SlideShare a Scribd company logo
1 of 26
1
penghargaan
assalamualaikum,
Bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan izin kurnianya dapat juga saya sempurnakan tugasan
bagi subjek bahasa melayu. Sepanjang saya membuat kerja kursus ini, banyak pengatahuan yang
saya dapat dari folio ini.kesempatan ini juga saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan
ribuan terima kasih kepada rakan-rakan saya yang telah banyak membantu dalam menyiapkan
kerja kursus ini.Terutamanya kepada pensyarah saya iaitu En.Mohamad Yatim Bin Abu bakar
kerana beliau telah banyak tunjuk ajar kepada saya. Tunjuk ajar beliau amat bermakna kepada
saya sehingga saya dapat menyiapkan tugasan yang diamanahkan olehnya. Oleh itu, saya juga
tidak lupa kepada kedua ibu bapa saya yang banyak member sokongan moral dan bantuan
kewangan bagi menyelesaikan tugasan ini. Ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang
telah terlibat dalam menjayakan tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung.
Segala bantuan yang telah anda hulurkan amatlah saya hargai kerana tanpa bantuan dan
sokongan anda semua, tugasan ini tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna.
2
Objektif tugasan
Objektif umum
1. Menambah ilmu pengatahuan
2. Memupuk sikap berdikari,bekerjasama dengan orang lain dan menghadapi cabaran
dengan diri sendiri.
3. Membina tanggungjawab dalam diri sendiri dalam diri pelajar
4. Dapat merasa tolenransi dan silaturahim yang erat
Objektif khas
1. Memberi latihan memahirkan dalam menyediakan kerja kursus
2. Menyediakan kerja kursus mengikut format yang betul.
3
Biodata penulis
Khairuddin Ayip dilahirkan di Batu Pahat, Johor pada 25 Februari 1962. Beliau telah
menerima pendidikan di sekolah kebangsaan Pintas Raya(1969 hingga 1974), Sekolah
Kebangsaan Tun Ismail(1975 hingga 1979), dan Sekolah MEnengah Kebangsaan Datuk Bentara
Luar (1980 hingga 1981). Seterusnya, beliau melanjutkan pembelajaran di maktab perguruan
Temenggung Ibrahim(1996 hingga 1999).
Beliau banyak menghasilkan buku karya kreatif seperti novel remaja, cerpen, dan sajak.
Hasil penglibatannya dalam penulisan kreatif, beliau telah memenangi beberapa anugerah seperti
tempat ketiga Sayembara Hadiah sastera Remaja ESSO-GAPENA 11, 1980 (Guruku Ibuku jua),
tempat pertama peraduan menulis novel kanak-kanak DBP 1987 (Sayang Disayang), hadiah
penghargaan Novel Remaja Utusan –Public Bank 1989 (Bukan Untukku), tempat pertama
peraduan menulis Novel Remaja DBP 1990 (Songket Berbenang Emas), tempat kedua peraduan
menulis novel kanak-kanak DBP 1991(Mawar Putih Mawar Merah), dan tempat kedua peraduan
menulis cerpen kanak-kanak Hari Guru Kebangsaan 2000(Semerah Saga).
Kini beliau bertugas sebagai pegawai School Improyement Specialist Coaches+ (SISC+)
di pejabat pendidikan daerah Petaling Perdana, Selangor.
4
SINOPSIS
Dahlia sedang berlatih bola jarring bersama-sama dengan rakan-rakannyadi padang
sekolah. Ketika itu, Dahlia teringat akan emaknya, saleha yang yang bersikap pelik sejak akhir-
akhir ini. bercakap sendirian di bawah pokok getah dan merayau tidak tentu arah apabila
menjelangnya waktu senja
Azhari menemui Dahlia di kantin sekolah. Dia bertanya khabar Dahlia, persedian Dahlia
untuk menghadapi peperiksaan STPM, dan menyatakan hajatnya untuk membawa keluarganya
ke rumah Dahlia untuk membincangkan hubungan mereka dengan lebih serius. Dahlia
menyatakan pendiriannya kepada Azhari bahawa keutamaannya adalah untuk memberikan
perhatian terhadap pelajaran dan membantu keluarganya terlebih dahulu berbanding dengan
memikirkan soal perkahwinan.
Azhari menghantar Dahlia pulang ke rumahnya. Kepulangan Dahlia disambut dengan
sindiran daripada jirannya, Aton dan tangisan adik bongsunya, Anggerik. Tindakan Dahlia yang
berusaha memujuk dan membawa emaknya yang mengalami masalah kemurungan dengan
bercakap sendirian dan sesekali ketawa di kebun getah balik kerumah menemukan kegagalan.
Sementara itu, Nek kiah meluah kan rasa tidak puas hatinya terhadap menantunya, embong yang
dikatakan menjadi punca nasib malang sahela sejak mereka berkahwin hingga mempunyai enam
orang anak.
Sahela yang mengalami kemurungan terpaksa dihantar ke hospital Batu pahat untuk
menjalani rawatan pemulihan. Embong meluahkan masalahnya kepada Dahlia tentang
kesukarannya untuk memetik buah kelapa sawit di kebun Haji sulaiman di kampong sebelah
5
kerana tiada orang untuk menjaga Anggerik. Embong memarahi anaknya, Abu Bakar kerana
menjadi gelandangan selama tiga hari. Oleh sebab berasa takut Abu Bakar kembali melarikan
diri dalam kepekatan malam.
Dahlia tiba di Hospital Batu Pahat untuk melawat emaknya. Namun begitu, Haji
Sulaiman memaklumkan bahawa emaknya telah dipindahkan ke hospital permai di Johor Bahru,
Johor. Dahlia memutuskan untuk tidak hadir kesekolah kerana Anggerik demam panas. Dahlia
juga berusaha untuk menyelamatkan Said yang tenggelam di dasar sungai tetapi menemukan
kegagalan.sebaliknya, Aton menuduh Embong sebagai perancang kematian anak tunggalnya
Said. Dahlia pula dikatakan pembunuh anaknya hingga sesetengah penduduk kampong yang
tidak tahu akan cerita sebenar turut terpengaruh oleh cerita palsu Aton. Dahlia membawa
Anggerik ke klinik dengan bantuan Najib dan kavita. Sementara itu, seman menfitnah adik
iparnya, iaitu Embong kepada ibunya, Nek Kiah yang dikatakan menjadi punca sahela menjadi
gila. Seman memujuk emaknya agar menjual tanah pusaka termasuk tapak rumah Embong.
Dahlia melawat emaknya di Hospital permai, Johor Bahru. Secara tidak sengaja, dia berjumpa
dengan Najib yang bertugas di Hospital itu sebagai pekerja sementara Embong pula mendapati
dua ekor kambingnya telah dicuri.
Pelbagai peristiwa berlaku kepada Dahlia sekeluarga.Antaranya keluarga Azhari ke
rumah Dahlia untuk merisiknya.Embong dipatuk oleh seekor ular tedung sewaktu berada di bilik
mandi dan terpaksa ditahan di wad lelaki ,Hospital Batu Pahat selama seminggu.Nek Kiah pula
memberitahu Dahlia bahawa tanah tapak rumahnya akan dijual.Kedatangan Najib dan Azhari
secara kebetulan ke rumah Dahlia telah menyebabkan neneknya beranggapan bahawa dia ialah
perempuan yang tidak baik.Akibat dendam yang membara,Aton semakin galak menyindir dan
menfitnah Dahlia sebagai perempuan yang rendah akhlak semasa mereka bersama-sama
6
menyediakan hidangan untuk Majlis Maulidur Rasul peringkat kampung Parit Haji Rais.Kata-
kata fitnah Aton itu telah mengundang rasa marah Abu Bakar.Abu Bakar cuba menyerang aton
tetapi berjaya dihalang oleh Haji Sulaiman.Ketika di rumah,Abu Bakar memujuk kakaknya yang
sedang menangis dan bersedih atas tohmahan dan fitnah Aton itu.Abu Bakar juga mengakui
kesalahannya yang mencuri dan menjual kambing milik ayahnya.
Ketika mengemas bawah rumah,Abu Bakar telah menemukan dua biji telur ayam
berwarna hitam dan berbau busuk.Telur itu mengandungi pelbagai bahan untuk tujuan sihir dan
khianat kepada keluarganya .Dahlia meminta Abu Bakar membuang telur-telur ayam itu ke
dalam sunga.Dahlia ke rumah Nek Kiah dan mendapati neneknya terbaring kesakitan.Dahlia
cuba membantu neneknya tetapi dihalau dengan alasan tidak mahu rumahnya didatangi
sial.Rakan-rakan Dahlia dan Cikgu Hisyam gembira apabila Dahlia hadir ke sekolah
semula.Sekembalinya dari sekolah,Dahlia mendapati emaknya telah dibenarkan pulang ke
rumah.Nek Kiah dimasukkan ke wad wanita,Hospital Batu Pahat kerana sakit.Embong
sekeluarga bergilir-gilir menjaga Nek Kiah selama dia berada di hospital itu.Nek Kiah berasa
bersalah atas sikapnya prejudisnya terhadap Embong sekeluarga.Nek Kiah tinggal di rumah
Embong setelah dibenarkan pulang dari Hospital Batu Pahat.
Banjir besar telah melanda Kampung Parit Haji Rais.Penduduk kampung terpaksa
dipindahkan ke surau dan balai raya.Menurut Haji Sulaiman,banjir yang berlaku di kampung
mereka adalah untuk mencuci segala kotoran yang ada di kampung itu.Nek Kiah meminta
Embong sekeluarga menetap di rumahnya selepas banjir berakhir dan air surut kerana rumah
Embong musnah.Penduduk kampung kembali mengamalkan budaya muafakat.Kaum lelaki
bergotong-royong membina rumah Embong,manakala kaum wanita bekerjasama menyediakan
hidangan.
7
Dahlia tekun belajar dan berjaya menghadapi peperiksaan STPM dengan jayanya.Cikgu
Daim membawa khabar berita buat Dahlia ,iaitu dia terpilih untuk mengikuti Kursus Pengurusan
Perniagaan peringkat ijazah pertama selama empat tahun di Jepun.Sebelum itu,Dahlia
diwajibkan mengikuti kursus bahasa jepun selama enam bulan di Universiti Malaya,Kuala
Lumpur.Majlis pertunangan antara Dahlia dan Azhari selamat dijalankan pada 30 Disember
walaupun tanpa upacara menyarungkan cincin.Azhari menemui Dahlia di stesen bas sebelum bas
ekspres bertolak ke Kuala Lumpur dan mengucapkan Koi-bito kepada Dahlia.Azhari
menghadiahi Dahlia sehelai songket merah berbenang emas sebagai simbol bahawa mereka ialah
orang Melayu yang kaya dengan adat dan budi bahasa.
8
Tema
Novel “Songket Berbenang Emas” bertemankan kegigihan seorang gadis dalam menempuh
berbagai-bagai cabaran dan dugaan.
Persoalan
 Persoalan kasih sayang anak terhadap ibu kandung.
 Persoalan intergriti dalam menjalankan tanggungjawab.
 Persoalan kepentingan ilmu dalam kehidupan.
 Persoalan tanggungjawab anak sulong terhadap kesihatan dan kesejahteraan ibu bapa .
 Persoalan kebijaksanaan dalam aspek pengurusan masa secara berkualiti.
 Persoalan keberanian menggadaikan nyawa untuk menyelamatkan nyawa orang lain.
 Persoalan kepercayaan karut yang menebal dalam kalangan masyarakat.
 Persoalan pengamalan budaya melayu dan warisan bangsa.
 Persoalan keinsafan terhadap tindakan yang salah.
 Persoalan ketegasan membuat keputusan.
 Persoalan demdam kesumat yang memusnahkan maruah orang lain.
 Persoalan ketamakan wang ringgit hingga sanggup menzalimi saudara kandung.
 Persoalan keadilan dalam menentukan hukuman.
 Persoalan kepentingan amalan kerjasama dalam kalangan masyarakat kampung.
9
Watakdan Perwatakan
Dahlia
 Berusia 19 tahun
 Anak sulung daripada enam adik –beradik
 Murid tingkatan enam atas dan menuntut di sekolah Perempuan Temenggung
Ibrahim, Batu pahat.
 Berjaya melanjutkan pelajaran dalm kursus perguruan perniagaan peringkat ijazah
pertama selama empat tahun di jepun.
 Tunang kepada Azhari.
 Berani, cekal, bijaksana, rasional, dan berpendirian tegas.
 Bertanggungjawab dan penyayang.
 Taat akan ibu bapa.
 Berpandangan jauh, jujur, dan suka berterus terang baik hati, berhemah tinggi, rajin,
dan berdikari.
 Bijak menyimpan rahsia
 Mengamalkan semangat bermuafakat.
 Berfikiran positif dan optimis.
 Taat akan perintah agama.
 Memeliki sifat setia kawan.
10
Embong
 Bapa Dahlia . Berasal dari Melaka.
 Seorang ketua keluarga yang bertanggungjawab. Beliau tidak mahu anakanaknya
berhenti sekolah dan mengatakan beliau akan bertanggungjawab menyara kehidupan
mereka walaupun isterinya sakit.
 Seorang yang penyayang sangat menyayangi isteri dan anak-anaknya
 Seorang yang percaya akan kehendak takdir Isterinya menjadi kurang siuman
 Seorang yang penyabar Sanggup dihina oleh ibu mentuanya sendiri kerana hidup miskin.
 Seorang yang mementingkan ilmu untuk anak-anaknya menyuruh Dahlia pergi ke
sekolah dan akan menguruskan hal adik-adik Dahlia
 Seorang yang berani Embong berani membunuh ular sawa yang membelit badannya.
Saleha
 Ibu Dahlia
 Berumur 39 tahun
 Mempunyai enam orang anak (Dahlia,Melati,Kiambang, Mawar,Anggerik dan Abu
Bakar)
 Menghidap penyakit kemurungan akibat terkena buatan orang
 Bekerja sebagai penoreh getah
 Seorang yang penyayang- semasa sihat ,beliau yang menjaga semua keperluan anak-
anaknya.
11
Azhari
 Berkumis nipis
 Bermuka bulat
 Tinggi
 Kacak
 Pelajar senior di sekolah Dahlia iaitu Sekolah Menengah Tun Ismail.
 Berpendidikan tinggi- baru mendapat segulung ijazah
 Suka akan Dahlia
 Seorang yang suka memberi nasihat- menyuruh Dahlia belajar bersungguhsungguh(
 Seorang yang pandai memujuk- Dia pandai memujuk Dahlia agar menerima lamarannya.
Siti Wangi
 Sahabat Dahlia
 Bermuka bulat
 Sentiasa ceria
12
Tauke Lim
 Berbangsa Cina
 Seorang yang suka membantu keluarga Dahlia- sanggup membantu keluargaDahlia
dengan memberi hutang. Beliau juga sanggup memberi wang kepada Embong untuk
dibayar kepada Nek Kiah yang berhasrat menjual tanah tempat mereka tinggal.
 Seorang yang baik budi kerana memberi keluarga Dahlia berhutang
 Seorang yang prihatin akan masalah orang lain- Sangat prihatin atas nasib keluarga
Embong
 Seorang yang pemurah- menyumbangkan barang-barang untuk sambutan Maulidur
Rasul. Beliau juga memberi wang sebanyak RM300 kepada Dahlia yang akan
melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya sebelum ke Jepun.
 Seorang yang setia kawan – menganggap dia dan Embong sudah berkawan lama
 Seorang yang pandai bergaul- Walaupun Tauke Lim berbangsa Cina tetapi beliau amat
disenangi oleh orang-orang kampung kerana pandai bergaul.
Nek Kiah

