2. ARUS ELEKTRIK
• Arus elektrik (I) : kadar pengaliran
elektron dalam konduktor.
• Unit S.I : ampere (A)
• Alat pengukur : ammeter
3. VOLTAN
• Voltan (V) (beza keupayaan) : daya yang
diperlukan untuk mengalirkan elektron
di antara dua titik.
• Unit S.I : volt (V)
• Alat pengukur : voltmeter
4. RINTANGAN
• Rintangan (R) : keupayaan sesuatu
bahan untuk menghalang atau
menentang aliran arus elektrik yang
mengalir melaluinya.
• Unit S.I : ohm ( Ω )
6. HUKUM OHM
Arus elektrik yang mengalir melalui suatu
konduktor adalah berkadar terus dengan
voltan yang merentasi dua hujung konduktor
dengan syarat suhu dan keadaan fizik lain
adalah tetap.
V = IR
V : voltan
I : arus
R : rintangan
11. LITAR BERSIRI
KELEBIHAN
• Setiap komponen
dalam litar menerima
kuantiti arus yang
sama. ( IJ = I1=I2=I3)
• Semua komponen
dikawal oleh suis yang
sama.
• Penambahan voltan
membekalkan arus
yang lebih besar.
KEKURANGAN
• Kerosakan pada satu alat
elektrik menyebabkan alat
elektrik lain tidak
berfungsi.
• Pemasangan lebih banyak
alat elektrik menyebabkan
rintangan bertambah dan
arus berkurang.
• Setiap alat elektrik tidak
boleh dipadamkan secara
berasingan.
12. LITAR SELARI
KELEBIHAN
• Setiap alat elektrik
boleh dihidupkan atau
dimatikan secara
berasingan.
• Penambahan alat
elektrik tidak
menjejaskan fungsi alat
elektrik yang lain
dalam litar yang sama.
KEKURANGAN
• Voltan setiap alat tidak
dapat dikawal kerana
voltannya adalah sama
dengan voltan sumber.
14. SIFAT-SIFAT MAGNET
• Menarik bahan magnet
• Berkutub
–Kutub utara
–Kutub selatan
• Kutub sama jenis menolak, kutub
berlawanan menarik.
• Menunjukkan arah utara-selatan
apabila digantung bebas.
16. SIFAT – SIFAT MEDAN MAGNET
1. Garisan medan magnet mengarah dari
kutub utara ke kutub selatan.
2. Garisan medan magnet tidak akan
bertemu atau bersilang.
3. Garisan medan magnet lebih rapat
antara satu sama lain di kawasan yang
mempunyai medan magnet yang lebih
kuat
20. CORAK MEDAN MAGNET
• Bergantung pada bentuk konduktor
yang digunakan.
• Di kawasan medan magnet yang lebih
kuat : garisan medan magnet lebih
rapat.
24. ARAH MEDAN MAGNET
• Arah medan elektrik ditentukan
oleh arah arus elektrik.
• Petua genggaman tangan kanan :
menentukan arah medan magnet
pada dawai lurus.