SlideShare a Scribd company logo
1 of 18
1.0 PENGENALAN
John Dewey (1910) dalam bukunya Bagaimana Kita Berfikir menyatakan bahawa dalam
kaedah saintifik sesuatu penyelidikan itu harus bermula dengan kesusahan, pengalaman atau
permasalahan. Kenyataan ini memberi pengaruh yang besar kepada dunia penyelidikan. Ramai
penyelidik gagal membezakan antara masalah sehari-hari dengan permasalahan dalam
penyelidikan/kajian. Masalah sehari-hari bermaksud apa-apa sahaja kesukaran atau kesusahan
yang kita hadapi dalam hidup kita. Masalah seperti ini kerap kita alami dan kita selesaikan
tanpa melakukan kajian saintifik. Contohnya, jika lampu kereta tidak bernyala kita hantar
keretatersebut ke bengkel, jika jalan becak kita gunakan jalan lain atau berusaha menambak
pasir pada tempat yang becak itu, jika baju basah kita sidai di jemuran, jika kasut kotor kita
basuh, paip pecah kita laporkan kepada Jabatan Bekalan Air dan sebagainya. Penyelesaian
masalah ini dibuat tanpa ada satu prosedur saintifik yang harus dipatuhi.
Permasalahan/Persoalan dalam kajian atau penyelidikan mempunyai definisi yang lebih
luas. Sekurang-kurangnya terdapat lima subtopik tentang apa yang dimaksudkan dengan
permaslahan ini.
a. Kesusahan atau kesukaran
Topik permasalahan ini merupakan topik yang popular. Oleh itu, di mana-mana
perpustakaan pun kategori kajian seperti ini cukup banyak ditemui. Mungkin cara
ini lebih mudah pengkaji mendapatkan permasalahan kajian. Biasanya sebelum
pengkaji menjalankan kajiannya beliau akan meninjau apa-apa masalah yang
berlaku dalam bidang pendidikan. Contohnya masalah ponteng sekolah, pelajar
tahun enam tidak boleh membaca, ramai pelajar yang gagal, dan sebagainya.
Masalah-masalah ini kemudiannya dihalusi dan terus dijadikan permasalahan
kajian.
1
b. Perasaan ingin tahu
Newton membuat kajian tentang sebab-sebab buah epal jatuh ke bawah kerana
wujudnya perasaan ingin tahu yang kuat dalam dirinya. Akhirnya beliau berhasil
membentuk teori graviti. Dalam penyelidikan pendidikan perkara seperti ini boleh
berlaku sekiranya guru mempunyai sikap yang gemar meneroka. Guru mungkin
ingin mengetahui bagaimana seorang pelajar miskin memperoleh pangkat
cemerlang dalam peperiksaan atau ingin mengetahui pendangan pelajar
terhadap pengajarannya atau ingin mengetahui kandungan buku yang terpilih
sebagai buku teks Komsas. Perasaan ingin tahu ini diolah sehingga menjadi
permasalahan kajian serta menampakkan kepentingannya untuk dibuat kajian.
1
Sabrina Isa.2010. Permasalahan Kajian. Hlm. 1
c. Sesuatu yang tidak kena
Banyak perkara yang kita rasa tidak kena berlaku di sekeliling kita, dan hal ini
memerlukan huraian. Fenomena ini boleh memberikan anda semangat baharu
serta ingin mendapatkan konsep yang lebih jelas tentang faktor-faktor yang
menyebabkan kebingungan itu. Contohnya, dalam satu sesi pengajaran terdapat
sebahagian kecil pelajar yang tidak berminat untuk mengikuti pengajaran
walaupun pelbagai usaha telah dilakukan guru. Guru berpendapat ada sesuatu
yang tidak kena dengan pelajar terlibat. Oleh itu, satu kajian terhadap pelajar
tersebut dilaksanakan.
2
d. Fakta yang bercanggah
Hasil penyelidikan yang bercanggah wujud daripada ketidaktekalan pemerhatian
atau instrumen kajian yang tidak sah atau sebab-sebab lain seperti pemilihan
reka bentuk kajian yang tidak tepat. Dalam banyak kajian didapati pelajar yang
2
Ibid. Hlm. 1,2.
tekun belajar dan mempunyai kemahiran belajar yang tinggi memperoleh
pencapaian yang baik dalam penilaian. Jika terdapat keputusan yang
bercanggah dengan keputusan yang biasa diperoleh pengkaji atau bercanggah
dengan teori yang sedia ada, pengkaji lain berpeluang mengkaji hal yang sama
dengan pemerhatian yang lebih teratur atau instrumen kajian yang boleh
dipercayai atau dengan menggunakan reka bentuk yang berlainan. Keputusan
kajian sebelumnya boleh dijadikan permasalahan dalam kajian yang akan
dilakukan.
e. Keraguan
Keraguan timbul daripada kekaburan atau keadaan syak wasangka, sama ada
disebabkan teori yang belum memadai atau kita beranggapan satu masalah
akan timbul jika tidak dihuraikan segera. Contohnya, komponen sastera
diperkenalkan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu secara
tergesa-gesa, ramai guru berasa sangsi terhadap kejayaan pelaksanaannya.
Pertama, ramai guru belum bersedia dengan pelajaran tersebut. Kedua,
sasarannya ialah semua pelajar. Yang disangsikan ialah penerimaan pelajar
bukan Melayu. Ketiga, bentuk penilaiannya sama ada menjurus kepada bahasa
atau kepada sastera, dan banyak lagi. Sebenarnya kesedaran guru tentang
senario yang dinyatakan tadi ialah satu keadaan yang bermasalah dan boleh
dijadikan permasalahan dalam kajian.
3
2.0 CIRI PERMASALAHAN YANG BAIK
Sesuatu permasalahan yang baik itu mempunyai ciri tertentu. Ciri ini perlu ada bagi
memudahkan kita mendefinisikan permasalahan kajian. Dalam sebarang kajian definisi yang
jelas dan jitu dapat memudahkan pengkaji menjalankan kajiannya. Ada klise yang mengatakan
jika pernyataan masalah itu dapat dijelaskan dengan jitu bermakna separuh daripada kajian itu
telahpun selesai. Ini menunjukkan betapa pentingnya penyataan masalah itu dibuat dengan
teliti sebelum sesuatu kajian dilaksanakan.
Sesetengah pelajar menghadapi masalah dalam mengenal pasti dan mendefinisikan
permasalahan. Pelajar seperti ini perlukan nasihat dan tunjuk ajar daripada pensyarah yang
berpengalaman atau dengan mengambil contoh daripada tesis terbaik yang pernah dihasilkan.
Daripada sini pelajar boleh membentuk `jalan’ sendiri untuk melakukan kajian.
Antara ciri permasalahan kajian yang baik ialah:
a. Penyataan masalah itu ditulis dengan jelas dan padat;
3
Ibid. Hlm.2
b. Permasalahan itu boleh menjana pelbagai soalan kajian;
c. Ada teori yang menyokong permasalahan tersebut;
d. Permasalahan tersebut berkait dengan satu atau lebih bidang akademik yang
dikaji;
e. Permasalah yang dikaji bersangkutan dengan literatur kajian, dan
