SlideShare a Scribd company logo
1 of 8
Struktur kurikulum KBSR


Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR)


       Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) mula dilaksanakan sejak Negara mencapai
kemerdekaan. Pada tahun 1960, sebuah Jawatankuasa Penyemak Mata pelajaran telah dibentuk yang
dikenali sebagai Laporan Rahman Talib. Jawatankuasa ini diketuai oleh Menteri Pelajaran ketika itu, iaitu
Abdul Rahman Talib. Jawatankuasa ini ditubuhkan bertujuan untuk mengkaji semula polisi pendidikan
kebangsaan sebagaimana yang telah dicadangkan dalam Laporan Razak yang dibuat pada tahun
1956 dan dasar pendidikan awal sebelum itu iaitu Ordinan Pelajaran 1957. Laporan Rahman Talib telah
mencadangkan beberapa aspek pendidikan. Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar utama di
setiap sekolah termasuk Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil. Laporan Rahman Talib ini
kemudiannya dibentangkan di Parlimen dan diluluskan yang mana kemudiannya dikuatkuasakan dalam
Akta Pelajaran 1961. Sejak itu, perkembangan pendidikan kebangsaan selanjutnya adalah berdasarkan
kepada polisi pendidikan kebangsaan yang tercatat dalam Akta Pelajaran 1961 ini.Seterusnya pada tahun
1966 Laporan Razak telah diperkenalkan. Sekolah umum menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar, sementara sekolah jenis umum seperti sekolah Inggeris, sekolah Cina, dan Tamil boleh
menggunakan bahasa pengantar masing-masing. Satu sukatan yang sama diwujudkan untuk semua
sekolah.
       Perkembangan sistem pendidikan negara pada tahun ini boleh dibahagikan kepada tiga tahap iaitu
Tahap Pertama (1963 -1965), Tahap Kedua (1966-1970) dan Tahap Ketiga (1971-1975). Tahap pertama
merupakan tahap perlaksanaan rancangan sistem pendidikan yang telah dikuatkuasakan dalam Akta
Pelajaran 1961. Tahap kedua pula merupakan tahap perlaksanaan rancangan pendidikan di bawah
Rancangan Malaysia Pertama. Ia digubal dengan tujuan untuk menyelesaikan masalah ekonomi dan sosial
yang timbul dalam tempoh ini. Antara matlamat lain yang ingin dicapai ialah memperkukuhkan sistem
pendidikan kebangsaan bagi memupuk perpaduan sosial, kebudayaan dan politik , menyediakan
kemudahan pendidikan yang lebih bersistematik dan selesa kepada para pelajar, meningkatkan taraf
pendidikan di seluruh negara serta melaksanakan pendemokrasian pendidikan tanpa mengira bangsa,
kaum mahu pun agama. Perkembangan sistem pendidikan dalam tahap ketiga pula ialah merupakan
pengubahsuaian sistem pelajaran dan latihan untuk memenuhi keperluan perkembangan ekonomi serta
untuk menghasilkan lebih ramai pekerja mahir bagi melaksanakan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Sistem
pendidikan pada tahap ini dirancang supaya memberi sumbangan penting bagi menggalakkan perpaduan
di kalangan rakyat berbilang bangsa. Perubahan-perubahan sistem pendidikan ini adalah akibat dari
konflik perkauman yang tercetus pada 13 Mei 1969. Kerajaan Malaysia terpaksa mengkaji semula
matlamat -matlamat pendidikan negara dan seterusnya merancang suatu sistem pendidikan yang lebih
sesuai dengan harapan boleh menyatupadukan rakyat berbilang kaum dan dapat mengelakkan tragedi
konflik perkauman itu daripada berulang kembali.


Aspek Pengurusan Bilik Darjah KLSR
       Bilik darjah tradisi digunakan di Negara kita untuk mendidik murid di bawah Kurikulum Lama
Sekolah Rendah ( KLSR ) iaitu sebelum KBSR diperkenalkan. Bilik darjah tradisi ini merupakan satu
tempat bagi sekumpulan pelajar mengikuti pelajaran yang disampaikan oleh guru menggunakan kaedah
keseluruhan kelas. Di dalam bilik darjah jenis ini biasanya pelajar duduk mengikut susunan kerusi dan
meja sebaris demi sebaris. Guru lazimnya berdiri di hadapan bilik darjah dan meyampaikan pengajaran
menggunakan kaedah dan strategi tertentu. Terdapat juga kerusi dan meja guru serta papan hitam yang
digantung dihadapan kelas.


Ciri-ciri bilik darjah tradisi:
1) Kerusi dan meja disusun mengikut baris demi baris
2) Pelajar yang rendah.bertubuh kecil dan kurang pengelihatan dan pendengaran ditempatkan di hadapan
3) Kerusi dan meja pelajar disusun sesuai dengan kaedah pengajaran yang lebih berpusat pada guru.
4) Cara pengajaran keseluruhan kelas merupakan kaedah mengajar utama di dalam bilik darjah.
5) Jarang mempraktikkan aktiviti berkumpulan
6) Pelajar berada dalam keadaan pasif dan menerima apa sahaja yang disampaikan oleh guru.


Aspek pengujian dan penilaian dalam Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR).


       Dalam aspek pengujian menurut Laporan Rahman Talib, semua murid perlulah lulus dalam mata
pelajaran Bahasa Melayu peperiksaan awam, di mana kertas peperiksaan tersebut ditulis dengan
menggunakan Bahasa Melayu dan sebagainya. Hal ini bertujuan untuk memupuk semangat perpaduan
dalam kalangan masyarakat yang berbilang kaum.Selain itu, sistem pendidikan pada tahap ini
berorientasikan kepada pembasmian buta huruf. Murid diuji untuk mengetahui kebolehan mereka untuk
mengujarkan sesuatu huruf. Pengujian dalam aspek bacaan dititikberatkan mengikut kurikulum KLSR ini.
Peperiksaan LCE juga telah dimansuhkan dan diganti dengan SRP. (1978). Justeru, peperiksaan Umum
yang wujud pada masa ini ialah Peperiksaan Malayan Secondary School Entrance Examination (MSSEE),
Ujian Penilaian Darjah Lima, Ujian Diagnostik darjah Tiga, SRP, SPMV dan MCE. Aspek penilaian
dibuat sepenuhnya berdasarkan peperiksaan bermula pada darjah tiga. Pada tahun 1973 ujian Diagnostik
diperkenalkan pada Darjah 3 supaya kerja pemulihan dapat dilaksanakan awal. Sementara itu, mulai tahun
1967, muridmurid dikehendaki menduduki peperiksaan Penilaian Darjah 5. Tujuannya adalah bagi
menjalankan pemulihan ketika murid tersebut berada dalam darjah enam.


Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR)

       1982 - Percubaan di 305 buah sekolah seluruh Malaysia.

       1983 - Pelaksanaan penuh di semua sekolah.

       1984 - Amalan perdagangan disisipkan dan diganti dengan Kemahiran Hidup.

       1988 – Falsafah Pendidikan Negara dinyatakan secara rasmi

       1993 - Kurikulum Baru Sekolah Rendah ditukar kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah.

       1994 - Alam Dan Manusia digantikan dengan Sains Dan Kajian Tempatan.

