SlideShare a Scribd company logo
1 of 21
Download to read offline
PENYEDIAAN CADANGAN KAJIAN       TOPIK 2




TOPIK 2             PENYEDIAAN CADANGAN KAJIAN
                    Dr. Nor Azizah Salleh



PENGENALAN
Langkah pertama dalam menulis sesebuah kajian ilmiah ialah menyediakan draf
cadangan kajian, iaitu ringkasan atau sebuah dokumen yang ditulis secara sistematik,
yang melakarkan kajian yang akan anda lakukan. Sebuah cadangan kajian yang lengkap,
pada amnya, mengandungi masalah kajian, persoalan kajian, tinjauan literatur, metodologi
kajian dan senarai rujukan.


OBJEKTIF
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

     1.   menerangkan kepentingan cadangan kajian sebagai penunjuk arah kepada
          kajian yang dicadangkan; dan

     2.   menyediakan satu cadangan kajian, menyatakan permasalahan kajian, hipotesis,
          teori, soalan kajian, tinjauan literatur, metodologi dan batasan kajian.


PETA MINDA TOPIK


                                      Cadangan Kajian




            Permasalahan                     Tinjauan            Metodologi
               Kajian                        Literatur            Kajian




2.1       KENAPA ANDA MENULIS CADANGAN KAJIAN?
Cadangan kajian ialah rancangan kajian yang meliputi kerangka konsept kajian, tujuan
dan objektif kajian, soalan dan hipotesis kajian, kepentingan dan batasan kajian, tinjauan
literatur dan kajian lepas serta alat kajian dan kaedah penganalisisan data. Pengkaji akan
menjalankan kajian berpandukan cadangan kajian ini, yang akhirnya akan menghasilkan
kertas kajian, disertasi, tesis atau kertas projek. Dengan menyediakan cadangan kajian
pengkaji boleh:




                                                                                   OUM
20
TOPIK 2      PENYEDIAAN CADANGAN KAJIAN




(a)     mengenal pasti permasalahan yang dikaji dan menyatakan satu set soalan kajian
        untuk dijawab dalam kajian;

(b)     membuat tinjauan literatur berkaitan dengan permasalahan kajiaan (ini menunjukkan
        status pengetahuan ilmiah dalam bidang itu), serta mengenal pasti bidang yang
        belum lagi dikaji atau kurang diberi perhatian oleh pengkaji;

(c)     menghasilkan hipotesis (jawapan yang diramalkan untuk soalan kajian, jika
        berkaitan);

(d)     membina metodologi kajian yang berpadanan untuk menguji hipotesis atau untuk
        menjawab soalan-soalan kajian;

(e)     membina reka bentuk kajian dan teknik pengumpulan data yang sesuai; dan

(f)     mengenal pasti prosedur analisis data yang sesuai dan justifikasinya.


2.2        KANDUNGAN CADANGAN KAJIAN
Sebenarnya tidak ada suatu cara tertentu untuk kita menstruktur sesebuah cadangan
kajian. Bagaimanapun, anda dicadang menbahagikan cadangan kajian anda kepada
seksyen atau bab seperti yang ditunjukan dalam Rajah 2.1.


                                       Cadangan Kajian




      Bab Satu                      Bab Dua                        Bab Tiga

      menyatakan masalah            memaparkan literatur           menjelaskan secara
      yang ingin dikaji,            berkaitan dan kajian           terperinci tentang reka
      termasuk tujuan,              berkaitan dengan topik         bentuk kajian, termasuk
      soalan kajian dan             yang anda pilih.               pemilihan sampel dan cara
      kepentingan kajian.                                          data dikutip dan dianalisis.


                                  Rajah 2.1: Cadangan kajian


2.2.1      Bab 1: Masalah Kajian

Bahagian seterusnya menerangkan kandungan Bab 1.

(a)     Pengenalan
        Dalam bahagian ini anda akan memperkenalkan masalah kajian dengan sedikit
        elaborasi tentang fokus utamanya dan variabel yang terlibat dan tujuan kajian. Anda
        juga harus mengetengahkan beberapa kajian yang signifikan dalam bidang kajian
        yang anda pilih. Ia sepatutnya ditulis sepanjang lebih kurang 200 perkataan seperti


OUM
                                                                                           21
PENYEDIAAN CADANGAN KAJIAN                 TOPIK 2




        ditunjukkan dalam contoh berikut. (Contoh ini tidak diterjemahkan supaya ia dapat
        menjadi contoh kepada pelajar-pelajar yang perlu menulis laporan kajian dalam
        Bahasa Inggeris).


          Topic: Inculcating Noble Values through Cooperative Learning in Science

                                           Introduction
      Cooperative learning is learning in small group of 4-5 persons with emphasis
      on interdependency among members, and maintaining individual responsibilities in
      achieving specific learning objectives. It has been proven through more than 100
      research that it enhances achievement as well as affective domain (Johnson &
      Johnson, 1994). The noble values (nilai murni) in the Malaysian school curriculum cut
      across curriculum and are required to be included in the daily lesson plan. This
      research attempts to see if the 5 noble values: love, rationale, diligent, independent
      and cooperativeness can be inculcated through teaching of science using the
      cooperative learning TGT structure. Cooperative learning to inculcate values was
      conducted in 12 secondary schools in Malaysia, using the structures of Jigsaw2 and
      STAD (NorAzizah et al, IRPA 1998). This experimental study, however, will focus on
      cooperative learning using TGT (Team Games Tournaments), which was not
      extensively researched locally in science. It is introducing learning through group
      competitive games which would make learning interesting and encourages students to
      attain positive values in life.




(b)     Latar Belakang Masalah Kajian
        Dalam bahagian ini, anda perlu huraikan masalah kajian yang telah anda kenal pasti
        dan terangkan kenapa perlunya kajian ini di buat. Anda juga harus melakarkan
        keadaan semasa atau isu isu yang perlu ditangani, dan terangkan bagaimana kajian
        anda akan menghasilkan penyelesaian yang diperlukan atau menjelaskan masalah-
        masalah yang ada. Di sini juga anda boleh menjelaskan literatur yang yang berkaitan
        dengan kajian anda dan yang menghasilkan pertemuan signifikan.
        Berikut adalah contoh latar belakang masalah kajian.


        Crimes such as theft, robbery, murder, gang fight, and juvenile delinquency are
        common topics in Malaysian daily newspapers currently. One wonders what makes
        individuals lose their humanities and conduct criminal acts on other fellow human
        beings. How can we help? Parents and teachers are among the responsible parties in
        bringing up children to have positive characters as delineated in the 16 noble values
        including love for life and the environment, love, kind-heartedness, rationale,
        cooperativeness and diligent. Teaching values is difficult but it is important in moulding
        future citizens into human beings who are responsible towards themselves, others and
        the nation. Hence this research is undertaken to improve the teaching and learning of
        values in an effort to realize the philosophy of the Malaysian School Curriculum in
        bringing about a balanced individual affectively, cognitively, physically and spiritually.
        The research hopes to answer the questions: can we inculcate values (love, kind-
        heartedness, cooperativeness, rationale and diligent) through cooperative learning in
        science using TGT cooperative learning structure? Throughout the 1990s many
        research in Malaysian schools had indicated that cooperative learning can bring about
        achievements as well as values (NorAzizah & Chong Poh Wan, 2000). This research
        would use TGT cooperative structure which has not been widely used in science
        lessons in Malaysian secondary school.



                                                                                                 OUM
22
TOPIK 2        PENYEDIAAN CADANGAN KAJIAN




 Latihan 2.1

 Jelaskan apa yang anda faham tentang “Latar Belakang Masalah Kajian”.


(c)   Pernyataan Masalah
      Pernyataan masalah boleh ditulis sebagai tujuan am kajian atau dalam bentuk
      persoalan kajian. Pada amnya kenyataan ini amat spesifik dan mengandungi
      variabel kajian. Sekiranya anda menggunakan hipotesis, sebagaimana lazimnya
      dalam kajian kuantitatif, ia juga perlu anda nyatakan. Berikut adalah contoh-contoh
      pernyataan masalah kajian dalam bentuk soalan:
      (i)      Apakah keperluan professional sesuatu kumpulan guru sains tertentu?
      (ii)     Apakah mereka memerlukan kursus pedagogikal, Bahasa Inggeris, kandungan
               sains, rekreasi, pengendalian kelas atau mana-mana kursus lain?
      (iii)    Adakah kursus-kursus profesional      perlu   dibezakan    untuk    guru-guru
               berdasarkan kadar gaji bulanan?
      (iv)     Adakah pelajar-pelajar Tingkatan 2A yang mengikut latih tubi kursus
               percakapan bahasa Inggeris harian mempunyai keupayaan lisan lebih baik
               daripada pelajar Tingkatan 2B yang mengikut kurikulum biasa?
      (v)      Adakah pelajar-pelajar yang melawat rumah anak-anak yatim dan rumah
               orang-orang tua mendapat markah lebih tinggi bagi indeks empati dan belas
               kasihan berbanding dengan pelajar-pelajar yang tidak mengikuti program
               tersebut?


 Latihan 2.2

 Cadangkan satu topik kajian dan tuliskan “Pernyataan Masalah” bagi topik
 ini.


(d)   Kerangka Konsep
      Kerangka konsep adalah kerangka yang menunjukkan hubungan sebab-kesan
      antara variabel takbersandar (independent) dan variabel bersandar (dependent)
      yang biasanya digambarkan dalam sebuah rajah. Contohnya, suatu kajian untuk
      melihat kesan peralatan makmal ke atas personaliti guru dan pendapat pelajar
      tentang pencapaian sains am. Contoh kerangka konsep ditunjukkan dalam Rajah
      2.2.


              1. Peralatan makmal
              2. Personaliti guru                               Pencapaian sains
              3. Pandangan pelajar



        Rajah 2.2: Kerangka konsep: Faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian sains




OUM
                                                                                         23
PENYEDIAAN CADANGAN KAJIAN             TOPIK 2




(e)        Objektif dan Soalan Kajian
           Di dalam cadangan kajian anda perlu menyatakan objektif dan soalan kajian yang
           akan anda lakukan dengan jelas. Berikut adalah beberapa contoh objektif kajian
           untuk mengkaji pembelajaran koperatif:

      Objektif-objektif kajian ini ialah:

      1.      Untuk memastikan sama ada pembelajaran menggunakan                     TGT    dapat
              meningkatkan pencapaian dalam mata pelajaran Sains.

      2.      Untuk memastikan sama ada pembelajaran koperatif menggunakan TGT dapat
              membina rasa kasih sayang, belas kasihan, kejujuran, sikap rasional dan
              kerjasama.



(f)        Kepentingan Kajian
           Bahagian ini biasanya menceritakan kepentingan hasil kajian anda nanti. Ia juga
           sepatutnya dapat mengenal pasti individu, kumpulan atau institusi yang mungkin
           akan mendapat manfaat daripada kajian ini. Contohnya, pembelajaran koperatif
           mungkin akan berguna kepada guru-guru sains khasnya, dan amnya guru-guru mata
           pelajaran lain yang mungkin mencari-cari cara baru untuk menerap nilai-nilai
           tertentu. Ia juga mungkin berguna untuk guru besar yang ingin mengetahui
           bagaimana pembelajaran koperatif boleh digunakan di sekolah mereka.

(g)        Batasan Kajian
           Disini nyatakan batasan kajian anda, iaitu nyatakan sejauh manakah penemuan
           anda boleh diguna pakai dalam konteks lain. Contohnya, jika kajian pembelajaran
           koperatif (TGT) anda melibatkan penerapan nilai-nilai tertentu di 12 buah sekolah
           kerajaan di negeri Selangor, maka penemuannya mungkin boleh diguna pakai di
           sekolah-sekolah di negeri Selangor sahaja, dan tidak di semua sekolah di seluruh
           negara.

(h)        Penerangan Terminologi
           Kebanyakan, tetapi tidak semua, cadangan kajian mengandungi bahagian yang
           memberi definisi terminologi penting yang digunakan, terutamanya termonologi
           teknikal. Contohnya, didalam kajian The Inculcation of Values Using Cooperative
           Learning in Science, terminologi yang didefinisikan termasuk: pembelajaran
           koperatif, TGT, sains, pencapaian dan nilai-nilai. Terminologi-terminologi ini perlu
           didefinisikan dalam konteks kajian ini. Definisi-definisi ini boleh ditulis dalam bentuk
           konseptual dan operasional. Definisi operasional adalah definisi tentang variabel
           dalam bentuk yang boleh diukur, terutama sekali dalam kajian kuantitatif.
           Contohnya:

           Pencapaian bererti markah sains (0 ke 100) yang dapati dari ujian bulanan. Nilai ini
           dikira menurut skala Likert dari 1 ke 9.

