SlideShare a Scribd company logo
1 of 18
Download to read offline
SME 6044 : ISU KONTEMPORARI
 DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK


            KAJIAN TINDAKAN :
KAEDAH MENINGKATKAN KEBERKESANAN GURU
BUKAN OPSYEN MATEMATIK MENGAJAR TOPIK
PYTHAGORAS THEOREM MENGGUNAKAN KAEDAH
             KONSTRUKTIVISME



MARDHIYATUL HUDA BINTI HAMDAN   M20112001423
NORFAZELAWATI BINTI ABD KADIR   M20112001424


               PENSYARAH
       PROF DR MARZITA BINTI PUTEH
ISI KANDUNGAN



ABSTRAK                                                              1
1.0    Pengenalan                                                    1
       1.1    Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran                   2
       1.2    Fokus Kajian                                           3
2.0    Tinjauan Literatur Berkaitan Dengan Isu Kajian
       2.1    Kaedah Pengajaran Guru                                 4
       2.2    Teori Konstruktivisme                                  5
3.0    Objektif Kajian                                               6
4.0    Kumpulan Sasaran                                              6
5.0    Kaedah Perlaksanaan Kajian                                    6
       5.1    Tinjauan Masalah                                       6
       5.2    Analisis Tinjauan Masalah                              7
6.0    Kaedah Pengumpulan Data                                       9
7.0    Tindakan Yang Dijalankan
       7.1    Kolaborasi Bersama Guru Bukan Opsyen                   10
       7.2    Kaedah Pengajaran Menggunakan Kaedah Konstruktivisme   10
8.0    Keputusan Dan Analisis Data
       8.1    Pemerhatian                                            11
       8.2    Temubual                                               11
       8.3    Perbandingan skor Ujian Pra dan Ujian Pasca            11
9.0    Refleksi Selepas Kajian                                       14
10.0   Cadangan dan Penambahbaikkan                                  14


RUJUKAN                                                              16
KAEDAH MENINGKATKAN KEBERKESANAN GURU BUKAN OPSYEN
  MATEMATIK MENGAJAR TOPIK PYTHAGORAS THEOREM MENGGUNAKAN
                             KAEDAH KONSTRUKTIVISME




ABSTRAK
Kajian tindakan ini dilaksanakan ke atas seorang guru bukan opsyen matematik dan 28 orang
pelajar Tingkatan 2 Teratai dari SMK (P) Methodist, Raub, Pahang. Fokus kajian adalah untuk
meningkatkan keberkesanan guru bukan opsyen mengajar tajuk Pythagoras Theorem.
Pemerhatian, temubual, Ujian Pra dan Ujian Pasca telah dijalankan untuk menganalisis dan
menyelesaikan masalah kaedah pengajaran yang dialami oleh guru bukan opsyen. Dapatan
kajian menunjukkan kemahiran guru bukan opsyen dalam menyampaikan isi kandungan topik
Pythagoras Theorem telah meningkat. Selain bermotivasi dan lebih berkeyakinan, guru juga
berpuas hati dengan kaedah Konstruktivisme yang digunakan berdasarkan hasil pembelajaran
serta sikap yang ditunjukkan oleh pelajar selepas kajian dijalankan. Peningkatan yang ketara di
dalam markah ujian pasca telah menyokong dapatan kajian dengan membuktikan kaedah
pengajaran berasaskan teori konstruktivisme adalah lebih baik berbanding kaedah tradisional.
Data yang diperoleh telah membuktikan bahawa penggunaan kaedah konstruktivisme amat
berkesan digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi topik Pythagoras
Theorem Tingkatan 2.


1.0    Pengenalan
Kekurangan guru opsyen di sesebuah sekolah bukanlah satu isu baru dalam sistem pendidikan di
Malaysia. Ia perlu diberi perhatian oleh semua pihak yang terbabit khususnya dalam dunia
pendidikan. Keperluan guru untuk sesebuah sekolah adalah dibekalkan berasaskan pindaan yang
menetapkan bilangan guru yang layak diterima oleh sesebuah sekolah (Surat Pekeliling 3/67).
Banyak masalah yang timbul akibat daripada kekurangan guru. Paling ketara apabila sesuatu
mata pelajaran itu terpaksa diambil alih oleh guru yang bukan dalam bidangnya. Pemilihan
dengan bersandarkan paksaan seperti ini tidak akan menghasilkan pengajaran yang berkesan
terutamanya jika guru tersebut adalah dari aliran sastera dikehendaki mengajar aliran sains dan
matematik (Azizi Hj. Yahaya, Jamaluddin Ramli, dan Yusof Boon, 2000).
Fenomena yang berlaku ialah guru bukan opsyen ini tidak berminat untuk mengajar subjek yang
dipertanggungjawabkan kepada mereka. Impaknya, kelemahan dan kepincangan akan berlaku
dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Ini antaranya berpunca daripada
tahap penguasaan pengetahuan pedagogi isi kandungan (PPIK) yang lemah dalam kalangan guru
bukan opsyen. Beberapa kajian lepas mendapati bahawa kebanyakan guru masih lemah PPIK
dan terdapat guru-guru yang mengajar sesuatu tajuk dengan kefahaman konsep yang tidak
mencukupi dan tidak mampu untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang bermakna dan
mencabar (Norasliza Hassan, 2008).


Pendekatan penggunaan teori pengajaran dan pembelajaran memainkan peranan penting dalam
menentukan keberkesanan sesuatu pengajaran dan pembelajaran. Salah satu daripada pendekatan
ini ialah Konstruktivisme. Pendekatan konstruktivisme dilihat sebagai salah satu idea yang
sangat baik dan berkesan kerana ianya mempunyai impak yang kuat ke atas pembelajaran
mereka khususnya dalam mata pelajaran Matematik. Meor Ibrahim (2001) telah menyatakan
bahawa dalam pengajaran dan pembelajaran matematik, walau apapun strategi yang digunakan
oleh guru, penekanan perlu diberikan kepada teori konstruktivisme. Konstruktivisme
menganggap bahawa pelajar adalah sentiasa aktif dalam membina pengetahuan baru melalui
interaksi dengan orang lain dan melalui pengolahan pengetahuan dan pengalaman yang telah
mereka kuasai sebelum ini. Justeru kajian ini berfokus kepada meningkatkan kaedah pengajaran
guru bukan opsyen menggunakan teori konstrutivisme bagi tajuk Pythagoras Theorem.


1.1    Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran
Kajian ini dijalankan kepada 28 orang pelajar Tingkatan 2 Teratai di Sekolah Menengah
Kebangsaan Perempuan Methodist, Raub, Pahang. Sekolah ini mempunyai 9 kelas
keseluruhannya. Bilangan guru matematik yang sepatutnya dibekalkan ke sekolah ini ialah 2
orang. Namun begitu, kekurangan guru matematik di daerah Raub menyebabkan hanya seorang
sahaja guru opsyen matematik yang ditugaskan ke sekolah ini. Seorang lagi guru iaitu beropsyen
Pendidikan Seni Halus terpaksa diberi tanggungjawab untuk mengajar kesemua kelas Tingkatan
2. Pihak pentadbiran sekolah memilih guru ini berdasarkan keputusan Matematik Moden SPM
beliau yang cemerlang. Namun begitu, guru ini sejak awal diberi tugas dilihat tidak berminat
serta kurang keyakinan diri untuk mengajar subjek matematik di kelas tersebut. Daripada rekod
keputusan peperiksaan Ujian Penilaian 1/2012, didapati prestasi pelajar kelas 2 Teratai dalam
subjek Matematik adalah menurun dan tidak mencapai target yang ditetapkan.


Daripada pemerhatian awal yang dijalankan, didapati kaedah pengajaran adalah berpusatkan
guru dan bergantung kepada buku teks semata-mata. Guru sering menyatakan kebimbangan
beliau setiap kali sebelum masuk ke kelas dan memulakan pengajaran. Selain tidak
menggunakan kaedah pengajaran yang berkesan, guru ini juga kurang pengetahuan yang
mendalam tentang isi kandungan subjek matematik. Memandangkan masalah kefahaman pelajar
adalah berpunca daripada kaedah pengajaran guru bukan opsyen maka, penyelidik mengambil
inisiatif untuk meningkatkan kaedah pengajaran guru supaya dapat membantu pelajar menguasai
konsep serta isi kandungan topik Pythagoras Theorem ini dengan lebih baik dan berkesan.




1.2    Fokus Kajian

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji masalah yang dihadapi oleh guru bukan opsyen yang tidak
dapat menyampaikan pengajaran dan pembelajaran konsep Pythagoras Theorem dengan baik
untuk pelajar tingkatan 2 Teratai di SMK (P) Methodist, Raub. Kaedah pengajaran guru bukan
opsyen sukar difahami oleh para pelajar. Masalah guru ini menyebabkan pelajar tingkatan 2
Teratai tidak dapat memahami konsep Pythagoras Theorem dengan baik. Fokus kepada kajian
tindakan ini ialah:
       i.    Guru dapat meningkatkan kaedah dan teknik pengajaran topik Pythagoras Theorem
             untuk hasil pembelajaran yang berkesan.
       ii.   Kefahaman pelajar berkaitan topik Pythagoras Theorem meningkat apabila guru
             mengajar dengan menggunakan kaedah Konstruktivisme.
2.0    Tinjauan Literatur Berkaitan Dengan Isu Kajian

2.1    Kaedah Pengajaran Guru
Kurikulum matematik KBSM membekalkan pendidikan matematik yang umum, menyeronokkan
dan mencabar bagi semua pelajar yang memberi fokus kepada keseimbangan antara kefahaman
terhadap konsep dengan penguasaan kemahiran, penggunaan matematik dalam situasi sebenar,
kemahiran menyelesaikan masalah serta cara pemikiran yang logik, kritis dan bersistem (Nik
Azis, 1992). Turut diberi perhatian ialah penerapan nilai murni untuk melahirkan warganegara
yang dinamik dan amanah. Manakala matlamat pendidikan matematik KBSM pula adalah untuk
memperkembang pemikiran logik, analitis, kritis dan bersistem, kemahiran penyelesaian masalah
serta kebolehan menggunakan pengetahuan matematik dalam kehidupan seharian supaya pelajar
dapat berfungsi dengan berkesan dan penuh bertanggungjawab serta menghargai kepentingan
dan keindahan matematik (KPM, 2011).


Aspek seperti pemahaman, amalan dan penghayatan kurang diberi perhatian yang sewajarnya
oleh kebanyakan guru. Aktiviti yang melibatkan murid secara aktif sangat terhad (Nik Azis,
1992). Menurut laporan Jemaah Nazir Sekolah (2001) masih terdapat kira-kira 25% daripada
guru-guru sekolah menengah yang masih kurang pengetahuan, kefahaman dan kemahiran dalam
pelajaran yang disampaikan mengikut kehendak dan keperluan KBSM. Pelajar mestilah
dilibatkan secara aktif di dalam membina konsep dan pengetahuan berhubung dengan setiap isi
pelajaran yang dipelajari (Nik Azis, 1992). Pertubuhan matematik profesional seperti “National
Council of Teachers of Mathematics (NCTM)” dan juga Kementerian Pendidikan Malaysia
melalui KBSM telah menegaskan bahawa guru-guru perlu mengembangkan kurikulum
matematik di mana para pelajar digalakkan untuk membina secara aktif kefahaman matematik
mereka melalui penyiasatan, menguji hipotesis, membuat anggaran, menyelesai masalah,
berbincang dan berkongsi idea (NCTM, 2000).