 Ibu Saleha
 Suka membandingkan antara anaknya- Nek Kiah suka membandingkan anak-anaknya
dengan keluarga Dahlia yang hidup dalam kemiskinan. Nek Kiah lebih menyayangi
cucu-cucunya yang lain.
 Tidak suka akan keluarga Dahlia kerana hidup dalam kemiskinan – Nek Kiah tidak suka
akan keluarga Dahlia. Apabila keluarga Dahlia dalam kesusahan, dia langsung tidak
13
membantu malah menyalahkan Saleha yang berkahwin dengan Embong yang tidak
diketahui asal usulnya.
 Seorang yang pemarah
 Seorang yang suka mempercayai perkara tahyul- Nek Kiah mengatakan rumah Dahlia
ada hantu. Dia menggores kapur di setiap pintu kerana dipercayai boleh menghalau
hantu.
 Seorang yang mementingkan diri- Nek Kiah tidak mengambil tahu akan keperitan hidup
cucunya setelah Saleha dimasukkan ke hospital.
14
Latar Tempat
 Padang bola jaring –Dahlia berlatih bola jaring bersama dengan rakannya, Siti
Wangi.
 Kantin – Tempat Azhari menunggu Dahlia.
 SMK Tun Ismail – lima kilometer dari kampung halaman, tempat Azhari dan Dahlia
pernah belajar sewaktu Dahlia Tingkatan satu dan Azhari Tingkatan Lima.
 Sekolah Menengah Temenggung Ibrahim- Dahlia menimba ilmu sebagai pelajar
tingkatan enam. Dia tinggal di asrama sekolah ini.
 Bilik Kerjaya- Dahlia bertemu dengan Cikgu Hisyam di bilik ini, Cikgu Hisyam
mendapat tahu masalah Dahlia daripada Kavita.
 Kebun getah- 20 meter dari rumah seluas lima ekar tempat Saleha menoreh getah
 Kampung Parit Haji Rais – Tempat tinggal Dahlia
 . Di sini, Dahlia menjaga adik-adiknya, Melati, Kiambang, Mawar, dan Anggerik setelah
emaknya dirawat di hospital.
 Hospital Batu Pahat (Wad 6) -Tempat Saleha dibawa untuk mendapatkan rawatan
pada peringkat awal
 Hospital Batu Pahat (Wad 4)- Abah Dahlia dirawat di hospital ini setelah dipatuk ular.
 Hospital Permai, Johor Bahru – Tempat emak Dahlia dirawat di bilik 16. Di
sini juga Azhari bekerja sementara setelah mendapat segulung ijazah.
 Sungai –kira-kira 45 meter dari rumah Dahlia. Dahlia cuba menyelamatkan
Said yang lemas di sungai ini.
 Kebun kelapa sawit di Parit Haji Kadir- Kira-kira dua kilometer dari rumah Dahlia di
sinilah Embong memotong kelapa sawit setelah pulang dari rumah Aton. Di kebun
kelapa sawit inilah ular sawa telah membelit Embong.
15
Sekolah Kebangsaan Jelotong- Said dan Melati bersekolah di sini .
 Rumah Aton kira-kira 150 meter dari rumah Dahlia. Dahlia disindir oleh
Aton kerana dikatakan Dahlialah yang menyebabkan Said mati lemas.
 Balai raya Kampung Parit Haji Rais- Beberapa orang penduduk bergotong – royong
semasa majlis sambutan Maulidur Rasul. Selain itu, di sini juga menjadi tempat
pemindahan mangsa banjir yang berlaku di kampong Dahlia.
16
Latar Masa
 Petang – Azhari menghantar Dahlia balik ke kampungnya dari asrama
 Maghrib- Sehingga maghrib Saleha belum pulang ke rumah .kentung azan pun sudah bergema
 Pagi- Dahlia menunggu bas untuk ke sekolah
 Malam- Haji Sulaiman datang bersama dengan tiga orang pekerja hospital
 Empat bulan sebelum peperiksaan STPM- Cikgu Salwani tidak membenarkan Dahlia keluar dari
asrama kerana periksaan STPM hanya tinggal empat bulan sahaja.
 Pukul 8:30 malam- Kambing Embong hilang dicuri orang.
 Pukul 3:41 petang –Dahlia menunggu di luar wad untuk melawat abahnya.
 Tidak sampai seminggu- Embong dirawat di Hospital Batu Pahat.
 Pada waktu petang selepas solat Jumaat- Abu Bakar menemui Dahlia dan bertanyakan sama ada
abah mereka masih marah akan tindakannya menjual kambing abahnya.
17
Latar masyarakat
1. Masyarakat kampung
- Mereka tinggal di Kampung Parit Haji Rais. Haji Sulaiman merupakan ketua
kampung di situ. Masyarakat kampung yang lain ialah Mak Aji, Aton, Embong,
Tauke Lim dan lain-lain.
- Mereka hidup bekerjasama antara satu sama lain setelah dinasihati oleh Haji
Sulaiman semasa gotong-royong untuk sambutan Majlis Mauludir Rasul.
2. Masyarakat guru
- Cikgu Salwani (Warden asrama) dan Cikgu Hisyam, guru kelas Dahlia.
- Cikgu Salwani marah apabila Dahlia mengambil keputusan untuk keluar dari
asrama.
- Cikgu Hisyam menasihati Dahlia supaya meneruskan persekolahannya kerana
dia sorang yang bijak .
3. Masyarakat pelajar
- Dahlia, Siti Wangi, Najib dan Kavita merupakan pelajar sekolah.
- Mereka bersekolah di Sekolah Menengah Temenggung Ibrahim.
- Mereka mewakili pelajar yang aktif dalam kokurikulum.
4. Masyarakat yang saling membantu
– Haji Sulaiman selaku ketua kampung membantu keluarga Dahlia / Tempat
Embong meluahkan perasaan
18
–Tauke Lim membantu memberi hutang kepada keluarga Dahlia.
5. Masyarakat yang bertanggungjawab
- Haji Sulaiman bertanggungjawab membantu anak buahnya,Embong yang
menghadapi masalah
19
NILAI
1. Keberanian
 Embong berani membunuh ular sawa yang cuba membelitnya.
 Dahlia berani terjun ke dalam sungai untuk menyelamatkan Said.
2. Setia kawan
 Kavita seorang yang setia kawan apabila dia sanggup membuat salinan nota – nota untuk
diberikan kepada Dahlia yang kerap tidak hadir ke sekolah kerana masalah keluarganya.
3. Pengorbanan
 Dahlia sanggup berkorban demi menjaga adik-adiknya sewaktu emaknya dirawat di
hospital. Dia sanggup ponteng sekolah kerana ingin menguruskan adikadiknya dan
menjaga adiknya, Anggerik yang sakit. Dahlia juga sanggup keluar dari asrama
sedangkan hanya tinggal beberapa bulan lagi sebelum menduduki STPM.
 Embong sanggup berkorban bekerja dari pagi hingga malam untuk mencari rezeki.
4. Keikhlasan
 Tauke Lim ikhlas membantu keluarga Dahlia tanpa mengharapkan sebarang balasan.
 Beliau juga ikhlas memberi hutang kepada keluarga Dahlia.
 Beliau ikhlas memberi wang sebanyak RM300 untuk perbelanjaan Dahlia di Universiti
Malaya.
20
 Beliau ikhlas memberi sumbangan barang-barang sewaktu sambutan Maulidur Rasul
yang diadakan di balai raya.
 Haji Sulaiman juga ikhlas membantu keluarga Dahlia.Beliau membantu menghantar
Dahlia ke stesen bas untuk ke Univesiti Malaya.
6. Nasihat- menasihati
 Haji Sulaiman menasihati penduduk Kampung Parit Haji Rais supaya mengamalkan
sikap bekerjasama dan sedia membantu jiran tetangga yang susah.
 Cikgu Hisyam menasihati Dahlia agar ke sekolah kerana dia merupakan pelajar yang
berpotensi untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam STPM.
7. Kerjasama
 Penduduk kampung bekerjasama setelah ditegur oleh Haji Sulaiman. Mereka
bekerjasama membina rumah Embong yang roboh dilanda banjir.
 Penduduk kampung juga bekerjasama mengumpulkan wang untuk diserahkan
kepada Dahlia yang akan melanjutkan pelajaran.
 Haji Sulaiman bekerjasama dengan Hospital Batu Pahat untuk merawat Saleha.
21
PENGAJARAN
1. Kita mestilah berfikir secara rasional dalam membuat keputusan.
2. Kita perlulah berikhtiar untuk mengurangkan bebanan atau masalh yang ditanggung.
3. Kita haus bertanggungjawab terhadap tugas yang diamanahkan.
4. Kita hendaklah ikhlas dalam menghulurkan bantuan.
5. Kita sepatutnya menghargai budaya dan warisan bangsa.
6. Kita mestilah bersikap adil sebelum menentukan hukuman.
7. Kita janganlah menjadi pendendam sehingga memusnahkan maruah orang lain.
BINAAN PLOT
Plot novel ini mengikut kronologi urutan masa.
Permulaan
Dahlia pelajar tingkatan enam atas sedang menjalani latihan bola jaring di padang bola
jaring.Mereka berlatih kerana ada perlawanan dengan pelajar-pelajar enam rendah.Semasa
berhenti rehat, Dahlia teringat akan emaknya yang hilang ingatan.Azhari datang
menemuinya di kantin sekolah dan memberitahu dia sudah tamat pengajiannya di universiti .
Dia menyuarakan hasrat mahu merisik Dahlia. Pada petang itu, Azhari menghantar Dahlia
pulang ke rumahnya di Kampung Parit Haji Rais.
22
Perkembangan
Dahlia amat sedih apabila melihat keadaan emaknya, Saleha yang berada di kebun getah
pada waktu senja. Emaknya sudah tidak mengenalinya lagi. Dahlia dan abahnya memujuk
emaknya balik ke rumah dengan bantuan orang kampung.Nek Kiah menyalahkan Embong
yang menyebabkan Saleha menjadi kurang siuman. Dengan bantuan Haji Sulaiman, Saleha
dibawa ke Hospital Batu Pahat dan seterusnya dihantar ke Hospital Permai di Johor Bahru
kerana keadaannya semakin serius.Dahlia terpaksa keluar dari asrama dan kerap ponteng
sekolah kerana menguruskan adik-adiknya.Abah Dahlia pula dimasukkan ke wad kerana
dipatuk ular.
Perumitan/Konflik
· Seman telah datang ke rumah Nek Kiah dan memujuknya untuk menjual tanah yang
menjadi kawasan tempat tinggal Dahlia sekeluarga. Nek Kiah mahu Dahlia dan
keluarganya berpindah sekiranya tidak mampu membayar sebanyak
RM15,000.Dahlia tertekan kerana keluarganya tidak mampu untuk menyediakan
wang sebanyak itu.
· Aton menyalahkan Dahlia yang menyebabkan anaknya, Said mati lemas sedangkan
Dahlia telah berusaha untuk menyelamatkan Said.
· Nek Kiah memandang serong terhadap Dahlia atas kehadiran Azhari dan Najib ke
23
rumah Dahlia.Begitu juga dengan Aton yang sering menyindir Dahlia.
· Najib cuba untuk memikat hati Dahlia. Begitu juga dengan Azhari yang telah datang
merisik Dahlia kerana bimbang Dahlia dipikat oleh orang lain.
· Penduduk kampung sudah jarang mengamalkan sikap bantu-membantu dan prihatin
terhadap orang lain. Selaku ketua kampung Haji Sulaiman menasihati orang-orang
kampungnya agar bersatu dan prihatin kepada jiran tetangga.
Klimaks/Kemuncak
Abu Bakar menjumpai kain merah yang sudah reput yang membungkus telur ayam yang
mengandungi jarum peniti, cincin akik, butiran pasir dan paku. Dahlia menyuruh Abu bakar
membuangnya ke sungai. Selepas itu, Saleha sudah sembuh dan dibenarkan pulang ke
rumahnya.Nek Kiah pula sakit dan dirawat di hospital selama dua hari. Keluarga Dahlialah
yang menjaganya. Setelah keluar dari wad, Nek Kiah tinggal dengan keluarga Dahlia
sehingga benar-benar pulih.Nek Kiah mula berubah dan berbaik semula dengan keluarga
Dahlia.
Banjir yang berlaku di Kampung Parit Haji Rais telah membawa hikmah apabila penduduk
24
kampung bersatu dan bergotong-royong membina rumah Embong yang roboh dilanda banjir
setelah dinasihati oleh Haji Sulaiman.
Peleraian/ Pengakhiran
-Dahlia tinggal di asrama semula kerana peperiksaan STPM semakin hampir.Keluarga
Azhari menetapkan tarikh pertunangan Dahlia selepas peperiksaan STPM
tamat..Kedatangan Cikgu Daim membawa berita gembira apabila Dahlia terpilih untuk
mengikuti pengajian di Jepun selama empat tahun. Sebelum ke Jepun ,Dahlia perlu
mengikuti kursus bahasa Jepun di Universiti Malaya selama enam bulan. Majlis pertunangan
Dahlia terlewat kerana jurucakap majlis lewat sampai. Azhari datang berjumpa Dahlia di
stesen bas sebelum Dahlia bertolak ke Kuala Lumpur. Dia telah menghadiahkan songket
berbenang emas berwarna merah kepada Dahlia. Azhari mahu Dahlia menjaga jati dirinya
sebagai orang Melayu walaupun berada di mana-mana jua.
TEKNIK PLOT
1.Teknik pemerian.Contohnya,pengarang memerihalkan gelagat pelajar perempuan ketika
melihat Dahlia dan Azhari sedang minum di kantin sekolah.
2.Teknik dialog.Contohnya,dialog antara Dahlia dengan adiknya ,Melati ketika Dahlia meminta
Melati ke kedai runcit Tauke Lim untuk membeli susu tepung yang sudah kehabisan dengan cara
berhutang.
3.Teknik imbas kembali.Contohnya,Embong teringat kembali akan kata-kata Saleha yang
memberitahunya tentang bayang-bayang yang mengejarnya dan suara-suara pelik yang
menggangu hidupnya.
25
4.Teknik imbas muka.Contohnya Dahlia membayangkan wajah emaknya yang seakan-akan
menjerit memanggilnya datang menjenguknya di Hospital Permai,Johor Baharu
5.Teknik konflik.Contohnya,konfli antara Embong dengan ibu mertuanya.Konflik ini berlaku
apabila ibu mertuanya tidak merestui perkahwinan Saleha dengan Embong.Sementelah,Embong
tiada berharta,yatim piatu,danmerupakan anak dagang.
26
LAMPIRAN

