SlideShare a Scribd company logo
1 of 24
Download to read offline
DIPLOMA PENDIDIKAN LEPASAN IJAZAH
SEMESTER I (2019/2020)
TUGASAN 2: PENULISAN AKADEMIK
PENILAIAN BAGI PEMBANGUNAN BAHAN MULTIMEDIA
BERASASKAN LAMAN WEB DALAM PENDIDIKAN
NAMA PELAJAR
NOR ATIKAH BINTI RAZALI
NO. MATRIK
CIAL19057080
MAKLUMAT KURSUS
NAMA KURSUS TEKNOLOGI DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN
KOD KURSUS DWP10403
NAMA PENSYARAH PN. HAZIMAH BINTI HJ. SAMIN
TARIKH SERAH 07 NOVEMBER 2019
PENGAKUAN PELAJAR
Saya mengesahkan bahawa maklumbalas yang diberikan oleh pensyarah telah saya
terima dan rujuki.
Catatan (jika ada):
Tandatangan Pelajar: Tarikh:
2
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
1.0 PENGENALAN 3
1.1 Penyataan Masalah 4
1.2 Objektif Kajian 4
1.3 Kepentingan Kajian 4
2.0 METODOLOGI KAJIAN 5
2.1 Fasa Pembangunan Bahan Multimedia Menggunakan
Model ADDIE 5
2.2 Fasa Penilaian Bagi Pembangunan Bahan Multimedia
Berasaskan Laman Web 6
2.2.1 Sampel Kajian 6
2.2.2 Instrumen Kajian 6
2.2.3 Pengumpulan Data 6
3.0 DAPATAN KAJIAN 7
3.1 Demografi Responden 7
3.2 Kandungan Laman Web 10
3.3 Teknikal Laman Web 12
3.4 Kesesuaian Bahasa 16
3.5 Dokumentasi Bahan 19
4.0 PERBINCANGAN 22
5.0 RUMUSAN 23
6.0 RUJUKAN 24
7.0 LAMPIRAN 24
3
Penilaian Bagi Pembangunan Bahan Multimedia Berasaskan Laman Web Dalam
Pendidikan
Nor Atikah Binti Razali
Fakulti Pengajian Kontemporari Islam
Universiti Sultan Zainal Abidin
1.0 PENGENALAN
Dewasa kini, perubahan secara global telah berlaku terutamanya dalam dunia
pendidikan menyebabkan para pendidik perlu memainkan peranan untuk memastikan
kecemerlangan pelajar dalam pendidikan meningkat sejajar dengan arus masa terkini. Jika
dahulu, kualiti pencapaian pelajar dalam pendidikan sangat bergantung kepada pengajaran
guru di dalam kelas. Menurut Norazura, Juliza Adira & Siti Hazwani (2010), pelajar didapati
sukar untuk memberikah tumpuan dan minat dalam mengikuti aktiviti pengajaran dan
pembelajaran dalam bilik darjah terutamanya pengajaran yang melibatkan kaedah
berpusatkan guru semata-mata. Hal ini kerana terdapat sesetengah guru masih
mengamalkan pengajaran secara tradisional seperti ‘chalk and talk’. Bagi meningkatkan mutu
pendidikan, dasar-dasar pendidikan sentiasa dikaji dan kurikulum juga diperkemaskan bagi
memastikan pelaksanaannya berkesan terutama dalam menghadapi alaf baru selaras dengan
perkembangan pesat yang berlaku dalam negara.
Dalam era globalisasi kini, kehadiran teknologi multimedia merupakan saluran
yang penting bagi penyebaran maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran manakala
guru-guru merupakan kunci kejayaan kepada aplikasi teknologi multimedia tersebut
(Mahyuddin Arsat & Hasnisham Khalip, 2011). Globalisasi juga menyebabkan wujudnya
konsep dunia tanpa sempadan, konsep liberalisasi maklumat, konsep pembelajaran global,
konsep perubahan global dan sebagainya (Azian Atan & Goh,S.W, 2017). Justeru, selaras
dengan kepesatan pembangunan teknologi pada masa kini, seorang pendidik perlulah
berfikiran kritis dan inovatif untuk merancang segala aspek pengajaran dan pembelajaran
supaya pengajaran berjalan dengan baik. Tambahan pula, dengan adanya komputer,
pelbagai kaedah pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) dapat diterapkan dan
diaplikasikan di dalam kelas dengan menggunakan pelbagai bahan multimedia berasaskan
teknologi computer seperti contoh menggunakan video interaktif, tutorial, permainan, laman
web dan sebagainya.
4
1.1 Penyataan Masalah
Salah satu cara untuk meningkatkan keberkesanan komunikasi dua hala dalam
pengajaran adalah dengan menggunakan bahan multimedia berasaskan laman web dengan
menggunakan teknologi komputer. Walau bagaimana pun, sejauh mana guru-guru di sekolah
memanfaatkan kemudahan teknologi komputer tidaklah diketahui. Menurut Mahyuddin Arsat
& Hasnisham Khalip (2011), penggunaan bahan multimedia sebagai Bahan Bantu Mengajar
(BBM) yang dibekalkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia secara idealnya adalah
untuk memudahkan PdPc di sekolah selain menjadi daya tarikan untuk menarik minat pelajar
untuk belajar.
Justeru, penyelidik kajian ini telah membangunkan satu bahan multimedia berasaskan
laman web yang mengandungi pelbagai bahan bantuan mengajar untuk tujuan pendidikan.
Antara bahan multimedia yang terdapat dalam pembangunan laman web tersebut adalah
video interaktif, tutorial, latihan, permainan, buku cerita dan pelbagai lagi. Oleh itu, pemusatan
utama penyelidik dalam kajian ini adalah untuk menilai keberkesanan pembangunan bahan
multimedia berasaskan laman web dalam pendidikan.
1.2 Objektif Kajian
Kajian yang dijalankan bertujuan untuk mengetahui Penilaian Bagi Pembangunan
Bahan Multimedia Berasaskan Laman Web Dalam Pendidikan. Antara objektif kajian ialah :-
i. Mengenalpasti keberkesanan pembangunan bahan multimedia berasaskan laman
web dalam pendidikan
ii. Menilai pembangunan laman web yang mengandungi elemen-eleman multimedia
untuk tujuan pendidikan
1.3 Kepentingan Kajian
Pembangunan bahan multimedia berasaskan laman web ini diharap dapat membantu
para pendidik sebagai satu bahan bantu mengajar. Justeru , penilaian perlu dibuat untuk
melihat keberkesanan pembangunan bahan multimedia ini sebagai satu alat pengukuhan
kepada pembelajaran di dalam kelas. Penilaian yang dibuat adalah untuk menilai sejauh mana
elemen-elemen atau bahan multimedia yang diletakkan di laman web boleh membantu guru
dan pelajar dalam meningkatkan lagi pemahaman dari segi pengajaran dan pembelajaran
seiring dengan kepesatan teknologi. Pautan-pautan yang disediakan boleh memberi peluang
kepada pelajar untuk meneroka topic-topik yang dibincangkan melalui dunia tanpa sempadan.
5
2.0 METODOLOGI KAJIAN
Metodologi kajian adalah berkaitan dengan pembangunan bahan multimedia
berasaskan laman web dalam pendidikan. Terdapat dua fasa yang digunakan dalam kajian
ini iaitu fasa pembangunan bahan multimedia berasaskan laman web dan fasa penilaian bagi
pembangunan bahan multimedia berasaskan laman web. Sebelum penyelidik dapat membuat
penilaian, penyelidik perlu membangunkan satu bahan multimedia berasaskan laman web.
2.1 Fasa Pembangunan Bahan Multimedia Menggunakan Model ADDIE
Justeru, satu model reka bentuk pengajaran dan pembelajaran diperlukan untuk
membangunkan sesebuah laman web. Menurut Shahida Baharudin (2015), model reka
bentuk pengajaran ini memainkan peranan penting dalam menghasilkan pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan. Model ADDIE yang mempunyai 5 fasa telah dipilih sebagai
panduan dalam mereka bentuk pengajaran dalam web ini kerana setiap fasa dalam model ini
adalah sesuai dengan proses pembinaan laman web ini. Antara fasa-fasa yang terdapat
dalam model ADDIE adalah Fasa Analisis (Analysis), Fasa Reka Bentuk (Design), Fasa
Pembangunan (Development), Fasa Pelaksanaan (Implementation) dan Fasa Penilaian
(Evaluation). Setiap fasa dijelaskan seperti rajah 1 di bawah :
Rajah 2.1.1 : Proses Pembangunan Bahan Multimedia Berasaskan Laman Web
Analisis (Analysis)
- Kajian Perpustakaan
- Rujukan Sukatan Pelajaran Matematik
Reka Bentuk (Design)
- Tugasan
- Pemilihan tapak laman web
- Sumber
- Proses
Pembangunan (Development)
- Membangunkan laman web
cikguatikah79@blogspot.com
Pelaksanaan (Implementation)
- Persembahan bahan multimedia dalam
laman web
Penilaian (Evaluation)
- soalan kaji selidik (google form)
6
2.2 Fasa Penilaian Bagi Pembangunan Bahan Multimedia Berasaskan Laman Web
Setelah bahan multimedia berasaskan laman web dibangunkan, satu analisis telah dibuat
oleh penyelidik untuk mendapatkan penilaian keberkesanan pembangunan bahan multimedia
ini terutamanya untuk tujuan pendidikan. Satu instrumen penilaian telah dibangunkan oleh
penyelidik bertajuk ‘Soal Selidik : Penilaian Bagi Pembangunan Bahan Multimedia
Berasaskan Laman Web Dalam Pendidikan’ yang menggunakan google form.
2.2.1 Sampel Kajian
Kajian ini telah dijalankan dengan bentuk kajian soal selidik bertujuan fokus untuk
pengumpulan data. Kajian ini telah dijalankan kepada pelajar-pelajar Diploma Pendidikan
Lepasan Ijazah (DPLI), Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA), bagi sesi akademik
2019/2020, dilimitasi kepada pelajar-pelajar kampus Kuala Lumpur. Sampel kajian ini terdiri
daripada 15 orang responden iaitu 2 orang responden adalah lelaki manakala 13 orang
responden perempuan.
2.2.2 Instrumen Kajian
Penilaian ini telah dibuat berdasarkan aspek-aspek instrumen penilaian. Soal selidik yang
dijalankan oleh penyelidik mengandungi 5 bahagian iaitu bahagian (A,B,C,D dan E) yang
mengandungi 21 soalan keseluruhannya.
A. Demografi responden ( 5 soalan )
B. Kandungan laman web ( 4 soalan )
C. Teknikal laman web ( 4 soalan )
D. Kesesuaian bahasa ( 4 soalan )
E. Dokumentasi bahan ( 4 soalan )
Set soal selidik ini juga telah menggunakan skala binari ( ya, tidak pasti, tidak) untuk aspek
kandungan laman web dan dokumentasi bahan. Bagi penilaian terhadap aspek teknikal laman
web dan juga kesesuaian bahasa, penyelidik menggunakan penilaian 5 skala likert iaitu
(1 - sangat tidak setuju, 5 - sangat setuju). Instrumen kajian ini dibina sendiri oleh penyelidik
untuk melihat sejauh mana keberkesanan pembangunan bahan multimedia berasaskan
laman web yang dibangunkan oleh pengkaji bagi tujuan pendidikan.
7
2.2.3 Pengumpulan Data
Sebelum responden menjawab soal selidik ini, responden telah diberikan link laman web yang
mengandungi bahan multimedia yang dibangunkan oleh penyelidik. Responden juga telah
dimaklumkan bahawa kajian ini hanya untuk tujuan ilmiah dan segala maklumat yang mereka
berikan adalah bersifat rahsia. Responden perlu menjawab kajian soal selidik ini setelah
melihat laman web yang dibangunkan supaya mereka dapat menilai laman web tersebut.
3.0 DAPATAN KAJIAN
3.1 Demografi Responden
Dari aspek demografi responden, keseluruhan 15 orang responden merupakan
pelajar-pelajar dari DPLI Unisza kampus Kuala Lumpur yang terdiri daripada lelaki (13%) dan
perempuan (87%). Kebanyakan responden adalah dari lingkungan umur 25 hingga 29 tahun