Kelemahan yang berlaku dalam proses pengajaran dan pembelajaran antaranya berpunca
daripada kepercayaan guru bahawa pengetahuan matematik boleh dipindahkan daripada guru
kepada murid dalam bentuk yang serba lengkap. Ditambah pula dengan kelemahan dalam
penguasaan isi kandungan serta kejahilan di dalam memilih pendekatan dan kaedah serta teknik
terbaik untuk menyampaikan sesuatu konsep kepada pelajar. Pengkonsepan pengetahuan
matematik bagi seseorang pendidik adalah merupakan aspek penting dan kritikal sebelum
mereka mampu membimbing murid menguasainya (Swafford, et, al., 1997).


2.2     Teori Konstruktivisme
Nik Aziz(1992), menyebut konstruktivisme adalah tidak lebih daripada satu komitmen terhadap
pandangan bahawa manusia membina pengetahuan sendiri. Ini bermakna bahawa sesuatu
pengetahuan yang dipunyai oleh seseorang individu adalah hasil daripada aktiviti yang dilakukan
oleh individu tersebut dan bukan sesuatu maklumat atau pengajaran yang di terima secara pasif
daripada luar. Pengetahuan tidak boleh dipindahkan daripada pemikiran seseorang individu
kepada pemikiran individu yang lain. Sebaliknya setiap insan membentuk pengetahuan sendiri
dengan menggunakan pengalamannya secara terpilih. Berdasarkan pandangan-pandangan di atas
maka pengertian pembelajaran secara konstruktivisme bolehlah dirumuskan sebagai satu
fahaman bahawa pelajar membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan
pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Dalam proses ini, pelajar akan menyesuaikan
pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru.


Implikasi dari teori ini adalah pengajaran dan pembelajaran akan berpusatkan pelajar.
Pengetahuan yang dipunyai oleh pelajar adalah hasil daripada aktiviti yang dilakukan oleh
pelajar tersebut dan bukan pengajaran yang diterima secara pasif. Krulik, S., Rudnick, J., Milou,
E. (2003) berpendapat guru berperanan sebagai fasilitator yang membantu pelajar membina
pengetahuan dan menyelesaikan masalah. Guru juga sebagai pereka bentuk bahan pengajaran
yang menyediakan peluang kepada pelajar untuk membina pengetahuan baru. Guru akan
mengenal pasti pengetahuan sedia ada pelajar dan merancang kaedah pengajarannya dengan sifat
asas pengetahuan tersebut.
3.0    Objektif Kajian


Objektif kajian ini adalah untuk meningkatkan kemahiran guru mengajar dengan kaedah
pengajaran berbeza iaitu Konstruktivisme bagi    topik Pythagoras Theorem di Tingkatan 2
Teratai SMK(P) Methodist, Raub.




4. 0   Kumpulan Sasaran


Kajian ini melibatkan seorang guru bukan opsyen matematik (Opsyen Pendidikan Seni Halus)
dan 28 orang pelajar Tingkatan 2 Teratai SMK(P) Methodist, Raub. Semua pelajar adalah
pelajar perempuan.


5.0    Kaedah Pelaksanaan Kajian


5.1    Tinjauan Masalah
Untuk melaksanakan kajian ini, tinjauan masalah dibuat berdasarkan kaedah pemerhatian dan
temu bual. Tinjauan masalah merupakan kaedah yang akan digunakan untuk mengenalpasti
kelemahan yang wujud ketika proses pengajaran dan pembelajaran. Kaedah ini sangat membantu
penyelidik dalam mengenalpasti sikap dan mencari punca mengapakah guru bukan opsyen
tersebut gagal menyampaikan isi kandungan topik Pythagoras Theorem dengan baik.


5.1.1 Pemerhatian
Pemerhatian awal telah dibuat ketika guru menyampaikan pengajaran dan pembelajaran topik
Pythagoras Theorem. Kaedah pemerhatian yang digunakan adalah bertujuan untuk menganalisis
dan menterjemahkan masalah yang timbul berkaitan dengan pengajaran guru bukan opsyen.


5.1.2 Temu Bual
Kaedah lain yang digunakan adalah temu bual secara tidak formal yang dijalankan terhadap guru
dan pelajar-pelajar daripada kumpulan sasaran. Temu bual yang dijalankan kepada guru
bertujuan untuk mengetahui tentang kesediaan dan keyakinan guru untuk mengajar topik
Pythagoras Theorem. Temu bual ini secara tidak langsung dapat mengenali punca sebenar guru
tidak dapat menyampaikan isi pengajaran dengan baik. Selain itu, temu bual ini juga bertujuan
untuk mengetahui punca pelajar tidak dapat menguasai konsep dan isi kandungan Pythagoras
Theorem. Hasil maklumat daripada temubual akan dijadikan panduan asas bagi merangka kaedah
instrumentasi bagi kajian ini.


5.1.3 Ujian Pra
Ujian Pra dijalankan untuk menyokong dapatan kajian mengenai keberkesanan guru mengajar
serta menguji tahap kefahaman dan pengetahuan sedia ada pelajar. Ujian Pra dijalankan sebelum
kajian iaitu setelah guru mengajar menggunakan kaedah tradisional. Soalan Ujian Pra ini
menguji tahap kefahaman pelajar mengenai topik Pythagoras Theorem yang terdiri daripada 15
soalan subjektif dengan 30 markah penuh.




5.2    Analisis Tinjauan Masalah
5.2.1 Pemerhatian
Hasil daripada pemerhatian mendapati, guru hanya menggunakan buku teks sepenuhnya semasa
mengajar di dalam kelas. Guru dilihat kurang bermotivasi untuk mengajar dengan hanya berdiri
di hadapan kelas sahaja tanpa bergerak mendekati pelajar. Guru juga dilihat kurang bekeyakinan
memberi jawapan apabila diajukan pertanyaan oleh pelajar. Ini membuatkan pelajar menjadi
bosan dan kurang mengambil bahagian semasa pengajaran dan pembelajaran berlangsung.
Pelajar kurang berminat dan tidak memberi tumpuan semasa guru mengajar dan sebahagian
daripada mereka tidak menunjukkan respon yang baik terhadap soalan yang diajukan oleh guru
mereka. Malahan pelajar tidak dapat menjawab soalan yang diberikan oleh guru di akhir
pengajaran walaupun soalan yang mudah.




5.2.2 Temu Bual
Hasil daripada temubual, guru menyatakan beliau tidak berkeyakinan dan belum bersedia untuk
mengajar topik Pythagoras Theorem kerana tidak menguasai isi kandungan topik ini dengan baik.
Ini juga disebabkan oleh faktor guru tidak mempunyai latihan perguruan untuk mengajar mata
pelajaran matematik. Pelajar pula menyatakan mereka kurang berpuas hati dengan cara guru
mengajar serta tidak faham tentang keseluruhan tajuk Pythagoras Theorem. Mereka juga tidak
berminat dan beranggapan topik ini sukar untuk difahami.


5.2.3 Skor Ujian Pra
Keputusan pelajar menunjukkan 21 orang pelajar (75%) gagal mendapat separuh daripada
markah penuh iaitu 15 markah keatas dan tidak ada pelajar yang mendapat 30 markah penuh.
Keputusan Ujian Pra pelajar adalah seperti berikut :
                                    Jadual 1 : Skor Ujian Pra
           Bil Nama                                              Skor Ujian Pra
           1    Adila Syahida Binti Sarodin                            10

           2    Aida Hanani Bt Rosli                                   12

           3    Aina Irdina Bt Josffian Redza                           4

           4    Amira Zaqirah Binti Azain                               8

           5    Amrina Rashada Azlin Binti Azmy                         8

           6    Chang Zhi Xuan                                         16

           7    Chong Wen Ling                                         18

           8    Hooi May Zheng                                         12

           9    Karin Wong                                             10

           10   Khalida Najwa Binti Khairuddin                         14

           11   Khew Wei Ly                                            18

           12   Lai Pui Yee                                            20

           13   Noor Alfira Edzlin Bt Noorazlan                         6

           14   Norazlina Binti Ibrahim                                 8

           15   Normaisarah Binti Sazali                               10

           16   Nur Fatehah Binti Pauzi                                10
17   Nur Hidayah Binti Kamaruzaman                             16

          18   Nur Syafiqah Binti Yon Afrizal                            14

          19   Nur Syafitri Binti Yon Afrizal                            12

          20   Nurul Asyikin Bt Mohamad Ragi@Mohamad Rosdi               8

          21   Nurul Atiqah Binti Hairol Sahrri                          8

          22   Nurul Fazierra Binti Basri                                10

          23   Nurul Hafizah Binti Zaidi                                 18

          24   Nurul Naziera Bt Sharudin                                 6

          25   Nurul Shaidatul Aishah Binti Amiruddin                    8

          26   Siti Nor Atikah Bt Anuar                                  12

          27   Then Hui Lin                                              14

          28   Uma a/p Alagu                                             20




6.0    Kaedah Pengumpulan Data


Kajian tindakan ini dilakukan dalam tempoh 2 minggu. Kajian adalah berbentuk kuantitatif
deskriptif. Kajian ini hanya memberi tumpuan kepada seorang guru bukan opsyen Matematik
dan 28 orang pelajar tingkatan 2 Teratai. Batasan kajian ini dihadkan bagi memudahkan kajian
dijalankan. Penyelidik menggunakan teknik pengumpulan data dengan kaedah pemerhatian,
temubual serta Ujian Pra dan Pasca sebagai menyokong dapatan kajian. Pemerhatian dilakukan
ke atas perubahan tingkah laku dan respon pelajar sebelum, semasa dan selepas proses
pengajaran dan pembelajaran berlangsung.Temubual pula dilakukan sebelum dan selepas proses
pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Kaedah pengumpulan data melalui Ujian Pra dan Pasca
adalah untuk menyokong dapatan kajian dalam melihat keberkesanan guru bukan opsyen
mengajar topik Pythaoras Theorem menggunakan kaedah yang berbeza iaitu Konstruktivisme.
7.0    Tindakan Yang Dijalankan


7.1    Kolaborasi Bersama Guru Bukan Opsyen
Kolaborasi bermaksud perbincangan bersama guru bukan opsyen dengan guru yang
berpengalaman dan guru opsyen. Guru berpengalaman yang dimaksudkan ialah Guru Kanan
Matapelajaran Sains dan Matematik (GKMP) yang telah berkhidmat lebih 10 tahun mengajar
manakala guru opsyen ialah guru yang mendapat latihan khusus dalam bidang Pendidikan
Matematik. Tujuan utama perkongsian ilmu ini merangkumi kaedah pengajaran matematik yang
berkesan, penyelesaian masalah pembelajaran yang lebih efektif, galakan untuk guru menjadi
lebih kreatif, serta meningkatkan motivasi guru.


