Ulasan jurnal mun

3,490 views

Published on

  • Be the first to comment

Ulasan jurnal mun

  1. 1. MAIMUN BT ALI KUTY (M20101000203) 2012Artikel: Perkembangan Pendidikan Matematik di MalaysiaUlasan Oleh : Maimun Bt Ali Kuty (M20101000203)RUMUSAN KESELURUHAN ARTIKELKurikulumKurikulum matematik di Malaysia sekitar tahun 1950 sehingga tahun 2000 mengalamipelbagai perubahan dan mengenalpasti pelbagai isu yang mempengaruhi perkembangannegara,memperihalkan tempoh perkembangan utama kurikulum matematik di Malaysia danmempengaruhi perkembangan kurikulum masa depan. Perkembangan Kurikulum Matematik di MalaysiaAntara kurikulum pendidikan adalah Laporan Razak (1956) dan Laporan Projek Khas (1970)di mana ia adalah Projek Khas KPM bermula pada 1968 diterajui oleh En.Abu Hassan Ali.Objektif projek ini ialah untuk memperbaiki mutu pendidikan matematik dan sains supayaselaras dengan perkembangan matematik moden di negara-negara maju.Bahan-bahanpengajaran-pembelajaran direka cipta oleh pensyarah dan guru yang telah dilatih di luarNegara.Strategi serta kaedah berpusatkan guru diperkenalkan. Kaedah inkuiri-penemuandigalakkan.Kajian rintis bagi Projek Khas ini dilancarkan pada 1970. Program ini telahdiubahsuai dan diperkenalkan ke semua sekolah rendah dari masa ke semasa sehingga ianyadigantikan dengan Matematik KBSR.Selain itu,Program Matematik Moden (1970)diperkenalkan ke sekolah rendah dan menengah pada awal tahun 70an. Kurikulum BaruSekolah Rendah (KBSR) (1983) dilaksanakan berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaansebagai sebahagian daripada pelaksanaan Dasar Pendidikan Kebangsaan (1979). Perubahankurikulum ini adalah sebahagian daripada reformasi Kurikulum Pendidikan Negara.Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (1994) dan Kurikulum Bersepadu SekolahMenengah (1998) telah diperkenalkan,Sukatan Matematik Sekolah Rendah (1998)diwujudkan akibat pelancaran Sekolah Bestari (1995) dan memenuhi keperluan IT(Teknologi Maklumat) .Pada bulan Januari 2003, Program Pengajaran dan PembelajaranSains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) telah mula dilaksanakan untuk pelajarTingakatan 1, 4 dan enam rendah. Dengan penguasaan Bahasa Inggeris yang baik, perubahan
  2. 2. MAIMUN BT ALI KUTY (M20101000203) 2012ini bertujuan supaya pelajar dapat mengakses maklumat untuk tujuan pembelajaran denganmudah, seiring dengan perkembangan teknologi maklumat.Projek lain yang telah dijalankanuntuk meningkatkan kualiti pengajaran matematik di sekolah adalah seperti Projek Imbuhan(Compensatory Project), Projek InSPIRE (the Integrated System of Programmed Instructionfor Rural Environment) dan projek Sekolah Bestari.Selain itu,pengaruh perubahan dalam Kurikulum Matematik negara luar terhadapperkembangan Kurikulum Matematik di Malaysia memberi kesan yang positif untukperkembangan kualiti pendidikan Negara kita.Antaranya adalah Nuffield MathematicsProject (NMP), Scottish Mathematics Group (SMG), School Mathematics Project (SMP) danSchool Mathematics Study Group (SMSG).National Council of Teachers ofMathematics(NCTM-1989) juga mempengaruhi pembentukan kurikulum matematik diMalaysia sejak tahun 1990 melalui dokumen Curriculum and Evaluation Standards forSchool Mathematics yang telah dikeluarkan oleh NCTM.Dasar dan Program bagi KemajuanMatematik Kanak-Kanak digubal untuk menjamin mereka menjadi warga dunia masa depanyang berjaya. Oleh itu, keperluan kehidupan masa depan perlu dijadikan amalan bilik darjahhari ini bagi kelangsungan kehidupan.Alaf baru memerlukan warga dunia yang inovatif dan kreatif selain daripada berpengetahuan.Dunia masa depan juga memerlukan idea-idea baru yang menggalakkan pengurusan yangbaik terhadap persekitarannya. Oleh itu, amalan bilik darjah hari ini perlu melatih kanak-kanak supaya berfikir secara kreatif dan inovatif. Selaras dengan itu, sebarang programpendidikan matematik kanak-kanak di Malaysia perlu sejajar dengan keperluan sezaman.Oleh itu, program pendidikan matematik perlu selari dengan teori pembelajaran berasaskanotak dan juga penggunaan TMK dalam amalan bilik darjah.Kurikulum kini haruslahmenggalakkan kreativiti,mengamalkan pembelajaran holistic, Proses Big Picture Thinking,Proses Emphatizing,Proses In-forming dan menghargai matematik Ethno untuk meningkatkan kualiti pendidikannegara kita dan mempunyai daya persaingan yang positif.
  3. 3. MAIMUN BT ALI KUTY (M20101000203) 2012“Kurikulum pendidikan berperanan memenuhi kehendak sezaman. Menurut Pink (2006),Zaman Maklumat menggalakkan pencanaian otak kiri. Ini berlaku kerana pada hemisferaotak itulah pengetahuan ataupun maklumat disimpan untuk diingatkan semula apabiladiperlukan. Oleh itu matlamat pendidikan kurun ke 20 ialah kemenjadian saraf otakhemisfera kiri terhadap kegiatan sehala (linearity) yang melibatkan perkataan, logik, nombor,sekuen dan analisis (Buzan, 2005)”“Menurut Pink (2006), kurun ke 21 ialah Zaman Konseptual. Inovasi dan kreativitidiperlukan selain daripada pengetahuan yang mendalam bagi sesuatu bidang. Ini berlakukerana masyarakat kurun ke 21 sentiasa menghendaki idea serta ciptaan baru bagikelangsungan kehidupan mereka. Oleh itu, Zaman Konseptual memerlukan golongankaryawan yang inovatif dan kreatif.”

×