SlideShare a Scribd company logo
1 of 11
1.Flipped Classroom
Flipped Classroom bermaksud kelas terbalik atau pengajaran terbalik. Idea ini datang daripada
Jonathan Bergman dan Aaron Sams (2007), guru yang mengajar di Woodland Park High School,
Woordland Park, Coloradoyang menghasilkan perisian untuk merakambahan pengajarannya dalam
bentuk persembahan power point. Mereka kemudiannya memuatnaik rakaman video kuliah dalam
talian internet supaya murid yang ketinggalan dalam kuliah dapat mengikuti kuliah pada bila-bila
masa. Teknik kuliah secara dalam talian tersebut kemudiannya tersebar di seluruh negara. Oleh
sebab itu mereka dipanggil untuk memberi taklimat tentang kaedah tersebut kepada guru-guru lain.
Kaedah ini terus berkembang dan ramai di kalangan guru-guru menggunakan video podcasts dan
video atas talian untuk menyampaikan pengajarannya di luar waktu. pengajaran dan pembelajaran
dan di luar bilik darjah. Semasa interaksi bersemuka di dalam bilik darjah, guru membimbing murid
melakukan aktiviti kolaboratif dan membuat latihan berkonsepkan masteri.
Kaedah pengajaran flip ialah satu bentuk gabungan strategi pengajaran yang banyak memanfaatkan
teknologi. Murid mula mengkaji topik di rumah menggunakan pengajaran video yang disediakan oleh
guru. Kemudian di dalam kelas, murid diberikan aktiviti menyelesaikan masalah atau membuat kerja-
kerja amali berhubung dengan isi pelajaran yang telah mereka pelajari di rumah. Dengan lain
perkataan, murid belajar di rumah dan membuat “homework” di sekolah. Peranan guru sebagai tutor
yang membantu murid apabila menghadapi masalah dalam menyelesaikan tugasan, mega simulasi
maklumat, dan mencipta idea-idea baharu. Guru tidak perlu menyampaikan pelajawan awal seperti
pembelajaran tradisional. Senario ini membolehkan guru mempunyai banyak masadi dalam kelas
yang dapat dimanfaatkan untuk aktiviti-aktiviti pengukukuhan dan pengayaan dalam pembelajaran
berasaskan projek di samping dapat memberikan tumpuan kepada keperluan murid secara individu.
P&P Tradisional P&P Flipped Classroom
1
Guru menyajikan pelajaran, menguruskan perbincangan,
kelompok, danmembuat rumusan.
Guru bersama murid membahaskan kesalaha
konsep, menyelesaikan tugasan, membuat am
dan ujian .
2
Semawa waktu pengajaran dan pembelajaran, guru berada di
hadapan kelas dan mengajar secara langsung.
Guru melaksanakan aktiviti bimbingan dan
pengukukuhan.
3
Guru membekalkan latihan dan tugasanuntuk murid
sesesaikan di rumah serta latihan akan dibincangkan semasa sesi
P&P berikutnya.
Guru membekalkan bahan pengajaran dan
pembelajaran dalam talian.
4 Murid membuat latihan di luar waktu P&P.
Murid menonton video dan mencatatkan fakt
penting dan mengemukakan soalan.
5 Di rumah, guru dan murid tiada interaksi.
Guru dan murid berinteraksi secara
individu dalam talian.
Alat yang boleh digunakan untuk melaksanakan Flipped Classroom
Youtube
https;//www.youtube.com
Webquest
https://www.zunal.com/webquest
Edmodo
https://www.edomodo.com
Creately
https://creately.com/
Model Flipped Classroom
Tiada model khusus untuk [engajaran kaedah Flipped Classroom. Struktur pembelajaran
menunjukkan bahawa murid mengikuti kuliah melalui alat perakan di luar waktu P&P dan disusuli
dengan aktiviti latihan dan dengukukuhan. Perkara yang biasa dilakukan oleh guru di dalam bilik
darjah adalah seperti menyampaikan isis pelajaran, latar belakang pengetahuan, dan pengalaman
hidup sebenar telah diterima oleh murid di rumah melalui podcast, video Youtube, dan pelbagai
sumber dalam talian. Biasanya “kerja rumah” akan dibuat dalam bilik darjah dengan bantuan guru.
Oleh hal yang demikian, Flipped Classroom bukan sekadar pembelajar menggunakan video dalam
talianmenggantikan guru. Murid juga dapat belajar tanpa struktur yang rigid dan mereka banyak
menghabiskan masa untuk mengikut pelajaran di atas talian. Murid mungkin diminta melihat
beberapa rakaman kuliah selama lia hingga tujuh minit untuk setiap satu rakaman. Setiap satu
rakaman diikuti dengan satu kuiz atas talian untuk menguji kefahaman mereka tentang apa-apa yang
telah dipelajari secar interaktif.Murid dapat mengtulang tayang segemen yang kurang difahami untuk
kefahaman yang lebih jelas bagi mengelakkan kekeliruaan. Di dalam bilik darjah, guru
membincangkan topik yang telah dipelajari dan membuat pengukukuhan dengan menggalakkan
murid bekerjasama membina dapatan baharu di samping memantau kemahiran murid.
Ciri-ciri Flipped Classroom
1. Waktu interaksi guru dan murid dalam bilik darjah seperti biasa.
2. Ditambah lagi dengan interaksi secara atas talian di luar jadual waktu kerja.
3. Pesekitaran pembelajaran lebih luas dan tanggungjawab yang perlu dilakukan oleh murid lebih
banyak.
4. Kaedah pembelajaran langsung dan pembelajaran konstruktivisme boleh digabungkan.
5. Murid yang tidak hadir kesekolah juga dapat mengikuti pengajaran guru.
6. Wujud sebuah kelas yang dapat menghubungkan semua murid dalam pembelajaran.
Kelebihan Flipped Classroom
1. Kesan penggunaan teknologidalam kaedah Flipped Classroom dapat mengawal interaksi murid ke
arah yang lebih positif.Mereka terpaksa menggunakan banyak masa untukmembaca dan
mamahamibahan kuliah, memberi maklum balas kepada guru dan berbincang bersama rakan
sekelasnya.Murid juga perlu membuat cacatan sendiri dan menyediakan soalan-soalan untuk
dibincangkan pada waktu interaksi ketika bersemuka bersama guru dan rakan dalam bilik darjah
pada keesokkannya.
2. Guru terdorong untuk menyediakan bahan-bahan pengajaran yang berkualiti dalam bentuk video
yang mesra pengguna.
3. Waktu interaksi bersemuka antara guru dan murid adalah mengadakan pembelajaran hands-on,
amali dan demontrasi guru serta melakukan aktiviti berbentuk projek yang kreatif secara individu
dan berkumpulan bagi menerapkan pembelajaran koperatif dan kolaboratif.
Pengajaran Flipped Classroom telah terbukti dapat mengurangkan kadar keciciran di kalangan murid
dan meningkatkan kualiti belajar murid. Namun, ramai orang berpendapat bahawa pengajaran flipped
Classroom mengorbankan murid yang tidak mempunyai akses kepada internet di luar sekolah. Dalam
hal ini, guru-guru dapat mengatasi dengan membekalkan CD atau tumb-drive yang dimuatkan dengan
video bahan pengajaran guru.
Rumusannya, Flipped Classroom menyediakan ruang dan peluang untuk membolehkan berlakunya
sesi pembelajaran melalui pelbagai aktiviti yang disediakan oleh guru dengan menggunakan alat
berteknologi bagi menghasilkan persekitaran pembelajaran yang lebih berkesan.
2. Blended Learning
Blended Learning bermaksud kaedah pengajaranguru dan pembelajaran murid yang menggabungkan
amalan tradisional seperti pembelajaran bersemuka dalam bilik darjah dengan penggunaan teknologi
sebagai pengantara seperti komputer dan rangkaian internet serta media digital. Dengan lain
perkataan, Blended Learning bermaksud guru menggunakan lebih daripada satu kaedah penyampaian
dalam bilik darjah. Jika guru ingin mengajar dengan menggunakan kaedah bersemuka dalam bilik
darjah sahaja, maka guru tidak akan mencapai kriteria pedagogi masa kini. Hal demikian kerana
pengaruh perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) telah banyak diadaptasi dalam
pengurusan pendidikan lebih-lebih lagi dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Pada tahun 2005, Micheal Nelsen, Sean Fitzgerald, dan Liegh Blackall telah menghasilkan satu
kaedah ini untuk membantu latihan guru di Western Sydney Institute of TAFE dan Sydney Institute of
TAFE. Mereka mempromosikan alat percuma dan mudah untuk pengajaran dan pembelajarandalam
talian. Idea mereka mendapat sambutan dan mereka mengadakan bengkal latihan untuk
