1. Kesusasteraan Melayu
(BMMB 3033)
Nama Pensyarah: Dr Mohd Haidi Bin Mohd Kasran
Nama Pelajar:
Arifah Binti Azlan Shah
Raja Annur Syifa Binti Raja Anuar
Siti Nabila Binti Mat Noor
3. Sinopsis
Drama ini mengisahkan tentang Dahlia, anak tunggal kepada Encik
Hazwan. Dahlia kehilangan ibunya pada usia yang masih muda. Encik
Hazwan merupakan tempat Dahlia mencurahkan kasih. Dahlia mula
memberontak apabila ayahnya berkahwin dengan Puan Tehra. Dahlia
telah melakukan pelbagai perkara bagi mengenakan ibu tirinya. Namun
begitu, ibu tirinya tetap sabar melayan karenahnya. Pada suatu hari,
sesuatu insiden telah berlaku menyebabkan Dahlia menjadi insaf dan
menyesal akan perbuatannya sendiri. Selepas kejadian tersebut, Tehra
mula menerima dan menyayangi ibu tirinya. Akhirnya, mereka hidup
bahagia.
4. Tema
Drama ini bertemakan kekeluargaan.
Watak utama dalam drama ini ialah Dahlia. Dahlia kehilangan ibunya
pada usia yang muda. Dahlia tinggal bersama bapa kesayangannya di
rumah mewah. Mereka hidup berdua sehinggalah ayahnya membuat
keputusan untuk berkahwin semula. Namun begitu, ibu tiri Dahlia
seorang yang baik hati dan penyayang.
5. Pemikiran
• Sikap seorang kanak-kanak yang tidak menerima kebenaran bahawa
ayahnya akan berkahwin dengan wanita lain dan wanita tersebut
bakal menjadi ibu tirinya.
6. Persoalan
• Persoalan seorang kanak-kanak yang tidak dapat menerima ayahnya
akan berkahwin semula.
Contoh: “Papa masih ingin meneruskan?” Tanya Dahlia dengan air
mata bergenang.
• Persoalan seorang kanak-kanak yang tidak dapat menerima kehadiran
ibu tiri.
Contoh: “Papa tak sempat nak hantar Lia ke sekolah, Lia pergi dengan
ibu, okey?”. Dahlia menghentak kaki tanda protes.
7. Persoalan
• Persoalan seorang kanak-kanak yang berniat untuk mengenakan ibu
tirinya.
Contoh: Akibat kemarahannya meningkat, dia berfikir untuk
mengenakan ibu tirinya itu.
• Persoalan kasih sayang seorang ibu terhadap anak tirinya.
Contoh: Tehra menyayangi Dahlia seperti anaknya sendiri. Segala
kemahuan Dahlia diturutkan oleh Tehra.
8. Gaya bahasa
• Sinkope
Penggunaan “tak”.
Contoh: “Tak, Lia tak sukakan dia”
• Inversi
Penggunaan ayat terbalik
Contoh: Menyedari akan kepulangan majikannya, Mak Lijah segera
membuka pintu untuk Encik Hazwan.
9. Gaya bahasa
• Bahasa asing
Penggunaan bahasa Inggeris.
Contoh: “Aunty, nanti jemput Lia pukul 1 petang. Jangan lambat,”
10. Rujukan
Wan Zaliha Wan Othman. (2017). Penulisan sastera kreatif kanak-kanak. Sasbadi Sdn Bhd.