SlideShare a Scribd company logo
1 of 7
SOALAN 1
Bincangkan perkembangan Sistem Pendidikan di Malaysia.
Negara Malaysia mempunyai sejarah pembentukan yang amat panjang. Selari
denganproses tersebut, pendidikan juga telah berkembang seiring dengan zaman. Maka,
dapatlahdisimpulkan bahawa sistem pendidikan di Malaysia boleh dibahagikan kepada tiga
peringkatiaitu sebelum merdeka, selepas merdeka dan sistem pendidikan semasa.
Perkembangansistem pendidikan sebelum merdeka terbahagi kepada empat peringkat iaitu
sebelumkedatangan British, tempoh penjajahan pertama, tempoh penjajahan kedua dan
awalkemerdekaan, iaitu sebelum pembentukan gagasan Malaysia.Perkembangan
sistempendidikan selepas merdeka terbahagi kepada tiga tahap iaitu tahap pertama(1963-
1965),tahap kedua(1966-1970) dan tahap ketiga(1971-1975). Perkembangan sistem
pendidikansemasa pula berlaku selepas tempoh 1975.
PERKEMBANGAN SISTEM PENDIDIKAN SEBELUM MERDEKA
Pada peringkat pertama sistem pendidikan sebelum merdeka iaitu sebelumkedatangan
British pendidikan pada umumnya merupakan pendidikan yang tidakmenekankan soal formal.
Penekanan hanyalah kepada pengajaran kitab suci Al-Quran,tingkah laku dan akhlak yang baik,
pengetahuan dan juga sifat kerohanian.
Terdapat juga sebilangan pelajar yang mempelajari pendidikan agama di sekolah-sekolah
pondok yang ditubuhkan oleh para ulama Islam yang terkenal pada zaman tersebut.Sekolah-
sekolah jenis ini masih boleh dilihat sekarang di negeri-negeri seperti Kelantan,Terengganu dan
Kedah.
Pada amnya pendidikan tradisi ini mempunyai kurikulum yang terlalu sempit
keranapelajaran adalah terhad kepada teks Al-Quran sahaja. Namun, kelebihan yang
bolehdiperolehi daripada aspek pengajaran sebegini ialah ia telah berjaya mewujudkan
ramaitokoh agama yang bukan sahaja terkenal dalam bidang agama, tetapi juga mempunyai
tahapetika yang amat tinggi.
Perkembangan sistem pendidikan semasa penjajahan British(1984-1986) pulabermula
setelah Francis Light mengambil Pulau Pinang hingga menjelang Perang DuniaKedua. Pada
masa itu, kerajaan British mula memberi perhatian terhadap pendidikan dinegeri-negeri Selat.
Blundell(Gabenor negeri Selat) telah mencadangkan supaya ditubuhkansekolah-sekolah
Vernakular Melayu di negeri-negeri Selat dengan bantuan kerajaan British.
Pada tahun 1856, Blundell dengan bantuan kewangan daripada DYMM Temenggung Johortelah
menubuhkan dua buah sekolah Vernakular Melayu di Singapura. Selepas itu, padatahun 1858
hingga 1863, kerajaan British telah menubuhkan beberapa buah sekolah Melayudi Pulau Pinang
dan Melaka.
Mata pelajaran-mata pelajaran yang biasa diaplikasikan di sekolah-sekolah
Vernakularialah Bacaan, Mengarang, Ejaan, Menulis, Ilmu Hisab, Latihan Jasmani dan Ilmu
Alam.Gerakan bimbingan juga mula dikembangkan di Tanah Melayu ketika ini. Pejabat
PelajaranNegeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Tanah Melayu Bersekutu mengeluarkan “A
Guide To
Careers In Malaya For Parents, Teachers and Pupils”. Buku tersebut mengandungi analisis
senarai kerja yang terdapat di dalam perkhidmatan kerajaan.
Pada awal kurun ke-20, mata pelajaran Perkebunan dan Anyaman telah ditambah
kedalam kurikulum sekolah. Murid-murid akan memasuki Darjah I hingga Darjah IV. Selepas
itu,hanya sebilangan kecil pelajar sahaja yang berpeluang melanjutkan pelajaran keSpecial
Malay Class, di mana mereka dapat meneruskan persekolahan di sekolah Inggeris kelak.
Sekolah Vernakular Cina yang pertama telah didirikan oleh Persatuan MubalighLondon
di negeri Melaka pada tahun 1815, dan kemudiannya di Singapura pada tahun 1819.Pada tahun
1900, dua orang menteri dan pendidik dari negeri China, Kang You Wei danLiang Qi Chau telah
mendirikan sekolah Vernakular Cina dan menggabungkan pengajaranConfucious dengan
pengajaran sains Barat. Kurikulum yang diperkenalkan adalahberorientasikan kepada negara
China. Sesetengah sekolah dijadikan pusat untukmenyebarkan sentimen anti British. Pentadbiran
Inggeris kemudiannya telah mengawalsegala aktiviti sekolah dan kurikulumnya menjadi
bertambah baik.
Perkembangan sekolah Vernakular Tamil bermula semasa perkembangan ladanggetah,
kelapa sawit, kopi dan gula di Tanah Melayu. Terdapat ramai buruh dari negara Indiatelah
diambil untuk bekerja di estet-estet. Pendidikan dalam bahasa Tamil diberi di salahsebuah
sekolah cawangan Singapore Free School mulai tahun 1834. Kumpulan-kumpulanmubaligh
Kristian banyak memberi sumbangan kepada perkembangan pendidikan formaldalam bahasa
Tamil pada peringkat awalnya. Sehingga tahun 1938, terdapat 13 buahsekolah Tamil kerajaan,
511 buah sekolah estet, 23 buah sekolah mubaligh dan 60 buahsekolah Tamil swasta di seluruh
Semenanjung Tanah Melayu. Sepertimana sekolahVernakular Melayu, sekolah-sekolah
Vernakular Tamil terhad pada peringkat rendah sahajadan seperti sekolah-sekolah Cina,
kurikulum sekolah-sekolah Tamil berorientasikan negaraasal mereka, India. Buku-buku dan
tenaga pengajar dibawa dari Sri Lanka dan India.
Sementara itu, perkembangan bagi sekolah Inggeris pula bermula apabila padaperingkat
awal penubuhannya, kebanyakan sekolah Inggeris didirikan daripada hasil usahakaum mubaligh
Kristian. Pada tahun 1816, Penang Free School telah ditubuhkan danmempunyai beberapa
matlamat seperti berikut:
i.untuk semua bangsa;
ii.mendidik supaya berdisiplin, berkelakuan baik dan rajin;
iii.ibu bapa yang berkemampuan dikehendaki membayar yuran sekolah dengan
kadar berpatutan;
iv.murid akan belajar membaca dan menulis Bahasa Inggeris dan mempelajari
Ilmu Kira-kira;
v.murid Melayu akan diajar Bahasa Melayu;
vi.rancangan yang sama diadakan juga untuk bangsa lain;
vii.murid akan diajar tentang pekerjaan seperti pertukangan menjahit dan lain-lain;
viii.diajar supaya menghormati ibu bapa dan agama Kristian.
Pada tahun 1826, Melaka Free Schol ditubuhkan serta disusuli dengan
penubuhanVictoria Insitute pada tahun 1893, Sekolah King Edward VII di Taiping pada tahun
1906. Padaawal kurun ke-20, semua Free School telah diambil alih oleh kerajaan. Pada tahun
1905 pula,sebuah sekolah Melayu iaitu Malay College Kuala Kangsar ditubuhkan khas untuk
anak-anakMelayu peringkat atasan. Sementara itu, perkembangan sistem pendidikan untuk
tempohkedua selepas kedatangan British pula bermula dari tempoh 1946-1957.
Perkembanganpendidikan terbantut apabila pihak Jepun telah menakluki Tanah Melayu pada
tahun 1941sehingga tahun 1945 iaitu pada Perang Dunia Kedua. Pada zaman ini, kebanyakan
sekolahterpaksa ditutup dan hanya sebilangan kecil daripadanya digunakan untuk mengajar
bahasa Jepun.
Selepas kekalahan pihak Jepun ke atas pihak Inggeris, kurikulum asal
telahdiaplikasikan semula. Walau bagaimanapun, beberapa laporan cadangan terhadap
kurikulumbaru telah digubal. Laporan-laporan yang dimaksudkan ialah Laporan Barnes 1951,
LaporanFenn-Wu 1951, Ordinan Pelajaran, Dasar Pelajaran Kebangsaan dan Laporan Razak
1956.Di antara cadangan yang telah dikemukakan ialah menuntut kerajaan supaya
menyediakankemudahan-kemudahan pelajaran dan pembelajaran serta menyediakan guru-guru
terlatih disekolah-sekolah. Guru-guru ini merangkumi mereka yang mempunyai rekod penilaian
yangbaik serta mempunyai etika pengajaran yang boleh dicontohi oleh para pelajar.
Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran ditubuhkan pada bulan
September 1974 untuk mengkaji pelaksanaan sistem pelajaran kebangsaan bagi:
“Mengkaji semula matlamat dan berkesannya sistem pelajaran sekarang,
termasuk kurikulumnya, dalam rangka dasar palajaran yang wujud, dengantujuan untuk
memastikan bahawa keperluan tenaga rakyat negara dapatdipenuhi sama ada dari segi jangka
pendek mahupun jangka panjang, danlebih-lebih lagi untuk memastikan bahawa sistem pelajaran
itu dapat memenuhimatlamat negara ke arah melahirkan masyarakat yang bersatupadu,
berdisiplindan terlatih.”
(Sumber: Education In Malaysia, 1980)
Mengikut Laporan Kabinet pada tahun 1979 bagi peringkat sekolah rendah
iaitukurikulum, kemahiran adalah tertumpu kepada bidang komunikasi, alam
sekitar,perkembangan diri yang menekankan aspek 3M dan perkembangan bakat, membantu
muridyang lemah serta mengadakan program pengayaan, pengajaran pemulihan diperbaiki
lagidan Kurikulum Baru Sekolah Rendah dicadangkan.
Bagi peringkat sekolah menengah pula, sistem baru bagi pelajaran vokasional,
jurusanperdagangan dipertingkatkan, penekanan terhadap mata pelajaran Matematik, Sains
danBahasa, penekanan kepada aktiviti ko-kurikulum, bimbingan dan kaunseling diwujudkan
disekolah serta Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah dicadangkan.
Pada tahun 1990-an, peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah(UPSR),
PenilaianMenengah Rendah(PMR), Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) dan Sijil Tinggi
PelajaranMalaysia(STPM) telah diperkenalkan. Selain itu, beberapa akta telah digubal
untukmemantapkan sistem pendidikan di negara ini termasuklah:
i.
Akta Pelajaran 1995
ii.
Rang Undang-Undang Pendidikan 1995
iii.
Rang Undang-Undang Institusi Pengajian Tinggi Swasta 1996
iv.
Rang Undang-Undang Universiti dan Kolej(Pindaan 1996)
v.
Rang Undang-Undang Majlis Pendidikan Tinggi Negara 1996
vi.
Rang Undang-Undang Lembaga Akreditasi Negara 1996
Perkembangan terhadap sistem pendidikan berterusan sehingga ke hari ini
antaranyatermasuklah penubuhan Sekolah BESTARI 1995, Koridor Raya Multimedia 1999,
UjianBahasa Inggeris(MUET), PSMI 2003, Sekolah Wawasan dan Pelan Induk
PembangunanPendidikan 2006. Perlaksanaan pelbagai program ke arah perkembangan sistem
pendidikanini akan berlanjutan untuk masa-masa yang akan datang. Pelajar-pelajar yang
dahagakanilmu pengetahuan terus meningkat dari setahun ke setahun dalam mendaftarkan diri
merekake sekolah-sekolah rendah dan menengah di seluruh Malaysia.