menyebarkan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menggabungkan sumber-sumber
pembelajaran.
Kaedah pembelajaran Blended Learning ini disesuaikan dalam pendidikan formal iaitu murid akan
belajar dalam bilik darjahdan guru menyampaikan isi pelajaran secara interaksi bersemuka
menggunakan papan tulis dan digabungkan dengan penyampaian bahan sokongan menggunakan
komputer, media digital dan talian internet. Selepas waktu P&P, masa pembelajaran murid dan
interaksi dengan guru tiada had kerana pembelajaran boleh berlaku menggunakan media atas
talian.Aplikasi ini sangat nmemudahkan guru untuk mengumpul data dan membuat penyesuaian
pengajaran dan penilaian tehadap murid dalam pengajarannya.Pihak sekolah boleh disaran dengan
mengadakan aktiviti untuk muridnya dengan memilih sumber dan menyalurkan semula sumber-
sumbe pembelajaran yang sesuai dengan kemudahan yang ada di sekolah untuk meningkatkan hasil
pembelajaran murid. Guru sentiasa mengawal dan membimbing aktiviti murid dari semasa ke
semasa.
Model Blended Learning mengwujudkan lima pola interaksi iaitu
1. Interaksi murid dengan murid
2. Interaksi murid dengan guru
3. Interaksi murid dengan komuniti
4. Interaksi murid dengan bahan pembelajaran
5. Interaksi murid dengan teknologi
Rajah di atas menunjukkan pola interaksi Blended Learning. Sesi pembelajaran berlaku dalam dua
dimensi iaitu dalam bilik darjah secara bersemuka dan di atas talian iaitu secara maya.
Apabila pembelajaran bergabung ini dapat dilaksanakan sepenuhnya, semua murid sibuk
menyempurnakan tugasanuntuk menghasilkanm produktiviti yang bermutu kerana produk mereka
akan dikongsi dan dinilai pada peringkat pesekitaran global secara terbuka.
3. Project Based Learning
Pembelajaran berasaskan projek (project based learning-PBL) adalah satu teknik pengajaran dan
pembelajaran yang telah diperkenalkan di Malaysia. Teknik ini merupakan satu teknik pembelajaran
abad ke-21 yang sangat kompresensif kerana ia menyokong kesemua kemahiran dalam komponen-
komponen 4C (Communation, Collaboration, Critical Thinking,Creativity). Teknik pembelajaran ini
adalah berpusatkan murid, memerlukan masa untuk disiapkan, merentasi kurikulum dan melibatkan
kemahiran pelbagai (mutiple intellehent). Perkara yang lebih ketara di sini adalah ciri-ciri PBL yang
memerlukan murid berinteraksi dengan isu dan amalan dunia sebenar. Teknik ini memberikan ruang
dan peluang kepada murid untuk memahami sesuatu perkara secara mendalam (mastery learning).
Melalui PBL, murid menjelajah pengetahuan-pengetahuanbaru, membuat pertimbangan, interpretasi
serta membuat sintesis kepada semua maklumat yang telah diperolehi secara bermakna (teori
konstruktivisme dan teknik inkuiri). Mengikut artikel Futureworks: Trends and Challenges for Works in the
21st. Centry.
“We are living in new economy-powered by technology, fueled by information, and driven by khowledge”
Menurut Secretary’s Commission on Achieving Necessary Skills (SCANS) pula terdapat enam kemahiran
yang diperlukan oleh murid untuk menghadapi abad ke-21 iaitu:
1. Tanggungjawab personal dan sosial
2. Kemahiran perancangan,berfikir kritikal, penaakulan dan kreativiti
3. Kemmahiran komunikasi yang kuat sama ada bagi interpersonal dan keperluan pembentangan
4. Kefahaman antara budaya
5. Kemahiran pemahaman visual dan pembuat keputusan
6. Mengetahuibila dan bagaimana menggunakan teknologi dan tahu mengenal pasti teknologi yang
sesuaiuntuk sesuatu tugasan
Langkah-Langkah Pelaksanaan PBL
PBL dilaksanakan dengan berpandukan kepada langkah-langkah berikut:
1. Mendapatkan topik penyiasatan/topik kajian: Topika ini hendaklah mengambil kira daripadan
Kurikulum (Huraian Sukatan Pelajaran). Top[ik yang dipilih pula mestilah berkisar dengan
kehidupan sebenardan sesuaidengan tahap murid.
2. Membuat perancangan aktiviti: Pada tahap ini murid melakukan sumbang saran secara
berkumpulantentang aktiviti yang akan dibuat bagi menyokong proses inkuiri. Projek dan
pelaksanaannya dibina oleh murid sendiri dengan pengawasan guru sebagaifasilitator.
3. Membuat takwin aktiviti: Bagi melaksanakan projek, murid harus membuat takwim bagi
pelaksanaan keseluruhan projek serta had masa untuksetiap aktiviti.
4. Pemerhatian dan pemantauan: Guru sebagai fasilitator berperanan aktif sebagai fasilitator. Guru
perlu membimbing murid dalam semua aspekyang memerlukan kemahiran sebelum
murid melakukan sebarang aktiviti.
5. Membuat penilaian: Penilaian berlaku sepanjang proses.Malah setiap aktiviti yang dilakukan
oleh setiap pelajar harus dinilai melalui penggunaan rubrik. Rubrik boleh dibina dengan merujuk
kepada http://rubistar.4teachers.org.
6. Penilaian keseluruhan: Penilaian keseluruhan dibuat setelah projek selesai. Refleksi boleh dibuat
secara individu ataupun berkumpulan. Perbincangan secara terbuka dalam kumpulan amat
berkesan bagi membuat penilaian projek, membaiki mana-mana bahagian yang kurang lengkap
serta membuat perkongsian pengalaman yang dilalui.
Guru harus boleh mengadakan sesi Presentation of Learning (POL) untuk membentangkan hasil
kerja murid bagi melengkapkan kemahiran pembelajaran abad ke-21.
Kebaikan dan Kelebihan PBL
Memenuhi kemahiran 4C
1. Menguasaikandungan pelajaran
2. Semangat kolaborasi
3. Pemikiran kritikan dan inovatif
4. Kemahiran komunikasi oral dan bertulis
5. Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)
6. Pemahaman budaya, bangsa dan etika
7. Persediaan kerjaya
8. Menyokong gaya pembelajaran abad ke-21
9. Kesemua bahan TMK di sekolah digunakan sepenuhnya
4. Probelum Based Learning
( Rujuk kepada menu Problem Based Learning )
4. Inquiry Based Education
Inquiri Based Education atau pendekatan berasaskan inquiri merupakan satu pendekatan yang
mementingkan pembelajaran melalui pengalaman. Satu daripada pendekatan pedagogi abad ke-21
adalah menekankan pendekatan inkuiri penemuan yang menuntut pembelajaran berpusatkan murid,
manakala guru bertindak sebagai fasilitator.
Inkuiri bermaksud mencari maklumat dengan menyoal dan menyiasat sesuaru fenomena yang
berlaku . Penemuan merupakan sifat utama inkuiri. Murid melakukan aktiviti seperti membuat
eksperimen untuk menyiasat sesuatu fenomena dan mencapai kesimpulan sendiri. Pembelajaran
secara penemuan berlaku apabila konsep dan prinsip utama dikaji dan ditemui oleh murid dan guru
membimbing murid untuk memahami konsep melalui hasil inkuiri penemuan tersebut.
Terdapat dua jenis strategi inkuiri , iaitu
Inkuiri terbimbing
 Guru perlukan murid untuk membimbing murid-murid menjalankan semua proses kajian.
 Inkuiri terbimbing sesuaidigunakan pada peringkat sekolah rendah dan menengah rendah.
Inkuiri terbuka
 Murid tidak diberi sebarang bimbingan. Semua proses kajian dilakukan oleh murid itu sendiri.
 Inkuiri terbuka sesuaidigunakan pada peringkat menengah atas dan peringkat yang lebih tinggi.
Kemahiran inkuiri sangat sesuai diterapkan dalam mata pelajaran Sains. Rajah di atas menunjukkan
model inkuiri Sains oleh John Dewey yang berlandaskan kepada lima langkah . Model ini digunakan
untuk mengkaji prinsip, fenomena dan ciri-ciri unsur Sains bagi menyelesaikan masalah.
Prinsip-Prinsip Inquiry Based Education
1. Memilih topik kajian mengikutobjektif pelajaran dan kebolehan murid
2. Menyediakan peralatan untuk menjalankan kajian
3. Memberi taklimat kepada murid mengenai tujuan kajian
4. Memastikan murid telah memahami langkah-langkah melaksanakan kajian Guru membimbing
murid membuat kajian pada setiap peringkat
5. Guru ditegah memaklumkan kjawapanatau kesimpulan kajian kepada murid
6. Memantau aktiviti murid
7. Membincangkan hasil dapatan kajian murid dalam kelas
Kemahiran berfikir dan kemahiran saintifik dikembangkan semasa proses inkuiri penemuan ini.

