Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.

Kaak 2 jam 30 mac 2016- susu ibu je

2,269 views

Published on

Pengurusan Penyusuan Susu Ibu untuk pengusaha taska

Published in: Health & Medicine
  • Be the first to comment

Kaak 2 jam 30 mac 2016- susu ibu je

  1. 1. 1
  2. 2. Pengendalian Penyusuan Susu Ibu di TASKA Disediakan oleh: Puan Wong Hui Juan Pegawai Sains (Pemakanan) C44 Klinik Kesihatan Kelana Jaya
  3. 3. Objektif • Menerangkan kepentingan penyusuan susu ibu. • Menjelaskan pengendalian susu ibu di TASKA. 4
  4. 4. 5
  5. 5. 6 Susu e-bu, lebih digemari dari dulu Cerdik dengan kandungan DHA, SSA, AAA Sihat dengan kandungan IgA Tidak meragam dengan kandungan hormon Penjagaan mata dengan kandungan DHA dan ARA Cepat besar Pencernaan dengan kandungan probiotik, laktobasilus semulajadi Kulit Sihat
  6. 6. Kepentingan Susu Ibu Secara Eksklusif Susu ibu: •Zat yang mencukupi •Mudah dihadam dan digunakan dengan berkesan •Melindung bayi dari penyakit Penyusuan susu ibu: •Eratkan kasih sayang •Melindung kesihatan ibu •Jarakkan kehamilan •Tidak semahal susu tin
  7. 7. 8 Polisi Penyusuan Susu Ibu Malaysia Semua Ibu Digalakkan Menyusui Anaknya dengan Susu Ibu Sahaja Dari Lahir Sehingga Berumur 6 bulan dan Meneruskannya Sehingga Mencapai Umur 2 Tahun. Makanan Pelengkap Perlu Diberikan Mulai Umur 6 Bulan.
  8. 8. Penyusuan Secara Eksklusif Ini bermakna dari lahir hingga 6 bulan bayi: -diberi susu ibu sahaja -tidak perlu air atau susu tambahan -tidak perlu makanan pelengkap 9
  9. 9. Kebaikan Untuk Pusat Jagaan/ TASKA • Bayi jarang sakit. • Kurang jangkitan. • Kurang masalah diarea. • Lebih penumpuan kepada perkembangan pembelajaran bayi kerana kurang masalah (bayi sakit, jangkitan, keracunan dll). • Pengurusan dan penjagaan bayi yang lebih mudah. 10
  10. 10. Bagaimana TASKA boleh membantu bayi yang menyusu? • Sedia memberi sokongan kepada ibu dan bayi yang menyusu (kemudahan seperti peti sejuk, risalah, poster dll). • Menyediakan sudut penyusuan susu ibu di TASKA untuk memudahkan ibu yang ingin menyusukan anak. • Pastikan semua pengasuh menguruskan susu ibu dengan cara yang betul. • Pastikan bayi sentiasa diberi susu ibu mengikut kehendak bayi. 11
  11. 11. Penjaga Bayi (Pengasuh) TASKA: • Ambil sedikit masa untuk faham: –Bagaimana simpan perahan susu –Bagaimana sediakan perahan susu –Jangan beri bayi minum air suam,susu formula atau makanan lain selain daripada susu perahan sahaja. –Nombor telefon ibu bapa untuk dihubungi pada waktu kecemasan
  12. 12. 13
  13. 13. Langkah yang penting sebelum menyimpan susu ibu………. 14
  14. 14. 15 Panduan Am • Bekas menyimpan susu mesti dibersihkan atau disterilkan. • Simpan di dalam peti sejuk. • Simpan kuantiti yang mencukupi dalam satu bekas untuk sekali penyusuan. • Labelkan bekas dengan nama bayi , masa dan tarikh. • Jika susu dibekukan tinggalkan sedikit ruang udara. • Gunakan susu yang lama terlebih dahulu.
  15. 15. 18 CARA MENYIMPAN SUSU PERAHAN Tempat Bayi Normal Bayi Pramasa/ Sakit Suhu Bilik - (Suhu 25°C-37°C) - A/C (Suhu 15°C-25°C) 4 Jam 8 Jam Sehingga 4 Jam (Tidak Disyorkan) Peti Sejuk (rak atas) Suhu 2°C - 4°C < 8 Hari 2 Hari Peti sejuk (1pintu) -Sejuk beku 2 Minggu 2 Minggu Peti Sejuk (2 pintu) (-20°C) - Sejuk beku -susu beku yang dicairkan dalam peti sejuk rak atas 2 pintu 3 Bulan 24 Jam (setelah dicairkan tidak boleh dibekukan semula) 3 Bulan 12 Jam (setelah dicairkan tidak boleh dibekukan semula) Peti sejuk “deep freeze” 6 Bulan 3 Bulan
