SlideShare a Scribd company logo
1 of 21
Kertas kerja ini akan membataskan bahagian-bahagian berikut sepanjang
menganalisis hasil karya Rahman Haji Yusof yang bertajuk Warna Hati Seorang
Datin, iaitu :


1)      Sinopsis
2)      Tema
3)      Persoalan
4)      Watak Dan Perwatakan
            i.   Datin
           ii. Datuk
          iii. Siti Halijah
          iv. Jahara
           v. Cikgu Jalilah
          vi. Syarifah Aminah
          vii. Suhada
         viii. Atifah
          ix. Aziah, Azuan, Zek, Efa dan Basir
           x. Amri dan Zaleha
          xi. Taufik


5)      Latar
          i. Latar Masa
         ii. Latar Tempat
         iii. Latar Masyarakat
2)      Teknik Penceritaan
3)      Gaya Bahasa
4)      Nilai
          i. Nilai Pengajaran
         ii. Nilai Kemanusiaan




                                                                           1
WARNA HATI SEORANG DATIN
                                   ( Rahman Haji Yusof )


SINOPSIS
         Cerpen “Warna Hati Seorang Datin” karya Rahman Haji Yusof ini mengisahkan
seorang Datin yang cuba menyatukan kembali keluarganya apabila kematian suaminya,
Datuk. Semasa hayat Datuk, Datin cukup terluka kerana dimadukan. Datuk pernah
bernikah dengan seorang wanita dan mendapat dua orang anak, tetapi kemudiannya
bercerai ketika anak mereka masih kecil. Datuk kemudiannya bernikah dengan Syarifah
Aminah di Kelantan dan berpisah lagi setelah mendapat seorang anak. Ketika Datuk
menghembuskan nafas terakhirnya, beliau mempunyai dua orang isteri, iaitu Datin dan
Siti Halijah yang mempunyai dua orang anak yang masih kecil, yang bernama Zul dan
Zety. Datin yang terluka hatinya kerana dimadukan membenci akan madu-madunya. Dia
juga tidak berhasrat untuk mengenali anak-anak tirinya. Namun begitu, Datuk
mempunyai impian iaitu mahukan Datin menerima isteri dan anak-anaknya yang lain.
Oleh itu, untuk memenuhi impian Datuk, Datin cuba menyatukan kembali semua anak
Datuk, malah cuba bermesra dengan isteri dan bekas isteri Datuk pada hari kematian
Datuk.


TEMA
         Cerpen “Warna Hati Seorang Datin” karya Rahman Haji Yusof ini bertemakan
tentang hubungan kekeluargaan yang renggang. Pengarang memberikan penekanan
hubungan kekeluargaan yang dikaitkan dengan pengorbanan seorang isteri untuk
memenuhi hasrat arwah suaminya untuk menyatukan isteri dan anak-anaknya yang lain.
         Kebencian Datin terhadap madu dan anak-anak tirinya menyebabkan hubungan
antara mereka renggang dan tidak mesra. Oleh sebab Datin terlalu mengikut hatinya yang
terluka itu, hasrat Datuk yang mahu melihat keluarganya bersatu, terkubur bersamanya
pada hari kematiannya
         Walau bagaimanapun, kematian Datuk menyebabkan rasa kekosongan dalam diri
Datin dan dia mengharapkan kematian Datuk akan meninggalkan rasa insaf dalam setiap
keluarga. Baginya, kematian itu seharusnya dapat mengeratkan kasih sayang yang



                                                                                     2
terputus. . Keinsafan Datin membuatkannya nekad berusaha untuk mempertemukan
semua ahli keluarga untuk disatukan.
       Oleh yang demikian, Datin merasakan bahawa dia merupakan orang yang
bertanggungjawab mengambil peranan besar dalam menyatukan semula madu dan anak-
anak tirinya sebagaimana harapan arwah suaminya semasa masih hidup. Akhirnya,
impian Datin tertunai apabila berlaku sejarah pertemuan keluarga yang amat berharga di
rumah pusaka peninggalan arwah suaminya.




PERSOALAN


1. Kasih sayang.
Contoh: Datuk sangat menyayangi anak-anaknya iaitu Zety dan Zul.


2. Ketabahan dalam menghadapi cabaran rumah tangga.
Contoh: Siti Halijah sabar dan tabah dalam menghadapi cabaran hidup walaupun madu
dan anak-anak tiri sangat membencinya kerana dikatakan telah merampas suami orang.


3. Amalan poligami dan cerai dalam perkahwinan.
Contoh: Semasa hidup, Datuk pernah berkahwin dengan empat orang isteri. Walau
bagaimanapun, hanya isteri pertama dan isteri keempat yang kekal manakala isteri kedua
dan ketiga telah diceraikannya. Semasa hayatnya Datuk merupakan seorang yang
mempunyai dua orang isteri iaitu Datin Dan siti Halijah.Datuk juga pernah berkahwin
dengan Cikgu Juliah dan Syarifah Aminah tetapi tidak kekal kerana mereka bercerai.


4. Permasalahan hidup isteri yang dimadukan suami / pergolakan dalam alam
rumah tangga kesan daripada amalan poligami.
Contoh;   Datin    amat   benci   dengan   madunya   iaitu   Siti   Halijah   dan   anak-
anaknya.Sehinggakan dia mendidik anak-anaknya membenci madu dan darah dagingnya




                                                                                       3
5. Kerjasama dalam melakukan sesuatu kerja.
Contoh: Semasa kematian Datuk, jiran-jiran tetangga, sahabat handai dan saudara-mara
telah datang untuk menolong menyelesaikan tugas agar pemergian Datuk berjalan dengan
teratur dan selesai dalam waktu yang paling singkat. Semangat bekerjasama yang
ditonjolkan ini sepatutnya dapat dijadikan teladan kepada semua.


6. Kerengganan hubungan kasih sayang ayah dengan anak
Contoh; Hubungan Datuk dengan sembilan orang anaknya sangat renggang dan tidak
akrab seperti dahulu setelah anak-anaknya dewasa. Malah ada di antara anak – anaknya
yang hampir tidak mengenalinya.


7. Persoalan tanggungjawab seorang lelaki dalam rumah tangganya sebagai suami.
Contoh; Datuk telah menikahi dengan beberapa orang wanita tetapi beliau tidak
bertanggungjawab melaksanakan peranannya sebagai suami untuk membimbing dan
melindungi ahli keluarganya. Datuk menjatuhkan talak kepada Cikgu Jalilah       dan
Syarifah Aminah sehingga anak-anaknya tidak mengenalinya sebagai ayah mereka. Ini
kerana Datuk menceraikan isterinya ketika anak – anak mereka masih kecil. Akibat
tindakan Datuk ini, keadaan keluarganya menjadi kucar-kacir dan saling benci-
membenci.


8. Persoalan rasional dan bertimbang rasa dalam membuat keputusan.
Contoh; Persoalan ini merujuk kepada Datin, iaitu Datin tidak seharusnya mengikut
perasaan dan kata hatinya semata-mata tanpa berfikir akan kebaikan niat Datuk yang
ingin menyatukan keluarga besar mereka. Walaupun Datin dilukai, seharusnya dia cuba
memahami sebab dan alasan Datuk berkahwin lain. Natijah daripada keputusan melulu
dan sikap tidak bertimbang rasa Datin ketika itu telah menghasilkan perpecahan dan
pemusuhan antara anak-anaknya dan anak-anak tirinya. Malah madu-madunya juga
berasa bimbang dan was-was apabila melihat Datin cuba untuk melakukan sesuatu yang
baik pada hari kematian Datuk.




                                                                                   4
9. Persoalan keretakan silaturahim antara ahli keluarga.
Contoh; Ahli keluarga seharusnya mempunyai perhubungan yang erat dan saling sayang-
menyayangi. Kebahagiaan sesebuah keluarga bergantung kepada corak yang ditentukan
oleh ibu bapa. Cerpen ini memperlihatkan keluarga besar Datuk yang berpecah belah dan
saling benci-membenci sesama mereka. Tindakan Datin yang mengikut perasaan dan
sikap Datuk yang      tidak cuba mempertemukan anak-anaknya di serata Malaysia
menyebabkan ada antara anak-anaknya terpinggir, membenci dan membawa diri.


10. Persoalan semangat cinta terhadap negara dalam kalangan masyarakat
Malaysia.
Contoh; Malaysia adalah negara bertuah kerana bebas daripada masalah besar seperti
bencana alam, krisis ekonomi, jenayah antarabangsa, perpecahan kaum dan rusuhan,
ancaman pengganas, peperangan dan pembunuhan dan sebagainya. Justeru, sebagai
warganegara Malaysia, kita seharusnya bersyukur dan mempunyai jiwa merdeka dan
semangat kenegaraan yang tinggi terhadap tanah air kita. Jadikanlah peristiwa 13 Mei
sebagai iktibar terbaik agar keharmonian hidup pelbagai kaum ini terpelihara daripada
bisikan oleh mereka yang berniat menghancurkan kedaulatan negara kita. Kita perlu
mencontohi semangat Datuk yang berusaha bersungguh- sungguh menyedarkan dan
memupuk semangat patriotisme ke dalam jiwa penduduk di sekitar taman perumahannya.


11. Persoalan pengamalan nilai-nilai murni dalam kehidupan masyarakat.
Contoh; Nilai-nilai murni adalah sifat-sifat yang baik yang seharusnya menjadi pegangan
setiap orang. Masyarakat yang mempunyai kesedaran sivik dan berjiwa murni akan
melahirkan individu yang penyayang dan peka dengan keadaan sekelilingnya. Kita
contohilah masyarakat di taman perumahan Datuk yang berduyun-duyun menziarahi,
membantu dan bergotong-royong, menyumbang derma serta memberikan suntikan dan
kata-kata semangat kepada Datin yang telah kematian suaminya. Malah mereka sangat
menghormati Datuk yang telah berjasa dan berbakti kepada masyarakat mahu pun negara
semasa hayatnya.




                                                                                     5
WATAK DAN PERWATAKAN


1. Datin
→       Watak utama dalam cerita.
→       Merupakan isteri tua Datuk dan kekal menjadi isteri sehingga nafasnya yang
terakhir dan mempunyai sembilan orang anak hasil perkongsian hidup dengan Datuk iaitu
antaranya Jahara, Suhada, Afifah, Aziah, Azuan, Zek, Efa, Basir. Seorang anaknya iaitu
Basir mengalami cacat anggota.
→       Berasa terluka kerana dimadukan dan membenci madu-madu dan anak-anak
tirinya. Oleh sebab itu dia enggan berbaik-baik dengan mereka. Datin sangat membenci
madunya yang bernama Siti Halijah sebelum kematian Datuk. Contoh: Datin
menganggap Siti Halijah sebagai perampas suami.
→       Memainkan peranan agar anak-anaknya tidak mengenali adik-beradik tiri mereka
yang lain walaupun titisan darah di tubuh masing-masing adalah titisan darah daripada
seorang bapa dengan menghasut dan meracuni pemikiran anak-anak cupaya membenci
isteri dan anak-anak datuk yang lain.
→       Insaf akan kesilapan diri. Contoh: Datin yang membenci madu-madunya termasuk
anak-anak tirinya menaruh insaf yang mendalam di dalam diri dengan cuba untuk
memperbaiki hubungan antara mereka supaya kasih sayang yang terputus kembali
terjalin.
→       Datin seorang yang keras hati kerana dia tetap bertegas mendengar kata hatinya
yang dilukai. Akibatnya, hasrat Datuk untuk memperkenalkan dan menyatukan dia
dengan madu dan anak tirinya semasa hayatnya telah gagal.
→       Datin berpendapat bahawa Datuk telah melakukan kesilapan apabila tidak
merancang pertemuan anak-anak khususnya yang menjauhkan diri seperti Taufik
(Kelantan), Amri (Kota Kinabalu) dan Zaleha (Sarawak). Malah anak-anak yang tua
tidak dibajai perasaan menyayangi adik-beradik. Seharusnya Datuk memberitahu kepada
mereka mengenai adik-beradik yang lain dan bukannya menyimpan rahsia sehingga
membiarkan Amri dan Zaleha menjalani kehidupan sendirian. (halaman 69).




