan yang dihasilkan ialah konsonan geseran gigi tak bersuara, yang dilambangkan dalam sistem ejaan sebagai deretan dua huruf, iaitu th. Jika glotis dirapatkan dan pita suara bergetar, bunyi yang terhasil ialah konsonan geseran gigi bersuara, yang dilambangkan dengan dh. Dalam ejaan Rumi baharu, th dan dh telah diubah menjadi s dan d. - Konsonan Geseran Bersuara [ z ] Konsonan geseran gusi bersuara dihasilkan dengan cara hujung lidah ditemukan dengan daerah gusi. Lelangit lembut dinaikkan rapat ke belakang dinding rongga tekak. Arus udara dari pura – pura keluar melalui rongga mulut dan dibiarkan bergeser dengan daerah pertemuan hujung lidah dengan gusi. Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar. Rajah 20
  31. 31. FONETIK DAN FONOLOGI 31 -Konsonan Gusi – Lelangit Keras Tak Bersuara [ sy ] Konsonan gusi–lelangit keras tak bersuara ini dihasilkan dengan bahagian belakang depan lidah ditemukan dengan daerah antara gusi dengan lelangit keras. Lelangit lembut dinaikkan rapat ek dinding belakang rongga tekak. Arus udara dari paru–paru keluar melalui rongga mulut dan dibiarkan bergeser di daerah pertemuan antara depan lidah dengan sempadan gusi–lelangit keras. Glotis direnggangkan dan pita suara tidak bergetar. Dalam ejaan Rumi, bunyi ini dilambangkan dengan deretan dua huruf,sy. - Konsonan Geseran Lelangit Lembut – [ kh ] dan [ gh ] Konsonan geseran lelangit lembut dihasilkan dengan cara belakang lidah diangkat ke arah lelangit lembut, yang dinaikkan rapat ke dinding belakang rongga tekak. Arus udara dari paru – paru keluar melalui rongga mulut dan dibiarkan bergeser di daerah pertemuan antara belakang lidah dengan lelangit lembut.
  32. 32. FONETIK DAN FONOLOGI 32 4.4 CONTOH PERKATAAN 4.4.1 KONSONAN MELAYU ASLI [p] Konsonan letupan dua bibir tidak bersuara. [ # Pandu # ] ( pandu ) [ # lapan #] ( lapan) [ # Tetap # ] ( tetap ) [b] Konsonan letupan dua bibir bersuara. [ # Balik # ] ( balik ) [ # Lebat # ] ( lebat ) [ # Kitab # ] ( kitab ) [t] Konsonan letupan gusi tidak bersuara. [ # tiga # ] ( tiga ) [ # itu # ] ( itu ) [ # pusat # ] ( pusat ) [d] Konsonan letupan gusi bersuara. [ # dasar # ] ( dasar ) [ # ada # ] ( ada ) [ # had # ] ( had ) [k] Konsonan letupan lelangit lembut tidak bersuara. [ # kambiŋ # ] ( kambing ) [ # paku # ] ( paku ) [ # kapak # ] ( kapak ) [g] Konsonan letupan lelangit lembut bersuara. [ # garaŋ # ] ( garang ) [ # raga # ] ( raga ) [ # beg # ] ( beg ) [?] Hentian glotis. [c] Konsonan letusan lelangit keras tidak bersuara. [ # cat # ] ( cat ) [ # kaca # ] ( kaca ) [ # koc # ] ( koc ) [j] Konsonan letusan lelangit keras bersuara. [ # jalan # ] ( jalan ) [ # baju # ] ( baju ) [ # garaj # ] ( garaj ) [s] Konsonan geseran gusi tidak bersuara. [ # sah # ] ( sah ) [ # kisah # ] ( kisah ) [ # lipas # ] ( lipas ) [r] Konsonan getaran gusi bersuara. [ # rantai # ] ( rantai ) [ # baru # ] ( baru ) [ # ular # ] ( ular )