       Perlaksanaan KBSR adalah susulan daripada perubahan yang dilakukan oleh Laporan
Jawatankuasa Kabinet Mengenai Perlaksanaan Dasar Pelajaran yang dikeluarkan pada tahun 1979. Kajian
yang telah dilakukan oleh Jawatankuasa Kabinet ini terhadap Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR)
yang telah dilaksanakan sejak merdeka tersebut mendapati bahawa terdapat beberapa kelemahan yang
perlu diatasi. Antaranya termasuklah isi kandungan sukatan pelajaran yang berulang dan tidak mempunyai
kaitan antara satu sama lain. Keduanya ialah dari segi sukatan pelajarannya yang terlalu banyak sehingga
membosankan murid. Yang ketiga ialah guru dan murid terpaksa menghabiskan sukatan pelajaran apabila
menjelang peperiksaan. Aspek keempat ialah pengajaran dan pembelajaran adalah menggunakan buku
teks tanpa menggunakan sebarang bahan bantu lain. Aspek kelima ialah aktiviti kokurikulum dijalankan
secara berpisah dan tiada kaitan dengan kurikulum formal bilik darjah.
Justeru, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah telah dilancarkan sepenuhnya pada tahun 1983. Pada
tahun 1993, Kurikulum Baru Sekolah Rendah ditukarkan kepada nama baharu iaitu Kurikulum Bersepadu
Sekolah Rendah. Namun, hanya perubahan nama sahaja yang berlaku. Kandungan kurikulum itu masih
sama seperti sebelumnya. Antara objektif penting pembentukan KBSR yang perlu dicapai ialah yang
pertama, murid dapat menguasai dan menghargai Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan sebagai
alat perpaduan dengan baik dan memuaskan. Rancangan KBSR juga telah menekankan penguasaan
terhadap kemahiran asas 3M iaitu membaca , menulis dan mengira. Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia
Sekolah Rendah 1983 dalam Kurikulum Baru Sekolah Rendah dengan jelas menyatakan bahawa di akhir
program Bahasa Malaysia, murid seharusnya boleh menulis karangan dan surat kiriman yang tepat dengan
maksud dan tajuknya serta memahami dan boleh mengisi borangborang yang sesuai untuk keperluan
seharian. Mereka yang lemah akan diberikan pemulihan ataupun mengulangi pengajiannya. Di samping
itu juga, ia juga memberi tumpuan terhadap perkembangan individu secara menyeluruh yang meliputi
aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS). Aspek pengajaran nilai-nilai murni dan
kewarganegaraan juga turut ditekankan berbanding KLSR sebelum ini. Pengajaran mata pelajaran moral
dan Pendidikan Islam pula menjadi unsur kesepaduan dalam pengajaran, bukannya terletak
pada guru agama sahaja. KBSR dibahagikan kepada tiga bidang asas iaitu bidang komunikasi, bidang
kemanusiaan dengan persekitaran dan bidang perkembangan diri individu. Bidang komunikasi pada
asasnya terdiri daripada komponen Kemahiran Asas yang mengandungi mata pelajaran Bahasa iaitu
Bahasa Melayu, Cina, Tamil dan Inggeris serta mata pelajaran Matematik. Bidang Kemanusiaan dan
Alam Sekitar pula terbahagi kepada dua komponen iaitu Kerohanian, Nilai dan Sikap serta Komponen
Kemanusiaan dengan Alam. Mata pelajaran yang mewakili bidang ini ialah mata pelajaran Pendidikan
Islam dan Pendidikan Moral. Bidang yang ketiga pula iaitu bidang perkembangan diri individu terdiri
daripada komponen Kesenian dan Rekreasi yang mengandungi mata pelajaran Muzik, Pendidikan Seni
dan Pendidikan Jasmani. Berdasarkan perkara yang berkaitan di atas, maka jelaslah bahawa matlamat
pendidikan KBSR di sekolah rendah untuk memastikan perkembangan murid secara menyeluruh dari
aspek intelek, rohani, jasmani, emosi, bakat, akhlak, nilai-nilai estetika dan sosial selaras dengan falsafah
dan dasar pendidikan negara iaitu untuk membangunkan negara dan menyemai perpaduan kaum yang
kukuh serta integrasi nasional melalui sistem pendidikan yang tersusun dan bersistematik.
Melalui aktiviti kokurikulum KBSR pula ianya meliputi aktiviti kelab, persatuan, permainan serta unit
beruniform. Murid-murid dapat berinteraksi dengan pelbagai kaum, memahami budaya kaum lain,
mendisiplinkan diri, serta dapat mengamalkan sikap toleransi dan kerjasama dengan rakan- rakan yang
berlain agama dan budaya. Justeru, penerapan nilai- nilai murni ini adalah penting dalam pemupukan
individu ke arah mencapai integrasi nasional.


Aspek Pengurusan Bilik Darjah KBSR


Bilik darjah KBSR telah diperkenalkan di Negara kita pada tahun 1982 di beberapa buah sekolah rendah
sebagai percubaan manakala bilik darjah KBSM pula diperkenalkan apabila pelajar dari sekolah rendah
tadi meneruskan pengajian ke sekolah menengah pada tahun 1988. Bilik darjah jenis ini mempunyai
perbezaan yang begitu ketara jika dibandingkan dengan bilik darjah tradisi.
Dari segi susunan fizikal,kerusi dan meja pelajar disusun mengikut kaedah kumpulan. Ini kerana program
KBSR menekankan aktiviti pembelajaran secara berkumpulan dan interaksi antara guru dengan pelajar
serta pelajar dengan pelajar sangat ditekankan. Dari segi strategi pengajaran,pendekatan yang digunakan
lebih bersifat berpusatkan pelajar dan pengelibatan mereka secara aktif dalam proses pengajaran dan
pembelajaran amat digalakkan.
Dari segi bentuk dan kemudahan,di dalam bilik darjah KBSR disediakan ruang pembelajaran untuk
memudahkan pelajar menjalankan aktiviti pembelajaran. Selain itu bahan pengajaran dan hasil
pembelajran juga diletakkan di ruang tersebut. Hal ini menimbulkan suasana bilik darjah yang menarik
dan merangsang proses pengajran dan pembelajaran


Ciri-ciri bilik darjah KBSR
1) Kerusi dan meja pelajar disusun mengikut kumpulan
2) Pelajar dibahagikan mengikut kumpulan tertentu berdasarkan kobolehan tersendiri
3) Menggalakkan pengelibatan pelajar secara aktif
4) Menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran berpusatkan pelajar
5) Kerap melaksanakan interaksi antara guru dengan pelajar dan pelajar dengan pelajar
6) Hasil kerja yang dipamerkan memperlihatkan suasan pembelajaran yang kondusif
7) Pelajar sentiasa berada dalam keadaan aktif.


Aspek pengujian dan penilaian dalam Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR)


       Ujian Diagnostik Darjah 3 telah digantikan dengan Penilaian Tahap Satu (PTS) yang dapat
dijalankan selama tiga tahun sebelum dimansuhkan. Penilaian Darjah 5 pula telah digantikan dengan
Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) untuk murid-murid KBSR, tahun 6. Antara jenis ujian lain
yang terdapat dalam kurikulum baru ialah Penilaian Menengah Rendah(PMR) pada tingkatan tiga, Sijil
Pelajaran Malaysia(SPM) atau Sijil Pelajaran Vokasional Malaysia(SPVM) dan Sijil Tinggi Pelajaran
Malaysia(STPM). Aspek penilaian dalam KBSR pula menekankan penguasaan tiga kemahiran
yang perlu dikuasai dan diuji iaitu kemahiran lisan, kemahiran membaca, dan kemahiran menulis. Murid
yang tidak dapat menguasai kemahiran ini akan diberikan pemulihan.
Daripada aspek penilaian pula, kurikulum ini memberikan kenaikan darjah secara automatik tetapi murid
yang lemah diberi peluang untuk mengulang darjah atau mengikuti kelas pemulihan yang dijalankan.
Dari aspek bentuk penilaian yang dilaksanakan guru adalah secara formatif dan sumatif. Penilaian sumatif
ialah penilaian yang dijalankan di akhir sesuatu matapelajaran. Contohnya adalah seperti ujian akhir
   Kurikulum yang lama bercorak pendidikan umum yang menitikberatkan hafazan manakala perubahan baru
       lebih menekankan pendidikan asas yang menumpukan pada keupayaan murid membaca, menulis dan
       mengira.
      Dalam kurikulum lama terdapat terlalu banyak mata pelajaran, dengan demikian perubahan dilakukan dan
       pelajaran yang baru hanya meliputi tiga bidang iaitu komunikasi, perkembangan diri dan bidang manusia
       dan sekelilingnya.
      Suakatan pelajaran lama adalah kurang fleksibel, sebaliknya dalam perubahan yang dilakukan lebih
       menekankan perkaitan dan penyerapan.
      Sistem lama menekankan kaedah pengajaran kelas manakala perubahan yang dilakukan mengambil inisiatif
       yang baru iaitu lebih menitikberatkan kaedah pengajaran individu dan kumpulan.
      Dalam sistem yang baru, pendidikan pemulihan disediakan bagi pelajar lemah manakala program
       pengayaan disediakan bagi mengembangkan lagi kebolehan pelajar yang cepat menguasai kemahiran -
       kemahiran pembelajaran.
      Sistem baru menekankan komponen nilai – nilai murni Oleh yang demikian pelajar – pelajar bukan Islam
       wajib mengikuti kelas Pendidikan Moral.
      Sistem lama menekankan penilaian sumatif manakala dalam sistem yang baru, kedua – dua penilaian
       fromatif dan sumatif ditekankan. Penilaian formatif bertujuan mengesan kelemahan pelajar dengan tujuan
       memberi pendidikan pemulihan.
      Dalam sistem pendidikan lama, pendidikan prasekolah kurang diberi penekanan. Dalam perubahan yang
       dilakukan pendidikan prasekolah diperkenalkan di sekolah – sekolah rendah terutamanya di kawasan luar
       bandar bagi membolehkan kanak – kanak di bawah umur tujuh tahun mendapat pengalaman persekolahan.


