SlideShare a Scribd company logo
1 of 7
SOALAN 1
Bincangkan perkembangan Sistem Pendidikan di Malaysia.
Negara Malaysia mempunyai sejarah pembentukan yang amat panjang. Selari dengan
proses tersebut, pendidikan juga telah berkembang seiring dengan zaman. Maka, dapatlah
disimpulkan bahawa sistem pendidikan di Malaysia boleh dibahagikan kepada tiga peringkat
iaitu sebelum merdeka, selepas merdeka dan sistem pendidikan semasa. Perkembangan
sistem pendidikan sebelum merdeka terbahagi kepada empat peringkat iaitu sebelum
kedatangan British, tempoh penjajahan pertama, tempoh penjajahan kedua dan awal
kemerdekaan, iaitu sebelum pembentukan gagasan Malaysia. Perkembangan sistem
pendidikan selepas merdeka terbahagi kepada tiga tahap iaitu tahap pertama(1963-1965),
tahap kedua(1966-1970) dan tahap ketiga(1971-1975). Perkembangan sistem pendidikan
semasa pula berlaku selepas tempoh 1975.
PERKEMBANGAN SISTEM PENDIDIKAN SEBELUM MERDEKA
Pada peringkat pertama sistem pendidikan sebelum merdeka iaitu sebelum
kedatangan British pendidikan pada umumnya merupakan pendidikan yang tidak
menekankan soal formal. Penekanan hanyalah kepada pengajaran kitab suci Al-Quran,
tingkah laku dan akhlak yang baik, pengetahuan dan juga sifat kerohanian.
Terdapat juga sebilangan pelajar yang mempelajari pendidikan agama di sekolah-
sekolah pondok yang ditubuhkan oleh para ulama Islam yang terkenal pada zaman tersebut.
Sekolah-sekolah jenis ini masih boleh dilihat sekarang di negeri-negeri seperti Kelantan,
Terengganu dan Kedah.
Pada amnya pendidikan tradisi ini mempunyai kurikulum yang terlalu sempit kerana
pelajaran adalah terhad kepada teks Al-Quran sahaja. Namun, kelebihan yang boleh
diperolehi daripada aspek pengajaran sebegini ialah ia telah berjaya mewujudkan ramai
tokoh agama yang bukan sahaja terkenal dalam bidang agama, tetapi juga mempunyai tahap
etika yang amat tinggi.
Perkembangan sistem pendidikan semasa penjajahan British(1984-1986) pula
bermula setelah Francis Light mengambil Pulau Pinang hingga menjelang Perang Dunia
Kedua. Pada masa itu, kerajaan British mula memberi perhatian terhadap pendidikan di
negeri-negeri Selat. Blundell(Gabenor negeri Selat) telah mencadangkan supaya ditubuhkan
sekolah-sekolah Vernakular Melayu di negeri-negeri Selat dengan bantuan kerajaan British.
Pada tahun 1856, Blundell dengan bantuan kewangan daripada DYMM Temenggung Johor
telah menubuhkan dua buah sekolah Vernakular Melayu di Singapura. Selepas itu, pada
tahun 1858 hingga 1863, kerajaan British telah menubuhkan beberapa buah sekolah Melayu
di Pulau Pinang dan Melaka.
Mata pelajaran-mata pelajaran yang biasa diaplikasikan di sekolah-sekolah Vernakular
ialah Bacaan, Mengarang, Ejaan, Menulis, Ilmu Hisab, Latihan Jasmani dan Ilmu Alam.
Gerakan bimbingan juga mula dikembangkan di Tanah Melayu ketika ini. Pejabat Pelajaran
Negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Tanah Melayu Bersekutu mengeluarkan “A Guide To
Careers In Malaya For Parents, Teachers and Pupils”. Buku tersebut mengandungi analisis
senarai kerja yang terdapat di dalam perkhidmatan kerajaan.
Pada awal kurun ke-20, mata pelajaran Perkebunan dan Anyaman telah ditambah ke
dalam kurikulum sekolah. Murid-murid akan memasuki Darjah I hingga Darjah IV. Selepas itu,
hanya sebilangan kecil pelajar sahaja yang berpeluang melanjutkan pelajaran ke Special
Malay Class, di mana mereka dapat meneruskan persekolahan di sekolah Inggeris kelak.
Sekolah Vernakular Cina yang pertama telah didirikan oleh Persatuan Mubaligh
London di negeri Melaka pada tahun 1815, dan kemudiannya di Singapura pada tahun 1819.
Pada tahun 1900, dua orang menteri dan pendidik dari negeri China, Kang You Wei dan
Liang Qi Chau telah mendirikan sekolah Vernakular Cina dan menggabungkan pengajaran
Confucious dengan pengajaran sains Barat. Kurikulum yang diperkenalkan adalah
berorientasikan kepada negara China. Sesetengah sekolah dijadikan pusat untuk
menyebarkan sentimen anti British. Pentadbiran Inggeris kemudiannya telah mengawal
segala aktiviti sekolah dan kurikulumnya menjadi bertambah baik.
Perkembangan sekolah Vernakular Tamil bermula semasa perkembangan ladang
getah, kelapa sawit, kopi dan gula di Tanah Melayu. Terdapat ramai buruh dari negara India
telah diambil untuk bekerja di estet-estet. Pendidikan dalam bahasa Tamil diberi di salah
sebuah sekolah cawangan Singapore Free School mulai tahun 1834. Kumpulan-kumpulan
mubaligh Kristian banyak memberi sumbangan kepada perkembangan pendidikan formal
dalam bahasa Tamil pada peringkat awalnya. Sehingga tahun 1938, terdapat 13 buah
sekolah Tamil kerajaan, 511 buah sekolah estet, 23 buah sekolah mubaligh dan 60 buah
sekolah Tamil swasta di seluruh Semenanjung Tanah Melayu. Sepertimana sekolah
Vernakular Melayu, sekolah-sekolah Vernakular Tamil terhad pada peringkat rendah sahaja
dan seperti sekolah-sekolah Cina, kurikulum sekolah-sekolah Tamil berorientasikan negara
asal mereka, India. Buku-buku dan tenaga pengajar dibawa dari Sri Lanka dan India.
Sementara itu, perkembangan bagi sekolah Inggeris pula bermula apabila pada
peringkat awal penubuhannya, kebanyakan sekolah Inggeris didirikan daripada hasil usaha
kaum mubaligh Kristian. Pada tahun 1816, Penang Free School telah ditubuhkan dan
mempunyai beberapa matlamat seperti berikut:
i. untuk semua bangsa;
ii. mendidik supaya berdisiplin, berkelakuan baik dan rajin;
iii. ibu bapa yang berkemampuan dikehendaki membayar yuran sekolah dengan
kadar berpatutan;
iv. murid akan belajar membaca dan menulis Bahasa Inggeris dan mempelajari Ilmu
Kira-kira;
v. murid Melayu akan diajar Bahasa Melayu;
vi. rancangan yang sama diadakan juga untuk bangsa lain;
vii. murid akan diajar tentang pekerjaan seperti pertukangan menjahit dan lain-lain;
viii. diajar supaya menghormati ibu bapa dan agama Kristian.
Pada tahun 1826, Melaka Free Schol ditubuhkan serta disusuli dengan penubuhan
Victoria Insitute pada tahun 1893, Sekolah King Edward VII di Taiping pada tahun 1906. Pada
awal kurun ke-20, semua Free School telah diambil alih oleh kerajaan. Pada tahun 1905 pula,
sebuah sekolah Melayu iaitu Malay College Kuala Kangsar ditubuhkan khas untuk anak-anak
Melayu peringkat atasan. Sementara itu, perkembangan sistem pendidikan untuk tempoh
kedua selepas kedatangan British pula bermula dari tempoh 1946-1957. Perkembangan
pendidikan terbantut apabila pihak Jepun telah menakluki Tanah Melayu pada tahun 1941
sehingga tahun 1945 iaitu pada Perang Dunia Kedua. Pada zaman ini, kebanyakan sekolah
terpaksa ditutup dan hanya sebilangan kecil daripadanya digunakan untuk mengajar bahasa
Jepun.
Selepas kekalahan pihak Jepun ke atas pihak Inggeris, kurikulum asal telah
diaplikasikan semula. Walau bagaimanapun, beberapa laporan cadangan terhadap kurikulum
baru telah digubal. Laporan-laporan yang dimaksudkan ialah Laporan Barnes 1951, Laporan
Fenn-Wu 1951, Ordinan Pelajaran, Dasar Pelajaran Kebangsaan dan Laporan Razak 1956.
