SlideShare a Scribd company logo
1 of 11
Download to read offline
Journal of Educational Science and Mathematics, Volume 1, March 2011, page 11-21/ISSN:
2231-7368


    Keberkesanan Kaedah Konstruktivisme Dalam Pengajaran Dan
                    Pembelajaran Matematik
                  1
                   Zainal Abidin Bin Zainuddin, 2Jasmi Ismail & 1Afrinaleni Binti Suardi
            Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, 81310 Skudai, Johor, Malaysia.
                Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, Universiti Teknologi Mara (Melaka)


Abstrak: Kajian ini telah dijalankan di sebuah sekolah di dalam Daerah Mersing, Kumpulan sasaran kajian ini ialah
terdiri daripada 40 orang pelajar Tingkatan 1. Pelajar yang dipilih adalah berprestasi sederhana dalam matematik
berdasarkan keputusan UPSR 2008. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti keberkesanan kaedah konstruktivisme
dalam proses pengajaran dan pembelajaran matematik. Pendekatan kaedah yang digunakan dalam kajian ini adalah
berbentuk kuantitatif iaitu ujian pra, ujian pos dan soal selidik dengan memfokuskan tajuk perimeter. Hasil daripada
tinjauan, mendapati pelajar menghadapi beberapa kelemahan menjawab soalan yang melibatkan penggunaan
formula. Hasil pemerhatian semasa kajian dijalankan didapati pelajar tidak member tumpuan semasa proses p&p,
tidak memahami kehendak soalan dan tidak memahami konsep perimeter. Sampel dibahagikan kepada kumpulan
eksperimental dimana kaedah konstruktivisme dijalankan dan kumpulan kawalan sebagai kumpulan yang
menjalankan kaedah tradisional. Data-data dianalisa dengan perisian Microsoft Excel dan SPSS Version 9.0. Ujian-t
dua hujung bagi dipilih untuk menguji semua hipotesis kajian pada aras kesignifikanan 0.05. Ujian – t digunakan
untuk mendapatkan perbezaan terhadap kaedah konstruktivisme dan kaedah tradisional telah menunjukkan
perbezaan yang signifikan. Dapatan kajian menunjukkan peningkatan prestasi pelajar. Peningkatan kelulusan 15 %
selepas menggunakan kaedah konstruktivisme. Hasil kajian menunjukkan pendekatan konstruktivisme adalah lebih
berkesan dan sesuai digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran matematik di dalam bilik darjah berbanding
pendekatan tradisional.

Katakunci : matematik, Microsoft Excel, SPSS Version 9.0

Abstract: This research has been conducted in school in Mersing. The target group are 40 form one students.
Students are among intermediate level in mathematics based on their 2008 UPSR result. The objectives of this study
is threw determine the effectiveness of constructivism method in teaching and learning mathematic. Quantitative
approach was used which include pre and post test and questionnaires focusing on perimeter topic. Based on
observation, students were found having difficulties in answering the questions with formulas. Student was not able
to concentrate during teaching and learning, does not understand the questions and the perimeter concepts. The
sample was grouped into experimental who underwent constructivism while the control group follow the traditional
method. Data was analyzed with Microsoft Excel and SPSS Version 9.0. Two tailed t-test with p value 0.05 was
conducted to test the hypothesis. The t-test was used to determine the differences between constructivism and
traditional method. The retrieval research showed approval increase 15 % on performance of students after used
constructivism method. This study showed that the constructivism strategy was more effective than the traditional
strategy and suitable to be implement as part of the mathematics teaching and learning process in the classroom.

Keywords : Mathematics, Microsoft Excel, SPSS Version 9.0
Zainal Abidin Bin Zainuddin & Afrinaleni Binti Suardi/ Journal of Educational Science and Mathematics (2011)



1.0 Pengenalan

Tajuk perimeter merupakan salah satu tajuk yang diperkenalkan kepada muridmurid sekolah
menengah semasa di Tingkatan 1. Kaedah Konstruktivisme digunapakai dalam kajian ini bagi
menentukan keberkesanan dari segi peningkatan prestasi pelajar. Pendekatan konstruktivisme
merupakan proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana pengetahuan disusun dalam
minda pelajar. Pengetahuan dikembangkan secara aktif oleh pelajar itu sendiri dan tidak diterima
secara pasif dari persekitarannya. Ini bermakna pembelajaran merupakan hasil daripada usaha
pelajar itu sendiri dan bukan dipindahkan daripada guru kepada pelajar. Iaitu tidak lagi
berpegang pada konsep pengajaran dan pembelajaran yang lama , di mana guru hanya “menuang
ilmu “ kepada murid tanpa murid itu sendiri berusaha dan menggunakan pengalaman atau
pengetahuan sedia ada mereka . Kaedah Konstruktivisme memainkan peranan yang penting
dalam pengajaran dan pembelajaran matematik, khususnya di sekolah menengah. Untuk
membantu murid membina konsep atau pengetahuan baru, guru perlu mengambil kira struktur
kognitif yang sedia ada pada mereka. Apabila maklumat baru telah disesuaikan dan diserap
untuk dijadikan sebahagian daripada pegangan kuat mereka, barulah bentuk baru tentang sesuatu
ilmu pengetahuan dapat dibina. Proses ini dinamakan Konstruktivisme. Beberapa ahli
konstruktivisme berpendapat bahawa pembelajaran bermakna bermula dengan pengetahuan atau
pengalaman sedia ada murid. Manakala Nik Azis Nik Pa ( 1999 ) menerangkan bahawa
Konstruktivisme adalah tidak lebih daripada satu komitmen terhadap pandangan bahawa
manusia membina pengetahuan sendiri. Ini bermakna sesuatu pengetahuan yang dipunyai oleh
seseorang individu adalah hasil daripada aktiviti yang dilakukan oleh individu tersebut, dan
bukan suatu maklumat atau pengajaran yang diterima secara pasif dari luar.
         Rutherford dan Algren berpendapat bahawa murid mempunyai idea mereka sendiri
tentang hampir semua perkara sama ada betul atau salah.Jika kefahaman dan pandangan
diabaikan dan tidak diatasi, kefahaman atau kepercayaan asal mereka itu akan tetap kekal
walaupun dalam peperiksaan , mereka memberi jawapan seperti yang dikehendaki oleh guru.
         John Dewey menguatkan lagi teori konstruktivisme dengan mengatakan bahawa pendidik
cekap harus melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sebagai proses menyusun atau membina
pengalaman secara berterusan. Beliau juga menekankan kepentingan penyertaan murid di dalam
aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
         Pengetahuan tidak boleh dipindahkan daripada pemikiran seseorang individu kepada
pemikiran individu yang lain. Sebaliknya setiap insan membentuk pengetahuan sendiri dengan
menggunakan pengalamannya secara terpilih.
         Kaedah Konstruktivisme ini juga berkait rapat dengan pengetahuan sedia ada pelajar.
Justeru itu guru matematik seharusnya mengambil kira apa yang pelajar tahu dan cuba
mempertingkatkan interaksi antara pelajar agar pembelajaran menjadi lebih seronok dan
bermakna. Oleh itu, persekitaran pembelajaran Konstruktivisme dapat meningkatkan mutu
pengajaran dan pembelajaran matematik dalam bilik darjah melalui pemahaman kendiri akan
konsep dan pengetahuan matematik menerusi persekitaran pembelajaran yang kondusif.

1.1 Objektif Kajian

  i. Untuk menguji keberkesanan kaedah kontruktivisme dalam proses pengajaran dan
     pembelajaran.
Zainal Abidin Bin Zainuddin & Afrinaleni Binti Suardi/ Journal of Educational Science and Mathematics (2011)



 ii. Melihat sikap dan tanggapan pelajar terhadap subjek matematik dalam kaedah pengajaran
     konstruktivisme.

1.2 Signifikan kajian

Kajian ini diharapkan dapat membantu guru-guru khususnya, ibubapa dan pihak sekolah dalam
menyediakan pelbagai kaedah pembelajaran seperti Kaedah Konstruktivisme supaya pelajar
dapat melalui dan merasai peluang belajar yang seronok dan bermakna. Menurut Mahmud
(2001), adalah perlu aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan kaedah yang sesuai
dapat digunakan dikalangan murid-murid yang lemah bagi menarik minat mereka dalam
matapelajaran matematik. Dengan adanya maklumat ini juga dapatlah guru mengubahsuai
kaedah pengajaran dan pembelajaran mereka agar pelajar dapat mempelajari matematik dengan
lebih seronokdan bermakna .
        Adalah diharapkan temuan awal (preliminary findings) kajian ini dapat dijadikan asas
perancangan pendidikan kepada pihak-pihak yang terlibat dengan pengurusan pendidikan
khususnya Jabatan Pelajaran Negeri Johor (JPN Johor), pejabatpejabat Pelajaran Daerah dan
sekolah-sekolah.
        Sebagai usaha lanjutan, pihak yang relevan dan bertanggungjawab dapat menyambung
usaha ini dengan bekerjasama dengan membantu pihak Jabatan Pelajaran Peringkat Negeri Johor
dan Daerah mengatasi masalah pembelajaran Matematik, teutamanya bagi sekolah-sekolah di
luar Bandar yang serba kekurangan dan lemah pula dalam mata pelajaran Matematik dan Bahasa
Inggeris.
        Dengan menggunakan data-data dan penemuan kajian sebagai landasan untuk
memulakan sesuatu usaha bagi memahami faktor dalaman diri pelajar seperti faktor
sikap.
        Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) dan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) pula
dapat menjadikan dapatan kajian, untuk menganalisis dan menilai kurikulum Matematik yang
sedia ada. Daripada analisis yang dibuat, satu penilaian yang lebih tepat dapat dilakukan
terhadap keupayaan kurikulum Matematik bagi meningkatkan proficiency pelajar-pelajar dalam
matapelajaran ini.
        Adalah menjadi tanggungjawab PPK untuk merangka satu sukatan pelajaran dan modul-
modul pembelajaran yang lebih menarik dan dinamik sifatnya selaras dengan prinsip-prinsip
psikologi pembelajaran supaya dapat membentuk sikap yang positif dan meningkatkan motivasi
pelajar dan guru terhadap pengajaran Matematik pada masa kini.
        Kepada guru-guru, dapatan kajian seumpama ini dapat menjadi sebahagian daripada
sumber data untuk meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran., khususnya dalam mata
pelajaran Matematik menggunakan Bahasa Inggeris ke tahap yang optimum. Hakikatnya bahawa
pelajaran Matematik di sekolah merupakan antara pelajaran yang kurang diminati dan
menimbulkan kebosanan bukanlah satu rahsia khususnya pelajar-pelajar di luar bandar.
Tambahan pula, sekarang Matematik diajar dalam Bahasa Inggeris, ini tentu membebankan lagi
pelajar-pelajar. Jika fenomena ini dibiarkan berterusan pelajar semakin tidak bermotivasi dan
akan membentuk sikap dan tanggapan yang negatif terhadap mata pelajaran Matematik.
        Dapatan kajian akan menjadi maklumbalas bagi tujuan merancang pengajaran dan
pembelajaran yang lebih bermakna. Dalam konteks ini guru dapat menumpukan aspek
metodologi dan psikologi yang utama untuk membentuk sikap yang positif dan meningkatkan
motivasi pelajar terhadap mata pelajaran Matematik.
Zainal Abidin Bin Zainuddin & Afrinaleni Binti Suardi/ Journal of Educational Science and Mathematics (2011)