  33. 33. FONETIK DAN FONOLOGI 33 [h] Konsonan geseran glotis bersuara. [ # hati # ] (hati) [ # lihat # ] ( lihat ) [ # rumah # ] ( rumah ) [l] Konsonan sisian gusi bersuara. [ # lantai # ] ( lantai ) [ # malam # ] ( malam ) [ # kəsal # ] ( kesal ) [m] Konsonan sengau dua bibir bersuara. [ # makan # ] ( makan ) [ # lama # ] ( lama ) [ # alim # ] ( alim ) [n] Konsonan sengau gusi bersuara. [ # naŋka # ] ( nangka ) [ # bina # ] ( bina ) [ # lapan # ] ( lapan ) Konsonan sengau lelangit lembut bersuara. [ # ŋaŋa # ] ( nganga ) [ # malaŋ # ] ( malang ) Konsonan sengau gusi – lelangit keras bersuara. [ # nawa # ] ( nyawa ) [ # namo? # ] ( nyamuk ) [ # bana? # ] ( banyak ) [ # tana # ] ( tanya ) [w] Separuh vokal dua bibir bersuara. [ # wayaŋ # ] ( wayang ) [ # kawan # ] ( kawan ) [ # pulaw # ] ( pulau ) [y] Separuh vokal lelangit keras bersuara. [ # yaŋ # ] ( yang ) [ # tayaŋ # ] ( tayang ) [ # pakay # ] ( pakai )
  34. 34. FONETIK DAN FONOLOGI 34 4.4.2 KONSONAN MELAYU PINJAMAN [f] Konsonan geseran bibir gigi tidak bersuara. [ # fikir # ] ( fikir ) [ # lafaz # ] ( lafaz ) [ # ma?af # ] ( maaf ) [v] Konsonan geseran bibir gigi bersuara. [ # variasi # ] ( variasi ) [ # novel # ] ( novel ) [ž] Konsonan geseran gusi bersuara. [ # žohor # ] ( dhohor ) [ # hažir # ] ( hadhir ) [ # haiž # ] ( haidh ) [š] Konsonan geseran gusi lelangit keras tidak bersuara. [ # šubuht # ] ( subuh ) [ # ašar # ] ( asar ) [ # xaš # ] ( khas ) [x] Hentian geseran lelangit lembut tidak bersuara. [ # abar # ] ( khabar ) [ # xianat # ] ( khianat ) [ # tarix # ] ( tarikh ) [‫]ץ‬ Konsonan geseran lelangit lembut bersuara. [ # ‫ץ‬aib # ] ( ghaib ) [ # lo‫ץ‬at # ] ( loghat ) [ # bali‫ץ‬ # ] ( baligh )
  35. 35. FONETIK DAN FONOLOGI 35 5.0 DIFTONG 5.1 Definisi Diftong Diftong berasal daripada perkataan phtong yang terdapat dalam bahasa Yunani yang bermakna suara atau disuarakan. Daripada makna tersebut terhasillah dipthong yang bermaksud dua vokal atau dua bunyi yang hanya menduduki satu suku kata. Dalam bahasa Melayu, dipthong disebut sebagai diftong. Menurut Arbak Othman, 1986 : 58 : diftong didefinisikan sebagai rentetan dua vokal yang mempunyai satu puncak kelantangan yang tatkala menghasilkanya tidak ada hentian sebentar atau ‘hiatus’ yang memisahkan kedua-dua vokal binaannya. Oleh sebab sifatnya yang dicirikan oleh satu puncak kelantangan, maka diftong adalah silabis. Diftong juga adalah gabungan dua bunyi vokal yang disebut secara berterusan ( dalam satu hembusan nafas ) dan semasa menghasilkanya terdapat cirri geluncuran. Ertinya, lidah pada mulanya diletakkan pada keadaan sebagaimana membunyikan sesuatu vokal, kemudian digeluncurkan kearah membunyikan vokal yang lain. ( Raminah Hj. Sabran, 1986 : 77 ) Abdullah Hassan, 1980 : 77 pula berpendapat diftong ialah dua vokal atau lebih yang berlaku secara berentetan, tetapi setiap vokal mempunyai cirri suku kata, maka keadaan itu dikatakan rentetan vokal. Vokal-vokal tersebut boleh dipisahkan dengan separuh vokal dan dalam keadaan lain, vokal-vokal tersebut berlainan dalam satu rentetan bunyi. Pedoman Umum Ejaan Bahasa Malaysia, 1987 : 6 pula berpendapat huruf diftong dieja dengan gabungan dua huruf vokal yang dilafazkan sebagai bunyi geluncuran. Dalam bahasa Melayu, terdapat tiga jenis huruf diftong yang dieja dengan gabungan huruf vokal seperti [ai],[au] dan [oi].