                                                                                    6
→       Seorang yang pemarah dan bertindak melulu. Contoh, madunya, Siti Halijah
menjadi tergamam apabila Datin menelefonnya kerana bimbang Datin mahu
menyerangnya sekali lagi sebagaimana peristiwa lima tahun yang lalu. (halaman 61).
→       Datin bersikap ikhlas untuk menerima dan berbaik-baik dengan madu-madunya.
Keikhlasannya itu mendorongnya untuk menelefon madu-madunya dan mempertemukan
semua ahli keluarga Datuk bersama-sama pada hari kematian itu. Malah dia berhasrat
untuk memanggil mereka menetap bersamanya di rumah itu. (halaman 74).
→       Dia berbelas kasihan dan penyayang terhadap anak yatim. Melihat Zety yang
tertidur di sebelah jenazah ayahnya, Datin meminta Zety ditidurkan di dalam biliknya.
Dia berasa kasihan terhadap Zety dan entah mengapa dia menaruh rasa insaf yang
mendalam di sudut hatinya. (halaman 68).
→       Datin mempunyai sikap yang mudah mesra. Dalam masa yang singkat, Datin
mudah serasi dengan Zety dan Zul dan menganggap anak-anak tirinya itu bagai anaknya
sendiri. Dia melayan mereka dengan mesra dan baik sekali. Layanan ini menimbulkan
kebencian anak-anak Datin yang sedang memerhatikannya. (halaman 68).
→       Akhirnya Datin insaf dan bersikap pemaaf serta terbuka pada hari pemergian
Datuk. Buktinya, “Datin menyambut dengan penuh terharu. Mereka bersalaman.
Berpelukan. Sama-sama merenung ke dalam mata masing-masing.” Dalam halaman 61,
Datin akhirnya insaf dan menerima Siti Halijah. Datin tidak lagi benci-membenci dan
beriri hati seperti masa lalu.




2. Datuk
- Merupakan watak kedua terpenting yang meninggal dunia dan menjadi titik tolak plot
cerpen ini. Dia adalah seorang pemimpin rukun tetangga yang dikasihi, dihormati dan
disegani oleh semua anak buahnya. Datuk adalah pemimpin yang tetap unggul kerana
kewibawaan yang dimilikinya. (halaman 58).
- Datuk merupakan bekas pegawai tinggi kerajaan. Semasa Allahyarham Tun Abdul
Razak merancang untuk membuka FELDA, Datuk terlibat sama. (halaman 75)
- Seorang pemimpin yang dikasihi, dihormati dan disegani. Semasa peristiwa 13 Mei,
Datuk mendapat layanan baik daripada kaum Cina kerana Datuk dianggap seorang


                                                                                       7
pegawai kerajaan yang berjasa. Dia mendapat kawalan baik daripada kaum bukan
Melayu. (halaman 76).
- Pernah menikahi empat orang wanita. Dua daripadanya kekal menjadi isteri sehingga
nafasnya yang terakhir. Isteri pertamanya adalah Datin yang mengikat mati kasihnya.
Isteri kedua bernama Cikgu Jalilah dan isteri ketiga ialah Syarifah Aminah daripada
Kelantan. Kedua-duanya diceraikan sebelum akhirnya Datuk menikahi Siti Halijah yang
menjadi isteri muda Datuk. (halaman 60)
- Seorang yang mengamalkan sikap kesederhanaan dalam kehidupan. Contoh: Datuk
lebih senang tinggal di kawasan perumahan yang sederhana tetapi dihuni oleh pelbagai
kaum.
- Datuk dikurniakan 14 orang anak daripada keempat-empat isterinya. Bersama Datin,
Datuk memperoleh sembilan orang anak, iaitu Jahara, Suhada, Afifah, Aziah, Azuan,
Zek, Efa, dan Basir (cacat anggota); bersama Cikgu Jalilah pula Datuk memperoleh Amri
dan Zaleha yang masing-masing kini menetap di Sabah dan Sarawak. Pernikahan dengan
Syarifah Aminah pula, Datuk dianugerahi seorang anak perempuan bernama Taufik. Dia
kekal menetap di Kelantan. Melalui Siti Halijah, Datuk mendapat dua orang cahaya mata
yang amat dikasihinya, iaitu Zety dan Zul. Anak-anaknya yang bongsu ini menjadi
tempat Datuk mencurahkan segala kasih sayang yang ada.
- Seorang yang banyak berjasa kepada masyarakat. Contoh: Datuk mempunyai jasa yang
besar terhadap kawasan perumahan dengan berjaya menyatupadukan pelbagai kaum yang
ada di kawasan tersebut.
- Seorang yang kurang bertanggungjawab terhadap anak-anak. Contohnya: Setelah
bercerai dengan cikgu Jalilah, Datuk telah mengabaikan tanggungjawab dengan
membiarkan anak-anak hasil perkongsian hidup mereka hidup sendiri iaitu Amri dan
Zaleha.
- Punca kepada kerenggangan hubungan keluarga. Contoh: Semasa masih hidup, Datuk
gagal mengeratkan hubungan kasih sayang bersama anak-anak sendiri kerana sikap
Datuk sendiri yang tiada usaha untuk menghimpunkan anak-anak pada suatu pertemuan.
- “Datuk seorang yang disayangi oleh teman-teman. Jasa-jasanya terhadap kawasan
perumahan di situ terlalu besar dan perlu dicontohi.” (halaman 62)
- Hasrat Datuk menyatukan keluarganya tertunai setelah kematiannya. Kematiannya telah



                                                                                      8
menebus kerenggangan antara ahli keluarga yang disebabkan oleh kegagalannya
menghimpunkan anak- anaknya. Pada hari pengebumiannya, semua isteri dan anaknya
bertemu di bawah satu bumbung.
- Seorang yang berjiwa patriotik. Dia sempat menanamkan betapa pentingnya perasaan
cinta akan negara kepada setiap penduduk di kawasan perumahannya. Dia mahu melihat
setiap kaum berbaik- baik antara satu sama lain dan ingin melihat taman perumahan itu
dijadikan contoh. ( halaman 76).
- Datuk mempunyai pandangan bahawa menanamkan semangat cinta kepada negara
adalah sangat berharga daripada sebarang bentuk pembangunan. (halaman 76).


3. Siti Halijah
       Isteri Datuk yang muda. Mereka dikurniakan dua orang anak, iaitu Zety yang
berusia empat tahun dan Zul berusia 18 bulan. Kedua-dua anak ini menjadi tempat
tercurahnya sisa kasih sayang Datuk berbanding anak-anak lain yang sudah dewasa.
       Seorang yang cukup tabah. Dia bersabar dengan tindakan Datin yang
menyerangnya lima tahun lalu. Dia juga menerima dengan linangan air mata apabila
Suhada memaki hamun, menuturkan kata-kata yang kesat dan meluahkan pelbagai
tuduhan dan kejian terhadapnya sebaik sahaja berkahwin dengan Datuk. (hal 67).
       Seorang yang reda dengan qadak dan qadar Allah. Dia memujuk hatinya
menerima dengan tenang akan berita kematian Datuk. Buktinya, Siti Halijah ada berkata
“Pergilah wahai kekasihku, suamiku...Walaupun aku berat untuk melepaskan, namun itu
takdir Illahi...” (hal 63).
       Seorang yang sangat menyayangi suaminya. Contoh: Siti Halijah sangat
mengasihi suaminya walaupun perkahwinan mereka banyak menempuh cabaran.
       Siti seorang yang merendah diri dan sedar bahawa kehadirannya di dalam
keluarga besar Datuk adalah tidak dialu-alukan sama sekali. Jahara dan Suhada
menentang keras perkahwinannya dengan ayah mereka seolah-olah Siti Halijah adalah
madu dan bukannya ibu tiri mereka. (hal 62) Siti Halijah tidak diiktiraf sebagai ahli
keluarga Datuk. (hal 67).
       Seorang yang berhati mulia kerana memaafkan Datin yang pernah menyerangnya
lima tahun dahulu. Dia menggagahkan dirinya untuk datang memberi penghormatan


                                                                                        9
terakhir kepada Datuk dan dia dapat merasai keikhlasan Datin yang mahu berbaik-baik
dengannya.
      Seorang yang sabar dan boleh mengawal diri. Contoh: Siti Halijah menerima
dengan sabar tuduhan atau kata-kata kesat daripada Datin dan anak-anak tirinya yang
menentang perkahwinannya dengan Datuk..


4. Jahara
      Anak Datin dan Datuk yang sulung. Dia sudah berkahwin dan mempunyai suami
bernama Iskandar.
      Watak sampingan dalam cerita. Seorang yang mata duitan dan mementingkan
diri. Ketika semua tetangga dan saudara-mara sibuk menguruskan jenazah Datuk, dia dan
suaminya sibuk mengira wang derma mereka adik-beradik. Malah, dia berhasrat untuk
meminta wang daripada Amri, Taufik dan Zaleha setelah mereka tiba kelak.
      Dia sangat membenci Siti Halijah. Meski pun di dalam kesedihan, masih terselit
perasaan bencinya kepada Siti Halijah yang datang ke rumahnya. Buktinya, pada
halaman 65, Jaharah bermonolog mempertikaikan tindakan ibunya memanggil Siti
Halijah ke rumah mereka.
      Jaharah beradiktirikan Amri dan Zaleha ketika masih kecil lagi namun, dia masih
tidak mengenali kedua-dua adik tirinya itu. ( halaman 65) Dia hanya mengenali Zety dan
Zul.
      Seorang    anak    yang   derhaka       kerana   melawan   perintah   ibunya   serta
mempertikaikan kebaikan yang dilakukan oleh ibunya. “Jahara macam tidak mendengar
teriakan ibunya walaupun di bersimpuh di depan pintu setelah selesai menghitung wang.
Dia berpaling ke arah lain.” ( halaman 66 ).
      Jahara mengerti bahawa keriangan yang ditunjukkan bapanya semasa hidupnya
adalah berpura-pura sahaja demi menyembunyikan kesepian yang menginap di hati.
Anak-anaknya hanya mencurahkan kemesraan kepada ibu mereka. Oleh sebab itu, bapa
tidak banyak berinteraksi ketika pulang ke rumah. (halaman 73).




                                                                                        10
5. Cikgu Jalilah
→      Menjadi isteri Datuk yang kedua. Perkahwinan mereka kekal untuk beberapa
tahun sahaja sebelum akhirnya bercerai. Mereka berpisah semasa anak-anak masih kecil.
( halaman 60 ).
→      Sudah berpisah dengan Datuk selama 25 tahun. Dia tergerak untuk menziarahi
bekas suaminya setelah menerima berita kematian itu.
→      Menetap di Singapura.
→      Cikgu Jalilah masih mencintai bekas suaminya itu. ( halaman 73 ).
→      Mempunyai 2 orang anak hasil perkongsian hidup dengan Datuk iaitu Amri dan
Zaleha. Amri dan Zaleha dibesarkan olehnya secara sendirian. Mereka tidak
diperkenalkan oleh Datuk kepada adik-beradik yang lain. ( halaman 64 ).
→      Amri dan Zaleha tidak pernah datang menjenguk Datuk apalagi mahu berkenalan
dengan adik-beradik tiri lainnya. (hal 65)


Watak-watak Lain
1. Syarifah Aminah
- Isteri ketiga Datuk.
- Dikurniai seorang anak sahaja hasil perkongsian hidup dengan Datuk iaitu Taufik.


2. Suhada
- Anak Datuk dan Datin.
- Sangat membenci Siti Halijah.
- Seorang yang kasar. Contoh: Suhada menuturkan kata-kata yang kesat kepada Siti
Halizah sebagai tanda penentangannya terhadap perkahwinan Siti Halijah dengan
ayahnya.


3. Atifah
- Anak Datuk dan Datin.
- Tidak menyukai ibu tirinya iaitu Siti Halijah.
- Anak sulungnya berumur dua tahun.



                                                                                     11
4. Aziah, Azuan, Zek, Efa dan Basir.
- Anak-anak Datuk dan Datin.
- Basir mengalami cacat anggota.


4. Amri dan Zaleha
      Anak Datuk dan Cikgu Jalilah. Amri tinggal di Sabah manakala Zaleha pula
tinggal di Sarawak.
      Mempunyai hubungan yang renggang dengan ayah mereka. “Amri di KK begitu
sombong. Dia semacam tidak mahu mengakui Datuk sebagai bapanya. Begitu juga
dengan Zaleha.” (halaman 66 ).
      Dibesarkan oleh ibunya secara sendirian setelah ibu bapanya bercerai sejak 25
tahun lalu.
      Sikap keras kepala      mendorong mereka untuk tidak mahu bertemu dengan
bapanya walaupun sekali.
      Mereka berbudi bahasa kerana memohon maaf kepada Datin atas kelewatan
mereka. Amri dan Zaleha selamat tiba di rumah Datuk pada waktu malam selepas solat
Maghrib. (halaman 79 ).