Di antara cadangan yang telah dikemukakan ialah menuntut kerajaan supaya menyediakan
kemudahan-kemudahan pelajaran dan pembelajaran serta menyediakan guru-guru terlatih di
sekolah-sekolah. Guru-guru ini merangkumi mereka yang mempunyai rekod penilaian yang
baik serta mempunyai etika pengajaran yang boleh dicontohi oleh para pelajar.
Sistem pendidikan di Malaysia pada awal kemerdekaan bermula setelah Parti
Perikatan merebut 51 daripada 52 kerusi dalam Pilihan Raya Umum pertama di Persekutuan
Tanah Melayu.Sistem pendidikan pada zaman ini masih berorientasikan sistem yang telah
tercatat di dalam Laporan Razak. Pada tahun 1959, cawangan Universiti Malaya telah
ditubuhkan di Kuala Lumpur. Kursus-kursus yang ditawarkan ialah Kejuruteraan, Sastera dan
Sains. Pada tahun ini juga Laporan Rahman Talib diwujudkan iaitu pada tahun 1960.
PERKEMBANGAN SISTEM PENDIDIKAN SELEPAS MERDEKA
Perkembangan sistem pendidikan di Malaysia selepas merdeka bermula pada tahun
1963 hingga 1975. Tahap pertamanya(1963-1965) pula menekankan perlaksanaan Akta
Pelajaran 1961. Antara yang dilaksanakan dalam tahap pertama ini, termasuklah
pemansuhan Peperiksaan Masuk Sekolah Menengah(1964), penubuhan sistem Pendidikan
Aneka Jurusan(1965) dan penubuhan Pusat Latihan Daerah.
Tahap kedua(1966-1970) pula dilaksanakan dibawah Rancangan Malaysia Pertama
yang digubal untuk menyelesaikan masalah ekonomi dan sosial yang timbul pada masa itu.
Antara yang dilaksanakan dalam tempoh ini termasuklah penubuhan Sekolah Menengah
Teknik dan Vokasional, penyelarasan sistem pendidikan melalui Polisi Pendidikan
Kebangsaan serta penubuhan Lembaga Peperiksaan Malaysia.
Tahap ketiga(1971-1975) merupakan pengubahsuaian sistem pelajaran dan latihan
untuk memenuhi keperluan-keperluan perkembangan ekonomi serta mengeluarkan lebih
ramai tenaga kerja mahir bagi melancarkan perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru. Antara yang
ditekankan ialah peranan pendidikan dalam perpaduan(Rancangan Malaysia Kedua),
penubuhan Rukun Negara dan Pusat Pengajian Sains.
PERKEMBANGAN SISTEM PENDIDIKAN SEMASA
Dalam jangka waktu ini, ideologi negara bagi sistem pendidikan adalah Rukun Negara
dan tumpuannya adalah sejajar dengan pembangunan negara. Aspek yang sangat penting
dalam pendidikan iaitu berkaitan dengan etika turut ditekankan dalam Rukun Negara, iaitu
‘Kesopanan dan Kesusilaan’. Aspek ini sering diaplikasikan dalam banyak mata pelajaran
yang diajar di sekolah-sekolah bagi mewujudkan para pelajar yang tinggi moral dan etika
mereka.
Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran ditubuhkan pada bulan
September 1974 untuk mengkaji pelaksanaan sistem pelajaran kebangsaan bagi:
“Mengkaji semula matlamat dan berkesannya sistem pelajaran sekarang,
termasuk kurikulumnya, dalam rangka dasar palajaran yang wujud, dengan
tujuan untuk memastikan bahawa keperluan tenaga rakyat negara dapat
dipenuhi sama ada dari segi jangka pendek mahupun jangka panjang, dan
lebih-lebih lagi untuk memastikan bahawa sistem pelajaran itu dapat memenuhi
matlamat negara ke arah melahirkan masyarakat yang bersatupadu, berdisiplin
dan terlatih.”
(Sumber: Education In Malaysia, 1980)
Mengikut Laporan Kabinet pada tahun 1979 bagi peringkat sekolah rendah iaitu
kurikulum, kemahiran adalah tertumpu kepada bidang komunikasi, alam sekitar,
perkembangan diri yang menekankan aspek 3M dan perkembangan bakat, membantu murid
yang lemah serta mengadakan program pengayaan, pengajaran pemulihan diperbaiki lagi
dan Kurikulum Baru Sekolah Rendah dicadangkan.
Bagi peringkat sekolah menengah pula, sistem baru bagi pelajaran vokasional, jurusan
perdagangan dipertingkatkan, penekanan terhadap mata pelajaran Matematik, Sains dan
Bahasa, penekanan kepada aktiviti ko-kurikulum, bimbingan dan kaunseling diwujudkan di
sekolah serta Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah dicadangkan.
Pada tahun 1990-an, peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah(UPSR), Penilaian
Menengah Rendah(PMR), Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran
Malaysia(STPM) telah diperkenalkan. Selain itu, beberapa akta telah digubal untuk
memantapkan sistem pendidikan di negara ini termasuklah:
i. Akta Pelajaran 1995
ii. Rang Undang-Undang Pendidikan 1995
iii. Rang Undang-Undang Institusi Pengajian Tinggi Swasta 1996
iv. Rang Undang-Undang Universiti dan Kolej(Pindaan 1996)
v. Rang Undang-Undang Majlis Pendidikan Tinggi Negara 1996
vi. Rang Undang-Undang Lembaga Akreditasi Negara 1996
Perkembangan terhadap sistem pendidikan berterusan sehingga ke hari ini antaranya
termasuklah penubuhan Sekolah BESTARI 1995, Koridor Raya Multimedia 1999, Ujian
Bahasa Inggeris(MUET), PSMI 2003, Sekolah Wawasan dan Pelan Induk Pembangunan
Pendidikan 2006. Perlaksanaan pelbagai program ke arah perkembangan sistem pendidikan
ini akan berlanjutan untuk masa-masa yang akan datang. Pelajar-pelajar yang dahagakan
ilmu pengetahuan terus meningkat dari setahun ke setahun dalam mendaftarkan diri mereka
ke sekolah-sekolah rendah dan menengah di seluruh Malaysia.
Kesimpulan
Setelah mengetahui segala kronologi pendidikan sejak zaman sebelum penjajahan
British hinggalah zaman selepas merdeka, kita dapat membuat kesimpulan bahawa banyak
perkembangan telah dilakukan terhadap sistem pendidikan negara. Bermula daripada sistem
yang berorientasikan kepada bangsa dan agama sendiri kepada sistem pendidikan yang
menitik beratkan aspek pendidikan berteknologi tinggi. Walaupun banyak perubahan yang
telah dijanakan oleh kerajaan, namun aspek etika tidak pernah ditinggalkan begitu sahaja.
Setiap perancangan akan mengambil kira etika moral dan disiplin setiap individu pelajar untuk
menjadikan mereka insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.
Namun, di sebalik usaha-usaha murni tersebut, tersembunyi beberapa kelemahan
yang secara tidak langsungnya akan menyebabkan barah yang lebih besar sekiranya tidak
ditangani secara total oleh pihak kerajaan. Usaha menyembuhkan barah ini memerlukan
pengorbanan daripada seluruh rakyat yang mengaku dirinya seorang warganegara yang
berdisiplin dan berhemah tinggi. Hanya dengan cara ini sajalah perkembangan pendidikan
akan selaras dengan perkembangan etika para pelajar yang semestinya perlu diberi didikan
yang sempurna demi mencapai taraf individu yang berjaya.
Bibliografi
Shahril @ Charil Marzuki, Zainun Ishak, Lee Pau Wing, Dr. Saedah Siraj, Pendidikan Di
Malaysia, 1993, Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd., Kuala Lumpur.
Juriah Long, Halimah Badioze Zaman, Putih Mohamed, Zalizan Mohd Jelas, Aliran Dalam
Amalan Pendidikan Menjelang Abad Ke-21, 1992, Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia,
Bangi.
Educational Planning and Research Division, Education In Malaysia, 1980, Kementerian
Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur.
Carol Gestwicki, Home, School and Community Relations, 1996, Delmar Publishers, United
States of America.
http://blog.cari.com.my/index.php?op=ViewArticle&articleId=7753&blogId=453