           Sesetengah variabel boleh didefinisi secara konseptual, contohnya, TGT adalah
           pendekan kepada Team Games Tournament di mana pelajar membantu satu sama
           lain untuk belajar dalam kumpulan-kumpulan kecil dan pengajarannya menurut
           empat (4) langkah:



                                                                                           OUM
24
TOPIK 2           PENYEDIAAN CADANGAN KAJIAN




        (i)      guru mengajar;
        (ii)     pelajar belajar dalam kumpulan;
        (iii)    adakan pertandingan; dan
        (iv)     beri hadiah.

(i)     Rumusan
        Ini adalah perenggan pendek yang menyatakan tujuan kajian dan rumusan dari apa
        yang tertulis sebelumnya.


 Latihan 2.3

 Rujuk kepada kajian dalam Latihan 2.2, lukiskan “Kerangka Konsep” bagi
 kajian ini.


2.2.2           Bab 2: Tinjauan Literatur

Sekarang kita akan melihat tinjauan literatur dan apa yang terkandung di dalamnya.

(a)     Pengenalan
        Dalam bahagian tinjauan literatur ini, anda akan menyatakan tujuan kajian anda dan
        topik kecil tentang “Literatur Berkaitan” dan “Kajian Berkaitan” yang akan
        disampaikan dalam muka-muka surat seterusnya.

(b)     Literatur Berkaitan
        Anda perlu menyampaikan lakaran kasar semua literatur yang berkaitan dengan
        kajian anda. Ini termasuklah teori-teori dan prinsip-prinsip dalam topik kajian anda.
        Contohnya:

      Kaedah mengajar kemahiran berfikir bagi fungsi dan persamaan kuadratik.


        Dalam mengkaji topik ini, literatur berkaitan adalah tentang:
                Kemahiran berfikir.
                Pendekatan pendekatan mengajar kemahiran berfikir.
                Strategi strategi mengajar.

(c)     Kajian Berkaitan
        Dalam bahagian ini, anda akan memfokus kepada kajian-kajian lepas yang
        dijalankan di dalam dan di luar Negara yang berkaitan dengan soalan kajian yang
        anda pilih. Anda harus memberi ringkasan kepada setiap kajian dan terangkan
        penemuannya. Kemudian, nyatakan pandangan anda sekiranya terdapat persamaan
        dan perbezaan antara kajian-kajian tersebut.

(d)     Rumusan
        Berdasarkan tinjauan literatur yang anda buat, tulis pandangan kritikal anda tentang
        kajian-kajian lepas dan juga kepentingan tinjauan ini kepada kajian anda.




OUM
                                                                                          25
PENYEDIAAN CADANGAN KAJIAN            TOPIK 2




Satu lagi aspek penting yang perlu anda muatkan dalam cadangan kajian anda ialah
metodologi kajian yang akan anda gunakan untuk menjalankan kajian anda.


 Latihan 2.4

 Rujuk kepada kajian dalam Latihan 2.2, tuliskan satu ayat berkaitan
 “Literatur Berkaitan” dan satu ayat berkaitan “Kajian Berkaitan”.



2.2.3      Bab 3: Metodologi Kajian

(a)     Pengenalan
        Di sini dinyatakan sekali lagi tujuan kajian anda. Anda harus memberi tahu pembaca
        yang bab in akan mengandungi beberapa topik kecil termasuk reka bentuk kajian,
        populasi dan sampel kajian, alat-alat kajian, kaedah pengumpulan data dan kaeah
        penganalisisan data.

(b)     Reka Bentuk Kajian
        Di sini anda perlu nyatakan jenis kajian anda, sama ada ia menggunakan kaedah
        kuantitatif atau kaedah kualitatif dan berikan juga justifikasi pilihan anda. Anda juga
        harus menerangkan reka bentuk kajian anda. Contohnya, ini adalah suatu kajian
        eksperimental, anda mungkin akan menggunakan pre-test-post-test-equivalent group
        design. Jika anda membuat kajian tinjauan, anda mungkin akan menggunakan reka
        bentuk cross-sectional atau longitudinal.

(c)     Populasi dan Sampel
        Dalam bahagian ini, anda akan menyatakan populasi yang dirangkumi kajian anda
        dan teknik memilih respoden kajian daripada populasi yang ditetapkan. Saiz dan
        lokasi polulasi dan sampel perlu diterangkan dengan jelas.

        Sebagai pengkaji, anda perlu memilih populasi sasaran dan memilih responden
        kajian yang mewakili populasi itu. Dalam tinjauan, lazimnya 10% daripada populasi
        akan diambil. Teknik persampelan berdasarkan kebarangkalian, termasuklah
        persampelan rawak mudah, persampelan rawak berstrata, persampelan rawak
        sistematik dan persampelan kelompok. Bagi kaedah kualitatif, persampelan khusus
        (bukan berdasarkan kebarangkalian) digunakan. Saiz sampel biasanya kecil,
        terutama dalam kajian kes, sampel itu mungkin seorang pelajar, satu kumpulan atau
        suatu organisasi.

(d)     Alat Kajian
        Alat kajian ialah alat yang digunakan untuk mengukur variabel kajian anda.
        Contohnya, sebuah alat penimbang dugunakan untuk mengukur berat dan pita ukur
        digunakan untuk mengukur panjang bilik darjah. Dalam kajian pendidikan, anda
        perlukan alat untuk mengukur pencapaian pelajar, kemahiran manipulatif atau sikap.
        Anda perlu menyatakan alat kajian anda yang mungkin terdiri daripada pelbagai alat
        seperti borang kaji selidik, borang pemerhatian, borang temuduga, skala mengukur
        sikap dan pelbagai jenis ujian (ujian pencapaian, kemahiran berfikir, kecerdasan
        fizikal dan sikap).




                                                                                       OUM
26
TOPIK 2      PENYEDIAAN CADANGAN KAJIAN




     (i)    Teknik Pengutipan Data
            Anda patut menyatakan siapakah yang akan mungutip data, bagaimana ia
            akan dikutip dan bila. Sama ada anda akan mengutip data sendiri atau anda
            akan gunakan orang lain (contohnya, guru kelas) untuk mengutipnya. Teknik
            utama mendapatkan data termasuklah memberi ujian kepada responden dan
            meminta mereka mengisi borang kaji selidik. Teknik-teknik lain adalah dengan
            mengadakan temuduga yang dirakam dan membuat pemerhatian dengan
            peralatan video.

Anda perlu ingat yang anda perlu membuat temu janji terlebih dahulu sebelum membuat
temuduga atau lawatan. Adalah penting untuk mendapatkan kebenaran dari guru besar
atau pengetua sekolah terlebih dahulu sebelum anda menjalankan kajian. Anda perlu
membuat jadual waktu untuk membolehkan anda menyiapkan kajian dalam masa yang
telah ditetapkan. Di bawah disediakan jadual waktu kerja kajian yang anda boleh adaptasi
untuk keseluruhan kajian dan ia harus dimasukkan bersama cadangan kajian anda.

              Jadual 2.1: Kajian: Persepsi Guru Berijazah tentang Kepuasan Kerja

                     Aktiviti              Jan 06    Feb 06    Mac 06    April 06      Mei 06

   Menulis cadangan kajian                  X

   - Membina dan menguji alat kajian                 X
   - Mendapatkan kebenaran
     menjalankan kajian di sekolah.                      X

   Membuat tinjauan dan mengutip data                          x

   Analisis data                                                    X     X        x

   Menulis laporan                                                                 x   X    x



     (ii)   Kaedah Analisis Data
            Kaedah analisis data ialah cara yang akan anda gunakan utuk menganalisis
            data kajian anda. Analisis data bermula dengan bentuk kajian yang akan anda
            jalankan: Adakah bentuknya deskriptif atau inferential? Nyatakan jenis analisis
            statistik yang sesuai untuk menganalisis jenis data kajian. Sekiranya anda
            menggunakan pekej perisisan statistik, jangan lupa menyatakanya dalam
            cadangan kajian anda. Jika anda menggunakan borang kaji selidik, apakah
            statistik descriptif yang akan anda gunakan? Sekiranya ia adalah kajian
            kualitatif, bagaimanakah anda akan memproses laporan temuduga dan data
            pemerhatian anda? Tujuan bahagian ini ialah untuk menerangkan peringkat-
            demi-peringkat bagaimana data yang telah anda kutipl akan diproses dan
            dianalisis untuk mendapatkan inferens dan hasil kajian. Data perlu dianalisis
            untuk mendapatkan jawapan kepada soalan-soalan kajian dan menguji
            hipotesis.




OUM
                                                                                                27
PENYEDIAAN CADANGAN KAJIAN        TOPIK 2




         (iii)   Rumusan
                 Dalam bahagian ini, anda akan merumus dengan ringkas semua topik kecil
                 yang ditulis sebelumnya, termasuklah soalan kajian, sampel kajian reka bentuk
                 kajian, alat dan analisis data.

     Nota:

                 Nota: Bajet Kajian

     Ini tidak diperlukan bagi semua cadangan kajian, tetapi ia penting sekiranya anda
     bercadang untuk memohon bantuan kewangan dari mana-mana agensi. Perincian
     kewangan ini akan diteliti oleh bakal penderma untuk tujuan membuat keputusan.
     Perkara-perkara yang akan dimasukan ke dalam bajet termasuklah:

     •           Barang pakai-habis seperti alat tulis.
     •           Elaun perjalanan dan lojing.
     •           Keperluan sumber manusia (pembantu kajian/makmal).
     •           Peralatan/alat khas.
     •           Percetakan laporan/menghadiri seminar.




Latihan 2.5

Rujuk kepada kajian dalam Latihan 2.2, tuliskan dua (2) item soal selidik
yang dapat mengukur motivasi belajar.




                                                                                       OUM
28
TOPIK 2     PENYEDIAAN CADANGAN KAJIAN




                                         Lampiran A


Cadangan kajian ini diadaptasi dari cadangan kajian Mohd. Noh (2000), sebuah latihan
ilmiah Fakulti Pendidikan, UKM. Beliau membuat kajian keatas sebab kenapa pelajar
berhenti mengambil biologi di peringkat SPM. Sila lihat cadangan kajian ini dan komen
tentang strukturnya, tinjauan literaturnya, kaedah kajiannya dan latar belakangnya.

1.1    Background

Presently, the writer finds no research had been done on problems in teaching Biology
since it started. The Malaysian Biology curriculum changes with time and contemporary
needs. Now Malaysia has introduced computer aided learning (SMART SCHOOL)
beginning year 2000 at 90 pioneer schools. No thesis has been done on the effectiveness
of Biology instruction in school. However, there is the phenomenon of some science
students leaving Biology at SPM level, with few leaving the other pure sciences. In Kuala
Lumpur, about 25% of SPM candidates drop Biology each year, as confirmed by the
examination section in Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur (refer to Table 2.1).

                    Table 2.1: List of Candidates in the Respective Science
                    Streams in Schools of Wilayah Persekutuan. 1996-1999

                                                            Total              % Candidates
          Year     Physics    Chemistry Biology
                                                          Candidates          Leaving Biology
          1996       4243         4271        3360           4271                 21.3%
          1997       4358         4353        3215           4358                 26.1%
          1998       5221         5249        3786           5249                 27.9%
          1999       5880         5873        4371           5880                 25.7%


More students were predicted to leave Biology at HSC level due to changes in the
education policy as confirmed by the Ministry of Education.This was reported in the radio,
Channel One, 7.00 am of 14th June 1999 that all HSC candidates must take English
(MUET) Malaysian University English Test. Science candidates have to drop a science
subject if the maximum subjects remain 5 (General Paper is a compulsory subject).

This occurence gave an impetus for the writer to investigate the reasons why more
students leave Biology and not the other science subjects. It is the writer’s belief that there
must be pertinent reasons but not due to the failure of KBSM Biology instructions in the
classroom.


1.2    Aims of the Research

The National Education philosophy stresses understanding of concepts as well as
inculcation of moral values and implies learning as whole not partitioned to a few
subjects. This is manifested in the various sciences taught in schools, including biology.
Why should biology be driven out? The aims of the research are:




OUM
                                                                                            29
PENYEDIAAN CADANGAN KAJIAN            TOPIK 2




(i)    to identify sources that lead many science students to drop KBSM Biology compared
       to other science subjects; and

(ii)   to identify replacement subjects selected by the students who drop KBSM Biology.


