Your SlideShare is downloading. ×
Aplikasi dalam organisasi
Aplikasi dalam organisasi
Aplikasi dalam organisasi
Aplikasi dalam organisasi
Aplikasi dalam organisasi
Aplikasi dalam organisasi
Aplikasi dalam organisasi
Aplikasi dalam organisasi
Aplikasi dalam organisasi
Aplikasi dalam organisasi
Aplikasi dalam organisasi
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

×
Saving this for later? Get the SlideShare app to save on your phone or tablet. Read anywhere, anytime – even offline.
Text the download link to your phone
Standard text messaging rates apply

Aplikasi dalam organisasi

674

Published on

Published in: Education
0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total Views
674
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
1
Actions
Shares
0
Downloads
11
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

Report content
Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
No notes for slide

Transcript

  • 1. APLIKASI TAQWA DALAM ORGANISASI Oleh: Mohamad Ridhauddin bin Mohd Salleh1 {‫َ َ ْ ِ َ ٍ َا ُ ا ا َ ِن ا َ َ ِ ٌ ِ َ ْ َُ ن‬ َ ‫إ‬ ‫و‬ ٌ ْ َ ْ ُ ْ َْ‫}َ أ َ ا ِ َ َُ ا ا ُ ا ا َ و‬ َ َ Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan untuk hari esok. Dan (sekali lagi diingatkan): Bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan. (Surah al-Hasyr: 18)Ayat ini (dan ayat-ayat yang semaksud dengannya) setiap minggu kita akan bacakan atau dengarkandalam khutbah juma’ah. Sebagaimana hebatnya makna dan fungsi zakat dalam agama sehingga Allahpasti menghubungkan ayat solat dan zakat, sehingga Saiduna Abu Bakr membuat ‘bid’ah’ memerangigolongan yang tidak memerangi zakat, begitu jugalah hebatnya arahan Allah SWT supaya bertaqwa,Allah gabungkan sekali dengan tugasan yang perlu dilakukan. Dan pastinya ia mempunyai satu maksudyang hebat sehingga al-Imam as-Syafi’e menjadikannya rukun untuk dibaca setiap khutbah.Namun, kegagalan umat Islam di era kini untuk memahami, mengkaji dan mengaplikasikan arahan ataukisah-kisah yang ada di dalam al-quran dalam konteks seharian membuatkan kita terpaksa mengimportilmu pengurusan organisasi daripada eropah yang masyhur dengan pemisahan agama daripada kehidupanseharian mereka. Kemudianya kita menyalahkan eropah (barat) kerana kesekularan mereka.1 Penolong Pensyarah, Kolej Islam Darul ‘Ulum (KIDU)
  • 2. Perihal pakej kepimpinan organisasi sudahpun dirakamkan di dalam Surah an-Naml ayat 15 dan 16,penyelesaian terhadap perbezaan pandangan ada di dalam Surah al-Anbia’ ayat 78 dan 79,mewujudkan sistem birokrasi2 dalam pentadbiran ada dalam surah an-Naml ayat 17, mengenai pakejpekerja organisasi ada di dalam Surah an-Naml ayat 20, ketegasan pemimpin, sikap pengerusimesyuarat, mengambil kedatangan sebelum memulakan mesyuarat dan sebagainya sudah terakam didalam al-quran. Perkara sebeginilah yang perlu diterokai oleh umat Islam dan seterusnyamemperkenalkannya kepada dunia dengan bahasa yang semasa untuk diaplikasi manusia bagi bagimembawa Islam kembali menaungi alamPERIHAL AYAT TAQWATidak kurang dari empat puluh enam (46) kali Allah SWT menyebut perihal taqwa samada dalam bentukamar (kata suruh), mahupun pernyataan. Dan setakat pengetahuan penulis, tidak ada khilaf dari kalanganulama’ bahawasanya kalam Allah SWT adalah mukjizat lafaz dan maknanya. Namun, kegagalan umatIslam mengeluarkan kehebatan susunan, hikmah arahan al-Quran membuatkan al-Quran hanya sekadarmenjadi sumber pahala dan bahan pengajaran di dalam kelas.ANALOGISebagai seorang ibu dan ayah, apa yang bakal kita lakukan sekiranya kita ingin menyampaikan suatuamanat yang AMAT PENTING kepada anak. Manakah antara berikut akan menjadi pilihan utamatindakan kita? 1. Panggil acik dan berpesan kepada beliau agar sampaikan maklumat ini kepada along. 2. Memberikan maklumat kepada acik dengan nada yang kuat (menjerit) agar disampaikan kepada along. 3. Memberikan maklumat kepada along dengan nada yang kuat (menjerit). 4. Memanggil along untuk berjumpa, saling menghadap lalu disampaikan maklumat tersebut.Yang mana satukah pilihan kita?Saya mengirakan kita semua sependapat untuk memilih yang keempat kerana sesuatu yang diterimasecara dharurat (common sense ) sekiranya kita ada maklumat yang sangat penting, maka maklumattersebut harus disampaikan terus kepada orang yang hendak dituju secara terus.Begitu jugalah dengan ayat di atas.2 Dengan maksud literal iaitu mengamalkan sistem pemerintahan yg dijalankan oleh para pentadbir. Kamus DBPedisi ke empat.