Di samping itu, perbincangan bersama rakan sekerja seumpama ini mampu meningkatkan tahap
kesediaan dan keyakinan guru sebelum masuk ke kelas. Malahan, kerja berpasukan seperti ini
merupakan salah satu dimensi yang boleh menyumbang ke arah peningkatan kualiti pendidikan
matematik. Guru bukan opsyen diterangkan tentang langkah-langkah pengajaran yang berkesan
untuk subjek matematik bermula daripada set induksi sehingga rumusan di akhir pengajaran.


7.2    Kaedah Pengajaran Menggunakan Kaedah Konstruktivisme
Kaedah pengajaran menggunakan Teori Konstruktivisme telah dipilih untuk diaplikasikan di
dalam kajian ini. Dewasa ini, pendekatan penggunaan teori pengajaran dan pembelajaran
memainkan peranan penting dalam menentukan keberkesanan sesuatu pengajaran dan
pembelajaran dalam bidang pendidikan. Pendekatan konstruktivisme dilihat sebagai salah satu
idea yang sangat baik untuk guru bukan opsyen mengajar tajuk Pythagoras Theorem. Ini kerana
konstruktivisme bukan sahaja mengkaji bagaimana pelajar membina ilmu pengetahuan tetapi
juga melibatkan cara perubahan konseptual berlaku dengan cepat di dalam pembelajaran. Selain
itu, konstruktivisme mengganggap pelajar adalah sentiasa aktif dalam membina pengetahuan
baru melalui interaksi dengan orang lain dan melalui pengolahan pengetahuan dan pengalaman
yang telah mereka kuasai sebelum ini. Dalam tajuk Pythagoras Theorem yang dikaji, pelajar
dikehendaki meneroka dan mengkaji hubungan di antara panjang sisi segitiga bersudut tegak.
Berikut adalah contoh persediaan pengajaran dan pembelajaran yang dicadangkan kepada guru :
Tajuk : Theorem Pythagoras Tingkatan 2
Objektif : Diakhir pembelajaran, pelajar dapat menunjukkan ;
      i) Bagi segitiga bersudut tegak, kuasa dua hipotenus adalah bersamaan dengan hasil tambah
          kuasa dua bagi dua sisi yang lain.


      Aktiviti ;
      Langkah 1: Pelajar dikehendaki mengukur sisi 4 segitiga di dalam helaian kertas yang
                   diberikan oleh guru.
      Langkah 2 : Pelajar merekod ukuran sisi segitiga di dalam jadual yang diberikan.
                                   Jadual 2 : Hubungan antara a2, b2 dan c2
                        a     b     c     a2    b2      c2    Hubungan antara a2, b2 dan c2
          Segitiga 1    3     4     5      9    16     25              9 + 16 = 25
          Segitiga 2    6     8    10

          Segitiga 3    5    12    13

          Segitiga 4    7    24    25

      Langkah 3 : Pelajar dikehendaki membina perhubungan di antara sisi-sisi segitiga
                   menggunakan a2, b2 dan c2.


8.0       Keputusan dan Analisis Data


8.1       Pemerhatian
Hasil daripada pemerhatian yang dijalankan semasa proses pengajaran dan pembelajaran
menggunakan kaedah kostruktivisme, didapati guru berkeyakinan dan bersemangat dalam
menyampaikan isi pengajaran. Guru juga dapat menerangkan isi kandungan pengajaran dengan
berkesan. Selain itu guru lebih ceria dan harmonis dalam menarik minat pelajar dengan
menimbulkan keseronokan dalam suasana pembelajaran. Pelajar juga dilihat teruja dengan
memberi respon yang baik apabila guru menerangkan tentang aktiviti yang akan dijalankan
untuk membuktikan Pythagoras Theorem. Pelajar dan guru menunjukkan minat dan sikap
kerjasama sepanjang proses pembelajaran berlaku.
8.2       Temu Bual
Temu bual yang dijalankan kepada guru selepas proses pengajaran dan pembelajaran bertujuan
untuk mengetahui tentang perasaan dan pandangan guru setelah mengajar topik Pythagoras
Theorem menggunakan kaedah Konstruktivisme. Guru menyatakan rasa berpuas hati dan
gembira dengan hasil pembelajaran yang ditunjukkan oleh para pelajar. Guru mengakui telah
berjaya menguasai isi kandungan topik Pythagoras Theorem dengan lebih baik serta berhasil
menyampai segala ilmu pengetahuan yang diperolehi kepada pelajar. Guru juga menyatakan
hasrat untuk belajar lebih banyak kaedah pengajaran yang berkesan untuk subjek Matematik.


8.3       Perbandingan skor Ujian Pra dan Ujian Pasca
Ujian Pasca dijalankan selepas 2 minggu selesai proses pengajaran menggunakan kaedah
Konstruktivisme. Ujian ini bertujuan untuk menyokong dapatan kajian mengenai keberkesanan
guru menyampaikan isi kandungan pengajaran. Soalan Ujian Pasca ini menguji tahap kefahaman
pelajar mengenai topik Pythagoras Theorem yang terdiri daripada 15 soalan subjektif yang lebih
mencabar berbanding ujian Pra dengan 30 markah penuh. Hasil dapatan daripada skor Ujian
Pasca ini telah menunjukkan peningkatan peningkatan kefahaman pelajar dalam menjawab
soalan. Skor bagi keseluruhan pelajar telah meningkat. Seramai 15 pelajar (54%) telah mendapat
markah penuh. Purata skor bagi Ujian Pasca juga meningkat iaitu 25.71 berbanding purata Ujian
Pra iaitu 11.93 sahaja. Dapatan ini menunjukkan kaedah pengajaran guru menggunakan teori
konstruktivisme adalah lebih baik dan berkesan.


                         Jadual 3 : Perbandingan Ujian Pra dan Ujian Pasca
      Bil                           Nama                             Skor       Skor
                                                                  Ujian Pra   Ujian Pos
      1      Adila Syahida Binti Sarodin                              10         26

      2      Aida Hanani Bt Rosli                                     12         30

      3      Aina Irdina Bt Josffian Redza                            4          20

      4      Amira Zaqirah Binti Azain                                8          18

      5      Amrina Rashada Azlin Binti Azmy                          8          16
6    Chang Zhi Xuan                                 16      30

7    Chong Wen Ling                                 18      30

8    Hooi May Zheng                                 12      30

9    Karin Wong                                     10      22

10   Khalida Najwa Binti Khairuddin                 14      30

11   Khew Wei Ly                                    18      30

12   Lai Pui Yee                                    20      30

13   Noor Alfira Edzlin Bt Noorazlan                6       18

14   Norazlina Binti Ibrahim                        8       18

15   Normaisarah Binti Sazali                       14      30

16   Nur Fatehah Binti Pauzi                        10      26

17   Nur Hidayah Binti Kamaruzaman                  16      30

18   Nur Syafiqah Binti Yon Afrizal                 14      30

19   Nur Syafitri Binti Yon Afrizal                 12      28

20   Nurul Asyikin Bt Mohamad Ragi@Mohamad Rosdi    8       20

21   Nurul Atiqah Binti Hairol Sahrri               8       18

22   Nurul Fazierra Binti Basri                     10      30

23   Nurul Hafizah Binti Zaidi                      18      30

24   Nurul Naziera Bt Sharudin                      6       18

25   Nurul Shaidatul Aishah Binti Amiruddin         8       22

26   Siti Nor Atikah Bt Anuar                       12      30

27   Then Hui Lin                                   14      30

28   Uma a/p Alagu                                  20      30

Purata Keseluruhan Skor                            11.93   25.71
9.0    Refleksi Selepas Kajian


Secara keseluruhannya, kajian tindakan yang dijalankan ini telah berjaya dalam meningkatkan
keberkesanan guru bukan opsyen Matematik mengajar topik Pythagoras Theorem menggunakan
kaedah Konstruktivisme di Tingkatan 2 Teratai SMK (P) Methodist, Raub, Pahang. Aktiviti-
aktiviti yang dijalankan sepanjang proses pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas telah
dapat membina motivasi dan keyakinan diri yang tinggi dalam diri guru bukan opsyen. Secara
tidak langsung aktiviti yang berlandaskan teori konstruktivisme ini dapat menimbulkan minat
pelajar terhadap guru mereka dan subjek Matematik amnya. Guru berasa selesa berhadapan
dengan pelajar apabila menggunakan kaedah pengajaran Konstruktivisme ini kerana pelajar lebih
banyak melibatkan diri dalam situasi pembelajaran berbanding kaedah tradisioanl yang
diamalkan sebelum ini. Selain itu pembelajaran berasaskan konstruktivisme ini juga dilihat
sangat berkesan untuk memantapkan sesuatu konsep matematik sehingga pelajar dapat
menguasai sepenuhnya isi kandungan topik tersebut. Suasana semasa kerja berkumpulan dalam
membina konsep juga dapat membantu pelajar memupuk kemahiran sosial dalam menggalakkan
kerjasama dan membina keyakinan diri.




10.0   Cadangan dan Penambahbaikkan


Berdasarkan kepada dapatan kajian tindakan ini, beberapa cadangan dan penambahbaikkan boleh
diberi terhadap kaedah yang digunakan iaitu kaedah konstruktivisme dalam pembelajaran topik
Pythagoras Theorem. Guru perlu lebih kreatif dalam merancang pengajarannya dan sentiasa
menggalakkan pelajar membuat sesuatu yang baru agar diri dan jiwa pelajar sentiasa ingin maju
ke hadapan. Kreativiti guru amat membantu perkembangan kognitif pelajar khususnya bagi
pelajar yang bermasalah dalam pembelajaran. Pelajar memerlukan aktiviti pengajaran yang
menarik dan tidak membosankan. Sebagai contoh guru boleh mengaplikasikan Pembelajaran
Berbantu Komputer (PBK) ke dalam pengajaran dengan membina perisian multimedia
berteraskan teori Konstruktivisme yang berkaitan dengan topik Pythagoras Theorem ini.
Menurut Jamalludin dan Zaidatun (2003), kajian yang telah dijalankan menunjukkan bahawa
penggunaan multimedia seperti perisian pengajaran mampu meningkatkan minat dan pencapaian
pelajar dalam akademik.
       Secara kesimpulannya, pengetahuan tentang pedagogi pengajaran sesuatu topik adalah
sangat penting bagi seseorang guru bukan opsyen untuk meningkatkan mutu pengajaran di dalam
bilik darjah. Guru bukan opsyen sebenarnya memerlukan kursus pedagogi isi kandungan yang
lengkap kerana mereka diberikan tanggungjawab untuk mengajar subjek yang bukan dari opsyen
asal mereka. Harapan penyelidik ialah kajian tindakan ini dapat menjadi rujukan pihak
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dalam memperkasakan lagi bidang pendidikan melalui
pengagihan tugas guru-guru yang lebih relevan dan berkesan. Di samping itu, diharap agar kajian
ini dapat membantu pihak sekolah untuk mengatasi permasalahan yang sering wujud
terutamanya dalam lingkungan guru-guru bukan opsyen Matematik berkaitan kaedah pengajaran
yang berkesan.
RUJUKAN