1.3       Objectives

Based on the aims above, the objectives of the research are:

1.     To identify sources that lead science students to drop Biology. The identified sources
       to be researched are:

       (i)     Students’ attitude toward Biology.

       (ii)    Students perception of the Biology teachers.

       (iii)   Lack of science equipments in the science lab to continue studying Biology
               effectively.

       (iv)    Biology is not essential with the students future career. e. Parents do not
               encourage their children to take Biology.

       (v)     The school administrators do not encourage students to take Biology.

2.     To identify replacement subjects as alternative to Biology and the reason for the
       choice.


1.4       Significance of the Research

The research is important because no research had been done on teaching and learning
Biology. Therefore, the results of this study would be useful to Malaysian educators. In
addition, this would be the baseline for other researchers to research KBSM Biology in
such areas as curriculum implementation and teaching aids.


1.5       Limitation of Research

The research is restricted to students who had dropped Biology in a number of schools in
Kuala Lumpur only. Five hundred students dropped Biology at the SPM level in 1999 from
Kuala Lumpur area and thus the sample for this research would be taken at this location.
Schools are randomly selected regardless of race, sex and school size. Results of the
research could be generalised to schools located in the Kuala Lumpur area only.




                                                                                        OUM
30
TOPIK 2     PENYEDIAAN CADANGAN KAJIAN




1.6    Definition of Terms

Career Choice: This refers to the students’ ambition on the career they would pursue after
SPM.

Students Attitudes: This is a concept that describes the students perceptions and beliefs
toward a subject and so manifested in their actions and behaviours.

Teaching Approach: The methods and techniques used by a teacher in presenting the
subject of Biology in class and in the science lab.

Support from Parents: The motivation and guidance given by parents at home that would
influence their choice of subject in school and the career choice.

Lab Facilities: This includes the physical structure of the lab. The standard according to the
Ministry of Education are 24x30 feet wide and 50 feet long with tables, chairs and electrics
outlet. Water and gas facilities, teaching aids, OHP, charts and projector are sufficient for
students to conduct KBSM Biology experiment.

School Administration: Policy, priority and preferences placed by the school on the science
curriculum, adequate number of science teachers, flexibility to drop Biology for other
subjects such as accounting and technical drawing.

Students Dropping Biology: Students’ decision to stop taking biology as an SPM subject
and to replace it with other electives such as accounting principles, technical drawing,
economy, languages (Mandarin, Arabic).

Teaching Problems include problems which frequently occur during teaching in the
classroom or within the school compound. Factors related to this include environment,
teaching objectives, teachers preparedness, teaching strategy and evaluation of
achievement. All these problems effect teaching and learning in the classroom. Objectives
may be too high to be attainable by students; content may be too much or difficult and
teaching strategy may be ineffective (Atan Long, 1991).


CHAPTER 2:         LITERATURE REVIEW

In this section, students’ attitudes toward science teachers’ personalities and science
practicals are discussed. The research include all sciences (biology, chemistry and
physics). Research specifically on Biology alone are few.

Students’ attitude toward science affects achievement. According to a research by Rozita
Ismail (1991), Form 4 students of high achievement have a significantly positive attitude
toward science than those of lower achievement. The research was conducted in three
schools in Perak. Eisenhardt (1977) found that it was good performance in chemistry that
motivates students to like chemistry. Lee Bang Hock (1988) found in his research in four
schools in Kajang that Biology was favoured by the girls while the boys preferred Physics
and Chemistry.




OUM
                                                                                           31
PENYEDIAAN CADANGAN KAJIAN         TOPIK 2




Students’ attitudes toward teachers can help students to like science. According to Norlela
(1995) students preferred teachers they can easily communicate for academic problems
Abdullah Nor (1998) also indicated that teachers who established good learning climate
facilitates students’ learning of Physics.

Practicals in the science laboratory facilitates science manipulative skills and interest
according to Ogunniyi (1983), who made his study on Nigerian school teachers. Similar
results were reported by Tobin (1986), who conducted the study in an Australian High
School. According to Wong Kam Kin (1999), practicals helped students to understand
science concept better. Muraly Theran a/l Rengasamy (1978) studied Form 4 students
achievement in science and found that teachers used of teaching aids and facilities
improved students performance.


CHAPTER 3:          RESEARCH METHODOLOGY

3.1     Introduction

The items discussed in this chapter include some aspects related to strategy of
implementing the research: the research design, sample, location of research, instruments,
procedure, technique of data collection, and method of data analysis.


3.2     Research Design

This is a survey research using questionnaire administered to respondents who had
dropped Biology at SPM level in the year 1999. The questionnaire include 35 close-ended
items and one open- ended item. The items are categorised into 7 themes:

      attitudes towards biology;

      perceptions towards the teacher;

      effect of lab facilities on learning;

      parental influence, effect of career choice;

      influence of school administration in handling students’ decision making process; and

      subjects alternative to Biology.


3.3     Location of Research

The areas are located within the vicinity of Kuala Lumpur. The researcher chose four (4)
schools from each of the four zones of Kuala Lumpur There is a total of 16
schools as shown in Table 2.2.




                                                                                    OUM
32
TOPIK 2      PENYEDIAAN CADANGAN KAJIAN




                         Table 2.2: List of Schools in the Research

                      Zone                                   School

        a. Bangsar                           1. SMK Bukit Bandaraya, K.L.
                                             2. SMK Seri Pantai, K.L.
                                             3. SMK Taman Tun Dr. Ismail, K.L.
                                             4. SMK Victoria, K.L.

        b. Pudu                              1. SMK(P) Bandaraya, K.L.
                                             2. SMK Aminuddin Baki, K.L.
                                             3. SMK Cheras, K.L.
                                             4. SMK Sains Selangor, K.L.

        c.   Sentul                          1. SMK (P) Jalan Ipoh, K.L.
                                             2. SMK Menjalara, Kepong, K.L.
                                             3. SMK Kepong, K.L.
                                             4. SMK Bandar Baru Sentul, K.L.

        d. Keramat                           1. SMK Desa Tun Hussein Onn, K.L.
                                             2. SMK Wangsa Maju, K.L.
                                             3. SMK Teknik, Setapak, K.L.
                                             4. SMK Tinggi, Setapak, K.L.


3.4    Instruments
A set of questionnaire was designed based on the research questions. The questionnaire
was adapted from that of Abdul Wahid Othman (1998), entitled “Sikap pelajar terhadap
mata pelajaran fizik: Satu perbandingan di antara pelajar pencapaian tinggi, sederhana
dan rendah di Sekolah Alam Shah, Kuala Lumpur.” Abdul Wahid had adjusted the items
from questionnaire of Siti Rahayah Ariffin (1988), entitled, “Kajian mengenai sikap
terhadap sains dan pencapaian dalam mata pelajaran sains paduan bagi pelajar tingkatan
tiga.” Some items are derived from questionnaire of Lee Beng Heok (1988) research,
entitled, “Sikap pelajar terhadap biologi dan sekolah: Dikotomi dan tahap pencapaian.”
For content validity the questionnaire was referred to the supervisor whose area is Biology
education. Next, the writer was advised to do the reliability test using test and retest
techniques. Reliability test determines the consistencies of answers by respondents should
the test be repeated again. The reliability test was done at Sekolah Menengah Lelaki
Methodist, Sentul where 20 form five students do the first test on Wednesday at 1.00 pm,
30th September,1999. The retest was done on Friday, at 10.30 am, 1st Oktober 1999. The
reliability was high (above 0.8).Some improvements to the items were made. There are
two sections on the questionnaire:


OUM
                                                                                        33
PENYEDIAAN CADANGAN KAJIAN           TOPIK 2




1.    Section A :      Backgound of respondents

2.    Section B :      Include 35 close-ended items and one open-ended item.

The 35 items are categorised into 7 themes each having 4 to 6 items.

      Table 2.3: Themes and the Respective Items in the Questionnaire (Close Ended Items)


        No.                           Themes                                    Item
         1.    Students' attitude towards biology.                           1,2,3,4,5,6
         2.    Students' attitude towards biology teacher.                 7,8,9,10,11,12
         3.    Effect of lab facilities.                                  13,14,15,16,17
         4.    Effect of future career.                                     18,19,20,21
         5.    Parental influence.                                          22,23,24,25
         6.    School administration's influence.                           26,27,28,29
         7.    Sources of alternative subject replacing biology.         31,32,33,34,35,36


Item number 30 is an open-ended item requesting students to choose the subjects
alternative to Biology. The rest of the 35 items, respondents are requested to circle the
answer on the scale of 1 to 10. Number one indicates highly disagree to the given
statement, while 10 indicates student highly agree to it.


3.5     Procedure

The research topic was chosen after consultation with the supervisor and the drafting of
proposal was made, entitled “Factors that influence science students to drop Biology at
SPM level”. The revised proposal was sent to the Ministry of Education Research and
Policy Division (Kementerian Pendidikan Malaysia, Bahagian Perancangan Pembangunan
dan Penyelidikan BPPP), for their evaluation and approval to visit the schools for data
collection. In addition, permission was also sought from Bahagian Pendaftaran, Jabatan
Pendidikan Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Both letters would be shown to the
school on the visit.

The questionnaire were submitted to the school administrator who will administer it to the
respondents. The data collected would be examined, sorted and analysed.


3.6     Data Collection

This is a survey using a self administered questionnaire to the respondents (selected
students). It is not posted by mail but the questionnaire was delivered by the researcher to
the school and he would collect it back.




                                                                                       OUM
34
TOPIK 2         PENYEDIAAN CADANGAN KAJIAN




The Senior science teacher of the school was requested to help in the distribution
and administration of the questionnaire to the respondents with the permission of the
school head. Students would be briefed on how to respond to the questionnaire and 45
minutes would be allocated for the answering session. The researcher would come back to
the school after a week to collect the questionnaire forms.


3.7      Data Analysis

The 35 close-ended items will be analysed based on the scale 1 to 10. The following table
shows how scores would be obtained:

       Table 2.4: Scale for Answering Questionnaire from Strongly Agree to Strongly Disagree


          Category           Strongly Disagree ------------- ----------------- Strongly Agree
      Level of agreement       1     2      3     4      5      6     7    8     9       10
      Score (S)                5     4      3     2      1      1     2    3     4       5
      Sample (n)

      Total
      (S x n)

Data will be analysed in terms of frequency and percentage.

References:

Abdul Wahid Othman. (1999). Sikap Pelajar Terhadap Matapelajaran Fizik: Satu
     Perbandingan di antara Pelajar Berpencapaian Tinggi, Sederhana dan Rendah di
     Sekolah Alam Shah, Kuala Lumpur. Latihan Ilmiah Universiti Kebangsaan Malaysia.

Abdullah bin Nor. (1998). Kajian Mengenai Beberapa Faktor yang Mempengaruhi
     Kecenderungan Terhadap Fizik bagi Pelajar Tingkatan 4. Latihan Ilmiah Universiti
     Kebangsaan Malaysia.

Atan Long. (1983). Pedagogi Kaedah Mengajar. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.

Eisenhardt, W.D. (1977). A research for predominant causal sequence in interrelationship
     ofinterest in academic subject and academic achievement, Dissertation Abstract
     International, 37, no 07:4225.

Lee Ben Hock. (1988). Sikap Pelajar Terhadap Biologi dan Sekolah: Dikotomi Jantina dan
     Tahap Pencapaian. Latihan Ilmiah Universiti Kebangsaan Malaysia.

Masmuda Hj Bakri. (1981). Persepsi Terhadap Matapelajaran di Kalangan Pelajar Sekolah
    Menengah: Satu Kajian Kes. Latihan Ilmiah. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Muraly Tharen a/l Rengasamy. (1987). Kesan Penggunaan ABM Terhadap Pencapaian
     Murid Tingkatan 4 dalam Matapelajaran Fizik. Latihan Ilmiah Universiti Kebangsaan
     Malaysia.


OUM
                                                                                                35
PENYEDIAAN CADANGAN KAJIAN           TOPIK 2




Norlela Sulaiman. (1995). Strategi Mempertingkat Minat Pelajar Terhadap Subjek Sains
     bagi    Memenuhi      Matlamat   Pendidikan   Negara,     Seminar   Kebangsaan
     Matrikulasi/Asasi Pertama, Malaysia 22-23 November.

Ogunniyi, M.B. (1983). An analysis of laboratory activities in selected Nigerian secondary
    school. Journal of Science Education. 5(2): 195-201.