2.0 Model Pengajaran Berasaskan Konstruktivisme

Perkembangan dalam fahaman dan teori pembelajaran telah menghasilkan beberapa model
pengajaran dalam dunia pendidikan. Adalah sukar untuk diklasifikasikan setiap satu model
pengajaran secara radikal berlandaskan sesuatu teori pembelajaran. Bagaimanapun, dengan
melihat akan ciri-ciri model itu secara menyeluruh, boleh ditentukan bahawa sesuatu model
pengajaran adalah lebih mirip kepada mana-mana teori pembelajaran yang lain.

2.1 Penggunaan Teori Konstruktivisme Dalam Proses Pengajaran dan pembelajaran.

Banyak kajian telah dijalankan terhadap keberkesanan penggunaan teori konstruktivisme dalam
bilik darjah. Keadah pengajaran guru amat mempengaruhi proses pembelajaran pelajarnya. Hasil
kajian secara puratanya menunjukkan kaedah pengajaran berdasarkan teori konstruktivisme
adalah berkesan ke arah membantu meningkatkan pencapaiaan matematik pelajar.
        Khadijah Bt Umar,(2004) dalam kajiannya tentang perbandingan antara kaedah
pengajaran tradisional dengan kaedah pengajatan bermodul pada sekolah menengaah di England
telah menunjukkan bahawa dari segi tumpuan pelajar, di dapati 2/3 daripada subjek
menerangkan bahawa mereka mudah beralih perhatian dalam pelajaran. Subjek juga mendapati
diri mereka kurang mendapat perhatian daripada guru yang asyik sibuk memberikan maklumat
dan jawapan kepada soalan dalam kelas. Manakala dalam keadah pengajaran bermodul, peranan
guru berubah menjadi pemidah cara bagi pelajar menjawab soalan dalam modul, guru sebagai
pembimbing dalam proses perbincangan antara mereka dan proses pengajaran dan pembelajaran
berpusatkan pelajar sepenuhnya. Ini mewujudkan suasana interaksi aktif di kalangan pelajar-
guru-pelajar yang amat digalakkan dalam teori konstruktivisme.
        Kajian oleh Mok Soon Sang. (1997) dalam artikel “Teaching and learning Science : A
New Perspective” meneliti tentang kesukaran mengaplikasikan teori konstruktivisme ke dalam
pengajaran walaupun ahli penyelidik menghasilkan teori yang banyak dalam menjelaskan
penggunaan konstruktivisme. Hal ini terjadi disebabkan penyelidik tidak menghasilkan strategi
yang spesifik untuk melaksanakan idea dalam teori ini. Kajian tindakan oleh Tran Vui ( 1999 )
menunjukkan keutamaan ahli penyelidik ialah meningkatkan kefahaman guru terhadap
penggunaan teori ini tanpa mementingkan penggunaan teori ini secara praktikal. Hasil kajian ini
memberikan pandangan baru dalam penggunaan teori konstuktivisme iaitu tidak semestinya
aktiviti hands-on atau kajian luar diperlukan untuk membantu pelajar membina pengalaman
tetapi penggunaan gambar komik, karton yang ringkas juga dikatakan bermanfaat dalam
mewujudkan situasi bermakna kepada pelajar dan mengaktifkan pembelajaran seterusnya.
        Kesan daripada kelemahan-kelemahan yang dihadapi ini pelajar tidak dapat
menyelesaikan soalan yang melibat semua topik yang terkandung dalam subjek matematik
dengan betul. Kelemahan menguasai topik–topik yang tekandung dalam matematik akan
menyebabkan pelajar juga gagal menguasai soalan penyelesaian masalah bagi topik yang
berkaitan . Mereka ini juga berpendapat bahawa pelajar lemah ini amat memerlukan satu kaedah
yang sesuai yang dapat membantu mereka menyelesaikan persamaan linear dengan betul .

3.0 Metod

Pendekatan kaedah yang digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk kuantitatif dimana ujian
dan soal selidik digunakan dan kualitatif iaitu sesi temubual bersama responden dan guru
Zainal Abidin Bin Zainuddin & Afrinaleni Binti Suardi/ Journal of Educational Science and Mathematics (2011)



matematik. Bentuk kajian ini dipilih kerana pengkaji mudah mengumpulkan maklumat serta
dapat menumpukan lebih perhatian terhadap kajian yang dilakukan. Dengan menggunakan
prinsip-prinsip pengajaran kaedah konstruktivisme didalam kelas yang dicadangkan oleh Brooks
and Brooks ( 1999 ) ke atas sampel yang dipilih, pengkaji akan melihat sejauh mana
keberkesanan kaedah ini dari segi pencapaian pelajar. Manakala soalan ujian diberikan untuk
mendapatkan pencapaian prestasi pelajar dalam matematik.
        Prosedur langkah dari awal kajian hingga akhir kajian adalah seperti pengkaji membuat
rujukan di perpustakaan awam, melayari internet dan membuat kajian di sekolah .

3.1 Sampel kajian

Setelah mengetahui bilangan sebenar pelajar tingkatan satu di sebuah Sekolah Menengah
Kebangsaan Nitar, Felda Nitar 1, Mersing, Johor. Hanya dua kelas Tingkatan 1 dan seramai 20
orang pelajar daripada setiap kelas dipilih secara rawak berdasarkan pencapaian mereka dalam
peperiksaan UPSR 2008 yang lepas bagi subjek matematik dijadikan sampel dalam kajian ini.
Hanya pelajar berprestasi sederhana sahaja dipilih sebagai sampel kajian bagi melaksanakan
kajian ini. Pelajar tingkatan satu dipilih kerana mereka tidak menghadapi peperiksaan umum
pada tahun ini. Pada peringkat tingkatan satu ini, kebanyakan topik memerlukan pengetahuan
matematik asas .

3.2 Instrumen Kajian

        Satu Instrumen kajian akan digunakan dalam kajian ini. Ia merupakan satu soal selidik
atau set soalan yang mengandungi dua bahagian; Bahagian A dan Bahagian B. Bahagian A
terdiri daripada beberapa soalan mengenai pencapaian matematik pelajar, minat pelajar dan
biografi pelajar.Bahagian B terdiri daripada beberapa soalan mengenai minat pelajar terhadap
matematik dan keberkesanan pendekatan Konstruktivisme dalam matematik . Set ujian pra
diberikan kepada sampel untuk menguji tahap pengetahuan sedia ada para pelajar yang terpilih
dalam kajian ini. Di akhir pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah konstruktivisme
dan kaedah tradisional, ujian pos diberikan kepada sampel untuk menguji tahap kefahaman
responden terhadap konsep perimeter. Di akhir kajian, pengkaji akan membuat perbandingan
dari segi pencapaian sampel antara ujian pra dan ujian pos bagi kedua-dua kelas responden.

4.0 Latar belakang responden.

Kajian ini telah dijalankan ke atas 40 orang pelajar Tingkatan 1 di SMK Nitar, Felda Nitar 1 di
Mersing Johor. Berikut ialah dapatan tentang demografi kumpulan pelajar daripada soal selidik
yang telah dijalankan.
        Seramai 40 orang pelajar telah dipilih sebagai responden untuk kajian ini. Responden
terdiri daripada 19 orang pelajar lelaki dan 21 orang pelajar perempuan. Hasil daripada soal
selidik didapati bahawa kesemua responden adalah berbangsa melayu. Ini adalah disebabkan
ibubapa mereka adalah kebanyakan bekerja sebagai peneroka Felda Nitar 1 dan 2 dan juga buruh
di ladang Felcra Nitar Timur.
        Hasil daripada dapatan yang diperolehi responden mempunyai bilangan adik beradik
yang sederhana. Terdapat dua orang merupakan anak tunggal, seorang daripadanya mempunyai
2 orang adik beradik, 5 orang pelajar mempunyai 3 orang adik beradik, 3 orang pelajar
Zainal Abidin Bin Zainuddin & Afrinaleni Binti Suardi/ Journal of Educational Science and Mathematics (2011)



mempunyai 4 orang adik beradik, 8 orang pelajar mempunyai 5 orang adik-beradik, 8 orang
pelajar mempunyai 6 orang adik-beradik, 7 orang pelajar mempunyai 7 orang adik-beradik, 3
orang pelajar lagi mempunyai 8 orang adik-beradik, dua orang pelajar mempunyai 9 orang adik-
beradik dan seorang pelajar sahaja mempunyai 10 orang adik-beradik . Rajah 1 menunjukkan
bilangan pelajar mengikut bilangan adik-beradik masing-masing.