More Related Content

What's hot

Pemadam api buatan sendiri
Pemadam api buatan sendiriPemadam api buatan sendiri
Pemadam api buatan sendirisarahzackiron
 
SEJARAH KERTAS 3 SPM 2016
SEJARAH KERTAS 3 SPM 2016 SEJARAH KERTAS 3 SPM 2016
SEJARAH KERTAS 3 SPM 2016 Seow Han Lin
 
Kamus Kata Ganda
Kamus Kata GandaKamus Kata Ganda
Kamus Kata Ganda慈心 Chan
 
Sistem pentadbiran yang sistematik bab 5
Sistem pentadbiran yang sistematik bab 5Sistem pentadbiran yang sistematik bab 5
Sistem pentadbiran yang sistematik bab 5kavitha_mnm
 
Langkah membina negara maju dan sejahtera
Langkah membina negara maju dan sejahteraLangkah membina negara maju dan sejahtera
Langkah membina negara maju dan sejahteraJANGAN TINGGAL DAKU
 
Peribahasa dan cogan kata dalam karangan
Peribahasa dan cogan kata dalam karanganPeribahasa dan cogan kata dalam karangan
Peribahasa dan cogan kata dalam karangannooraini kasturi
 
Susunan ayat biasa dan susunan ayat songsang
Susunan ayat biasa dan susunan ayat songsangSusunan ayat biasa dan susunan ayat songsang
Susunan ayat biasa dan susunan ayat songsangHT Hong
 
Ekonomi Asas Tingkatan 4 Unit 4 - Firma Sebagai Pengeluar
Ekonomi Asas Tingkatan 4 Unit 4 - Firma Sebagai PengeluarEkonomi Asas Tingkatan 4 Unit 4 - Firma Sebagai Pengeluar
Ekonomi Asas Tingkatan 4 Unit 4 - Firma Sebagai PengeluarChuah Chye
 
Bab15 jaringan pengangkutan
Bab15  jaringan pengangkutanBab15  jaringan pengangkutan
Bab15 jaringan pengangkutanNinie Aziz
 
Kepentingan tumbuhan kepada hidupan
Kepentingan tumbuhan kepada hidupanKepentingan tumbuhan kepada hidupan
Kepentingan tumbuhan kepada hidupanNor Hizal
 
Tumbuhan semula jadi sebagai sumber perubatan
Tumbuhan semula jadi sebagai sumber perubatanTumbuhan semula jadi sebagai sumber perubatan
Tumbuhan semula jadi sebagai sumber perubatanZaini Ithnin
 
Bab 2 struktur sel dan fungsi
Bab 2  struktur sel dan fungsiBab 2  struktur sel dan fungsi
Bab 2 struktur sel dan fungsiHajar Len
 
Folio sejarah tingkatan 3
Folio sejarah tingkatan 3Folio sejarah tingkatan 3
Folio sejarah tingkatan 3Amir Zul
 
DARAH MANUSIA (B6D3E1) TINGKATAN 3
DARAH MANUSIA (B6D3E1) TINGKATAN 3DARAH MANUSIA (B6D3E1) TINGKATAN 3
DARAH MANUSIA (B6D3E1) TINGKATAN 3Nur Ayuni
 
Peribahasa penting SPM
Peribahasa penting SPMPeribahasa penting SPM
Peribahasa penting SPMM D
 

What's hot (20)

Pemadam api buatan sendiri
Pemadam api buatan sendiriPemadam api buatan sendiri
Pemadam api buatan sendiri
 
SEJARAH KERTAS 3 SPM 2016
SEJARAH KERTAS 3 SPM 2016 SEJARAH KERTAS 3 SPM 2016
SEJARAH KERTAS 3 SPM 2016
 
Kamus Kata Ganda
Kamus Kata GandaKamus Kata Ganda
Kamus Kata Ganda
 
Sistem pentadbiran yang sistematik bab 5
Sistem pentadbiran yang sistematik bab 5Sistem pentadbiran yang sistematik bab 5
Sistem pentadbiran yang sistematik bab 5
 
Reseptor dan efektor
Reseptor dan efektorReseptor dan efektor
Reseptor dan efektor
 
Langkah membina negara maju dan sejahtera
Langkah membina negara maju dan sejahteraLangkah membina negara maju dan sejahtera
Langkah membina negara maju dan sejahtera
 
Peribahasa dan cogan kata dalam karangan
Peribahasa dan cogan kata dalam karanganPeribahasa dan cogan kata dalam karangan
Peribahasa dan cogan kata dalam karangan
 
Susunan ayat biasa dan susunan ayat songsang
Susunan ayat biasa dan susunan ayat songsangSusunan ayat biasa dan susunan ayat songsang
Susunan ayat biasa dan susunan ayat songsang
 
26499208 contoh-karangan-1
26499208 contoh-karangan-126499208 contoh-karangan-1
26499208 contoh-karangan-1
 
Ekonomi Asas Tingkatan 4 Unit 4 - Firma Sebagai Pengeluar
Ekonomi Asas Tingkatan 4 Unit 4 - Firma Sebagai PengeluarEkonomi Asas Tingkatan 4 Unit 4 - Firma Sebagai Pengeluar
Ekonomi Asas Tingkatan 4 Unit 4 - Firma Sebagai Pengeluar
 
Teknik Menjawab Soalan Novel SPM (Bahasa Melayu)
Teknik Menjawab Soalan Novel SPM (Bahasa Melayu)Teknik Menjawab Soalan Novel SPM (Bahasa Melayu)
Teknik Menjawab Soalan Novel SPM (Bahasa Melayu)
 
Bab15 jaringan pengangkutan
Bab15  jaringan pengangkutanBab15  jaringan pengangkutan
Bab15 jaringan pengangkutan
 
Tingkatan 3 Bawod
Tingkatan 3 BawodTingkatan 3 Bawod
Tingkatan 3 Bawod
 
Kepentingan tumbuhan kepada hidupan
Kepentingan tumbuhan kepada hidupanKepentingan tumbuhan kepada hidupan
Kepentingan tumbuhan kepada hidupan
 
Tumbuhan semula jadi sebagai sumber perubatan
Tumbuhan semula jadi sebagai sumber perubatanTumbuhan semula jadi sebagai sumber perubatan
Tumbuhan semula jadi sebagai sumber perubatan
 
Bab 2 struktur sel dan fungsi
Bab 2  struktur sel dan fungsiBab 2  struktur sel dan fungsi
Bab 2 struktur sel dan fungsi
 
Folio sejarah tingkatan 3
Folio sejarah tingkatan 3Folio sejarah tingkatan 3
Folio sejarah tingkatan 3
 
DARAH MANUSIA (B6D3E1) TINGKATAN 3
DARAH MANUSIA (B6D3E1) TINGKATAN 3DARAH MANUSIA (B6D3E1) TINGKATAN 3
DARAH MANUSIA (B6D3E1) TINGKATAN 3
 
Peribahasa penting SPM
Peribahasa penting SPMPeribahasa penting SPM
Peribahasa penting SPM
 
Kata nama am
Kata nama amKata nama am
Kata nama am
 

Viewers also liked

Perbandingan lili & dahlia
Perbandingan lili & dahliaPerbandingan lili & dahlia
Perbandingan lili & dahliaMahh Vithya
 
ANTOLOGI SEJADAH RINDU : PROSA KLASIK
ANTOLOGI SEJADAH RINDU : PROSA KLASIKANTOLOGI SEJADAH RINDU : PROSA KLASIK
ANTOLOGI SEJADAH RINDU : PROSA KLASIKNormarjana Ibrahim
 
KOMSAS 2016 NOVEL TINGKATAN 5 ZON JOHOR: SILIR DAKSINA (NIZAR pARMAN )
KOMSAS 2016 NOVEL TINGKATAN 5 ZON JOHOR:  SILIR DAKSINA (NIZAR pARMAN )KOMSAS 2016 NOVEL TINGKATAN 5 ZON JOHOR:  SILIR DAKSINA (NIZAR pARMAN )
KOMSAS 2016 NOVEL TINGKATAN 5 ZON JOHOR: SILIR DAKSINA (NIZAR pARMAN )Normarjana Ibrahim
 
[Edu.joshuatly.com] trial johor spm 2012 b.melayu (no ans) [7 ce6cef5]
[Edu.joshuatly.com] trial johor spm 2012 b.melayu (no ans) [7 ce6cef5][Edu.joshuatly.com] trial johor spm 2012 b.melayu (no ans) [7 ce6cef5]
[Edu.joshuatly.com] trial johor spm 2012 b.melayu (no ans) [7 ce6cef5]Nur faizah Baharin
 
PRESENTATION BAHASA MELAYU
PRESENTATION BAHASA MELAYUPRESENTATION BAHASA MELAYU
PRESENTATION BAHASA MELAYUIqah Syafiqah
 
BELAJAR KOMSAS SECARA PAKEJ
BELAJAR KOMSAS SECARA PAKEJBELAJAR KOMSAS SECARA PAKEJ
BELAJAR KOMSAS SECARA PAKEJAsniem CA
 
TAMADUN TINGKATAN 4
TAMADUN TINGKATAN 4TAMADUN TINGKATAN 4
TAMADUN TINGKATAN 4Kakram Gc
 
Nasionalisme di Malaysia Sehingga Perang Dunia ke 2
Nasionalisme di Malaysia Sehingga Perang Dunia ke 2Nasionalisme di Malaysia Sehingga Perang Dunia ke 2
Nasionalisme di Malaysia Sehingga Perang Dunia ke 2Belalang Chizu
 
ANTOLOGI SEJADAH RINDU: SAJAK ERTI HIDUP BERERTI
ANTOLOGI SEJADAH RINDU: SAJAK ERTI HIDUP BERERTIANTOLOGI SEJADAH RINDU: SAJAK ERTI HIDUP BERERTI
ANTOLOGI SEJADAH RINDU: SAJAK ERTI HIDUP BERERTINormarjana Ibrahim
 
Bab 1 – kemunculan dan perkembangan nasionalisme di
Bab 1 – kemunculan dan perkembangan nasionalisme diBab 1 – kemunculan dan perkembangan nasionalisme di
Bab 1 – kemunculan dan perkembangan nasionalisme diNur Ainna
 
GERAKAN NASIONALISME DI MALAYSIA SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA
GERAKAN NASIONALISME DI MALAYSIA SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUAGERAKAN NASIONALISME DI MALAYSIA SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA
GERAKAN NASIONALISME DI MALAYSIA SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUAKeningau Vocational College
 
Sajak sejadah rindu
Sajak sejadah rinduSajak sejadah rindu
Sajak sejadah rinduAisyah Azhar
 
Soalan Percubaan SPM MRSM 2016
Soalan Percubaan SPM MRSM 2016Soalan Percubaan SPM MRSM 2016
Soalan Percubaan SPM MRSM 2016Nurul Afiqah
 
Sejarah Tingkatan 5 Bab 2 Nasionalisme di Malaysia sehingga perang dunia ke 2
Sejarah Tingkatan 5 Bab 2 Nasionalisme di Malaysia sehingga perang dunia ke 2Sejarah Tingkatan 5 Bab 2 Nasionalisme di Malaysia sehingga perang dunia ke 2
Sejarah Tingkatan 5 Bab 2 Nasionalisme di Malaysia sehingga perang dunia ke 2Tuisyen Geliga
 