Kesimpulan
Setelah mengetahui segala kronologi pendidikan sejak zaman sebelum penjajahanBritish
hinggalah zaman selepas merdeka, kita dapat membuat kesimpulan bahawa
banyakperkembangan telah dilakukan terhadap sistem pendidikan negara. Bermula daripada
sistemyang berorientasikan kepada bangsa dan agama sendiri kepada sistem pendidikan
yangmenitik beratkan aspek pendidikan berteknologi tinggi. Walaupun banyak perubahan
yangtelah dijanakan oleh kerajaan, namun aspek etika tidak pernah ditinggalkan begitu
sahaja.Setiap perancangan akan mengambil kira etika moral dan disiplin setiap individu pelajar
untukmenjadikan mereka insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.
Namun, di sebalik usaha-usaha murni tersebut, tersembunyi beberapa kelemahanyang
secara tidak langsungnya akan menyebabkan barah yang lebih besar sekiranya tidakditangani
secara total oleh pihak kerajaan. Usaha menyembuhkan barah ini memerlukanpengorbanan
daripada seluruh rakyat yang mengaku dirinya seorang warganegara yangberdisiplin dan
berhemah tinggi. Hanya dengan cara ini sajalah perkembangan pendidikanakan selaras dengan
perkembangan etika para pelajar yang semestinya perlu diberi didikanyang sempurna demi
mencapai taraf individu yang berjaya.
Bibliografi
Shahril @ Charil Marzuki, Zainun Ishak, Lee Pau Wing, Dr. Saedah Siraj, Pendidikan Di
Malaysia, 1993, Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd., Kuala Lumpur.
Juriah Long, Halimah Badioze Zaman, Putih Mohamed, Zalizan Mohd Jelas, Aliran Dalam
Amalan Pendidikan Menjelang Abad Ke-21, 1992, Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia,
Bangi.
Educational Planning and Research Division, Education In Malaysia, 1980, Kementerian
Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur.
Carol Gestwicki, Home, School and Community Relations, 1996, Delmar Publishers, United
States of America.
http://blog.cari.com.my/index.php?op=ViewArticle&articleId=7753&blogId=453

