3. APAKAH PROPOSAL
PENYELIDIKAN?
Rangka perancangan yang dilakukan oleh penyelidik
sebelum penyelidikan sebenar dijalankan
Proposal terbuka kepada pembetulan dan kritikan
bagi memantapkan penyelidikan
Proposal tidak terhad kepada penulisan akademik
seperti projek ilmiah, latihan ilmiah, disertasi atau
tesis tetapi juga digunakan dalam penyediaan
mendapatkan geran penyelidikan daripada institusi
berkaitan
4. APAKAH OBJEKTIF UTAMA
PROPOSAL PENYELIDIKAN (PP)
1. Menjadi panduan kepada penyelidik untuk mengenal
pasti masalah, metodologi, objektif dan jangkaan hasil
penyelidikannya
2. Memberi laluan kepada penyelia mengemukakan
cadangan dan bimbingan terhadap perancangan
penyelidikan oleh penyelidik di bawah seliaannya
3. Berfungsi sebagai buku perjanjian antara penyelidik
dan penyelia supaya dapat bekerjasama merancang
sebuah penyelidikan yang baik dan memastikan
objektif kajian dicadangkan berhasil
5. FORMAT KERTAS CADANGAN
1. Tajuk
2. Pengenalan
3. Latarbelakang masalah
4. Pernyataan masalah
5. Objektif / Hipotesis
6. Persoalan kajian
7. Definisi Operational
8. Kepentingan kajian
9. Kajian lampau / Sorotan Literatur
10.Metodologi Kajian
11.Rujukan asas
6. LANGKAH 1: MEMILIH TAJUK
KAJIAN
1. Biasanya penyelidik bermula dengan perkara yang
sangat besar atau idea yang kurang sempurna:
Contoh: Apakah kaedah pengajaran yang paling
berkesan?
Komen: Terdapat pelbagai kaedah dan sukar
menentukan paling berkesan? Berkesan kepada semua
aspek? Aspek apa?
2. Perkara kedua ialah kepentingan kajian kepada
penyelidik sendiri.
Contoh: kajian mengenai kemalangan jalan raya
dikatakan mempunyai tahap kepenggunaan yang rendah
bagi seorang guru.
Kajian mengenai kemalangan jalan raya di kalangan bas
sekolah mungkin mempunyai kepentingan khusus untuk
guru.
7. PEMILIHAN TAJUK
3. Boleh dikaji?
Contoh: Pendidikan di kalangan banduan di
penjara Marang.
Persekolahan di kalangan banduan juvenil
penjara Marang mungkin boleh dilaksanakan.
Mahukah anda menemui banduan dipenjara
untuk melengkapkan kajian?
4.Praktikal? Dengan masa, kos, logistik,
kemampuan, kemudahan?
8. EVOLUSI MENENTUKAN SUATU
TAJUK:
Pilih satu bidang yang diminati dan kemudian tentukan isu-isu
penting bagi bidang yang akan dikaji.
Contoh: Masalah disiplin pelajar sekolah?
Jenis masalah disiplin gangsterism?
Merokok?
Ponteng?
Buli?
Sebab? - Suasana persekitaran sekolah yang berubah
akibat proses urbanisasi seperti pembinaan
arked video, kafe siber, Pengaruh media
elektronik.
Kurangnya kasih sayang serta pemantauan
daripada ibu bapa.
Pengaruh rakan sebaya.
Persekitaran sekolah yang kurang kondusif
serta dibebani tekanan, umpamanya guru yang
terlalu garang.
9. Populasi? Sekolah Menengah?
Menengah Atas? Menengah
rendah? Tingkatan 1,2,3 atau 2
sahaja.
Sekolah mana? Sekolah menengah agama atau
sekolah menengah biasa?
Pelajar Lelaki / wanita?
Negeri? Daerah? Sekolah tertentu? Mengapa perlu
dikaji?
10. Kaitan pelajar yang bermasalah dengan prestasi
akademik?
Apakah langkah-langkah untuk mengatasi
masalah ini?
Setakat manakah berkesannya langkah tersebut
11. TAJUK
Satu Kajian Terhadap Salah Laku Di Kalangan
Pelajar Tingkatan 2 Sekolah Menengah Agama
Khairiah, Kuala Terengganu.