(66.7%) , 18 hingga 24 tahun (20%) dan 30 hingga 35 tahun (13.3%). Dari aspek pendidikan
tertinggi, kebanyakan responden memiliki Ijazah Sarjana Muda (80%) dan Ijazah Sarjana
(20%). Di samping itu, dari aspek pekerjaan semasa, 20% adalah merupakan guru, 46.7%
bukan guru dan 33.3% adalah pelajar. Bagi responden yang mempunyai pengalaman
mengajar subjek Matematik atau Matematik Tambahan, sebanyak 46.7% mempunyai
pengalaman mengajar kurang 1 tahun, 6.7% yang mempunyai pengalaman mengajar antara
1 hingga 2 tahun serta 2 tahun ke atas dan selebihnya 40% tiada pengalaman. Berikut
merupakan rajah-rajah yang menunjukkan peratus bagi setiap maklumat yang diambil
berkenaan demografi responden.
Rajah 3.1.1 : Carta Pai Bagi Peratusan Jantina
87%
13%
Jantina
Perempuan Lelaki
8
Rajah 3.1.2 : Carta Pai Bagi Peratusan Umur
Rajah 3.1.3 : Carta Pai Bagi Peratusan Pendidikan Tertinggi
20%
67%
13%
Umur
18 - 24 tahun 25 - 29 tahun 30 - 34 tahun 35 tahun ke atas
80%
20%
Pendidikan Tertinggi
STPM/Matrikulasi/Diploma Ijazah Sarjana Muda
Ijazah Sarjana Ijazah Doktor Falsafah
9
Rajah 3.1.4 : Carta Pai Bagi Peratusan Pekerjaan Semasa
Rajah 3.1.5 : Carta Pai Bagi Peratusan Pengalaman Mengajar Subjek
Matematik/Matematik Tambahan
33%
20%
47%
Pekerjaan Semasa
Pelajar Guru Bukan Guru Tidak Bekerja
46%
7%
7%
40%
Pengalaman Mengajar Subjek
Matematik/Matematik Tambahan
< 1 tahun 1 - 2 tahun > 2 tahun Tiada Pengalaman
10
3.2 Kandungan Laman Web
Instrumen penilaian bagi bahagian ini mempunyai 4 soalan dengan menggunakan skala
binari. Penyelidik telah membangunkan laman web yang mempunyai menu bar bagi
memudahkan pengguna. Antara isi kandungannya ialah video interaktif, manual pengguna,
rujukan dan lain-lain. Berikut merupakan analisis penilaian yang didapati daripada responden.
Rajah 3.2.1 : Carta Pai bagi Peratusan Soalan 1 Bahagian Kandungan Laman Web
Berdasarkan Rajah 3.2.1, sebanyak 93% responden menjawab ‘Ya’ dan hanya 7% responden
yang menjawab ‘Tidak Pasti’.
Rajah 3.2.2 : Carta Pai bagi Peratusan Soalan 2 Bahagian Kandungan Laman Web
Berdasarkan Rajah 3.2.2, 100% responden menjawab jawapan ‘Ya’ bermaksud setuju.
93%
7%
1) Adakah kandungan laman web ini membantu
meningkatkan pemahaman anda dalam proses
pengajaran dan pembelajaran bagi subjek Matematik?
Ya Tidak Pasti Tidak Pasti
100%
2) Adakah maklumat yang disampaikan bertepatan dengan
sukatan mata pelajaran Matematik?
Ya Tidak Pasti Tidak
11
Rajah 3.2.3 : Carta Pai bagi Peratusan Soalan 3 Bahagian Kandungan Laman Web
Berdasarkan Rajah 3.2.3, 100% responden menjawab ‘Ya’ yang bermaksud bersetuju
bahawa kandungan laman web ini meliputi informasi yang jelas dan berguna untuk subjek
Matematik.
Rajah 3.2.4 : Carta Pai bagi Peratusan Soalan 4 Bahagian Kandungan Laman Web
Berdasarkan Rajah 3.2.4, 100% responden menjawab ‘Ya’ bermaksud bersetuju bahawa
penyampaian dalam laman web ini mudah untuk difahami.
100%
3) Adakah kandungan laman web ini meliputi informasi
yang jelas dan berguna untuk subjek Matematik?
Ya Tidak Pasti Tidak
100%
4) Adakah penyampaian dalam laman web ini mudah
untuk difahami?
Ya Tidak Pasti Tidak
12
Rajah 3.2.5 : Carta Lajur Kombinasi Bagi Instrumen Penilaian Kandungan Laman Web
Rajah 3.2.5 menunjukkan carta lajur kombinasi bagi instrumen penilaian untuk kandungan
laman web. Berikut merupakan analisis yang dapat dibuat oleh penyelidik di mana peratusan
min bagi jawapan dominan Ya adalah 98.3% yang merupakan jawapan terbaik dan peratusan
bagi min Tidak Pasti adalah 1.675%. Berikut adalah pengiraannya :
Peratusan Min ( Ya ) = ( 93.3 % + 100 % + 100 % + 100 % ) ÷ 4
= 98.3 %
Peratusan Min ( Tidak Pasti ) = 6.7 ÷ 4 = 1.675%
3.3 Teknikal Laman Web
Soal selidik bagi penilaian teknikal laman web dibuat berdasarkan aspek mesra pengguna,
interaktiviti, rekabentuk dan juga paparan teknikal berdasarkan skala likert. Jadual di bawah
menunjukkan soalan-soalan yang dikemukakan penyelidik beserta aspek soalannya.
93.3
100 100 100
6.7
0
20
40
60
80
100
120
1) Adakah kandungan
laman web ini
membantu
meningkatkan
pemahaman anda dalam
proses pengajaran dan
pembelajaran bagi
subjek Matematik?
2) Adakah maklumat
yang disampaikan
bertepatan dengan
sukatan mata pelajaran
Matematik?
3) Adakah kandungan
laman web ini meliputi
informasi yang jelas dan
berguna untuk subjek
Matematik?
4) Adakah penyampaian
laman web ini mudah
untuk difahami?
Kandungan Laman Web
Ya Tidak Pasti Tidak
13
Soalan Aspek Soalan
1) Menu navigasi laman web ini berfungsi dengan baik serta
membantu anda menggunakan laman web dengan mudah.
Mesra Pengguna
2) Elemen-elemen dalam laman web ini sangat sistematik, interaktif
dan berfungsi dengan baik.
Interaktiviti
3) Saiz tulisan, warna, latar belakang dan grafik yang digunakan
membuatkan laman web ini kelihatan menarik.
Rekabentuk
4) Paparan penuh laman web ini membolehkan anda melihat elemen-
elemen yang terkandung dalam laman web dengan mudah.
Paparan Teknikal
Jadual 3.3.1 : Aspek-aspek Soalan Teknikal Laman Web
Instrumen penilaian bagi bahagian ini mempunyai 4 soalan dengan menggunakan skala likert.
Soalan-soalan yang dinyatakan oleh penyelidik telah dikategorikan kepada aspek soalan
seperti Jadual 3.3.1.
1) Menu navigasi laman web ini berfungsi dengan baik serta membantu anda menggunakan
laman web dengan mudah.
1-Sangat Tidak Setuju, 2-Tidak Setuju, 3-Tidak Pasti, 4-Setuju, 5-Sangat Setuju
Rajah 3.3.1 : Carta Lajur bagi Peratusan Soalan 1 Bahagian Teknikal Laman Web
Berdasarkan Rajah 3.3.1, terdapat seorang responden menjawab ‘Tidak Pasti’ iaitu 6.7%, 8
orang responden mengatakan ‘Setuju’ dengan peratusnya 53.3% dan selebihnya 6 orang
responden mengatakan ‘Sangat Setuju’ dengan peratusnya 40%.
14
2) Elemen-elemen dalam laman web ini sangat sistematik, interaktif dan berfungsi dengan
baik.
1-Sangat Tidak Setuju, 2-Tidak Setuju, 3-Tidak Pasti, 4-Setuju, 5-Sangat Setuju
Rajah 3.3.2 : Carta Lajur bagi Peratusan Soalan 2 Bahagian Teknikal Laman Web
Berdasarkan Rajah 3.3.2, terdapat seorang responden menjawab ‘Tidak Pasti’ yang
menyumbang peratus sebanyak 6.7%, 7 orang responden menjawab ‘Setuju’ dan ‘Sangat
Setuju’ di mana mempunyai peratus yang sama iaitu 46.7%.
3) Saiz tulisan, warna, latar belakang dan grafik yang digunakan membuatkan laman web ini
kelihatan menarik.
1-Sangat Tidak Setuju, 2-Tidak Setuju, 3-Tidak Pasti, 4-Setuju, 5-Sangat Setuju
Rajah 3.3.3 : Carta Lajur bagi Peratusan Soalan 3 Bahagian Teknikal Laman Web
Berdasarkan Rajah 3.3.3, terdapat seorang responden menjawab ‘Tidak Pasti’ iaitu 6.7%, 8
orang responden mengatakan ‘Setuju’ dengan peratusnya 53.3% dan selebihnya 6 orang
responden mengatakan ‘Sangat Setuju’ dengan peratusnya 40%.
15
4) Paparan penuh laman web ini membolehkan anda melihat elemen-elemen yang
terkandung dalam laman web ini dengan mudah.
1-Sangat Tidak Setuju, 2-Tidak Setuju, 3-Tidak Pasti, 4-Setuju, 5-Sangat Setuju
Rajah 3.3.4 : Carta Lajur bagi Peratusan Soalan 4 Bahagian Teknikal Laman Web
Berdasarkan Rajah 3.3.4, penyelidik mendapati seramai 7 orang responden menjawab
‘Setuju’ iaitu sebanyak 46.7% dan 8 orang responden menjawab ‘Sangat Setuju’ iaitu
sebanyak 53.3%.
Rajah 3.3.5 : Carta Bar Kombinasi Bagi Instrumen Penilaian Teknikal Laman Web
Pengiraan Min Bagi Peratusan Tidak Pasti
= ( 6.7 % + 6.7 % + 6.7 % )
= 5 %
6.7
6.7
6.7
53.3
46.7
53.3
46.7
40
46.7
40
53.3
0 10 20 30 40 50 60
Mesra Pengguna
Interaktiviti
Rekabentuk
Paparan Teknikal
Teknikal Laman Web
Sangat Setuju Setuju Tidak Pasti Tidak Setuju Sangat Tidak Setuju
16
Pengiraan Min Bagi Peratusan Setuju
= ( 46.7 % + 53.3 % + 46.7 % + 53.3 % ) ÷ 4
= 50 %
Pengiraan Min Bagi Peratusan Sangat Setuju
= ( 53.3 % + 40 % + 46.7 % + 40 % ) ÷ 4
= 45 %
Analisis yang dapat dibuat oleh penyelidik berdasarkan Rajah 3.3.5 ialah bagi instrumen
penilaian teknikal laman web, min peratusan bagi jawapan Tidak Pasti adalah 5%, min
peratusan bagi jawapan Setuju adalah yang paling tinggi dan terbaik iaitu 50 % berbanding
Sangat Setuju iaitu 45 %. Justeru penyelidik boleh membuat penambahbaikan bagi aspek-
aspek teknikal laman web supaya dapat membantu meningkatkan pemahaman guru dan
pelajar di masa akan datang.
3.4 Kesesuaian Bahasa
Instrumen penilaian bagi kesesuaian bahasa adalah menggunakan skala likert. Kesesuaian
bahasa dalam bahan multimedia berasaskan laman web amatlah penting bagi membantu
meningkatkan pemahaman dan pastinya supaya mudah difahami oleh pengguna. Berikut
merupakan analisis yang dibuat oleh penyelidik .
1) Bahasa yang digunakan di dalam laman web ini ringkas dan mudah difahami.
1-Sangat Tidak Setuju, 2-Tidak Setuju, 3-Tidak Pasti, 4-Setuju, 5-Sangat Setuju
Rajah 3.4.1 : Carta Lajur bagi Peratusan Soalan 1 Bahagian Kesesuaian Bahasa
Berdasarkan Rajah 3.4.1, seramai 8 orang responden menjawab ‘Setuju’ dengan bilangan
peratusan sebanyak 53.3% dan 7 orang responden menjawab ‘Sangat Setuju’ dengan
peratusnya 46.7%.
17
2) Bahasa yang digunakan dalam setiap bahan multimedia (penulisan akademik, video,
tutorial, permainan dan lain-lain) dalam laman web ini jelas dan bersesuaian.
1-Sangat Tidak Setuju, 2-Tidak Setuju, 3-Tidak Pasti, 4-Setuju, 5-Sangat Setuju
Rajah 3.4.2 : Carta Lajur bagi Peratusan Soalan 2 Bahagian Kesesuaian Bahasa
Berdasarkan Rajah 3.4.2, seramai 12 orang responden menjawab ‘Setuju’ dengan bilangan
peratusan sebanyak 80% dan 3 orang responden menjawab ‘Sangat Setuju’ dengan
peratusnya 20%.
3) Penggunaan bahasa yang digunakan bersesuaian dengan proses pengajaran dan
pembelajaran subjek Matematik yang terkini.
1-Sangat Tidak Setuju, 2-Tidak Setuju, 3-Tidak Pasti, 4-Setuju, 5-Sangat Setuju
Rajah 3.4.3 : Carta Lajur bagi Peratusan Soalan 3 Bahagian Kesesuaian Bahasa
Berdasarkan Rajah 3.4.3, seramai 12 orang responden menjawab ‘Setuju’ dengan bilangan
peratusan sebanyak 80% dan 3 orang responden menjawab ‘Sangat Setuju’ dengan
peratusnya 20%.
18
4) Penggunaan bahasa yang digunakan sangat interaktif dan boleh menarik minat
pengunjung laman web ini.
1-Sangat Tidak Setuju, 2-Tidak Setuju, 3-Tidak Pasti, 4-Setuju, 5-Sangat Setuju
Rajah 3.4.4 : Carta Lajur bagi Peratusan Soalan 4 Bahagian Kesesuaian Bahasa