f. Permasalahan kajian itu masih baharu dan masih menjadi isu di tengah-tengah
masyarakat.
4
3.0 SUMBER PERMASALAHAN KAJIAN
Sumber permasalahan kajian ada di sekeliling kita. Kadangkala kita gagal mengenal pasti
permasalahan kajian kerana kita menganggap permasalahan itu perkara biasa dan bukan
sesuatu yang perlu diselidiki. Hal ini berlaku kerana kita gagal mendefinisikan permasalahanaa
tersebut.
4
Ibid. Hlm.3
Ada beberapa sumber yang boleh digunakan untuk mengenal pasti permasalahan kajian.
Setiap sumber ini ada kebaikan dan kelemahannya. Oleh itu, pengkaji boleh manggabungkan
fakta daripada sumber yang berlainan untuk menguatkan permasalahan kajian tersebut.
Sumber yang biasa digunakan untuk mengenal pasti permasalahan ialah:
a. Pernyataan daripada golongan berautoriti
Dalam bidang pendidikan golongan yang berautoriti ialah orang-orang yang
memegang dasar dalam sistem pendidikan di negara kita, antaranya ialah
Perdana Menteri, Menteri Pendidikan, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia,
Pengarah-pengarah Pendidikan Negeri, Profesor atau cerdik pandai yang
berwibawa dalam bidang pendidikan dan sebagainya. Mereka sebanarnya
berpengaruh dan pernyataan mereka boleh memberi kesan kepada kerajaan dan
masyarakat. Contohnya, baru-baru ini masyarakat digemparkan dengan masalah
kualiti pelajar Bumiputera di IPT. Ramai sekali orang-orang yang berwibawa
memberi pandangan mereka, antaranya Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Awang Had
Salleh, Prof. Diraja Ungku Aziz, Menteri Pendidikan dan ramai lagi. Pernyataan
mereka itu boleh dijadikan permasalahan kajian.
5
5
Ibid. Hlm.3, 4.
b. Cadangan kajian lanjut
Pengkaji lain yang kebetulan berminat terhadap tajuk tersebut boleh mengambil
tajuk yang dicadangkan dalam usaha menyambung tugasan yang belum lengkap
itu. Cara ini dianggap sah dan dibenarkan.
c. Deduksi daripada teori
Pengkaji yang berkeinginan membuat kajian berdasarkan deduksi daripada teori
perlu memenuhi syarat utama, iaitu mahir dalam teori yang hendak dijadikan
sumber. Kebolehan pengkaji menguasai teori yang berkaitan dengan bidang
yang dikaji membolehkan pengkaji memahami secara mendalam persoalan yang
hendak dikaji.
Masalah yang hendak dihasilkan daripada deduksi ke atas teori ini biasanya
bukan masalah amalan. Tujuannya adalah untuk mengembangkan teori yang
sedia ada. Dengan itu penyelidikan ke atas teori itu lebih mirip kepada
penyelidikan asas. Penyelidikan ini kurang mementingkan penyelesaian
masalah.
d. Dokumen rasmi
Dalam bidang pendidikan antara dokumen rasmi itu termasuk akta, kurikulum,
sukatan pelajaran, buku teks dan dokumen-dokumen lain yang berkaitan.
Sesuatu akta itu dipinda kerana ada kajian ke atasnya. Begitu juga kurikulum
dan buku teks. Kajian ka atas dokumen ini melibatkan analisis kandungan yang
terdapat pada teks tersebut. Permasalahan yang biasanya ditimbulkan daripada
dokumen ini
6
Ialah sama ada sesuai atau tidak dengan masa sekarang atau untuk melihat
ketepatan aspek/komponen yang terkandung dalam dokumen tersebut dengan
apa yang dirancang dan sebagainya.
e. Pengalaman
Pengalaman banyak mengajar kita mengenal pasti masalah. Bagi guru, masalah
disiplin, ponteng, menghisap rokok dan samseng di kalangan pelajar merupakan
antara pengalaman yang sering dialami. Masalah daripada pengalaman ini boleh
memotivasikan penyelidik kerana faedahnya akan dirasai penyelidik sendiri,
masyarakat dan profesion. Oleh sebab setiap guru mempunyai pengalaman
yang berbeza-beza, penyelidik perlu hati-hati bagi memastikan masalah itu ialah
masalah sejagat dan mempunyai nilai untuk diselidiki. Kadangkala masalah itu
merupakan masalah peribadi dan lebih sesuai dibuat kajian tindakan sahaja.
6
Ibid. Hlm.4
Kadangkala masalah itu masalah sementara dan tidak perlu dikaji. Contohnya,
ramai pelajar tidak hadir ke sekolah kerana hari hujan, pelajar tidak dapat
membuat latihan yang diharapkan kerana tajuk pelajaran baru diajarkan,
suasana kecoh di dalam kelas kerana bekalan elektrik terputus dab sebagainya.
f. Karya-karya yang berkaitan
Karya-karya yang berkaitan mendedahkan penyelidik kepada contoh
permasalahan yang pernah dikaji dan bagaimana permasalahan itu diselesaikan.
Contoh-contoh tersebut membantu penyelidik memahami permasalahan kajian.
7
4.0 KEPENTINGAN PERMASALAHAN KAJIAN
Pernyataan masalah amat penting dalam penyelidikan yang dijalankan. Pernyataan
masalah merupakan isu/ masalah yang ingin dikaji dalam penyelidikan. Selalunya pensyarah
7
Ibid. Hlm.4, 5.
akan menyoal mengapa hendak menjalankan kajian berkenaan. Penyelidik tentunya telah
bersedia untuk mempertahankan isu/masalah yang ingin dikaji. Justeru itu, penyelidik perlu
boleh menerangkan secara mendalam mengapa kajian berkenaan perlu dijalankan.
Pernyataan masalah diperoleh melalui pembacaan, pemerhatian dan temu bual yang
dijalankan. Selain itu, ia juga boleh diperoleh melalui penelitian dokumen dan soal selidik.
Bagaimana menyampaikan pernyataan masalah dalam penulisan? Berikut diterangkan cara
menyampaikan pernyataan masalah untuk tajuk – Pelaksanaan Inkuiri Penemuan dalam
Pendidikan Sains. Ia merupakan suatu penyelidikan berbentuk kajian tinjauan.
Pertama: Penyelidik perlu menerangkan konsep-konsep yang digunakan dalam kontek
penyelidikan yang dijalankan bukannya secara umum.
Kedua : Selepas itu, penyelidik menerangkan berkaitan kajian-kajian lepas yang mendapati
bahawa isu/ masalah yang ingin dikaji mempunyai kepentingan dan kelebihan kepada
pengguna/pelajar/guru/pentadbir/organisasi dan sebagainya. Penyelidik perlu menyertakan
sebanyak yang mampu kajian-kajian dalam dan luar negara yang berkaitan.
Ketiga : Penyelidik perlu menerangkan senario pada ketika ini berkaitan isu/masalah yang
ingin dikaji. Nyatakan kelemahan/ masalah/ kekangan yang dihadapi dan ia memerlukan
penyelesaian melalui penyelidikan yang dijalankan.
Keempat : Penyelidik perlu menghubung kaitkan kepentingan dan kelebihan dengan
senario yang dibincangkan untuk mengatasi isu/masalah yang dihadapi.