5. Taufik
- Anak Datuk dengan Syarifah Aminah.
- Tinggal di Kelantan.




                                                                                 12
LATAR


       1. Latar Tempat

Rumah pusaka – Rumah peninggalan arwah suami Datin.                     Ruang legar

KLIA – tempat Amri, Zaleha dan Taufik bertemu sebelum berangkat ke
rumah Datin.                                                            Kawasan FELDA
Kota Kinabalu, Sabah - Tempat Amri menetap.                             Surau

Sarawak – Tempat Zaleha menetap.                                        Ruang tamu rumah Siti
                                                                        Halijah
Singapura – Rumah cikgu Jalilah.                                        Bilik Datuk
Kelantan – Tempat Taufik menetap.                                       Kawasan perumahan




       2. Latar Masa


     Berlaku 1 hari iaitu bermula pada waktu subuh - lima tahun lalu
     sehinggalah malam.
     Awal subuh-apabila Datuk menghembuskan           - 25 tahun lalu
     nafasnya yang terakhir
     Petang –pengkebumian jenazah datuk               - Selepas solat Maghrib
     Malam-tetamu sembahyang maghrib berjemaah dan - Malam
     kedatangan anak arwah Datuk iaitu Amri, Zaleha
     dan Taufik.
     Petang, matahari beransur turun ke barat         - Pagi, matahari sedang naik




       3. Latar / citra Masyarakat



                                                                                       13
1.       Masyarakat yang berbilang kaum – Cina, Melayu, penduduk taman perumahan.
Masyarakat Malaysia yang berbilang negeri – Kelantan (Taufik), Zaleha (Sarawak), Amri
(Kota Kinabalu, Sabah).
2.       Masyarakat yang terdiri daripada pemimpin dan pegawai kerajaan, pendidik –
Tun Abdul Razak, Datuk, Cikgu Jalilah.
3.       Masyarakat mempunyai keluarga yang besar – Datuk dan isteri-isterinya.
4.       Masyarakat yang bermusuhan – Peristiwa 13 Mei.
5.       Masyarakat yang mengamalkan semangat kejiranan, Contoh; jiran-jiran dan
sahabat Datuk datang menziarahi Jenazah Datuk setelah berita kematian datuk tersebar
dan mengucapkan takziah kepada Datin. Ramai tetamu datang menziarahi arwah Datuk,
ada yang membacakan ayat-ayat Al- Quran dan ada yang bersedekah kepada keluarga
arwah.
6.       Masyarakat yang penyayang, Contoh; Datuk sangat menyayangi Siti Halijah dan
2 orang anaknya iaitu Zety dan Zul.
7.       Masyarakat yang mengamalkan amalan berpoligami.contoh; Datuk mengamalkan
hidup berpoligami iaitu dengan berkahwin sebanyak 4 kali, tetapi hanya 2 orang isteri
yang kekal iaitu Datin dan Siti Halijah. Manakala isteri kedua iaitu Cikgu Jalilah dan
isteri ketiga Syarifah Aminah diceraikan.
8.       Masyarakat yang suka menderma. Contoh: Ramai tetamu yang hadir menziarahi
jenazah Datuk menderma kepada Datin sebagai tanda simpati.
9.       Masyarakat yang mengamalkan amalan bergotong royong. Contoh;jiran-jiran dan
saudara mara Datuk bergotong royong menguruskan jenazah Datuk.
10.      Masyarakat yang mentaati perintah Allah SWT. Contoh; Para tetamu yang
menziarahi bersembahyang maghrib berjemaah dan kemudian membaca Al- Quran.
11.      Masyarakat yang suka memaki hamun. Contoh; Suhada anak kedua Datin
memaki hamun Siti Halijah melalui telefon iaitu dengan menuduh Siti Halijah perampas
suami orang kerana dia tidak boleh menerima kehadiran ibu tirinya itu.




TEKNIK PENCERITAAN



                                                                                         14
1.     Imbas Kembali
Ketika Datin menelefonnya, Siti Halijah menjadi tergamam dan bimbang jika Datin mahu
menyerangnya seperti lima tahun yang lalu. ( halaman 61).


2.     Monolog
“Pergilah wahai kekasihku, suamiku... Walaupun aku berat untuk melepaskan, namun itu
takdir Illahi. Sampai masanya aku akan pergi jua.” ( halaman 63).
“Mengapa ibu memanggil isteri muda bapa apabila bapa menghembuskan nafasnya yang
terakhir? Mengapa? Biarkan saja bapa pergi tanpa iringan perempuan itu. Bukankah
selama ini ibu amat membencinya? Ibu tidak pernah membayangkan...” (halaman 65).


3.     Dialog
“Hantarkan ia ke bilik bapanya.”
“Tak mengapalah.”
“Jahara, ambil adik. Tidurkan di dalam bilik bapa.” (halaman 66).


4.     Imbas Muka
Siti Halijah membuat spekulasi bahawa Datin mungkin telah termakan fitnah seseorang
yang menyebabkan dia mungkin diserang oleh Datin sekali lagi. Atas sebab ini, Datin
telah menelefonnya seawal subuh lagi. ( halaman 61)


5.     Suspens
Siti Halijah berdebar-debar ketika sampai di halaman rumah Datin. Setelah pelbagai
dugaan dan liku-liku yang dilalui pada awal perkahwinannya, dia menjadi bimbang. Dia
merasakan kehadirannya diperhatikan sentiasa bagaikan seorang penjenayah.
( halaman 62 )




GAYA BAHASA



                                                                                      15
1. Personifikasi.
  i.     Dingin pagi terasa menggigit tulang ( halaman 58)
 ii.     Matahari belum muncul menyingkap tabir langit di ufuk timur. ( halaman 58)
iii.        “...redup matahari masuk dengan begitu sopan menuju tempat jenazah Datuk.”
        ( halaman 61).




 2. Similie
  i.     dadanya berdebar seperti dikejutkan oleh guruh pagi (halaman 61).
 ii.     malah kehadirannya di rumah itu bagaikan seorang penjenayah yang sedang
         diperhatikan (halaman 62)




 3. Repitisi Anafora
  “Tunggu apa lagi, mak?”
 “Tunggu apa lagi, Datin?”
 “Tunggu apa dan siapa?”           ( halaman 70)




 4. Hiperbola
  i.     Terasa sayu membelah hati. (halaman 75).
 ii.     “...mendengar luahan yang berapi-api itu, dia...” (halaman 67).
iii.     “...terasadapatmengubathatiyang berdarah.” (hal 79)




 5. Simbolik
   i.       “...mereka merempuh liku-liku berduri pada awalnya.” ( halaman 62).
  ii.       “Datuk sepatutnya sudah sampai di tempat istirehat yang panjang.” (halaman 70)
 6. Ironi



                                                                                         16
“Suaminya dapat menyatupadukan pelbagai kaum di taman perumahan di situ, tetapi gagal
untuk mengeratkan hubungan kasih sayang bersama anak-anak sendiri.” ( halaman75)


7. Perulangan
“...berita itu meluas meniti dari satu telefon ke satu telefon, daripada seorang jemaah
kepada seorang jemaah, daripada seorang teman kepada seorang teman yang lain,
menyebabkan ramai...” ( halaman 58).


8. Simile
 i.    “Siti sedar tentang kedatangannya dalam keluarga besar itu seperti seorang usafir.”
( halaman 62).
ii.    “...kehadirannya di rumah itu bagaikan seorang penjenayah yang sedang
diperhatikan.” ( halaman 62).


9. Diksi – pemilihan kata yang puitis
“Dia termenung, dan menungan itu berlarutan sehingga tidak terasa bahawa malam
menodai keriangan siang, membawakan kegelapan yang menyerkup keliling.”
( halaman 76).
“Alangkah cantiknya warna hati Datin kini.” ( halaman 77).




NILAI DAN PENGAJARAN



                                                                                          17
Nilai Kemanusiaan


1. Nilai Semangat Kejiranan
Contoh: Jiran-jiran dan sahabat Datuk datng menziarahi jenazah Datuk setelah berita
kematian Datuk tersebar dan mengucapkan takziah kepada Datin.
2. Nilai Menziarahi
Contoh: Ramai tetamu datang menziarahi arwah Datuk ,ada yang membacakan ayat-ayat
alquran dan ada yang bersedekah kepada keluarga arwah.
3. Nilai Muafakat
Contoh: Jahara dan adik-adiknya bermuafakat untuk menyumbangkan wang sedikit
seorang untuk menguruskan jenazah arwah bapanya.
4. Nilai Keinsafan
Contoh: Datin insaf dan kesal atas perbuatannya dahulu dengan membenci madu dan
menyuruh anak-anaknya juga turut membenci ibu tirinya. Apabila Datuk meninggal
Datin insaf dan cuba menyatukan seluruh keluarganya demi untuk memenuhi hasrat
Datuk.
5. Nilai Keprihatinan dan Tolong Menolong
Contoh: Jiran-jiran,dan tetamu yang datang menziarahi jenazah Datuk telah menguruskan
Jenazah Datuk sehingga selesai.
6. Nilai Kepatuhan Kepada Agama,
Contoh: Para tetamu yang datang ke rumah Datin bersembahyang maghrib berjemaah
dan membaca Al Quran.
7. Nilai Kasih Sayang
Contoh: Datuk sangat menyayangi anaknya iaitu Zety dan Zul.
8. Nilai Ketabahan
Contoh: Siti Halijah tabah dan cekal menghadapi dugaan bermadu, dia pernah dibenci,
dihina oleh anak –anak dan isteri pertama Datuk.tetapi dia tabah menghadapinya.




NILAI



                                                                                  18
1. Nilai tolong-menolong. Kerjasama, toleransi dan kesepakatan dan sikap
tolong-menolong perlu menjadi amalan semua individu. Dalam cerpen ini, tugas
pengebumian jenazah Datuk berjalan mudah dan lancar kerana dilakukan secara
bergotong-royong oleh saudara-mara, sahabat handai dan jiran tetangga.
       2. Nilai keredaan. Apabila kita kehilangan sesuatu atau seseorang yang begitu
kita sayangi, hendaklah kita merelakannya dan berharap agar kita mendapat rahmat dan
keberkatan oleh Allah. Keredaan Datin dan madu-madunya terhadap pemergian Datuk
mendapat balasan yang baik apabila akhirnya keluarga mereka berjaya disatukan dan
permusuhan yang pernah wujud di antara mereka dapat dileraikan.
       3. Nilai maaf dan memaafi. Maaf akan dapat mengeratkan silaturahim dan
mengendurkan kemarahan dan kebencian yang bersarang dalam hati seseorang. Datin
insaf dan memohon maaf kepada madu-madu dan anak-anak tirinya dengan menjemput
mereka ke rumah untuk memberi penghormatan terakhir. Malah, Datin mahu mereka
menetap bersama untuk memperbaiki hubungan. Begitu juga dengan Siti Halijah dan
Cikgu Jalilah serta Amri dan Zaleha yang akhirnya pulang menemui Datin di rumahnya.
       4. Nilai kasih sayang. Kasih sayang antara ahli keluarga mungkin akan terhapus
kerana persengketaan, perbalahan mahupun salah faham. Namun begitu, perasaan kasih
sayang dan kemesraanlah yang dapat mengekalkan hubungan silaturahim dan menjamin
kebahagiaan sesebuah keluarga. Dalam cerpen ini, kematian Datuk mengeratkan kasih
sayang yang hampir terputus. Malah hubungan antara empat pihak kembali pulih dan
bertaut.
       5. Nilai ikhlas. Ikhlas adalah sifat hati yang suci, tidak berpura-pura dan
merelakan. Sifat ikhlas perlu dalam memastikan perhubungan antara sesama manusia
berteraskan kejujuran supaya silaturahim akan berpanjangan. Datin ikhlas apabila
menjemput madu-madu dan anak-anak tirinya ke rumahnya agar keretakan keluarga itu
dapat diurungkan dan mereka dapat meneruskan lembaran baru.
       6. Nilai kemurahan hati. Sifat menderma dan berkongsi sesuatu yang kita miliki
akan dapat meringankan kesusahan seseorang yang mungkin memerlukannya. Sebagai
contohnya dalam cerpen ini, saudara-mara, jiran tetangga dan sahabat handai yang hadir
telah menyumbangkan derma dan membantu Datin menguruskan pengebumian Datuk.
       7. Nilai keprihatinan. Sebagai manusia yang berperasaan, kita perlu menyedari



                                                                                   19
bahawa kita hidup secara majmuk bersama orang lain yang mempunyai kepelbagaian
ragam dan sikap. Oleh itu, untuk menjadi seorang yang baik, terlebih dahulu kita perlu
peka dengan keperluan emosi orang lain. Dalam cerpen ini, pengarang menggambarkan
penziarah tidak mahu berkata apa-apa kerana mereka mengutamakan perasaan sedih tuan
rumah. ( halaman 67).