Berdasarkan Rajah 3.4.4, seramai 8 orang responden menjawab ‘Setuju’ dengan bilangan
peratusan sebanyak 53.3% dan 7 orang responden menjawab ‘Sangat Setuju’ dengan
peratusnya 46.7%.
Rajah 3.4.5 : Carta Lajur Kombinasi Bagi Instrumen Penilaian Kesesuaian Bahasa
Analisis yang dapat dibuat oleh penyelidik berdasarkan Rajah 3.4.5 ialah bagi instrumen
penilaian kesesuaian bahasa, min peratusan bagi jawapan Setuju adalah yang paling tinggi
dan terbaik iaitu 66.65% berbanding Sangat Setuju iaitu 33.35%.
53.3
80 80
53.3
46.7
20 20
46.7
0
10
20
30
40
50
60
70
80
90
1) Bahasa yang digunakan
di dalam laman web ini
ringkas dan mudah
difahami
2) Bahasa yang digunakan
dalam setiap bahan
multimedia (penulisan
akademik, video, tutorial,
permainan dan lain-lain)
dalam laman web ini jelas
dan bersesuaian.
3) Penggunaan bahasa yang
digunakan bersesuaian
dengan proses pengajaran
dan pembelajaran subjek
Matematik yang terkini.
4) Penggunaan bahasa yang
digunakan sangat interaktif
dan boleh menarik minat
pengujung laman web ini.
Kesesuaian Bahasa
Sangat Tidak Setuju Tidak Setuju Tidak Pasti Setuju Sangat Setuju
19
Bagi instrumen penilaian kesesuaian bahasa, penyelidik mendapati pengiraan min adalah
seperti berikut :
Pengiraan Min Bagi Peratusan Setuju
= ( 53.3 % + 80 % + 80 % + 53.3 % ) ÷ 4
= 66.65 %
Pengiraan Min Bagi Peratusan Sangat Setuju
= ( 46.7 % + 20 % + 20 % + 46.7 % ) ÷ 4
= 33.35 %
3.5 Dokumentasi Bahan
Penilaian bagi instrumen dokumentasi bahan adalah untuk mengukur sejauh mana
pengunjung laman web menilai laman web penyelidik dari segi bahan-bahan multimedia sama
ada telah didokumentasi dengan baik atau tidak. Penyelidik menggunakan skala binari untuk
membuat penilaian. Berikut merupakan analisis yang telah dibuat oleh penyelidik.
Rajah 3.5.1 : Carta Pai bagi Peratusan Soalan 1 Bahagian Dokumentasi Bahan
Berdasarkan Rajah 3.5.1, 100% responden menjawab ‘Ya’ bermaksud bersetuju bahawa
semua bahan dalam laman web ini didokumentasi dengan baik dan teratur.
100%
1) Semua bahan dalam laman web ini didokumentasi dengan
baik dan teratur.
Ya Tidak Pasti Tidak
20
Rajah 3.5.2 : Carta Pai bagi Peratusan Soalan 2 Bahagian Dokumentasi Bahan
Berdasarkan Rajah 3.5.2, 93% responden menjawab ‘Ya’ dan selebihnya 7% responden
menjawab ‘Tidak Pasti’.
Rajah 3.5.3 : Carta Pai bagi Peratusan Soalan 3 Bahagian Dokumentasi Bahan
Berdasarkan Rajah 3.5.3, 93% responden menjawab ‘Ya’ dan selebihnya 7% responden
menjawab ‘Tidak Pasti’.
93%
7%
2) Dokumentasi bahan-bahan dalam laman web berdasarkan
pengajaran dan pembelajaran bagi subjek Matematik adalah
dari sumber yang boleh dipercayai.
Ya Tidak Pasti Tidak
93%
7%
3) Adakah anda akan menyarankan laman web ini kepada
rakan/pelajar anda ?
Ya Tidak Pasti Tidak
21
Rajah 3.5.4 : Carta Pai bagi Peratusan Soalan 4 Bahagian Dokumentasi Bahan
Berdasarkan Rajah 3.5.4, 100% responden menjawab ‘Ya’ bermaksud bersetuju bahawa
laman web ini perlukan penambahbaikan dari semasa ke semasa untuk penggunaan yang
lebih berkesan pada masa akan datang.
Rajah 3.5.5 : Carta Lajur Kombinasi Bagi Instrumen Penilaian Dokumentasi Bahan
100%
4) Adakah laman web ini perlukan penambahbaikan dari semasa
ke semasa untuk penggunaan yang lebih berkesan pada masa
akan datang?
Ya Tidak Pasti Tidak
100
93.3 93.3
100
6.7 6.7
0
20
40
60
80
100
120
1) Semua bahan dalam
laman web ini
didokumentasi dengan
baik dan teratur.
2) Dokumentasi bahan-
bahan dalam laman web
berdasarkan pengajaran
dan pembelajaran bagi
subjek Matematik adalah
dari sumber yang boleh
dipercayai.
3) Adakah anda akan
menyarankan laman web
ini kepada rakan/pelajar
anda?
4) Adakah laman web ini
perlukan penambahbaikan
dari semasa ke semasa
untuk penggunaan yang
lebih berkesan pada masa
akan datang?
Dokumentasi Bahan
Ya Tidak Pasti Tidak
22
Berdasarkan carta lajur di atas, analisis yang dapat dibuat oleh penyelidik ialah pengiraan
peratusan min bagi jawapan Ya adalah 96.65 % dan merupakan jawapan terbaik manakala
peratusan min bagi jawapan Tidak Pasti adalah 3.35%. Instrumen penilaian yang paling
utama di sini adalah soalan nombor 4 iaitu 100 % responden bersetuju mengatakan bahawa
penambahbaikan perlu dilakukan dari semasa ke semasa oleh penyelidik bagi penggunaan
laman web ini lebih berkesan pada masa akan datang.
Peratusan Min ( Ya ) = (100 % + 93.3 % + 93.3 % + 100 % ) ÷ 4
= 96.65 %
Peratusan Min ( Tidak Pasti ) = (6.7 + 6.7) ÷ 4 = 3.35 %
4.0 PERBINCANGAN
Umum mengetahui bahawa pelajar adalah golongan yang bakal menerajui Negara kita
pada masa akan datang. Justeru, faktor pendidikan adalah salah satu anjakan paradigm yang
perlu diterapkan kepada semua pelajar supaya mereka menjadi generasi yang hebat pada
masa akan datang ( Jamilah Jamaludin, 2010). Hal ini kerana, sesuatu pembelajaran adalah
untuk sepanjang hayat agar pelajar dapat menggunakan pengetahuan tersebut dalam
mencari maklumat yang mereka perlukan, menganalisis maklumat yang diperolehi dan
menggunakan maklumat secara bijaksana bagi tujuan pendidikan ( Jamalludin Harun & Sinta
Hadi, 2017).
Justeru , kepesatan teknologi pada masa kini perlulah digunakan sehabis baik
terutama oleh para pendidik supaya dapat meningkatkan lagi kaedah pengajaran dan
pembelajaran. Pembangunan bahan multimedia seperti contoh yang berasaskan laman web
sedikit sebanyak dapat menjadi satu bahan bantu mengajar kepada para pendidik. Dapatan
kajian ini menunjukkan penilaian yang dibuat oleh penyelidik telah berjaya mencapai sasaran
objektif iaitu untuk mengenalpasti keberkesanan pembangunan bahan multimedia
berasaskan laman web dalam pendidikan dan menilai pembangunan laman web yang
mengandungi elemen-eleman multimedia untuk tujuan pendidikan.
Hasil analisis yang dijalankan menunjukkan bagi soalan yang menggunakan dimensi
pengukuran skala binari, instrument penilaian kandungan laman web menunjukkan
peratusan min bagi jawapan Ya adalah 98.3 % iaitu satu peratusan yang baik dan jawapan
Tidak Pasti adalah 1.675%. Seterusnya , skala binari digunakan bagi instrumen penilaian
dokumentasi bahan juga menunjukkan peratusan min bagi jawapan Ya adalah 96.65 % dan
Tidak Pasti adalah 3.35%. Skala likert digunakan bagi instrument penilaian teknikal laman
23
web, di mana terdapat dua peratusan yang begitu hampir iaitu peratusan bagi Setuju ialah
50 % dan peratusan bagi Sangat Setuju adalah 45 %. Perbezaannya adalah 5 % sahaja. Bagi
peratusan Tidak Pasti adalah 5%. Di samping itu , bagi instrumen penilaian kesesuaian
bahasa, peratusan min jawapan Setuju ialah 66.65 % dan peratusan min bagi Sangat Setuju
ialah 33.35 %. Di sini , penyelidik dapat membuat kesimpulan bahawa penambahbaikan perlu
dari semasa ke semasa agar pembangunan bahan multimedia berasaskan laman web ini
dapat meningkatkan tahap pemahaman pengunjung laman web.
Limitasi kajian yang paling jelas dikesan oleh penyelidik ialah aktiviti pengajaran dan
pembelajaran pada masa kini masih banyak menggunakan kaedah tradisional. Justeru,
selaras dengan kepesatan teknologi, para pendidik perlulahmengambil langkah supaya lebih
arif dalam menggunakan kaedah-kaedah pembelajaran terkini bagi menarik minat pelajar
untuk belajar bukan sahaja di rumah tetapi di mana sahaja mereka berada.
5.0 RUMUSAN
Kesimpulannya, kajian ini dijalankan untuk mendapatkan penilaian tentang
keberkesanan pembangunan bahan multimedia berasaskan laman web bagi tujuan
pendidikan . Melalui kajian ini, penyelidik mendapati antara bahan multimedia yang boleh
dijadikan pendekatan pengajaran adalah seperti video interaktif, tutorial, latihan, permainan
dan juga weblink. Akan tetapi, penggunaannya masih pada tahap sederhana. Oleh itu,
pelbagai model reka bentuk pengajaran boleh diimplementasikan bagi tujuan pembelajaran
yang interaktif seperti penggunaan model ADDIE oleh penyelidik dalam membangunkan
bahan multimedia yang berasaskan laman supaya boleh membantu meningkatkan tahap
penguasaan pendidik dalam kaedah pengajaran. Oleh yang demikian, semua golongan
pendidik seharusnya peka dan cuba meningkatkan kemahiran dan pengetahuan serta
mencungkil kecanggihan yang ada pada multimedia bagi mengaplikasikannya dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Kursus-kursus yang berkaitan dengan multimedia juga perlu
diperluaskan dari semasa ke semasa. Sekiranya semua perkara ini dapat dilaksanakan,
penyelidik yakin tahap pendidikan Negara akan berkembang seiring dengan kepesatan
teknologi masa kini.
24
6.0 RUJUKAN
Jamalludin Harun & Sinta Hadi. (2017). Pembangunan Sistem Pembelajaran Berasaskan
Web Bagi Mempelajari Topik Reka Bentuk Interaksi Dalam Laman Web
Menggunakan Pendekatan Pembelajaran Aktif. Universiti Teknologi Malaysia.
Dimuat turun daripada http://eprints.utm.my/id/eprint/10852/
Jamilah Jamaluddin. (2010). Reka Bentuk dan Pembangunan Bahan Pengajaran dan
Pembelajaran Berasaskan web(webQuest) Bagi Mata Pelajaran ICT Tajuk Computer
Security. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Norazura Tukiran, Juliza Adira Mohd & Siti Hazwani Mohamed Rozi. (2010). Teori
Kecerdasan Pelbagai Untuk Meningkatkan Penglibatan Aktif Pelajar Di Dalam Kelas.
Guru Pelatih DPLI UKM. Dimuat turun daripada
https://www.academia.edu/27086449/TEORI_KECERDASAN_PELBAGAI_UNTUK_
MENINGKATKAN_PENGLIBATAN_AKTIF_PELAJAR_DI_DALAM_KELAS
Noor Azean Atan & Goh, S.W. (2017). Pembangunan Laman Web Berasaskan
Pembelajaran Autentik Bagi Topik Penformatan Laman Web, Tag HTML Dan
Penggunaan Jadual. Universiti Teknologi Malaysia. Dimuat turun daripada
http://eprints.utm.my/id/eprint/11745/
Mahyuddin Arsat & Hasnisham Khalip.(2011). Penggunaan Perisian Multimedia Dalam
Pengajaran Guru-guru Teknikal. Universiti Teknologi Malaysia. Dimuat turun daripada
http://eprints.utm.my/id/eprint/11908/
Shahida Baharudin. (2015). Pembangunan Bahan Pengajaran Dan Pembelajaran
Berasaskan Laman Web e-solatpekak.com Untuk Murid Ketidakupayaan
Pendengaran Bagi Tajuk Solat Fardu. Universiti Kebangsaan Malaysia.
7.0 LAMPIRAN
Soal Selidik : Penilaian Bagi Pembangunan Bahan
Multimedia Berasaskan Laman Web Dalam
Pendidikan ( Google Form )