More Related Content

What's hot

Integrasi nasional
Integrasi nasionalIntegrasi nasional
Integrasi nasionalRosnaliza07
 
falsafah pendidikan barat moden
falsafah pendidikan barat modenfalsafah pendidikan barat moden
falsafah pendidikan barat modenRasikha Hansi
 
Implikasi pelaksanaan dasar-dasar pendidikan di Malaysia terhadap pembangunan...
Implikasi pelaksanaan dasar-dasar pendidikan di Malaysia terhadap pembangunan...Implikasi pelaksanaan dasar-dasar pendidikan di Malaysia terhadap pembangunan...
Implikasi pelaksanaan dasar-dasar pendidikan di Malaysia terhadap pembangunan...NickyAng45
 
MODEL ASSURE REALISASIKAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
MODEL ASSURE REALISASIKAN DALAM PENGAJARAN  DAN PEMBELAJARANMODEL ASSURE REALISASIKAN DALAM PENGAJARAN  DAN PEMBELAJARAN
MODEL ASSURE REALISASIKAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANSteven Abraham
 
PPPM 2013 - 2025
PPPM 2013 - 2025PPPM 2013 - 2025
PPPM 2013 - 2025mbkppdhl
 
Refleksi individu lawatan persatuan
Refleksi  individu lawatan persatuanRefleksi  individu lawatan persatuan
Refleksi individu lawatan persatuannorainihjdaud
 
Teori dan model pembinaan kurikulum
Teori dan model pembinaan kurikulumTeori dan model pembinaan kurikulum
Teori dan model pembinaan kurikulumchenta miamor
 
Bab-6-persoalan-malaysia-sentrik
Bab-6-persoalan-malaysia-sentrikBab-6-persoalan-malaysia-sentrik
Bab-6-persoalan-malaysia-sentrikfiro HAR
 
Program pendidikan untuk semua di malaysia
Program pendidikan untuk semua di malaysiaProgram pendidikan untuk semua di malaysia
Program pendidikan untuk semua di malaysiaaminnafek
 
kbsr-dan-klsr
kbsr-dan-klsrkbsr-dan-klsr
kbsr-dan-klsrTe Frendy
 
Strategi,pendekatan, kaedah dan teknik
Strategi,pendekatan, kaedah dan teknikStrategi,pendekatan, kaedah dan teknik
Strategi,pendekatan, kaedah dan teknikAfiqah Nooh
 
Pendekatan dan kaedah pengajaran bacaan
Pendekatan dan kaedah pengajaran bacaanPendekatan dan kaedah pengajaran bacaan
Pendekatan dan kaedah pengajaran bacaanHailmi Othman
 
Pengintegrasian Teknologi dalam PdP
Pengintegrasian Teknologi dalam PdPPengintegrasian Teknologi dalam PdP
Pengintegrasian Teknologi dalam PdPAina Shafina
 
Perkembangan pendidikan sebelum merdeka
Perkembangan pendidikan sebelum merdekaPerkembangan pendidikan sebelum merdeka
Perkembangan pendidikan sebelum merdekaIPGKTI
 
Panduan menulis ulasan_kritis_critical_review_psikolgi_
Panduan menulis ulasan_kritis_critical_review_psikolgi_Panduan menulis ulasan_kritis_critical_review_psikolgi_
Panduan menulis ulasan_kritis_critical_review_psikolgi_bond82
 
kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermaknakapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermaknanoorfarahanahmohdnoo
 

What's hot (20)

Integrasi nasional
Integrasi nasionalIntegrasi nasional
Integrasi nasional
 
falsafah pendidikan barat moden
falsafah pendidikan barat modenfalsafah pendidikan barat moden
falsafah pendidikan barat moden
 
Implikasi pelaksanaan dasar-dasar pendidikan di Malaysia terhadap pembangunan...
Implikasi pelaksanaan dasar-dasar pendidikan di Malaysia terhadap pembangunan...Implikasi pelaksanaan dasar-dasar pendidikan di Malaysia terhadap pembangunan...
Implikasi pelaksanaan dasar-dasar pendidikan di Malaysia terhadap pembangunan...
 