  16. 16. Susu Ibu yang Perlu Dibuang • Susu diterima dalam bekas yang kotor. • Susu yang telah direndam dalam air suam panas melebihi satu jam. • Susu yang tidak dihabiskan oleh bayi (baki susu yang tidak habis diminum perlu dibuang). 21
  17. 17. 22 Rendamkan bekas berisi susu di dalam air suam panas (untuk pencairan segera) Jangan panaskan dalam ketuhar gelombang mikro/ atas dapur.
  18. 18. 23 CARA MEMBERI SUSU PERAHAN • DENGAN SUDU • DENGAN CAWAN • ALAT PENITIS
  19. 19. 24 1. Dudukan bayi di atas riba. Posisikan bayi pada posisi tegak (upright) dengan tangan di belakang leher bayi. Pastikan posisi selesa utk bayi. 2. Letakkan cawan kecil pada bibir bayi dan condongkan supaya susu sampai ke bibir bayi. Biarkan bayi menjilat sendiri susu dengan lidahnya.
  20. 20. 3. Pastikan bayi menelan susu perahan dan jangan sesekali tuang susu ke dalam mulut bayi. 4. Bila kenyang bayi berhenti. == Kekalkan posisi cawan walaupun bayi berhenti seketika. == Apabila bayi sudah kenyang, dia akan memusingkan kepalanya tanda dia sudah tidak mahu. Maka harus berhenti dan sendawa bayi.
  21. 21. Perkara Yang Perlu Diambil Kira Semasa Beri Susu Perahan Melalui Cawan (Cup Feeding): • Hanya beri susu perahan semasa bayi sudah bangun dari tidur. • Jangan beri susu ketika bayi masih tidur. • Ikut kehendak bayi, jangan paksa. • Pastikan sendawa bayi selepas penyusuan. • Bayi akan ambil masa untuk belajar – perlu sabar.
  22. 22. Sudut Penyusuan Susu Ibu • FUNGSI: – Memberi ruang persendirian yang selesa kepada ibu bekerja untuk menyusu atau memerah susu. – Menyediakan maklumat penyusuan susu ibu kepada ibu bekerja. – Memberi sokongan persekitaran kepada ibu menyusu yang ingin meneruskan penyusuan apabila mereka mula bekerja semula. – Menyediakan fasiliti dalam sudut penyusuan bagi membantu ibu mengekal dan meneruskan penyusuan susu ibu.
  23. 23. FASILITI DALAM SUDUT PENYUSUAN SUSU IBU • Keluasan sudut penyusuan susu ibu: 6 kaki X 6 kaki • Sofa atau kerusi yang mempunyai pemegang • Meja kecil • Sinki dan sabun pembersih • Bantal dan tilam/ pelapik untuk ibu yang ingin menyusu berbaring. • Soket/plug elektrik perlu disediakan untuk ibu yang menggunakan pam elektrik. • Peti sejuk dua pintu yang diperlukan untuk menyimpan susu. • Gambar/ foto bayi yang memotivasi ibu meneruskan penyusuan.
  24. 24. Pelan TASKA
  25. 25. Pelan Sudut Penyusuan
  26. 26. Panduan Cara-cara Pemberian Susu Menggunakan Botol Susu Untuk Bayi dan Kanak-kanak
  27. 27. Pengenalan • Makanan terbaik untuk bayi adalah susu ibu. • Botol susu yang tidak bersih meningkatkan risiko infeksi. • Botol susu hanya sesuai untuk pemberian cecair atau minuman. • Tekstur makanan pepejal seperti bijirin atau separa pepejal tidak sesuai diberikan dengan menggunakan botol susu. – Ini kerana puting akan tersumbat disebabkan saiz makanan yang lebih besar daripada lubang puting dan menyukarkan bayi untuk menghisap. – Sekiranya saiz lubang puting dibesarkan pula ia boleh menyebabkan bayi tercekik disebabkan pengaliran cecair atau susu yang cepat.
  28. 28. Cara membersihkan botol susu Langkah 1 Basuh tangan dengan sabun dan air. Kemudian keringkan tangan dengan menggunakan kain lap yang bersih. Langkah 2 Basuh semua peralatan yang digunakan dalam penyediaan susu menggunakan sabun dan air bersih. Bersihkan bahagian dalam dan luar botol serta puting yang susah dibersihkan menggunakan berus yang lembut dan bersesuaian. Langkah 3 Bilas dengan sempurna semua peralatan menggunakan air yang bersih dan selamat.