More Related Content

What's hot

ciri-ciri ujian bermutu tinggi
ciri-ciri ujian bermutu tinggi ciri-ciri ujian bermutu tinggi
ciri-ciri ujian bermutu tinggi Is Fakarizam
 
KAEDAH PEDAGOGI MASA KINI
KAEDAH PEDAGOGI MASA KINIKAEDAH PEDAGOGI MASA KINI
KAEDAH PEDAGOGI MASA KINIAiniNazihah
 
Jadual spesifikasi kandungan (JSK)
Jadual spesifikasi kandungan (JSK)Jadual spesifikasi kandungan (JSK)
Jadual spesifikasi kandungan (JSK)Nur Kareena
 
Kaedah main peranan
Kaedah main perananKaedah main peranan
Kaedah main perananANiS ADiBaH
 
kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermaknakapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermaknanoorfarahanahmohdnoo
 
Kaedah pembelajaran kontekstual
Kaedah pembelajaran kontekstualKaedah pembelajaran kontekstual
Kaedah pembelajaran kontekstualNor Hamizah Sahari
 
Peranan dan tujuan pentaksiran dalam pendidikan - EDUP3063 Pentaksiran dalam ...
Peranan dan tujuan pentaksiran dalam pendidikan - EDUP3063 Pentaksiran dalam ...Peranan dan tujuan pentaksiran dalam pendidikan - EDUP3063 Pentaksiran dalam ...
Peranan dan tujuan pentaksiran dalam pendidikan - EDUP3063 Pentaksiran dalam ...FaFai S.
 
Bab2 rekabentuk & model pengajaran
Bab2 rekabentuk & model pengajaranBab2 rekabentuk & model pengajaran
Bab2 rekabentuk & model pengajaranSiti Zulaikha
 
Rubrik Analitik dan Holistik.pptx
Rubrik Analitik dan Holistik.pptxRubrik Analitik dan Holistik.pptx
Rubrik Analitik dan Holistik.pptxMahmudAhmad21
 
Penghubungkaitan seni visual, muzik dan pergerakan (Kumpulan 3)
Penghubungkaitan seni visual, muzik dan pergerakan (Kumpulan 3)Penghubungkaitan seni visual, muzik dan pergerakan (Kumpulan 3)
Penghubungkaitan seni visual, muzik dan pergerakan (Kumpulan 3)Aisyah Hamid
 
Teori pembelajaran konstruktivisme
Teori pembelajaran konstruktivismeTeori pembelajaran konstruktivisme
Teori pembelajaran konstruktivismesahronzulkepli
 
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)Fizz Scopio
 
Pengurusan sumber maklumat murid
Pengurusan sumber maklumat murid Pengurusan sumber maklumat murid
Pengurusan sumber maklumat murid No Name
 
Pengajian kurikulum model kurikulum
Pengajian kurikulum model kurikulumPengajian kurikulum model kurikulum
Pengajian kurikulum model kurikulumNoradilah Hj Nain
 
7 teori pengajaran kaedah pengajaran
7 teori pengajaran  kaedah pengajaran 7 teori pengajaran  kaedah pengajaran
7 teori pengajaran kaedah pengajaran Universiti selangor
 
Apakah itu pengajaran
Apakah itu pengajaranApakah itu pengajaran
Apakah itu pengajaranDidie Patient
 

What's hot (20)

ciri-ciri ujian bermutu tinggi
ciri-ciri ujian bermutu tinggi ciri-ciri ujian bermutu tinggi
ciri-ciri ujian bermutu tinggi
 
KAEDAH PEDAGOGI MASA KINI
KAEDAH PEDAGOGI MASA KINIKAEDAH PEDAGOGI MASA KINI
KAEDAH PEDAGOGI MASA KINI
 
Jadual spesifikasi kandungan (JSK)
Jadual spesifikasi kandungan (JSK)Jadual spesifikasi kandungan (JSK)
Jadual spesifikasi kandungan (JSK)
 
Kaedah main peranan
Kaedah main perananKaedah main peranan
Kaedah main peranan
 
kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermaknakapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
 
Pentaksiran prasekolah (penerangan)
Pentaksiran prasekolah (penerangan)Pentaksiran prasekolah (penerangan)
Pentaksiran prasekolah (penerangan)
 
Model taba
Model taba Model taba
Model taba
 
Kaedah pembelajaran kontekstual
Kaedah pembelajaran kontekstualKaedah pembelajaran kontekstual
Kaedah pembelajaran kontekstual
 
Peranan dan tujuan pentaksiran dalam pendidikan - EDUP3063 Pentaksiran dalam ...
Peranan dan tujuan pentaksiran dalam pendidikan - EDUP3063 Pentaksiran dalam ...Peranan dan tujuan pentaksiran dalam pendidikan - EDUP3063 Pentaksiran dalam ...
Peranan dan tujuan pentaksiran dalam pendidikan - EDUP3063 Pentaksiran dalam ...
 