More Related Content

What's hot

Pendidikan di Malaysia
Pendidikan di MalaysiaPendidikan di Malaysia
Pendidikan di Malaysiafiro HAR
 
Sejarah pendidikan negara
Sejarah pendidikan negaraSejarah pendidikan negara
Sejarah pendidikan negarafiro HAR
 
Sistem persekolahan sebelum merdeka boleh juga dis
Sistem persekolahan sebelum merdeka boleh juga disSistem persekolahan sebelum merdeka boleh juga dis
Sistem persekolahan sebelum merdeka boleh juga disIzwan Samsudin
 
SISTEM PENDIDIKAN SEBELUM MERDEKA
SISTEM PENDIDIKAN SEBELUM MERDEKASISTEM PENDIDIKAN SEBELUM MERDEKA
SISTEM PENDIDIKAN SEBELUM MERDEKAasyikin hashim
 
Sejarah pendidikan di malaysia
Sejarah pendidikan di malaysiaSejarah pendidikan di malaysia
Sejarah pendidikan di malaysiaMegala Silva Raju
 
Pendidikan sebelum merdeka siap
Pendidikan sebelum merdeka siapPendidikan sebelum merdeka siap
Pendidikan sebelum merdeka siapAnderson Ganai
 
Perbezaan sistem pendidikan semasa berbanding sebelum merdeka
Perbezaan sistem pendidikan semasa berbanding sebelum merdekaPerbezaan sistem pendidikan semasa berbanding sebelum merdeka
Perbezaan sistem pendidikan semasa berbanding sebelum merdekaWikwang Wong
 
26499947 perkembangan-sistem-pendidikan-di-malaysia-sebelum-merdeka-peringkat...
26499947 perkembangan-sistem-pendidikan-di-malaysia-sebelum-merdeka-peringkat...26499947 perkembangan-sistem-pendidikan-di-malaysia-sebelum-merdeka-peringkat...
26499947 perkembangan-sistem-pendidikan-di-malaysia-sebelum-merdeka-peringkat...asyikin hashim
 
Sistem pendidikan di malaysia sebelum dan selepas kemerdekaan
Sistem pendidikan di malaysia sebelum dan selepas kemerdekaanSistem pendidikan di malaysia sebelum dan selepas kemerdekaan
Sistem pendidikan di malaysia sebelum dan selepas kemerdekaanalexsonn
 
Falsafah Pendidikan 26 Mac 2011
Falsafah Pendidikan 26 Mac 2011Falsafah Pendidikan 26 Mac 2011
Falsafah Pendidikan 26 Mac 2011Fu Peiling
 
Sistem pendidikan sebelum merdeka
Sistem pendidikan sebelum merdekaSistem pendidikan sebelum merdeka
Sistem pendidikan sebelum merdekaArra Asri
 
M1 bab 1&2 - Perkembangan pendidikan sebelum merdeka
M1 bab 1&2 - Perkembangan pendidikan sebelum merdekaM1 bab 1&2 - Perkembangan pendidikan sebelum merdeka
M1 bab 1&2 - Perkembangan pendidikan sebelum merdekaVince Here
 
Power point ( perkembangan pendidikan di malaysia, kearah pembangunan insan d...
Power point ( perkembangan pendidikan di malaysia, kearah pembangunan insan d...Power point ( perkembangan pendidikan di malaysia, kearah pembangunan insan d...
Power point ( perkembangan pendidikan di malaysia, kearah pembangunan insan d...University Tun Hussein Onn Malaysia
 
Pengurusan pendidikan complete
Pengurusan pendidikan completePengurusan pendidikan complete
Pengurusan pendidikan completeAzman Hanafi
 
Sejarah pendidikan di malaysia dan hubungan etnik
Sejarah pendidikan di malaysia dan hubungan etnikSejarah pendidikan di malaysia dan hubungan etnik
Sejarah pendidikan di malaysia dan hubungan etnikHafizah Jupri
 
Pembentangan sejarah perkembangan profesional guru bahasa melayu
Pembentangan sejarah perkembangan profesional guru bahasa melayuPembentangan sejarah perkembangan profesional guru bahasa melayu
Pembentangan sejarah perkembangan profesional guru bahasa melayuhidayahperlis
 
Pendidikan islam di malaysia
Pendidikan islam di malaysiaPendidikan islam di malaysia
Pendidikan islam di malaysiaAbu eL IQram
 
What's hot (20)

Pendidikan di Malaysia
Pendidikan di MalaysiaPendidikan di Malaysia
Pendidikan di Malaysia
 
Sejarah pendidikan negara
Sejarah pendidikan negaraSejarah pendidikan negara
Sejarah pendidikan negara
 
Sistem persekolahan sebelum merdeka boleh juga dis
Sistem persekolahan sebelum merdeka boleh juga disSistem persekolahan sebelum merdeka boleh juga dis
Sistem persekolahan sebelum merdeka boleh juga dis
 
SISTEM PENDIDIKAN SEBELUM MERDEKA
SISTEM PENDIDIKAN SEBELUM MERDEKASISTEM PENDIDIKAN SEBELUM MERDEKA
SISTEM PENDIDIKAN SEBELUM MERDEKA
 