More Related Content

What's hot

Panduan Memilih dan Menentukan Seting Belajar dalam Merancang Pembelajaran Bl...
Panduan Memilih dan Menentukan Seting Belajar dalam Merancang Pembelajaran Bl...Panduan Memilih dan Menentukan Seting Belajar dalam Merancang Pembelajaran Bl...
Panduan Memilih dan Menentukan Seting Belajar dalam Merancang Pembelajaran Bl...Uwes Chaeruman
 
Makalah seminar
Makalah seminarMakalah seminar
Makalah seminarFKIP UHO
 
Pembelajar Daring yang Memerdekakan
Pembelajar Daring yang MemerdekakanPembelajar Daring yang Memerdekakan
Pembelajar Daring yang MemerdekakanUwes Chaeruman
 
Meramu pembelajaran blended yang membelajarkan
Meramu pembelajaran blended yang membelajarkanMeramu pembelajaran blended yang membelajarkan
Meramu pembelajaran blended yang membelajarkanUwes Chaeruman
 
Konsep blended learning
Konsep blended learningKonsep blended learning
Konsep blended learningpujaandani
 
E learning
E learningE learning
E learningrezziana
 
Bab7 video dalam pendidikan
Bab7 video dalam pendidikanBab7 video dalam pendidikan
Bab7 video dalam pendidikanSiti Zulaikha
 
Soalan turn in angle rosees lihi
Soalan turn in angle rosees lihiSoalan turn in angle rosees lihi
Soalan turn in angle rosees lihieida naufal
 
Artikel azizil alim, s.pd., 199512142019021001, smpn16 malang compressed
Artikel azizil alim, s.pd., 199512142019021001, smpn16 malang compressedArtikel azizil alim, s.pd., 199512142019021001, smpn16 malang compressed
Artikel azizil alim, s.pd., 199512142019021001, smpn16 malang compressedFardika Sihiyantoro
 
Model Pembelajaran Blended learning
Model Pembelajaran Blended learningModel Pembelajaran Blended learning
Model Pembelajaran Blended learningJanner Simarmata
 
Strategi pembelajaran daring
Strategi pembelajaran daringStrategi pembelajaran daring
Strategi pembelajaran daringEva Handriyantini
 
Integrasi Teknologi dalam Pembelajaran
 Integrasi Teknologi dalam Pembelajaran Integrasi Teknologi dalam Pembelajaran
Integrasi Teknologi dalam PembelajaranUwes Chaeruman
 
Technological Pedagogical Content Knowledge (TPCK) melalui Jejaring Media Sos...
Technological Pedagogical Content Knowledge (TPCK) melalui Jejaring Media Sos...Technological Pedagogical Content Knowledge (TPCK) melalui Jejaring Media Sos...
Technological Pedagogical Content Knowledge (TPCK) melalui Jejaring Media Sos...Herfen Suryati
 