MODEL ASSURE REALISASIKAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
MODEL ASSURE REALISASIKAN DALAM PENGAJARAN  DAN PEMBELAJARANMODEL ASSURE REALISASIKAN DALAM PENGAJARAN  DAN PEMBELAJARAN
MODEL ASSURE REALISASIKAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
 
PPPM 2013 - 2025
PPPM 2013 - 2025PPPM 2013 - 2025
PPPM 2013 - 2025
 
Refleksi individu lawatan persatuan
Refleksi  individu lawatan persatuanRefleksi  individu lawatan persatuan
Refleksi individu lawatan persatuan
 
Teori dan model pembinaan kurikulum
Teori dan model pembinaan kurikulumTeori dan model pembinaan kurikulum
Teori dan model pembinaan kurikulum
 
Bab-6-persoalan-malaysia-sentrik
Bab-6-persoalan-malaysia-sentrikBab-6-persoalan-malaysia-sentrik
Bab-6-persoalan-malaysia-sentrik
 
Program pendidikan untuk semua di malaysia
Program pendidikan untuk semua di malaysiaProgram pendidikan untuk semua di malaysia
Program pendidikan untuk semua di malaysia
 
kbsr-dan-klsr
kbsr-dan-klsrkbsr-dan-klsr
kbsr-dan-klsr
 
Strategi,pendekatan, kaedah dan teknik
Strategi,pendekatan, kaedah dan teknikStrategi,pendekatan, kaedah dan teknik
Strategi,pendekatan, kaedah dan teknik
 
Pendekatan dan kaedah pengajaran bacaan
Pendekatan dan kaedah pengajaran bacaanPendekatan dan kaedah pengajaran bacaan
Pendekatan dan kaedah pengajaran bacaan
 
Model tyler
Model tylerModel tyler
Model tyler
 
Pengintegrasian Teknologi dalam PdP
Pengintegrasian Teknologi dalam PdPPengintegrasian Teknologi dalam PdP
Pengintegrasian Teknologi dalam PdP
 
Pengintegrasian tmk
Pengintegrasian tmkPengintegrasian tmk
Pengintegrasian tmk
 
Konstruktivisme
KonstruktivismeKonstruktivisme
Konstruktivisme
 
Perkembangan pendidikan sebelum merdeka
Perkembangan pendidikan sebelum merdekaPerkembangan pendidikan sebelum merdeka
Perkembangan pendidikan sebelum merdeka
 
Panduan menulis ulasan_kritis_critical_review_psikolgi_
Panduan menulis ulasan_kritis_critical_review_psikolgi_Panduan menulis ulasan_kritis_critical_review_psikolgi_
Panduan menulis ulasan_kritis_critical_review_psikolgi_
 
kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermaknakapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
 
Model sosial
Model sosialModel sosial
Model sosial
 

Viewers also liked

Sejarah pendidikan di malaysia
Sejarah pendidikan di malaysiaSejarah pendidikan di malaysia
Sejarah pendidikan di malaysiaSiti Rohayu Rohan
 
Perkembangan Pendidikan ( Tajuk : Sejarah pendidikan di Malaysia )_Tugasan In...
Perkembangan Pendidikan ( Tajuk : Sejarah pendidikan di Malaysia )_Tugasan In...Perkembangan Pendidikan ( Tajuk : Sejarah pendidikan di Malaysia )_Tugasan In...
Perkembangan Pendidikan ( Tajuk : Sejarah pendidikan di Malaysia )_Tugasan In...Rosdi Ramli
 
Tajuk 1 pkmbgn sistem pendidikan di malaysia
Tajuk 1  pkmbgn sistem pendidikan di malaysiaTajuk 1  pkmbgn sistem pendidikan di malaysia
Tajuk 1 pkmbgn sistem pendidikan di malaysiaRosliza Rethwan
 
Presentation kump 7 peradaban islam dlm tamdun melayu edited
Presentation kump 7  peradaban islam dlm tamdun melayu editedPresentation kump 7  peradaban islam dlm tamdun melayu edited
Presentation kump 7 peradaban islam dlm tamdun melayu editednur saadan
 
Waj3106berpasangan
Waj3106berpasanganWaj3106berpasangan
Waj3106berpasanganUjang Abu
 
Perbezaan sistem pendidikan semasa berbanding sebelum merdeka
Perbezaan sistem pendidikan semasa berbanding sebelum merdekaPerbezaan sistem pendidikan semasa berbanding sebelum merdeka
Perbezaan sistem pendidikan semasa berbanding sebelum merdekaWikwang Wong
 
Perbandingan sistem pendidikan sebelum dan selepas merdeka
Perbandingan sistem pendidikan sebelum dan selepas merdekaPerbandingan sistem pendidikan sebelum dan selepas merdeka
Perbandingan sistem pendidikan sebelum dan selepas merdekaNurul Nazirah Zaidin
 
Pengurusan pendidikan complete
Pengurusan pendidikan completePengurusan pendidikan complete
Pengurusan pendidikan completeAzman Hanafi
 
Sejarah pendidikan di malaysia dan hubungan etnik
Sejarah pendidikan di malaysia dan hubungan etnikSejarah pendidikan di malaysia dan hubungan etnik
Sejarah pendidikan di malaysia dan hubungan etnikHafizah Jupri
 
Kurikulum pendidikan islam
Kurikulum pendidikan islamKurikulum pendidikan islam
Kurikulum pendidikan islamWina Ariyani
 
Perkembangan Pendidikan Islam di Malaysia
Perkembangan Pendidikan Islam di Malaysia Perkembangan Pendidikan Islam di Malaysia
Perkembangan Pendidikan Islam di Malaysia kebahagiaanaisyah
 
Perkembangan Pendidikan Islam Sebelum Merdeka
Perkembangan Pendidikan Islam Sebelum MerdekaPerkembangan Pendidikan Islam Sebelum Merdeka
Perkembangan Pendidikan Islam Sebelum Merdekamzaidin
 
Perkembangan sistem pendidikan di malaysia
Perkembangan sistem pendidikan di malaysiaPerkembangan sistem pendidikan di malaysia
Perkembangan sistem pendidikan di malaysiaMohd Syafiq A. Ghani
 
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIASEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIANurul Hidayu Abd Halim
 
Keadaan masyarakat di tanah melayu sebelum dan selepas penjajahan
Keadaan masyarakat di tanah melayu sebelum dan selepas penjajahanKeadaan masyarakat di tanah melayu sebelum dan selepas penjajahan
Keadaan masyarakat di tanah melayu sebelum dan selepas penjajahanDamia Noraini
 
Sistem pendidikan sebelum dan selepas merdeka di malaysia
Sistem pendidikan sebelum dan selepas merdeka di malaysia Sistem pendidikan sebelum dan selepas merdeka di malaysia
Sistem pendidikan sebelum dan selepas merdeka di malaysia Sherly Jewinly
 

Viewers also liked (16)

Sejarah pendidikan di malaysia
Sejarah pendidikan di malaysiaSejarah pendidikan di malaysia
Sejarah pendidikan di malaysia
 
Perkembangan Pendidikan ( Tajuk : Sejarah pendidikan di Malaysia )_Tugasan In...
Perkembangan Pendidikan ( Tajuk : Sejarah pendidikan di Malaysia )_Tugasan In...Perkembangan Pendidikan ( Tajuk : Sejarah pendidikan di Malaysia )_Tugasan In...
Perkembangan Pendidikan ( Tajuk : Sejarah pendidikan di Malaysia )_Tugasan In...
 