Penutup
       Kurikulum sebenarnya ialah panduan untuk guru dalam mencapai matlamat yang disasarkan
negara. Pada dasarnya kurikulum yang dibentuk mempunyai motif untuk membentuk integrasi nasional
dalam kalangan murid yang berbilang kaum. Kemudian, pembentukan kurikulum dilihat dapat
menyumbang ke arah pembentukan ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan dasar - dasar negara,
matlamat secara menyeluruh dan bersepadu. Justeru, segala perubahan dalam kurikulum, perlu difahami
oleh semua lapisan masyarakat agar hasrat murni yang ingin dicapai melalui pendidikan dapat dijayakan
dengan berkesan dan sempurna. Kurikulum akan sentiasa mengalami pembaharuan apabila wujudnya
ilmu-ilmu baru atau penemuan-penemuan baru. Selain itu pembaharuan kurikulum adalah disebabkan oleh
kehendak masyarakat yang sentiasa berubah. Justeru, seorang guru perlulah menggunakan kurikulum
dengan kreatif dan menjalankan aspek pengujian dan penilaian terhadap murid agar murid yang seimbang
dari aspek jasmani, emosi, intelek, rohani, dan sosial dapat dilahirkan.
tahun, dan ujian bulanan. Penilaian formatif pula ialah penilaian yang dijalankan secara berterusan seperti
kuiz dan soal-jawab.


Kurikulum Sekolah Bestari (KSB)
       Kurikulum Sekolah Bestari merupakan pengurusan dan pentadbiran yang berkomputer sebagai
proses pengajaran dan pembelajaran. Kurikulum ini digubal berdasarkan beberapa aspek iaitu lebih
berpusatkan pelajar, membekalkan pengetahuan secara global, memupuk pemikiran kreatif dan inovatif,
dan menggunakan sains dan teknologi. Konsep pembelajaran Bestari yang diperkenalkan melalui
kurikulum ini adalah sejajar dengan pemindahan teknologi di Multimedia Super Corridor (MSC) yang
mahu menjadikan Malaysia sebagai pusat pendidikan bertaraf dunia. Kurikulum Sekolah Bestari
diharapkan dapat mengubah pembelajaran yang berorientasikan peperiksaan kepada budaya berfikir
secara kreatif dan kritis dan berkebolehan menyelesaikan masalah. Matlamatnya adalah bagi melahirkan
anak-anak bestari iaitu individu yang kreatif dan berupaya menjana maklumat baru. Penekanan
kepada domain intelektual dan afektif juga ditekankan. Teknologi digunakan dalam meningkatkan akses
kendiri. Pelaksanaan kurikulum ini diharapkan dapat menjadikan pembelajaran lebih menarik, seterusnya
meningkat pencapaian murid. Hal ini seterusnya mewujudkan masyarakat yang progresif dan
menumpukan teknologi maklumat. Kurikulum ini turut memperkenalkan satu aspek baharu iaitu rentasan.
Rentasan dijalankan dalam semua kemahiran, nilai, pengetahuan dan bahasa yang dirangkumkan
bersama dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Justeru, murid akan dapat membina pengetahuan, nilai
dan kemahiran dalam setiap cabang ilmu di sekolah. Penyelidikan yang dijalankan dalam kurikulum ini
mengesyorkan supaya pendidikan melibatkan beberapa elemen. Antaranya ialah Kemahiran Berfikir
Secara Kritis dan Kreatif, Kemahiran Generik, dan Projek Pembelajaran Akses Kendiri( Inkuiri
Penemuan) .


Aspek pengujian dan penilaian dalam Kurikulum Sekolah Bestari (KSB).
       Dalam aspek pengujian peperiksaan awam seperti UPSR, PMR, SPM atau SPVM dan STPM tetap
dijalankan mengikut kurikulum ini. Namun, kurikulum ini memperkenalkan satu penilaian baharu iaitu
melalui sistem ‘on-line’.


Perubahan Pendidikan di Malaysia dari KLSR ke KBSR
      Kurikulum Baru Sekolah Rendah adalah berpusatkan kanak – kanak. Ini bermakna kaedah pengajaran chalk
       and talk telah pun diketepikan. Penyertaan pelajar daalam pelbagai aktiviti pembelajaran amat ditekankan.
KBSR menekankan aktiviti pembelajaran secara berkumpulan dan interaksi antara guru dengan pelajar
serta pelajar dengan pelajar sangat ditekankan. Dari segi strategi pengajaran,pendekatan yang digunakan
lebih bersifat berpusatkan pelajar dan pengelibatan mereka secara aktif dalam proses pengajaran dan
pembelajaran amat digalakkan.
Dari segi bentuk dan kemudahan,di dalam bilik darjah KBSR disediakan ruang pembelajaran untuk
memudahkan pelajar menjalankan aktiviti pembelajaran. Selain itu bahan pengajaran dan hasil
pembelajran juga diletakkan di ruang tersebut. Hal ini menimbulkan suasana bilik darjah yang menarik
dan merangsang proses pengajran dan pembelajaran


Ciri-ciri bilik darjah KBSR
1) Kerusi dan meja pelajar disusun mengikut kumpulan
2) Pelajar dibahagikan mengikut kumpulan tertentu berdasarkan kobolehan tersendiri
3) Menggalakkan pengelibatan pelajar secara aktif
4) Menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran berpusatkan pelajar
5) Kerap melaksanakan interaksi antara guru dengan pelajar dan pelajar dengan pelajar
6) Hasil kerja yang dipamerkan memperlihatkan suasan pembelajaran yang kondusif
7) Pelajar sentiasa berada dalam keadaan aktif.


Aspek pengujian dan penilaian dalam Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR)


       Ujian Diagnostik Darjah 3 telah digantikan dengan Penilaian Tahap Satu (PTS) yang dapat
dijalankan selama tiga tahun sebelum dimansuhkan. Penilaian Darjah 5 pula telah digantikan dengan
Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) untuk murid-murid KBSR, tahun 6. Antara jenis ujian lain
yang terdapat dalam kurikulum baru ialah Penilaian Menengah Rendah(PMR) pada tingkatan tiga, Sijil
Pelajaran Malaysia(SPM) atau Sijil Pelajaran Vokasional Malaysia(SPVM) dan Sijil Tinggi Pelajaran
Malaysia(STPM). Aspek penilaian dalam KBSR pula menekankan penguasaan tiga kemahiran
yang perlu dikuasai dan diuji iaitu kemahiran lisan, kemahiran membaca, dan kemahiran menulis. Murid
yang tidak dapat menguasai kemahiran ini akan diberikan pemulihan.
Daripada aspek penilaian pula, kurikulum ini memberikan kenaikan darjah secara automatik tetapi murid
yang lemah diberi peluang untuk mengulang darjah atau mengikuti kelas pemulihan yang dijalankan.
Dari aspek bentuk penilaian yang dilaksanakan guru adalah secara formatif dan sumatif. Penilaian sumatif
ialah penilaian yang dijalankan di akhir sesuatu matapelajaran. Contohnya adalah seperti ujian akhir