  • 3. Sekiranya diperhatikan konteks ayat ini ( ‫قا‬ ) tidak ada sebarang panggilan (‫دى‬ ) bermula dari ayat1 hinggalah ayat 17, kenapa tiba-tiba sahaja Allah memberikan arahan selepas ‘bercerita’. Tidak lain tidakbukan, pastinya kerana apa yang Allah nak sampaikan pada ayat ini tersangatlah penting.MENGEKALKAN MA’THURAT TAFSIRBenar sekali pernyataan di atas.Kebanyakan pentafsiran (sepengetahuan penulis) akan menghuraikan sekitar taqwa dan setiap amalanakan dibawa ke hari akhirat untuk dihisab. Para mufassirin menghuraikan dengan menggunakan kaedahyang ma’thur atau kaedah yang ma’qul (menggunakan logic akal) mengikut kesesuaian zaman mereka.Untuk penulisan ini, penulis tidak bercadang untuk mengulang semula apa yang sudah tercatat dalamkutub tafasir (buku-buku tafsir), tetapi cuba untuk membawa para pembaca untuk melihat ayat taqwa inidari sudut pengurusan organisasi.Dari itu, penulis luncurkan kertas kerja ini untuk diperbahas, dikritik dan dimurnikan dan seterusnyadijadikan sebagai panduan dalam setiap gerakerja yang dilakukan di Muassasah Darul Ulum ini.MEMAHAMII DALIL SELARI DENGAN KEPERLUAN SEMASATidak ada khilaf bahawasanya metodologi pentafsiran haruslah al-quran dengan al-quran atau denganhadis atau dengan pentafsiran para sahabat (metod pentafsiran ma’thur). Namun, di samping itu ia jugaboleh dilihat dari sudut yang berbeza dengan SYARAT tidak lari dari disiplin pentafsiran. Maka, untukpenulisan ini penulis akan menggunakan kaedah bahasa arab untuk melihat panduan al-Quran dalammenguruskan organisasi.Kertas kerja ini bukanlah untuk mentafsirkan al-quran dengan menggunakan ilmu alat moden sepertisains, teori pengurusan dan sebagainya tetapi hanya untuk melihat ayat ini dari sudut yang berbeza.caramelihat seperti ini juga boleh dilihat dalam hadis yang masyhur: 3 .. َ ‫..و َ ا آ َ رأ ْ ُ ُ ِ أ‬ ُ ََ َ َSekiranya kita melihat dari sudut pergerakan seorang imam, maka ia memberi maksud pergerakanimam mestilah mendahului makmum.3 Sahih: Sahih Bukhari nombor 595
  • 4. Sekiranya kita melihat dari sudut pergerakan seorang makmum, maka ia memberi maksud pergerakanmakmum mestilah seusai pergerakan imam.Sekiranya kita melihat dari sudut seorang sikap makmum, apakah dia dilarang secara mutlak (haram)untuk melihat selain dari tempat sujudnya(namun digalakkan untuk melihat tempat sujud)? Tidak, inikerana Nabi SAW berpesan agar melihat pergerakannya terlebih dahulu, maka ini bermakna para sahabatperlu melihat ke hadapan, melihat imam, bukan hanya tempat sujud. Sekiranya haram mutlak, nescayaNabi sAW pasti akan melarang.Sekiranya kita melihat dari sudut seorang keutamaan solat berdua atau ramai, maka hadis inimenunjukan keutamaan solat secara beramai-ramai. Ini kerana pesanan Nabi SAW ini disebut secarajama’ (plural)dan bukan mufrad (singular)atau muthanna (bermaksud dua).Sekiranya kita melihat dari sudut sikap yang perlu ada bagi umat Islam ialah sentiasa berda’wahsamada dengan perilaku ataupun percakapan. Maka, berdsarkan hadis