  36. 36. FONETIK DAN FONOLOGI 36 5.2 Diftong Bahasa Melayu Dalam bahasa Melayu terdapat tiga bunyi diftong yang standard iaitu [ ay ],[ aw ] dan [ oy ]. Dalam otografi bahasa Melayu, diftong ini dilambangkan sabagai [ ai ],[ au ] dan [ oi ], misalnya dalam perkataan pakai, lampau dan kaloi. Dalam perkataan asli bahasa Melayu, diftong hanya terdapat pada suku kata kedua atau suku kata akhir bagi suku kata terbuka. Dalam keadaan lain, kedudukan diftong [ai] dan [au] boleh berlaku diawal,tengah, dan akhir perkataan, manakala diftong [oi] hanya terdapat pada suku kata terbuka akhir perkataan sahaja. Penyebaran bunyi diftong dalam bahasa Melayu adalah seperti dalam jadual berikut : Jenis Diftong Kedudukan Diftong Awal Tengah Akhir /ai/ /aiskrim/ /ghairah/ /pandai/ /aising/ /khairat/ /keldai/ /au/ /aurat/ /daulat/ /kalau/ /auto/ /tauliah/ /pukau/ /oi/ - /boikot/ /amboi/ - - /kaloi/ Jadual 5.2 : Penyebaran Fonem Diftong Bahasa Melayu
  37. 37. FONETIK DAN FONOLOGI 37 Diftong bahasa Melayu disebut dengan bunyi vokal pertamanya lebih nyaring, lebih panjang dan lebih tekanannya daripada bunyi vokal yang kedua. Rajah 5.2 : Pergerakan Lidah Bagi Penghasilan Diftong Rajah 5.2 menunjukan pergerakan lidah semasa menghasilkan bunyi diftong bahasa Melayu. Anak panah dalam rajah tersebut menunjukkan arah geluncuran oleh pergerakan lidah daripada satu kedudukan vokal kearah kedudukan vokal yang lain. Akhir anak panah itu menunjukkan had pergerakan bunyi diftong yang berkenaan. Pergerakan lidah itu bermula dengan keadaan lidah berada pada kedudukan menyebut satu vokal yang kemudianya bergerak menuju kearah kedudukan menyebut vokal yang lain yang tidak disempurnakan artikulasinya.
  38. 38. FONETIK DAN FONOLOGI 38 5.3 Cara Membunyikan Setiap Diftong 5.3.1Diftong [ ai ] Cara membunyikanya : Rajah 5.3.1 : Cara Membunyikan Diftong [ ai ] Jadual 5.3.1 : Cara Membunyikan Diftong [ ai ] 1) Keadaan bibir agak terhampar. 2) Hujiung lidah terkena gigi bawah 3) Depan lidah pada kedudukan seperti membunyikan vokal rendah [a]. 4) Lidah secara cepat digeluncurkan kearah cara membunyikan vokal depan tinggi [i] 5) Anak tekak dan lelangit lembut dinakkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung. 6) Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut. 7) Pita suara digetarkan. 3 1 2 4 7 6 5
  39. 39. FONETIK DAN FONOLOGI 39 5.3.2 Diftong [ au ] a. Cara membunyikanya : Rajah 5.3.2 : Cara Membunyikan Diftong [ au ] Jadual 5.3.2 : Cara Membunyikan Diftong [ au ]. 3 1 2 4 7 6 5 1) Keadaan bibir daripada hampar ke bundar. 2) Hujiung lidah terkena gigi bawah 3) Depan lidah pada kedudukan seperti membunyikan vokal rendah [a]. 4) Lidah digeluncurkan secara cepat kearah cara membunyikan vokal belakang tinggi [u] dengan lidah melengkung kearah lelangit keras. 5) Anak tekak dan lelangit lembut dinakkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung. 6) Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut. 7) Pita suara digetarkan.
  40. 40. FONETIK DAN FONOLOGI 40 5.3.3 Diftong [ oi ] b. Cara membunyikanya : Rajah 5.3.3 : Cara Membunyikan Diftong [ oi ] Jadual 5.3.3 : Cara Membunyikan Diftong [ oi ] 3 1 2 6 5 4 1) Keadaan bibir daripada hampar ke bundar. 2) Depan lidah pada kedudukan sebelum membunyikan cokal separuh tinggi [o] 3) Lidah digeluncurkan secara cepat kearah cara membunyikan vokal depan tinggi [i] dengan lidah dinaikkan kearah lelangit keras, rendah sedikit daripada cara membunyikan vokal [i]. 4) Anak tekak dan lelangit lembut dinakkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung. 5) Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut. 6) Pita suara digetarkan.