Rozita Ismail. (1991). Kajian Mengenai Sikap dan Pencapaian dalam Matapelajaran Fizik
     Moden Tingkatan 4 di 3 Buah Sekolah Menengah di Daerah Batang Padang Perak.
     Latihan Ilmiah Universiti Kebangsaan Malaysia.

Tobin, Kenneth. (1986). Secondary school science laboratory activities. Journal of Science
     Education. 8(2): 199-211.




                                                                                   OUM
36
TOPIK 2    PENYEDIAAN CADANGAN KAJIAN




                                      Lampiran B

Pilih satu topik kecil kajian dan berdasarkan panduan dibawah, tulis cadangan kajian
untuk topik yang telah anda pilih:

                       Jadual 2.1: Panduan Menulis Cadangan Kajian

                      Contents                          Items to be Included
  Chapter 1   Research Problem
              Background of the         Why must this research be done? Data from
              Research                  previous research to support it.
              Statement of the          Statement of the research problem in terms of what
              Problem                   the research will attempt to do.
              Conceptual Framework      Relationship between research variables.
                                        General aim of the research, objectives, research
              Aim of the Research
                                        questions, hypothes. (if any)
              Significance of the       Why is it significant to you as a researcher, to the
              Research                  profession, the organisation or the community in
                                        general? What benefit will you or they get?
              Limitation of the         Factors that limit the research or data collection. To
              Research                  what extent can the result be generalised to a
                                        bigger population ?
              Definition of Terms       Conceptual and operational definition of main
                                        variables in the research (in measurable terms).
  Chapter 2      Literature Review
              Introduction              Review the literature related to the research:

                                        State principles or theories directly related to the
                                        research.

              Related Research          • Review the past research related to the present
                                          research.

                                        • Compare and contrast the findings and give
                                          conclusion and comments.
              Summary                   Summarise related literature and research and
                                        states the reasons why such literature as research
                                        are important for the research.
  Chapter 3   Research Methodology
              Introduction              Introduction to the conceptual framework of the
                                        research:    stating  the  relationship between
                                        proposed in the research.

              Research Design           Which research design do you use? Why is it
                                        suitable?

              Population and Sample     Which specific population does the research
                                        address? How and where the samples are taken?


OUM
                                                                                            37
PENYEDIAAN CADANGAN KAJIAN                TOPIK 2




                 Sampling                     What procedure do you follow?
                 Research Instruments         Description, sources, its validity and reliability
                                              (attach it to appendix).
                 Data Collection              Who collects the data? How and when? Time line
                                              to do the research: getting permission, informing
                                              schools, colleges or institutes.
                 Data Analysis                Plan how data would be analysed. Desciptive or
                                              inferential? Which specific statistical test would be
                                              used?
                 References                   List of references


Selain daripada kandungan yang diberikan dalam Jadual 2.1, format bagi penulisan
cadangan kajian adalah seperti berikut:

Topik Tesis/Thesis Title
Pengesahan/Declaration
Abstrak/Abstract (in Bahasa Melayu or English) Jadual Kandungan/Table of Contents
Senarai Jadual/List of Tables
Senarai Rajah/List of Figures

Bab 1: Masalah Kajian/Chapter 1: Research Problem

1.1    Pengenalan/Introduction

1.2    Pernyataan Masalah/Statement of the Problems

1.3    Kerangka Konsep/Conceptual Framework

1.4    Matlamat Kajian/Aim of the Research

1.5    Kepentingan Kajian/Significance of the Research

1.6    Batasan Kajian/Limitations of the Research

1.7    Definisi Istilah/Definition of Terms

1.8    Ringkasan/Summary


Bab 2: Tinjauan Literatur/Chapter 2: Literature Review

2.1    Pengenalan/Introduction

2.2    Literatur Berkaitan/Related Literature

2.3    Kajian Berkaitan/Related Research

2.4    Ringkasan/Summary




                                                                                             OUM
38
TOPIK 2     PENYEDIAAN CADANGAN KAJIAN




Bab 3: Kaedah Kajian/Chapter 3: Research Methodology

3.1     Pengenalan/Introduction

3.2     Reka Bentuk Kajian/Research Design

3.3     Populasi dan Sampel/Population and Sample

3.4     Alat-alat Kajian/Research Intruments

3.4.1   Pembangunan Alat-alat Kajian/Development of Research Instruments

3.4.2   Variabel Kajian/Research Variables

3.5     Tatacara Pengutipan Data/Data Collection Procedure

3.6     Tatacara Penganalisisan Data/Data Analysis Procedure

3.7     Ringkasan/Summary


RUMUSAN
Menulis cadangan kajian memakan masa yang panjang. Saya cadangkan anda berkerja
sama rapat dengan tutor penyelia anda. Jangan risau kepada kritikan yang membina,
terima kritikan dengan fikiran terbuka, sebab kritikan ini akan menambah baik kajian anda.
Sesuatu cadangan kajian mengandungi soalan kajian, reka bentuk kajian yang terperinci
dan terang, kepentingan kajian, definisi istilah, alat-alat kajian, kaedah pengutipan data
dan kaedah penganalisisan data.


GLOSARI
Cadangan kajian              –     Cadangan kajian ialah rancangan kajian yang meliputi
                                   kerangka konseptual kajian, tujuan dan objektif kajian,
                                   soalan dan hipotesis kajian, kepentingan dan batasan
                                   kajian, tinjauan literatur dan kajian lepas serta alat
                                   kajian dan kaedah penganalisisan data.

Kerangka konsep              –     Kerangka konsep adalah kerangka yang menunjukkan
                                   hubungan sebab-kesan antara variabel takbersandar
                                   (independent) dan variabel bersandar (dependent)
                                   yang biasanya digambarkan dalam sebuah rajah.

Latar belakang masalah       –     Latar belakang masalah kajian adalah penjelasan awal
                                   tentang masalah-masalah dalam amalan harian yang
                                   berkait rapat dengan topik kajian, yang akhirnya
                                   menjadi asas kepada pembentukan kerangka konsep
                                   kajian.




OUM
                                                                                       39
PENYEDIAAN CADANGAN KAJIAN          TOPIK 2




Pernyataan masalah          –     Pernyataan masalah adalah pernyataan pengkaji
                                  tentang apakah yang cuba diselesiakan oleh kajiannya
                                  dan ia boleh ditulis dalam bentuk tujuan am atau
                                  persoalan am kajian (bukan masalah amalan harian
                                  yang kerap ditulis pelajar).

Tinjauan literatur          –     Tinjauan literatur mengandungi dua (2) bahagian, iaitu
                                  “Literatur Berkaitan” yang memuatkan konsep, teori,
                                  prinsip dan model berkaitan dengan bidang kajian; dan
                                  “Kajian Berkaitan” yang memuatkan kajian-kajian lepas
                                  berkaitan dengan bidang kajian.


UJIAN 1
1.    Pengkaji perlu menyediakan cadangan kajian terlebih dahulu sebelum. Nyatakan
      mengapa rancangan kajian ini perlu disediakan.

2.    Dalam “Pengenalan” kepada Bab 1, apakah tujuan kajian yang ditunjukkan dalam
      contoh kajian “Inculcating noble values through cooperative learning in science”?

3.    Dalam contoh cadangan kajian yang diberi, nyatakan apakah batasan-batasan kajian
      yang dijelaskan oleh pengkaji.


UJIAN 2
Andaikan anda sebenarnya ingin menjalankan kajian bertopik: “Hubungan antara motivasi
dan kemahiran asas dengan pencapaian matematik”.

(a)   Jelaskan dengan ringkas kepentingan kajian ini sama ada kepada murid, ibu bapa,
      guru atau guru besar sekolah.

(b)   Senaraikan dua (2) soalan kajian yang berkait dengan variabel-variabel yang
      diberikan dalam topik kajian ini.

(c)   Tuliskan sedikit “Latar Belakang Masalah Kajian” dalam “Bab 1: Masalah Kajian”
      yang sesuai bagi topik kajian ini.




                                                                                 OUM
40

More Related Content

What's hot

Teori kelas sosial
Teori kelas sosialTeori kelas sosial
Teori kelas sosialHalizawwh
 
Kaedah pengumpulan data pemerhatian
Kaedah pengumpulan data pemerhatianKaedah pengumpulan data pemerhatian
Kaedah pengumpulan data pemerhatianANIS IBRAHIM
 
Penulisan mengikut format apa
Penulisan mengikut  format apaPenulisan mengikut  format apa
Penulisan mengikut format apaNorlasbtintah
 
Definasi konsep dan aspek penilaian prestasi
Definasi konsep dan aspek penilaian prestasiDefinasi konsep dan aspek penilaian prestasi
Definasi konsep dan aspek penilaian prestasisiti arzmi
 
Contoh perbezaan objektif kajian edit dr. azman
Contoh perbezaan objektif kajian edit dr. azmanContoh perbezaan objektif kajian edit dr. azman
Contoh perbezaan objektif kajian edit dr. azmanFatimah Mustaffa
 
Reka bentuk kajian tinjauan KUMPULAN 1.pptx
Reka bentuk kajian tinjauan KUMPULAN 1.pptxReka bentuk kajian tinjauan KUMPULAN 1.pptx
Reka bentuk kajian tinjauan KUMPULAN 1.pptxJAYANTHYARUMUGOM1
 
Kerangka konseptual kajian
Kerangka konseptual kajianKerangka konseptual kajian
Kerangka konseptual kajianairenahmad
 
Sorotan literatur Dr Kamarul
Sorotan literatur Dr KamarulSorotan literatur Dr Kamarul
Sorotan literatur Dr Kamarulwmkfirdaus
 
5.4 pengurusan dan pentadbiran sekolah
5.4 pengurusan dan pentadbiran sekolah5.4 pengurusan dan pentadbiran sekolah
5.4 pengurusan dan pentadbiran sekolahali ahmad
 
Kelas sosial
Kelas sosialKelas sosial
Kelas sosialaishahwan
 
Senarai sekolah dan aliran mpv
Senarai sekolah dan aliran mpvSenarai sekolah dan aliran mpv
Senarai sekolah dan aliran mpvamiesaiful
 
Kaedah penyelidikan (persampelan)
Kaedah  penyelidikan (persampelan)Kaedah  penyelidikan (persampelan)
Kaedah penyelidikan (persampelan)Syahremie Teja
 
Kemahiran Berfikir
Kemahiran BerfikirKemahiran Berfikir
Kemahiran BerfikirNur Aini
 

What's hot (20)

Contoh abstrak
Contoh abstrakContoh abstrak
Contoh abstrak
 
Teori kelas sosial
Teori kelas sosialTeori kelas sosial
Teori kelas sosial
 
Kaedah pengumpulan data pemerhatian
Kaedah pengumpulan data pemerhatianKaedah pengumpulan data pemerhatian
Kaedah pengumpulan data pemerhatian
 
Penulisan mengikut format apa
Penulisan mengikut  format apaPenulisan mengikut  format apa
Penulisan mengikut format apa
 
Definasi konsep dan aspek penilaian prestasi
Definasi konsep dan aspek penilaian prestasiDefinasi konsep dan aspek penilaian prestasi
Definasi konsep dan aspek penilaian prestasi
 
Contoh perbezaan objektif kajian edit dr. azman
Contoh perbezaan objektif kajian edit dr. azmanContoh perbezaan objektif kajian edit dr. azman
Contoh perbezaan objektif kajian edit dr. azman
 
Reka bentuk kajian tinjauan KUMPULAN 1.pptx
Reka bentuk kajian tinjauan KUMPULAN 1.pptxReka bentuk kajian tinjauan KUMPULAN 1.pptx
Reka bentuk kajian tinjauan KUMPULAN 1.pptx
 
Kerangka konseptual kajian
Kerangka konseptual kajianKerangka konseptual kajian
Kerangka konseptual kajian
 
Assigment bab 3 teori kajian sosial
Assigment bab 3 teori kajian sosialAssigment bab 3 teori kajian sosial
Assigment bab 3 teori kajian sosial
 
Sorotan literatur Dr Kamarul
Sorotan literatur Dr KamarulSorotan literatur Dr Kamarul
Sorotan literatur Dr Kamarul
 
5.4 pengurusan dan pentadbiran sekolah
5.4 pengurusan dan pentadbiran sekolah5.4 pengurusan dan pentadbiran sekolah
5.4 pengurusan dan pentadbiran sekolah
 