                    Rajah 1 : Bilangan Pelajar Mengikut Bilangan Adik-Beradik

4.1 Persepsi Pelajar Terhadap Subjek Matematik dan Bahasa Inggeris

      Jadual 1 : Analisis Pelajar Terhadap Subjek Matematik dan Bahasa Inggeris
             Pernyataan                     Lelaki     Perempuan           Jumlah
                                        Ya      Tidak  Ya     Tidak     Ya      Tidak
Minat kepada subjek Matematik            19         -  19        2      38        2
Minat kepada subjek B Inggeris           16        3   18        3      34        6
Minat kepada subjek Metematik dalam       1        18   3       18       4       36
B Inggeris

        Pada keseluruhannya terdapat 4 orang pelajar sahaja yang benar-benar berminat dalam
semua yang disoal iaitu berminat dalam matematik, berminat dalam pelajaran Bahasa Inggeris
dan seterusnya berminat matematik diajar dalam Bahasa Inggeris. Tetapi semua pelajar yang
dikaji amat berminat dengan Matematik. Seramai 28 orang pelajar yang berminat dalam
pelajaran Matematik dan Bahasa Inggeris tetapi tidak berminat Matematik diajar dalam Bahasa
Inggeris . Manakala terdapat 6 orang pelajar yang meminati pelajaran Matematik tetapi tidak
berminat dengan subjek Bahasa Inggeris dan pelajaran Matematik diajar dalam Bahasa Inggeris.
Terdapat 2 orang pelajar yang tidak berminat dengan pelajaran Matematik dan diajar dalam
Bahasa Inggeris tetapi berminat dengan pelajaran Bahasa Inggeris.
Zainal Abidin Bin Zainuddin & Afrinaleni Binti Suardi/ Journal of Educational Science and Mathematics (2011)




 Rajah 2 : BilanganBilangan Responden Mengikut Minat Terhadap MT, BI dan MT dalam BI

        Berdasarkan Rajah 2 menerangkan bilangan pelajar yang meminati subjek matematik,
bahasa Inggeris dan meminati subjek matematik di ajar dalam bahasa Inggeris. Seramai 38 orang
meminati matematik dan 34 orang juga yang meminati bahasa Inggeris. Manakala yang
meminati matematik dalam bahasa Inggeris hanyalah 4 orang sahaja. Ini menunjukkan ramai
pelajar tidak meminati matematik diajar dalam bahasa Inggeris.Kebanyakan daripada responden
menyatakan bahawa jika matematik diajar dalam bahasa Inggeris, ia menjadi satu masalah bagi
mereka untuk memahami konsep dalam pelajaran matematik kerana kebanyakkan daripada
mereka tidak tahu istilah-istilah matematik dalam bahasa Inggeris dan tidak faham kehendak
soalan jika ia ditulis dalam bahasa Inggeris.

4.2 Analisa Dapatan Kajian

Analisa Pemerhatian : Pelajar didapati tidak memberikan tumpuan semasa pengajaran dan
pembelajaran dijalankan dan tidak memberi respon terhadap soalan yang dikemukakan oleh
guru.
        Analisa Temu Bual : Daripada sesi temu bual yang dijalankan dengan 20 orang pelajar
dapatan yang diperolehi ialah:
    a) Pelajar tidak faham soalan
    b) Pelajar tidak faham soalan dalam bahasa Inggeris
    c) Pelajar tidak tahu rumus
    d) Pelajar tidak dapat menunjukkan pengiraan
    e) Pelajar tidak dapat atau tahu menulis jawapan dengan tepat
Analisa ujian pra dan ujian pos : Pengkaji telah menjalankan ujian pra bagi menguji tahap
prestasi pelajar berkenaan dalam tajuk Perimeter sebelum menjalankan pengajaran dan
pembelajaran. Manakala ujian pos pula diberi setelah kaedah konstruktivisme dilaksanakan.

4.3 Persepsi Pelajar Terhadap Kaedah Pembelajaran Konstruktivisme

      Berikut adalah merupakan dapatan daripada soal selidik berkaitan tentang keberkesanan
menggunakan kaedah konstruktivisme.
Zainal Abidin Bin Zainuddin & Afrinaleni Binti Suardi/ Journal of Educational Science and Mathematics (2011)



       Jadual 2 : Analisis Pelajar Terhadap Kaedah Pembelajaran Konstruktivisme
Bil                        Pernyataan                            Skala Likert
                                                         1     2      3       4                                           5
 1    Keberkesanan kaedah konstruktivisme                                     12                                          8
 2    Adakah anda bersetuju kaedah konstruktivisme?                   2       13                                          5
 3    Adakah anda bersetuju kaedah ini dapat                                  9                                          11
      meningkatkan kefahaman dan prestasi?
 4    Adakah anda bersetuju sekiranya pembelajaran                    3       7                                          10
      seterusnya menggunakan kaedah ini?
 5    Setelah kaedah ini diperkenalkan, adakah minat                  5       8                                           7
      anda bertambah terhadap matapelajaran matematik?
 6    Dengan menggunakan kaedah konstruktivisme                3      6       8                                           3
      untuk P&P, adakah tempoh masa untuk topic ini
      mencukupi?
      Jumlah                                                   3     16      57                                           44
      Peratusan                                               2.5 13.3 47.5                                              36.7

       Untuk mengetahui keberkesanan kaedah konstruktivisme, skala likert telah digunakan.
Untuk “Sangat bersetuju” nilainya ialah 5, untuk “Bersetuju” nilainya ialah 4, untuk
“Berkecuali” nilainya ialah 3 , untuk “Tidak bersetuju” nilainya ialah 2 dan untuk “Sangat tidak
bersetuju” nilainya ialah 1 .
       Daripada Jadual 2 didapati secara amnya semua responden amat berpuashati dan amat
bersetuju dengan kaedah konstruktivisme yang dilaksanakan semasa proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas. Mengikut skala likert yang diperolehi min skala likert telah
menunjukkan skala 2 menghasilkan 2.5% responden mengatakan “Tidak bersetuju”, skala 3
menghasilkan 13.3 % responden mengatakan “Berkecuali”, skala 4 menghasilkan 47.5%
responden mengatakan “Bersetuju” dan skala 5 menghasilkan 36.7% responden mengatakan
“Sangat bersetuju”.

4.4 Analisis Item

Soalan – soalan Ujian Pos yang telah diberikan adalah mengikut aras kesukaran seperti yang
ditetapkan oleh pakar yang terkenal iaitu Taksonomi Bloom. Contoh Jadual Spefikasi Ujian
adalah seperti berikut .

                            Jadual 3 : Jadual Penentu Ujian ( JPU )
Bil                 Soalan                           Aras Kemahiran           Jumlah
                                      Pengetahuan Kefahaman Aplikasi Analisis
 1    Mengira jumalh perimeter             4              1                     5
      sesebuah rajah
 2    Melukis rajah yang jumlah                           4         1           5
      perimeter diberi
 3    Menentukan panjang sisi                                       6           6
      setelah diberi jumlah
      keseluruhan rajah
 4    Menentukan perimeter                                2            2        4
Zainal Abidin Bin Zainuddin & Afrinaleni Binti Suardi/ Journal of Educational Science and Mathematics (2011)




      gabungan rajah
      Jumlah                                              4                    7                 7               2       20

        Jadual 3 menunjukkan Jadual Penentu Ujian bagi pembina item soalan Ujian Pos untuk
tajuk Perimeter Tingkatan 1. Jumlah item soalan bagi set soalan Ujian Pos ialah 20 soalan. Aras
Kemahiran pula terdiri daripada pengetahuan, kefahaman, aplikasi dan analisis.
        Bagi aras pengetahuan soalannya berjumlah 4, aras kefahaman berjumlah 7, begitu juga
aras aplikasi sama jumlahnya iaitu 7 dan aras analisis berjumlah 2 .
        Tidak terdapat satu soalan pun yang tidak dijawab oleh pelajar. Bagi soalan objektif
nombor 3, soalan subjektif nombor 14 dan 18, semua responden menjawabnya dengan betul dan
tepat. Soalan yang paling banyak pelajar menjawab ialah soalan nombor 1 iaitu seramai 19
orang. Diikuti oleh soalan nombor 3 iaitu seramai 15 orang. Sementara nombor yang paling
banyak salah ialah nombor 6 , 14 dan 17 iaitu seramai 18 orang .
        Dapatan ini menunjukkan bahawa pelajar yang lemah mempunyai motivasi untuk
menjawab soalan. Walaupun menghadapi masalah dalam pengiraan gabungan rajah, namun
kaedah konstruktivisme sekurang-kurangnya dapat menarik minat pelajar untuk membuat
pengiraan yang betul dalam menuju kepada jawapan yang tepat .

5.0 Perbincangan analisis ujian

Pada peringkat awal, responden mungkin tidak didedahkan dengan pembelajaran kaedah
konstruktivisme. Oleh itu responden banyak mengalami kesukaran untuk mengingati rumus dan
sering keliru di antara rumus luas dan perimeter. Dengan kaedah ini prestasi responden dalam
subjek matematik dapat ditingkatkan dan digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran
dalam subjek yang lain . Hasil daripada Ujian-t menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan
dan min skor yang tinggi pada Ujian Pos terhadap kelas kaedah pembelajaran konstruktivisme
berbanding kelas kaedah pembelajaran tradisional. Oleh itu, hipotesis nol ditolak dan hipotesis
alternatif diterima. Ini menunjukkan kaedah pembelajaran Konstruktivisme telah dapat
meningkatkan prestasi pelajar dalam subjek matematik.
        Bagi kelas kaedah pembelajaran konstruktivisme, min skor ujian pranya ialah 30 dan min
skor ujian Pos ialah 66. Peningkatan ini agak besar jika dibandingkan dengan kelas kaedah
pembelajaran tradisional iaitu min skor ujian Pranya 26 dan min skor ujian Pos ialah 37.
Daripada ujian- t tersebut, ianya menunjukkan bahawa pengajaran dan pembelajaran
menggunakan kaedah konstruktivisme dalam tajuk perimeter membawa impak yang positif .
Tetapi secara keseluruhannya peningkatan tersebut tidaklah begitu besar. Ini adalah disebabkan
pelajar-pelajar yang terlibat dalam kajian ini adalah pelajar yang berprestasi sederhana.
Walaubagaimanapun mereka masih dapat meningkatkan prestasi mereka.
        Dengan menggunakan kaedah konstruktivisme, soal selidik yang telah dijalankan secara
keseluruhannya pelajar menunjukkan minat dan reaksi yang positif terhadap sesi pembelajaran
kaedah ini. Walaupun tahap minat berbeza di antara pelajar namun ianya tidak mempengaruhi
minat keseluruhannya. Oleh itu hipotesis nol yang menyatakan tiada perbezaan signifikan di
antara kaedah konstruktivisme dengan kaedah tradisonal adalah ditolak . Keputusan soal selidik
yang diperolehi menunjukkan seramai 12 orang pelajar (60 %) bersetuju sekiranya kaedah ini
digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran kerana ia dapat meningkatkan kefahaman
mereka terhadap tajuk yang dipelajari dan seterusnya ia dapat meningkatkan lagi prestasi pelajar,
dimana bilangan pelajar yang amat bersetuju dalam soal selidik tersebut ialah seramai 8 orang
Zainal Abidin Bin Zainuddin & Afrinaleni Binti Suardi/ Journal of Educational Science and Mathematics (2011)