1. Azizi Hj. Yahaya, Jamaluddin Ramli, dan Yusof Boon. 2000. Sumbangan Sikap Terhadap
   Matapelajaran Matematik : Sejauhmanakah Hubungan Ini Relevan? Fakulti Pendidikan
   Universiti Teknologi Malaysia.
2. Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir. 2000. Pengenalan Kepada Multimedia. Edisi Pertama.
   Kuala Lumpur : Venton Publishing.
3. Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir. 2003. Multimedia dalam Pendidikan. Bentong: PTS
   Pubilications & Distributors Sdn. Bhd.
4. Jemaah Nazir Sekolah. 1996. Perlaksanaan program KBSM dalam bilik darjah.
5. Krulik, S., Rudnick, J., Milou, E. 2003. Teaching Mathematics in Middle Schoolc: A Practical
   Guide. Pearson : New York.
6. Meor Ibrahim Kamaruddin. 2001. Modul Pembelajaran Sains dan Matematik. Skudai: Fakulti
   Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.
7. National Council for Teachers of Mathematics (NCTM). 2000. Principles and standards for
   school mathematics. Reston, VA: NCTM.
8. Nik Azis Nik Pa. 1992. Agenda Tindakan : Penghayatan Matematik KBSR dan KBSM. Kuala
   Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
9. Norasliza Hassan. 2008. Pengetahuan Pedagogi Kandungan Guru Pelatih Matematik Sekolah
   Menengah. Seminar Kebangsaan Pendidikan Sains dan Matematik. Universiti Teknologi
   Malaysia.
10. Surat Pekeliling Bil 3 /1967. Buku Perintah Am dan Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam.
11. Swafford, J.O., Jones, G A. & Thornton, C.A. 1997. Increasing Knowledge in Goemetry and
   Instructional Practice. Journal for Research in Mathematics Education, 28(4), 467−483.

More Related Content

What's hot

Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaranKumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaranpikaosman
 
134819243 tugasan-ulasan-kritikal-jurnal-dan-artikel
134819243 tugasan-ulasan-kritikal-jurnal-dan-artikel134819243 tugasan-ulasan-kritikal-jurnal-dan-artikel
134819243 tugasan-ulasan-kritikal-jurnal-dan-artikelnurinbatrisyia
 
Mte3143 tugasan & rubrik kerja kursus
Mte3143 tugasan & rubrik kerja kursusMte3143 tugasan & rubrik kerja kursus
Mte3143 tugasan & rubrik kerja kursusRaohan Mohd
 
Topik 1 teknologi dan media pengajaran
Topik 1 teknologi dan media pengajaranTopik 1 teknologi dan media pengajaran
Topik 1 teknologi dan media pengajaranNik Ibrahim Nik Mat
 
Teori behaviorisme
Teori behaviorismeTeori behaviorisme
Teori behaviorismeHamsah Saram
 
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...Syrvison Goh
 
EDUP3033 Teknik Pengajaran: Sumbang Saran
EDUP3033 Teknik Pengajaran: Sumbang SaranEDUP3033 Teknik Pengajaran: Sumbang Saran
EDUP3033 Teknik Pengajaran: Sumbang Saranrosedainty
 
Rph dan justifikasi 4MAT tumpuan dalam sains
Rph dan justifikasi 4MAT tumpuan dalam sainsRph dan justifikasi 4MAT tumpuan dalam sains
Rph dan justifikasi 4MAT tumpuan dalam sainsLiza Ahmad
 
MEDIA PENGAJARAN DALAM P&P
MEDIA PENGAJARAN DALAM P&PMEDIA PENGAJARAN DALAM P&P
MEDIA PENGAJARAN DALAM P&PNurimani Yase
 
Pembelajaran Tradisional VS Pembelajaran Atas Talian
Pembelajaran Tradisional VS Pembelajaran Atas TalianPembelajaran Tradisional VS Pembelajaran Atas Talian
Pembelajaran Tradisional VS Pembelajaran Atas TalianWan Mohamad Farhan
 
Ralat dalam pengukuran.pdf
Ralat dalam pengukuran.pdfRalat dalam pengukuran.pdf
Ralat dalam pengukuran.pdfNUR NASHIRAH
 
Rph pj bola jaring hantaran atas kepala (lob)
Rph pj bola jaring   hantaran atas kepala (lob)Rph pj bola jaring   hantaran atas kepala (lob)
Rph pj bola jaring hantaran atas kepala (lob)Karen Kayny
 
Sekolah Amanah
Sekolah AmanahSekolah Amanah
Sekolah AmanahVince Here
 
Koperatif_Kolaboratif
Koperatif_KolaboratifKoperatif_Kolaboratif
Koperatif_Kolaboratifputeh_qu
 
Pembelajaran kolaboratif
Pembelajaran kolaboratifPembelajaran kolaboratif
Pembelajaran kolaboratifMokhzani Fadir
 

What's hot (20)

Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaranKumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
 
Kajian induktif
Kajian induktifKajian induktif
Kajian induktif
 
134819243 tugasan-ulasan-kritikal-jurnal-dan-artikel
134819243 tugasan-ulasan-kritikal-jurnal-dan-artikel134819243 tugasan-ulasan-kritikal-jurnal-dan-artikel
134819243 tugasan-ulasan-kritikal-jurnal-dan-artikel
 
Mte3143 tugasan & rubrik kerja kursus
Mte3143 tugasan & rubrik kerja kursusMte3143 tugasan & rubrik kerja kursus
Mte3143 tugasan & rubrik kerja kursus
 
Topik 1 teknologi dan media pengajaran
Topik 1 teknologi dan media pengajaranTopik 1 teknologi dan media pengajaran
Topik 1 teknologi dan media pengajaran
 
Overview Kepimpinan Instruksional
Overview Kepimpinan InstruksionalOverview Kepimpinan Instruksional
Overview Kepimpinan Instruksional
 
Teori behaviorisme
Teori behaviorismeTeori behaviorisme
Teori behaviorisme
 
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
 
EDUP3033 Teknik Pengajaran: Sumbang Saran
EDUP3033 Teknik Pengajaran: Sumbang SaranEDUP3033 Teknik Pengajaran: Sumbang Saran
EDUP3033 Teknik Pengajaran: Sumbang Saran
 
Rph dan justifikasi 4MAT tumpuan dalam sains
Rph dan justifikasi 4MAT tumpuan dalam sainsRph dan justifikasi 4MAT tumpuan dalam sains
Rph dan justifikasi 4MAT tumpuan dalam sains
 
MEDIA PENGAJARAN DALAM P&P
MEDIA PENGAJARAN DALAM P&PMEDIA PENGAJARAN DALAM P&P
MEDIA PENGAJARAN DALAM P&P
 
Pembelajaran Tradisional VS Pembelajaran Atas Talian
Pembelajaran Tradisional VS Pembelajaran Atas TalianPembelajaran Tradisional VS Pembelajaran Atas Talian
Pembelajaran Tradisional VS Pembelajaran Atas Talian
 
Unit 7 koperatif
Unit 7 koperatifUnit 7 koperatif
Unit 7 koperatif
 
Ralat dalam pengukuran.pdf
Ralat dalam pengukuran.pdfRalat dalam pengukuran.pdf
Ralat dalam pengukuran.pdf
 
Rph pj bola jaring hantaran atas kepala (lob)
Rph pj bola jaring   hantaran atas kepala (lob)Rph pj bola jaring   hantaran atas kepala (lob)
Rph pj bola jaring hantaran atas kepala (lob)
 
Rph bahasa malaysia kssr tahun 1
Rph bahasa malaysia kssr tahun 1Rph bahasa malaysia kssr tahun 1
Rph bahasa malaysia kssr tahun 1
 
Sekolah Amanah
Sekolah AmanahSekolah Amanah
Sekolah Amanah
 
Koperatif_Kolaboratif
Koperatif_KolaboratifKoperatif_Kolaboratif
Koperatif_Kolaboratif
 
Pembelajaran kolaboratif
Pembelajaran kolaboratifPembelajaran kolaboratif
Pembelajaran kolaboratif
 
TUGASAN TS25.pptx
TUGASAN TS25.pptxTUGASAN TS25.pptx
TUGASAN TS25.pptx
 

Similar to Kajian tindakan huda fazela

Keberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematik
Keberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematikKeberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematik
Keberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematikstephchun93
 
Keberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematik
Keberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematikKeberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematik
Keberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematikchummyk
 
Penggunaan kaedah perwakilan dalam meningkat kefahaman murid terhadap tajuk
Penggunaan kaedah perwakilan dalam meningkat kefahaman murid terhadap tajukPenggunaan kaedah perwakilan dalam meningkat kefahaman murid terhadap tajuk
Penggunaan kaedah perwakilan dalam meningkat kefahaman murid terhadap tajukLing Leh
 
GayathiriSubramaniam.SLR_ResearchGate (4).docx
GayathiriSubramaniam.SLR_ResearchGate (4).docxGayathiriSubramaniam.SLR_ResearchGate (4).docx
GayathiriSubramaniam.SLR_ResearchGate (4).docxPuspavaliNagan
 
K3 isu pendekatan pengajaran math
K3 isu pendekatan pengajaran mathK3 isu pendekatan pengajaran math
K3 isu pendekatan pengajaran mathjihyo
 
Pendekatan Pengajaran Matematik yang Dilaksanakan dalam Bilik Darjah
Pendekatan Pengajaran Matematik yang Dilaksanakan dalam Bilik DarjahPendekatan Pengajaran Matematik yang Dilaksanakan dalam Bilik Darjah
Pendekatan Pengajaran Matematik yang Dilaksanakan dalam Bilik DarjahChan Chew Yen
 
Isu pendekatan pengajaran math
Isu pendekatan pengajaran mathIsu pendekatan pengajaran math
Isu pendekatan pengajaran mathNor Aminah
 
Isu Pendekatan Pengajaran Matematik
Isu Pendekatan Pengajaran MatematikIsu Pendekatan Pengajaran Matematik
Isu Pendekatan Pengajaran MatematikNurAlias91
 
Isu pendekatan pengajaran math
Isu pendekatan pengajaran mathIsu pendekatan pengajaran math
Isu pendekatan pengajaran mathAmeer Chann
 
K3 isu pendekatan pengajaran math
K3 isu pendekatan pengajaran mathK3 isu pendekatan pengajaran math
K3 isu pendekatan pengajaran mathzahjannanti
 
Penilaian (group 8)
Penilaian (group 8)   Penilaian (group 8)
Penilaian (group 8) daripenacikgu
 
Pembentangan Kumpulan 8
Pembentangan Kumpulan 8Pembentangan Kumpulan 8
Pembentangan Kumpulan 8daripenacikgu
 

Similar to Kajian tindakan huda fazela (20)

Teaching approach 2
Teaching approach 2Teaching approach 2
Teaching approach 2
 
Keberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematik
Keberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematikKeberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematik
Keberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematik
 
Keberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematik
Keberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematikKeberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematik
Keberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematik
 