Full assignment
Full assignmentFull assignment
Full assignment
 
Ulasan jurnal
Ulasan jurnalUlasan jurnal
Ulasan jurnal
 
Kelas sosial
Kelas sosialKelas sosial
Kelas sosial
 
Senarai sekolah dan aliran mpv
Senarai sekolah dan aliran mpvSenarai sekolah dan aliran mpv
Senarai sekolah dan aliran mpv
 
Gambarajah domain
Gambarajah domainGambarajah domain
Gambarajah domain
 
Kaedah penyelidikan (persampelan)
Kaedah  penyelidikan (persampelan)Kaedah  penyelidikan (persampelan)
Kaedah penyelidikan (persampelan)
 
Kemahiran Berfikir
Kemahiran BerfikirKemahiran Berfikir
Kemahiran Berfikir
 
8.5 teori interaksionisme
8.5 teori interaksionisme8.5 teori interaksionisme
8.5 teori interaksionisme
 
Statistik asas 1
Statistik asas 1Statistik asas 1
Statistik asas 1
 

Similar to Penyediaan kertas cadangan pyldkn

Kuliah 1 PPG - Cadangan Penyelidikan
Kuliah 1 PPG - Cadangan PenyelidikanKuliah 1 PPG - Cadangan Penyelidikan
Kuliah 1 PPG - Cadangan Penyelidikanwmkfirdaus
 
18682201 panduan-kajian-kes
18682201 panduan-kajian-kes18682201 panduan-kajian-kes
18682201 panduan-kajian-kesChales Etin
 
2. contoh kajian_kes
2. contoh kajian_kes2. contoh kajian_kes
2. contoh kajian_kesJaxTing1
 
Pengenalan kaedah penyelidikan IRF3013
Pengenalan kaedah penyelidikan IRF3013Pengenalan kaedah penyelidikan IRF3013
Pengenalan kaedah penyelidikan IRF3013wmkfirdaus
 
Nota Penyelidikan Kajian
Nota Penyelidikan KajianNota Penyelidikan Kajian
Nota Penyelidikan KajianRibut Taufan
 
6 kajian kes sejarah tahun 4
6 kajian kes sejarah tahun 46 kajian kes sejarah tahun 4
6 kajian kes sejarah tahun 4Mrkoyz Muchtar
 
Nota penyelidikan tindakan 1 (bab 1 3,14,15)
Nota penyelidikan tindakan 1 (bab 1 3,14,15)Nota penyelidikan tindakan 1 (bab 1 3,14,15)
Nota penyelidikan tindakan 1 (bab 1 3,14,15)Amira Farhanah
 
Nota penyelidikan tindakan 1 (bab 1 3,14,15)
Nota penyelidikan tindakan 1 (bab 1 3,14,15)Nota penyelidikan tindakan 1 (bab 1 3,14,15)
Nota penyelidikan tindakan 1 (bab 1 3,14,15)Amira Farhanah
 
02-modulpengajaransainstahun1versibahasamalaysia-121019190518-phpapp02.pdf
02-modulpengajaransainstahun1versibahasamalaysia-121019190518-phpapp02.pdf02-modulpengajaransainstahun1versibahasamalaysia-121019190518-phpapp02.pdf
02-modulpengajaransainstahun1versibahasamalaysia-121019190518-phpapp02.pdfAzalidaTajudin1
 
02 modulpengajaransainstahun1versibahasamalaysia-111129200552-phpapp01
02 modulpengajaransainstahun1versibahasamalaysia-111129200552-phpapp0102 modulpengajaransainstahun1versibahasamalaysia-111129200552-phpapp01
02 modulpengajaransainstahun1versibahasamalaysia-111129200552-phpapp01nahrul_khair
 
KAJIAN KES SJ TAHUN 5
KAJIAN KES SJ TAHUN 5KAJIAN KES SJ TAHUN 5
KAJIAN KES SJ TAHUN 5zerat88
 
Modul Pengajaran dan Pembelajaran Sains Tahun 2 SK.pdf
Modul Pengajaran dan Pembelajaran Sains Tahun 2 SK.pdfModul Pengajaran dan Pembelajaran Sains Tahun 2 SK.pdf
Modul Pengajaran dan Pembelajaran Sains Tahun 2 SK.pdfHALIZAHBINTIRAMTHANM1
 

Similar to Penyediaan kertas cadangan pyldkn (20)

KERJA KURSUS PSV SPM 2021.ppt
KERJA KURSUS PSV SPM 2021.pptKERJA KURSUS PSV SPM 2021.ppt
KERJA KURSUS PSV SPM 2021.ppt
 
Kuliah 1 PPG - Cadangan Penyelidikan
Kuliah 1 PPG - Cadangan PenyelidikanKuliah 1 PPG - Cadangan Penyelidikan
Kuliah 1 PPG - Cadangan Penyelidikan
 
18682201 panduan-kajian-kes
18682201 panduan-kajian-kes18682201 panduan-kajian-kes
18682201 panduan-kajian-kes
 
2. contoh kajian_kes
2. contoh kajian_kes2. contoh kajian_kes
2. contoh kajian_kes
 
Pengenalan kaedah penyelidikan IRF3013
Pengenalan kaedah penyelidikan IRF3013Pengenalan kaedah penyelidikan IRF3013
Pengenalan kaedah penyelidikan IRF3013
 
Konsep Penyelidikan
Konsep PenyelidikanKonsep Penyelidikan
Konsep Penyelidikan
 
Nota Penyelidikan Kajian
Nota Penyelidikan KajianNota Penyelidikan Kajian
Nota Penyelidikan Kajian
 
6 kajian kes sejarah tahun 4
6 kajian kes sejarah tahun 46 kajian kes sejarah tahun 4
6 kajian kes sejarah tahun 4
 
Nota penyelidikan tindakan 1 (bab 1 3,14,15)
Nota penyelidikan tindakan 1 (bab 1 3,14,15)Nota penyelidikan tindakan 1 (bab 1 3,14,15)
Nota penyelidikan tindakan 1 (bab 1 3,14,15)
 
Nota penyelidikan tindakan 1 (bab 1 3,14,15)
Nota penyelidikan tindakan 1 (bab 1 3,14,15)Nota penyelidikan tindakan 1 (bab 1 3,14,15)
Nota penyelidikan tindakan 1 (bab 1 3,14,15)
 
02-modulpengajaransainstahun1versibahasamalaysia-121019190518-phpapp02.pdf
02-modulpengajaransainstahun1versibahasamalaysia-121019190518-phpapp02.pdf02-modulpengajaransainstahun1versibahasamalaysia-121019190518-phpapp02.pdf
02-modulpengajaransainstahun1versibahasamalaysia-121019190518-phpapp02.pdf
 
02 modulpengajaransainstahun1versibahasamalaysia-111129200552-phpapp01
02 modulpengajaransainstahun1versibahasamalaysia-111129200552-phpapp0102 modulpengajaransainstahun1versibahasamalaysia-111129200552-phpapp01
02 modulpengajaransainstahun1versibahasamalaysia-111129200552-phpapp01
 
Penulisan ilmiah
Penulisan ilmiahPenulisan ilmiah
Penulisan ilmiah
 
Konsep & Kaedah Penyelidikan
Konsep & Kaedah PenyelidikanKonsep & Kaedah Penyelidikan
Konsep & Kaedah Penyelidikan
 
Dst thn 1 versi bm
Dst thn 1 versi bmDst thn 1 versi bm
Dst thn 1 versi bm
 
Soalan erc431
Soalan erc431Soalan erc431
Soalan erc431
 
Ulasan jurnal
Ulasan jurnalUlasan jurnal
Ulasan jurnal
 
KAJIAN KES SJ TAHUN 5
KAJIAN KES SJ TAHUN 5KAJIAN KES SJ TAHUN 5
KAJIAN KES SJ TAHUN 5
 
Modul Pengajaran dan Pembelajaran Sains Tahun 2 SK.pdf
Modul Pengajaran dan Pembelajaran Sains Tahun 2 SK.pdfModul Pengajaran dan Pembelajaran Sains Tahun 2 SK.pdf
Modul Pengajaran dan Pembelajaran Sains Tahun 2 SK.pdf
 
