Penyakit kencing manis atau diabetes melitus merupakan penyakit yang ditandai dengan tahap glukosa darah yang tinggi terutamanya selepas makan. Ia dibahagikan kepada diabetes jenis 1 yang disebabkan kegagalan pankreas menghasilkan insulin dan memerlukan suntikan insulin; diabetes jenis 2 disebabkan kerintangan insulin atau penghasilan insulin yang kurang dan boleh dikawal melalui diet, senaman dan ubat; serta diabetes semasa mengandung yang