Jsme 2011-1-002
Jsme 2011-1-002Jsme 2011-1-002
Jsme 2011-1-002
 
Teaching approach 3
Teaching approach 3Teaching approach 3
Teaching approach 3
 
Tugasan 2
Tugasan 2Tugasan 2
Tugasan 2
 
Penggunaan kaedah perwakilan dalam meningkat kefahaman murid terhadap tajuk
Penggunaan kaedah perwakilan dalam meningkat kefahaman murid terhadap tajukPenggunaan kaedah perwakilan dalam meningkat kefahaman murid terhadap tajuk
Penggunaan kaedah perwakilan dalam meningkat kefahaman murid terhadap tajuk
 
GayathiriSubramaniam.SLR_ResearchGate (4).docx
GayathiriSubramaniam.SLR_ResearchGate (4).docxGayathiriSubramaniam.SLR_ResearchGate (4).docx
GayathiriSubramaniam.SLR_ResearchGate (4).docx
 
Tugasan 2
Tugasan 2Tugasan 2
Tugasan 2
 
Trend hanan
Trend hananTrend hanan
Trend hanan
 
K3 isu pendekatan pengajaran math
K3 isu pendekatan pengajaran mathK3 isu pendekatan pengajaran math
K3 isu pendekatan pengajaran math
 
Pendekatan Pengajaran Matematik yang Dilaksanakan dalam Bilik Darjah
Pendekatan Pengajaran Matematik yang Dilaksanakan dalam Bilik DarjahPendekatan Pengajaran Matematik yang Dilaksanakan dalam Bilik Darjah
Pendekatan Pengajaran Matematik yang Dilaksanakan dalam Bilik Darjah
 
Isu pendekatan pengajaran math
Isu pendekatan pengajaran mathIsu pendekatan pengajaran math
Isu pendekatan pengajaran math
 
Isu pendekatan pengajaran math
Isu pendekatan pengajaran mathIsu pendekatan pengajaran math
Isu pendekatan pengajaran math
 
Isu Pendekatan Pengajaran Matematik
Isu Pendekatan Pengajaran MatematikIsu Pendekatan Pengajaran Matematik
Isu Pendekatan Pengajaran Matematik
 
Isu pendekatan pengajaran math
Isu pendekatan pengajaran mathIsu pendekatan pengajaran math
Isu pendekatan pengajaran math
 
Isu pendekatan pengajaran math
Isu pendekatan pengajaran mathIsu pendekatan pengajaran math
Isu pendekatan pengajaran math
 
K3 isu pendekatan pengajaran math
K3 isu pendekatan pengajaran mathK3 isu pendekatan pengajaran math
K3 isu pendekatan pengajaran math
 
Penilaian (group 8)
Penilaian (group 8)   Penilaian (group 8)
Penilaian (group 8)
 
Pembentangan Kumpulan 8
Pembentangan Kumpulan 8Pembentangan Kumpulan 8
Pembentangan Kumpulan 8
 

More from huda hamdan

Dasar kegiatan kokurikulum
Dasar kegiatan kokurikulumDasar kegiatan kokurikulum
Dasar kegiatan kokurikulumhuda hamdan
 
Kajian tindakan munchit
Kajian tindakan munchitKajian tindakan munchit
Kajian tindakan munchithuda hamdan
 
Ulasan jurnal chitra
Ulasan jurnal chitraUlasan jurnal chitra
Ulasan jurnal chitrahuda hamdan
 
Ulasan jurnal mun
Ulasan jurnal munUlasan jurnal mun
Ulasan jurnal munhuda hamdan
 
Kaedah mengajar matematik oleh guru pelatih
Kaedah mengajar matematik oleh guru pelatihKaedah mengajar matematik oleh guru pelatih
Kaedah mengajar matematik oleh guru pelatihhuda hamdan
 
Ulasan jurnal fazela
Ulasan jurnal fazelaUlasan jurnal fazela
Ulasan jurnal fazelahuda hamdan
 
HUBUNGAN DI ANTARA PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DENGAN MINAT PELAJAR TAHUN...
HUBUNGAN DI ANTARA PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DENGAN MINAT PELAJAR TAHUN...HUBUNGAN DI ANTARA PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DENGAN MINAT PELAJAR TAHUN...
HUBUNGAN DI ANTARA PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DENGAN MINAT PELAJAR TAHUN...huda hamdan
 
Hubungan penggunaan abm dgn minat pljr mate
Hubungan penggunaan abm dgn minat pljr mateHubungan penggunaan abm dgn minat pljr mate
Hubungan penggunaan abm dgn minat pljr matehuda hamdan
 
Ulasan jurnal fazela
Ulasan jurnal fazelaUlasan jurnal fazela
Ulasan jurnal fazelahuda hamdan
 
Tajuk jurnal 1 : Perisian Matematik bagi Tajuk Pecahan untuk Pelajar Berkeper...
Tajuk jurnal 1 : Perisian Matematik bagi Tajuk Pecahan untuk Pelajar Berkeper...Tajuk jurnal 1 : Perisian Matematik bagi Tajuk Pecahan untuk Pelajar Berkeper...
Tajuk jurnal 1 : Perisian Matematik bagi Tajuk Pecahan untuk Pelajar Berkeper...huda hamdan
 
Buku Manual Kajian Tindakan
Buku Manual Kajian TindakanBuku Manual Kajian Tindakan
Buku Manual Kajian Tindakanhuda hamdan
 
Tajuk jurnal 1 perisian matematik bagi tajuk pecahan untuk pelajar berkeperl...
Tajuk jurnal 1  perisian matematik bagi tajuk pecahan untuk pelajar berkeperl...Tajuk jurnal 1  perisian matematik bagi tajuk pecahan untuk pelajar berkeperl...
Tajuk jurnal 1 perisian matematik bagi tajuk pecahan untuk pelajar berkeperl...huda hamdan
 
Perisian matematik bagi tajuk pecahan untuk pelajar berkeperluan khas
Perisian matematik bagi tajuk pecahan untuk pelajar berkeperluan khasPerisian matematik bagi tajuk pecahan untuk pelajar berkeperluan khas
Perisian matematik bagi tajuk pecahan untuk pelajar berkeperluan khashuda hamdan
 
Penulisan ilmiah pensijilan guru
Penulisan ilmiah   pensijilan guruPenulisan ilmiah   pensijilan guru
Penulisan ilmiah pensijilan guruhuda hamdan
 
Pensijilan Guru
Pensijilan Guru Pensijilan Guru
Pensijilan Guru huda hamdan
 
Pensiswazahan Guru
Pensiswazahan GuruPensiswazahan Guru
Pensiswazahan Guruhuda hamdan
 
Standard guru malaysia pensijilan gu ru
Standard guru malaysia pensijilan gu ruStandard guru malaysia pensijilan gu ru
Standard guru malaysia pensijilan gu ruhuda hamdan
 

More from huda hamdan (20)

Dasar kegiatan kokurikulum
Dasar kegiatan kokurikulumDasar kegiatan kokurikulum
Dasar kegiatan kokurikulum
 
Kajian tindakan munchit
Kajian tindakan munchitKajian tindakan munchit
Kajian tindakan munchit
 
Ulasan jurnal chitra
Ulasan jurnal chitraUlasan jurnal chitra
Ulasan jurnal chitra
 
Ulasan jurnal mun
Ulasan jurnal munUlasan jurnal mun
Ulasan jurnal mun
 
Kaedah mengajar matematik oleh guru pelatih
Kaedah mengajar matematik oleh guru pelatihKaedah mengajar matematik oleh guru pelatih
Kaedah mengajar matematik oleh guru pelatih
 
Ulasan jurnal fazela
Ulasan jurnal fazelaUlasan jurnal fazela
Ulasan jurnal fazela
 
HUBUNGAN DI ANTARA PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DENGAN MINAT PELAJAR TAHUN...
HUBUNGAN DI ANTARA PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DENGAN MINAT PELAJAR TAHUN...HUBUNGAN DI ANTARA PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DENGAN MINAT PELAJAR TAHUN...
HUBUNGAN DI ANTARA PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DENGAN MINAT PELAJAR TAHUN...
 
Hubungan penggunaan abm dgn minat pljr mate
Hubungan penggunaan abm dgn minat pljr mateHubungan penggunaan abm dgn minat pljr mate
Hubungan penggunaan abm dgn minat pljr mate
 
Ulasan jurnal fazela
Ulasan jurnal fazelaUlasan jurnal fazela
Ulasan jurnal fazela
 
Tajuk jurnal 1 : Perisian Matematik bagi Tajuk Pecahan untuk Pelajar Berkeper...
Tajuk jurnal 1 : Perisian Matematik bagi Tajuk Pecahan untuk Pelajar Berkeper...Tajuk jurnal 1 : Perisian Matematik bagi Tajuk Pecahan untuk Pelajar Berkeper...
Tajuk jurnal 1 : Perisian Matematik bagi Tajuk Pecahan untuk Pelajar Berkeper...
 
Buku Manual Kajian Tindakan
Buku Manual Kajian TindakanBuku Manual Kajian Tindakan
Buku Manual Kajian Tindakan
 
Ulasan jurnal
Ulasan jurnalUlasan jurnal
Ulasan jurnal
 
Tajuk jurnal 1 perisian matematik bagi tajuk pecahan untuk pelajar berkeperl...
Tajuk jurnal 1  perisian matematik bagi tajuk pecahan untuk pelajar berkeperl...Tajuk jurnal 1  perisian matematik bagi tajuk pecahan untuk pelajar berkeperl...
Tajuk jurnal 1 perisian matematik bagi tajuk pecahan untuk pelajar berkeperl...
 