  29. 29. Cara mensterilkan botol susu Langkah 1 Isi periuk besar dengan air. Gunakan periuk yang khas untuk merebus botol susu. Langkah 2 Letakkan botol susu dan peralatannya yang telah dibersihkan ke dalam air. Pastikan bahawa botol susu dan peralatannya benar-benar tenggelam agar tiada gelembung udara yang terperangkap. Langkah 3 Tutup periuk dengan penutup. Panaskan air sehingga mendidih. Pastikan air tidak mendidih sehingga kering. Langkah 4 Padamkan api dan biarkan periuk sentiasa bertutup untuk mengelakkan pencemaran.
  30. 30. Cara Penyimpanan Botol Susu  Botol susu terdedah ke udara  Botol susu disterilkan dan disimpan di dalam bekas yang tertutup 36
  31. 31. 37 Cara Penyediaan Susu Formula Bersihkan meja yang digunakan untuk menyediakan susu bayi. Basuh tangan dengan sabun dan air. Lap dan keringkan tangan dengan kain bersih. Masak air sehingga mendidih. Baca arahan label berkaitan sukatan air dan rumusan bayi. Tuangkan air panas (tidak kurang 70°C ) ke dalam botol susu yang bersih.
  32. 32. 38 Masukkan sukatan rumusan bayi seperti yang disarankan ke dalam botol susu. Goncangkan botol susu dengan penutup untuk menggaul rumusan bayi sehingga sebati. Biarkan botol susu di bawah air paip yang mengalir sekiranya susu masih panas atau rendam dalam bekas yang berisi air paip. Lapkan botol susu dengan kain bersih sehingga bersih dan kering. Labelkan susu dengan nama bayi, masa disediakan dan nama penyedia.
  33. 33. 39 Periksa suhu susu dengan menitis pada tangan anda. Suhu susu sepatutnya dalam keadaan suam, sekira susu masih panas, ulangkan langkah meletak botol susu di bawah air mengalir. Beri susu kepada bayi dalam posisi yang betul. Buangkan susu yang tidak dihabiskan oleh bayi. Bersih dan sterilkan botol susu.
  34. 34. Apakah teknik yang betul bagi pemberian minuman/ susu menggunakan botol susu? • Posisi bayi yang betul adalah penting sewaktu memberi minuman atau susu dengan menggunakan botol susu. • Pemberian minuman/ susu yang berlebihan dalam satu masaboleh juga menyebabkan bayi tersedak dan tercekik.
  35. 35. Cara yang selamat dalam memberi minuman/ susu • Kedudukan kepala bayi hendaklah lebih tinggi daripada badannya.  
  36. 36. • Tinggikan posisi botol - agar bayi tidak menghisap banyak udara. • Susu harus mengalir dengan mudah melalui lubang puting tetapi tidak keluar dengan berlebihan sehingga menyusahkan bayi menelannya.
  37. 37.  Bahagian hadapan botol tidak dipenuh susu  Bahagian hadapan botol penuh susu
  38. 38. Cara-cara untuk mengelakkan kejadian tercekik
  39. 39. Elak meninggalkan bayi bersendirian semasa menyusu. Penjaga/ ibu perlu sentiasa kerap mengawasi bayi semasa menyusu. 52  Botol susu diletak atas tangan bayi  Penyusuan tanpa pengawasan
  40. 40. 53  
  41. 41. 54  
  42. 42. Selepas menyusu, sendawa bayi • Biarkan bayi dalam keadaan duduk atau posisi di mana kepala adalah lebih tinggi daripada badan. 55
  43. 43. • Elakkan daripada membaringkan bayi selepas menyusu untuk mengelakkan muntah (dalam tempoh lebih kurang 30 minit). • Elak mengoncangkan bayi di dalam buaian/ bouncer untuk mengelakkan muntah.  
  44. 44. • Sekiranya bayi tidur selepas menyusu, pastikan: – Bayi tidak tidur dalam keadaan puting berada di dalam mulut. Ini kerana susu/ minuman manis yang tertinggal dalam mulut akan meningkat risiko karies (kerosakan) gigi. Karies botol susu akibat tabiat penyusuan dengan botol yang beterusan
  45. 45. • Kepala bayi dalam posisi mengiring supaya sekiranya bayi termuntah, susu boleh keluar dan tidak meyebabkan bayi tersedak. • Bayi sentiasa diawasi. • Berikan bantuan kecemasan atau dapatkan bantuan segera dari klinik kesihatan/ hospital terdekat melalui talian 999 untuk pertolongan cemas sekiranya bayi didapati: – Sukar bernafas – Gelisah (restless) – Warna kulit pucat atau kebiruan – Kulit terasa sejuk