Flipped classroom stp trisakti
Flipped classroom   stp trisaktiFlipped classroom   stp trisakti
Flipped classroom stp trisaktiUwes Chaeruman
 
Desain Pembelajaran Efektif di Tengah Pandemi Covid-19
Desain Pembelajaran Efektif di Tengah Pandemi Covid-19Desain Pembelajaran Efektif di Tengah Pandemi Covid-19
Desain Pembelajaran Efektif di Tengah Pandemi Covid-19Uwes Chaeruman
 
Flipped Classroom dalam 5 SLIDE
Flipped Classroom dalam 5 SLIDEFlipped Classroom dalam 5 SLIDE
Flipped Classroom dalam 5 SLIDEUwes Chaeruman
 
Guru dan TIK dalam Pembelajaran di Kelas
Guru dan TIK dalam Pembelajaran di Kelas Guru dan TIK dalam Pembelajaran di Kelas
Guru dan TIK dalam Pembelajaran di Kelas Uwes Chaeruman
 

What's hot (20)

Panduan Memilih dan Menentukan Seting Belajar dalam Merancang Pembelajaran Bl...
Panduan Memilih dan Menentukan Seting Belajar dalam Merancang Pembelajaran Bl...Panduan Memilih dan Menentukan Seting Belajar dalam Merancang Pembelajaran Bl...
Panduan Memilih dan Menentukan Seting Belajar dalam Merancang Pembelajaran Bl...
 
Flipped classroom
Flipped classroomFlipped classroom
Flipped classroom
 
Makalah seminar
Makalah seminarMakalah seminar
Makalah seminar
 
Pembelajar Daring yang Memerdekakan
Pembelajar Daring yang MemerdekakanPembelajar Daring yang Memerdekakan
Pembelajar Daring yang Memerdekakan
 
Meramu pembelajaran blended yang membelajarkan
Meramu pembelajaran blended yang membelajarkanMeramu pembelajaran blended yang membelajarkan
Meramu pembelajaran blended yang membelajarkan
 
Konsep blended learning
Konsep blended learningKonsep blended learning
Konsep blended learning
 
E learning
E learningE learning
E learning
 
Bab7 video dalam pendidikan
Bab7 video dalam pendidikanBab7 video dalam pendidikan
Bab7 video dalam pendidikan
 
Soalan turn in angle rosees lihi
Soalan turn in angle rosees lihiSoalan turn in angle rosees lihi
Soalan turn in angle rosees lihi
 
Artikel azizil alim, s.pd., 199512142019021001, smpn16 malang compressed
Artikel azizil alim, s.pd., 199512142019021001, smpn16 malang compressedArtikel azizil alim, s.pd., 199512142019021001, smpn16 malang compressed
Artikel azizil alim, s.pd., 199512142019021001, smpn16 malang compressed
 
Model Pembelajaran Blended learning
Model Pembelajaran Blended learningModel Pembelajaran Blended learning
Model Pembelajaran Blended learning
 
Strategi pembelajaran daring
Strategi pembelajaran daringStrategi pembelajaran daring
Strategi pembelajaran daring
 
Integrasi Teknologi dalam Pembelajaran
 Integrasi Teknologi dalam Pembelajaran Integrasi Teknologi dalam Pembelajaran
Integrasi Teknologi dalam Pembelajaran
 
Technological Pedagogical Content Knowledge (TPCK) melalui Jejaring Media Sos...
Technological Pedagogical Content Knowledge (TPCK) melalui Jejaring Media Sos...Technological Pedagogical Content Knowledge (TPCK) melalui Jejaring Media Sos...
Technological Pedagogical Content Knowledge (TPCK) melalui Jejaring Media Sos...
 
Flipped classroom stp trisakti
Flipped classroom   stp trisaktiFlipped classroom   stp trisakti
Flipped classroom stp trisakti
 
FAQ ODL FKM 10 may 2020 (1)
FAQ ODL FKM 10 may 2020 (1)FAQ ODL FKM 10 may 2020 (1)
FAQ ODL FKM 10 may 2020 (1)
 
Desain Pembelajaran Efektif di Tengah Pandemi Covid-19
Desain Pembelajaran Efektif di Tengah Pandemi Covid-19Desain Pembelajaran Efektif di Tengah Pandemi Covid-19
Desain Pembelajaran Efektif di Tengah Pandemi Covid-19
 
Flipped Classroom dalam 5 SLIDE
Flipped Classroom dalam 5 SLIDEFlipped Classroom dalam 5 SLIDE
Flipped Classroom dalam 5 SLIDE
 
Guru dan TIK dalam Pembelajaran di Kelas
Guru dan TIK dalam Pembelajaran di Kelas Guru dan TIK dalam Pembelajaran di Kelas
Guru dan TIK dalam Pembelajaran di Kelas
 
Ptk 2 sma
Ptk 2 smaPtk 2 sma
Ptk 2 sma
 

Similar to Pembelajaran Terbalik

Edup 3033: Kaedah Pedagogi Masa Kini
Edup 3033: Kaedah Pedagogi Masa KiniEdup 3033: Kaedah Pedagogi Masa Kini
Edup 3033: Kaedah Pedagogi Masa KiniNorasyiqinShaif
 
Pedagogi Masa Kini (Murid dan Pembelajaran, EDUP3033)
Pedagogi Masa Kini (Murid dan Pembelajaran, EDUP3033)Pedagogi Masa Kini (Murid dan Pembelajaran, EDUP3033)
Pedagogi Masa Kini (Murid dan Pembelajaran, EDUP3033)ZainurZK
 
PPT KELOMPOK T1 FILOSOFI PENDIDIKAN.pdf
PPT KELOMPOK T1 FILOSOFI PENDIDIKAN.pdfPPT KELOMPOK T1 FILOSOFI PENDIDIKAN.pdf
PPT KELOMPOK T1 FILOSOFI PENDIDIKAN.pdfGaluhErlinaPutri
 
Kaedah dan teknik pengajaran masa kini
Kaedah dan teknik pengajaran masa kiniKaedah dan teknik pengajaran masa kini
Kaedah dan teknik pengajaran masa kiniNur Syazwani
 
Kelompok 2_Tugas manajemen pendidikan.pptx
Kelompok 2_Tugas manajemen pendidikan.pptxKelompok 2_Tugas manajemen pendidikan.pptx
Kelompok 2_Tugas manajemen pendidikan.pptxIlhamFebriyanto3
 
flipped classroom Enang Cuhendi.pptx
flipped classroom Enang Cuhendi.pptxflipped classroom Enang Cuhendi.pptx
flipped classroom Enang Cuhendi.pptxEnang Cuhendi
 
tugas jurnal metlit
tugas jurnal metlittugas jurnal metlit
tugas jurnal metlitrichimaryadi
 