Perisian matematik bagi tajuk pecahan untuk pelajar berkeperluan khas
Perisian matematik bagi tajuk pecahan untuk pelajar berkeperluan khasPerisian matematik bagi tajuk pecahan untuk pelajar berkeperluan khas
Perisian matematik bagi tajuk pecahan untuk pelajar berkeperluan khas
 
Ulasan jurnal
Ulasan jurnalUlasan jurnal
Ulasan jurnal
 
Penulisan ilmiah pensijilan guru
Penulisan ilmiah   pensijilan guruPenulisan ilmiah   pensijilan guru
Penulisan ilmiah pensijilan guru
 
Pensijilan Guru
Pensijilan Guru Pensijilan Guru
Pensijilan Guru
 
Pensiswazahan Guru
Pensiswazahan GuruPensiswazahan Guru
Pensiswazahan Guru
 
Standard guru malaysia pensijilan gu ru
Standard guru malaysia pensijilan gu ruStandard guru malaysia pensijilan gu ru
Standard guru malaysia pensijilan gu ru
 
Utusan malaysia
Utusan malaysiaUtusan malaysia
Utusan malaysia
 

Kajian tindakan huda fazela

  • 1. SME 6044 : ISU KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK KAJIAN TINDAKAN : KAEDAH MENINGKATKAN KEBERKESANAN GURU BUKAN OPSYEN MATEMATIK MENGAJAR TOPIK PYTHAGORAS THEOREM MENGGUNAKAN KAEDAH KONSTRUKTIVISME MARDHIYATUL HUDA BINTI HAMDAN M20112001423 NORFAZELAWATI BINTI ABD KADIR M20112001424 PENSYARAH PROF DR MARZITA BINTI PUTEH
  • 2. ISI KANDUNGAN ABSTRAK 1 1.0 Pengenalan 1 1.1 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran 2 1.2 Fokus Kajian 3 2.0 Tinjauan Literatur Berkaitan Dengan Isu Kajian 2.1 Kaedah Pengajaran Guru 4 2.2 Teori Konstruktivisme 5 3.0 Objektif Kajian 6 4.0 Kumpulan Sasaran 6 5.0 Kaedah Perlaksanaan Kajian 6 5.1 Tinjauan Masalah 6 5.2 Analisis Tinjauan Masalah 7 6.0 Kaedah Pengumpulan Data 9 7.0 Tindakan Yang Dijalankan 7.1 Kolaborasi Bersama Guru Bukan Opsyen 10 7.2 Kaedah Pengajaran Menggunakan Kaedah Konstruktivisme 10 8.0 Keputusan Dan Analisis Data 8.1 Pemerhatian 11 8.2 Temubual 11 8.3 Perbandingan skor Ujian Pra dan Ujian Pasca 11 9.0 Refleksi Selepas Kajian 14 10.0 Cadangan dan Penambahbaikkan 14 RUJUKAN 16
  • 3. KAEDAH MENINGKATKAN KEBERKESANAN GURU BUKAN OPSYEN MATEMATIK MENGAJAR TOPIK PYTHAGORAS THEOREM MENGGUNAKAN KAEDAH KONSTRUKTIVISME ABSTRAK Kajian tindakan ini dilaksanakan ke atas seorang guru bukan opsyen matematik dan 28 orang pelajar Tingkatan 2 Teratai dari SMK (P) Methodist, Raub, Pahang. Fokus kajian adalah untuk meningkatkan keberkesanan guru bukan opsyen mengajar tajuk Pythagoras Theorem. Pemerhatian, temubual, Ujian Pra dan Ujian Pasca telah dijalankan untuk menganalisis dan menyelesaikan masalah kaedah pengajaran yang dialami oleh guru bukan opsyen. Dapatan kajian menunjukkan kemahiran guru bukan opsyen dalam menyampaikan isi kandungan topik Pythagoras Theorem telah meningkat. Selain bermotivasi dan lebih berkeyakinan, guru juga berpuas hati dengan kaedah Konstruktivisme yang digunakan berdasarkan hasil pembelajaran serta sikap yang ditunjukkan oleh pelajar selepas kajian dijalankan. Peningkatan yang ketara di dalam markah ujian pasca telah menyokong dapatan kajian dengan membuktikan kaedah pengajaran berasaskan teori konstruktivisme adalah lebih baik berbanding kaedah tradisional. Data yang diperoleh telah membuktikan bahawa penggunaan kaedah konstruktivisme amat berkesan digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi topik Pythagoras Theorem Tingkatan 2. 1.0 Pengenalan Kekurangan guru opsyen di sesebuah sekolah bukanlah satu isu baru dalam sistem pendidikan di Malaysia. Ia perlu diberi perhatian oleh semua pihak yang terbabit khususnya dalam dunia pendidikan. Keperluan guru untuk sesebuah sekolah adalah dibekalkan berasaskan pindaan yang menetapkan bilangan guru yang layak diterima oleh sesebuah sekolah (Surat Pekeliling 3/67). Banyak masalah yang timbul akibat daripada kekurangan guru. Paling ketara apabila sesuatu mata pelajaran itu terpaksa diambil alih oleh guru yang bukan dalam bidangnya. Pemilihan dengan bersandarkan paksaan seperti ini tidak akan menghasilkan pengajaran yang berkesan terutamanya jika guru tersebut adalah dari aliran sastera dikehendaki mengajar aliran sains dan matematik (Azizi Hj. Yahaya, Jamaluddin Ramli, dan Yusof Boon, 2000).
  • 4. Fenomena yang berlaku ialah guru bukan opsyen ini tidak berminat untuk mengajar subjek yang dipertanggungjawabkan kepada mereka. Impaknya, kelemahan dan kepincangan akan berlaku dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Ini antaranya berpunca daripada tahap penguasaan pengetahuan pedagogi isi kandungan (PPIK) yang lemah dalam kalangan guru bukan opsyen. Beberapa kajian lepas mendapati bahawa kebanyakan guru masih lemah PPIK dan terdapat guru-guru yang mengajar sesuatu tajuk dengan kefahaman konsep yang tidak mencukupi dan tidak mampu untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang bermakna dan mencabar (Norasliza Hassan, 2008). Pendekatan penggunaan teori pengajaran dan pembelajaran memainkan peranan penting dalam menentukan keberkesanan sesuatu pengajaran dan pembelajaran. Salah satu daripada pendekatan ini ialah Konstruktivisme. Pendekatan konstruktivisme dilihat sebagai salah satu idea yang sangat baik dan berkesan kerana ianya mempunyai impak yang kuat ke atas pembelajaran mereka khususnya dalam mata pelajaran Matematik. Meor Ibrahim (2001) telah menyatakan bahawa dalam pengajaran dan pembelajaran matematik, walau apapun strategi yang digunakan oleh guru, penekanan perlu diberikan kepada teori konstruktivisme. Konstruktivisme menganggap bahawa pelajar adalah sentiasa aktif dalam membina pengetahuan baru melalui interaksi dengan orang lain dan melalui pengolahan pengetahuan dan pengalaman yang telah mereka kuasai sebelum ini. Justeru kajian ini berfokus kepada meningkatkan kaedah pengajaran guru bukan opsyen menggunakan teori konstrutivisme bagi tajuk Pythagoras Theorem. 1.1 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Kajian ini dijalankan kepada 28 orang pelajar Tingkatan 2 Teratai di Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan Methodist, Raub, Pahang. Sekolah ini mempunyai 9 kelas keseluruhannya. Bilangan guru matematik yang sepatutnya dibekalkan ke sekolah ini ialah 2 orang. Namun begitu, kekurangan guru matematik di daerah Raub menyebabkan hanya seorang sahaja guru opsyen matematik yang ditugaskan ke sekolah ini. Seorang lagi guru iaitu beropsyen Pendidikan Seni Halus terpaksa diberi tanggungjawab untuk mengajar kesemua kelas Tingkatan 2. Pihak pentadbiran sekolah memilih guru ini berdasarkan keputusan Matematik Moden SPM beliau yang cemerlang. Namun begitu, guru ini sejak awal diberi tugas dilihat tidak berminat serta kurang keyakinan diri untuk mengajar subjek matematik di kelas tersebut. Daripada rekod
  • 5. keputusan peperiksaan Ujian Penilaian 1/2012, didapati prestasi pelajar kelas 2 Teratai dalam subjek Matematik adalah menurun dan tidak mencapai target yang ditetapkan. Daripada pemerhatian awal yang dijalankan, didapati kaedah pengajaran adalah berpusatkan guru dan bergantung kepada buku teks semata-mata. Guru sering menyatakan kebimbangan beliau setiap kali sebelum masuk ke kelas dan memulakan pengajaran. Selain tidak menggunakan kaedah pengajaran yang berkesan, guru ini juga kurang pengetahuan yang mendalam tentang isi kandungan subjek matematik. Memandangkan masalah kefahaman pelajar adalah berpunca daripada kaedah pengajaran guru bukan opsyen maka, penyelidik mengambil inisiatif untuk meningkatkan kaedah pengajaran guru supaya dapat membantu pelajar menguasai konsep serta isi kandungan topik Pythagoras Theorem ini dengan lebih baik dan berkesan. 1.2 Fokus Kajian Kajian ini dijalankan untuk mengkaji masalah yang dihadapi oleh guru bukan opsyen yang tidak dapat menyampaikan pengajaran dan pembelajaran konsep Pythagoras Theorem dengan baik untuk pelajar tingkatan 2 Teratai di SMK (P) Methodist, Raub. Kaedah pengajaran guru bukan opsyen sukar difahami oleh para pelajar. Masalah guru ini menyebabkan pelajar tingkatan 2 Teratai tidak dapat memahami konsep Pythagoras Theorem dengan baik. Fokus kepada kajian tindakan ini ialah: i. Guru dapat meningkatkan kaedah dan teknik pengajaran topik Pythagoras Theorem untuk hasil pembelajaran yang berkesan. ii. Kefahaman pelajar berkaitan topik Pythagoras Theorem meningkat apabila guru mengajar dengan menggunakan kaedah Konstruktivisme.
  • 6. 2.0 Tinjauan Literatur Berkaitan Dengan Isu Kajian 2.1 Kaedah Pengajaran Guru Kurikulum matematik KBSM membekalkan pendidikan matematik yang umum, menyeronokkan dan mencabar bagi semua pelajar yang memberi fokus kepada keseimbangan antara kefahaman terhadap konsep dengan penguasaan kemahiran, penggunaan matematik dalam situasi sebenar, kemahiran menyelesaikan masalah serta cara pemikiran yang logik, kritis dan bersistem (Nik Azis, 1992). Turut diberi perhatian ialah penerapan nilai murni untuk melahirkan warganegara yang dinamik dan amanah. Manakala matlamat pendidikan matematik KBSM pula adalah untuk memperkembang pemikiran logik, analitis, kritis dan bersistem, kemahiran penyelesaian masalah serta kebolehan menggunakan pengetahuan matematik dalam kehidupan seharian supaya pelajar dapat berfungsi dengan berkesan dan penuh bertanggungjawab serta menghargai kepentingan dan keindahan matematik (KPM, 2011). Aspek seperti pemahaman, amalan dan penghayatan kurang diberi perhatian yang sewajarnya oleh kebanyakan guru. Aktiviti yang melibatkan murid secara aktif sangat terhad (Nik Azis, 1992). Menurut laporan Jemaah Nazir Sekolah (2001) masih terdapat kira-kira 25% daripada guru-guru sekolah menengah yang masih kurang pengetahuan, kefahaman dan kemahiran dalam pelajaran yang disampaikan mengikut kehendak dan keperluan KBSM. Pelajar mestilah dilibatkan secara aktif di dalam membina konsep dan pengetahuan berhubung dengan setiap isi pelajaran yang dipelajari (Nik Azis, 1992). Pertubuhan matematik profesional seperti “National Council of Teachers of Mathematics (NCTM)” dan juga Kementerian Pendidikan Malaysia melalui KBSM telah menegaskan bahawa guru-guru perlu mengembangkan kurikulum matematik di mana para pelajar digalakkan untuk membina secara aktif kefahaman matematik mereka melalui penyiasatan, menguji hipotesis, membuat anggaran, menyelesai masalah, berbincang dan berkongsi idea (NCTM, 2000). Kelemahan yang berlaku dalam proses pengajaran dan pembelajaran antaranya berpunca daripada kepercayaan guru bahawa pengetahuan matematik boleh dipindahkan daripada guru kepada murid dalam bentuk yang serba lengkap. Ditambah pula dengan kelemahan dalam penguasaan isi kandungan serta kejahilan di dalam memilih pendekatan dan kaedah serta teknik terbaik untuk menyampaikan sesuatu konsep kepada pelajar. Pengkonsepan pengetahuan