Sejarah pendidikan di malaysia
Sejarah pendidikan di malaysiaSejarah pendidikan di malaysia
Sejarah pendidikan di malaysia
 
Pendidikan sebelum merdeka siap
Pendidikan sebelum merdeka siapPendidikan sebelum merdeka siap
Pendidikan sebelum merdeka siap
 
Perbezaan sistem pendidikan semasa berbanding sebelum merdeka
Perbezaan sistem pendidikan semasa berbanding sebelum merdekaPerbezaan sistem pendidikan semasa berbanding sebelum merdeka
Perbezaan sistem pendidikan semasa berbanding sebelum merdeka
 
26499947 perkembangan-sistem-pendidikan-di-malaysia-sebelum-merdeka-peringkat...
26499947 perkembangan-sistem-pendidikan-di-malaysia-sebelum-merdeka-peringkat...26499947 perkembangan-sistem-pendidikan-di-malaysia-sebelum-merdeka-peringkat...
26499947 perkembangan-sistem-pendidikan-di-malaysia-sebelum-merdeka-peringkat...
 
Laporan fenn wu
Laporan fenn wuLaporan fenn wu
Laporan fenn wu
 
Sistem pendidikan di malaysia sebelum dan selepas kemerdekaan
Sistem pendidikan di malaysia sebelum dan selepas kemerdekaanSistem pendidikan di malaysia sebelum dan selepas kemerdekaan
Sistem pendidikan di malaysia sebelum dan selepas kemerdekaan
 
Falsafah Pendidikan 26 Mac 2011
Falsafah Pendidikan 26 Mac 2011Falsafah Pendidikan 26 Mac 2011
Falsafah Pendidikan 26 Mac 2011
 
LAPORAN RAZAK
LAPORAN RAZAKLAPORAN RAZAK
LAPORAN RAZAK
 
Sistem pendidikan sebelum merdeka
Sistem pendidikan sebelum merdekaSistem pendidikan sebelum merdeka
Sistem pendidikan sebelum merdeka
 
M1 bab 1&2 - Perkembangan pendidikan sebelum merdeka
M1 bab 1&2 - Perkembangan pendidikan sebelum merdekaM1 bab 1&2 - Perkembangan pendidikan sebelum merdeka
M1 bab 1&2 - Perkembangan pendidikan sebelum merdeka
 
Power point ( perkembangan pendidikan di malaysia, kearah pembangunan insan d...
Power point ( perkembangan pendidikan di malaysia, kearah pembangunan insan d...Power point ( perkembangan pendidikan di malaysia, kearah pembangunan insan d...
Power point ( perkembangan pendidikan di malaysia, kearah pembangunan insan d...
 
Pengurusan pendidikan complete
Pengurusan pendidikan completePengurusan pendidikan complete
Pengurusan pendidikan complete
 
Sejarah pendidikan di malaysia dan hubungan etnik
Sejarah pendidikan di malaysia dan hubungan etnikSejarah pendidikan di malaysia dan hubungan etnik
Sejarah pendidikan di malaysia dan hubungan etnik
 
Sjh 3101
Sjh 3101Sjh 3101
Sjh 3101
 
Pembentangan sejarah perkembangan profesional guru bahasa melayu
Pembentangan sejarah perkembangan profesional guru bahasa melayuPembentangan sejarah perkembangan profesional guru bahasa melayu
Pembentangan sejarah perkembangan profesional guru bahasa melayu
 
Pendidikan islam di malaysia
Pendidikan islam di malaysiaPendidikan islam di malaysia
Pendidikan islam di malaysia
 
Viewers also liked

Hubungan etnik ke arah masyarakat berintegrasi
Hubungan etnik ke arah masyarakat berintegrasiHubungan etnik ke arah masyarakat berintegrasi
Hubungan etnik ke arah masyarakat berintegrasiNorisuwanah Jaffar
 
Fail+meja+ketua+
Fail+meja+ketua+Fail+meja+ketua+
Fail+meja+ketua+Ilut Johnny
 
Pengajian Malaysia: Modul a subtopik 1 zaman pendudukan jepun 240613 101958
Pengajian Malaysia: Modul a subtopik 1  zaman pendudukan jepun 240613 101958Pengajian Malaysia: Modul a subtopik 1  zaman pendudukan jepun 240613 101958
Pengajian Malaysia: Modul a subtopik 1 zaman pendudukan jepun 240613 101958Brenda Rachel Marie
 
Latihan B.Melayu tahun 3
Latihan B.Melayu tahun 3Latihan B.Melayu tahun 3
Latihan B.Melayu tahun 3PAKLONG CIKGU
 
bahasa melayu tahun 3 penulisan
bahasa melayu tahun 3 penulisanbahasa melayu tahun 3 penulisan
bahasa melayu tahun 3 penulisanPAKLONG CIKGU
 
Ujian Matematik Tahun 3 Kertas 1
Ujian Matematik Tahun 3 Kertas 1Ujian Matematik Tahun 3 Kertas 1
Ujian Matematik Tahun 3 Kertas 1marshiza
 
Contoh Kertas Peperiksaan Bahasa Malaysia Tahun 3 (Kertas 1)
Contoh Kertas Peperiksaan Bahasa Malaysia Tahun 3 (Kertas 1)Contoh Kertas Peperiksaan Bahasa Malaysia Tahun 3 (Kertas 1)
Contoh Kertas Peperiksaan Bahasa Malaysia Tahun 3 (Kertas 1)Amir Aiman Akashah
 
Viewers also liked (8)

Hubungan etnik ke arah masyarakat berintegrasi
Hubungan etnik ke arah masyarakat berintegrasiHubungan etnik ke arah masyarakat berintegrasi
Hubungan etnik ke arah masyarakat berintegrasi
 
Fail+meja+ketua+
Fail+meja+ketua+Fail+meja+ketua+
Fail+meja+ketua+
 
Pengajian Malaysia: Modul a subtopik 1 zaman pendudukan jepun 240613 101958
Pengajian Malaysia: Modul a subtopik 1  zaman pendudukan jepun 240613 101958Pengajian Malaysia: Modul a subtopik 1  zaman pendudukan jepun 240613 101958
Pengajian Malaysia: Modul a subtopik 1 zaman pendudukan jepun 240613 101958
 