(40 %). Pelajar berpuas hati dan menyukai dengan kaedah pembelajaran ini, dimana bilangan
pelajar yang bersetuju dalam soalselidik tersebut ialah seramai 13 orang (65 %). Secara tidak
langsung penguasaan pelajar terhadap kemahiran-kemahiran dalam matapelajaran matematik
akan bertambah baik dari masa ke semasa berbanding dengan situasi di takuk yang lama. Hasil
soal selidik juga menunjukkan 17 orang pelajar (85 %) amat bersetuju sekiranya menggunakan
kaedah ini untuk pembelajaran yang seterusnya . Setelah kaedah ini diperkenalkan, ternyata
seramai 15 orang pelajar (75 %) bersetuju bahawa terdapat peningkatan minat mereka terhadap
subjek matematik.
        Hasil daripada kajian yang dijalankan di dalam kelas yang menggunakan kaedah
pembelajaran konstruktivisme ternyata terdapat peningkatan yang memberangsangkan di antara
Ujian Pra dan Ujian Pos iaitu meningkat sebanyak 15 % daripada 85 % kepada 100 % .Ini
membuktikan bahawa kaedah ini amat berkesan.
        Dengan menggunakan kaedah konstruktivisme, prestasi pelajar meningkat dan proses
pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih berkesan. Buktinya terdapat kesan signifikan
terhadap kaedah ini berbanding kaedah tradisional.
        Terdapat juga banyak kelebihan pembelajaran secara konstruktivisme yang mana dapat
menjadikan kaedah ini lebih menarik seperti pelajar akan lebih berfikir, lebih faham, lebih ingat,
lebih yakin, lebih berkemahiran sosial, dan lebih seronok semasa menjalankan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Ini dipetik dari Modul Pembelajaran secara
Konstruktivisme yang dikeluarkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian
Pendidikan Malaysia (PPK). Rujukan

6.0 Kesimpulan
        Kesimpulannya jelas menunjukkan terdapat perbezaan prestasi bagi pelajar yang
menggunakan kaedah konstruktivisme dengan pelajar yang menggunakan kaedah tradisional. Ini
terbukti dari keputusan Ujian Pra dan Ujian Pos. Selain itu pelajar juga semakin berminat
terhadap pembelajaran matematik setelah kaedah ini diperkenalkan. Ini dapat dilihat dari hasil
kajian yang telah dijalankan melalui borang soal selidik terhadap keberkesanan kaedah
Konstruktivisme.
        Pelajar akan menjadi seorang yang aktif semasa proses pengajaran dan pembelajaran
dijalankan kerana kaedah ini menggalakkan pelajar lebih berfikir, lebih yakin, lebih
berkemahiran sosial kerana pembelajaran dua hala, serta lebih seronok dengan aktiviti yang
dilakukan. Jika aktiviti yang dijalankan dapat menarik minat pelajar maka sudah pastilah proses
pengajaran dan pembelajaran akan berjalan dengan lancar dan berkesan. Pelajar berpeluang
membina soalan-soalan yang kreatif dan pelajar akan sentiasa merasai bahawa dirinya dihargai .

Rujukan

Nik Azis Nik Pa ( 1999 ) , Pendekatan Konstruktivisme Radikal Dalam Pendidikan Matematik .
      Kuala Lumpur : Penerbit Universiti Malaya.
Brooks, J.G. & Books,M.G. ( 1999 ). The Courage To Be Constructivst.Educational Leadership,
      57 (3)
Mahmud Yahya, (2001) . Keupayaan dan Kemahiran Berfikir Dalam Penyelesaian Matematik
      Tambahan . Tesis Sarjana Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia .
Zainal Abidin Bin Zainuddin & Afrinaleni Binti Suardi/ Journal of Educational Science and Mathematics (2011)



Khadijah Bt Umar,(2004). Perkaitan Antara Sikap Dan Pencapaian Pelajar Terhadap
       Pelaksanaan Pengajaran Matematik Dalam Bahasa Inggeris. Tesis Ijazah Sarjana
       Pendidikan, Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Mok Soon Sang. 1997. Pedagogi 2: Pelaksanaan Pengajaran. Kuala Lumpur: Kumpulan
       Budiman Sdn. Bhd.
Tran Vui ( 1999 ) , Constructivism in Mathematics Education , Part 1 . ( nota Kursus SM 107 :
       Constructivism and Innovative Strategies in Secondary Mathematics ) , RECSAM.

More Related Content

What's hot

Penulisan ilmiah SME3023
Penulisan ilmiah SME3023Penulisan ilmiah SME3023
Penulisan ilmiah SME3023Dyg Khairunnisa
 
SME6044-Pentaksiran
SME6044-PentaksiranSME6044-Pentaksiran
SME6044-PentaksiranLoreta Long
 
Sistem pendidikan berorientasikan peperksn latest
Sistem pendidikan berorientasikan peperksn latestSistem pendidikan berorientasikan peperksn latest
Sistem pendidikan berorientasikan peperksn latestروقيه عثمان
 
Tugasan 1 KPT 6054 Instruksional
Tugasan 1 KPT 6054 InstruksionalTugasan 1 KPT 6054 Instruksional
Tugasan 1 KPT 6054 Instruksionalshamsuhaila85
 
Pembentangan Kumpulan 8
Pembentangan Kumpulan 8Pembentangan Kumpulan 8
Pembentangan Kumpulan 8daripenacikgu
 
Jurnal hubungan motivasi full paper
Jurnal hubungan motivasi full paperJurnal hubungan motivasi full paper
Jurnal hubungan motivasi full paperUmmi Azilla
 
Penggunaan kaedah perwakilan dalam meningkat kefahaman murid terhadap tajuk
Penggunaan kaedah perwakilan dalam meningkat kefahaman murid terhadap tajukPenggunaan kaedah perwakilan dalam meningkat kefahaman murid terhadap tajuk
Penggunaan kaedah perwakilan dalam meningkat kefahaman murid terhadap tajukLing Leh
 
Tugasan autentik
Tugasan autentikTugasan autentik
Tugasan autentikHK Chew
 
Sikap dan penerimaan murid terhadap matematik.ppt
Sikap dan penerimaan murid terhadap matematik.pptSikap dan penerimaan murid terhadap matematik.ppt
Sikap dan penerimaan murid terhadap matematik.pptNorazila Sehman
 
Aziziyahaya sumbang sikap_terhadap_matematik
Aziziyahaya sumbang sikap_terhadap_matematikAziziyahaya sumbang sikap_terhadap_matematik
Aziziyahaya sumbang sikap_terhadap_matematikKasturi Nusi
 
Artikel seminar
Artikel seminarArtikel seminar
Artikel seminargieyahya
 

What's hot (19)

Ict 1
Ict 1Ict 1
Ict 1
 
Penulisan ilmiah SME3023
Penulisan ilmiah SME3023Penulisan ilmiah SME3023
Penulisan ilmiah SME3023
 
SME6044-Pentaksiran
SME6044-PentaksiranSME6044-Pentaksiran
SME6044-Pentaksiran
 
Contoh proposal kajian
Contoh proposal kajianContoh proposal kajian
Contoh proposal kajian
 
Bab[1]
Bab[1]Bab[1]
Bab[1]
 
Sistem pendidikan berorientasikan peperksn latest
Sistem pendidikan berorientasikan peperksn latestSistem pendidikan berorientasikan peperksn latest
Sistem pendidikan berorientasikan peperksn latest
 
Tugasan 1 KPT 6054 Instruksional
Tugasan 1 KPT 6054 InstruksionalTugasan 1 KPT 6054 Instruksional
Tugasan 1 KPT 6054 Instruksional
 
Teaching approach 3
Teaching approach 3Teaching approach 3
Teaching approach 3
 
JURNAL SAINS 1
JURNAL SAINS 1JURNAL SAINS 1
JURNAL SAINS 1
 
Pembentangan Kumpulan 8
Pembentangan Kumpulan 8Pembentangan Kumpulan 8
Pembentangan Kumpulan 8
 
Jurnal hubungan motivasi full paper
Jurnal hubungan motivasi full paperJurnal hubungan motivasi full paper
Jurnal hubungan motivasi full paper
 
Analisis Jurnal
Analisis JurnalAnalisis Jurnal
Analisis Jurnal
 
Penggunaan kaedah perwakilan dalam meningkat kefahaman murid terhadap tajuk
Penggunaan kaedah perwakilan dalam meningkat kefahaman murid terhadap tajukPenggunaan kaedah perwakilan dalam meningkat kefahaman murid terhadap tajuk
Penggunaan kaedah perwakilan dalam meningkat kefahaman murid terhadap tajuk
 
Model pembelajaran
Model pembelajaranModel pembelajaran
Model pembelajaran
 
Tugasan autentik
Tugasan autentikTugasan autentik
Tugasan autentik
 
Sikap dan penerimaan murid terhadap matematik.ppt
Sikap dan penerimaan murid terhadap matematik.pptSikap dan penerimaan murid terhadap matematik.ppt
Sikap dan penerimaan murid terhadap matematik.ppt
 
Aziziyahaya sumbang sikap_terhadap_matematik
Aziziyahaya sumbang sikap_terhadap_matematikAziziyahaya sumbang sikap_terhadap_matematik
Aziziyahaya sumbang sikap_terhadap_matematik
 
3 Jurnal
3 Jurnal3 Jurnal
3 Jurnal
 
Artikel seminar
Artikel seminarArtikel seminar
Artikel seminar
 

Viewers also liked

กรุงรัตนโกสินทร์
กรุงรัตนโกสินทร์กรุงรัตนโกสินทร์
กรุงรัตนโกสินทร์Sutthida0802
 
ประวัติศาสตร์ไทย
ประวัติศาสตร์ไทยประวัติศาสตร์ไทย
ประวัติศาสตร์ไทยSutthida0802
 
Introducion
IntroducionIntroducion
Introducionrocionet
 

Viewers also liked (6)