Nasionalisme di Malaysia sehingga Perang Dunia Kedua
Nasionalisme di Malaysia sehingga Perang Dunia KeduaNasionalisme di Malaysia sehingga Perang Dunia Kedua
Nasionalisme di Malaysia sehingga Perang Dunia Keduaisharsmiaa
 
Form 5 Chapter 2 Part 2
Form 5 Chapter 2 Part 2Form 5 Chapter 2 Part 2
Form 5 Chapter 2 Part 2Ahmad Rizal
 
Sajak Pesan Lelaki Kecil Kepada Gadis Kampus
Sajak Pesan Lelaki Kecil Kepada Gadis KampusSajak Pesan Lelaki Kecil Kepada Gadis Kampus
Sajak Pesan Lelaki Kecil Kepada Gadis KampusAisyah Azhar
 

Viewers also liked (20)

Perbandingan lili & dahlia
Perbandingan lili & dahliaPerbandingan lili & dahlia
Perbandingan lili & dahlia
 
Grafik komsas
Grafik komsasGrafik komsas
Grafik komsas
 
Bukan gila (sharif shaary)
Bukan gila (sharif shaary)Bukan gila (sharif shaary)
Bukan gila (sharif shaary)
 
ANTOLOGI SEJADAH RINDU : PROSA KLASIK
ANTOLOGI SEJADAH RINDU : PROSA KLASIKANTOLOGI SEJADAH RINDU : PROSA KLASIK
ANTOLOGI SEJADAH RINDU : PROSA KLASIK
 
KOMSAS 2016 NOVEL TINGKATAN 5 ZON JOHOR: SILIR DAKSINA (NIZAR pARMAN )
KOMSAS 2016 NOVEL TINGKATAN 5 ZON JOHOR:  SILIR DAKSINA (NIZAR pARMAN )KOMSAS 2016 NOVEL TINGKATAN 5 ZON JOHOR:  SILIR DAKSINA (NIZAR pARMAN )
KOMSAS 2016 NOVEL TINGKATAN 5 ZON JOHOR: SILIR DAKSINA (NIZAR pARMAN )
 
[Edu.joshuatly.com] trial johor spm 2012 b.melayu (no ans) [7 ce6cef5]
[Edu.joshuatly.com] trial johor spm 2012 b.melayu (no ans) [7 ce6cef5][Edu.joshuatly.com] trial johor spm 2012 b.melayu (no ans) [7 ce6cef5]
[Edu.joshuatly.com] trial johor spm 2012 b.melayu (no ans) [7 ce6cef5]
 
PRESENTATION BAHASA MELAYU
PRESENTATION BAHASA MELAYUPRESENTATION BAHASA MELAYU
PRESENTATION BAHASA MELAYU
 
BELAJAR KOMSAS SECARA PAKEJ
BELAJAR KOMSAS SECARA PAKEJBELAJAR KOMSAS SECARA PAKEJ
BELAJAR KOMSAS SECARA PAKEJ
 
TAMADUN TINGKATAN 4
TAMADUN TINGKATAN 4TAMADUN TINGKATAN 4
TAMADUN TINGKATAN 4
 
Nasionalisme di Malaysia Sehingga Perang Dunia ke 2
Nasionalisme di Malaysia Sehingga Perang Dunia ke 2Nasionalisme di Malaysia Sehingga Perang Dunia ke 2
Nasionalisme di Malaysia Sehingga Perang Dunia ke 2
 
ANTOLOGI SEJADAH RINDU: SAJAK ERTI HIDUP BERERTI
ANTOLOGI SEJADAH RINDU: SAJAK ERTI HIDUP BERERTIANTOLOGI SEJADAH RINDU: SAJAK ERTI HIDUP BERERTI
ANTOLOGI SEJADAH RINDU: SAJAK ERTI HIDUP BERERTI
 
Bab 1 – kemunculan dan perkembangan nasionalisme di
Bab 1 – kemunculan dan perkembangan nasionalisme diBab 1 – kemunculan dan perkembangan nasionalisme di
Bab 1 – kemunculan dan perkembangan nasionalisme di
 
GERAKAN NASIONALISME DI MALAYSIA SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA
GERAKAN NASIONALISME DI MALAYSIA SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUAGERAKAN NASIONALISME DI MALAYSIA SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA
GERAKAN NASIONALISME DI MALAYSIA SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA
 
Sajak sejadah rindu
Sajak sejadah rinduSajak sejadah rindu
Sajak sejadah rindu
 
Soalan Percubaan SPM MRSM 2016
Soalan Percubaan SPM MRSM 2016Soalan Percubaan SPM MRSM 2016
Soalan Percubaan SPM MRSM 2016
 
Sejarah Tingkatan 5 Bab 2 Nasionalisme di Malaysia sehingga perang dunia ke 2
Sejarah Tingkatan 5 Bab 2 Nasionalisme di Malaysia sehingga perang dunia ke 2Sejarah Tingkatan 5 Bab 2 Nasionalisme di Malaysia sehingga perang dunia ke 2
Sejarah Tingkatan 5 Bab 2 Nasionalisme di Malaysia sehingga perang dunia ke 2
 
Nasionalisme di Malaysia sehingga Perang Dunia Kedua
Nasionalisme di Malaysia sehingga Perang Dunia KeduaNasionalisme di Malaysia sehingga Perang Dunia Kedua
Nasionalisme di Malaysia sehingga Perang Dunia Kedua
 
Form 5 Chapter 2 Part 2
Form 5 Chapter 2 Part 2Form 5 Chapter 2 Part 2
Form 5 Chapter 2 Part 2
 
Sajak Pesan Lelaki Kecil Kepada Gadis Kampus
Sajak Pesan Lelaki Kecil Kepada Gadis KampusSajak Pesan Lelaki Kecil Kepada Gadis Kampus
Sajak Pesan Lelaki Kecil Kepada Gadis Kampus
 
Sang Gembala Kuda (sajak)
Sang Gembala Kuda (sajak)Sang Gembala Kuda (sajak)
Sang Gembala Kuda (sajak)
 

Similar to Folio songket berbenang emas

Analisis Drama Kanak-Kanak
Analisis Drama Kanak-KanakAnalisis Drama Kanak-Kanak
Analisis Drama Kanak-KanakArifahAzlanShah1
 
Analisis drama kanak kanak secara struktural
Analisis drama kanak kanak secara strukturalAnalisis drama kanak kanak secara struktural
Analisis drama kanak kanak secara strukturalArifahAzlanShah2
 
Nilai murni std 5
Nilai murni std 5Nilai murni std 5
Nilai murni std 5Tan Choon
 
MEDIA PEMBELAJARAN KEL. 5_PENGEMBANGAN PEMBELAJARAN PKN SD-1.pptx
MEDIA PEMBELAJARAN KEL. 5_PENGEMBANGAN PEMBELAJARAN PKN SD-1.pptxMEDIA PEMBELAJARAN KEL. 5_PENGEMBANGAN PEMBELAJARAN PKN SD-1.pptx
MEDIA PEMBELAJARAN KEL. 5_PENGEMBANGAN PEMBELAJARAN PKN SD-1.pptxAmaliaeharfa
 
Bedah buku andy noya kisah hidupku-
Bedah buku andy noya  kisah hidupku-Bedah buku andy noya  kisah hidupku-
Bedah buku andy noya kisah hidupku-rahmanisa26
 
bimingan kelompok
bimingan kelompokbimingan kelompok
bimingan kelompokwidodoarif
 
bimingan kelompok 201131060
bimingan kelompok 201131060bimingan kelompok 201131060
bimingan kelompok 201131060widodoarif
 
Cinta diujung doa 3.docx
Cinta diujung doa 3.docxCinta diujung doa 3.docx
Cinta diujung doa 3.docxSusilaGusfitri
 
Cinta diujung doa 2.docx
Cinta diujung doa 2.docxCinta diujung doa 2.docx
Cinta diujung doa 2.docxSusilaGusfitri
 
CERPEN Cinta Di Ujung Do'a1111.docx
CERPEN Cinta Di Ujung Do'a1111.docxCERPEN Cinta Di Ujung Do'a1111.docx
CERPEN Cinta Di Ujung Do'a1111.docxSusilaGusfitri
 
Antologi harga remaja drama
Antologi harga remaja dramaAntologi harga remaja drama
Antologi harga remaja dramathevaruben1
 
Pelajaran 1 Bm
Pelajaran 1 BmPelajaran 1 Bm
Pelajaran 1 Bmamoi286
 
Pelajaran 1 Bm
Pelajaran 1 BmPelajaran 1 Bm
Pelajaran 1 Bmamoi286
 
Literasi-Fase D (Kelas 7-8SMP)-Teks Sastra-SOAL (1).pdf
Literasi-Fase D (Kelas 7-8SMP)-Teks Sastra-SOAL (1).pdfLiterasi-Fase D (Kelas 7-8SMP)-Teks Sastra-SOAL (1).pdf
Literasi-Fase D (Kelas 7-8SMP)-Teks Sastra-SOAL (1).pdfbambangsugiharta
 

Similar to Folio songket berbenang emas (20)

Bahan bm th 4
Bahan bm th 4Bahan bm th 4
Bahan bm th 4
 
Analisis Drama Kanak-Kanak
Analisis Drama Kanak-KanakAnalisis Drama Kanak-Kanak
Analisis Drama Kanak-Kanak
 
Analisis drama kanak kanak secara struktural
Analisis drama kanak kanak secara strukturalAnalisis drama kanak kanak secara struktural
Analisis drama kanak kanak secara struktural
 
Nilai murni std 5
Nilai murni std 5Nilai murni std 5
Nilai murni std 5
 
MEDIA PEMBELAJARAN KEL. 5_PENGEMBANGAN PEMBELAJARAN PKN SD-1.pptx
MEDIA PEMBELAJARAN KEL. 5_PENGEMBANGAN PEMBELAJARAN PKN SD-1.pptxMEDIA PEMBELAJARAN KEL. 5_PENGEMBANGAN PEMBELAJARAN PKN SD-1.pptx
MEDIA PEMBELAJARAN KEL. 5_PENGEMBANGAN PEMBELAJARAN PKN SD-1.pptx
 
Bedah buku andy noya kisah hidupku-
Bedah buku andy noya  kisah hidupku-Bedah buku andy noya  kisah hidupku-
Bedah buku andy noya kisah hidupku-
 
201131060
201131060201131060
201131060
 
bimingan kelompok
bimingan kelompokbimingan kelompok
bimingan kelompok
 
201131060
201131060201131060
201131060
 
201131060
201131060201131060
201131060
 
201131060
201131060201131060
201131060
 
bimingan kelompok 201131060
bimingan kelompok 201131060bimingan kelompok 201131060
bimingan kelompok 201131060
 