  • 7. matematik bagi seseorang pendidik adalah merupakan aspek penting dan kritikal sebelum mereka mampu membimbing murid menguasainya (Swafford, et, al., 1997). 2.2 Teori Konstruktivisme Nik Aziz(1992), menyebut konstruktivisme adalah tidak lebih daripada satu komitmen terhadap pandangan bahawa manusia membina pengetahuan sendiri. Ini bermakna bahawa sesuatu pengetahuan yang dipunyai oleh seseorang individu adalah hasil daripada aktiviti yang dilakukan oleh individu tersebut dan bukan sesuatu maklumat atau pengajaran yang di terima secara pasif daripada luar. Pengetahuan tidak boleh dipindahkan daripada pemikiran seseorang individu kepada pemikiran individu yang lain. Sebaliknya setiap insan membentuk pengetahuan sendiri dengan menggunakan pengalamannya secara terpilih. Berdasarkan pandangan-pandangan di atas maka pengertian pembelajaran secara konstruktivisme bolehlah dirumuskan sebagai satu fahaman bahawa pelajar membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Dalam proses ini, pelajar akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru. Implikasi dari teori ini adalah pengajaran dan pembelajaran akan berpusatkan pelajar. Pengetahuan yang dipunyai oleh pelajar adalah hasil daripada aktiviti yang dilakukan oleh pelajar tersebut dan bukan pengajaran yang diterima secara pasif. Krulik, S., Rudnick, J., Milou, E. (2003) berpendapat guru berperanan sebagai fasilitator yang membantu pelajar membina pengetahuan dan menyelesaikan masalah. Guru juga sebagai pereka bentuk bahan pengajaran yang menyediakan peluang kepada pelajar untuk membina pengetahuan baru. Guru akan mengenal pasti pengetahuan sedia ada pelajar dan merancang kaedah pengajarannya dengan sifat asas pengetahuan tersebut.
  • 8. 3.0 Objektif Kajian Objektif kajian ini adalah untuk meningkatkan kemahiran guru mengajar dengan kaedah pengajaran berbeza iaitu Konstruktivisme bagi topik Pythagoras Theorem di Tingkatan 2 Teratai SMK(P) Methodist, Raub. 4. 0 Kumpulan Sasaran Kajian ini melibatkan seorang guru bukan opsyen matematik (Opsyen Pendidikan Seni Halus) dan 28 orang pelajar Tingkatan 2 Teratai SMK(P) Methodist, Raub. Semua pelajar adalah pelajar perempuan. 5.0 Kaedah Pelaksanaan Kajian 5.1 Tinjauan Masalah Untuk melaksanakan kajian ini, tinjauan masalah dibuat berdasarkan kaedah pemerhatian dan temu bual. Tinjauan masalah merupakan kaedah yang akan digunakan untuk mengenalpasti kelemahan yang wujud ketika proses pengajaran dan pembelajaran. Kaedah ini sangat membantu penyelidik dalam mengenalpasti sikap dan mencari punca mengapakah guru bukan opsyen tersebut gagal menyampaikan isi kandungan topik Pythagoras Theorem dengan baik. 5.1.1 Pemerhatian Pemerhatian awal telah dibuat ketika guru menyampaikan pengajaran dan pembelajaran topik Pythagoras Theorem. Kaedah pemerhatian yang digunakan adalah bertujuan untuk menganalisis dan menterjemahkan masalah yang timbul berkaitan dengan pengajaran guru bukan opsyen. 5.1.2 Temu Bual Kaedah lain yang digunakan adalah temu bual secara tidak formal yang dijalankan terhadap guru dan pelajar-pelajar daripada kumpulan sasaran. Temu bual yang dijalankan kepada guru bertujuan untuk mengetahui tentang kesediaan dan keyakinan guru untuk mengajar topik
  • 9. Pythagoras Theorem. Temu bual ini secara tidak langsung dapat mengenali punca sebenar guru tidak dapat menyampaikan isi pengajaran dengan baik. Selain itu, temu bual ini juga bertujuan untuk mengetahui punca pelajar tidak dapat menguasai konsep dan isi kandungan Pythagoras Theorem. Hasil maklumat daripada temubual akan dijadikan panduan asas bagi merangka kaedah instrumentasi bagi kajian ini. 5.1.3 Ujian Pra Ujian Pra dijalankan untuk menyokong dapatan kajian mengenai keberkesanan guru mengajar serta menguji tahap kefahaman dan pengetahuan sedia ada pelajar. Ujian Pra dijalankan sebelum kajian iaitu setelah guru mengajar menggunakan kaedah tradisional. Soalan Ujian Pra ini menguji tahap kefahaman pelajar mengenai topik Pythagoras Theorem yang terdiri daripada 15 soalan subjektif dengan 30 markah penuh. 5.2 Analisis Tinjauan Masalah 5.2.1 Pemerhatian Hasil daripada pemerhatian mendapati, guru hanya menggunakan buku teks sepenuhnya semasa mengajar di dalam kelas. Guru dilihat kurang bermotivasi untuk mengajar dengan hanya berdiri di hadapan kelas sahaja tanpa bergerak mendekati pelajar. Guru juga dilihat kurang bekeyakinan memberi jawapan apabila diajukan pertanyaan oleh pelajar. Ini membuatkan pelajar menjadi bosan dan kurang mengambil bahagian semasa pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Pelajar kurang berminat dan tidak memberi tumpuan semasa guru mengajar dan sebahagian daripada mereka tidak menunjukkan respon yang baik terhadap soalan yang diajukan oleh guru mereka. Malahan pelajar tidak dapat menjawab soalan yang diberikan oleh guru di akhir pengajaran walaupun soalan yang mudah. 5.2.2 Temu Bual Hasil daripada temubual, guru menyatakan beliau tidak berkeyakinan dan belum bersedia untuk mengajar topik Pythagoras Theorem kerana tidak menguasai isi kandungan topik ini dengan baik. Ini juga disebabkan oleh faktor guru tidak mempunyai latihan perguruan untuk mengajar mata
  • 10. pelajaran matematik. Pelajar pula menyatakan mereka kurang berpuas hati dengan cara guru mengajar serta tidak faham tentang keseluruhan tajuk Pythagoras Theorem. Mereka juga tidak berminat dan beranggapan topik ini sukar untuk difahami. 5.2.3 Skor Ujian Pra Keputusan pelajar menunjukkan 21 orang pelajar (75%) gagal mendapat separuh daripada markah penuh iaitu 15 markah keatas dan tidak ada pelajar yang mendapat 30 markah penuh. Keputusan Ujian Pra pelajar adalah seperti berikut : Jadual 1 : Skor Ujian Pra Bil Nama Skor Ujian Pra 1 Adila Syahida Binti Sarodin 10 2 Aida Hanani Bt Rosli 12 3 Aina Irdina Bt Josffian Redza 4 4 Amira Zaqirah Binti Azain 8 5 Amrina Rashada Azlin Binti Azmy 8 6 Chang Zhi Xuan 16 7 Chong Wen Ling 18 8 Hooi May Zheng 12 9 Karin Wong 10 10 Khalida Najwa Binti Khairuddin 14 11 Khew Wei Ly 18 12 Lai Pui Yee 20 13 Noor Alfira Edzlin Bt Noorazlan 6 14 Norazlina Binti Ibrahim 8 15 Normaisarah Binti Sazali 10 16 Nur Fatehah Binti Pauzi 10
  • 11. 17 Nur Hidayah Binti Kamaruzaman 16 18 Nur Syafiqah Binti Yon Afrizal 14 19 Nur Syafitri Binti Yon Afrizal 12 20 Nurul Asyikin Bt Mohamad Ragi@Mohamad Rosdi 8 21 Nurul Atiqah Binti Hairol Sahrri 8 22 Nurul Fazierra Binti Basri 10 23 Nurul Hafizah Binti Zaidi 18 24 Nurul Naziera Bt Sharudin 6 25 Nurul Shaidatul Aishah Binti Amiruddin 8 26 Siti Nor Atikah Bt Anuar 12 27 Then Hui Lin 14 28 Uma a/p Alagu 20 6.0 Kaedah Pengumpulan Data Kajian tindakan ini dilakukan dalam tempoh 2 minggu. Kajian adalah berbentuk kuantitatif deskriptif. Kajian ini hanya memberi tumpuan kepada seorang guru bukan opsyen Matematik dan 28 orang pelajar tingkatan 2 Teratai. Batasan kajian ini dihadkan bagi memudahkan kajian dijalankan. Penyelidik menggunakan teknik pengumpulan data dengan kaedah pemerhatian, temubual serta Ujian Pra dan Pasca sebagai menyokong dapatan kajian. Pemerhatian dilakukan ke atas perubahan tingkah laku dan respon pelajar sebelum, semasa dan selepas proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.Temubual pula dilakukan sebelum dan selepas proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Kaedah pengumpulan data melalui Ujian Pra dan Pasca adalah untuk menyokong dapatan kajian dalam melihat keberkesanan guru bukan opsyen mengajar topik Pythaoras Theorem menggunakan kaedah yang berbeza iaitu Konstruktivisme.
  • 12. 7.0 Tindakan Yang Dijalankan 7.1 Kolaborasi Bersama Guru Bukan Opsyen Kolaborasi bermaksud perbincangan bersama guru bukan opsyen dengan guru yang berpengalaman dan guru opsyen. Guru berpengalaman yang dimaksudkan ialah Guru Kanan Matapelajaran Sains dan Matematik (GKMP) yang telah berkhidmat lebih 10 tahun mengajar manakala guru opsyen ialah guru yang mendapat latihan khusus dalam bidang Pendidikan Matematik. Tujuan utama perkongsian ilmu ini merangkumi kaedah pengajaran matematik yang berkesan, penyelesaian masalah pembelajaran yang lebih efektif, galakan untuk guru menjadi lebih kreatif, serta meningkatkan motivasi guru. Di samping itu, perbincangan bersama rakan sekerja seumpama ini mampu meningkatkan tahap kesediaan dan keyakinan guru sebelum masuk ke kelas. Malahan, kerja berpasukan seperti ini merupakan salah satu dimensi yang boleh menyumbang ke arah peningkatan kualiti pendidikan matematik. Guru bukan opsyen diterangkan tentang langkah-langkah pengajaran yang berkesan untuk subjek matematik bermula daripada set induksi sehingga rumusan di akhir pengajaran. 7.2 Kaedah Pengajaran Menggunakan Kaedah Konstruktivisme Kaedah pengajaran menggunakan Teori Konstruktivisme telah dipilih untuk diaplikasikan di dalam kajian ini. Dewasa ini, pendekatan penggunaan teori pengajaran dan pembelajaran memainkan peranan penting dalam menentukan keberkesanan sesuatu pengajaran dan pembelajaran dalam bidang pendidikan. Pendekatan konstruktivisme dilihat sebagai salah satu idea yang sangat baik untuk guru bukan opsyen mengajar tajuk Pythagoras Theorem. Ini kerana konstruktivisme bukan sahaja mengkaji bagaimana pelajar membina ilmu pengetahuan tetapi juga melibatkan cara perubahan konseptual berlaku dengan cepat di dalam pembelajaran. Selain itu, konstruktivisme mengganggap pelajar adalah sentiasa aktif dalam membina pengetahuan baru melalui interaksi dengan orang lain dan melalui pengolahan pengetahuan dan pengalaman yang telah mereka kuasai sebelum ini. Dalam tajuk Pythagoras Theorem yang dikaji, pelajar dikehendaki meneroka dan mengkaji hubungan di antara panjang sisi segitiga bersudut tegak. Berikut adalah contoh persediaan pengajaran dan pembelajaran yang dicadangkan kepada guru :