Bab2 rekabentuk & model pengajaran
Bab2 rekabentuk & model pengajaranBab2 rekabentuk & model pengajaran
Bab2 rekabentuk & model pengajaran
 
Rubrik Analitik dan Holistik.pptx
Rubrik Analitik dan Holistik.pptxRubrik Analitik dan Holistik.pptx
Rubrik Analitik dan Holistik.pptx
 
Konstruktivisme
KonstruktivismeKonstruktivisme
Konstruktivisme
 
Penghubungkaitan seni visual, muzik dan pergerakan (Kumpulan 3)
Penghubungkaitan seni visual, muzik dan pergerakan (Kumpulan 3)Penghubungkaitan seni visual, muzik dan pergerakan (Kumpulan 3)
Penghubungkaitan seni visual, muzik dan pergerakan (Kumpulan 3)
 
Teori pembelajaran konstruktivisme
Teori pembelajaran konstruktivismeTeori pembelajaran konstruktivisme
Teori pembelajaran konstruktivisme
 
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)
BBD 10302 pedagogi (KEMAHIRAN PENGAJARAN)
 
Pentaksiran autentik
Pentaksiran autentikPentaksiran autentik
Pentaksiran autentik
 
Pengurusan sumber maklumat murid
Pengurusan sumber maklumat murid Pengurusan sumber maklumat murid
Pengurusan sumber maklumat murid
 
Pengajian kurikulum model kurikulum
Pengajian kurikulum model kurikulumPengajian kurikulum model kurikulum
Pengajian kurikulum model kurikulum
 
7 teori pengajaran kaedah pengajaran
7 teori pengajaran  kaedah pengajaran 7 teori pengajaran  kaedah pengajaran
7 teori pengajaran kaedah pengajaran
 
Apakah itu pengajaran
Apakah itu pengajaranApakah itu pengajaran
Apakah itu pengajaran
 

Similar to Penilaian bagi pembangunan bahan multimedia berasaskan laman web dalam pendidikan

Tugasan 1 KPT 6054 Instruksional
Tugasan 1 KPT 6054 InstruksionalTugasan 1 KPT 6054 Instruksional
Tugasan 1 KPT 6054 Instruksionalshamsuhaila85
 
Tugasan 1 instruksional
Tugasan 1 instruksionalTugasan 1 instruksional
Tugasan 1 instruksionalshamsuhaila85
 
01 modul latihan frog vle sekolah sekolah daerah muar dan ledang v1 (1)
01 modul latihan frog vle sekolah sekolah daerah muar dan ledang v1 (1)01 modul latihan frog vle sekolah sekolah daerah muar dan ledang v1 (1)
01 modul latihan frog vle sekolah sekolah daerah muar dan ledang v1 (1)ernie yanti
 
E book modul frog vle siri 2 - gc
E book modul frog vle siri 2 - gcE book modul frog vle siri 2 - gc
E book modul frog vle siri 2 - gcAhmad Sharimi
 
Ulasan jurnal bagi tugasan 1 kpt 6043
Ulasan jurnal bagi tugasan 1 kpt 6043Ulasan jurnal bagi tugasan 1 kpt 6043
Ulasan jurnal bagi tugasan 1 kpt 6043suhaimi zulkipli
 
Cover ulasan jurna lpenuh
Cover ulasan jurna lpenuhCover ulasan jurna lpenuh
Cover ulasan jurna lpenuhvincentraj74
 
Fakulti pengurusan dan ekonomi copy
Fakulti pengurusan dan ekonomi   copyFakulti pengurusan dan ekonomi   copy
Fakulti pengurusan dan ekonomi copyNorazura Sulaiman
 
Ulasan jurnal
Ulasan jurnalUlasan jurnal
Ulasan jurnalyati65
 
Jurnal presentation web
Jurnal presentation webJurnal presentation web
Jurnal presentation webvincentraj74
 
Final tugasan 1 ulasan
Final tugasan 1  ulasanFinal tugasan 1  ulasan
Final tugasan 1 ulasanEna Ros
 
Kkp dpli
Kkp dpliKkp dpli
Kkp dpliTan Yin
 

Similar to Penilaian bagi pembangunan bahan multimedia berasaskan laman web dalam pendidikan (20)

Tugasan 1 KPT 6054 Instruksional
Tugasan 1 KPT 6054 InstruksionalTugasan 1 KPT 6054 Instruksional
Tugasan 1 KPT 6054 Instruksional
 
Tugasan 1 instruksional
Tugasan 1 instruksionalTugasan 1 instruksional
Tugasan 1 instruksional
 
01 modul latihan frog vle sekolah sekolah daerah muar dan ledang v1 (1)
01 modul latihan frog vle sekolah sekolah daerah muar dan ledang v1 (1)01 modul latihan frog vle sekolah sekolah daerah muar dan ledang v1 (1)
01 modul latihan frog vle sekolah sekolah daerah muar dan ledang v1 (1)
 
E book modul frog vle siri 2 - gc
E book modul frog vle siri 2 - gcE book modul frog vle siri 2 - gc
E book modul frog vle siri 2 - gc
 
Presentation
PresentationPresentation
Presentation
 
Presentation
PresentationPresentation
Presentation
 
Ulasan jurnal bagi tugasan 1 kpt 6043
Ulasan jurnal bagi tugasan 1 kpt 6043Ulasan jurnal bagi tugasan 1 kpt 6043
Ulasan jurnal bagi tugasan 1 kpt 6043
 
Cover ulasan jurna lpenuh
Cover ulasan jurna lpenuhCover ulasan jurna lpenuh
Cover ulasan jurna lpenuh
 
ULASAN JURNAL
ULASAN JURNAL ULASAN JURNAL
ULASAN JURNAL
 
Jurnal
JurnalJurnal
Jurnal
 
Kajian Web
Kajian WebKajian Web
Kajian Web
 
Fakulti pengurusan dan ekonomi copy
Fakulti pengurusan dan ekonomi   copyFakulti pengurusan dan ekonomi   copy
Fakulti pengurusan dan ekonomi copy
 
Ulasan jurnal
Ulasan jurnalUlasan jurnal
Ulasan jurnal
 
Jurnal kpt6044
Jurnal kpt6044Jurnal kpt6044
Jurnal kpt6044
 
KUMPULAN BAHAGIAN B.docx
KUMPULAN BAHAGIAN B.docxKUMPULAN BAHAGIAN B.docx
KUMPULAN BAHAGIAN B.docx
 
Jurnal presentation web
Jurnal presentation webJurnal presentation web
Jurnal presentation web
 
Tugasan 1 KPT6044
Tugasan 1 KPT6044Tugasan 1 KPT6044
Tugasan 1 KPT6044
 
Final tugasan 1 ulasan
Final tugasan 1  ulasanFinal tugasan 1  ulasan
Final tugasan 1 ulasan
 
Kkp dpli
Kkp dpliKkp dpli
Kkp dpli
 
Tugasan 4
Tugasan 4Tugasan 4
Tugasan 4
 

Recently uploaded

rice and farinaceous. PENYEDIAAN DAN PEBUATAN MAKANAN
rice and farinaceous. PENYEDIAAN DAN PEBUATAN MAKANANrice and farinaceous. PENYEDIAAN DAN PEBUATAN MAKANAN
rice and farinaceous. PENYEDIAAN DAN PEBUATAN MAKANANWawaRusli
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapDewiUmbar
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfcrvwr4zf9r
 
Bab 5 Ting 4 5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxPROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxssuser2936b51
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxHussalwaHussain1
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfNursKitchen
 
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...NursKitchen
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.AfifahSalim2
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf1370zulaikha
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptArieAdie
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasAdiebsulhy55
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfMDFARIDSHAFARIBINHAR
 

Recently uploaded (15)

rice and farinaceous. PENYEDIAAN DAN PEBUATAN MAKANAN
rice and farinaceous. PENYEDIAAN DAN PEBUATAN MAKANANrice and farinaceous. PENYEDIAAN DAN PEBUATAN MAKANAN
rice and farinaceous. PENYEDIAAN DAN PEBUATAN MAKANAN
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
 
Bab 5 Ting 4 5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
 
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxPROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
 
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
 

Penilaian bagi pembangunan bahan multimedia berasaskan laman web dalam pendidikan