Cinta diujung doa 3.docx
Cinta diujung doa 3.docxCinta diujung doa 3.docx
Cinta diujung doa 3.docx
 
Cinta diujung doa 2.docx
Cinta diujung doa 2.docxCinta diujung doa 2.docx
Cinta diujung doa 2.docx
 
CERPEN Cinta Di Ujung Do'a1111.docx
CERPEN Cinta Di Ujung Do'a1111.docxCERPEN Cinta Di Ujung Do'a1111.docx
CERPEN Cinta Di Ujung Do'a1111.docx
 
Antologi harga remaja drama
Antologi harga remaja dramaAntologi harga remaja drama
Antologi harga remaja drama
 
skrip anugerah nilam
skrip anugerah nilamskrip anugerah nilam
skrip anugerah nilam
 
Pelajaran 1 Bm
Pelajaran 1 BmPelajaran 1 Bm
Pelajaran 1 Bm
 
Pelajaran 1 Bm
Pelajaran 1 BmPelajaran 1 Bm
Pelajaran 1 Bm
 
Literasi-Fase D (Kelas 7-8SMP)-Teks Sastra-SOAL (1).pdf
Literasi-Fase D (Kelas 7-8SMP)-Teks Sastra-SOAL (1).pdfLiterasi-Fase D (Kelas 7-8SMP)-Teks Sastra-SOAL (1).pdf
Literasi-Fase D (Kelas 7-8SMP)-Teks Sastra-SOAL (1).pdf
 