Good Grief
Good GriefGood Grief
Good Grief
 
Simrs terintegrasi
Simrs terintegrasiSimrs terintegrasi
Simrs terintegrasi
 
Leopard Hills
Leopard Hills Leopard Hills
Leopard Hills
 
กรุงรัตนโกสินทร์
กรุงรัตนโกสินทร์กรุงรัตนโกสินทร์
กรุงรัตนโกสินทร์
 
ประวัติศาสตร์ไทย
ประวัติศาสตร์ไทยประวัติศาสตร์ไทย
ประวัติศาสตร์ไทย
 
Introducion
IntroducionIntroducion
Introducion
 

Similar to Jsme 2011-1-002

Keberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematik
Keberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematikKeberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematik
Keberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematikstephchun93
 
Jurnal hubungan motivasi , gaya pembelajaran dengan pencapaianmatematik kejur...
Jurnal hubungan motivasi , gaya pembelajaran dengan pencapaianmatematik kejur...Jurnal hubungan motivasi , gaya pembelajaran dengan pencapaianmatematik kejur...
Jurnal hubungan motivasi , gaya pembelajaran dengan pencapaianmatematik kejur...Ummi Azilla
 
GayathiriSubramaniam.SLR_ResearchGate (4).docx
GayathiriSubramaniam.SLR_ResearchGate (4).docxGayathiriSubramaniam.SLR_ResearchGate (4).docx
GayathiriSubramaniam.SLR_ResearchGate (4).docxPuspavaliNagan
 
Keberkesanan kaedah petak_sifir_dalam_penguasaan_fakta_asas_darab_dalam_matem...
Keberkesanan kaedah petak_sifir_dalam_penguasaan_fakta_asas_darab_dalam_matem...Keberkesanan kaedah petak_sifir_dalam_penguasaan_fakta_asas_darab_dalam_matem...
Keberkesanan kaedah petak_sifir_dalam_penguasaan_fakta_asas_darab_dalam_matem...Arifah Nur Zul
 
Project based learning
Project based learningProject based learning
Project based learningliaw5
 
Mtm2203 laporan
Mtm2203 laporanMtm2203 laporan
Mtm2203 laporanSH Loh
 
Jurnal kajian tindakan sejarah
Jurnal kajian tindakan sejarahJurnal kajian tindakan sejarah
Jurnal kajian tindakan sejarahlinamira
 
teisi : tentang ADD Bab 1
teisi : tentang ADD Bab 1teisi : tentang ADD Bab 1
teisi : tentang ADD Bab 1muhammad
 
Kajian tindakan maths darab silang
Kajian tindakan maths darab silangKajian tindakan maths darab silang
Kajian tindakan maths darab silangNurul Syuhada
 
Proposal rbt 12koperatif
Proposal rbt 12koperatifProposal rbt 12koperatif
Proposal rbt 12koperatifammart852
 
7 sukri berawi_dan_victor_jibson
7 sukri berawi_dan_victor_jibson7 sukri berawi_dan_victor_jibson
7 sukri berawi_dan_victor_jibsondiaernah
 
Penggunaan internet
Penggunaan internetPenggunaan internet
Penggunaan internetTee Teh
 
KEBERKESANAN MODEL KONSTRUKTIVISME LIMA FASA NEEDHAM DALAM PENGAJARAN KOMSAS...
KEBERKESANAN MODEL KONSTRUKTIVISME LIMA FASA NEEDHAM DALAM  PENGAJARAN KOMSAS...KEBERKESANAN MODEL KONSTRUKTIVISME LIMA FASA NEEDHAM DALAM  PENGAJARAN KOMSAS...
KEBERKESANAN MODEL KONSTRUKTIVISME LIMA FASA NEEDHAM DALAM PENGAJARAN KOMSAS...Hamidah Budi
 

Similar to Jsme 2011-1-002 (20)

Keberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematik
Keberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematikKeberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematik
Keberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematik
 
Jurnal hubungan motivasi , gaya pembelajaran dengan pencapaianmatematik kejur...
Jurnal hubungan motivasi , gaya pembelajaran dengan pencapaianmatematik kejur...Jurnal hubungan motivasi , gaya pembelajaran dengan pencapaianmatematik kejur...
Jurnal hubungan motivasi , gaya pembelajaran dengan pencapaianmatematik kejur...
 
GayathiriSubramaniam.SLR_ResearchGate (4).docx
GayathiriSubramaniam.SLR_ResearchGate (4).docxGayathiriSubramaniam.SLR_ResearchGate (4).docx
GayathiriSubramaniam.SLR_ResearchGate (4).docx
 
Keberkesanan kaedah petak_sifir_dalam_penguasaan_fakta_asas_darab_dalam_matem...
Keberkesanan kaedah petak_sifir_dalam_penguasaan_fakta_asas_darab_dalam_matem...Keberkesanan kaedah petak_sifir_dalam_penguasaan_fakta_asas_darab_dalam_matem...
Keberkesanan kaedah petak_sifir_dalam_penguasaan_fakta_asas_darab_dalam_matem...
 
JURNAL SAIN 3
JURNAL SAIN 3JURNAL SAIN 3
JURNAL SAIN 3
 
Project based learning
Project based learningProject based learning
Project based learning
 
OPERASI-DARAB-NOMBOR.docx
OPERASI-DARAB-NOMBOR.docxOPERASI-DARAB-NOMBOR.docx
OPERASI-DARAB-NOMBOR.docx
 
Bab[1]
Bab[1]Bab[1]
Bab[1]
 
Tugasan 2
Tugasan 2Tugasan 2
Tugasan 2
 
Mtm2203 laporan
Mtm2203 laporanMtm2203 laporan
Mtm2203 laporan
 
tugasan refleksi
tugasan refleksitugasan refleksi
tugasan refleksi
 
Jurnal kajian tindakan sejarah
Jurnal kajian tindakan sejarahJurnal kajian tindakan sejarah
Jurnal kajian tindakan sejarah
 
Artikel Mini KT
Artikel Mini KTArtikel Mini KT
Artikel Mini KT
 
teisi : tentang ADD Bab 1
teisi : tentang ADD Bab 1teisi : tentang ADD Bab 1
teisi : tentang ADD Bab 1
 
Kajian tindakan maths darab silang
Kajian tindakan maths darab silangKajian tindakan maths darab silang
Kajian tindakan maths darab silang
 
Proposal rbt 12koperatif
Proposal rbt 12koperatifProposal rbt 12koperatif
Proposal rbt 12koperatif
 
7 sukri berawi_dan_victor_jibson
7 sukri berawi_dan_victor_jibson7 sukri berawi_dan_victor_jibson
7 sukri berawi_dan_victor_jibson
 
Penggunaan internet
Penggunaan internetPenggunaan internet
Penggunaan internet
 
Penggunaan internet
Penggunaan internetPenggunaan internet
Penggunaan internet
 
KEBERKESANAN MODEL KONSTRUKTIVISME LIMA FASA NEEDHAM DALAM PENGAJARAN KOMSAS...
KEBERKESANAN MODEL KONSTRUKTIVISME LIMA FASA NEEDHAM DALAM  PENGAJARAN KOMSAS...KEBERKESANAN MODEL KONSTRUKTIVISME LIMA FASA NEEDHAM DALAM  PENGAJARAN KOMSAS...
KEBERKESANAN MODEL KONSTRUKTIVISME LIMA FASA NEEDHAM DALAM PENGAJARAN KOMSAS...
 