More Related Content

What's hot

Aplikasi pendekatan konstruktivisme dalam kalangan murid prasekolah
Aplikasi pendekatan konstruktivisme dalam kalangan murid prasekolahAplikasi pendekatan konstruktivisme dalam kalangan murid prasekolah
Aplikasi pendekatan konstruktivisme dalam kalangan murid prasekolahLittle Butterfly
 
Pembentukan dan pelaksanaan kurikulum kbsr,kssr dan kssr pendidikan khas
Pembentukan dan pelaksanaan kurikulum kbsr,kssr dan kssr pendidikan khasPembentukan dan pelaksanaan kurikulum kbsr,kssr dan kssr pendidikan khas
Pembentukan dan pelaksanaan kurikulum kbsr,kssr dan kssr pendidikan khasAre Fizz Qimmy
 
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & PembelajaranImplikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & PembelajaranNoorezayu Mohd Said
 
Pandangan tokoh terhadap pendidikan
Pandangan tokoh terhadap pendidikanPandangan tokoh terhadap pendidikan
Pandangan tokoh terhadap pendidikanffyue
 
edup-3033-nota-murid-dan-pembelajaran
edup-3033-nota-murid-dan-pembelajaranedup-3033-nota-murid-dan-pembelajaran
edup-3033-nota-murid-dan-pembelajaranarshaqaxman
 
Falsafah pendidikan guru
Falsafah pendidikan guruFalsafah pendidikan guru
Falsafah pendidikan guruRENU PRIYA
 
Pemindahan Pembelajaran dan Kepentingannya
Pemindahan Pembelajaran dan KepentingannyaPemindahan Pembelajaran dan Kepentingannya
Pemindahan Pembelajaran dan KepentingannyaIka Patrict
 
Konseptual pendidikan guru
Konseptual pendidikan guruKonseptual pendidikan guru
Konseptual pendidikan guruRudy Jemain Rj
 
2. edup2023 psikologi pendidikan
2. edup2023   psikologi pendidikan2. edup2023   psikologi pendidikan
2. edup2023 psikologi pendidikanNancyKuak
 
Kemahiran variasi rangsangan
Kemahiran variasi rangsanganKemahiran variasi rangsangan
Kemahiran variasi rangsanganSohib AlQuran
 
Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
Dokumen Standard Kurikulum PentaksiranDokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
Dokumen Standard Kurikulum PentaksiranGulit Rukag
 
Pendidikan Inklusif (Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif)
Pendidikan Inklusif (Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif)Pendidikan Inklusif (Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif)
Pendidikan Inklusif (Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif)FaFai S.
 
Maksud kurikulum
Maksud kurikulumMaksud kurikulum
Maksud kurikulumshahrul93
 
Pendapat dan pandangan pakar pakar tentang kurikulum
Pendapat dan pandangan pakar  pakar tentang kurikulumPendapat dan pandangan pakar  pakar tentang kurikulum
Pendapat dan pandangan pakar pakar tentang kurikulumHayati Mustaffa
 
Kertas konsep pembelajaran bermakna
Kertas konsep pembelajaran bermaknaKertas konsep pembelajaran bermakna
Kertas konsep pembelajaran bermaknaNorliza Ahmad
 
Teori pembelajaran behavioris
Teori pembelajaran behaviorisTeori pembelajaran behavioris
Teori pembelajaran behaviorisnurzaharuddin
 
Kaedah komunikatif
Kaedah  komunikatifKaedah  komunikatif
Kaedah komunikatifmohamadawang
 

What's hot (20)

Aplikasi pendekatan konstruktivisme dalam kalangan murid prasekolah
Aplikasi pendekatan konstruktivisme dalam kalangan murid prasekolahAplikasi pendekatan konstruktivisme dalam kalangan murid prasekolah
Aplikasi pendekatan konstruktivisme dalam kalangan murid prasekolah
 
Pembentukan dan pelaksanaan kurikulum kbsr,kssr dan kssr pendidikan khas
Pembentukan dan pelaksanaan kurikulum kbsr,kssr dan kssr pendidikan khasPembentukan dan pelaksanaan kurikulum kbsr,kssr dan kssr pendidikan khas
Pembentukan dan pelaksanaan kurikulum kbsr,kssr dan kssr pendidikan khas
 
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & PembelajaranImplikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran
 
Pandangan tokoh terhadap pendidikan
Pandangan tokoh terhadap pendidikanPandangan tokoh terhadap pendidikan
Pandangan tokoh terhadap pendidikan
 
Falsafah pendidikan guru
Falsafah pendidikan guruFalsafah pendidikan guru
Falsafah pendidikan guru
 
edup-3033-nota-murid-dan-pembelajaran
edup-3033-nota-murid-dan-pembelajaranedup-3033-nota-murid-dan-pembelajaran
edup-3033-nota-murid-dan-pembelajaran
 
Falsafah pendidikan guru
Falsafah pendidikan guruFalsafah pendidikan guru
Falsafah pendidikan guru
 
Pemindahan Pembelajaran dan Kepentingannya
Pemindahan Pembelajaran dan KepentingannyaPemindahan Pembelajaran dan Kepentingannya
Pemindahan Pembelajaran dan Kepentingannya
 
Konsep 5p
Konsep 5pKonsep 5p
Konsep 5p
 
Konseptual pendidikan guru
Konseptual pendidikan guruKonseptual pendidikan guru
Konseptual pendidikan guru
 
2. edup2023 psikologi pendidikan
2. edup2023   psikologi pendidikan2. edup2023   psikologi pendidikan
2. edup2023 psikologi pendidikan
 
Kemahiran variasi rangsangan
Kemahiran variasi rangsanganKemahiran variasi rangsangan
Kemahiran variasi rangsangan
 
Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
Dokumen Standard Kurikulum PentaksiranDokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran
 
Pendidikan Inklusif (Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif)
Pendidikan Inklusif (Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif)Pendidikan Inklusif (Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif)
Pendidikan Inklusif (Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif)
 
Maksud kurikulum
Maksud kurikulumMaksud kurikulum
Maksud kurikulum
 
Pendapat dan pandangan pakar pakar tentang kurikulum
Pendapat dan pandangan pakar  pakar tentang kurikulumPendapat dan pandangan pakar  pakar tentang kurikulum
Pendapat dan pandangan pakar pakar tentang kurikulum
 
Kertas konsep pembelajaran bermakna
Kertas konsep pembelajaran bermaknaKertas konsep pembelajaran bermakna
Kertas konsep pembelajaran bermakna
 
Teori pembelajaran behavioris
Teori pembelajaran behaviorisTeori pembelajaran behavioris
Teori pembelajaran behavioris
 
Kaedah komunikatif
Kaedah  komunikatifKaedah  komunikatif
Kaedah komunikatif
 
Perkembangan moral
Perkembangan moral Perkembangan moral
Perkembangan moral
 

Similar to kbsr-dan-klsr

2882268 dasar-pendidikan-di-malaysia
2882268 dasar-pendidikan-di-malaysia2882268 dasar-pendidikan-di-malaysia
2882268 dasar-pendidikan-di-malaysianoeja99
 
Falsafah asgmen
Falsafah asgmenFalsafah asgmen
Falsafah asgmenmohdpeja
 
55409333 topik-2-pengenalan-kepada-kbsr-dan-kssr-2-
55409333 topik-2-pengenalan-kepada-kbsr-dan-kssr-2-55409333 topik-2-pengenalan-kepada-kbsr-dan-kssr-2-
55409333 topik-2-pengenalan-kepada-kbsr-dan-kssr-2-osman1972
 
Pendidikan islam di malaysia
Pendidikan islam di malaysiaPendidikan islam di malaysia
Pendidikan islam di malaysiaAbu eL IQram
 
