REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
Cara Menyukat Arus, Voltan dan Rintangan
1. Arus elektrik yang mengalir dari suatu
sumber tenaga elektrik dapat disukat dengan
menggunakan ammeter.
Unit sukatan bagi arus adalah ampere (A).
Ammeter disambungkan secara bersiri dalam
litar semasa menyukat arus.
Jika jarum ammeter tidak bergerak – tiada
arus mengalir dalam litar.
Terminal positif ammeter perlu disambung
kepada terminal positif sumber elektrik
dalam litar elektrik.
Terminal negatif ammeter perlu disambung
kepada terminal negatif.
2. 1 ampere (A) = 1000 miliampere (mA)
1 miliampere (mA) = 1000 mikroampere (µA)
Unit sukatan bagi arus elektrik
3. Voltan dapat disukat dengan menggunakan
voltmeter.
Unit sukatan bagi voltan adalah volt (V).
Voltmeter disambungkan secara selari dalam
litar semasa menyukat voltan.
Terminal positif voltmeter perlu disambung
kepada terminal positif sumber elektrik
dalam litar elektrik.
4. Rintangan disukat dalam unit ohm.
Simbol adalah Ω.
Perintang adalah suatu alat yang digunakan
untuk mengurangkan arus elektrik yang
mengalir dalam litar.
Semakin besar nilai ohm pada suatu
perintang, semakin besar rintangannya.