Jsme 2011-1-002

  • 1. Journal of Educational Science and Mathematics, Volume 1, March 2011, page 11-21/ISSN: 2231-7368 Keberkesanan Kaedah Konstruktivisme Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik 1 Zainal Abidin Bin Zainuddin, 2Jasmi Ismail & 1Afrinaleni Binti Suardi Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, 81310 Skudai, Johor, Malaysia. Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, Universiti Teknologi Mara (Melaka) Abstrak: Kajian ini telah dijalankan di sebuah sekolah di dalam Daerah Mersing, Kumpulan sasaran kajian ini ialah terdiri daripada 40 orang pelajar Tingkatan 1. Pelajar yang dipilih adalah berprestasi sederhana dalam matematik berdasarkan keputusan UPSR 2008. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti keberkesanan kaedah konstruktivisme dalam proses pengajaran dan pembelajaran matematik. Pendekatan kaedah yang digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk kuantitatif iaitu ujian pra, ujian pos dan soal selidik dengan memfokuskan tajuk perimeter. Hasil daripada tinjauan, mendapati pelajar menghadapi beberapa kelemahan menjawab soalan yang melibatkan penggunaan formula. Hasil pemerhatian semasa kajian dijalankan didapati pelajar tidak member tumpuan semasa proses p&p, tidak memahami kehendak soalan dan tidak memahami konsep perimeter. Sampel dibahagikan kepada kumpulan eksperimental dimana kaedah konstruktivisme dijalankan dan kumpulan kawalan sebagai kumpulan yang menjalankan kaedah tradisional. Data-data dianalisa dengan perisian Microsoft Excel dan SPSS Version 9.0. Ujian-t dua hujung bagi dipilih untuk menguji semua hipotesis kajian pada aras kesignifikanan 0.05. Ujian – t digunakan untuk mendapatkan perbezaan terhadap kaedah konstruktivisme dan kaedah tradisional telah menunjukkan perbezaan yang signifikan. Dapatan kajian menunjukkan peningkatan prestasi pelajar. Peningkatan kelulusan 15 % selepas menggunakan kaedah konstruktivisme. Hasil kajian menunjukkan pendekatan konstruktivisme adalah lebih berkesan dan sesuai digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran matematik di dalam bilik darjah berbanding pendekatan tradisional. Katakunci : matematik, Microsoft Excel, SPSS Version 9.0 Abstract: This research has been conducted in school in Mersing. The target group are 40 form one students. Students are among intermediate level in mathematics based on their 2008 UPSR result. The objectives of this study is threw determine the effectiveness of constructivism method in teaching and learning mathematic. Quantitative approach was used which include pre and post test and questionnaires focusing on perimeter topic. Based on observation, students were found having difficulties in answering the questions with formulas. Student was not able to concentrate during teaching and learning, does not understand the questions and the perimeter concepts. The sample was grouped into experimental who underwent constructivism while the control group follow the traditional method. Data was analyzed with Microsoft Excel and SPSS Version 9.0. Two tailed t-test with p value 0.05 was conducted to test the hypothesis. The t-test was used to determine the differences between constructivism and traditional method. The retrieval research showed approval increase 15 % on performance of students after used constructivism method. This study showed that the constructivism strategy was more effective than the traditional strategy and suitable to be implement as part of the mathematics teaching and learning process in the classroom. Keywords : Mathematics, Microsoft Excel, SPSS Version 9.0
  • 2. Zainal Abidin Bin Zainuddin & Afrinaleni Binti Suardi/ Journal of Educational Science and Mathematics (2011) 1.0 Pengenalan Tajuk perimeter merupakan salah satu tajuk yang diperkenalkan kepada muridmurid sekolah menengah semasa di Tingkatan 1. Kaedah Konstruktivisme digunapakai dalam kajian ini bagi menentukan keberkesanan dari segi peningkatan prestasi pelajar. Pendekatan konstruktivisme merupakan proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana pengetahuan disusun dalam minda pelajar. Pengetahuan dikembangkan secara aktif oleh pelajar itu sendiri dan tidak diterima secara pasif dari persekitarannya. Ini bermakna pembelajaran merupakan hasil daripada usaha pelajar itu sendiri dan bukan dipindahkan daripada guru kepada pelajar. Iaitu tidak lagi berpegang pada konsep pengajaran dan pembelajaran yang lama , di mana guru hanya “menuang ilmu “ kepada murid tanpa murid itu sendiri berusaha dan menggunakan pengalaman atau pengetahuan sedia ada mereka . Kaedah Konstruktivisme memainkan peranan yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran matematik, khususnya di sekolah menengah. Untuk membantu murid membina konsep atau pengetahuan baru, guru perlu mengambil kira struktur kognitif yang sedia ada pada mereka. Apabila maklumat baru telah disesuaikan dan diserap untuk dijadikan sebahagian daripada pegangan kuat mereka, barulah bentuk baru tentang sesuatu ilmu pengetahuan dapat dibina. Proses ini dinamakan Konstruktivisme. Beberapa ahli konstruktivisme berpendapat bahawa pembelajaran bermakna bermula dengan pengetahuan atau pengalaman sedia ada murid. Manakala Nik Azis Nik Pa ( 1999 ) menerangkan bahawa Konstruktivisme adalah tidak lebih daripada satu komitmen terhadap pandangan bahawa manusia membina pengetahuan sendiri. Ini bermakna sesuatu pengetahuan yang dipunyai oleh seseorang individu adalah hasil daripada aktiviti yang dilakukan oleh individu tersebut, dan bukan suatu maklumat atau pengajaran yang diterima secara pasif dari luar. Rutherford dan Algren berpendapat bahawa murid mempunyai idea mereka sendiri tentang hampir semua perkara sama ada betul atau salah.Jika kefahaman dan pandangan diabaikan dan tidak diatasi, kefahaman atau kepercayaan asal mereka itu akan tetap kekal walaupun dalam peperiksaan , mereka memberi jawapan seperti yang dikehendaki oleh guru. John Dewey menguatkan lagi teori konstruktivisme dengan mengatakan bahawa pendidik cekap harus melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sebagai proses menyusun atau membina pengalaman secara berterusan. Beliau juga menekankan kepentingan penyertaan murid di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Pengetahuan tidak boleh dipindahkan daripada pemikiran seseorang individu kepada pemikiran individu yang lain. Sebaliknya setiap insan membentuk pengetahuan sendiri dengan menggunakan pengalamannya secara terpilih. Kaedah Konstruktivisme ini juga berkait rapat dengan pengetahuan sedia ada pelajar. Justeru itu guru matematik seharusnya mengambil kira apa yang pelajar tahu dan cuba mempertingkatkan interaksi antara pelajar agar pembelajaran menjadi lebih seronok dan bermakna. Oleh itu, persekitaran pembelajaran Konstruktivisme dapat meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran matematik dalam bilik darjah melalui pemahaman kendiri akan konsep dan pengetahuan matematik menerusi persekitaran pembelajaran yang kondusif. 1.1 Objektif Kajian i. Untuk menguji keberkesanan kaedah kontruktivisme dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
  • 3. Zainal Abidin Bin Zainuddin & Afrinaleni Binti Suardi/ Journal of Educational Science and Mathematics (2011) ii. Melihat sikap dan tanggapan pelajar terhadap subjek matematik dalam kaedah pengajaran konstruktivisme. 1.2 Signifikan kajian Kajian ini diharapkan dapat membantu guru-guru khususnya, ibubapa dan pihak sekolah dalam menyediakan pelbagai kaedah pembelajaran seperti Kaedah Konstruktivisme supaya pelajar dapat melalui dan merasai peluang belajar yang seronok dan bermakna. Menurut Mahmud (2001), adalah perlu aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan kaedah yang sesuai dapat digunakan dikalangan murid-murid yang lemah bagi menarik minat mereka dalam matapelajaran matematik. Dengan adanya maklumat ini juga dapatlah guru mengubahsuai kaedah pengajaran dan pembelajaran mereka agar pelajar dapat mempelajari matematik dengan lebih seronokdan bermakna . Adalah diharapkan temuan awal (preliminary findings) kajian ini dapat dijadikan asas perancangan pendidikan kepada pihak-pihak yang terlibat dengan pengurusan pendidikan khususnya Jabatan Pelajaran Negeri Johor (JPN Johor), pejabatpejabat Pelajaran Daerah dan sekolah-sekolah. Sebagai usaha lanjutan, pihak yang relevan dan bertanggungjawab dapat menyambung usaha ini dengan bekerjasama dengan membantu pihak Jabatan Pelajaran Peringkat Negeri Johor dan Daerah mengatasi masalah pembelajaran Matematik, teutamanya bagi sekolah-sekolah di luar Bandar yang serba kekurangan dan lemah pula dalam mata pelajaran Matematik dan Bahasa Inggeris. Dengan menggunakan data-data dan penemuan kajian sebagai landasan untuk memulakan sesuatu usaha bagi memahami faktor dalaman diri pelajar seperti faktor sikap. Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) dan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) pula dapat menjadikan dapatan kajian, untuk menganalisis dan menilai kurikulum Matematik yang sedia ada. Daripada analisis yang dibuat, satu penilaian yang lebih tepat dapat dilakukan terhadap keupayaan kurikulum Matematik bagi meningkatkan proficiency pelajar-pelajar dalam matapelajaran ini. Adalah menjadi tanggungjawab PPK untuk merangka satu sukatan pelajaran dan modul- modul pembelajaran yang lebih menarik dan dinamik sifatnya selaras dengan prinsip-prinsip psikologi pembelajaran supaya dapat membentuk sikap yang positif dan meningkatkan motivasi pelajar dan guru terhadap pengajaran Matematik pada masa kini. Kepada guru-guru, dapatan kajian seumpama ini dapat menjadi sebahagian daripada sumber data untuk meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran., khususnya dalam mata pelajaran Matematik menggunakan Bahasa Inggeris ke tahap yang optimum. Hakikatnya bahawa pelajaran Matematik di sekolah merupakan antara pelajaran yang kurang diminati dan menimbulkan kebosanan bukanlah satu rahsia khususnya pelajar-pelajar di luar bandar. Tambahan pula, sekarang Matematik diajar dalam Bahasa Inggeris, ini tentu membebankan lagi pelajar-pelajar. Jika fenomena ini dibiarkan berterusan pelajar semakin tidak bermotivasi dan akan membentuk sikap dan tanggapan yang negatif terhadap mata pelajaran Matematik. Dapatan kajian akan menjadi maklumbalas bagi tujuan merancang pengajaran dan pembelajaran yang lebih bermakna. Dalam konteks ini guru dapat menumpukan aspek metodologi dan psikologi yang utama untuk membentuk sikap yang positif dan meningkatkan motivasi pelajar terhadap mata pelajaran Matematik.