Langkah buat jsu
Langkah buat jsuLangkah buat jsu
Langkah buat jsu
 

Penyediaan kertas cadangan pyldkn

  • 1. PENYEDIAAN CADANGAN KAJIAN TOPIK 2 TOPIK 2 PENYEDIAAN CADANGAN KAJIAN Dr. Nor Azizah Salleh PENGENALAN Langkah pertama dalam menulis sesebuah kajian ilmiah ialah menyediakan draf cadangan kajian, iaitu ringkasan atau sebuah dokumen yang ditulis secara sistematik, yang melakarkan kajian yang akan anda lakukan. Sebuah cadangan kajian yang lengkap, pada amnya, mengandungi masalah kajian, persoalan kajian, tinjauan literatur, metodologi kajian dan senarai rujukan. OBJEKTIF Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. menerangkan kepentingan cadangan kajian sebagai penunjuk arah kepada kajian yang dicadangkan; dan 2. menyediakan satu cadangan kajian, menyatakan permasalahan kajian, hipotesis, teori, soalan kajian, tinjauan literatur, metodologi dan batasan kajian. PETA MINDA TOPIK Cadangan Kajian Permasalahan Tinjauan Metodologi Kajian Literatur Kajian 2.1 KENAPA ANDA MENULIS CADANGAN KAJIAN? Cadangan kajian ialah rancangan kajian yang meliputi kerangka konsept kajian, tujuan dan objektif kajian, soalan dan hipotesis kajian, kepentingan dan batasan kajian, tinjauan literatur dan kajian lepas serta alat kajian dan kaedah penganalisisan data. Pengkaji akan menjalankan kajian berpandukan cadangan kajian ini, yang akhirnya akan menghasilkan kertas kajian, disertasi, tesis atau kertas projek. Dengan menyediakan cadangan kajian pengkaji boleh: OUM 20
  • 2. TOPIK 2 PENYEDIAAN CADANGAN KAJIAN (a) mengenal pasti permasalahan yang dikaji dan menyatakan satu set soalan kajian untuk dijawab dalam kajian; (b) membuat tinjauan literatur berkaitan dengan permasalahan kajiaan (ini menunjukkan status pengetahuan ilmiah dalam bidang itu), serta mengenal pasti bidang yang belum lagi dikaji atau kurang diberi perhatian oleh pengkaji; (c) menghasilkan hipotesis (jawapan yang diramalkan untuk soalan kajian, jika berkaitan); (d) membina metodologi kajian yang berpadanan untuk menguji hipotesis atau untuk menjawab soalan-soalan kajian; (e) membina reka bentuk kajian dan teknik pengumpulan data yang sesuai; dan (f) mengenal pasti prosedur analisis data yang sesuai dan justifikasinya. 2.2 KANDUNGAN CADANGAN KAJIAN Sebenarnya tidak ada suatu cara tertentu untuk kita menstruktur sesebuah cadangan kajian. Bagaimanapun, anda dicadang menbahagikan cadangan kajian anda kepada seksyen atau bab seperti yang ditunjukan dalam Rajah 2.1. Cadangan Kajian Bab Satu Bab Dua Bab Tiga menyatakan masalah memaparkan literatur menjelaskan secara yang ingin dikaji, berkaitan dan kajian terperinci tentang reka termasuk tujuan, berkaitan dengan topik bentuk kajian, termasuk soalan kajian dan yang anda pilih. pemilihan sampel dan cara kepentingan kajian. data dikutip dan dianalisis. Rajah 2.1: Cadangan kajian 2.2.1 Bab 1: Masalah Kajian Bahagian seterusnya menerangkan kandungan Bab 1. (a) Pengenalan Dalam bahagian ini anda akan memperkenalkan masalah kajian dengan sedikit elaborasi tentang fokus utamanya dan variabel yang terlibat dan tujuan kajian. Anda juga harus mengetengahkan beberapa kajian yang signifikan dalam bidang kajian yang anda pilih. Ia sepatutnya ditulis sepanjang lebih kurang 200 perkataan seperti OUM 21
  • 3. PENYEDIAAN CADANGAN KAJIAN TOPIK 2 ditunjukkan dalam contoh berikut. (Contoh ini tidak diterjemahkan supaya ia dapat menjadi contoh kepada pelajar-pelajar yang perlu menulis laporan kajian dalam Bahasa Inggeris). Topic: Inculcating Noble Values through Cooperative Learning in Science Introduction Cooperative learning is learning in small group of 4-5 persons with emphasis on interdependency among members, and maintaining individual responsibilities in achieving specific learning objectives. It has been proven through more than 100 research that it enhances achievement as well as affective domain (Johnson & Johnson, 1994). The noble values (nilai murni) in the Malaysian school curriculum cut across curriculum and are required to be included in the daily lesson plan. This research attempts to see if the 5 noble values: love, rationale, diligent, independent and cooperativeness can be inculcated through teaching of science using the cooperative learning TGT structure. Cooperative learning to inculcate values was conducted in 12 secondary schools in Malaysia, using the structures of Jigsaw2 and STAD (NorAzizah et al, IRPA 1998). This experimental study, however, will focus on cooperative learning using TGT (Team Games Tournaments), which was not extensively researched locally in science. It is introducing learning through group competitive games which would make learning interesting and encourages students to attain positive values in life. (b) Latar Belakang Masalah Kajian Dalam bahagian ini, anda perlu huraikan masalah kajian yang telah anda kenal pasti dan terangkan kenapa perlunya kajian ini di buat. Anda juga harus melakarkan keadaan semasa atau isu isu yang perlu ditangani, dan terangkan bagaimana kajian anda akan menghasilkan penyelesaian yang diperlukan atau menjelaskan masalah- masalah yang ada. Di sini juga anda boleh menjelaskan literatur yang yang berkaitan dengan kajian anda dan yang menghasilkan pertemuan signifikan. Berikut adalah contoh latar belakang masalah kajian. Crimes such as theft, robbery, murder, gang fight, and juvenile delinquency are common topics in Malaysian daily newspapers currently. One wonders what makes individuals lose their humanities and conduct criminal acts on other fellow human beings. How can we help? Parents and teachers are among the responsible parties in bringing up children to have positive characters as delineated in the 16 noble values including love for life and the environment, love, kind-heartedness, rationale, cooperativeness and diligent. Teaching values is difficult but it is important in moulding future citizens into human beings who are responsible towards themselves, others and the nation. Hence this research is undertaken to improve the teaching and learning of values in an effort to realize the philosophy of the Malaysian School Curriculum in bringing about a balanced individual affectively, cognitively, physically and spiritually. The research hopes to answer the questions: can we inculcate values (love, kind- heartedness, cooperativeness, rationale and diligent) through cooperative learning in science using TGT cooperative learning structure? Throughout the 1990s many research in Malaysian schools had indicated that cooperative learning can bring about achievements as well as values (NorAzizah & Chong Poh Wan, 2000). This research would use TGT cooperative structure which has not been widely used in science lessons in Malaysian secondary school. OUM 22
  • 4. TOPIK 2 PENYEDIAAN CADANGAN KAJIAN Latihan 2.1 Jelaskan apa yang anda faham tentang “Latar Belakang Masalah Kajian”. (c) Pernyataan Masalah Pernyataan masalah boleh ditulis sebagai tujuan am kajian atau dalam bentuk persoalan kajian. Pada amnya kenyataan ini amat spesifik dan mengandungi variabel kajian. Sekiranya anda menggunakan hipotesis, sebagaimana lazimnya dalam kajian kuantitatif, ia juga perlu anda nyatakan. Berikut adalah contoh-contoh pernyataan masalah kajian dalam bentuk soalan: (i) Apakah keperluan professional sesuatu kumpulan guru sains tertentu? (ii) Apakah mereka memerlukan kursus pedagogikal, Bahasa Inggeris, kandungan sains, rekreasi, pengendalian kelas atau mana-mana kursus lain? (iii) Adakah kursus-kursus profesional perlu dibezakan untuk guru-guru berdasarkan kadar gaji bulanan? (iv) Adakah pelajar-pelajar Tingkatan 2A yang mengikut latih tubi kursus percakapan bahasa Inggeris harian mempunyai keupayaan lisan lebih baik daripada pelajar Tingkatan 2B yang mengikut kurikulum biasa? (v) Adakah pelajar-pelajar yang melawat rumah anak-anak yatim dan rumah orang-orang tua mendapat markah lebih tinggi bagi indeks empati dan belas kasihan berbanding dengan pelajar-pelajar yang tidak mengikuti program tersebut? Latihan 2.2 Cadangkan satu topik kajian dan tuliskan “Pernyataan Masalah” bagi topik ini. (d) Kerangka Konsep Kerangka konsep adalah kerangka yang menunjukkan hubungan sebab-kesan antara variabel takbersandar (independent) dan variabel bersandar (dependent) yang biasanya digambarkan dalam sebuah rajah. Contohnya, suatu kajian untuk melihat kesan peralatan makmal ke atas personaliti guru dan pendapat pelajar tentang pencapaian sains am. Contoh kerangka konsep ditunjukkan dalam Rajah 2.2. 1. Peralatan makmal 2. Personaliti guru Pencapaian sains 3. Pandangan pelajar Rajah 2.2: Kerangka konsep: Faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian sains OUM 23
  • 5. PENYEDIAAN CADANGAN KAJIAN TOPIK 2 (e) Objektif dan Soalan Kajian Di dalam cadangan kajian anda perlu menyatakan objektif dan soalan kajian yang akan anda lakukan dengan jelas. Berikut adalah beberapa contoh objektif kajian untuk mengkaji pembelajaran koperatif: Objektif-objektif kajian ini ialah: 1. Untuk memastikan sama ada pembelajaran menggunakan TGT dapat meningkatkan pencapaian dalam mata pelajaran Sains. 2. Untuk memastikan sama ada pembelajaran koperatif menggunakan TGT dapat membina rasa kasih sayang, belas kasihan, kejujuran, sikap rasional dan kerjasama. (f) Kepentingan Kajian Bahagian ini biasanya menceritakan kepentingan hasil kajian anda nanti. Ia juga sepatutnya dapat mengenal pasti individu, kumpulan atau institusi yang mungkin akan mendapat manfaat daripada kajian ini. Contohnya, pembelajaran koperatif mungkin akan berguna kepada guru-guru sains khasnya, dan amnya guru-guru mata pelajaran lain yang mungkin mencari-cari cara baru untuk menerap nilai-nilai tertentu. Ia juga mungkin berguna untuk guru besar yang ingin mengetahui bagaimana pembelajaran koperatif boleh digunakan di sekolah mereka. (g) Batasan Kajian Disini nyatakan batasan kajian anda, iaitu nyatakan sejauh manakah penemuan anda boleh diguna pakai dalam konteks lain. Contohnya, jika kajian pembelajaran koperatif (TGT) anda melibatkan penerapan nilai-nilai tertentu di 12 buah sekolah kerajaan di negeri Selangor, maka penemuannya mungkin boleh diguna pakai di sekolah-sekolah di negeri Selangor sahaja, dan tidak di semua sekolah di seluruh negara. (h) Penerangan Terminologi Kebanyakan, tetapi tidak semua, cadangan kajian mengandungi bahagian yang memberi definisi terminologi penting yang digunakan, terutamanya termonologi teknikal. Contohnya, didalam kajian The Inculcation of Values Using Cooperative Learning in Science, terminologi yang didefinisikan termasuk: pembelajaran koperatif, TGT, sains, pencapaian dan nilai-nilai. Terminologi-terminologi ini perlu didefinisikan dalam konteks kajian ini. Definisi-definisi ini boleh ditulis dalam bentuk konseptual dan operasional. Definisi operasional adalah definisi tentang variabel dalam bentuk yang boleh diukur, terutama sekali dalam kajian kuantitatif. Contohnya: Pencapaian bererti markah sains (0 ke 100) yang dapati dari ujian bulanan. Nilai ini dikira menurut skala Likert dari 1 ke 9. Sesetengah variabel boleh didefinisi secara konseptual, contohnya, TGT adalah pendekan kepada Team Games Tournament di mana pelajar membantu satu sama lain untuk belajar dalam kumpulan-kumpulan kecil dan pengajarannya menurut empat (4) langkah: OUM 24
  • 6. TOPIK 2 PENYEDIAAN CADANGAN KAJIAN (i) guru mengajar; (ii) pelajar belajar dalam kumpulan; (iii) adakan pertandingan; dan (iv) beri hadiah. (i) Rumusan Ini adalah perenggan pendek yang menyatakan tujuan kajian dan rumusan dari apa yang tertulis sebelumnya. Latihan 2.3 Rujuk kepada kajian dalam Latihan 2.2, lukiskan “Kerangka Konsep” bagi kajian ini. 2.2.2 Bab 2: Tinjauan Literatur Sekarang kita akan melihat tinjauan literatur dan apa yang terkandung di dalamnya. (a) Pengenalan Dalam bahagian tinjauan literatur ini, anda akan menyatakan tujuan kajian anda dan topik kecil tentang “Literatur Berkaitan” dan “Kajian Berkaitan” yang akan disampaikan dalam muka-muka surat seterusnya. (b) Literatur Berkaitan Anda perlu menyampaikan lakaran kasar semua literatur yang berkaitan dengan kajian anda. Ini termasuklah teori-teori dan prinsip-prinsip dalam topik kajian anda. Contohnya: Kaedah mengajar kemahiran berfikir bagi fungsi dan persamaan kuadratik. Dalam mengkaji topik ini, literatur berkaitan adalah tentang: Kemahiran berfikir. Pendekatan pendekatan mengajar kemahiran berfikir. Strategi strategi mengajar. (c) Kajian Berkaitan Dalam bahagian ini, anda akan memfokus kepada kajian-kajian lepas yang dijalankan di dalam dan di luar Negara yang berkaitan dengan soalan kajian yang anda pilih. Anda harus memberi ringkasan kepada setiap kajian dan terangkan penemuannya. Kemudian, nyatakan pandangan anda sekiranya terdapat persamaan dan perbezaan antara kajian-kajian tersebut. (d) Rumusan Berdasarkan tinjauan literatur yang anda buat, tulis pandangan kritikal anda tentang kajian-kajian lepas dan juga kepentingan tinjauan ini kepada kajian anda. OUM 25