  • 1. DIPLOMA PENDIDIKAN LEPASAN IJAZAH SEMESTER I (2019/2020) TUGASAN 2: PENULISAN AKADEMIK PENILAIAN BAGI PEMBANGUNAN BAHAN MULTIMEDIA BERASASKAN LAMAN WEB DALAM PENDIDIKAN NAMA PELAJAR NOR ATIKAH BINTI RAZALI NO. MATRIK CIAL19057080 MAKLUMAT KURSUS NAMA KURSUS TEKNOLOGI DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN KOD KURSUS DWP10403 NAMA PENSYARAH PN. HAZIMAH BINTI HJ. SAMIN TARIKH SERAH 07 NOVEMBER 2019 PENGAKUAN PELAJAR Saya mengesahkan bahawa maklumbalas yang diberikan oleh pensyarah telah saya terima dan rujuki. Catatan (jika ada): Tandatangan Pelajar: Tarikh:
  • 2. 2 ISI KANDUNGAN MUKA SURAT 1.0 PENGENALAN 3 1.1 Penyataan Masalah 4 1.2 Objektif Kajian 4 1.3 Kepentingan Kajian 4 2.0 METODOLOGI KAJIAN 5 2.1 Fasa Pembangunan Bahan Multimedia Menggunakan Model ADDIE 5 2.2 Fasa Penilaian Bagi Pembangunan Bahan Multimedia Berasaskan Laman Web 6 2.2.1 Sampel Kajian 6 2.2.2 Instrumen Kajian 6 2.2.3 Pengumpulan Data 6 3.0 DAPATAN KAJIAN 7 3.1 Demografi Responden 7 3.2 Kandungan Laman Web 10 3.3 Teknikal Laman Web 12 3.4 Kesesuaian Bahasa 16 3.5 Dokumentasi Bahan 19 4.0 PERBINCANGAN 22 5.0 RUMUSAN 23 6.0 RUJUKAN 24 7.0 LAMPIRAN 24
  • 3. 3 Penilaian Bagi Pembangunan Bahan Multimedia Berasaskan Laman Web Dalam Pendidikan Nor Atikah Binti Razali Fakulti Pengajian Kontemporari Islam Universiti Sultan Zainal Abidin 1.0 PENGENALAN Dewasa kini, perubahan secara global telah berlaku terutamanya dalam dunia pendidikan menyebabkan para pendidik perlu memainkan peranan untuk memastikan kecemerlangan pelajar dalam pendidikan meningkat sejajar dengan arus masa terkini. Jika dahulu, kualiti pencapaian pelajar dalam pendidikan sangat bergantung kepada pengajaran guru di dalam kelas. Menurut Norazura, Juliza Adira & Siti Hazwani (2010), pelajar didapati sukar untuk memberikah tumpuan dan minat dalam mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah terutamanya pengajaran yang melibatkan kaedah berpusatkan guru semata-mata. Hal ini kerana terdapat sesetengah guru masih mengamalkan pengajaran secara tradisional seperti ‘chalk and talk’. Bagi meningkatkan mutu pendidikan, dasar-dasar pendidikan sentiasa dikaji dan kurikulum juga diperkemaskan bagi memastikan pelaksanaannya berkesan terutama dalam menghadapi alaf baru selaras dengan perkembangan pesat yang berlaku dalam negara. Dalam era globalisasi kini, kehadiran teknologi multimedia merupakan saluran yang penting bagi penyebaran maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran manakala guru-guru merupakan kunci kejayaan kepada aplikasi teknologi multimedia tersebut (Mahyuddin Arsat & Hasnisham Khalip, 2011). Globalisasi juga menyebabkan wujudnya konsep dunia tanpa sempadan, konsep liberalisasi maklumat, konsep pembelajaran global, konsep perubahan global dan sebagainya (Azian Atan & Goh,S.W, 2017). Justeru, selaras dengan kepesatan pembangunan teknologi pada masa kini, seorang pendidik perlulah berfikiran kritis dan inovatif untuk merancang segala aspek pengajaran dan pembelajaran supaya pengajaran berjalan dengan baik. Tambahan pula, dengan adanya komputer, pelbagai kaedah pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) dapat diterapkan dan diaplikasikan di dalam kelas dengan menggunakan pelbagai bahan multimedia berasaskan teknologi computer seperti contoh menggunakan video interaktif, tutorial, permainan, laman web dan sebagainya.
  • 4. 4 1.1 Penyataan Masalah Salah satu cara untuk meningkatkan keberkesanan komunikasi dua hala dalam pengajaran adalah dengan menggunakan bahan multimedia berasaskan laman web dengan menggunakan teknologi komputer. Walau bagaimana pun, sejauh mana guru-guru di sekolah memanfaatkan kemudahan teknologi komputer tidaklah diketahui. Menurut Mahyuddin Arsat & Hasnisham Khalip (2011), penggunaan bahan multimedia sebagai Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang dibekalkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia secara idealnya adalah untuk memudahkan PdPc di sekolah selain menjadi daya tarikan untuk menarik minat pelajar untuk belajar. Justeru, penyelidik kajian ini telah membangunkan satu bahan multimedia berasaskan laman web yang mengandungi pelbagai bahan bantuan mengajar untuk tujuan pendidikan. Antara bahan multimedia yang terdapat dalam pembangunan laman web tersebut adalah video interaktif, tutorial, latihan, permainan, buku cerita dan pelbagai lagi. Oleh itu, pemusatan utama penyelidik dalam kajian ini adalah untuk menilai keberkesanan pembangunan bahan multimedia berasaskan laman web dalam pendidikan. 1.2 Objektif Kajian Kajian yang dijalankan bertujuan untuk mengetahui Penilaian Bagi Pembangunan Bahan Multimedia Berasaskan Laman Web Dalam Pendidikan. Antara objektif kajian ialah :- i. Mengenalpasti keberkesanan pembangunan bahan multimedia berasaskan laman web dalam pendidikan ii. Menilai pembangunan laman web yang mengandungi elemen-eleman multimedia untuk tujuan pendidikan 1.3 Kepentingan Kajian Pembangunan bahan multimedia berasaskan laman web ini diharap dapat membantu para pendidik sebagai satu bahan bantu mengajar. Justeru , penilaian perlu dibuat untuk melihat keberkesanan pembangunan bahan multimedia ini sebagai satu alat pengukuhan kepada pembelajaran di dalam kelas. Penilaian yang dibuat adalah untuk menilai sejauh mana elemen-elemen atau bahan multimedia yang diletakkan di laman web boleh membantu guru dan pelajar dalam meningkatkan lagi pemahaman dari segi pengajaran dan pembelajaran seiring dengan kepesatan teknologi. Pautan-pautan yang disediakan boleh memberi peluang kepada pelajar untuk meneroka topic-topik yang dibincangkan melalui dunia tanpa sempadan.
  • 5. 5 2.0 METODOLOGI KAJIAN Metodologi kajian adalah berkaitan dengan pembangunan bahan multimedia berasaskan laman web dalam pendidikan. Terdapat dua fasa yang digunakan dalam kajian ini iaitu fasa pembangunan bahan multimedia berasaskan laman web dan fasa penilaian bagi pembangunan bahan multimedia berasaskan laman web. Sebelum penyelidik dapat membuat penilaian, penyelidik perlu membangunkan satu bahan multimedia berasaskan laman web. 2.1 Fasa Pembangunan Bahan Multimedia Menggunakan Model ADDIE Justeru, satu model reka bentuk pengajaran dan pembelajaran diperlukan untuk membangunkan sesebuah laman web. Menurut Shahida Baharudin (2015), model reka bentuk pengajaran ini memainkan peranan penting dalam menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Model ADDIE yang mempunyai 5 fasa telah dipilih sebagai panduan dalam mereka bentuk pengajaran dalam web ini kerana setiap fasa dalam model ini adalah sesuai dengan proses pembinaan laman web ini. Antara fasa-fasa yang terdapat dalam model ADDIE adalah Fasa Analisis (Analysis), Fasa Reka Bentuk (Design), Fasa Pembangunan (Development), Fasa Pelaksanaan (Implementation) dan Fasa Penilaian (Evaluation). Setiap fasa dijelaskan seperti rajah 1 di bawah : Rajah 2.1.1 : Proses Pembangunan Bahan Multimedia Berasaskan Laman Web Analisis (Analysis) - Kajian Perpustakaan - Rujukan Sukatan Pelajaran Matematik Reka Bentuk (Design) - Tugasan - Pemilihan tapak laman web - Sumber - Proses Pembangunan (Development) - Membangunkan laman web cikguatikah79@blogspot.com Pelaksanaan (Implementation) - Persembahan bahan multimedia dalam laman web Penilaian (Evaluation) - soalan kaji selidik (google form)
  • 6. 6 2.2 Fasa Penilaian Bagi Pembangunan Bahan Multimedia Berasaskan Laman Web Setelah bahan multimedia berasaskan laman web dibangunkan, satu analisis telah dibuat oleh penyelidik untuk mendapatkan penilaian keberkesanan pembangunan bahan multimedia ini terutamanya untuk tujuan pendidikan. Satu instrumen penilaian telah dibangunkan oleh penyelidik bertajuk ‘Soal Selidik : Penilaian Bagi Pembangunan Bahan Multimedia Berasaskan Laman Web Dalam Pendidikan’ yang menggunakan google form. 2.2.1 Sampel Kajian Kajian ini telah dijalankan dengan bentuk kajian soal selidik bertujuan fokus untuk pengumpulan data. Kajian ini telah dijalankan kepada pelajar-pelajar Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI), Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA), bagi sesi akademik 2019/2020, dilimitasi kepada pelajar-pelajar kampus Kuala Lumpur. Sampel kajian ini terdiri daripada 15 orang responden iaitu 2 orang responden adalah lelaki manakala 13 orang responden perempuan. 2.2.2 Instrumen Kajian Penilaian ini telah dibuat berdasarkan aspek-aspek instrumen penilaian. Soal selidik yang dijalankan oleh penyelidik mengandungi 5 bahagian iaitu bahagian (A,B,C,D dan E) yang mengandungi 21 soalan keseluruhannya. A. Demografi responden ( 5 soalan ) B. Kandungan laman web ( 4 soalan ) C. Teknikal laman web ( 4 soalan ) D. Kesesuaian bahasa ( 4 soalan ) E. Dokumentasi bahan ( 4 soalan ) Set soal selidik ini juga telah menggunakan skala binari ( ya, tidak pasti, tidak) untuk aspek kandungan laman web dan dokumentasi bahan. Bagi penilaian terhadap aspek teknikal laman web dan juga kesesuaian bahasa, penyelidik menggunakan penilaian 5 skala likert iaitu (1 - sangat tidak setuju, 5 - sangat setuju). Instrumen kajian ini dibina sendiri oleh penyelidik untuk melihat sejauh mana keberkesanan pembangunan bahan multimedia berasaskan laman web yang dibangunkan oleh pengkaji bagi tujuan pendidikan.
  • 7. 7 2.2.3 Pengumpulan Data Sebelum responden menjawab soal selidik ini, responden telah diberikan link laman web yang mengandungi bahan multimedia yang dibangunkan oleh penyelidik. Responden juga telah dimaklumkan bahawa kajian ini hanya untuk tujuan ilmiah dan segala maklumat yang mereka berikan adalah bersifat rahsia. Responden perlu menjawab kajian soal selidik ini setelah melihat laman web yang dibangunkan supaya mereka dapat menilai laman web tersebut. 3.0 DAPATAN KAJIAN 3.1 Demografi Responden Dari aspek demografi responden, keseluruhan 15 orang responden merupakan pelajar-pelajar dari DPLI Unisza kampus Kuala Lumpur yang terdiri daripada lelaki (13%) dan perempuan (87%). Kebanyakan responden adalah dari lingkungan umur 25 hingga 29 tahun (66.7%) , 18 hingga 24 tahun (20%) dan 30 hingga 35 tahun (13.3%). Dari aspek pendidikan tertinggi, kebanyakan responden memiliki Ijazah Sarjana Muda (80%) dan Ijazah Sarjana (20%). Di samping itu, dari aspek pekerjaan semasa, 20% adalah merupakan guru, 46.7% bukan guru dan 33.3% adalah pelajar. Bagi responden yang mempunyai pengalaman mengajar subjek Matematik atau Matematik Tambahan, sebanyak 46.7% mempunyai pengalaman mengajar kurang 1 tahun, 6.7% yang mempunyai pengalaman mengajar antara 1 hingga 2 tahun serta 2 tahun ke atas dan selebihnya 40% tiada pengalaman. Berikut merupakan rajah-rajah yang menunjukkan peratus bagi setiap maklumat yang diambil berkenaan demografi responden. Rajah 3.1.1 : Carta Pai Bagi Peratusan Jantina 87% 13% Jantina Perempuan Lelaki