Kes Salah Laku Di Kalangan Pelajar Tingkatan 2
Sekolah Menengah Agama Khairiah, Kuala
Terengganu: Satu kajian Mengenai Kesannya
Terhadap Prestasi Akademik.
12. TAJUK DIPERTINGKATKAN.
Kajian Terhadap Gejala Ponteng Sekolah Dalam
Kalangan Pelajar Tingkatan 2 Sekolah Menengah
Agama Khairiah, Kuala Terengganu.
Satu kajian Mengenai Kes Salah Laku Dalam Kalangan
Pelajar Tingkatan 2 Sekolah Menengah Agama
Khairiah, Kuala Terengganu Dan Implikasinya
Terhadap Prestasi Akademik.
13. LANGKAH 2:
Buat pencarian melalui laman sesawang dan lain-
lain sumber untuk meneliti pelbagai aspek yang
berkaitan dengan tajuk kajian. Adakah tajuk
tersebut telah dikaji oleh penyelidik sebelum ini.
Apakah aspek yang dikaji? Setakat mana
penemuannya. Adakah penemuan tersebut masih
mempunyai keesahan kerana peredaran masa?
Apakah kaedah yang mereka gunakan?. Jika
terbukti anda mempunyai banyak bahan
sokongan, ia akan membantu anda membuat
keputusan mengenai tajuk yang dipilih. Jika
aspek yang dipilih tidak pernah dikaji, anda
mungkin tidak mempunyai panduan langsung dan
ini akan menyukarkan kerja anda.
14. LANGKAH 3:
Kenalpasti Penyelia yang akan
membimbing anda menyiapkan kajian
sesuai dengan bidang kepakaran mereka.
Buat draf struktur kajian anda untuk
perbincangan.
Persetujuan penyelia mempastikan anda
berada pada landasan yang betul.
15. PENGENALAN
Pengenalan yang baik akan membantu pembaca
mengetahui apakah yang dilakukan oleh penyelidik
dan mengapa?
Penjelasan ringkas tentang apa yang bakal dibincangkan
dalam sub-sub topik selanjutnya.
Tidak perlu panjang, kerana akan berulang dalam
perbincangan terkemudian.
16. MASALAH KAJIAN
Isu yang menjadi fokus utama kajian
Masalah tidak semestinya perkara negatif. Kadang kala
perkara positif juga merupakan masalah dalam kajian.
Perkara yang paling sukar bagi sesetengah orang.
Penyelidik mesti mempunyai masalah yang hendak dikaji:
tanpanya rasional melaksanakan penyelidikan tidak
ketara dan penyelidikan menjadi tidak penting.
Menyatakan kedudukan semasa sesuatu perkara yang
akan dikaji sehingga memerlukan kajian.
Menyatakan “state-of-the –art” sesuatu perkara.
Keadaan yang berlaku sebenarnya masa kini.
Ramalan tentang akibat keadaan masa kini.
Catatan yang ekstensif, terkini dan mempunyai sumber
17. PEMILIHAN MASALAH KAJIAN
1. Persoalan
(1) Ada masalah: jurang – yang patut
berlaku vs. yang sebenarnya berlaku
(2) Timbul tanda tanya
(3) Dirasai – perlu penyelesaian
(4) Perlu jawapan
18. PERMASALAHAN KAJIAN
2. Hakikat masalah
(1) Kebenaran isu? Sahih / tidak?
(2) Kedudukan isu: penting / tidak?
(3) Berat / ringan? Kritikal / tidak?
(4) Siapa yang menghadapi?
Awam/individu?
(5) Di mana berlaku?
(6) Perlu “re-search” / tidak?
(7) Ada manfaat / tidak?
19. PERSOALAN KAJIAN
3. Masalah yang dikenal pasti
(1) Siapa telah kaji?
(2) Kaedah apa?
(3) Apa hasilnya? Faedahnya?
(4) Perlu kajian lanjut?
(5) Boleh laksana/tidak?
20. APAKAH PERMASALAHAN
KAJIAN?