PENGAJARAN
           1. Hargai dan sayangilah keluarga kita. Janganlah bersengketa sesama saudara
atau adik-beradik. Keluarga adalah orang yang paling akrab dengan diri kita. Kita
perlulah bersabar, berbincang dan memaafkan kesalahan yang dilakukan oleh ahli
keluarga kita. Persaudaraan seharusnya lebih merapatkan hubungan dan tidak sepatutnya
perselisihan menjadi punca kepada perpecahan. Datin sedar bahawa perpecahan dan
perbalahan dalam keluarganya tidak membawa sebarang kebaikan.
       2. Bersikaplah murah hati dengan bersedekah atau bantu-membantu kepada
mereka yang memerlukan. Sifat murah hati akan memurahkan rezeki kita. Malah kita
juga akan dihormati dan dikasihi oleh orang lain. Dalam cerpen ini, semua kenalan yang
mengenali Datuk telah datang untuk memberikan sumbangan kewangan dan juga tenaga
dalam memastikan pengurusan jenazah Datuk berjalan dengan sempurna.
       3. Kita perlulah menziarahi kenalan atau keluarga kita yang ditimpa musibah.
Menziarahi kematian adalah amalan yang mulia dan dapat memupuk keinsafan. Malah, ia
menunjukkan bahawa kita sudi berkongsi kesedihan yang sedang menimpa keluarga yang
terbabit. Semua sahabat handai, jiran tetangga dan saudara-mara yang datang berkumpul
dapat bantu-membantu disamping memberikan penghormatan terakhir mereka kepada
jenazah.
       4. Kita perlulah selalu berbuat baik dan berbakti kepada sesiapa jua. Orang yang
gemar melakukan kebaikan akan tetap disanjung dan dikenang melalui kebaikan dan jasa
yang ditaburkan. Nama Datuk tetap dikenang dan diingati oleh penduduk taman
perumahannya kerana jasanya membantu penduduk setempat.
       5. Sebagai umat Islam, peliharalah hubungan silaturahim dan persaudaraan
sesama kita. Islam mengajar kita agar menyebarkan salam kepada sesama umat dengan



                                                                                    20
tujuan silaturahim akan terjalin dan kasih sayang akan bertaut sebagaimana sunah
Rasullulah SAW. Elakkan sikap hasad dan cemburu demi memanjangkan perhubungan
yang diredai oleh Allah. “Para tetamu membacakan ayat-ayat suci, setelah menunaikan
solat Maghrib di ruang tamu rumah Datin. Keakraban jiran telah memanjangkan ikatan
silaturahim.” (halaman 77).
         6. Sebagai warganegara yang baik, cintailah negara kita dengan sepenuh jiwa.
Kita juga perlulah berusaha untuk memajukan negara serta menyumbang bakti dan jasa
kepada negara meskipun sumbangan kita itu adalah kecil. Misalnya, pergaulan yang baik
antara masyarakat pelbagai kaum dan agama adalah satu usaha untuk memadamkan sifat
perkauman. Dalam cerpen ini, Datuk adalah model terbaik dalam usahanya menyatu
padukan masyarakat Malaysia dan memupuk kecintaan terhadap negara.




                                                                                  21

                                                           Nor Azilah bt Rain

More Related Content

What's hot

Contoh Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( Frasa N...
Contoh Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( Frasa N...Contoh Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( Frasa N...
Contoh Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( Frasa N...Thanushah Soniyasee
 
Assignment bm - semantik
Assignment bm - semantikAssignment bm - semantik
Assignment bm - semantikAhmad NazRi
 
Pembangunan insan
Pembangunan insanPembangunan insan
Pembangunan insanabidin1961
 
Pemikiran dan Nilai Murni dalam Karya Ranjau Sepanjang Jalan
Pemikiran dan Nilai Murni dalam Karya Ranjau Sepanjang JalanPemikiran dan Nilai Murni dalam Karya Ranjau Sepanjang Jalan
Pemikiran dan Nilai Murni dalam Karya Ranjau Sepanjang JalanRasit Masrii
 
Contoh Kerja Khusus / PBS Pengajian AM 2018 Semester 2
Contoh  Kerja Khusus / PBS Pengajian AM 2018 Semester 2Contoh  Kerja Khusus / PBS Pengajian AM 2018 Semester 2
Contoh Kerja Khusus / PBS Pengajian AM 2018 Semester 2Nooo ooo
 
2.2.2 kata kerja
2.2.2 kata kerja2.2.2 kata kerja
2.2.2 kata kerjaAsri Mohad
 
SEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYU
SEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYUSEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYU
SEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYUcikguniza2012
 
Frasa Adjektif
Frasa AdjektifFrasa Adjektif
Frasa Adjektifuchot
 
Isu pertembungan budaya
Isu pertembungan budayaIsu pertembungan budaya
Isu pertembungan budayaMickgun
 
Kepentingan hutan
Kepentingan hutanKepentingan hutan
Kepentingan hutanamiragee
 

What's hot (20)

Contoh Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( Frasa N...
Contoh Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( Frasa N...Contoh Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( Frasa N...
Contoh Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( Frasa N...
 
POLA AYAT DASAR
POLA AYAT DASARPOLA AYAT DASAR
POLA AYAT DASAR
 
Ayat Dasar
Ayat DasarAyat Dasar
Ayat Dasar
 
Assignment bm - semantik
Assignment bm - semantikAssignment bm - semantik
Assignment bm - semantik
 
Makna sastera
Makna sasteraMakna sastera
Makna sastera
 
Pembangunan insan
Pembangunan insanPembangunan insan
Pembangunan insan
 
Pemikiran dan Nilai Murni dalam Karya Ranjau Sepanjang Jalan
Pemikiran dan Nilai Murni dalam Karya Ranjau Sepanjang JalanPemikiran dan Nilai Murni dalam Karya Ranjau Sepanjang Jalan
Pemikiran dan Nilai Murni dalam Karya Ranjau Sepanjang Jalan
 
Contoh Kerja Khusus / PBS Pengajian AM 2018 Semester 2
Contoh  Kerja Khusus / PBS Pengajian AM 2018 Semester 2Contoh  Kerja Khusus / PBS Pengajian AM 2018 Semester 2
Contoh Kerja Khusus / PBS Pengajian AM 2018 Semester 2
 
Ragam ayat
Ragam ayatRagam ayat
Ragam ayat
 
Kata Ganda
Kata GandaKata Ganda
Kata Ganda
 
2.2.2 kata kerja
2.2.2 kata kerja2.2.2 kata kerja
2.2.2 kata kerja
 
Frasa nama
Frasa namaFrasa nama
Frasa nama
 
Morfologi
MorfologiMorfologi
Morfologi
 
SEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYU
SEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYUSEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYU
SEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYU
 
Frasa Adjektif
Frasa AdjektifFrasa Adjektif
Frasa Adjektif
 
Isu pertembungan budaya
Isu pertembungan budayaIsu pertembungan budaya
Isu pertembungan budaya
 
Vokal Bahasa Melayu
Vokal Bahasa MelayuVokal Bahasa Melayu
Vokal Bahasa Melayu
 
Bml3063
Bml3063Bml3063
Bml3063
 
Laras bahasa iklan
Laras bahasa iklanLaras bahasa iklan
Laras bahasa iklan
 
Kepentingan hutan
Kepentingan hutanKepentingan hutan
Kepentingan hutan
 

Viewers also liked

Cerpen CINTA IBU LEBIH DARI CINTA KEKASIH
Cerpen CINTA IBU LEBIH DARI CINTA KEKASIHCerpen CINTA IBU LEBIH DARI CINTA KEKASIH
Cerpen CINTA IBU LEBIH DARI CINTA KEKASIHAriefiandra Ariefiandra
 
Impact of trust, security and privacy concerns in social networking: An explo...
Impact of trust, security and privacy concerns in social networking: An explo...Impact of trust, security and privacy concerns in social networking: An explo...
Impact of trust, security and privacy concerns in social networking: An explo...Anil Dhami
 
Charleston Conference 2013 - 13_1107
Charleston Conference 2013 - 13_1107Charleston Conference 2013 - 13_1107
Charleston Conference 2013 - 13_1107jeffreylancaster
 
01 pengetahuan dasar komputer
01   pengetahuan dasar komputer01   pengetahuan dasar komputer
01 pengetahuan dasar komputerAdhitya Kusuma
 
NEW PRODUCT LAUNCH "IDEAL LINK"
NEW PRODUCT LAUNCH "IDEAL LINK"NEW PRODUCT LAUNCH "IDEAL LINK"
NEW PRODUCT LAUNCH "IDEAL LINK"PASHA MASROOR
 
Vasquez cristiana visual_resumestoryboard1
Vasquez cristiana visual_resumestoryboard1Vasquez cristiana visual_resumestoryboard1
Vasquez cristiana visual_resumestoryboard1Cristianav
 
Vasquez cristiana visual_resumestoryboard2
Vasquez cristiana visual_resumestoryboard2Vasquez cristiana visual_resumestoryboard2
Vasquez cristiana visual_resumestoryboard2Cristianav
 
Tqm cost of quality
Tqm   cost of qualityTqm   cost of quality
Tqm cost of qualityHazel Manalo
 
Periferal Sistem Kompuer Hayyu_15_X. TKJA
Periferal Sistem Kompuer Hayyu_15_X. TKJAPeriferal Sistem Kompuer Hayyu_15_X. TKJA
Periferal Sistem Kompuer Hayyu_15_X. TKJAHayyu_Ikhsan_R
 
Elsevier/Maryland Publishing Connect - 14_0331 (pdf)
Elsevier/Maryland Publishing Connect - 14_0331 (pdf)Elsevier/Maryland Publishing Connect - 14_0331 (pdf)
Elsevier/Maryland Publishing Connect - 14_0331 (pdf)jeffreylancaster
 
ClearEdge Project Overview
ClearEdge Project OverviewClearEdge Project Overview
ClearEdge Project OverviewClearEdge Inc.
 
Emerging Technologies: Outlooks, Problems, and Challenges - NYSTL - 13_0523
Emerging Technologies: Outlooks, Problems, and Challenges - NYSTL - 13_0523Emerging Technologies: Outlooks, Problems, and Challenges - NYSTL - 13_0523
Emerging Technologies: Outlooks, Problems, and Challenges - NYSTL - 13_0523jeffreylancaster
 
Art against nazism
Art against nazismArt against nazism
Art against nazism4lykeiotrip
 
Pembentangan Multimedia
Pembentangan MultimediaPembentangan Multimedia
Pembentangan MultimediaMomee Rain
 
Freedman Center for Digital Scholarship Colloquium - 14_1106
Freedman Center for Digital Scholarship Colloquium - 14_1106Freedman Center for Digital Scholarship Colloquium - 14_1106
Freedman Center for Digital Scholarship Colloquium - 14_1106jeffreylancaster
 
Social Networking Maistream Marketing Dashboard
Social Networking Maistream Marketing DashboardSocial Networking Maistream Marketing Dashboard
Social Networking Maistream Marketing Dashboarddavidwallsllc
 

Viewers also liked (20)

Cerpen CINTA IBU LEBIH DARI CINTA KEKASIH
Cerpen CINTA IBU LEBIH DARI CINTA KEKASIHCerpen CINTA IBU LEBIH DARI CINTA KEKASIH
Cerpen CINTA IBU LEBIH DARI CINTA KEKASIH
 
Contoh cerpen
Contoh cerpenContoh cerpen
Contoh cerpen
 
Impact of trust, security and privacy concerns in social networking: An explo...
Impact of trust, security and privacy concerns in social networking: An explo...Impact of trust, security and privacy concerns in social networking: An explo...
Impact of trust, security and privacy concerns in social networking: An explo...
 