  • 8. 8 Rajah 3.1.2 : Carta Pai Bagi Peratusan Umur Rajah 3.1.3 : Carta Pai Bagi Peratusan Pendidikan Tertinggi 20% 67% 13% Umur 18 - 24 tahun 25 - 29 tahun 30 - 34 tahun 35 tahun ke atas 80% 20% Pendidikan Tertinggi STPM/Matrikulasi/Diploma Ijazah Sarjana Muda Ijazah Sarjana Ijazah Doktor Falsafah
  • 9. 9 Rajah 3.1.4 : Carta Pai Bagi Peratusan Pekerjaan Semasa Rajah 3.1.5 : Carta Pai Bagi Peratusan Pengalaman Mengajar Subjek Matematik/Matematik Tambahan 33% 20% 47% Pekerjaan Semasa Pelajar Guru Bukan Guru Tidak Bekerja 46% 7% 7% 40% Pengalaman Mengajar Subjek Matematik/Matematik Tambahan < 1 tahun 1 - 2 tahun > 2 tahun Tiada Pengalaman
  • 10. 10 3.2 Kandungan Laman Web Instrumen penilaian bagi bahagian ini mempunyai 4 soalan dengan menggunakan skala binari. Penyelidik telah membangunkan laman web yang mempunyai menu bar bagi memudahkan pengguna. Antara isi kandungannya ialah video interaktif, manual pengguna, rujukan dan lain-lain. Berikut merupakan analisis penilaian yang didapati daripada responden. Rajah 3.2.1 : Carta Pai bagi Peratusan Soalan 1 Bahagian Kandungan Laman Web Berdasarkan Rajah 3.2.1, sebanyak 93% responden menjawab ‘Ya’ dan hanya 7% responden yang menjawab ‘Tidak Pasti’. Rajah 3.2.2 : Carta Pai bagi Peratusan Soalan 2 Bahagian Kandungan Laman Web Berdasarkan Rajah 3.2.2, 100% responden menjawab jawapan ‘Ya’ bermaksud setuju. 93% 7% 1) Adakah kandungan laman web ini membantu meningkatkan pemahaman anda dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi subjek Matematik? Ya Tidak Pasti Tidak Pasti 100% 2) Adakah maklumat yang disampaikan bertepatan dengan sukatan mata pelajaran Matematik? Ya Tidak Pasti Tidak
  • 11. 11 Rajah 3.2.3 : Carta Pai bagi Peratusan Soalan 3 Bahagian Kandungan Laman Web Berdasarkan Rajah 3.2.3, 100% responden menjawab ‘Ya’ yang bermaksud bersetuju bahawa kandungan laman web ini meliputi informasi yang jelas dan berguna untuk subjek Matematik. Rajah 3.2.4 : Carta Pai bagi Peratusan Soalan 4 Bahagian Kandungan Laman Web Berdasarkan Rajah 3.2.4, 100% responden menjawab ‘Ya’ bermaksud bersetuju bahawa penyampaian dalam laman web ini mudah untuk difahami. 100% 3) Adakah kandungan laman web ini meliputi informasi yang jelas dan berguna untuk subjek Matematik? Ya Tidak Pasti Tidak 100% 4) Adakah penyampaian dalam laman web ini mudah untuk difahami? Ya Tidak Pasti Tidak
  • 12. 12 Rajah 3.2.5 : Carta Lajur Kombinasi Bagi Instrumen Penilaian Kandungan Laman Web Rajah 3.2.5 menunjukkan carta lajur kombinasi bagi instrumen penilaian untuk kandungan laman web. Berikut merupakan analisis yang dapat dibuat oleh penyelidik di mana peratusan min bagi jawapan dominan Ya adalah 98.3% yang merupakan jawapan terbaik dan peratusan bagi min Tidak Pasti adalah 1.675%. Berikut adalah pengiraannya : Peratusan Min ( Ya ) = ( 93.3 % + 100 % + 100 % + 100 % ) ÷ 4 = 98.3 % Peratusan Min ( Tidak Pasti ) = 6.7 ÷ 4 = 1.675% 3.3 Teknikal Laman Web Soal selidik bagi penilaian teknikal laman web dibuat berdasarkan aspek mesra pengguna, interaktiviti, rekabentuk dan juga paparan teknikal berdasarkan skala likert. Jadual di bawah menunjukkan soalan-soalan yang dikemukakan penyelidik beserta aspek soalannya. 93.3 100 100 100 6.7 0 20 40 60 80 100 120 1) Adakah kandungan laman web ini membantu meningkatkan pemahaman anda dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi subjek Matematik? 2) Adakah maklumat yang disampaikan bertepatan dengan sukatan mata pelajaran Matematik? 3) Adakah kandungan laman web ini meliputi informasi yang jelas dan berguna untuk subjek Matematik? 4) Adakah penyampaian laman web ini mudah untuk difahami? Kandungan Laman Web Ya Tidak Pasti Tidak
  • 13. 13 Soalan Aspek Soalan 1) Menu navigasi laman web ini berfungsi dengan baik serta membantu anda menggunakan laman web dengan mudah. Mesra Pengguna 2) Elemen-elemen dalam laman web ini sangat sistematik, interaktif dan berfungsi dengan baik. Interaktiviti 3) Saiz tulisan, warna, latar belakang dan grafik yang digunakan membuatkan laman web ini kelihatan menarik. Rekabentuk 4) Paparan penuh laman web ini membolehkan anda melihat elemen- elemen yang terkandung dalam laman web dengan mudah. Paparan Teknikal Jadual 3.3.1 : Aspek-aspek Soalan Teknikal Laman Web Instrumen penilaian bagi bahagian ini mempunyai 4 soalan dengan menggunakan skala likert. Soalan-soalan yang dinyatakan oleh penyelidik telah dikategorikan kepada aspek soalan seperti Jadual 3.3.1. 1) Menu navigasi laman web ini berfungsi dengan baik serta membantu anda menggunakan laman web dengan mudah. 1-Sangat Tidak Setuju, 2-Tidak Setuju, 3-Tidak Pasti, 4-Setuju, 5-Sangat Setuju Rajah 3.3.1 : Carta Lajur bagi Peratusan Soalan 1 Bahagian Teknikal Laman Web Berdasarkan Rajah 3.3.1, terdapat seorang responden menjawab ‘Tidak Pasti’ iaitu 6.7%, 8 orang responden mengatakan ‘Setuju’ dengan peratusnya 53.3% dan selebihnya 6 orang responden mengatakan ‘Sangat Setuju’ dengan peratusnya 40%.
  • 14. 14 2) Elemen-elemen dalam laman web ini sangat sistematik, interaktif dan berfungsi dengan baik. 1-Sangat Tidak Setuju, 2-Tidak Setuju, 3-Tidak Pasti, 4-Setuju, 5-Sangat Setuju Rajah 3.3.2 : Carta Lajur bagi Peratusan Soalan 2 Bahagian Teknikal Laman Web Berdasarkan Rajah 3.3.2, terdapat seorang responden menjawab ‘Tidak Pasti’ yang menyumbang peratus sebanyak 6.7%, 7 orang responden menjawab ‘Setuju’ dan ‘Sangat Setuju’ di mana mempunyai peratus yang sama iaitu 46.7%. 3) Saiz tulisan, warna, latar belakang dan grafik yang digunakan membuatkan laman web ini kelihatan menarik. 1-Sangat Tidak Setuju, 2-Tidak Setuju, 3-Tidak Pasti, 4-Setuju, 5-Sangat Setuju Rajah 3.3.3 : Carta Lajur bagi Peratusan Soalan 3 Bahagian Teknikal Laman Web Berdasarkan Rajah 3.3.3, terdapat seorang responden menjawab ‘Tidak Pasti’ iaitu 6.7%, 8 orang responden mengatakan ‘Setuju’ dengan peratusnya 53.3% dan selebihnya 6 orang responden mengatakan ‘Sangat Setuju’ dengan peratusnya 40%.
  • 15. 15 4) Paparan penuh laman web ini membolehkan anda melihat elemen-elemen yang terkandung dalam laman web ini dengan mudah. 1-Sangat Tidak Setuju, 2-Tidak Setuju, 3-Tidak Pasti, 4-Setuju, 5-Sangat Setuju Rajah 3.3.4 : Carta Lajur bagi Peratusan Soalan 4 Bahagian Teknikal Laman Web Berdasarkan Rajah 3.3.4, penyelidik mendapati seramai 7 orang responden menjawab ‘Setuju’ iaitu sebanyak 46.7% dan 8 orang responden menjawab ‘Sangat Setuju’ iaitu sebanyak 53.3%. Rajah 3.3.5 : Carta Bar Kombinasi Bagi Instrumen Penilaian Teknikal Laman Web Pengiraan Min Bagi Peratusan Tidak Pasti = ( 6.7 % + 6.7 % + 6.7 % ) = 5 % 6.7 6.7 6.7 53.3 46.7 53.3 46.7 40 46.7 40 53.3 0 10 20 30 40 50 60 Mesra Pengguna Interaktiviti Rekabentuk Paparan Teknikal Teknikal Laman Web Sangat Setuju Setuju Tidak Pasti Tidak Setuju Sangat Tidak Setuju
  • 16. 16 Pengiraan Min Bagi Peratusan Setuju = ( 46.7 % + 53.3 % + 46.7 % + 53.3 % ) ÷ 4 = 50 % Pengiraan Min Bagi Peratusan Sangat Setuju = ( 53.3 % + 40 % + 46.7 % + 40 % ) ÷ 4 = 45 % Analisis yang dapat dibuat oleh penyelidik berdasarkan Rajah 3.3.5 ialah bagi instrumen penilaian teknikal laman web, min peratusan bagi jawapan Tidak Pasti adalah 5%, min peratusan bagi jawapan Setuju adalah yang paling tinggi dan terbaik iaitu 50 % berbanding Sangat Setuju iaitu 45 %. Justeru penyelidik boleh membuat penambahbaikan bagi aspek- aspek teknikal laman web supaya dapat membantu meningkatkan pemahaman guru dan pelajar di masa akan datang. 3.4 Kesesuaian Bahasa Instrumen penilaian bagi kesesuaian bahasa adalah menggunakan skala likert. Kesesuaian bahasa dalam bahan multimedia berasaskan laman web amatlah penting bagi membantu meningkatkan pemahaman dan pastinya supaya mudah difahami oleh pengguna. Berikut merupakan analisis yang dibuat oleh penyelidik . 1) Bahasa yang digunakan di dalam laman web ini ringkas dan mudah difahami. 1-Sangat Tidak Setuju, 2-Tidak Setuju, 3-Tidak Pasti, 4-Setuju, 5-Sangat Setuju Rajah 3.4.1 : Carta Lajur bagi Peratusan Soalan 1 Bahagian Kesesuaian Bahasa Berdasarkan Rajah 3.4.1, seramai 8 orang responden menjawab ‘Setuju’ dengan bilangan peratusan sebanyak 53.3% dan 7 orang responden menjawab ‘Sangat Setuju’ dengan peratusnya 46.7%.
  • 17. 17 2) Bahasa yang digunakan dalam setiap bahan multimedia (penulisan akademik, video, tutorial, permainan dan lain-lain) dalam laman web ini jelas dan bersesuaian. 1-Sangat Tidak Setuju, 2-Tidak Setuju, 3-Tidak Pasti, 4-Setuju, 5-Sangat Setuju Rajah 3.4.2 : Carta Lajur bagi Peratusan Soalan 2 Bahagian Kesesuaian Bahasa Berdasarkan Rajah 3.4.2, seramai 12 orang responden menjawab ‘Setuju’ dengan bilangan peratusan sebanyak 80% dan 3 orang responden menjawab ‘Sangat Setuju’ dengan peratusnya 20%. 3) Penggunaan bahasa yang digunakan bersesuaian dengan proses pengajaran dan pembelajaran subjek Matematik yang terkini. 1-Sangat Tidak Setuju, 2-Tidak Setuju, 3-Tidak Pasti, 4-Setuju, 5-Sangat Setuju Rajah 3.4.3 : Carta Lajur bagi Peratusan Soalan 3 Bahagian Kesesuaian Bahasa Berdasarkan Rajah 3.4.3, seramai 12 orang responden menjawab ‘Setuju’ dengan bilangan peratusan sebanyak 80% dan 3 orang responden menjawab ‘Sangat Setuju’ dengan peratusnya 20%.