8
Kelima : Bahagian ini merupakan rumusan penyelidik keatas hujah-hujah yang
disampaikan. Penyelidik perlu menerangkan kenapa kajian berkenaan amat penting dijalankan
dari perspektif penyelidik.
a. Isu keprihatinan/ Fokus Kajian
• Kenal pasti dan nyatakan isu / masalah sebenar.
• Menghuraikan isu/ masalah berkenaan.
• Rumuskan masalah yang telah di kenal pasti – senaraikan.
b. Tinjauan masalah
Tujuannya ialah supaya masalah yang di kenal pasti dapat dibuktikan melalui kaedah saintifik
(penyelidikan – alat kajian- analisis).
• Nyatakan alat-alat kajian yang digunakan untuk mengenal pasti isu/ masalah.
• Paparkan alat-alat kajian ( i,ii, iii,iv) berkenaan
• Terangkan sebab menggunakan alat-alat kajian ( i,ii, iii,iv) berkenaan
• Terangkan bagaimana menggunakan alat-alat kajian berkenaan iaitu terangkan cara
8
Noraini Idris. 2010. Penyelidikan Dalam Pendidikan. Hlm 1.
pelaksanaannya sehingga mendapat data yang diperlukan (langkah-langkah)
c. Analisis masalah
• Menerangkan setiap satu cara menganalisis alat-alat kajian berkenaan ( i,ii, iii,iv)
• Nyatakan setiap satu hasil analisis/ dapatan yang diperoleh
• Buat kesimpulan setiap satu hasil/dapatan kajian (Rujuk balik kepada fokus kajian/ isu
keprihatinan).
• Pastikan dapatan/hasil menerangkan isu/masalah yang dinyatakan.
9
OBJEKTIF KAJIAN/ SOALAN KAJIAN
• Tentukan objektif umum kajian ( seperti tujuan kajian)
• Tentukan objektif khusus kajian (seperti objektif kajian)
• Kedua-dua merujuk kepada masalah/ isu yang telah dikenal pasti dan telah dibuktikan
dengan kaedah saintifik/ alat kajian.
• Objektif hendaklah berkaitan dengan tindakan/intervensi (strategi, kaedah, teknik,
pendekatan,aktiviti, program)
• Objektif hendaklah boleh diukur dengan menggunakan alat-alat kajian yang dipilih (Lihat
alat kajian yang digunakan).
9
Ibid. Hlm.1, 2.
• Gunakan perkataan –peningkatan, perkembangan, mengubah sikap pelajar,
menghasilkan penulisan..
KUMPULAN SASARAN
Memerihalkan ciri-ciri responden secara terperinci semua perkara berikut: bilangan, jantina,
nama kelas/jawatan, prestasi akademik, ciri-ciri unik yang lain.
PELAKSANAAN KAJIAN
1. Perancangan langkah-langkah tindakan
2. Perancangan cara mengumpul data
3. Perancangan cara menganalisis data
10
Perancangan langkah-langkah tindakan
• Menyatakan pendekatan/ program/ aktiviti/kaedah/ teknik yang digunakan.
• Terangkan cara pelaksanaan setiap satu secara terperinci.
• Terangkan secara berperingkat-peringkat/ langkah-langkah /proses menjalankan aktiviti/
kaedah/teknik berkenaan.
Perancangan cara mengumpul data
10
Ibid. Hlm.2.
• Menyatakan alat-alat kajian ( i,ii, iii,iv) yang digunakan.
• Menerangkan setiap satu cara mengumpul data-data kajian berkenaan ( i,ii, iii,iv).
Perancangan cara menganalisis data
• Menerangkan setiap satu cara menganalisis alat kajian berkenaan ( i,ii, iii,iv).
• (Terangkan bagaimana menganalisis dan menggunakan kaedah apa).
• Nyatakan setiap satu hasil analisis/ dapatan yang diperoleh – pemerhatian, analisis
dokumen, temu bual, soal selidik dll.
b. KOS KAJIAN
• Sediakan dalam bentuk jadual:
• Bil. ,Harga se unit, Bilangan unit, Jumlah harga,Jumlah keseluruhan
• Pengangkutan (Jika perlu)
• Senaraikan semua bahan yang di gunakan dalam kajian.
TINJAUAN LITERATUR
• Menerangkan konsep yang digunakan, teori, model, program yang berkaitan dengan
soalan-soalan/ objektif kajian
• Menghuraikan kajian lepas yang berkaitan dengan soalan/ objektif kajian
• Nyatakan : nama penulis, tahun, tempat kajian, bentuk kajian, sampel kajian, alat kajian,
kaedah analisis dan dapatan kajian
• Senaraikan sekurang-kurangnya 5 kajian lepas yang berkaitan dengan kajian yang
dijalankan (tepat).
11
5.0 KESIMPULAN
Secara kesimpulannya, Pernyataan masalah amat penting dalam penyelidikan yang
dijalankan. Pernyataan masalah merupakan isu/ masalah yang ingin dikaji dalam penyelidikan.
Selalunya panel akan menyoal mengapa penyelidik hendak menjalankan kajian berkenaan.
Penyelidik tentunya telah bersedia untuk mempertahankan isu/masalah yang ingin dikaji.
Justeru itu, penyelidik perlu boleh menerangkan secara mendalam mengapa kajian berkenaan
perlu dijalankan. Masalah penyelidikan ialah bidang keprihatinan seseorang penyelidik,
keadaan yang ingin dibaiki, kesusahan yang hendak diatasi, dan soalan yang hendak dicari
jawapannya. Maka, masalah itu boleh jadi sesuatu yang belum selesai, elemen tidak puas hati,
perubahan yang diinginkan, atau sesuatu yang masih belum tercapai sebagaimana yang
diharapkan. Pendek kata, masalah penyelidikan ialah tentang perkara yang hendak disiasat,
serta hendak diperoleh jawapannya.Masalah penyelidikan mesti ditentukan, atau ditetapkan
supaya kepentingan, rasional dan signifikan melaksanakan sesuatu penyelidikan menjadi
ketara. Masalah mungkin terlalu besar dan luas. Dengan itu penyelidik perlu membuat saringan,
serta tapisan bagi mengecilkan skop masalah penyelidikan untuk disejajarkan kepada jenis data
yang hendak dikutip, serta kaedah analisis data yang bakal dibuat.
Penapisan masalah penyelidikan memungkinkan penyelidik membuat klasifikasi pemboleh
ubah secara khusus dan objektif. Gambaran masalah yang menggunakan perkataan-perkataan
11
Ibid. Hlm.3, 4.
besar seperti "keberkesanan", prestasi", dan "proses pembelajaran" hendaklah diketepikan. Hal
ini disebabkan penyelidik bakal berhadapan dengan kekangan kewangan, lojistik dan sumber
dalam proses mentadbirkan sesuatu penyelidikan.
12
6.0 RUJUKAN
Sabrina Isa.2010. Permasalahan Kajian. www.academia.edu.
Noraini Idris. 2010. Penyelidikan Dalam Pendidikan. www.academia.edu.
Van Dalen, D.P. (1993). Memahami Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa
dan Pustaka .
https://www.scribd.com/doc/308713655/Pernyataan-Masalah-Kajian-Dalam-Penulisan-Tesis.
Dipetik pada 10/04/2019.
12
https://www.scribd.com/doc/308713655/Pernyataan-Masalah-Kajian-Dalam-Penulisan-Tesis. Dipetik pada
10/04/2019.
Bincangkan kepentingan permasalahan kajian dalam penyelidikan Sejarah.