7 ways to use the Law of Attraction
7 ways to use the Law of Attraction7 ways to use the Law of Attraction
7 ways to use the Law of Attraction
 
Charleston Conference 2013 - 13_1107
Charleston Conference 2013 - 13_1107Charleston Conference 2013 - 13_1107
Charleston Conference 2013 - 13_1107
 
01 pengetahuan dasar komputer
01   pengetahuan dasar komputer01   pengetahuan dasar komputer
01 pengetahuan dasar komputer
 
NEW PRODUCT LAUNCH "IDEAL LINK"
NEW PRODUCT LAUNCH "IDEAL LINK"NEW PRODUCT LAUNCH "IDEAL LINK"
NEW PRODUCT LAUNCH "IDEAL LINK"
 
Vasquez cristiana visual_resumestoryboard1
Vasquez cristiana visual_resumestoryboard1Vasquez cristiana visual_resumestoryboard1
Vasquez cristiana visual_resumestoryboard1
 
Vasquez cristiana visual_resumestoryboard2
Vasquez cristiana visual_resumestoryboard2Vasquez cristiana visual_resumestoryboard2
Vasquez cristiana visual_resumestoryboard2
 
Horario
HorarioHorario
Horario
 
Tqm cost of quality
Tqm   cost of qualityTqm   cost of quality
Tqm cost of quality
 
Periferal Sistem Kompuer Hayyu_15_X. TKJA
Periferal Sistem Kompuer Hayyu_15_X. TKJAPeriferal Sistem Kompuer Hayyu_15_X. TKJA
Periferal Sistem Kompuer Hayyu_15_X. TKJA
 
Elsevier/Maryland Publishing Connect - 14_0331 (pdf)
Elsevier/Maryland Publishing Connect - 14_0331 (pdf)Elsevier/Maryland Publishing Connect - 14_0331 (pdf)
Elsevier/Maryland Publishing Connect - 14_0331 (pdf)
 
ClearEdge Project Overview
ClearEdge Project OverviewClearEdge Project Overview
ClearEdge Project Overview
 
Emerging Technologies: Outlooks, Problems, and Challenges - NYSTL - 13_0523
Emerging Technologies: Outlooks, Problems, and Challenges - NYSTL - 13_0523Emerging Technologies: Outlooks, Problems, and Challenges - NYSTL - 13_0523
Emerging Technologies: Outlooks, Problems, and Challenges - NYSTL - 13_0523
 
Art against nazism
Art against nazismArt against nazism
Art against nazism
 
Pembentangan Multimedia
Pembentangan MultimediaPembentangan Multimedia
Pembentangan Multimedia
 
eDiscovery Rules & Process
eDiscovery Rules & ProcesseDiscovery Rules & Process
eDiscovery Rules & Process
 
Freedman Center for Digital Scholarship Colloquium - 14_1106
Freedman Center for Digital Scholarship Colloquium - 14_1106Freedman Center for Digital Scholarship Colloquium - 14_1106
Freedman Center for Digital Scholarship Colloquium - 14_1106
 
Social Networking Maistream Marketing Dashboard
Social Networking Maistream Marketing DashboardSocial Networking Maistream Marketing Dashboard
Social Networking Maistream Marketing Dashboard
 

Similar to Kajian Cerpen Warna Hati Seorang Datin

77642902 nota-madu-ilmu
77642902 nota-madu-ilmu77642902 nota-madu-ilmu
77642902 nota-madu-ilmuFitri Loveya
 
Antologi harga remaja drama
Antologi harga remaja dramaAntologi harga remaja drama
Antologi harga remaja dramathevaruben1
 
Analisis Drama Kanak-Kanak
Analisis Drama Kanak-KanakAnalisis Drama Kanak-Kanak
Analisis Drama Kanak-KanakArifahAzlanShah1
 
Analisis drama kanak kanak secara struktural
Analisis drama kanak kanak secara strukturalAnalisis drama kanak kanak secara struktural
Analisis drama kanak kanak secara strukturalArifahAzlanShah2
 
Soala pertengahan ting 4
Soala pertengahan ting 4Soala pertengahan ting 4
Soala pertengahan ting 4Faizul Hafiz
 

Similar to Kajian Cerpen Warna Hati Seorang Datin (6)

77642902 nota-madu-ilmu
77642902 nota-madu-ilmu77642902 nota-madu-ilmu
77642902 nota-madu-ilmu
 
Antologi harga remaja drama
Antologi harga remaja dramaAntologi harga remaja drama
Antologi harga remaja drama
 
Analisis Drama Kanak-Kanak
Analisis Drama Kanak-KanakAnalisis Drama Kanak-Kanak
Analisis Drama Kanak-Kanak
 
Analisis drama kanak kanak secara struktural
Analisis drama kanak kanak secara strukturalAnalisis drama kanak kanak secara struktural
Analisis drama kanak kanak secara struktural
 
Soala pertengahan ting 4
Soala pertengahan ting 4Soala pertengahan ting 4
Soala pertengahan ting 4
 
Imbasan komsas tingkatan 4
Imbasan komsas tingkatan 4Imbasan komsas tingkatan 4
Imbasan komsas tingkatan 4
 

More from Momee Rain

Pelan strategik kelab pusat sumber 2014
Pelan strategik  kelab pusat sumber 2014Pelan strategik  kelab pusat sumber 2014
Pelan strategik kelab pusat sumber 2014Momee Rain
 
Kajian Cerpen Gersang karya Masniah Kalyubi
Kajian Cerpen Gersang karya Masniah KalyubiKajian Cerpen Gersang karya Masniah Kalyubi
Kajian Cerpen Gersang karya Masniah KalyubiMomee Rain
 
Kajian Cerpen Seekor Manusia Seorang Binatang
Kajian Cerpen Seekor Manusia Seorang BinatangKajian Cerpen Seekor Manusia Seorang Binatang
Kajian Cerpen Seekor Manusia Seorang BinatangMomee Rain
 
Kajian Cerpen Pahlawan Buntung
Kajian Cerpen Pahlawan BuntungKajian Cerpen Pahlawan Buntung
Kajian Cerpen Pahlawan BuntungMomee Rain
 
Pengenalan Menganalisis Cerpen
Pengenalan Menganalisis CerpenPengenalan Menganalisis Cerpen
Pengenalan Menganalisis CerpenMomee Rain
 
Kerja kursus Gurindam
Kerja kursus GurindamKerja kursus Gurindam
Kerja kursus GurindamMomee Rain
 
Wanita Dan Sastera
Wanita Dan SasteraWanita Dan Sastera
Wanita Dan SasteraMomee Rain
 
SASTERA DAN BUDAYA
SASTERA DAN BUDAYASASTERA DAN BUDAYA
SASTERA DAN BUDAYAMomee Rain
 
Apabila Ulat Belut Bercakap Melayu
Apabila Ulat Belut Bercakap MelayuApabila Ulat Belut Bercakap Melayu
Apabila Ulat Belut Bercakap MelayuMomee Rain
 
KAJIAN NOVEL TANGISAN BULAN MADU
KAJIAN NOVEL TANGISAN BULAN MADUKAJIAN NOVEL TANGISAN BULAN MADU
KAJIAN NOVEL TANGISAN BULAN MADUMomee Rain
 
TEORI PSIKOLOGI ISLAM DALAM NOVEL KETIKA CINTA BERTASBIH
TEORI PSIKOLOGI ISLAM DALAM NOVEL KETIKA CINTA BERTASBIHTEORI PSIKOLOGI ISLAM DALAM NOVEL KETIKA CINTA BERTASBIH
TEORI PSIKOLOGI ISLAM DALAM NOVEL KETIKA CINTA BERTASBIHMomee Rain
 
Akademika SasteraPemahaman dan Penerapan Sosiologi69 (Julai) 2006: 3 - 16
  Akademika SasteraPemahaman dan Penerapan Sosiologi69 (Julai) 2006: 3 - 16  Akademika SasteraPemahaman dan Penerapan Sosiologi69 (Julai) 2006: 3 - 16
Akademika SasteraPemahaman dan Penerapan Sosiologi69 (Julai) 2006: 3 - 16Momee Rain
 

More from Momee Rain (14)

Pelan strategik kelab pusat sumber 2014
Pelan strategik  kelab pusat sumber 2014Pelan strategik  kelab pusat sumber 2014
Pelan strategik kelab pusat sumber 2014
 
Kajian Cerpen Gersang karya Masniah Kalyubi
Kajian Cerpen Gersang karya Masniah KalyubiKajian Cerpen Gersang karya Masniah Kalyubi
Kajian Cerpen Gersang karya Masniah Kalyubi
 
Kajian Cerpen Seekor Manusia Seorang Binatang
Kajian Cerpen Seekor Manusia Seorang BinatangKajian Cerpen Seekor Manusia Seorang Binatang
Kajian Cerpen Seekor Manusia Seorang Binatang
 
Kajian Cerpen Pahlawan Buntung
Kajian Cerpen Pahlawan BuntungKajian Cerpen Pahlawan Buntung
Kajian Cerpen Pahlawan Buntung
 
Pengenalan Menganalisis Cerpen
Pengenalan Menganalisis CerpenPengenalan Menganalisis Cerpen
Pengenalan Menganalisis Cerpen
 
Puisi adalah
Puisi adalahPuisi adalah
Puisi adalah
 
Kerja kursus Gurindam
Kerja kursus GurindamKerja kursus Gurindam
Kerja kursus Gurindam
 
Wanita Dan Sastera
Wanita Dan SasteraWanita Dan Sastera
Wanita Dan Sastera
 
SASTERA DAN BUDAYA
SASTERA DAN BUDAYASASTERA DAN BUDAYA
SASTERA DAN BUDAYA
 
Bahasa Kita
Bahasa KitaBahasa Kita
Bahasa Kita
 
Apabila Ulat Belut Bercakap Melayu
Apabila Ulat Belut Bercakap MelayuApabila Ulat Belut Bercakap Melayu
Apabila Ulat Belut Bercakap Melayu
 
KAJIAN NOVEL TANGISAN BULAN MADU
KAJIAN NOVEL TANGISAN BULAN MADUKAJIAN NOVEL TANGISAN BULAN MADU
KAJIAN NOVEL TANGISAN BULAN MADU
 
TEORI PSIKOLOGI ISLAM DALAM NOVEL KETIKA CINTA BERTASBIH
TEORI PSIKOLOGI ISLAM DALAM NOVEL KETIKA CINTA BERTASBIHTEORI PSIKOLOGI ISLAM DALAM NOVEL KETIKA CINTA BERTASBIH
TEORI PSIKOLOGI ISLAM DALAM NOVEL KETIKA CINTA BERTASBIH
 
Akademika SasteraPemahaman dan Penerapan Sosiologi69 (Julai) 2006: 3 - 16
  Akademika SasteraPemahaman dan Penerapan Sosiologi69 (Julai) 2006: 3 - 16  Akademika SasteraPemahaman dan Penerapan Sosiologi69 (Julai) 2006: 3 - 16
Akademika SasteraPemahaman dan Penerapan Sosiologi69 (Julai) 2006: 3 - 16
 