Folio songket berbenang emas

  • 1. 1 penghargaan assalamualaikum, Bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan izin kurnianya dapat juga saya sempurnakan tugasan bagi subjek bahasa melayu. Sepanjang saya membuat kerja kursus ini, banyak pengatahuan yang saya dapat dari folio ini.kesempatan ini juga saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan saya yang telah banyak membantu dalam menyiapkan kerja kursus ini.Terutamanya kepada pensyarah saya iaitu En.Mohamad Yatim Bin Abu bakar kerana beliau telah banyak tunjuk ajar kepada saya. Tunjuk ajar beliau amat bermakna kepada saya sehingga saya dapat menyiapkan tugasan yang diamanahkan olehnya. Oleh itu, saya juga tidak lupa kepada kedua ibu bapa saya yang banyak member sokongan moral dan bantuan kewangan bagi menyelesaikan tugasan ini. Ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Segala bantuan yang telah anda hulurkan amatlah saya hargai kerana tanpa bantuan dan sokongan anda semua, tugasan ini tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna.
  • 2. 2 Objektif tugasan Objektif umum 1. Menambah ilmu pengatahuan 2. Memupuk sikap berdikari,bekerjasama dengan orang lain dan menghadapi cabaran dengan diri sendiri. 3. Membina tanggungjawab dalam diri sendiri dalam diri pelajar 4. Dapat merasa tolenransi dan silaturahim yang erat Objektif khas 1. Memberi latihan memahirkan dalam menyediakan kerja kursus 2. Menyediakan kerja kursus mengikut format yang betul.
  • 3. 3 Biodata penulis Khairuddin Ayip dilahirkan di Batu Pahat, Johor pada 25 Februari 1962. Beliau telah menerima pendidikan di sekolah kebangsaan Pintas Raya(1969 hingga 1974), Sekolah Kebangsaan Tun Ismail(1975 hingga 1979), dan Sekolah MEnengah Kebangsaan Datuk Bentara Luar (1980 hingga 1981). Seterusnya, beliau melanjutkan pembelajaran di maktab perguruan Temenggung Ibrahim(1996 hingga 1999). Beliau banyak menghasilkan buku karya kreatif seperti novel remaja, cerpen, dan sajak. Hasil penglibatannya dalam penulisan kreatif, beliau telah memenangi beberapa anugerah seperti tempat ketiga Sayembara Hadiah sastera Remaja ESSO-GAPENA 11, 1980 (Guruku Ibuku jua), tempat pertama peraduan menulis novel kanak-kanak DBP 1987 (Sayang Disayang), hadiah penghargaan Novel Remaja Utusan –Public Bank 1989 (Bukan Untukku), tempat pertama peraduan menulis Novel Remaja DBP 1990 (Songket Berbenang Emas), tempat kedua peraduan menulis novel kanak-kanak DBP 1991(Mawar Putih Mawar Merah), dan tempat kedua peraduan menulis cerpen kanak-kanak Hari Guru Kebangsaan 2000(Semerah Saga). Kini beliau bertugas sebagai pegawai School Improyement Specialist Coaches+ (SISC+) di pejabat pendidikan daerah Petaling Perdana, Selangor.
  • 4. 4 SINOPSIS Dahlia sedang berlatih bola jarring bersama-sama dengan rakan-rakannyadi padang sekolah. Ketika itu, Dahlia teringat akan emaknya, saleha yang yang bersikap pelik sejak akhir- akhir ini. bercakap sendirian di bawah pokok getah dan merayau tidak tentu arah apabila menjelangnya waktu senja Azhari menemui Dahlia di kantin sekolah. Dia bertanya khabar Dahlia, persedian Dahlia untuk menghadapi peperiksaan STPM, dan menyatakan hajatnya untuk membawa keluarganya ke rumah Dahlia untuk membincangkan hubungan mereka dengan lebih serius. Dahlia menyatakan pendiriannya kepada Azhari bahawa keutamaannya adalah untuk memberikan perhatian terhadap pelajaran dan membantu keluarganya terlebih dahulu berbanding dengan memikirkan soal perkahwinan. Azhari menghantar Dahlia pulang ke rumahnya. Kepulangan Dahlia disambut dengan sindiran daripada jirannya, Aton dan tangisan adik bongsunya, Anggerik. Tindakan Dahlia yang berusaha memujuk dan membawa emaknya yang mengalami masalah kemurungan dengan bercakap sendirian dan sesekali ketawa di kebun getah balik kerumah menemukan kegagalan. Sementara itu, Nek kiah meluah kan rasa tidak puas hatinya terhadap menantunya, embong yang dikatakan menjadi punca nasib malang sahela sejak mereka berkahwin hingga mempunyai enam orang anak. Sahela yang mengalami kemurungan terpaksa dihantar ke hospital Batu pahat untuk menjalani rawatan pemulihan. Embong meluahkan masalahnya kepada Dahlia tentang kesukarannya untuk memetik buah kelapa sawit di kebun Haji sulaiman di kampong sebelah
  • 5. 5 kerana tiada orang untuk menjaga Anggerik. Embong memarahi anaknya, Abu Bakar kerana menjadi gelandangan selama tiga hari. Oleh sebab berasa takut Abu Bakar kembali melarikan diri dalam kepekatan malam. Dahlia tiba di Hospital Batu Pahat untuk melawat emaknya. Namun begitu, Haji Sulaiman memaklumkan bahawa emaknya telah dipindahkan ke hospital permai di Johor Bahru, Johor. Dahlia memutuskan untuk tidak hadir kesekolah kerana Anggerik demam panas. Dahlia juga berusaha untuk menyelamatkan Said yang tenggelam di dasar sungai tetapi menemukan kegagalan.sebaliknya, Aton menuduh Embong sebagai perancang kematian anak tunggalnya Said. Dahlia pula dikatakan pembunuh anaknya hingga sesetengah penduduk kampong yang tidak tahu akan cerita sebenar turut terpengaruh oleh cerita palsu Aton. Dahlia membawa Anggerik ke klinik dengan bantuan Najib dan kavita. Sementara itu, seman menfitnah adik iparnya, iaitu Embong kepada ibunya, Nek Kiah yang dikatakan menjadi punca sahela menjadi gila. Seman memujuk emaknya agar menjual tanah pusaka termasuk tapak rumah Embong. Dahlia melawat emaknya di Hospital permai, Johor Bahru. Secara tidak sengaja, dia berjumpa dengan Najib yang bertugas di Hospital itu sebagai pekerja sementara Embong pula mendapati dua ekor kambingnya telah dicuri. Pelbagai peristiwa berlaku kepada Dahlia sekeluarga.Antaranya keluarga Azhari ke rumah Dahlia untuk merisiknya.Embong dipatuk oleh seekor ular tedung sewaktu berada di bilik mandi dan terpaksa ditahan di wad lelaki ,Hospital Batu Pahat selama seminggu.Nek Kiah pula memberitahu Dahlia bahawa tanah tapak rumahnya akan dijual.Kedatangan Najib dan Azhari secara kebetulan ke rumah Dahlia telah menyebabkan neneknya beranggapan bahawa dia ialah perempuan yang tidak baik.Akibat dendam yang membara,Aton semakin galak menyindir dan menfitnah Dahlia sebagai perempuan yang rendah akhlak semasa mereka bersama-sama
  • 6. 6 menyediakan hidangan untuk Majlis Maulidur Rasul peringkat kampung Parit Haji Rais.Kata- kata fitnah Aton itu telah mengundang rasa marah Abu Bakar.Abu Bakar cuba menyerang aton tetapi berjaya dihalang oleh Haji Sulaiman.Ketika di rumah,Abu Bakar memujuk kakaknya yang sedang menangis dan bersedih atas tohmahan dan fitnah Aton itu.Abu Bakar juga mengakui kesalahannya yang mencuri dan menjual kambing milik ayahnya. Ketika mengemas bawah rumah,Abu Bakar telah menemukan dua biji telur ayam berwarna hitam dan berbau busuk.Telur itu mengandungi pelbagai bahan untuk tujuan sihir dan khianat kepada keluarganya .Dahlia meminta Abu Bakar membuang telur-telur ayam itu ke dalam sunga.Dahlia ke rumah Nek Kiah dan mendapati neneknya terbaring kesakitan.Dahlia cuba membantu neneknya tetapi dihalau dengan alasan tidak mahu rumahnya didatangi sial.Rakan-rakan Dahlia dan Cikgu Hisyam gembira apabila Dahlia hadir ke sekolah semula.Sekembalinya dari sekolah,Dahlia mendapati emaknya telah dibenarkan pulang ke rumah.Nek Kiah dimasukkan ke wad wanita,Hospital Batu Pahat kerana sakit.Embong sekeluarga bergilir-gilir menjaga Nek Kiah selama dia berada di hospital itu.Nek Kiah berasa bersalah atas sikapnya prejudisnya terhadap Embong sekeluarga.Nek Kiah tinggal di rumah Embong setelah dibenarkan pulang dari Hospital Batu Pahat. Banjir besar telah melanda Kampung Parit Haji Rais.Penduduk kampung terpaksa dipindahkan ke surau dan balai raya.Menurut Haji Sulaiman,banjir yang berlaku di kampung mereka adalah untuk mencuci segala kotoran yang ada di kampung itu.Nek Kiah meminta Embong sekeluarga menetap di rumahnya selepas banjir berakhir dan air surut kerana rumah Embong musnah.Penduduk kampung kembali mengamalkan budaya muafakat.Kaum lelaki bergotong-royong membina rumah Embong,manakala kaum wanita bekerjasama menyediakan hidangan.