ini, berda’wah dengan menunjukanperilaku akan lebih memberikan impak kepada sasaran da’wah.Sekiranya kita melihat dari sudut kenegaraan, seorang Perdana Menteri perlulah daripada orang yangboleh memimpin rakyatnya menunaikan solat, mendidik rakyatnya agar sentiasa mendahulukan Allah.Dan keutamaan (sekiranya semua orang mempunyai kelayakan yang sama) untuk menjadi imam ialahpemimpin organisasi.Dan banyak lagi. Semuanya diambil dari hadis yang sama, Cuma cara memandang yang berbeza.Semuanya sesuai digunakan mengikut sasaran dan subjek diskusi.Samalah seperti melihat al-quran dari teropong sains. Ia bukan bermasud mentafsirkan al-quran, Cumamelihat ayat al-quran dari sudut yang berbeza. Sebaagi contoh ِ ِ َ ِ َ ْ ‫َ َ ْ أرْ َ ْ َ ر َُ َ ِ ْ َ َ ت وأ ْ َ ْ َ َ َ ُ ُ ا ْ ِ َ ب وَا ْ ِ َان ِ َ ُ م ا س ِ ْ ِ ْ ِ وأ ْ َ ْ َ ا‬ ََ ُ َ َ َ ََ ِ ُ َ ٌ ِ َ ‫َ ْ ٌ َ ِ ٌ و َ َ ِ ُ ِ س وِ َ َْ َ ا ُ َ ْ َ ْ ُ ُ ُ ور َُ ُ ِ ْ َ ْ ِ ِن ا َ َ ِي‬ ‫إ‬ َُ َ ِ َ ‫س‬Demi sesungguhnya! Kami telah mengutus Rasul-rasul Kami dengan membawa bukti-bukti dan mukjizatyang jelas nyata, dan Kami telah menurunkan bersama-sama mereka Kitab Suci dan keterangan yangmenjadi neraca keadilan, supaya manusia dapat menjalankan keadilan dan kami telah menciptakan besidengan keadaannya mengandungi kekuatan yang handal serta berbagai faedah lagi bagi manusia.(Dijadikan besi dengan keadaan yang demikian, supaya manusia menggunakan faedah-faedah itu dalamkehidupan mereka sehari-hari) dan supaya ternyata pengetahuan Allah tentang orang yang (menggunakan
  • 5. kekuatan handalnya itu untuk) menegak dan mempertahankan ugama Allah serta menolong Rasul-rasulNya, padahal balasan baiknya tidak kelihatan (kepadanya); sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagiMaha Kuasa. (al-Hadid: 25)Sekiranya diamati, segelintir kitab tafsir (yang penulis dapati) menceritakan kelebihan besi danpenggunaannya untuk sembelihan dan peperangan. Namun, para saintis moden mendapati keajaiban surahini. Kedudukan surah ini (nombor surah dan nombor ayat) menceritakan komposisi besi danpenggunaannya untuk ilmu perubatan.4 Malangnya, semua penemuan ini dilakukan oleh saintis barat yangakhirnya ditemui kasil kajian mereka oleh orang Islam dan melihat keselariannya dengan al-quran.Persoalannya ialah kenapa umat Islam sendiri tidak mengeluarkan mukjizat-mukjizat yang ada didalam al-quran untuk dikaji dan dikembangkan.MEMAHAMI ARAHAN TAQWA DALAM KONTEKS MODENSekiranya diperhatikan pada ayat arahan taqwa, kita akan mendapati Allah menekankan aspekpemahaman atau teori (inside in) dengan praktikal (inside out) (selepas ini akan banyak menggunakanistilah inggeris ini). Sebagai contoh:Hal yang sama juga para pembaca boleh dapati dalam ayat-ayat yang lain. Sebagaimana ayat di atas, ayatini juga mempunyai konsep teori (inside in) dan praktikalnya (inside out).Penulis mengirakan konsep taqwa dengan ertikata mengamalkan segala suruhan dan meninggalkan segalalarangan sudah diketahui umum dan tidak perlulah penulis menghuraikan dengan panjang lebar di sini.4 http://www.harunyahya.com/articles/70miracle_of_iron.php