Kajian Cerpen Warna Hati Seorang Datin

  • 1. Kertas kerja ini akan membataskan bahagian-bahagian berikut sepanjang menganalisis hasil karya Rahman Haji Yusof yang bertajuk Warna Hati Seorang Datin, iaitu : 1) Sinopsis 2) Tema 3) Persoalan 4) Watak Dan Perwatakan i. Datin ii. Datuk iii. Siti Halijah iv. Jahara v. Cikgu Jalilah vi. Syarifah Aminah vii. Suhada viii. Atifah ix. Aziah, Azuan, Zek, Efa dan Basir x. Amri dan Zaleha xi. Taufik 5) Latar i. Latar Masa ii. Latar Tempat iii. Latar Masyarakat 2) Teknik Penceritaan 3) Gaya Bahasa 4) Nilai i. Nilai Pengajaran ii. Nilai Kemanusiaan 1
  • 2. WARNA HATI SEORANG DATIN ( Rahman Haji Yusof ) SINOPSIS Cerpen “Warna Hati Seorang Datin” karya Rahman Haji Yusof ini mengisahkan seorang Datin yang cuba menyatukan kembali keluarganya apabila kematian suaminya, Datuk. Semasa hayat Datuk, Datin cukup terluka kerana dimadukan. Datuk pernah bernikah dengan seorang wanita dan mendapat dua orang anak, tetapi kemudiannya bercerai ketika anak mereka masih kecil. Datuk kemudiannya bernikah dengan Syarifah Aminah di Kelantan dan berpisah lagi setelah mendapat seorang anak. Ketika Datuk menghembuskan nafas terakhirnya, beliau mempunyai dua orang isteri, iaitu Datin dan Siti Halijah yang mempunyai dua orang anak yang masih kecil, yang bernama Zul dan Zety. Datin yang terluka hatinya kerana dimadukan membenci akan madu-madunya. Dia juga tidak berhasrat untuk mengenali anak-anak tirinya. Namun begitu, Datuk mempunyai impian iaitu mahukan Datin menerima isteri dan anak-anaknya yang lain. Oleh itu, untuk memenuhi impian Datuk, Datin cuba menyatukan kembali semua anak Datuk, malah cuba bermesra dengan isteri dan bekas isteri Datuk pada hari kematian Datuk. TEMA Cerpen “Warna Hati Seorang Datin” karya Rahman Haji Yusof ini bertemakan tentang hubungan kekeluargaan yang renggang. Pengarang memberikan penekanan hubungan kekeluargaan yang dikaitkan dengan pengorbanan seorang isteri untuk memenuhi hasrat arwah suaminya untuk menyatukan isteri dan anak-anaknya yang lain. Kebencian Datin terhadap madu dan anak-anak tirinya menyebabkan hubungan antara mereka renggang dan tidak mesra. Oleh sebab Datin terlalu mengikut hatinya yang terluka itu, hasrat Datuk yang mahu melihat keluarganya bersatu, terkubur bersamanya pada hari kematiannya Walau bagaimanapun, kematian Datuk menyebabkan rasa kekosongan dalam diri Datin dan dia mengharapkan kematian Datuk akan meninggalkan rasa insaf dalam setiap keluarga. Baginya, kematian itu seharusnya dapat mengeratkan kasih sayang yang 2
  • 3. terputus. . Keinsafan Datin membuatkannya nekad berusaha untuk mempertemukan semua ahli keluarga untuk disatukan. Oleh yang demikian, Datin merasakan bahawa dia merupakan orang yang bertanggungjawab mengambil peranan besar dalam menyatukan semula madu dan anak- anak tirinya sebagaimana harapan arwah suaminya semasa masih hidup. Akhirnya, impian Datin tertunai apabila berlaku sejarah pertemuan keluarga yang amat berharga di rumah pusaka peninggalan arwah suaminya. PERSOALAN 1. Kasih sayang. Contoh: Datuk sangat menyayangi anak-anaknya iaitu Zety dan Zul. 2. Ketabahan dalam menghadapi cabaran rumah tangga. Contoh: Siti Halijah sabar dan tabah dalam menghadapi cabaran hidup walaupun madu dan anak-anak tiri sangat membencinya kerana dikatakan telah merampas suami orang. 3. Amalan poligami dan cerai dalam perkahwinan. Contoh: Semasa hidup, Datuk pernah berkahwin dengan empat orang isteri. Walau bagaimanapun, hanya isteri pertama dan isteri keempat yang kekal manakala isteri kedua dan ketiga telah diceraikannya. Semasa hayatnya Datuk merupakan seorang yang mempunyai dua orang isteri iaitu Datin Dan siti Halijah.Datuk juga pernah berkahwin dengan Cikgu Juliah dan Syarifah Aminah tetapi tidak kekal kerana mereka bercerai. 4. Permasalahan hidup isteri yang dimadukan suami / pergolakan dalam alam rumah tangga kesan daripada amalan poligami. Contoh; Datin amat benci dengan madunya iaitu Siti Halijah dan anak- anaknya.Sehinggakan dia mendidik anak-anaknya membenci madu dan darah dagingnya 3
  • 4. 5. Kerjasama dalam melakukan sesuatu kerja. Contoh: Semasa kematian Datuk, jiran-jiran tetangga, sahabat handai dan saudara-mara telah datang untuk menolong menyelesaikan tugas agar pemergian Datuk berjalan dengan teratur dan selesai dalam waktu yang paling singkat. Semangat bekerjasama yang ditonjolkan ini sepatutnya dapat dijadikan teladan kepada semua. 6. Kerengganan hubungan kasih sayang ayah dengan anak Contoh; Hubungan Datuk dengan sembilan orang anaknya sangat renggang dan tidak akrab seperti dahulu setelah anak-anaknya dewasa. Malah ada di antara anak – anaknya yang hampir tidak mengenalinya. 7. Persoalan tanggungjawab seorang lelaki dalam rumah tangganya sebagai suami. Contoh; Datuk telah menikahi dengan beberapa orang wanita tetapi beliau tidak bertanggungjawab melaksanakan peranannya sebagai suami untuk membimbing dan melindungi ahli keluarganya. Datuk menjatuhkan talak kepada Cikgu Jalilah dan Syarifah Aminah sehingga anak-anaknya tidak mengenalinya sebagai ayah mereka. Ini kerana Datuk menceraikan isterinya ketika anak – anak mereka masih kecil. Akibat tindakan Datuk ini, keadaan keluarganya menjadi kucar-kacir dan saling benci- membenci. 8. Persoalan rasional dan bertimbang rasa dalam membuat keputusan. Contoh; Persoalan ini merujuk kepada Datin, iaitu Datin tidak seharusnya mengikut perasaan dan kata hatinya semata-mata tanpa berfikir akan kebaikan niat Datuk yang ingin menyatukan keluarga besar mereka. Walaupun Datin dilukai, seharusnya dia cuba memahami sebab dan alasan Datuk berkahwin lain. Natijah daripada keputusan melulu dan sikap tidak bertimbang rasa Datin ketika itu telah menghasilkan perpecahan dan pemusuhan antara anak-anaknya dan anak-anak tirinya. Malah madu-madunya juga berasa bimbang dan was-was apabila melihat Datin cuba untuk melakukan sesuatu yang baik pada hari kematian Datuk. 4
  • 5. 9. Persoalan keretakan silaturahim antara ahli keluarga. Contoh; Ahli keluarga seharusnya mempunyai perhubungan yang erat dan saling sayang- menyayangi. Kebahagiaan sesebuah keluarga bergantung kepada corak yang ditentukan oleh ibu bapa. Cerpen ini memperlihatkan keluarga besar Datuk yang berpecah belah dan saling benci-membenci sesama mereka. Tindakan Datin yang mengikut perasaan dan sikap Datuk yang tidak cuba mempertemukan anak-anaknya di serata Malaysia menyebabkan ada antara anak-anaknya terpinggir, membenci dan membawa diri. 10. Persoalan semangat cinta terhadap negara dalam kalangan masyarakat Malaysia. Contoh; Malaysia adalah negara bertuah kerana bebas daripada masalah besar seperti bencana alam, krisis ekonomi, jenayah antarabangsa, perpecahan kaum dan rusuhan, ancaman pengganas, peperangan dan pembunuhan dan sebagainya. Justeru, sebagai warganegara Malaysia, kita seharusnya bersyukur dan mempunyai jiwa merdeka dan semangat kenegaraan yang tinggi terhadap tanah air kita. Jadikanlah peristiwa 13 Mei sebagai iktibar terbaik agar keharmonian hidup pelbagai kaum ini terpelihara daripada bisikan oleh mereka yang berniat menghancurkan kedaulatan negara kita. Kita perlu mencontohi semangat Datuk yang berusaha bersungguh- sungguh menyedarkan dan memupuk semangat patriotisme ke dalam jiwa penduduk di sekitar taman perumahannya. 11. Persoalan pengamalan nilai-nilai murni dalam kehidupan masyarakat. Contoh; Nilai-nilai murni adalah sifat-sifat yang baik yang seharusnya menjadi pegangan setiap orang. Masyarakat yang mempunyai kesedaran sivik dan berjiwa murni akan melahirkan individu yang penyayang dan peka dengan keadaan sekelilingnya. Kita contohilah masyarakat di taman perumahan Datuk yang berduyun-duyun menziarahi, membantu dan bergotong-royong, menyumbang derma serta memberikan suntikan dan kata-kata semangat kepada Datin yang telah kematian suaminya. Malah mereka sangat menghormati Datuk yang telah berjasa dan berbakti kepada masyarakat mahu pun negara semasa hayatnya. 5
  • 6. WATAK DAN PERWATAKAN 1. Datin → Watak utama dalam cerita. → Merupakan isteri tua Datuk dan kekal menjadi isteri sehingga nafasnya yang terakhir dan mempunyai sembilan orang anak hasil perkongsian hidup dengan Datuk iaitu antaranya Jahara, Suhada, Afifah, Aziah, Azuan, Zek, Efa, Basir. Seorang anaknya iaitu Basir mengalami cacat anggota. → Berasa terluka kerana dimadukan dan membenci madu-madu dan anak-anak tirinya. Oleh sebab itu dia enggan berbaik-baik dengan mereka. Datin sangat membenci madunya yang bernama Siti Halijah sebelum kematian Datuk. Contoh: Datin menganggap Siti Halijah sebagai perampas suami. → Memainkan peranan agar anak-anaknya tidak mengenali adik-beradik tiri mereka yang lain walaupun titisan darah di tubuh masing-masing adalah titisan darah daripada seorang bapa dengan menghasut dan meracuni pemikiran anak-anak cupaya membenci isteri dan anak-anak datuk yang lain. → Insaf akan kesilapan diri. Contoh: Datin yang membenci madu-madunya termasuk anak-anak tirinya menaruh insaf yang mendalam di dalam diri dengan cuba untuk memperbaiki hubungan antara mereka supaya kasih sayang yang terputus kembali terjalin. → Datin seorang yang keras hati kerana dia tetap bertegas mendengar kata hatinya yang dilukai. Akibatnya, hasrat Datuk untuk memperkenalkan dan menyatukan dia dengan madu dan anak tirinya semasa hayatnya telah gagal. → Datin berpendapat bahawa Datuk telah melakukan kesilapan apabila tidak merancang pertemuan anak-anak khususnya yang menjauhkan diri seperti Taufik (Kelantan), Amri (Kota Kinabalu) dan Zaleha (Sarawak). Malah anak-anak yang tua tidak dibajai perasaan menyayangi adik-beradik. Seharusnya Datuk memberitahu kepada mereka mengenai adik-beradik yang lain dan bukannya menyimpan rahsia sehingga membiarkan Amri dan Zaleha menjalani kehidupan sendirian. (halaman 69). 6