More Related Content

What's hot

3 Masalah Kajian dan Pernyataan masalah.pdf
3 Masalah Kajian dan Pernyataan masalah.pdf3 Masalah Kajian dan Pernyataan masalah.pdf
3 Masalah Kajian dan Pernyataan masalah.pdfSITINORANISSBINTIMOH
 
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & PembelajaranImplikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & PembelajaranNoorezayu Mohd Said
 
Kepelbagaian sosial budaya
Kepelbagaian sosial budayaKepelbagaian sosial budaya
Kepelbagaian sosial budayamas preity
 
Kajian kuantitatif
Kajian kuantitatifKajian kuantitatif
Kajian kuantitatifZen Shah
 
47283032 nilai-nilai-murni-dalam-pendidikan
47283032 nilai-nilai-murni-dalam-pendidikan47283032 nilai-nilai-murni-dalam-pendidikan
47283032 nilai-nilai-murni-dalam-pendidikanJalalludin Ibrahim
 
EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...
EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...
EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...Atifah Ruzana Abd Wahab
 
Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp)
Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp) Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp)
Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp) Nirwanah Snd
 
Isu isu pendidikan khas
Isu isu pendidikan khasIsu isu pendidikan khas
Isu isu pendidikan khasRosida Ida
 
Kajian tindakan dan kajian kes
Kajian tindakan dan kajian kesKajian tindakan dan kajian kes
Kajian tindakan dan kajian kesasiahjupry
 
Cara analisis data
Cara analisis dataCara analisis data
Cara analisis datamohdkhamdani
 
Nota ringkas kajian tindakan
Nota ringkas kajian tindakanNota ringkas kajian tindakan
Nota ringkas kajian tindakanKmk Ktk
 
Teori pembelajaran behavioris
Teori pembelajaran behaviorisTeori pembelajaran behavioris
Teori pembelajaran behaviorisnurzaharuddin
 
FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIF
FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIFFAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIF
FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIFNURLIDYAWATI JASMIN
 
Ulasan artikel
Ulasan artikelUlasan artikel
Ulasan artikelKer0
 
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khasTajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khasNurhaliza Hamid
 

What's hot (20)

3 Masalah Kajian dan Pernyataan masalah.pdf
3 Masalah Kajian dan Pernyataan masalah.pdf3 Masalah Kajian dan Pernyataan masalah.pdf
3 Masalah Kajian dan Pernyataan masalah.pdf
 
KAJIAN TINJAUAN
KAJIAN TINJAUANKAJIAN TINJAUAN
KAJIAN TINJAUAN
 
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & PembelajaranImplikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran
 
Kepelbagaian sosial budaya
Kepelbagaian sosial budayaKepelbagaian sosial budaya
Kepelbagaian sosial budaya
 
Kajian kuantitatif
Kajian kuantitatifKajian kuantitatif
Kajian kuantitatif
 
Gaya pembelajaran
Gaya pembelajaran Gaya pembelajaran
Gaya pembelajaran
 
47283032 nilai-nilai-murni-dalam-pendidikan
47283032 nilai-nilai-murni-dalam-pendidikan47283032 nilai-nilai-murni-dalam-pendidikan
47283032 nilai-nilai-murni-dalam-pendidikan
 
PENGAYAAN DAN PEMULIHAN(bmm3101)
PENGAYAAN DAN PEMULIHAN(bmm3101)PENGAYAAN DAN PEMULIHAN(bmm3101)
PENGAYAAN DAN PEMULIHAN(bmm3101)
 
EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...
EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...
EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...
 
Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp)
Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp) Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp)
Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp)
 
Isu isu pendidikan khas
Isu isu pendidikan khasIsu isu pendidikan khas
Isu isu pendidikan khas
 
Kajian tindakan dan kajian kes
Kajian tindakan dan kajian kesKajian tindakan dan kajian kes
Kajian tindakan dan kajian kes
 
Cara analisis data
Cara analisis dataCara analisis data
Cara analisis data
 
Nota ringkas kajian tindakan
Nota ringkas kajian tindakanNota ringkas kajian tindakan
Nota ringkas kajian tindakan
 
Teori pembelajaran behavioris
Teori pembelajaran behaviorisTeori pembelajaran behavioris
Teori pembelajaran behavioris
 
FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIF
FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIFFAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIF
FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIF
 
Ulasan artikel
Ulasan artikelUlasan artikel
Ulasan artikel
 
Contoh tesis maktab
Contoh tesis maktabContoh tesis maktab
Contoh tesis maktab
 
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khasTajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
 
Apakah kajian rintis
Apakah kajian rintisApakah kajian rintis
Apakah kajian rintis
 

Similar to Bincangkan kepentingan permasalahan kajian dalam penyelidikan Sejarah.

Kuliah 1 PPG - Cadangan Penyelidikan
Kuliah 1 PPG - Cadangan PenyelidikanKuliah 1 PPG - Cadangan Penyelidikan
Kuliah 1 PPG - Cadangan Penyelidikanwmkfirdaus
 
Pkp 3133-tutorial-1
Pkp 3133-tutorial-1Pkp 3133-tutorial-1
Pkp 3133-tutorial-1v ong
 
Nota Penyelidikan Kajian
Nota Penyelidikan KajianNota Penyelidikan Kajian
Nota Penyelidikan KajianRibut Taufan
 
Kemahiran penyoalan
Kemahiran penyoalanKemahiran penyoalan
Kemahiran penyoalanHazel Bug
 
KAJIAN TINDAKAN SAINS : PENGGUNAAN TEKNIK KAJIAN LAPANGAN UNTUK PENGAJARAN DA...
KAJIAN TINDAKAN SAINS : PENGGUNAAN TEKNIK KAJIAN LAPANGAN UNTUK PENGAJARAN DA...KAJIAN TINDAKAN SAINS : PENGGUNAAN TEKNIK KAJIAN LAPANGAN UNTUK PENGAJARAN DA...
KAJIAN TINDAKAN SAINS : PENGGUNAAN TEKNIK KAJIAN LAPANGAN UNTUK PENGAJARAN DA...Mohd Nuruzzaman
 