Tajuk 1 : SEJARAH PERSEKOLAHAN DI MALAYSIA (selepas merdeka)
Tajuk 1 : SEJARAH PERSEKOLAHAN DI MALAYSIA (selepas merdeka)Tajuk 1 : SEJARAH PERSEKOLAHAN DI MALAYSIA (selepas merdeka)
Tajuk 1 : SEJARAH PERSEKOLAHAN DI MALAYSIA (selepas merdeka)Nur Syamimi Ahmad Othman
 
Perkembangan pendidikan di malaysia
Perkembangan pendidikan di malaysiaPerkembangan pendidikan di malaysia
Perkembangan pendidikan di malaysiaErra Priska Michael
 
Sejarah pendidikan di malaysia
Sejarah pendidikan di malaysiaSejarah pendidikan di malaysia
Sejarah pendidikan di malaysiaSiti Rohayu Rohan
 
Tugasan 1 bahasa pengantar
Tugasan 1   bahasa pengantarTugasan 1   bahasa pengantar
Tugasan 1 bahasa pengantaryunging84
 
Persepsi pelajar terhadap mata pelajaran pendidikan Islam
Persepsi pelajar terhadap mata pelajaran pendidikan IslamPersepsi pelajar terhadap mata pelajaran pendidikan Islam
Persepsi pelajar terhadap mata pelajaran pendidikan IslamAs Nuurien Najma
 
Perkembangan Sistem Pendidikan di Malaysia
Perkembangan Sistem Pendidikan di MalaysiaPerkembangan Sistem Pendidikan di Malaysia
Perkembangan Sistem Pendidikan di MalaysiaJarAbdulRahim
 
Journal - Kajian tindakan
Journal - Kajian tindakanJournal - Kajian tindakan
Journal - Kajian tindakanzulyanei
 
Perkembangan pendidikan di malaysia
Perkembangan pendidikan di malaysiaPerkembangan pendidikan di malaysia
Perkembangan pendidikan di malaysiamidihanafi
 

Similar to kbsr-dan-klsr (20)

Kbsr
KbsrKbsr
Kbsr
 
2882268 dasar-pendidikan-di-malaysia
2882268 dasar-pendidikan-di-malaysia2882268 dasar-pendidikan-di-malaysia
2882268 dasar-pendidikan-di-malaysia
 
Falsafah asgmen
Falsafah asgmenFalsafah asgmen
Falsafah asgmen
 
55409333 topik-2-pengenalan-kepada-kbsr-dan-kssr-2-
55409333 topik-2-pengenalan-kepada-kbsr-dan-kssr-2-55409333 topik-2-pengenalan-kepada-kbsr-dan-kssr-2-
55409333 topik-2-pengenalan-kepada-kbsr-dan-kssr-2-
 
Report KSSR
Report KSSRReport KSSR
Report KSSR
 
Pendidikan islam di malaysia
Pendidikan islam di malaysiaPendidikan islam di malaysia
Pendidikan islam di malaysia
 
Peng. m'sia presentation
Peng. m'sia presentationPeng. m'sia presentation
Peng. m'sia presentation
 
Tajuk 1 : SEJARAH PERSEKOLAHAN DI MALAYSIA (selepas merdeka)
Tajuk 1 : SEJARAH PERSEKOLAHAN DI MALAYSIA (selepas merdeka)Tajuk 1 : SEJARAH PERSEKOLAHAN DI MALAYSIA (selepas merdeka)
Tajuk 1 : SEJARAH PERSEKOLAHAN DI MALAYSIA (selepas merdeka)
 
Perkembangan pendidikan di malaysia
Perkembangan pendidikan di malaysiaPerkembangan pendidikan di malaysia
Perkembangan pendidikan di malaysia
 
laporan kabinet
laporan kabinetlaporan kabinet
laporan kabinet
 
LAPORAN RAZAK
LAPORAN RAZAKLAPORAN RAZAK
LAPORAN RAZAK
 
Dasar pendidikan negara & pipp
Dasar pendidikan negara & pippDasar pendidikan negara & pipp
Dasar pendidikan negara & pipp
 
Sejarah pendidikan di malaysia
Sejarah pendidikan di malaysiaSejarah pendidikan di malaysia
Sejarah pendidikan di malaysia
 
Tugasan 1 bahasa pengantar
Tugasan 1   bahasa pengantarTugasan 1   bahasa pengantar
Tugasan 1 bahasa pengantar
 
Persepsi pelajar terhadap mata pelajaran pendidikan Islam
Persepsi pelajar terhadap mata pelajaran pendidikan IslamPersepsi pelajar terhadap mata pelajaran pendidikan Islam
Persepsi pelajar terhadap mata pelajaran pendidikan Islam
 
Tutorial sjh1102
Tutorial sjh1102Tutorial sjh1102
Tutorial sjh1102
 
Perkembangan Sistem Pendidikan di Malaysia
Perkembangan Sistem Pendidikan di MalaysiaPerkembangan Sistem Pendidikan di Malaysia
Perkembangan Sistem Pendidikan di Malaysia
 
Journal article kualitative
Journal article kualitativeJournal article kualitative
Journal article kualitative
 
Journal - Kajian tindakan
Journal - Kajian tindakanJournal - Kajian tindakan
Journal - Kajian tindakan
 
Perkembangan pendidikan di malaysia
Perkembangan pendidikan di malaysiaPerkembangan pendidikan di malaysia
Perkembangan pendidikan di malaysia
 

More from Te Frendy

BUKU PANDUAN MURID SJKC FOREST HEIGHTSSEREMBAN
BUKU PANDUAN MURID SJKC FOREST HEIGHTSSEREMBANBUKU PANDUAN MURID SJKC FOREST HEIGHTSSEREMBAN
BUKU PANDUAN MURID SJKC FOREST HEIGHTSSEREMBANTe Frendy
 
BUKU PANDUAN MURID SJKC FOREST HEIGHTS SEREMBAN
BUKU PANDUAN MURID SJKC FOREST HEIGHTS SEREMBANBUKU PANDUAN MURID SJKC FOREST HEIGHTS SEREMBAN
BUKU PANDUAN MURID SJKC FOREST HEIGHTS SEREMBANTe Frendy
 
15 kelayakan pelajar (pindaan)
15 kelayakan pelajar (pindaan)15 kelayakan pelajar (pindaan)
15 kelayakan pelajar (pindaan)Te Frendy
 
Kata banyak makna
Kata banyak maknaKata banyak makna
Kata banyak maknaTe Frendy
 
Penjodoh bilangan
Penjodoh bilangan Penjodoh bilangan
Penjodoh bilangan Te Frendy
 
Penjodoh bilangan
Penjodoh bilangan Penjodoh bilangan
Penjodoh bilangan Te Frendy
 
Simpulan bahasa2 final
Simpulan bahasa2 finalSimpulan bahasa2 final
Simpulan bahasa2 finalTe Frendy
 
Penjodoh bilangan
Penjodoh bilangan Penjodoh bilangan
Penjodoh bilangan Te Frendy
 
Penjodoh bilangan
Penjodoh bilangan Penjodoh bilangan
Penjodoh bilangan Te Frendy
 
Pembudayaan ict
Pembudayaan  ictPembudayaan  ict
Pembudayaan ictTe Frendy
 
Pembudayaan ict
Pembudayaan  ictPembudayaan  ict
Pembudayaan ictTe Frendy
 

More from Te Frendy (13)

BUKU PANDUAN MURID SJKC FOREST HEIGHTSSEREMBAN
BUKU PANDUAN MURID SJKC FOREST HEIGHTSSEREMBANBUKU PANDUAN MURID SJKC FOREST HEIGHTSSEREMBAN
BUKU PANDUAN MURID SJKC FOREST HEIGHTSSEREMBAN
 
BUKU PANDUAN MURID SJKC FOREST HEIGHTS SEREMBAN
BUKU PANDUAN MURID SJKC FOREST HEIGHTS SEREMBANBUKU PANDUAN MURID SJKC FOREST HEIGHTS SEREMBAN
BUKU PANDUAN MURID SJKC FOREST HEIGHTS SEREMBAN
 
语法
语法语法
语法
 
15 kelayakan pelajar (pindaan)
15 kelayakan pelajar (pindaan)15 kelayakan pelajar (pindaan)
15 kelayakan pelajar (pindaan)
 