Buku panduan ppg
Buku panduan ppgBuku panduan ppg
Buku panduan ppg
 
Latihan B.Melayu tahun 3
Latihan B.Melayu tahun 3Latihan B.Melayu tahun 3
Latihan B.Melayu tahun 3
 
bahasa melayu tahun 3 penulisan
bahasa melayu tahun 3 penulisanbahasa melayu tahun 3 penulisan
bahasa melayu tahun 3 penulisan
 
Ujian Matematik Tahun 3 Kertas 1
Ujian Matematik Tahun 3 Kertas 1Ujian Matematik Tahun 3 Kertas 1
Ujian Matematik Tahun 3 Kertas 1
 
Contoh Kertas Peperiksaan Bahasa Malaysia Tahun 3 (Kertas 1)
Contoh Kertas Peperiksaan Bahasa Malaysia Tahun 3 (Kertas 1)Contoh Kertas Peperiksaan Bahasa Malaysia Tahun 3 (Kertas 1)
Contoh Kertas Peperiksaan Bahasa Malaysia Tahun 3 (Kertas 1)
 
Similar to Soalan 1

Sejarah Perkembangan Pendidikan.pptx
Sejarah Perkembangan Pendidikan.pptxSejarah Perkembangan Pendidikan.pptx
Sejarah Perkembangan Pendidikan.pptxAdibahIbrahim3
 
Kurikulum dan pengajaran sekolah rendah
Kurikulum dan pengajaran sekolah rendahKurikulum dan pengajaran sekolah rendah
Kurikulum dan pengajaran sekolah rendahmmdlutfy
 
Kurikulum dan pengajaran sekolah rendah
Kurikulum dan pengajaran sekolah rendahKurikulum dan pengajaran sekolah rendah
Kurikulum dan pengajaran sekolah rendahmmdlutfy
 
BAB 8 PENDIDIKAN DI MALAYSIA.pptx
BAB 8 PENDIDIKAN DI MALAYSIA.pptxBAB 8 PENDIDIKAN DI MALAYSIA.pptx
BAB 8 PENDIDIKAN DI MALAYSIA.pptxNurulHudaHusin
 
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIASEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIANurul Hidayu Abd Halim
 
Unit 8 (pendidikan di malaysia)
Unit 8 (pendidikan di malaysia)Unit 8 (pendidikan di malaysia)
Unit 8 (pendidikan di malaysia)rabbaniridhwan
 
Unit 8 (pendidikan di malaysia)
Unit 8 (pendidikan di malaysia)Unit 8 (pendidikan di malaysia)
Unit 8 (pendidikan di malaysia)Yayasan Negeri
 
Tutorial 1
Tutorial 1Tutorial 1
Tutorial 1firo HAR
 
1. sejarah perkembangan_pn_pismp
1. sejarah perkembangan_pn_pismp1. sejarah perkembangan_pn_pismp
1. sejarah perkembangan_pn_pismpNor Farisha
 
Unit 8 (pendidikan di malaysia)
Unit 8 (pendidikan di malaysia)Unit 8 (pendidikan di malaysia)
Unit 8 (pendidikan di malaysia)Yayasan Negeri
 
Perkembangan Pendidikan ( Tajuk : Sejarah pendidikan di Malaysia )_Tugasan In...
Perkembangan Pendidikan ( Tajuk : Sejarah pendidikan di Malaysia )_Tugasan In...Perkembangan Pendidikan ( Tajuk : Sejarah pendidikan di Malaysia )_Tugasan In...
Perkembangan Pendidikan ( Tajuk : Sejarah pendidikan di Malaysia )_Tugasan In...Rosdi Ramli
 
Sejarah Pendidikan Sebelum Penjajahan
Sejarah Pendidikan Sebelum PenjajahanSejarah Pendidikan Sebelum Penjajahan
Sejarah Pendidikan Sebelum PenjajahanAzizi Ahmad
 
5.manuskrip icip.dr-atiqah- -prof-ong-b
5.manuskrip icip.dr-atiqah- -prof-ong-b5.manuskrip icip.dr-atiqah- -prof-ong-b
5.manuskrip icip.dr-atiqah- -prof-ong-bAdlinaHayda
 
55409333 topik-2-pengenalan-kepada-kbsr-dan-kssr-2-
55409333 topik-2-pengenalan-kepada-kbsr-dan-kssr-2-55409333 topik-2-pengenalan-kepada-kbsr-dan-kssr-2-
55409333 topik-2-pengenalan-kepada-kbsr-dan-kssr-2-osman1972
 
Perkembangan Pendidikan Islam di Malaysia
Perkembangan Pendidikan Islam di Malaysia Perkembangan Pendidikan Islam di Malaysia
Perkembangan Pendidikan Islam di Malaysia kebahagiaanaisyah
 
Similar to Soalan 1 (20)

Sejarah Perkembangan Pendidikan.pptx
Sejarah Perkembangan Pendidikan.pptxSejarah Perkembangan Pendidikan.pptx
Sejarah Perkembangan Pendidikan.pptx
 
Kurikulum dan pengajaran sekolah rendah
Kurikulum dan pengajaran sekolah rendahKurikulum dan pengajaran sekolah rendah
Kurikulum dan pengajaran sekolah rendah
 
Kurikulum dan pengajaran sekolah rendah
Kurikulum dan pengajaran sekolah rendahKurikulum dan pengajaran sekolah rendah
Kurikulum dan pengajaran sekolah rendah
 
BAB 8 PENDIDIKAN DI MALAYSIA.pptx
BAB 8 PENDIDIKAN DI MALAYSIA.pptxBAB 8 PENDIDIKAN DI MALAYSIA.pptx
BAB 8 PENDIDIKAN DI MALAYSIA.pptx
 
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIASEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
 
Unit 8 (pendidikan di malaysia)
Unit 8 (pendidikan di malaysia)Unit 8 (pendidikan di malaysia)
Unit 8 (pendidikan di malaysia)
 
Unit 8 (pendidikan di malaysia)
Unit 8 (pendidikan di malaysia)Unit 8 (pendidikan di malaysia)
Unit 8 (pendidikan di malaysia)
 
Tutorial 1
Tutorial 1Tutorial 1
Tutorial 1
 
1. sejarah perkembangan_pn_pismp
1. sejarah perkembangan_pn_pismp1. sejarah perkembangan_pn_pismp
1. sejarah perkembangan_pn_pismp
 
sistem pendididkan di sabah & sarawak sejarah SEM 3
sistem pendididkan di sabah & sarawak sejarah SEM 3sistem pendididkan di sabah & sarawak sejarah SEM 3
sistem pendididkan di sabah & sarawak sejarah SEM 3
 