Tajuk 1 pkmbgn sistem pendidikan di malaysia
Tajuk 1  pkmbgn sistem pendidikan di malaysiaTajuk 1  pkmbgn sistem pendidikan di malaysia
Tajuk 1 pkmbgn sistem pendidikan di malaysia
 
Presentation kump 7 peradaban islam dlm tamdun melayu edited
Presentation kump 7  peradaban islam dlm tamdun melayu editedPresentation kump 7  peradaban islam dlm tamdun melayu edited
Presentation kump 7 peradaban islam dlm tamdun melayu edited
 
Waj3106berpasangan
Waj3106berpasanganWaj3106berpasangan
Waj3106berpasangan
 
Perbezaan sistem pendidikan semasa berbanding sebelum merdeka
Perbezaan sistem pendidikan semasa berbanding sebelum merdekaPerbezaan sistem pendidikan semasa berbanding sebelum merdeka
Perbezaan sistem pendidikan semasa berbanding sebelum merdeka
 
Perbandingan sistem pendidikan sebelum dan selepas merdeka
Perbandingan sistem pendidikan sebelum dan selepas merdekaPerbandingan sistem pendidikan sebelum dan selepas merdeka
Perbandingan sistem pendidikan sebelum dan selepas merdeka
 
Pengurusan pendidikan complete
Pengurusan pendidikan completePengurusan pendidikan complete
Pengurusan pendidikan complete
 
Sejarah pendidikan di malaysia dan hubungan etnik
Sejarah pendidikan di malaysia dan hubungan etnikSejarah pendidikan di malaysia dan hubungan etnik
Sejarah pendidikan di malaysia dan hubungan etnik
 
Kurikulum pendidikan islam
Kurikulum pendidikan islamKurikulum pendidikan islam
Kurikulum pendidikan islam
 
Perkembangan Pendidikan Islam di Malaysia
Perkembangan Pendidikan Islam di Malaysia Perkembangan Pendidikan Islam di Malaysia
Perkembangan Pendidikan Islam di Malaysia
 
Perkembangan Pendidikan Islam Sebelum Merdeka
Perkembangan Pendidikan Islam Sebelum MerdekaPerkembangan Pendidikan Islam Sebelum Merdeka
Perkembangan Pendidikan Islam Sebelum Merdeka
 
Perkembangan sistem pendidikan di malaysia
Perkembangan sistem pendidikan di malaysiaPerkembangan sistem pendidikan di malaysia
Perkembangan sistem pendidikan di malaysia
 
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIASEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
 
Keadaan masyarakat di tanah melayu sebelum dan selepas penjajahan
Keadaan masyarakat di tanah melayu sebelum dan selepas penjajahanKeadaan masyarakat di tanah melayu sebelum dan selepas penjajahan
Keadaan masyarakat di tanah melayu sebelum dan selepas penjajahan
 
Sistem pendidikan sebelum dan selepas merdeka di malaysia
Sistem pendidikan sebelum dan selepas merdeka di malaysia Sistem pendidikan sebelum dan selepas merdeka di malaysia
Sistem pendidikan sebelum dan selepas merdeka di malaysia
 

Similar to 99263716 26532562-kronologi-pendidikan-di-malaysia

Kronologi pendidikan-sekolah-di-malaysia
Kronologi pendidikan-sekolah-di-malaysiaKronologi pendidikan-sekolah-di-malaysia
Kronologi pendidikan-sekolah-di-malaysiaJudee Kelantan
 
Sejarah Perkembangan Pendidikan.pptx
Sejarah Perkembangan Pendidikan.pptxSejarah Perkembangan Pendidikan.pptx
Sejarah Perkembangan Pendidikan.pptxAdibahIbrahim3
 
BAB 8 PENDIDIKAN DI MALAYSIA.pptx
BAB 8 PENDIDIKAN DI MALAYSIA.pptxBAB 8 PENDIDIKAN DI MALAYSIA.pptx
BAB 8 PENDIDIKAN DI MALAYSIA.pptxNurulHudaHusin
 
Sistem persekolahan sebelum merdeka boleh juga dis
Sistem persekolahan sebelum merdeka boleh juga disSistem persekolahan sebelum merdeka boleh juga dis
Sistem persekolahan sebelum merdeka boleh juga disIzwan Samsudin
 
Kurikulum dan pengajaran sekolah rendah
Kurikulum dan pengajaran sekolah rendahKurikulum dan pengajaran sekolah rendah
Kurikulum dan pengajaran sekolah rendahmmdlutfy
 
Kurikulum dan pengajaran sekolah rendah
Kurikulum dan pengajaran sekolah rendahKurikulum dan pengajaran sekolah rendah
Kurikulum dan pengajaran sekolah rendahmmdlutfy
 
Falsafah Pendidikan 26 Mac 2011
Falsafah Pendidikan 26 Mac 2011Falsafah Pendidikan 26 Mac 2011
Falsafah Pendidikan 26 Mac 2011Fu Peiling
 
Sejarah pendidikan negara
Sejarah pendidikan negaraSejarah pendidikan negara
Sejarah pendidikan negarafiro HAR
 
Unit 8 (pendidikan di malaysia)
Unit 8 (pendidikan di malaysia)Unit 8 (pendidikan di malaysia)
Unit 8 (pendidikan di malaysia)rabbaniridhwan
 
Unit 8 (pendidikan di malaysia)
Unit 8 (pendidikan di malaysia)Unit 8 (pendidikan di malaysia)
Unit 8 (pendidikan di malaysia)Yayasan Negeri
 
Tutorial 1
Tutorial 1Tutorial 1
Tutorial 1firo HAR
 
1. sejarah perkembangan_pn_pismp
1. sejarah perkembangan_pn_pismp1. sejarah perkembangan_pn_pismp
1. sejarah perkembangan_pn_pismpNor Farisha
 
Pendidikan sebelum merdeka siap
Pendidikan sebelum merdeka siapPendidikan sebelum merdeka siap
Pendidikan sebelum merdeka siapAnderson Ganai
 
5.manuskrip icip.dr-atiqah- -prof-ong-b
5.manuskrip icip.dr-atiqah- -prof-ong-b5.manuskrip icip.dr-atiqah- -prof-ong-b
5.manuskrip icip.dr-atiqah- -prof-ong-bAdlinaHayda
 