Penerapan Proses Pembelajaran Berbasis Digital
Penerapan Proses Pembelajaran Berbasis DigitalPenerapan Proses Pembelajaran Berbasis Digital
Penerapan Proses Pembelajaran Berbasis DigitalB10RindriaRachma092
 
Menyusun Best Practices aksi 1.pdf
Menyusun Best Practices aksi 1.pdfMenyusun Best Practices aksi 1.pdf
Menyusun Best Practices aksi 1.pdfERNIsutira
 
LAPORAN KM 3 SHARING SESSION 3 new.pptx
LAPORAN KM 3 SHARING SESSION 3 new.pptxLAPORAN KM 3 SHARING SESSION 3 new.pptx
LAPORAN KM 3 SHARING SESSION 3 new.pptxDianPertiwiRasmi
 
Tugas 2 metlit ade permana (analisis metode & kajian teori jurnal ptk)
Tugas 2 metlit ade permana (analisis metode & kajian teori jurnal ptk)Tugas 2 metlit ade permana (analisis metode & kajian teori jurnal ptk)
Tugas 2 metlit ade permana (analisis metode & kajian teori jurnal ptk)Ade Permana
 
PEMBELAJARAN MASA PANDEMI COVID-19 MPLS 2021.pptx
PEMBELAJARAN MASA PANDEMI COVID-19 MPLS 2021.pptxPEMBELAJARAN MASA PANDEMI COVID-19 MPLS 2021.pptx
PEMBELAJARAN MASA PANDEMI COVID-19 MPLS 2021.pptxNesaBar
 
LK 3.1 Menyusun Best Practices Avida.pdf
LK 3.1 Menyusun Best Practices Avida.pdfLK 3.1 Menyusun Best Practices Avida.pdf
LK 3.1 Menyusun Best Practices Avida.pdfAvidaAvida1
 
blended learning dengan media sosial
 blended learning dengan media sosial blended learning dengan media sosial
blended learning dengan media sosialMilya sari
 
Presentasi Best Practice.pptx
Presentasi Best Practice.pptxPresentasi Best Practice.pptx
Presentasi Best Practice.pptxhudriyah1
 
Pengajaran mikro
Pengajaran mikroPengajaran mikro
Pengajaran mikroArra Asri
 

Similar to Pembelajaran Terbalik (20)

Edup 3033: Kaedah Pedagogi Masa Kini
Edup 3033: Kaedah Pedagogi Masa KiniEdup 3033: Kaedah Pedagogi Masa Kini
Edup 3033: Kaedah Pedagogi Masa Kini
 
Pedagogi Masa Kini (Murid dan Pembelajaran, EDUP3033)
Pedagogi Masa Kini (Murid dan Pembelajaran, EDUP3033)Pedagogi Masa Kini (Murid dan Pembelajaran, EDUP3033)
Pedagogi Masa Kini (Murid dan Pembelajaran, EDUP3033)
 
PPT KELOMPOK T1 FILOSOFI PENDIDIKAN.pdf
PPT KELOMPOK T1 FILOSOFI PENDIDIKAN.pdfPPT KELOMPOK T1 FILOSOFI PENDIDIKAN.pdf
PPT KELOMPOK T1 FILOSOFI PENDIDIKAN.pdf
 
Kaedah dan teknik pengajaran masa kini
Kaedah dan teknik pengajaran masa kiniKaedah dan teknik pengajaran masa kini
Kaedah dan teknik pengajaran masa kini
 
Kelompok 2_Tugas manajemen pendidikan.pptx
Kelompok 2_Tugas manajemen pendidikan.pptxKelompok 2_Tugas manajemen pendidikan.pptx
Kelompok 2_Tugas manajemen pendidikan.pptx
 
flipped classroom Enang Cuhendi.pptx
flipped classroom Enang Cuhendi.pptxflipped classroom Enang Cuhendi.pptx
flipped classroom Enang Cuhendi.pptx
 
tugas jurnal metlit
tugas jurnal metlittugas jurnal metlit
tugas jurnal metlit
 
Penerapan Proses Pembelajaran Berbasis Digital
Penerapan Proses Pembelajaran Berbasis DigitalPenerapan Proses Pembelajaran Berbasis Digital
Penerapan Proses Pembelajaran Berbasis Digital
 
Menyusun Best Practices aksi 1.pdf
Menyusun Best Practices aksi 1.pdfMenyusun Best Practices aksi 1.pdf
Menyusun Best Practices aksi 1.pdf
 
LAPORAN KM 3 SHARING SESSION 3 new.pptx
LAPORAN KM 3 SHARING SESSION 3 new.pptxLAPORAN KM 3 SHARING SESSION 3 new.pptx
LAPORAN KM 3 SHARING SESSION 3 new.pptx
 
SOP Pembelajaran.pptx
SOP Pembelajaran.pptxSOP Pembelajaran.pptx
SOP Pembelajaran.pptx
 
PPT e-LEARNING
PPT e-LEARNINGPPT e-LEARNING
PPT e-LEARNING
 
Tugas 2 metlit ade permana (analisis metode & kajian teori jurnal ptk)
Tugas 2 metlit ade permana (analisis metode & kajian teori jurnal ptk)Tugas 2 metlit ade permana (analisis metode & kajian teori jurnal ptk)
Tugas 2 metlit ade permana (analisis metode & kajian teori jurnal ptk)
 
PEMBELAJARAN MASA PANDEMI COVID-19 MPLS 2021.pptx
PEMBELAJARAN MASA PANDEMI COVID-19 MPLS 2021.pptxPEMBELAJARAN MASA PANDEMI COVID-19 MPLS 2021.pptx
PEMBELAJARAN MASA PANDEMI COVID-19 MPLS 2021.pptx
 
LK 3.1 Menyusun Best Practices Avida.pdf
LK 3.1 Menyusun Best Practices Avida.pdfLK 3.1 Menyusun Best Practices Avida.pdf
LK 3.1 Menyusun Best Practices Avida.pdf
 
Best Practice PjBL.docx
Best Practice PjBL.docxBest Practice PjBL.docx
Best Practice PjBL.docx
 
Modul jadi suci
Modul jadi suciModul jadi suci
Modul jadi suci
 
blended learning dengan media sosial
 blended learning dengan media sosial blended learning dengan media sosial
blended learning dengan media sosial
 
Presentasi Best Practice.pptx
Presentasi Best Practice.pptxPresentasi Best Practice.pptx
Presentasi Best Practice.pptx
 
Pengajaran mikro
Pengajaran mikroPengajaran mikro
Pengajaran mikro
 

Recently uploaded

MAteri:Penggunaan fungsi pada pemrograman c++
MAteri:Penggunaan fungsi pada pemrograman c++MAteri:Penggunaan fungsi pada pemrograman c++
MAteri:Penggunaan fungsi pada pemrograman c++FujiAdam
 