  46. 46. Bagaimana untuk sendawakan bayi? • Semasa bayi menghisap minuman/ susu, ia sering menyedut udara dan menelannya bersama susu. • Oleh itu bayi perlulah disendawakan sekurang- kurangnya satu atau dua kali semasa menyusu. • Bayi baru lahir (<6 bulan) disarankan sendawa setiap (15 -30 ml) susu diberi. • Bayi yang berumur 6-12 bulan disarankan sendawa 2 - 3 kali pada setiap penyusuan. • Ini akan dapat mengelakkan bayi menjadi kembung dan muak atau muntah sebelum kenyang.
  47. 47. 3 Cara Sendawakan Bayi 1. Posisi bahu Letakkan bayi di atas bahu anda supaya tulang selangka (collar bone) anda menekan perut bayi. Tekanan ini sangat penting untuk memastikan sendawa yang baik. Pastikan bayi anda diampu dalam keadaan selesa.
  48. 48. 2. Posisi tangan Dudukkan bayi di atas riba anda. Ampukan bayi dengan tangan kiri anda. Kemudian tolak sedikit bayi ke hadapan. Gosok dan tepuk bayi dengan perlahan. Jika bayi kurang daripada tiga bulan, pastikan anda menyokong lehernya.
  49. 49. Dagu bayi berehat di "V" antara ibu jari dan jari telunjuk anda.
  50. 50. 3. Posisi riba Letakkan kain di atas riba anda. Tiarapkan bayi di atas paha anda dengan tangan anda menyokong kepalanya (rujuk gambar di sebelah). Dengan perlahan, gerakkan lutut anda ke arah perut bayi untuk memberi tekanan supaya bayi sendawa.
  51. 51. • Kes tersedak mungkin berlaku sekiranya sendawa tidak diamalkan. • Ini kerana minuman/ susu yang dimuntahkan oleh bayi, akan ditelan semula dan masuk ke salur pernafasan yang menyebabkan bayi tersedak. • Kejadian ini boleh menyebabkan kematian sekiranya bantuan segera tidak diberikan kepada bayi yang tersedak.
  52. 52. Apakah yang patut dilakukan sekiranya bayi tersedak? 1. Bantu bayi/ kanak-kanak untuk batuk supaya pulih dari tersedak. 2. Batuk adalah berkesan untuk mengatasi masalah tersedak. Ini dapat membantu bayi/ kanak-kanak mengeluarkan objek asing yang memasuki ke saluran pernafasan. 3. Jika bayi/ kanak-kanak batuk tidak berkesan (lemah), jerit untuk dapatkan bantuan dengan segera atau dial nombor 999 sebelum memaklumkan kepada ibu bapa/ penjaga. Kenal pasti tahap kesedaran bayi dan kanak-kanak. – Nama sendiri – Taska di mana – Mohon bantuan – Ringkasan kejadian
  53. 53. Apakah tindakan harus diambil oleh pihak TASKAmengenai pengendalian botol susu? • Setiap TASKA harus menyediakan Panduan Pengendalian Botol Susu Secara Bertulis mengikut kesesuaian pusat masing-masing. • Panduan tersebut perlu memberi penekanan pada kebersihan dan keselamatan mengendali produk susu formula serta teknik pemberian susu yang betul. • Staf-staf di TASKA perlu dilatih sepenuhnya mengikut panduan yang ditetapkan. Pelaksanaan garis panduan harus dipantau dari masa ke semasa.
  54. 54. Bagaimana mengelakkan masalah pergigian bayi dan kanak- kanak? • Galakkan bayi dan kanak-kanak minum dari cawan. Penggunaan botol susu perlu dihentikan secara berperingkat. • Elakkan mencampuri gula dalam penyediaan susu bayi dan makanan kanak-kanak. • Elakkan daripada memberi sebarang minuman yang mengandungi gula dengan menggunakan botol susu. Manakala jus buah patut dihidangkan dengan menggunakan cawan. • Elakkan berkongsi minuman/makanan atau perkakas makan seperti sudu dengan bayi. Ini adalah kerana penyebaran bakteria yang mengakibatkan kerosakan gigi boleh juga berlaku daripada ibu bapa/penjaga/ pengasuh kepada bayi.
  55. 55. • Email: wonghuijuan@gmail.com

×