Masalah kajian merupakan suatu kesulitan
atau kebuntuan yang menggerakkan
penyelidik memecahkannya
Masalah kajian menjadi rangsangan
intelektual yang memerlukan gerak balas
dalam bentuk saintifik untuk direalisasikan
Masalah kajian perlulah dinyatakan dengan
jelas dan tidak kabur. Ia boleh dinyatakan
dalam bentuk pertanyaan yang boleh diuji
secara empirikal
21. PENDEKATAN DALAM MENULIS
PERMASALAHAN KAJIAN
1. Mengemukakan pengenalan kepada
permasalahan kajian
2. Mengketengahkan latar sejarah
permasalahan kajian
3. Mengaitkan permasalahan kajian dengan
isu-isu kontemporari berdasarkan data
atau maklumat literatur
4. Menegaskan kepentingan permasalahan
kajian untuk dikaji
22. KENYATAAN MASALAH
Pola menunjukkan kaunseling tidak mendapat
sambutan daripada pelajar. Dengan itu penyelidik
ingin menyelidik persepsi pelajar tentang kaunseling
di sekolah-sekolah menengah di Daerah Kuala
Terengganu.
Amali sangat penting kepada pembelajaran Sains
kerana ia menggalakkan pelajar berfikir secara
seorang saintis. Sekiranya tidak, pelajar mungkin
bosan belajar sains dan dengan itu ramai yang tidak
akan memilih bidang Sains. Oleh itu penyelidik ingin
menyelidik sama ada amali Sains diberi kepentingan
oleh guru dalam pengajaran mereka
23. APAKAH OBJEKTIF KAJIAN?
Adalah matlamat khusus yang mengandungi
lebih daripada satu tujuan
Tujuan objektif kajian adalah untuk
mengenalpasti maksud yang tersurat dan
kepentingan sesebuah kajian dicadangkan.
24. APAKAH TERMINOLOGI
DALAM OBJEKTIF KAJIAN?
Untuk mengenalpasti (to identify)
Untuk mencari hubungan (to correlate)
Untuk mengukur (to measure)
Untuk mengkaji (to examine)
Untuk menjelaskan (to clarify, illustrate)
Untuk menganalisis (to analyze)
Untuk menilai (to evaluate)
Untuk membandingkan (to compare)
Untuk menentukan (to determine)
Untuk membuktikan (to prove)
Untuk mencadangkan (to propose)
25. OBJEKTIF KAJIAN
Objektif menentukan hala tuju kajian.
Kejayaan atau kegagalan kita melaksanakan
sesuatu tugas berasaskan kejayaan atau kegagalan
kita mencapai objektif.
Di akhir kajian anda pelu merujuk kembali kepada
objektif bagi menentukan sama ada kajian telah
dilaksanakan dengan jayanya.
Objektif hendaklah berkaitan dengan pernyataan
masalah.
Senaraikan objektif:
• jangan terlalu banyak sehingga menyukarkan
peneyelidikan: banyak objektif, banyak data dikutip
Objektif hendaklah lengkap, ringkas dan khusus.
26. CONTOH OBJEKTIF
Kajian ini dijalankan untuk mencapai objektif-
objektif yang berikut:
Mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh
pelajar sekolah menengah daera kuala
terengganu.
Menilai persepsi pelajar di sekolah menengah di
daerah Kuala Terengganu terhadap khidmat
kaunseling.
Merumuskan tahap persepsi pelajar sekolah
menengah daerah Kuala Terengganu terhadap
khidmat kaunseling.
27. PERSOALAN KAJIAN
Menerangkan secara terperinci dan khusus tentang
masalah kajian.
Berhubung kait rapat dengan objektif kajian
Satu huraian tentang apakah sebenarnya masalah
yang hendak dikaji.
Merujuk kepada persoalan spesifik yang dikaji dan
merupakan inti kepada pengukuran dan pemilihan
alat untuk kajian.
Merupakan satu cara untuk menetapkan hala tuju
perbincangan dalam penyelidikan
28. CONTOH
Objektif: Mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh
pelajar sekolah menengah daerah kuala terengganu.
Persoalan:
• Apakah masalah yang biasa dihadapi oleh pelajar di
peringkat sekolah menengah?
• Kenapakah masalah-masalah ini berlaku?
• Apakah usaha-usaha yang dijalankan oleh pihak sekolah
bagi membentuk masalah yang dihadapi oleh pelajar?