18682201 panduan-kajian-kes
18682201 panduan-kajian-kes18682201 panduan-kajian-kes
18682201 panduan-kajian-kesChales Etin
 
Nota penyelidikan tindakan 1 (bab 1 3,14,15)
Nota penyelidikan tindakan 1 (bab 1 3,14,15)Nota penyelidikan tindakan 1 (bab 1 3,14,15)
Nota penyelidikan tindakan 1 (bab 1 3,14,15)Amira Farhanah
 
Nota penyelidikan tindakan 1 (bab 1 3,14,15)
Nota penyelidikan tindakan 1 (bab 1 3,14,15)Nota penyelidikan tindakan 1 (bab 1 3,14,15)
Nota penyelidikan tindakan 1 (bab 1 3,14,15)Amira Farhanah
 
Tesis 1 t1a1.pdf fariza (1)
Tesis 1 t1a1.pdf fariza (1)Tesis 1 t1a1.pdf fariza (1)
Tesis 1 t1a1.pdf fariza (1)Muhri Badri
 
Pengenalan kaedah penyelidikan IRF3013
Pengenalan kaedah penyelidikan IRF3013Pengenalan kaedah penyelidikan IRF3013
Pengenalan kaedah penyelidikan IRF3013wmkfirdaus
 
Bab11 pengurusan pelbagai budaya
Bab11  pengurusan pelbagai budayaBab11  pengurusan pelbagai budaya
Bab11 pengurusan pelbagai budayazuraidanasri
 
Tesis : beban tugas guru
Tesis : beban tugas guruTesis : beban tugas guru
Tesis : beban tugas gurumuhammad
 
Panduan kertas cadangan_kajian_tindakan
Panduan kertas cadangan_kajian_tindakanPanduan kertas cadangan_kajian_tindakan
Panduan kertas cadangan_kajian_tindakanRosmah Mohd Shah
 

Similar to Bincangkan kepentingan permasalahan kajian dalam penyelidikan Sejarah. (20)

Kuliah 1 PPG - Cadangan Penyelidikan
Kuliah 1 PPG - Cadangan PenyelidikanKuliah 1 PPG - Cadangan Penyelidikan
Kuliah 1 PPG - Cadangan Penyelidikan
 
Pkp 3133-tutorial-1
Pkp 3133-tutorial-1Pkp 3133-tutorial-1
Pkp 3133-tutorial-1
 
4013 t 1
4013  t 14013  t 1
4013 t 1
 
Nota Penyelidikan Kajian
Nota Penyelidikan KajianNota Penyelidikan Kajian
Nota Penyelidikan Kajian
 
Kemahiran penyoalan
Kemahiran penyoalanKemahiran penyoalan
Kemahiran penyoalan
 
KAJIAN TINDAKAN SAINS : PENGGUNAAN TEKNIK KAJIAN LAPANGAN UNTUK PENGAJARAN DA...
KAJIAN TINDAKAN SAINS : PENGGUNAAN TEKNIK KAJIAN LAPANGAN UNTUK PENGAJARAN DA...KAJIAN TINDAKAN SAINS : PENGGUNAAN TEKNIK KAJIAN LAPANGAN UNTUK PENGAJARAN DA...
KAJIAN TINDAKAN SAINS : PENGGUNAAN TEKNIK KAJIAN LAPANGAN UNTUK PENGAJARAN DA...
 
18682201 panduan-kajian-kes
18682201 panduan-kajian-kes18682201 panduan-kajian-kes
18682201 panduan-kajian-kes
 
KERJA KURSUS PSV SPM 2021.ppt
KERJA KURSUS PSV SPM 2021.pptKERJA KURSUS PSV SPM 2021.ppt
KERJA KURSUS PSV SPM 2021.ppt
 
Nota penyelidikan tindakan 1 (bab 1 3,14,15)
Nota penyelidikan tindakan 1 (bab 1 3,14,15)Nota penyelidikan tindakan 1 (bab 1 3,14,15)
Nota penyelidikan tindakan 1 (bab 1 3,14,15)
 
Nota penyelidikan tindakan 1 (bab 1 3,14,15)
Nota penyelidikan tindakan 1 (bab 1 3,14,15)Nota penyelidikan tindakan 1 (bab 1 3,14,15)
Nota penyelidikan tindakan 1 (bab 1 3,14,15)
 
Tesis 1 t1a1.pdf fariza (1)
Tesis 1 t1a1.pdf fariza (1)Tesis 1 t1a1.pdf fariza (1)
Tesis 1 t1a1.pdf fariza (1)
 
Pengenalan kaedah penyelidikan IRF3013
Pengenalan kaedah penyelidikan IRF3013Pengenalan kaedah penyelidikan IRF3013
Pengenalan kaedah penyelidikan IRF3013
 
bab 1 (final)
bab 1 (final)bab 1 (final)
bab 1 (final)
 
Bab11 pengurusan pelbagai budaya
Bab11  pengurusan pelbagai budayaBab11  pengurusan pelbagai budaya
Bab11 pengurusan pelbagai budaya
 
Pembelajaran peribadi
Pembelajaran peribadiPembelajaran peribadi
Pembelajaran peribadi
 
Kajian tindakan psv dan sv stpm
Kajian tindakan psv dan sv stpmKajian tindakan psv dan sv stpm
Kajian tindakan psv dan sv stpm
 
Tesis : beban tugas guru
Tesis : beban tugas guruTesis : beban tugas guru
Tesis : beban tugas guru
 
Panduan kertas cadangan_kajian_tindakan
Panduan kertas cadangan_kajian_tindakanPanduan kertas cadangan_kajian_tindakan
Panduan kertas cadangan_kajian_tindakan
 
Modul pendidikan khas
Modul pendidikan khasModul pendidikan khas
Modul pendidikan khas
 
Modul pendidikan khas
Modul pendidikan khasModul pendidikan khas
Modul pendidikan khas
 

Recently uploaded

Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...NursKitchen
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapDewiUmbar
 
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxPROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxssuser2936b51
 
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxSEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxMUHAMMADHAZIQBINHAMD1
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfMDFARIDSHAFARIBINHAR
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxHussalwaHussain1
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfcrvwr4zf9r
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptArieAdie
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.AfifahSalim2
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasAdiebsulhy55
 

Recently uploaded (12)

Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
 
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxPROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
 
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxSEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
 

Bincangkan kepentingan permasalahan kajian dalam penyelidikan Sejarah.