  • 18. 18 4) Penggunaan bahasa yang digunakan sangat interaktif dan boleh menarik minat pengunjung laman web ini. 1-Sangat Tidak Setuju, 2-Tidak Setuju, 3-Tidak Pasti, 4-Setuju, 5-Sangat Setuju Rajah 3.4.4 : Carta Lajur bagi Peratusan Soalan 4 Bahagian Kesesuaian Bahasa Berdasarkan Rajah 3.4.4, seramai 8 orang responden menjawab ‘Setuju’ dengan bilangan peratusan sebanyak 53.3% dan 7 orang responden menjawab ‘Sangat Setuju’ dengan peratusnya 46.7%. Rajah 3.4.5 : Carta Lajur Kombinasi Bagi Instrumen Penilaian Kesesuaian Bahasa Analisis yang dapat dibuat oleh penyelidik berdasarkan Rajah 3.4.5 ialah bagi instrumen penilaian kesesuaian bahasa, min peratusan bagi jawapan Setuju adalah yang paling tinggi dan terbaik iaitu 66.65% berbanding Sangat Setuju iaitu 33.35%. 53.3 80 80 53.3 46.7 20 20 46.7 0 10 20 30 40 50 60 70 80 90 1) Bahasa yang digunakan di dalam laman web ini ringkas dan mudah difahami 2) Bahasa yang digunakan dalam setiap bahan multimedia (penulisan akademik, video, tutorial, permainan dan lain-lain) dalam laman web ini jelas dan bersesuaian. 3) Penggunaan bahasa yang digunakan bersesuaian dengan proses pengajaran dan pembelajaran subjek Matematik yang terkini. 4) Penggunaan bahasa yang digunakan sangat interaktif dan boleh menarik minat pengujung laman web ini. Kesesuaian Bahasa Sangat Tidak Setuju Tidak Setuju Tidak Pasti Setuju Sangat Setuju
  • 19. 19 Bagi instrumen penilaian kesesuaian bahasa, penyelidik mendapati pengiraan min adalah seperti berikut : Pengiraan Min Bagi Peratusan Setuju = ( 53.3 % + 80 % + 80 % + 53.3 % ) ÷ 4 = 66.65 % Pengiraan Min Bagi Peratusan Sangat Setuju = ( 46.7 % + 20 % + 20 % + 46.7 % ) ÷ 4 = 33.35 % 3.5 Dokumentasi Bahan Penilaian bagi instrumen dokumentasi bahan adalah untuk mengukur sejauh mana pengunjung laman web menilai laman web penyelidik dari segi bahan-bahan multimedia sama ada telah didokumentasi dengan baik atau tidak. Penyelidik menggunakan skala binari untuk membuat penilaian. Berikut merupakan analisis yang telah dibuat oleh penyelidik. Rajah 3.5.1 : Carta Pai bagi Peratusan Soalan 1 Bahagian Dokumentasi Bahan Berdasarkan Rajah 3.5.1, 100% responden menjawab ‘Ya’ bermaksud bersetuju bahawa semua bahan dalam laman web ini didokumentasi dengan baik dan teratur. 100% 1) Semua bahan dalam laman web ini didokumentasi dengan baik dan teratur. Ya Tidak Pasti Tidak
  • 20. 20 Rajah 3.5.2 : Carta Pai bagi Peratusan Soalan 2 Bahagian Dokumentasi Bahan Berdasarkan Rajah 3.5.2, 93% responden menjawab ‘Ya’ dan selebihnya 7% responden menjawab ‘Tidak Pasti’. Rajah 3.5.3 : Carta Pai bagi Peratusan Soalan 3 Bahagian Dokumentasi Bahan Berdasarkan Rajah 3.5.3, 93% responden menjawab ‘Ya’ dan selebihnya 7% responden menjawab ‘Tidak Pasti’. 93% 7% 2) Dokumentasi bahan-bahan dalam laman web berdasarkan pengajaran dan pembelajaran bagi subjek Matematik adalah dari sumber yang boleh dipercayai. Ya Tidak Pasti Tidak 93% 7% 3) Adakah anda akan menyarankan laman web ini kepada rakan/pelajar anda ? Ya Tidak Pasti Tidak
  • 21. 21 Rajah 3.5.4 : Carta Pai bagi Peratusan Soalan 4 Bahagian Dokumentasi Bahan Berdasarkan Rajah 3.5.4, 100% responden menjawab ‘Ya’ bermaksud bersetuju bahawa laman web ini perlukan penambahbaikan dari semasa ke semasa untuk penggunaan yang lebih berkesan pada masa akan datang. Rajah 3.5.5 : Carta Lajur Kombinasi Bagi Instrumen Penilaian Dokumentasi Bahan 100% 4) Adakah laman web ini perlukan penambahbaikan dari semasa ke semasa untuk penggunaan yang lebih berkesan pada masa akan datang? Ya Tidak Pasti Tidak 100 93.3 93.3 100 6.7 6.7 0 20 40 60 80 100 120 1) Semua bahan dalam laman web ini didokumentasi dengan baik dan teratur. 2) Dokumentasi bahan- bahan dalam laman web berdasarkan pengajaran dan pembelajaran bagi subjek Matematik adalah dari sumber yang boleh dipercayai. 3) Adakah anda akan menyarankan laman web ini kepada rakan/pelajar anda? 4) Adakah laman web ini perlukan penambahbaikan dari semasa ke semasa untuk penggunaan yang lebih berkesan pada masa akan datang? Dokumentasi Bahan Ya Tidak Pasti Tidak
  • 22. 22 Berdasarkan carta lajur di atas, analisis yang dapat dibuat oleh penyelidik ialah pengiraan peratusan min bagi jawapan Ya adalah 96.65 % dan merupakan jawapan terbaik manakala peratusan min bagi jawapan Tidak Pasti adalah 3.35%. Instrumen penilaian yang paling utama di sini adalah soalan nombor 4 iaitu 100 % responden bersetuju mengatakan bahawa penambahbaikan perlu dilakukan dari semasa ke semasa oleh penyelidik bagi penggunaan laman web ini lebih berkesan pada masa akan datang. Peratusan Min ( Ya ) = (100 % + 93.3 % + 93.3 % + 100 % ) ÷ 4 = 96.65 % Peratusan Min ( Tidak Pasti ) = (6.7 + 6.7) ÷ 4 = 3.35 % 4.0 PERBINCANGAN Umum mengetahui bahawa pelajar adalah golongan yang bakal menerajui Negara kita pada masa akan datang. Justeru, faktor pendidikan adalah salah satu anjakan paradigm yang perlu diterapkan kepada semua pelajar supaya mereka menjadi generasi yang hebat pada masa akan datang ( Jamilah Jamaludin, 2010). Hal ini kerana, sesuatu pembelajaran adalah untuk sepanjang hayat agar pelajar dapat menggunakan pengetahuan tersebut dalam mencari maklumat yang mereka perlukan, menganalisis maklumat yang diperolehi dan menggunakan maklumat secara bijaksana bagi tujuan pendidikan ( Jamalludin Harun & Sinta Hadi, 2017). Justeru , kepesatan teknologi pada masa kini perlulah digunakan sehabis baik terutama oleh para pendidik supaya dapat meningkatkan lagi kaedah pengajaran dan pembelajaran. Pembangunan bahan multimedia seperti contoh yang berasaskan laman web sedikit sebanyak dapat menjadi satu bahan bantu mengajar kepada para pendidik. Dapatan kajian ini menunjukkan penilaian yang dibuat oleh penyelidik telah berjaya mencapai sasaran objektif iaitu untuk mengenalpasti keberkesanan pembangunan bahan multimedia berasaskan laman web dalam pendidikan dan menilai pembangunan laman web yang mengandungi elemen-eleman multimedia untuk tujuan pendidikan. Hasil analisis yang dijalankan menunjukkan bagi soalan yang menggunakan dimensi pengukuran skala binari, instrument penilaian kandungan laman web menunjukkan peratusan min bagi jawapan Ya adalah 98.3 % iaitu satu peratusan yang baik dan jawapan Tidak Pasti adalah 1.675%. Seterusnya , skala binari digunakan bagi instrumen penilaian dokumentasi bahan juga menunjukkan peratusan min bagi jawapan Ya adalah 96.65 % dan Tidak Pasti adalah 3.35%. Skala likert digunakan bagi instrument penilaian teknikal laman
  • 23. 23 web, di mana terdapat dua peratusan yang begitu hampir iaitu peratusan bagi Setuju ialah 50 % dan peratusan bagi Sangat Setuju adalah 45 %. Perbezaannya adalah 5 % sahaja. Bagi peratusan Tidak Pasti adalah 5%. Di samping itu , bagi instrumen penilaian kesesuaian bahasa, peratusan min jawapan Setuju ialah 66.65 % dan peratusan min bagi Sangat Setuju ialah 33.35 %. Di sini , penyelidik dapat membuat kesimpulan bahawa penambahbaikan perlu dari semasa ke semasa agar pembangunan bahan multimedia berasaskan laman web ini dapat meningkatkan tahap pemahaman pengunjung laman web. Limitasi kajian yang paling jelas dikesan oleh penyelidik ialah aktiviti pengajaran dan pembelajaran pada masa kini masih banyak menggunakan kaedah tradisional. Justeru, selaras dengan kepesatan teknologi, para pendidik perlulahmengambil langkah supaya lebih arif dalam menggunakan kaedah-kaedah pembelajaran terkini bagi menarik minat pelajar untuk belajar bukan sahaja di rumah tetapi di mana sahaja mereka berada. 5.0 RUMUSAN Kesimpulannya, kajian ini dijalankan untuk mendapatkan penilaian tentang keberkesanan pembangunan bahan multimedia berasaskan laman web bagi tujuan pendidikan . Melalui kajian ini, penyelidik mendapati antara bahan multimedia yang boleh dijadikan pendekatan pengajaran adalah seperti video interaktif, tutorial, latihan, permainan dan juga weblink. Akan tetapi, penggunaannya masih pada tahap sederhana. Oleh itu, pelbagai model reka bentuk pengajaran boleh diimplementasikan bagi tujuan pembelajaran yang interaktif seperti penggunaan model ADDIE oleh penyelidik dalam membangunkan bahan multimedia yang berasaskan laman supaya boleh membantu meningkatkan tahap penguasaan pendidik dalam kaedah pengajaran. Oleh yang demikian, semua golongan pendidik seharusnya peka dan cuba meningkatkan kemahiran dan pengetahuan serta mencungkil kecanggihan yang ada pada multimedia bagi mengaplikasikannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kursus-kursus yang berkaitan dengan multimedia juga perlu diperluaskan dari semasa ke semasa. Sekiranya semua perkara ini dapat dilaksanakan, penyelidik yakin tahap pendidikan Negara akan berkembang seiring dengan kepesatan teknologi masa kini.
  • 24. 24 6.0 RUJUKAN Jamalludin Harun & Sinta Hadi. (2017). Pembangunan Sistem Pembelajaran Berasaskan Web Bagi Mempelajari Topik Reka Bentuk Interaksi Dalam Laman Web Menggunakan Pendekatan Pembelajaran Aktif. Universiti Teknologi Malaysia. Dimuat turun daripada http://eprints.utm.my/id/eprint/10852/ Jamilah Jamaluddin. (2010). Reka Bentuk dan Pembangunan Bahan Pengajaran dan Pembelajaran Berasaskan web(webQuest) Bagi Mata Pelajaran ICT Tajuk Computer Security. Universiti Kebangsaan Malaysia. Norazura Tukiran, Juliza Adira Mohd & Siti Hazwani Mohamed Rozi. (2010). Teori Kecerdasan Pelbagai Untuk Meningkatkan Penglibatan Aktif Pelajar Di Dalam Kelas. Guru Pelatih DPLI UKM. Dimuat turun daripada https://www.academia.edu/27086449/TEORI_KECERDASAN_PELBAGAI_UNTUK_ MENINGKATKAN_PENGLIBATAN_AKTIF_PELAJAR_DI_DALAM_KELAS Noor Azean Atan & Goh, S.W. (2017). Pembangunan Laman Web Berasaskan Pembelajaran Autentik Bagi Topik Penformatan Laman Web, Tag HTML Dan Penggunaan Jadual. Universiti Teknologi Malaysia. Dimuat turun daripada http://eprints.utm.my/id/eprint/11745/ Mahyuddin Arsat & Hasnisham Khalip.(2011). Penggunaan Perisian Multimedia Dalam Pengajaran Guru-guru Teknikal. Universiti Teknologi Malaysia. Dimuat turun daripada http://eprints.utm.my/id/eprint/11908/ Shahida Baharudin. (2015). Pembangunan Bahan Pengajaran Dan Pembelajaran Berasaskan Laman Web e-solatpekak.com Untuk Murid Ketidakupayaan Pendengaran Bagi Tajuk Solat Fardu. Universiti Kebangsaan Malaysia. 7.0 LAMPIRAN Soal Selidik : Penilaian Bagi Pembangunan Bahan Multimedia Berasaskan Laman Web Dalam Pendidikan ( Google Form )