  41. 41. FONETIK DAN FONOLOGI 41 5.4 Jenis- Jenis Diftong Diftong boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu : 5.4.1 Diftong naik  Diftong naik ialah diftong yang bunyi vokal keduanya disebut lebih kuat atau nyaring, lebih panjang dan tekanan vokal kedua lebih daripada tekanan vokal pertama.  Diftong jenis ini banyak terdapat dalam perkataan bahasa Inggeris, misalnya perkataan pier [pia] dan fierce [fiəs].  Tanda [ ~ ] diletakkan pada huruf vokal yang pertama untuk menunjukkan sebutan vokal keduanya lebih nyaring, lebih panjang dan lebih tekananya. 5.4.2 Diftong turun  Bagi diftong turun, bunyi vokal pertamanya disebut lebih nyaring, lebih panjang dan lebih tekananya daripada vokal kedua. Tanda diakritik [ ~ ] diletakkan dibawah vokal kedua. Contohnya : [ ai ] Dalam perkataan ‘gulai’ [ au ] Dalam perkataan ‘pulau’ [oi ] Dalam perkataan ‘kaloi’ Jadual 5.4.2 : Perkataan Bagi Diftong Turun
  42. 42. FONETIK DAN FONOLOGI 42 PENUTUP Berdasarkan tugasan ini, dapat disimpulkan bahawa fonetik dan fonologi banyak melibatkan organ pertuturan manusia secara langsung. Organ pertuturan manusia ini disebut alat artikulasi. Terdapat banyak alat artikulasi manusia dan setiap satunya mempunyai kedudukan dan fungsi yang berbeza dalam menghasilkan bunyi bahasa. Namun demikian, terdapat juga unsur yang bukan dikategorikan sebagai alat artikulasi manusia, tetapi mempunyai peranan yang amat penting dalam menghasilkan bunyi. Unsur tersebut ialah udara dan merupakan sumber tenaga utama dalam menghasilkan bunyi. Bunyi vokal atau konsonan merupakan antara bunyi bahasa yang dihasilkan oleh alat artikulasi manusia. Semua bunyi vokal merupakan bunyi-bunyi bersuara, manakala bunyi konsonan ada yang bersuara dan ada yang tidak bersuara. Bunyi bersuara dan tidak bersuara ini berkait rapat dengan keadaan pita suara. Sekiranya keadaan pita suara (glotis) tertutup rapat sewaktu udara keluar melaluinya, maka getaran akan berlaku pada pita suara dan bunyi yang terhasil ialah bunyi bersuara. Sebaliknya jika pita suara itu direnggangkan atau terbuka sewaktu udara melaluinya, maka getaran pada pita suara tidak berlaku maka yang terhasil ialah bunyi yang tidak bersuara. Manakala, bunyi diftong pula menghasilkan bunyi geluncuran yang terhasil bermula daripada satu vokal dan beralih kepada bunyi vokal yang lain. Oleh yang demikian, didapati bunyi bahasa adalah gelombang bunyi yang terjadi pada arus udara yang bergerak. Udara yang bergerak keluar daripada paru- paru melalui tengkorak, pitar suara, rongga tekak dan mulut atau hidung atau kedua- duanya. Maka, udara yang keluar itu akan mengenai bahagian gegendang telinga dan akhirnya didengar sebagai bunyi dan secara tidak langsung bunyi ini berfungsi dalam pertuturan.
  43. 43. FONETIK DAN FONOLOGI 43 REFLEKSI Syukur ke Hadrat Ilahi kerana akhirnya dapat juga kami menyiapkan tugasan ini dengan jayanya mengikut tarikh yang telah ditetapkan walaupun terdapat beberapa kekangan yang tidak dapat dielakkan. Alhamdulilah, sepanjang menjalankan tugasan Kerja Kursus Projek bagi Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu ini, banyak input dan pengalaman baru yang kami perolehi. Malah, tugasan ini juga banyak membantu saya dan rakan-rakan kumpulan saya iaitu Farah Fazriyana bt Basri, Nor Azrina bt Mohd Zainol dan Nur Afifah bt Ahmad untuk memahami dengan lebih mendalam lagi tentang subjek ini terutamanya tentang Cara-cara Penghasilan Bunyi Bahasa. Dalam pada itu, bagi memudahkan tugasan ini dijalankan, kami sekumpulan telah bersepakat membahagikan tugasan ini bagi memudahkan kerja dan mempercepatkan proses perjalanan tugasan kami ini. Di samping itu, dengan adanya pembahagian tugas, kerjasama kumpulan juga dapat dipupuk selain daripada dapat mengukuhkan pengetahuan bagi setiap orang