  • 1. 1.0 PENGENALAN John Dewey (1910) dalam bukunya Bagaimana Kita Berfikir menyatakan bahawa dalam kaedah saintifik sesuatu penyelidikan itu harus bermula dengan kesusahan, pengalaman atau permasalahan. Kenyataan ini memberi pengaruh yang besar kepada dunia penyelidikan. Ramai penyelidik gagal membezakan antara masalah sehari-hari dengan permasalahan dalam penyelidikan/kajian. Masalah sehari-hari bermaksud apa-apa sahaja kesukaran atau kesusahan yang kita hadapi dalam hidup kita. Masalah seperti ini kerap kita alami dan kita selesaikan tanpa melakukan kajian saintifik. Contohnya, jika lampu kereta tidak bernyala kita hantar keretatersebut ke bengkel, jika jalan becak kita gunakan jalan lain atau berusaha menambak pasir pada tempat yang becak itu, jika baju basah kita sidai di jemuran, jika kasut kotor kita basuh, paip pecah kita laporkan kepada Jabatan Bekalan Air dan sebagainya. Penyelesaian masalah ini dibuat tanpa ada satu prosedur saintifik yang harus dipatuhi. Permasalahan/Persoalan dalam kajian atau penyelidikan mempunyai definisi yang lebih luas. Sekurang-kurangnya terdapat lima subtopik tentang apa yang dimaksudkan dengan permaslahan ini. a. Kesusahan atau kesukaran Topik permasalahan ini merupakan topik yang popular. Oleh itu, di mana-mana
  • 2. perpustakaan pun kategori kajian seperti ini cukup banyak ditemui. Mungkin cara ini lebih mudah pengkaji mendapatkan permasalahan kajian. Biasanya sebelum pengkaji menjalankan kajiannya beliau akan meninjau apa-apa masalah yang berlaku dalam bidang pendidikan. Contohnya masalah ponteng sekolah, pelajar tahun enam tidak boleh membaca, ramai pelajar yang gagal, dan sebagainya. Masalah-masalah ini kemudiannya dihalusi dan terus dijadikan permasalahan kajian. 1 b. Perasaan ingin tahu Newton membuat kajian tentang sebab-sebab buah epal jatuh ke bawah kerana wujudnya perasaan ingin tahu yang kuat dalam dirinya. Akhirnya beliau berhasil membentuk teori graviti. Dalam penyelidikan pendidikan perkara seperti ini boleh berlaku sekiranya guru mempunyai sikap yang gemar meneroka. Guru mungkin ingin mengetahui bagaimana seorang pelajar miskin memperoleh pangkat cemerlang dalam peperiksaan atau ingin mengetahui pendangan pelajar terhadap pengajarannya atau ingin mengetahui kandungan buku yang terpilih sebagai buku teks Komsas. Perasaan ingin tahu ini diolah sehingga menjadi permasalahan kajian serta menampakkan kepentingannya untuk dibuat kajian. 1 Sabrina Isa.2010. Permasalahan Kajian. Hlm. 1
  • 3. c. Sesuatu yang tidak kena Banyak perkara yang kita rasa tidak kena berlaku di sekeliling kita, dan hal ini memerlukan huraian. Fenomena ini boleh memberikan anda semangat baharu serta ingin mendapatkan konsep yang lebih jelas tentang faktor-faktor yang menyebabkan kebingungan itu. Contohnya, dalam satu sesi pengajaran terdapat sebahagian kecil pelajar yang tidak berminat untuk mengikuti pengajaran walaupun pelbagai usaha telah dilakukan guru. Guru berpendapat ada sesuatu yang tidak kena dengan pelajar terlibat. Oleh itu, satu kajian terhadap pelajar tersebut dilaksanakan. 2 d. Fakta yang bercanggah Hasil penyelidikan yang bercanggah wujud daripada ketidaktekalan pemerhatian atau instrumen kajian yang tidak sah atau sebab-sebab lain seperti pemilihan reka bentuk kajian yang tidak tepat. Dalam banyak kajian didapati pelajar yang 2 Ibid. Hlm. 1,2.
  • 4. tekun belajar dan mempunyai kemahiran belajar yang tinggi memperoleh pencapaian yang baik dalam penilaian. Jika terdapat keputusan yang bercanggah dengan keputusan yang biasa diperoleh pengkaji atau bercanggah dengan teori yang sedia ada, pengkaji lain berpeluang mengkaji hal yang sama dengan pemerhatian yang lebih teratur atau instrumen kajian yang boleh dipercayai atau dengan menggunakan reka bentuk yang berlainan. Keputusan kajian sebelumnya boleh dijadikan permasalahan dalam kajian yang akan dilakukan. e. Keraguan Keraguan timbul daripada kekaburan atau keadaan syak wasangka, sama ada disebabkan teori yang belum memadai atau kita beranggapan satu masalah akan timbul jika tidak dihuraikan segera. Contohnya, komponen sastera diperkenalkan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu secara tergesa-gesa, ramai guru berasa sangsi terhadap kejayaan pelaksanaannya. Pertama, ramai guru belum bersedia dengan pelajaran tersebut. Kedua, sasarannya ialah semua pelajar. Yang disangsikan ialah penerimaan pelajar bukan Melayu. Ketiga, bentuk penilaiannya sama ada menjurus kepada bahasa atau kepada sastera, dan banyak lagi. Sebenarnya kesedaran guru tentang senario yang dinyatakan tadi ialah satu keadaan yang bermasalah dan boleh
  • 5. dijadikan permasalahan dalam kajian. 3 2.0 CIRI PERMASALAHAN YANG BAIK Sesuatu permasalahan yang baik itu mempunyai ciri tertentu. Ciri ini perlu ada bagi memudahkan kita mendefinisikan permasalahan kajian. Dalam sebarang kajian definisi yang jelas dan jitu dapat memudahkan pengkaji menjalankan kajiannya. Ada klise yang mengatakan jika pernyataan masalah itu dapat dijelaskan dengan jitu bermakna separuh daripada kajian itu telahpun selesai. Ini menunjukkan betapa pentingnya penyataan masalah itu dibuat dengan teliti sebelum sesuatu kajian dilaksanakan. Sesetengah pelajar menghadapi masalah dalam mengenal pasti dan mendefinisikan permasalahan. Pelajar seperti ini perlukan nasihat dan tunjuk ajar daripada pensyarah yang berpengalaman atau dengan mengambil contoh daripada tesis terbaik yang pernah dihasilkan. Daripada sini pelajar boleh membentuk `jalan’ sendiri untuk melakukan kajian. Antara ciri permasalahan kajian yang baik ialah: a. Penyataan masalah itu ditulis dengan jelas dan padat; 3 Ibid. Hlm.2