Unit 8 (pendidikan di malaysia)
Unit 8 (pendidikan di malaysia)Unit 8 (pendidikan di malaysia)
Unit 8 (pendidikan di malaysia)Yayasan Negeri
 
Perkembangan pj dan sukan di malaysia
Perkembangan pj dan sukan di malaysiaPerkembangan pj dan sukan di malaysia
Perkembangan pj dan sukan di malaysiaHong Inn Looi
 

Similar to 99263716 26532562-kronologi-pendidikan-di-malaysia (20)

Soalan 1
Soalan 1Soalan 1
Soalan 1
 
Kronologi pendidikan-sekolah-di-malaysia
Kronologi pendidikan-sekolah-di-malaysiaKronologi pendidikan-sekolah-di-malaysia
Kronologi pendidikan-sekolah-di-malaysia
 
Sejarah Perkembangan Pendidikan.pptx
Sejarah Perkembangan Pendidikan.pptxSejarah Perkembangan Pendidikan.pptx
Sejarah Perkembangan Pendidikan.pptx
 
BAB 8 PENDIDIKAN DI MALAYSIA.pptx
BAB 8 PENDIDIKAN DI MALAYSIA.pptxBAB 8 PENDIDIKAN DI MALAYSIA.pptx
BAB 8 PENDIDIKAN DI MALAYSIA.pptx
 
Sistem persekolahan sebelum merdeka boleh juga dis
Sistem persekolahan sebelum merdeka boleh juga disSistem persekolahan sebelum merdeka boleh juga dis
Sistem persekolahan sebelum merdeka boleh juga dis
 
LAPORAN RAZAK
LAPORAN RAZAKLAPORAN RAZAK
LAPORAN RAZAK
 
Kurikulum dan pengajaran sekolah rendah
Kurikulum dan pengajaran sekolah rendahKurikulum dan pengajaran sekolah rendah
Kurikulum dan pengajaran sekolah rendah
 
Kurikulum dan pengajaran sekolah rendah
Kurikulum dan pengajaran sekolah rendahKurikulum dan pengajaran sekolah rendah
Kurikulum dan pengajaran sekolah rendah
 
Falsafah Pendidikan 26 Mac 2011
Falsafah Pendidikan 26 Mac 2011Falsafah Pendidikan 26 Mac 2011
Falsafah Pendidikan 26 Mac 2011
 
Sejarah pendidikan negara
Sejarah pendidikan negaraSejarah pendidikan negara
Sejarah pendidikan negara
 
Unit 8 (pendidikan di malaysia)
Unit 8 (pendidikan di malaysia)Unit 8 (pendidikan di malaysia)
Unit 8 (pendidikan di malaysia)
 
Unit 8 (pendidikan di malaysia)
Unit 8 (pendidikan di malaysia)Unit 8 (pendidikan di malaysia)
Unit 8 (pendidikan di malaysia)
 
Tutorial 1
Tutorial 1Tutorial 1
Tutorial 1
 
Tutorial sjh1102
Tutorial sjh1102Tutorial sjh1102
Tutorial sjh1102
 
1. sejarah perkembangan_pn_pismp
1. sejarah perkembangan_pn_pismp1. sejarah perkembangan_pn_pismp
1. sejarah perkembangan_pn_pismp
 
Pendidikan sebelum merdeka siap
Pendidikan sebelum merdeka siapPendidikan sebelum merdeka siap
Pendidikan sebelum merdeka siap
 
5.manuskrip icip.dr-atiqah- -prof-ong-b
5.manuskrip icip.dr-atiqah- -prof-ong-b5.manuskrip icip.dr-atiqah- -prof-ong-b
5.manuskrip icip.dr-atiqah- -prof-ong-b
 
Unit 8 (pendidikan di malaysia)
Unit 8 (pendidikan di malaysia)Unit 8 (pendidikan di malaysia)
Unit 8 (pendidikan di malaysia)
 
Perkembangan pj dan sukan di malaysia
Perkembangan pj dan sukan di malaysiaPerkembangan pj dan sukan di malaysia
Perkembangan pj dan sukan di malaysia
 
sistem pendididkan di sabah & sarawak sejarah SEM 3
sistem pendididkan di sabah & sarawak sejarah SEM 3sistem pendididkan di sabah & sarawak sejarah SEM 3
sistem pendididkan di sabah & sarawak sejarah SEM 3
 