  • 6. Fokus penulisan ini ialah bagaimanakah pengaplikasikan konsep taqwa dalam pengurusanorganisasi berdasarkan ayat ini.KAIZENKAIZEN ialah penambahbaikan secara berterusan. Benar, ayat di atas adalah berkenaan KAIZEN.Secara ringkas maklumat berkenaan dengan KAIZEN yang diasaskan oleh Masaaki Imai (berasal dariJepun)5 ini adalah seperti berikut: 6Bahkan pengamalan 5S yang banyak diamalkan di kebanyakan sektor kerajaan mahupun swasta diMalaysia adalah dari buah fikiran orang Jepun. Shinkansen atau keretapi peluru (bullet train) adalahcontoh hasil pengamalan KAIZEN dalam kehidupan mereka.7Mereka tidak pernah berhenti dari sentiasa membuat penambahbaikan.BAGAIMANA ISTIDLAL KAIZEN DI DALAM AYAT {‫َ َ ْ ِ َ ٍ َا ُ ا ا َ ِن ا َ َ ِ ٌ ِ َ ْ َُ ن‬ َ ‫إ‬ ‫و‬ ٌ ْ َ ْ ُ ْ َ ْ ‫}َ أ َ ا ِ َ َُ ا ا ُ ا ا َ و‬ َ َ5 http://www.kaizen.com/about-us/masaaki-imai-kaizen-founder-biography.html6 http://www.valuebasedmanagement.net/methods_kaizen.html7 Pembaca yang berminat boleh melayari alamat laman sesawang di bawah:http://en.wikipedia.org/wiki/Shinkansen#Early_proposalshttp://www.railway-technology.com/features/feature1216/http://www.time.com/time/nation/article/0,8599,1892463,00.html
  • 7. Penulis dalam perbahasan ini akan memberikan fokus memahami ayat di atas dalam konteks pengurusanorganisasi.Dari itu, pembaca akan dapati intipati penulisan ini tidak menggunakan kaedah ma’thur kerana penulismengirakan semua orang sudah memahami tafsir sebenar bagi ayat ini.Penulis juga hanya akan menghuraikan perkataan-perkataan yang berkait rapat dengan maksud di atassahaja.‫ :و‬merupakan huruf ‘athaf kepada arahan sebelumnya. ‘athaf sebagaimana yang diketahui tidaksemestinya membawa maksud turutan atau kebersamaan ( ‫ .)ا‬Dalam konteks ayat ini, ia bermaksudmenyambung ( ‫)ا‬maksud ayat arahan berkenaan dengan taqwa dan juga membawa maksud spesifikasiarahan Allah (specific order) selepas arahan umum untuk bertaqwa.‫ ل‬pada perkataan ْ ُ ْ َ ْ : adalah ‫ م ا‬iaitu huruf ‫ ل‬yang membawa maksud suruhan. Memandangkanhuruf ‫ ل‬ini merupakan sambungan arahan kepada suruhan taqwa, maka sebagaimana ka’edah yangdiketahui umum, kata suruh membawa maksud wajib selagi tidak ada dalil yang lain mengubahmaksudnya kepda maksud yang lain. ْ ُ ْ َ : merupakan (‫رع‬ ‫ا‬ ) yang membawa maksud kata suruh kerana bersambung dengan ‫. ما‬Buktinya juga juga boleh dilihat pada penghujung perkataan ini yang hurufnya berbaris sukun (ْ ). Dari ‫ر‬itu, amat wajar untuk amati kerana ia berbentuk cakapan terus (direct conversation atau ‫. )ا‬Sebagaimana analogi yang telah diberikan di atas, apabila Allah SWT memulai arahannya denganpanggilan dan diikuti dengan cakapan terus ( ‫ )ا‬ia memberi satu gambaran bahawasanya arahanyang bakal Allah berikan ini adalah sesuatu yang amat serius.Di dalam ayat ini, Allah SWT menggunakan kalimah berbanding kerana faedahnya sangat