  • 4. Zainal Abidin Bin Zainuddin & Afrinaleni Binti Suardi/ Journal of Educational Science and Mathematics (2011) 2.0 Model Pengajaran Berasaskan Konstruktivisme Perkembangan dalam fahaman dan teori pembelajaran telah menghasilkan beberapa model pengajaran dalam dunia pendidikan. Adalah sukar untuk diklasifikasikan setiap satu model pengajaran secara radikal berlandaskan sesuatu teori pembelajaran. Bagaimanapun, dengan melihat akan ciri-ciri model itu secara menyeluruh, boleh ditentukan bahawa sesuatu model pengajaran adalah lebih mirip kepada mana-mana teori pembelajaran yang lain. 2.1 Penggunaan Teori Konstruktivisme Dalam Proses Pengajaran dan pembelajaran. Banyak kajian telah dijalankan terhadap keberkesanan penggunaan teori konstruktivisme dalam bilik darjah. Keadah pengajaran guru amat mempengaruhi proses pembelajaran pelajarnya. Hasil kajian secara puratanya menunjukkan kaedah pengajaran berdasarkan teori konstruktivisme adalah berkesan ke arah membantu meningkatkan pencapaiaan matematik pelajar. Khadijah Bt Umar,(2004) dalam kajiannya tentang perbandingan antara kaedah pengajaran tradisional dengan kaedah pengajatan bermodul pada sekolah menengaah di England telah menunjukkan bahawa dari segi tumpuan pelajar, di dapati 2/3 daripada subjek menerangkan bahawa mereka mudah beralih perhatian dalam pelajaran. Subjek juga mendapati diri mereka kurang mendapat perhatian daripada guru yang asyik sibuk memberikan maklumat dan jawapan kepada soalan dalam kelas. Manakala dalam keadah pengajaran bermodul, peranan guru berubah menjadi pemidah cara bagi pelajar menjawab soalan dalam modul, guru sebagai pembimbing dalam proses perbincangan antara mereka dan proses pengajaran dan pembelajaran berpusatkan pelajar sepenuhnya. Ini mewujudkan suasana interaksi aktif di kalangan pelajar- guru-pelajar yang amat digalakkan dalam teori konstruktivisme. Kajian oleh Mok Soon Sang. (1997) dalam artikel “Teaching and learning Science : A New Perspective” meneliti tentang kesukaran mengaplikasikan teori konstruktivisme ke dalam pengajaran walaupun ahli penyelidik menghasilkan teori yang banyak dalam menjelaskan penggunaan konstruktivisme. Hal ini terjadi disebabkan penyelidik tidak menghasilkan strategi yang spesifik untuk melaksanakan idea dalam teori ini. Kajian tindakan oleh Tran Vui ( 1999 ) menunjukkan keutamaan ahli penyelidik ialah meningkatkan kefahaman guru terhadap penggunaan teori ini tanpa mementingkan penggunaan teori ini secara praktikal. Hasil kajian ini memberikan pandangan baru dalam penggunaan teori konstuktivisme iaitu tidak semestinya aktiviti hands-on atau kajian luar diperlukan untuk membantu pelajar membina pengalaman tetapi penggunaan gambar komik, karton yang ringkas juga dikatakan bermanfaat dalam mewujudkan situasi bermakna kepada pelajar dan mengaktifkan pembelajaran seterusnya. Kesan daripada kelemahan-kelemahan yang dihadapi ini pelajar tidak dapat menyelesaikan soalan yang melibat semua topik yang terkandung dalam subjek matematik dengan betul. Kelemahan menguasai topik–topik yang tekandung dalam matematik akan menyebabkan pelajar juga gagal menguasai soalan penyelesaian masalah bagi topik yang berkaitan . Mereka ini juga berpendapat bahawa pelajar lemah ini amat memerlukan satu kaedah yang sesuai yang dapat membantu mereka menyelesaikan persamaan linear dengan betul . 3.0 Metod Pendekatan kaedah yang digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk kuantitatif dimana ujian dan soal selidik digunakan dan kualitatif iaitu sesi temubual bersama responden dan guru
  • 5. Zainal Abidin Bin Zainuddin & Afrinaleni Binti Suardi/ Journal of Educational Science and Mathematics (2011) matematik. Bentuk kajian ini dipilih kerana pengkaji mudah mengumpulkan maklumat serta dapat menumpukan lebih perhatian terhadap kajian yang dilakukan. Dengan menggunakan prinsip-prinsip pengajaran kaedah konstruktivisme didalam kelas yang dicadangkan oleh Brooks and Brooks ( 1999 ) ke atas sampel yang dipilih, pengkaji akan melihat sejauh mana keberkesanan kaedah ini dari segi pencapaian pelajar. Manakala soalan ujian diberikan untuk mendapatkan pencapaian prestasi pelajar dalam matematik. Prosedur langkah dari awal kajian hingga akhir kajian adalah seperti pengkaji membuat rujukan di perpustakaan awam, melayari internet dan membuat kajian di sekolah . 3.1 Sampel kajian Setelah mengetahui bilangan sebenar pelajar tingkatan satu di sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan Nitar, Felda Nitar 1, Mersing, Johor. Hanya dua kelas Tingkatan 1 dan seramai 20 orang pelajar daripada setiap kelas dipilih secara rawak berdasarkan pencapaian mereka dalam peperiksaan UPSR 2008 yang lepas bagi subjek matematik dijadikan sampel dalam kajian ini. Hanya pelajar berprestasi sederhana sahaja dipilih sebagai sampel kajian bagi melaksanakan kajian ini. Pelajar tingkatan satu dipilih kerana mereka tidak menghadapi peperiksaan umum pada tahun ini. Pada peringkat tingkatan satu ini, kebanyakan topik memerlukan pengetahuan matematik asas . 3.2 Instrumen Kajian Satu Instrumen kajian akan digunakan dalam kajian ini. Ia merupakan satu soal selidik atau set soalan yang mengandungi dua bahagian; Bahagian A dan Bahagian B. Bahagian A terdiri daripada beberapa soalan mengenai pencapaian matematik pelajar, minat pelajar dan biografi pelajar.Bahagian B terdiri daripada beberapa soalan mengenai minat pelajar terhadap matematik dan keberkesanan pendekatan Konstruktivisme dalam matematik . Set ujian pra diberikan kepada sampel untuk menguji tahap pengetahuan sedia ada para pelajar yang terpilih dalam kajian ini. Di akhir pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah konstruktivisme dan kaedah tradisional, ujian pos diberikan kepada sampel untuk menguji tahap kefahaman responden terhadap konsep perimeter. Di akhir kajian, pengkaji akan membuat perbandingan dari segi pencapaian sampel antara ujian pra dan ujian pos bagi kedua-dua kelas responden. 4.0 Latar belakang responden. Kajian ini telah dijalankan ke atas 40 orang pelajar Tingkatan 1 di SMK Nitar, Felda Nitar 1 di Mersing Johor. Berikut ialah dapatan tentang demografi kumpulan pelajar daripada soal selidik yang telah dijalankan. Seramai 40 orang pelajar telah dipilih sebagai responden untuk kajian ini. Responden terdiri daripada 19 orang pelajar lelaki dan 21 orang pelajar perempuan. Hasil daripada soal selidik didapati bahawa kesemua responden adalah berbangsa melayu. Ini adalah disebabkan ibubapa mereka adalah kebanyakan bekerja sebagai peneroka Felda Nitar 1 dan 2 dan juga buruh di ladang Felcra Nitar Timur. Hasil daripada dapatan yang diperolehi responden mempunyai bilangan adik beradik yang sederhana. Terdapat dua orang merupakan anak tunggal, seorang daripadanya mempunyai 2 orang adik beradik, 5 orang pelajar mempunyai 3 orang adik beradik, 3 orang pelajar
  • 6. Zainal Abidin Bin Zainuddin & Afrinaleni Binti Suardi/ Journal of Educational Science and Mathematics (2011) mempunyai 4 orang adik beradik, 8 orang pelajar mempunyai 5 orang adik-beradik, 8 orang pelajar mempunyai 6 orang adik-beradik, 7 orang pelajar mempunyai 7 orang adik-beradik, 3 orang pelajar lagi mempunyai 8 orang adik-beradik, dua orang pelajar mempunyai 9 orang adik- beradik dan seorang pelajar sahaja mempunyai 10 orang adik-beradik . Rajah 1 menunjukkan bilangan pelajar mengikut bilangan adik-beradik masing-masing. Rajah 1 : Bilangan Pelajar Mengikut Bilangan Adik-Beradik 4.1 Persepsi Pelajar Terhadap Subjek Matematik dan Bahasa Inggeris Jadual 1 : Analisis Pelajar Terhadap Subjek Matematik dan Bahasa Inggeris Pernyataan Lelaki Perempuan Jumlah Ya Tidak Ya Tidak Ya Tidak Minat kepada subjek Matematik 19 - 19 2 38 2 Minat kepada subjek B Inggeris 16 3 18 3 34 6 Minat kepada subjek Metematik dalam 1 18 3 18 4 36 B Inggeris Pada keseluruhannya terdapat 4 orang pelajar sahaja yang benar-benar berminat dalam semua yang disoal iaitu berminat dalam matematik, berminat dalam pelajaran Bahasa Inggeris dan seterusnya berminat matematik diajar dalam Bahasa Inggeris. Tetapi semua pelajar yang dikaji amat berminat dengan Matematik. Seramai 28 orang pelajar yang berminat dalam pelajaran Matematik dan Bahasa Inggeris tetapi tidak berminat Matematik diajar dalam Bahasa Inggeris . Manakala terdapat 6 orang pelajar yang meminati pelajaran Matematik tetapi tidak berminat dengan subjek Bahasa Inggeris dan pelajaran Matematik diajar dalam Bahasa Inggeris. Terdapat 2 orang pelajar yang tidak berminat dengan pelajaran Matematik dan diajar dalam Bahasa Inggeris tetapi berminat dengan pelajaran Bahasa Inggeris.
  • 7. Zainal Abidin Bin Zainuddin & Afrinaleni Binti Suardi/ Journal of Educational Science and Mathematics (2011) Rajah 2 : BilanganBilangan Responden Mengikut Minat Terhadap MT, BI dan MT dalam BI Berdasarkan Rajah 2 menerangkan bilangan pelajar yang meminati subjek matematik, bahasa Inggeris dan meminati subjek matematik di ajar dalam bahasa Inggeris. Seramai 38 orang meminati matematik dan 34 orang juga yang meminati bahasa Inggeris. Manakala yang meminati matematik dalam bahasa Inggeris hanyalah 4 orang sahaja. Ini menunjukkan ramai pelajar tidak meminati matematik diajar dalam bahasa Inggeris.Kebanyakan daripada responden menyatakan bahawa jika matematik diajar dalam bahasa Inggeris, ia menjadi satu masalah bagi mereka untuk memahami konsep dalam pelajaran matematik kerana kebanyakkan daripada mereka tidak tahu istilah-istilah matematik dalam bahasa Inggeris dan tidak faham kehendak soalan jika ia ditulis dalam bahasa Inggeris. 4.2 Analisa Dapatan Kajian Analisa Pemerhatian : Pelajar didapati tidak memberikan tumpuan semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan dan tidak memberi respon terhadap soalan yang dikemukakan oleh guru. Analisa Temu Bual : Daripada sesi temu bual yang dijalankan dengan 20 orang pelajar dapatan yang diperolehi ialah: a) Pelajar tidak faham soalan b) Pelajar tidak faham soalan dalam bahasa Inggeris c) Pelajar tidak tahu rumus d) Pelajar tidak dapat menunjukkan pengiraan e) Pelajar tidak dapat atau tahu menulis jawapan dengan tepat Analisa ujian pra dan ujian pos : Pengkaji telah menjalankan ujian pra bagi menguji tahap prestasi pelajar berkenaan dalam tajuk Perimeter sebelum menjalankan pengajaran dan pembelajaran. Manakala ujian pos pula diberi setelah kaedah konstruktivisme dilaksanakan. 4.3 Persepsi Pelajar Terhadap Kaedah Pembelajaran Konstruktivisme Berikut adalah merupakan dapatan daripada soal selidik berkaitan tentang keberkesanan menggunakan kaedah konstruktivisme.
