1. TRANSFOMER
Transformer ialah alat yang digunakan
untuk menaikkan ataumenurunkan
voltanarusulang alik.
Transfomer terdiri daripada dua
gegelung dawai bertebat yang dililit
pada satu teras besi lembut.
Gegelungprimer– disambungkan kepada bekalan
arus ulang-alik.
Gegelung sekunder - yang membawa arus keluar
Terdapat dua jenis transfomer, iaitu:
a) Transfomer injak naik
(Step-up transformer)
b) Transfomer injak turun
(Step-down transfomer)
6. Arus elektrik yang dihasilkan di stesen janakuasa adalah jenis arus ulang
alik yang dapat dinaikkan dan diturunkan dengan menggunakan
transfomer.
Transformer digunakan untuk mengubah saiz voltan.
Apabila arus yang tinggi mengalir melalui kabel, banyak haba akan terhasil
dan menyebabkan pembaziran tenaga elektrik.
Bagi mengurangkan kehilangan tenaga, arus yang mengalir melalui kabel
perlu dikurangkan.
Peranan transformer dalampenghantaran dan
pengagihan elektrik
7. Dengan menaikkan voltandengan menggunakan transfomer injak naik,
arus yang mengalir dapat dikecilkan.
Tenaga elektrik yang dihantar melalui kabel adalah pada voltan yang sangat
tinggi (132kV atau 132000V dari stesen janakuasa)tetapi arus yang sangat
kecil untuk mengurangkan pembaziran tenaga.
Transfomer injak turun kemudian digunakan untuk menurunkan voltan
yang tinggi kepada satu nilai voltan yang rendah yang bersesuaian dengan
keperluan pengguna