Sistem Pendidikan di Sabah & Sarawak
Sistem Pendidikan di Sabah & SarawakSistem Pendidikan di Sabah & Sarawak
Sistem Pendidikan di Sabah & Sarawak
 
Tutorial sjh1102
Tutorial sjh1102Tutorial sjh1102
Tutorial sjh1102
 
Unit 8 (pendidikan di malaysia)
Unit 8 (pendidikan di malaysia)Unit 8 (pendidikan di malaysia)
Unit 8 (pendidikan di malaysia)
 
Perkembangan Pendidikan ( Tajuk : Sejarah pendidikan di Malaysia )_Tugasan In...
Perkembangan Pendidikan ( Tajuk : Sejarah pendidikan di Malaysia )_Tugasan In...Perkembangan Pendidikan ( Tajuk : Sejarah pendidikan di Malaysia )_Tugasan In...
Perkembangan Pendidikan ( Tajuk : Sejarah pendidikan di Malaysia )_Tugasan In...
 
Sejarah Pendidikan Sebelum Penjajahan
Sejarah Pendidikan Sebelum PenjajahanSejarah Pendidikan Sebelum Penjajahan
Sejarah Pendidikan Sebelum Penjajahan
 
5.manuskrip icip.dr-atiqah- -prof-ong-b
5.manuskrip icip.dr-atiqah- -prof-ong-b5.manuskrip icip.dr-atiqah- -prof-ong-b
5.manuskrip icip.dr-atiqah- -prof-ong-b
 
Ctu dasar2
Ctu dasar2Ctu dasar2
Ctu dasar2
 
5 unit 1
5 unit 15 unit 1
5 unit 1
 
55409333 topik-2-pengenalan-kepada-kbsr-dan-kssr-2-
55409333 topik-2-pengenalan-kepada-kbsr-dan-kssr-2-55409333 topik-2-pengenalan-kepada-kbsr-dan-kssr-2-
55409333 topik-2-pengenalan-kepada-kbsr-dan-kssr-2-
 
Perkembangan Pendidikan Islam di Malaysia
Perkembangan Pendidikan Islam di Malaysia Perkembangan Pendidikan Islam di Malaysia
Perkembangan Pendidikan Islam di Malaysia
 