Kata banyak makna
Kata banyak maknaKata banyak makna
Kata banyak makna
 
Bina ayat
Bina ayatBina ayat
Bina ayat
 
Penjodoh bilangan
Penjodoh bilangan Penjodoh bilangan
Penjodoh bilangan
 
Penjodoh bilangan
Penjodoh bilangan Penjodoh bilangan
Penjodoh bilangan
 
Simpulan bahasa2 final
Simpulan bahasa2 finalSimpulan bahasa2 final
Simpulan bahasa2 final
 
Penjodoh bilangan
Penjodoh bilangan Penjodoh bilangan
Penjodoh bilangan
 
Penjodoh bilangan
Penjodoh bilangan Penjodoh bilangan
Penjodoh bilangan
 
Pembudayaan ict
Pembudayaan  ictPembudayaan  ict
Pembudayaan ict
 
Pembudayaan ict
Pembudayaan  ictPembudayaan  ict
Pembudayaan ict
 

kbsr-dan-klsr

  • 1. Struktur kurikulum KBSR Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) mula dilaksanakan sejak Negara mencapai kemerdekaan. Pada tahun 1960, sebuah Jawatankuasa Penyemak Mata pelajaran telah dibentuk yang dikenali sebagai Laporan Rahman Talib. Jawatankuasa ini diketuai oleh Menteri Pelajaran ketika itu, iaitu Abdul Rahman Talib. Jawatankuasa ini ditubuhkan bertujuan untuk mengkaji semula polisi pendidikan kebangsaan sebagaimana yang telah dicadangkan dalam Laporan Razak yang dibuat pada tahun 1956 dan dasar pendidikan awal sebelum itu iaitu Ordinan Pelajaran 1957. Laporan Rahman Talib telah mencadangkan beberapa aspek pendidikan. Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar utama di setiap sekolah termasuk Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil. Laporan Rahman Talib ini kemudiannya dibentangkan di Parlimen dan diluluskan yang mana kemudiannya dikuatkuasakan dalam Akta Pelajaran 1961. Sejak itu, perkembangan pendidikan kebangsaan selanjutnya adalah berdasarkan kepada polisi pendidikan kebangsaan yang tercatat dalam Akta Pelajaran 1961 ini.Seterusnya pada tahun 1966 Laporan Razak telah diperkenalkan. Sekolah umum menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar, sementara sekolah jenis umum seperti sekolah Inggeris, sekolah Cina, dan Tamil boleh menggunakan bahasa pengantar masing-masing. Satu sukatan yang sama diwujudkan untuk semua sekolah. Perkembangan sistem pendidikan negara pada tahun ini boleh dibahagikan kepada tiga tahap iaitu Tahap Pertama (1963 -1965), Tahap Kedua (1966-1970) dan Tahap Ketiga (1971-1975). Tahap pertama merupakan tahap perlaksanaan rancangan sistem pendidikan yang telah dikuatkuasakan dalam Akta Pelajaran 1961. Tahap kedua pula merupakan tahap perlaksanaan rancangan pendidikan di bawah Rancangan Malaysia Pertama. Ia digubal dengan tujuan untuk menyelesaikan masalah ekonomi dan sosial yang timbul dalam tempoh ini. Antara matlamat lain yang ingin dicapai ialah memperkukuhkan sistem pendidikan kebangsaan bagi memupuk perpaduan sosial, kebudayaan dan politik , menyediakan kemudahan pendidikan yang lebih bersistematik dan selesa kepada para pelajar, meningkatkan taraf pendidikan di seluruh negara serta melaksanakan pendemokrasian pendidikan tanpa mengira bangsa, kaum mahu pun agama. Perkembangan sistem pendidikan dalam tahap ketiga pula ialah merupakan pengubahsuaian sistem pelajaran dan latihan untuk memenuhi keperluan perkembangan ekonomi serta untuk menghasilkan lebih ramai pekerja mahir bagi melaksanakan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Sistem pendidikan pada tahap ini dirancang supaya memberi sumbangan penting bagi menggalakkan perpaduan di kalangan rakyat berbilang bangsa. Perubahan-perubahan sistem pendidikan ini adalah akibat dari
  • 2. konflik perkauman yang tercetus pada 13 Mei 1969. Kerajaan Malaysia terpaksa mengkaji semula matlamat -matlamat pendidikan negara dan seterusnya merancang suatu sistem pendidikan yang lebih sesuai dengan harapan boleh menyatupadukan rakyat berbilang kaum dan dapat mengelakkan tragedi konflik perkauman itu daripada berulang kembali. Aspek Pengurusan Bilik Darjah KLSR Bilik darjah tradisi digunakan di Negara kita untuk mendidik murid di bawah Kurikulum Lama Sekolah Rendah ( KLSR ) iaitu sebelum KBSR diperkenalkan. Bilik darjah tradisi ini merupakan satu tempat bagi sekumpulan pelajar mengikuti pelajaran yang disampaikan oleh guru menggunakan kaedah keseluruhan kelas. Di dalam bilik darjah jenis ini biasanya pelajar duduk mengikut susunan kerusi dan meja sebaris demi sebaris. Guru lazimnya berdiri di hadapan bilik darjah dan meyampaikan pengajaran menggunakan kaedah dan strategi tertentu. Terdapat juga kerusi dan meja guru serta papan hitam yang digantung dihadapan kelas. Ciri-ciri bilik darjah tradisi: 1) Kerusi dan meja disusun mengikut baris demi baris 2) Pelajar yang rendah.bertubuh kecil dan kurang pengelihatan dan pendengaran ditempatkan di hadapan 3) Kerusi dan meja pelajar disusun sesuai dengan kaedah pengajaran yang lebih berpusat pada guru. 4) Cara pengajaran keseluruhan kelas merupakan kaedah mengajar utama di dalam bilik darjah. 5) Jarang mempraktikkan aktiviti berkumpulan 6) Pelajar berada dalam keadaan pasif dan menerima apa sahaja yang disampaikan oleh guru. Aspek pengujian dan penilaian dalam Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR). Dalam aspek pengujian menurut Laporan Rahman Talib, semua murid perlulah lulus dalam mata pelajaran Bahasa Melayu peperiksaan awam, di mana kertas peperiksaan tersebut ditulis dengan menggunakan Bahasa Melayu dan sebagainya. Hal ini bertujuan untuk memupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat yang berbilang kaum.Selain itu, sistem pendidikan pada tahap ini berorientasikan kepada pembasmian buta huruf. Murid diuji untuk mengetahui kebolehan mereka untuk mengujarkan sesuatu huruf. Pengujian dalam aspek bacaan dititikberatkan mengikut kurikulum KLSR ini. Peperiksaan LCE juga telah dimansuhkan dan diganti dengan SRP. (1978). Justeru, peperiksaan Umum yang wujud pada masa ini ialah Peperiksaan Malayan Secondary School Entrance Examination (MSSEE), Ujian Penilaian Darjah Lima, Ujian Diagnostik darjah Tiga, SRP, SPMV dan MCE. Aspek penilaian
  • 3. dibuat sepenuhnya berdasarkan peperiksaan bermula pada darjah tiga. Pada tahun 1973 ujian Diagnostik diperkenalkan pada Darjah 3 supaya kerja pemulihan dapat dilaksanakan awal. Sementara itu, mulai tahun 1967, muridmurid dikehendaki menduduki peperiksaan Penilaian Darjah 5. Tujuannya adalah bagi menjalankan pemulihan ketika murid tersebut berada dalam darjah enam. Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) 1982 - Percubaan di 305 buah sekolah seluruh Malaysia. 1983 - Pelaksanaan penuh di semua sekolah. 1984 - Amalan perdagangan disisipkan dan diganti dengan Kemahiran Hidup. 1988 – Falsafah Pendidikan Negara dinyatakan secara rasmi 1993 - Kurikulum Baru Sekolah Rendah ditukar kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. 