29. DEFINISI OPERASIONAL?
sejumlah perkataan yang dipilih oleh penyelidik
untuk diberikan huraian supaya tidak
mengelirukan pembaca yang berkemungkinan
mempunyai maksud lain seperti yang
dipersepsikan oleh penyelidik
Definisi operasional BUKAN definisi tajuk
Perkataan yang dipilih hendaklah diberikan definisi
sesuai dengan maksud penyelidik berdasarkan
pendapat pakar bidang atau literatur berkaitan
penyelidikannya
30. SKOP DAN BATASAN KAJIAN.
Penyelidik haruslah mengakui bahawa bukan semua
masalah boleh dikaji dan diselesaikan dalam satu kajian
sahaja. Oleh itu pengkaji perlu menyatakan had atau
batasan kajian untuk pembaca.
Batasan meliputi:
Batasan instrumen, kaedah, masa, kewangan. Nyatakan
sebarang masalah yang mungkin dihadapi.
Had kajian: tentu tidak boleh kaji semua perkara.
Keputusan kajian pun tidak boleh memberi penyelesaian
kepada semua.
Kajian di UniSZA sahaja dan terbatas di UniSZA sahaja
dan tidak boleh digunakan untuk menerangkan fenomina
ditempat yang lain.
31. APAKAH BATASAN KAJIAN?
Tujuan untuk menghadkan bidang kajian supaya
tidak terlalu luas
Mengelakkan penilai atau pembaca mempersoalkan
kenapa tidak dimasukkan bidang atau lokasi
tertentu sedangkan menurut pandangan mereka
relevan dengan kajian
32. APAKAH CONTOH BATASAN
DALAM BATASAN KAJIAN?
1. Batasan masa
2. Batasan bidang kajian
3. Batasan lokasi kajian
4. Batasan alat analisis
5. Batasan responden
33. KEPENTINGAN KAJIAN
Mengapa penyelidik ingin melaksanakan kajian
tersebut?
Nyatakan rasional dan kepentingan kajian dengan
merujuk kepada semua pihak yang berminat
kepada keputusan kajian samada individu, institusi
atau masyarakat.
Jika tidak ada kepentingan, sia-sialah kajian anda.
34. SOROTAN KAJIAN / KAJIAN
LAMPAU
Apakah landasan bagi teori yang digunakan
Penyataan fakta, teori, pendapat, penilaian dan
laporan kajian berkaitan dengan tajuk yang dipilih
berdasarkan sumber asli.
Perlu baca banyak artikel, buku. Sebaik-baiknya yang
terkini.
Sorotan terbaik adalah dari sumber asal. Mungkin
anda bertemu dengan ulasan orang lain, tetapi perlu
cari sumber asal. Elak daripada menyorot sumber
kedua.
Susunan idea sangat penting. Bincang secara
analatikal
Cari sumber dari buku akademik, artikel atau majalah,
kertas kerja. Elak rujuk tulisan berbentuk pendapat
tanpa rujukan.
35. APAKAH METODOLOGI
KAJIAN?
Kaedah yang digunakan untuk mengumpul
data atau menganalisa data
Penting bagi melihat kaedah yang dirangka
boleh mencapai objektif yang dicadangkan
36. KAEDAH / METODOLOGI KAJIAN:
Kaedah
penyelidikan
Kualitatatif
Eksperimental
Kuasi-
Eksperimental
Tinjauan
(Survey)
Korelasi
kuantitatif
Sejarah
Kajian Kes
Analisis
Dokumen
Etnografi
37. APAKAH ASPEK PENTING
DALAM METODOLOGI KAJIAN?
1. Jenis kajian- sama ada kajian pensejarahan,
deskriptif, eksperimen,kajian lapangan atau
kajian perpustakaan
2. Persampelan-persampelan mudah,
persampelan kuota etc, jumlah sampel dan
kawasan sampel
3. Instrumen kajian-sama ada borang soal
selidik, temubual atau pemerhatian
4. Kaedah analisis data - menggunakan kajian
perbandingan, analisis kandungan dan
sebagainya
38. RUJUKAN ATAU BIBLIOGRAFI?
Rujukan –bahan yang HANYA dirujuk
khusus dalam penyeldikan
Bibliografi-bahan yang DIRUJUK ATAU
TIDAK tetapi mempunyai perkaitan
dengan kajian