Soalan 1

  • 1. SOALAN 1 Bincangkan perkembangan Sistem Pendidikan di Malaysia. Negara Malaysia mempunyai sejarah pembentukan yang amat panjang. Selari denganproses tersebut, pendidikan juga telah berkembang seiring dengan zaman. Maka, dapatlahdisimpulkan bahawa sistem pendidikan di Malaysia boleh dibahagikan kepada tiga peringkatiaitu sebelum merdeka, selepas merdeka dan sistem pendidikan semasa. Perkembangansistem pendidikan sebelum merdeka terbahagi kepada empat peringkat iaitu sebelumkedatangan British, tempoh penjajahan pertama, tempoh penjajahan kedua dan awalkemerdekaan, iaitu sebelum pembentukan gagasan Malaysia.Perkembangan sistempendidikan selepas merdeka terbahagi kepada tiga tahap iaitu tahap pertama(1963- 1965),tahap kedua(1966-1970) dan tahap ketiga(1971-1975). Perkembangan sistem pendidikansemasa pula berlaku selepas tempoh 1975. PERKEMBANGAN SISTEM PENDIDIKAN SEBELUM MERDEKA Pada peringkat pertama sistem pendidikan sebelum merdeka iaitu sebelumkedatangan British pendidikan pada umumnya merupakan pendidikan yang tidakmenekankan soal formal. Penekanan hanyalah kepada pengajaran kitab suci Al-Quran,tingkah laku dan akhlak yang baik, pengetahuan dan juga sifat kerohanian. Terdapat juga sebilangan pelajar yang mempelajari pendidikan agama di sekolah-sekolah pondok yang ditubuhkan oleh para ulama Islam yang terkenal pada zaman tersebut.Sekolah- sekolah jenis ini masih boleh dilihat sekarang di negeri-negeri seperti Kelantan,Terengganu dan Kedah. Pada amnya pendidikan tradisi ini mempunyai kurikulum yang terlalu sempit keranapelajaran adalah terhad kepada teks Al-Quran sahaja. Namun, kelebihan yang bolehdiperolehi daripada aspek pengajaran sebegini ialah ia telah berjaya mewujudkan ramaitokoh agama yang bukan sahaja terkenal dalam bidang agama, tetapi juga mempunyai tahapetika yang amat tinggi. Perkembangan sistem pendidikan semasa penjajahan British(1984-1986) pulabermula setelah Francis Light mengambil Pulau Pinang hingga menjelang Perang DuniaKedua. Pada masa itu, kerajaan British mula memberi perhatian terhadap pendidikan dinegeri-negeri Selat.
  • 2. Blundell(Gabenor negeri Selat) telah mencadangkan supaya ditubuhkansekolah-sekolah Vernakular Melayu di negeri-negeri Selat dengan bantuan kerajaan British. Pada tahun 1856, Blundell dengan bantuan kewangan daripada DYMM Temenggung Johortelah menubuhkan dua buah sekolah Vernakular Melayu di Singapura. Selepas itu, padatahun 1858 hingga 1863, kerajaan British telah menubuhkan beberapa buah sekolah Melayudi Pulau Pinang dan Melaka. Mata pelajaran-mata pelajaran yang biasa diaplikasikan di sekolah-sekolah Vernakularialah Bacaan, Mengarang, Ejaan, Menulis, Ilmu Hisab, Latihan Jasmani dan Ilmu Alam.Gerakan bimbingan juga mula dikembangkan di Tanah Melayu ketika ini. Pejabat PelajaranNegeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Tanah Melayu Bersekutu mengeluarkan “A Guide To Careers In Malaya For Parents, Teachers and Pupils”. Buku tersebut mengandungi analisis senarai kerja yang terdapat di dalam perkhidmatan kerajaan. Pada awal kurun ke-20, mata pelajaran Perkebunan dan Anyaman telah ditambah kedalam kurikulum sekolah. Murid-murid akan memasuki Darjah I hingga Darjah IV. Selepas itu,hanya sebilangan kecil pelajar sahaja yang berpeluang melanjutkan pelajaran keSpecial Malay Class, di mana mereka dapat meneruskan persekolahan di sekolah Inggeris kelak. Sekolah Vernakular Cina yang pertama telah didirikan oleh Persatuan MubalighLondon di negeri Melaka pada tahun 1815, dan kemudiannya di Singapura pada tahun 1819.Pada tahun 1900, dua orang menteri dan pendidik dari negeri China, Kang You Wei danLiang Qi Chau telah mendirikan sekolah Vernakular Cina dan menggabungkan pengajaranConfucious dengan pengajaran sains Barat. Kurikulum yang diperkenalkan adalahberorientasikan kepada negara China. Sesetengah sekolah dijadikan pusat untukmenyebarkan sentimen anti British. Pentadbiran Inggeris kemudiannya telah mengawalsegala aktiviti sekolah dan kurikulumnya menjadi bertambah baik. Perkembangan sekolah Vernakular Tamil bermula semasa perkembangan ladanggetah, kelapa sawit, kopi dan gula di Tanah Melayu. Terdapat ramai buruh dari negara Indiatelah diambil untuk bekerja di estet-estet. Pendidikan dalam bahasa Tamil diberi di salahsebuah sekolah cawangan Singapore Free School mulai tahun 1834. Kumpulan-kumpulanmubaligh
  • 3. Kristian banyak memberi sumbangan kepada perkembangan pendidikan formaldalam bahasa Tamil pada peringkat awalnya. Sehingga tahun 1938, terdapat 13 buahsekolah Tamil kerajaan, 511 buah sekolah estet, 23 buah sekolah mubaligh dan 60 buahsekolah Tamil swasta di seluruh Semenanjung Tanah Melayu. Sepertimana sekolahVernakular Melayu, sekolah-sekolah Vernakular Tamil terhad pada peringkat rendah sahajadan seperti sekolah-sekolah Cina, kurikulum sekolah-sekolah Tamil berorientasikan negaraasal mereka, India. Buku-buku dan tenaga pengajar dibawa dari Sri Lanka dan India. Sementara itu, perkembangan bagi sekolah Inggeris pula bermula apabila padaperingkat awal penubuhannya, kebanyakan sekolah Inggeris didirikan daripada hasil usahakaum mubaligh Kristian. Pada tahun 1816, Penang Free School telah ditubuhkan danmempunyai beberapa matlamat seperti berikut: i.untuk semua bangsa; ii.mendidik supaya berdisiplin, berkelakuan baik dan rajin; iii.ibu bapa yang berkemampuan dikehendaki membayar yuran sekolah dengan kadar berpatutan; iv.murid akan belajar membaca dan menulis Bahasa Inggeris dan mempelajari Ilmu Kira-kira; v.murid Melayu akan diajar Bahasa Melayu; vi.rancangan yang sama diadakan juga untuk bangsa lain; vii.murid akan diajar tentang pekerjaan seperti pertukangan menjahit dan lain-lain; viii.diajar supaya menghormati ibu bapa dan agama Kristian. Pada tahun 1826, Melaka Free Schol ditubuhkan serta disusuli dengan penubuhanVictoria Insitute pada tahun 1893, Sekolah King Edward VII di Taiping pada tahun 1906. Padaawal kurun ke-20, semua Free School telah diambil alih oleh kerajaan. Pada tahun 1905 pula,sebuah sekolah Melayu iaitu Malay College Kuala Kangsar ditubuhkan khas untuk anak-anakMelayu peringkat atasan. Sementara itu, perkembangan sistem pendidikan untuk tempohkedua selepas kedatangan British pula bermula dari tempoh 1946-1957. Perkembanganpendidikan terbantut apabila pihak Jepun telah menakluki Tanah Melayu pada tahun 1941sehingga tahun 1945 iaitu pada Perang Dunia Kedua. Pada zaman ini, kebanyakan