  • 6. b. Permasalahan itu boleh menjana pelbagai soalan kajian; c. Ada teori yang menyokong permasalahan tersebut; d. Permasalahan tersebut berkait dengan satu atau lebih bidang akademik yang dikaji; e. Permasalah yang dikaji bersangkutan dengan literatur kajian, dan f. Permasalahan kajian itu masih baharu dan masih menjadi isu di tengah-tengah masyarakat. 4 3.0 SUMBER PERMASALAHAN KAJIAN Sumber permasalahan kajian ada di sekeliling kita. Kadangkala kita gagal mengenal pasti permasalahan kajian kerana kita menganggap permasalahan itu perkara biasa dan bukan sesuatu yang perlu diselidiki. Hal ini berlaku kerana kita gagal mendefinisikan permasalahanaa tersebut. 4 Ibid. Hlm.3
  • 7. Ada beberapa sumber yang boleh digunakan untuk mengenal pasti permasalahan kajian. Setiap sumber ini ada kebaikan dan kelemahannya. Oleh itu, pengkaji boleh manggabungkan fakta daripada sumber yang berlainan untuk menguatkan permasalahan kajian tersebut. Sumber yang biasa digunakan untuk mengenal pasti permasalahan ialah: a. Pernyataan daripada golongan berautoriti Dalam bidang pendidikan golongan yang berautoriti ialah orang-orang yang memegang dasar dalam sistem pendidikan di negara kita, antaranya ialah Perdana Menteri, Menteri Pendidikan, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Pengarah-pengarah Pendidikan Negeri, Profesor atau cerdik pandai yang berwibawa dalam bidang pendidikan dan sebagainya. Mereka sebanarnya berpengaruh dan pernyataan mereka boleh memberi kesan kepada kerajaan dan masyarakat. Contohnya, baru-baru ini masyarakat digemparkan dengan masalah kualiti pelajar Bumiputera di IPT. Ramai sekali orang-orang yang berwibawa memberi pandangan mereka, antaranya Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Awang Had Salleh, Prof. Diraja Ungku Aziz, Menteri Pendidikan dan ramai lagi. Pernyataan mereka itu boleh dijadikan permasalahan kajian. 5 5 Ibid. Hlm.3, 4.
  • 8. b. Cadangan kajian lanjut Pengkaji lain yang kebetulan berminat terhadap tajuk tersebut boleh mengambil tajuk yang dicadangkan dalam usaha menyambung tugasan yang belum lengkap itu. Cara ini dianggap sah dan dibenarkan. c. Deduksi daripada teori Pengkaji yang berkeinginan membuat kajian berdasarkan deduksi daripada teori perlu memenuhi syarat utama, iaitu mahir dalam teori yang hendak dijadikan sumber. Kebolehan pengkaji menguasai teori yang berkaitan dengan bidang yang dikaji membolehkan pengkaji memahami secara mendalam persoalan yang hendak dikaji. Masalah yang hendak dihasilkan daripada deduksi ke atas teori ini biasanya bukan masalah amalan. Tujuannya adalah untuk mengembangkan teori yang sedia ada. Dengan itu penyelidikan ke atas teori itu lebih mirip kepada penyelidikan asas. Penyelidikan ini kurang mementingkan penyelesaian masalah. d. Dokumen rasmi
  • 9. Dalam bidang pendidikan antara dokumen rasmi itu termasuk akta, kurikulum, sukatan pelajaran, buku teks dan dokumen-dokumen lain yang berkaitan. Sesuatu akta itu dipinda kerana ada kajian ke atasnya. Begitu juga kurikulum dan buku teks. Kajian ka atas dokumen ini melibatkan analisis kandungan yang terdapat pada teks tersebut. Permasalahan yang biasanya ditimbulkan daripada dokumen ini 6 Ialah sama ada sesuai atau tidak dengan masa sekarang atau untuk melihat ketepatan aspek/komponen yang terkandung dalam dokumen tersebut dengan apa yang dirancang dan sebagainya. e. Pengalaman Pengalaman banyak mengajar kita mengenal pasti masalah. Bagi guru, masalah disiplin, ponteng, menghisap rokok dan samseng di kalangan pelajar merupakan antara pengalaman yang sering dialami. Masalah daripada pengalaman ini boleh memotivasikan penyelidik kerana faedahnya akan dirasai penyelidik sendiri, masyarakat dan profesion. Oleh sebab setiap guru mempunyai pengalaman yang berbeza-beza, penyelidik perlu hati-hati bagi memastikan masalah itu ialah masalah sejagat dan mempunyai nilai untuk diselidiki. Kadangkala masalah itu merupakan masalah peribadi dan lebih sesuai dibuat kajian tindakan sahaja. 6 Ibid. Hlm.4
  • 10. Kadangkala masalah itu masalah sementara dan tidak perlu dikaji. Contohnya, ramai pelajar tidak hadir ke sekolah kerana hari hujan, pelajar tidak dapat membuat latihan yang diharapkan kerana tajuk pelajaran baru diajarkan, suasana kecoh di dalam kelas kerana bekalan elektrik terputus dab sebagainya. f. Karya-karya yang berkaitan Karya-karya yang berkaitan mendedahkan penyelidik kepada contoh permasalahan yang pernah dikaji dan bagaimana permasalahan itu diselesaikan. Contoh-contoh tersebut membantu penyelidik memahami permasalahan kajian. 7 4.0 KEPENTINGAN PERMASALAHAN KAJIAN Pernyataan masalah amat penting dalam penyelidikan yang dijalankan. Pernyataan masalah merupakan isu/ masalah yang ingin dikaji dalam penyelidikan. Selalunya pensyarah 7 Ibid. Hlm.4, 5.
  • 11. akan menyoal mengapa hendak menjalankan kajian berkenaan. Penyelidik tentunya telah bersedia untuk mempertahankan isu/masalah yang ingin dikaji. Justeru itu, penyelidik perlu boleh menerangkan secara mendalam mengapa kajian berkenaan perlu dijalankan. Pernyataan masalah diperoleh melalui pembacaan, pemerhatian dan temu bual yang dijalankan. Selain itu, ia juga boleh diperoleh melalui penelitian dokumen dan soal selidik. Bagaimana menyampaikan pernyataan masalah dalam penulisan? Berikut diterangkan cara menyampaikan pernyataan masalah untuk tajuk – Pelaksanaan Inkuiri Penemuan dalam Pendidikan Sains. Ia merupakan suatu penyelidikan berbentuk kajian tinjauan. Pertama: Penyelidik perlu menerangkan konsep-konsep yang digunakan dalam kontek penyelidikan yang dijalankan bukannya secara umum. Kedua : Selepas itu, penyelidik menerangkan berkaitan kajian-kajian lepas yang mendapati bahawa isu/ masalah yang ingin dikaji mempunyai kepentingan dan kelebihan kepada pengguna/pelajar/guru/pentadbir/organisasi dan sebagainya. Penyelidik perlu menyertakan sebanyak yang mampu kajian-kajian dalam dan luar negara yang berkaitan. Ketiga : Penyelidik perlu menerangkan senario pada ketika ini berkaitan isu/masalah yang ingin dikaji. Nyatakan kelemahan/ masalah/ kekangan yang dihadapi dan ia memerlukan penyelesaian melalui penyelidikan yang dijalankan.