daripada ahli kumpulan kami berkenaan tugasan ini. Malah, secara tidak langsung pengalaman bekerja dalam kumpulan ini juga dapat dipupuk dan diaplikasikan kelak. Secara keseluruhannya, berdasarkan tugasan yang telah dilaksanakan ini, kami juga telah berjaya memahami dengan lebih jelas lagi bagaimana terhasilnya bunyi bahasa. Malah, kami juga dapat membuat kesimpulan bahawa bunyi bahasa adalah gelombang bunyi yang terjadi pada arus udara yang bergerak. Apabila udara yang bergerak keluar daripada paru-paru melalui tengkorak, pitar suara, rongga tekak dan mulut atau hidung atau kedua-duanya, maka, udara yang keluar itu akan mengenai bahagian gegendang telinga dan akhirnya didengar sebagai bunyi dan secara tidak langsung bunyi ini berfungsi dalam pertuturan. Oleh yang demikian, dengan pengetahuan-pengetahuan dan pengalaman yang sedia ada serta maklumat-maklumat baru yang kami perolehi, Alhamdulilah kami berjaya menyiapkan tugasan ini pada masa yang ditetapkan. Jika sebelum ini kami tidak mengambil berat tentang cara penghasilan bunyi bahasa ini, namun dengan adanya tugasan ini, secara tidak langsung banyak membantu kami dalam mengukuhkan maklumat dan pengetahuan lama dengan yang baru terutamanya
  44. 44. FONETIK DAN FONOLOGI 44 untuk membunyikan huruf vokal, konsonan dan diftong dalam penyebutan bahasa baku. Malah kami juga sedar bahawa ketiga-tiga elemen bunyi bahasa ini amat penting untuk diserapkan ke dalam setiap mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah supaya sesi pengajaran dan pembelajaran bagi pengenalan huruf dalam Bahasa Melayu dapat berjalan secara berkesan. Malah dengan penggunaan bunyi bahasa yang tepat, secara tidak langsung penggunaan bahasa baku juga dapat ditingkatkan. Malah, kecelaruan dalam penggunaan bahasa juga dapat dikurangkan. Berdasarkan tugasan ini juga, kami juga mula sedar bahawa bertapa pentingnya untuk memahami Cara Penghasilan Bunyi Bahasa ini. Hal ini kerana, apabila kita dapat menguasai ketiga-tiga bunyi bahasa iaitu bunyi vocal, konsonan dan diftong ini secara tidak langsung dapat memudahkan kita dalam peghasilan bunyi bahasa atau penyebutan yang berkesan. Malahan, secara tidak langsung ianya dapat memudahkan kita dalam berkomunikasi. Tuntasnya, tugasan ini banyak memberi kesan yang positif dan kebaikan terhadap diri kami. Tugasan ini juga, telah membuka pemikiran kami terhadap bidang ilmu Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu ini. Kami berharap ilmu ini dapat kami aplikasikan dengan lebih produktif dalam profesion perguruan. Akhir kata terima kasih kami ucapkan kepada Encik Hamdan bin Yaakub pensyarah kursus Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu kami diatas segala tunjuk ajar yang diberikan serta tidak lupa kepada rakan-rakan kumpulan. InsyaAllah, kami akan gunakan ilmu yang ada ini dengan sebaik-baiknya
  45. 45. FONETIK DAN FONOLOGI 45 BIBLIOGRAFI Indirawati Zahid & Mardian Shah Omar.2006.Fonetik dan Fonologi. BS Print (M) Sdn. Bhd : Kuala Lumpur Siti Hajar Abdul Aziz.2008.Siri pendidikan Guru Bahasa Melayu I. Oxford Fajar Sdn.Bhd : Selangor Darul Ehsan http://www.google.com.my/search?q=rajah+diftong+ai&rlz=1C1SKPL_enMY426MY4 2&sugexp=chrome,mod%3D0&um=1&ie=UTF8&hl=en&tbm=isch&source=og&sa=N &tabwi&ei=Q4VUUI- 6E4n3rQf0rIDgCw&biw=1280&bih=694&sei=SoVUUKmfDseGrAeO5IFY – Diakses pada 15 September 2012 http://books.google.com.my/books?id=edWhSzcHmUQC&pg=PA14&lpg=PA14&dq= diftong+bahasa+melayu&source=bl&ots=U14rhIYCjE&sig=KPUz73_ClBhIqbm_YBP Kmsrl87Y&hl=en#v=onepage&q=diftong%20bahasa%20melayu&f=false – Diakses pada 15 September 2012
  46. 46. FONETIK DAN FONOLOGI 46 LAMPIRAN
  47. 47. FONETIK DAN FONOLOGI 47 http://www.tutor.com.my/stpm/fonologi/Fonologi.htm http://www.tutor.com.my/tutor/arkib2002.asp?e=STPM&s=BM&b=SEP&m=4&r=m&i=NOTA

×