  • 4. sekolahterpaksa ditutup dan hanya sebilangan kecil daripadanya digunakan untuk mengajar bahasa Jepun. Selepas kekalahan pihak Jepun ke atas pihak Inggeris, kurikulum asal telahdiaplikasikan semula. Walau bagaimanapun, beberapa laporan cadangan terhadap kurikulumbaru telah digubal. Laporan-laporan yang dimaksudkan ialah Laporan Barnes 1951, LaporanFenn-Wu 1951, Ordinan Pelajaran, Dasar Pelajaran Kebangsaan dan Laporan Razak 1956.Di antara cadangan yang telah dikemukakan ialah menuntut kerajaan supaya menyediakankemudahan-kemudahan pelajaran dan pembelajaran serta menyediakan guru-guru terlatih disekolah-sekolah. Guru-guru ini merangkumi mereka yang mempunyai rekod penilaian yangbaik serta mempunyai etika pengajaran yang boleh dicontohi oleh para pelajar. Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran ditubuhkan pada bulan September 1974 untuk mengkaji pelaksanaan sistem pelajaran kebangsaan bagi: “Mengkaji semula matlamat dan berkesannya sistem pelajaran sekarang, termasuk kurikulumnya, dalam rangka dasar palajaran yang wujud, dengantujuan untuk memastikan bahawa keperluan tenaga rakyat negara dapatdipenuhi sama ada dari segi jangka pendek mahupun jangka panjang, danlebih-lebih lagi untuk memastikan bahawa sistem pelajaran itu dapat memenuhimatlamat negara ke arah melahirkan masyarakat yang bersatupadu, berdisiplindan terlatih.” (Sumber: Education In Malaysia, 1980) Mengikut Laporan Kabinet pada tahun 1979 bagi peringkat sekolah rendah iaitukurikulum, kemahiran adalah tertumpu kepada bidang komunikasi, alam sekitar,perkembangan diri yang menekankan aspek 3M dan perkembangan bakat, membantu muridyang lemah serta mengadakan program pengayaan, pengajaran pemulihan diperbaiki lagidan Kurikulum Baru Sekolah Rendah dicadangkan. Bagi peringkat sekolah menengah pula, sistem baru bagi pelajaran vokasional, jurusanperdagangan dipertingkatkan, penekanan terhadap mata pelajaran Matematik, Sains danBahasa, penekanan kepada aktiviti ko-kurikulum, bimbingan dan kaunseling diwujudkan disekolah serta Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah dicadangkan.
  • 5. Pada tahun 1990-an, peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah(UPSR), PenilaianMenengah Rendah(PMR), Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) dan Sijil Tinggi PelajaranMalaysia(STPM) telah diperkenalkan. Selain itu, beberapa akta telah digubal untukmemantapkan sistem pendidikan di negara ini termasuklah: i. Akta Pelajaran 1995 ii. Rang Undang-Undang Pendidikan 1995 iii. Rang Undang-Undang Institusi Pengajian Tinggi Swasta 1996 iv. Rang Undang-Undang Universiti dan Kolej(Pindaan 1996) v. Rang Undang-Undang Majlis Pendidikan Tinggi Negara 1996 vi. Rang Undang-Undang Lembaga Akreditasi Negara 1996 Perkembangan terhadap sistem pendidikan berterusan sehingga ke hari ini antaranyatermasuklah penubuhan Sekolah BESTARI 1995, Koridor Raya Multimedia 1999, UjianBahasa Inggeris(MUET), PSMI 2003, Sekolah Wawasan dan Pelan Induk PembangunanPendidikan 2006. Perlaksanaan pelbagai program ke arah perkembangan sistem pendidikanini akan berlanjutan untuk masa-masa yang akan datang. Pelajar-pelajar yang dahagakanilmu pengetahuan terus meningkat dari setahun ke setahun dalam mendaftarkan diri merekake sekolah-sekolah rendah dan menengah di seluruh Malaysia. Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran ditubuhkan pada bulan September 1974 untuk mengkaji pelaksanaan sistem pelajaran kebangsaan bagi: “Mengkaji semula matlamat dan berkesannya sistem pelajaran sekarang, termasuk kurikulumnya, dalam rangka dasar palajaran yang wujud, dengantujuan untuk memastikan bahawa keperluan tenaga rakyat negara dapatdipenuhi sama ada dari segi jangka pendek mahupun jangka panjang, danlebih-lebih lagi untuk memastikan bahawa sistem pelajaran itu dapat memenuhimatlamat negara ke arah melahirkan masyarakat yang bersatupadu, berdisiplindan terlatih.” (Sumber: Education In Malaysia, 1980)
  • 6. Mengikut Laporan Kabinet pada tahun 1979 bagi peringkat sekolah rendah iaitukurikulum, kemahiran adalah tertumpu kepada bidang komunikasi, alam sekitar,perkembangan diri yang menekankan aspek 3M dan perkembangan bakat, membantu muridyang lemah serta mengadakan program pengayaan, pengajaran pemulihan diperbaiki lagidan Kurikulum Baru Sekolah Rendah dicadangkan. Bagi peringkat sekolah menengah pula, sistem baru bagi pelajaran vokasional, jurusanperdagangan dipertingkatkan, penekanan terhadap mata pelajaran Matematik, Sains danBahasa, penekanan kepada aktiviti ko-kurikulum, bimbingan dan kaunseling diwujudkan disekolah serta Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah dicadangkan. Pada tahun 1990-an, peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah(UPSR), PenilaianMenengah Rendah(PMR), Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) dan Sijil Tinggi PelajaranMalaysia(STPM) telah diperkenalkan. Selain itu, beberapa akta telah digubal untukmemantapkan sistem pendidikan di negara ini termasuklah: i. Akta Pelajaran 1995 ii. Rang Undang-Undang Pendidikan 1995 iii. Rang Undang-Undang Institusi Pengajian Tinggi Swasta 1996 iv. Rang Undang-Undang Universiti dan Kolej(Pindaan 1996) v. Rang Undang-Undang Majlis Pendidikan Tinggi Negara 1996 vi. Rang Undang-Undang Lembaga Akreditasi Negara 1996 Perkembangan terhadap sistem pendidikan berterusan sehingga ke hari ini antaranyatermasuklah penubuhan Sekolah BESTARI 1995, Koridor Raya Multimedia 1999, UjianBahasa Inggeris(MUET), PSMI 2003, Sekolah Wawasan dan Pelan Induk PembangunanPendidikan 2006. Perlaksanaan pelbagai program ke arah perkembangan sistem pendidikanini akan berlanjutan untuk masa-masa yang akan datang. Pelajar-pelajar yang dahagakanilmu pengetahuan terus meningkat dari setahun ke setahun dalam mendaftarkan diri merekake sekolah-sekolah rendah dan menengah di seluruh Malaysia. Kesimpulan
  • 7. Setelah mengetahui segala kronologi pendidikan sejak zaman sebelum penjajahanBritish hinggalah zaman selepas merdeka, kita dapat membuat kesimpulan bahawa banyakperkembangan telah dilakukan terhadap sistem pendidikan negara. Bermula daripada sistemyang berorientasikan kepada bangsa dan agama sendiri kepada sistem pendidikan yangmenitik beratkan aspek pendidikan berteknologi tinggi. Walaupun banyak perubahan yangtelah dijanakan oleh kerajaan, namun aspek etika tidak pernah ditinggalkan begitu sahaja.Setiap perancangan akan mengambil kira etika moral dan disiplin setiap individu pelajar untukmenjadikan mereka insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. Namun, di sebalik usaha-usaha murni tersebut, tersembunyi beberapa kelemahanyang secara tidak langsungnya akan menyebabkan barah yang lebih besar sekiranya tidakditangani secara total oleh pihak kerajaan. Usaha menyembuhkan barah ini memerlukanpengorbanan daripada seluruh rakyat yang mengaku dirinya seorang warganegara yangberdisiplin dan berhemah tinggi. Hanya dengan cara ini sajalah perkembangan pendidikanakan selaras dengan perkembangan etika para pelajar yang semestinya perlu diberi didikanyang sempurna demi mencapai taraf individu yang berjaya. Bibliografi Shahril @ Charil Marzuki, Zainun Ishak, Lee Pau Wing, Dr. Saedah Siraj, Pendidikan Di Malaysia, 1993, Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd., Kuala Lumpur. Juriah Long, Halimah Badioze Zaman, Putih Mohamed, Zalizan Mohd Jelas, Aliran Dalam Amalan Pendidikan Menjelang Abad Ke-21, 1992, Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Educational Planning and Research Division, Education In Malaysia, 1980, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur. Carol Gestwicki, Home, School and Community Relations, 1996, Delmar Publishers, United States of America. http://blog.cari.com.my/index.php?op=ViewArticle&articleId=7753&blogId=453