  • 12. Keempat : Penyelidik perlu menghubung kaitkan kepentingan dan kelebihan dengan senario yang dibincangkan untuk mengatasi isu/masalah yang dihadapi. 8 Kelima : Bahagian ini merupakan rumusan penyelidik keatas hujah-hujah yang disampaikan. Penyelidik perlu menerangkan kenapa kajian berkenaan amat penting dijalankan dari perspektif penyelidik. a. Isu keprihatinan/ Fokus Kajian • Kenal pasti dan nyatakan isu / masalah sebenar. • Menghuraikan isu/ masalah berkenaan. • Rumuskan masalah yang telah di kenal pasti – senaraikan. b. Tinjauan masalah Tujuannya ialah supaya masalah yang di kenal pasti dapat dibuktikan melalui kaedah saintifik (penyelidikan – alat kajian- analisis). • Nyatakan alat-alat kajian yang digunakan untuk mengenal pasti isu/ masalah. • Paparkan alat-alat kajian ( i,ii, iii,iv) berkenaan • Terangkan sebab menggunakan alat-alat kajian ( i,ii, iii,iv) berkenaan • Terangkan bagaimana menggunakan alat-alat kajian berkenaan iaitu terangkan cara 8 Noraini Idris. 2010. Penyelidikan Dalam Pendidikan. Hlm 1.
  • 13. pelaksanaannya sehingga mendapat data yang diperlukan (langkah-langkah) c. Analisis masalah • Menerangkan setiap satu cara menganalisis alat-alat kajian berkenaan ( i,ii, iii,iv) • Nyatakan setiap satu hasil analisis/ dapatan yang diperoleh • Buat kesimpulan setiap satu hasil/dapatan kajian (Rujuk balik kepada fokus kajian/ isu keprihatinan). • Pastikan dapatan/hasil menerangkan isu/masalah yang dinyatakan. 9 OBJEKTIF KAJIAN/ SOALAN KAJIAN • Tentukan objektif umum kajian ( seperti tujuan kajian) • Tentukan objektif khusus kajian (seperti objektif kajian) • Kedua-dua merujuk kepada masalah/ isu yang telah dikenal pasti dan telah dibuktikan dengan kaedah saintifik/ alat kajian. • Objektif hendaklah berkaitan dengan tindakan/intervensi (strategi, kaedah, teknik, pendekatan,aktiviti, program) • Objektif hendaklah boleh diukur dengan menggunakan alat-alat kajian yang dipilih (Lihat alat kajian yang digunakan). 9 Ibid. Hlm.1, 2.
  • 14. • Gunakan perkataan –peningkatan, perkembangan, mengubah sikap pelajar, menghasilkan penulisan.. KUMPULAN SASARAN Memerihalkan ciri-ciri responden secara terperinci semua perkara berikut: bilangan, jantina, nama kelas/jawatan, prestasi akademik, ciri-ciri unik yang lain. PELAKSANAAN KAJIAN 1. Perancangan langkah-langkah tindakan 2. Perancangan cara mengumpul data 3. Perancangan cara menganalisis data 10 Perancangan langkah-langkah tindakan • Menyatakan pendekatan/ program/ aktiviti/kaedah/ teknik yang digunakan. • Terangkan cara pelaksanaan setiap satu secara terperinci. • Terangkan secara berperingkat-peringkat/ langkah-langkah /proses menjalankan aktiviti/ kaedah/teknik berkenaan. Perancangan cara mengumpul data 10 Ibid. Hlm.2.
  • 15. • Menyatakan alat-alat kajian ( i,ii, iii,iv) yang digunakan. • Menerangkan setiap satu cara mengumpul data-data kajian berkenaan ( i,ii, iii,iv). Perancangan cara menganalisis data • Menerangkan setiap satu cara menganalisis alat kajian berkenaan ( i,ii, iii,iv). • (Terangkan bagaimana menganalisis dan menggunakan kaedah apa). • Nyatakan setiap satu hasil analisis/ dapatan yang diperoleh – pemerhatian, analisis dokumen, temu bual, soal selidik dll. b. KOS KAJIAN • Sediakan dalam bentuk jadual: • Bil. ,Harga se unit, Bilangan unit, Jumlah harga,Jumlah keseluruhan • Pengangkutan (Jika perlu) • Senaraikan semua bahan yang di gunakan dalam kajian. TINJAUAN LITERATUR • Menerangkan konsep yang digunakan, teori, model, program yang berkaitan dengan soalan-soalan/ objektif kajian • Menghuraikan kajian lepas yang berkaitan dengan soalan/ objektif kajian • Nyatakan : nama penulis, tahun, tempat kajian, bentuk kajian, sampel kajian, alat kajian, kaedah analisis dan dapatan kajian • Senaraikan sekurang-kurangnya 5 kajian lepas yang berkaitan dengan kajian yang
  • 16. dijalankan (tepat). 11 5.0 KESIMPULAN Secara kesimpulannya, Pernyataan masalah amat penting dalam penyelidikan yang dijalankan. Pernyataan masalah merupakan isu/ masalah yang ingin dikaji dalam penyelidikan. Selalunya panel akan menyoal mengapa penyelidik hendak menjalankan kajian berkenaan. Penyelidik tentunya telah bersedia untuk mempertahankan isu/masalah yang ingin dikaji. Justeru itu, penyelidik perlu boleh menerangkan secara mendalam mengapa kajian berkenaan perlu dijalankan. Masalah penyelidikan ialah bidang keprihatinan seseorang penyelidik, keadaan yang ingin dibaiki, kesusahan yang hendak diatasi, dan soalan yang hendak dicari jawapannya. Maka, masalah itu boleh jadi sesuatu yang belum selesai, elemen tidak puas hati, perubahan yang diinginkan, atau sesuatu yang masih belum tercapai sebagaimana yang diharapkan. Pendek kata, masalah penyelidikan ialah tentang perkara yang hendak disiasat, serta hendak diperoleh jawapannya.Masalah penyelidikan mesti ditentukan, atau ditetapkan supaya kepentingan, rasional dan signifikan melaksanakan sesuatu penyelidikan menjadi ketara. Masalah mungkin terlalu besar dan luas. Dengan itu penyelidik perlu membuat saringan, serta tapisan bagi mengecilkan skop masalah penyelidikan untuk disejajarkan kepada jenis data yang hendak dikutip, serta kaedah analisis data yang bakal dibuat. Penapisan masalah penyelidikan memungkinkan penyelidik membuat klasifikasi pemboleh ubah secara khusus dan objektif. Gambaran masalah yang menggunakan perkataan-perkataan 11 Ibid. Hlm.3, 4.
  • 17. besar seperti "keberkesanan", prestasi", dan "proses pembelajaran" hendaklah diketepikan. Hal ini disebabkan penyelidik bakal berhadapan dengan kekangan kewangan, lojistik dan sumber dalam proses mentadbirkan sesuatu penyelidikan. 12 6.0 RUJUKAN Sabrina Isa.2010. Permasalahan Kajian. www.academia.edu. Noraini Idris. 2010. Penyelidikan Dalam Pendidikan. www.academia.edu. Van Dalen, D.P. (1993). Memahami Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka . https://www.scribd.com/doc/308713655/Pernyataan-Masalah-Kajian-Dalam-Penulisan-Tesis. Dipetik pada 10/04/2019. 12 https://www.scribd.com/doc/308713655/Pernyataan-Masalah-Kajian-Dalam-Penulisan-Tesis. Dipetik pada 10/04/2019.