05 Sistem Perencanaan Pembangunan Nasional.ppt
05 Sistem Perencanaan Pembangunan Nasional.ppt05 Sistem Perencanaan Pembangunan Nasional.ppt
05 Sistem Perencanaan Pembangunan Nasional.pptSonyGobang1
 
001. Ringkasan Lampiran Juknis DAK 2024_PAUD.pptx
001. Ringkasan Lampiran Juknis DAK 2024_PAUD.pptx001. Ringkasan Lampiran Juknis DAK 2024_PAUD.pptx
001. Ringkasan Lampiran Juknis DAK 2024_PAUD.pptxMuhararAhmad
 
Strategi Pengembangan Agribisnis di Indonesia
Strategi Pengembangan Agribisnis di IndonesiaStrategi Pengembangan Agribisnis di Indonesia
Strategi Pengembangan Agribisnis di IndonesiaRenaYunita2
 
Slide Transformasi dan Load Data Menggunakan Talend Open Studio
Slide Transformasi dan Load Data Menggunakan Talend Open StudioSlide Transformasi dan Load Data Menggunakan Talend Open Studio
Slide Transformasi dan Load Data Menggunakan Talend Open Studiossuser52d6bf
 
Pembangkit Listrik Tenaga Nuklir Kelompok 1.pptx
Pembangkit Listrik Tenaga Nuklir Kelompok 1.pptxPembangkit Listrik Tenaga Nuklir Kelompok 1.pptx
Pembangkit Listrik Tenaga Nuklir Kelompok 1.pptxmuhammadrizky331164
 

Recently uploaded (6)

MAteri:Penggunaan fungsi pada pemrograman c++
MAteri:Penggunaan fungsi pada pemrograman c++MAteri:Penggunaan fungsi pada pemrograman c++
MAteri:Penggunaan fungsi pada pemrograman c++
 
05 Sistem Perencanaan Pembangunan Nasional.ppt
05 Sistem Perencanaan Pembangunan Nasional.ppt05 Sistem Perencanaan Pembangunan Nasional.ppt
05 Sistem Perencanaan Pembangunan Nasional.ppt
 
001. Ringkasan Lampiran Juknis DAK 2024_PAUD.pptx
001. Ringkasan Lampiran Juknis DAK 2024_PAUD.pptx001. Ringkasan Lampiran Juknis DAK 2024_PAUD.pptx
001. Ringkasan Lampiran Juknis DAK 2024_PAUD.pptx
 
Strategi Pengembangan Agribisnis di Indonesia
Strategi Pengembangan Agribisnis di IndonesiaStrategi Pengembangan Agribisnis di Indonesia
Strategi Pengembangan Agribisnis di Indonesia
 
Slide Transformasi dan Load Data Menggunakan Talend Open Studio
Slide Transformasi dan Load Data Menggunakan Talend Open StudioSlide Transformasi dan Load Data Menggunakan Talend Open Studio
Slide Transformasi dan Load Data Menggunakan Talend Open Studio
 
Pembangkit Listrik Tenaga Nuklir Kelompok 1.pptx
Pembangkit Listrik Tenaga Nuklir Kelompok 1.pptxPembangkit Listrik Tenaga Nuklir Kelompok 1.pptx
Pembangkit Listrik Tenaga Nuklir Kelompok 1.pptx
 