  • 7. PENYEDIAAN CADANGAN KAJIAN TOPIK 2 Satu lagi aspek penting yang perlu anda muatkan dalam cadangan kajian anda ialah metodologi kajian yang akan anda gunakan untuk menjalankan kajian anda. Latihan 2.4 Rujuk kepada kajian dalam Latihan 2.2, tuliskan satu ayat berkaitan “Literatur Berkaitan” dan satu ayat berkaitan “Kajian Berkaitan”. 2.2.3 Bab 3: Metodologi Kajian (a) Pengenalan Di sini dinyatakan sekali lagi tujuan kajian anda. Anda harus memberi tahu pembaca yang bab in akan mengandungi beberapa topik kecil termasuk reka bentuk kajian, populasi dan sampel kajian, alat-alat kajian, kaedah pengumpulan data dan kaeah penganalisisan data. (b) Reka Bentuk Kajian Di sini anda perlu nyatakan jenis kajian anda, sama ada ia menggunakan kaedah kuantitatif atau kaedah kualitatif dan berikan juga justifikasi pilihan anda. Anda juga harus menerangkan reka bentuk kajian anda. Contohnya, ini adalah suatu kajian eksperimental, anda mungkin akan menggunakan pre-test-post-test-equivalent group design. Jika anda membuat kajian tinjauan, anda mungkin akan menggunakan reka bentuk cross-sectional atau longitudinal. (c) Populasi dan Sampel Dalam bahagian ini, anda akan menyatakan populasi yang dirangkumi kajian anda dan teknik memilih respoden kajian daripada populasi yang ditetapkan. Saiz dan lokasi polulasi dan sampel perlu diterangkan dengan jelas. Sebagai pengkaji, anda perlu memilih populasi sasaran dan memilih responden kajian yang mewakili populasi itu. Dalam tinjauan, lazimnya 10% daripada populasi akan diambil. Teknik persampelan berdasarkan kebarangkalian, termasuklah persampelan rawak mudah, persampelan rawak berstrata, persampelan rawak sistematik dan persampelan kelompok. Bagi kaedah kualitatif, persampelan khusus (bukan berdasarkan kebarangkalian) digunakan. Saiz sampel biasanya kecil, terutama dalam kajian kes, sampel itu mungkin seorang pelajar, satu kumpulan atau suatu organisasi. (d) Alat Kajian Alat kajian ialah alat yang digunakan untuk mengukur variabel kajian anda. Contohnya, sebuah alat penimbang dugunakan untuk mengukur berat dan pita ukur digunakan untuk mengukur panjang bilik darjah. Dalam kajian pendidikan, anda perlukan alat untuk mengukur pencapaian pelajar, kemahiran manipulatif atau sikap. Anda perlu menyatakan alat kajian anda yang mungkin terdiri daripada pelbagai alat seperti borang kaji selidik, borang pemerhatian, borang temuduga, skala mengukur sikap dan pelbagai jenis ujian (ujian pencapaian, kemahiran berfikir, kecerdasan fizikal dan sikap). OUM 26
  • 8. TOPIK 2 PENYEDIAAN CADANGAN KAJIAN (i) Teknik Pengutipan Data Anda patut menyatakan siapakah yang akan mungutip data, bagaimana ia akan dikutip dan bila. Sama ada anda akan mengutip data sendiri atau anda akan gunakan orang lain (contohnya, guru kelas) untuk mengutipnya. Teknik utama mendapatkan data termasuklah memberi ujian kepada responden dan meminta mereka mengisi borang kaji selidik. Teknik-teknik lain adalah dengan mengadakan temuduga yang dirakam dan membuat pemerhatian dengan peralatan video. Anda perlu ingat yang anda perlu membuat temu janji terlebih dahulu sebelum membuat temuduga atau lawatan. Adalah penting untuk mendapatkan kebenaran dari guru besar atau pengetua sekolah terlebih dahulu sebelum anda menjalankan kajian. Anda perlu membuat jadual waktu untuk membolehkan anda menyiapkan kajian dalam masa yang telah ditetapkan. Di bawah disediakan jadual waktu kerja kajian yang anda boleh adaptasi untuk keseluruhan kajian dan ia harus dimasukkan bersama cadangan kajian anda. Jadual 2.1: Kajian: Persepsi Guru Berijazah tentang Kepuasan Kerja Aktiviti Jan 06 Feb 06 Mac 06 April 06 Mei 06 Menulis cadangan kajian X - Membina dan menguji alat kajian X - Mendapatkan kebenaran menjalankan kajian di sekolah. X Membuat tinjauan dan mengutip data x Analisis data X X x Menulis laporan x X x (ii) Kaedah Analisis Data Kaedah analisis data ialah cara yang akan anda gunakan utuk menganalisis data kajian anda. Analisis data bermula dengan bentuk kajian yang akan anda jalankan: Adakah bentuknya deskriptif atau inferential? Nyatakan jenis analisis statistik yang sesuai untuk menganalisis jenis data kajian. Sekiranya anda menggunakan pekej perisisan statistik, jangan lupa menyatakanya dalam cadangan kajian anda. Jika anda menggunakan borang kaji selidik, apakah statistik descriptif yang akan anda gunakan? Sekiranya ia adalah kajian kualitatif, bagaimanakah anda akan memproses laporan temuduga dan data pemerhatian anda? Tujuan bahagian ini ialah untuk menerangkan peringkat- demi-peringkat bagaimana data yang telah anda kutipl akan diproses dan dianalisis untuk mendapatkan inferens dan hasil kajian. Data perlu dianalisis untuk mendapatkan jawapan kepada soalan-soalan kajian dan menguji hipotesis. OUM 27
  • 9. PENYEDIAAN CADANGAN KAJIAN TOPIK 2 (iii) Rumusan Dalam bahagian ini, anda akan merumus dengan ringkas semua topik kecil yang ditulis sebelumnya, termasuklah soalan kajian, sampel kajian reka bentuk kajian, alat dan analisis data. Nota: Nota: Bajet Kajian Ini tidak diperlukan bagi semua cadangan kajian, tetapi ia penting sekiranya anda bercadang untuk memohon bantuan kewangan dari mana-mana agensi. Perincian kewangan ini akan diteliti oleh bakal penderma untuk tujuan membuat keputusan. Perkara-perkara yang akan dimasukan ke dalam bajet termasuklah: • Barang pakai-habis seperti alat tulis. • Elaun perjalanan dan lojing. • Keperluan sumber manusia (pembantu kajian/makmal). • Peralatan/alat khas. • Percetakan laporan/menghadiri seminar. Latihan 2.5 Rujuk kepada kajian dalam Latihan 2.2, tuliskan dua (2) item soal selidik yang dapat mengukur motivasi belajar. OUM 28
  • 10. TOPIK 2 PENYEDIAAN CADANGAN KAJIAN Lampiran A Cadangan kajian ini diadaptasi dari cadangan kajian Mohd. Noh (2000), sebuah latihan ilmiah Fakulti Pendidikan, UKM. Beliau membuat kajian keatas sebab kenapa pelajar berhenti mengambil biologi di peringkat SPM. Sila lihat cadangan kajian ini dan komen tentang strukturnya, tinjauan literaturnya, kaedah kajiannya dan latar belakangnya. 1.1 Background Presently, the writer finds no research had been done on problems in teaching Biology since it started. The Malaysian Biology curriculum changes with time and contemporary needs. Now Malaysia has introduced computer aided learning (SMART SCHOOL) beginning year 2000 at 90 pioneer schools. No thesis has been done on the effectiveness of Biology instruction in school. However, there is the phenomenon of some science students leaving Biology at SPM level, with few leaving the other pure sciences. In Kuala Lumpur, about 25% of SPM candidates drop Biology each year, as confirmed by the examination section in Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur (refer to Table 2.1). Table 2.1: List of Candidates in the Respective Science Streams in Schools of Wilayah Persekutuan. 1996-1999 Total % Candidates Year Physics Chemistry Biology Candidates Leaving Biology 1996 4243 4271 3360 4271 21.3% 1997 4358 4353 3215 4358 26.1% 1998 5221 5249 3786 5249 27.9% 1999 5880 5873 4371 5880 25.7% More students were predicted to leave Biology at HSC level due to changes in the education policy as confirmed by the Ministry of Education.This was reported in the radio, Channel One, 7.00 am of 14th June 1999 that all HSC candidates must take English (MUET) Malaysian University English Test. Science candidates have to drop a science subject if the maximum subjects remain 5 (General Paper is a compulsory subject). This occurence gave an impetus for the writer to investigate the reasons why more students leave Biology and not the other science subjects. It is the writer’s belief that there must be pertinent reasons but not due to the failure of KBSM Biology instructions in the classroom. 1.2 Aims of the Research The National Education philosophy stresses understanding of concepts as well as inculcation of moral values and implies learning as whole not partitioned to a few subjects. This is manifested in the various sciences taught in schools, including biology. Why should biology be driven out? The aims of the research are: OUM 29
  • 11. PENYEDIAAN CADANGAN KAJIAN TOPIK 2 (i) to identify sources that lead many science students to drop KBSM Biology compared to other science subjects; and (ii) to identify replacement subjects selected by the students who drop KBSM Biology. 1.3 Objectives Based on the aims above, the objectives of the research are: 1. To identify sources that lead science students to drop Biology. The identified sources to be researched are: (i) Students’ attitude toward Biology. (ii) Students perception of the Biology teachers. (iii) Lack of science equipments in the science lab to continue studying Biology effectively. (iv) Biology is not essential with the students future career. e. Parents do not encourage their children to take Biology. (v) The school administrators do not encourage students to take Biology. 2. To identify replacement subjects as alternative to Biology and the reason for the choice. 1.4 Significance of the Research The research is important because no research had been done on teaching and learning Biology. Therefore, the results of this study would be useful to Malaysian educators. In addition, this would be the baseline for other researchers to research KBSM Biology in such areas as curriculum implementation and teaching aids. 1.5 Limitation of Research The research is restricted to students who had dropped Biology in a number of schools in Kuala Lumpur only. Five hundred students dropped Biology at the SPM level in 1999 from Kuala Lumpur area and thus the sample for this research would be taken at this location. Schools are randomly selected regardless of race, sex and school size. Results of the research could be generalised to schools located in the Kuala Lumpur area only. OUM 30
  • 12. TOPIK 2 PENYEDIAAN CADANGAN KAJIAN 1.6 Definition of Terms Career Choice: This refers to the students’ ambition on the career they would pursue after SPM. Students Attitudes: This is a concept that describes the students perceptions and beliefs toward a subject and so manifested in their actions and behaviours. Teaching Approach: The methods and techniques used by a teacher in presenting the subject of Biology in class and in the science lab. Support from Parents: The motivation and guidance given by parents at home that would influence their choice of subject in school and the career choice. Lab Facilities: This includes the physical structure of the lab. The standard according to the Ministry of Education are 24x30 feet wide and 50 feet long with tables, chairs and electrics outlet. Water and gas facilities, teaching aids, OHP, charts and projector are sufficient for students to conduct KBSM Biology experiment. School Administration: Policy, priority and preferences placed by the school on the science curriculum, adequate number of science teachers, flexibility to drop Biology for other subjects such as accounting and technical drawing. Students Dropping Biology: Students’ decision to stop taking biology as an SPM subject and to replace it with other electives such as accounting principles, technical drawing, economy, languages (Mandarin, Arabic). Teaching Problems include problems which frequently occur during teaching in the classroom or within the school compound. Factors related to this include environment, teaching objectives, teachers preparedness, teaching strategy and evaluation of achievement. All these problems effect teaching and learning in the classroom. Objectives may be too high to be attainable by students; content may be too much or difficult and teaching strategy may be ineffective (Atan Long, 1991). CHAPTER 2: LITERATURE REVIEW In this section, students’ attitudes toward science teachers’ personalities and science practicals are discussed. The research include all sciences (biology, chemistry and physics). Research specifically on Biology alone are few. Students’ attitude toward science affects achievement. According to a research by Rozita Ismail (1991), Form 4 students of high achievement have a significantly positive attitude toward science than those of lower achievement. The research was conducted in three schools in Perak. Eisenhardt (1977) found that it was good performance in chemistry that motivates students to like chemistry. Lee Bang Hock (1988) found in his research in four schools in Kajang that Biology was favoured by the girls while the boys preferred Physics and Chemistry. OUM 31
  • 13. PENYEDIAAN CADANGAN KAJIAN TOPIK 2 Students’ attitudes toward teachers can help students to like science. According to Norlela (1995) students preferred teachers they can easily communicate for academic problems Abdullah Nor (1998) also indicated that teachers who established good learning climate facilitates students’ learning of Physics. Practicals in the science laboratory facilitates science manipulative skills and interest according to Ogunniyi (1983), who made his study on Nigerian school teachers. Similar results were reported by Tobin (1986), who conducted the study in an Australian High School. According to Wong Kam Kin (1999), practicals helped students to understand science concept better. Muraly Theran a/l Rengasamy (1978) studied Form 4 students achievement in science and found that teachers used of teaching aids and facilities improved students performance. CHAPTER 3: RESEARCH METHODOLOGY 3.1 Introduction The items discussed in this chapter include some aspects related to strategy of implementing the research: the research design, sample, location of research, instruments, procedure, technique of data collection, and method of data analysis. 3.2 Research Design This is a survey research using questionnaire administered to respondents who had dropped Biology at SPM level in the year 1999. The questionnaire include 35 close-ended items and one open- ended item. The items are categorised into 7 themes: attitudes towards biology; perceptions towards the teacher; effect of lab facilities on learning; parental influence, effect of career choice; influence of school administration in handling students’ decision making process; and subjects alternative to Biology. 3.3 Location of Research The areas are located within the vicinity of Kuala Lumpur. The researcher chose four (4) schools from each of the four zones of Kuala Lumpur There is a total of 16 schools as shown in Table 2.2. OUM 32