1994 - Alam Dan Manusia digantikan dengan Sains Dan Kajian Tempatan. Perlaksanaan KBSR adalah susulan daripada perubahan yang dilakukan oleh Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Perlaksanaan Dasar Pelajaran yang dikeluarkan pada tahun 1979. Kajian yang telah dilakukan oleh Jawatankuasa Kabinet ini terhadap Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) yang telah dilaksanakan sejak merdeka tersebut mendapati bahawa terdapat beberapa kelemahan yang perlu diatasi. Antaranya termasuklah isi kandungan sukatan pelajaran yang berulang dan tidak mempunyai kaitan antara satu sama lain. Keduanya ialah dari segi sukatan pelajarannya yang terlalu banyak sehingga membosankan murid. Yang ketiga ialah guru dan murid terpaksa menghabiskan sukatan pelajaran apabila menjelang peperiksaan. Aspek keempat ialah pengajaran dan pembelajaran adalah menggunakan buku teks tanpa menggunakan sebarang bahan bantu lain. Aspek kelima ialah aktiviti kokurikulum dijalankan secara berpisah dan tiada kaitan dengan kurikulum formal bilik darjah. Justeru, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah telah dilancarkan sepenuhnya pada tahun 1983. Pada tahun 1993, Kurikulum Baru Sekolah Rendah ditukarkan kepada nama baharu iaitu Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Namun, hanya perubahan nama sahaja yang berlaku. Kandungan kurikulum itu masih sama seperti sebelumnya. Antara objektif penting pembentukan KBSR yang perlu dicapai ialah yang pertama, murid dapat menguasai dan menghargai Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan sebagai alat perpaduan dengan baik dan memuaskan. Rancangan KBSR juga telah menekankan penguasaan terhadap kemahiran asas 3M iaitu membaca , menulis dan mengira. Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia Sekolah Rendah 1983 dalam Kurikulum Baru Sekolah Rendah dengan jelas menyatakan bahawa di akhir
  • 4. program Bahasa Malaysia, murid seharusnya boleh menulis karangan dan surat kiriman yang tepat dengan maksud dan tajuknya serta memahami dan boleh mengisi borangborang yang sesuai untuk keperluan seharian. Mereka yang lemah akan diberikan pemulihan ataupun mengulangi pengajiannya. Di samping itu juga, ia juga memberi tumpuan terhadap perkembangan individu secara menyeluruh yang meliputi aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS). Aspek pengajaran nilai-nilai murni dan kewarganegaraan juga turut ditekankan berbanding KLSR sebelum ini. Pengajaran mata pelajaran moral dan Pendidikan Islam pula menjadi unsur kesepaduan dalam pengajaran, bukannya terletak pada guru agama sahaja. KBSR dibahagikan kepada tiga bidang asas iaitu bidang komunikasi, bidang kemanusiaan dengan persekitaran dan bidang perkembangan diri individu. Bidang komunikasi pada asasnya terdiri daripada komponen Kemahiran Asas yang mengandungi mata pelajaran Bahasa iaitu Bahasa Melayu, Cina, Tamil dan Inggeris serta mata pelajaran Matematik. Bidang Kemanusiaan dan Alam Sekitar pula terbahagi kepada dua komponen iaitu Kerohanian, Nilai dan Sikap serta Komponen Kemanusiaan dengan Alam. Mata pelajaran yang mewakili bidang ini ialah mata pelajaran Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral. Bidang yang ketiga pula iaitu bidang perkembangan diri individu terdiri daripada komponen Kesenian dan Rekreasi yang mengandungi mata pelajaran Muzik, Pendidikan Seni dan Pendidikan Jasmani. Berdasarkan perkara yang berkaitan di atas, maka jelaslah bahawa matlamat pendidikan KBSR di sekolah rendah untuk memastikan perkembangan murid secara menyeluruh dari aspek intelek, rohani, jasmani, emosi, bakat, akhlak, nilai-nilai estetika dan sosial selaras dengan falsafah dan dasar pendidikan negara iaitu untuk membangunkan negara dan menyemai perpaduan kaum yang kukuh serta integrasi nasional melalui sistem pendidikan yang tersusun dan bersistematik. Melalui aktiviti kokurikulum KBSR pula ianya meliputi aktiviti kelab, persatuan, permainan serta unit beruniform. Murid-murid dapat berinteraksi dengan pelbagai kaum, memahami budaya kaum lain, mendisiplinkan diri, serta dapat mengamalkan sikap toleransi dan kerjasama dengan rakan- rakan yang berlain agama dan budaya. Justeru, penerapan nilai- nilai murni ini adalah penting dalam pemupukan individu ke arah mencapai integrasi nasional. Aspek Pengurusan Bilik Darjah KBSR Bilik darjah KBSR telah diperkenalkan di Negara kita pada tahun 1982 di beberapa buah sekolah rendah sebagai percubaan manakala bilik darjah KBSM pula diperkenalkan apabila pelajar dari sekolah rendah tadi meneruskan pengajian ke sekolah menengah pada tahun 1988. Bilik darjah jenis ini mempunyai perbezaan yang begitu ketara jika dibandingkan dengan bilik darjah tradisi. Dari segi susunan fizikal,kerusi dan meja pelajar disusun mengikut kaedah kumpulan. Ini kerana program
  • 5. KBSR menekankan aktiviti pembelajaran secara berkumpulan dan interaksi antara guru dengan pelajar serta pelajar dengan pelajar sangat ditekankan. Dari segi strategi pengajaran,pendekatan yang digunakan lebih bersifat berpusatkan pelajar dan pengelibatan mereka secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran amat digalakkan. Dari segi bentuk dan kemudahan,di dalam bilik darjah KBSR disediakan ruang pembelajaran untuk memudahkan pelajar menjalankan aktiviti pembelajaran. Selain itu bahan pengajaran dan hasil pembelajran juga diletakkan di ruang tersebut. Hal ini menimbulkan suasana bilik darjah yang menarik dan merangsang proses pengajran dan pembelajaran Ciri-ciri bilik darjah KBSR 1) Kerusi dan meja pelajar disusun mengikut kumpulan 2) Pelajar dibahagikan mengikut kumpulan tertentu berdasarkan kobolehan tersendiri 3) Menggalakkan pengelibatan pelajar secara aktif 4) Menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran berpusatkan pelajar 5) Kerap melaksanakan interaksi antara guru dengan pelajar dan pelajar dengan pelajar 6) Hasil kerja yang dipamerkan memperlihatkan suasan pembelajaran yang kondusif 7) Pelajar sentiasa berada dalam keadaan aktif. Aspek pengujian dan penilaian dalam Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) Ujian Diagnostik Darjah 3 telah digantikan dengan Penilaian Tahap Satu (PTS) yang dapat dijalankan selama tiga tahun sebelum dimansuhkan. Penilaian Darjah 5 pula telah digantikan dengan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) untuk murid-murid KBSR, tahun 6. Antara jenis ujian lain yang terdapat dalam kurikulum baru ialah Penilaian Menengah Rendah(PMR) pada tingkatan tiga, Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) atau Sijil Pelajaran Vokasional Malaysia(SPVM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia(STPM). Aspek penilaian dalam KBSR pula menekankan penguasaan tiga kemahiran yang perlu dikuasai dan diuji iaitu kemahiran lisan, kemahiran membaca, dan kemahiran menulis. Murid yang tidak dapat menguasai kemahiran ini akan diberikan pemulihan. Daripada aspek penilaian pula, kurikulum ini memberikan kenaikan darjah secara automatik tetapi murid yang lemah diberi peluang untuk mengulang darjah atau mengikuti kelas pemulihan yang dijalankan. Dari aspek bentuk penilaian yang dilaksanakan guru adalah secara formatif dan sumatif. Penilaian sumatif ialah penilaian yang dijalankan di akhir sesuatu matapelajaran. Contohnya adalah seperti ujian akhir