  • 8. Zainal Abidin Bin Zainuddin & Afrinaleni Binti Suardi/ Journal of Educational Science and Mathematics (2011) Jadual 2 : Analisis Pelajar Terhadap Kaedah Pembelajaran Konstruktivisme Bil Pernyataan Skala Likert 1 2 3 4 5 1 Keberkesanan kaedah konstruktivisme 12 8 2 Adakah anda bersetuju kaedah konstruktivisme? 2 13 5 3 Adakah anda bersetuju kaedah ini dapat 9 11 meningkatkan kefahaman dan prestasi? 4 Adakah anda bersetuju sekiranya pembelajaran 3 7 10 seterusnya menggunakan kaedah ini? 5 Setelah kaedah ini diperkenalkan, adakah minat 5 8 7 anda bertambah terhadap matapelajaran matematik? 6 Dengan menggunakan kaedah konstruktivisme 3 6 8 3 untuk P&P, adakah tempoh masa untuk topic ini mencukupi? Jumlah 3 16 57 44 Peratusan 2.5 13.3 47.5 36.7 Untuk mengetahui keberkesanan kaedah konstruktivisme, skala likert telah digunakan. Untuk “Sangat bersetuju” nilainya ialah 5, untuk “Bersetuju” nilainya ialah 4, untuk “Berkecuali” nilainya ialah 3 , untuk “Tidak bersetuju” nilainya ialah 2 dan untuk “Sangat tidak bersetuju” nilainya ialah 1 . Daripada Jadual 2 didapati secara amnya semua responden amat berpuashati dan amat bersetuju dengan kaedah konstruktivisme yang dilaksanakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Mengikut skala likert yang diperolehi min skala likert telah menunjukkan skala 2 menghasilkan 2.5% responden mengatakan “Tidak bersetuju”, skala 3 menghasilkan 13.3 % responden mengatakan “Berkecuali”, skala 4 menghasilkan 47.5% responden mengatakan “Bersetuju” dan skala 5 menghasilkan 36.7% responden mengatakan “Sangat bersetuju”. 4.4 Analisis Item Soalan – soalan Ujian Pos yang telah diberikan adalah mengikut aras kesukaran seperti yang ditetapkan oleh pakar yang terkenal iaitu Taksonomi Bloom. Contoh Jadual Spefikasi Ujian adalah seperti berikut . Jadual 3 : Jadual Penentu Ujian ( JPU ) Bil Soalan Aras Kemahiran Jumlah Pengetahuan Kefahaman Aplikasi Analisis 1 Mengira jumalh perimeter 4 1 5 sesebuah rajah 2 Melukis rajah yang jumlah 4 1 5 perimeter diberi 3 Menentukan panjang sisi 6 6 setelah diberi jumlah keseluruhan rajah 4 Menentukan perimeter 2 2 4
  • 9. Zainal Abidin Bin Zainuddin & Afrinaleni Binti Suardi/ Journal of Educational Science and Mathematics (2011) gabungan rajah Jumlah 4 7 7 2 20 Jadual 3 menunjukkan Jadual Penentu Ujian bagi pembina item soalan Ujian Pos untuk tajuk Perimeter Tingkatan 1. Jumlah item soalan bagi set soalan Ujian Pos ialah 20 soalan. Aras Kemahiran pula terdiri daripada pengetahuan, kefahaman, aplikasi dan analisis. Bagi aras pengetahuan soalannya berjumlah 4, aras kefahaman berjumlah 7, begitu juga aras aplikasi sama jumlahnya iaitu 7 dan aras analisis berjumlah 2 . Tidak terdapat satu soalan pun yang tidak dijawab oleh pelajar. Bagi soalan objektif nombor 3, soalan subjektif nombor 14 dan 18, semua responden menjawabnya dengan betul dan tepat. Soalan yang paling banyak pelajar menjawab ialah soalan nombor 1 iaitu seramai 19 orang. Diikuti oleh soalan nombor 3 iaitu seramai 15 orang. Sementara nombor yang paling banyak salah ialah nombor 6 , 14 dan 17 iaitu seramai 18 orang . Dapatan ini menunjukkan bahawa pelajar yang lemah mempunyai motivasi untuk menjawab soalan. Walaupun menghadapi masalah dalam pengiraan gabungan rajah, namun kaedah konstruktivisme sekurang-kurangnya dapat menarik minat pelajar untuk membuat pengiraan yang betul dalam menuju kepada jawapan yang tepat . 5.0 Perbincangan analisis ujian Pada peringkat awal, responden mungkin tidak didedahkan dengan pembelajaran kaedah konstruktivisme. Oleh itu responden banyak mengalami kesukaran untuk mengingati rumus dan sering keliru di antara rumus luas dan perimeter. Dengan kaedah ini prestasi responden dalam subjek matematik dapat ditingkatkan dan digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran dalam subjek yang lain . Hasil daripada Ujian-t menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dan min skor yang tinggi pada Ujian Pos terhadap kelas kaedah pembelajaran konstruktivisme berbanding kelas kaedah pembelajaran tradisional. Oleh itu, hipotesis nol ditolak dan hipotesis alternatif diterima. Ini menunjukkan kaedah pembelajaran Konstruktivisme telah dapat meningkatkan prestasi pelajar dalam subjek matematik. Bagi kelas kaedah pembelajaran konstruktivisme, min skor ujian pranya ialah 30 dan min skor ujian Pos ialah 66. Peningkatan ini agak besar jika dibandingkan dengan kelas kaedah pembelajaran tradisional iaitu min skor ujian Pranya 26 dan min skor ujian Pos ialah 37. Daripada ujian- t tersebut, ianya menunjukkan bahawa pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah konstruktivisme dalam tajuk perimeter membawa impak yang positif . Tetapi secara keseluruhannya peningkatan tersebut tidaklah begitu besar. Ini adalah disebabkan pelajar-pelajar yang terlibat dalam kajian ini adalah pelajar yang berprestasi sederhana. Walaubagaimanapun mereka masih dapat meningkatkan prestasi mereka. Dengan menggunakan kaedah konstruktivisme, soal selidik yang telah dijalankan secara keseluruhannya pelajar menunjukkan minat dan reaksi yang positif terhadap sesi pembelajaran kaedah ini. Walaupun tahap minat berbeza di antara pelajar namun ianya tidak mempengaruhi minat keseluruhannya. Oleh itu hipotesis nol yang menyatakan tiada perbezaan signifikan di antara kaedah konstruktivisme dengan kaedah tradisonal adalah ditolak . Keputusan soal selidik yang diperolehi menunjukkan seramai 12 orang pelajar (60 %) bersetuju sekiranya kaedah ini digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran kerana ia dapat meningkatkan kefahaman mereka terhadap tajuk yang dipelajari dan seterusnya ia dapat meningkatkan lagi prestasi pelajar, dimana bilangan pelajar yang amat bersetuju dalam soal selidik tersebut ialah seramai 8 orang
  • 10. Zainal Abidin Bin Zainuddin & Afrinaleni Binti Suardi/ Journal of Educational Science and Mathematics (2011) (40 %). Pelajar berpuas hati dan menyukai dengan kaedah pembelajaran ini, dimana bilangan pelajar yang bersetuju dalam soalselidik tersebut ialah seramai 13 orang (65 %). Secara tidak langsung penguasaan pelajar terhadap kemahiran-kemahiran dalam matapelajaran matematik akan bertambah baik dari masa ke semasa berbanding dengan situasi di takuk yang lama. Hasil soal selidik juga menunjukkan 17 orang pelajar (85 %) amat bersetuju sekiranya menggunakan kaedah ini untuk pembelajaran yang seterusnya . Setelah kaedah ini diperkenalkan, ternyata seramai 15 orang pelajar (75 %) bersetuju bahawa terdapat peningkatan minat mereka terhadap subjek matematik. Hasil daripada kajian yang dijalankan di dalam kelas yang menggunakan kaedah pembelajaran konstruktivisme ternyata terdapat peningkatan yang memberangsangkan di antara Ujian Pra dan Ujian Pos iaitu meningkat sebanyak 15 % daripada 85 % kepada 100 % .Ini membuktikan bahawa kaedah ini amat berkesan. Dengan menggunakan kaedah konstruktivisme, prestasi pelajar meningkat dan proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih berkesan. Buktinya terdapat kesan signifikan terhadap kaedah ini berbanding kaedah tradisional. Terdapat juga banyak kelebihan pembelajaran secara konstruktivisme yang mana dapat menjadikan kaedah ini lebih menarik seperti pelajar akan lebih berfikir, lebih faham, lebih ingat, lebih yakin, lebih berkemahiran sosial, dan lebih seronok semasa menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Ini dipetik dari Modul Pembelajaran secara Konstruktivisme yang dikeluarkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia (PPK). Rujukan 6.0 Kesimpulan Kesimpulannya jelas menunjukkan terdapat perbezaan prestasi bagi pelajar yang menggunakan kaedah konstruktivisme dengan pelajar yang menggunakan kaedah tradisional. Ini terbukti dari keputusan Ujian Pra dan Ujian Pos. Selain itu pelajar juga semakin berminat terhadap pembelajaran matematik setelah kaedah ini diperkenalkan. Ini dapat dilihat dari hasil kajian yang telah dijalankan melalui borang soal selidik terhadap keberkesanan kaedah Konstruktivisme. Pelajar akan menjadi seorang yang aktif semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan kerana kaedah ini menggalakkan pelajar lebih berfikir, lebih yakin, lebih berkemahiran sosial kerana pembelajaran dua hala, serta lebih seronok dengan aktiviti yang dilakukan. Jika aktiviti yang dijalankan dapat menarik minat pelajar maka sudah pastilah proses pengajaran dan pembelajaran akan berjalan dengan lancar dan berkesan. Pelajar berpeluang membina soalan-soalan yang kreatif dan pelajar akan sentiasa merasai bahawa dirinya dihargai . Rujukan Nik Azis Nik Pa ( 1999 ) , Pendekatan Konstruktivisme Radikal Dalam Pendidikan Matematik . Kuala Lumpur : Penerbit Universiti Malaya. Brooks, J.G. & Books,M.G. ( 1999 ). The Courage To Be Constructivst.Educational Leadership, 57 (3) Mahmud Yahya, (2001) . Keupayaan dan Kemahiran Berfikir Dalam Penyelesaian Matematik Tambahan . Tesis Sarjana Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia .
  • 11. Zainal Abidin Bin Zainuddin & Afrinaleni Binti Suardi/ Journal of Educational Science and Mathematics (2011) Khadijah Bt Umar,(2004). Perkaitan Antara Sikap Dan Pencapaian Pelajar Terhadap Pelaksanaan Pengajaran Matematik Dalam Bahasa Inggeris. Tesis Ijazah Sarjana Pendidikan, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Mok Soon Sang. 1997. Pedagogi 2: Pelaksanaan Pengajaran. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Tran Vui ( 1999 ) , Constructivism in Mathematics Education , Part 1 . ( nota Kursus SM 107 : Constructivism and Innovative Strategies in Secondary Mathematics ) , RECSAM.