  • 14. TOPIK 2 PENYEDIAAN CADANGAN KAJIAN Table 2.2: List of Schools in the Research Zone School a. Bangsar 1. SMK Bukit Bandaraya, K.L. 2. SMK Seri Pantai, K.L. 3. SMK Taman Tun Dr. Ismail, K.L. 4. SMK Victoria, K.L. b. Pudu 1. SMK(P) Bandaraya, K.L. 2. SMK Aminuddin Baki, K.L. 3. SMK Cheras, K.L. 4. SMK Sains Selangor, K.L. c. Sentul 1. SMK (P) Jalan Ipoh, K.L. 2. SMK Menjalara, Kepong, K.L. 3. SMK Kepong, K.L. 4. SMK Bandar Baru Sentul, K.L. d. Keramat 1. SMK Desa Tun Hussein Onn, K.L. 2. SMK Wangsa Maju, K.L. 3. SMK Teknik, Setapak, K.L. 4. SMK Tinggi, Setapak, K.L. 3.4 Instruments A set of questionnaire was designed based on the research questions. The questionnaire was adapted from that of Abdul Wahid Othman (1998), entitled “Sikap pelajar terhadap mata pelajaran fizik: Satu perbandingan di antara pelajar pencapaian tinggi, sederhana dan rendah di Sekolah Alam Shah, Kuala Lumpur.” Abdul Wahid had adjusted the items from questionnaire of Siti Rahayah Ariffin (1988), entitled, “Kajian mengenai sikap terhadap sains dan pencapaian dalam mata pelajaran sains paduan bagi pelajar tingkatan tiga.” Some items are derived from questionnaire of Lee Beng Heok (1988) research, entitled, “Sikap pelajar terhadap biologi dan sekolah: Dikotomi dan tahap pencapaian.” For content validity the questionnaire was referred to the supervisor whose area is Biology education. Next, the writer was advised to do the reliability test using test and retest techniques. Reliability test determines the consistencies of answers by respondents should the test be repeated again. The reliability test was done at Sekolah Menengah Lelaki Methodist, Sentul where 20 form five students do the first test on Wednesday at 1.00 pm, 30th September,1999. The retest was done on Friday, at 10.30 am, 1st Oktober 1999. The reliability was high (above 0.8).Some improvements to the items were made. There are two sections on the questionnaire: OUM 33
  • 15. PENYEDIAAN CADANGAN KAJIAN TOPIK 2 1. Section A : Backgound of respondents 2. Section B : Include 35 close-ended items and one open-ended item. The 35 items are categorised into 7 themes each having 4 to 6 items. Table 2.3: Themes and the Respective Items in the Questionnaire (Close Ended Items) No. Themes Item 1. Students' attitude towards biology. 1,2,3,4,5,6 2. Students' attitude towards biology teacher. 7,8,9,10,11,12 3. Effect of lab facilities. 13,14,15,16,17 4. Effect of future career. 18,19,20,21 5. Parental influence. 22,23,24,25 6. School administration's influence. 26,27,28,29 7. Sources of alternative subject replacing biology. 31,32,33,34,35,36 Item number 30 is an open-ended item requesting students to choose the subjects alternative to Biology. The rest of the 35 items, respondents are requested to circle the answer on the scale of 1 to 10. Number one indicates highly disagree to the given statement, while 10 indicates student highly agree to it. 3.5 Procedure The research topic was chosen after consultation with the supervisor and the drafting of proposal was made, entitled “Factors that influence science students to drop Biology at SPM level”. The revised proposal was sent to the Ministry of Education Research and Policy Division (Kementerian Pendidikan Malaysia, Bahagian Perancangan Pembangunan dan Penyelidikan BPPP), for their evaluation and approval to visit the schools for data collection. In addition, permission was also sought from Bahagian Pendaftaran, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Both letters would be shown to the school on the visit. The questionnaire were submitted to the school administrator who will administer it to the respondents. The data collected would be examined, sorted and analysed. 3.6 Data Collection This is a survey using a self administered questionnaire to the respondents (selected students). It is not posted by mail but the questionnaire was delivered by the researcher to the school and he would collect it back. OUM 34
  • 16. TOPIK 2 PENYEDIAAN CADANGAN KAJIAN The Senior science teacher of the school was requested to help in the distribution and administration of the questionnaire to the respondents with the permission of the school head. Students would be briefed on how to respond to the questionnaire and 45 minutes would be allocated for the answering session. The researcher would come back to the school after a week to collect the questionnaire forms. 3.7 Data Analysis The 35 close-ended items will be analysed based on the scale 1 to 10. The following table shows how scores would be obtained: Table 2.4: Scale for Answering Questionnaire from Strongly Agree to Strongly Disagree Category Strongly Disagree ------------- ----------------- Strongly Agree Level of agreement 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Score (S) 5 4 3 2 1 1 2 3 4 5 Sample (n) Total (S x n) Data will be analysed in terms of frequency and percentage. References: Abdul Wahid Othman. (1999). Sikap Pelajar Terhadap Matapelajaran Fizik: Satu Perbandingan di antara Pelajar Berpencapaian Tinggi, Sederhana dan Rendah di Sekolah Alam Shah, Kuala Lumpur. Latihan Ilmiah Universiti Kebangsaan Malaysia. Abdullah bin Nor. (1998). Kajian Mengenai Beberapa Faktor yang Mempengaruhi Kecenderungan Terhadap Fizik bagi Pelajar Tingkatan 4. Latihan Ilmiah Universiti Kebangsaan Malaysia. Atan Long. (1983). Pedagogi Kaedah Mengajar. Kuala Lumpur: Fajar Bakti. Eisenhardt, W.D. (1977). A research for predominant causal sequence in interrelationship ofinterest in academic subject and academic achievement, Dissertation Abstract International, 37, no 07:4225. Lee Ben Hock. (1988). Sikap Pelajar Terhadap Biologi dan Sekolah: Dikotomi Jantina dan Tahap Pencapaian. Latihan Ilmiah Universiti Kebangsaan Malaysia. Masmuda Hj Bakri. (1981). Persepsi Terhadap Matapelajaran di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah: Satu Kajian Kes. Latihan Ilmiah. Universiti Kebangsaan Malaysia. Muraly Tharen a/l Rengasamy. (1987). Kesan Penggunaan ABM Terhadap Pencapaian Murid Tingkatan 4 dalam Matapelajaran Fizik. Latihan Ilmiah Universiti Kebangsaan Malaysia. OUM 35
  • 17. PENYEDIAAN CADANGAN KAJIAN TOPIK 2 Norlela Sulaiman. (1995). Strategi Mempertingkat Minat Pelajar Terhadap Subjek Sains bagi Memenuhi Matlamat Pendidikan Negara, Seminar Kebangsaan Matrikulasi/Asasi Pertama, Malaysia 22-23 November. Ogunniyi, M.B. (1983). An analysis of laboratory activities in selected Nigerian secondary school. Journal of Science Education. 5(2): 195-201. Rozita Ismail. (1991). Kajian Mengenai Sikap dan Pencapaian dalam Matapelajaran Fizik Moden Tingkatan 4 di 3 Buah Sekolah Menengah di Daerah Batang Padang Perak. Latihan Ilmiah Universiti Kebangsaan Malaysia. Tobin, Kenneth. (1986). Secondary school science laboratory activities. Journal of Science Education. 8(2): 199-211. OUM 36
  • 18. TOPIK 2 PENYEDIAAN CADANGAN KAJIAN Lampiran B Pilih satu topik kecil kajian dan berdasarkan panduan dibawah, tulis cadangan kajian untuk topik yang telah anda pilih: Jadual 2.1: Panduan Menulis Cadangan Kajian Contents Items to be Included Chapter 1 Research Problem Background of the Why must this research be done? Data from Research previous research to support it. Statement of the Statement of the research problem in terms of what Problem the research will attempt to do. Conceptual Framework Relationship between research variables. General aim of the research, objectives, research Aim of the Research questions, hypothes. (if any) Significance of the Why is it significant to you as a researcher, to the Research profession, the organisation or the community in general? What benefit will you or they get? Limitation of the Factors that limit the research or data collection. To Research what extent can the result be generalised to a bigger population ? Definition of Terms Conceptual and operational definition of main variables in the research (in measurable terms). Chapter 2 Literature Review Introduction Review the literature related to the research: State principles or theories directly related to the research. Related Research • Review the past research related to the present research. • Compare and contrast the findings and give conclusion and comments. Summary Summarise related literature and research and states the reasons why such literature as research are important for the research. Chapter 3 Research Methodology Introduction Introduction to the conceptual framework of the research: stating the relationship between proposed in the research. Research Design Which research design do you use? Why is it suitable? Population and Sample Which specific population does the research address? How and where the samples are taken? OUM 37
  • 19. PENYEDIAAN CADANGAN KAJIAN TOPIK 2 Sampling What procedure do you follow? Research Instruments Description, sources, its validity and reliability (attach it to appendix). Data Collection Who collects the data? How and when? Time line to do the research: getting permission, informing schools, colleges or institutes. Data Analysis Plan how data would be analysed. Desciptive or inferential? Which specific statistical test would be used? References List of references Selain daripada kandungan yang diberikan dalam Jadual 2.1, format bagi penulisan cadangan kajian adalah seperti berikut: Topik Tesis/Thesis Title Pengesahan/Declaration Abstrak/Abstract (in Bahasa Melayu or English) Jadual Kandungan/Table of Contents Senarai Jadual/List of Tables Senarai Rajah/List of Figures Bab 1: Masalah Kajian/Chapter 1: Research Problem 1.1 Pengenalan/Introduction 1.2 Pernyataan Masalah/Statement of the Problems 1.3 Kerangka Konsep/Conceptual Framework 1.4 Matlamat Kajian/Aim of the Research 1.5 Kepentingan Kajian/Significance of the Research 1.6 Batasan Kajian/Limitations of the Research 1.7 Definisi Istilah/Definition of Terms 1.8 Ringkasan/Summary Bab 2: Tinjauan Literatur/Chapter 2: Literature Review 2.1 Pengenalan/Introduction 2.2 Literatur Berkaitan/Related Literature 2.3 Kajian Berkaitan/Related Research 2.4 Ringkasan/Summary OUM 38
  • 20. TOPIK 2 PENYEDIAAN CADANGAN KAJIAN Bab 3: Kaedah Kajian/Chapter 3: Research Methodology 3.1 Pengenalan/Introduction 3.2 Reka Bentuk Kajian/Research Design 3.3 Populasi dan Sampel/Population and Sample 3.4 Alat-alat Kajian/Research Intruments 3.4.1 Pembangunan Alat-alat Kajian/Development of Research Instruments 3.4.2 Variabel Kajian/Research Variables 3.5 Tatacara Pengutipan Data/Data Collection Procedure 3.6 Tatacara Penganalisisan Data/Data Analysis Procedure 3.7 Ringkasan/Summary RUMUSAN Menulis cadangan kajian memakan masa yang panjang. Saya cadangkan anda berkerja sama rapat dengan tutor penyelia anda. Jangan risau kepada kritikan yang membina, terima kritikan dengan fikiran terbuka, sebab kritikan ini akan menambah baik kajian anda. Sesuatu cadangan kajian mengandungi soalan kajian, reka bentuk kajian yang terperinci dan terang, kepentingan kajian, definisi istilah, alat-alat kajian, kaedah pengutipan data dan kaedah penganalisisan data. GLOSARI Cadangan kajian – Cadangan kajian ialah rancangan kajian yang meliputi kerangka konseptual kajian, tujuan dan objektif kajian, soalan dan hipotesis kajian, kepentingan dan batasan kajian, tinjauan literatur dan kajian lepas serta alat kajian dan kaedah penganalisisan data. Kerangka konsep – Kerangka konsep adalah kerangka yang menunjukkan hubungan sebab-kesan antara variabel takbersandar (independent) dan variabel bersandar (dependent) yang biasanya digambarkan dalam sebuah rajah. Latar belakang masalah – Latar belakang masalah kajian adalah penjelasan awal tentang masalah-masalah dalam amalan harian yang berkait rapat dengan topik kajian, yang akhirnya menjadi asas kepada pembentukan kerangka konsep kajian. OUM 39
  • 21. PENYEDIAAN CADANGAN KAJIAN TOPIK 2 Pernyataan masalah – Pernyataan masalah adalah pernyataan pengkaji tentang apakah yang cuba diselesiakan oleh kajiannya dan ia boleh ditulis dalam bentuk tujuan am atau persoalan am kajian (bukan masalah amalan harian yang kerap ditulis pelajar). Tinjauan literatur – Tinjauan literatur mengandungi dua (2) bahagian, iaitu “Literatur Berkaitan” yang memuatkan konsep, teori, prinsip dan model berkaitan dengan bidang kajian; dan “Kajian Berkaitan” yang memuatkan kajian-kajian lepas berkaitan dengan bidang kajian. UJIAN 1 1. Pengkaji perlu menyediakan cadangan kajian terlebih dahulu sebelum. Nyatakan mengapa rancangan kajian ini perlu disediakan. 2. Dalam “Pengenalan” kepada Bab 1, apakah tujuan kajian yang ditunjukkan dalam contoh kajian “Inculcating noble values through cooperative learning in science”? 3. Dalam contoh cadangan kajian yang diberi, nyatakan apakah batasan-batasan kajian yang dijelaskan oleh pengkaji. UJIAN 2 Andaikan anda sebenarnya ingin menjalankan kajian bertopik: “Hubungan antara motivasi dan kemahiran asas dengan pencapaian matematik”. (a) Jelaskan dengan ringkas kepentingan kajian ini sama ada kepada murid, ibu bapa, guru atau guru besar sekolah. (b) Senaraikan dua (2) soalan kajian yang berkait dengan variabel-variabel yang diberikan dalam topik kajian ini. (c) Tuliskan sedikit “Latar Belakang Masalah Kajian” dalam “Bab 1: Masalah Kajian” yang sesuai bagi topik kajian ini. OUM 40