  • 6. Kurikulum yang lama bercorak pendidikan umum yang menitikberatkan hafazan manakala perubahan baru lebih menekankan pendidikan asas yang menumpukan pada keupayaan murid membaca, menulis dan mengira.  Dalam kurikulum lama terdapat terlalu banyak mata pelajaran, dengan demikian perubahan dilakukan dan pelajaran yang baru hanya meliputi tiga bidang iaitu komunikasi, perkembangan diri dan bidang manusia dan sekelilingnya.  Suakatan pelajaran lama adalah kurang fleksibel, sebaliknya dalam perubahan yang dilakukan lebih menekankan perkaitan dan penyerapan.  Sistem lama menekankan kaedah pengajaran kelas manakala perubahan yang dilakukan mengambil inisiatif yang baru iaitu lebih menitikberatkan kaedah pengajaran individu dan kumpulan.  Dalam sistem yang baru, pendidikan pemulihan disediakan bagi pelajar lemah manakala program pengayaan disediakan bagi mengembangkan lagi kebolehan pelajar yang cepat menguasai kemahiran - kemahiran pembelajaran.  Sistem baru menekankan komponen nilai – nilai murni Oleh yang demikian pelajar – pelajar bukan Islam wajib mengikuti kelas Pendidikan Moral.  Sistem lama menekankan penilaian sumatif manakala dalam sistem yang baru, kedua – dua penilaian fromatif dan sumatif ditekankan. Penilaian formatif bertujuan mengesan kelemahan pelajar dengan tujuan memberi pendidikan pemulihan.  Dalam sistem pendidikan lama, pendidikan prasekolah kurang diberi penekanan. Dalam perubahan yang dilakukan pendidikan prasekolah diperkenalkan di sekolah – sekolah rendah terutamanya di kawasan luar bandar bagi membolehkan kanak – kanak di bawah umur tujuh tahun mendapat pengalaman persekolahan. Penutup Kurikulum sebenarnya ialah panduan untuk guru dalam mencapai matlamat yang disasarkan negara. Pada dasarnya kurikulum yang dibentuk mempunyai motif untuk membentuk integrasi nasional dalam kalangan murid yang berbilang kaum. Kemudian, pembentukan kurikulum dilihat dapat menyumbang ke arah pembentukan ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan dasar - dasar negara, matlamat secara menyeluruh dan bersepadu. Justeru, segala perubahan dalam kurikulum, perlu difahami oleh semua lapisan masyarakat agar hasrat murni yang ingin dicapai melalui pendidikan dapat dijayakan dengan berkesan dan sempurna. Kurikulum akan sentiasa mengalami pembaharuan apabila wujudnya ilmu-ilmu baru atau penemuan-penemuan baru. Selain itu pembaharuan kurikulum adalah disebabkan oleh kehendak masyarakat yang sentiasa berubah. Justeru, seorang guru perlulah menggunakan kurikulum dengan kreatif dan menjalankan aspek pengujian dan penilaian terhadap murid agar murid yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, intelek, rohani, dan sosial dapat dilahirkan.
  • 7. tahun, dan ujian bulanan. Penilaian formatif pula ialah penilaian yang dijalankan secara berterusan seperti kuiz dan soal-jawab. Kurikulum Sekolah Bestari (KSB) Kurikulum Sekolah Bestari merupakan pengurusan dan pentadbiran yang berkomputer sebagai proses pengajaran dan pembelajaran. Kurikulum ini digubal berdasarkan beberapa aspek iaitu lebih berpusatkan pelajar, membekalkan pengetahuan secara global, memupuk pemikiran kreatif dan inovatif, dan menggunakan sains dan teknologi. Konsep pembelajaran Bestari yang diperkenalkan melalui kurikulum ini adalah sejajar dengan pemindahan teknologi di Multimedia Super Corridor (MSC) yang mahu menjadikan Malaysia sebagai pusat pendidikan bertaraf dunia. Kurikulum Sekolah Bestari diharapkan dapat mengubah pembelajaran yang berorientasikan peperiksaan kepada budaya berfikir secara kreatif dan kritis dan berkebolehan menyelesaikan masalah. Matlamatnya adalah bagi melahirkan anak-anak bestari iaitu individu yang kreatif dan berupaya menjana maklumat baru. Penekanan kepada domain intelektual dan afektif juga ditekankan. Teknologi digunakan dalam meningkatkan akses kendiri. Pelaksanaan kurikulum ini diharapkan dapat menjadikan pembelajaran lebih menarik, seterusnya meningkat pencapaian murid. Hal ini seterusnya mewujudkan masyarakat yang progresif dan menumpukan teknologi maklumat. Kurikulum ini turut memperkenalkan satu aspek baharu iaitu rentasan. Rentasan dijalankan dalam semua kemahiran, nilai, pengetahuan dan bahasa yang dirangkumkan bersama dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Justeru, murid akan dapat membina pengetahuan, nilai dan kemahiran dalam setiap cabang ilmu di sekolah. Penyelidikan yang dijalankan dalam kurikulum ini mengesyorkan supaya pendidikan melibatkan beberapa elemen. Antaranya ialah Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif, Kemahiran Generik, dan Projek Pembelajaran Akses Kendiri( Inkuiri Penemuan) . Aspek pengujian dan penilaian dalam Kurikulum Sekolah Bestari (KSB). Dalam aspek pengujian peperiksaan awam seperti UPSR, PMR, SPM atau SPVM dan STPM tetap dijalankan mengikut kurikulum ini. Namun, kurikulum ini memperkenalkan satu penilaian baharu iaitu melalui sistem ‘on-line’. Perubahan Pendidikan di Malaysia dari KLSR ke KBSR  Kurikulum Baru Sekolah Rendah adalah berpusatkan kanak – kanak. Ini bermakna kaedah pengajaran chalk and talk telah pun diketepikan. Penyertaan pelajar daalam pelbagai aktiviti pembelajaran amat ditekankan.
  • 8. KBSR menekankan aktiviti pembelajaran secara berkumpulan dan interaksi antara guru dengan pelajar serta pelajar dengan pelajar sangat ditekankan. Dari segi strategi pengajaran,pendekatan yang digunakan lebih bersifat berpusatkan pelajar dan pengelibatan mereka secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran amat digalakkan. Dari segi bentuk dan kemudahan,di dalam bilik darjah KBSR disediakan ruang pembelajaran untuk memudahkan pelajar menjalankan aktiviti pembelajaran. Selain itu bahan pengajaran dan hasil pembelajran juga diletakkan di ruang tersebut. Hal ini menimbulkan suasana bilik darjah yang menarik dan merangsang proses pengajran dan pembelajaran Ciri-ciri bilik darjah KBSR 1) Kerusi dan meja pelajar disusun mengikut kumpulan 2) Pelajar dibahagikan mengikut kumpulan tertentu berdasarkan kobolehan tersendiri 3) Menggalakkan pengelibatan pelajar secara aktif 4) Menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran berpusatkan pelajar 5) Kerap melaksanakan interaksi antara guru dengan pelajar dan pelajar dengan pelajar 6) Hasil kerja yang dipamerkan memperlihatkan suasan pembelajaran yang kondusif 7) Pelajar sentiasa berada dalam keadaan aktif. Aspek pengujian dan penilaian dalam Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) Ujian Diagnostik Darjah 3 telah digantikan dengan Penilaian Tahap Satu (PTS) yang dapat dijalankan selama tiga tahun sebelum dimansuhkan. Penilaian Darjah 5 pula telah digantikan dengan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) untuk murid-murid KBSR, tahun 6. Antara jenis ujian lain yang terdapat dalam kurikulum baru ialah Penilaian Menengah Rendah(PMR) pada tingkatan tiga, Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) atau Sijil Pelajaran Vokasional Malaysia(SPVM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia(STPM). Aspek penilaian dalam KBSR pula menekankan penguasaan tiga kemahiran yang perlu dikuasai dan diuji iaitu kemahiran lisan, kemahiran membaca, dan kemahiran menulis. Murid yang tidak dapat menguasai kemahiran ini akan diberikan pemulihan. Daripada aspek penilaian pula, kurikulum ini memberikan kenaikan darjah secara automatik tetapi murid yang lemah diberi peluang untuk mengulang darjah atau mengikuti kelas pemulihan yang dijalankan. Dari aspek bentuk penilaian yang dilaksanakan guru adalah secara formatif dan sumatif. Penilaian sumatif ialah penilaian yang dijalankan di akhir sesuatu matapelajaran. Contohnya adalah seperti ujian akhir