  • 13. Tajuk : Theorem Pythagoras Tingkatan 2 Objektif : Diakhir pembelajaran, pelajar dapat menunjukkan ; i) Bagi segitiga bersudut tegak, kuasa dua hipotenus adalah bersamaan dengan hasil tambah kuasa dua bagi dua sisi yang lain. Aktiviti ; Langkah 1: Pelajar dikehendaki mengukur sisi 4 segitiga di dalam helaian kertas yang diberikan oleh guru. Langkah 2 : Pelajar merekod ukuran sisi segitiga di dalam jadual yang diberikan. Jadual 2 : Hubungan antara a2, b2 dan c2 a b c a2 b2 c2 Hubungan antara a2, b2 dan c2 Segitiga 1 3 4 5 9 16 25 9 + 16 = 25 Segitiga 2 6 8 10 Segitiga 3 5 12 13 Segitiga 4 7 24 25 Langkah 3 : Pelajar dikehendaki membina perhubungan di antara sisi-sisi segitiga menggunakan a2, b2 dan c2. 8.0 Keputusan dan Analisis Data 8.1 Pemerhatian Hasil daripada pemerhatian yang dijalankan semasa proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah kostruktivisme, didapati guru berkeyakinan dan bersemangat dalam menyampaikan isi pengajaran. Guru juga dapat menerangkan isi kandungan pengajaran dengan berkesan. Selain itu guru lebih ceria dan harmonis dalam menarik minat pelajar dengan menimbulkan keseronokan dalam suasana pembelajaran. Pelajar juga dilihat teruja dengan memberi respon yang baik apabila guru menerangkan tentang aktiviti yang akan dijalankan untuk membuktikan Pythagoras Theorem. Pelajar dan guru menunjukkan minat dan sikap kerjasama sepanjang proses pembelajaran berlaku.
  • 14. 8.2 Temu Bual Temu bual yang dijalankan kepada guru selepas proses pengajaran dan pembelajaran bertujuan untuk mengetahui tentang perasaan dan pandangan guru setelah mengajar topik Pythagoras Theorem menggunakan kaedah Konstruktivisme. Guru menyatakan rasa berpuas hati dan gembira dengan hasil pembelajaran yang ditunjukkan oleh para pelajar. Guru mengakui telah berjaya menguasai isi kandungan topik Pythagoras Theorem dengan lebih baik serta berhasil menyampai segala ilmu pengetahuan yang diperolehi kepada pelajar. Guru juga menyatakan hasrat untuk belajar lebih banyak kaedah pengajaran yang berkesan untuk subjek Matematik. 8.3 Perbandingan skor Ujian Pra dan Ujian Pasca Ujian Pasca dijalankan selepas 2 minggu selesai proses pengajaran menggunakan kaedah Konstruktivisme. Ujian ini bertujuan untuk menyokong dapatan kajian mengenai keberkesanan guru menyampaikan isi kandungan pengajaran. Soalan Ujian Pasca ini menguji tahap kefahaman pelajar mengenai topik Pythagoras Theorem yang terdiri daripada 15 soalan subjektif yang lebih mencabar berbanding ujian Pra dengan 30 markah penuh. Hasil dapatan daripada skor Ujian Pasca ini telah menunjukkan peningkatan peningkatan kefahaman pelajar dalam menjawab soalan. Skor bagi keseluruhan pelajar telah meningkat. Seramai 15 pelajar (54%) telah mendapat markah penuh. Purata skor bagi Ujian Pasca juga meningkat iaitu 25.71 berbanding purata Ujian Pra iaitu 11.93 sahaja. Dapatan ini menunjukkan kaedah pengajaran guru menggunakan teori konstruktivisme adalah lebih baik dan berkesan. Jadual 3 : Perbandingan Ujian Pra dan Ujian Pasca Bil Nama Skor Skor Ujian Pra Ujian Pos 1 Adila Syahida Binti Sarodin 10 26 2 Aida Hanani Bt Rosli 12 30 3 Aina Irdina Bt Josffian Redza 4 20 4 Amira Zaqirah Binti Azain 8 18 5 Amrina Rashada Azlin Binti Azmy 8 16
  • 15. 6 Chang Zhi Xuan 16 30 7 Chong Wen Ling 18 30 8 Hooi May Zheng 12 30 9 Karin Wong 10 22 10 Khalida Najwa Binti Khairuddin 14 30 11 Khew Wei Ly 18 30 12 Lai Pui Yee 20 30 13 Noor Alfira Edzlin Bt Noorazlan 6 18 14 Norazlina Binti Ibrahim 8 18 15 Normaisarah Binti Sazali 14 30 16 Nur Fatehah Binti Pauzi 10 26 17 Nur Hidayah Binti Kamaruzaman 16 30 18 Nur Syafiqah Binti Yon Afrizal 14 30 19 Nur Syafitri Binti Yon Afrizal 12 28 20 Nurul Asyikin Bt Mohamad Ragi@Mohamad Rosdi 8 20 21 Nurul Atiqah Binti Hairol Sahrri 8 18 22 Nurul Fazierra Binti Basri 10 30 23 Nurul Hafizah Binti Zaidi 18 30 24 Nurul Naziera Bt Sharudin 6 18 25 Nurul Shaidatul Aishah Binti Amiruddin 8 22 26 Siti Nor Atikah Bt Anuar 12 30 27 Then Hui Lin 14 30 28 Uma a/p Alagu 20 30 Purata Keseluruhan Skor 11.93 25.71
  • 16. 9.0 Refleksi Selepas Kajian Secara keseluruhannya, kajian tindakan yang dijalankan ini telah berjaya dalam meningkatkan keberkesanan guru bukan opsyen Matematik mengajar topik Pythagoras Theorem menggunakan kaedah Konstruktivisme di Tingkatan 2 Teratai SMK (P) Methodist, Raub, Pahang. Aktiviti- aktiviti yang dijalankan sepanjang proses pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas telah dapat membina motivasi dan keyakinan diri yang tinggi dalam diri guru bukan opsyen. Secara tidak langsung aktiviti yang berlandaskan teori konstruktivisme ini dapat menimbulkan minat pelajar terhadap guru mereka dan subjek Matematik amnya. Guru berasa selesa berhadapan dengan pelajar apabila menggunakan kaedah pengajaran Konstruktivisme ini kerana pelajar lebih banyak melibatkan diri dalam situasi pembelajaran berbanding kaedah tradisioanl yang diamalkan sebelum ini. Selain itu pembelajaran berasaskan konstruktivisme ini juga dilihat sangat berkesan untuk memantapkan sesuatu konsep matematik sehingga pelajar dapat menguasai sepenuhnya isi kandungan topik tersebut. Suasana semasa kerja berkumpulan dalam membina konsep juga dapat membantu pelajar memupuk kemahiran sosial dalam menggalakkan kerjasama dan membina keyakinan diri. 10.0 Cadangan dan Penambahbaikkan Berdasarkan kepada dapatan kajian tindakan ini, beberapa cadangan dan penambahbaikkan boleh diberi terhadap kaedah yang digunakan iaitu kaedah konstruktivisme dalam pembelajaran topik Pythagoras Theorem. Guru perlu lebih kreatif dalam merancang pengajarannya dan sentiasa menggalakkan pelajar membuat sesuatu yang baru agar diri dan jiwa pelajar sentiasa ingin maju ke hadapan. Kreativiti guru amat membantu perkembangan kognitif pelajar khususnya bagi pelajar yang bermasalah dalam pembelajaran. Pelajar memerlukan aktiviti pengajaran yang menarik dan tidak membosankan. Sebagai contoh guru boleh mengaplikasikan Pembelajaran Berbantu Komputer (PBK) ke dalam pengajaran dengan membina perisian multimedia berteraskan teori Konstruktivisme yang berkaitan dengan topik Pythagoras Theorem ini. Menurut Jamalludin dan Zaidatun (2003), kajian yang telah dijalankan menunjukkan bahawa
  • 17. penggunaan multimedia seperti perisian pengajaran mampu meningkatkan minat dan pencapaian pelajar dalam akademik. Secara kesimpulannya, pengetahuan tentang pedagogi pengajaran sesuatu topik adalah sangat penting bagi seseorang guru bukan opsyen untuk meningkatkan mutu pengajaran di dalam bilik darjah. Guru bukan opsyen sebenarnya memerlukan kursus pedagogi isi kandungan yang lengkap kerana mereka diberikan tanggungjawab untuk mengajar subjek yang bukan dari opsyen asal mereka. Harapan penyelidik ialah kajian tindakan ini dapat menjadi rujukan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dalam memperkasakan lagi bidang pendidikan melalui pengagihan tugas guru-guru yang lebih relevan dan berkesan. Di samping itu, diharap agar kajian ini dapat membantu pihak sekolah untuk mengatasi permasalahan yang sering wujud terutamanya dalam lingkungan guru-guru bukan opsyen Matematik berkaitan kaedah pengajaran yang berkesan.
  • 18. RUJUKAN 1. Azizi Hj. Yahaya, Jamaluddin Ramli, dan Yusof Boon. 2000. Sumbangan Sikap Terhadap Matapelajaran Matematik : Sejauhmanakah Hubungan Ini Relevan? Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia. 2. Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir. 2000. Pengenalan Kepada Multimedia. Edisi Pertama. Kuala Lumpur : Venton Publishing. 3. Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir. 2003. Multimedia dalam Pendidikan. Bentong: PTS Pubilications & Distributors Sdn. Bhd. 4. Jemaah Nazir Sekolah. 1996. Perlaksanaan program KBSM dalam bilik darjah. 5. Krulik, S., Rudnick, J., Milou, E. 2003. Teaching Mathematics in Middle Schoolc: A Practical Guide. Pearson : New York. 6. Meor Ibrahim Kamaruddin. 2001. Modul Pembelajaran Sains dan Matematik. Skudai: Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. 7. National Council for Teachers of Mathematics (NCTM). 2000. Principles and standards for school mathematics. Reston, VA: NCTM. 8. Nik Azis Nik Pa. 1992. Agenda Tindakan : Penghayatan Matematik KBSR dan KBSM. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. 9. Norasliza Hassan. 2008. Pengetahuan Pedagogi Kandungan Guru Pelatih Matematik Sekolah Menengah. Seminar Kebangsaan Pendidikan Sains dan Matematik. Universiti Teknologi Malaysia. 10. Surat Pekeliling Bil 3 /1967. Buku Perintah Am dan Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam. 11. Swafford, J.O., Jones, G A. & Thornton, C.A. 1997. Increasing Knowledge in Goemetry and Instructional Practice. Journal for Research in Mathematics Education, 28(4), 467−483.