besarkhususnya dalam konteks organisasi. Maksud perkataan dalam konteks organisasi ialah hendaklahkita membuat satu bedah siasat (post mortem) terhadap organisasi secara makro. Allah tidakmenggunakan dalam ayat ini yang membawa maksud melihat atau melakukan bedah siasat sesuatuitu sedalam-dalamnya (atomic post mortem) kerana bedah siasat hingga ke peringkat atom atau terlalumicro akan mengambil masa yang sangat panjang dan menyusahkan bahkan kurang impaknya.
  • 8. ْ َ َ ٌ َْ : Di dalam entiti sesebuah organisasi, sumber tenaga pakar amat diperlukan. Allahmengaitkan bedah siasat ini dengan kepakaran setiap sumber tenaga (ٌ ْ َ ). Ini memberi maknabahawasanya organisasi tersebut hendaklah melihat dan melakukan bedah siasat secara makro terhadapsegenap elemen dalam pentadbiran tersebut samada sistemnya, atau guna tenaganya atau silibusnya atauprosedur operasi standardnya (standard operating procedure) dan lain-lain.Hal ini boleh dilihat pada penggunaan perkataan di dalam ayat di atas. Sebagaimana di ketahui umum, memberi maksud umum. Kejayaan sesebuah organisasi ialah kemampuan mereka memandu organisasitersebut dengan memahami keseluruhan perjalanan organisasi tersebut seperti sistemnya dan keselarasanguna tenaganya. Namun, organisasi adalah berkenaan dengan kemanusiaan dan manusia tidak akanterlepas daripada salah pandang (miss look) atau lemah tadbir. Dari itu, ikutilah saranan Allah Taala yangMaha Pengetahui segala, untuk duduk sebentar dan memandang ke belakang melihat kepada hasil sistem,silibus dan guna tenaga yang diguna dan dihasilkan setakat ini. Para pembaca pasti pernah mendengaristilah penilaian separa penggal, separuh penggal, sepenggal, berehat sebentar (retreat), dan jawatankuasapenambaikan sistem. Semua ini membawa maksud yang sama iaitu melihat semula hasil perjalananorganisasi tersebut untuk dibuat penambahbaikan.ٍ َ ِ : huruf ‫ ل‬di sini bukanlah memberi makna yang sama dengan huruf ‫ ل‬sebelumnya. Ini kerana huruf ِ ِ‫ ل‬sebelumnya membawa maksud arahan, namun huruf ‫ ل‬ini membawa maksud tujuan ( ‫ . )ا‬Itulahmaksud bagi teori pengurusan pendidikan iaitu pengurusan berdasarkan tujuan (management byobjective),pengajaran dan pembelajaran berdasarkan jangkaan hasil (output based learning) dan analisaSWOT (SWOT analysis). Semua teori-teori ini merupakan dapatan dan hasil eropah (barat) yang kitaambil kerana melihat kepada keberkesanannya. Alangkah indahnya sekiranya sekiranya teori ini hasildapatan daripada umat Islam yang diambil daripada mu’jizat al-Quran.Maka, sebelum ini penulis menekankan keperluan kepada organisasi untuk membuat bedah siasatterhadap semua elemen yang ada di dalam organisasi. Persoalannya ialah untuk apa? Apa tujuannya?Tidak lain tidak bukan ialah untuk penambahbaikan masa depan atau memperbaiki kelemahan. Sebagaicontoh (sekadar memberikan satu contoh sahaja) penulis tunjukan di bawah, bagaimana analisa SWOT(S: Strength, W: Weakness, O: Opportunity, T: Threat) adalah bagi penambahbaikan masa depan danmemberikan nilai tambah kepada masalah yang ada. Contohnya