99263716 26532562-kronologi-pendidikan-di-malaysia

  • 1. SOALAN 1 Bincangkan perkembangan Sistem Pendidikan di Malaysia. Negara Malaysia mempunyai sejarah pembentukan yang amat panjang. Selari dengan proses tersebut, pendidikan juga telah berkembang seiring dengan zaman. Maka, dapatlah disimpulkan bahawa sistem pendidikan di Malaysia boleh dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu sebelum merdeka, selepas merdeka dan sistem pendidikan semasa. Perkembangan sistem pendidikan sebelum merdeka terbahagi kepada empat peringkat iaitu sebelum kedatangan British, tempoh penjajahan pertama, tempoh penjajahan kedua dan awal kemerdekaan, iaitu sebelum pembentukan gagasan Malaysia. Perkembangan sistem pendidikan selepas merdeka terbahagi kepada tiga tahap iaitu tahap pertama(1963-1965), tahap kedua(1966-1970) dan tahap ketiga(1971-1975). Perkembangan sistem pendidikan semasa pula berlaku selepas tempoh 1975. PERKEMBANGAN SISTEM PENDIDIKAN SEBELUM MERDEKA Pada peringkat pertama sistem pendidikan sebelum merdeka iaitu sebelum kedatangan British pendidikan pada umumnya merupakan pendidikan yang tidak menekankan soal formal. Penekanan hanyalah kepada pengajaran kitab suci Al-Quran, tingkah laku dan akhlak yang baik, pengetahuan dan juga sifat kerohanian. Terdapat juga sebilangan pelajar yang mempelajari pendidikan agama di sekolah- sekolah pondok yang ditubuhkan oleh para ulama Islam yang terkenal pada zaman tersebut. Sekolah-sekolah jenis ini masih boleh dilihat sekarang di negeri-negeri seperti Kelantan, Terengganu dan Kedah. Pada amnya pendidikan tradisi ini mempunyai kurikulum yang terlalu sempit kerana pelajaran adalah terhad kepada teks Al-Quran sahaja. Namun, kelebihan yang boleh diperolehi daripada aspek pengajaran sebegini ialah ia telah berjaya mewujudkan ramai tokoh agama yang bukan sahaja terkenal dalam bidang agama, tetapi juga mempunyai tahap etika yang amat tinggi. Perkembangan sistem pendidikan semasa penjajahan British(1984-1986) pula bermula setelah Francis Light mengambil Pulau Pinang hingga menjelang Perang Dunia Kedua. Pada masa itu, kerajaan British mula memberi perhatian terhadap pendidikan di negeri-negeri Selat. Blundell(Gabenor negeri Selat) telah mencadangkan supaya ditubuhkan sekolah-sekolah Vernakular Melayu di negeri-negeri Selat dengan bantuan kerajaan British.
  • 2. Pada tahun 1856, Blundell dengan bantuan kewangan daripada DYMM Temenggung Johor telah menubuhkan dua buah sekolah Vernakular Melayu di Singapura. Selepas itu, pada tahun 1858 hingga 1863, kerajaan British telah menubuhkan beberapa buah sekolah Melayu di Pulau Pinang dan Melaka. Mata pelajaran-mata pelajaran yang biasa diaplikasikan di sekolah-sekolah Vernakular ialah Bacaan, Mengarang, Ejaan, Menulis, Ilmu Hisab, Latihan Jasmani dan Ilmu Alam. Gerakan bimbingan juga mula dikembangkan di Tanah Melayu ketika ini. Pejabat Pelajaran Negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Tanah Melayu Bersekutu mengeluarkan “A Guide To Careers In Malaya For Parents, Teachers and Pupils”. Buku tersebut mengandungi analisis senarai kerja yang terdapat di dalam perkhidmatan kerajaan. Pada awal kurun ke-20, mata pelajaran Perkebunan dan Anyaman telah ditambah ke dalam kurikulum sekolah. Murid-murid akan memasuki Darjah I hingga Darjah IV. Selepas itu, hanya sebilangan kecil pelajar sahaja yang berpeluang melanjutkan pelajaran ke Special Malay Class, di mana mereka dapat meneruskan persekolahan di sekolah Inggeris kelak. Sekolah Vernakular Cina yang pertama telah didirikan oleh Persatuan Mubaligh London di negeri Melaka pada tahun 1815, dan kemudiannya di Singapura pada tahun 1819. Pada tahun 1900, dua orang menteri dan pendidik dari negeri China, Kang You Wei dan Liang Qi Chau telah mendirikan sekolah Vernakular Cina dan menggabungkan pengajaran Confucious dengan pengajaran sains Barat. Kurikulum yang diperkenalkan adalah berorientasikan kepada negara China. Sesetengah sekolah dijadikan pusat untuk menyebarkan sentimen anti British. Pentadbiran Inggeris kemudiannya telah mengawal segala aktiviti sekolah dan kurikulumnya menjadi bertambah baik. Perkembangan sekolah Vernakular Tamil bermula semasa perkembangan ladang getah, kelapa sawit, kopi dan gula di Tanah Melayu. Terdapat ramai buruh dari negara India telah diambil untuk bekerja di estet-estet. Pendidikan dalam bahasa Tamil diberi di salah sebuah sekolah cawangan Singapore Free School mulai tahun 1834. Kumpulan-kumpulan mubaligh Kristian banyak memberi sumbangan kepada perkembangan pendidikan formal dalam bahasa Tamil pada peringkat awalnya. Sehingga tahun 1938, terdapat 13 buah sekolah Tamil kerajaan, 511 buah sekolah estet, 23 buah sekolah mubaligh dan 60 buah sekolah Tamil swasta di seluruh Semenanjung Tanah Melayu. Sepertimana sekolah Vernakular Melayu, sekolah-sekolah Vernakular Tamil terhad pada peringkat rendah sahaja dan seperti sekolah-sekolah Cina, kurikulum sekolah-sekolah Tamil berorientasikan negara asal mereka, India. Buku-buku dan tenaga pengajar dibawa dari Sri Lanka dan India.
  • 3. Sementara itu, perkembangan bagi sekolah Inggeris pula bermula apabila pada peringkat awal penubuhannya, kebanyakan sekolah Inggeris didirikan daripada hasil usaha kaum mubaligh Kristian. Pada tahun 1816, Penang Free School telah ditubuhkan dan mempunyai beberapa matlamat seperti berikut: i. untuk semua bangsa; ii. mendidik supaya berdisiplin, berkelakuan baik dan rajin; iii. ibu bapa yang berkemampuan dikehendaki membayar yuran sekolah dengan kadar berpatutan; iv. murid akan belajar membaca dan menulis Bahasa Inggeris dan mempelajari Ilmu Kira-kira; v. murid Melayu akan diajar Bahasa Melayu; vi. rancangan yang sama diadakan juga untuk bangsa lain; vii. murid akan diajar tentang pekerjaan seperti pertukangan menjahit dan lain-lain; viii. diajar supaya menghormati ibu bapa dan agama Kristian. Pada tahun 1826, Melaka Free Schol ditubuhkan serta disusuli dengan penubuhan Victoria Insitute pada tahun 1893, Sekolah King Edward VII di Taiping pada tahun 1906. Pada awal kurun ke-20, semua Free School telah diambil alih oleh kerajaan. Pada tahun 1905 pula, sebuah sekolah Melayu iaitu Malay College Kuala Kangsar ditubuhkan khas untuk anak-anak Melayu peringkat atasan. Sementara itu, perkembangan sistem pendidikan untuk tempoh kedua selepas kedatangan British pula bermula dari tempoh 1946-1957. Perkembangan pendidikan terbantut apabila pihak Jepun telah menakluki Tanah Melayu pada tahun 1941 sehingga tahun 1945 iaitu pada Perang Dunia Kedua. Pada zaman ini, kebanyakan sekolah terpaksa ditutup dan hanya sebilangan kecil daripadanya digunakan untuk mengajar bahasa Jepun. Selepas kekalahan pihak Jepun ke atas pihak Inggeris, kurikulum asal telah diaplikasikan semula. Walau bagaimanapun, beberapa laporan cadangan terhadap kurikulum baru telah digubal. Laporan-laporan yang dimaksudkan ialah Laporan Barnes 1951, Laporan Fenn-Wu 1951, Ordinan Pelajaran, Dasar Pelajaran Kebangsaan dan Laporan Razak 1956. Di antara cadangan yang telah dikemukakan ialah menuntut kerajaan supaya menyediakan kemudahan-kemudahan pelajaran dan pembelajaran serta menyediakan guru-guru terlatih di sekolah-sekolah. Guru-guru ini merangkumi mereka yang mempunyai rekod penilaian yang baik serta mempunyai etika pengajaran yang boleh dicontohi oleh para pelajar.