Pembelajaran Terbalik

  • 1. 1.Flipped Classroom Flipped Classroom bermaksud kelas terbalik atau pengajaran terbalik. Idea ini datang daripada Jonathan Bergman dan Aaron Sams (2007), guru yang mengajar di Woodland Park High School, Woordland Park, Coloradoyang menghasilkan perisian untuk merakambahan pengajarannya dalam bentuk persembahan power point. Mereka kemudiannya memuatnaik rakaman video kuliah dalam talian internet supaya murid yang ketinggalan dalam kuliah dapat mengikuti kuliah pada bila-bila masa. Teknik kuliah secara dalam talian tersebut kemudiannya tersebar di seluruh negara. Oleh sebab itu mereka dipanggil untuk memberi taklimat tentang kaedah tersebut kepada guru-guru lain. Kaedah ini terus berkembang dan ramai di kalangan guru-guru menggunakan video podcasts dan video atas talian untuk menyampaikan pengajarannya di luar waktu. pengajaran dan pembelajaran dan di luar bilik darjah. Semasa interaksi bersemuka di dalam bilik darjah, guru membimbing murid melakukan aktiviti kolaboratif dan membuat latihan berkonsepkan masteri. Kaedah pengajaran flip ialah satu bentuk gabungan strategi pengajaran yang banyak memanfaatkan teknologi. Murid mula mengkaji topik di rumah menggunakan pengajaran video yang disediakan oleh guru. Kemudian di dalam kelas, murid diberikan aktiviti menyelesaikan masalah atau membuat kerja- kerja amali berhubung dengan isi pelajaran yang telah mereka pelajari di rumah. Dengan lain perkataan, murid belajar di rumah dan membuat “homework” di sekolah. Peranan guru sebagai tutor yang membantu murid apabila menghadapi masalah dalam menyelesaikan tugasan, mega simulasi maklumat, dan mencipta idea-idea baharu. Guru tidak perlu menyampaikan pelajawan awal seperti pembelajaran tradisional. Senario ini membolehkan guru mempunyai banyak masadi dalam kelas yang dapat dimanfaatkan untuk aktiviti-aktiviti pengukukuhan dan pengayaan dalam pembelajaran berasaskan projek di samping dapat memberikan tumpuan kepada keperluan murid secara individu. P&P Tradisional P&P Flipped Classroom 1 Guru menyajikan pelajaran, menguruskan perbincangan, kelompok, danmembuat rumusan. Guru bersama murid membahaskan kesalaha konsep, menyelesaikan tugasan, membuat am dan ujian . 2 Semawa waktu pengajaran dan pembelajaran, guru berada di hadapan kelas dan mengajar secara langsung. Guru melaksanakan aktiviti bimbingan dan pengukukuhan. 3 Guru membekalkan latihan dan tugasanuntuk murid sesesaikan di rumah serta latihan akan dibincangkan semasa sesi P&P berikutnya. Guru membekalkan bahan pengajaran dan pembelajaran dalam talian. 4 Murid membuat latihan di luar waktu P&P. Murid menonton video dan mencatatkan fakt penting dan mengemukakan soalan. 5 Di rumah, guru dan murid tiada interaksi. Guru dan murid berinteraksi secara individu dalam talian. Alat yang boleh digunakan untuk melaksanakan Flipped Classroom Youtube
  • 5. Model Flipped Classroom Tiada model khusus untuk [engajaran kaedah Flipped Classroom. Struktur pembelajaran menunjukkan bahawa murid mengikuti kuliah melalui alat perakan di luar waktu P&P dan disusuli dengan aktiviti latihan dan dengukukuhan. Perkara yang biasa dilakukan oleh guru di dalam bilik darjah adalah seperti menyampaikan isis pelajaran, latar belakang pengetahuan, dan pengalaman hidup sebenar telah diterima oleh murid di rumah melalui podcast, video Youtube, dan pelbagai sumber dalam talian. Biasanya “kerja rumah” akan dibuat dalam bilik darjah dengan bantuan guru. Oleh hal yang demikian, Flipped Classroom bukan sekadar pembelajar menggunakan video dalam talianmenggantikan guru. Murid juga dapat belajar tanpa struktur yang rigid dan mereka banyak menghabiskan masa untuk mengikut pelajaran di atas talian. Murid mungkin diminta melihat beberapa rakaman kuliah selama lia hingga tujuh minit untuk setiap satu rakaman. Setiap satu rakaman diikuti dengan satu kuiz atas talian untuk menguji kefahaman mereka tentang apa-apa yang telah dipelajari secar interaktif.Murid dapat mengtulang tayang segemen yang kurang difahami untuk kefahaman yang lebih jelas bagi mengelakkan kekeliruaan. Di dalam bilik darjah, guru membincangkan topik yang telah dipelajari dan membuat pengukukuhan dengan menggalakkan murid bekerjasama membina dapatan baharu di samping memantau kemahiran murid. Ciri-ciri Flipped Classroom 1. Waktu interaksi guru dan murid dalam bilik darjah seperti biasa. 2. Ditambah lagi dengan interaksi secara atas talian di luar jadual waktu kerja. 3. Pesekitaran pembelajaran lebih luas dan tanggungjawab yang perlu dilakukan oleh murid lebih banyak. 4. Kaedah pembelajaran langsung dan pembelajaran konstruktivisme boleh digabungkan. 5. Murid yang tidak hadir kesekolah juga dapat mengikuti pengajaran guru. 6. Wujud sebuah kelas yang dapat menghubungkan semua murid dalam pembelajaran. Kelebihan Flipped Classroom 1. Kesan penggunaan teknologidalam kaedah Flipped Classroom dapat mengawal interaksi murid ke arah yang lebih positif.Mereka terpaksa menggunakan banyak masa untukmembaca dan mamahamibahan kuliah, memberi maklum balas kepada guru dan berbincang bersama rakan sekelasnya.Murid juga perlu membuat cacatan sendiri dan menyediakan soalan-soalan untuk dibincangkan pada waktu interaksi ketika bersemuka bersama guru dan rakan dalam bilik darjah pada keesokkannya. 2. Guru terdorong untuk menyediakan bahan-bahan pengajaran yang berkualiti dalam bentuk video yang mesra pengguna. 3. Waktu interaksi bersemuka antara guru dan murid adalah mengadakan pembelajaran hands-on, amali dan demontrasi guru serta melakukan aktiviti berbentuk projek yang kreatif secara individu dan berkumpulan bagi menerapkan pembelajaran koperatif dan kolaboratif. Pengajaran Flipped Classroom telah terbukti dapat mengurangkan kadar keciciran di kalangan murid dan meningkatkan kualiti belajar murid. Namun, ramai orang berpendapat bahawa pengajaran flipped Classroom mengorbankan murid yang tidak mempunyai akses kepada internet di luar sekolah. Dalam hal ini, guru-guru dapat mengatasi dengan membekalkan CD atau tumb-drive yang dimuatkan dengan video bahan pengajaran guru. Rumusannya, Flipped Classroom menyediakan ruang dan peluang untuk membolehkan berlakunya sesi pembelajaran melalui pelbagai aktiviti yang disediakan oleh guru dengan menggunakan alat berteknologi bagi menghasilkan persekitaran pembelajaran yang lebih berkesan. 2. Blended Learning Blended Learning bermaksud kaedah pengajaranguru dan pembelajaran murid yang menggabungkan amalan tradisional seperti pembelajaran bersemuka dalam bilik darjah dengan penggunaan teknologi sebagai pengantara seperti komputer dan rangkaian internet serta media digital. Dengan lain perkataan, Blended Learning bermaksud guru menggunakan lebih daripada satu kaedah penyampaian dalam bilik darjah. Jika guru ingin mengajar dengan menggunakan kaedah bersemuka dalam bilik darjah sahaja, maka guru tidak akan mencapai kriteria pedagogi masa kini. Hal demikian kerana pengaruh perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) telah banyak diadaptasi dalam pengurusan pendidikan lebih-lebih lagi dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pada tahun 2005, Micheal Nelsen, Sean Fitzgerald, dan Liegh Blackall telah menghasilkan satu kaedah ini untuk membantu latihan guru di Western Sydney Institute of TAFE dan Sydney Institute of