  • 7. Seorang yang pemarah dan bertindak melulu. Contoh, madunya, Siti Halijah menjadi tergamam apabila Datin menelefonnya kerana bimbang Datin mahu menyerangnya sekali lagi sebagaimana peristiwa lima tahun yang lalu. (halaman 61). → Datin bersikap ikhlas untuk menerima dan berbaik-baik dengan madu-madunya. Keikhlasannya itu mendorongnya untuk menelefon madu-madunya dan mempertemukan semua ahli keluarga Datuk bersama-sama pada hari kematian itu. Malah dia berhasrat untuk memanggil mereka menetap bersamanya di rumah itu. (halaman 74). → Dia berbelas kasihan dan penyayang terhadap anak yatim. Melihat Zety yang tertidur di sebelah jenazah ayahnya, Datin meminta Zety ditidurkan di dalam biliknya. Dia berasa kasihan terhadap Zety dan entah mengapa dia menaruh rasa insaf yang mendalam di sudut hatinya. (halaman 68). → Datin mempunyai sikap yang mudah mesra. Dalam masa yang singkat, Datin mudah serasi dengan Zety dan Zul dan menganggap anak-anak tirinya itu bagai anaknya sendiri. Dia melayan mereka dengan mesra dan baik sekali. Layanan ini menimbulkan kebencian anak-anak Datin yang sedang memerhatikannya. (halaman 68). → Akhirnya Datin insaf dan bersikap pemaaf serta terbuka pada hari pemergian Datuk. Buktinya, “Datin menyambut dengan penuh terharu. Mereka bersalaman. Berpelukan. Sama-sama merenung ke dalam mata masing-masing.” Dalam halaman 61, Datin akhirnya insaf dan menerima Siti Halijah. Datin tidak lagi benci-membenci dan beriri hati seperti masa lalu. 2. Datuk - Merupakan watak kedua terpenting yang meninggal dunia dan menjadi titik tolak plot cerpen ini. Dia adalah seorang pemimpin rukun tetangga yang dikasihi, dihormati dan disegani oleh semua anak buahnya. Datuk adalah pemimpin yang tetap unggul kerana kewibawaan yang dimilikinya. (halaman 58). - Datuk merupakan bekas pegawai tinggi kerajaan. Semasa Allahyarham Tun Abdul Razak merancang untuk membuka FELDA, Datuk terlibat sama. (halaman 75) - Seorang pemimpin yang dikasihi, dihormati dan disegani. Semasa peristiwa 13 Mei, Datuk mendapat layanan baik daripada kaum Cina kerana Datuk dianggap seorang 7
  • 8. pegawai kerajaan yang berjasa. Dia mendapat kawalan baik daripada kaum bukan Melayu. (halaman 76). - Pernah menikahi empat orang wanita. Dua daripadanya kekal menjadi isteri sehingga nafasnya yang terakhir. Isteri pertamanya adalah Datin yang mengikat mati kasihnya. Isteri kedua bernama Cikgu Jalilah dan isteri ketiga ialah Syarifah Aminah daripada Kelantan. Kedua-duanya diceraikan sebelum akhirnya Datuk menikahi Siti Halijah yang menjadi isteri muda Datuk. (halaman 60) - Seorang yang mengamalkan sikap kesederhanaan dalam kehidupan. Contoh: Datuk lebih senang tinggal di kawasan perumahan yang sederhana tetapi dihuni oleh pelbagai kaum. - Datuk dikurniakan 14 orang anak daripada keempat-empat isterinya. Bersama Datin, Datuk memperoleh sembilan orang anak, iaitu Jahara, Suhada, Afifah, Aziah, Azuan, Zek, Efa, dan Basir (cacat anggota); bersama Cikgu Jalilah pula Datuk memperoleh Amri dan Zaleha yang masing-masing kini menetap di Sabah dan Sarawak. Pernikahan dengan Syarifah Aminah pula, Datuk dianugerahi seorang anak perempuan bernama Taufik. Dia kekal menetap di Kelantan. Melalui Siti Halijah, Datuk mendapat dua orang cahaya mata yang amat dikasihinya, iaitu Zety dan Zul. Anak-anaknya yang bongsu ini menjadi tempat Datuk mencurahkan segala kasih sayang yang ada. - Seorang yang banyak berjasa kepada masyarakat. Contoh: Datuk mempunyai jasa yang besar terhadap kawasan perumahan dengan berjaya menyatupadukan pelbagai kaum yang ada di kawasan tersebut. - Seorang yang kurang bertanggungjawab terhadap anak-anak. Contohnya: Setelah bercerai dengan cikgu Jalilah, Datuk telah mengabaikan tanggungjawab dengan membiarkan anak-anak hasil perkongsian hidup mereka hidup sendiri iaitu Amri dan Zaleha. - Punca kepada kerenggangan hubungan keluarga. Contoh: Semasa masih hidup, Datuk gagal mengeratkan hubungan kasih sayang bersama anak-anak sendiri kerana sikap Datuk sendiri yang tiada usaha untuk menghimpunkan anak-anak pada suatu pertemuan. - “Datuk seorang yang disayangi oleh teman-teman. Jasa-jasanya terhadap kawasan perumahan di situ terlalu besar dan perlu dicontohi.” (halaman 62) - Hasrat Datuk menyatukan keluarganya tertunai setelah kematiannya. Kematiannya telah 8
  • 9. menebus kerenggangan antara ahli keluarga yang disebabkan oleh kegagalannya menghimpunkan anak- anaknya. Pada hari pengebumiannya, semua isteri dan anaknya bertemu di bawah satu bumbung. - Seorang yang berjiwa patriotik. Dia sempat menanamkan betapa pentingnya perasaan cinta akan negara kepada setiap penduduk di kawasan perumahannya. Dia mahu melihat setiap kaum berbaik- baik antara satu sama lain dan ingin melihat taman perumahan itu dijadikan contoh. ( halaman 76). - Datuk mempunyai pandangan bahawa menanamkan semangat cinta kepada negara adalah sangat berharga daripada sebarang bentuk pembangunan. (halaman 76). 3. Siti Halijah  Isteri Datuk yang muda. Mereka dikurniakan dua orang anak, iaitu Zety yang berusia empat tahun dan Zul berusia 18 bulan. Kedua-dua anak ini menjadi tempat tercurahnya sisa kasih sayang Datuk berbanding anak-anak lain yang sudah dewasa.  Seorang yang cukup tabah. Dia bersabar dengan tindakan Datin yang menyerangnya lima tahun lalu. Dia juga menerima dengan linangan air mata apabila Suhada memaki hamun, menuturkan kata-kata yang kesat dan meluahkan pelbagai tuduhan dan kejian terhadapnya sebaik sahaja berkahwin dengan Datuk. (hal 67).  Seorang yang reda dengan qadak dan qadar Allah. Dia memujuk hatinya menerima dengan tenang akan berita kematian Datuk. Buktinya, Siti Halijah ada berkata “Pergilah wahai kekasihku, suamiku...Walaupun aku berat untuk melepaskan, namun itu takdir Illahi...” (hal 63).  Seorang yang sangat menyayangi suaminya. Contoh: Siti Halijah sangat mengasihi suaminya walaupun perkahwinan mereka banyak menempuh cabaran.  Siti seorang yang merendah diri dan sedar bahawa kehadirannya di dalam keluarga besar Datuk adalah tidak dialu-alukan sama sekali. Jahara dan Suhada menentang keras perkahwinannya dengan ayah mereka seolah-olah Siti Halijah adalah madu dan bukannya ibu tiri mereka. (hal 62) Siti Halijah tidak diiktiraf sebagai ahli keluarga Datuk. (hal 67).  Seorang yang berhati mulia kerana memaafkan Datin yang pernah menyerangnya lima tahun dahulu. Dia menggagahkan dirinya untuk datang memberi penghormatan 9
  • 10. terakhir kepada Datuk dan dia dapat merasai keikhlasan Datin yang mahu berbaik-baik dengannya.  Seorang yang sabar dan boleh mengawal diri. Contoh: Siti Halijah menerima dengan sabar tuduhan atau kata-kata kesat daripada Datin dan anak-anak tirinya yang menentang perkahwinannya dengan Datuk.. 4. Jahara  Anak Datin dan Datuk yang sulung. Dia sudah berkahwin dan mempunyai suami bernama Iskandar.  Watak sampingan dalam cerita. Seorang yang mata duitan dan mementingkan diri. Ketika semua tetangga dan saudara-mara sibuk menguruskan jenazah Datuk, dia dan suaminya sibuk mengira wang derma mereka adik-beradik. Malah, dia berhasrat untuk meminta wang daripada Amri, Taufik dan Zaleha setelah mereka tiba kelak.  Dia sangat membenci Siti Halijah. Meski pun di dalam kesedihan, masih terselit perasaan bencinya kepada Siti Halijah yang datang ke rumahnya. Buktinya, pada halaman 65, Jaharah bermonolog mempertikaikan tindakan ibunya memanggil Siti Halijah ke rumah mereka.  Jaharah beradiktirikan Amri dan Zaleha ketika masih kecil lagi namun, dia masih tidak mengenali kedua-dua adik tirinya itu. ( halaman 65) Dia hanya mengenali Zety dan Zul.  Seorang anak yang derhaka kerana melawan perintah ibunya serta mempertikaikan kebaikan yang dilakukan oleh ibunya. “Jahara macam tidak mendengar teriakan ibunya walaupun di bersimpuh di depan pintu setelah selesai menghitung wang. Dia berpaling ke arah lain.” ( halaman 66 ).  Jahara mengerti bahawa keriangan yang ditunjukkan bapanya semasa hidupnya adalah berpura-pura sahaja demi menyembunyikan kesepian yang menginap di hati. Anak-anaknya hanya mencurahkan kemesraan kepada ibu mereka. Oleh sebab itu, bapa tidak banyak berinteraksi ketika pulang ke rumah. (halaman 73). 10
  • 11. 5. Cikgu Jalilah → Menjadi isteri Datuk yang kedua. Perkahwinan mereka kekal untuk beberapa tahun sahaja sebelum akhirnya bercerai. Mereka berpisah semasa anak-anak masih kecil. ( halaman 60 ). → Sudah berpisah dengan Datuk selama 25 tahun. Dia tergerak untuk menziarahi bekas suaminya setelah menerima berita kematian itu. → Menetap di Singapura. → Cikgu Jalilah masih mencintai bekas suaminya itu. ( halaman 73 ). → Mempunyai 2 orang anak hasil perkongsian hidup dengan Datuk iaitu Amri dan Zaleha. Amri dan Zaleha dibesarkan olehnya secara sendirian. Mereka tidak diperkenalkan oleh Datuk kepada adik-beradik yang lain. ( halaman 64 ). → Amri dan Zaleha tidak pernah datang menjenguk Datuk apalagi mahu berkenalan dengan adik-beradik tiri lainnya. (hal 65) Watak-watak Lain 1. Syarifah Aminah - Isteri ketiga Datuk. - Dikurniai seorang anak sahaja hasil perkongsian hidup dengan Datuk iaitu Taufik. 2. Suhada - Anak Datuk dan Datin. - Sangat membenci Siti Halijah. - Seorang yang kasar. Contoh: Suhada menuturkan kata-kata yang kesat kepada Siti Halizah sebagai tanda penentangannya terhadap perkahwinan Siti Halijah dengan ayahnya. 3. Atifah - Anak Datuk dan Datin. - Tidak menyukai ibu tirinya iaitu Siti Halijah. - Anak sulungnya berumur dua tahun. 11
  • 12. 4. Aziah, Azuan, Zek, Efa dan Basir. - Anak-anak Datuk dan Datin. - Basir mengalami cacat anggota. 4. Amri dan Zaleha  Anak Datuk dan Cikgu Jalilah. Amri tinggal di Sabah manakala Zaleha pula tinggal di Sarawak.  Mempunyai hubungan yang renggang dengan ayah mereka. “Amri di KK begitu sombong. Dia semacam tidak mahu mengakui Datuk sebagai bapanya. Begitu juga dengan Zaleha.” (halaman 66 ).  Dibesarkan oleh ibunya secara sendirian setelah ibu bapanya bercerai sejak 25 tahun lalu.  Sikap keras kepala mendorong mereka untuk tidak mahu bertemu dengan bapanya walaupun sekali.  Mereka berbudi bahasa kerana memohon maaf kepada Datin atas kelewatan mereka. Amri dan Zaleha selamat tiba di rumah Datuk pada waktu malam selepas solat Maghrib. (halaman 79 ). 5. Taufik - Anak Datuk dengan Syarifah Aminah. - Tinggal di Kelantan. 12
  • 13. LATAR 1. Latar Tempat Rumah pusaka – Rumah peninggalan arwah suami Datin. Ruang legar KLIA – tempat Amri, Zaleha dan Taufik bertemu sebelum berangkat ke rumah Datin. Kawasan FELDA Kota Kinabalu, Sabah - Tempat Amri menetap. Surau Sarawak – Tempat Zaleha menetap. Ruang tamu rumah Siti Halijah Singapura – Rumah cikgu Jalilah. Bilik Datuk Kelantan – Tempat Taufik menetap. Kawasan perumahan 2. Latar Masa Berlaku 1 hari iaitu bermula pada waktu subuh - lima tahun lalu sehinggalah malam. Awal subuh-apabila Datuk menghembuskan - 25 tahun lalu nafasnya yang terakhir Petang –pengkebumian jenazah datuk - Selepas solat Maghrib Malam-tetamu sembahyang maghrib berjemaah dan - Malam kedatangan anak arwah Datuk iaitu Amri, Zaleha dan Taufik. Petang, matahari beransur turun ke barat - Pagi, matahari sedang naik 3. Latar / citra Masyarakat 13