  • 7. 7 Dahlia tekun belajar dan berjaya menghadapi peperiksaan STPM dengan jayanya.Cikgu Daim membawa khabar berita buat Dahlia ,iaitu dia terpilih untuk mengikuti Kursus Pengurusan Perniagaan peringkat ijazah pertama selama empat tahun di Jepun.Sebelum itu,Dahlia diwajibkan mengikuti kursus bahasa jepun selama enam bulan di Universiti Malaya,Kuala Lumpur.Majlis pertunangan antara Dahlia dan Azhari selamat dijalankan pada 30 Disember walaupun tanpa upacara menyarungkan cincin.Azhari menemui Dahlia di stesen bas sebelum bas ekspres bertolak ke Kuala Lumpur dan mengucapkan Koi-bito kepada Dahlia.Azhari menghadiahi Dahlia sehelai songket merah berbenang emas sebagai simbol bahawa mereka ialah orang Melayu yang kaya dengan adat dan budi bahasa.
  • 8. 8 Tema Novel “Songket Berbenang Emas” bertemankan kegigihan seorang gadis dalam menempuh berbagai-bagai cabaran dan dugaan. Persoalan  Persoalan kasih sayang anak terhadap ibu kandung.  Persoalan intergriti dalam menjalankan tanggungjawab.  Persoalan kepentingan ilmu dalam kehidupan.  Persoalan tanggungjawab anak sulong terhadap kesihatan dan kesejahteraan ibu bapa .  Persoalan kebijaksanaan dalam aspek pengurusan masa secara berkualiti.  Persoalan keberanian menggadaikan nyawa untuk menyelamatkan nyawa orang lain.  Persoalan kepercayaan karut yang menebal dalam kalangan masyarakat.  Persoalan pengamalan budaya melayu dan warisan bangsa.  Persoalan keinsafan terhadap tindakan yang salah.  Persoalan ketegasan membuat keputusan.  Persoalan demdam kesumat yang memusnahkan maruah orang lain.  Persoalan ketamakan wang ringgit hingga sanggup menzalimi saudara kandung.  Persoalan keadilan dalam menentukan hukuman.  Persoalan kepentingan amalan kerjasama dalam kalangan masyarakat kampung.
  • 9. 9 Watakdan Perwatakan Dahlia  Berusia 19 tahun  Anak sulung daripada enam adik –beradik  Murid tingkatan enam atas dan menuntut di sekolah Perempuan Temenggung Ibrahim, Batu pahat.  Berjaya melanjutkan pelajaran dalm kursus perguruan perniagaan peringkat ijazah pertama selama empat tahun di jepun.  Tunang kepada Azhari.  Berani, cekal, bijaksana, rasional, dan berpendirian tegas.  Bertanggungjawab dan penyayang.  Taat akan ibu bapa.  Berpandangan jauh, jujur, dan suka berterus terang baik hati, berhemah tinggi, rajin, dan berdikari.  Bijak menyimpan rahsia  Mengamalkan semangat bermuafakat.  Berfikiran positif dan optimis.  Taat akan perintah agama.  Memeliki sifat setia kawan.
  • 10. 10 Embong  Bapa Dahlia . Berasal dari Melaka.  Seorang ketua keluarga yang bertanggungjawab. Beliau tidak mahu anakanaknya berhenti sekolah dan mengatakan beliau akan bertanggungjawab menyara kehidupan mereka walaupun isterinya sakit.  Seorang yang penyayang sangat menyayangi isteri dan anak-anaknya  Seorang yang percaya akan kehendak takdir Isterinya menjadi kurang siuman  Seorang yang penyabar Sanggup dihina oleh ibu mentuanya sendiri kerana hidup miskin.  Seorang yang mementingkan ilmu untuk anak-anaknya menyuruh Dahlia pergi ke sekolah dan akan menguruskan hal adik-adik Dahlia  Seorang yang berani Embong berani membunuh ular sawa yang membelit badannya. Saleha  Ibu Dahlia  Berumur 39 tahun  Mempunyai enam orang anak (Dahlia,Melati,Kiambang, Mawar,Anggerik dan Abu Bakar)  Menghidap penyakit kemurungan akibat terkena buatan orang  Bekerja sebagai penoreh getah  Seorang yang penyayang- semasa sihat ,beliau yang menjaga semua keperluan anak- anaknya.
  • 11. 11 Azhari  Berkumis nipis  Bermuka bulat  Tinggi  Kacak  Pelajar senior di sekolah Dahlia iaitu Sekolah Menengah Tun Ismail.  Berpendidikan tinggi- baru mendapat segulung ijazah  Suka akan Dahlia  Seorang yang suka memberi nasihat- menyuruh Dahlia belajar bersungguhsungguh(  Seorang yang pandai memujuk- Dia pandai memujuk Dahlia agar menerima lamarannya. Siti Wangi  Sahabat Dahlia  Bermuka bulat  Sentiasa ceria
  • 12. 12 Tauke Lim  Berbangsa Cina  Seorang yang suka membantu keluarga Dahlia- sanggup membantu keluargaDahlia dengan memberi hutang. Beliau juga sanggup memberi wang kepada Embong untuk dibayar kepada Nek Kiah yang berhasrat menjual tanah tempat mereka tinggal.  Seorang yang baik budi kerana memberi keluarga Dahlia berhutang  Seorang yang prihatin akan masalah orang lain- Sangat prihatin atas nasib keluarga Embong  Seorang yang pemurah- menyumbangkan barang-barang untuk sambutan Maulidur Rasul. Beliau juga memberi wang sebanyak RM300 kepada Dahlia yang akan melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya sebelum ke Jepun.  Seorang yang setia kawan – menganggap dia dan Embong sudah berkawan lama  Seorang yang pandai bergaul- Walaupun Tauke Lim berbangsa Cina tetapi beliau amat disenangi oleh orang-orang kampung kerana pandai bergaul. Nek Kiah   Ibu Saleha  Suka membandingkan antara anaknya- Nek Kiah suka membandingkan anak-anaknya dengan keluarga Dahlia yang hidup dalam kemiskinan. Nek Kiah lebih menyayangi cucu-cucunya yang lain.  Tidak suka akan keluarga Dahlia kerana hidup dalam kemiskinan – Nek Kiah tidak suka akan keluarga Dahlia. Apabila keluarga Dahlia dalam kesusahan, dia langsung tidak
  • 13. 13 membantu malah menyalahkan Saleha yang berkahwin dengan Embong yang tidak diketahui asal usulnya.  Seorang yang pemarah  Seorang yang suka mempercayai perkara tahyul- Nek Kiah mengatakan rumah Dahlia ada hantu. Dia menggores kapur di setiap pintu kerana dipercayai boleh menghalau hantu.  Seorang yang mementingkan diri- Nek Kiah tidak mengambil tahu akan keperitan hidup cucunya setelah Saleha dimasukkan ke hospital.
  • 14. 14 Latar Tempat  Padang bola jaring –Dahlia berlatih bola jaring bersama dengan rakannya, Siti Wangi.  Kantin – Tempat Azhari menunggu Dahlia.  SMK Tun Ismail – lima kilometer dari kampung halaman, tempat Azhari dan Dahlia pernah belajar sewaktu Dahlia Tingkatan satu dan Azhari Tingkatan Lima.  Sekolah Menengah Temenggung Ibrahim- Dahlia menimba ilmu sebagai pelajar tingkatan enam. Dia tinggal di asrama sekolah ini.  Bilik Kerjaya- Dahlia bertemu dengan Cikgu Hisyam di bilik ini, Cikgu Hisyam mendapat tahu masalah Dahlia daripada Kavita.  Kebun getah- 20 meter dari rumah seluas lima ekar tempat Saleha menoreh getah  Kampung Parit Haji Rais – Tempat tinggal Dahlia  . Di sini, Dahlia menjaga adik-adiknya, Melati, Kiambang, Mawar, dan Anggerik setelah emaknya dirawat di hospital.  Hospital Batu Pahat (Wad 6) -Tempat Saleha dibawa untuk mendapatkan rawatan pada peringkat awal  Hospital Batu Pahat (Wad 4)- Abah Dahlia dirawat di hospital ini setelah dipatuk ular.  Hospital Permai, Johor Bahru – Tempat emak Dahlia dirawat di bilik 16. Di sini juga Azhari bekerja sementara setelah mendapat segulung ijazah.  Sungai –kira-kira 45 meter dari rumah Dahlia. Dahlia cuba menyelamatkan Said yang lemas di sungai ini.  Kebun kelapa sawit di Parit Haji Kadir- Kira-kira dua kilometer dari rumah Dahlia di sinilah Embong memotong kelapa sawit setelah pulang dari rumah Aton. Di kebun kelapa sawit inilah ular sawa telah membelit Embong.
  • 15. 15 Sekolah Kebangsaan Jelotong- Said dan Melati bersekolah di sini .  Rumah Aton kira-kira 150 meter dari rumah Dahlia. Dahlia disindir oleh Aton kerana dikatakan Dahlialah yang menyebabkan Said mati lemas.  Balai raya Kampung Parit Haji Rais- Beberapa orang penduduk bergotong – royong semasa majlis sambutan Maulidur Rasul. Selain itu, di sini juga menjadi tempat pemindahan mangsa banjir yang berlaku di kampong Dahlia.
  • 16. 16 Latar Masa  Petang – Azhari menghantar Dahlia balik ke kampungnya dari asrama  Maghrib- Sehingga maghrib Saleha belum pulang ke rumah .kentung azan pun sudah bergema  Pagi- Dahlia menunggu bas untuk ke sekolah  Malam- Haji Sulaiman datang bersama dengan tiga orang pekerja hospital  Empat bulan sebelum peperiksaan STPM- Cikgu Salwani tidak membenarkan Dahlia keluar dari asrama kerana periksaan STPM hanya tinggal empat bulan sahaja.  Pukul 8:30 malam- Kambing Embong hilang dicuri orang.  Pukul 3:41 petang –Dahlia menunggu di luar wad untuk melawat abahnya.  Tidak sampai seminggu- Embong dirawat di Hospital Batu Pahat.  Pada waktu petang selepas solat Jumaat- Abu Bakar menemui Dahlia dan bertanyakan sama ada abah mereka masih marah akan tindakannya menjual kambing abahnya.