  • 4. Sistem pendidikan di Malaysia pada awal kemerdekaan bermula setelah Parti Perikatan merebut 51 daripada 52 kerusi dalam Pilihan Raya Umum pertama di Persekutuan Tanah Melayu.Sistem pendidikan pada zaman ini masih berorientasikan sistem yang telah tercatat di dalam Laporan Razak. Pada tahun 1959, cawangan Universiti Malaya telah ditubuhkan di Kuala Lumpur. Kursus-kursus yang ditawarkan ialah Kejuruteraan, Sastera dan Sains. Pada tahun ini juga Laporan Rahman Talib diwujudkan iaitu pada tahun 1960. PERKEMBANGAN SISTEM PENDIDIKAN SELEPAS MERDEKA Perkembangan sistem pendidikan di Malaysia selepas merdeka bermula pada tahun 1963 hingga 1975. Tahap pertamanya(1963-1965) pula menekankan perlaksanaan Akta Pelajaran 1961. Antara yang dilaksanakan dalam tahap pertama ini, termasuklah pemansuhan Peperiksaan Masuk Sekolah Menengah(1964), penubuhan sistem Pendidikan Aneka Jurusan(1965) dan penubuhan Pusat Latihan Daerah. Tahap kedua(1966-1970) pula dilaksanakan dibawah Rancangan Malaysia Pertama yang digubal untuk menyelesaikan masalah ekonomi dan sosial yang timbul pada masa itu. Antara yang dilaksanakan dalam tempoh ini termasuklah penubuhan Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional, penyelarasan sistem pendidikan melalui Polisi Pendidikan Kebangsaan serta penubuhan Lembaga Peperiksaan Malaysia. Tahap ketiga(1971-1975) merupakan pengubahsuaian sistem pelajaran dan latihan untuk memenuhi keperluan-keperluan perkembangan ekonomi serta mengeluarkan lebih ramai tenaga kerja mahir bagi melancarkan perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru. Antara yang ditekankan ialah peranan pendidikan dalam perpaduan(Rancangan Malaysia Kedua), penubuhan Rukun Negara dan Pusat Pengajian Sains. PERKEMBANGAN SISTEM PENDIDIKAN SEMASA Dalam jangka waktu ini, ideologi negara bagi sistem pendidikan adalah Rukun Negara dan tumpuannya adalah sejajar dengan pembangunan negara. Aspek yang sangat penting dalam pendidikan iaitu berkaitan dengan etika turut ditekankan dalam Rukun Negara, iaitu ‘Kesopanan dan Kesusilaan’. Aspek ini sering diaplikasikan dalam banyak mata pelajaran yang diajar di sekolah-sekolah bagi mewujudkan para pelajar yang tinggi moral dan etika mereka.
  • 5. Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran ditubuhkan pada bulan September 1974 untuk mengkaji pelaksanaan sistem pelajaran kebangsaan bagi: “Mengkaji semula matlamat dan berkesannya sistem pelajaran sekarang, termasuk kurikulumnya, dalam rangka dasar palajaran yang wujud, dengan tujuan untuk memastikan bahawa keperluan tenaga rakyat negara dapat dipenuhi sama ada dari segi jangka pendek mahupun jangka panjang, dan lebih-lebih lagi untuk memastikan bahawa sistem pelajaran itu dapat memenuhi matlamat negara ke arah melahirkan masyarakat yang bersatupadu, berdisiplin dan terlatih.” (Sumber: Education In Malaysia, 1980) Mengikut Laporan Kabinet pada tahun 1979 bagi peringkat sekolah rendah iaitu kurikulum, kemahiran adalah tertumpu kepada bidang komunikasi, alam sekitar, perkembangan diri yang menekankan aspek 3M dan perkembangan bakat, membantu murid yang lemah serta mengadakan program pengayaan, pengajaran pemulihan diperbaiki lagi dan Kurikulum Baru Sekolah Rendah dicadangkan. Bagi peringkat sekolah menengah pula, sistem baru bagi pelajaran vokasional, jurusan perdagangan dipertingkatkan, penekanan terhadap mata pelajaran Matematik, Sains dan Bahasa, penekanan kepada aktiviti ko-kurikulum, bimbingan dan kaunseling diwujudkan di sekolah serta Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah dicadangkan. Pada tahun 1990-an, peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah(UPSR), Penilaian Menengah Rendah(PMR), Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia(STPM) telah diperkenalkan. Selain itu, beberapa akta telah digubal untuk memantapkan sistem pendidikan di negara ini termasuklah: i. Akta Pelajaran 1995 ii. Rang Undang-Undang Pendidikan 1995 iii. Rang Undang-Undang Institusi Pengajian Tinggi Swasta 1996 iv. Rang Undang-Undang Universiti dan Kolej(Pindaan 1996) v. Rang Undang-Undang Majlis Pendidikan Tinggi Negara 1996 vi. Rang Undang-Undang Lembaga Akreditasi Negara 1996
  • 6. Perkembangan terhadap sistem pendidikan berterusan sehingga ke hari ini antaranya termasuklah penubuhan Sekolah BESTARI 1995, Koridor Raya Multimedia 1999, Ujian Bahasa Inggeris(MUET), PSMI 2003, Sekolah Wawasan dan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006. Perlaksanaan pelbagai program ke arah perkembangan sistem pendidikan ini akan berlanjutan untuk masa-masa yang akan datang. Pelajar-pelajar yang dahagakan ilmu pengetahuan terus meningkat dari setahun ke setahun dalam mendaftarkan diri mereka ke sekolah-sekolah rendah dan menengah di seluruh Malaysia.
  • 7. Kesimpulan Setelah mengetahui segala kronologi pendidikan sejak zaman sebelum penjajahan British hinggalah zaman selepas merdeka, kita dapat membuat kesimpulan bahawa banyak perkembangan telah dilakukan terhadap sistem pendidikan negara. Bermula daripada sistem yang berorientasikan kepada bangsa dan agama sendiri kepada sistem pendidikan yang menitik beratkan aspek pendidikan berteknologi tinggi. Walaupun banyak perubahan yang telah dijanakan oleh kerajaan, namun aspek etika tidak pernah ditinggalkan begitu sahaja. Setiap perancangan akan mengambil kira etika moral dan disiplin setiap individu pelajar untuk menjadikan mereka insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. Namun, di sebalik usaha-usaha murni tersebut, tersembunyi beberapa kelemahan yang secara tidak langsungnya akan menyebabkan barah yang lebih besar sekiranya tidak ditangani secara total oleh pihak kerajaan. Usaha menyembuhkan barah ini memerlukan pengorbanan daripada seluruh rakyat yang mengaku dirinya seorang warganegara yang berdisiplin dan berhemah tinggi. Hanya dengan cara ini sajalah perkembangan pendidikan akan selaras dengan perkembangan etika para pelajar yang semestinya perlu diberi didikan yang sempurna demi mencapai taraf individu yang berjaya. Bibliografi Shahril @ Charil Marzuki, Zainun Ishak, Lee Pau Wing, Dr. Saedah Siraj, Pendidikan Di Malaysia, 1993, Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd., Kuala Lumpur. Juriah Long, Halimah Badioze Zaman, Putih Mohamed, Zalizan Mohd Jelas, Aliran Dalam Amalan Pendidikan Menjelang Abad Ke-21, 1992, Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Educational Planning and Research Division, Education In Malaysia, 1980, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur. Carol Gestwicki, Home, School and Community Relations, 1996, Delmar Publishers, United States of America. http://blog.cari.com.my/index.php?op=ViewArticle&articleId=7753&blogId=453