  • 14. 1. Masyarakat yang berbilang kaum – Cina, Melayu, penduduk taman perumahan. Masyarakat Malaysia yang berbilang negeri – Kelantan (Taufik), Zaleha (Sarawak), Amri (Kota Kinabalu, Sabah). 2. Masyarakat yang terdiri daripada pemimpin dan pegawai kerajaan, pendidik – Tun Abdul Razak, Datuk, Cikgu Jalilah. 3. Masyarakat mempunyai keluarga yang besar – Datuk dan isteri-isterinya. 4. Masyarakat yang bermusuhan – Peristiwa 13 Mei. 5. Masyarakat yang mengamalkan semangat kejiranan, Contoh; jiran-jiran dan sahabat Datuk datang menziarahi Jenazah Datuk setelah berita kematian datuk tersebar dan mengucapkan takziah kepada Datin. Ramai tetamu datang menziarahi arwah Datuk, ada yang membacakan ayat-ayat Al- Quran dan ada yang bersedekah kepada keluarga arwah. 6. Masyarakat yang penyayang, Contoh; Datuk sangat menyayangi Siti Halijah dan 2 orang anaknya iaitu Zety dan Zul. 7. Masyarakat yang mengamalkan amalan berpoligami.contoh; Datuk mengamalkan hidup berpoligami iaitu dengan berkahwin sebanyak 4 kali, tetapi hanya 2 orang isteri yang kekal iaitu Datin dan Siti Halijah. Manakala isteri kedua iaitu Cikgu Jalilah dan isteri ketiga Syarifah Aminah diceraikan. 8. Masyarakat yang suka menderma. Contoh: Ramai tetamu yang hadir menziarahi jenazah Datuk menderma kepada Datin sebagai tanda simpati. 9. Masyarakat yang mengamalkan amalan bergotong royong. Contoh;jiran-jiran dan saudara mara Datuk bergotong royong menguruskan jenazah Datuk. 10. Masyarakat yang mentaati perintah Allah SWT. Contoh; Para tetamu yang menziarahi bersembahyang maghrib berjemaah dan kemudian membaca Al- Quran. 11. Masyarakat yang suka memaki hamun. Contoh; Suhada anak kedua Datin memaki hamun Siti Halijah melalui telefon iaitu dengan menuduh Siti Halijah perampas suami orang kerana dia tidak boleh menerima kehadiran ibu tirinya itu. TEKNIK PENCERITAAN 14
  • 15. 1. Imbas Kembali Ketika Datin menelefonnya, Siti Halijah menjadi tergamam dan bimbang jika Datin mahu menyerangnya seperti lima tahun yang lalu. ( halaman 61). 2. Monolog “Pergilah wahai kekasihku, suamiku... Walaupun aku berat untuk melepaskan, namun itu takdir Illahi. Sampai masanya aku akan pergi jua.” ( halaman 63). “Mengapa ibu memanggil isteri muda bapa apabila bapa menghembuskan nafasnya yang terakhir? Mengapa? Biarkan saja bapa pergi tanpa iringan perempuan itu. Bukankah selama ini ibu amat membencinya? Ibu tidak pernah membayangkan...” (halaman 65). 3. Dialog “Hantarkan ia ke bilik bapanya.” “Tak mengapalah.” “Jahara, ambil adik. Tidurkan di dalam bilik bapa.” (halaman 66). 4. Imbas Muka Siti Halijah membuat spekulasi bahawa Datin mungkin telah termakan fitnah seseorang yang menyebabkan dia mungkin diserang oleh Datin sekali lagi. Atas sebab ini, Datin telah menelefonnya seawal subuh lagi. ( halaman 61) 5. Suspens Siti Halijah berdebar-debar ketika sampai di halaman rumah Datin. Setelah pelbagai dugaan dan liku-liku yang dilalui pada awal perkahwinannya, dia menjadi bimbang. Dia merasakan kehadirannya diperhatikan sentiasa bagaikan seorang penjenayah. ( halaman 62 ) GAYA BAHASA 15
  • 16. 1. Personifikasi. i. Dingin pagi terasa menggigit tulang ( halaman 58) ii. Matahari belum muncul menyingkap tabir langit di ufuk timur. ( halaman 58) iii. “...redup matahari masuk dengan begitu sopan menuju tempat jenazah Datuk.” ( halaman 61). 2. Similie i. dadanya berdebar seperti dikejutkan oleh guruh pagi (halaman 61). ii. malah kehadirannya di rumah itu bagaikan seorang penjenayah yang sedang diperhatikan (halaman 62) 3. Repitisi Anafora “Tunggu apa lagi, mak?” “Tunggu apa lagi, Datin?” “Tunggu apa dan siapa?” ( halaman 70) 4. Hiperbola i. Terasa sayu membelah hati. (halaman 75). ii. “...mendengar luahan yang berapi-api itu, dia...” (halaman 67). iii. “...terasadapatmengubathatiyang berdarah.” (hal 79) 5. Simbolik i. “...mereka merempuh liku-liku berduri pada awalnya.” ( halaman 62). ii. “Datuk sepatutnya sudah sampai di tempat istirehat yang panjang.” (halaman 70) 6. Ironi 16
  • 17. “Suaminya dapat menyatupadukan pelbagai kaum di taman perumahan di situ, tetapi gagal untuk mengeratkan hubungan kasih sayang bersama anak-anak sendiri.” ( halaman75) 7. Perulangan “...berita itu meluas meniti dari satu telefon ke satu telefon, daripada seorang jemaah kepada seorang jemaah, daripada seorang teman kepada seorang teman yang lain, menyebabkan ramai...” ( halaman 58). 8. Simile i. “Siti sedar tentang kedatangannya dalam keluarga besar itu seperti seorang usafir.” ( halaman 62). ii. “...kehadirannya di rumah itu bagaikan seorang penjenayah yang sedang diperhatikan.” ( halaman 62). 9. Diksi – pemilihan kata yang puitis “Dia termenung, dan menungan itu berlarutan sehingga tidak terasa bahawa malam menodai keriangan siang, membawakan kegelapan yang menyerkup keliling.” ( halaman 76). “Alangkah cantiknya warna hati Datin kini.” ( halaman 77). NILAI DAN PENGAJARAN 17
  • 18. Nilai Kemanusiaan 1. Nilai Semangat Kejiranan Contoh: Jiran-jiran dan sahabat Datuk datng menziarahi jenazah Datuk setelah berita kematian Datuk tersebar dan mengucapkan takziah kepada Datin. 2. Nilai Menziarahi Contoh: Ramai tetamu datang menziarahi arwah Datuk ,ada yang membacakan ayat-ayat alquran dan ada yang bersedekah kepada keluarga arwah. 3. Nilai Muafakat Contoh: Jahara dan adik-adiknya bermuafakat untuk menyumbangkan wang sedikit seorang untuk menguruskan jenazah arwah bapanya. 4. Nilai Keinsafan Contoh: Datin insaf dan kesal atas perbuatannya dahulu dengan membenci madu dan menyuruh anak-anaknya juga turut membenci ibu tirinya. Apabila Datuk meninggal Datin insaf dan cuba menyatukan seluruh keluarganya demi untuk memenuhi hasrat Datuk. 5. Nilai Keprihatinan dan Tolong Menolong Contoh: Jiran-jiran,dan tetamu yang datang menziarahi jenazah Datuk telah menguruskan Jenazah Datuk sehingga selesai. 6. Nilai Kepatuhan Kepada Agama, Contoh: Para tetamu yang datang ke rumah Datin bersembahyang maghrib berjemaah dan membaca Al Quran. 7. Nilai Kasih Sayang Contoh: Datuk sangat menyayangi anaknya iaitu Zety dan Zul. 8. Nilai Ketabahan Contoh: Siti Halijah tabah dan cekal menghadapi dugaan bermadu, dia pernah dibenci, dihina oleh anak –anak dan isteri pertama Datuk.tetapi dia tabah menghadapinya. NILAI 18
  • 19. 1. Nilai tolong-menolong. Kerjasama, toleransi dan kesepakatan dan sikap tolong-menolong perlu menjadi amalan semua individu. Dalam cerpen ini, tugas pengebumian jenazah Datuk berjalan mudah dan lancar kerana dilakukan secara bergotong-royong oleh saudara-mara, sahabat handai dan jiran tetangga. 2. Nilai keredaan. Apabila kita kehilangan sesuatu atau seseorang yang begitu kita sayangi, hendaklah kita merelakannya dan berharap agar kita mendapat rahmat dan keberkatan oleh Allah. Keredaan Datin dan madu-madunya terhadap pemergian Datuk mendapat balasan yang baik apabila akhirnya keluarga mereka berjaya disatukan dan permusuhan yang pernah wujud di antara mereka dapat dileraikan. 3. Nilai maaf dan memaafi. Maaf akan dapat mengeratkan silaturahim dan mengendurkan kemarahan dan kebencian yang bersarang dalam hati seseorang. Datin insaf dan memohon maaf kepada madu-madu dan anak-anak tirinya dengan menjemput mereka ke rumah untuk memberi penghormatan terakhir. Malah, Datin mahu mereka menetap bersama untuk memperbaiki hubungan. Begitu juga dengan Siti Halijah dan Cikgu Jalilah serta Amri dan Zaleha yang akhirnya pulang menemui Datin di rumahnya. 4. Nilai kasih sayang. Kasih sayang antara ahli keluarga mungkin akan terhapus kerana persengketaan, perbalahan mahupun salah faham. Namun begitu, perasaan kasih sayang dan kemesraanlah yang dapat mengekalkan hubungan silaturahim dan menjamin kebahagiaan sesebuah keluarga. Dalam cerpen ini, kematian Datuk mengeratkan kasih sayang yang hampir terputus. Malah hubungan antara empat pihak kembali pulih dan bertaut. 5. Nilai ikhlas. Ikhlas adalah sifat hati yang suci, tidak berpura-pura dan merelakan. Sifat ikhlas perlu dalam memastikan perhubungan antara sesama manusia berteraskan kejujuran supaya silaturahim akan berpanjangan. Datin ikhlas apabila menjemput madu-madu dan anak-anak tirinya ke rumahnya agar keretakan keluarga itu dapat diurungkan dan mereka dapat meneruskan lembaran baru. 6. Nilai kemurahan hati. Sifat menderma dan berkongsi sesuatu yang kita miliki akan dapat meringankan kesusahan seseorang yang mungkin memerlukannya. Sebagai contohnya dalam cerpen ini, saudara-mara, jiran tetangga dan sahabat handai yang hadir telah menyumbangkan derma dan membantu Datin menguruskan pengebumian Datuk. 7. Nilai keprihatinan. Sebagai manusia yang berperasaan, kita perlu menyedari 19
  • 20. bahawa kita hidup secara majmuk bersama orang lain yang mempunyai kepelbagaian ragam dan sikap. Oleh itu, untuk menjadi seorang yang baik, terlebih dahulu kita perlu peka dengan keperluan emosi orang lain. Dalam cerpen ini, pengarang menggambarkan penziarah tidak mahu berkata apa-apa kerana mereka mengutamakan perasaan sedih tuan rumah. ( halaman 67). PENGAJARAN 1. Hargai dan sayangilah keluarga kita. Janganlah bersengketa sesama saudara atau adik-beradik. Keluarga adalah orang yang paling akrab dengan diri kita. Kita perlulah bersabar, berbincang dan memaafkan kesalahan yang dilakukan oleh ahli keluarga kita. Persaudaraan seharusnya lebih merapatkan hubungan dan tidak sepatutnya perselisihan menjadi punca kepada perpecahan. Datin sedar bahawa perpecahan dan perbalahan dalam keluarganya tidak membawa sebarang kebaikan. 2. Bersikaplah murah hati dengan bersedekah atau bantu-membantu kepada mereka yang memerlukan. Sifat murah hati akan memurahkan rezeki kita. Malah kita juga akan dihormati dan dikasihi oleh orang lain. Dalam cerpen ini, semua kenalan yang mengenali Datuk telah datang untuk memberikan sumbangan kewangan dan juga tenaga dalam memastikan pengurusan jenazah Datuk berjalan dengan sempurna. 3. Kita perlulah menziarahi kenalan atau keluarga kita yang ditimpa musibah. Menziarahi kematian adalah amalan yang mulia dan dapat memupuk keinsafan. Malah, ia menunjukkan bahawa kita sudi berkongsi kesedihan yang sedang menimpa keluarga yang terbabit. Semua sahabat handai, jiran tetangga dan saudara-mara yang datang berkumpul dapat bantu-membantu disamping memberikan penghormatan terakhir mereka kepada jenazah. 4. Kita perlulah selalu berbuat baik dan berbakti kepada sesiapa jua. Orang yang gemar melakukan kebaikan akan tetap disanjung dan dikenang melalui kebaikan dan jasa yang ditaburkan. Nama Datuk tetap dikenang dan diingati oleh penduduk taman perumahannya kerana jasanya membantu penduduk setempat. 5. Sebagai umat Islam, peliharalah hubungan silaturahim dan persaudaraan sesama kita. Islam mengajar kita agar menyebarkan salam kepada sesama umat dengan 20
  • 21. tujuan silaturahim akan terjalin dan kasih sayang akan bertaut sebagaimana sunah Rasullulah SAW. Elakkan sikap hasad dan cemburu demi memanjangkan perhubungan yang diredai oleh Allah. “Para tetamu membacakan ayat-ayat suci, setelah menunaikan solat Maghrib di ruang tamu rumah Datin. Keakraban jiran telah memanjangkan ikatan silaturahim.” (halaman 77). 6. Sebagai warganegara yang baik, cintailah negara kita dengan sepenuh jiwa. Kita juga perlulah berusaha untuk memajukan negara serta menyumbang bakti dan jasa kepada negara meskipun sumbangan kita itu adalah kecil. Misalnya, pergaulan yang baik antara masyarakat pelbagai kaum dan agama adalah satu usaha untuk memadamkan sifat perkauman. Dalam cerpen ini, Datuk adalah model terbaik dalam usahanya menyatu padukan masyarakat Malaysia dan memupuk kecintaan terhadap negara. 21 Nor Azilah bt Rain