  • 6. TAFE. Mereka mempromosikan alat percuma dan mudah untuk pengajaran dan pembelajarandalam talian. Idea mereka mendapat sambutan dan mereka mengadakan bengkal latihan untuk menyebarkan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menggabungkan sumber-sumber pembelajaran. Kaedah pembelajaran Blended Learning ini disesuaikan dalam pendidikan formal iaitu murid akan belajar dalam bilik darjahdan guru menyampaikan isi pelajaran secara interaksi bersemuka menggunakan papan tulis dan digabungkan dengan penyampaian bahan sokongan menggunakan komputer, media digital dan talian internet. Selepas waktu P&P, masa pembelajaran murid dan interaksi dengan guru tiada had kerana pembelajaran boleh berlaku menggunakan media atas talian.Aplikasi ini sangat nmemudahkan guru untuk mengumpul data dan membuat penyesuaian pengajaran dan penilaian tehadap murid dalam pengajarannya.Pihak sekolah boleh disaran dengan mengadakan aktiviti untuk muridnya dengan memilih sumber dan menyalurkan semula sumber- sumbe pembelajaran yang sesuai dengan kemudahan yang ada di sekolah untuk meningkatkan hasil pembelajaran murid. Guru sentiasa mengawal dan membimbing aktiviti murid dari semasa ke semasa. Model Blended Learning mengwujudkan lima pola interaksi iaitu 1. Interaksi murid dengan murid 2. Interaksi murid dengan guru 3. Interaksi murid dengan komuniti 4. Interaksi murid dengan bahan pembelajaran 5. Interaksi murid dengan teknologi Rajah di atas menunjukkan pola interaksi Blended Learning. Sesi pembelajaran berlaku dalam dua dimensi iaitu dalam bilik darjah secara bersemuka dan di atas talian iaitu secara maya. Apabila pembelajaran bergabung ini dapat dilaksanakan sepenuhnya, semua murid sibuk menyempurnakan tugasanuntuk menghasilkanm produktiviti yang bermutu kerana produk mereka akan dikongsi dan dinilai pada peringkat pesekitaran global secara terbuka.
  • 7. 3. Project Based Learning Pembelajaran berasaskan projek (project based learning-PBL) adalah satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang telah diperkenalkan di Malaysia. Teknik ini merupakan satu teknik pembelajaran abad ke-21 yang sangat kompresensif kerana ia menyokong kesemua kemahiran dalam komponen- komponen 4C (Communation, Collaboration, Critical Thinking,Creativity). Teknik pembelajaran ini adalah berpusatkan murid, memerlukan masa untuk disiapkan, merentasi kurikulum dan melibatkan kemahiran pelbagai (mutiple intellehent). Perkara yang lebih ketara di sini adalah ciri-ciri PBL yang memerlukan murid berinteraksi dengan isu dan amalan dunia sebenar. Teknik ini memberikan ruang dan peluang kepada murid untuk memahami sesuatu perkara secara mendalam (mastery learning). Melalui PBL, murid menjelajah pengetahuan-pengetahuanbaru, membuat pertimbangan, interpretasi serta membuat sintesis kepada semua maklumat yang telah diperolehi secara bermakna (teori konstruktivisme dan teknik inkuiri). Mengikut artikel Futureworks: Trends and Challenges for Works in the 21st. Centry. “We are living in new economy-powered by technology, fueled by information, and driven by khowledge” Menurut Secretary’s Commission on Achieving Necessary Skills (SCANS) pula terdapat enam kemahiran yang diperlukan oleh murid untuk menghadapi abad ke-21 iaitu: 1. Tanggungjawab personal dan sosial 2. Kemahiran perancangan,berfikir kritikal, penaakulan dan kreativiti 3. Kemmahiran komunikasi yang kuat sama ada bagi interpersonal dan keperluan pembentangan 4. Kefahaman antara budaya 5. Kemahiran pemahaman visual dan pembuat keputusan 6. Mengetahuibila dan bagaimana menggunakan teknologi dan tahu mengenal pasti teknologi yang sesuaiuntuk sesuatu tugasan
  • 8. Langkah-Langkah Pelaksanaan PBL PBL dilaksanakan dengan berpandukan kepada langkah-langkah berikut: 1. Mendapatkan topik penyiasatan/topik kajian: Topika ini hendaklah mengambil kira daripadan Kurikulum (Huraian Sukatan Pelajaran). Top[ik yang dipilih pula mestilah berkisar dengan kehidupan sebenardan sesuaidengan tahap murid. 2. Membuat perancangan aktiviti: Pada tahap ini murid melakukan sumbang saran secara berkumpulantentang aktiviti yang akan dibuat bagi menyokong proses inkuiri. Projek dan pelaksanaannya dibina oleh murid sendiri dengan pengawasan guru sebagaifasilitator. 3. Membuat takwin aktiviti: Bagi melaksanakan projek, murid harus membuat takwim bagi pelaksanaan keseluruhan projek serta had masa untuksetiap aktiviti. 4. Pemerhatian dan pemantauan: Guru sebagai fasilitator berperanan aktif sebagai fasilitator. Guru perlu membimbing murid dalam semua aspekyang memerlukan kemahiran sebelum murid melakukan sebarang aktiviti. 5. Membuat penilaian: Penilaian berlaku sepanjang proses.Malah setiap aktiviti yang dilakukan oleh setiap pelajar harus dinilai melalui penggunaan rubrik. Rubrik boleh dibina dengan merujuk kepada http://rubistar.4teachers.org. 6. Penilaian keseluruhan: Penilaian keseluruhan dibuat setelah projek selesai. Refleksi boleh dibuat secara individu ataupun berkumpulan. Perbincangan secara terbuka dalam kumpulan amat berkesan bagi membuat penilaian projek, membaiki mana-mana bahagian yang kurang lengkap serta membuat perkongsian pengalaman yang dilalui. Guru harus boleh mengadakan sesi Presentation of Learning (POL) untuk membentangkan hasil kerja murid bagi melengkapkan kemahiran pembelajaran abad ke-21.
  • 9. Kebaikan dan Kelebihan PBL Memenuhi kemahiran 4C 1. Menguasaikandungan pelajaran 2. Semangat kolaborasi 3. Pemikiran kritikan dan inovatif 4. Kemahiran komunikasi oral dan bertulis 5. Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) 6. Pemahaman budaya, bangsa dan etika 7. Persediaan kerjaya 8. Menyokong gaya pembelajaran abad ke-21 9. Kesemua bahan TMK di sekolah digunakan sepenuhnya
  • 10. 4. Probelum Based Learning ( Rujuk kepada menu Problem Based Learning ) 4. Inquiry Based Education Inquiri Based Education atau pendekatan berasaskan inquiri merupakan satu pendekatan yang mementingkan pembelajaran melalui pengalaman. Satu daripada pendekatan pedagogi abad ke-21 adalah menekankan pendekatan inkuiri penemuan yang menuntut pembelajaran berpusatkan murid, manakala guru bertindak sebagai fasilitator. Inkuiri bermaksud mencari maklumat dengan menyoal dan menyiasat sesuaru fenomena yang berlaku . Penemuan merupakan sifat utama inkuiri. Murid melakukan aktiviti seperti membuat eksperimen untuk menyiasat sesuatu fenomena dan mencapai kesimpulan sendiri. Pembelajaran secara penemuan berlaku apabila konsep dan prinsip utama dikaji dan ditemui oleh murid dan guru membimbing murid untuk memahami konsep melalui hasil inkuiri penemuan tersebut. Terdapat dua jenis strategi inkuiri , iaitu Inkuiri terbimbing  Guru perlukan murid untuk membimbing murid-murid menjalankan semua proses kajian.  Inkuiri terbimbing sesuaidigunakan pada peringkat sekolah rendah dan menengah rendah. Inkuiri terbuka  Murid tidak diberi sebarang bimbingan. Semua proses kajian dilakukan oleh murid itu sendiri.  Inkuiri terbuka sesuaidigunakan pada peringkat menengah atas dan peringkat yang lebih tinggi.
  • 11. Kemahiran inkuiri sangat sesuai diterapkan dalam mata pelajaran Sains. Rajah di atas menunjukkan model inkuiri Sains oleh John Dewey yang berlandaskan kepada lima langkah . Model ini digunakan untuk mengkaji prinsip, fenomena dan ciri-ciri unsur Sains bagi menyelesaikan masalah. Prinsip-Prinsip Inquiry Based Education 1. Memilih topik kajian mengikutobjektif pelajaran dan kebolehan murid 2. Menyediakan peralatan untuk menjalankan kajian 3. Memberi taklimat kepada murid mengenai tujuan kajian 4. Memastikan murid telah memahami langkah-langkah melaksanakan kajian Guru membimbing murid membuat kajian pada setiap peringkat 5. Guru ditegah memaklumkan kjawapanatau kesimpulan kajian kepada murid 6. Memantau aktiviti murid 7. Membincangkan hasil dapatan kajian murid dalam kelas Kemahiran berfikir dan kemahiran saintifik dikembangkan semasa proses inkuiri penemuan ini.