  • 9. Dengan sikap semua masalah harus dilihat secara positif dan kolektif, ia boleh membawa kepada satuinovasi yang baharu.Kita sudah selesai membahaskan kepada keperluan membuat inovasi dan penambahbaikan, namunbagaimana pula kita hendak mencari hikmah di dalam al-Quran berkenaan penambahbaikan berterusansedangkan di dalam ayat di atas tidak disebut.Penulis tidak berhajat untuk membahaskan dari sudut usul fiqhnya ‫ار أم ؟‬ ‫ا‬ ‫ه ا‬kerana pembacalebih alim terhadap perkara sedemikian. Apa yang penulis ingin sentuh ialah pemahaman dalam teks itusendiri menyentuh berkenaan penambahbaikan berterusan.‫ٌ : ِن ا َ َ ِ ٌ ِ َ ْ َُ ن‬َ ‫إ‬ ِ َ ialah lafaz yang membawa maksud bersangatanlahmempunyai pengalaman dan keilmuan. Dan kalimah ini Allah SWT kaitkan dengan perkataan yangsudah kita bahaskan tadi dan kalimat ‫ َ ْ َُ ن‬yang disebut dengan lafaz َ ‫ر‬ (present and future tense).Ini memberi satu indikasi bahawa Allah SWT akan sentiasa memerhatikan setiap penambahbaikan yang
  • 10. dibuat oleh organisasi tersebut samada sedang atau yang akan dibuat dan Dia Maha Pengetahui hasil(output) yang akan terhasil daripada setiap perancangan kita.Allah SWT tidak menggunakan perkataan ‫ ا‬atau ‫ ا‬kerana perkataan ٌ ِ َ lebih menepatimaksud dan lebih diperlukan dalam ruang pengurusan organisasi. Pengalaman merupakan ilmu yangpaling berharga dalam sektor ini. Perhatikan sahaja khususnya dalam sector swasta, sekiranyapengalaman menggunung, pastinnya gaji yang ditawarkan akan menggunung. Ini adalah harga bagikepakarannya dan pengalamannya.Seorang yang pakar dan mempunyai pengalaman yang sangat banyak, sudah mengetahui sekiranyaberbuat begini dan begini pastinya hasil akan jadi begini. Tetapi sekiranya berbuat dengan cara lain pula,akan jadi begini.Sekiranya menggunakan baja itu, ini dan ini pastinya hasil akan jadi begitu dan begini.Bagi renjer hutan yang sangat berpengalaman, dia pasti sudah tahu sekiranya pokok itu menunduksebegini, atau menegak sebegitu, pastinya perkara ini akan terjadi.Allah sudah mengetahui apa yang sedang dan akan kita rancangkan. Dan Dia memerhatikan denganpenuh maha berpengalaman.Perumpamaannya manusia, sekiranya bos senantiasa akan datang memerhatikan kerja danpenambahbaikan yang kita buat, apakah kita akan biarkan gerakerja kita statik tanpa ada perubahan?Beranikah malas nak buat inovasi?Bahkan.MU’ASSASAH DARUL ULUM
  • 11. Kewujudan Mua’ssasah ini adalah hasil daripada orang yang berberkat, dengan tujuan yang berberkatdengan guna tenaga yang berberkat.Dari itu, saya menyeru semua pihak agar sama-sama kita berganding bahu untuk terus memacuMu’assasah ini untuk terus maju ke hadapan untuk mengepalai semua institusi pendidikan Islam yanglain.Dengan ruh islami,marilah sama-sama kita menghadham dan melaksanakan arahan Allah di dalam surahini untuk kita berubah agar terus maju bagi menghasilkan generasi rabbani sebagai pentadbir di bumibertuah ini.Ayuh!

×