  • 17. 17 Latar masyarakat 1. Masyarakat kampung - Mereka tinggal di Kampung Parit Haji Rais. Haji Sulaiman merupakan ketua kampung di situ. Masyarakat kampung yang lain ialah Mak Aji, Aton, Embong, Tauke Lim dan lain-lain. - Mereka hidup bekerjasama antara satu sama lain setelah dinasihati oleh Haji Sulaiman semasa gotong-royong untuk sambutan Majlis Mauludir Rasul. 2. Masyarakat guru - Cikgu Salwani (Warden asrama) dan Cikgu Hisyam, guru kelas Dahlia. - Cikgu Salwani marah apabila Dahlia mengambil keputusan untuk keluar dari asrama. - Cikgu Hisyam menasihati Dahlia supaya meneruskan persekolahannya kerana dia sorang yang bijak . 3. Masyarakat pelajar - Dahlia, Siti Wangi, Najib dan Kavita merupakan pelajar sekolah. - Mereka bersekolah di Sekolah Menengah Temenggung Ibrahim. - Mereka mewakili pelajar yang aktif dalam kokurikulum. 4. Masyarakat yang saling membantu – Haji Sulaiman selaku ketua kampung membantu keluarga Dahlia / Tempat Embong meluahkan perasaan
  • 18. 18 –Tauke Lim membantu memberi hutang kepada keluarga Dahlia. 5. Masyarakat yang bertanggungjawab - Haji Sulaiman bertanggungjawab membantu anak buahnya,Embong yang menghadapi masalah
  • 19. 19 NILAI 1. Keberanian  Embong berani membunuh ular sawa yang cuba membelitnya.  Dahlia berani terjun ke dalam sungai untuk menyelamatkan Said. 2. Setia kawan  Kavita seorang yang setia kawan apabila dia sanggup membuat salinan nota – nota untuk diberikan kepada Dahlia yang kerap tidak hadir ke sekolah kerana masalah keluarganya. 3. Pengorbanan  Dahlia sanggup berkorban demi menjaga adik-adiknya sewaktu emaknya dirawat di hospital. Dia sanggup ponteng sekolah kerana ingin menguruskan adikadiknya dan menjaga adiknya, Anggerik yang sakit. Dahlia juga sanggup keluar dari asrama sedangkan hanya tinggal beberapa bulan lagi sebelum menduduki STPM.  Embong sanggup berkorban bekerja dari pagi hingga malam untuk mencari rezeki. 4. Keikhlasan  Tauke Lim ikhlas membantu keluarga Dahlia tanpa mengharapkan sebarang balasan.  Beliau juga ikhlas memberi hutang kepada keluarga Dahlia.  Beliau ikhlas memberi wang sebanyak RM300 untuk perbelanjaan Dahlia di Universiti Malaya.
  • 20. 20  Beliau ikhlas memberi sumbangan barang-barang sewaktu sambutan Maulidur Rasul yang diadakan di balai raya.  Haji Sulaiman juga ikhlas membantu keluarga Dahlia.Beliau membantu menghantar Dahlia ke stesen bas untuk ke Univesiti Malaya. 6. Nasihat- menasihati  Haji Sulaiman menasihati penduduk Kampung Parit Haji Rais supaya mengamalkan sikap bekerjasama dan sedia membantu jiran tetangga yang susah.  Cikgu Hisyam menasihati Dahlia agar ke sekolah kerana dia merupakan pelajar yang berpotensi untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam STPM. 7. Kerjasama  Penduduk kampung bekerjasama setelah ditegur oleh Haji Sulaiman. Mereka bekerjasama membina rumah Embong yang roboh dilanda banjir.  Penduduk kampung juga bekerjasama mengumpulkan wang untuk diserahkan kepada Dahlia yang akan melanjutkan pelajaran.  Haji Sulaiman bekerjasama dengan Hospital Batu Pahat untuk merawat Saleha.
  • 21. 21 PENGAJARAN 1. Kita mestilah berfikir secara rasional dalam membuat keputusan. 2. Kita perlulah berikhtiar untuk mengurangkan bebanan atau masalh yang ditanggung. 3. Kita haus bertanggungjawab terhadap tugas yang diamanahkan. 4. Kita hendaklah ikhlas dalam menghulurkan bantuan. 5. Kita sepatutnya menghargai budaya dan warisan bangsa. 6. Kita mestilah bersikap adil sebelum menentukan hukuman. 7. Kita janganlah menjadi pendendam sehingga memusnahkan maruah orang lain. BINAAN PLOT Plot novel ini mengikut kronologi urutan masa. Permulaan Dahlia pelajar tingkatan enam atas sedang menjalani latihan bola jaring di padang bola jaring.Mereka berlatih kerana ada perlawanan dengan pelajar-pelajar enam rendah.Semasa berhenti rehat, Dahlia teringat akan emaknya yang hilang ingatan.Azhari datang menemuinya di kantin sekolah dan memberitahu dia sudah tamat pengajiannya di universiti . Dia menyuarakan hasrat mahu merisik Dahlia. Pada petang itu, Azhari menghantar Dahlia pulang ke rumahnya di Kampung Parit Haji Rais.
  • 22. 22 Perkembangan Dahlia amat sedih apabila melihat keadaan emaknya, Saleha yang berada di kebun getah pada waktu senja. Emaknya sudah tidak mengenalinya lagi. Dahlia dan abahnya memujuk emaknya balik ke rumah dengan bantuan orang kampung.Nek Kiah menyalahkan Embong yang menyebabkan Saleha menjadi kurang siuman. Dengan bantuan Haji Sulaiman, Saleha dibawa ke Hospital Batu Pahat dan seterusnya dihantar ke Hospital Permai di Johor Bahru kerana keadaannya semakin serius.Dahlia terpaksa keluar dari asrama dan kerap ponteng sekolah kerana menguruskan adik-adiknya.Abah Dahlia pula dimasukkan ke wad kerana dipatuk ular. Perumitan/Konflik · Seman telah datang ke rumah Nek Kiah dan memujuknya untuk menjual tanah yang menjadi kawasan tempat tinggal Dahlia sekeluarga. Nek Kiah mahu Dahlia dan keluarganya berpindah sekiranya tidak mampu membayar sebanyak RM15,000.Dahlia tertekan kerana keluarganya tidak mampu untuk menyediakan wang sebanyak itu. · Aton menyalahkan Dahlia yang menyebabkan anaknya, Said mati lemas sedangkan Dahlia telah berusaha untuk menyelamatkan Said. · Nek Kiah memandang serong terhadap Dahlia atas kehadiran Azhari dan Najib ke
  • 23. 23 rumah Dahlia.Begitu juga dengan Aton yang sering menyindir Dahlia. · Najib cuba untuk memikat hati Dahlia. Begitu juga dengan Azhari yang telah datang merisik Dahlia kerana bimbang Dahlia dipikat oleh orang lain. · Penduduk kampung sudah jarang mengamalkan sikap bantu-membantu dan prihatin terhadap orang lain. Selaku ketua kampung Haji Sulaiman menasihati orang-orang kampungnya agar bersatu dan prihatin kepada jiran tetangga. Klimaks/Kemuncak Abu Bakar menjumpai kain merah yang sudah reput yang membungkus telur ayam yang mengandungi jarum peniti, cincin akik, butiran pasir dan paku. Dahlia menyuruh Abu bakar membuangnya ke sungai. Selepas itu, Saleha sudah sembuh dan dibenarkan pulang ke rumahnya.Nek Kiah pula sakit dan dirawat di hospital selama dua hari. Keluarga Dahlialah yang menjaganya. Setelah keluar dari wad, Nek Kiah tinggal dengan keluarga Dahlia sehingga benar-benar pulih.Nek Kiah mula berubah dan berbaik semula dengan keluarga Dahlia. Banjir yang berlaku di Kampung Parit Haji Rais telah membawa hikmah apabila penduduk
  • 24. 24 kampung bersatu dan bergotong-royong membina rumah Embong yang roboh dilanda banjir setelah dinasihati oleh Haji Sulaiman. Peleraian/ Pengakhiran -Dahlia tinggal di asrama semula kerana peperiksaan STPM semakin hampir.Keluarga Azhari menetapkan tarikh pertunangan Dahlia selepas peperiksaan STPM tamat..Kedatangan Cikgu Daim membawa berita gembira apabila Dahlia terpilih untuk mengikuti pengajian di Jepun selama empat tahun. Sebelum ke Jepun ,Dahlia perlu mengikuti kursus bahasa Jepun di Universiti Malaya selama enam bulan. Majlis pertunangan Dahlia terlewat kerana jurucakap majlis lewat sampai. Azhari datang berjumpa Dahlia di stesen bas sebelum Dahlia bertolak ke Kuala Lumpur. Dia telah menghadiahkan songket berbenang emas berwarna merah kepada Dahlia. Azhari mahu Dahlia menjaga jati dirinya sebagai orang Melayu walaupun berada di mana-mana jua. TEKNIK PLOT 1.Teknik pemerian.Contohnya,pengarang memerihalkan gelagat pelajar perempuan ketika melihat Dahlia dan Azhari sedang minum di kantin sekolah. 2.Teknik dialog.Contohnya,dialog antara Dahlia dengan adiknya ,Melati ketika Dahlia meminta Melati ke kedai runcit Tauke Lim untuk membeli susu tepung yang sudah kehabisan dengan cara berhutang. 3.Teknik imbas kembali.Contohnya,Embong teringat kembali akan kata-kata Saleha yang memberitahunya tentang bayang-bayang yang mengejarnya dan suara-suara pelik yang menggangu hidupnya.
  • 25. 25 4.Teknik imbas muka.Contohnya Dahlia membayangkan wajah emaknya yang seakan-akan menjerit memanggilnya datang menjenguknya di Hospital Permai,Johor Baharu 5.Teknik konflik.Contohnya,konfli antara Embong dengan ibu mertuanya.Konflik ini berlaku apabila ibu mertuanya tidak merestui perkahwinan Saleha dengan Embong.Sementelah,Embong tiada berharta,yatim piatu,danmerupakan anak dagang.